SELAMAT DATANG

Sabtu, 2 Mei 2009

PAS YAKIN NAJIB AKAN PIKUL PELBAGAI KRISIS DALAMAN YANG MEMBADAI UMNO-BN

PAS Wilayah Persekutuan yakin BN akan hadapi lebih banyak masalah dalaman selepas ini ekoran semakin berani pemimpin Umno dan sekutunya MIC bertindak di luar batasan kebiasaan mereka.Menurut Timbalan Pesuruhjayanya, Ustaz Mohd Nazir Zakaria belum sempat sebulan Najib menguasai Putrajaya, pelbagai masalah dalaman melanda BN selain dari tewas di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dalam pilihan raya kecil yang diadakan, 7 April lalu.
Mengulas mengenai 'amaran' Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar semua parti komponen BN tidak membuat kenyataan terbuka berhubung isu pelantikan wakil masing-masing dalam barisan kabinet baru, Nazir mempersoalkan asas perlantikan dalam kabinet yang dilihat masih mengekalkan individu yang tidak "bersih" dan telah secara terang ditolak oleh rakyat pada pilihan raya umum lepas. Kecamukan BN makin teruk apabila di Perlis. Menteri Besarnya, Dato' Seri Dr. Isa Sabu disifatkan oleh Umno negeri sebagai "produk haram" dan di Selangor, Dato' Seri Khir Toyo pula cuba menyingkirkan Tan Sri Muhamad Muhd Taib sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri apabila beliau mengalu-ngalukan Najib mengetuainya.
"Di Terengganu lagi teruk. Adun BN dari Umno 'memboikot' sidang Dun kerana membantah MBnya, Dato' Ahmad Said. Ini tentunya akan berpanjangan. Mereka tidak hormat dengan Presiden Umno yang baru mereka pilih," tegasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung MIC yang juga Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam mengakui parti itu kecewa kerana tidak diberi sebarang tambahan jawatan dalam Kabinet, sedangkan Gerakan mendapat tambahan satu menteri, manakala MCA satu timbalan menteri. "Apabila adanya politik perkauman, mereka akan anggap mereka adalah juara kaum India. Maka mereka akan jadi menteri. Dengan menjadi menteri, mereka beranggapan mereka boleh membantu kaum India. Tetapi menteri kabinet di Malaysia bukan khusus untuk membantu sesuatu kaum. Perkara ini gagal difahami oleh pemimpin-pemimpin BN, justeru timbul isu seperti ini," ulas Nazir lagi.

PAS PUTRAJAYA DESAK TARIK BALIK KEPUTUSAN KABINET

Putrajaya, 2 Mei 2009 -

Error Testing

This is merely temporary. Error is being detected

Khamis, 30 April 2009

Tunjukan keperihatinan anda terhadap ISLAM!!! - Sebarkan...

KUALA LUMPUR, 29 April (Hrkh) - Lajnah Dakwah dan Pembelaan Dewan Pemuda PAS Pusat bersama Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyeru seluruh umat Islam hadir dalam perhimpunan membantah keputusan kabinet berkaitan isu akidah umat Islam.
Pengerusinya, Ustaz Ridwan Mohd Noor berkata, demonstrasi itu akan diadakan di perkarangan masjid kampung Baru selepas menunaikan solat Jumaat, 1 Mei.
Kabinet Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.
Keputusan kabinet Najib itu dibuat berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40.
Mengulas keputusan itu, Ridwan mendesak supaya Najib mengkaji semula keputusan itu berdasarkan beberapa kes yang telah berlaku dinegera ini.
"Sudah tentu keputusan itu Umno mahu menarik sokongan daripada pengundi bukan Melayu dalam pilihan raya akan datang," tegasnya.
Beliau berkata, keputusan itu akan memberi satu implikasi dan intikasi yang buruk pada masa depan umat Islam di negara ini.
Menurut beliau, himpunan 1 Mei itu mengajak seluruh rakyat Islam untuk menyatakan sikap mereka dan bukti kasih sayang kepada agama Islam.
"Jika tahun 1950 isu Natrah yang telah dimurtadkan melalui proses undang-undang pada hari ini kes itu berulang. Himpunan membantah isu Natrah itu juga telah berjaya menyatukan umat Islam tanpa mengira etnik," katanya.
Selain itu tambah beliau, ada usaha terancang untuk menjayakan misi permurtadan umat Islam di negara ini kerana kes itu telah berjalan lama.
Beliau berharap Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40 bertanggungjawab menyelamatkan akidah anak-anak dan isterinya.
"Dalam Islam hak membela anak diberikan kepada bapa yang beragama Islam begitu juga jika ibu yang memelok Islam," tegasnya.
PAMERKAN KEPERIHATINAN ANDA TERHADAP ISLAM!!!
TEMPAT : MASJID KAMPUNG BARU, KL
MASA : SELEPAS SOLAT JUMAAT 1 MEI 2009
Kita berhimpun dengan aman dan nyatakan sokongan kita kepada ISLAM!!
TAKBIR!!!

PAS Putrajaya Calonkan Dr Harun Din Timbalan Presiden

PADA Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Putrajaya hujung minggu lalu, perwakilan telah mencalonkan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din merebut jawatan Timbalan Presiden yang kini disandang oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa.Selain mengekalkan Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden dan Dato' Husam Musa sebagai Naib Presiden, dua lagi nama untuk kerusi Naib Presiden ialah Salahuddin Ayub dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa.Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohamad Nazir Zakaria kekal tanpa bertanding sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan tetapi bagi Timbalan dan Naib Yang Dipertua disangdang oleh muka baru yang dinaikan pangkat.

Selasa, 28 April 2009

PRESIDEN PAS NAFI TARIK BALIK KERAJAAN PERPADUAN SEBALIKNYA DITANGGUH

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata perbincangan dengan pemimpin Umno berhubung cadangan penubuhan kerajaan perpaduan terpaksa ditunda kerana beliau perlu menilai terlebih dahulu kepimpinan baru Umno dan BN di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Menurutnya, hasrat untuk membincangkan cadangan tersebut adalah dengan kepimpinan dahulu iaitu sewaktu pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.Sehubungan itu, beliau menolak dakwaan kononnya beliau menarik balik cadangan itu bagi menjaga kepentingannya dalam mempertahan jawatan Presiden parti yang mungkin dicabar dalam muktamar agung parti Jun depan."Cadangan ini (kerajaan perpaduan) semasa Abdullah, tetapi sekarang (Umno) di bawah pimpinan baru (Datuk Seri Najib)."Pada masa itu, pada dasarnya saya setuju, tapi sekarang lainlah ceritanya apabila Umno di bawah kepimpinan baru," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-52 PAS kawasan Bachok, hari ini, lapor Bernama.Berdasar kepada perkembangan masa dalam parti itu, terdapat kalangan akar umbi PAS yang tidak setuju dengan rundingan dengan Umno itu.PAS Bukit Bintang merupakan kawasan pertama yang tidak mencalonkan Abdul Hadi untuk mempertahankan jawatan presiden. Sebaliknya, kawasan tersebut mencalonkan Menteri Besar Kelantan, yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi jawatan tersebut.Sebelum ini, Abdul Hadi dilaporkan berkata, cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang melibatkan semua parti politik ditarik balik atas alasan ia tidak difahami orang ramai termasuk ahli PAS sendiri.Hasrat Abdul Hadi berhubung cadangan itu juga dibantah oleh Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, yang menyatakan cadangan itu bertentangan dengan keputusan Muktamar Agung PAS di Ipoh tahun lalu.Nik Aziz berkata, sebarang keputusan mestilah berdasarkan keputusan yang diambil dalam muktamar agung parti dan keputusan lain hendaklah dibuat melalui satu mesyuarat khas yang dipersetuju oleh Pakatan Rakyat.Sementara itu, Abdul Hadi mencabar BN supaya bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penant. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dijadual mengumumkan tarikh pilihanraya kecil itu Isnin depan.Abdul Hadi berkata, BN serba salah untuk berbuat demikian berikutan kemenangan pakatan pembangkang dalam beberapa siri pilihanraya kecil di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan di Bukit Gantang. Berdasarkan kemenangan sebelum ini, Abdul Hadi yakin parti pakatan pembangkang boleh menang dengan mudah di Penanti.

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails