SELAMAT DATANG

Jumaat, 29 Januari 2010

Hassan Ali akur keputusan Jawatankuasa Disiplin



Khalid terima keputusan, akan rayu segera






Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Jan: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menerima keputusan Jawatankuasa Disiplin yang mendapati beliau bersalah namun akan membuat rayuan segera berhubung hukuman penggantungan enam bulan dari jawatan parti.

Dalam respon segera kepada Harakahdaily beliau yang berada di luar negara berkata, beliau menghormati keputusan tersebut.

"Oh ok, No problem, saya boleh appeal (merayu) selepas saya balik.

"Yang penting dua dua didapati bersalah dan saya harap Datuk PJ (Hassan Ali) tidak akan lagi menimbulkan masalah dengan PR (Pakatan Rakyat) Selangor," katanya melalui khidmat pesanan ringkas SMS.

Hasan Ali dalam sidang medianya sebelum ini juga memaklumkan menerima keptusan Jawatan Kuasa Disiplin dengan hati yang terbuka dan menganggap ianya sebagai satu proses pendidikan kepada dirinya.

"Dalam pertemuan selama setengah jam tadi, saya sudah menerima hukuman daripada lembaga disiplin parti dan saya diberi amaran.

"Saya terima dengan hati yang terbuka dan anggap apa yang berlaku ini sebagai proses pendidikan bagi diri saya,"katanya.

Jawatankuasa disiplin PAS petang tadi memutuskan Khalid bersalah dan digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali juga bersalah dan diberi amaran bertulis berkuat kuasa hari ini.

Khalid digantung daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS Pusat.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media selepas mesyuarat petang tadi.

Mereka bagaimanapun boleh mengemukakan rayuan dalam masa 30 hari.

Selain itu kedua-duanya juga tidak dibenar mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan parti dan Pakatan Rakyat.



1 MALAYSIA KENA TIPU -MAMPUIH UMNO/BN

Harga Proton Waja Di Arab Saudi

Email : BADRUL HISHAM HJ. AHMAD FUAD


1 MALAYSIA SENTIASA DITIPU...


Kenapa Proton tak jual harga macam kat Arab Saudi?
Apa istimewanya orang Arab?

Kata ”Rakyat didahulukan”…..
Kenapa orang Arab lebih diutamakan?

Haaaa…..Jawapannya ialah…..Pemilik Proton di Malaysia semuanya dah kena tipu …..Hahaha

Harga Persona kat Saudi = SR 36,100
Harga Gen2 kat Saudi = SR 33,600
Harga Waja kat Saudi = SR 37,950

1 Saudi Riyal = RM 0.94

Maknanya harga Persona kat Saudi = RM 33,934 aje
Maknanya harga Proton Gen2 kat Saudi = RM 32,256 aje
Maknanya harga Waja kat Saudi = RM 35,673 aje

1 Malaysia bayar RM 66,799.97 untuk 1 Waja di Msia!
RM31,126.97 lebih MAHAL!



HA.... BARU HANGPA TAU, NAMPAK SAJA LEMBEK


Istana Mat Said RM……Juta?





PERCAYAKAH ANDA… sebuah rumah banglow mewah dua tingkat berwarna biru serta dihiasi langskap persekitaran yang menarik ini merupakan rumah seorang pemimpin tertinggi Umno Terengganu.

Wah!! Kaya betul pemimpin tersebut sehingga boleh buat rumah dan ‘Istana’ yang hebat-hebat. Siapa pun pasti akan mengenali pemimpin tersebut.

Awang sedia maklum bahawa pemimpin ini sebenarnya datang dari keluarga miskin dan susah. Ayahandanya seorang ‘penyadak nyior’ (pengait kelapa) yang miskin serba kekurangan tetapi mampu melahirkan seorang anak yang kaya-raya.

Pemimpin Umno tersebut diperingkat bahagian politik merupakan Ketua Umno Bahagian di hujung negeri Terengganu Darul Iman.

Jika diperingkat negeri pula jawatan politiknya agak besar iaitu sebagai orang nombor dua di negeri ‘Darul Runtuh’ ini.

Manakala, jawatan dalam kerajaan dan eklusifnya dia (pemimpin) merupakan Menteri Besar (MB) Terengganu pilihan ‘Istana’ dan bukan pilihan pemimpin bawahan atau pertengahan Umno negeri.

Istana ‘YB’ yang tersergam indah berkenaan terletaknya di Kijal, Kemaman berhadapan dengan Kolej Universiti TATI.

Sumber Awang memberitahu harga sebuah banglow mewah seperti Istana tersebut harganya mencecah jutaan ringgit. Angka tepat tidak dapat Awang dedahkan kerana tertakluk ‘Akta Rahsia Rasmi Peribadi’. Tapi Awang tidak ambil rasuah untuk tutup mulut.

‘Dan Sebenarnya’….mungkin orang tidak tahu, rakyat tidak tahu dan mungkin pengundi pun tidak tahu bahawa ‘Istana’ milik pemimpin Umno tersebut sebenarnya telah dibina sebelum dia (pemimpin) jadi ‘Yang Amat Berhormat’ lagi.

Waktu itu, dia (pemimpin Umno) sebagai pembangkang antara tahun 1999 – 2004. Maklumlah, waktu itu ‘wang ehsan’ banyak hasil ‘rompakan’ politik kerajaan Persekutuan atas cadangan para pemimpin Umno Terengganu.

Banyak projek-projek sekolah, jalan raya, balai raya, ‘hantu raya’ dan sebagainya yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Apa yang orang kata pemimpin tersebut banyak juga dapat projek-projek wang ehsan waktu itu dan sebab itulah dia kaya-raya boleh buat apa sahaja termasuk ‘Istananya’.

Oleh itu, sebagai kenal-kenalan kita di Facebook untuk menambahkan koleksi seorang pemimpin yang baru pulang dari mengerjakan Haji di Mekah dengan ini diumumkan nama pemilik banglow mewah tersebut adalah Dato’ Haji Ahmad Said al-Kijali.

TETAPI….dengar ceritanya, dia (Mat Said) jarang sangat duduk kat Istana tersebut kerana mungkin kurang selesa sebab berjawatan MB atau mungkin kerana dia banyak duduk di Istana Sri Iman, Kuala Terengganu.

Lagi pun banyak sangat cerita-cerita pelik yang Awang dengar al-kisah akan rumah banglow tersebut sejak dari pembinaan hingga siap yang penuh dengan kisah MISTERI !!!!!!
~ Apa Orang Kata

Inilah Parti Islam Sangat Bertolak Ansur - Moga selepas Ini Kita Mengambil Pengajaran. TAKBIR!!!!

Khalid Samad Digantung 6 Bulan ,Hasan Ali Hanya Diberi Amaran

Keputusan Jawatankuasa Dispilin Pas Pusat memutuskan Khalid Samad digantung jawatan sebagai Pengerusi Lajnah Politik Pas Pusat dan YDP Pas Shah Alam selama 6 bulan sementara Hasan Ali PJ Pas selangor hanya diberi amaran saja. Adakah keputusan Jawatan kuasa Disiplin Pas itu adil atau berat sebelah?

Hasan Ali PJ Pas Selangor itu pernah memanggil blogger-blogger termasuk blogger Umno dirumahnya bersama Timbalan Presiden Pas Nasarudin Mat Isa mendedahkan isu baiah dalam Pas yang membawa kepada timbulnya isu baiah dalam Pas tahun lepas. Keputusan badan disiplin Pas itu dilihat agak berlembut dengan Hasan Ali berbanding hukuman yng dikenakan kepada Khalid Samad. Khalid Samad adalah orang yang menentang kuat hubungan Umno-Pas dalam isu kerajaan perpaduan, Khalid pernah berkata dalam ucapannya menyentuh isu UG dengan Umno dalam Muktamar Pas tahun lepas ,"Kita sayang kepada mereka(UMNO) tapi mereka tidak sayang kepada kita."

Lapor Malaysiakini;

Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan menggantung jawatan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad selama enam bulan berkuatkuasa hari ini.

Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali.

Khalid digantung daripada menjadi yang dipertua PAS Shah Alam dan anggota biro politik parti.

Manakala Hasan juga didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.

Bagaimanapun, jawatankuasa tersebut hanya memutuskan memberi amaran bertulis kepada Hasan.Baca di sini

Harakahdaily pula melaporkan;

Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali diberi amaran bertulis berkuat kuasa hari ini.

Kedua dua mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS.

Khalid digantung daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Pengerusi Lajnah Politik PAS Pusat.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media selepas mesyuarat petang ini.

Menurut Tuan Ibrahim, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Manakala Hasan pula didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.

"Jawatankuasa disiplin telah membuat keputusan penghakiman pada petang ini setelah mengikuti prosedur siasatan.

"Kedua-duanya didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS Pusat," katanya.Baca di sini

Baca juga
Hasan Ali Dedah Rahsia Pas Juga..-Perisik Rakyat
Tahniah Umno!-Penarik Beca

Amin ya Allah! Hancurkan UMNO

Suasana Rakyat Kelantan Yang Derhaka Arahan Najib | Ucapan Ku Li ada jugak..!!!





[kuliroyaltistadium.jpg]

dengarkan ceramah Ku Li Malam tadi disini
http://www.ustream.tv/recorded/4274946



FRU LEBIH SAYANGKAN BABI DARI MANUSIA

Berita yang diterima dari Cyberboron dari pekarangan masjid Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Berpuluh pelajar telah di tahan di pekarangan masjid UKM ekoran demonstrasi yang dilakukan oleh pelajar-pelajar UKM bagi membantah penangguhan pilihanraya kampus disana.

Setakat ini, dua trak FRU telah dipenuhi oleh pelajar-pelajar dan ramai lagi yang telah dipukul dan didera oleh pihak FRU.

Kami meminta seberapa ramai peguam-peguam, baik dari Pakatan Rakyat untuk turun membantu pelajar-pelajar ini.

Untuk bantuan guaman atau apa sahaja bantuan yang boleh diberikan…sila hubungi Tekong Manjong (012-5292340).

- perakexpress

FRU ni kalau perhimpunan pelajar, perhimpunan mansuhkan ISA, perhimpunan bersih, siap sembur air, gas pemedih mata, belasah dgn cota dan berbagai-bagai lagi dilakukan. Tapi bila orang cina kata "kalau lu berani lu robohkan la gua punya kandang babi !!!". Bodoh jer muka masing-masing.. Habis buah semua termasuk.

Kes kandang babi di melaka.. xder sorang pun cina yang kena pukul. xder seko babi pun yang terbunuh.. xder pun gas pemedih mata.. xder pancutan bahan kimia. tengok (foto) Siap boleh panjat atas JCB lagi tu.. FRU pun x berani buat apa-apa. Pastu blah macam tu jer. Dan akhirnya kes ini senyap sunyi. sesenyapnya kes enjin jet yang hilang dan kes pengunaan nama Allah.



ORANG BODOH YANG DIANGKAT SEBAGAI PEMIMPIN

Bukti Pemuda Umno Terlibat..Mengapa Hishamuddin Ketakutan..

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengeluarkan kenyataan "anih" selaku Menteri Dalam Negeri apabila mengumumkan polis tidak akan mengambil keterangan daripada Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berhubung dakwaannya beberapa ahli Pemuda Umno terbabit dalam kes serangan gereja di Desa Melawati awal bulan ini.

Hishamuddin menuduh Azmin sebagai membuat "kenyataan politik" namun hakikat ialah sebagai Menteri bertanggungjawab atas keselamatan, beliau harus mendesak polis menyiasat kesahihan dakwaan berani yang dibuat Azmin. Sebaliknya Hishamuddin berkata Azmin bebas untuk membuat kenyataan namun polis tidak akan mengambil keterangannya.

"Azmin hanya orang politik yang boleh membuat andaian dan tuduhan yang bermacam-macam," kata Hishamuddin.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Azmin semalam yang mendakwa beliau mempunyai maklumat tentang penglibatan Pemuda Umno Bahagian Gombak dan Ampang dalam kes membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, pada 8 Januari lalu. DISINI

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata beliau sedang berusaha mendapatkan nombor kad pengenalan dan nombor keahlian anggota Umno yang didakwa terbabit. Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno menolak keperluan polis untuk menyiasat kenyataan Azmin yang tentunya mempunyai bukti untuk membuat pendedahan sebegitu.

Sebaliknya Hishamuddin berkata Umno juga boleh membuat tuduhan kepada PKR sekiranya mahu, namun "kerajaan mahu menumpukan untuk mengumpul bukti dan fakta terlebih dahulu."

Kenyataan Hishamuddin itu tentunya akan menguatkan persepsi bahawa pimpinan tertinggi kerajaan dari Umno sekali lagi menutup atau menghalang polis daripada menyiasat segala aspek bersabit serangan terhadap rumah ibadat sejak tiga minggu lalu. - KedahLaNie

Hadith:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum.
- Riwayat Ibn Majah



AIKKKK...BIAQ BETOIIII

MESYUARAT EXCO PEMUDA UMNO KECOH - DESAK KHAIRY LETAK JAWATAN


Mesyuarat EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang diadakan baru-baru ini berakhir dalam keadaan kecoh apabila sebahagian EXCO Pemuda UMNO meminta Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin meletak jawatan secepat mungkin bagi menyelamatkan pergerakan tersebut.

Menurut sumber, EXCO Keahlian Pemuda, Sdr Hisahmuddin Yahya merupakan yang pertama meluahkan perasaan tidak puas hati dan meminta YB Khairy berundur secara terhormat demi kepentingan Pemuda UMNO. MYKMU difahamkan ramai EXCO yang bercakap kemudiannya menyetujui usul tersebut.

Bukan lagi rahsia bahawa Pemuda UMNO gagal berfungsi sejak Khairy mengambil alih jawatan Ketua Pemuda pada tahun lalu. Antara yang menimbulkan kemarahan ramai ahli pemuda ialah tindakan Khairy melantik Ketua-ketua Pemuda Negeri yang tidak mendapat sokongan majoriti ketua-ketua Pemuda UMNO Bahagian negeri tersebut.

Antara Pemuda negeri yang bergelut dengan krisis kepimpinan ialah Pemuda UMNO Selangor, Perak, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Johor. Ini berikutan tindakan Khiry melantik Ketua Pemuda Bahagian yang menyokong beliau dalam pemilihan lalu sungguhpun mereka ini tidak disukai oleh majoriti ketua Pemuda Bahagian yang lain.

Pemuda UMNO Selangor misalnya sehingga hari ini gagal mengadakan mesyuarat penuh. Sebanyak 13 daripada 22 Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selangor menolak kepimpinan Suhaimi dan mengambil keputusan bergerak secara bersendirian di bahagian masing-masing.

Di Perak juga berlaku kemelut kepimpinan Pemuda yang serius apabila Mesyuarat Pemuda Negeri Perak minggu lalu meminta Ketua Pemuda Negeri berundur secara terhormat. Memorandum 18 Ketua Pemuda Bahagian Perak juga khabarnya telah dihantar kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Di Pulau Pinang, Sdr Norman juga ditolak kepimpinannya oleh majoriti Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Demikian juga yang berlaku di Johor dan Wilayah Persekutuan. Kebanyakan mereka mengambil keputusan menggerakkan bahagian secara bersendirian bagi memastikan UMNO Bahagian terus kukuh dalam menghadapi pilihan raya.

Selain isu perhubungan Pemuda UMNO Negeri, Khairy juga dianggap gagal apabila kursus Perdana Pemuda di Janda Baik hujung tahun lalu hanya dihadiri tidak sampai separuh Ketua-Ketua Pemuda Bahagian.

Kursus yang sepatutnya menjadi medan menunjukkan kekuatan kepimpinan Khairy untuk mendesak Perdana Menteri memberi jawatan kabinet akhirnya menjadi masalah besar kepada beliau apabila hanya separuh jemputan sahaja yang hadir. Daripada itu pula kebanyakannya ialah Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian sahaja.

Beberapa EXCO yang bercakap kemudiannya bertindak mempersoalkan kegagalan Khairy menjadi suara Pemuda dan menggerakkan jentera pemuda dalam banyak isu nasional yang sepatutnya dipergunakan Pemuda bagi mengenakan tekanan ke atas Pakatan Rakyat.

Ada juga yang mempersoalkan alasan Khairy bahawa beliau tiada jawatan menyebabkan beliau tidak boleh menggerakkan Pergerakan Pemuda.

Menurut mereka jika dahulu Khairy berjanji untuk mengorbankan harta bendanya untuk Pergerakan Pemuda jika menang, bila menang lain pula alasannya.

Saudara Hishamuddin Yahya dan beberapa lagi exco yang dihubungi enggan mengulas perbincangan dalam mesyuarat EXCO sebentar tadi buat masa ini. Bagaimanapun kesemua mereka tidak menafikan berita ini.


Melahirkan Sang Murabbi

Nasrudin Hassan at Tantawi

Murabbi :

Arkitek Generasi Pelapis Murabitun

Pendahuluan

Tarbiah dan Murabbi dua perkataan yang tidak boleh dipisahkan sama sekali.

Ø Oleh kerana PAS mengutamakan tarbiah, maka murabbi adalah satu komponen yang terlalu penting dalam PAS.


Ø Pelapis murabitun mesti dibentuk dan disediakan setiap masa bagi memastikan kesinambungan kegemilangan PAS


Ø Oleh itu murabbi yang berkualiti perlu ada dan berfungsi dalam membina pelapis murabitun.


Ø Konsep murabbi telah lama wujud dalam Islam, sejak zaman Rasulullah hingga kini dalam setiap gerakan Islam.


Ø Imam Al-Haddad : “jadilah kamu dengan syaikh murabbi kamu bagai seorang mayat di tangan tukang mandinya, jika diangkat tangan maka terangkatlah tangan, diturunkan maka terturunlah”


1. Sifat Murabbi


· Ibn Mubarak : “Sesungguhnya ilmu ini adalah agama, maka perhatikanlah dari siapa kamu mengambil agamamu” (Peri penting pemilihan murabbi)


· Sifat peribadi seorang murabbi (bertaqwa, wara’, menjaga adab dgn Allah, hati yang bersih, berilmu tinggi, sabar, penyayang, berhemah tinggi, kuat berdakwah, berhikmah dll)


· Murabbi perlulah seorang yang berilmu agama yang mantap agar apa yang ditarbiah sesuai dengan dasar perjuangan Islam sebenar. Oleh itu, para ulama dalam PAS sangat bertanggungjawab sebagai para murabbi.


· Sifat murabbi dalam jamaah (adab berjamaah, hubungan yang baik dengan pimpinan, tsabat, rajin, cekap berorganisasi, sifat2 jundullah dlm surah al-maidah, lengkap rukun bai’ah 10, dll)


· Sifat murabbi dengan generasi pelapis (guru, pendidik, bapa, abang, pemimpin, model contoh, kaunselor)


· Kitab-kitab tarbiah seorang murabbi seperti Tarbiyatuna Arruhiyyah (Sa’id Hawa) mesti dihadamkan


2. Pra-syarat Murabitun


· Bekerja dengan jamaah bukanlah sesuatu yang mudah. Maka persediaan rapi perlu ada. Murabitun adalah tulang belakang jamaah, maka golongan ini terlalu penting.untuk dipersiapkan.


· Bakal murabitun perlu dipersiapkan dengan beberapa sifat iaitu: berilmu, faham tuntutan jamaah, bersih jiwa, cekap berorganisasi, tabah, tsabat, berhemah, berhikmah dll.


· Pra syarat untuk menjadi murabitun begitu tentu sekali adalah ditarbiah dengan teliti dan sentiasa bersedia untuk ditarbiah.


· Para ulama agung silam yang mewaqafkan diri mereka untuk perjuangan Islam semuanya telah ditarbiah secukupnya oleh para murabbi mereka sebelum muncul sebagai sebutir permata perjuangan.


3. Tarbiah rukun asasi


Ø Tarbiah adalah modal utama jamaah Islam. Tanpa tarbiah rosak perjuangan


Ø Tarbiah yang lengkap memerlukan bukan sahaja modul dan silibus, tapi aspek utamanya adalah pentarbiah itu sendiri (murabbi).


Ø Allah memerintahkan agar kita bertanya kepada Ahluzzikr, dan bukan hanya setakat mengkaji, membaca dan berfikir.


Ø Maka jamaah Islam perlu melakarkan pelan membentuk murabbi, menyebarkan mereka, dan menyediakan prasarana diperlukan selengkapnya untuk tugasan tarbiah di mana jua.


Ø Antara yang perlu disediakan untuk murabbi adalah:


Ø Lokasi

Ø Kewangan

Ø Soft skill

Ø Kerjaya

Ø Bahan bantu


4. Murabbi pelakar pelan generasi akan datang


Ø Tanggungjawab murabbi membentuk generasi murabitun akan datang


Ø Sebagai arkitek, murabbi perlu melakar bagaimana membangunkan generasi murabitun yang kukuh, faham dan memainkan peranan dengan baik.


Ø Tanpa murabbi, murabitun yang lahir akan cacat tarbiah, sekaligus mencacatkan pemerkasaan jamaah.


Ø Hasilan tarbiah seorang murabbi yang mantap akan melahirkan murabitun yang kukuh


Ø Kajian mendapati kecelaruan fikrah di kalangan sebahagian anggota PAS adalah kerana kekurangan murabbi yang jitu di sesetengah tempat


Ø Murrabi perlu sentiasa meyematkan di dada kalam Imam Hasan Al-Banna “realiti hari ini adalah impian semalam, dan impian hari ini adalah realiti esok hari”


5. Murabbi penyelia binaan akan datang


o Selain melakar pelan, murabbi juga perlu sentiasa menyelia pembinaan generasi murabitun agar tiada yang futur atau lari dari trek perjuangan.


o Murabbi tidak boleh berlepas tangan dari hasilan air tangan tarbiahnya.


o Murabitun perlu sentiasa berhubungan dengan murabbi agar terus memahami perjuangan dan tsabat di atasnya.


o Penyusunan murabitun yang telah siap ditarbiah di setiap tempat akan memudahkan gerak kerja jamaah.


o Syaikh Sa’id Hawa : 3 sifat faktor kegagalan murabitun : Malas, takut, kedekut. Murabbi perlu memastikan sentiasa 3 sifat ini tiada pada murabitun sentiasa.


6. Penutup - Murabbi cemerlang, murabitun cemerlang


o Keberkesanan tarbiah PAS bergantung pada kecemerlangan murabbinya. Maka penekanan pada para murabbi sangat perlu.


o Murabbi yang cemerlang akan merangka pula pelan, bertindak, dan kemudian menyelia generasi-generasi murabitun.


o Generasi murabitun akan datang juga cemerlang apabila ditarbiah dengan lengkap oleh murabbi yang cemerlang.

Katakanlah inilah jalanku, aku berdakwah kepada Allah atas basirah, jalanku dan jalan sesiapa yang mengikutiku…



DPPP Bidas Kelembapan Kerajaan

1. Negara amnya dan ummat Islam khasnya sekali lagi berada dalam keadaan resah dan tidak selesa dengan perkembangan terkini berkait isu kepala babi yang diletakkan di perkarangan 2 buah masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.

2. Sebelumnya negara kita cemas dengan insiden pembakaran gereja dan surau ekoran polemik penggunaan kalimah Allah menjadi isu panas dalam negara .

3. Pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengeksploitasi keadaan dengan melancarkan tindakan provokatif yang mencetus ancaman terhadap tahap keselamatan rakyat dan negara .

4. Keadaan ini perlu diredakan segera . Keamanan negara mesti dipelihara . Semua pihak bertanggungjawab dengan pantas menghentikan segala tindakan dan kenyataan yang bersifat provokatif .

5. Dewan Pemuda PAS Malaysia komited dengan tindakan yang positif ke arah menyelesaikan konflik yang tercetus . Tanpa kawalan cepat , berkesan dan bijak keadaan mungkin berjaya dimanipulasi oleh pihak yang sengaja mengambil kesempatan untuk menimbulkan huru hara dalam negara kita .

6. Kerajaan sebagai pihak bertanggungjawab memelihara keamanan dan kesejahteraan rakyat yang berbilang kaum dan agama janganlah lembab dan lambat bertindak seperti mahu membiarkan keadaan semakin parah . Satu demi satu kejadian yang menimpa negara pada hari ini tidak boleh dibiarkan berlarutan . Kerajaan mesti mengambil tindakan tegas dan serius agar negara kembali berada dalam keadaan tenteram dan rakyat yang berbilang kaum dan agama dalam negara ini kembali rasa selamat .

7. Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak percaya kerajaan tidak mampu bertindak segera . Selain mengambil tindakan untuk menyiasat , kerajaan juga mesti dilihat telus dan tidak teragak - agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mencetuskan provokasi dan mengancam keselamatan negara . Keselamatan negara dan rakyat mesti diutamakan mengatasi kepentingan peribadi dan parti .

8. Sementara itu , Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan agar seluruh rakyat bertenang dan tidak cepat terpengaruh dengan agenda pihak tertentu yang sengaja mahu menimbulkan hura hara dalam negara dan sekaligus mengambil manfaat dari kekalutan yang timbul . Awasi diri dari perangkap politik kebencian dan balas dendam juga politik opurtunis . Golongan ini hanya mahu mencari kepuasan diri dan hanya menjaga kepentingan mereka . Mereka abaikan kepentingan negara dan maslahah ummah .

9. Semua pihak , khasnya ummat Islam sangat dialu - alukan agar bersatu dalam menangani konflik ini dengan cermat , bijak dan berjiwa besar dengan mengenepikan kepentingan politik kepartian sebaliknya meletakkan masa depan negara yang harmoni dan sejahtera . Seterusnya menumpukan usaha untuk membasmi korupsi , penyalahgunaan kuasa serta penindasan dalam apa jua sektor samaada politik , ekonomi mahupun sosial .

10. Saya juga sangat berharap agar Islam dijadikan asas untuk ummat bersatu dan dahan kukuh tempat berpaut . Hindari semangat perkauman yang sempit dan jauhi sebarang provokasi yang licik dari pihak yang tidak bertanggungjawab .


Farag Naggar Teman Hasan Al-Banna,


asd18

Lagenda Ath-Tsabat di Jalan Dakwah, Al-Marhum Farag Naggar (1923-2009), teman setia Hasan Al-Banna, memegang amanah dakwah Ikhwan Muslimin dari berumur 15 tahun sehingga ke akhir hayatnya ketika berumur 86 tahun, melalui tahun-tahun pelarian di dalam negara sendiri selama 22 tahun. “Sesungguhnya orang-orang yang berkata ‘Tuhan kami adalah Allah’ kemudian mereka istiqamah, mereka tidak perlu takut dan bersedih hati” (maksud Al-Quran dalam foto di atas).


1

Hasan Al-Banna bersama ikhwahnya anggota Ikhwan Muslimin didalam satu program tarbiyah.

Imam Syahid melahirkan ramai tokoh-tokoh mujahid di Jalan Dakwah sejak dihari pertama penubuhan Ikhwan Muslimin pada tahun 1928. Biji benih yang ditanam kini akarnya telah menjunam jauh ke dasar bumi dan pohonnya lebat merendang, sukar bagi sesiapa untuk mencabutnya, walau berbagai usaha dan strategi telah dilakukan oleh musuh-musuh Allah sehingga kehari ini. Bahkan semakin hari semakin meneguh, disegani kawan dan digeruni lawan. Berkata Iman Hasan Al-Banna, “Wahai Ikhwan! Kamu bukan persatuan kebajikan, bukan parti politik, bukan badan yang ditubuhkan untuk sesuatu tujuan yang terhad objektifnya. Akan tetapi sebenarnya kamu adalah ruh baru yang mengalir di dalam tubuh umat ini lalu ia menghidupkannya dengan Al-Quran. Kamu adalah cahaya baru yang menyinar lalu dengan cahaya Allah kamu menghapuskan kegelapan kebendaan. Kamu adalah suara yang berkumandang tinggi, melaungkan dakwah Rasulullah saw. Adalah suatu hakikat yang tidak keterlaluan jika kamu merasakan bahawa kamu menanggung tugasan berat ini dikala manusia lain lari dari bersusah payah kerananya. Jika dikatakan kepada kamu, “Kearah mana kamu berdakwah?”. Kamu katakan kepadanya, “Kami menyeru kepada Islam yang didatangkan oleh Muhammad saw. Kerajaan adalah salah satu bahagian darinya. Kebebasan adalah salah satu kefardhuan di dalamnya”. Jika dikatakan kepada kamu, “Ini dah masuk bab politik!”. Kamu katakan, “Ini adalah Islam. Kami tidak tahu pecahan-pecahan yang anda katakan itu”. Diantara mujahid yang dididik oleh Hasan Al-Banna ialah Ustaz Farag Naggar.

Pic37

Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna (1906 – 1949). Pengasas gerakan Ikhwan Muslimin.

Al-Ustaz Farrag Naggar dilahirkan pada hari Ahad 5 Ramadan 1341H bersamaa 22 April 1923 di Kampung Meit Khaqan, daerah Syibin Al-Kom, negeri Al-Manufiah, Mesir dalam sebuah keluarga yang sederhana dan teguh beragama. Ayahnya, Haji Ibrahim adalah seorang tukang kayu atau dalam bahasa Arab “Najjar”, berkahwin dengan ibunya Syafiqah Nuwair Ahmad Al-Jamal. Mereka dikurniakan Mahmud, Muhammad, Abdul Khaliq, Farrag, Zainab, Azizah, Diyad dan Abdul Ghani. Ustaz Farrag Najjar menceritakan tentang kelebihan ibunya dengan berkata, “Aku berdiri di depan seorang wanita seolah-oleh aku berdiri di hadapan salah seorang pemimpin yang bernas. Aku mendengar, menghormati, membenarkan dan aku tidak mempersoalkannya. Pada ibuku terdapat himpunan nasihat-nasihat dakwah dalam bentuk kata-kata hikmat dan pengalaman-pengalaman lalu. Wanita adalah satu kekuatan seperti taufan yang melanda sekiranya dia berada di belakang anak-anaknya sambil mendorong mereka maju ke hadapan, seperti api yang dinyalakan di tengah-tengah kesejukan yang mengcengkam”.

ii77

Ustaz Farag Naggar (1923 – 2009). Beliau adalah pimpinan Ikhwan Muslimin yang tidak dapat ditangkap oleh Presiden Gamal Abdul Naser selama 22 tahun yang berada di dalam negara Mesir, ketika pimpinan-pimpinan lainnya di dalam penjara atau di luar negara.

Ibu dan ayahnya begitu mengambil berat agar anak-anak mereka dididik dengan akhlak Islam dan menjaga Solat. Oleh kerana itu, mereka mengundang Asy-Syeikh Abdul Hamid Ghunaim ke rumah untuk menghafazkan Al-Quran dan mengajar syair-syair Arab lama kepada anak-anak mereka.

Dakwah Ikhwan Muslimin

img888Di permulaan kehidupan Ustaz Farrag Najjar, beliau mengikut beberapa tarikat sufi seperti Tarikat As-Syaziliah,kemudian Tarikat Ar-Rifaiyah. Banyak kisah-kisah beliau bersama tarikat-tarikat sufi dan tidak kurang yang melucukan. Akhirnya beliau tidak lagi bersama dengan mereka. Pada suatu hari, ketika beliau sedang bermain bola sepak dengan teman-temannya di kampung, seorang teman lamanya yang tinggal di kota Kaherah, Abdul Razak Al-Araby menemuinya dan berkata, “Kami ingin mengajak kamu menyertai tarikat kami”. “Tarikat apa pula ni? Sebenarnya aku dah bosan dengan tarikat-tarikat ni”, kata Ustaz Farrag Najjar. Kawannya menghulurkan majallah yang didalamnya ada sehelai kertas. Ustaz Farrag lantas mengambil kertas tersebut dan membacanya.

img2“Ad ‘u ilaina ad-dunya, faqad abramaha amran. Wa ajmak alaina an-nas, fasanatlu alaihim min ladunna zikra. Sanatub al-Marid bi dawaa-ina, wa nanfakh fil jiban min ruhina. Summut uzunud dunya, in lam tasmak lana. ALLAH GHAYATUNA, AR-RASUL ZAIMUNA, AL-QURAN DUSTURUNA. AL-JIHAD SABILUNA. WAL MAUTU FI SABILILLAHI ASMA AMANINA

(Kamu ajaklah seluruh dunia kepada kami, nescaya kamu dapati kami mempunyai sesuatu perkara yang mesti diperjuangkan. Berhimpunlah manusia disekeliling kami, nescaya kami akan mengumandangkan peringatan kepada mereka. Kami akan merawat pesakit dengan ubat kami dan kami akan meniupkan ruh kami di dalam tubuh badan. Tertutuplah telinga dunia sekiranya ia tidak mendengar apa yang ingin kami sampaikan. ALLAH MATLAMAT KAMI, AR-RASUL PEMIMPIN KAMI, AL-QURAN PERLEMBAGAAN KAMI, JIHAD JALAN KAMI, MATI DI JALAN ALLAH SETINGGI-TINGGI CITA-CITA KAMI).

“Kata-kata ini benar-benar mengesani jiwa saya. Tarikat-tarikat sufi terdahulu tidak pernah memberi kesan seumpama ini, walau ianya terdiri dari beberapa ayat pendek. Aku bertanya, siapakah syeikh ini yang mahu aku bergabung ke dalam dakwahnya”, kata Ustaz Farag. Abdul Razzak menjawab, “Hasan Al-Banna”. Beliau bertanya bagaimana cara bertemu dengannya. Akhirnya mereka berdua tiba di Kaherah. Hari itu hari Rabu. Iman Hasan Al-Banna sedang menyampaikan ceramah di dewan. Apabila beliau melihat mereka berdua, kata Ustaz Farrag, “Aku tidak tahu apa dah terjadi pada diriku. Aku merasakan tubuh badan aku menggeletar kerana dipandang oleh beliau. Aku sangat terkesan dek pandangannya”. Setelah tamat ceramah, dia turun dari pentas dan berada di sisi kami, memeluk kami menyebabkan aku kagum dan terharu !! Beliau meminta izin sebentar kerana ada urusan. Setelah selesaiurusannya, beliau kembali kepada aku tetapi agak lewat dan memohon maaf. Sekali lagi aku takjub kepada seorang yang ulung dan lebih tua, tetapi memohon maaf kepada aku yang kerdil yang belum menjangkau umur 15 tahun.

Ustaz Farrag Najjar mula menyebarkan dakwah Ikhwan Muslimin di kampungnya dengan bersungguh-sungguh sehingga tertubuhnya Ikhwan cawangan Meit Khaqan. Pada tahun 1940 beliau mengundang Iman Hasan Al-Banna membuat kunjungan ke kampung. Ketika itu juga Kampung Meit Khaqan bertukar dari menjadi kubu kuat Parti Wafd kepada Ikhwan Muslimin.

SDC11622

Mampukah Dakwah di Abad 21 ini menghasilkan rijal sekental Dakwah sezaman Hasan Al-Banna dan Farag Naggar di Abad 20.

Ustaz Farrag dipilih oleh Iman Al-Banna untuk menyertai Nizam Khas bagi membuat penentangan terhadap Penjajah British di Mesir. Di antara operasi-operasi beliau dan rakan-rakannya ialah di Jabal Baghuth dimana ledakan bom yang memusnahkan pos keselamatan British di situ memaksa Penjajah keluar meninggalkan negeri Al-Manufiah.

Apabila Presiden Gamal Abdul Naser memegang tampuk pemerintahan dan mengisytihar perang terhadap Ikhwan Muslimin, tiada dikalangan anggota pimpinan Ikhwan Muslimin melainkan dalam dua keadaan, samada disumbat ke dalam penjara di dalam negara Mesir, atau mereka yang sempat pergi ke luar negara seperti Negara-negara Arab yang lain atau Barat, kecuali Farag Naggar. Beliau berada di dalam Mesir, memilih untuk tidak menyerah diri kerana menyimpan banyak rahsia Ikhwan Muslimin, tidak dapat ditangkap sehingga berlalu masa selama 22 tahun apabila suasana politik di Mesir berubah dengan berubahnya kerajaan dan polisi-polisinya.

1- Beliau diantara orang yang paling banyak menemani Hasan Al-Banna di dalam rehlah Dakwahnya ke seluruh pelusuk Mesir. Oleh kerana itu, beliau mendapat pengisian dan tarbiyah langsung dari Hasan Al-Banna. Diantara yang menakjubkan Farag Naggar terhadap Hasan Al-Banna dalam perjalanan ialah masa rehat dan tidur Hasan Al-Banna kebanyakannya ialah semasa di dalam kenderaan ketika perjalanan. Masa di destinasi-destinasi dipenuhi dengan Dakwah dan pertemuan dengan para anggota dan mad’u. Apabila kenderaan mula bergerak dan Hasan Al-Banna berkata kepada beliau dia hendak tidur dan tolong kejutkannya setiba di destinasi, Hasan Al-Banna terus tidur dengan mudah, memberikan hak badannya dengan baik.

2- Pernah di dalam 22 tahun mengelak diri dari tangkapan, Presiden Gamal Naser cuba memasang perangkap dengan menyebarkan berita bahawa ibunya sedang sakit. Jiwa orang Arab sangat rapat dengan keluarganya. Musuh tahu Farag Naggar akan balik ke rumah ibunya apabila mendengar berita yang direka-reka itu. Memang betul, Farag Naggar masuk ke kampung dengan menyamar sebagai pengembala unta. Dia kemudian singgah di rumah ibunya dan dapati ibunya sihat tetapi tidak mengenali siapa beliau. Dia meletakkan sesuatu didalam mulutnya agar ibunya tidak dapat mengecam suara anak kandungnya itu. Ibunya menghidangkan sarapan pagi berupa roti, jibnah (keju) dan lain-lain. Kata Farag Naggar, “Sekiranya ibunya dapat mengecam suara dan mendapati dihadapannya adalah anaknya yang menghilangkan bertahun-tahun, dia percaya ibunya akan pengsan ketika itu juga“. Setelah selesai sarapan dan perbualan, Farag Naggar meminta izin mengundurkan diri dari ibunya yang dikasihi, demi menyelamatkan Dakwah ini yang lebih dikasihinya, ke arah mencari redha Ilahi yang paling dikasihinya.

3- Farag Naggar berjuang bersungguh-sungguh menyebarkan dakwah Ikhwan Muslimin ke masyarakat disekelilingnya. Namun dia tidak menyangka Dakwah ini dan nama Hasan Al-Banna yang sangat dikenalinya, juga tersebar ke pelusuk negara Arab yang lain. Ketika itu tiada kemudahan perhubungan berita, telefon, radio dan sebagainya jauh sekali internet dan handphone. Suatu masa dia melawat negara Yaman, sebuah bumni Arab di hujung Semenanjung Arab bersempadankan Laut Arab. Dia pergi ke hujung negara Yaman di kawasan yang bergunung ganang. Apabila dia mula masuk ke satu kampung, beliau bertemu dengan seorang budak dan saling berkenalan. Apabila budak tersebut mendengar bahawa Farag Naggar berasal dari Mesir, budak itu bertanya, “Adakah engkau mengenali seorang yang bernama Hasan Al-Banna?”. Mendengar nama Hasan Al-Banna yang disebut di tempat yang sebegini jauh dan terpencil, Farag Naggar tidak dapat mengawal perasaannya dan terus menangis.

4- Selama 22 tahun beliau hidup dalam mengelak dirinya dari ditangkap Kerajaan Mesir, beliau tinggal di sebuah rumah tanpa membuka tingkap selama 9 tahun.

5- Beliau dihantar oleh Hasan Al-Banna masuk ke dalam Parti Komunis Mesir, sehingga menjawat jawatan Setiausaha Agung. Pada suatu malam, Hasan Al-Banna berceramah di suatu tempat. Farag Naggar ditugaskan oleh Parti Komunis Mesir untuk mengatur pembunuhan terhadap Hasan Al-Banna ketika ceramah tersebut. Beliau mengatur beberapa pemuda Komunis di satu tempat, siap untuk menyerang Hasan Al-Banna ketika ceramah, dan beliau juga mengatur beberapa pemuda Ikhwan Muslimin di satu tempat berhampiran, siap untuk menangkap dan menggagalkan sebarang usaha untuk mendekati si penceramah. Akhirnya rancangan jahat tersebut berjaya diatur dan digagalkan oleh beliau.

img119(1)

6- Beberapa hari sebelum Hasan Al-Banna ditembak syahid, Farag Naggar sebagai seorang yang sangat peka aspek keselamatan Dakwah ada menyatakan kepada Hasan Al-Banna bahawa usaha membunuhnya sudah semakin dekat dan dia mesti mengambil langkah-langkah yang lebih ketat yang akan mengurangkan gerak Dakwahnya. Hasan Al-Banna menjawab, “Aku bersedia menemui Tuhanku“.

7- Di musim Pilihanraya Umum Mesir tahun 2006 yang lalu, Ikhwan Muslimin mengambil keputusan melibatkan diri didalamnya dan menang 88 dari 444 kerusi yang dipertandingkan walaupun setelah berdepan dengan penipuan terang-terangan oleh pihak berkuasa, Parti Demokrasi Nasional, pimpinan Husni Mubarak. Sebelum pilihanraya, Ikhwan Muslimin bercadang meletakkan Farag Naggar sebagai salah seorang calon Parlimen di negerinya, Al-Manufiah. Setelah mendapat tekanan hebat dari pemerintah, hasrat tersebut ditarik balik. Saya masih ingat beliau bercerita menerangkan sebab tekanan tersebut sedemikian rupa. Sambil berseloroh beliau berkata, sebab pertama ialah kerana Presiden Hosni Mubarak tidak mempunyai timbalan sejak dahulu. (Ada pendapat mengatakan sementara menunggu masa bagi anaknya, Jamal Mubarak untuk mengambilalih, seperti proses yang memang sedang berlaku sekarang). Di dalam Perlembagaan Mesir menyatakan jika Presiden meninggal dunia atau meletakkan jawatan tanpa mempunyai timbalan, ahli Parlimen yang akan menjadi Presiden baru adalah ahli yang paling tua usianya. Jika bertanding, Farag Naggar adalah calon yang paling tua usianya (83 tahun ketika itu). Sebab kedua, presiden-presiden Mesir sebelum ini seperti Sadat, Hosni Mubarak adalah berasal dari negeri Al-Manufiah, sehingga hari ini menjadi kata-kata masyhur dikalangan rakyat Mesir bahawa Al-Manufiah adalah “Balad Ar-Rais” (Negeri Tuan Presiden) dan beliau (Farag Naggar) juga berasal dari negeri yang sama !!

img85

img75(3)

img43(9)

“Diantara orang-orang beriman, ada mereka yang benar jujur terhadap janji mereka kepada Allah. Sebahagian mereka telah pergi (menemui Tuhan mereka). Sebahagian lagi masih menunggu dan mereka sedikitpun tidak mengubah (janji mereka)” (Al-Quran)

Di setiap zaman dan tempat, disepanjang sejarah Islam yang panjang, Al-Quran dan As-Sunnah telah berjaya mendidik dan mencetak para Duat di JalanNya. Farag Naggar adalah hujjah Al-Quran ke atas kita bahawa seorang insan, jika dididik dengan tarbiyah yang baik, akan menghasilkan kejayaan dan lonjakan untuk Dakwah ini. Begitulah harapan kita kepada pemuda pemudi generasi Islam hari ini. Beliau adalah salah satu contoh bagi firman Allah swt bermaksud, “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah, Tuhan sekelian alam. Tiada syirik bagiNya. demikian aku disuruh…” (Al-Quran).

Semoga Allah merahmati Al-Marhum, menempatkan beliau dikalangan para Nabi, As-Siddiqiin, Asy-Syuhadak dan As-Solohin. merekalah sebaik-baik teman di Akhirat kelak.

Ustaz Halim INIJALANKU www.inijalanku.wordpress.com



Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails