SELAMAT DATANG

Sabtu, 13 Mac 2010

Pemuda PAS kutuk akhbar Sweden hina Nabi

KUALA LUMPUR, 13 Mac — Dewan Pemuda PAS hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sebuah akhbar Sweden “Dagens Nyther” baru-baru ini yang menyiarkan kartun menghina Nabi Muhammad s.a.w.

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan turut melahirkan kekesalannya dengan tindakan negara-negara Eropah yang masih melakukan perkara tersebut.

Pemuda PAS akan menghantar memorandum bantahan kepada Kedutaan Sweden selepas sembahyang Jumaat pada minggu depan, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Ke-10 di sini hari ini. — Bernama



Ketua Puteri Dapat Kontrak Anggerik Mall, Apa Penjelasan Umno?



Pimpinan Umno dan Majlis Amanah Rakyat harus tampil memberi penjelasan berhubung kemelut yang melanda peniaga-peniaga di Anggerik Mall, Shah Alam.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, peniaga-peniaga berkenaan menjadi mangsa salahguna kuasa Umno yang menggunakan MARA untuk kepentingan politik parti.

Kontrak pengurusan bangunan itu diberikan kepada syarikat Inno Elegan Sdn Bhd (IESB) dengan seorang Ketua Putri Umno sebagai pemegang saham terbesarnya.

IESB diberi kontrak panjang mengendalikan Anggerik Mall tetapi gagal menjalankan aktiviti promosi secukupnya.

Akibatnya pusat membeli belah ini ketandusan pengunjung dan peniaga terpaksa menanggung kerugian sekian lama.

"Diserahkan kepada satu syarikat IESB dan tempoh perjanjian di mana bangunan itu diserahkan pada Inno Elegan Sdn Bhd adalah selama 3 tahun + 3 tahun + 3 tahun, dengan adanya tempoh bernafas selama 12 bulan, bermakna 10 tahun.

"Syarikat Inno elegan ini adalah milik pemegang saham utama bernama Huzryfionawatty yang merupakan Ketua Puteri umno Wilayah Persekutuan,"katanya.

Beliau berkata IESB yang mendapat kotark itu sejak Julai 2009 dikenakan kadar sewa 22,000 ringgit sebulan manakala pulangan dianggarkan 60,000 ringgit.

“Bagaimana syarikat yang dibina dengan modal RM50,000 boleh mengambilalih bangunan itu pun menjadi tanda tanya,”katanya.

Khalid menggesa Umno untuk menghentikan amalan memelihara kroni dan membelakangkan kepentingan rakyat.

"Kononnnya hendak tolong orang Melayu tetapi hanya menolong seorang-orang Melayu iaitu Ketua Puteri wilayah Persekutuan tapi memangsakan ramai orang Melayu yang merupakan peniaga-peniaga kecil yang kebanyakkannya orang Umno, perkara ini biasa dalam Umno," katanya.

Ibrahim Ali Nie Ingatkan KATAK.. Tapi Rupa-rupanya Seekor BUAYA...

Ibrahim Ali al-Kataki sebenarnya adalah seekor buaya ...

Penulis blog Raja Petra Kamarudin dalam blognya mendedahkan bahawa Ibrahim Ali yang kononnya mengaku pejuang nasionalis Melayu yang memperjuangkan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu sebenarnya bekerja untuk kepala Bapak Judi Vincent Tan(Menjalankan perniagaan judi berlesen melalui Berjaya Sport Toto Berhad, Pan Malaysian Pool Sdn Bhd dan Magnum Corporation Berhad ) Lihat di sini

Ibrahim Ali menubuhkan Perkasa yang kononnya supaya dapat menentang melawan China dan menghalang mereka daripada mengambil alih negara ini.

Ibrahim Ali bimbang bahawa orang China mendominasi ekonomi Malaysia sementara Melayu merudum menjadi warga negara kelas dua di negeri mereka sendiri.

Tetapi berapa ramai orang yang tahu bahawa Ibrahim Ali sebenarnya mempunyai ‘hubungan’ istimewa dengan Vincent Tan daripada Berjaya?


Vincent Tan itulah yang telah merampok berbilion Ringgit Malaysia. Vincent Tan itulah yang telah membayar Katak OKU Hee Perak RM25 juta untuk melompat.

Vincent Tan itulah yang telah membantu untuk menaja dengan ‘tawaran-tawaran istimewanya’ supaya lebih banyak katak-katak melompat !

Mungkin ramai yang apabila melihat wajah Ibrahim Ali , mereka terbayangkan seekor katak , namun yang sebenarnya, perangai Ibrahim Ali itu adalah umpama seekor buaya yang ganas.

Bahawa Ibrahim Ali yang menentang cina seperti Vincent Tan sebenarnya adalah teman tidur sebantal dengan Vincent Tan.

Ali Ibrahim mengakui menjadi ahli dewan di Dunham Bush (M) Bhd, sebuah kulkas dan sistem pendingin udara pengilang, ketika syarikat tersebut berdaftar dan dikendalikan oleh Tan's Berjaya Group.
amaran : Buaya ini adalah jenis yang suka makan Melayu termasuklah dengan taik-taiknya sekali! / end


Relax Sat : Antara 2 Wajah.. Anda Justifikasikan...

TQ Sahabat wa angkat dari blog luu...

Cuba bezakan wajah siapa yang nampak lebih ikhlas???


Dengan menggunakan kepakaran yang ada pada anda,
cuba anda nyatakan wajah mana 1 yang lebih ikhlas ..


Orang Umno dok geram kat Perkasa berebut berjuang Melayu


Ini adalah suratkabar tabloid pro Umno Era Baru yang terbaru bil 272 yang memetik tulisan SPY LEMAN untuk dijadikan berita utama akhbar tabloid berkenaan.

Tulisan muka depan akhbar berkenaan mengecam pentadbiran zaman mantan PM Tun Abdullah dengan berkata;

"Di zaman pentadbiran Tun Lah serta Khairy ,Umno dilihat amat lemah di dalam menjaga hak-hak Melayu serta memartabatkan taraf bangsa Melayu di negara ini.Mungkin ini disebabkan oleh sindrom "zzz" Tun Lah dan juga kerakusan "berbisness" oleh menantunya ketika itu".

Akhbar berkenaan juga yang pro mantan PM Tun Mahathir puji melangit aka kejayaan Tun Mahathir yang turut mengatakan Umno dah busuk hingga ke ususnya.Nampaknya Umno dah berpecah teruk sekarang ini.Nampaknya dalam Umno ada banyak puak yang bertelagah sekarang ini hanya tunggu masa nak meletup.

Tulisan berkenaan pada muka surat dua pula mempertikaikan sikap Umno yang seolah-olah bagi ruang yang cukup besar kepada Perkasa untuk berjuang Melayu hingga macam Umno dah tak lagi berjuang Melayu.Kerja nak berjuang Melayu dicuri oleh Perkasa.

Kata penulis tersebut dalam akhbar tu lagi;

"Kini peranan Umno telah banyak diambil alih oleh Perkasa di dalam menyuarakan hak bangsa Melayu dan juga memperjuangkan martabat Islam di negara ini.Apakah pemimpin Umno tak berasa malu dengan situasi ini"?

"Jika kini PRIBUMI PERKASA NEGARA sudah mengambil alih 70% tugas yang patut dilakukan oleh Umno itu sendiri, apalagi yang tinggal kepada pemimpin-pemimpin Umno"?

Memang betoi la Melayu Ibrahim Ali Lawan Melayu Umno.Umno dan Perkasa sedang bergeser hanya semata-mata nak tunjuk kejantanan sapa lebih hebat dalam berjuang untuk Melayu.Mungkin Umno pun dok risau takut nanti banyak pula projek kerajaan melimpah kepada Brahim Ali.Depa rebut projek atau rebut nak berjuang Melayu?Sapa berjuang ,melalak kuat pasal Melayu dialah yang akan dapat projek banyak.


Prestasi empat negeri Pakatan lebih baik daripada BN


Mohd Sabri Said

SEBERANG JAYA, 13 Mac: Rakyat digesa memandang ke hadapan bersama Pakatan Rakyat untuk memajukan negara kerana empat buah negeri yang diterajui selepas menang pada pilihan raya umum lalu menunjukkan prestasi dan mampu melakukan yang lebih baik daripada Barisan Nasional (BN), kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tegasnya, BN nampak sahaja selesa mentadbir tetapi sebaliknya diseliputi keresahan dalaman apabila berbagai isu melanda.

"Rakyat kena pandang ke hadapan bersama Pakatan Rakyat, usah lagi bersama BN yang nyata lemah dalam pentadbiran. Nampak saja selesa tapi penuh dengan resah dan musibah, " terangnya dengan diiringi laungan reformasi dan Allahu Akbar.

Menurutnya, pilihan raya umum yang dijangkakan berlaku dua tahun lagi memerlukan perubahan yang lebih luas supaya Pakatan Rakyat tidak lagi menjadi pembangkang.

Namun, katanya bagi memastikan kuasa BN mantap, mereka akan berusaha melaksanakan program pendekatan seiras dengan apa yang dibuat menerusi Pakatan Rakyat kerana pendekatan BN yang lalu tidak lagi releven dan menjadi bahan ditertawakan rakyat.

Sehubungan itu, tambah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, BN sepatutnya akur dengan kehendak rakyat yang telah menyatakan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat di setiap pilihanr aya kecil yang diadakan sepanjang tahun 2009.

"Prestasi Pakatan Rakyat memang tinggi pada masa ini manakala nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini menjunam teruk. Itulah yang menggerunkan Umno dan BN, " jelasnya.

Justeru, beliau meminta rakyat melihat apa yang terjadi kepada kes Altantuya, pembelian kapal selam, kehilangan enjin jet, gejala rasuah, masalah dadah, moral remaja dan seumpamanya yang semua tidak dapat diselesaikan oleh pemerintahan BN.

Menurutnya, kepimpinan BN yang ada hanya pandai bercakap tetapi tidak pula bijak bagi menanganinya dengan baik kerana mereka lebih gemar bersandiwara, suka menipu dan bercakap bohong.

“Maka, rakyat yang mempunyai kuasa mutlak kena bekerja untuk menghindarkan BN daripada terus menjahanamkan negara ini.

"Jika rakyat tidak mahu melihat negara ini hancur ekoran ketidakcekapan pemerintahan, tiada jalan lain mereka hanya perlu memangkah parti dalam gabungan Pakatan Rakyat di samping berdoa mengikut agama masing-masing. Mudah-mudahan apa yang terjadi dapat diselamatkan," katanya lagi.



Hang Semua Boleh Brahim katak Oiiiii

Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim hanya mentertawakan tuduhan yang mempersoalkan kewibawaannya sebagai aktivis Melayu ekoran kaitannya dengan jutaan Cina, Tan Sri Vincent Tan. Tuduhan itu tersebar di internet empat hari selepas beliau mengecam tokoh-tokoh korporat Cina, termasuk Tan Sri Vince...nt Tan, yang digelarnya 'tauke' dan "mendominasi" ekonomi dan seterusnya menyebabkan berlaku ketidakstabilan politik dan sosial.

Bagaimanapun, tersebar laporan di internet yang menunjukkan hubungan Ibrahim dengan syarikat Dunham-Bush Malaysia, yang pernah dimiliki Tan. Penulis blog Raja Petra Kamaruddin menyiarkan dalam lamanwebnya Malaysia-Today, salinan laporan tahunan 2003 syarikat berkenaan yang menunjukkan Ibrahim adalah salah seorang anggota lembaga pengarahnya.

Ketika menjawab SMS dari Malaysiakini, Ibrahim berkata tidak ada salahnya urusan perniagaannya dengan Tan kerana ia tidak menolak hakikat bahawa tokoh-tokoh besar perniagaan Cina mendominasi bidang ekonomi.
Sebaliknya, kata Ibrahim, beliau bercakap mengenai ekonomi makro dan isu-isu dalam gambaran lebih besar.

Beliau bertanya apakah masalahnya jika beliau berurusan perniagaan dengan ramai rakan-rakan Cina dan mempunyai rakan kongsi Cina



Zul Nordin Beghinguih Tak Behani DEbat

Debat Zul-Khalid Samad: Hanya budak hingusan takut debat
Angkasanuri

Kalau tak silap saya sudah dua tiga hari YB Khalid Samad ahli parlimen Shah Alam mencabar YB Zulkifli Nordin untuk berdebat isu kalimah Allah. Isu yang mencetuskan konflik mereka berdua sehingga membawa kepada pemecatan Zulkifli Nordin dari PKR.


Tetapi sehingga hari ini belum terdengar sebarang jawapan dari Zulkifli Nordin yang cukup lantang di depan media sehari dua ini.

Sebelum ini pelbagai istilah diberi kepada pemimpin Pakatan Rakyat dari anak firaun sehinggalah ke budak hingusan semua terpacul dari mulut beliau.

Beliau sebelum ini cuba menggambarkan bahawa dirinya seorang yang berprinsip dan tidak akan menggadaikan prinsipnya.

Jadi gelanggang debat adalah medan yang terbaik untuk membuktikan keberanian dan prinsip yang dipertahankan.

Sudah pasti ramai yang menunggu kehadiran dan jawapan beliau dalam sesi debat nanti. Kita tunggu adakah beliau bersedia berdebat atau sebaliknya.

Bagi saya hanya budak hingusan sahaja yang tidak berani berdepan dan berdebat di depan khalayak ramai.

Jumaat, 12 Mac 2010

Hujan turun sebaik Nik Aziz ketuai solat sunat Istisqa

MB, Exco, pegawai basah kuyup ketika solat Istisqa

Hujan yang turun di sekitar bandar raya ini membasahkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan serta ribuan rakyat yang menyertai solat sunat istisqa.

Hujan agak lebat tiba-tiba turun pada rakaat pertama solat sunat Istisqa yang diadakan di Padang Perdana pagi tadi.

Solat tersebut diimamkan Menteri Besar bermula kira-kira jam 8.30 pagi.

Ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang membawa surah pada rakaat pertama tiba-tiba hujan turun agak lebat sehingga membasahkan ribuan yang menunaikan solat.

Hujan hanya berhenti selepas selesai solat sunat tersebut.

Semua yang hadir termasuk pembesar negeri dan pegawai kanan kerajaan kelihatan basah kuyup.

Program tadi dihadiri hampir kesemua pegawai kanan kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Faudzi Che Mamat, Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamat dan Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhammad.

Solat Istisqa tersebut merupakan kali kedua diadakan di Kelantan selepas pertama kali diadakan beberapa tahun lalu akibat kemarau panjang.

Cuaca kering dan panas kini melanda seluruh negara sehingga ada tempat paras sungai dan empangan semakin surut dan tanah-tanah menjadi merekah.

Ketika membaca khutbah Menteri Besar memalingkan badan ke arah kiblat seketika sebagai mengikut amalan sunnah Rasulullah s.a.w. ketika baginda mengerjakan solat Istisqa.-Harakahdaily

Sementara Malaysian Insider melaporkan;

Nik Aziz yang ditemui selepas solat sunat tersebut melahirkan rasa syukur tidak terhingganya kerana menganggap doa rakyat Kelantan minta diturunkan hujan itu segera dimakbulkan Allah SWT.

“Syukur, kita sembahyang Istisqa’ hari ini mendapat sambutan baik dan di tengah-tengah sembahyang itu turun hujan.

“Saya sendiri telah didedah oleh Allah dengan air hujan yang pertama semasa sembahyang hari ini sangat-sangat besarlah harapan, mudah-mudahan Allah beri pada kita bahagia di dunia dan akhirat.

“Tiada erti kita bahagia di dunia tetapi akhirat kelak kita masuk neraka. Dengan sebab itu saya berusaha supaya rakyat Kelantan faham bahawa kesusahan yang berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Ayat-ayat Quran banyak menyebut bala yang menimpa manusia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Oleh yang demikian kita kena pakat-pakat (sama-sama) tegur, nasihat, tak kiralah dalam apa jua pun keadaan termasuk politik, ekonomi kerana ini cara Islam, bukan cara demokrasi, bukan cara komunis dan juga sosialis, tapi cara Islam” katanya.

Menjawab soalan sama ada solat hajat dan solat istisqa yang diadakan pagi ini sebagai tradisi negeri Kelantan, beliau berkata “wallahualam. Yang pastinya nabi Muhammad SAW sendiri sembahyang istisqa’ setiap kali berlakunya kemarau”

Hasil UMNO Merintah

Melayu ramai tapi jadi buih
misaimerah

Pemimpin Melayu yang bercakap isu hak-hak orang Melayu hilang semakin ramai bersuara.Umno parti Melayu hari hari cakap hak orang Melayu dah hilang.Yang menghilangkan hak Melayu tu sapa?Oleh kerana jeritan hak Melayu dah hilang tidak juga berkesan mengalih sebahagian besar orang Melayu menyokong Umno maka sekarang ini kerja -kerja nak pertahan hak Melayu diambil alih oleh NGO yang bernama Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa). Kata Brahim Ali Presiden Perkasa ramai orang muda berebut-rebut nak jadi ahli Perkasa.

Ketua NGOk PERKASA

Mereka berebut-rebut masuk Perkasa nak pertahan apa? Pertahan benda yang dihilangkan oleh Umno dan konco-konconya agaknya.Semakin kuat cakap hak Melayu hilang semakin ramai orang Melayu tak ada apa-apa yang dapat hanya kroni dan rakan-rakan mereka saja termasuk di kalangan yang bukan Melayu.Mereka memfaraidkan harta negara macam memfaraidkan harta pusaka nenek moyang mereka.Satu untuk aku satu untuk engkau.Dua untuk aku dua untuk engkau dan seterusnya.

Kenapa kita nak susah hati kalau bukan Melayu jadi kaya raya , jutawan dan antara orang-orang yang terkaya di dunia? Siapa yang buat lorong ,tebas jalan bagi laluan kepada mereka kalau bukan kita yang jadi agen kayakan mereka.Lepas mereka yang bukan Melayu jadi jutawan kita pula nak berkelahi sesama sendiri.Kenapa kita nak berjuang benda yang dah hilang sejak negara dapat kemerdekaan lagi?Kita ditipu dengan slogan hak Melayu hilang sampai bila-bila supaya Umno terus berkuasa selama-lamanya.

Kita diumpan dalam pilihanraya dengan duit RM10, RM20,RM 50 , beras ,gula,kopi dan susu oleh Umno-Bn supaya mereka Umno terus menang dan berkuasa.Maruah kita orang Melayu begitu murah hanya bernilai dua tiga puluh ringgit untuk turut mengiayakan penghinaan dan penyelewengan harta negara oleh Umno dan konco-konconya.

Orang Melayu paling kaya dalam bab buang anak luar nikah,jadi kaya dan juara dalam kategori hisap dadah, jadi kaya dan juara dalam bidang 'permotoran Mat Rempit', jadi juara terlibat dengan ajaran sesat.Orang Melayu juga jadi kaya dan juara dalam bidang hiburan.Orang Melayu juga jadi kaya dan juara untuk mudah terikut-ikut dengan budaya barat.Asal ada saja fesyen terbaru orang Melayulah yang mula-mula akan menirunya.Dalam bidang-bidang ini orang Melayu lah yang jadi kaya dan juara mengatasi kaum-kaum lain di Malaysia.Apa boleh buat dalam bidang-bidang ni saja orang Melayu hanya mampu jadi kaya dan juara.Yang ramai tertipu dengan skim cepat kaya juga adalah orang Melayu.

Yang paling dasyat lagi kita boleh dibeli dalam pilihanraya dengan nilai yang cukup murah untuk gadai negara kita kepada malaun-malaun yang bercakap hidup Melayu! hidup Melayu! hidup Melayu! Kita sedekahkan undi kita kepada parti taik dan busuk tanpa memikirkan masa depan negara dan anak cucu , cicit kita.Kita akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak dengan memberi undi dan menyokong parti taik yang menjadi perosak bangsa sendiri.

Kerajaan perlu tarik balik Rang Undang-Undang GST

Kenyataan yang dibuat oleh Persekutuan Pekilang Pekilang Malaysia (FMM) meminta kerajaan menangguhkan GST adalah bertepatan dengan keputusan yang dibuat oleh sidang meja bulat berkenaan isu GST yang dianjurkan oleh Lajnah Pengguna PAS Pusat yang disertai oleh pelbagai pihak yang turut membuat keputusan meminta kerajaan menangguh bacaan kedua rang undang undang GST diParlimen pada sidang yang akan bermula 15 Mac ini.

Dato' Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS

Penangguhan bacaan kedua ini bermakna kerajaan perlu menarik balik rang undang undang tersebut. Tuntutan FMM itu juga bolih disifatkan sebagai undi tidak percaya masyarakat perniagaan terhadap kerajaan BN pimpinan Najib.

Jika masyarakat perniagaan menolak GST sudah tentu masyarakat pengguna juga menolak GST.Ini bermakna kerajaan BN sedang menghadapi krisis kepercayaan rakyat terhadapnya.

Pandangan PAS dan FMM adalah jelas iaitu kerajaan perlu mengutamakan pengurusan kewangan negara yang amanah dan cekap serta menghentikan ketirisan kewangan negara samaada melalui rasuah mahupun pemberian subsidi kepada IPP, syarikat konsesi lebuhraya dan lain lain.

Kerajaan juga perlu mengurangkan perbelanjaan projek pembanggunan melalui sistem tender terbuka serta menggandakan pendapatan kerajaan melalui tawaran tender terbuka AP motokar.kerajaan hendaklah terlebih dahulu memastikan pencapaian pendapatan yang lebih tinggi dikalangan rakyat Malaysia.

Kerajaan tidak bolih hanya menjadikan alasan negara didunia sudah pun beralih kepada GST maka Malaysia perlu mengikutinya adalah terlalu dangkal .Sedangkan perlaksanaan GST dinegara lain setelah pendapatan rakyat negara mereka berada pada paras yang melayakkan mereka membayar cukai pendapatan.

Berlainan diMalaysia dari 12 juta pekerja hanya 15 peratus sahaja yang mencapai kadar pendapatan yang melayakkan mereka untuk dikenakan cukai pendapatan atau pun dari 28 juta penduduk Malaysia hanya 6.4 peratus sahaja yang perlu membayar cukai sedangkan 93.6 peratus pendapatan mereka tak sampai pada paras yang memerlukan membayar cukai pendapatan. Ini bemakna jika GST dilaksanakan 93.6 peratus rakyat yang berpendapatan tidak layak dicukai akan dicukaikan dibawah GST.

Olih itu saya menuntut kerajaan pada 16 mac ini akan membawa usul di sidang Parlimen untuk menarik balik rang undang undang GST.

Dato’Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena.
10 march 2010


Rakyat KULIM/BANDAR BARU : We Say No To ZUL..!!!

Petugas PR kecewa sikap Zulkifli Noordin
Mohd Sabri Said

KULIM-BANDAR BAHARU; Rata-rata mereka yang pernah bertungkus lumus bekerja memenangkan Zulkifli Noordin pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, kecewa dengan sikap Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu, yang sering dilihat menentang pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat.

Seorang petugas, Mohd Halizal Alias iaitu bekas Setiausaha PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu mendedahkan, Zulkifli sewaktu menjadi calon atas tiket PKR semasa PRU-12 lalu hanya datang sehelai sepinggang.

Zulkifli, tegasnya perlu mengingat kembali, siapa yang telah bertungkus lumus memenangkan beliau pada pilihan raya itu.

"Beberapa orang termasuk saya adalah orang yang bertanggungjawab berkempen untuknya.

"Kami melakukan apa sahaja demi rakyat yang bersepakat menolak BN, " katanya dengan nada kecewa.

Kekecewaan terhadap Zulkifli, jelasnya bukan baru kerana ahli parlimen itu juga tidak memberi kerjasama sewajarnya dalam usaha menangani masalah di kawasan beliau.

"Zulkifli tidak pernah turun bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kulim, Lim Soon Nee dan Bandar Baru, Ustaz Yaacob Husein ke Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah di Pejabat Daerah Kulim (MDK)," katanya lagi.

Selain itu, Zulkifli juga didakwa jarang dilihat melakukan tinjauan ke kawasan apatah lagi bersama orang kampung dalam aktiviti kemasyarakatan yang diadakan.

"Jika turun pun beliau sering melakukanya secara persendirian atau senyap tanpa melibatkan kepimpinan PAS atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) di peringkat cabang dan ranting," tambahnya lagi.

Malah jelas Halizal, pejabat ahli parlimen itu di Taman Kota Kenari, Kulim pun telah lama ditutup kerana kerani atau pembantu yang ditugaskan dikatakan tidak dibayar elaun.

Zulkifli juga, katanya pernah berjanji untuk berkhidmat sebaik mungkin sebagai Ahli Parlimen semasa berucap di majlis meraikan kemenangan PR di Dewan Datuk Fadzil Noor, Serdang dahulu.

"Beliau kena ingat kemenangan yang dikecapi atas tiket PKR pada pilihan raya ke 12 lalu merupakan amanah dari Allah SWT bagi mengajar BN yang angkuh dan zalim, bukan untuk bersuka ria atau melanggari amanah dengan bertindak memporak perandakan parti yang memberinya peluang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen, " ujarnya.

Pada PRU ke-12 lalu, Zulkifli menang dengan majoriti 5,583 undi.

Beliau mendapatkan 22,255 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang memperolehi 16,672 undi.

Kemenangannya kemudian dipertikaikan calon Umno/BN, Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang mengemukakan petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi Alor Star.

Namun pada 13 Oktober 2008, Abdul Aziz secara mengejut telah menarik balik petisyen pilihan raya kawasan itu walaupun keputusannya dijangka akan memihak kepadanya.

Ekoran itu, timbul spekulasi Zulkifli akan menyertai Umno pada waktu itu.

NAK KENAI ZULKIFLI NORDIN - BUDAK HINGUSAN

Zul Nordin yang saya kenal - Zulkifli Sulong

Saya mula mengenali Zulkifli Nordin sejak isu Aishah Bukhari, gadis Melayu dari Johor yang keluar Islam dan menyertai Kristian kerana mengikut kekasihnya. Ketika itu Zulkifli Nordin adalah Setiausaha Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Kerana kedudukannya di situ, Masjid Jamek menjadi pusat kegiatan menangani isu murtad itu. Sejak itulah, saya mula kagum dengan keberanian Zul.

Namun, hari demi hari, sebagai wartawan keyakinan dan kekaguman saya kepada beliau mula terhakis. Ia bermula sejak dia mengendalikan isu Aishah Bukhari lagi. Kenyataan, bahasa yang digunakan, fakta yang diberikan sangat hebat. Namun, di dalam hati kecil saya mula tertanya-tanya...betulkah segala kenyataan ini.

Yang paling ketara, kenapa beliau begitu berani membuat kenyataan yang bersifat hasutan tetapi beliau tidak pernah dilaporkan dipanggil atau disiasat oleh polis. Padahal apa yang beliau nyatakan dalam ucapan dan kenyataannya amat sensitif kepada hubungan kaum di negara ini ketika itu.

Sebagai wartawan yang sudah acap kali disiasat polis kerana laporan hasutan dan fitnah, saya rasa faham benar apakah dia hasutan dan fitnah ini.

Namun saya sejukkan hati...mungkin dia lebih tahu dan apa yang dinyatakan itu tidak bertentangan dengan undang-undang kerana dia peguam.

Kes Arsenik Anwar

Lepas isu Aishah Bukhari, datang isu Anwar Ibrahim. Zul telah dilantik sebagai salah seorang peguam Anwar. Ekoran itu, keraguan saya terhadap Zul terlerai begitu sahaja. Tentu Anwar dan pasukannya lebih kenal Zul dari saya yang hanya seorang wartawan cabok. Tentu beliau betul. Itulah yang bermain di kepala saya ketika itu.

Namun, hari demi hari kes Anwar berjalan...keraguan terhadap Zul datang kembali. Ceramah yang beliau berikan sangat ramai pendengar dan penontonnya. Namun, kenyataan-kenyataan yang beliau buat dalam ceramahnya mula meragukan saya.

Misalnya, apabila beliau bercakap soal Anwar terkena Arsenik. Saya masih ingat lagi kata-kata Zul dalam ceramahnya. Kalau tidak silap di sekitar Kampung Baru pada tahun 1998.

"Tuan-tuan, semalam saya ke Sungai Buluh bertemu dengan Datuk Seri Anwar. Bagi saya Anwar sah terkena racun Arsenik. Apabila saya pegang kepala Datuk Seri Anwar, penuh tangan saya dengan rambut beliau tuan-tuan. Rambut beliau mula gugur. Saya yakin lepas ini semua rambut Anwar akan gugur...." Begitulah lebih kurang kata-kata Zul Nordin dalam ceramahnya itu.

Pendengar sangat hiba dengan Anwar. Terkena Arsenik.

Namun, sebagai wartawan lain pula yang saya rasa. Betul ke ni...bagaimana dia boleh pegang kepala Anwar?, hati saya terdetik. Lalu sebagai pengarang, saya arahkan wartawan, jangan tulis berita itu. Tidak masuk akal.

Kesangsian kepada Zul semakin bertambah dengan cerita-cerita dari kartunis Zunar yang kebetulan ketika itu sentiasa mendapat surat-surat dari Anwar dari dalam penjara. Ketika itu, Harakah siarkan surat-surat Anwar dari penjara dalam kolum "Warkah Dari Penjara". Ia berupa surat-surat yang ditulis Anwar sendiri di atas pelbagai jenis kertas termasuk di atas kertas tisu dari dalam penjara dan diseludupkan keluar kepada kami di Harakah.

Zunar juga mendapat maklumat yang sama...Zul Nordin 'melampau' atau exegerate dalam ucapan dan tindakannya.

Ekoran itu, kami sepakat, berita berasaskan kenyataan dan tulisan Zul Nordin tidak boleh disiarkan dalam Harakah kerana kebolehpercayaannya amat rendah.

Dengan MB Terengganu

Selepas pilihan raya 1999, PAS telah menang di Terengganu. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dilantik sebagai Menteri Besar. Pada satu hari, beberapa peguam telah diamanahkan untuk membuat satu perbentangan kepada beliau di pejabatnya dekat Kuala Terengganu. Salah seorang dari mereka adalah Zulkifli Nordin.

Untuk membuat perbentangan itu, mereka telah berbincang sehari suntuk di Kuala Lumpur sebelum membuat perbentangan pada keesokan harinya. Maknanya, kesemua mereka sentiasa bersama untuk membuat persiapan itu. Mereka berlepas ke Kuala Terengganu pada pagi esoknya dan terus ke pejabat MB Terengganu.

Di pejabat MB, apabila bersalam dengan Abdul Hadi, Zul Nordin berkata, "Tuan Guru, Datuk Seri Anwar kirim salam. Semalam saya jumpa beliau," kata Zul Nordin kepada MB Terengganu itu.

Tercengang-cengang semua rakan-rakan peguamnya apabila Zul berkata demikian kepada MB Terengganu itu. Bila pula 'mamat' ni jumpa Anwar. Semalam sehari suntuk mereka bersama.

Berpaling arah

Bilakah Zulkifli Nordin mula berpaling arah. Dalam hal ini saya bersetuju degan rakan penulis saya Mohd Sayuti Omar. Menurut Sayuti, Zul Nordin mula meninggalkan PKR sejak tahun 2009 lagi apabila Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzil menarik balik petition pilihan rayanya terhadap Zul.

Ketika itu, Zul telah dipetition kerana gagal membuat laporan kewangan perbelanjaan beliau dalam pilihan raya umum 2004. Ia menjadi syarat wajib bagi SPR. Mana-mana pihak yang tidak membuat laporan kewangan pilihan raya sebelumnya tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya berikutnya. Ekoran kegagalan itu, calon BN telah membuat petition. Zul juga mempunyai masalah besar kerana dia juga didakwa cuba membuat laporan palsu dalam kes ini.

Menjelang mahkamah membuat keputusan, tiba-tiba calon BN itu telah menarik balik petitionnya. Ekoran itu selamatlah Zul dan kekallah beliau sebagai anggota Parlimen.

Walaupun masih anggota Parlimen PKR, namun tindak tanduk Zul bukan lagi anggota Parlimen PKR. Banyak kenyataan dan tindakan beliau sudah selari dengan Umno dan bukan Pakatan Rakyat lagi. Secara tidak rasmi, dia bagi saya sudah menjadi anggota Parlimen Umno. Apatah lagi, berita angin melaporkan beliau telah bertemu dengan Datuk Seri Najib sebelum itu. Saya tidak berani untuk berkata, adakah beliau bertemu dengan Rosmah atau tidak.

Kemuncak tindakan Zul Nordin adalah selari dengan Umno dalam isu nama Allah. Ketika PAS, sebagai sebuah parti Islam yang dipimpin oleh ulama berkata orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah kerana sememangnya nama Allah sudah digunakan oleh Kristian khasnya di Timur Tengah, Zul mengambil sikap selari dengan Umno. Sikap ini bertentangan dengan sikap PKR dan PAS sendiri.

Ia tidak menjadi masalah lagi kerana di dalam PAS juga mempunyai pendapat yang berbeza sebelum kata sepakat dicapai. Tetapi, apabila Zul membuat laporan polis terhadap anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Samad ekoran isu nama Allah ini, dia sudah melampaui batas. Semua pihak mengatakan Zul Nordin sudah melampau.

Saya menyokong penuh kenyataan Datuk Zaid Ibrahim yang berkata, "Saya berdoa agar Zul keluar PKR atau dipecat oleh PKR."

Dan kini PKR sudah memecat Zulkifli Nordin. Sebagaimana dijangka, beliau diangkat menjadi hero oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia dan diberikan laporan muka depan akhbar itu.

Saya selalu berkata kepada pemimpin PAS, "kalau kenyataan tuan disiarkan oleh Utusan, apatah lagi di muka depannya, percayalah itu bukan publisiti yang tuan perlukan. Itu sebenarnya publisiti buruk dan percayalah ia akan menyusahkan tuan dan PAS."

Politik Umno Dah Reput Dan lumpuh Segala-galanya-Presiden Pas


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tindakan beberapa ahli parlimen keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menjadi wakil Bebas tidak membawa apa-apa erti sebaliknya menyuruh mereka berkubur bersama Umno.
Ini kerana, katanya Umno tidak mampu menyelamatkan politik mana-mana individu yang masih menaruh harapan kepada parti itu kerana ia bukan sahaja reput sehingga ke usus bahkan lumpuh segala anggota.

Katanya, amat malang bagi seseorang yang mahu lagi berkhidmat dengan Umno sedangkan semua orang tahu parti itu tidak layak memerintah ekoran kelemahan dari berbagai aspek.

"Umno bukan lagi tempat untuk bergantung harap dalam politik kerana ia sudah reput sehingga ke usus dan yang lebih penting ia dah lumpuh segala-galanya," katanya ketika berucap pada program penutup Sambutan Ulangtahun Kedua Pakatan Rakyat Pulau Pinang di tapak ekspo, di sini malam tadi.

Beliau menganggap tindakan beberapa ahli Parlimen PKR itu merupakan pembersihan parti untuk mendapatkan kepimpinan yang lebih setia, kemas, bertrampilan dan berjiwa rakyat.

Barisan Nasional (BN) tambahnya, hanya nampak gagah di mata media tetapi pada hakikatnya rakyat tahu pengaruh mereka kian menjunam walaupun berbagai program dilancar umpamanya 'Juara Rakyat'

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri terpaksa merancang progam kononnya mengembalikan untuk Umno kepada rakyat setelah menyedari parti itu sudah kian jauh di hati rakyat.

"Juara Rakyat antara program Umno untuk kembalikan kepercayaan rakyat pada mereka. Jika tidak parti itu akan berada di tahap nyawa-nyawa ikan," tambahnya di hadapan puluhan ribu hadirin.

Beliau turut melahirkan keyakinan dengan pencapaian pemerintahan Pakatan Rakyat di empat buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan berbanding di waktu pemerintahan BN yang lebih kepada projek untuk kroni.

Katanya, apabila Kerajaan Pulau Pinang memperkenalkan tender terbuka, pihak yang risau dan bimbang ialah kepimpinan Umno sendiri kerana mereka acap kali mendapat habuan dari projek yang diperolehi semasa BN dahulu.

"Itulah yang diinginkan oleh Umno jika mereka berikan sesuatu projek pasti minta habuan. Bila tender terbuka diperkenalkan untuk memberi ruang kepada kontraktor bukan mengamalkan kabel politik pasti segolongan yang rapat dengan kerajaan terdahulu tidak puas hati," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Harakahdaily

Mufti Perak Bermain Politik , Agen Umno-Mat Sabu

MISAIMERAH

Sikap sesetengah mufti yang dilihat menjadi jurucakap kepada Umno akan menjatuhkan nama baik dan imej jawatan tersebut yang selama ini sentiasa dihormati rakyat.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohamad Sabu berkata mufti perlu ada jarak di antara politik semasa dan juga keagamaan dan tanpa persempadanan ini akan mengakibatkan masyarakat memandang rendah terhadap mufti.

"Tidak pernah pula mufti disalahkan dalam bidang kuasa keagamaan tetapi apabila terjebak dengan mainan politik murahan Umno menjadikan mufti salah satu bahan ketawa untuk mengeruhkan lagi keadaan.

"Jangan sampai mufti hilang taraf sehingga dipandang rendah umat Islam disebabkan mereka terlibat dalam menyampaikan perkara berkaitan yang dilihat menyebelahi parti politik," komen beliau.

Beliau berkata mufti yang bersekongkol dengan Umno akan dianggap rakyat tidak memberi fokus kepada bidang keagamaan dan ini akan menyebabkan rakyat meragui peranan sebenar mufti.

"Saya labelkan Mufti Perak (Tan Sri Harussani Zakaria) sebagai agen Umno kerana ketika Nizar Jamaluddin membuat solat hajat beliau tidak pula muncul tetapi apabila Zambry Kadir buat solat hajat mufti boleh pula muncul.

"Nampak jelas bahawa Mufti Perak tidak memainkan peranan beliau sebagai tokoh agama tetapi bermain politik.

Mohamad Sabu membidas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom yang menyoal mengapa mufti tidak boleh berpolitik berkaitan isu semasa difikirkan penting.

Suara-Keadilan.com


Selasa, 9 Mac 2010

Jangan ketepi penduduk bangunkan Kampung Baru

Rusli Yasmin

PUTRAJAYA, 9 Mac: PAS Wilayah Persekutuan hari ini menghantar satu memorandum kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik menggesa pihak kementerian tidak mengenepikan penduduk dan wakil rakyat setempat dalam perbincangan projek pembangunan Kampung Warisan termasuk Kampung Baru.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Hj Mohamad Nor kepada Setiausaha Sulit Menteri, Shazri Faiza Faridam pagi tadi.

Ianya mengandungi gesaan agar penduduk Kampung Baru dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali yang dipilih mereka dilibatkan sama dalam perbincangan projek tersebut.

Sebelum ini beberapa bantahan dibuat penduduk kerana didakwa tidak melibatkan mereka dalam projek tersebut sehingga terbaru Nong Chik mengeluarkan kenyataan tidak akan membangunkan Kampung Warisan.

Mohamad Nor ketika mengulas perkara itu berkata, keputusan kerajaan untuk tidak membangunkan Kampung Warisan itu tepat, tetapi sudah terlambat.

"Apa yang dikatakan Raja Nong Chik semalam tepat tetapi agak terlambat kerana masyarakat telah pun membantah dan keputusan kerajaan sebelum ini tidak melibatkan Ahli Parlimen dan penduduk setempat.

Penduduk kampung juga jelasnya mesti dilibatkan kerana ianya berkaitan tanah dan masa depan mereka.

"Sesuai dengan slogan Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, apa sahaja konsep pembangunan yang hendak dicadangkan oleh kerajaan mestilah mendapat persetujuan penduduk disamping mereka tidak perlu berpindah ke tempat lain," katanya lagi.

Selain itu, PAS Wilayah juga menuntut satu dana khas diwujudkan jika benar mahu membangunkan Kampung Baru dan bukannya menyerahkan sejumlah peruntukan terus kepada individu-individu tertentu.

Apa yang dirisaukan jelasnya, kemungkinan berlaku salah guna kuasa dengan menjadikan peruntukan tersebut sebagai pampasan supaya penduduk Kampung Baru berpindah.

Kerajaan juga tegasnya perlu menyediakan plan pembangunan yang jelas kepada rakyat bagi memastikan pemilikan aset orang Melayu di Kampung Baru, kekal dimiliki oleh penduduk dan pemilik tanah serta dijamin hak-hak mereka.

Kerajaan juga diingatkan agar menggunakan saluran diplomasi serta berhemah dalam sebarang rundingan dengan penduduk Kampung Baru dan sebarang kaedah perundangan adalah kaedah yang terakhir.

Manakala cadangan kerajaan untuk menubuhkan badan khas dibawah Badan Amanah Kerajaan Negeri hendaklah diwakili semua pihak berkaitan termasuk Lembaga Malay Agricultural Seetlement (MAS), Wakil Rakyat, wakil DBKL, dan wakil kerajaan." katanya.

Kerajaan turut diminta menjelaskan mengenai status projek Menara Puncak baru bernilai RM500 juta yang telah dirasmikan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 30 mac 2009 dan status perkembangan draf Plan Bandaraya Kuala Lumpur 2020.


Adakah Ini Salah Satu Penyumbang gejala buang anak sekarang ini..??

Aksesori seks dijual terbuka


SEORANG pelajar sekolah yang masih berpakaian seragam turut mengunjungi kedai seks.


KUALA LUMPUR - Lambakan ubat-ubatan dan peralatan seks yang sebelum ini dijual secara terbuka di negara-negara luar seperti Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom atau Belanda kini mula menular di negara ini.

Jika dahulu, aktiviti jualan aksesori seks itu hanya boleh didapati di tepi-tepi jalan tetapi kini pengusaha produk tersebut lebih berani dengan membuka francais di kompleks membeli-belah terkenal secara terbuka di ibu negara.

Antara pusat membeli-belah itu ialah di Jalan Imbi, Jalan Bukit Bintang, Bangsar, Subang Jaya, Cheras dan Damansara.

Paling menarik, untuk mengenali premis-premis yang menjual peralatan seks itu sangat mudah kerana pintu-pintu masuk kedai itu diletak dengan objek berbentuk alat sulit lelaki.



2 tahun Usia Pakatan Rakyat di Kedah...

MB lega dua tahun tadbir Kedah

ALOR SETAR- Usia dua tahun pentadbiran Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Pas memberi kesejahteraan kepada rakyat di negeri ini dengan memastikan setiap masalah diselesaikan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kehidupan yang aman dinikmati oleh rakyat perlulah dijaga supaya Pas kekal dapat mentadbir Kedah.

Menurutnya, pemantauan sentiasa dilaksanakan untuk memastikan rakyat dapat mengecapi kesejahteraan walaupun Pas mentadbir negeri ini dengan penuh cabaran.

“Saya berasa lega dengan usia pentadbiran yang genap dua tahun dan berharap pentadbiran ini dapat diteruskan sehingga menjelang pilihan raya akan datang.

“Kita juga tidak mempunyai sebarang masalah selama dua tahun memerintah dan jika ada sekalipun masalah itu tidak serius serta dapat diselesaikan,” katanya.

Azizan berkata, beliau turut meletakkan harapan pada pemimpin di negeri ini termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen dan Exco untuk meningkatkan usaha mereka bagi memastikan kesejahteraan rakyat.

Azizan berkata, pemimpin bukan sahaja dinasihatkan untuk tingkatkan prestasi malahan mereka perlulah melebihkan sumbangan berbentuk kebajikan kepada rakyat agar moto ‘Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua’ dapat dicapai.

Sementara itu, ahli Pakatan Rakyat (PR) mengagumi pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah pemerintahan Menteri Besar yang sentiasa memikirkan pembaharuan untuk kemajuan negeri.

ADUN Kota Darul Aman, Lee Guan Aik berkata, rakyat sentiasa diberi keutamaan oleh Menteri Besar.

“Kerajaan Negeri tidak pernah memungkiri janji dengan mengabaikan kebajikan rakyat namun tugas yang dilaksanakan tidak dihebohkan.

“Walaupun diperintah oleh Pas namun kebajikan semua kaum diberi dengan adil,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan dan Penerangan, Dr Hamdan Mohamed Khalib berkata, perubahan besar yang dilakukan oleh rakyat pada pilihan raya yang lalu jelas menunjukkan bahawa rakyat mahukan pembaharuan di sektor pentadbiran.

Dr Hamdan berkata, perubahan yang dimahukan oleh Kerajaan Negeri itu sememangnya tidak dapat dilaksanakan dengan cepat untuk memastikan kemajuan berterusan.

“Kerajaan Negeri dapat memerintah dengan baik walaupun dua tahun dan bukti yang dapat diberikan kepada rakyat adalah 60 peratus manifesto yang dibuat oleh Pas telah pun dilaksanakan.

“Pemerintahan yang penuh dengan cabaran masih dapat dilaksanakan dengan baik, hanya menggunakan keupayaan yang ada pada Kerajaan Negeri,” katanya.


Hidup Ustaz Azizan

Ustaz Azizan hormati keputusan pecat Zulkifli

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menghormati keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertindak memecat Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebagai ahli parti.

Katanya, MPP PKR itu berhak membuat pemecatan itu dan Pakatan Rakyat Kedah akur pada keputusan yang telah dibuat.

“Itu hak PKR, mereka lebih berhak buat keputusan. Memandangkan Zulkifli adalah wakil rakyat yang mewakili PKR, parti itu lebih berhak membuat keputusan. Saya yakin pentadbiran di sini tidak akan terjejas dengan pemecatan itu kerana beliau hanyalah seorang Ahli Parlimen,” katanya.

Azizan mengulas tindakan MPP PKR, kelmarin yang sebulat suara memecat Zulkifli Noordin sebagai ahli PKR, ekoran tindakan Ahli Parlimen itu membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan kelantangannya membidas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta wawancara yang dianggap keterlaluan disiarkan di TV3.

Azizan berkata, pihaknya sentiasa menghormati setiap keputusan yang dibuat oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat, dan tidak pernah mempertikai keputusan yang dibuat.

Bagaimanapun, Azizan enggan mengulas mengenai desakan MPP PKR yang mahu Zulkifli mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

Ditanya mengenai pelantikan wakil rakyat Padang Serai, N Gobalakhrisnan yang akan memangku tugas Zulkifli, seperti diputuskan oleh MPP PKR kelmarin, Azizan berkata, pihaknya tiada masalah dengan cadangan itu dan menerimanya dengan hati terbuka.

“Jika benar PKR Pusat telah melantik beliau memangku tugas-tugas Zulkifli di sini, saya tiada masalah dengan pelantikan itu. Saya cuma harap beliau dapat melaksanakan tanggung jawab terhadap rakyat dengan bijaksana,” katanya.


2 tahun Pakatan Rakyat Memerintah.. Buat apa hendak layan Utusan

Pakatan Bukti Kebolehan Mentadbir Negara
kedahlanie

PETALING JAYA, 8 MAC : Pentadbiran gagasan Pakatan Rakyat di empat buah negeri dalam tempoh dua tahun lalu memperlihatkan pelbagai kejayaan, sekaligus menolak momokan Umno-BN yang mendakwa kononnya gagasan itu tidak boleh mengurus tadbir negara.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaburan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan mencatat kejayaan memberangsangkan, meskipun menghadapi pelbagai kekangan dari kerajaan pusat.

Disamping itu, dasar-dasar Pakatan rakyat membela penduduk tanpa mengira kaum dan bangsa berjaya membendung masalah polirasasi kaum di negeri-negeri berkenaan.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan khas yang mendakwa kononnya Pakatan Rakyat gagal selepas dua tahun mentadbir Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.

Laporan itu sudah pun dijangka kerana Utusan adalah akhbar kawalan Umno yang diberikan permit untuk menerbitkan akhbar harian.

Namun laporan ini sengaja menutup kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan negeri pimpinan Azizan Abdul Razak di Kedah, Lim Guan Eng di Pulau Pinang, Khalid Ibrahim di Selangor dan Nik Aziz Nik Mat di Kelantan.

Contohnya di Selangor, kerajaan negeri menarik 278 projek perindustrian iaitu jumlah paling tinggi di Malaysia, dengan hasil pelaburan hampir RM7 bilion.

Lebih 20,000 peluang pekerjaan diwujudkan.

Kad laporan Selangor Mac 2008- Mac 2010 menunjukkan kadar jenayah turun 5.3 peratus, 54,339 kes tahun 2009 berbanding 57,704 kes pada 2008.

Indeks jenayah yang berjaya dikurangkan membawa kepada peningkatan kualiti hidup untuk rakyat Selangor.

Di Pulau Pinang, kerajaan pimpinan Lim Guan Eng meluluskan 104 projek industri.

Kad laporan Pulau Pinang Mac 2008-Mac 2010 mencatatkan lebihan belanjawan RM88 juta, 200 hub pendidikan, bantuan untuk SAR, sekolah Cina dan Tamil dan berjaya menghapuskan kemiskinan tegar.

Dasar CAT (daya saing, pertanggungjawaban dan ketelusan) menjadi pemangkin kepada kejayaan Pulau Pinang untuk mencatat lebihan belanjawan sebanyak RM88 juta berbanding jangkaan defisit sebanyak RM35 juta.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mewujudkan 200 ekar hub pendidikan untuk menjadikan negeri ini sebagai pusat pendidikan terunggul.

“Kerajaan pimpinan Guan Eng turut memberi bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM 97 ribu setiap sekolah, RM 60 ribu untuk sekolah Cina dan RM 63 ribu kepada sekolah Tamil".

Kerajaan negeri di bawah pimpinan Azizan Abdul Razak, mencatatkan pelaburan keseluruhan lebih RM 839 juta bagi tempoh Januari hingga September 2009.

“Kini dengan keluasan 1,000 hektar kerajaan mendapat hasil RM16.7 juta, tidak termasuk cukai per tan metrik bila balak dikeluarkan dari hutan. Sedangkan di bawah pentadbiran umno-bn, dengan keluasan yang sama, hanya mampu mengutip RM3 hinggga RM4 juta sahaja termasuk cukai kayu pertan metrik. Kejayaan ini merupakan hasil dari pelaksanaan dasar yang telus serta tidak berkompromi dengan rasuah” kata Anwar.

Di Kelantan, Anwar berkata meskipun di tindas oleh Umno-BN sekian lama, kerajaan pimpinan Nik Aziz berjaya dalam program negeri berkebajikan.

“Program Kifalah untuk anak yatim, golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya telah menjadi contoh kepada banyak negeri. Begitu juga dengan program Perbadanan Ladang Rakyat yang membantu golongan marhaen, Bandar Baru Tunjung dibina menjadi pusat komersil satelit kepada Kota Bharu”.

Selain itu kerajaan negeri berjaya menguruskan sumber airnya sendiri di samping menjadikan Perbadanan Menteri Besar Kelantan sebagai agensi pelaburan utama negeri yang sebelum ini gagal di bawah pemerintahan BN.

“Kerajaan negeri berjaya menguruskan 20 sekolah agama bantuan penuh kerajaan negeri yang cemerlang dan menjadi saingan kepada sekolah premier di bawah Kementerian Pendidikan. Kemahiran pelbagai syarikat multinasional adalah bukti kuasa beli rakyat Kelantan terus kukuh. Sepanjang 20 tahun pemerintahan ekonomi tempatan dibina secara kendiri tanpa bantuan stimulus dari kerajaan Pusat".

Segala kejayaan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sengaja di padamkan oleh utusan dalam laporan khasnya hari ini, semata-mata supaya memberi gambaran sebaliknya kepada rakyat.

“ Utusan itu suara UMNO yang pertahankan rasuah dan penyelewengan. Saya tidak hairan, tengok Selangor, berkhidmat untuk rakyat berbanding dengan rasuah pimpinan UMNO, bagi saya tidak ada isu. Buat apa hendak layan Utusan”ujar Anwar.

Pada sidang media berasingan Anwar menegaskan Pakatan Rakyat tidak leka dengan pencapaiannya dan berusaha untuk meningkatkan prestasinya.

“Pakatan Rakyat akan terus memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan didasari prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban. Berdepan dengan masalah perkauman yang meruncing, rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan perpaduan kaum yang semakin jitu dan utuh. Negeri-negeri Pakatan menunjukkan prestasi ekonomi yang memberansangkan jika dibandingkan dengan negeri yang ditadbir umno-barisan nasional".

Pencabulan Hak Asasi Manusia Oleh BN

KENYATAAN AKHBAR

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat
8 Mac 2010

1. Pihak polis dipergunakan untuk menghalang majlis ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat. Semua taktik kotor ini mengingatkan kembali rakyat kepada era Reformasi 1998.

2. Rakyat berhak berhimpun secara aman. Mereka juga berhak untuk mendengar pemimpin mereka berucap dan memberi pandangan tentang hal Negara. Ini adalah hak yang asasi dan yang dilindungi di bawah Perlembagaan Malaysia dan juga diiktiraf di bawah piagam Bangsa Bangsa Bersatu.

3. Di Malaysia hari ini pihak Polis telah bertindak menidakkan hak tersebut dan menggunakan kekerasan untuk memecahkan perhimpunan aman ini. Permit untuk berhimpun secara aman tidak diberi dan kalau pun diberi dengan syarat yang tidak munasabah. Lagi pun permit ini ditarik balik tanpa alasan yang munasabah. Adalah jelas pihak polis telah bertindak di atas arahan dan kehendak politik kerajaan BN dan bukan berasakan faktor keselamatan Negara.

4. Oleh itu Pakatan rakyat akan membawa beberapa kes penyalahgunaan kuasa Polis ini kepada SUHAKAM untuk penelitian dan tindakan badan tersebut. Pakatan Rakyat juga akan menyediakan “Dosier” yang lengkap mengenai pencabulan kerajaan Malaysia terhadap hak asasi rakyat Malaysia, bertentangan dengan janji dan persetujuan mereka kapada Prinsip Hak Asasi di bawah piagam Bangsa Bangsa Bersatu untuk dibentangkan kepada International Human Rights Council dan juga kepada European Union Human Rights Council. Wakil-wakil Pakatan Rakyat akan ke ASEAN, New York dan Brussels tidak lama lagi untuk tujuan ini.

YB Salahuddin Ayub
Naib Presiden PAS

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum Parti KEADILAN Rakyat

YAB Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP



Isnin, 8 Mac 2010

Perjuangan Umno Sesat -Tok Guru

misaimerah
Berita Harakahdaily;

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS menolak perpaduan dengan Umno kerana perjuangan parti Melayu itu sebenarnya amat sesat (dhalalah) disebabkan menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama yang menyebabkan banyak pihak tidak faham Islam termasuk bukan Islam.

Mursyidul Am PAS itu berkata, sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.

Dalam perutusan sempena dua tahun Pakatan Rakyat hari ini, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menambah, meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam.

Berikut ialah perutusan penuh beliau

Selama ini kita tidak berfikir untuk menyebar Islam kepada bukan Islam. Selama ini tok-tok guru pondok kita hanya menyebar Islam sesama orang Islam. Meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam. Sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.

Sebaliknya, PAS ada alasan dan sebab-musababnya kenapa menolak perpaduan dengan Umno. Antaranya:

1. Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam.

2. Tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam, khususnya terhadap PAS. Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN, seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS. Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977. Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno. Namun, pengorbanan itu tidak dihargai oleh Umno. Malah, PAS telah ditendang keluar. Ia sungguh perit bagi PAS untuk berbaik semula dengan Umno atau masuk balik BN.

3. Oleh sebab itu, PAS rela dan menyatakan komitmen tinggi bersama mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.

4. Begitu pula, semenjak pilihan raya umum 2008 lalu sampai ke hari ini, Umno menuduh PAS sebagai boneka DAP. Sedangkan apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini, Umno yang mendapat kuasa majoriti. Pun begitu, pemimpin parti Gerakan yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Jelas, dalam keadaan itu, meletakkan kedudukan Umno sebagai parti yang menjadi kuda tunggangan (boneka) parti Gerakan. Di samping tidak kurang pula, ada sejumlah kerusi yang sepatutnya Umno bertanding (di kawasan majoriti Melayu), tetapi secara tidak beradab telah menyerahkan kepada pemimpin Gerakan, MCA dan MIC bertanding dengan alasan, kononnya ia simbol permuafakatan kuasa dalam BN.

5. Sekarang PAS dilihat berjaya bersama Pakatan Rakyat. Ia suatu perkembangan baik, memandangkan dulu PAS sendiri rela tidak berkawan dengan DAP, kerana ada pemimpinnya yang menyerang Islam. Sebaliknya sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam. Malah berlaku perkembangan yang agak baik apabila sudah ada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk DAP) sudah mula pandai baca Al-Quran dan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Sedangkan Gerakan, MCA dan MIC begitu lama (sejak merdeka) bersama Umno dalam BN, mereka itu tetap tidak faham-faham agama Islam.

Jadi, bersempena dengan dua tahun usia Pakatan Rakyat ini, sukacita kiranya para pemimpin dan pendukung perjuangan Pakatan Rakyat dapat menguatkan lagi tekad ke arah membina perpaduan dan persefahaman serta keyakinan agar terus utuh di atas prinsip keadilan untuk semua rakyat. Ini kerana prinsip tersebut adalah sejajar dengan ajaran Islam yang mengutamakan keadilan untuk semua kaum di negara.

Sehubungan dengan itu, demi mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat dan bagi mempersiapkan diri mendepani banyak lagi cabaran mendatang, maka pihak PAS sewajarnya mengadakan satu seminar atas isu ”hak-hak bukan Islam di dalam pemerintahan berteraskan Islam” bersempena Muktamar PAS akan datang.

Ada baiknya seminar itu dapat menjadikan tulisan As-Syeikh Dr. Yusoff al-Qaradhawi, bertajuk Ghairul muslimin fil mujtama’ul-Islami sebagai bahan rujukan penting untuk perbincangan. Mungkin dengan penganugerahan tokoh Maal Hijrah 1431 oleh kerajaan Malaysia kepada as-Syeikh Dr. Yusoff adalah suatu titik persetujuan awal kita bagi menerima idea-idea baik daripada beliau untuk difahami dan diamalkan dalam kerajaan. Sekaligus ia boleh diajak bersama para pemimpin politik bukan Islam menyertai seminar tersebut.

Sebenarnya, melalui seminar sedemikian, PAS boleh melakukan pendekatan yang baik dalam menghubungkan kefahaman antara pemimpin Islam dengan bukan Islam. Di samping PAS tidak seharusnya lupa terhadap jasa dan pengorbanan para ulama’ dan pemimpin Islam terdahulu. Dan sesungguhnya, pemimpin PAS sekarang begitu terhutang budi kepada para ulama’ terdahulu, kerana berkat hasil usaha mereka jugalah, sekarang ’orang Kelantan’ sudah berada di mana-mana sahaja dalam pelbagai sektor pembangunan Negeri dan Negara.

Dan, apa yang telah dilaksanakan di Kelantan hari ini adalah suatu simbol kejayaan politik Pakatan Rakyat. Maka, PAS dan kerajaan Kelantan hari ini sudah membuat banyak penambahbaikan kepada kedudukan dan kefahaman Islam itu sendiri. Ia turut merangkumi kehendak politik rakyat pelbagai kaum. Semuga akan datang, akan lahir kalangan pemimpin Islam yang mewakili pelbagai kaum – kalangan orang Cina atau India – layak menyambung sejarah Islam. Ini kerana sejarah awal Islam membuktikan orang Cina dan India terlebih dahulu menerima Islam daripada orang Melayu. Ia bermakna, orang Cina dan India layak dan mustahak turut sama menyebarkan Islam di negara ini.

Apa yang utama, penglibatan semua kaum dalam politik dan dakwah akan menyuburkan lagi nikmat persaudaraan di sebalik Allah Subhanahu wa taala jadikan manusia itu pelbagai kaum. Firman-Nya, maksudnya, "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).[al-Hujuraat, 49: 13]

Semoga amalan dan kebajikan yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa taala. Panjang usia Pakatan Rakyat, panjanglah keadilan untuk semua rakyat.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,

Mursyidul Am PAS,

merangkap Menteri Besar Kelantan.

22 RabiulAwwal 1431 bersamaan 8 Mac 2010.



RM50 Juta Untuk Program Pinjaman Mikrokredit Selangor

Oleh Muhammad Faizal Zakaria

SHAH ALAM 8 Mac - Kerajaan Selangor hari ini akan membangunkan Program Pinjaman Mikrokredit untuk membantu rakyat miskin dan berpendapatan rendah bagi mengeluarkan golongan ini daripada garis kemiskinan.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika berucap pada Majlis Penyampaian Surat Kuasa (Watikah) Ketua Kampung Negeri Selangor di Stadium Malawati Shah Alam hari ini berkata program itu akan mula dilaksanakan mulai April depan.

Beliau berkata program tersebut akan berkonsepkan produk perbankan Islam yang dikenali sebagai Qardhul Hassan.

Sistem itu kata beliau adalah sama seperti yang digunapakai oleh Grameen Bank di Bangladesh yang telah berjaya membantu golongan miskin di negara tersebut.

"Dana permulaan untuk program pinjaman ini akan menggunakan hasil kutipan hutang yang telah berjaya dikutip dari Syarikat Talam Corporation Berhad (Talam) yang berjumlah RM50 juta.

"Kita juga akan membentuk sebuah Jawatankuasa Khas bagi menentukan proses dan pendekatan program tersebut. Jawatankuasa ini akan diketuai oleh Datuk Dr Hassan Mohamad Ali," jelasnya.

Selain itu Menteri Besar juga menjelaskan beberapa pakar perbankan Islam tempatan dan antarabangsa akan dilantik dalam jawatankuasa khas bagi memberi khidmat nasihat dan bimbingan agar program ini menepati matlamat penubuhannya.

"Kerajaan Negeri memberi jaminan pemilihan bagi penerima pinjaman ini akan dibuat secara telus dan adil tanpa wujud unsur-unsur kronisme atau kepartian dan kerajaan negeri juga yakin akan mengutip keseluruhan hutang Talam yang berjumlah RM392 juta pada penghujung tahun ini.

"Kutipan ini akan digunakan untuk program-program yang selari dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor," sambungnya lagi

Pada majlis itu Khalid telah menyerahkan surat kuasa kepada 368 ketua kampung.

Turut hadir termasuk Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Yaakop Sapari, Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Asas Negeri Datuk Dr Hassan mohamad Ali, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liew Tian Khiew dan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali serta Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud.


Anggota FRU Rempuh Majlis Sambutan Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR 8 Mac - Takut berdepan dengan gelombang rakyat yang menuntut perubahan radikal senario politik tanahair, Umno dan Barisan Nasional sekali lagi memperalatkan anggota keselamatan untuk mempertahankan sistem pemerintahan yang berlandaskan penindasan dan kezaliman berterusan terhadap rakyat.

Malam tadi lebih 30 anggota FRU, dua trak meriam air dan berpuluh-puluh anggota polis dikerahkan untuk mengganggu dan menghalang Pakatan Rayat daripada menyambut ulangtahun kedua kemenangan Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman.

Anggota FRU yang berpakaian lengkap merusuh masuk ke dalam perkarangan premis di mana acara sambutan diadakan apabila sahaja Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menamatkan ucapan beliau dan Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali mula berucap pada pukul 9:45 malam.

Keadaan kecoh tercetus apabila anggota FRU cuba menghalang Azmin meneruskan ucapan beliau dan petugas Skuad AMK serta anggota keselamatan Pakatan Rakyat terpaksa berdepan dengan keganasan anggota FRU.

Ketua Skuad AMK Abdul Khalid Hassar serta dua ahli skuad, Naguib Mahfuz Ismail dan Tahir Said cedera dipukul dengan perisai dan cotar.

Abdul Khalid luka didahi akibat dihentak dengan perisai manakala Naguib luka di muka dan belakang badannya akibat dipijak oleh anggota FRU sementara Tahir mengalami kecederaan pada tangan kanan beliau.

Seorang ahli KEADILAN Lembah pantai yang dikenali sebagai "Lan Mamak" ditahan oleh pihak polis semasa kekecohan berlaku di atas pentas.

"Kami terpaksa berasak-asak melindungi pemimpin Pakatan Rakyat takut dicederakan oleh anggota FRU.

"Dalam keadaan yang kritikal begitu kami sebagai barisan hadapan menjaga keselamatan menghalang pasukan keselamatan daripada merempuh pentas di mana pemimpin Pakatan Rakyat berada," jelas Abdul Khalid.

Sebelum itu beberapa pegawai dan anggota polis daripada Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur cuba memujuk supaya pihak penganjur membatalkan ucapan pemimpin Pakatan Rakyat tetapi telah di boo oleh hadirin yang melihat tindakan polis itu sebagai keterlaluan.

Ketiga-tiga mangsa membuat laporan polis di balai polis Pantai dalam dan kemudiannya ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan doktor.

Sambutan yang dihadiri hampir 6,000 orang itu terpaksa dipindahkan di dalam dewan selepas Ketua Penerangan KEADILAN Latheefa Koya dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua berubding dengan pihak polis.

Selain Menteri Besar dan Azmin pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir pada majlis itu termasuk Presiden dan Timbalan KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Senator Dr Syed Husin Ali, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika mengulas mengenai keganasan pihak keselamatan berkata perbuatan mereka akan menyemarakkan lagi kemarahan rakyat terhadap Umno dan BN.

"Ini adalah tindakan yang telah diarahkan oleh pimpinan Umno dan BN. Polis mempunyai tanggungjawab yang lebih besar untuk menangkap penjenayah bukannya masuk campur urusan parti politik dan mengganggu gugat aktiviti parti politik.

TERENGGANU MENGANIYAI AHLI SENDIRI

بسم الله الرحمن الرحيم

KUALA TERENGGANU – Perjuangan Umno hanyalah untuk projek dan Kroni, bagi mengumpulkan kekayaan peribadi, bukan untuk pembangunan dan rakyat.

Manakala, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) adalah badan pelaksana hasrat pemimpin Umno bagi mengumpulkan seberapa banyak laba yang mungkin.
“JKKK yang menjadi dalang,”kata Faeezal, 25, apabila ditanya dimanakah peranan JKKK dalam menghadapi perobohan Kampung Paya Bunga baru-baru ini.


Beliau adalah seorang penduduk yang masih tinggal berhampiran Kg Paya Bunga, bakal menerima nasib yang sama tidak lama lagi.

”Rumah saya atas tanah MAIDAM, belum kena dan bakal kena (roboh),”katanya apabila diajukan pertanyaan, mengapa rumahnya tidak terlibat dalam perobohan tersebut.

Menurutnya, lebih 85% penduduk disitu adalah ahli dan penyokong tegar Umno, manakala rumah yang disewa oleh Ketua Wanita Umno kampong tersebut turut dirobohkan, tanpa sebarang pampasan.

Di Kg Wakaf Cagak, Batu Rakit, JKKK menjadi ‘raja’ penentu siapa yang patut diberi bantuan dan siapa yang mesti dizalimi.

Penduduk yang miskin bukan syarat yang mewajibkan mereka menerima bantuan kerajaan Umno, namun ‘kabel’ (hubungan) dengan JKKK lebih utama.

Encik Hussin Sulong, 63, dan isterinya, Puan Rahimah, 59, dinafikan hak menerima bantuan atap dan baiki rumah tersebut.

Katanya, beberapa kali permohonan pernah dibuat dan bancian pihak berkenaan juga dilakukan tetapi kelulusan ‘tergantung’.

“Rumah saya sekarang banyak yang atapnya bocor tetapi bantuan atap yang diagihkan kepada penduduk miskin tidak diperolehi.

“Saya pernah buat permohonan dan dia (pihak berkenaan) datang ambil gambar rumah tetapi tidak tahu lulus atau tidak,” ujarnya.

Beliau mendakwa ada kes-kes tertentu penduduk yang dapat bantuan atap dan subsidi baiki rumah beberapa kali seorang kerana baik dengan orang ‘tertentu’.

Semakan Buletin mendapati kedua-dua pasangan terbabit pernah menjadi ahli Umno yang aktif suatu masa dahulu dengan nombor keahlian Umno masing-masing 00734080 dan 00736041


http://rubbertapperz.blogspot.com/

Ahad, 7 Mac 2010

HURAIAN AL-FATIHAH

بسم الله الرحمن الرحيم


1. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang [1].

[1] Maksudnya: saya memulai membaca al-Fatihah ini dengan menyebut nama Allah. Setiap pekerjaan yang baik, hendaknya dimulai dengan menyebut asma Allah, seperti makan, minum, menyembelih haiwan dan sebagainya. Allah ialah nama zat yang Maha Suci, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya, yang tidak membutuhkan makhluk-Nya, tapi makhluk yang membutuhkan- Nya. Ar Rahmaan (Maha Pemurah): salah satu nama Allah yang memberi pengertian bahwa Allah melimpahkan karunia-Nya kepada makhluk-Nya, sedang ar Rahiim (Maha Penyayang) memberi pengertian bahwa Allah senantiasa bersifat rahmah yang menyebabkan Dia selalu melimpahkan rahmat-Nya kepada makhluk-Nya.

2. Segala puji [2] bagi Allah, Tuhan semesta alam [3].

[2] Alhamdu (segala puji). Memuji orang adalah karena perbuatannya yang baik yang dikerjakannya dengan kemauan sendiri. Maka memuji Allah berrati: menyanjung-Nya karena perbuatanNya yang baik. Lain halnya dengan syukur yang berarti: mengakui keutamaan seseorang terhadap nikmat yang diberikannya. Kita menghadapkan segala puji bagi Allah ialah karena Allah sumber dari segala kebaikan yang patut dipuji.

[3] Rabb (Tuhan) berarti: Tuhan yang ditaati Yang Memiliki, Mendidik dan Memelihara. Lafal rabb tidak dapat dipakai selain untuk Tuhan, kecuali kalau ada sambungannya, seperti rabbul bait (tuan rumah).

'Alamiin (semesta alam): semua yang diciptakan Tuhan yang terdiri dari berbagai jenis dan macam, seperti alam manusia, alam haiwan, alam tumbuh-tumbuhan, benda-benda mati dan sebagainya. ALlah pencipta semua alam-alam itu.

3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

4. Yang menguasai [4] di Hari Pembalasan [5].

[4] Maalik (Yang Menguasai) dengan memanjangkan mim,ia berarti: pemilik. Dapat pula dibaca dengan Malik (dengan memendekkan mim), artinya: Raja.

[5] Yaumiddin (Hari Pembalasan): hari yang diwaktu itu masing-masing manusia menerima pembalasan amalannya yang baik maupun yang buruk. Yaumiddin disebut juga yaumulqiyaamah, yaumulhisaab, yaumuljazaa' dan sebagainya.

5. Hanya Engkaulah yang kami sembah [6], dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan [7].

[6] Na'budu diambil dari kata 'ibaadat: kepatuhan dan ketundukkan yang ditimbulkan oleh perasaan terhadap kebesaran Allah, sebagai Tuhan yang disembah, karena berkeyakinan bahwa Allah mempunyai kekuasaan yang mutlak terhadapnya.

[7] Nasta'iin (minta pertolongan) , terambil dari kata isti'aanah: mengharapkan bantuan untuk dapat menyelesaikan suatu pekerjaan yang tidak sanggup dikerjakan dengan tenaga sendiri.

6. Tunjukilah [8] kami jalan yang lurus,

[8] Ihdina (tunjukilah kami), dari kata hidayaat: memberi petunjuk ke suatu jalan yang benar. Yang dimaksud dengan ayat ini bukan sekedar memberi hidayah saja, tetapi juga memberi taufik.

7. (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat [9].

[9] Yang dimaksud dengan mereka yang dimurkai dan mereka yang sesat ialah semua golongan yang menyimpang dari ajaran Islam.

Muqaddimah

Surat Al Faatihah (Pembukaan) yang diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat adalah surat yang pertama-tama diturunkan dengan lengkap diantara surat-surat yang ada dalam Al Quran dan termasuk golongan surat Makkiyyah. Surat ini disebut Al Faatihah (Pembukaan), karena dengan surat inilah dibuka dan dimulainya Al Quran. Dinamakan Ummul Quran (induk Al Quran) atau Ummul Kitaab (induk Al Kitaab) karena dia merupakan induk dari semua isi Al Quran, dan karena itu diwajibkan membacanya pada tiap-tiap sembahyang.

Dinamakan pula As Sab'ul matsaany (tujuh yang berulang-ulang) karena ayatnya tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam sembahyang.

Surat ini mengandung beberapa unsur pokok yang mencerminkan seluruh isi Al Quran, yaitu :

1. Keimanan :

Beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa terdapat dalam ayat 2, dimana dinyatakan dengan tegas bahwa segala puji dan ucapan syukur atas suatu nikmat itu bagi Allah, karena Allah adalah Pencipta dan sumber segala nikmat yang terdapat dalam alam ini. Diantara nikmat itu ialah : nikmat menciptakan, nikmat mendidik dan menumbuhkan, sebab kata Rab dalam kalimat Rabbul-'aalamiin tidak hanya berarti Tuhan atau Penguasa, tetapi juga mengandung arti tarbiyah yaitu mendidik dan menumbuhkan. Hal ini menunjukkan bahwa segala nikmat yang dilihat oleh seseorang dalam dirinya sendiri dan dalam segala alam ini bersumber dari Allah, karena Tuhan-lah Yang Maha Berkuasa di alam ini. Pendidikan, penjagaan dan Penumbuahn oleh Allah di alam ini haruslah diperhatikan dan dipikirkan oleh manusia sedalam-dalamnya, sehingga menjadi sumber pelbagai macam ilmu pengetahuan yang dapat menambah keyakinan manusia kepada keagungan dan kemuliaan Allah, serta berguna bagi masyarakat. Oleh karena keimanan (ketauhidan) itu merupakan masalah yang pokok, maka didalam surat Al Faatihah tidak cukup dinyatakan dengan isyarat saja, tetapi ditegaskan dan dilengkapi oleh ayat 5, yaitu : Iyyaaka na'budu wa iyyaka nasta'iin (hanya Engkau-lah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkau-lah kami mohon pertolongan) . Janji memberi pahala terhadap perbuatan yang baik dan ancaman terhadap perbuatan yang buruk.

Yang dimaksud dengan Yang Menguasai Hari Pembalasan ialah pada hari itu Allah-lah yang berkuasa, segala sesuatu tunduk kepada kebesaran-Nya sambil mengharap nikmat dan takut kepada siksaan-Nya. Hal ini mengandung arti janji untuk memberi pahala terhadap perbuatan yang baik dan ancaman terhadap perbuatan yang buruk. Ibadat yang terdapat pada ayat 5 semata-mata ditujukan kepada Allah, selanjutnya lihat no. [6].

2. Hukum-hukum :

Jalan kebahagiaan dan bagaimana seharusnya menempuh jalan itu untuk memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Maksud "Hidayah" disini ialah hidayah yang menjadi sebab dapatnya keselamatan, kebahagiaan dunia dan akhirat, baik yang mengenai kepercayaan maupun akhlak, hukum-hukum dan pelajaran.

3. Kisah-kisah :

Kisah para Nabi dan kisah orang-orang dahulu yang menentang Allah. Sebahagian besar dari ayat-ayat Al Quran memuat kisah-kisah para Nabi dan kisah orang-orang dahulu yang menentang. Yang dimaksud dengan orang yang diberi nikmat dalam ayat ini, ialah para Nabi, para shiddieqiin (orang-orang yang sungguh-sungguh beriman), syuhadaa' (orang-orang yang mati syahid), shaalihiin (orang-orang yang saleh). Orang-orang yang dimurkai dan orang-orang yang sesat, ialah golongan yang menyimpang dari ajaran Islam.

MENGHINDARI NERAKA DENGAN SEKECIL AMALAN

بسم الله الرحمن الرحيم



“Jagalah dirimu dari neraka walaupun dengan bersedekah sebelah butir kurma.”

Status hadits: Hadits shahih.

Penjelasanan hadits:



Dinarasikan oleh Adi bin Hatim radhiyallahu anhu, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: Jagalah dirimu dari neraka walaupun dengan bersedekah sebelah butir kurma. Barangsiapa yang tidak mampu (walaupun bersedekah dengan sebelah butir kurma) silahkan dengan ucapan yang baik” (HR. Bukhari, Muslim, Nasai, Ahmad dan Darimi).

Hadits di atas juga dinarasikan olah Aisyah radhiyallahu anha, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Jagalah dirimu dari neraka walaupun dengan bersedekah dengan sebelah butir kurma” (HR. Ahmad).

Sering manusia memandang remeh terhadap suatu perkara padahal perkara tersebut adalah masalah besar di sisi Allah. Dalam teks Hadits dipaparkan sedekah dengan barang yang kecil (sebelah butir kurma) ternyata bila dilakukan dengan penuh keihlasan akan dapat menyelamatkan pelakunya dari pedihnya siksa neraka.

Demikian pula sebaliknya dinarasikan dalam beberapa teks Hadits, sekecil apa pun menurut anggapan manusia adalah besar di hadapan Allah yang dapat memasukkan pelakunya ke dalam neraka, seperti Hadits tentang manusia yang tidak mencari tabir saat buang hajatnya, atau kesana kemari hanya memperguncingkan cela saudaranya sendiri.


Maha benar Allah dalam firman-Nya: "Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrah pun, niscaya ia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrah pun, niscaya ia akan melihat (balasan)nya pula" (Qs. Al-Zalzalah: 7-8).


Referensi: Bukhari: 1328, 3328, 5564, 6058, 6078; Muslim: 1688, 1689, 1690; Nasai: 2505, 2506; Ahmad: 17542, 17543, 17555, 17556, 17558, 18568, 18572, 18577, 23906; Darimi: 1598.



Karpal cabar 4 MP PKR kosongkan kerusi Parlimen

PULAU PINANG, 7 Mac — Pengerusi DAP Karpal Singh mencabar empat Ahli Parlimen yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat yang dijadual bermula 15 Mac ini.

“Saya mencabar mereka tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat kelak bagi membolehkan kerusi dalam Dewan Rakyat dikosongkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya perkara 52 (1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan seseorang Ahli Parlimen yang tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat selama satu penggal maka jawatan ahli Parlimen akan gugur secara automatik.

Empat anggota Parlimen terbabit ialah Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) dan Zulkifli Nordin (Kulim-Bandar Baru).

Karpal (gambar) berkata oleh kerana DAP merupakan anggota dalam pakatan pembangkang, beliau menyifatkan mereka sebagai satu keluarga dan berhak mencampuri urusan PKR.

“Jika mereka mengatakan pemilihan mereka berdasarkan pilihan rakyat, saya cabar mereka meletak jawatan dan satu pilihan raya (kecil) diadakan untuk membuktikan kemenangan mereka memang dipilih oleh rakyat dan mereka harus ingat, jangan bermegah kerana mereka menang pun atas tiket PKR,” katanya.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor yakin tiada lagi pemimpin PKR akan keluar parti kerana mendakwa “pengkhianat” dalam PKR sudah tiada.

“Saya yakin selepas ini tiada lagi yang akan keluar parti walaupun Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui PKR menghadapi masalah apabila beberapa wakil rakyat keluar parti itu namun saya lihat ia satu proses pembersihan parti,” katanya. — Bernama



Umno beli kuda patah kaki-Husam Musa

Tindakan Umno membeli tiga Ahli Parlimen KEADILAN disifatkan Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa sebagai mengguna kuda sakit atau patah kaki untuk berperang.

"Sekarang Umno dan Barisan Nasional sudah beli wakil rakyat KEADILAN dan tukar jadi wakil rakyat bebas. Dulu masa mengundi mereka menang atas tiket Pakatan Rakyat tetapi selepas ambil wang dari Umno mereka jadi bebas.

"Malangnya Umno sudah beli kuda sakit atau patah kaki. Mana ada orang pakai kuda sakit atau patah kaki untuk pergi perang," kata Husam dalam ucapan ringkas beliau pada jamuan makan malam anjuran DAP Kepong di Taman Usahawan Kepong, Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Kepong selaku tuan rumah Dr Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming dan Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke.

Husam berkata jika Pakatan Rakyat dan rakyat bersatu sudah tentu Umno dan BN dapat ditumbangkan pada pilihan raya umum akan datang.

Menyentuh mengenai isu royalti minyak yang dinafikan kerajaan pusat kepada rakyat Kelantan, Ahli Dewan Undangan Negeri Salor itu berkata mahkamah di Malaysia boleh dianggap sebagai mahkamah "kangaroo".

"Satu-satunya binantang dalam dunia yang ada poket ialah kangaroo. Umno sudah letak mahkamah dalam poketnya. Ia akan lompat ikut ke mana Najib arahkan.

"Itulah akibatnya jika tidak mengikut undang-undang. Dalam kes royalti minyak Kelantan apabila mahkamah sudah jadi mahkamah "kangaroo" mereka tidak mahu bayar royalti. Kerajaan akan jatuh, tamadun akan hancur dan musnah kalau undang-undang tidak mahu diikut. Oleh itu seluruh rakyat mesti bersatu padu dan komited untuk menumbangkan Umno-BN dan menubuhkan kerajaan pusat yang baru," katanya lagi.

Suara-Keadilan.com



Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails