SELAMAT DATANG

Jumaat, 25 Februari 2011

Saifuddin nafi arah UPM tarik balik keputusan

Saifuddin nafi arah UPM tarik balik keputusan
Abdul Rahim Sabri
Feb 24, 11
1:24pm
Kongsi 169
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menjelaskan bahawa beliau tidak mengarahkan pihak berkuasa Universiti Putra Malaysia supaya menarik balik keputusan awal mereka membatalkan kemenangani 11 calon kumpulan pro-Mahasiswa dalam pilihan raya kampus Isnin lalu.

NONESebaliknya, kata Saifuddin, beliau hanya memberi pandangan kepada pihak universiti mengenai jalan terbaik untuk menangani isu tersebut.

"Berhubung dengan isu di UPM, saya telah menghubungi Naib Canselor, Prof Dato' Ir. Dr Radin Umar Radin Sohadi pada pagi 23 Februari 2011, apabila dimaklumkan bahawa kemenangan sekumpulan mahasiswa dalam PRK (pada 22 Februari 2011) telah dibatalkan oleh pihak universiti atas alasan yang tidak munasabah.

"Saya ingin ulangi kenyataan saya sebelum ini, bahawa saya “tidak mengarahkan” Naib Canselor, sebaliknya “memberi pandangan” kepada pihak universiti tentang cara terbaik mengatasi isu tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Pada saya, alasan membatalkan kemenangan sekumpulan mahasiswa itu tidak wajar kerana:

NONE"Alasannya ialah kumpulan tersebut berkempen secara kumpulan. Saya anggap alasan ini tidak munasabah kerana umum tahu bahawa pihak yang membuat bantahan itu sendiri adalah sebuah kumpulan juga. Ini diakui sendiri oleh seorang daripadanya dalam perbincangannya dengan saya hari ini.

"Pembatalan itu dibuat tanpa memberi peluang pihak yang dibatalkan itu untuk membela diri.

"Jika berlaku pembatalan atas alasan yang tidak munasabah ini, saya bimbang kita akan dilabelkan sama seperti Burma yang tidak mengiktiraf kemenangan Parti Liga Demokrasi Kebangsaan pimpinan Aun San Su Kyi dalam pilihanraya pada 1990, atau AS, EU dan Israel yang tidak mengiktiraf kemenangan Hamas dalam pilihanraya Palestin pada 2006.

NONE"Saya memuji kesediaan dan keterbukaan naib canselor UPM bertemu dan mendengar aduan kelompok mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut. Malah keterbukaan beliau telah berjaya menyelesaikan isu tersebut dengan baik.

Namun, beliau kesal kerana terdapat juga sesuatu permintaan sekumpulan mahasiswa yang diinginkan daripada pegawai tertentu tidak dilayan sehingga menyebabkan insiden yang tidak diingini berlaku.

"Saya bukan menyokong permintaan mahasiswa itu, saya cuma kesal ia tidak dilayan.

"Saya juga kesal dan tidak bersetuju dengan tindakan sekumpulan mahasiswa yang menyebabkan kerosakan harta benda awam.

"Pun begitu, saya percaya jika permintaan kumpulan tersebut dilayan, maka insiden tersebut mungkin tidak akan berlaku," katanya.

upm scuffle 230211Semalam, pintu kaca bangunan pentadbiran UPM yang menempatkan pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan, pecah selepas dirempuh sekumpulan mahasiswa pro-M.

Mereka dilaporkan bertindak demikian selepas Dr Mohd Fauzi enggan memberikan penjelasan mengapa kemenangan calon mereka dalam pilihan raya kampus itu kelmarin dibatalkan. Difahamkan mereka berkumpul di bangunan selama 19 jam - sejak jam 10 malam kelmarin.

Ia ekoran keputusan pentadbiran universiti menarik balik pembatalan kemenangan 11 calon pro-M selepas menolak tiga bantahan kerana "tidak berasas disebabkan di luar skop pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM 2011 dan kesalahan teknikal".

TNC HEP kemudian memanggil beberapa wakil pelajar untuk berbincang dan beliau bersetuju untuk mengadakan perbincangan lanjutan dengannya mereka pagi ini.

upm scuffle 230211Bagaimanapun, ia dibatalkan atas permintaan pro-M 'kerana susana masih panas'.

Sebaliknya, mereka mencadangkan pertemuan itu diadakan selepas solat Jumaat esok di Kolej Kediaman 13.

Menurutnya, cadangan tersebut telah dimaklumkan kepada pegawai TNC HEP dan telah dipersetujui.

Antara yang akan dibincangkan, katanya, adalah mengenai cadangan mereka berhubung penambahbaikan pilihan raya kampus.

Sementara itu, Saifuddin telah mengadakan pertemuan berasingan dua kumpulan mahasiwa UPM berhubung isu berbangkit dalam pilihan raya kampus di UPM Isnin lalu.

Dua kumpulan mahasiswa tersebut ialah kumpulan Pro-Aspirasi UPM dan Persatuan Mahasiswa Islam UPM.

NONEDalam kenyataan yang sama, Saifuddin berkata,, dalam kedua-dua pertemuan itu, beliau menekankan bahawa pilihanraya kampus (PRK) seharusnya dijadikan medan terbaik memberikan pendidikan politikdan demokrasi kepada mahasiswa.

Menurutnya, pendidikan politik dan demokrasi seharusnya merintis ke arah amalan demokrasi yang lebih matang di negara ini.

"Dalam konteks PRK, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana kumpulan mahasiswa atau mana-mana individu yang bertanding.

"KPT juga mahu PRK menjadi gelanggang politik yang sihat dan menyuburkan idealisme mahasiswa; dijalankan dengan, licin, telus dan adil; serta meningkatkan partisipasi mahasiswa dalam proses tersebut," katanya.

Khamis, 24 Februari 2011

Anwar tidak bersumpah kerana dilarang alim Ulama

Perbuatan Saiful bersumpah dalam kes yang berkaitan dengan Jinayah Islam adalah Bidaaah yang sangat sesat. Teringat kepada hadeeth Nabi SAW yang bermaksud:

"Semua Bidaah adalah sesat. Semua kesesatan adalah di dalam neraka".

Perbuatan Saiful itu TIDAK PERNAH dibuat orang dalam sejarah 1400 tahun sistem jinayah Islam. Saiful mencipta "syariat" sendiri dan bersumpah tidak kena pada tempat.

Adapun Anwar Ibrahim telah dilarang oleh para alim ulama terutamanya Sheikh Yusuf Al Qardhawi supaya JANGAN bersumpah dalam kes liwat beliau.

Ini kerana mereka tidak mahu Anwar Ibrahim terlibat dalam kancah bidaah yang bakal membawa beliau ke dalam neraka.

Bagi orang UMNO, mereka tak heran pasal bidaah. Kalau judi dan arak mereka boleh halalkan, apatah lagi bidaah.

Yang haram bagi UMNO hanya makan babi. Jual babi tak haram.

Allah didahulukan, taqwa diutamakan - Bob Lokman

Assalamualaikum


ALHAMDULILLAH. Aku amat bersyukur kepada ALLAH kerana memberikan aku peluang untuk kembali ke ruangan ini setelah 2 tahun aku tercari-cari jawapan untuk sebuah kebenaran. Hampir sekali aku membenarkan kebatilan menjadi sebuah haq dalam aliran pemikiran. Hanya ALLAH yang berkuasa memberikan petunjuk diatas jalannya yang lurus.

Setelah aku melalui takabbur demi takabbur, ujub demi ujub, sum'ah demi sum'ah begitu juga kesenangan demi kesenangan, ketakutan demi ketakutan dan setelah 2 kali menghampiri sempadan kematian, akhirnya aku sedar segala yg aku lalui itu sepatutnya ia berlaku dengan penuh kesedaran bahawasa itu semua DEMI ALLAH.

Maka aku kembali mencari jalan yang benar bermula dengan TAUBAT NASUHA kepada setiap perlakuan yang SYIRIK kepada ALLAH. Betapa terlalu lama aku bertuhankan dunia demi menyelamatkan kehidupan dunia dari soal kelaparan hinggalah kepada kemewahan yang melupakan aku kepada tujuan ALLAH menjadikan manusia dan jin di muka bumi ini.

Mengapa aku terpengaruh untuk mengejar dunia yang memang telah diberitahu oleh Almarhum Ayah semasa aku kecil, bahawa dunia ini adalah bala, setan, iblis, yahudi dan nasara, adalah kerana dunia ini telah dibentuk acuannya oleh mereka yang bernafsu besar untuk menjadi hebat pada mata dunia. Bermulanya Malaysia ini dengan nafsu Tunku Abdul Rahman untuk membuktikan bahawa dia boleh melakukan lebih baik dari orang inggeris hinggalah sampai kezaman Mahathir yang bernafsu besar untuk menyatakan kepada bangsa lain di dunia bahawa orang melayu lebih hebat dari mereka.

Maka aku pun terperangkap didalam kehendak nafsu besar pemimpin yang berbuat sesuatu kerana sesuatu yang aku kurang faham tetapi yang pastinya bukan KERANA ALLAH. Disambung pula oleh pemimpin selepasnya dengan niat "kerana mu Malaysia", "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" maka kita telah menyimpang jauh dari kehendak ALLAH menjadikan kita sebagai hambanya yang sepatutnya berbuat sesuatu "KERANA MU ALLAH" & 'ALLAH DIDAHULUKAN, TAQWA DIUTAMAKAN".

Kalau dahulu aku bersama-sama membenarkan kemungkaran dan aku berstatuskan munafiq, hari ini ALLAH telah memberikan aku hidayah dan menguasakan aku untuk beriktikad dengan AKIDAH "LA ILA HA ILLALLAH, MUHAMMADURASULULALLAH".

Bersama dengan Ahlussunnahwaljamaah aku akan meneruskan sisa perjalanan mencari dan menyampaikan kebenaran kerana aku insaf ramai manusia tidak mahu menjadi jahat, tetapi kerana mahalnya harga nafsu yang perlu dibayar untuk dipuaskan, maka mereka terpaksa memilih jalan yang telah disediakan oleh yahudi dan nasara.

Langkah demi langkah aku akan meninggalkan yang haram dan syubhat hingga aku dipertemukan dengan jalan yang benar sebagaimana permohonan aku ketika aku membacakan "IH DINAS SIRA TAL MUSTAQIM" didalam surah ALFATIHAH. Semoga langkah awal ini akan dipermudahkan oleh ALLAH untuk aku mencari teman yang sealiran dan mengajak seramai mungkin umat manusia kembali kepada ALLAH.

Kepada Ibu Bapa, Guru-Guru dan para sahabat, doakan semoga aku sentiasa beristiqamah diatas jalan yang benar dan sentiasa bermujahadah DEMI ALLAH. kepada Umat Malaysia, marilah kita sama-sama mencari perubahan kearah kebenaran dengan menyatakan "TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH" dengan menegah perkara yang boleh menjadikan kita SYIRIK kepada ALLAH.

Assalamualaikum, Takbir- ALLAHUAKBAR.

Sumber: Albanjari Online

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails