SELAMAT DATANG

Jumaat, 21 Ogos 2009

Tinggal Kenangan - Al-Marhum Dato Ustaz Fadhil Fadhil Nor berucap di Parlimen. Bhg.3





Tinggal Kenangan - Al-Marhum Dato Ustaz Fadhil Fadhil Nor berucap di Parlimen - bhg.2




Tinggal Kenangan - Al-Marhum Dato Ustaz Fadhil Fadhil Nor berucap di Parlimen

Kenangan Abadi. Kami merindui mu





Peringatan Kepada Semua - keajaiban Tuhan - Awan Lindungi Pesawat Ustaz Fadhil Noor

Peristiwa ini telah berlalu lama namun lihat bagaimana ulama dan pimpinan yang kita sanjungi di lindungi oleh awan sepanjang jenazahnya di terbangkan dengan pesawat sedangkan tempat lain dalam keadaan panas..SUBHANALLAH
Yakinlah bahawa Perjuangan kita adalah benar





sila pause audio sebelah kanan anda untuk tatapan video di atas!

Khutbah di masjid Putra Perdana 21 Ogos 2009 - Ramadhan Disambut Taqwa DiRebut

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …


Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Renungilah firman Allah dalam ayat 185 surah al-Baqarah :
شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ فَمَن شَہِدَ مِنكُمُ ٱلشَّہۡرَ فَلۡيَصُمۡهُ‌ۖ وَمَن ڪَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ‌ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِڪُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِڪُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُڪۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُڪَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ (١٨٥)

Maksudnya: Bulan Ramadhan yang diturunkan di dalamnya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara hak dan batil. Oleh itu sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan atau mengetahuinya maka hendaklah ia berpuasa padanya. Sesiapa yang sakit atau bermusafir maka wajib dia ganti sebanyak bilangan hari yang ditinggalkan pada hari-hari yang lain selepas Ramadhan. Allah S.W.T mengkehendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan agar kamu membesarkan Allah di atas petunjukNya kepada kamu. Dan supaya kamu bersyukur

Kita bakal menyambut ketibaan bulan Ramadhan buat sekian kalinya dalam hidup kita mulai esok di mana bulan ini dijanjikan dengan rahmat pada awal kedatangannya diikuti dengan pengampunan dosa pada pertengahannya serta dibebaskan daripada api neraka pada penghujungnya bagi hamba-hamba Allah yang benar-benar menghidupkan Ramadhan. Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang dibuka seluasnya pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka, diganda pahala, diampunkan dosa, dimakbul doa, dirantai segala syaitan derhaka ditambah pula dengan ada pada salah suatu malamnya laillatul qadar di mana kelebihan beribadat pada malamnya lebih baik daripada seribu bulan mestilah sama-sama kita rebut bukan setakat disebut dimulut tanpa berusaha menghidupkannya.

Raikanlah kehadiran Ramadhan kali ini untuk menambah amal ibadat bukan makanan lazat yang menambah berat badan. Selagi umat Islam banyak tidur daripada ibadat, banyak berhibur daripada memikirkan tanggungjawab, banyak rehat daripada bekerja maka selagi itulah kita tidak akan maju dalam meneguhkan agama dan menguasai dunia.

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Firman Allah dalam ayat 183 surah al-Baqarah :

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ (١٨٣)

Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa

Taqwa itulah matlamat utama yang mesti dicapai oleh umat Islam yang berpuasa. Perkataan taqwa begitu mudah disebut dimulut tetapi begitu susah untuk diperolehi tanpa usaha yang bersungguh dan sikap acuh tidak acuh. Kita mesti memilki 4 ciri utama taqwa melalui tarbiah madrasah Ramadhan yang bakal kita lalui sebagaimana yang pernah disebut oleh Sayyidina Ali Karramallahu wajhah :

Maksudnya : Taqwa ialah : [1] takut kepada Allah dalam setiap perkara, [2] sentiasa redha dengan pemberian Allah walau pun sedikit, [3] sentiasa melaksanakan sistem Islam sebagaimana yang diturunkan dalam al-Quran [4] dan sentiasa bersedia dengan bekalan terbaik bagi menghadapi kehidupan akhirat yang kekal abadi

Oleh itu sempena kedatangan Ramadhan hendaklah kita sama-sama hidupkannya dengan seberapa banyak amalan soleh disamping menjauhi segala bentuk maksiat. Kita wajib memperkemaskan ilmu berkenaan puasa zahir dan batin agar puasa kita menjadi ibadat yang diterima Allah bukan hanya setakat adat yang sia-sia. Kita tidak mahu ibadat yang penting ini hanya dilaksanakan dalam keadaan teraba-raba setakat mengikut orang bukannya berdasarkan ilmu yang dipelajari. Jangan biarkan puasa kita setakat berlapar dahaga di dunia sahaja sedangkan di akhirat nanti hampa tanpa ganjaran atas apa yang dikerjakan. Jangan malu untuk belajar apatah lagi untuk bertanya agar kualiti puasa tahun ini lebih baik dari sebelum nya. Jika perkara dunia kita mahu yang terbaik, inikan pula perkara akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sempena kedatangan Ramadhan yang dijanjikan dengan pelbagai anugerah berharga daripada Allah ini maka marilah kita sama-sama menghidupkannya dengan ibadat seperti membaca al-Quran, berzikir, solat terawih, menjamu orang berbuka puasa, sedekah, qiamullail dan sebagainya. Gunakanlah peluang dengan kehadiran Ramadhan sebaiknya dalam melahirkan diri sebagai umat yang bertaqwa kepada Allah sepanjang masa. Jangan biarkan diri kita terus tertewas kepada nafsu ketika teman rapatnya iaitu syaitan dirantai sebulan Ramadhan ini. Adalah malang apabila ada umat Islam yang tidak mahu berusaha untuk beramal dan bersifat sebagaimana ahli syurga ketika Allah membuka seluas-luasnya pintu Syurga dan bertambah malang apabila ada juga di kalangan umat Islam sendiri yang terus beramal dan bersifat sebagaimana ahli neraka pada bulan yang ditutup rapat pintu neraka. Hayatilah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim daripada Abu Hurairah :

قال النبي e : إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِيْنُ - رواه مسلم

Maksudnya : Apabila datangnya Ramadhan maka dibuka segala pintu syurga, ditutup segala pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan

Tanyalah diri kita samada ibadat yang dikerjakan selama ini termasuk ibadat puasa adakah sudah mampu menewaskan nafsu dalam diri serta melahirkan diri kita sebagai umat yang begitu inginkan Syurga sehingga kita berlumba untuk beramal dan bersifat sebagaimana yang disuruh oleh Allah dan dalam masa yang sama kita sentiasa berusaha bersungguh-sungguh agar menjauhi amalan dan sifat ahli neraka dengan menghindari segala perbuatan yang dilarang oleh Allah. Rebutlah peluang yang ditawarkan oleh Allah bagi orang yang berpuasa penuh keimanan dan keikhlasan kepada Allah sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim daripada Sahli bin Sa’ad :

قال الرسول e : ِإنَّ فِي الَجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُوْنَ يَوْمَ القِيَامَةِ لا يَدْخُلُ مَعَهُمْ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُوْنَ؟ فَيَدْخُلُوْنَ مِنْهُ : فَإِذَا دَخَلَ آخِرُهُمْ أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ - رواه ومسلم

Maksudnya : Sesungguhnya pada syurga itu ada satu pintu yang dipanggil Rayyan di mana akan masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari qiamat. Tidak akan masuk bersama mereka seorang pun selain mereka yang berpuasa. Akan diseru dimanakah orang-orang yang berpuasa?. Maka mereka akan masuk syurga melaluinya. Maka apabila telah masuk orang terakhir daripada orang berpuasa nescaya ditutup pintu itu dan tidak boleh lagi memasukinya walau pun seorang.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

Islam merupakan agama fitrah yang sesuai dengan keadaan diri umat manusia. Kewajipan puasa bukanlah suatu penyeksaan dan penderaan kepada umat manusia sebaliknya di sana ada pelbagai kelebihan dan kebaikan yang terbit hasil daripada menunaikan ibadat puasa. Anugerah Ramadhan dapat menyaksikan bagaimana masjid dan surau yang sebelum ini agak kosong kini mulai ramai ahli jemaahnya terutama pada waktu malam. Tanpa anugerah Ramadhan maka agak susah untuk menarik umat Islam sendiri untuk berjinak dengan masjid dan surau walau pun masuknya percuma dan pintunya terbuka sepanjang masa.

Oleh itu kita mesti gunakan peluang dengan kehadiran ahli jemaah yang ramai pada bulan Ramadhan ini untuk mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan disamping menanam kukuh kesedaran serta membangkitkan semangat juang dalam melawan musuh batin yakni nafsu dan musuh zahir yang terdiri daripada musuh Islam yang tidak pernah jemu berusaha memerangi Islam. Ramadhan yang pernah menyaksikan kemenangan besar tentera Islam dalam peperangan Badar al-Kubra dan pembukaan Kota Mekah menunjukkan kepada kita bagaimana lemahnya nafsu membolehkan semangat juang semakin kuat. Puasa bukan penghalang yang memadamkan semangat juang sebaliknya ia sebagai suatu tarbiah yang berharga dalam melahirkan umat yang hanya takut kepada Allah sehingga tidak akan tunduk kepada musuh walau apa pun yang berlaku.

Jika kita boleh mengerjakan ibadat puasa kerana adanya rasa takut kepada Allah dalam diri maka kita juga wajib yakin bahawa kemenangan Islam pasti datang dengan syarat kita memenuhi tuntutan yang telah digariskan oleh Allah termasuk sentiasa mendekatkan diri kita kepada Allah sepanjang masa dengan ibadat serta menjauhi segala dosa yang boleh menyebabkan kita dihinakan oleh Allah di dunia serta disiksa pula dengan api neraka di akhirat sana. Ketika kita membaca dan meneliti ayat-ayat al-Quran maka di sana kita dapati pelbagai cara Allah mendatangkan kemenangan kepada umat Islam yang membantu agamaNya dan pelbagai akibat buruk pula yang menghancurkan umat yang melawan agama Allah walau pun mereka mendabik dada dengan kekuasaan dan kekayaan serta kehebatan yang ada pada diri mereka. Kita pada hari ini dapat menyaksikan bagaimana betapa hebatnya Amerika Syarikat sehingga dapat menjajah Afghanistan serta menghancurkan Iraq dalam masa yang singkat tetapi tidak mampu menghadapi bala daripada Allah berbentuk ribut yang menghancurkan beberapa buah negeri dan bandarnya. Manusia hanya mampu mengesan kedatangan ribut yang membolehkan mengurangkan angka kematian tetapi tidak mampu menangkis dan menghalang ribut tersebut.

Firman Allah dalam ayat 96 surah al-A’araf :

وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَفَتَحۡنَا عَلَيۡہِم بَرَكَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذۡنَـٰهُم بِمَا ڪَانُواْ يَكۡسِبُونَ

Maksudnya : Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

Apabila sebuah negara melahirkan individu, keluarga, masyarakat bermula daripada pemimpin sehinggal rakyat jelata daripada kalangan orang bertaqwa maka dijanjikan keberkatan kepada negara tersebut dan inilah yang kita idamkan selama ini. Tanpa masyarakat yang taqwa maka pelbagai masalah terus datang silih berganti bermula daripada kerosakan aqidah, keruntuhan akhlak, masalah jenayah, penyakit berjangkit dan sebagainya. Pemikiran dan tindakan umat bertaqwa berbeza jauh daripada golongan yang memisahkan agama daripada sistem kehidupan seharian.

Umat bertaqwa sentiasa beriman bahawa setiap apa yang berlaku berdasarkan Qadha’ dan Qadar Allah di mana kita tidak boleh lari daripada bergantung harap kepada Allah dalam setiap apa yang berlaku disamping sentiasa memikirkan tentang setiap bala ujian yang menimpa merupakan peringatan daripada Allah dalam menyedarkan hambaNya yang banyak melakukan perderhakaan disamping untuk menguji tahap keimanan kita kepada Allah.

Manusia yang tidak bertaqwa menganggap apa yang berlaku hanya disebabkan fenomena alam di mana hanya perlu dicari ubat untuk mengubatinya tanpa memikirkan bahawa penyakit yang menimpa merupakan kesan daripada kesalahan diri dan masyarakat yang banyak menolak kekuasaan dan kehebatan Allah. Kita dapat saksikan bagaimana masyarakat hari ini hanya takut kepada penyakit seperti selsema babi bukannya takut kepada Allah yang mencipta penyakit tersebut. Contohnya sambutan kemerdekaan kali ke-52 tahun ini hanya dibuat sederhana kerana bimbang jangkitan selsema babi yang telah meragut 68 nyawa sebagaimana berapa kali sambutan tahun baru dan merdeka sebelum ini hanya dibuat sederhana kerana tsunami dan banjir besar bukannya kerana takut kepada Allah.

Jika tiada bala Allah ini sudah kerap kali sambutan tahun baru dan merdeka walaupun jatuh pada bulan Ramadhan dicemari dengan program maksiat. Pemimpin hanya sibuk memperkatakan 95 peratus yang keluar demontrasi membantah ISA dari kalangan orang Melayu sedangkan mereka terus membiarkan lebih 90 peratus orang Melayu yang sentiasa memenuhi program maksiat yang berakhir dengan dadah, penzinaan dan sebagainya.
Sepatutnya SEMPENA DENGAN BULAN KEBERKATAN INI pemimpin negara mengarahkan kita supaya mengadakan solat hajat bagi memohon kepada Allah agar dijauhi selsema babi sebelum sahur pagi esok di seleruh negara, kerana penyakit ini telah tersebar ke seluruh negara.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Apabila pemimpin tidak bertaqwa maka berlakunya pecah amanah, rasuah serta tindakan yang bercanggah dengan agama dalam mentadbir negara. Apabila peniaga tidak bertaqwa maka berlakulah sorok barang seperti gula bagi mengaut keuntungan berganda. Malah di tengah kekalutan selsema babi maka diambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dalam menjual penutup muka dan ubat virus sehingga timbul dakwaan bahawa selsema babi dicipta oleh golongan kapiltalis untuk mengaut keuntungan daripada ubat atau vaksin yang dijual.

Namun kita yakin bahawa setiap apa yang berlaku adalah antara tanda kekuasaan Allah. Oleh itu marilah kita menggunakan kesempatan dengan kedatangan Ramadhan untuk melahirkan pemimpin dan rakyat jelata yang bertaqwa sehingga negara dilimpahi keberkatan manakala pelbagai masalah dapat disekat daripada terus melarat. Islamlah nescaya kita selamat, negara berkat, dunia bahagia, akhirat sentosa

Firman Allah dalam ayat 36 surah ar-Ruum :

وَإِذَآ أَذَقۡنَا ٱلنَّاسَ رَحۡمَةً۬ فَرِحُواْ بِہَا‌ۖ وَإِن تُصِبۡهُمۡ سَيِّئَةُۢ بِمَا قَدَّمَتۡ أَيۡدِيہِمۡ إِذَا هُمۡ يَقۡنَطُونَ

Maksudnya : Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا
فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

RAMADHAN BULAN SHODAQOH MENYAPA LAGI - Sumbangan Saudara Saudari Diperlukan

Marilah Kita Membantu Muslimat Waja ini
Yang Berkhidmat Dr Lo'lo

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui." (QS. 2:261)

Lajnah Kebajikan PAS Pusat akan mengadakan edaran pek makanan percuma seperti nasi dan bubur lambuk untuk WARGA Lorong Hj. Taib, edaran buku panduan Ramadhan, sejadah dan lain-lain. LKKPP juga akan mengadakan Majlis Iftar serta Solat Terawih untuk Warga INSAF Lorong Hj. Taib sepanjang Ramadhan.

Oleh itu Saya Selaku Pengerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Pusat (LKKPP) merayu sumbangan untuk program-program tersebut. Bubur lambuk RM400 (seperiuk), pek nasi RM500 (100 orang). Buku-buku dan risalah berkenaan Ramadan, Syawal, Solat dan Taubat sekitar RM10 setiap orang. Sejadah RM10 sehelai. Untuk setiap majlis dianggarkan antara 250-300 orang akan disantuni. Anda boleh menyumbang sepenuhnya iaitu RM25 x 300 = RM7500 atau sebahagian dari kos tersebut.

Untuk sumbangan boleh melalui:

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Titiwangsa, No. 10. Jln. Raja Muda Musa, Kg. Baru, Kuala Lumpur.

No. Tel: 03-26980025. Fax 0326980026


Dana Kami Prihatin, akaun BIMB 12113010026150.

Yayasan Prihatin Titiwangsa, akaun MayBank 564799106040.

Dr. Lo'lo', akaun CIMB 14410005980052

Sila maklumkan sekiranya sumbangan melalui transaksi bank. Semoga setiap sumbangan anda akan mendapat ganjaran dari-Nya..Ameen



وَمَا يَفْعَلُواْ مِنْ خَيْرٍ فَلَن يُكْفَرُوْهُ وَاللّهُ عَلِيمٌ بِالْمُتَّقِينَ


"Dan apa saja kebajikan yang mereka kerjakan, maka sekali-kali mereka tidak dihalangi (menenerima pahala) nya; dan Allah Maha Mengetahui orang-orang yang bertakwa"

(Ali Imran: 115)



Nik Aziz mahu semuka majlis fatwa

Oleh silop

"Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia bersemuka dengan jawatankuasa muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya bahawa ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa penyokong parti itu ke syurga.

"Saya sedia berjumpa dengan pihak berkenaan untuk menjelaskan perkara sebenar di sebalik kenyataan saya itu bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul," katanya ketika mengulas keputusan jawatankuasa itu bahawa kenyataannya sebagai salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Menteri besar Kelantan berkata, ulasan-ulasan negatif yang dikeluarkan pihak tertentu terhadap kenyataannya berdasarkan petikan dalam akhbar adalah tidak adil. "Mereka perlu tanya saya di mana salahnya, saya sedia menjelaskan secara berdepan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim di Kota Bharu hari ini.

Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz mengakui bahawa beliau bukan orang yang boleh menentukan seseorang masuk syurga atau neraka. "Yang menentukan jalan syurga (atau) neraka adalah Allah dan yang memberitahu kepada kita (ialah) Nabi Muhammad SAW dan (apabila) nabi mati tugasnya disambung oleh ahli ulama.

"Saya bukan menentu syurga (atau) neraka yang menentukannya Allah, saya yang menyambung syariat dan jalan ke syurga ialah orang-orang yang Allah beri nikmat bukan nabi-nabi," katanya.

Bagaimanapun, Nik Aziz tetap mempertahankan kenyataannya bahawa ajaran Islam yang dibawa Umno tidak menjamin penyokongnya dapat masuk syurga. Semalam Nik Aziz menjelaskan bahawa apa yang dimaksudkannya ialah sesiapa saja yang mengasingkan iman daripada Islam tidak akan masuk syurga. BERNAMA


Kesederhanaan jiwa Salleh Man pikat pengundi

- Azamin Amin

PERMATANG PASIR, 21 OGOS:Walaupun 'mencuri' masa tidurnya yang sepicing itu, namun beliau dengan raut keletihan masih tenang dan tersenyum menyambut kedatangan kami. Sambil meminta sikat daripada saya untuk menyisir rambutnya, beliau kemudiannya bersimpuh di lantai bersiap sedia untuk ditemubual. Begitu sederhana sikap Ustaz Salleh Mohd Man, tanggapan awal kami.

Sebenarnya,ketika itu kira-kira jam 8.30 malam, beliau sedang menunggu masuk waktu solat isyak sambil melabuhkan lena di bilik rehat Pusat Khidmat DUN Permatang Pasir kerana seharian suntuk memenuhi jemputan dan terlibat aktiviti bersama masyarakat dan tanpa banyak pilihan lain untuk mewawancara,melainkan kami 'mengganggu' satu-satu masa rehatnya yang ada.

Beliau yang dilihat agak malu dengan lensa kamera,cuba membetulkan kain pelikat dan kopiahnya sambil mencari posisi duduk yang baik dan mengambil buku nota kecil dari poket bajunya. Rupanya disitu terdapat catitan ringkas visi dan misi agenda beliau sebagai wakil rakyat.

"Ada catit ni...tak larilah jawapan nanti.Senang ini sebagai rujukan,"katanya yang dilihat begitu tertib dan tidak mahu jawapan 'kosong' dan tanpa makna diberikan kepada kami.

Bertanya bagaimana beliau menghadapi keadaan kehidupannya yang 'sekelip mata' berubah, tatkala bergelar calon PAS dan bakal wakil rakyat Permatang Pasir, Ustaz Salleh begitu bersahaja merendah diri menjelaskan keadaan.

Sebenarnya, berperang dan berjuang dalam pilihan raya bukanlah kali pertama bagi Ustaz Salleh Man.Sejak 1986, beliau pernah bertanding di 4 kawasan iaitu di DUN Sungai 2, Parlimen Tasik Gelugor, Pinang Tunggul dan Permatang Berangan. Beliau sudah diuji dan mangli.

"Penat terasa hilang bila tengok bakti yang ditunjukkan jentera kita yang bersemangat.

"Selain itu sokongan yang tinggi dari segi moral dan dengan sambutan kemesraan yang kita dapat dari para pengundi,mereka telah memberi harapan yang tinggi pada kita untuk teruskan apa yang Pak Hamdan (Allahyarham Dato'Hamdan Abdul Rahman) buat sebelum ini,"jelasnya dengan nada suara yang perlahan.

Sejak subuh pagi,lepas solat beliau turun dari rumah, ke tempat yang telah ditetapkan, bermula dari Pekan Permatang Pauh, sehingga petang. Hari ini sahaja, Ustaz Salleh sudah melawati enam kawasan untuk bertemu masyarakat setempat dengan aneka aktiviti yang diaturkan.

Antara tempat yang disinggah dan mendapat sambutan masyarakat pelbagai bangsa ialah pasar,kedai kopi, masjid,pekan Permatang Pauh dan menyaksikan anak-anak muda bermain takraw dan bolasepak.

Kata Ustaz Salleh ketika kunjungannya di Bukit Merah, di tempat kawasan yang padat dengan penduduk cina, sambutan sangat membanggakan di samping 'laungan' semangat menunjukkan tanda dan isyarat awal kejayaan PAS dalam Pilihan Raya Kecil,25 Ogos depan.

Selain itu semangat paling indah bagi Ustaz Salleh apabila isteri tersayang dan lima orang anaknya sentiasa menyokong perjuangan beliau yang merupakan graduan Universiti Malaya dalam Pengajian Islam.

Sambil sembang-sembang santai, Ustaz Salleh kecewa apabila orang mula menyerang Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dengan tuduhan liar sedangkan yang bertanding dan berdepan dengan calon pihak lawan ialah beliau sendiri.

"Jangan alih perhatian. Saya yang bertanding,kenapa Tok Guru yang diserang?"katanya membayangkan pihak lawan sudah tiada modal untuk menyerang beliau yang pernah menubuhkan sekolah agama persendirian.

Beliau dalam pada itu turut menasihati ramai tidak kira pihak lawan mahupun para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat supaya mengutamakan kesihatan sekaligus mengambil langkah berjaga-jaga yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan bagi mencegah penularan wabak Influenza A H1N1.

Tidaklupa katanya,bermunajatlah kepada Allah sentiasa supaya dilindungi penyakit yang menggerunkan ini.

"Maaf...saya ada 8 ceramah kelompok malam ini..jadi nak siap-siap dulu ya,"katanya merendah diri sambil tersenyum lalu,tanpa membuang masa kami pun berundur diri tatkala melihat jam sudah menunjukkan pukul 9.00 malam.

Hampir setengah jam kami menemuramah sedangkan masa yang diberikan pada awalnya oleh pihak urusetia hanyalah 10 minit sahaja, namun kerana melihat kerancakan penuh semangat Ustaz Salleh,lalu terlajak melampaui masa.

Akhir kata beliau berharap para pengundi membuat keputusan yang bijak dan supaya aspirasi dan legasi Pak Hamdan dapat diteruskan katanya mengakhiri perbualan dengan penuh adab sederhana. _


Adun Kota Siputeh tidak maklum kepada Speaker

Oleh Bashir Ishak

ALOR SETAR, 20 Ogos: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Dato' Abu Hasan Sarif tidak pernah memaklumkan kepada Speaker DUN, Dato' Dr. Abdul Isa Ismail atau pejabat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tentang ketidakhadiran beliau ke sidang DUn yang diadakan 9 Ogos lalu.

Abu Hassan sendiri tidak hadir pada Sidang Dewan pada 19 April sebelum itu bermakna dia tidak hadir dua kali bertutut-turut.

Menurut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir ke mesyuarat dewan dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, maka kerusinya hendaklah dikosongkan.

Demikian kata Speaker Dun Kedah, Datuk Abdul Isa dalam sidang medianya hari ini.

Menurut Dr Abdul Isa, Abu Hassan hanya memaklumkan perkara demikian kepada Ketua Pembangkang, Dato' Seri Mahdzir Khalid melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Katanya, Abu Hassan memperolehi sijil cuti sakit dari sebuah klinik swasta di Jitra pada 9 hingga 10 Ogos dan dimaklumkan kepadanya melalui surat bertarikh 10 Ogos dan difakskan ke pejabat Speaker pada 12 Ogos.

"Sebaliknya, saya hanya mendapat makluman dari beliau melalui surat yang bertarikh 10 Ogos yakni sehari selepas sidang dewan dan difakskan pada 12 Ogos. Beliau sendiri hadir menyerahkan surat yang asal pada 16 Ogos.

"Yang peliknya, dalam surat beliau menyebut dia dia sakit, dia tak beritahu saya tapi dia hantar SMS kepada Ketua Pembangkang. Dia boleh hantar SMS kepada Mahdzir tapi tak boleh bagitau saya.

"Kalau saya tak ada pun, dia boleh menghubungi pejabat. Beliau bukannya orang baru tapi telah menjadi Adun selama empat penggal. Ketua Pembangkang juga tidak memaklumkan kepada saya,"jelasnya kepada pemberita dalam sidang media yang diadakan di pejabatnya di Wisma Darulaman di sini hari ini.

Menjelaskan lebih lanjut, Dr Abdul Isa menyatakan pada hari dewan bersidang, terdapat seorang lagi ahli dewan iaitu Suraya Yaakob (BN-Sungai Tiang) yang tidak hadir tetapi telah mengemukakan surat kebenaran untuk tidak menghadiri sidang kerana berada di luar negara.

"Saya telah meluluskannya dan juga membuat pengumuman semasa sidang dewan bermula. Bagaimanapun, Adun Kota Siputeh tidak mengemukakan sebarang surat. Perkara ini tak sepatutnya terjadi memandangkan dia adalah seorang Adun yang veteran.

"Begitu juga, setiap ahli dewan telahpun dibekalkan dengan satu salinan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dan Peraturan-peraturan Dewan yang seharusnya mereka baca dan fahami," ujarnya.

Selain itu, Dr Abdul Isa telahpun menghantar surat kepada Abu Hassan menjelaskan kesalahan yang telah dilakukannya selain menghantar surat makluman kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bertarikh 17 Ogos berkaitan kekosongan kerusi tersebut mengikut undang-undang yang ada.

"SPR juga telah memberi maklum-balas melalui surat bertarikh 19 Ogos menyatakan perkara ini telah dipanjangkan kepada SPR Pusat.

"Bagi perkara ini, saya berharap agar pihak SPR mendengar penjelasan kedua-dua belah pihak sebelum membuat keputusan," katanya lagi. _


Kerjasama PAS dan DAP, kekalkan sokongan pengundi Cina

PERMATANG PASIR, 20 Ogos - Kira-kira 5,400 orang pengundi Cina memainkan peranan penting dalam pilihanraya kecil Permatang Pasir kali ini. PAS bagaimanapun yakin dapat mengekalkan sokongan dikalangan pengundi Cina.

Bagi memastikan kemenangan PAS dalam pilihanraya kecil tersebut, PAS memfokuskan kepada empat daerah yang mempunyai majoriti pengundi Cina - Kampungg Cross Street, Sama Gagah, Kampung Pelek dan Permatang Pauh, ujar Setiausaha PAS Pulau Pinang, Mohd Fadzil Kemi.

Menurutnya, PAS mengatur beberapa strategi untuk mengekalkan sokongan terutama dari kaum Cina, berdasarkan maklumat yang diperolehinya akan berlaku pertambahan undi pengundi Cina dalam pilihanraya kecil tersebut.

Tambahnya, kerjasama PAS dengan DAP dalam siri kempen itu mampu menarik sokongan Cina. Pimpinan DAP turut bersama calon PAS untuk berkempen dari rumah ke rumah dan siri ceramah penerangan.

"DAP juga berjanji akan memberi sokongan kepada calon PAS untuk memastikan kemenangan PAS dalam pilihanraya kecil 25 Ogos ini.

Selain itu, hubungan baik calonnya Mohd Salleh dengan kerajaan negeri yang diterajui oleh Lim Guan Eng mampu mendapat sokongan daripada kaum Cina.

"Ini dapat menarik pengundi untuk menyokong PAS terutama pengundi Cina. Bagi Lim Guan Eng, PAS penting dalam kerajaan negeri. Sebab itu dia nak pastikan kemenangan PAS," katanya.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut sama berkempen bersama dengan calon PAS bagi menarik pengundi Cina di kawasan lain.



ROHAIZAT WAJAR TARIK DIRI

Calon BN, Rohaizat Othman wajar menarik diri dari bertanding pada Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pauh 25 Ogos ini.

Saya berpendapat demikian kerana beberapa alasan :-

1) Integriti beliau sebagai calon dipersoalkan berikutan kenyataan Bar Council bahawa lesen guamannya ditarik balik kerana melanggar peraturan dengan bukti yang jelas bahawa beliau melakukan kesalahan berkaitan dengan pelanggannya.

2) Fakta di atas di sokong pula dengan pengakuan bekas rakannya Yusri Ishak bahawa Rohaizat terlibat dengan perkara tersebut.

3) BN dan Umno menipu rakyat bahawa kesalahan di atas dilakukan oleh Yusri Ishak (gambar) bukan Rohaizat.

Adalah lebih baik dan manis jika Rohaizat menarik diri dari pilihanraya kecil ini demi keadilan kepada pengundi Permatang Pasir agar tidak tersalah pilih dengan mengundi calon yang integritinya dipersoalkan.

Selain itu Rohaizat juga wajar menarik diri kerana jika beliau tidak berbuat demikian, beliau sebenarnya menghina pengundi Permatang Pasir kerana seseorang calon pilihanraya sepatutnya mesti bersih dari segala kontroversi agar rakyat dapat memilih calon-calon yang terbaik tidak kira dari BN ataupun PAS.

PERANCIS TUTUP SEKOLAH, MALAYSIA KATA 'TAK APA'?

Menteri Pendidikan Perancis berkata seluruh sekolah mungkin ditutup jika sekurang-kurangnya tiga pelajar dari kelas yang sama dijangkiti selesema babi dalam tempoh seminggu.

Luc Chatel berkata, sekolah-sekolah yang ditutup hanya akan dibuka semula selepas enam hari dan dibersihkan dengan teliti.

Semalam, beliau dipetik oleh Journal du Dimanche sebagai berkata keputusan menutup keseluruhan sekolah bergantung kepada wakil kanan negara yang dipanggil pengawas kawasan.

Minggu lepas, Chatel mengumumkan mata pelajaran sekolah untuk musim sejuk akan diajar melalui siaran televisyen dan radio negara bagi membantu pelajar.

Malangnya sekolah di Malaysia walaupun puluhan malah mungkin ratusan demam dan di'suspek' mengidap H1N1 sekolah tetap dibuka. Ini yang amat merisaukan ibu bapa dan penjaga. Sudah sampai masanya kerajaan mengambil tindakan drastik bagi mengatasi masalah ini.

Sejak beberapa minggu lepas, Malaysia mencatatkan jumlah kematian harian yang meningkat dari sehari ke sehari. Setiap hari sekurang-kurangnya 2 atau 3 orang dilaporkan meninggal dunia.Sehingga kini 64 orang telah meninggal dunia dan 4,225 orang dijangkiti wabak ini

'Umno bohong' - Bekas rakan kongsi Rohaizat



Yusri Ishak - sidang media khasnya di Yayasan Aman hari ini

PERMATANG PASIR, 20 Ogos - Yusri Ishak - bekas rakan kongsi Rohaizat Ibrahim, calon BN Permatang Pasir, hari ini mempertahankan dirinya dari tuduhan seperti yang di dakwa Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

Yusri yang menjadi sebutan ramai sejak semalam itu berkata, dakwaan Ahmad Maslan itu bohong. Beliau yang mengadakan sidang media khasnya di Yayasan Aman hari ini menjelaskan, dia tidak ada kaitan dengan kes pecah amanah itu seperti yang didakwa sebelum ini.

"Itu kenyataan bohong," kata Yusri. Sehubungan itu, beliau memberitahu laporan polis akan dibuat segera selepas berbincang dengan peguamnya terlebih dahulu.

Yusri yang menjadi mangsa Ahmad Maslan dan beberapa pemimpin Umno lagi, membuat kejutan keluar dalam sidang media mempertahankan dirinya hari ini.

Beliau - rakan kongsi yang dimaksudkan itu turut memohon diberikan (pentas) peluang untuknnya menjelaskan keadaan sebenar kepada umum bagi menangkis tuduhan Umno yang memburukkan beliau.

"Saya memohon kepada PAS dan PKR agar memberikan pentas mereka kepada saya untuk mempertahankan diri," kata Yusri lagi dalam sidang medianya hari ini.

'Gula-gulakan Rakyat', modal lama Umno – Ustaz Harun Taib

PERMATANG PASIR, 20 Ogos - Ketua Dewan Ulama PAS, Dato' Ustaz Harun Taib menyifatkan UMNO adalah parti yang hanya senantiasa membodoh-bodoh rakyat.

Bukan sekali dua Umno menggunakan modal sebegitu dalam berkempen. Boleh dikatakan setiap kali pilihanraya, seolah-olah hanya itu modal mereka dengan terlalu menumpukan kepada soal pembangunan fizikal.

"Mereka sering menggula-gula rakyat (Melayu) dengan pelbagai tawaran yang kononnya merekalah (Umno) yang hanya mampu mentadbir negara dan menyalur segala harta kekayaan," katanya ketika berucap dalam ceramah kempen pilianraya kecil DUN Permatang Pasir, di sini semalam.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu turut memberi ingatan kepada para pengundi Permatang Pasir supaya tidak terperangkap dengan tipu daya tersebut.

“Ingat, kita jangan sekali-kali terperangkap dengan dakwaan mereka lagi,” ujarnya.

Justeru itu, beliau berharap pengundi Permatang Pasir mampu menjadi penyambung siri Pakatan Rakyat dalam meruntuhkan kekuasaan Umno-BN.

"Mari kita 'nyah'kan mereka segera dan jadikan pilihan raya Permatang Pasir ini sebagai untuk meruntuh kekuasaan Umno-BN pada pilihan raya kebangsaan akan datang," katanya kepada lebih 2 000 orang yang hadir mendengar ceramah di sini.

Muhyiddin jadikan harta kerajaan harta partinya

Oleh Zukri Aksah

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno, baru-baru ini terselamat dari terlibat dengan tragedi apabila helikopter Nuri milik TUDM yang dinaikinya terpaksa membuat pendaratan cemas di Tuaran disebabkan cuaca buruk.

Sambil mengucapkan syukur atas terhindarnya Muhyiddin dari tragedi, Saudara Ahmad Nizam Hamid, Penasihat Undang-Undang PKR Negeri Pahang sempat melontar persoalan yang terbit berikutan kejadian tersebut.

Ini kerana Muhyiddin menaiki helikopter Nuri milik TUDM tersebut untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu setelah selesai merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kudat. Pada petang hari yang sama, Muhyiddin dijadual akan merasmikan pula Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Penampang.

Nizam mempersoalkan kenapa Muhyiddin dibenar bagi menggunakan helikopter milik tentera, milik kerajaan untuk kerja-kerja partinya, Umno?

Walaupun beliau berjawatan dalam kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri, tetapi itu tidak pula pernah memberinya tiket untuk turut mendapat keistimewaan kemudahan kerajaan dalam menjalankan tugasnya sebagai Timbalan Presiden Umno.

Lainlah kalau Muhyiddin boleh membuktikan yang Umno telah menyewa helikopter tersebut dari TUDM untuk kegunaannya di Sabah.

Nizam menambah, sikap Muhyiddin mungkin gambaran sikap Umno keseluruhannya, yang sudah tidak dapat membezakan di antara harta peribadi dan harta kerajaan, harta kerajaan itu harta parti, Umno itu kerajaan, kerajaan itu Umno.

Sikap yang melambangkan bahawa Umno secara dasarnya tidak pernah berubah, walaupun telah terpukul teruk dalam pilihanraya umum yang lalu.

Jika Umno, seperti yang ditunjukkan Muhyiddin, secara berterusan menggunapakai harta kerajaan bak harta sendiri dan harta parti, tanpa sedikitpun ada rasa bersalah, maka jelaslah Muhyiddin bagi Nizam, sebenarnya adalah pengkhianat, mengkhianati amanah negara yang telah mempertanggungjawabkan kedudukan Timbalan Perdana Menteri ke bahunya. Dengan menyalahgunakan kedudukannya, Muhyiddin telah "mencuri" harta negara untuk digunakan bagi kemudahan diri dan partinya.

SPRM sepatutnya boleh membuka fail siasatan terhadap Muhyiddin berdasarkan laporan akhbar. SPRM sepatutnya boleh menyerbu ke pejabat Muhyiddin dan mengheret setiausaha peribadi atau pembantu khas beliau di hadapan orang-ramai. Tegas Nizam, perbelanjaan minyak dan lain-lain berkaitan juruterbang serta seumpamanya boleh sahaja mencecah RM150,000 jika mengambil contoh skandal yang didakwa melibatkan Presiden MCA, Ong Tee Keat yang gagal menjelaskan bil penggunaan jet persendiriannya.

Simpul Nizam, bagi pemimpin Umno seperti Muhyiddin, istilah pertanggungjawaban dan memegang amanah secara jujur tiada dalam kamus hidup dan politik mereka. Tanggungjawab moral bagi pemimpin seperti ini hanyalah retorik pidato dalam siaran media dan kempen pilihanraya. Mereka, ujar Nizam lagi mencuri, menggadai dan menyalahguna harta negara, kemudiannya melepaskan tanggungannya ke pundak rakyat. Lebih teruk ia dilakukan tanpa sedikit pun rasa bersalah dan menyesal.

Khamis, 20 Ogos 2009

Pekida perketat syarat keahlian, nafi tohmahan pertubuhan samseng

Awie pernah menyaman ayahda

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) memperketatkan syarat keahlian serta menyusun semula organisasi pertubuhan berkenaan bagi menangkis tohmahan masyarakat terhadap imej Pekida yang mula dipandang serong.

Presidennya, Jamaluddin Yusof berkata, tindakan berkenaan diambil berikutan berlaku banyak kes yang menggunakan nama Pekida, termasuk beberapa tindakan sesetengah pihak yang mendakwa ahli Pekida yang bertindak di luas batas undang-undang negara.

“Pekida adalah pertubuhan yang mempunyai prinsip dan peraturan agar tidak mendatangkan sesuatu yang boleh melanggar undang-undang negara, sekali gus menafikan dakwaan ini adalah pertubuhan samseng.

“Setiap individu yang ingin menjadi ahli, mestilah mendapat sokongan Ayahanda yang dilantik oleh Majlis Ayahanda Pekida bagi mengelakkan kekeliruan yang ditimbulkan sesetengah pihak,” katanya ketika ditemui di Pejabat Pekida Bukit Bintang di sini, semalam.

Jamaludin berkata, selain syarat keahlian diperketatkan, hanya satu lambang sahaja yang diluluskan dan hanya ahli berdaftar sahaja yang boleh memakai pelekat kenderaan serta lambang pertubuhan berkenaan, dan jika terdapat lambang lain, pertubuhan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.

“Pelantikan Ayahanda juga hanya dilakukan melalui majlis, dan setiap daripada mereka mempunyai satu kad khas sekali gus penyusunan semula organisasi berkenaan dapat menangani masalah yang timbul termasuk penyalahgunaan lambang dan nama Pekida.

“Kita mahu seluruh masyarakat menyenangi pertubuhan Pekida, bukannya memandang serong terhadap kami dan jika ada pihak yang teraniaya sebelum ini, mereka boleh membuat aduan kepada Pekida daerah dan negeri dan kami akan menjalankan siasatan termasuk membuat laporan polis jika perlu,” katanya.

Katanya, selain itu, Pekida juga menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa pertubuhan berkenaan mendapat permit teksi sebanyak 2,000.

“Dakwaan tersebut tidak benar sama sekali dan kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap pihak yang memfitnah berkenaan,” katanya.

asy-Syekh Yassin Isa al-fadani - Musnid Dunia...merokok dihadapan 700 ulamak dan penduduk Makkah sambil mengajar hadis

Mai Kita bincang.......

Antara anak murid beliau ialah Mufti Mesir asy-Syekh Ali Jumaah dan ramai lagi Mufti-Mufti Dunia Islam.





Eksklusif: Kemaruk Untuk Menang Di Permatang Pasir, Tuan Guru Nik Aziz Jadi Sasaran Kejahilan Media Arus Perdana Dan Puak-Puak UMNO BN !!

Nampaknya kini media arus perdana sengaja mencari pasal dengan memutar belitkan kenyataan YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat. Rata-rata media TV dan akhbar nampaknya sudah lupa sejarah dan gagal untuk bertindak profesional dalam menangani isu-isu sensitif seperti ini.

Tuduhan mengatakan Nik Aziz keluarkan kenyataan yang berbaur hasutan jelas sekali menunjukkan yang mereka sudah begitu takut dengan suara rakyat. Laporan utama muka hadapan Berita Harian yang bertajuk "Nik Aziz Seleweng" jelas sekali menggambarkan kerakusan puak-puak UMNO dan BN memperkudakan media arus perdana untuk tujuan jahat mereka. Bahkan, mereka langsung tidak mahu belajar dari kesilapan lampau perihal kekalahan besar BN akibat kerakusan media arus perdana menghentam pimpinan Pakatan Rakyat ketika menjelang pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Kini ia berlaku lagi, gara-gara pilihanraya kecil Permatang Pasir.

Mereka ini seolah-olah sudah tiada "otak yang waras" untuk berfikir. Walhal, mereka tahu yang rakyat sudah begitu meluat dan benci melihat sikap yang ditunjukkan media arus perdana sejak dulu, kini dan selamanya. Namun, anehnya seolah-olah puak-puak karat ini tidak mahu langsung berubah. Media masih digunakan sebagai senjata untuk membuat propaganda jahat mereka. Dalam masa yang sama mereka menggunakan berbagai akta untuk menyekat rakyat bersuara. Apakah ini amalan sebuah negara demokrasi berparlimen yang diperkatakan itu sebenarnya?.

Lantaran itulah, sebagai rakyat Malaysia yang punyai akal fikiran yang waras kita seharusnya merasa kecewa dan dukacita dengan segala apa yang dipertontonkan oleh media kepada kita. Tuduhan kononnya Tuan Guru Nik Aziz mengatakan penyokong UMNO tidak akan masuk syurga serta lain-lain tuduhan jelas sekali membuktikan betapa terdesaknya mereka untuk meraih undi rakyat di Permatang Pasir. Mereka tahu, serangan terhadap Anwar Ibrahim di sana tidak akan mengubah segalanya. Bahkan ia langsung tidak akan terkesan di hati rakyat yang sudah sebati dengan nama Anwar sejak sekian lama.

Maka, langkah terbaik ialah membuat "attacking" terhadap pemimpin PAS itu. Tambahan pula kerusi DUN Permatang Pasir ditandingin oleh calon parti tersebut. Soalnya, apakah dengan tohmahan dan tuduhan melampau itu BN bakal diterima pula oleh rakyat?. Sedangkan, sebelum ini asakan mereka terhadap Anwar lebih teruk dari itu?. Maka itu, apakah rasionalnya mereka mengarahkan media arus perdana menggasak Mursyidul Am PAS itu agaknya?. Inilah dia persoalan yang sedang bermain dibenak fikiran rakyat sebenarnya. Pemimpin UMNO dan BN sekali lagi bakal berhadapan dengan kekalahan dalam pilihanraya kecil. Jika mereka boleh berbangga dengan pengurangan undi di Manek Urai sebelum ini, kini rasanya BN akan kembali bermuram durja. Rakyat di Permatang Pasir sudah pasti akan mengajar kedurjanaan mereka ini pada hari pengundian 25 Ogos ini

PM Mahahtir "Mudah Lupa" Mula Bersuara

Sesuatu yang lebih mengejutkan kita ialah tentang kelantangan Mahathir Mohamad, untuk bersuara dan memperli pula Tuan Guru Nik Aziz berhubung perkara ini. Kenyataan media dipetik, yang mana mantan PM itu memperlekehkan kewibawaan Nik Aziz sambil mengatakan yang Nik Aziz cukup hebat kerana boleh menentukan siapa masuk syurga dan siapa yang akan masuk neraka. Mahathir seolah-olah menganggap yang Nik Aziz sudah menjadi seperti tuhan, dan mana-mana umat Islam yang mahu tahu kemana destinasi mereka di akhirat kelak bolehlah berjumpa dengan Nik Aziz.

Ucapan dan kata nista ini jelas sekali melambangkan keangkuhan Mahathir sebenarnya. Beliau sepatutnya bersyukur kerana masih boleh hidup dan terus bernafas untuk membersihkan segala dosa-dosa yang terpalit ke atas dirinya sejak sekian lama. Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab merosakkan segalanya. Bahkan beliau juga pernah menghina Islam dan Rasullullah sendiri. Namun, dek kerana kuasa yang ada maka tiada siapa yang berani untuk mengambil tindakan terhadap Mahathir hatta Majlis Fatwa Kebangsaan sekali pun. Namun, bila terkena kepada pemimpin Pakatan Rakyat dan Nik Aziz ini, tiba-tiba pula Majlis Fatwa boleh mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan Nik Aziz itu jelas sekali menyeleweng daripada Islam yang sebenarnya. Maknanya Majlis Fatwa sudah terpalit juga dengan dosa-dosa puak-puak mereka. Fatwa yang boleh dijual beli memang banyak akan kita dengar di akhir zaman ini.

Mahathir tidak layak untuk menghina apatah lagi mencerca Nik Aziz sebenarnya. Malah beliaulah yang telah menukarkan akhlak dan akidah ramai rakyat Malaysia gara-gara sistem pentadbiran dan undang-undang yang bercelaru dan rosak di zaman pemerintahannya. Kini, dek kerana diberi gelaran "penasihat kerajaan Malaysia", maka Mahathir cuba untuk mempertahankan kebobrokan kerajaam UMNO dan BN pula. Sepatutnya, di penghujung hayat ini beliau memikirkan soal beribadat kepada Allah dan mengingati mati yang bakal menjemput tiba bila-bila masa sahaja. Tapi, dek kerana gila dan nyanyok Mahathir terus berkata-kata yang terkadang menambahkan lagi kecelaruan yang melanda. Bagi kami soal syurga dan neraka memang Allah yang akan menentukan kepada semua manusia.

Namun, jika UMNO yang sudah dipimpin oleh orang Melayu dan Islam itu engkar dengan perintah Allah untuk melaksakan hukum serta undang-undang yang telah termaktub dalam kitabNya. Ia bermakna puak-puak UMNO telah menentang hukum Allah. Bagi sesiapa yang berbuat demikian dan menyokong manusia yang menolak hukum Allah maka dalam hadis dan ayat-ayat Al-Quran jelas mengatakan ke "Neraka"lah tempat tuju mereka diakhirat kelak. Maka itu, tiada kesalahan untuk Tuan Guru Nik Aziz berkata demikian. Beliau merujuk kepada Al-Quran dan Hadis yang sahih bukan seperti Mahathir yang bercakap hanya menggunakan akal fikiran yang sudah lama "tidak waras itu". Apakah ini salah buat mereka, sedangkan mereka juga bertuhankan Allah dan berkitabkan Al-Quran?

[Bila dikaji semula apa yang dilakukan oleh media terhadap Tuan Guru Nik Aziz ini, nampak benar itulah strategi yang digunakan BN bagi memancing undi pilihanraya kecil Permatang Pasir sebenarnya. Kenapa mereka tidak menganyang Anwar Ibrahim sehabis-habisnya, sedangkan beliau adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Permatang Pasir adalah salah satu DUN yang terdapat di situ. Bukankah ini membuktikan yang puak-puak mereka takut dan yakin, rakyat Permatang Pasir tidak akan berubah jika Anwar diasak bertalu-talu. Maka, jalan terbaik ialah menukar sasaran kepada pemimpin PAS agar rakyat bersimpati terhadap mereka. Tetapi mereka terlupa kerana memikirkan rakyat masih lagi "bodoh dan bangang" seperti puak-puak mereka. Lantaran itulah kita boleh katakan yang senario yang berlaku ini memberi harapan baru kepada rakyat dan pengundi di DUN Permatang Pasir untuk memilih calon PAS, Ustaz Salleh Man sebagai Wakil Rakyat baru kawasan itu nanti].

AL-QURAN HANYA UNTUK PERHIASAN DAN HANTARAN

Bismillahirahmannirahim..

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.

Surah Ar Rad
“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaani rrahim..ALL. .MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.


Anda pengkhianat bangsa dan rakyat Malaysia sekiranya...

Menggadai kepentingan bangsa dan negara termasuk kepentingan Melayu serta Raja-raja Melayu. Tidak menjunjung dasar dan Perlembagaan Persekutuan termasuk soal kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Meminggirkan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahkan mengutamakan bahasa penjajah dipejabat-pejabat, mesyuarat rasmi, perantaraan dalam media, radio, TV, nama-nama jalan contohnya kepada PRECINT.., dalam surat-surat perjanjian pinjaman kereta, perumahan dan lain-lain. Cubalah tune radio dan buat statisti berapa peratus anda jumpa bahasa penjajah berbanding bahasa Melayu dan bahasa ibunda.

Tidak mempertahan bahasa ibunda setiap rakyat. Tidak mempertahankan kedudukan institusi Raja Melayu, bahkan institusi raja hanya alat mempertahankan kuasa.

Mempertikai kedudukan hak istimewa Melayu dan bumiputera dan hak semua kaum yang dijamin dalam Perlembagaan. Sengaja menggunakan sentimen agama, bangsa dan institusi beraja bagi menutup pekung rasuah, penyelewengan yang dilakukan.

Menggunakan propaganda bangsa dan Institusi Beraja agar pemikran rakyat menjadi semakin sempit. Mengamalkan politik kebencian bagi menutup pekung rasuah dan penyelewengan, jenayah dan salah guna kuasa

Menerajui kerajaan, tetapi melakukan skandal menyeleweng dana awam berbillion ringgit, atas nama komisyen kapal selam, pembelian senjata, pemilikan saham kroni, kontrak, lesen dan peruntukan bumiputera, mengaut keuntungan untuk keluarga dan kroni sahaja.

Menghina institusi beraja dengan mengata "menatang", melantik sultan baru sedangkan sultan sedia ada dikasihi rakyat.
Menghina agama Islam dengan membanyakkan lesen judi, gadai gunung dan bukit kepada tauke judi seperti Genting Highland, menggadai kepentingan petani dan peraih kecil Melayu, saham Bernas dijual kepada syarikat asing.
Melabel pemimpin Rakyat sebagai pengkhianat, walhal pemimpin rakyat itulah yang mempertahan dan membela nasib masyarakat miskin dan terpinggir dari semua kaum.
Hanya menjaga periuk nasi tauke-tauke besar Melayu yang mengaut keuntungan lumayan di sebalik peruntukan ke atas Bumiputera.


Pakatan Rakyat Akan Didaftar Sebagai Satu Entiti

PAKATAN Rakyat yang disertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), PAS dan DAP akan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan sebagai satu entiti tidak lama lagi sekali gus mengukuhkan gagasan itu.

Bercakap pada sidang media, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia adalah cadangan pemimpin Pakatan Rakyat yang pernah membincangkan perkara itu sebelum ini.

Beliau berkata, mesyuarat Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat akan datang, bakal memperincikan perkara itu termasuk menyelesaikan beberapa masalah teknikal termasuk peraturan berkaitan bilangan minimum parti.

"Masalah mengenai keperluan penyertaan tujuh parti dalam gabungan Pakatan Rakyat akan diperinci kemudian. Ini bukan undang-undang, ia hanya peraturan pendaftaran sahaja.

"Perkara itu termasuk aspek pendaftaran dan penyusunan dikaji Sekretariat Pakatan Rakyat yang dianggotai Salahuddin Ayub dari PAS; Datuk Zaid Ibrahim (KEADILAN) dan Anthony Loke Siew Fok (DAP)," katanya.

Kajian itu termasuk bentuk pendaftaran, penyusunan dan pendaftararan Pakatan Rakyat secara formal dan hasil laporan akan dibentangkan dalam masyuarat akan datang," katanya.

Sidang media itu turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang serta beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat.

Kedudukan Pakatan Rakyat dianggap longgar berikutan tidak didaftar sebagaimana Barisan Nasional (BN), menjadi antara topik perbincangan dalam Bengkel Memperkasakan Pakatan Rakyat di Tropicana Golf Resort.

Hampir 100 pemimpin utama Pakatan Rakyat dari KEADILAN, PAS dan DAP termasuk Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri menyertai bengkel berkenaan. - Suara Keadilan


Pentas rakan kongsi Rohaizat bela diri

Azamin Amin

PERMATANG PASIR,20 OGOS:Selain nama Teoh,A.Kugan, Altantuya menjadi sebutan dalam beberapa siri ceramah yang semakin 'hangat' sejak semalam, nama Yusri Ishak - rakan kongsi Rohaizat Othman mula muncul sekaligus mahu diberi peluang tampil untuk menangkis tuduhan Umno yang memburukkan beliau

Umno dilihat 'menyucikan' calonnya dan mengalih perhatian, dengan melibas dan menuduh Yusri angkara segalanya. Ini cuba dikuatkan lagi dengan kenyataan Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan yang membela Rohaizat sekaligus 'berlawan' hujah dengan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan berikutan keputusan badan itu memecatnya.

PAS tanpa membuang masa, melalui Bendaharinya Pusat Dr Hatta Ramli mengalu-alukan Yusri untuk menjelaskan kedudukan seterusnya membersihkan namanya yang telah dicalarkan oleh para pemimpin Umno muktakhir ini.

"Kita sediakan pentas untuk Yusri tampil sekarang, jika dia mendengar... dia jadi mangsa dan namanya diburukkan oleh Umno.

"Kita nak dengar apa yang telah dilakukan oleh calon ini.Ada salah-lakukah, pecah amanah wang klien kah....kita semua nak tahu,"katanya dihadapan lebih 200 hadirin, sambil disorak dan disokong.

Sebelum itu,kira-kira 20 minit di Markas Utama PAS Permatang Pasir, bersebelahan ceramah Dr Hatta, puluhan pengamal media dan beberapa anggota polis berpakaian preman berkumpul kerana menantikan kononnya satu sidang media tergempar akan dibuat oleh Yusri bersama pimpinan PAS.

Namun spekulasi yang tersebar luas, oleh pihak tidak bertanggungjawab dinafikan oleh pihak urusetia dan beberapa pimpinan PAS yang dihubungi, menjelaskan bahawa setiap sidang media rasmi hanya akan dibuat 11.00 pagi setiap hari di markas tersebut yang juga Pusat Khidmat DUN Permatang Pasir.

"Ini salah satu taktik nak burukkan nama PAS di hadapan media...bila rasa tertipu,mungkin tulis yang bukan-bukan atau tak nak lagi datang sidang media dah..."kata salah seorang petugas.

Menurut sumber, difahamkan isu salahlaku Rohaizat, akan didedahkan secara terperinci hari ini di Yayasan Salam, dekat sini.

Di sebalik itu,kemeriahan suasana kempen Pilihan Raya Kecil N11 sudah mula terasa, apabila menjelang malam,sudah ramai para peniaga mengambil bahagian- mencari rezeki dan orang ramai mula memenuhi kawasan pesekitaran untuk hadir ke ceramah-ceramah kelompok yang ada.

Ini termasuk ceramah Dato'Seri Anwar Ibrahim di pinggir pekan Permatang Pauh,di banjiri hampir 1,000 orang. Sungguhpun esok masih hari bekerja dan penularan wabak inluenza A H1N1 semakin meruncing di seluruh negara,ia tidak mematah semangat orang ramai hadir dan memastikan Umno untuk terus kalah 7-0.

Namun berlaianan senario di pondok-pondok serta bangsal-bangsa berlambang Umno yang masih kelihatan suram,tidak bermaya, dipenuhi meja dan kerusi tanpa sebarang aktiviti.

Dalam pada itu,calon PAS Ustaz Salleh Man yang ditemubual Harakahdaily,memberitahu walaupun kehidupan hariannya 'berubah sekelip mata' dan sedikit kepenatan melalui pelbagai aktiviti semenjak awal pagi,namun bersemangat apabila melihat sambutan orang ramai dan para petugas jentera PAS serta Pakatan Rakyat yang memberi sokongan terhadapnya.

"Pagi tadi sudah 6 aktiviti sampai petang.Malam ini ada 8 ceramah kelompok,namun alhamdulillah masih bersemangat,"katanya tersenyum tenang.

Sementara itu,Anwar dalam ucapannya menggesa rakyat khususnya pengundi menolak kezaliman Barisan Nasional (BN) terhadap rakyat yang tidak berdosa tanpa mengira kaum.

"Ini bukan masalah saya bela dan utamakan Cina dan India tetapi manusia yang dizalimi. Islam tidak pernah mengizinkan umatnya menzalimi manusia yang lain,"katanya turut merujuk kes Teoh Beng Hock dan A.Kugan.

Secara berseloroh, beliau juga menyeru agar para pengundi 'merayu' dan meminta kerajaan menyajikan pelbagai insentif,habuan,projek dan kemudahan sempena pilihan raya ini,demi kebaikan dan dapat dimanfaat bersama.

"Harap tuan-tuan sekalian,mintalah macam-macam projek pembangunan di sini sebab ramai menteri yang turun ni...betul mintalah untuk kemudahan kita....

"Tapi bila mengundi,fikirlah pakai otak..." katanya sambil disambut sorai hadirin yang tidak berganjak walaupun hujan mulai renyai kira-kira jam 11.00 malam. _


Mahkamah tinggi arah Berita Harian bayar RM150 ribu kepada Mahfuz

Nazri Abdullah

Gambar: Hanipa menunjukkan saman yang disahkan oleh Mahkamah Tinggi hari ini.

KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan syarikat The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad melalui akhbar Berita Harian membayar gantirugi sebanyak RM150 ribu kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berikutan laporan mereka sebelum ini berkaitan dakwaan Mahfuz mengajak seorang menteri bertumbuk dalam parlimen.

Pada sidang media di pejabat Harakah siang atdi, Mahfuz memberitahu keputusan tersebut telah membersihkan dirinya dari fitnah ekoran laporan akhbar itu.

"Saya bersyukur kes ini memihak kepada saya, namun bukan soal jumlah dan nilai wang itu, tetapi yang lebih penting bagi saya adalah nama saya dapat dibersihkan daripada tanggapan negatif yang terkesan dari laporan Berita harian ini," ujarnya pada sidang media tersebut.

Turut hadir sama peguam mewakilinya, Mohamed Hanipa Maidin yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS.

Kes itu mula didengar di Mahkamah Tinggi Sivil, Jalan Duta selepas Pilihanraya umum Mac tahun lalu dan mendapat keputusannya hari ini yang dibuat di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Tuan Mohd Yazid Mustafa

Mahfuz menamakan Dato' Ahmad Rejal Arbee dan NSTP Press Berhad sebagai defendan yang diwakili peguam Nad Segaram.


Saman fitnah Mahfuz itu dibuat ekoran laporan muka hadapan akhbar Berita Harian, 9 November 2000 bertajuk "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk".

Insiden itu berlaku ketika Mahfuz yang pada ketika itu Ahli Parlimen Pokok Sena sedang membentangkan usul tergempar di Dewan Rakyat berhubung keganasan polis dalam menyuraikan himpunan rakyat di Lebuh Raya Kesas berhampiran Jalan Kebun, Klang.

"Berita Harian melaporkan Mahfuz mengajak Ahli Parlimen Tampin, Dato' Shaziman Abu Mansor untuk bertumbuk di luar Dewan sedangkan beliau sebenarnya hanya menjawab cabaran Shaziman."

"Insiden itu direkodkan di dalam handsard Parlimen dan bukti menunjukkan Shaziman yang memulakan cabaran sehingga menuding jari sebagai mengajak Mahfuz keluar dewan namun ditenangkan oleh seorang penyokong kerajaan," jelas Hanipa.

Najib juga perlu bersih diri

Mahfuz pada sidang media sama menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar mengambil tindakan sama dengan mengemukakan saman kepada media yang telah mengaitkannya dengan kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Sharibuu dan juga kes rasuah pembelian kapal selam.

Ianya penting bagi membersihkan imej bukan sahaja diri Najib, malah rakyat dan negara secara keseluruhannya.

"saya kira Datuk Najib perlu mengambil tindakan undang-undang khususnya terhadap media luar negara bagi membersihkan nama baik dia dan lebih besar daripada itu adalah membersihkan nama baik rakyat dan Negara Malaysia. Sehingga hari ini saya tidak lihat Datuk Najib mengambil tindakan undang undang," tegasnya lagi.

Sebelum ini media antarabangsa antaranya akhbar Perancis, Liberation mendedahkan kaitan Najib dengan Altantuya. Bagaimanapun tiada sebarang penafian dibuat.

Isu itu juga telah menyebabkan nama Altantuya diharamkan dalam ceramah-ceramah kempen pilihanraya khususnya pada Pilihanraya Kecil Bukit Gantang.

Siar rakaman sebenar kenyataan Tok Guru

Berhubung hal sama, Mahfuz pada sidang media tadi juga turut menggesa media elektronik, khususnya Radio Televisyen Malaysia dan Media Prima menyiarkan rakaman video atau audio sebenar kenyataan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu "Ahli Umno tak masuk syurga."

Ini kerana katanya tiada sebarang rakaman sebenar disiarkan dalam berita stesyen tersebut dan hanya sekadar menunjukkan gambar Nik Aziz dan kenyataan yang ditafsir sendiri oleh wartawan mereka.

"Saya mintak RTM ataupun TV3 siarkan pertuturan, percakapan Tok Guru yang mengatakan ahli umno tak masuk syurga. Kalau betul ada, kita tengok tepat ke tak, kalau tidak mereka perlu bersedia berdepan tindakan mahkamah, kecuali mereka memohon maaf secara terbuka dan diulang-ulang dalam televisyen," ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini pernah memohon maaf di atas kesilapan memutar belit kenyataan Nik Aziz berhubung cadangan kerajaan perpaduan yang pada waktu itu sedang hangat diperdebatkan yang disiarkan mereka pada 15 Jun 2009.

Kenyataan Nik Aziz dipetik sebagai "nasihat saya mesti didengar"sedangkan kenyataan sebenar adalah "nasihat saya tidak semestinya didengar".

Kota Siputeh selepas Permatang Pasir?

Oleh Nazri Abdullah

ALOR SETAR, 19 Ogos: Mungkinkah akan berlaku satu lagi pilihanraya kecil dalam masa terdekat? Persoalan ini sedang menunggu jawapan berikutan aduan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif yang tidak hadir persidangan dua kali berturut-turut.

Abu Hasan tidak hadir sidang Dun dua kali, masing-masing pada pada 19 April dan 9 Ogos lalu, tanpa sebarang kebenaran Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail.

Mengikut Perkara 51 Undang-undang tubuh Kerajaan negeri Kedah, kerusi mana-mana Adun dikira kosong jika tidak hadir persidangannya dua kali berturut turut tanpa kebenaran Speaker.

Abdul Isa ketika dihubungi berkata, tidak timbul soal surat pemberitahuan kerana Undang undang tubuh negeri menyebut hanya berkaitan kebenaran speaker.

"Bukan soal dia (Abu Hasan) hantar surat pemberitahuan atau tak hantar kepada saya, soalnya saya beri kebenaran atau tidak? Dia tidak berhubung dengan saya. Kalau dia hantar surat seminggu selepas itu pun tidak ada makna," ujarnya ketika dihubungi harakahdaily.

Berikutan itu, Dr. Abdul Isa (gambar) telah menyerahkan surat pemakluman berhubung pelanggaran itu kepada Suruhanjaya Pilihanraya SPR negeri bagi menentukan status jawatan Abu Hasan.

Berikutan itu juga, satu sidang media khas akan diadakan oleh beliau jam 10 pagi esok di pejabat speaker di Wisma Darul Aman.

"Antara lain apa yang saya nak beritahu esok, kenapa kita terpaksa ambil tindakan begitu," ujarnya lagi.

Pada pilihan raya umum lalu, Abu Hasan yang mewakili Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi itu bagi penggal keempat selepas menewaskan calon PAS, Ismail Wan Teh dengan majoriti 1,573 undi.

Jika SPR memutuskan kerusi itu kosong, ini bermakna negara bakal menghadapi pilihanraya kecil yang ke 8 selepas Pilihanraya Umum ke-12 tahun lalu dan yang ke dua bagi negeri Kedah selepas Bukit Selambau.


Selasa, 18 Ogos 2009

Tarbiayyah Untuk AJK & Ahli PAS Putrajaya

Ilmu dan Amal Pandu Hidup Berguna

Usia dan peringkat umur sering dikaitkan dengan tingkah laku seseorang individu. Begitu juga dengan suasana dan keadaan sekeliling yang turut menjadi faktor utama dalam mempengaruhi tindak tanduk seseorang. Oleh itu perjalanan masa jika gagal dimanfaatkan maka ia akan merosakkan manusia yang seterusnya membawa kepada kerugian dan penyesalan. Seseorang turut akan mengalami keruntuhan akhlak dan terjebak dalam pelbagai masalah sosial jika gagal mengawal diri dengan suasana dan keadaan masyarakat sekeliling yang hidup dalam suasana sosial yang teruk.

Apakah ubat mujarab dalam mencegah diri kita daripada dipengaruhi oleh usia dan keadaan sekeliling. Setelah meneliti dengan jiwa yang murni dan pemikiran yang matang maka tiada jawapan selain daripada ilmu agama sahaja yang mampu dijadikan benteng daripada dihakis oleh gelombang arus deras keruntuhan akhlak yang semakin menjadi-jadi tanpa mengira di mana kita berada samada di kota atau di desa.

Apabila seseorang dilengkapi dengan ilmu agama maka setiap tindak tanduknya akan cuba diselaraskan dengan kehendak wahyu bukannya terus hanyut dengan bisikan nafsu. Begitu juga suasana sesebuah masyarakat yang menghidupkan budaya ilmu di kalangan mereka serta memartabatkan tugas amar makruf dan nahi munkar maka setiap individu yang hidup dalam masyarakat ini dapat diselamatkan daripada tenggelam dalam banjir masalah sosial.

Ilmu agama adalah begitu penting untuk membawa diri ke arah mencapai keimaman yang lebih mendalam serta melahirkan diri yang tidak jemu untuk tunduk patuh kepada segala perintah Allah serta menjauhi segala laranganNya. Jika manusia tanpa makanan dan minuman boleh mati kebuluran maka begitulah juga dengan manusia tanpa agama boleh mati kesesatan.

Ilmu agama bukan sekadar berperanan sebagai pengetahuan yang dipelajari hanya untuk diketahui sahaja tetapi ia dituntut agar diamalkan dalam kehidupan seharian. Ilmu sahaja tanpa pengamalan tidak mampu memberi kesan kepada perubahan manusia ke arah yang terbaik. Begitu juga amalan sahaja tanpa ilmu akan membawa kepada banyak penyelewengan yang menyebabkan manusia mencari sesuatu yang dia sendiri tidak tahu apa dan bagaimana ianya mampu dicapai.

Ilmu agama yang dimiliki dan diamalkan oleh setiap individu akan berperanan besar bermula daripada diri sendiri seterusnya mempengaruhi masyarakat sekeliling dan terus berkembang ke peringkat yang lebih luas. Ini bersesuaian dengan sifat agama Islam itu sendiri yang meliputi seluruh aspek kehidupan tanpa terhad kepada masalah peribadi tetapi turut berperanan dalam mengawal gerak geri masyarakat dan pemerintahan negara yang lebih besar.

Kadang-kadang Islam dipersoalkan tentang kemampuannya dalam menangani masalah keruntuhan akhlak akibat daripada jumlah umat Islam yang terlibat dengan pelacuran melebihi 60% , najis dadah, arak dan sebagainya. Ramai yang mendakwa bahawa jika ilmu agama mampu mengawal umat Islam daripada kerosakan dan keruntuhan akhlak ini maka mengapakah perkara negatif ini bukan sahaja terus terjadi malah semakin bertambah.

Adakah jawapan yang biasa didengar iaitu mereka yang terlibat kurang memahami atau mempelajari ilmu agama boleh terus menjadi alasan sedangkan mata pelajaran agama di peringkat sekolah dan universiti semakin dikurangkan. Ilmu tanpa amalan adalah sesuatu yang menjadi jenayah besar dalam Islam. Mengapa ilmu Islam banyak tidak diamalkan. Adakah salah individu semata-mata atau banyak kesalahan disebabkan oleh pengabaian pemimpin dalam memartabatkan ilmu dan pengamalan Islam dalam negara.

Manusia tidak boleh hidup tanpa peraturan di mana ilmu boleh memahamkan mereka tentang halal dan haram tetapi dalam kebanyakan waktu ia tidak mampu mengawal manusia melainkan ada undang-undang pencegah yang menggerunkan mereka daripada terlibat dengan jenayah sosial. Undang-undang pencegah hanya ada pada hukum Islam kerana ada jaminan daripada Allah sedangkan hukuman manusia bukan sahaja tiada jaminan daripada Allah malah dimurkai oleh Allah.

Apabila apa yang diguna pakai samada dari segi pemerintahan, ekonomi, perundangan, sosial dan sebagainya bercanggah dengan Islam maka di sana timbul krisis keyakinan ilmu yang menyebabkan ilmu Islam terabai dan kurang diamalkan di peringkat yang lebih luas. Apabila ilmu Islam dilihat pada pandangan yang sempit iaitu rukun Islam, nikah kahwin sahaja maka umat Islam terus menjauhi ajaran Islam yang menyeluruh. Perkara ini menyebabkan umat Islam sendiri mudah hanyut dengan nafsu serta ditenggelamkan oleh godaan dunia.

Akhirnya umat Islam hanya beribadat khusus sahaja mengikut ajaran Islam sedangkan cara hidup mereka bertentangan dengan kehendak Allah. Bagi golongan ini melihat bahawa cukup sekadar ibadat khusus untuk mengejar kebahagiaan akhirat sedangkan mereka lupa bahawa amalan dunia yang lain turut dihisab oleh Allah di akhirat nanti


Lahirkan Umara’ dan Ulama’ Soleh

Umara’ atau pemimpin yang adil dijanjikan ganjaran yang besar di akhirat nanti dan dia bakal dibayangi oleh bayangan ‘Arasy Allah di hari Mahsyar yang tiada lagi pelindung daripada kepanasan terik mentari melainkan ‘Arasy Allah. Begitu juga dengan ulama’ yang taqwa sentiasa dipayungi rahmat Allah serta dijanjikan syurga dengan segala kenikmatannya. Kedua golongan ini iaitu umara’ dan ulama’ jika baik keduanya akan membawa kebahagiaan kepada umat tetapi jika rosak keduanya maka akan membawa keburukan dan kerosakan kepada umat.

Oleh itu pastikan umara’ yang memimpin merupakan orang yang alim tentang hukum hakam Allah dan amanah dalam menjalankan tugasannya manakala ulama’ pula mesti benar-benar faham agama dan menunaikan segala tugas yang terpikul di atas bahunya bersesuaian dengan tugas sebagai pewaris nabi yang merupakan penerus kepada tugasan yang ditinggalkan oleh para nabi dan rasul. Kuasa yang ada pada umara’ adalah amanah bukannya suatu anugerah untuk digahkan di mana setiap tugasannya bakal dihitung di hadapan Allah nanti.

Ilmu yang dianugerahkan kepada ulama’ merupakan amanah yang mesti disampaikan kepada umat walau pun pahit untuk ditelan dan ia akan disoal di padang Mahsyar nanti. Tugas dan amanah yang dipikul oleh kedua golongan ini begitu besar terutama dalam mengurus urusan dunia berasaskan Islam dan menjaga kesuciaan agama agar tidak diselewengkan.

Bila tugas dan amanah yang dipikul begitu besar maka ganjarannya di akhirat nanti juga begitu besar dengan syarat mereka menjalankan tugas mengikut apa yang wahyu pinta bukannya berdasarkan apa yang nafsu minta. Kegagalan dalam melaksanakan amanah menyebabkan mereka terjerumus ke lembah neraka yang begitu dahsyat penyiksaannya.

Pada hari ini kebiasaannya apabila disebut umara’ dan ulama’ maka akan terbayang diruang mata dua jawatan yang berbeza dipikul oleh dua orang yang berlainan. Berbeza dengan zaman pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin dan beberapa khalifah di zaman khilafah selepas mereka di mana umara’ terdiri daripada golongan ulama’ yang menyebabkan tiada banyak pertikaian dan pertembungan yang berlaku. Khulafa’ ar-Rasyidin terutamanya begitu jelas keilmuan mereka dalam masalah ilmu agama dan mampu pula mentadbir urusan dunia berasaskan apa yang disuruh oleh syarak yang membawa kepada kurangnya pertembungan antara umara’ dan ulama’.

Keadaan agak berlainan apabila umara’ dipilih samada melalui amalan monarki atau pilihanraya dan sebagainya terdiri daripada mereka yang jahil maka pertembungan golongan ini dengan golongan ulama’ begitu jelas dan ketara sekali. Apabila umara’ terdiri daripada mereka yang jahil tentang hukum hakam agama menyebabkan ulama’ turut berpecah di mana ada ulama’ yang bangun menentang kezaliman dan kesesatan yang berlaku dan ada pula ulama’ yang mengambil sikap berdiam diri serta ada juga ulama’ yang berdamping dengan umara’.

Ulama’ yang berdamping dengan umara’ pula terbahagi kepada ulama’ yang mampu memberi nasihat kepada pemimpin atau pun ulama’ yang hanya bertindak mendengar nasihat dan mengampu pemimpin sahaja. Tindakan ulama’ yang berdamping dengan umara’ yang jahil akan memberi kesan positif dan negatif bergantung kepada sikap umara’ samada mahu menerima pakai nasihat ulama’ atau menentangnya. Apa yang paling banyak berlaku dalam sejarah Islam ialah apabila terlantiknya umara’ jahil maka banyak nasihat ulama’ yang tidak berkenan dengan nafsu mereka ditolak.

Apa yang lebih malang ialah apabila terlantiknya umara’ jahil didampingi pula oleh ulama’ palsu atau jahat maka keadaan bertambah buruk apabila ulama’ jahat ini bertindak menghasut umara’ jahil untuk melakukan kezaliman dan kesesatan termasuk memenjara malah membunuh golongan ulama’ yang bangun menentang kezaliman dan kesesatan mereka sebagaimana pernah di hadapi oleh imam Syafie, imam Ahmad bin Hanbal dan selainnya dalam berhadapan dengan golongan sesat muktazilah yang berselindung di sebalik khalifah yang dikuasai oleh mereka.Oleh itu umat Islam mestilah menambah ilmu setakat yang termampu dalam mengenali siapakah yang dimaksudkan dengan umara’ jahil dan ulama’ palsu.

Umat Islam hari ini berpecah akibat kejahilan yang membawa kepada kedegilan untuk tunduk di bawah panji Islam. Perpecahan bertambah celaru akibat pemimpin yang jahil dan ulama’ yang terlalu ditekan sehingga banyak kesesatan dan kezaliman tidak mampu ditangani dengan sebaiknya. Perpaduan boleh dicapai apabila pemimpin turut bersatu dengan mengikut kehendak Allah dan rasulNya dan golongan ulama mestilah dibebaskan untuk bersuara dalam menyatakan kebenaran. Ulama’ boleh bersatu atas kebenaran dan boleh bertindak sebagai penasihat dalam pembinaan tamadun kebendaan dan kemanusiaan. Sebaliknya apabila ulama’ yang tiada kuasa ditambah dengan umara’ jahil yang menekan mereka akan menyebabkan suara ulama’ tidak mampu direalisasikan.

Ulama’ boleh bersatu untuk mengharamkan arak, judi, zina, murtad, riba dalam memastikan kerosakan akhlak dan aqidah serta kemunduran ekonomi dapat ditangani tetapi kuasa untuk melakukannya terletak pada tangan umara’ di mana jika umara’ mendengar kesatuan suara ulama’ maka sudah tentu masalah ini dapat diselesaikan dengan jaya tetapi jika ulama’ sahaja bersatu memberi pendapat sedangkan umara’ bersatu menentang resolusi yang dibuat maka tiada hasil yang dapat dilihat malah kerosakan dan kezaliman terus bertambah melarat.

Ulama’ sentiasa membuka jalan untuk bersatu dan memang ulama’ wajib berlapang dada dalam menyatukan umat dengan syarat kesatuan pemikiran dan tindakan mestilah berlandaskan al-Quran dan Sunnah bukan selainnya. Apa yang menjadi masalah sekarang ialah golongan umara’ yang terus memerangi ajaran Islam yang lengkap walau pun telah dinasihat secara lembut atau ditegur secara terang. Oleh itu masalah perpecahan umat bukan salah ulama’ tetapi akibat kejahilan umat dan tindakan keras umara’ dalam memerangi ajaran Islam yang menyeluruh.

GAMBAR SEKITAR PENAMAAN CALON PRK P. PASIR




Para pimpinan PR yang tiba awal berkumpul dijalan masuk terlebih dahulu sebelum mereka berarak masuk ke dalam Pusat Penamaan calon.

Perarakan masuk calon ke Pusat penamaan diiringi oleh Tan Sri khalid Ibrahim,Dato Seri Nizar,Yb Salahuddin Ayub,Yb Mansor Othman,Yb Mahfuz Omar dan beberapa lagi pimpinan yang lain.Kehadiran para penyokong turut mengiringi barisan Calon dan Pimpinan.

Antara pimpinan yang tiba selepas itu ialah Dato Seri Anwar ibrahim,Tuan Guru Haji Hadi,Yb Lim Guan Eng dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.




UMNO Tak Mampu Serang Calon PAS

Umno tidak akan menggunakan kaedah "serang calon" kerana calon yang diketengahkan oleh PAS tidak ada kriteria yang boleh UMNO BN serang atau pertikaikan.

Itulah jawapan kebanyakan pengundi Permatang Pasir mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang menyatakan bahawa "BN tidak serang peribadi calon".

PAS telah mencalonkan Persuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustadz Mohd Salleh Man sebagai calon untuk menentang Rohaizat Othman, seorang calon yang bermasalah dari Barisan Nasional.

Ustadz Mohd Salleh Man diakui sendiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng sebagai calon yang bersih dan berkelayakan serta boleh melaksanakan tugasnya dengan baik.

Berbanding dengan calon Barisan Nasional dimana sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyatakan "tak boleh ada pekung di dada", yang ditujukan kepada sesiapa yang berhasrat menjadi seorang ahli politik ataupun pemimpin, demikian lapor harakahdaily.

"Apabila ada sesuatu kesalahan dilakukan, tidak dapat tidak rakyat akan dapat tahu... kita tidak boleh sembunyikan.

"Sebab itu kalau hendak jadi ahli politik ataupun pemimpin, jangan terlibat dengan benda-benda yang tidak baik," katanya.

Sehari selepas kenyataan Dr Mahathir itu, muncul pula berita dalam sebuah akhbar tempatan yang melaporkan calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir, Rohaizat Othman dipecat dari Majlis Peguam.

Prosiding pemecatannya dibuat di bawah Seksyen 103D Akta Akta Profession Guaman 1976. Seksyen tersebut melibatkan salah laku seseorang peguam.

"Kesalahan itu adalah tanggungannya sendiri dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat sendiri yang dinamakan oleh pihak pengadu dan bukan rakannya.

"Rohaizat dipecat pada 7 Mac tahun lalu dan beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berikutan keputusan Majlis Peguam itu, di mana mahkamah juga menolak rayuannya pada 12 Ogos tahun ini," akhbar The Edge semalam melaporkan kenyataan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan.

ImageRagunath berkata, kesalahan yang dilakukan itu melibatkan wang pemegang amanah Koperasi Pekebun Getah dan tidak ada akaun untuknya.

"Apabila lembaga menyiasat perkara ini dan perintah dibuat, tidak dipulangkan kepada pemegang amanah melibatkan wang berjumlah RM140,000.

"Walaupun anda membayarnya, tetapi kesalahan telah dilakukan dan ia merupakan kesalahan yang serius kerana ia melibatkan transaksi dengan wang pelanggan.

"Jika anda tidak bersalah, anda tidak akan didapati bersalah oleh ahli jawatankuasa disiplin dan tuduhan di bawah Seksyen 103D sama seperti salah laku jenayah," katanya lagi.

Laman web Majlis Peguam di bawah tajuk "Disciplinary Orders: January-March 2008" menyenaraikan nama Rohaizat sebagai salah seorang yang digugurkan dari majlis itu.

Apabila Ragunath menyebutkan "kesalahan yang serius" dan "sama seperti salah laku jenayah," persoalan yang timbul ialah adakah para pengundi di Permatang Pasir akan mengundi seseorang yang terdedah kepada tuduhan mempunyai pekung di dada?

Adalah dipercayai, isu pemecatan Rohaizat dari Majlis Peguam akan akan menjadi isu utama yang berpanjangan sepanjang pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Satu lagi persoalan yang timbul ialah mengapa BN khususnya Umno membelakangkan ingatan Dr Mahathir dan berkeras mahu mencalonkan seseorang yang terdedah kepada tuduhan mempunyai pekung di dada?

Jika dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Dr Mahathir menyifatkan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon BN di dalam pilihan raya kecil itu sebagai "benar-benar pilihan yang sangat buruk," adakah Rohaizat "benar-benar pilihan yang sangat baik"?

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails