Kejayaan kami adalah kejayaan untuk semua lapisan masyarakat Malaysia. Kami bukan mewakili satu jenis golongan sahaja."Dilaporkan, ada usaha pihak tertentu yang ingin meraikan kejayaan skuad negara di Felda untuk Melayu jenis hutan.
Jumaat, 31 Disember 2010
Rajagopal Bantah Pemain Kempen Di Tenang, Johor
Kejayaan kami adalah kejayaan untuk semua lapisan masyarakat Malaysia. Kami bukan mewakili satu jenis golongan sahaja."Dilaporkan, ada usaha pihak tertentu yang ingin meraikan kejayaan skuad negara di Felda untuk Melayu jenis hutan.
Rabu, 29 Disember 2010
Sepak keluar BN dari Putrajaya
Saban hari kita semakin terhimpit dengan kenaikkan harga barang. Kita dipaksa untuk membeli harga barang yang adakalanya menyebabkan kita terpaksa mengikat perut agar kita terlepas untuk makan malam. Bayangkan pula jika yang sudah berkahwin dan mempunyai anak?Kita dijanjikan dengan pelbagai janji oleh BN khasnya Najib dan Rosmah. Bangunan tinggi sana - sini. Kemudahan awam yang bersifat nombor satu dunia. Semuanya hebat dan terhebat di dalam dunia. Tapi percayakah kita semua?
Dahulu Pak Lah menjanjikan koridor sana - sini. Namun dalam menjanjikan koridor sana - sini kita masih dihimpit dengan wang didalam saku cepat habis. Harga barang melambung naik. Walaupun Pak Lah sanggup mencemar duli pergi ke negeri Kelantan dengan menjanjikan pembangunan yang maha dahsyat, namun dengan kesempitan wang semuanya dilihat tidak berguna.
Sekarang janji manis yang terlalu manis oleh Najib dan Rosmah dilakukan semula. Janji-janji seperti Pak Lah dikitar - semula oleh Najib dan Rosmah. Bangunan 100-tingkat, pembangunan ekonomi yang mantap dan hebat dan macam-macam lagi. Tapi Najib dan Rosmah tetap tidak mampu menaikkan taraf kehidupan rakyat.
Kita dipaksa membayar harga mahal kerana hasil pembelanjaan mewah oleh BN. Kita sudah tidak punya wang. Negara sudah tidak punya wang. Maka rakyatlah menjadi mangsa. Kita rakyat dipaksa menambahkan duit negara dengan dipaksa membayar harga barang yang melampau tinggi akibat dari pembelanjaan boros oleh pemimpin BN!
Apa tugas kita jika tidak terus mahu dipermainkan sebegini rupa. Sudah lama kita dipermainkan. Kita dipaksa menjadi bodoh dengan menerima sahaja apa yang dilakukan oleh pemimpin BN. Apakah kita mahu terus menjadi bodoh dan tuli? Apakah terus mahu dipermainkan seperti manusia yang tidak punya otak?
Kita cerdik dan kita harus buktikan. Berikan satu signal jelas kepada mereka, bahawa kita sudah menyampah dengan gaya mereka memperbodohkan kita. Kita bakal menghumban mereka. Kita bakal mentalkinkan mereka. Rakyat Malaysia harus memastikan BN karam dan disepak keluar dari Putrajaya.
Sudah tidak ada gunanya jika kita terus memberi peluang BN memerintah negara ini hatta negeri sekali pun.
Kita sudah melihat contoh terbaik dari Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah. Semuanya telah menikmati pemberian demi pemberian oleh kerajaan negeri. Sepanjang BN memerintah apa yang kita dapat? Masanya sudah tiba kita menghumbankan BN ke Laut China Selatan. Harus dan wajib!
Isnin, 27 Disember 2010
SUMBANGAN DIPERLUKAN

PAS Kawasan Putrajaya
ADUN UMNO ADA YANG PANDAI KE?

ADUN Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, pemberian beg sekolah berlambangkan Umno dan Barisan Nasional adalah sumbangan ikhlas yang sepatutnya tidak dipertikaikan.
“Perkara ini sepatutnya tidak menjadi isu kerana ia adalah sumbangan daripada UMNO untuk anak-anak ke sekolah dan tiada agenda politik tersembunyi sepertimana didakwa pembangkang,” katanya.
Beliau berkata, sumbangan itu adalah salah satu usaha UMNO untuk membantu penduduk mengurangkan perbelanjaan anak-anak ke sekolah dan isu yang dibawakan pembangkang tidak masuk akal.
“Saya tidak memaksa anak-anak untuk membawa beg ke sekolah tetapi terpulang kepada penerima untuk menggunakannya". - karatijau
Note: Kah..kah..kah..kah.. Cuba baca betul-betul kenyataan ADUN ni...Kah..kah..kah.."Bantuan ini untuk meringankan beban keluarga untuk anak-anak ke sekolah.. tapi saya tidak memaksa anak-anak untuk membawa beg itu kesekolah.." Kah..kah..kah..kah... Payung tu sumbangan dari umno/BN untuk menahan panasnya alam barzah agaknya... Kah..kah..kah..kah..