SELAMAT DATANG

Jumaat, 22 April 2011

Kami sokong Haji Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS

Salam perjuangan dan ukhwah kepada sahabat-sahabat sekelian.

Kami sebagai penyokong-penyokong akar umbi PAS berpandangan bahawa Haji Mohamad Sabu adalah calon yang paling layak untuk memikul amanah sebagai Timbalan Presiden PAS dalam pemilihan PAS Jun 2011 nanti. Beliau adalah seorang pemimpin yang hebat berpidato, mempunyai peribadi yang bersih yang tidak mengaut kekayaan peribadi melalui balak atau sebagainya, hidup sederhana, mempunyai imej kontemporari, setia kepada perjuangan Islam di kala menang mahupun kalah dalam jawatan parti atau ahli parlimen, seorang pemimpin senior dalam parti dan terus aktif turun padang ke seluruh negara untuk memberi penerangan kepada rakyat tentang mengapa rakyat perlu melakukan perubahan.

Malaysiakini telah melaporkan bahawa Haji Mohamad Sabu telah menyebut sebelum ini bahawa antara tujuan utama beliau menawarkan diri sekali lagi untuk bertanding Timbalan Presiden PAS adalah bagi membantu presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegakkan keadilan Islam khasnya di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat. Beliau juga mahu membantu presiden untuk memobilasi demokrasi dan kefahaman tentang demokrasi kepada rakyat supaya mereka memilihnya untuk diamalkan di Malaysia.

Beliau juga mahu membantu Tuan Guru Abdul Hadi bagi memperkukuhkan Pakatan Rakyat dengan mengukuhkan kerjasama parti dengan ahli gabungan dalam Pakatan dan juga NGO. Menurut Haji Mohamarus gelombang perubahan bersama Pakatan Rakyat memperkukuhkan Pakatan dapat diterjemahkan melalui melaksanakan “tindakan politik bersama-sama untuk kepentingan rakyat.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata antara program yang beliau dapat memberikan khidmat kepada parti adalah melalui Himpunan Bersih. Sehubungan itu, Mohamad berjanji akan cuba “mempergiatkan lagi” berfungsi sebagai timbalan presiden sekiranya dipillih menjadi orang nombor dua dalam parti itu. Selain itu, katanya, beliau juga mahu memantapkan Majlis Syura supaya “betul-betul berfungsi” khususnya dalam soal menjaga displin dan mempertahan dasar parti.

Haji Mohamad Sabu difahamkan sedang menerima banyak pencalonan daripada PAS kawasan-kawasan yang sedang menjalankan mesyuarat agung mereka sekarang. Kita sama-sama berdoa dan berusaha semoga Haji Mohamad Sabu berjaya memikul amanah sebagai Timbalan Presiden PAS supaya PAS mampu memimpin llah. Jom ubah!

Khamis, 21 April 2011

RIUH RENDAH ORANG KAMPONG, SERONOK DAPAT E MAIL PERCUMA

Rakyat perlu internet, bukan e-mel percuma
Harakahdaily

SHAH ALAM, 21 April: Kerajaan Negeri Selangor menyedari akan peranan internet yang banyak menyumbang kepada perluasan ilmu pengetahuan terhadap masyarakat.

Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan negeri, Rodziah Ismail (gambar) berkata projek-projek internet percuma yang sedang giat dijalankan di semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor adalah sebahagian daripada manifesto Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang mengutamakan kehendak dan kepentingan rakyat.

“Berhubung Projek Emel 1Malaysia yang dilancarkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan bagi menyediakan akaun email kepada semua warga Malaysia untuk urusan rasmi dengan kerajaan, saya ingin menegaskan bahawa sesuatu yang diinginkan oleh rakyat sebenarnya bukanlah emel percuma tetapi kemudahan internet percuma,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Dengan pemberian itu, tanya beliau bagaimana rakyat ingin menggunakan emel percuma sekiranya perkara asas untuk menggunakan emel iaitu internet tidak disediakan.

Katanya, kerajaan Malaysia seolah-olah tidak tahu apa yang lebih penting untuk rakyat dan tidak tahu apa keperluan dan kehendak rakyat di bawah.

Inim tambahnya sekali lagi menunjukkan projek Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional dibuat secara tergesa-gesa, tidak teliti dan tidak dirancang rapi.

Menurutnya lagi, syarikat Tricubes Berhad pula dilaporkan mengalami masalah kewangan dan berstatus GN3 di Bursa Malaysia.

“Bagaimana syarikat yang mempunyai masalah kewangan ini dapat menjayakan projek ini?” soalnya.

Tambahnya, alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa projek itu tidak menggunakan dana awam adalah sesuatu yang tidak munasabah dan langsung tidak masuk akal.

“Justeru, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar bangkit mendesak Kerajaan Malaysia menghentikan projek Emel 1Malaysia ini, sebaliknya mendesak kerajaan Malaysia memberikan kemudahan internet percuma seperti mana yang dilaksanakan Kerajaan Pakatan Rakyat sekiranya benar Kerajaan Malaysia mendahulukan rakyat

Rabu, 20 April 2011

Omar dan Taqiudin kekal YDP

Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 18 April: Dua muka lama iaitu Haji Omar Hasan dan Ustaz Taqiudin Hamah (gambar kiri Omar kanan Takiyudin) kekal sebagai masing-masing Yang Dipertua PAS Permatang Pauh dan Jelutong pada mesyuarat agung yang diadakan di kawasan masing-masing semalam.

Haji Omar berjaya mengalahkan dua pencabarnya di Dewan Haji Yusuf Rawa di Kampung Sama Gagah, Permatang Pauh manakala Ustaz Taqiudin Hamzah menang bergaya tanpa ada pencabar pada mesyuarat PAS Jelutong yang diadakan di Recsom, Gelugor.

Di Permatang Pauh juga menyaksikan berlaku pertukaran bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua apabila Ustaz Yusni Mat Piah memenanginya. Jawatan Naib Ketua pula diamanahkan kepada Haji Amir Hamzah.

Ustaz Badrul Abdul Rahman pula menang bagi jawatan Ketua Urusan Ulamak Permatang Pauh, Shamsudin Said sebagai Pengerusi Tetap serta Yusuf Latif mengekalkan fungsinya sebagai Timbalan Pengerusi Tetap.

Antara nama yang turut menang bagi jawatan Jawatankuasa PAS Permatang Pauh bagi sessi 2011-2013 ialah Haji Asre Jusuh, Mansor Che Dan, Haji Abdul Rahim Hassan, Jamsari Samad, Haji Khalid Ridwan, Aziz Che Ani, Anuar Hamid, Puan Fadillah Ahmad, Haji Ahmad Mat Isa, Sanusi Ismail, Haji Jamaludin Abdul Hamid dan Ustaz Zakaria Hamzah.

Bagi jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh juga menyaksikan perubahan apabila Wan Rafaei Abdul Rashid di amanahkan ke jawatan tersebut sementara itu, Puan Suraya Saat kekal sebagai Ketua Dewan Muslimat Permatang Pauh pada mesyuarat dewan berkenaan beberapa hari lalu.

Bagi pemilihan PAS Jelutong pula jawatan Timbalan Yang Dipertua kekal di tangan Mohd Yusuf Mohd Noor, Jawatan Naib Yang Dipertua, Haji Ariffin Haji Ali manakala jawatan Ketua Urusan Ulamak ditugaskan kepada Ustaz Ferdaus Shahul Hamid.

Antara nama lain yang menang mesyuarat kali ke 23 itu ialah Mohd Noor Hasan, Amran Omar Mohd Nasir Ismail, Mohd Haizan Abdul Razak, Azahari Idrus, Faizal Mazlan, Izwan Nizam Abdul Kader, Jasni Kasim, Mohd Zaki Tazim, Ahmad Suhaimi Ramli, amir Ahmad Shah, Mhd Azli Mazlan, Mohd Firdaus Saad, Mohd Zaki Othman, Mohd Fazli Abdul Wahab dan Puan Saodah Amin.

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails