SELAMAT DATANG

Jumaat, 3 Disember 2010

Kerajaan semut




Subhanalloh,, sungguh motivasi yg luar biasa, semut yg kecil bisa membuat kerajaan seperti ini...
Firman Allah; surah An Naml

15. Dan sesungguhnya Kami telah memberi ilmu kepada Daud dan Sulaiman; dan keduanya mengucapkan: Segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dari kebanyakan hamba-hambanya yang beriman.

16. Dan Sulaiman telah mewarisi Daud, dan dia berkata: Hai Manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya ini benar-benar suatu kurnia yang nyata.

17. Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib.

18. Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari;

19. maka dia tersenyum dengan tertawa karena perkataan semut itu. Dan dia berdo'a: Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni'mat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh.




RM4.9 juta isi Tabung Serambi Mekah

Oleh Ahmad Hasanain

penggunaan mesin elektronik memudahkan urusan penyaluran sumbangan

KOTA BHARU, 02.Dec - Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim atau lebih dikenali dengan nama Tabung Serambi Mekah hari ini berjaya mengumpul sejumlah RM4.9juta hasil sumbangan orang ramai, korporat, Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun.

Majlis Perasmian Pelancaran Kutipan Derma Tabung Serambi Mekah yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang mewakil Menteri Besar tersebut turut menyaksikan pelancaran penggunaan Mesin Elektronik bagi penyaluran sumbangan derma iaitu melalui Kad Kredit dan Kad Debit.

Datuk Ahmad ketika merasmikan majlis tersebut berkata kewujudan Tabung Serambi Mekah di awal pemerintahan PAS dulu adalah kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh kerajaan yang telah berlainan dengan Persekutuan.

Menurut beliau tujuan utama penubuhannya ialah untuk menyalurkan bantuan segera kepada rakyat yang memerlukan terutamanya mereka yang ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, banjir, berpenyakit kronik dan sebagainya.

“Ia juga ditubuhkan bagi diberi peluang kepada seluruh rakyat terutamnya yang berkemapuan untuk bersama-sama kerajaan membantu mereka yang memerlukan dan Alhamdulillah sehingga kini Tabung ini berjalan dengan baik hasil kutipan derma dari orang ramai dan syarikat”ujar beliau.

Beliau juga berkata bagi tempoh kutipan derma tahun 2009 dan dibelanjakan pada tahun ini, keseluruhan jumlah penerimaan ialah RM 3.353 juta dan telah disalurkan kepada pelbagai keperluan seperti mangsa banjir, kemudahan asas, kebakaran dan lain-lain berjumlah lebih kurang RM 2.623juta.

PKINK sumbang RM100 ribu

“Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada seorang hamba Allah yang merupakan anak jati Kelantan dan merupakan usahawan terkenal yang tidak jemu-jemu membantu Tabung Serambi Mekah dalam meneruskan bakti kepada rakyat negeri ini dan tahun ini pula beliau telah menyumbang sejumlah RM3juta”katanya lagi.

Orang ramai masih lagi boleh menyalurkan sumbangan derma melalui akaun yang telah diwujudkan iaitu melaui Akaun Bank Islam – 3018010028774 (sumber halal) dan 3018010045654 (sumber tidak halal).

Tabung tersebut juga dikenali dengan nama Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim telah ditubuhkan pada bulan Febuari 1991 di bawah Seksyen 9 (1) dan 9(3) akta acara kewangan (1957) disemak (1972).

Sementara itu, dua tokoh korporat terkenal di Kelantan Khairul Imran Che Man dan Mohamad Azmadi Fadzil masing-masing menyumbangkan sejumlah RM500 ribu, manakala anak syarikat kerajaan negeri Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan(PKINK), Perbadanan Menteri Besar Kelantan(PMBK) dan Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd telah menyumbangkan sejumlah RM100 ribu setiap satu.

 Harapan kepada Konvensyen Ke-2 Pakatan Rakyat


Abd Shukur Harun: shukurharun@yahoo.com



Selepas menghadapi serangan bertubi-tubi dari Umno/BN dan media yang mereka kuasai, ternyata Pakatan Rakyat masih mampu bertahan, malah sedang menyusun persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 pada bila-bila masa.

Ini sebuah kegigihan dan keazaman yang luar biasa bagi Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan bagi kepentingan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, iaitu perubahan ke arah pelaksanaan keadilan dan demokrasi sebenar serta pembahagian kekayaan negara dengan adil dan saksama, tanpa rasuah.

Bagi melaksanakan agenda menghadapi PRU Ke-13 ini, dua program besar diadakan di mana pada 29 November lalu telah diadakan Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri Pakatan Rakyat di Shah Alam Selangor dan menyusul sebuah lagi program besar iaitu Konvensyen Pakatan Rakyat kali kedua yang akan diadakan di Dewan Melinnium, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 19 Disember ini.

Pulau Pinang dipilih, barangkali kerana negeri itulah paling banyak menerima pelbagai tuduhan dan dakwaan berunsur perkauman dari parti lawan. Oleh itu tentunya konvensyen ini menghantar mesej jelas bahawa Pakatan Rakyat masih mampu bertahan di Pulau Mutiara itu.

(Gambar: Konvensyen pertama Pakatan Rakyat yang menampakkan perpaduan utuh di kalangan mereka.Apa berlaku untuk kali kedua ini?)

Antara agenda Konvensyen tersebut ialah membincangkan isu penting – antaranya isu tanah Felda dan Felcra dan Tanah Adat, isu air di Selangor dan tempat lain, isu tol, isu pelaburan yang kian merosot, masalah isu pekerja wanita di Sabah dan Sarawak dan pelbagai isu lain.

Ini semua adalah isu penting, namun yang juga sangat penting diberikan penekanan dalam Konvensyen Pakatan itu ialah masalah rangkaian penerangan negeri-negeri Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor, yang kelihatan belum dapat diselesaikan. Ini menyebabkan begitu banyak usaha terbaik untuk rakyat dari negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat belum benar-benar diketahui oleh rakyat terutama di kawasan pedalaman.

Memang telahpun diputuskan bahawa Pakatan Rakyat akan melancarkan majlis penerangan besar-besaran di beberapa buah negeri, namun ramai berpendapat supaya pelaksanaan majlis penerangan ini mestilah benar-benar berkesan.

“Ia bukan saja sekadar majlis ceramah dan menyampaikan risalah atau memberi taklimat di kalangan pendukung Pakatan Rakyat saja, tetapi penerangan mestilah pergi jauh ke akar umbi rakyat, terumata di pedalaman, supaya rakyat mengetahui kebaikan Pakatan Rakyat,” kata Ir. Ibrahim Jalil, seorang perunding pembinaan yang sangat bersimpati dengan Pakatan Rakyat.

Baginya, tidaklah perlu sangat mengadakan perhimpunan yang lebih banyak dihadiri oleh kalangan penyokong PAS, DAP dan PKR, sedangkan kebanyakan rakyat terbanyak belum lagi diberikan penerangan secukupnya.

Seorang doktor perubatan di Petaling Jaya, Dr. Rosman Abd Ghani yang juga menyokong Pakatan Rakyat berkata, “Saya selalu pulang ke kampung di Selangor, masalahnya, orang kampung belum banyak yang mengetahui kebaikan kerajaan Pakatan Rakyat.”

Bahkan, katanya, ada di antara mereka yang tidak tahu siapakah Menteri Besar Selangor sekarang dan mereka tidak begitu tahu mengenai perubahan yang berlaku sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor selepas pilihan Raya umum Mac 2008 dulu.

Baginya, ini masalah besar dan beliau berharap JKKK, Ahli Majlis Daerah dan Perbandaran, Penghulu dan Ketua Kampung, malah AJK masjid dan surau juga perlu tampil mengambil peranan menerangkan program kerajaan Pakatan Rakyat untuk membantu rakyat.

Seorang pesara guru, Haji Zainudin Ahmad dari Gombak, Selangor mempunyai pendapat yang sama. Malah beliau sedar, wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat begitu sibuk dengan pelbagai tugas hingga tidak semua tempat dapat dikunjungi mereka.

“Saya ada kenal beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat, saya kesihan melihat mereka seperti tak cukup tangan dan waktu untuk berkejar ke sana kemari menemui rakyat. Oleh itu, mereka yang ada maklumat mengenai kerajaan Pakatan Rakyat perlu membantu menyampaikan penerangan akan program ekonomi dan sosial Pakatan Rakyat,” katanya.

Malah beliau sendiri setiap ada kesempatan, memberi penerangan secara kecil-kecilan dengan beberapa orang yang beliau temui sama ada di masjid, surau atau restoran, atau di mana saja.

Bagi kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng, yang ‘diserang’ hebat dengan suara perkauman, bahawa apa yang perlu dilakukan oleh kerajaannya ialah juga memberi penerangan berkesan kepada orang Melayu di sana mengenai keadilan dan kesaksamaan kerajaan negeri dan menolak fitnah pihak musuh Pakatan.

Setakat ini, nampaknya, walaupun belum menyeluruh, tetapi program penerangannya sudah menampakkan hasil. Rakyat Pulau Pinang sudahpun merasakan perbezaan ketara antara kerajaan lama (BN) dengan kerajaan baru (Pakatan Rakyat).

Sementara itu, jentera Penerangan di Kedah dan Kelantan sudah bergerak dalam tahap yang memuaskan, walaupun masih perlu ditingkatkan lagi. Menurut laporan, dua negeri itu telah melakukan kerja penerangan dan dengan aktif menambah pengundi baru.

Walaupun baru menghadapi banjir besar, namun jentera pilihan raya Kedah berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

Sementara di Kelantan, dengan pengalaman kekalahan di Galas dan kemerosotan undi PAS di Manik Urai dulu, rasanya PAS Kelantan cukup sedar dan benar-benar mendengar loceng amaran dari kekalahan tersebut, iaitu untuk bangkit kembali dan memperkukuh jentera parti.

Pendeknya apa yang diharapkan dari langkah penting Pakatan Rakyat untuk menghadapi PRU Ke-13 nanti ialah memperkasa jentera parti, mendaftar pengundi baru sebanyak-banyaknya, mendekati golongan muda, di samping mengekalkan hubungan dengan pengundi tradisi.

Adapun resolusi Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat di Shah Alam baru-baru ini memang sangat baik. Persoalannya ialah pelaksanaan dari resolusi tersebut.

Justru Konvensyen Pakatan Rakyat kali kedua di Pulau Pinang 19 Disember ini sangat penting, di mana sehari sebelumnya – pada 18 November – diadakan perhimpunan besar-besaran penyokong Pakatan Rakyat di Pulau Pinang juga.

Dengan ini jelaslah bahawa walaupun sedikit cedera disebabkan serangan bertubi-tubi, Pakatan Rakyat masih utuh. Ini adalah manifestasi bahawa masih tetap wujud pendukung Pakatan Rakyat dari tiga parti itu yang tetap setia meneruskan perjuangan untuk membawa perubahan bagi kepentingan rakyat berbilang bangsa

MB Selangor cipta sejarah



MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengepalai kerajaan negeri Selangor berdemontrasi , tunjuk perasaan di Masjid Negara pada 5 Disember ini sebagai bantahan kepada syarikat swasta , Syabas yang mahu naik harga air di Selangor dan Lembah Klang.

Jika ini betul-betul terjadi maka MB Selangor itu cipta sejarah kerana MB terpaksa turun dijalanraya untuk pertahankan kerajaannya sendiri dalam isu harga air daripada terus naik mendadak 37% oleh pihak Syabas syarikat swasta yang kontrol air anugerah Allah . Tan Sri Khalid bukan petani, pekerja kilang atau peneroka Felda yang sering kena tipu tapi beliau ialah seorang tokoh korporat, golongan kaya dan elit tapi demi untuk kebaikan rakyat Selangor semua golongan beliau terpaksa juga turun ke jalanraya untuk pertahankan hak rakyat yang beliau sendiri adalah sebagai MB Selangor.

Air di Selangor atau di mana-mana jua bukan sapa-sapa yang punya tapi anugerah Allah SWT. Manusia diberikan otak dan kecerdikan untuk merawat air, menyuling air supaya manusia dapat minum air yang bersih dan tidak dijangkiti kuman. Semua ini memerlukan kos dan kita memang perlu bayar untuk dapat air yang bersih tapi kalau air tadi jadi bahan perniagaan syarikat kroni untuk kaut untuk berbilion ringgit dengan gaji 'Taukeh Air' cecah RM425,000 sebulan ini dikira amat melampau terhadap rakyat Selangor dan Lembah Klang yang hidup bermacam-macam golongan.

Air bukan macam ketol sabun 'lux', bukan macam syampoo kelemumur boleh dimiliki syarikat swasta dan adik beradik untuk tentukan harga sesuka hati tapi air di Selangor kena dikembalikan kepada kerajaan negeri yang sedia ambil alih syarikat kroni air yang untungkan puak-puak tertentu sejak perjanjian kerajaan Umno-Bn yang perintah Selangor dulu dengan Syabas untuk naikkan harga air pada tahun 2009, 2012, 2015 dan seterusnya.(Klikdi sini).

Air jika dimiliki kerajaan negeri sudah tentu jadi milik rakyat harganya sudah tentu dapat dikawal oleh kerajaan . Siapa yang untung ? Sudah tentu kita sebagai rakyat yang untung tak kira la orang Umno-Bn atau PR sudah tentu merasa lega dengan harga air yang murah.Siapa yang tak mau dengan air percuma 20m3 percuma memang bodoh dan bahalol sangat-sangat.Dah bagi percuma gatal -gatal tangan pulak nak pi bayar kat Syabas masuk dalamTabung Budi!

MB Selangor sekarang memang berbeza dengan mantan MB Khir Toyo yang bagi penyapu sial kepada kakitangan kerajaan semasa Bn perintah Selangor dulu.

 Jom sertai serah memo bantah naik harga air


Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini mengajak rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan turun berarak bersama-sama Menteri Besar Selangor ke Istana Negara Ahad ini bagi menyerahkan memorandum bantahan kenaikan harga air kepada Yang di-Pertuan Agong.

Memorandum dan petisyen 100,1000 rakyat Selangor membantah kenaikan air sebanyak 37 peratus akan diserahkan sendiri oleh Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Yang di-Pertuan Agong dan perarakan ke istana negara akan bermula di Masjid Negaara pada jam 12 tengahari.

Dalam sidang media bersama beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat di lobi Parlimen, Khalid Samad (PAS-Shah Alam) berkata, tindakan itu sebagai kemuncak kepada segala usaha rundingan yang telah dilakukan Kerajaan Selangor dengan syarikat konsesi air dan Kerajaan Persekutuan.

"Kita anggap ini program berjalan-jalan bersama Menteri Besar dan ia merupakan program kerajaan Selangor setelah kita cuba buat apa yang sepatutnya.

"Kita dah berunding dengan syarikat-syarikat yang terlibat, sudah berunding dengan Kerajaan Pusat tapi disebabkan politik, semua usaha kita digagalkan. Jadi kita perlu zahirkan bantahan rakyat," kata beliau yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam.

Nada yang sama disuarakan Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang berharap seluruh rakyat menyokong program berkenaan.

"Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Selangor dan Wilayah menyeru kesemua pengguna air selangor dan Wilayah untuk turun beramai-ramai Ahad ini.

"Kita berhimpun di masjid untuk bersama Menteri Besar, exco dan wakil rakyat untuk bentang tandatangan orang ramai yang menyeru kerajaan pusat mengembalikan semula hak air kepda rakyat," katanya.

Dalam pada itu, (Charles Santiago-DAP Klang) yang menyentuh mengenai tabung Budi di bawah Syabas berkata, ianya amat mengelirukan rakyat.

"Apa yang Syabas buat, mereka pergi ke rumah-rumah, dan galakkan mereka serah wang sebanyak RM11.40 yang dikatakan akan diberikan kepada rumah yang tidak dapat air percuma.

"Tapi persoalannya wang itu dibayar oleh Kerajaan Selangor. Mereka kata ini dalam rangka Tanggung Sosial Korporat mereka. Tapi tindakan mereka ini mengelirukan rakyat.

"Bila MB suruh Syabas hentikan kegiatan itu, mereka kata tak akan berhenti. Sebenarnya itu perbuatan yang tak diiktiraf. Wang itu wang kerajaan negeri," katanya.

Program Ahad ini bagaimanapun dijangka akan bertembung dengan satu lagi kumpulan pro-kerajaan Selangor yang juga mahu menghantar memorandum ke Istana Negara.

Peserta perhimpunan yang menamakan diri mereka Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dengan pakaian hitam mahu menyerahkan memorandum dan 'bukti penyelewengan 30 perkara' di negeri itu, antaranya berhubung isu pembelian hutang syarikat Talam Corporation, penutupan Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) dan 'kegagalan' mengutip hasil pasir seperti yang dijanjikan.

MENGAPA ORANG KATA MELAYU BODOH?


بسم الله الرحمن الرحيم



PUTRAJAYA, 2 Dis. : Ini fakta menunjukkan tembelang puak-puak yang menyanjung ketuanan melayu tetapi hakikatnya depa dok menjahanamkan tanah orang Melayu;

1) 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

2) 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

3) 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!

4) Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

5) 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

6)Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

7) Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.

8) 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

9) 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.

10) Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

11) 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.

12) Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.

13) Kampung Chubadak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.

14) Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

15) Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP.

Sebenarnya slogan Umno “Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu

“di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”.....SETUJU????
- Kedahlanie

Note: Melayu bodoh sebab habis dah tanah melayu digadai oleh umno tapi melayu masih lagi menjerit hidup umno...!!! hidup melayu..!!!! Melayu tak pernah mahu sedar bahawa selama ini umno menipu mereka.. melayu seperti ini mungkin jika terpaksa tinggal di atas pokok semula pun mereka masih menjerit hidup umno..!!! hidup melayu..!!! kah..kah..kah..kah..

PAS puji bas wanita Rapid KL

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Dis: PAS memuji langkah pihak pengurusan Bas Rapid KL yang memperkenalkan bas khusus untuk wanita.

AJK PAS Pusat, Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali berkata, langkah itu wajar dipuji kerana memberi faedah besar kepada kaum wanita.

"Sekali lagi tahniah atas perkhidmatan bas Rapid KL khusus untuk wanita.

"Satu peningkatan yang terpuji dan akan memberi faedah yang banyak kepada kaum wanita. Teruskan usaha-us

aha baik ini," katanya kepada Harakahdaily.

Penghargaan sama turut disampaikan Dewan Pemuda PAS Pusat yang menyifatkan langkah itu sebagai bijak dan mesra wanita sekaligus memberi sumbangan besar kepada keselamatan dan kesejahteraan kaum hawa.

"Saya percaya ia mampu mengurangkan kadar jenayah seperti jenayah seksual, ragut dan sebagainya. Semoga usaha yang baik dan mulia ini.

"Walau masih diperingkat percubaan namun perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan," kata ketuanya Nasrudin Hassan.

Cadangnya lagi, perkara tersebut diangkat menjadi satu perundangan negara di bawah peraturan jalanraya agar ia menjadi satu dasar perkhidmatan pengangkutan awam yang melibatkan perkhidmatan bas, teksi, LRT dan seumpamanya di seluruh negara khasnya di bandar-bandar utama.

Ketua Pegawai Eksekutif Bas RapidKL Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain semalam berkata, perkhidmatan khas itu dilaksanakan untuk memberi lebih keselesaan dan keselamatan kepada penumpang wanita, selain melindungi mereka daripada gangguan seksual serta bersesakan dengan penumpang lelaki pada waktu puncak.

Tempoh percubaan itu dijalankan di tujuh laluan yang mempunyai jumlah penumpang ramai dengan dua sesi perkhidmatan, iaitu di sebelah pagi jam 6.45 dan 7.30 manakala di sebelah petang pada jam 6 dan 6.45.

Laluan yang terbabit pada sesi pagi ialah U1 (Hab Pinggiran Batu Caves), U8 (Hab Damansara Damai), U22 (Hab Sri Nilam), U40 (Hab Terminal Kajang), U60 (Hab Puchong Utama), U80 (Hab UiTM Shah Alam) dan U81(Hab Subang Suria).

Bagi sesi petang, laluannya ialah U1 (Hab Medan Pa

Khamis, 2 Disember 2010

Ketuanan Islam: Alternatif yang enggan difikirkan?

Nasrudin Hassan

1. Seusai Kongres PKR , kini UMNO dan BN seperti mendapat peluru tembaga untuk dibidik tepat ke jantung PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya. Biadab , kurang ajar , khianat , pelacur politik dan 1001 kata - kata kesat dihamburkan ekoran kenyataan dari presiden PKR Datin Seri Wan Azizah binti Dato' Wan Ismail .

2. Saya tidak sempat menghadhiri Kongres PKR kerana menerima undangan saat akhir sedang saya telah mempunyai komitmen untuk menghadhiri Hari keluarga DPP Malaysia di Pulau Pangkor . Walau bagaimana pun saya mengikuti perkembangan dan berita mengenainya . Terlebih dahulu saya ucapkan syabas kepada PKR dan AMK yang telah selesai berkongres semoga PKR dan AMK semakin utuh dan mantap selepas ini mendepani cabaran dan halangan perjuangan yang sukar ini .

3. Tidak puas - puas UMNO dan BN membelasah PKR . Sebelum dan selepas kongres , ada sahaja peluru baru yang dilepaskan oleh pelbagai agensi mereka untuk membunuh PKR dan sekaligus dilihat sebagai percubaan untuk melemahkan Pakatan rakyat. Terkini isu Ketuanan Melayu menjadi turning point UMNO dan BN untuk memperbaharui serangan ke atas Pakatan Rakyat .

4. Wartawan pula bertalli arus menghubungi saya untuk mendapatkan pandangan mengenai kenyataan tersebut dan saya tegaskan atas 3 point penting :

A. ] Sejak merdeka sehingga kini sudah lebih 50 tahun , Melayu belum menjadi tuan .

UMNO dan BN awal - awal lagi sebenarnya tidak layak pun hendak bercakap soal Ketuanan Melayu , apalagi bersilat untuk mempertahankannya . Keris panjang tidak bersarung milik UMNO selama ini tidak ubah seperti keris sisip di pinggang sang pengantin . Bukan sahaja tidak berfungsi malah sedikit pun tidak menambah keberanian sang pengantin selain hanya menurut sahaja apa yang disuruh . Disuruh bangun mereka bangun , disuruh duduk mereka duduk , disuruh senyum mereka senyum , disuruh suap mereka suap , disuruh makan mereka makan , disuruh basuh periuk belanga mereka basuh. Menurut saja apa yang disuruh walau keris tersisip dipinggang , bersampin dan bertanjak .

Sepanjang tempoh 50 tahun lebih inilah , menyaksikan melayu hilang maruah , hilang jati diri , hilang tanah , hilang kuasa , hilang upaya ekonomi dan hilang kehebatan . Malah fenomena ini diakui sendiri oleh pemimpin UMNO dan BN apabila sehari dua ini mereka selalu bertanya kemanakah hilangnya kuasa politik orang melayu ? . Walaupun soalan itu seperti mahu menyalahkan Pakatan Rakyat tetapi rakyat umumnya mengetahui bahawa Pakatan Rakyat belum sepenggal mengurus pemerintahan beberapa buah negeri yang dimandatkan oleh rakyat , sementara Kerajaan Persekutuan masih berada di bawah pemerintahan UMNO dan BN malah berkuasa penuh sejak lebih 50 tahun yang lalu . Pertanyaan itu seperti UMNO meludah ke langit dan akhirnya menimpa muka sendiri .

B. ] Tidak salah perjuangkan bangsa dan pertahankannya sebagaimana yang telah termaktub di dalam perlembagaan .

Melalui perlembagaan Malaysia yang sedia ada telah dimaktubkan hak keistemewaan orang melayu . Saya tidak prejudis mengenainya bahkan mempertahankan hak bangsa dan berbangga dengan bangsa kita melayu juga adalah adalah suatu yang tidak bertentangan dengan Islam . Sebagaimana nabi saw sendiri berbangga sebagai bangsa Arab Quraisy .Terutama majoriti penduduk negara ini ialah melayu dan mereka pula rata - ratanya masih perlu pembelaan kerana taraf hidup yang rendah angkara amalan kronisme dan dasar ekonomi yang korup oleh kerajaan UMNO dan BN sejak 53 tahun yang lalu .

[ Lantaran selama ini hanya segelintir melayu yang kaya raya dan harta negara berlegar dari kalangan pembesar dan kroni mereka. ]

Memperjuang dan mempertahankan hak bangsa yang saya maksudkan tidaklah menjadikan bangsa kita tuan dan bangsa lain pula hamba . Pertahankan hak bangsa kita malah berbangga menjadi bangsa melayu adalah suatu yang positif dan wajar namun jangan sekali - kali kita menzalimi bangsa lain serta tidak berlaku adil terhadap bangsa lain sekalipun berbeda agama justeru inilah yang dilarang.

C. ] Saya mencadangkan Ketuanan Islam menggantikan Ketuanan Melayu tajaan UMNO & BN.

Justeru Islam adalah agama Allah tuhan yang mencipta manusia dan seluruh alam ini. Allah swt , tuhan yang namanya mahu digunakan oleh seluruh agama samawi dalam negara kita . Islam pula bukan hak orang melayu sahaja , bahkan bangsa India dan China jauh lebih awal menerima Islam . Islam adalah agama yang adil untuk semua .

Islam dirujuk kepada kitab suci al Quranul Karim yang rata - rata pemimpin Pakatan Rakyat termasuk non muslim mula memetiknya untuk berhujjah justeru ia satu pengiktirafan kepada kebenaran yang dibawa oleh Islam . Islam adalah satu agama yang lengkap merangkumi semua persoalan hidup termasuk perkara yang melibatkan hubungan sesama manusia seperti ekonomi , sosial , politik dan undang - undang , juga hubungan manusia dengan tuhan seperti ibadah .

5. Negara dan dunia serta seluruh isinya memerlukan Islam . Saya menegaskan demikian bukan bermakna Islam memaksa manusia menganutnya . Menerima bukan semestinya menganut Islam . Ahli zimmah [ non muslim yang tidak menentang Islam ] boleh menerima sistem dan dasar kepimpinan serta pemerintahan Islam sementara mereka kekal dengan agama dan kepercayaan mereka. Seperti kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menjadikan Khlaifah Umar bin Abdul Aziz sebagai idola dan contoh kepimpinannya , maka perlu difahami bahawa Khalifah umar bin Abdul Aziz menjadi hebat kerana Islam yang diyakininya

Kenapa Umno takut bukan Islam dekati al-Quran

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Dis: Sepatutnya pemimpin bukan Islam diberikan galakan supaya mereka bertambah minat untuk membaca dan merujuk kepada Al-Quran dalam apa juga permasalahan manusia.
Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab (gambar) berpandangan demikian sebagai mengulas sejak akhir-akhir ini ramai di kalangan pemimpin bukan Islam berminat untuk merujuk al-Quran dan menggunakan terjemahan al-Quran dalam ucapan mereka.

Namun begitu, katanya pemimpin Umno begitu takut apabila pemimpin bukan Islam mula berjinak-jinak dengan al-Quran.

Tambahnya, bermacam alasan diberikan, takut salah tafsir, menghina al-Quran, mencemarkan kesucian al-Quran dan sebagainya.

Baginya, jika orang bukan Islam melakukan kesalahan, mereka bukannya dihalang dari merujuk kepada al-Quran tetapi kesalahan itu diperbetulkan.

Malangnya, tambah beliau pemimpin Umno bukannya menggalakkan mereka mendekati al-Quran malah terus melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah kepada pemimpin yang membaca terjemahan al-Quran.

“Perangai buruk pemimpin Umno inilah sebenarnya yang menyebabkan orang bukan Islam terus menjauhi Islam dan memusuhi Islam kerana mereka dihalang dari mendekati Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, lihat sahaja contoh MCA dan MIC walaupun sudah berkawan dengan Umno lebih dari 50 tahun tetapi sehingga kini mereka tidak berminat kepada Islam kerana puncanya Umno sendiri pun meminggirkan Islam.

“Saya pun tidak faham mengapa Umno begitu takut apabila pemimpin bukan Islam menggunakan terjemahan al-Quran dalam ucapan mereka,” katanya.

Beliau berpendapat, mungkin Umno terasa tercabar kerana orang bukan Islam merujuk al-Quran tetapi Umno meminggirkan al-Quran atau Umno takut orang bukan Islam faham Islam dan seterusnya menyokong PAS dan PR.

“Sebagai seorang Islam kita sepatutnya gembira dan bersyukur apabila orang bukan Islam mula berjinak-jinak dengan Islam dan menjadikan al-Quran sebagai salah satu rujukan mereka.

“Apa yang penting kita membetulkan mereka jika berlaku kesilapan dan kesalahan,” ujarnya.

Katanya, ulama mesti memberi penerangan kepada seluruh rakyat tentang pengunaan ayat-ayat al-Quran oleh orang bukan Islam supaya semua orang Islam tahu bahawa bukanlah menjadi kesalahan untuk orang bukan Islam membaca dan merujuk terjemahan al-Quran dalam ucapan dan kehidupan seharian mereka.

Justeru, beliau mengharapkan selepas ini semua pemimpin dan penganut Islam terus memberikan sokongan padu kepada orang bukan Islam merujuk kepada Al-Quran dalam apa juga permasalahan manusia.

Isu itu tercetus semula apabila Adun Hutan Melintang, Perak, S.Kesavan dilaporkan membacakan terjemahan al-Quran merujuk kepada ayat yang lain daripada apa yang sepatutnya.

Bagi Sofi, adalah bukan suatu perkara yang pelik jika Umno tidak suka pemimpin bukan Islam menggunakan ayat al-Quran kerana Umno sendiri selalu meminggirkan al-Quran dalam tindakan seharian mereka.

Dalam isu menghalalkan judi dan riba, judi bola, mendedahkan aurat, meminggirkan hukum hakam Islam dan sebagainya jelas Umno membelakangkan al-Quran, katanya

Isnin, 29 November 2010

Pertahan keyakinan rakyat - Azizan

Harakahdaily

SHAH ALAM, 29 Nov: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menggesa pemimpin Pakatan Rakyat supaya mempertahankan keyakinan rakyat kepada kerajaan negeri yang diperintah.

Ini, katanya kerana Umno BN sentiasa berusaha untuk memecahkan keyakinan itu dan perpaduan di kalangan komponen Pakatan Rakyat menjelang Pilihan raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.

Beliau berkata, ini kerana Umno BN tahu bahawa kemenangan yang dicapai oleh Pakatan Rakyat pada Pilihan raya ke-12 lalu kerana perpaduan.

Justeru, katanya Umno BN menggunakan media massa untuk meretak dan memecahkan perpaduan tersebut.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Persidangan Menteri Besar Dan Ketua Menteri Negeri-negeri Pakatan Rakyat di sini, pagi ini.

Turut berucap ialah Menteri Besar Kelantan dan Selangor, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Datuk Mustafa Ali.

Ustaz Azizan menambah, media massa sering menyiarkan perkara yang salah dan tidak benar mengenai Pakatan Rakyat supaya masyarakat tidak yakin kepada kerajaan Pakatan.

“Mereka (media) timbulkan suasana supaya orang tak yakin dengan kita,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya semua pemimpin Pakatan Rakyat mesti menjaga dan mempertahankan keyakinan rakyat terhadap kerajaan di negeri-negeri yang dikuasai.

Ini, katanya kerana suasana yang berlaku pada hari ini membuktikan bahawa rakyat merasa selesa di bawah kerajaan Pakatan Rakyat berbanding dengan era pemerintahan Umno.

Dalam mempertahankan keyakinan itu, katanya ia memerlukan kepada pengorbanan.

Mengenai Kedah, beliau berkata, usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri berjaya menyatukan rakyat sekalipun tidak mendapat publisiti daripada media massa.

Jelasnya, dengan pendekatan tersebut, rakyat Kedah merasa selesa dengan Kerajaan Pakatan rakyat negeri sekarang berbanding sebelum ini.

“Yang kata tak selesa, orang luar Kedah,” tegasnya.

Beliau juga menyarankan supaya kerajaan di negeri-negeri Pakatan Rakyat supaya membuat kajian dari semasa ke semasa apa yang disukai dan tidak disukai oleh kumpulan sasar.

MISTERI : KUBUR DI KUBAH MASJID

Kubur di Kubah Masjid Nabawi: Gambar Kubah Masjid Nabawi



Kubur di Kubah Masjid Nabawi yang mana mempunyai cerita yang patut di ketahui dan diambil iktibar. Semoga ceria Kubur di Kubah Masjid Nabawi ini dapat kita hayati bersama.
Ketahui lebih details

SUBHANALLAH, ini adalah sebuah keajaiban yang terjadi sekitar 90 tahun yang lalu di Masjid Nabawi.

Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:

Ada seseorang mencuba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW– kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi (Gumbad-e-Khizra) Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW–. Namun, ketika sang pelaku mencoba memanjat kubah tersebut untuk memulai menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menyambarnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun tewas di situ. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas Kubah tersebut!




Ia juga mengatakan bahwa seorang yang saleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahwa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahwa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!
Lihat juga..


Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.

“Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan d0amu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan d0amu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan…kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya”



www.ar-rifke.com

TAHNIAH ALI RUSTAM : IBU AYAM MUDA LACUR PELAJAR




SITI NORMASLINDA (kiri) dan ROSLINA

AYER KEROH - Dua wanita dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam kerana melacurkan dua pelajar tingkatan tiga.

Hakim Zaharah Hussain menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, Siti Normaslinda Mohamad Masrol, 22, dan Roslina Md Snor, 21, selepas kedua-duanya membuat pengakuan bersalah terhadap dua pertuduhan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, kedua-duanya telah memperdagangkan seorang perempuan berumur 15 tahun bagi maksud eksploitasi di Hotel Everyday 312-A B C, Jalan Tun Ali, Melaka Tengah, pada Mei 2010.

Bagi pertuduhan kedua, kedua-duanya juga telah memperdagangkan seorang perempuan berumur 15 tahun di hotel yang sama antara 30 Jun 2010 dan 1 Julai lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Siti Normaslinda yang juga anak sulung daripada dua beradik dalam rayuannya memohon supaya mahkamah meringankan hukuman dengan alasan dia menanggung keluarga.

Sementara itu, Roslina yang mempunyai seorang anak lelaki berumur 3 tahun memohon mahkamah menjalankan hukuman ke atasnya secara serentak.

Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latiff yang mengendalikan kes berkenaan memohon mahkamah memberikan hukuman berat kerana kesalahan dilakukan tertuduh membabitkan remaja bawah umur.

“Kedua-dua mangsa yang jauh lebih muda berumur 15 tahun dan kedua-dua tertuduh telah menggunakan mangsa untuk eksploitasi seks.

“Kepentingan awam juga harus diberi pertimbangan kerana berlaku banyak kes kanak-kanak dieksploitasi," katanya.

Zaharah yang mendengar rayuan dan hujah kedua-dua pihak kemudian menjatuhkan hukuman lima tahun bagi setiap pertuduhan secara berturutan.

“Apa perasaan kamu apabila orang lain buat pada adik-beradik dan saudara kamu sendiri? Saya nasihatkan jangan ulang kesalahan sama selepas ini,” katanya.

Berdasarkan fakta kes, kedua-dua tertuduh telah berkenalan dengan mangsa pertama dan membawa tinggal bersama mereka serta menyatakan kepada mangsa mengenai perkhidmatan seks yang akan diuruskan tertuduh.

Sebanyak RM10 daripada RM80 diberikan kepada mangsa pertama selepas memberi hasil perkhidmatan seks pada Mei 2010 di bilik bernombor 206, Hotel Everyday berhampiran pasar raya Ocean.

Pada 29 Jun 2010 pula, kedua-dua tertuduh telah berjumpa mangsa kedua yang juga rakan lama Siti Normaslinda.

Mangsa kedua yang kemudian tinggal bersama tertuduh juga dipelawa untuk memberikan perkhidmatan seks.

Mangsa kedua kemudian dibawa ke bilik 105, hotel yang sama untuk memberikan perkhidmatan seks pada 30 Jun dan 1 Julai sebelum membayar antara RM70 hingga RM200 kepada mangsa.

Note: Kah..kah..kah..kah.. tahniah ali tidak sia-sia anda buatkan sekolah mengandung untuk remaja... sehingga remaja umur 22 tahun pun dah pandai jadi ibu ayam.. kah..kah..kah..kah.. inilah untungnya dapat ketua menteri yang bangang..!!! Hidup umno...!!! kah..kah..kah..kah..

Ahad, 28 November 2010

Pengorbanan Asas Dalam Dakwah dan Tarbiah

Allah telah memikulkan ke atas umat Islam sebesar-besar dan seberat-beratnya amanah. Firman Allah Subha Nahu Wa Ta’ala;

“Demikianlah Kami jadikan kamu umat pertengahan untuk menjadi saksi ke atas manusia, dan Rasul pula menjadi saksi ke atas kamu.” (Al-Baqarah: 143)

Agar mereka menunaikan amanah ini dengan sebaik-baiknya dan melaksanakan tanggungjawab, Allah Subha Nahu Wa Ta’ala telah memfardhukan jihad pada jalan-Nya, jihad dengan maknanya yang luas lagi menyeluruh sehingga dakwah terus hidup.

Mereka dituntut memberikan pengorbanan pada jalan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala dengan tujuan menolong agamaNya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah mentarbiyah para sahabatnya untuk berjihad pada jalan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala dan mengorbankan setiap apa yang berharga dan bernilai bagi memenangkan agama ini. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah imam kepada mereka dalam jihad dan pengorbanan. Sesungguhnya umat ini tidak akan baik melainkan dengan perkara yang menyebabkan umat dahulu menjadi baik, dan sekali-kali mereka tidak akan menjadi mulia melainkan dengan perkara yang menyebabkan umat dahulu menjadi mulia.


Sesiapa yang mahukan kebaikan dan islah (perubahan), keagungan dan kemuliaan tanpa jihad dan pengorbanan, maka beliau bermimpi di siang hari.

Sepotong syair Arab ada meyebut;

“Sesiapa yang mengejar ketinggian tanpa berpenat lelah maka dia telah mensia-siakan kerjanya dalam menuntut sesuatu yang mustahil.”

Pengorbanan yang dituntut

Setiap orang yang meredhai Allah Subha Nahu Wa Ta’ala sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai Nabi dan Rasul, maka dituntut darinya melakukan pengorbanan. Setiap yang bernazar dan berjanji kepada Tuhannya untuk bekerja dan berjihad untuk Islam dituntut darinya melahirkan kesungguhan dan pengorbanan yang berharga. Hakikat ini mesti jelas dengan sejelas-jelasnya pada seorang Muslim. Menjadi kewajipan ke atasnya menyiapkan diri dan menyediakan dirinya bagi pengorbanan tersebut. Jadi apakah dia pengorbanan yang dituntut itu?

“Mengorbankan jiwa, harta, masa, kehidupan dan semua perkara untuk mencapai matlamat.”

Ya, inilah pengorbanan yang dituntut daripada seorang Muslim. Inilah pengorbanan yang diseru oleh Allah Subha Nahu Wa Ta’ala dan dididik para sahabat oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Allah berfirman;

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin, jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka dan membayarnya dengan syurga. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu membunuh atau dibunuh. Itulah janji yang benar yang disebut di dalam kitab Taurat, Injil dan Quran. Sesiapa yang menunaikan janjinya dengan Allah, maka bergembiralah dengan janji yang kamu meterikan itu. Yang demikian adalah kemenangan yang besar.” (At-Taubah: 111)

FirmanNya lagi;

“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan gandaan yang banyak.” (Al-Baqarah:245)

Apabila Abu Darda’ mendengar ayat ini, dia merasakan tidak ada pilihan lain melainkan bersedekah dengan hartanya yang paling dikasihi lagi berharga.

Begitulah kita lihat tarbiyah Nabawiyah yang dinikmati oleh para sahabat secara praktikal.

Abu Bakar Radhiallahu ‘Anhu telah mengorbankan dan membelanjakan seluruh hartanya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bertanya kepadanya: “Apakah yang telah kamu tinggalkan kepada keluarga kamu?” Lalu beliau menjawab: “Aku telah tinggalkan untuk mereka Allah dan RasulNya.”

Suhaib Ar-Rumi telah mengorbankan seluruh apa yang beliau miliki demi untuk menolong agama Allah. Lantas Allah menurunkan untuknya dan orang yang sepertinya ayat Al-Quran yang dapat dibaca. Firman Allah Subha Nahu Wa Ta’ala;

“Dan di antara mereka ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya.” (Al-Baqarah: 207)

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menyambutnya seraya bersabda;

“Beruntunglah perniagaan kamu, wahai Suhaib”

Mus’ab adalah pemuda yang kaya lagi dimanjakan keluarganya mengorbankan semua yang ada padanya dan menjadi satu tanda daripada bukti-bukti jihad kepada syabab (pemuda) Muslim pada setiap zaman.

Begitu juga para Sahabiyat r.a. yang melakukan pengorbanan untuk Islam. Khadijah, Ummu Salamah, Ummu Sulaim, Nusaibah, Asma’ dan lain-lain. Mereka semua mempunyai sikap yang telah termaklum, kehidupan yang dimakmurkan dengan melakukan pengorbanan yang bernilai. Sejarah para sahabat dipenuhi dengan kisah-kisah pengorbanan dengan harta dan jiwa demi memenangkan agama Allah

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails