SELAMAT DATANG

Jumaat, 28 Mei 2010

KENYATAAN MEDIA

PAS KESAL, NAJIB GADAI TANAH KTMB DENGAN SEBIJI DURIAN


gambar hiasan

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal kerana Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak hanya mengambil masa beberapa jam untuk berbincang dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong untuk memutuskan penyerahan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar kepada syarikat usaha sama Malaysia-Singapura, M-S Pte Ltd.

Dua hari selepas dijamu makan durian di Pulau Sentosa, Najib mengunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri tanpa merujuk kepada Parlimen dan kabinet. Beliau membuat keputusan menerima kerjasama Hsien Loong yang diajukan tanpa sebarang kertas cadangan dan kajian rasmi. Keputusan ini dicurigai rakyat yang menganggap Najib gadai tanah KTMB dengan sebiji buah durian sahaja!

271 hektar tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah di Bukit Timah kini diserahkan kepada sebuah syarikat yang belum lagi ditubuhkan. Syarikat usaha sama Malaysia-Singapura yang dikenali sebagai M-S Pte Ltd, akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini. Khazanah Nasional memegang 60% kepentingan dan Temasek Holdings Limited akan memegang baki 40%.

Ini bermakna dari jumlah 271 hektar tanah milik KTMB, 40% kini sudah sah menjadi milik Singapura melalui perkongsian pelaburan. Walaupun belum ada kepastian mengenai status pemilikan tanah, tetapi projek sistem transit laju (RTS) menghubungkan Tanjung Puteri, Johor dengan stesen di Woodlands yang dijadual beroperasi pada 2018 melalui projek usahasama ini, kini dibahagi dua kepada Singapura.

Najib juga gagal memberikan penjelasan terperinci tentang cadangan memindahkan Stesen KTMB di Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) milik Singapura menjelang 1 Julai 2011. Malaysia juga dikatakan bakal memindahkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta api di WTCP.

PAS menganggarkan bahawa kos operasi KTMB akan meningkat dan bayaran penyewaan WTCP milik Singapura akan membebankan dimasa akan datang. Sewajarnya suatu tuntutan penjanjian pengecualian sewa atau kajian implikasi kewangan dibuat sebelum cadangan ini dilaksanakan. Kita tidak mahu, KTMB bakal menyertai senarai syarikat milik Kerajaan yang rugi seperti Pos Malaysia Berhad dan Sime Darby Berhad. Kita tidak lupa, kedua-dua syarikat yang rugi ini juga menerima pelaburan dari Khazanah Nasional.

PAS menuntut satu penjelasan dan pembentangan khas berkaitan isu ini dalam sidang parlimen akan datang oleh Perdana Menteri. Kita tidak mahu, suatu hari nanti anak cucu kita marah kerana tanah KTMB di Woodlands digadai hanya dengan sebiji durian!


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Khamis, 27 Mei 2010

Wardatul Maahad juara nasyid Nisa'

Intan Abdullah

Kumpulan nasyid Wardatul Maahad dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Suara Nisa (Pesona) anjuran Nisa' Malaysia sempena Karnival Aura Ungu (Kau) 2010 yang berlangsung di Dewan Belia dan Kebudayaan, Seksyen 7 pada 21 dan 22 Mei lalu.

Mereka dianggotai lapan remaja wanita yang masih penuntut mendendangkan dua lagu iaitu Mohon Keampunan serta Ahlan Bina berjaya menambat hati para juri yang diketuai Azlin Hezri.

Ketika ditemui, salah seorang anggota kumpulan tersebut, Nurul Amalina Abdullah melahirkan rasa terkejut atas kemenangan yang tidak disangka memandangkan saingan sengit daripada 11 lagi kumpulan lain.

"Alhamdulillah, kami tidak menyangka akan kemenangan ini tetapi ia merupakan suatu penghargaan kepada semua," katanya yang mengenakan busana merah hati beserta bertudung pink bersama selendang labuci di kepala.

Sementara itu, seorang lagi anggotanya, Nurul Shifa Hamzah berkata penyertaan mereka hanyalah untuk mengetengahkan bakat sebagai suatu percubaan.

Menurut komen para juri, pemilihan mereka adalah berdasarkan kesepaduan suara harmoni, kekuatan vokal solo, kecekapan permainan percussion serta kemantapan antara suara dan muzik yang ditampilkan.

Tempat kedua dimenangi kumpulan Nisa Pulau Pinang manakala kumpulan abcdqi dari Wilayah Persekutuan mendapat tempat ketiga.

Wardatul Maahad berjaya menggondol hadiah wang tunai RM3,000, baucer t-shirt sumbangan Fatonah Vigilant Resources bernilai RM150, replika cek, sijil penyertaan dan trofi yang disampaikan ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali serta penasihat Kau, Dr Rosni Adam.

Dalam pada itu, wakil dari Melaka, Syaimak Salleh pula berjaya menggondol juara diikuti wakil Johor serta Perlis bagi kategori Pertandingan Solo Pesona.

Ustaz ahmad Ismail S/U Dewan Ulamak Pas Wilayah Meninggal Dunia

Ustaz Ahmad Ismail S/U Dewan Ulamak Pas Wilayah Meninggal Dunia sekejap tadi....

Innalillahi wainna ilaihi rajiuuuun..Allahummarhamhu wa aafihi wa'fuanhu Allahum'jjurli ahlihi fi mushibatihim wakhluf lahum khairan minhu......

Badan Perhubungan PAS Wilayah telah kehilangan seorang lagi pimpinan pejuang yang gigih berjuang menegakkan kalimah Allah yang Maha Tinggi, Semoga Rohnya ditemptkan bersama-sama para syuhada & solihinnn.

Kpd Yg berhajat mneziarahi jenazah di alamat no 135 Taman Kasawari Jalan Kasawari 6 Bukit Rotan 45700 Kuala Selangor

Malam semalam Yang Dipertua PAS Kawasan Kepong, Cikgu Nordin Md Nor telah kembali ke rahmatullah akibat sakit jantung. Al-fatihah

Allahu Akbar!

MANA PERGINYA MENTERI PEROGOL INI?

Pendedahan Berani: Luahan nenek kepada Gadis yang dirogol Bekas Ketua Menteri Melaka
Oleh: LeeSlimShady


Rahin tambi chik(kiri) Norhayati Mohd Yusop(kiri)

"Kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin Bagi Pihak Ibunya Pendek binti Ahmad, Nenek Kepada Noryati Binti Mohamad Yusop, Mangsa Rogol Yang Terlibat Dengan Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik Di Hotel Belmount, Melaka Pada 3hb November 1999 .

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim

Cucu saya,telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994.

Saya amat terkejut dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya.

Oleh kerana cucu terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya. Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan. Ini boleh dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan pada 1995.

Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya. Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen.


Lim Guan Eng ketika ditangkap

Dalam kes mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Pada 27hb Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya.

Selepas itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya. Malah, cucu saya telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut:-

"Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya. Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB. Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia. Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak itu."

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.

Saya berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya. Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Nyata sekali, ini adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik.

Saya masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali. Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas.

Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara. Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan.

Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN. Kami tidak akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama kami.

Semoga Allah S.A.W. boleh memaafkan cucu saya.

Pendek binti Ahmad
Sabri bin Mohamad Yasin
Alamat: Batu 13, Kampung Sungai Petai, 78000 Alor Gajah, Melaka .

- kerabubersuara

PAS parti Islam pertama di dunia selepas Nabi Muhamad buka pintu kepada bukan Islam - Tuan Guru Presiden PAS

PAS bersedia meminda perlembangaan supaya ahli bukan Islam diberi hak sama bagi membolehkan mereka dicalonkan dalam pilihan raya dan menjadi Senator Dewan Negara. Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, bagi mengelak sebarang pertembungan kerusi antara parti dalam Pakatan Rakyat pencalonan ahli bukan Islam bergantung pada keperluan dan agihan kerusi.

Menurut beliau, paling penting Pakatan Rakyat tidak mahu sebarang pertembungan dan lebih suka pertandingan dua penjuru dengan BN. Katanya, PAS turut memperuntukkan pelantikan bukan Islam menganggotai Dewan Undangan Negeri (Dun) sebagai mana yang telah dilaksanakan di Terengganu ketika kerajaan PAS mentadbir pada tahun 1999 hingga 2004.

Peruntukan itu katanya membolehkan Kerajaan Terengganu ketika itu melantik bukan Islam menganggotai Dun jika tiada wakil rakyat yang berjaya dalam pilihan raya.

Bagaimana pun, tambah beliau sampai sekarang BN tidak berani membuang peruntukkan tersebut. Perlaksanaan peruntukan pelantikan bukan Islam itu, tambah beliau akan diperluaskan ke negeri-negeri lain jika Pakatan Rakyat memerintah Kerajaan Persekutuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Pada pilihan raya lalu, PAS memberi ruang kepada bukan Islam bertanding atas kerusi PAS tetapi tidak menggunakan lambang PAS.

Sebelum itu, dalam ucapannya Ustaz Abdul Hadi berkata, pengiktirafan Kelab Penyokong PAS sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS yang menjadi sayap penting parti membuktikan kesungguhan PAS melaksanakan slogan `PAS For All'.

Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS itu membuktikan bahawa PAS mengulangi sejarah dan menghidupkan semula sejarah yang telah dimatikan ketika zaman Nabi Muhamad SAW di Madinah.

Menurut beliau, PAS merupakan parti Islam pertama dalam dunia selepas Nabi Muhamad membuka pintu kepada ahli bukan Islam iaitu pada tahun 1964 dilakukan oleh Profesor Zulkifli Mohamad. Penubuhan DHPP itu kata beliau bukan paksaan terhadap orang bukan Islam tetapi ia berlandaskan mereka menerima DHPP sebagai landasan perjuangan PAS.

"Ini syarat yang boleh menjadikan mereka menyertai perjungan kita, kita harap langkah ini boleh membuat perubahan kuasa pemerintahan bagi menyelamatkan negara dan bangsa," katanya.

Seramai 1,500 ahli DHPP dari seluruh negara berhimpun di Dewan Serbaguna Pejabat Tanah dan Daerah Klang 23 Mei lalu, mengikuti Majlis Pelancaran DHPP oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang. Majlis diserikan dengan pelbagai acara budaya dari tiga kaum utama, Melayu, India dan Cina.

Rabu, 26 Mei 2010

Muktamar PAS dijangka bahas persiapan PRU 13

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 25 Mei: Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar) menjangkakan perbahasan pada Muktamar PAS Tahunan ke-56 yang bermula pada 11 Jun depan ditumpukan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Menurut beliau, tumpuan sedemikian dilihat wajar kerana kira-kira 1,000 perwakilan daripada 172 kawasan umumnya percaya bahawa PRU 13 akan diadakan pada 2011.

"Perbahasan mungkin sudah ke arah persiapan PAS, Pakatan Rakyat untuk menghadapi PRU 13 berkaitan bagaimana menghadapi musuh utama Umno serta media-media arus perdana yang ketara dikawal oleh mereka.

"Kita mungkin takkan menghadapi muktamar satu lagi sebelum PRU 13, muktamar inilah mungkin baik untuk kita buat apa juga persiapan," jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Usul Muktamar berkata, perwakilan umumnya mungkin tidak dapat lari daripada berbahas tentang pengalaman kekalahan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor serta berjaya di Sibu.

Ini kerana, katanya kedua-dua pilihan raya tersebut kebetulan hampir dengan muktamar kali ini.

Ujarnya lagi, walaupun bukan calon PAS yang bertanding dalam kedua-dua pilihan raya tersebut, namun trend pengundian dalam kedua-dua pilihan raya itu mencerminkan sokongan sebenar rakyat, khususnya masyarakat Melayu terhadap Pakatan Rakyat.

Implisitnya, beliau berkata, penyusutan sokongan masyarakat Melayu sekaligus memberi gambaran tidak langsung kepada PAS kerana PAS secara tradisi bertanding di kawasan-kawasan jalur Melayu majoriti.

Sehubungan itu, beliau secara peribadi menyuarakan rasa yakin bahawa muktamar merupakan wadah terbaik untuk mencari formula demi memastikan kaum Melayu bersedia memberi undi kepada PAS.

Untuk itu, menurut beliau, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dijangka akan membentangkan formula PAS untuk memenangi jiwa rakyat, khususnya kaum Melayu.

Sekiranya muktamar kali ini dijadikan medan terbaik untuk mencanai formula memperkukuh parti, beliau percaya bahawa PAS boleh menjadi tiang seri utama Pakatan Rakyat seterusnya menggantikan Umno BN pada PRU 13 kelak.

Judi bola: Surat terbuka Tamrin untuk Jamil Khir

Tamrin Ghafar

Assalamualaikum w.b.t.

Segala puji bagi Allah swt, Tuhan Yang Maha Mengasihani dan Menyayangi hamba-hamba-Nya. Dialah Tuhan yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk manusia berbanding manusia itu sendiri.

Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang sangat kasih kepada umatnya. Baginda sentiasa merasa begitu berat melihat penanggungan umatnya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Jamil Khir Baharom

Terlebih dahulu saya berdoa agar Allah s.w.t agar memberi keterbukaan di hati Dato’ sewaktu membaca surat ini seperti mana saya cuba membuka hati saya sewaktu menulisnya. Saya penuh sedar bahawa saya bukanlah insan yang tidak berdosa, tetapi saya yakin Dato’ sedia maklum bahawa dosa-dosa kita sama ada yang terdahulu, kini dan masa akan datang tidaklah wajar menjadi penghalang untuk kita mengingatkan sesama muslim.

Maka atas dasar itulah saya memberanikan menulis surat ini. Rasulullah saw bersabda:

“Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya. Akan tetapi, yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemahnya iman.” [HRMuslim]. Dalam riwayat lain disebut, “dan di luar itu, sudah tidak ada lagi sebutir keimanan pun”.

Surat ini ditulis dengan tujuan menyatakan pendirian terhadap isu kelulusan lesen perjudian bola sepak sempena kejohanan Bola Sepak Piala Dunia akan datang yang telah diluluskan oleh Kerajaan baru-baru ini. Mudah-mudahan dengan misi surat ini Dato’ sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan dalam hal ehwal agama, akan memikirkan dengan wajar, bijaksana dan penuh berhati-hati terhadap hak Allah dan hak sesama manusia.

Saya memilih menulis surat ini secara terbuka kerana media cetak dan elektronik aliran perdana lebih berminat membesar besarkan isu seperti pernikahan yang menyalahi undang-undang syarak walaupun ianya telah menepati hukum ALLAH. Mereka seolah-olah mendapat arahan untuk melenyapkan pandangan dan teguran-teguran yang tidak menyokong tindakan Kerajaan meluluskan lesen perjudian tersebut.

Ini terbukti apabila saya selaku Naib Presiden Pertubuhan Mantan Wakil Wakil Rakyat UMNO (PAKKU) mengeluarkan kenyataan akhbar pada 18hb Mei 2010 meminta Kerajaan membatalkan serta merta lesen judi tersebut tidak ada satu pun media cetak dan elektronik aliran perdana mengeluarkan kenyataan tersebut.

Yang Berhomat Dato’,

Sesunguhnya, pertimbangan pengeluaran lesen judi atas alasan untuk mengawal dan mengetahui jumlah wang pertaruhan (seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien) adalah tertolak di sisi Islam. Dalil pengharaman judi adalah qatie’ dan tidak boleh dipertimbangkan lagi. Kawalan seharusnya tertumpu pada usaha kerajaan menyekat judi yang gelap mahupun terang dengan melipatgandakan modus operandi agensi-agensi penguatkuasaan dan mengenakan hukuman yang lebih berat, bukan ‘menghalalkan’nya. Saya ingin bertanya di manakah letaknya kesahihan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bahawa polis sudah mengenal pasti suspek dan lokasi sindiket judi bola itu? Jika demikian, mengapa tidak dihapuskan kegiatan itu sama sekali? Apakah polis tidak berupaya menghapuskan sindiket-sindiket tersebut? Apakah meluluskan lesen judi tersebut merupakan pendekatan terbaik untuk mengatasi ketidakupayaan polis?

Jika itu alasannya maka mengapa tidak Kerajaan menghalalkan sahaja perkara-perkara haram yang lain seperi pelacuran, pengedaran dadah dan lain-lain kemungkaran atas alasan untuk ‘mengawalnya’ pada masa akan datang?

Padahal, kerajaan seharusnya mesti lebih serius, kreatif dan komited untuk membanteras semua perkara haram itu sama ada melalui kaedah dakwah dan tarbiah (pendidikan) mahupun dengan penguatkuasaan undang-undang. Kita seharusnya berfikir ke arah bagaimana hendak mengikut hukum yang telah ditetapkan Allah, bukan mencari jalan untuk menyimpang daripada hukum-Nya.
Saya dimaklumkan bahawa kedua-dua mantan Perdana Menteri sebelum ini telah menolak permohonan syarikat tersebut untuk mendapatkan lesen judi ini. Kelulusan lesen judi yang terbaru ini juga menimbulkan persoalan apakah keuntungan RM500 juta yang dikaut oleh individu tertentu dalam sekelip mata itu tidak mengalir kepada beberapa lagi orang tertentu?

Saya ingin bertanya apakah Yang Berhormat Dato’ selaku Menteri yang bertanggung jawab tentang hal-hal Agama telah turut sama merestui meluluskan lesen judi ini apabila Menteri Kewangan mengemukakan cadangan tersebut. Walaupun jika sekiranya atas sebab-sebab tertentu cadangan tersebut tidak dibincangkan dalam msuarata kabinet apakah Dato’ sebagai orang yang jauh lebih arif dari saya tentang hukum ALLAH tidak menyatakan pendirian dan menentangnya habis-habisan?

Marilah sama-sama kita merenung kembali firman Allah yang telah kita dengar sejak dahulu lagi tentang pengharaman judi ini.

Ertinya : Mereka bertanya kepada mu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-Baqarah : 219)

Dan juga larangan selanjutnya:

Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)

Yang Berhormat Dato’

Saya amat terpegun apabila ada teriakan dari organisasi-organisasi bukan Islam termasuk parti DAP yang telah beberapa kali meminta segala bentuk perjudian dihapuskan sama sekali di negara di mana Islam adalah agama rasminya. Amatlah memalukan sekali, apabila pada masa yang sama kerajaan yang mana UMNO menjadi tulang belakangnya terus menghalalkan aktiviti yang jelas haram di sisi Islam ini. Bukankah ini nanti akan membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO telah melanggar perlembagaan UMNO itu sendiri?

Sehubungan itu, saya menjemput ahli-ahli UMNO menyemak buku perlembagaan parti. Di manakah letaknya perjuangan UMNO dalam hal menegakkan Agama Suci ini? Hati kecil setiap manusia yang cintakan kebenaran dan kedamaian sama ada Islam atau pun bukan Islam sudah mengakui akan keburukan judi menerusi pengalaman hidup dan juga pemikiran yang waras (oleh orang Islam dan bukan Islam). Bukankah Islam itu sesuai dengan fitrah manusia? Sepatutnya kita ‘ berhijrah’ dari yang buruk kepada yang baik, bukan sebaliknya.

Saya ingin mengingatkan bahawa satu kemungkaran boleh menjadi ‘mata rantai’ kepada kemungkaran yang lain. Justeru, judi atas apa jua jenis dan bentuknya akan menyebabkan berlakunya beberapa keburukan yang berikut:

i) KUCAR – KACIRNYA INSTITUSI RUMAH TANGGA

Akan berlaku krisis antara suami isteri akibat habisnya wang belanja keperluan rumah untuk berjudi. Anak-anak akan menderita akibat krisis rumah tangga.

ii) BELUNGGU HUTANG

Orang yang berjudi tidak pernah senang. Ramai yang terpaksa berhutang kerana memburu kemenangan yang tidak pernah datang. Tidak mustahil ada yang akan kembali mencari Along untuk berhutang.

iii) PERJUDIAN SECARA ONLINE OLEH KANAK-KANAK

Ia sudah pasti akan mendorong kanak-kanak di bawah umur turut terlibat tanpa dapat diawasi oleh ibu-bapa mereka, apatah lagi kalau ibu-bapa mereka sendiri terlibat. Duit ibu bapa akan di curi jika mereka tidak mencuri di luar. Dalam erti kata yang lain ianya akhirnya akan mendorong kanak-kanak menjadi pencuri dan lain-lain kegiatan tidak bermoral.

iv) KUALITI DAN PRODUKTIVITI MENURUN

Budaya berjudi akan menyebabkan kelembapan dalam kerja dan usaha kita dalam usaha menjadi negara maju dengan acuan tersendiri. Kalau dulu ada yang leka menonton bola sepak secara keterlaluan, kini keadaan bertambah buruk apabila ketagihan judi bola sepak pula menular. Dan ada yang mula terbiasa dengan cara mencari keuntungan secara singkat dan cepat tanpa usaha dan mempertingkatkan kemahiran diri.

Yang untung dalam hal perjudian ini amat kecil dan oleh segelintir individu yang kecil pula. Yang rugi dan menderita akhirnya kelak terlalu ramai di samping kita mendapat kemurkaan Allah.

Itulah beberapa hikmah mengapa judi diharamkan Allah swt. Ia adalah hukum yang telah disepakati secara Ijmak' oleh para ulama. Malangnya tidak ramai tokoh agama seperti Mufti Perak yang berani menegur secara terbuka tindakan Kerajaan ini. Umat Islam tertanya tanya mengapakah Majlis Fatwa Kebangsaan membisu seribu bahasa dalam perkara yang amat penting ini sepertimana mereka membisu dalam isu Kerajaan membayar RM77 juta kepada Apco, sebuah syarikat Zionis Yahudi yang mana seluruh dunia tahu mereka membunuh dan berlaku kejam terhadap umat Islam di bumi Palestin dan merampas Tanah Suci Baitul Muqaddis.

Lihat saja pasport antarabangsa kita hanya sebuah negara saja yang kita rakyat Malaysia tidak boleh lawati ia itu Israel. Apakah mereka juga berfungsi seperti media cetak dan elektronik aliran perdana yang seolah-olah telah mendapat arahan tidak resmi untuk menenggelamkan isu ini?

Justeru, dengan rendah hati saya merayu agar DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama memainkan peranan agar lesen perjudian ini dibatalkan serta merta. Saya sering mengingatkan diri saya sendiri pangkat, kedudukan dan kemewahan di dunia ini adalah sementara sahaja. Kita semua akan menghadapi-Nya jua suatu masa nanti. Semua pihak akan dipertanggungjawabkan di mahkamah Allah Khadi Rabbul Jalill.

Saya yakin kita sama-sama akan berpegang kepada peringatan Allah melalui firman-Nya:

“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidah mu secara dusta ‘ini halal dan ini haram’, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengadakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung” an-Nahl 16:116.

Akhir sekali, saya memohon agar Yang Berhormat Dato’ memikirkan juga apakah akibat yang akan berlaku jika kemungkaran judi ini diteruskan oleh pihak yang berkuasa. Saya, Dato’ dan kita semua tidak mahu azab Allah turut terkena ke atas Malaysia yang tercinta ini kerana kealpaan dan kederhakaan kita. Sabda Nabi SAW,

“Allah tidak menghukum suatu bangsa kerana kesalahan beberapa orang di antara mereka, sampai mereka melihat kemungkaran (dilakukan) di antara mereka, sedangkan mereka mampu menghentikannya, tetapi mereka tidak menghentikannya. Apabila mereka berbuat seperti itu (tidak menghentikan kemungkaran), maka Allah akan mengazab (orang yang melakukan kemungkaran) secara khusus dan (bangsa itu) secara keseluruhan” [HR Ahmad].

Saya akan menyokong siapa sahaja sama ada individu mahu pun mana- mana organisasi yang menentang segala bentuk perjudian di negara tercinta ini. Saya berdoa agar seluruh rakyat Islam bangkit bersama menentang sekeras-kerasnya perjudian ini kerana cintakan bangsa, negara dan agama adalah teras kebahagiaan kita di dunia dan akhirat.

Untuk yang Berhormat Dato’ saya ucapkan terima kasih atas kesudian membaca seterusnya meneliti isi surat ini. Semoga Allah mengurniakan taufik dan hidayah buat kita untuk menjalankan amanah-Nya sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Amin.

Sekian. Wassalam.

Yang benar,

TAMRIN TUN GHAFAR

Sk : Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong
Kebawah DYMM Raja Raja Melayu

YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO

YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO

Ahli Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Ahli Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan

Mufti Mufti

Media Cetak dan Elektronik

YDP PAS Kepong meninggal dunia

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 25 Mei: Yang Dipertua PAS Kawasan Kepong, Nordin Md Nor telah kembali ke rahmatullah jam 6.50 petang tadi akibat sakit jantung.

Allahyarham berusia 64 tahun meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur selepas seminggu dimasukkan ke hospital berkenaan.

Menurut isterinya, Hajah Firda Gusni Firdaus, allahyarham diserang angin ahmar ringan ketika mempengerusikan mesyuarat PAS kawasan pada 16 Mei lalu.

Katanya, allahyarham sempat bertahan dan meneruskan mesyuarat hingga selesai dan pulang ke rumah dalam keadaan berpapah seterusnya dibawa ke hospital keesokan hari.

Difahamkan jenazah akan disembahyangkan di Masjid Abu Hurairah, Batu 5, Jalan Ipoh jam 10 pagi esok.

Selasa, 25 Mei 2010

MB KEDAH; KAN...AKU DAH KATA DULU

MB KEDAH PERLU BUANG SIKAP EGOIS

oleh KedahLama

Pendedahan berani ADUN Kulim, YB Lim Soo Nee membuktikan bahawa pentadbiran Kerajaan Kedah yang diterajuim oleh PAS dikuasai oleh seorang sahaja, iaitu MB Kedah Ustaz Azizan Razak...Tindakan berani YB tersebut membuka mata banyak pihak terutama di Kedah bahawa cara kepimpinan MB Kedah banyak bersifat diktatorshio. MB Kedah dilihat teramat ego dan enggan menerima dan mendengar pandangan serta pendapat Exco dan ADUN-ADUN lain dalam Pakatan Rakyat.

Cara MB Kedah mengurus negeri nampak macam stabil dan tidak ada apa-apa yang bergolak. Tetapi hakikat sebenarnya, semua EXCO dan ADUN Pakatan Rakyat menyimpan rasa tidak puas hati yang terbuku sejak sekian lama di dalam hati. SIkap ego MB juga menjadikan terbitnya pelbagai spekulasi tentang lompat melompat ini. Sebagai ketuan kerajaan, sepatutnya setiap keputusan yang hendak dibuat perlulah dibuat dan dibincang secara musyawarah. Keputusan diambil adalah keputusan bersama. Perlu ada sikap memberi dan menerima. Kena terima pakai pandangan dan pendapat orang lain kerana ADUN semua adalah mewakili rakyat yang memberi kepercayaan kepada mereka melalui undi pilihanraya.

Pendedahan berani secara terbuka oleh YB Lim Soo Nee merupakan satu keputusan yang cukup bijak dan harus dipuji. Sepatutnya semua EXCO dan ADUN perlu ada sikap dan sifat sedemikian bagi memastikan perjalanan kerajaan negeri stabil dan telus.

Pada malam itu, saya sempat bertemu dengan beberapa orang rakan dari Kelab Penyokong PAS Kedah. Mereka juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan sikap dan perangai MB Kedah serta perangai EXCO Kanan Kedah, Ir Pharolradzi yang dilihat tidak profesional dan mengabaikan tugas dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Mereka melihat EXCO Kanan ini kurang mengerti dan tahu tentang urusan pentadbiran dan pengurusan Kerajaan Negeri. Tidak tahu bidang tugas dan cara-cara menguruskan tugas sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai rakyat berbilang kaum.

Mereka memuji cara dan pendekatan yang dilakukan oleh ADUN Kubang Rotan, YB Nasir Mustafa dan ADUN Tanjung Dawai, Dr Hamdan Mohd Khalib. Kedua-dua ADUN ini nampak lebnih terbuka, mesra rakyat dan menggunakan pendekatan secara profesional dalam menjalankan tugas mereka sebagai wakil rakyat. Kaum Tionghua dan India amat kagum dengan kedua-dua ADUN ini yang sekaligus menjadi tunjang kekuatan dan sokongan bukan Islam kepada PAS....

Mereka juga mempertikaikan nama-nama berikut yang selalu mencampurin urusan Kerajaan Negeri, antaranya Che Had Dali, Cikgu Roslizan dan Sanusi.....semoga muhasabah dapat dilakukan segera bagi menghubah minda, perangai, sikap dan pendekatan kepada rakyat sebelum rakyat muak dengan sikap kita yang terlampau ghairah setelah menjadi Kerajaaan.

Manfaatkan teknologi maklumat dalam berdakwah

Roslan Hamid

TERTARIK benar penulis dengan penjelasan seorang tok guru dalam tazkirah di sebuah masjid berhampiran rumah penulis baru-baru ini bahawa dalam perkembangan teknologi komunikasi sekarang ini lebih mudah untuk seseorang mendekatkan dirinya dengan Penciptanya, Allah SWT.

Katanya, dalam telefon selular boleh dimasukkan cip bacaan al-Quran sebanyak 30 juzuk, jadi bolehlah seseorang itu menghayati bacaan al-Quran sepanjang masa dan di mana saja dia berada. “Tetapi janganlah dibuka dalam tandas,” beritahu tok guru.

Katanya, pada zaman serba canggih ini semakin mudahlah seseorang itu mendekatkan dirinya dengan Allah, namun keberkesanannya bergantung kepada individu juga; jika teknologi hebat dia hanya berminat untuk mendengar lagu-lagu penyanyi kesukaannya, maka gagallah dia mendekatkan dirinya dengan Allah.

Tok Guru berkata; “dah tua-tua ni janganlah terlalu berminat dengan suara Siti Nurhaliza lagi, bertaubatlah, gunakanlah kemudahan moden itu untuk mendekatkan diri dengan Allah. Hayatilah bacaan al-Quran, ketenangan akan kita perolehi.”

Bercakap mengenai penggunaan teknologi komunikasi dalam dakwah, berdasarkan pengalaman penulis mengikuti tazkirah dan kelas pengajian di masjid berbanding kursus umrah yang dianjurkan syarikat swasta, ternyata yang kedua ini selalunya menggunakan pendekatan multimedia mendatangkan kesan lebih mendalam kepada hadirin.

Pada kebanyakan kelas pengajian di masjid yang biasanya diadakan antara solat maghrib dan isyak, komunikasi adalah sehala, ustaz saja yang bercakap sedangkan jemaah mendengar saja. Jarang benar ustaz bersedia membuka soalan kepada jemaah.

Apabila berlaku komunikasi sehala, penulis perhatikan ada jemaah tersenguk-senguk, menandakan mereka tertidur tetapi pada persembahan multimedia ketika kursus umrah penulis mendapati hadirin begitu tertarik dan bersemangat sekali.

Teknologi komunikasi berkembang pesat, jadi tidakkah teringin pemimpin masjid meningkatkan kaedah penyampaian termasuk tazkirah dengan menggunakan alat bantuan multimedia seperti slaid Powerpoint dan skrin gergasi?

Berhubung perkara ini, Abdul Halim Ismail dalam majalah Risalah, Bilangan 4 (April 1992) antara lain menulis: “Dengan meningkatnya teknologi komunikasi canggih bermakna meningkatlah darjah persaingan antara pelbagai kelompok, badan dan pertubuhan serta organisasi-organisasi untuk memenangi hati massa.

“Kini badan perniagaan dan korporat, parti politik, agensi pelancongan, badan budaya dan pengusaha industri hiburan terlibat dalam perang maklumat (infowar) yang sengit sekali. Dalam kebisingan dan hiruk pikuk seperti ini, mesej agama selalunya menjadi terpencil dan tidak didengari. Apatah lagi kalau badan-badan dakwah dan gerakan Islam memilih untuk menarik diri daripada perlumbaan yang hebat ini, pastilah suara dakwah menjadi bertambah perlahan.

“Kita yakin bahawa mesej Illahi adalah perutusan unggul yang harus ditebar seluas-luasnya. Allah sendiri menegaskan, “siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang mengajak kepada Allah? (terjemahan al-Quran, surah Fussilat 41:33). Namun tanpa ikut serta dalam ‘technological leap’ yang pantas kini, dakwah akan hanya mampu menguasai ‘market share’ yang kecil sahaja seperti yang disebut dalam American Demographics, ‘God may not be dead, but the mass market is’.

“Walaupun survival gerakan Islam tidak banyak bergantung kepada teknologi maklumat komunikasi, tanpa impak daripada operasi dakwahnya yang merupakan raison d’etre kehadirannya bergantung besar kepada kaedah dan media yang dimanfaatkan.”

Berdasarkan pengamatan penulis, jemaah yang mengikuti kelas pengajian di masjid pada setiap kali adalah orang yang sama. Mereka mungkin terdiri daripada 20 orang daripada seluruh penduduk kariah atau kampung seramai 2,000 atau 3,000 orang.

Jika orang dewasa di kampung itu ada 2,000 orang, kehadiran hanya 20 orang menunjukkan betapa gagalnya pentadbiran masjid dalam mendidik orang Islam. Tentunya masjid gagal diimarahkan kerana dengan tidak hadirnya 1,980 daripada 2,000 penduduk lelaki dewasa atau lebih 99 peratus penduduk kampung bermaksud mesej Islam gagal disampaikan secara berkesan.

Jadi bagaimana mahu berkomunikasi dengan lebih 99 peratus penduduk itu? Tentunya kaedah tradisional di mana ustaz duduk menghadap 20 ‘murid tua’ itu perlu diperkemaskan agar seruannya dapat didengar dan dimanfaatkan oleh seluruh penduduk kampung.

Sebuah masjid di ibu kota (Masjid Sayidina Abu Bakar As-Siddiq di Bangsar) telah memulakan alat bantuan multimedia pada khutbah Jumaatnya. Dua skrin gergasi yang setiap satu bernilai RM6,000 diletakkan di sebelah mimbar, dan apabila khatib berkhutbah, persembahan slaid mengiringi isi khutbah, sekali gus menaikkan minat jemaah yang biasanya terkulai layu pada tengah hari yang panas itu.

Di beberapa masjid lain di Wilayah Persekutuan sudah ada persembahan Powerpoint bagi mengiringi khutbah Jumaat. Semuanya dilakukan dengan harapan jemaah akan lebih memahami sesuatu isu itu di samping mengelakkan mereka daripada terlena.

Alangkah baiknya, alat bantuan ini juga digunakan ketika diadakan tazkirah dan kelas pengajian di masjid. Pengurusan masjid juga boleh memikirkan bagaimana tazkirah itu dapat dipanjangkan kepada ratusan atau ribuan penduduk kariah yang tidak hadir berbanding dengan 20 jemaah tetap masjid.

Berdakwah kepada 20 ahli tetap masjid ini amatlah baik tetapi alangkah besar manfaat dan ganjarannya jika ribuan penduduk kampung dapat disampaikan ilmu dan maklumat. Memang betul, anak murid perlu mencari guru tetapi alangkah beruntung jika kita dapat memanfaatkan teknologi komunikasi yang kini berada di depan mata untuk menyeru seluruh penduduk ke arah kebaikan.

Bayangkan apa yang dapat dilakukan sekiranya organisasi dakwah mempunyai ‘linkage’ rangkaian telekomunikasi dengan setiap rumah dengan data dan maklumat yang sedia dimanfaatkan oleh semua pihak.

Ya, apa kata kita wujudkan telekomunikasi antara masjid dengan rumah penduduk dalam sesebuah kariah itu. Dengan itu apa saja sesi tazkirah di masjid boleh diikuti di rumah, tetapi harap-harap ia tidak disalahgunakan oleh penduduk lelaki dewasa untuk tidak hadir ke masjid.

Mungkin orang lelaki akan berterusan dipujuk ke masjid tetapi dengan wujudnya hubungan telekomunikasi masjid-rumah itu boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan perempuan terutama suri rumah yang terlalu sibuk dengan anak-anak dan urusan rumahtangga.

SPR: SELAGI WAKIL ADUN TAK KOJOL JANGAN MIMPI AKU NAK ADAKAN PRK?

Inilah hukum karma pada SPR kerana terlalu salah guna kuasa menentukan sesuatu DUn atau Parlimen perlu dibuat pilihanraya kecil atau tidak. Selagi tak mati wakil rakyat maka tiadalah Pilihanraya walaupun mahkamah 2 kali istihar contongnya satu DUN di Kedah yang telah diistihar mahkamah agar melakukan PRK oleh mahkamah tetapi dihalang oleh SPR.

Akhir-akhir ini rakyat dapat rasa dan lihat ramai benor wakil rakyat kita yang dimasukkan ke hospital kerana mengalami pelbagai komplikasi penyakit, terutama jantung & kanser. Malah ada yang sampai meninggal dunia hingga PRK(pilihanraya-pilihanraya kecil) terpaksa diadakan semula.

Terbaru Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Raja, Ab. Aziz Kaprawi dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas mengalami serangan jantung ringan. Sebelum itu ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim juga dirawat Unit Rawatan Koronari (CCU) Institut Jantung Negara (IJN) kerana penyakit yang sama.
Raser teman elok juga Suruhanjaya Pilihan Raya mewajibkan setiap calon yang hendak bertanding dalam pilihan raya LULUS ujian medical check up sepertimana yang dipraktiskan di beberapa buah negara luar.

Selain bagi memastikan setiap wakil rakyat ada kelulusan yang minima keadaan fizikal cukup sihat 'fit' untuk berkhidmat diperlukan kerana wakil rakyat diperlukan oleh rakyat bukan mayat.

Karier sebagai wakil rakyat ini cabarannya bukan sikit, seorang wakil rakyat akan mula berhadapan dengan 1,001 macam kerenah pengundinya dari dia bangun tidur sampailah di saat dia hendak melelapkan mata. Ada saja perkara yang dia perlu tangani.

Kesihatan sangat penting kerana dengan pemeriksaan ini dapat mengesan dan mencegah hal-hal yang dapat mengganggu kesihatan di kemudian hari.

Sedemikian dicadangkan waima wakil rakyat berumur 30 tahun ke atas perlu di periksa kesihatannya.
-PAS Cawangan Bukit Sentosa 2

ABIM Serah Memorandum Kepada Agong, Seru Mufti Keluar Fatwa Judi Bola


SHAH ALAM 24 MEI: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menghantar memorandum kepada mufti seluruh negara untuk menyertai gerakan membantah kelulusan judi bola dan menuntut mereka mengeluarkan fatwa jelas mengenai hal ini.

Tindakan ini dibuat selepas beberapa siri bantahan isu itu, langsung tidak mendapat reaksi balas dari kerajaan persekutuan, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan.

Ketika dihubungi TV Selangor, Presiden ABIM, Muhammad Razak Ismail berkata pihaknya turut menggunakan aplikasi maya seperti laman sosial facebook dalam menyuarakan bantahan kelulusan judi dan mengajak semua pihak berganding bahu.

"Kita telah pun mengirim memorandum kepada pihak mufti di seluruh negara supaya penglibatan mereka dan menganjurkan kepada mereka untuk berhimpun," kata beliau.

Razak berkata, memorandum itu juga akan diserah kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat.

"Kita barangkali akan mengirimkan memorandum secara tangan kepada Yang Di-Pertuan Agong dalam masa terdekat. Kita telah pun mendapat tarikh, kita sedang menyelaraskan tarik yang sesuai," katanya.

Tegas beliau, ABIM juga sedang mengatur pertemuan dengan NGO Islam di seluruh negara untuk membincangkan tindakan susulan berhubung isu judi bola ini.

Beliau berpendirian kelulusan judi bola ini bermakna, kerajaan persekutuan memalitkan imej negara Islam seperti Malaysia dengan label negatif.

"Dengan kebenaran lesen ini, ia akan memberi satu imej yang tidak baik kepada Malaysia secara khusus kerana kita merupakan sebuah negara Islam contoh kepada dunia Islam seluruhnya," kata beliau.

Razak berkata, pimpinan kerajaan Umno BN harus segera menjawab segala keraguan dan pertikaian yang timbul di kalangan rakyat, natijah dari tindakan kerajaan meluluskan lesen perjudian bola sepak.

"Saya menyeru pihak kerajaan memberi penjelasan secara terbuka dan berdepan dengan masyarakat dengan memberi hujah-hujah dan juga asas kepada pemberian lesen ini kepada kumpulan syarikat ini," katanya.

Isnin, 24 Mei 2010

KEJUTAN AWAL PAK LAH PERSOAL LESEN JUDI KAT KERAJAAN 1MALAYSIA, SEMOGA PAK LAH TETAP KONSISTEN DALAM MENYUARAKAN KEBENARAN.

Kerajaan digesa mendengar pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meminta kerajaan mengkaji semula kebenaran lesen judi bola sepak baru-baru ini.

Timbalan Ketua Dewan Muslima...t PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, berkata kerajaan perlu mendengar nasihat bekas Perdana Menteri supaya mendengar suara rakyat pelbagai lapisan masyarakat sebelum melaksanakannya.Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Abdullah yang meminta kerajaan mendengar pandangan rakyat berhubung perkara itu sebelum ianya dilaksanakan. Menurut Abdullah lagi, rakyat berhak menyuarakan pandangan dan kerajaan juga perlu mendengar pandangan mereka.

Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS negeri berkata, bantahan terhadap lesen judi ini bukan retorik semata-mata sebagaimana yang didakwa pihak tertentu sebaliknya ia mengenai soal agama dan tanggungjawab umat Islam.“Pemimpin Malaysia yang pernah mendakwa negara ini sebagai sebuah negara Islam seharusnya sejak awal lagi tidak bercadang mengadakan lesen judi, apa lagi untuk meluluskannya,”ujarnya.

GAGASAN 1 MALAYSIA SELARI DENGAN PRINSIP ISLAM?

Bujangsusah

Jauh Panggang Dari Api

PUTRAJAYA 18 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan di bawah pentadbirannya selari dengan prinsip-prinsip Islam. Perdana Menteri berkata, ini termasuk prinsip toleransi dan keadilan sosial serta penerimaan kepada kewujudan pelbagai kaum di negara ini. Beliau yang mengikuti Syarahan Perdana Putrajaya bertajuk Abad Islam: Mitos atau Realiti yang disampaikan oleh Prof. Dr. Ali Al'Amin Mazrui berkata, pembentangan oleh intelektual Islam tentang prinsip-prinsip Islam ternyata selari dengan gagasan 1Malaysia. ''Saya amat tertarik dengan syarahan Dr. Ali Al'Amin Mazrui. ''Beliau juga memetik sepotong ayat al-Quran (maksudnya) Allah menjadikan manusia dalam kelompok, kabilah dan negara supaya kita mengenali antara satu sama lain, bezanya cuma dari segi ketakwaan kepada Allah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengikuti syarahan berkenaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. Syarahan yang julung kali diadakan itu merupakan cetusan idea Perdana Menteri sendiri. Dr. Ali Al'Amin,77, berasal dari Kenya merupakan Pengarah Institut Kajian Kebudayaan Global dan Profesor Albert Schweitzer dalam Kemanusiaan, Universiti Binghamton, Amerika Syarikat (AS). Hadir sama Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaaffar. Perdana Menteri berkata, petikan ayat al-Quran dari Surah al-Hujurat ayat 13 itu menuntut supaya manusia mengamalkan kepimpinan dan cara hidup yang menghargai setiap yang dijadikan Allah iaitu kewujudan kepelbagaian budaya dan kaum. Dalam hal ini beliau berkata, sebenarnya Islam dan tamadunnya telah memberi banyak sumbangan kepada dunia malah mendahului negara-negara Barat dalam beberapa aspek. Katanya, perkembangan yang dilakukan oleh negara Barat antaranya keadilan sosial telah diamalkan lebih dahulu oleh Islam. ''Begitu juga dalam soal pemisahan sosial di AS termasuk melibatkan gereja-gereja mereka (sedangkan) dalam Islam sejak zaman Rasulullah tidak ada perbezaan dari segi kaum dan kabilah. ''Dari segi kedudukan wanita dan beberapa aspek lain telah mendahului negara-negara Barat," katanya.
- Utusan Malaysia 19/05/10

Najib Ditipu Dengan Bayang-bayang Sendiri?

Hanya dengan satu ayat al-Quran nampaknya Najib cuba untuk “mempergula-gulakan” umat Islam apabila dengan begitu mudah mengatakan bahawa gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan di bawah pentadbirannya adalah selari dengan prinsip-prinsip Islam!! Apakah Najib telah ditipu dengan bayang-bayang sendiri atau sengaja menipu rakyat dengan kejahilan? Tidakkah Najib menyedari bahawa umat Islam hari ini adalah umat Islam yang sudah mula celik dengan Islam. Pemahaman Islam yang dimiliki oleh umat Islam hari ini sudah banyak meningkat dan umat telah mula mengenali yang manakah kaca dan yang manakah permata. Kerana itulah kita melihat tindakan Najib ”mempergunakan” Dr. Ali Al'Amin Marzui, selaku Pengarah Institut Kajian Kebudayaan Global, untuk membenarkan slogan sihir 1Malaysianya, merupakan suatu tindakan terdesak untuk meyakinkan umat Islam hari ini bahawa apa yang dilakukan oleh beliau itu adalah sesuatu yang benar di sisi Islam.

Hakikatnya konsep 1Malaysia adalah sama sekali tidak selari dengan tuntutan ayat dalam Surah al-Hujurat ayat 13 tersebut. Ianya Jika kita perhatikan firman Allah SWT berkenaan ayat tersebut: Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari laki-laki dan perempuan serta menjadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu adalah orang yang paling bertakwa di sisi Allah [TMQ al-Hujurat [49]:13]. Ayat ini menjelaskan keberagaman (pluraliti) suku dan bangsa dan bukannya pembenaran terhadap semua budaya dan agama (pluralisme). Benar, syara’ menghendaki kaum Muslimin berlaku adil dan memberikan hak sewajarnya bagi rakyat bukan Islam. Namun begitu, semua ini harus berada dalam batas lingkungan syara’, bukannya tunduk kepada ’aspirasi’ 1Malaysia yang jelas tersasar jauh dari syara’ dalam pemahaman aspek ’toleransi dan keadilan sosial’nya.

Ada baiknya kita melihat kembali penjelasan para mufassir yang memiliki kredibiliti ilmu dan ketakwaan dalam masalah ini. Dalam kitab Shafwât at-Tafâsir, Ali ash-Shabuni menyatakan, “Pada dasarnya, umat manusia diciptakan Allah SWT dengan asal-usul yang sama, iaitu keturunan Nabi Adam AS. Keutamaannya adalah, agar manusia tidak membangga-banggakan nenek moyang mereka. Kemudian Allah SWT menjadikan mereka bersuku-suku dan berbangsa-bangsa, agar mereka saling mengenal dan bersatu, bukan untuk bermusuhan dan berselisih”. Mujahid berkata, “Agar manusia mengetahui nasabnya; sehingga dapat dikatakan bahwa si fulan bin fulan dari kabilah anu”. Syaikh Zadah pula berkata, “Hikmah dijadikannya kalian bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar satu dengan yang lain mengetahui nasabnya. Dengan begitu, mereka tidak menasabkan pada yang lain….Namun, dengan semua itu tidak ada yang lebih agung dan mulia, kecuali kerana keimanan dan ketakwaannya”. Jelas dari penjelasan di atas, ayat ini terkait dengan keberagaman suku dan keturunan, bukannya penerimaan dan pembenaran bagi semua budaya, cara hidup dan agama sebagai manifestasi ’toleransi dan keadilan sosial’. Lantas bagaimana Najib boleh menggunakan ayat di atas sebagai hujah untuk membenarkan idea 1Malaysianya??
-- jebbat.blogspot.com

RASULULLAH SAW DIHINA LAGI

Rasulullah SAW Dihina Lagi - Kuffar Barat Semakin Lancang Dan Biadab

Seattle cartoonist launches "Everybody Draw Mohammed Day"

After Comedy Central cut a portion of aSouth Park episode following a death threat from a radical Muslim group, Seattle cartoonist Molly Norris wanted to counter the fear. She has declared May 20th "Everybody Draw Mohammed Day."

Norris told KIRO Radio's Dave Ross that cartoonists are meant to challenge the lines of political correctness. "That's a cartoonist's job, to be non-PC."

Producers of South Park said Thursday that Comedy Central removed a speech about intimidation and fear from their show after a radical Muslim group warned that they could be killed for insulting the Prophet Muhammad.

The group said it wasn't threateningSouth Park producers Trey Parker and Matt Stone, but it included a gruesome picture of Theo Van Gogh, a Dutch filmmaker killed by a Muslim extremist in 2004, and said the producers could meet the same fate. The website posted the addresses of Comedy Central's New York office and the California production studio where South Park is made.

"As a cartoonist I just felt so much passion about what had happened I wanted to kind of counter Comedy Central's message they sent about feeling afraid," Norris said.

Norris has asked other artists to submit drawings of any religious figure to be posted as part of Citizens Against Citizens Against Humor (CACAH) on May 20th.

On her website Norris explains this is not meant to disrespect any religion, but rather meant to protect people's right to express themselves.- MyNorthwest.com

Molly Norris, seorang kartunis di Seattle telah membuat deklarasi bahawa 20hb Mei adalah hari ‘Everybody draw Mohamed Day’ (Hari untuk semua orang melukis Mohamed). Begitu biadab sekali tindakan si kafir ini. Kini, ‘Facebook’, laman web sosial yang berpengkalan di AS pula menyokong tindakan tersebut. Persoalannya sekarang, apakah tindakan kita umat Islam terhadap kebiadaban ini? Apakah kita masih lagi mengharapkan para pemimpin umat Islam yang dayus dan khianat untk berbuat sesuatu? Kaum kuffar akan terus menerus menghina, membunuh dan merampas hak kaum Muslimin kerana kita hidup berpecah-pecah, tanpa kesatuan politik dan intelektual. Realitinya, kaum kuffar masih terus berani melakukan semua ini kerana ia masih dibenarkan oleh para pemimpin umat Islam yang khianat.

Alasan yang digunakan oleh Barat adalah tidak lain tidak bukan, kebebasan. Sesungguhnya kebebasan yang mereka laung-laungkan itu hanyalah merupakan alasan untuk terus menghentam Islam. Apakah ratusan Muslim yang dipenjara di Guantanamo Bay tanpa pertuduhan menikmati kebebasan seperti mana yang dilaung-laungkan Barat? Apakah individu di Barat yang mengkritik peristiwa ‘Holocaust’ bebas berbuat demikian? Hakikatnya terlalu banyak perkara yang boleh diketengahkan yang menunjukkan sikap hipokrit Barat dalam mengenengahkan idea kebebasan.

Barat mengetahui bahawa umat Islam tidak akan dapat berbuat apa-apapun kerana kita tidak hidup di bawah Khilafah yang akan melindungi kita. Mereka tahu bahawa kaum Muslimin lemah dan tidak bermaya tanpa kesatuan politik di bawah Daulah Islam. Namun, ramai antara kita kaum Muslimin masih buta dan terus leka dengan suasana hari ini tanpa ada sedikitpun kesedaran bahawa keadaan hidup kita hari ini , tanpa Islam sebagai Deen yang syumul, bukanlah keadaan yang diredhai Allah.

Junjungan besar kita, Muhammad SAW adalah makhluk Allah yang paling mulia. Baginda adalah Rasul kita. Baginda adalah penyelamat kita. Apakah kita akan terus redha dengan perilaku kaum kuffar yang terus menerus menghina Islam dan Rasul kesayangan kita ini? Barat sedar bahawa provokasi seperti ini akan membakar semangat kaum Muslimin dan ini memberikan mereka justifikasi yang lebih kuat untuk ‘War on Terror’ yang mereka pelopori. Dan mereka begitu ghairah berbuat demikian kerana mereka tahu, tiada siapa yang akan membela kita. Namun sejarah mengingatkan kita ketika George Bernard Shaw, seorang penulis Inggeris ingin membuat suatu penulisan negatif mengenai Rasulullah, kewujudan Khilafah Uthmaniyyah yang pada ketika itu sudahpun lemah, adalah cukup untuk menghalang penulis ini dari meneruskan hasratnya. Di dalam biografinya, tertulis:

‘I had long desired to dramatise the life of Mahomet. But the possibility of a protest from the Turkish Ambassador - or the fear of it - causing the Lord Chamberlain to refuse to license such a play, deterred me.' [Hesketh Pearson's biography of George Bernard Shaw]

(Saya telah lama ingin menulis drama mengenai kehidupan Muhammad tetapi kemungkinan adanya protes dari duta Turki – atau kebimbangan mengenainya – sehingga Lord Chamberlain menolak dari memberi lesen bagi drama ini, telah menghalang saya (dari menulisnya))

Hari ini, kita, umat Islam, merupakan sasaran mudah bagi pihak kuffar. Ini adalah kerana kita tidak lagi berlindung di bawah Khilafah. Kita tidak lagi berada di bawah Imamah yang akan melindungi kita secara fizikal, politik dan intelektual. Bangunlah umat yang terpilih!!! Sampai bila lagi kita harus membiarkan diri kita di hina, dicemuh, dibunuh dan diperangi tanpa sebarang pembelaan?? - jebbat.blogspot.com

SURAT DARI ANAK MAK YANG DAH TAK NAKAL

Mak.....

Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.......
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni......

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu......
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih......
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi......
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm...bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran... ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter.....
Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital.....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.......
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak......
Kiter masih ingat lagi....
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak.....?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni...
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak....!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib....
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak.....
nak cakap dengan mak.....
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong....
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih....
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk univesiti....
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,

Note: Surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati...selain mampu mengingatkan jasa ibu kita di Malaysia , ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..

Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2(bg yg sudah memiliki cahaya mata) supaya anak2 kita sentiasa lembut hatinya kesan daripada mmbaca surat ini ,insyaAllah. .
Terima kasih saudara umarzahrawi kerana menghantar surat ini kepada iLuvislam.com . Surat ini saya bacakan ketika majlis penutup Islamic Awareness Week di Kolej Yayasan UEM suatu masa dulu. Ramai yang menitiskan air mata ketika itu.

Nasib SUPP Selepas kalah di SIBU


Subky Latif


SUPP atau Parti Rakyat Bersatu Sarawak yang mewakili Barisan Nasional yang kalah dalam pilihan raya kecil Parlimen di Sibu pada pertengahan Mei lalu bukanlah parti yang asalnya diasaskan menjadi parti kerabat Barisan Nasional.

Bahkan ia diasaskan bagi membebaskan Sarawak dari penjajahan British dan apabila Sarawak merdeka melalui Malaysia, ia kekal sebagai sebuah parti pembangkang yang menentang gabungan Perikatan yang berkuasa di Sarawak.

Ia adalah parti yang tidak tertarik dengan gagasan pembetukan Malaysia kerana sebelumnya ia mempunyai hubungan langsung dan tidak langsung dengan perjuangan Shaikh Azahari, pemimpin Partai Rakyat Brunei bagi membentuk sebuah Negara Kesatuan Kalimantan Utara yang menggabungkan Brunei, Sabah dan Sarawak dengan Sultan Brunei sebagai Rajanya.

Politik SUPP sebagai parti pembangkang di Sarawak selepas berada dalam Malaysia dulu adalah sama dan sealiran dengan pembangkang di Semenanjung seperti Gerakan, PPP di bawah Seenivasagam bersaudara di Perak dan DAP. Ia parti yang rata-rata dikuasai oleh masyarakat Cina yang dikira anti UMNO dan sekutu-sekutunya dalam Perikatan.

Ia adalah sebuah parti yang besar pengaruhnya dan ikut berpandangan bahawa parti-parti dan individu di Sarawak yang menyokong Malaysia adalah pihak yang menjadi boneka kerajaan pusat dan parti Perikatan yang berkuasa. Sekalian mereka yang cenderung menyokong Kuala Lumpur dan Perikatan tidak begitu popular di Sarawak.

Dalam pilihan raya awal tahun 70an bagi menentukan pengaruh Stephen Kalong Ningkan, Ketua Menteri Sarawak yang pertama selepas pembentukan Malaysia, SUPP adalah parti pembangkang yang penting.

Kalong Ningkan dipercayai orang lebih cenderung dengan politik Lee Kuan Yew dan tidak senang dengan penyingkiran Singapura dari Malaysia. Tidak dipastikan pendirian SUPP dengan pemimpin Singapura itu. Yang nyata keduanya tidak sekata dalam pembentukan Malaysia. Lee Kuan Yew pro pembentukan Malaysia menakala SUPP tidak tertarik dengannya.

Dalam pilihan raya bagi menentukan kerajaan Sarawak yang tidak berbelah bagi kesetiaannya kepada Kuala Lumpur, SUPP yang paling ketara menentang orang-orang yang diberi sokongan penuh oleh Kuala Lumpur seperti Abdul Rahman Yaakub dan Abdul Taib Mahmud.

Perdana Menteri Tun Razak mengirim Menteri Pelajaran Abdul Rahman Yaakub bagi menjadi calon Ketua Menteri bagi menggantikan Ketua Menteri Tawi Seli yang tidak lagi bertanding dalam pilihan raya itu.

Keputusan pilihan raya itu tidak memberikan majoriti yang jelas kepada parti-parti yang bertanding. Kira-kira seperti yang terjadi di Britain dalam pilihan raya Mei lalu.

Dalam kebuntuan itu, seperti yang Tun Datu Mustapa, Ketua Menteri Sabah ketika itu kata kepada saya, bahawa beliau bersama Perdana Menteri Tun Razak mengadakan pertemuan dengan pemimpin SUPP, Ong Kee Hui rakannya semasa belajar di Maktab Pertanian Serdang dulu.

Tun Mustapha memintanya membentuk kerajaan campuran dengan Abdul Rahman Yaakub sebagai Ketua Menteri. Ong Kee Hui tidak dapat membuat keputusan tanpa persetuan Setiausaha Agung SUPP Stephan Yong. Tun Mustapha memintanya memanggil Stephan.

Kedua mereka didesak bersetuju membentuk kerajaan dengan Perikatan. Stephen Yong kata mustahil kerana mereka baru berkempen menentang parti yang dipimpin oleh Abdul Rahman Yaakub.

Menurut Tun Mustapha, dia minta Tun Razak menyerahkan kuasa Perdana Menteri kepadanya satu jam. Tun Razak dikatakan tidak berhalangan.

Dengan kuasa Perdana Menteri itu, Tun Mustapha memberi kata dua kepada kedua pemimpin SUPP supaya bersetuju membentuk kerajaan dengan Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri. Jika menolak kedua mereka akan dikenakan Tun Mustapa tindakan ISA.

Kata Tun Mustapha mereka bersetuju dengan tekanan itu. Kuasa Perdana Menteri dipulangkan semula kepada Tun Razak. SUPP bersetuju membentuk kerajaan bersama Abdul Rahman Yaakub.

Dari masa persetujuan SUPP menyertai Perikatan dan tidak lagi berbangkit kerajaan yang dibentuk sebagai kerajaan campuran tetapi ialah kerajaan Perikatan.

Penyertaan SUPP dalam Perikatan yang peranannya dimainkan oleh Abdul Rahman Yaakub membuka jalan kepada Tun Razak melebarkan Perikatan kepada apa yang dinamakannya Grand Alliance atau Perikatan Raya membawa Gerakan pimpinan Dr. Lim Chong Eu di Pulau Pinang dan PPP di Ipoh bersamanya.

Tun Razak melobi PAS menyertai Perikatan yang besar itu tetapi Datuk Asri, Menteri Besar Kelantan tidak bersetuju gabungan itu dikekalkan dengan nama Perikatan tetapi boleh menimbangkannya menggantikannya dengan nama lain.

Tun Razak dan Datuk Asri bersetuju nama baru itu Barisan Nasional. Maka berakhirlah Perikatan yang diganti oleh Barisan Nasional.

Tetapi pembuka jalan kepada Perikatan yang lebih besar tadi dimulakan dengan persetujuan SUPP. Sejak itu SUPP tidak lagi dikenali sebagai parti yang radikal tetapi terus menjadi kerabat Barisan Nasional yang setia.

Sibu yang menjadi kubunya sejak ia dibentuk kekal menjadi kubunya sekalipun menjadi komponen BN hampir 40 tahun. Tetapi pilihan raya kecil pertengah Mei lalu didapati SUPP tidak dapat mempertahankan kerusinya dan Sibu seperti kembali ke zaman ia sebelum menyertai Perikatan/BN dulu.

Apakah ia akan mengalami nasib yang telah menimpa Gerakan dan PPP?

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails