SELAMAT DATANG

Selasa, 1 Jun 2010

12 rakyat M'sia di kapal yang diserang Israel

Dua belas rakyat Malaysia disahkan berada di kapal Mavi Marmara - kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel.

Mereka termasuk dua wartawan sebuah televisyen berbayar di Malaysia.

Mereka adalah sebahagian daripada misi 11 anggota yang dinamakan Lifeline4Gaza, yang mengambil bahagian dalam 'Flotila Kebebasan' bagi membawa bantuan kemanusiaan ke Semenajung Gaza.

Adalah dipercayai Lifeline bukan badan kemanusian tunggal dari Malaysia yang terbabit, kerana ada beberapa kumpulan yang bergerak secara berasingan dengan kapal yang lain.

Jurucakap Lifeline4Gaza, Dr Hafidzi Mohd Noor berkata sembilan daripada mereka adalah sukarelawan dari enam NGO dari Malaysia.

Mereka termasuk Haluan, Aqsa Syarif, Yayasan Amal, Muslim Care, Palestine Centre of Excellence (Pace) dan Jemaah Islamiah Malaysia (JIM).

Dr Hafidzi berkata dia gagal menghubungi kumpulannya itu apabila serangan bermula dan mereka belum dapat mengenal-pasti identiti ke-12 rakyat Malaysia berkenaan.

Sementara itu, menurut ADUN Meri, Dr Abd Rani Osman ang kini di Instanbul juga mengesahkan penahanan rakyat Malaysia itu.

Dr Abd Rani melalui SMS kepada Malaysiakini juga memberitahu bahawa sekurang- kurangnya 16 aktivis pro-Palestin dibunuh, manakala puluhan lagi cedera dalam serangan itu.

Kapal Mavi Marmara yang dimiliki Turki itu kini dilaporkan dibawa ke Haifa, manakala semua penumpangnya akan dipenjarakan.

Dua wartawan Astro Awani itu dikenalpasti sebagai Ashwad Ismail dan jurugambar dan Samsul Kamal Abdul Latip. Usaha Malaysiakini menghubungi Ashwad setakat ini tidak berhasil.

Manakala dalam laman Twitter-nya, Ashwad hanya mengemaskinikan statusnya kira-kira 14 jam lalu.

"Mavi Marmara on alert. Semua berada pada tahap tertinggi. Dua pesawat pemantau Drone dipercayai milik Israel kelihatan," coretan terakhirnya sebelum tragedi itu dipetik.

Terdahulu, menurut AFP yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, laporan awal mengesahkan dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.

Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007. - malaysiakini

Sidang khas serangan Israel, tempoh 48 Jam untuk Najib

http://gemasuara.blogspot.com/

Sangat kecewa terhadap PM yang hanya mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan serangan oleh regim Israel pada tengah malam semalam.

Kenyataan itu hanya dibuat selepas didesak oleh pelbagai pihak yang menganggap kerajaan terlalu lembab dan takut untuk membuat kenyataan mengecam perbuatan lanun laut regim Israel.

Kelembapan PM dilihat seperti menunggu apa nasihat dari APCO untuk kerajaan bertindak tanpa menjejas kerja APCO yang diamanah oleh kerajaan untuk memulihkan kepercayaan Amerika terhadap kerajaan Malaysia.

Tindakan regim Israel tersebut adalah berpunca dari sikap lunak dan pak turut dasar luar kerajaan-kerajaan di dunia termasuk Malaysia yang menyumbang kepada tindakan kejam Israel.

Perbuatan kerajaan BN pimpinan Najib yang begitu mesra Amerika/zionis mesti dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia.

Sebagai Ahli Parlimen yang mewakili rakyat Malaysia, dengan ini menuntut kerajaan Malaysia menunaikan tuntutan berikut.

1.Memberi tempoh 48 jam untuk PM segera memanggil sidang khas Parlimen untuk membincang isu serangan tersebut.

2.Dalam tempoh 48 jam Kerajaan juga hendaklah membentang pelan menyelamat rakyat Malaysia yang sedang ditahan olih pihak berkuasa Israel pada sidang khas Parlimen.

3.Dalam tempoh tidak lebih dari 48 jam kerajaan hendaklah menamatkan kontrak dengan syarikat perunding antarabangsa yang merupakan proksi kepentingan politik Israel/Amerika.

4.Menuntut kerajaan menghentikan dengan segera sebarang urusan perdagangan yang rasmi atau tidak rasmi dengan negara haram Israel.


Dato' Mahfuz Omar,
Ahli Parlimen Pokok Sena,
Naib Presiden PAS.

Senarai 12 rakyat M'sia yang ditawan Israel

Jun 1, 10 10:41am

Berikut senarai nama nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza yang berada di kapal Mavi Marmara yang diserang dan ditawan tentera rejim Israel awal pagi semalam.

Maklumat adalah berdasarkan laman web Lifekine4Gaza.

Noorazman Mohd Samsuddin, HaluanPalestin
Dr Mohd Arbai'e Syawal, Haluanalestin
Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan al-Haddad, HaluanPalestin
Al-Hami Husain Suhaimi, HaluanPalestin
Mohd Nizam Mohd Awang, HaluanPalestin
Hasanuddin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
Jamuliddin Elias, Yayasan Amal
Dr Selamat Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
Abdul Halim Mohd Redzuan, Muslim Care
Mustafa Mansur, Mapim
Ashwad Ismail, wartawan Astro
Shamsul Kamal Latif, jurukamera Astro
Nasib mereka masih belum diketahui.


Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails