SELAMAT DATANG

Sabtu, 19 Disember 2009

TEKS UCAPAN PRESIDEN PAS DALAM KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT

MEMPERKUKUH PAKATAN RAKYAT

Wujudnya Pakatan Rakyat bertujuan Islah dengan berasaskan masyarakat majmuk , ianya lahir daripada kesedaran bersama di kalangan parti-parti yang bersatu untuk menangani masalah negara dan masyarakat, yang membebani seluruh rakyat tanpa mengira perbezaan bangsa, agama, ideologi politik, semuanya hasil dari kegagalan Barisan Nasional (BN) yang berterusan dan terus berkuasa dalam tempoh yang begitu panjang , setelah setengah abad negara mencapai kemerdekaan.

Walaupun sistem Demokrasi Berparlimen mengizinkan rakyat membuat perubahan, namun perubahan tidak berlaku, seolah-olah negara di kongkong oleh sistem satu parti, iaitu konsep yang sangat bercanggah dengan amalan demokrasi yang dilaksana dalam masyarakat yang berpendidikan diseluruh dunia. Keadaan ini tidak harus di biarkan berterusan, kerana menimbulkan berbagai-bagai masalah yang lebih menyusahkan.

Masalah-masalah itu termasuklah perkara-perkara yang asas dalam perlembagaan seperti Islam agama persekutuan, hak-hak kepada penganut agama-agama lain di kalangan penduduk berbagai etnik, bahasa melayu menjadi bahasa kebangsaan, pentadbiran yang saksama dan bijak, kedaulatan undang-undang yang adil, raja berpelembagaan, konsep federalisma yang saksama dan lain-lainnya, semuanya tidak terlaksana dengan cara yang tepat.

Akibatnya, perubahan menyeluruh tidak dapat dilaksanakan, tanpa pakatan semua pihak, yang menyatukan tujuan melakukan perubahan, sehingga membebaskan diri majoriti rakyat lemah. Mereka yang merupakan majoriti masyarakat yang menjadi mangsa kecuaian tersebut adalah majoriti pengundi. Tanpa menggerakkan mereka sendiri, tidak berlansung kepada perubahan menyeluruh, sebabnya kerana mereka di perbodoh, ditipu dan dirasuah . Al Quran memaparkan kisah iktibar daripada kerajaan Fir’aun yang memerintah Mesir yang bermaksud:

Dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: "Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini - Akulah Yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah arahan ku? tidakkah kamu melihatnya?
"Bahkan bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina keadaannya ini, dan yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya?
"(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin berpangkat besar), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?"
(Dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; Sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik (jahat).


Tamaddun Mesir yang terdiri daripada Piramid yang dijaga oleh UNESCO itu adalah bangunan bagi perkuburan Raja Mesir, satu pyramid untuk seorang raja, adalah merupakan suatu projek mega di zaman itu, dibangunkan dengan hasil memaksa rakyat dan merampas hasil negara untuk faedah golongan pemerintah sahaja. Projek seperti ini ada dikeseluruhan negara yang dianggap bertamadun awal, rakyat diperhamba dan perbodohkan. Amalan ini tetap berulang di zaman masing-masing termasuk zaman kita sekarang.

Tsunami politik pilihanraya kedua belas menunjukkan konsep pakatan Rakyat mampu melakukan perubahan, sekiranya diolah dengan cara yang lebih baik boleh berlaku perubahan yang lebih besar walaupun ada kepencangan dalam amalan Demokrasi.

DEMOKRASI

Parti Islam Se Malaysia (PAS) yang berasaskan Islam terus memilih pendekatan secara saluran demokrasi pilihanraya, walau pun banyaknya berlaku kepincangan dalam negara kita , kerana perubahan kepada demokrasi moden banyak menimba dari Tamadun Islam hasil hubungan barat dengan tamadun Islam dan hubungan Islam dengan Tamadun umat lain dari timur dan barat, kerana pesanan Nabi Muhammad S.A.W. : “Kebijaksanaan laksana barang berharga yang tercicir mesti dipungut walau dari mana datangnya”. Di samping hukum yang telah sedia ada dalam Islam, maka Islam menerima sistem dan hukum daripada masyarakat berbagai bangsa, agama dan budaya.

PAS yang berlandaskan Islam , yang tidak bersifat sekularisma seperti yang didokong oleh parti yang memerintah sekarang , terbuka kepada pakatan dengan semua pihak yang berhasrat baik dan berniat murni untuk menyelamat negara dan rakyat daripada gejala negatif seperti kezaliman, penyelewengan dan kelemahan yang menular dalam pentadbiran negara kita sekarang, melalui konsep demokrasi yang sebenarnya.
Demokrasi bukan hanya hari mengundi , ataupun sekadar memberi hak mengundi kepada mereka yang di senaraikan dalam daftar pemilih, tetapi hendaklah juga diambil kira cara pendaftaran berlaku dengan adil, pemikiran mereka membuat pilihan dengan maklumat media yang demokratik, suasana hidup yang tidak memaksa mereka dalam menentukan hak membuat pilihan, serta pengurusan pilihanraya yang adil.

Sebenarnya kita mengalami demokrasi yang sakit tenat , dengan kongkongan yang menghalang rakyat menjadi hakim yang adil melalui mahkamah pilihan raya, kerana saksi daripada media yang tidak memberi keterangan yang adil dan telus bagi semua pihak. Parti yang memerintah terus memerintah di masa pilihanraya , sehingga menyalahgunakan alat-alat kerajaan melalui kementerian dan jabatan, jentera kerajaan dan pasukan keselamatan, sehingga undang-undang pilihanraya menjadikan padang lapangan pilihanraya itu tidak sama rata.

Umat Islam sedang menyambut tahun baru hijrah bagi memperingati penubuhan negara masyarakat majmuk di kota Madinah 1430 tahun lalu, yang lahir daripadanya perkataan masyarakat madani yang dicetuskan oleh Ibnu Khaldun dalam buku tulisannya yang telah diterjemah ke dalam berbagai bahasa . Umat Islam memperingati penubuhan negara masyakat majmuk, dalam keadaan jumlah penganut agama Islam adalah minoriti dibandingkan dengan jumlah keseluruhan penganut berbagai agama yang terlibat dalam penubuhannya di peringkat awal dan negara itu berlansung sehingga lebih empat belas abad, sehingga tamat dengan kejatuhannya, apabila umat Islam sendiri tidak berpegang dengan ajaran mereka, maka PAS berharap rakan-rakan yang bukan Islam jangan mengambil contoh daripada Islam UMNO. Dengan ini PAS ingin membuktikan kita boleh berpakat dan setia dengan perjanjian dalam pakatan kerana inilah ajaran agama.


PERPADUAN

Alhamdulillah kita bersama-sama tinggal dalam negara Malaysia yang dibentuk di atasnya masyarakat majmuk, di mana semua kaum besar di Asia berada di sini. Sepatutnya kita membuka mata dengan realiti yang ada sehingga kita tidak boleh menganggap rakannya adalah pendatang , bukan penduduk asal, kerana kita semua tidak berasa asing disini, bahkan bila kita bertemu di luar negara kita terasa bersama daripada satu negara.

PAS yang berlandaskan Islam menganggap semua manusia adalah sama, kerana realiti mereka percaya kepada Tuhan yang satu, walau pun selepas itu adanya penganut agama yang melantik tuhan-tuhan yang banyak yang sangat bercanggah dengan Islam, tetapi semuanya mengaku kepada Tuhan yang satu sahaja iaitu pencipta alam yang Maha Berkuasa, maka di atas perinsip aqidah ini Islam mewajibkan kerajaan berlaku adil kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama yang berlainan. Islam menganggap semua manusia daripada keturunan Adam dan Hawa, ada pun bangsa dan bahasa yang berbeza, warna kulit yang berlainan, taraf hidup yang tidak sama, semuanya berlaku kemudian.

Semua perbezaan itu terbentuk selepas proses masa yang panjang , Islam menjadikan perbezaan itu tanda kebesaran Allah :

ومن آياته خلق السموات والأرض واختلاف ألسنتكم وألوانكم . إن في ذلك لآيات للعالمين

.(Dan di antara tanda –tanda ketuhanan Allah Yang Maha Esa ialah Dia mencipta langit dan bumi dan Dia mencipta kamu berbagai-bagai bahasa dan warna kulit).
Maka mewajibkan adil kepada semua manusia :

وإذا حكمتم بين الناس أن تحكموا بالعدل

(Dan apabila kamu memerintah di kalangan manusia hendaklah berlaku adil).

Haram berlaku zalim sesama manusia dalam segala aspek, hatta diperingkat antara bangsa, di masa aman dan perang. Apa lagi kalau kita semua dalam satu negara maka lebih haram lagi kalau berlaku zalim.

Perpaduan di kalangan manusia tidak berlaku dengan aspek ekonomi sahaja, atau aspek politik sahaja, dalam perbatasan negeri dan serantau sahaja, keturunan bangsa sahaja, tetapi perpaduan itu pernah berlaku dengan kosep adil untuk semua dengan maksud menyeluruh, tanpa mengira hanya satu aspek sahaja, bahkan merangkumi aspek ruhani dan jasmani, individu, keluarga, masyarkat, negara dan antarabangsa dan negara. Kerana naluri manusia yang hidup bermasyarakat tidak menjadikan satu bangsa itu menghasilkan segala keperluan hidup, berlakunya kepelbagaian kebolehan dan kepunyaan, selepas itu hendaklah adanya pertukaran keperluan yang mewajibkan percampuran yang berkongsepkan adil dan menghapus segala bentuk kezaliman di antara satu sama lain, di atas semangat persaudaraan kemanusiaan, walaupun berbeza dalam perkara yang banyak.

Adanya negara, perlembagaan, undang-undang dan pentadbirannya adalah bagi menjamin sifat adil yang memupuk perpaduan yang sebenar, dan kita mestilah bersama menentang kezaliman yang mejadi penyakit dalam kehidupan manusia.
Zalim boleh memecah-belahakan satu keluarga, maka lebih lagi memecahkan satu negara, kerana zalim itu menghilangkan kasih sayang di antara satu sama lain. Perpecahan dalam tiap-tiap satu parti BN yang sedang memerintah sepatutnya menjadi iktibar kepada Pakatan Rakyat, dan kita sendiri mestilah menunjukkan perpaduan walaupun berbeza pendapat dalam beberapa perkara. Dahulukan perkara yang disepakati dan mengambil masa dengan sabar dalam perkara yang masih berbeza.

MENGISI KEMENANGAN DI NEGERI DAN KAWASAN

Hari ini kita berbincang bagi merangka masa depan menghadapi pilihanraya ke 13, dalam masa yang sama kita perlu menjadi model di negeri yang telah kita kuasai, di mana lawan kita mencari setiap kelemahan kita. Media arus perdana yang masih tidak banyak memberi ruang yang adil kepada kita, sudah pasti membesarkan kesilapan yang kecil daripada kita dan memperkecilkan kejayaan yang besar daripada kita. Mereka juga akan mengambil setiap kelemahan parti dan individu. Peristiwa Perak perlu menjadi contoh, perlu dilihat bukan sahaja kezaliman dalam amalan demokrasi merampas kuasa di Perak, tetapi juga perlu dilihat ruang kelemahan kita sendiri yang memberi peluang kepada lawan mengambil kesempatan.

Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-yang telah kita kuasai adalah hujah terdekat bagi menghasilkan sokongan rakyat untuk Pilihanraya Ke13. Sekurang-kurangnya kita dapat mebebaskan diri daripada penyakit yang sedang menular dalam parti dan kerajaan BN disemua peringkat.

JENTERA PARTI

Perubahan kepada segala aspek sangat bergantung dengan peranan politik, di sinilah besarnya peranan kita bagi menyelamatkan negara kita. Maka setiap parti hendaklah mengukuhkan jentera parti masing-masing di semua peringkat, sehingga menjadi ukuran untuk meletakkan calon, dan bukan sekadar meletakkan calon secara berangan-angan tanpa berpijak di atas bumi kenyataan melalui kekuatan parti yang sebenar, kemudian berkrisis dalam masalah menentukan calon. Hendaklah berusaha mencari seberapa banyak ahli yang ada untuk menjadi petugas parti dan cawangan yang ditubuhkan untuk menjadi jentera parti. Jangan berpijak diatas kehadiran dalam majlis ceramah dan hanya penyokong yang berpaut dengan isu sementara waktu dan boleh menjadi mangsa politik wang yang masih menjadi wabak penyakit kepada demokrasi di negara kita. Kita tidak boleh berpaut di atas perancangan jangka pendek, kerana perjuangan politik wajib mengharungi jangka panjang, bukan sahaja untuk mencapai kemenangan, tetapi juga merancang untuk mengisi kemenangan dan percayalah bahawa mengisi kemenangan itu sebenarnya lebih sukar daripada mencapai kemenangan . Saya percaya bahawa perbincangan kita hari ini lebih tertumpu kepada mengisi kemenangan.

PERKUKUH PAKATAN RAKYAT

Hari ini kita berbahas dengan sehangat-hangatnya, bagi mendatangkan natijah terbaik ke arah megukuhkan parti, dan di sana sudah tentu ada perbezaan pendapat, dan pendapat yang terkuat hujahnya adalah pengukuhan kepada resolusi yang dicapai. Pendapat yang lemah juga tetap dihormati, kadang-kadang yang lemah hari ini menjadi kenyataan yang kuat di masa akan datang, oleh kerana itu dalam budaya ilmu Islam kami bukan sahaja mencatit pendapat yang menjadi keputusan muktamad, pendapat yang lemah juga dijadikan ingatan, dan tidak ada yang diperkecilkan. Kita juga menjadikan majlis ini sebagai medan persaudaraan yang menemukan kita semua di atas semangat persaudaraan dalam satu bahtera negara tercinta, kalau selamat bahtera ini, selamatlah kita semua dan sampai ke destinasi yang dituju untuk pilihanraya ke 13.

Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang hadir dan selamat berkonvensyen.

YB. Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
19 Disember 2009
Auditorium MBSA, Shah Alam,
Selangor

Transkrip Ucapan DSAI Sempena Konvensyen Pakatan Rakyat



I. KEYAKINAN KEPADA RAKYAT

Kita mengadakan konvensyen ini sebagai menyambut suara rakyat. Rakyat telah bersuara pada 8hb Mac 2008. Dan suara rakyat semakin lantang.

Rakyat telah memberikan kita sedikit kepercayaan. Tsunami politik 2008 memcerminkan rakyat telah muak dengan kerenah rasuah, politik perkauman dan taktik jelek adu domba Umno-BN. Mereka marah dengan skandal V K Lingam, dan tatkala harga petrol melabung mereka tidak yakin BN bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat.

Maka rakyat memberikan dokongan kepada gagasan Keadilan, DAP dan Pas. Jika kita lihat persiapan jentera pilihanraya, kerjasama antara parti-parti kita yang masih longgar, dan kita melihat pula jaganath pilihanraya Umno-Bn, dengan propaganda licik dan penuh fitnah, semua merasa mustahil kita mampu memperoleh kemenangan yang begitu besar. Tidak ada pendita politik yang mempercayainya, dan sebahagian besar kita sendiri tidak mempercayainya.

Tetapi rakyat memberikan kita kepercayaan. Maka kita harus insaf dan bersifat tawadhu. Kita memperoleh kemenangan tersebut bukan kerana kekuatan kita atau jentera parti. Kita di Dewan Rakyat, di tampuk pemerintahan negeri kerana rakyat memberikan kita sedikit keyakinan. Kita jangan sekali jadi seperti kaduk naik junjung.

Rakyat mahu mencuba kita, rakyat mahu menguji kita. Maka kita jangan mengkhianati kepercayaan tersebut. Kita perlu yakin dengan kebijaksanaan rakyat. Meskipun mereka dihujani dengan propaganda murahan, dan mereka disekat dengan pelbagai instrumen pemerintahan, tetapi bila tiba saatnya, rakyat akan membuat pilihan dan penentuan yang benar dan adil.

Maka kita mengadakan konvensyen ini bukan untuk mencerca dan mengkritik BN dan Umno. Pemerintahan yang ada sekarang sudah kehilangan keabsahan moral, legitimasi moral mereka sudah terhapus. Kita berada di sini untuk mengungkapkan dasar dan kebijakan Pakatan Rakyat, bukan sekadar sebagai gabungan parti-parti politik, tetapi juga sebagai gerakan politik. Pakatan Rakyat is not merely a political alliance, it is first and foremost a political movement.

Perjuangan yang kita bawa ini bukan milik parti-parti politik semata-mata. Agenda perubahan, agenda reformasi yang kita bawa turut menjadi milik lembaga swadaya masyarakat (NGO), blogger, pemikir, penyair dan seniman.

Dengan kepercayaan rakyat yang kita perolehi kita kini berada di persimpangan zaman. Kita tidak berjuang sekadar untuk mengganti satu kekuasaan dengan kekuasaan yang lain. Kita tidak berjuang untuk membuat perubahan runcit-runcitan. Kita berjuang untuk membuat perubahan besar, big change, fundamental change. Semangat dan hati nurani rakyat menuntut ini dan mendorong kita membuat lompatan yang jauh. Maka kita perlu ada keberanian kebenaran, the courage of truth, keyakinan terhadap semangat rakyat, faith in the power of the spirit of the people.

II. FALSAFAH KEBANGSAAN

Apa yang hendak kita lakukan adalah tidak lain dari membina semula sebuah bangsa dan sebuah Malaysia yang berteraskan kekuatan moral rakyat. Dan kekuatan moral rakyat adalah berteraskan prinsip karamah insaniah, kemuliaan darjat insaninya “walakad karamna bani Adam.” Prinsip ini turut diungkapkan oleh seorang pejuang kemanusiaan dan rakyat; Martin Luther King, “A nation where its people will not be measured by the color of their skin but by the content of thier character.” Rakyat sudah merdeka 50 tahun, dan rakyat mahu keluar dari kepompong perkauman yang dibikin oleh ahli-ahli politik yang berfikiran kecil dan sempit.

Maka yang mendasari segala dasar dan kebijakan yang kita bentangkan hari ini adalah prinsip moral sejagat. Ini bukan gimik politik. Kita yakin perjuangan yang tidak dipandu oleh prinsip moral sejagat akan menemui jalan buntu, tidak akan membawa keadilan dan kesejahteraan untuk semua.

Kita berpegang kepada prinsip moral kerana rakyat mahu ahli-ahli politik meleburkan kerangka pemikiran usang dan jumud. Inilah falsafah kebangsaan yang kita maksudkan, satu kebangsaan yang inklusif, adil, tanpa diskriminasi. Surah al Hujurat ayat 13 jelas menganjurkan agar kita meninggalkan perkauman sempit ini:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Prinsip karamah insaniah dan litaarafu inilah yang menggembeling keyakinan baru di kalangan umat Melayu dan bumiputera untuk membanteras sikap perkauman dan membantah sebarang dasar yang meminggirkan golongan lain atas pertimbangan ras. Justeru itu jangan ada yang mahu menggantikan satu bentuk rasisme dengan rasisme yang baru, dengan membidas perkauman Umno semata-mata dari perspektif kepentingan kaum tertentu. Kepada kaum Cina, India, Kadazan, Iban dan Melayu, ingin saya jelaskan di sini perkauman sempit tidak boleh ditewaskan dengan perjuangan serta tuntutan perkauman sempit juga.

Jika ini berlaku, maka tidak akan ada kemajuan dalam perjuangan melawan perkauman. Perjuangan melawan perkauman hanya akan berjaya jika didorong oleh keadilan sejagat dan kesederhanaan sikap.

Rakyat Malaysia dari pelbagai kaum mempunyai moral resources, khazanah akhlak, yang kaya untuk memerangi fikiran sempit dan perkauman, dan menggantikannya dengan keadilan sejagat untuk semua, menghapuskan prasangka dan menyemai benih persaudaraan insaniah. Inilah yang dituntut oleh Saidina Ali Karamallahu Wajhah apabila ditanya mengenai persaudaraan sesama insan:

Akhukum fil Insaniah(Persaudaraan sesama insan) yang mana turut bergema dalam tradisi tamil: ontre kulam oruvane thevan( satu jiwa kerana kemanusiaan) dan juga dalam tradisi cina yang diungkapkan oleh mahaguru Kung dalam kitab Lun Yu,“si hai zhi nie jie xiong di” yang membawa maksud (empat lautan terbentang luas, semua manusia bersaudara)

III. MENJANA MUAFAKAT

Saya menghargai keringat dan buah fikiran rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama yang sanggup berbincang secara terbuka dan ikhlas. Ini belum pernah berlaku dalam sejarah Malaysia. Maka hari ini kita mencipta sejarah. Bukan mudah untuk sampai kepada suatu muafakat yang boleh disebut sebagai overlapping consensus sepertimana yang diungkapkan oleh filasuf John Rawls. Proses perbincangan yang intense dan rancak dari kalangan yang berbeza latar, fahaman dan kepercayaan. Kita menghormati falsafah perjuangan parti-parti masing, yang punya sejarah gemilang dan getir melawan kerakusan kuasa dan mengalami pelbagai bentuk penindasan. Kita berbincang secara terbuka dan ikhlas. Perkara-perkara yang selama ini dianggap sensitif kepada parti masing-masing dan kaum-kaum tertentu. Kerana ada kejujuran maka kita berjaya mencapai muafakat.

Dengan muafakat yang kita perolehi, bangsa Malaysia boleh berrgerak ke hadapan mengharungi abad ke 21 dengan penuh keyakinan, bangsa Melayu punyai keyakinan, bangsa Cina perolehi keyakinan, bangsa India perolehi keyakinan, bangsa Iban perolehi keyakinan dan bangsa Kadazan perolehi keyakinan. Kita tidak membina satu muafakat dengan rasa ketakutan atau rasa tidak selamat.

IV. EKONOMI

Cabaran terbesar yang dihadapi oleh negara adalah dalam sektor ekonomi. Jika ekonomi lembap, kesejahteraan rakyat akan terhakis, ramai rakyat akan hilang pekerjaan. Dasar-dasar yang ada sekarang menyebabkan negara kita jauh ketinggalan dengan negara-negara di rantau ini seperti Singapura, Korea Selatan dan Taiwan. Pakatan Rakyat ingin merangka satu dasar yang akan mengembalikan Malaysia di barisan pertama dengan negara-negara termaju di rantau ini. Kita mesti melakukan satu reformasi ekonomi yang mampu meransang daya saing, kecekapan dan produktiviti.

Dan unsur bersepadu daam reformasi tersebut adalah menjaga kepentingan rakyat melalui satu kerangka keadilan sosial. Kita perlu memastikan pengagihan yang saksama dan menumpukan pertolongan kepada anggota masayarakat yang paling lemah, tanpa mengira kaum atau kumpulan. Kita akan mengadakan kerangka-kerangka dan kebijakan-kebijakan untuk menarik pelabur asing demi meransang pelaburan tempatan. Kita akan mesra dengan usahawan dan memastikan penyertaan bumiputera di dalam ekonomi.

Saya menegaskan di sini sebagai satu Pakatan Rakyat, hati nurani tidak boleh membiarkan sesiapapun di kalangan rakyat tidak memperolehi taraf kehidupan yang manusiawi, seperti rumah, pendidikan, pengangkutan dan lain-lain perkara asas. Malaysia adalah sebuah negeri yang kaya, usahawan kita berdaya saing dan produktif. Pekerja-pekerja rajin dan tekun dan kita mempunyai penjawat-penjawat awam yang berdisiplin. Dengan gabungan kesemua ini tidak mustahil dalam masa 15 tahun, Malaysia akan kembali ke barisan pertama negara-negara maju di rantau ini.

V. WANITA

September yang lalu telah terbit kajian yang berjudul The Female Economy dalam makalah Harvard Business Review. Menurut kajian makalah tersebut, ketakjuban ekonomi terkini bukanlah ekonomi China ataupun India, ataupun ekonomi kedua-duanya digabungkan. Ketakjuban ekonomi itu ialah ekonomi kaum hawa. Pendapatan kaum hawa seluruh dunia untuk tahun 2009 sahaja berjumlah USD 13 trillion, lebih besar dari gabungan KDNK China dan India untuk tahun ini; masing-masing sekitar USD 4.4 trillion dan USD 1.2 trillion. Pada masa 5 tahun akan datang jumlah jumlah pendapatan kaum hawa dijangka mencecah USD 18 trillion, manakala gabungan KDNK India dan China hanya pada angka sekitar USD 8.4 trillion. Maka seperti gejala globalisasi, kebangkitan ekonomi hawa adalah satu gejala yang tidak boleh dihentikan atau diterbalikkan(unstoppable dan irreversible). Oleh itu dalam dokumen Dasar Pakatan Rakyat, terdapat khusus satu bab mengenai wanita.

VI. GOLONGAN MUDA

Golongan muda seharusnya mempunyai serta memperlihatkan keyakinan yang tinggi untuk melakukan perubahan. Pakatan Rakyat sedar bahawa golongan muda memainkan peranan penting demi memastikan kejayaan pilihanraya umum yang lepas. Pakatan Rakyat menyedari untuk mengeratkan lagi hubungan antara generasi dan demi merapatkan jurang tersebut, perlu ada satu keputusan berani, bertanggungjawab dan meyakinkan. Kini kita lihat ramai pemimpin muda yang muncul, samada sebagai ahli parlimen mahupun sebagai adun.

Namun ini tidak seharusnya menjadikan anak-anak muda khususnya yang bersama Pakatan Rakyat cepat berpuas hati. Kita mempunyai agenda yang lebih penting, iaitu menterjemahkan janji-janji serta dasar-dasar yang kita ungkapkan. Oleh demikian pemimpin muda Pakatan, di semua peringkat, perteguhkan tekad, kefahaman serta gerak kerja berdasarkan garis besar perjuangan Pakatan Rakyat. Kita mesti meyakinkan golongan muda betapa Perubahan merupakan perkara asasi, fundamental, bukan sahaja untuk generasi sekarang, juga untuk generasi masa depan.

VII. ALAM SEKITAR

Tatkala kita merumuskan dasar Pakatan Rakyat ini, sedang berlangsung Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Copenhagen. Persidangan yang lebih dikenali sebagai COP 15 itu sungguh mustahak bagi mendapatkan persetujuan serta kesanggupan masyarakat antarabangsa untuk memastikan kelangsungan bumi yang kita diami ini.

Kita akui pembangunan sememangnya penting namun ini tidak bermakna kerusakan yang berlaku terhadap alam harus diiyakan sahaja. Makanya kebelakangan ini, laporan seumpama Stern Review, berupaya menjadi garis panduan melakar dasar nasional yang mengembalikan hala tuju pembangunan ke landasan yang tepat di samping memastikan agenda alam sekitar dan kelangsungan bumi tidak terabai. Pakatan Rakyat bersama dengan masyarakat antarabangsa yang prihatin menyatakan iltizam serta tekad untuk menangani isu perubahan iklim dan berusaha untuk mengurangkan pengeluaran karbon.

VIII. KEBUDAYAAN

Bangsa Malaysia yang kita gagaskan bukanlah satu bangsa yang eka dimensi-one dimensional nation. Kita tidak mahu Malaysia menjadi sekadar bangsa ekonomi, meskipun ekonomi itu amat penting untuk kesejahteraan. Kita mahu bangsa Malaysia itu satu bangsa yang syumul, bangsa yang mempunyai ketinggian akal budi dan segar lagi kreatif dalam pengucapan kebudayaan. Justeru itu antara unsur penting dalam Dasar Pakatan Rakyat adalah Muafakat Kebudayaan Baru. Ia tidak lain sejajar dengan semangat kemerdekaan negara yang kemudiannya perlu digilap lanjutan dari Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971).

IX. PENUTUP

Hari ini kita mencipta sejarah. Tetapi ini hanyalah titik permulaan. Dasar Pakatan yang akan dimeterai sebentar lagi adalah garis besar perjuangan rakyat. Dasar-dasar ini adalah moral compass dalam perjungan politik kita. Pakatan Rakyat akan berlayar jauh, maka kita perlu ada kesatuan fikrah, kesatuan pemikiran dan sentiasa berada di garis tengah. Kita perlu mematuhi ethics of coalition, Etika Pakatan.

Setiap kumpulan punya tuntutannya sendiri dan mempunyai legitimasi dan keabsahannya. Tetapi kita juga perlu melihat urutan keutamaan kerana tidak semua tuntutan boleh ditangani dengan sekaligus. Maka kita tidak boleh melihat tuntutan political constituency masing-masing tanpa melihat dan mempertimbangkan political constituency rakan-rakan kita. Perlu ada sikap empathy, keprihatinan terhadap pelbagai sektor dan constituency rakan –rakan kita.

Justeru menjayakan agenda Pakatan Rakyat adalah menjadi prasyarat untuk mendapat dokongan penuh dan keyakinan rakyat. Hanya dengan keyakinan rakyat , bahawa rakyat yakin kita bersatu hati, kita akan memperolehi kemenangan. InsyaAllah.


Dasar Pakatan Rakyat Dilulus Sebulat Suara

Dasar Pakatan Rakyat telah diluluskan sebulat suara dalam konvensyen pertamanya pada jam 5.30 petang 19 Disember 2009 bersamaan 2 Muharram 1431 Hijrah bertempat di Auditorium MBSA Shah Alam Selangor.Sokongan sebulat suara itu kelihatan amat jelas apabila semua perwakilan berdiri dan mengangkat tangan tanda bersetuju apabila ditanya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan cadangan Lim Kit Siang.

Dokumen itu kemudiannya ditandatangani oleh tiga pemimpin utama Pakatan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Dasar Pakatan Rakyat berupa dokumen yang dipersetujui bersama di kalangan pimpinannya dan diluluskan sebulat suara dalam konvensyen hari ini.

Ia mengandungi empat perkara asas iaitu demokrasi yang telus dan tulin, memacu ekonomi berprestasi tinggi, keadilan sosial dan pembangunan insan dan hubungan persekutuan - negeri dan dasar luar negara



Pakatan Rakyat Sepakat Sasar Putrajaya

Pakatan Rakyat mempertingkatkan usahanya untuk menguasai Putrajaya dengan mengumumkan dasar bersama Pakatan yang menjanjikan pembaharuan segera dan kesaksamaan.

Sebagai respons kepada musuh politiknya, Barisan Nasional, dasar bersama itu berjanji untuk mengurangkan dasar-dasar yang berasaskan kaum dan menggubal akta hubungan kaum dan akta peluang saksama serta dasar-dasar lain yang berasaskan merit seperti pemberian biasiswa kerajaan.

Ia turut menjanjikan layanan istimewa kepada Sabah dan Sarawak - di mana pengaruh Pakatan tidak kuat - dengan menjanjikan akses kepada royalti minyak serta berjanji untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sudah lama berlanjutan.

Pakatan juga berjanji untuk menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyelesaikan isu-isu membabitkan isu pendatang haram, yang didakwanya tidak diberi perhatian oleh kerajaan pusat.

Sokongan kuat dari dua negeri Malaysia Timur itu amat penting dalam usaha Pakatan untuk menguasai Putrajaya dalam pilihanraya umum kerana satu perempat jumlah kerusi parlimen adalah dari sana.

Pakatan juga berjanji untuk menangani isu-isu agama yang selama ini telah menimbulkan pergeseran antara parti Islam PAS dan parti sekular DAP.

Di samping itu, Pakatan juga berjanji untuk mewujudkan satu mekanisme yang komprehensif untuk menangani kes-kes di mana berlaku bertindihan antara undang-undang sivil dan Syariah.

Untuk tujuan itu, sebuah suruhanjaya diraja akan ditubuhkan untuk mengkaji secara mendalam isu-isu yang berkaitan dengannya.

Agihan ekonomi negeri

Di peringkat institusi pula, Pakatan berjanji untuk memastikan kebebasan dan ketelusan sepenuhnya Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bagi memulihkan keyakinan rakyat terhasdap sistem kehakiman.

Pembaharuan lain yang dijanjikan termasuk menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Petronas dan institusi-institusi kerajaan yang lain dipertanggungjawabkan terus kepada Parlimen.

Ini termasuk mendapatkan kelulusan Parlimen bagi pelantikan jawatan penting kerajaan seperti ketua polis negara, peguam negara, pesuruhjaya SPRM dan ketua audit negara.

Mengenai ekonomi, Pakatan bercadang mendesentralisasikan pengurusan ekonomi negara bagi meningkatkan kecekapan, produktiviti dan taburan pembangunan yang seimbang.

Cadangan ini termasuk pengagihan kuasa pentadbiran dan ekonomi dan pelaksanaan kerja-kerja infrastruktur kepada kerajaan negeri.

Dasar Pakatan Rakyat itu merangkumi empat perkara, iaitu demokrasi telus dan tulen; memacu ekonomi berprestasi tinggi, mampan dan adil; keadilan sosial dan pembangunan insan; dan hubungan persekutuan-negeri dan dasr luar negara.



Konvensyen: Pakatan Rakyat Istihar Jihad Lawan Rasuah

Rasuah musuh nombor satu negara. Menindas dan meminggirkan mereka yang layak untuk segelintir yang mampu 'membeli' kemewahan negara.

Di konvensyen hari ini, Pakatan Rakyat mengisytihar jihad memerangi rasuah dan dasar ekonomi pincang yang menguntungkan segelintir elit semata-mata.

"Kita membantah dasar Umno-BN seperti Cukai Perkhidmatan Umum (GST) yang membebankan rakyat kebanyakan. Sekiranya kita bentuk kerajaan Pusat, Pakatan Rakyat mahu memperkenalkan dasar ekonomi baru, dan jihad memerangi rasuah," kata Setiausaha Penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee.

"Juga, Pakatan Rakyat sekali menegaskan bahawa kita akan dan mahu menyerahkan royalti minyak 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak, khususnya Kelantan, yang dinafikan haknya oleh pemerintah hari ini," kata Tony Pua.

Dokumen Bersama Pakatan Rakyat yang dibentangkan di Konvensyen hari ini bermatlamat untuk menyelaraskan sistem ekonomi negara kepada prinsip Perlembagaan Persekutuan.

Pakatan Rakyat memberi tumpuan kepada memperbaiki operasi penyampaian kerajaan kerana rakyat membayar cukai untuk jenis pentadbiran yang cekap, teratur dan pantas.

Pakatan Rakyat berpendapat warga kebanyakan membanting-tulang siang dan malam, dan sebahagian dari titik-peluh mereka diagihkan kepada kerajaan dalam bentuk cukai.

Demikian itu, kecekapan perbelanjaan turut menjadi tumpuan gagasan kerajaan alternatif ini. Pakatan Rakyat mahu memperbaiki displin ringgit yang rosak akibat penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan pembaziran dibawah pentadbiran hari ini.

"Yakini kita akan pertahan hak saudara kita dari semua kaum dan agama. Dengan kepercayaan yang diberi, kita akan pertahan hak saudara di ceramah-ceramah, di majlis perbandaran, dan dimana-sahaja," kata Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub.

Dokumen Bersama Pakatan Rakyat memperincikan ikrar gagasan untuk melaksanakan formula geran pembangunan berdasarkan faktor jumlah penduduk, kadar kemiskinan, kos dan pendapatan kasar per kapita supaya negeri-negeri miskin tidak ketinggalan dari arus ekonomi perdana.

Langkah ini dilihat perlu bagi mengurangkan pembangunan di Lembah Klang dan mengalihkan pelaburan dan projek berdaya saing ke negeri-negeri serata Malaysia.

Bagi melicinkan kecekapan, kuasa pentadbiran ekonomi dan pembangunan prasarana diagihkan kepada kerajaan negeri.

"Tidak ada Malaysia tanpa Sabah dan Sarawak. Tidak ada Malaysia tanpa Kedah, Johor dan Kelantan. Tidak ada Malaysia tanpa sokongan dan restu negeri-negeri lain," kata Ahli Parlimen DAP Anthony Loke.

"Namun kita lihat hari ini bahawa pemusatan modal dan pembangunan tertumpu di beberapa negeri sahaja, mengenepikan fakta bahawa negeri-negeri lain turut menyumbang kepada ekonomi negara," tambahnya lagi.-


PAKATAN RAKYAT : SEJARAH PERUBAHAN TELAH BERMULA


2 Muharram 1431 bersamaan 19 Disember 2009 telah melakarkan sejarah yang tak akan hilang dalam ingatan rakyat Malaysia. Tabir baru arena politik tanahair telah bermula. Di Mana buat kali pertama tiga Parti Utama Pakatan Rakyat seperti yang diketahui berbeza dasar perjuangan telah mewakilkan 500 perwakilan setiap parti menjadikan 1,500 perwakilan semuanya dari seluruh pelusuk tanahair telah berhimpun untuk memeterai wadah umum perjuangan gagasan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat telah meluluskan suatu dasar yang dikongsi bersama yang akan menjadi mercu gerakan mereka menumbangkan Barisan Nasional dan membentuk kerajaan persekutuan yang baru. Dengan termeterainya pembentukan dokumen umum ini yang dirumuskan oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat, Pas dan DAP adalah satu pencapaian yang menakjubkan.

Meliputi prinsip bersama ketiga-tiga parti itu - Pas dari jalur Islamik, DAP yang cenderung kepada demokrasi sosial dan PKR yang menuruti arus liberal - rangkakerja ini adalah satu anjakan baru mengukuhkan Pakatan Rakyat sebagai alternatif untuk rakyat.

Apa yang akan dicanangkan kepada perwakilan di Persidangan Kebangsaan Pakatan Rakyat adalah matlamat bersama menuju kerajaan yang lebih baik untuk kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

Di kalangan pemerhati politik, persidangan ini adalah sejarah baru politik negara, dengan para perwakilan berkongsi pengalaman bekerja dalam satu barisan sejak 21 bulan yang lepas dan cuba membentuk gagasan majmuk yang benar-benar berwibawa.

Perikatan yang dibentuk secara mendadak oleh PKR, Pas dan DAP ini mengejutkan ramai pihak dengan kejayaan menumbangkan kekuatan dua-pertiga BN pada Mac 2008. Gagasan ini turut berkuasa di lima dari 13 negeri di Malaysia.

Namun semenjak itu Pakatan Rakyat bergelut untuk menampilkan gagasan itu sebagai satu ketumbukan yang ampuh menentang BN dan aparatus gagasan perkauman itu keatas media arus perdana, agensi kerajaan dan perbendaharaan negara.

Gerombolan pengkritik dari BN tidak membuang masa menonjolkan kepincangan dalam dokumen satu wadah ini, mendakwa bahawa pakatan pembangkang di Malaysia tidak mempunyai rekod menyamai prestasi BN mengurustadbir Malaysia, mahupun kewibawaan untuk memulihkan masalah-masalah meruncing dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Disebalik usaha pengkritik di ruang maya dan arus media perdana untuk meremehkan dokumen satu wadah ini, Selangor bagaimanapun bersedia untuk menganjurkan persidangan ini dan memuatkan perwakilan dari seluruh negara khususnya dari Sabah dan Sarawak.

Ucaptama dan amanat penting telah disampaikan oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Pas Abdul Hadi Awang.

Rumusan dari perhimpunan bersejarah ini ialah amanat oleh 3 Pimpinan tertinggi ketiga-tiga Parti Pakatan Rakyat dimulai oleh Pengerusi Kebangsaan DAP YB Tuan Karpal Singh disusuli pula oleh YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat Mursyidul Am PAS dan amanat akhir oleh YB Dato Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum KeADILan. Perhimpunan ini juga melakarkan sejarah yang terdiri apabila kelihatan intimnya Karpal Singh bersama Tuan Guru Nik Aziz


Di dada Karpal Singh ada 'bulan' - Nik Aziz

Harakahdaily

SHAH ALAM, 19 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan 'di dada Karpal Singh ada bulan', merujuk kepada lambang PAS adalah bulan.

Nik Aziz berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup konvensyen pertama Pakatan Rakyat hari ini.

Sebelum Nik Aziz, Karpal telah memberikan ucapan dengan berkata, dia bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz hari ini tetapi di antara Nik Aziz dan 'Tok Guru Abdul Hadi'.

Karpal berkata demikian ketika menceritakan bahawa pihak sekretariat konvensyen yang bimbang bila beliau (Karpal) akan memberikan ucapan penutup.

"Jika Karpal beri ucapan penutup, bermakna dia akan duduk di sebelah Tok Guru Nik Aziz...apa salahnya...saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi antara Tok Guru Aziz dan Tok Guru Haji Hadi hari ini," kata Karpal yang mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan.

Kedua-dua mereka mempunyai sejarah perhubungan tersendiri dan konvensyen hari ini mencatat satu sejarah baru politik negara.





Jumaat, 18 Disember 2009

PERUTUSAN MA'AL HIJRAH 1431H YDP PAS PUTRAJAYA

HIJRATURRASUL S.A.W LUASKAN PERANAN AGAMA

Firman Allah dalam ayat 90-91 surah Yunus :

و جوزنا ببني إسرائيل البحر فأتبعهم فرعون وجنوده بغيا وعدوا حتى إذا أدركه الغرق قال آمنت أنه لاإله إلا الذي ءامنت به بنوا إسرائيل وأنا من المسلمين. ءالئن وقد عصيت قبل وكنت من المفسدين

Maksudnya : Dan Kami memungkinkan Bani Israel melintasi laut lalu mereka diikuti oleh Firaun dan bala tenteranya kerana hendak menganiayai dan menindas mereka sehinggalah ketika Firaun itu telah hampir tenggelam lalu dia berkata : “ Aku percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israel dan aku termasuk orang-orang yang berserah diri kepada Allah “. Adakah sekarang baru engkau percaya sedangkan engkau telah derhaka sejak dahulu dan engkau termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan.

Kita baru sahaja menyambut kedatangan tahun baru 1431 Hijrah dan juga bakal sama-sama menghidupkan ketibaan hari ‘Asyura’ nanti iaitu hari kesepuluh Muharram dengan puasa sunat. Puasa sunat hari ‘Asyura’ mengingatkan kita kepada suatu pesanan nabi s.a.w yang menggalakkan agar umat Islam lebih menghidupkan hari ‘Asyura’ berbanding umat yahudi bagi memperingati bagaimana pada hari tersebut di mana Allah telah menyelamatkan nabi Musa bersama kaumnya bani Israel daripada dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya.

Nabi Musa dan pengikutnya berjaya merentasi Laut Merah yang terbelah dua dengan izin Allah apabila nabi Musa memukulnya dengan tongkatnya sedangkan Firaun dan bala tenteranya ditenggelamkan di tengah Laut Merah apabila air laut itu kembali bercantum sebagaimana asal. Penghijrahan nabi Musa akibat tekanan dan permusuhan yang diterima daripada bapa angkatnya sendiri iaitu Firaun kerana dakwah Islam di mana Allah menunjukkan kepada kita bagaimana keangkuhan Firaun yang mengaku sebagai tuhan dihancurkan dengan mati lemas di tengah Laut Merah.

Allah juga membawa gambaran bagaimana Firaun yang hampir mati lemas mula percaya kepada Tuhan yang dipercayai oleh nabi Musa dan Bani Israel tetapi pintu taubat kepadanya telah tertutup sehingga dia mati dalam keadaan penuh hina di dunia dan akhirat.

Manusia angkuh dan sombong sentiasa lahir pada setiap masa dan tempat. Jika nabi Musa terpaksa berhadapan dengan manusia angkuh bernama Firaun dibantu oleh Haman dan Qarun maka tidak ketinggalan nabi kita Muhammad s.a.w yang terpaksa berhadapan dengan pembesar musyrikin Quraisy termasuk bapa saudaranya sendiri juga kerana dakwah Islam. Abu Lahab, Abu Jahal serta manusia angkuh bersamanya turut mengakui kebenaran Islam tetapi akibat tiadanya hidayah Allah dan permusuhan terhadap Islam telah menyebabkan cahaya iman dan kebenaran Islam cuba dipadamkan termasuk usaha membunuh nabi Muhammad s.a.w.

Akhirnya nabi Muhammad s.a.w diizinkan oleh Allah untuk berhijrah sambil dikejar oleh musuh yang terus cuba membunuhnya. Penghijrahan yang terancang ini telah membawa suatu kejayaan yang gemilang kepada dakwah Islam. Jika dalam dakwah dan penurunan ayat al-Quran di Mekah sebelum ini hanya berkisar tentang dasar aqidah, hukum syariat yang boleh dilakukan oleh individu serta masalah pembinaan akhlak yang baik bersesuaian dengan keadaan dan kedudukan umat Islam di Mekah tanpa tampuk pemerintahan.

Sebaliknya apabila berlakunya peristiwa hijrah ke Madinah maka dakwah Islam dan penurunan ayat al-Quran mula meluas bukan sahaja menyentuh dari sudut aqidah dan akhlak sahaja tetapi turut merangkumi keseluruhan sistem hidup seperti ekonomi, kemasyarakatan dan kenegaraan agar umat manusia terhindar daripada kesesatan dan kezaliman dalam mencari kebahagiaan yang hakiki di dunia dan akhirat.

Proses pembinaan masjid dan persaudaraan antara golongan Muhajirin dari Mekah dan Ansor dari kalangan penduduk tempatan itu sendiri telah menyuburkan lagi ikatan kehambaan manusia terhadap Allah dan hubungan manusia sesama manusia dalam membina pembangunan insan yang sememangnya mesti didahulukan sebelum pembangunan kebendaan. Kita dapat saksikan bagaimana hubungan antara Muhajirin dan Ansor begitu terserlah sebagaimana yang diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam Sohihnya yang berbunyi : “Setelah mereka tiba di Madinah, Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan di antara Abdul Rahman ‘Auf dengan Sa’ad bin Rabi’ di mana Sa’ad telah berkata kepada Abdul Rahman: “ Saya adalah orang yang paling kaya di kalangan golongan Ansor. Oleh itu marilah kita bahagi dua harta saya. Saya mempunyai dua orang isteri. Oleh itu pilihlah yang mana satu awak suka agar saya ceraikannya di mana setelah habis ‘iddahnya maka awak kahwinilah dia”. Abdul Rahman ‘Auf menjawab: “ Mudah-mudahan Allah memberkati keluarga dan hartamu. Tunjukkanlah kepada saya di mana pasar kamu”.

Peristiwa Hijraturrasul ini wajar dihayati dengan bersungguh bukannya hanya disambut saban tahun tanpa usaha yang sewajarnya untuk mencontohi segala perancangan dan tindakan yang telah ditunjukkan oleh nabi Muhammad s.aw sehingga terdirinya Daulah Islamiah yang pertama di Madinah. Melalui pembangunan insan telah berjaya melahirkan generasi yang lebih sayang kepada Allah dan rasulNya sehingga tidak timbul bahawa nabi dan para muhajirin adalah pendatang asing yang hanya berhak diberi bantuan sebagaimana pelarian.

Sebaliknya nabi Muhammad s.a.w telah dilantik sebagai pemimpin yang diberi kuasa penuh dalam mememerintah Madinah dan seluruh rakyat bersatu atas dasar iman bukannya kebendaan. Kekuatan aqidah ini bukan sahaja memudahkan nabi untuk mentadbir umat Islam tetapi turut merangkumi penduduk Madinah yang belum Islam dan juga golongan yahudi. Perpecahan di kalangan bangsa arab dan penindasan yahudi melalui manopoli ekonomi berjaya ditangani melalui piagam Madinah. Daulah Islamiah Madinah yang pertama ini wajib dijadikan model oleh umat Islam hari ini dan dunia sejagat dalam menghentikan penindasan dan peperangan yang berlaku saban hari bagaikan tidak mahu berhenti.

Ramai di kalangan cerdik pandai yahudi pada hari ini dalam penulisan mereka turut mengakui bahawa tiada cara yang terbaik dalam membawa kejayaan yahudi untuk menguasai dunia melainkan kembali kepada agama yang dibawa oleh nabi seperti nabi Musa. Pendapat ini bertentangan dengan apa yang berlaku di mana kebanyakan keganasan dan peperangan yang meletus pada hari ini adalah hasil hasutan golongan pengganas zionis yahudi yang terus berusaha menguasai dunia dengan cara keganasan demi mencapai keuntungan kebendaan semata-mata. Amerika dan Britain merupakan antara negara yang paling banyak berhutang dengan kapitalis yahudi yang menyebabkan mereka mesti mengikut telunjuk yahudi dalam setiap tindakan termasuk masalah serangan ke atas Iraq pada hari ini.

Sebelum ini kuffar meranapkan Afghanistan hasil hasutan yahudi yang begitu bimbang tentang beberapa perkara antaranya tentang penanaman pokok popi untuk menghasilkan dadah telah dimusnahkan oleh kerajaan Taliban. Sebab itulah apabila dilantik kerajaan Boneka Afghanistan maka penanaman pokok itu untuk menghasilkan dadah semakin meningkat. Kita juga melihat bagaimana Amerika cuba juga untuk menyerang Iraq dalam memastikan tiada lagi negara Islam yang kuat kelengkapan senjatanya daripada terus wujud berhampiran negara zionis yahudi Israel.

Yahudi begitu lama tidak memerintah dunia dengan kuasa mereka sendiri semenjak beberapa tahun selepas kewafatan nabi Sulaiman di mana yahudi hanya berjaya mencipta beberapa ideologi untuk digunakan oleh orang lain dengan yahudi bertindak sebagai penasihat. Selagi sesebuah kerajaan terus menggunakan sistem yahudi maka dengan mudah yahudi akan menekan dan menindas terutama dari sudut ekonomi mereka walau pun hasil mahsul negara agak banyak seperti seorang kapitalis yahudi Soros boleh meranapkan ekonomi Asia Tenggara dengan mudah kerana pemimpin negara bergantung kepada sistem tajaan yahudi.

Permusuhan zionis yahudi terhadap Islam semakin marak termasuk pembunuhan di Palestin semakin meningkat ditambah dengan tekanan terhadap Iraq disamping amaran awal untuk turut meranapkan Iran dan Syria selepas itu. Negara kita tidak terkecuali setelah kuffar sedang meranapkan pejuang Islam di Selatan Filiphina dan Indonesia. Oleh itu berhijrahlah kita daripada bergantung kepada sistem yahudi kepada melaksanakan seluruh sistem Islam. Jika seluruh negara Islam bersatu atas dasar Islam dengan melaksanakan seluruh sistem Islam maka zionis yahudi dan kuasa besar kuffar akan jatuh. Kita sebagai rakyat bolehlah terus berusaha termasuk berdoa agar Allah menyelamatkan bumi Iraq, Palestin dan sebagainya.

Kita juga mesti lebih bersemangat dalam memboikot atau memulaukan barangan yang banyak membantu zionis yahudi seperti minuman pepsi, coca-cola di mana di setengah tempat dimasukkan gelatin babi serta makanan ringan Kentucky dan Mc donalds yang berjaya ditutup di kebanyakan negara Arab, Fatani dan Indonesia. Ingatlah kita bahawa Islam pernah menguasai dunia lebih kurang 1300 tahun tetapi telah diranapkan oleh musuh dengan hilangnya sistem khilafah. Kita hina dan ditindas kerana meninggalkan ajaran Islam yang menyeluruh. Oleh itu kembalilah kepada seluruh ajaran Islam yang lengkap demi mencapai kemuliaan hidup di dunia dan akhirat.

Firman Allah dalam ayat 74 surah al-Anfal :

والذين ءامنوا وهاجروا وجــهدوا فى سبيل الله والذين ءاووا ونصروا أولئك هم المؤمنون حقا لهم مغفرة ورزق كريم

Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia

Kepada Penduduk Putrajaya Diucapkan Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1431Hijrah Semoga amalan kita akan bertambah dengan cita-cita baru untuk sama-sama memperjuangkan Agama Allah yang tercinta ini, sekian, wasalam


Selamat Berkonvensyen kepada peserta Konvensyen Pakatan Rakyat.

SELAMAT BERKONVENSYEN ESOK!!!!!


Semoga dalam konvensyen pada 19 Disember 2009 nanti, tidak ada cadangan agar kita meniru BN menggunakan satu lambang, iaitu cadangan agar tidak akan lagi menggunakan lambang masing-masing dalam menghadapi pilihanraya. Jika ada hujah seperti itu, insyaAllah jika ada kesempatan, masa serta ada mood aku akan bangun menentang.

Semoga dalam konvensyen di Shah Alam nanti, tidak ada cadangan agar kita meniru BN menggunakan satu perlembagaan yang terpaksa mengerat beberapa perkara dalam parti masing-masing untuk membina satu perlembagaan Pakatan Rakyat.

Jika ada pula hujah seperti itu, insyaAllah apabila ada kesempatan, masa dan mood yang elok aku akan bangun menentang bagi kali keduanya.

Sehingga saat ini aku masih, berpendapat PAS mesti menggunakan lambang PAS menghadapi pilihanraya, PKR menggunakan lambang PKR menghadapi pilihanraya dan DAP menggunakan lambang DAP menghadapi pilihanraya.

Kita mesti ikhlas dengan asas perjuangan masing-masing dan biarkan rakyat menilainya dengan saksama. Kita juga mesti ikhlas antara parti yang bersekutu atas Pakatan Rakyat bahawa kita ada perbezaan, tetapi kita bersatu untuk menentang kezaliman, penindasan, pemborosan, salah gunakuasa, kemungkaran, kejahatan dan penipuan serta manipulasi.

Kita jangan sekali-kali munafik seperti UMNO, MCA dan MIC!!!

"Tidak ada guna sistem dua Parti kita wujudkan jika keadaan masih sama. Sepatutnya jika kita daripada PAS pemerintahan yang kita akan tiru ialah Pemerintahan cara Junjungan Mulia Muhammad saw atau paling tidak ialah pemerintahan Umar Abd Aziz" seperti yang disebut oleh Hj Mohammad Sabu.

Jelas beliau lagi, "Kita mesti ada konsep serta prinsip, kenapa kita ambil alih pemerintahan dari BN?. Bukan sekadar PAS ganti tempat UMNO, DAP ganti tempat MCA dan PKR ganti tempat MIC. Bukan kita ganti Menteri Besar/ Ketua Menteri, ganti EXCO, ganti ADUN dan menerima elaun sebanyak mana yang mereka (seperti UMNO/MCA/MIC cadang dahulu)terima, meneruskan menikmati duit rakyat dan keistimewaan sama sahaja seperti dahulu tanpa rasa kekok sedikit pun".

"Tugas kita ialah meruntuhkan jahilliyah dan menegakkan Islam di atas runtuhan tersebut........ perkara ini sudah jarang lagi kedengaran sekarang ini" katanya lagi dengan serius.

Aku juga mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Penghijrahan Nabi Muhammad saw ke Madinah untuk menubuh sebuah kerajaan Islam yang adil di Madinah 1,431 tahun yang lalu.

Renungilah apakah sirah dan sunnah Muhammad saw yang telah kita ikuti atau kita telah mengikuti sirah dan sunnah orang lain dalam menggalas amanah pemerintahan ini?

Bertanya lah apakah perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah saw, ketika sampai di Madinah?

Oleh itu fahamilah bahawa kita PAS berbeza dengan PKR dan DAP dalam beberapa perkara, tetapi kita ada banyak perkara yang sama untuk menghadapi BN. Oleh itu biarlah kita dengan cara kita (Pakatan Rakyat) seperti sekarang dengan lambang, aspirasi, perlembagaan dan hala tuju perjuangan dan biarkan BN dengan caranya yang sekarang hampir menuju sakratul maut.


Malaysia Juara Bolasepak Sukan Sea 2009


Malaysia berjaya menewaskan Vietnam 1-0 sekaligus merangkul pingat emas dalam perlawanan akhir bolasepak Sukan Sea 2009.Harapan menggunung seluruh rakyat Malaysia agar Malaysia mencipta sejarah akhirnya tercapai.Sejarah tercipta setelah menunggu selama 20 tahun.

Gol emas jaringan yang terhasil dari sepakan Safiq Rahim ke arah pintu gol Vietnam pada minit ke 85 menggagalkan misi Vietnam.Hasil sepakan Safiq,bola melantun ke dalam gawang setelah terkena badan salah seorang pemain Vietnam. Walaupun nampak mudah, gol tersebut bisa memberi kesan mendalam terhadap pasukan Vietnam.Mungkin tak boleh tidur malam selama seminggu bila mengenangkannya.

Tahniah buat pasukan Malaysia yang bertungkus lumus berjuang demi menjulang nama negara.

UMNO MASIH PRIMITIF.. Lanie Dok Gila Tekan Cikgu yg sokong pakatan rakyat...

Akibat doa 'pecah perut' yang dipimpin oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz, nampaknya hayat UMNO makin pendek. Macam-macam berlaku dalam UMNO la ni. Yang terbaru, arahan telah dikeluarkan oleh Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajartan agar semua Ketua UMNO Bahagian, Pemuda UMNO Bahagian dan semua Cawangan UMNO seluruh negara menyenaraikan mana-mana kakitangan Kerajaan Pusat yang dikatakan atau dichop sebagai 'PEMBANGKANG'.

Muhyiddin mahu senarai nama-nama mereka yang dichop dan diambil tindakan dengan cara ditukar tempat kerja. Negeri-negeri yang dikuasai PAKATAN RAKYAT akan diberi keutamaan dan fokus utama. JKKP dan Ketua Cawangan boleh bagi nama dan itu sudah dikira sah dan boleh diambil tindakan. Asalkan ada nama dan dichop 'pembangkang', maka tindakan akan terus dilaksanakan.

Oleh sebab Muhyiddin tu Menteri Pelajaran, maka dia mahu semua juak-juak UMNO yang primitif dan buta kayu serta dungu memberi fokus kepada cikgu-cikgu yang dianggap 'pembangkang'. Maka berjela-jelalah senarai nama cikgu yang disenaraikan oleh haram jadah UMNO kampung dan barua-barua UMNO yang merupakan kaki perasuah, kaki betina dan kaki maksiat yang menjadi PELINGKUP MELAYU.

Oleh sebab terdesak takut hancur dalam PRU-13, Muhyiddin terpaksa gunakan kaedah primitif dengan tujuan untuk memberi pengajaran bahawa sapa-sapa yang dianggap 'pembangkang' akan menerima padah. Di Kedah sudah ada hampir 60 nama cikgu yang kini dalam fail Shafie Afdal....Shafie akan bawa senarai nama tu mengadap Muhyiddin Yassin dan Muhyiddin Yassin tanpa usul periksa akan arahkan Ketua Pengarah Pelajaran untuk tukarkan cikgu-cikgu tersebut.....

Inilah yang akan berlaku dalam bulan JANUARI 2010 nanti. UMNO benar-benar terdesak. Berbeza dengan Kerajaan PAKATAN RAKYAT yang jauh bersifat profesional. Walaupun masih ramai juak-juak UMNO totok dalam Kerajaan Negeri Kedah, namun Menteri Besar dan pimpinan PAS dan PKR peringkat Kawasan dan Cawangan tak pernah pun dok pikiag nak ambik senarai nama dan buat tindakan macam tu.

Lihatlah betapa bodoh dan jakunnya UMNO. Tak profesional langsung. Depa dok pikiag nak ambik tindakan jahat kepada cikgu-cikgu saja. Sepatutnya depa kenalah pikiag macamana nak bangunkan profesion cikgu-cikgu ni. Sebab tu, aku amat yakin, kalau tindakan dikenakan kepada cikgu-cikgu di Kedah ni, sudah pasti kebencian yang sudah sekian lama terhadap UMNO akan terus membara dan akan terus subur sehinggalah UMNO berkubur dan tidak ada lagi rupa di atas muka bumi ini...Hampa tunggulah.............

MAKAN MALAM BERSAMA MAHFUZ DAN NIZAR BERJAYA

PUTRAJAYA, 17 DISEMBER, Satu majlis makan malam bersama YB.Dato Hj. Mahfuz bin Omar Naib Presiden PAS dan YAB Dato Seri Ir.Nizar Menteri Besar Perak telah dianjurkan oleh PAS Kawasan Putrajaya pada 16 Disember di Dewan Serbaguna Presint 9 yang bermula pada jam 9.00 malam. Dewan sederhana besar itu telah dipenuhi oleh sebahagian besar ahli-ahli dan penyokong PAS Putrajaya sendiri. Nasi daging air asam telah disajikan kepada para hadirin pada majlis itu.

"Majlis pada malam ini bertujuan selain untuk mengeratkan silaturrahim, ia juga adalah untuk mengumpul dana PAS kawasan. Program ini tidak diwar-warkan ke kawasan-kawasan lain, ia hanya untuk ahli-ahli dan penyokong PAS di Putrajaya sahaja selain kenalan-kenalan yang hampir sahaja dimaklumi. Alhamdulillah inilah kali pertama program seumpama yang dihadiri oleh ahli-ahli dan penyokong pas Putrajaya sendiri". ujar Ustaz Mohamad Nazir YDP PAS kawasan Putrajaya dalam ucapan aluannya.

Menyentuh tentang ucapan YAB Nizar, Hadirin terpukau dengan kemampuannya. Kepetahan berucap menyentuh isu-isu semasa seperti kemelut di perak yang dikaitkan dengan situasi yang berlaku di Parlimen ketika undian menolak Bajet 2010 pada jam 11 malam Isnin lalu.

"Apa sudah jadi dengan Malaysia di bawah pemerintahan Najib? Bajet 2010 yang menelan belanja bilion ringgit diluluskan dengan suara lebih 3 undi sahaja iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian lewat malam isnin lalu.

Peristiwa ini juga adalah yang pertama kali berlaku apabila satu bajet diluluskan dengan perbezaan undi yang sangat tipis. Jika ditolak, ia membawa implikasi besar terhadap kerajaan pimpinan Umno itu.

Semasa undian dibuat peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Dalam Negeri, iaitu kementerian yang terakhir yang dibahaskan, ia hanya diluluskan dengan majoriti satu undi sahaja.

Bajet kali ini paling tidak sempurna kerana bajet tersebut gagal menyakinkan ahli Parlimen PR dan juga Ahli Parlimen BN. Perbahasan berlaku dengan penuh kecelaruan dan ketidakyakinan." Ujar YAB Dato Seri Nizar

Dato mahfuz pula dalam ucapannya juga banyak menyentuh tentang isu-isu yang dibangkitkan di parlimen dan membuat penjelasan tentang ketidakhadirannya pada sesi undian menolak Bajet 2010.

Mahfuz menyatakan beliau berada di Jakarta pada tarikh tersebut atas urusan peribadi dan telah pun memaklumkan lebih awal kepada Presiden Parti, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selain itu beliau juga memberitahu tidak mendapat maklumat berhubung hasrat pakatan mahu menolak bajet 2010 yang dibentang Najib sebelum ini.

"Saya sebenarnya sudah maklumkan kepada Presiden (PAS) seminggu yang lalu...saya mahu ke Jakarta Jumaat lalu atas urusan peribadi.

"Sehingga hari saya ke Jakarta (Jumaat), saya tidak tahu tentang hasrat Pakatan nak tolak Bajet 2010 (pada) 11 malam Isnin lalu," jelas Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS.

Sebelum itu beliau mendedahkan projek pembinaan rumah Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bernilai hampir RM12 juta sebagai satu penyelewengan kewangan negara.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS menyatakan dalam ceramahnya "projek itu merupakan satu projek yang disembunyikan daripada pengetahuan umum kerana ianya tidak terdapat dan dalam Rancangan Malaysia ke-9 dan bajet 2010.

"Saya anggap projek ini sebagai sulit kerana ianya tidak terdapat dalam semakan Rancangan Malaysia ke-9, dalam bajet 2010 pun tidak ada peruntukan untuk projek itu," kata Mahfuz lagi

Majlis di selangseli dengan cabutan bertuah dan 9 orang yang bertuah menerima hadiah berupa sterika, pembakar roti, jag letrik dan sebagainya. Majlis tamat pada jam 11.30 malam.

*Gambar-gambar sekitar majlis jamuan makan malam ini akan disiarkan.....tak dan proses.


Gagal Hadir: Mujahid tidak sihat

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 17 Dis : Seorang lagi Ahli Parlimen PAS membuat penjelasan hari ini berhubung ketidakhadirannya sewaktu undian menolak Bajet 2010 pada jam 11 malam Isnin lalu.

Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusof Rawa pagi tadi berkata, rasa tidak sihat menyebabkan beliau tidak berupaya menunggu di Dewan Rakyat sehingga sesi penghujahan pada sebelah malam selesai.

"Jam 3 petang hari itu, saya dah keluar Dewan (Rakyat)...sebab rasa sangat tak sihat (sakit) dan tak dapat nak sertai pengundian itu," jelasnya.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, beliau mendapat cuti sakit sejak seminggu yang lalu namun berusaha juga untuk tidak meninggalkan persidangan dewan rakyat.

Namun gangguan kesihatan yang dihadapi beliau menyebabkab beliau terpaksa pulang untuk berehat.

Beliau turut menjelaskan bahawa hasrat Ahli Parlimen Pembangkang mahu menolak bajet sulung Datuk Seri Najib itu diberitahu kepadanya pada sekitar jam 5 petang.

Pun begitu, beliau dalam nada kesal, kecewa kerana tidak dapat menyertai undian tersebut.

Ekoran itu, beliau turut memohon maaf kepada suluruh rakyat Malaysia, khususnya rakyat di kawasan parlimennya sendiri.

Ujarnya lagi, Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut dihubungi pagi tadi untuk menjelaskan sebab ketidakhadirannya itu.

Semalam, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Kuala Langat Dr. Che Rosli Che Mat tampil menjelaskan sebab ketidakhadiran masing-masing pada waktu pungutan suara tersebut dibuat.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Kuala Krai Dr. Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Baling masih belum dapat dihubungi bagi menjelaskan sebab-musabab ketidakhadiran masing-masing.

Isnin lalu, Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak diterima dengan majoriti tiga undi sahaja, iaitu 66 menyokong dan 63 membangkang.

Selain 5 Ahli Parlimen PAS terbabit, 15 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dari PKR dan DAP turut dikenal pasti tidak hadir pada sesi pengundian tersebut.

Manakala, seramai 7O Ahli Parlimen dari BN turut gagal menyertai sesi pungutan suara itu.

Kegagalan kesemua ahli parlimen pakatan rakyat hadir pada proses pengundian tersebut dikritik hebat oleh media khususnya blog yang mendakwa mereka penyebab Pakatan gagal menolak bajet Najib


Tidak hadir: Mahfuz, Che Rosli beri penjelasan

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, Ekoran kegagalan hadir sewaktu undian menolak bajet sulung Datuk Seri Najib pada lewat malam Isnin lalu, dua dari lima Ahli Parlimen PAS yang dihubungi hari ini memberi penjelasan.

Mereka masing-masing Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Hulu Langat Dr. Che Rosli Che Mat.

Mahfuz ketika dihubungi memaklumkan beliau berada di Jakarta pada tarikh tersebut atas urusan peribadi dan telahpun memaklumkan lebih awal kepada Presiden Parti, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selain itu beliau juga memberitahu tidak mendapat maklumat berhubung hasrat pakatan mahu menolak bajet 2010 yang dibentang Najib sebelum ini.

"Saya sebenarnya sudah maklumkan kepada Presiden (PAS) seminggu yang lalu...saya mahu ke Jakarta Jumaat lalu atas urusan peribadi.

"Sehingga hari saya ke Jakarta (Jumaat), saya tidak tahu tentang hasrat Pakatan nak tolak Bajet 2010 (pada) 11 malam Isnin lalu," jelas Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS.

Seorang lagi ahli parlimen, Dr. Che Rosli Che Mat pula menjelaskan beliau terpaksa meghadiri satu program anjuran Pakatan Rakyat di Sungai Besi bagi mewakili PAS menggantikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang tidak dapat hadir ke program tersebut.

"Saya terima sms (sistem pesanan ringkas) lewat petang, ketika itu saya di Sungai Besi dalam perjalanan ke Hulu Langat.

"(Sebagai) tuan rumah, saya terpaksa hadir suatu majlis Pakatan (demi) menggantikan Nizar (Ahli Parlimen Bukit Gantang) yang tidak hadir,"

Beliau juga menolak dakwaan sesetengah pihak yang menuduh beliau cuba lari dari tanggungjawab ekoran kejadian itu.

"Saya bukannya lari tugas," katanya lagi.

Kedua-dua mereka juga bercadang menghantar surat penjelasan kepada presiden parti dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Isnin lalu bajet 2010, yang dibentangkan oleh Najib sebelum ini hanya diluluskan dengan majoriti tiga undi sahaja iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian lewat malam tersebut.

15 ahli parlimen Pakatan Rakyat masing masing lima dari PAS dan bakinya dari PKR dan DAP gagal hadir pada sesi pengundian tersebut.

Manakala 70 Ahli Parlimen dari BN juga gagal hadir pada pengundian tersebut.

Selain Mahfuz dan Dr. Che Rosli, tiga lagi wakil rakyat PAS adalah Ahli Parlimen Kuala Krai Dr. Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Baling Taib Azamuddin dan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Harakahdaily bagaimanapun sedang berusaha meminta penjelasan dari ketiga-tiga wakil rakyat PAS yang belum dapat dihubungi hari ini.

Kegagalan kesemua ahli parlimen pakatan rakyat hadir pada proses pengundian tersebut dikritik hebat oleh media khususnya blog yang mendakwa mereka penyebab Pakatan gagal menolak bajet Najib.

Rabu, 16 Disember 2009

Ini Dia Kisah Bung Mokhtar Dengan Bini Sexy-Mexy nya

Gossip : Selamat Pengantin Baru Bung Moktar..
Zizie mengaku dilamar wakil rakyat BN Sabah


KUALA LUMPUR 15 Dis. - Pelakon terkenal tanah air, Zizie Izette, 31, mengakui dia sudah dilamar oleh seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dari Sabah dan bersedia bergelar isteri.
Saya percaya berita angin yang saya dengar ini tidak akan menarik perhatian sesiapa pun. Ia mengenai tokoh celupar, ayam sabung BN dalam Dewan Rakyat dari Kebinatangan...oops...maaf, Kinabatangan yang bernama Bung Mokhtar Radin. Apa yang menariknya mengenai Bung Mokhtar ini? Tiada apa yang menariknya mengenai MP yang berusia 50 tahun tapi berwajahkan seorang tua berusia 65 tahun itu, kecuali keceluparannya, sehingga pernah digelar sebagai contoh 'ugly Malaysian'.

Dan apabila beberapa hari ini tersebar berita Bung Mokhtar berkahwin dengan seorang artis wanita bernama Zizie Ezette, siapa yang peduli? Dia punya pasallah nak kahwin dengan sesiapa pun, asalkan masih dalam kuota empatnya. Lagi pun lagak gatal Bung memang melayakkan dia berkahwin dengan artis muda yang sexy-mexy itu. Seperti Bung, Zizie yang berusia 31 tahun itu juga nampak lebih tua dari usianya, macam wanita 40 tahun, mungkin kerana tubuh aktress itu yang terlalu tembam. Tapi kulit putih melepak dan gaya manja disertai pakaian yang selalu menjolok mata itu pasti bisa mencairkan hati mana-mana lelaki, apa lagi lelaki yang selalu berlagak gatal...

Apapun, jika berita ini benar, selamat pengantin baru kepada Bung. Semoga selepas mendapat isteri baru yang masih muda seperti Ezette, MP dari Kinabatangan itu akan lebih cool di Parlimen dan tidak bercakap dengan gaya yang memalukan anak-anak kecil lagi.


~ pendikar gunung kriang

Nazri Bidas Kenyataan Madir



Timbalan Menteri Wilayah Didakwa Ugut Setinggan



Pemuda PAS Wilayah kesal Umno Gadai Tanah Masjid Sri Hartamas




Inilah gambaran projek Glomac Galeria di atas tapak Masjid Sri Hartamas

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana pemimpin Umno turut terlibat dalam mengadaikan tanah Masjid di Sri Hartamas.

DPPWP menolak jawapan parlimen Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan bandar berhubung alasan pembatalan syarat status lama bagi Lot 48671 di Jalan 19/70A, Desa Sri Hartamas iaitu daripada tapak tanah ‘Masjid’ kepada “Perniagaan (Bangunan)’.

Alasan bahawa Desa Sri Hartamas akan menghadapi masalah kesesakan lalu lintas jika masjid dibuat diatas tanah itu tidak logik kerana pihak Kerajaan boleh mewujudkan tempat letak kereta bertingkat dibawah masjid sama seperti Projek Glomac Galeria setinggi 4 tingkat yang sedang dibuat diatas tanah itu sekarang bagi mengelakan masalah letak kereta dan lalu lintas.

Masalah Jalan 19/70A yang lebarnya hanya 50 kaki sahaja juga tidak masuk akal untuk dijadikan alasan kerana saiz itu sudah memadai bagi sebuah masjid berbanding dengan Galeria yang juga menjadi pusat aktiviti masyarakat termasuk beli belah yang sememangnya lebih sibuk dari aktiviti masjid.

Isu bahawa tapak itu berhampiran dengan bangunan-bangunan perniagaan sedia ada dan turut berhampiran dengan persimpangan Leburaya SPRINT juga bukan alasan kerana sudah banyak masjid yang didirikan berhampiran tempat sedemikian rupa antaranya Masjid di Seksyen 15 Subang Jaya yang berhadapan dengan Subang Parade dan Carefour serta Masjid Jamek Kuala Lumpur yang terletak ditengah-tengah bandaraya yang sibuk.

DPPWP berasa pelik. Bagaimana sebuah tapak Masjid boleh ditukar statusnya kepada tapak ‘Perniagaan (Bangunan)’ walhal sekeliling kawasan itu sudah mempunyai pusat perniagaan yang mencukupi dari keperluan.

DPPWP juga bertanya, apakah faedah yang diperolehi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan umat Islam dikawasan berkenaan bila tapak masjid itu dijadikan Galeria Perniagaan?

DPPWP juga mahu tahu adakah MAIWP telah menjual atau menyewakan tanah itu kepada Syarikat Leader Domain Sdn. Bhd dan Syarikat Glomac Resources Sdn. Bhd? Dan paling pelik, jika tanah itu milik MAIWP kenapa nama Projek itu ‘Glomac Galeria’ iaitu mengunakan nama syarikat yang memajukan projek itu?

Berdasarkan maklumat dari Ahli Parlimen Wangsa Maju, penukaran status tanah ini juga ada kaitan dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri yang dikatakan turut campurtangan dalam mengarahkan penukaran status tanah itu.

Dan paling mengejutkan DPPWP, salah seorang Ahli Lembaga Pengarah syarikat induk Glomac iaitu, Glomac Berhad adalah Bendahari Badan Perhubungan Umno Selangor, Dato’ Fateh Iskandar Bin Tan Sri Dato’ Mohamed Mansor.

Pastinya rakyat akan tertanya-tanya, kenapa pemimpin Umno seperti Menteri Wilayah, Setiausaha Politik PM dan Bendahari Umno yang kononnya memperjuangkan kepentingan Melayu dan Institusi umat Islam sanggup mengadaikan tanah itu.

Jika YB Taiping bersuara tentang dana Masjid, mereka marah sampai tak cukup air liur, kini jelas terbongkar bahawa adanya satu pakatan haram dalam Umno untuk merampas tanah masjid di Sri Hartamas ini dan merekalah pengkhianat umat Islam dan kaum melayu sebenarnya.

DPPWP mengesa agar Pengarah MAIWP dan pihak-pihak berkaitan menjelaskan kepada rakyat punca sebenar perubahan tapak masjid dan mahu ianya dikekalkan atau digantikan dengan tanah lain kerana kita harus sedar tanah milik Umat Islam sama ada Melayu atau bukan Melayu semakin berkurangan di Wilayah Persekutuan.

Kita tidak mahu esok hari, Umat Islam di Wilayah Persekutuan sudah tidak ada tanah untuk dijadikan tempat beribadat apalagi untuk dikebumikan dek kerana kerakusan pemimpin UMNO dalam memperjudikan hak rakyat ini. DPPWP akan berbincang dengan beberapa pihak, dan kita akan lihat jika ada ruang bagi menghentikan projek Umno melalui tindakan undang-undang.

Herman Samsudeen
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan


Nah.. Nie Dia List MP Pakatan Yg Ponteng Semalam.. !!!

Senarai Ahli Parlimen PR Yang Hampakan Rakyat


Ketika menanti temu janji di ibu negara malam tadi, seorang Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat (PR) dengan tenang berkata, “kita kalah tipis untuk menolak Bajet 2010.”

“Ini peluang terbaik, jika tidak esok kita akan ada Menteri Kewangan yang baru. Kami kurang bernasib baik.” Sambung wakil rakyat berkenaan.

Apabila mengulas lanjut, anggota Dewan Rakyat itu memberitahu, jika ucapan bajet ditolak bermakna ia petanda undi tidak percaya terhadap kerajaan.

Jika ia berlaku pihaknya boleh akan menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan agar diberi peluang bagi membentuk kerajaan baru. Mengambil kira pandangan beliau memang ia menjadi amalan House of Commons.

Ia biasanya mudah dilakukan apabila sesebuah kerajaan mempunyai majoriti mudah atau tipis. Malah ia juga akan melibatkan siri proses yang rumit.

Dalam keadaan semasa Barisan Nasional (BN) masih ada majoriti besar walaupun bukan dua pertiga di Dewan Rakyat. Walau apa pun kemungkinan-kemungkinan itu tidak boleh ditolak begitu sahaja.

Pokoknya apa yang berlaku semalam merupakan satu lagi senario politik yang tidak pernah disangkakan oleh mana-mana pihak bahawa apa yang lazimnya kita saksikan berlaku di luar negara juga boleh menjadi realiti di Malaysia.

Ini sebahagian kesan landskap politik baru di Malaysia.

Tahun lalu ada diutarakan idea supaya dikaji kemungkinan agar sidang Parlimen diadakan sepanjang tahun. Bukan setiap hari tetapi lebih kerap berbanding sekarang, yang diadakan pada jumlah hari tertentu yang bilangannya kecil dalam selang beberapa bulan.

Apabila pandangan itu dikemukakan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat ia tidak mendapat respons menggalakkan. Akhirnya idea itu terkubur begitu sahaja. Mungkin ada kebenaran mengapa idea tersebut ditolak begitu sahaja termasuk oleh sebahagian besar wakil rakyat yang dipilih menganggotai Dewan Rakyat.

Selepas kira-kira setahun alasan mengapa idea tersebut ditolak terbukti benar. Situasi yang dialami oleh BN dan PR malam tadi dengan sendirinya mencerminkan sebab kepada penolakan tersebut.

Buat julung kali sesuatu bajet diluluskan dengan majoriti tipis. Bajet 2010, yang merupakan belanjawan sulung buat Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri hampir-hampir ditolak. Boleh dikatakan bahawa nasib menyebelahi Najib selaku Pengerusi BN.

Pada Oktober 2008 Najib yang dilantik sebagai Menteri Kewangan telah membentangkan bajet pertamanya sebagai ketua perbendaharaan.

Pada tempoh masa yang sama tahun lalu kepimpinan BN mengambil langkah cukup berhati-hati ini apabila sebaik sahaja Projek 16 September Anwar gagal mencapai kenyataan.

Keseluruhan jentera begitu cermat dalam menghadapi cabaran sidang Parlimen.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Ahli Parlimen menerusi pilihan raya kecil Permatang Pauh. Dua hari selepas dipilih sebagai Ahli Parlimen beliau mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat iaitu akhir bulan Ogos — dua hari sebelum Bajet 2009 dibentangkan.

PR meneruskan strategi untuk terus menjayakan Projek 16 September mereka dengan mencuri ruang yang sama yang dialami semalam.

Disebabkan BN berwaspada dengan kemungkinan-kemungkinan tersebut suasana cemas dilalui semalam telah dapat dielakkan.

Selepas setahun semua pihak terlupa. BN gagal mengambil langkah berwaspada. PR pula gagal dalam menyuntik semangat tahun 2009.

BN terselamat manakala PR keciciran peluang.

Seorang Ahli Parlimen dari DAP yang dihubungi memberikan pandangan beliau bahawa mereka sepatutnya berjaya dalam menolak Bajet 2010.

Beliau memberikan beberapa senario. Antaranya sesi penggulungan peringkat jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri, yang disempurnakan oleh timbalan menterinya sengaja dilewatkan bagi membolehkan kehadiran beberapa wakil BN termasuk Najib sendiri yang menghadiri satu majlis di ibu negara — kira-kira 15 kilometer dari bangunan Parlimen.

Selain itu katanya, Speaker Dewan Rakyat mengambil giliran bagi membolehkan dua timbalannya mengundi. Kedudukan mereka sudah cukup untuk mengimbangi kehadiran wakil rakyat PR.

Apa pun dia mengakui kesilapan dan kelemahan di pihak PR sendiri yang tidak bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. PR mempunyai 82 wakil dan tiga wakil Bebas.

Bermakna ada 19 wakil PR tidak berada di Dewan Rakyat ketika Bajet 2010 dibacakan buat kali ketiga.

Wakil DAP ini juga berpendapat sebahagian wakil PR merupakan muka-muka baru yang masih belum memahami selok belok perjalanan Parlimen. Mereka datang ke Parlimen untuk tujuan mencatatkan kehadiran dan tidak serius dalam urusan perbahasan.

Malah itu juga masalah di sebelah BN.

Di pihak BN yang mempunyai 137 wakil di Dewan Rakyat, jika hanya 66 orang mengundi bermakna seramai 71 orang tidak berada semasa kehadiran sangat diperlukan semalam.

Ini termasuk sebahagian anggota Kabinet sama ada menteri ataupun timbalan menteri. Di manakah mereka ketika itu?

Pada Julai lalu, BN juga berhadapan dengan suasana cemas seperti itu semasa membahaskan Rang Undang-undang DNA di peringkat jawatankuasa. Pada satu peringkat ia diluluskan dengan perbezaan satu undi.

Mengambil kira perkembangan masa lalu, BN dan PR masih belum belajar daripada pengalaman-pengalaman lama.

Ketika Najib sedang membuat penilaian Indeks Prestasi Utama (KPI), beliau mempunyai alasan kukuh untuk berbuat sesuatu yang drastik — sama ada menggugurkan mereka daripada Kabinet ataupun tidak menurunkan semula ketika pilihan raya umum akan datang.

Begitu juga bagi PR. Ini antara indeks yang boleh digunakan sebagai kad penilaian.

Malangnya, kita sentiasa lupa dan terus lupa. Jika pemimpin BN dan PR boleh terlupa apa yang berlaku kira-kira setahun yang lalu, apakah ia akan dijadikan panduan dan peringatan apabila pilihan raya umum ke-13 dipanggil dalam waktu terdekat ini? -G.Manimaran

Ulasan

Cakapnya berdegar-degar tetapi tidak berakhlak/berdisiplin. Mutu kerjanya tahap Pak Lah. Itulah hakikat yang ada pada ahli parlimen Pakatan Rakyat!

Mereka ini perlu bertanggungjawab menjelaskan kepada para penyokong mereka sebelum mereka dihumban keluar dari parlimen di dalam pilihanraya akan datang:


P008 Pokok Sena PAS Mahfuz Omar
P016 Baling PAS Taib Azamudden Md Taib
P043 Bagan DAP Lim Guan Eng
P046 Batu Kawan DAP P. Ramasamy
P049 Tanjong DAP Chow Kon Yeow
P050 Jelutong DAP Ooi Chuan Aun
P051 Bukit Gelugor DAP Karpal Singh
P052 Bayan Baru PKR Zahrain Mohamed Hashim
P057 Parit Buntar PAS Mujahid Yusof Rawa
P058 Bagan Serai PKR Mohsin Fadzli Samsuri
P094 Hulu Selangor PKR Zainal Abidin Ahmad
P098 Gombak PKR Mohamed Azmin Ali
P101 Hulu Langat PAS Che Rosli Che Mat
P103 Puchong DAP Gobind Singh Deo

P109 Kapar PKR Manikavasagam Sundaram
P121 Pantai Dalam PKR Nurul Izzah Anwar
P122 Seputeh DAP Teresa Kok Suh Sim
P124 Bandar Tun Razak PKR Abd Khalid Ibrahim
P171 Sepanggar SAPP Enchin Majimbun @ Eric
P190 Tawau SAPP Chua Soon Bui

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails