SELAMAT DATANG

Sabtu, 19 September 2009

Khutbah Aidilfitri 1430H

KHUTBAH PERTAMA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Firman Allah dalam ayat 2 dan 3 surah at-Talak :

…..وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Maksudnya : ….dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,

Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Sempena berada pada hari mulia ini, marilah kita sama-sama bermuhasabah menghitung diri tentang hasil tarbiah Ramadhan yang baru lalu samada berjaya melahirkan kita sebagai umat bertaqwa atau sebaliknya. Kita memohon kepada Allah agar tidak termasuk dalam golongan yang dijauhkan dari pada rahmat Allah iaitu golongan yang sempat bertemu Ramadhan tetapi tidak diampunkan oleh Allah.


Kita diminta agar membesarkan Allah atas nikmat hidayah dan kekuatan yang dianugerahkan untuk sama-sama menunaikan ibadat puasa Ramadhan sebagai tanda syukur berterima kasih kepada Allah. Oleh itu Allah menganugerahkan nikmat hari raya ini disamping menggariskan cara yang sepatutnya dilakukan agar benar-benar syukur kepada Allah bukannya memuja hawa nafsu dengan amalan maksiat derhaka kepada Allah ketika berhariraya.

Firman Allah dalam ayat 185 surah al-Baqarah :

….وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Maksudnya : … Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Gema takbir membesarkan Allah dan tahmid memuji Allah yang berkumandang setiap kali tibanya hari raya mestilah meresap ke dalam hati sanubari.

Takbir kemenangan ini bukan sekadar ucapan tanda hariraya malah ia pernah diucapkan ketika menyambut kemenangan gemilang nabi Muhammad s.a.w bersama tentera Islam ketika berdepan dengan tentera bersekutu kuffar dalam peperangan Ahzab atau Khandak yang berlaku pada bulan Syawal berlarutan sehingga awal bulan Zulkaedah tahun 5 Hijrah yang kita sentiasa laungkan kalimah وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُyang bermaksud : Dan Dialah (Allah) yang telah memenangkan tenteraNya serta mengalahkan tentera Ahzab. Takbir kemenangan ini terus dilaungkan sebagai memberi motivasi semangat kepada umat Islam dari dulu hingga kini bahawa kemenangan Allah pasti datang bila kita telah memenuhi syarat kemenangan walau pun terpaksa berdepan dengan pelbagai serangan musuh.

Adakah layak untuk kita mengaku bahawa kita telah menang sekiranya melawan nafsu pun kalah terutama ketika menyambut hariraya dengan hiburan melalaikan, pergaulan lelaki perempuan tanpa batasan, membuka aurat. Golongan menang yang sebenar ialah orang yang keluar daripada tarbiah Ramadhan dengan pengampunan dosa serta menghiasi Syawal dengan amal ibadat. Ingatlah bahawa kita mahu bergembira, memakai baju baru, memakan hidangan yang lazat bukan setakat di dunia fana ini malah yang lebih dirindui di Syurga Allah di akhirat sana. Biarlah kita hanya menangis ketika orang lain bergembira menyambut kelahiran kita asalkan kita bergembira menemui Allah ketika orang lain bersedih menangisi kematian kita

Muslimin/mat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 132 surah Taha :

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلاَةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى

Maksudnya : Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa

Berlalunya Ramadhan bukan bermakna kita turut menjauhi al-Quran dari segi pembacaannya mahu pun perlaksanaannya dalam kehidupan seharian. Jatuh bangun, berjaya atau gagalnya umat Islam bergantung kepada sejauh mana kita mendekati al-Quran. Pembentukan sebuah negara yang berkat bermula dengan pembinaan keluarga mengikut acuan al-Quran di mana perancangan untuk melahirkan generasi yang beriman dan bertaqwa bukan bermula setelah anak lahir ataupun setelah nikah sebaliknya ia bermula ketika mencari pasangan hidup lagi.

Ibubapa hari ini ramai yang bekerja maka memerlukan masa yang begitu padat untuk berperanan mendidik anak-anak sesuai dengan peredaran zaman ini yang begitu banyak faktor perosak seperti tv, internet, majalah, rakan sebaya, suasana sekitar yang tidak dikawal. Jangan hanya menyerahkan bulat-bulat peranan mendidik anak-anak kepada guru di sekolah memandang sistem pendidikan negara yang lebih menumpu kepada menekankan kejayaan dalam pelajaran melalui peperiksaan untuk mendapat sijil tanpa menitikberatkan proses pendidikan.

Ini disebabkan sistem pendidikan negara lebih menumpu kepada usaha melahirkan manusia yang mahir tentang pasaran kerja semasa atas alasan tuntutan fardhu kifayah sehingga banyak mengabaikan peranan agama yang fardhu ‘ain. Ini akibat membarahnya fahaman kapitalis yang menjadikan manusia sebagai modal untuk mengaut keuntungan dan juga dualisme pendidikan yang memisahkan akademik dengan agama. Kita begitu bimbang bila mendengar suatu kajian di mana 95 peratus pelajar sekolah menengah dan sekurangnya 60 peratus pelajar universiti tidak lengkap solat.

Agensi Anti Dadah Malaysia (AADK) pula menyatakan seramai 306 murid di beberapa buah sekolah rendah di negara ini dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah bagi tahun ini sahaja. Sistem pendidikan makin celaru apabila pelajar dijadikan bahan kajian seperti pelaksanaan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa penjajah. Usaha jahat anak didik penjajah ini bakal menguburkan peranan bahasa Malaysia sebagaimana penghapusan tulisan jawi sebelum ini yang menyebabkan lahirnya ramai rakyat yang buta al-Quran dan agama.

Begitulah dalam jangka panjang bahasa Malaysia yang turut menjadi bahasa dakwah akan terkubur bersama agama bila orang Melayu sendiri akan kehilangan bahasa rasmi manakala untuk menyampaikan agama Islam kepada bangsa lain terpaksa belajar bahasa penjajah. Sebagaimana penukaran cuti hari Jumaat kepada hari Ahad yang menyebabkan susah untuk solat Jumaat dan umat yang telah sedia malas sembahyang semakin bertambah malas.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam ayat 71 surah al-Mukminun:

وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ ۚ بَلْ أَتَيْنَاهُمْ بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَنْ ذِكْرِهِمْ مُعْرِضُونَ

Maksudnya : Dan Sekiranya kebenaran itu tunduk menurut kehendak hawa nafsu mereka nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta apa yang ada padanya. Bahkan Kami telah berikan kepada mereka itu al-Quran untuk kehormatan sebutan mereka namun mereka tetap berpaling daripada kehormatan itu.

Kegagalan menghidupkan al-Quran dalam sistem ekonomi menyebabkan meluasnya jurang antara orang kaya dan miskin kerana dibiar keperluan rakyat dimanopoli oleh syarikat tertentu sahaja seperti gula. Begitu juga apabila saham BERNAS mula dikuasai oleh orang asing yang membahayakan sedangkan makanan asasi adalah keselamatan dan kedaulatan negara. Kenaikan harga minyak yang dikelirukan dengan nama sebagai hadiah sambutan Merdeka bakal menambahkan bebanan rakyat sedangkan dalam masa yang sama boleh membazir RM 16 juta wang rakyat untuk projek mengejar pingat emas pertama di Sukan Olimpik London 2012.

Begitu juga apabila al-Quran tidak diberi ruang dalam mendidik dan merawat masalah rakyat menyebabkan tahap keselamatan negara kian meleset akhir-akhir ini sebagaimana didedahkan Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia (WEF) bagi 2009-2010, ranking keselamatan negara telah jatuh 25 tangga kepada kedudukan ke-85. Masalah rasuah dan pecah amanah bermula daripada pemimpin atasan hingga rakyat bawahan termasuk dari kalangan pihak keselamatan memusnahkan keamanan negara. Kerahan anggota keselamatan ke tempat yang tidak sepatutnya bagi menjaga kepentingan pemimpin sehingga mengabaikan penjenayah turut menambah masalah yang sedia ada.

Oleh itu sudah sampai masanya untuk kita kembali memperkasakan peranan mahkamah Syariah dan perundangan Islam ketika banyak pihak cuba melemah malah menghapuskannya terutama bila heboh masalah hukum sebat terhadap model Kartika oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang kerana minum arak di khalayak ramai. Kita mengecam permintaan NGO dan Majlis Peguam yang meminta supaya kerajaan menghapuskan hukuman sebat bagi semua kesalahan. Sebab penentangan antaranya Pertama mereka jahil tentang beza antara hukuman sebat sivil yang zalim dengan sebat Islam yang adil. Kedua bertujuan supaya undang-undang hudud gagal dilaksanakan. Ketiga supaya orang kenamaan dan kroni yang terlibat dengan arak tidak turut terkena hukuman ini sebagaimana kita dikejutkan dengan laporan orang Melayu dilantik sebagai pengarah dalam syarikat pengeluar arak terbesar Filipina.

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 36 surah ar-Ruum :

وَإِذَا أَذَقْنَا النَّاسَ رَحْمَةً فَرِحُوا بِهَا ۖ وَإِنْ تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَ

Maksudnya : Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa

Ketika seronok menyambut hariraya maka tidak lupa untuk kita sama-sama merenungi tentang serangan selsema babi yang telah meragut 74 nyawa setakat ini menyedarkan kita bagaimana kehebatan Allah di mana Islam menganjur keselamatan dengan berwudhu’, baca basmalah, doa ma’thurat, baca al-Quran, solat, puasa, penggunaan tanah untuk membasuh anggota tubuh dan pengambilan habbatus sauda’ dan berpurdah yang sentiasa bersih bagi wanita. Yang paling penting ialah dengan menghindari daripada derhaka kepada Allah.

Kita begitu sedih dan marah dengan kenyataan menghormati Ramadhan dan takut selsema babi menyebabkan sambutan kemerdekaan disambut sederhana tetapi bila konsert kumpulan hip hop Amerika Black Eyed Peas di Sunway Pyramid pada 25 September ini sempena ulangtahun ke 250 jenama arak Guiness Stout maka segalanya halal. Ditambah dengan kenyataan menteri bahawa tak boleh halang orang Islam untuk hadir hiburan merosakkan ini sedangkan bila bab ISA, tembak pemedih mata kepada rakyat yang berdemontrasi ada pula kuasa. Silap pilih pemimpin derita dunia akhirat. Kata syair : Sesungguhnya pemimpin yang jahat naik memerintah kerana majoriti rakyatnya yang jahat juga, pemimpin yang baik dipilih bila majoriti rakyatnya baik

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

KHUTBAH KEDUA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ
Firman Allah dalam ayat 46 surah al-Anfal :
وَأَطِيعُوا اللهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar

Muslimin/mat yang dirahmati Allah

Takbir kemenangan yang dilaungkan bukan setakat laungan tetapi mesti diusahakan dalam memenuhi segala syarat kemenangan antaranya [1] Teguh hati [2] Zikrullah [3] Taat kepada Allah dan RasulNya [4] Tiada perselisihan [5] Sabar [6] Ikhlas.

Syarat ini mesti dipenuhi ketika berhadapan dengan serangan musuh dari segenap penjuru terutama atas nama memerangi keganasan maka umat Islam sahaja yang menjadi sasaran seperti di Selatan Thailand, Mindanao Filiphina, Palestin, Iraq, Afghanistan, Kashmir, Chechnya dan lainnya. Dunia menyaksikan bagaimana Marwah Syarbini yang mempertahankan tudungnya dibunuh dengan 7 kali tikaman di sebuah Mahkamah Jerman.

Begitu juga bila Kerajaan China kembali mengeluarkan peraturan yang tidak adil terhadap muslim Uighur yang diancam akan diberhentikan dari pekerjaannya jika diketahui tidak makan pada waktu makan siang. Kempen makan siang, teh, dan kopi diberi percuma sebagai taktik untuk mengetahui siapa yang berpuasa. Para pemilik restoran Muslim dipaksa menandatangani sebuah dokumen yang menyatakan bahawa restoran akan tetap dibuka dan menjual minuman beralkohol dibulan Ramadhan, jika tidak lesennya akan ditarik. Para imam masjid dipaksa untuk berceramah kepada yang lain bahawa puasa adalah aktiviti yang berbahaya bagi kesihatan. Jika tidak, kewarganegaraan mereka akan ditarik balik. Tiada guna merayu pada musuh, tiada manfaat mengadu kepada seteru. Apa yang diharapkan ialah bantuan daripada saudara seagama yang lebih takut kepada Allah daripada musuh durjana, saudara yang lebih pentingkan akhirat daripada dunia.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Selamat hari raya Eidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم )

Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Apabila Memilih Pemimpin tidak Berjiwa Islam dan Bertaqwa

Bila pemimipin tidak bertaqwa, maka hatinya akan dikerumini oleh nafsu nafsu jahat.Antaranya ego, sombong, takabur,riak, ujub, menzalimi, berdiskriminasi, pilih kasih, gila kuasa, tidak adil,berburuk sangka, berhasad dengki, terutama sesama pemimipin, menggunakan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan dunia semata mata, menghukum sesuka hati, takut dengan rakyat sendiri, bersifat pemarah dan bermewah mewah.

Sukar sekali untuk kita cari seorang menteri atau wakil rakyat yang suka merendah diri dan merasa dirinya setaraf dengan orang lain, tidak berbangga dengan kuasa, tidak rasa dirinya istimewa, berlaku adil dan lemah lembut, berbaik sangka, berkasih sayang sesama pemimipin, mengunakan kuasa untuk kepentingan Islam dan kehidupan Akhirat, berhati hati ketika menghukum, suka memaaf dan hidup ala kadar, iaitu sekadar keperluan.


Bila hati pemimpin dan sikapnya sudah rosak, kotor dan jahat sekali, maka tentu pimipinannya berjalan dengan bentuk dan arah yang sama yaitu kearah kerosakan, kekotoran dan kejahatan, samada mereka sedar atau tidak, mahu atau tidak mahu.Memimpin bukan untuk menyelamatkan umat tapi kerana mempertahankan kuasa.Buat kebaikan bukan secara rela tapi terpaksa, sebab takut dihukum atau dikata nista oleh rakyat.

Berlaku zalim, kejam, bermewah mewah,berpoya poya dengan maksiat mungkar.Kalau ada pun pemimpin yang baik, tapi kalau bukan atas dasar Islam dan taqwa, nescaya dia akan mencari kepentingan diri dan tidak tahan di uji. Dan ini akan membawa kepada 1001 masaalah kepada dirinya dan kepada rakyat.Sebagai contoh, lihatlah di Malaysia hari ini.Pemimpin yang tidak bertaqwa telah menjadikan Rakyat Malaysia berpecah belah, bergaduh dan bersengit hati sesama sendiri.Bahkan di kalangan ,mereka pun sama, berdendam berdengki.

Apa alasan dan penyelesaian pada semua ini? Sebab ekonomi kurang?, sebab kebodohan rakyat?, sebab kemajuan tidak seberapa? Sebab ilmu tidak ada? Sebenarnya semua itu di sebabkan manusia manusia tidak bertaqwa.Yang mana kalau masyarakat kita BERTAQWA, nescaya Allah lepaskan kita dari sebarang kesulitan dan masaalah, dan menjadikan Negara kita Negara yang aman, makmur dan mendapat keampunan Allah SWT.


Jumaat, 18 September 2009

PAS serius mahu tembusi kem askar

Bagi mendapatkan undi pemilih pos – yang sering dicurigai hanya memenangkan calon BN – di Bagan Pinang, Pemuda PAS berhempas-pulas untuk menembusi kem-kem tentera dan balai polis.

"Kita akan minta kebenaran daripada komandan kem untuk masuk berkempen.

"Kalau tidak boleh masuk ke dalam (kem), di tepi pagar pun kita akan pergi," kata ketua penerangan dewan itu Suhaizan Kaiat hari ini.

Suhaizan, yang juga pengerusi jawatankuasa undi pos Pemuda PAS, menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mendesak calon-calon parti bertanding, khususnya pembangkang, diberikan ruang berkempen di kawasan-kawasan tersebut.


Dalam memorandum tersebut, Pemuda PAS turut membantah keras penggunaan Borang 2 – yang merekodkan maklumat peribadi pemilih polis dan nombor siri kertas undi – dan penetapan tempat khusus bagi pembuangan undi secara pos.

Daripada 13,664 pemilih berdaftar di Bagan Pinang yang layak membuang undi pada 11 Oktober ini, 4,604 terdiri daripada pemilih pos.

PAS sejak awal minggu lepas membangkitkan kembali isu undi pos.

Parti itu malah mendakwa mantan pengerusi SPR Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman pernah berjanji untuk mengkaji semula prosedur undi pos.

Dihubungi Malaysiakini petang ini, Suhaizan menambah, jika terdapat halangan berkempen di kalangan anggota pasukan pertahanan itu, PAS masih berharap dapat mendekati pengundi melalui risalah di depan pintu masuk kem.

Beliau, juga ketua Pemuda PAS Johor, berkata usaha mendekati pemilih pos di kem-kem tentera dan balai polis akan digiatkan selepas sambutan Aidilfitri, beberapa hari lagi.

Sayap PAS itu bercadang mengirim surat kepada Kem Tentera Port Dickson, Teluk Kemang bagi mendapatkan kebenaran berkempen sempena pilihan raya kecil Bagan Pinang, bermula 3 Oktober nanti.

Diminta mengulas butiran pertemuan dengan seorang pegawai SPR di Putrajaya, Suhaizan berkata, suruhanjaya itu berjanji akan mempertimbangkan tuntutan dalam memorandum tersebut.

MalaysiaKini/-

Parti Politik Tak Dibenar Berkempen Dalam Kem Tentera

SEREMBAN, 18 Sept (Bernama) -- Parti politik tidak dibenarkan berkempen dalam kem tentera kerana bentuk tugas anggota tentera bersifat keselamatan di tahap yang tinggi, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

"Rosak negara ini kalau askar ini diberi kebenaran untuk berparti politik. Kalau dia nak berpolitik lepas bersara, itu lainlah," katanya kepada pemberita di sini selepas menyampaikan sumbangan hari raya Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) peringkat Negeri Sembilan kepada 234 penerima melalui skim bantuan kebajikan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV).


Pada Khamis, Pemuda Pas mendesak agar parti itu dibenarkan berkempen di kem-kem tentera pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan kawasan Bagan Pinang pada 11 Okt ini. Terdapat beberapa kem tentera dalam kawasan itu yang didiami ramai pengundi pos terdiri anggota tentera.

Abdul Latiff berkata anggota tentera dibenarkan mengundi pada pilihan raya kerana itu hak mereka di sisi perlembagaan negara.

"Negara kita sebuah negara demokrasi, bermakna anggota tentera bebas untuk mengundi. Sebab itu ada juga di kalangan mereka ini mengundi parti pembangkang. Jadi, apa pasal dia (pembangkang) nak takut.

"Adakah bila dia (tentera) mengundi parti pemerintah tak bagus, tapi kalau mengundi dia (pembangkang) bagus dan ini (baru) dikatakan satu pilihan raya yang adil?" katanya.

Abdul Latiff juga berkata Akta Veteran ATM kini di peringkat draf terakhir sebelum dibawa ke kabinet dan Parlimen untuk diluluskan.

Katanya undang-undang itu dirangka untuk membela nasib anggota tentera keseluruhannya.

-- BERNAMA

Jangan Calonkan Isa Samad - Dr Mahathir

PUTRAJAYA, 19 Sept (Bernama) -- Jangan letak Tan Sri Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

"Tan Sri Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini.

"Kalau pun dia (Isa) boleh menang di situ, kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno," katanya dalam temuramah dengan Bernama.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas ura-ura Isa turut disenarai sebagai calon bagi pilihan raya kecil itu.


Dr Mahathir berkata walaupun Umno bahagian Teluk Kemang yang diterajui Isa sendiri mahukan dirinya bertanding, mereka perlu ingat bahawa pilihan raya kecil itu bukan melibatkan wakil dari Umno bahagian itu sahaja yang bertanding.

Ini kerana rakyat akan melihatnya sebagai mewakili Umno dari seluruh negara dan menggambarkan pendirian Umno, katanya.

"Macam satu orang boleh menang jadi Presiden Umno tapi tak bermakna dia boleh menang pilihan raya," katanya.

Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

Pilihan raya kecil kawasan itu akan diadakan pada 11 Okt dan penamaan calon pada 3 Okt. Ia diadakan berikutan kematian Azman Mohammad Noor dari Barisan Nasional pada 4 Sept akibat jangkitan dalam darah.

Mengenai kemelut MCA, Dr Mahathir berkata ia boleh selesai sekiranya para pemimpin parti meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi.

Mereka, katanya, perlu sedar yang utama parti dan bukannya mereka.

"Seorang pemimpin tidak akan membuat sesuatu untuk merosakkan parti," katanya.

"Kalau you (pemimpin) tahu you dah tak layak kerana apa-apa. You berhenti. Jangan nak pegang (jawatan) saja," katanya.

Beliau berkata pemimpin harus sedar kerana partilah, mereka mendapat kedudukan.

Sehubungan itu, kata Dr Mahathir, mesyuarat agung luar biasa MCA boleh menyelesaikan kemelut parti itu jika para pemimpin parti itu mengutamakan kepentingan parti.

Kemelut MCA itu menjadi hangat apabila timbalan presiden parti itu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dipecat kerana masalah disiplin berhubung isu skandal seksnya.

-- BERNAMA


Bagan Pinang: 59.6% mahu Isa Samad calon BN

Nazri Abdullah

SHAH ALAM, 18 Sept: Menjelang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan. Kaji selidik awal sebuah firma penyelidikan bebas, Ilham Centre mendapati pengundi di DUN berkenaan setuju mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dipilih sebagai calon BN.

Rata- rata responden berpendapat, legasi Isa perlu diberi tempat semula kerana lebih memberi keuntungan kepada mereka berbanding Menteri Besar sekarang Datuk Seri Mohamad Hassan.

Biarpun peratusan itu agak besar, namun responden masih meletakkan kerisauan terhadap Isa.

Ini kerana Isa pernah dikaitkan dengan pelbagai skandal penyalahgunaan kuasa khususnya isu rasuah pada pemilihan UMNO empat tahun lalu, isu kronisme dikalangan ahli keluarga dan ahli parti di sekitar Port Dickson khususnya di kawasan Si Rusa, Teluk Kemang dan Bagan Pinang sehingga membawa kepada masalah dalaman parti yang meruncing.


Kajian juga menunjukkan 48.5 peratus meletakkan faktor calon lebih penting berbanding 41.8 peratus kekuatan perti untuk menang pilihanraya itu. Manakala 8.1 peratus yang lain tidak pasti.

Selain itu kajian itu juga mendapati Umno sukar untuk menang dengan majoriti besar kerana berdepan pengundi muda luar kawasan yang dilihat lebih bermaklumat.

45.9 peratus dari pengundi muda yang ditemui yakin undi Umno BN tidak banyak di saluran 4 dan 5. Manakala 32.3 peratus pula yakin rekod prestasi wakil rakyat BN lalu bukan sahaya tidak boleh mambantu namun memberi beban kepada kemenangan BN itu sendiri.

Pada kajian itu juga, 57.2 peratus pengundi menjangkakan Pakatan Rakyat diwakili PAS akan bertandingmelawan BN. Manakala hanya 32.8 peratus meletakkan harapan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding biarpun Parlimen Teluk Kemang milik parti itu.

Dalam temubual mereka sepanjang kajian bermula 15 hingga 16 September lalu itu mendapati sebanyak 34.8 peratus bersetuju untuk menyatakan bahawa UMNO adalah parti yang bersifat perkauman, hanya 32.8 peratus responden tidak bersetuju dengan kenyataan itu manakala 32.3 peratus memberikan respon tidak pasti.

Selain perkauman, 52.0 peratus bersetuju bahawa UMNO-BN adalah parti rasuah dan sering terlibat dengan skandal moral yang memungkinkan akan terjejasnya sokongan pengundi muda.

Manakala hanya 22.2 peratus menyatakan tidak setuju yang kebanyakkan mereka merupakn pengundi di saluran 1 dan 2 yang juga merupakan penyokong tegar kepada UMNO-BN.

Berkenaan undi pos pula, 47.0 peratus responden bersetuju BN sangat bergantung kepada undi Pos untuk menang, 11.1 tidak bersetuju manakala 41.9 tidak pasti.

Kebanyakan anggota tentera yang ditemubual beranggapan bahawa sistem undi POS sekarang adalah tidak telus dan diguna bagi memberi kelebihan kepada BN.

Kesimpulan kajian tersebut menunjukkan Barisan Nasional (BN) menghadapi saingan yang sukar dan sengit untuk terus memenangi kerusi N31 ini sekiranya PAS hadir dengan semangat dan kerjasama yang padu bersama dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat (PR).

Kesemua kajian tersebut dijalankan secara temubual disamping pemerhatian terus dan penglibatan di lapangan.

Pecahan responden pula adalah 53.0 peratus pengundi Melayu, 30.8 peratus Cina dan 12.1 peratus adalah India.

Respondan juga dipilih berdasarkan komposisi kaum dan lokaliti Unit Peti Undi (UPU) mengikut satu satu saluran.

Kajian melibatkan responden di kawasan bandar dan luar bandar di 8 buah UPU iaitu Ladang Atherton, Pekan Siliau, Ladang Bradwall, Sua Betong, Taman Eastern, Kampung Bagan Pinang, Si Rusa dan Teluk Kemang). _

Jika memerintah, PAS jamin beri keadilan untuk semua

Dzulfikar Mashoor

TELOK KEMANG, 18 Sept: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam memberi jaminan bahawa PAS berdiri atas prinsip keadilan Islam akan terus memelihara hak semua rakyat, tanpa mengira bangsa, kepercayaan dan status sosial.

"Islam memberi hak kepada orang Islam dan bukan Islam. Sesuatu yang tidak dilarang oleh agama lain, jika PAS memerintah, maka PAS tidak akan haramkan," katanya.

"Tetapi, seperti babi, arak, rasuah, maksiat yang ditegah ke atas orang-orang Islam, maka tidak boleh dijual kepada orang Islam. PAS mahu mendidik umat Islam supaya menjauhinya," katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut menyentuh isu bantahan pemindahan kuil ke Seksyen 23; dan kes pemindahan kandang babi yang dipercayai khalayak sebelum ini didalangi Umno.

"Di Selangor, Umno nak tunjuk merekalah yang mempertahankan Islam walhal kerajaan Umno lalu menipu orang Islam sendiri dengan membina taman perumahan tanpa ditunjukkan wujudnya kuil berusia 150 tahun dalam plan kepada pembeli-pembeli rumah (di Seksyen 19).


"Mengarak kepala lembu, bukan sahaja menjadikan mereka menghina kepercayaan penganut Hindu, tetapi menunjukkan mereka tidak memahami ajaran Islam yang sebenar.

"Umno sanggup tidak menyelesaikan kes kandang babi di kawasan awam di Kedah berpuluh tahun, kerana nak jaga hati orang Cina. PAS difitnah khianat Melayu (dan) pentingkan Cina, walhal kerajaan Pakatan di Kedah sebenarnya hanya pindah kandang itu ke suatu kawasan yang lebih sesuai untuk orang Melayu dan Cina sendiri,"jelasnya dalam Majlis Perlancaran Jentera PAS N31 semalam.

Tegasnya lagi, apa yang dilakukan PAS bertepatan dengan ayat al-Quran, Surah an-Nisa' ayat 58. Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh kami menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu menetapkannya secara adil.

Bercakap di pentas yang sama,Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, Umno sekarang dikatakan kian terdesak apabila Presidennya Dato' Seri Najib Tun Razak terpaksa mengisytiharkan parti perkauman itu juga melaksanakan Islam.

"Dalam beberapa pilihan raya kecil lepas, Umno lihat PAS terus mendapat sokongan orang Melayu, Cina dan India. Akhirnya, mereka terdesak dan Najib terpaksa isytihar Umno juga parti (pelaksana) Islam (seperti PAS).

"Politik Islam yang diperkenalkan PAS mengajak manusia jadi baik. Politik yang ditegakkan Pakatan Rakyat mahu tolak apa juga kezaliman, rasuah dan penyelewengan. Itulah yang Umno bimbang, itulah yang rakyat lihat,"tegasnya.

Turut menyertai majlis itu, Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

Majlis yang disertai lebih 500 sukarelawan PAS tempatan itu berakhir dengan perlancaran portal rasmi Bagan Pinang.

Dalam perkembangan berkaitan, PAS serta Pakatan Rakyat dijangka mengumumkan calon mereka pada 29 September depan.

Selain berdepan dengan parti perkauman Umno, PAS dijangka berdepan calon bebas Shahruddin Abdul Hamid yang mahu membangunkan aktiviti pelancongan setempat. - mks.

KEKEJAMAN ISREAL

Bismillahirahmannirahim..

Assalamualaikum..
Dalam dentuman mercun, alunan lunak merdu irama lagu aidilfitri dan lambakkan kuih muih mengiringi syawal yang begitu hampir jgn kita lupakan saudara2 kita yang sentiasa disajikan oleh dentuman bom, irama m16, gpmg dan ak47 yang silih berganti. serta lambakan nyawa yang syahid menuntut keadilan.







NAJIB MESTI LETAK JAWATAN JIKA PENDEDAHAN MT BENAR

Bismillahirahmannirahim..

KUALA LUMPUR, 17 Sept: Perdana Menteri, timbalannya dan semua menteri yang terlibat mesti meletakkan jawatan jika dokumen kerajaan yang didedahkan oleh Malaysia Today (MT) hari ini dalam artikelnya yang bertajuk "What the Cabinet hid from the Malaysian public" adalah tulen, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Dokumen yang didedahkan itu menunjukkan apa yang didakwa sebagai memorandum dari Menteri Kewangan supaya memberikan kelulusan secara retrospektif berhubung dengan peningkatan kos projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) dari RM1.088 bilion kepada RM4,632,732,000.00.

"(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) perlu membuktikan tanpa sebarang keraguan yang munasabah kepada rakyat bahawa dokumen itu adalah dokumen palsu.

"Jika beliau gagal berbuat demikian dan dokumen tersebut memang benar dokumen kerajaan yang tulen, beliau dan semua anggota kabinetnya kini yang terlibat dalam memberikan kelulusan retrospektif itu mesti meletakkan jawatan serta merta," tegas Mahfuz. Jika dokumen itu adalah dokumen kerajaan yang tulen, beliau mempersoalkan bagaimana Najib dan anggota kabinet pada masa itu boleh.. mempersetujui kelulusan retrospektif itu sedangkan banyak peraturan kewangan telah dilanggar termasuk dalam apa yang didakwa sebagai tindakan Menteri Pengangkutan memberikan surat jaminan kepada beberapa penerbitan bon yang boleh dianggap tidak sah.


Mengikut peraturan, surat jaminan sedemikian perlu mendapat kelulusan Jemaah Menteri terlebih dahulu dan surat tersebut hanya boleh dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan sahaja.Mahfuz juga menuntut kerajaan menjelaskan adakah benar keseluruhan projek PKFZ dilaksanakan hanya dengan kelulusan dasar Perdana Menteri sahaja tanpa mematuhi prosedur yang sepatutnya? Beliau juga mempersoalkan, mengapa kelulusan retrospektif yang dicadangkan oleh Menteri Kewangan itu diluluskan jika benar projek tersebut setelah dilaksanakan didapati tidak berdaya maju dan kos projek telah meningkat kepada lebih RM4.6 bilion.

"Jika dokumen yang didedahkan oleh MT itu adalah dokumen tulen kerajaan, rakyat kini boleh melihat dengan jelas mengapa Najib dan kabinetnya menubuhkan pasukan petugas khas serta-merta bagi menyediakan laporan berkaitan isu PKFZ.

"Saya telah nyatakan sebelum ini bahawa penubuhan pasukan itu sebenarnya bermotif politik iaitu untuk melindungi pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional dari disiasat atas dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku dalam skandal PKFZ," kata beliau.

"Dan, sebab itulah juga Najib dan kerajaan pimpinannya begitu takut untuk menubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat skandal PKFZ itu.

"Jika disiasat dan jika terdedah lebih banyak lagi dokumen dan hakikat yang disembunyikan dari pengetahuan rakyat, ia mungkin membuktikan lagi jenayah peringkat tertinggi dalam skandal PKFZ itu," katanya.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena sekali lagi menuntut sidang khas parlimen diadakan bagi membentangkan kertas putih menjelaskan keenganan kerajaan menubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat skandal PKFZ.

"Jika kerajaan enggan mengadakan sidang parlimen khas itu, kita yakin sidang parlimen yang dijangka bermula 19 Oktober ini hingga 15 Disember akan 'dibanjirkan' dengan isu PKFZ hinggalah Perdana Menteri, timbalannya dan semua menteri dalam kabinetnya kini yang terlibat memberikan kelulusan retrospektif kepada peningkatan kos projek PKFZ itu meletakkan jawatan," kata beliau.

Beliau juga mengulangi kenyataannya bahawa satu pasukan peguam PAS ditubuhkan bagi mengkaji peruntukan undang-undang untuk memastikan kerajaan menubuhkan suruhan jaya di raja bagi menyiasat skandal tersebut.Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada lebih RM4.6 bilion.Siasatan awal keatas projek PKFZ mendapati ia terpaksa diselamatkan dengan pinjaman dari kerajaan. Selain itu juga, siasatan juga mengesahkan kerajaan melalui Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membeli 404 hektar tanah dari KDSB pada RM25 setiap kaki persegi walaupun harga sebenar dianggarkan RM10 sahaja setiap kaki persegi. KDSB juga dilantik sebagai pemaju PKFZ.

KDSB pula membeli tanah tersebut dari Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Bhd (KPPLB) pada harga RM1.9 hingga RM2.9 sekaki persegi. Pengerusi koperasi tersebut ketika transaksi itu ialah Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil. Beliau juga adalah ahli lembaga pengarah LPK dari 1997 sehingga 2003.

Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh PriceWaterhouseCoopers (PwC), syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan._mna_ - Harakahdaily

BS: Amacam najib...? Klau Malaysia Today x betul kasi saman la sama dia.. Klau setakat buat kenyataan yg mengatakan org lain fitnah jer baik x payah.. mcm budak2.. org2 umngok boleh la kena temberang...

Perutusan Aidilfitri 1430 oleh Yang DiPertua PAS Putrajaya

Ahli-ahli PAS, Para Penyokong khususnya Penduduk Putrajaya, Ingatlah bahawa RAMADAN adalah bulan kursus untuk kita memperbaiki nafsu kita. Daripada tingkatan nafsu al-ammaratum bis su', bertukar menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya menuju kepada nafsu mutmainnah. Sebuah motokar boleh dihantar ke bengkel, tetapi nafsu kita tidak boleh secara berpanjangan dipantau dan diselenggara oleh ibu bapa, polis, Badan Pencegah Rasuah, ustaz atau Tok Guru selama-lamanya. Perlu tiap suatu masa daripada hidup kita, di mana nafsu kita hendaklah dikendali dan diselenggarakan oleh diri kita sepenuhnya.

Dalam menjalani kehidupan, anak-anak kita banyak menghadapi gangguan untuk mencapai cita-cita. Jika mahu ke universiti sekalipun, gangguan dalam bentuk kesihatan, kecerdasan dan kewangan boleh mengganggu kelancaran mereka.

Bagaimanapun, untuk menuju ke akhirat, manusia tidak langsung terganggu. Suka atau tidak suka, masing-masing diseret ke akhirat. Manusia akan mati dan memasuki alam kubur. Sesungguhnya jalan hidup dan cara hidup yang dipilih di dunia, sama ada beriman atau munafik atau kufur. Pilihan itulah yang akan menentukan nasib seseorang sama ada ia akan menuju ke syurga atau ke neraka.

Sebab itu, kita semua mestilah berhati-hati dan beringat-ingatlah dalam menjalani kehidupan ini. Kita mesti memahami dan menghayati sepenuhnya, segala butiran akujanji kita dengan Allah SWT yang selalu kita ucapkan baik dalam sembahyang mahupun di luar sembahyang, iaitu: "Sesungguhnya sembahyangku, dan semua ibadatku, semua aktiviti hidupku dan kesudahan matiku digunakan untuk mendekatkan diriku kepada Allah, Tuhan yang memelihara sekalian alam."

Dikesempatan bulan Ramadhan al-mubarak ini untuk mengingatkan diri saya dan semua ahli-ahli dan penyokong PAS Putrajaya serta penduduk Putrajaya supaya memperbanyakkan amalan seperti bersedekah, berzikir dan bermunajat kepada Allah lebih-lebih lagi pada akhir bulan Ramadhan ini. Bulan Ramadhan yang mulia padanya terdapat malam Lailatul Qadar yang ganjarannya bersamaan 1000 bulan beribadat bagi sesiapa yang menghidupkan malam tersebut. Bukan mengejar lailatul Kamdar yang pastinya kita akan kehabisan 1000 ringgit semata-mata memuaskan nafsu kita. Juga dalam kita bergembira untuk menyambut Syawal yang bakal tiba, janganlah pula kita lupa menunaikan ibadah yang wajib, iaitu zakat fitrah yang wajib kita tunaikan selaku insan bertaqwa untuk diagihkan kepada insan yang memerlukan.

Saya juga mengharapkan supaya kita jangan leka dengan kemeriahan menyambut aidilfitri sehingga lalai menunaikan ibadat wajib dan sunat seperti Solat Tarawih serta membuat persediaan sampai membeli barang-barang yang sehingga menyebabkan pembaziran. Berbelanjalah mengikut keperluan dan kemampuan supaya tidak menanggung hutang di kemudian hari.

Di kesempatan yang ada ini juga, saya bersama seluruh Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Putrajaya ingin mengingatkan seluruh penduduk di kawasan Putrajaya khususnya supaya berhati-hati apabila memandu kenderaan pulang berhari raya ke kampung dan ke destinasi masing-masing. Pandulah dengan cermat supaya anda semua dapat berhari raya bersama-sama dengan orang yang tersayang.

Akhir sekali, saya selaku YDP PAS Kawasan Putrajaya bersama-sama seluruh Ahli Jawatankuasa memohon beribu kemaafan sekiranya terkasar bahasa dan sebagainya sepanjang kita berurusan, Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Walillahilhamd.

Ustaz Mohamad Nazir bin Zakaria

Perutusan Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
WALILLAHIL HAMD.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillahi wasyukurillah, wasalatu wassalam 'ala Rasulillah SAW.

Segala kepujian kepada Allah SWT. Dihari raya aidil fitri ini kita kembali kepada kepada fitrah asal-usul kita dicipta untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.

Bagi memenuhi amanah yang dipertanggungjawabk an ini Allah SWT mewajibkan kita bersiyam(puasa) bagi memperolehi KPI sebagaimana yang telah dicapai oleh umat terdahulu (Rasul, Nabi, Aulia', Mujahidin dll) . Kesemua umat terdahulu berpuasa dan kesemua mereka menatijahkan perubahan rohani jasmani, sosio-budaya politik, perubahan minda serta peradaban. Kesimpulanya perubahan dari perhambaan kepada manusia kepada pengabbdian sepenuhnya kepada kehendak Allah SWT.

Terdahulu dari bulan Ramadzan, kita melalui Rejab yang dianugerahkan fardhu solat. Sembahyang sebagai tiang agama Islam mesti di laksanakan mengikut kaedah yang didirikan oleh nabi Mohammad SAW. Namun kepelikan berlaku dikalangan kita kaum muslimin masyarakat Malaysia , yang mana rukun puasa ini disambut, pelihara dan dilaksanakan bersungguh-sungguh sehinggalah menyambut raya aidil fitri. Segala amalan ramadzan seperti solat sunat tarawah dibuat bersungguh-sungguh. Ini bagus! Jika semangat dan sikap begini diaplikasi dalam melaksanakan tuntutan sembahyang , alangkah baiknya! Namun kaum kita sanggup mengabaikan sembahyang dalam memenuhi tuntutan puasa.

Sepatutnya dengan satu ayat sahaja (al-Baqarah: 183) perintah kita berpuasa, kita puasa sungguh-sungguh, tetapi dengan puluhan ayat yang memerintah kita solat dipandang sepi dan tidak ambil berat. Sikap begini berlaku oleh kerana sepanjang kita merdeka 52 tahun, puasa dijadikan ibadat khusus, sahor, buka, tarawih, tadarus dan raya dan tak lebih dari itu.

Walhal apabila Allah merujuk kepada (sebagaimana difardhukan orang-orang terdahulu dari kamu), bermakna mereka yang berpuasa terdahulu dari kita juga telah berubah. Bahkan kesemua insiden besar yang Allah muatkan didalam bulan Ramadzan (lailatul qadar, tambat syaitan, buka seluasnya pintu syurga, tutup serapatnya pintu neraka, tarawih, nuzul al-Quran, Badar al-kubra, fathul Mekah dll) semua mengajak kita berubah dan bertukar supaya lebih rapat dengan Islam. Bahkan isi kandungan takbir raya itu sendiri (yang turun dan diungkap oleh nabi Mohammad pertama kalinya dalam peperangan Badar setelah melihat mayat Abu jahal) mengajak kita buat perubahan besar-besaran. Malangnya takbir raya itu telah disensasikan, didayukan serta disyahdukan dikalangan masyarakat melayu sehingga hilang ruh dan semangat takbir itu sendiri. Semangat jihad pengorbanan, kembali kepada menegak kalimah Allah dan pensucian aqeedah telah tenggelam dek kerana alunan dayu sensasi takbir raya.

Sebagai ibadat tertua, puasa juga menuntut kita memperolehi ketaqwaan sebagai teket untuk bertemu dengan Allah diakhirat kelak. Tanpa taqwa ini, sesaorang itu tidak boleh mendapat pertimbangan Allah untuk ke syurga.

Sempena 1 syawwaal ini saya mengajak warga Perak untuk melakukan perubahan besaran dalam pilihanraya negeri yang akan terpaksa dilakukan dalam masa terdekat ini. Kemelut politik dan krisis perlembagaan yang berlaku akibat rampasan kuasa pada 5 Februari 2009 telah menyebabkan Perak dilanda malang dan krisis. Tolaklah mereka yang terbukti mengenepikan perintah keadilan dan amanah. Tolak mana-mana yang berjuang diatas prinsip perkauman dan assobiyah kerana dia (perjuangan berteraskan perkauman) tiada tempat dalam Islam. Nabi Mohammad menyatakan dengan jelas bahawa bukan dari kalanganya mereka yang hidup-matinya, perjuanganya kerana bangsanya atau kaumnya.

Mari tolak perkauman dan terima nilai-nilai Islam dalam melaksanakan tugasan kita sebagai Khalifah dimuka bumi ini. Selamat hari raya maaf zohor batin. Saya mewakili keluarga dan seluruh warga Pakatan Rakyat menyusan jari sepuluh memohon keampunan atas segala kesalahan dan kelemahan tempoh hari.

Hidup, hidup , hidup Rakyat.!
Allahu Akbar, Allahu Akbar walillah hil hamd.



PAS W. Persekutuan akan bantu hadapi pilihan raya kecil N31 bagan Pinang

Putrajaya, 18 Sept - PAS Wilayah Persekutuan akan menghantar petugasnya bagi membantu jentera pilihan raya PAS Negeri Sembilan yang dijangka menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang tidak lama lagi.

Komitmen itu dinyatakan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Mohamad Nor Mohamad selepas selesai Mesyuarat Khas dua hari lepas sebelum beliau berangkat ke Jordan untuk berhariraya bersama anakandanya yang sedang belajar disana.

"Wilayah akan hantar kontingen dengan kekuatan pemuda dan muslimatnya dan akan diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya Ustaz Mohamad Nazir Zakaria" ujar beliau.

Dalam perkembangan lain mesyuarat pertama kontinjen yang diketuai TPJnya telah diadakan malam tadi dan telah menyempurnakan struktur organisasi dan perancangan yang rapi. "InsyaAllah pilihanraya kali ini dengan pengalaman-pengalaman PRK yang lep[as Wilayah akan turun dengan gagahnya pada kali ini untuk membenamkan keangkuhan BN". ujar Ust Nazir selaku ketua Kontinjen W. Persekutuan.

Tambahnya lagi "Demi untuk mencapai hasil gerakkerja yang sempurna kita memerlukan Dana yang mencukupi dan diharapkan kepada sahabat-sahabat sudilah kiranya menghulurkan sumbangan kepada kontinjen W. persekutuan melalu ana sendiri atau Bendahari Hj Zakaria Kg Malaysia. hubungi ana secepat mungkin melalui talian 0192413438. Ana bersama kumpulan pertama akan mula turun ke Bagan Pinang Pada 1hb Okt 2009."

Setelah 6 jam Mat Sah bersua isteri, anak tercinta...

Azamin Amin/Foto Shukri Mohd

KUALA LUMPUR, 17 Sept: Kali ini giliran Mat Sah Mohd Satray, 46 pula menitiskan air mata. Begitu hening pagi tadi tatkala melihat kelibat isteri dan anaknya yang telah ditinggalkan secara paksa selama hampir 8 tahun.

Mereka baru bersua jam 2 pagi tadi sehinggalah sekarang, masih tidak tidur lagi. Perasaan mereka bertiga anak beranak masih bercampur baur. Gembira, sayu dan terasa janggal pun ada. Tidak terbit kata-kata pada awalnya. Masing-masing melayan perasaan.

Tepat jam 5 pagi, tiga beranak ini bersahur buat pertama kalinya setelah terpisah sekian lama. Rendang daging, telur mata kerbau dan nasi antara santapan. Dan juadah dijamu cukup berselera dan paling enak dirasa.

"Perasaan saya masih bercampur-baur. Nak kata gembira sangat pun tak, sedih pun ada

"Dan terkejut melihat anak yang dah besar...ketika saya tinggalkan usianya baru 9 tahun," demikian mukadimah Mat Sah ketika menceritakan perasaannya setelah dibebaskan.

Mat Sah kelihatan agak susut badannya, mengenakan baju t-shirt berwarna putih dan berseluar 'track' hitam begitu tenang menerima kunjungan Harakahdaily seawal jam 9 pagi.

Sambil duduk rapat dan erat dengan anaknya, Suhaib 16 seolah-olah tidak mahu lagi berenggang, Mat Sah dengan nada sebak merasa cukup pilu apabila mengenangkan anaknya itu membesar tanpa ayah.

Dia dipaksa berpisah dengan anaknya, pada April 2002, apabila sepasukan polis dengan kekuatan 20 orang anggota datang menyerbu dan mengeledah isi rumahnya. Habis siling rumah dipecah dan tilam dibongkar. Malah malam yang sama, rumah abangnya juga turut disergah, disepah gara-gara pihak berkuasa menyangka abangnya itu Mat Sah.

Semenjak itu, hanya doa dan gambar menjadi teman di bilik kurungan.

Mat Sah, kemudiannya dikurung secara bersendirian selama tiga tahun, gara-gara isterinya Norlaila Othman begitu lantang memperjuangkan nasib suami dan tahanan yang lain termasuk 'menyerbu' bekas Perdana Mneteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya dengan memo bantahan di tangan.

"Saya dituduh salah akidah. Terlibat JI, KMM, Wahabi dan sabotaj Pelabuhan Klang...dipaksa mengaku salah...

"Kenapa perlu mengaku kerana saya tidak bersalah. Oleh kerana itu, tempoh tahanan saya dilanjutkan setahun ke setahun...," kata Mat Sah dengan nada yang serak dan perlahan.

Selama 8 tahun itu, dia memendam rasa rindu teramat sangat terhadap anak dan isteri namun menguatkan hati yang adakalanya 'kecundang' dengan membasahkan bibir dengan kalimah ayat-ayat suci al-Quran sehingga dapat menghafal banyak surah-surah panjang.

"Kalau terlalu rindu sangat, peluk bantal yang dilekatkan gambar anak...," katanya sambil sesekali menjeling Suhaib.

Beliau menceritakan, tiada aktiviti dan program khusus di Kamunting, tetapi meluangkan masa dengan banyak membaca buku dan bergaul dengan rakan-rakan.

"Pagi-pagi kami disuruh keluar mengadap bendera menyanyi..lepas itu aktiviti sendiri. Cuma enam bulan sekali polis datang soal siasat dan ada masa di bawa ke Kuala Lumpur untuk 'kursus' basuh minda ataupun betulkan akidah.

"Diaorang selalu beritahu pentingnya ISA ini dan harap isteri saya serta GMI akan menghentikan perjuangan. Kata mereka jika, ISA tak ada, Malaysia akan huru hara dalam masa 5 bulan," jelasnya yang sekali-kali tidak setuju dengan pendapat mereka.

Kata Mat Sah, penahanannya sudah jelas menunjukkan ISA tidak adil dan tidak menepati kehendak Islam dan secara berterus-terang tanpa takut memberitahu pegawai-pegawai soal siasat, bahawa Akta itu mesti dimasuhkan.

Beliau pada awalnya tidak menyangka akan dibebaskan kerana sudah 7 kali ditipu oleh pihak berkuasa yang berjanji untuk melepaskkannya setiap tahun menjelang Hari Raya.

Ditanya tentang persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma, Mat Sah tidak mempunyai sebarang perancangan memandangkan beliau perlu menyesuaikan diri dan berehat dengan keluarganya. Norlaila yang disisi kemudiannya mencelah cuba menerangkan realiti pahitnya kepada Harakahdaily.

"Tak buat persiapan apa-apa...apa makna Hari Raya bila suami disekat tak boleh jalan malam, tak boleh keluar kawasan...dan tak boleh balik kampung.

"Baju yang dipakai pun pinjam baju anak...'Mereka' ini semua tak fikir kesusahan orang. Dah bebas pun susahkan orang lagi...yang dia tahu buat peraturan sahaja," kata Norlaila.

Bagi Suhaib, kepulangan Mat Sah sangat dinantikan walaupun terpaksa mengambil masa untuk serasikan diri dengan ayahnya.

"Masa saya kecil, selalu jogging dengan ayah waktu cuti. Zaman kanak-kanak saya telah berlalu begitu sahaja tanpa ayah.

"Dan selepas ini saya terpaksa ambil masa nak bersosial kembali dengan ayah, sebab terlalu lama." kata Suhaib meluahkan isi hati.

Walaupun masih sebak, sesekali Mat Sah sempat bergurau dengan Harakahdaily tentang kematangan dan kedewasaan anaknya Suhaib yang tidak 'sempat' dikecapi dan dilihatnya.

"Saya masih terkejut lagi melihat anak saya ini. Dia membesar tidak ikut kebiasaan, tidak diberi kasih sayang oleh seorang ayah. Tengoklah ni...bulu kaki pun dah tumbuh.." katanya tersenyum.

Sambil itu, Mat Sah turut memberitahu makanan yang paling dirinduinya selama menjadi tahanan di Kamunting ialah Rendang Ayam dan Daging, dan sahur pagi tadi makanan kesukaan itulah menjadi menu hidangan sungguhpun bukan dari masakan isterinya.

"Kalau di Kamunting, masak kari rasa tomyam, masak tom yam rasa ntah apa-apa...

"Cuma adalah kawan-kawan tahanan yang pandai masak...terubat jugalah rasa nak makan sedap," kata bekas kakitangan Dewan Bahasa dan Pusataka itu.

Norlaila yang tidak berkesempatan memasak kerana baru pulang dari Sabah bagi misi menyampaikan sumbangan derma Tabung Harakahdaily untuk 7 buah keluarga mangsa ISA.

Beliau bersama anaknya dan Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman ke negeri bawah bayu itu pada 15 Sepetember lalu dan menerima berita pembebasan suaminya itu melalui panggilan dan sms rakan-rakan media alternatif.

"Tak boleh tidur saya semalam dan pagi ni lagilah tak boleh tidur...

"...sebab baru nak 'berkenalan' dengan orang yang dah hilang lama ni," kata Norlaila tersenyum.

Ketika ditanya apa-apa perubahan isterinya sekembalinya daripada kem itu, Mat Sah kagum dengan isterinya yang menunjukkan komitemen dalam perjuangan menentang ISA dan sudah mula sibuk dengan jemputan dan aktiviti yang dirancang.

"Dari segi cantik, macam biasa jelah...cuma nampak semakin sibuk dan aktif," katanya tersenyum melihat Norlaila yang kelihatan 'geram' dengan usikan suaminya itu.

Buat sementara ini, kata Mat Sah belum sempat untuk berfikir akan akan perancangannya di masa akan datang seperti bekerja kembali apatah lagi dengan sekatan dan peraturan yang dikenakan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) ini.

"Saya nak berehat dulu... dan mungkin selepas Hari Raya baru nak fikir, berniaga ke atau bekerja semula. Buat masa ini masih nak serasikan diri dulu dengan keluarga," katanya sambil mengakhiri perbualan dan berpelukan dengan krew Harakahdaily.

Hari ini, Mat Sah yang baru 'berkenalan' dengan keluarganya 6 jam lalu, mempunyai jadual padat dengan tetamu, NGO, aktivis dan wakil pihak media yang bakal bertemu untuk mendapat kisah dan ceritanya.

Ternyata, raut ceria dan bahagia terpancar di wajah ketiga-tiga beranak ini dan yang pasti Aidilfitri kali ini cukup beerti dan tidak lagi sunyi...


Pakatan Rakyat Mengorak Langkah Menuju Putrajaya

Pakatan mahu ambil alih kerajaan

SHAH ALAM - Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) pada 12 Disember ini, adalah untuk mengukuhkan gabungan itu bagi mengambil alih kerajaan daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden PKR, R Sivarasa berkata, konvensyen itu adalah pertama kali diadakan setelah PR yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

“Konvensyen ini bertujuan memperkukuhkan PR memandangkan di sinilah peluang untuk parti gabungan PR mencapai satu persetujuan dan prinsip perjuangan yang sama.

“Antara isu lain yang akan dibahaskan dalam konvensyen itu meliputi isu pengurusan ekonomi, dasar demokrasi, pentadbiran dan lain-lain,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Kelmarin, Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan persetujuan mengadakan satu konvensyen besar-besaran bagi meletakkan hala tuju PR bagi tahun berikutnya.

Dijangkakan setiap parti akan menghantar wakil seramai 500 perwakilan.

Sivarasah turut menyangkal dakwaan bahawa konvensyen itu hanya untuk memperbetulkan kembali hala tuju parti gabungan PR yang dilihat semakin bertentangan di antara satu sama lain.

“Parti dalam PR masih mempunyai hala tuju dan perjuangan yang sama. Kita faham mana-mana parti politik ada perbezaan perjuangan politik. Jika semua fahaman sama, lebih baik berada dalam satu parti saja.

“Cadangan untuk mengadakan konvensyen ini dilakukan dengan lebih awal lagi bertujuan mengukuhkan PR dan menghalusi persefahaman politik antara satu sama lain bukan disebabkan hala tuju yang menyimpang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Strategik PKR, Tian Chua berkata, konvensyen ini adalah satu manifestasi untuk menunjukkan rakyat bahawa PR sentiasa bersatu padu dan mempunyai satu prinsip perjuangan yang sama dan mampu mentadbir kerajaan Malaysia.

“Dalam konvensyen ini, segala isu akan dibincangkan dalam satu pasukan,” katanya.



BEKAS PELAJAR UIA SYAHID DI PALESTINE

Bismillahirahmannirahim..

Semalam sewaktu menunggu waktu berbuka puasa saya dikejutkan dengan berita Bro. Ubaida M.A AlQudsi syahid di tanah tumpah darahnya Palestine kerana ditembak oleh askar Israel laknatullah. Hampir tercampak telepon yang saya pegang mendengar berita sedih itu.

Ubaida yang sepanjang belajar di UIA sangat aktif dalam IIUM Al Aqsa Friends Society dan juga nasyid baru saja menamatkan pengajian komunikasi dan pulang ke kampung halamannya Palestine selepas selesai peperiksaan semester lepas. Saya menalipon rakannya, Herbawi, untuk mengesahkan berita itu. Herbawi dengan nada sayu menjawab, “Yes madam, he was shot by the Israel army 2 weeks ago and passed away yesterday.”

Kelab Al-Aqsa Friends Society adalah kelab yang paling aktif menjalankan program2 kesedaran menyelamatkan Masjid AlAqsa. Kebanyakan ahlinya adalah pelajar Palestine. Mereka sering ke pejabat saya untuk membincangkan program dan pengurusan kelab. Merekalah diantara ribuan anak didik yang saya sayangi di UIA ini. Melihat wajah2 mereka akan membuat anda terasa kecil kerana jiwa muda mereka yang penuh dengan semangat perjuangan. Jasad di UIA tetapi hati nun jauh di negara tercinta.
..
Dengan perasaan dilselubung cemas sepanjang masa kerana mengenangkan nyawa keluarga yang tidak putus2 diancam yahudi, mereka masih terus belajar untuk meraih ilmu.

Kalau anda biasa beri’tiqaf di IIUM SHAH’S Mosque sepuluh Ramadhan terakhir ini anda akan melihat kumpulan pelajar2 ini membawa walkie-talkie kerana menggerakkan usaha menghidupkan Ramadhan di masjid ini di kalangan pelajar UIAM. Saya dapat rasakan perasaan cinta mereka pada masjid UIA yang merupakan menifestasi dari cinta mereka kepad Masjidil Aqsa.

Syahidnya Ubaida akan semakin membakar semangat rakannya2 di sini.

Ini merupakan pemergian ke.. dua graduan yang bakal menerima skrol semasa konvo 2009 yang akan berlangsung bulan depan. Sebelum ini telah pergi Shafawati yang aktif dalam Kelab Mentor-mentee Gemilang kerana sakit Leukimia. Anak sulung dari 8 beradik berasal dari Sarawak, Shafawati yang dikenali sebagai Kak Sha di kalngan juniornya sangat peka dengan masalah masyarakat sehingga sanggup menghabiskan masanya dalam kerja2 kemasyarakatan CENSERVE tanpa memperdulikan penyakitnya.

Kedua2 mereka adalah hasil produk the Garden of Knowledge and Virtue yang benar2 menterjemahkan ilmu yang mereka dapati dalam bentuk bakti suci buat ummah tercinta. Pemergian mereka yang ditangisi oleh teman2 akan menyemarakkan lagi semangat cintakan ummah di kalangan pelajar2 UIA seluruhnya.

Konvo 2009 dijangka paling syahdu kerana pemergian 2 graduan yang menemui Tuhannya sebelum sempat menerima skrol dan pencapaian dua orang insan istimewa Nik Nor Ermiza dan Fahmi.

Ya Allah berikanlah kami kekuatan untuk terus membantu menghasilkan jiwa2 besar dari UIA yang bakal memimpin ummah tercinta ini. Ameen Ya Rabbal ‘Alameen.

____________ _________ _________ _________ _________ _________ _________ ________

FB produk zionis .. sapa2 yg masih setia lg di FB terminate la dgn segera.... Saya hairan mengapa ada ilmuwan yang masih mengharuskan memiliki produk2 ZIONIS ini... dgn alasan Rasulullah menjalankan muamalah dgn Yahudi di madinah.. Kita kena lihat pada zaman Rasulullah itu.. ISLAM ada kekuatan dan Yahudi adalah lemah ketika itu... apabila yahudi melakukan peperangan dgn ISLAM , Islam memenangi peperangan itu...tp sekarang umat islam tiada kekautan.. hanya dgn kuasa membeli saja yg kita ada... dgn tujuan melumpuhkan kekuatan ZIONIS dlm memerangi umat islam.... fikir2 kan laa

Rabu, 16 September 2009

ISA - Alhamdulillah Mereka bebas Bukan sebab PRK Bagan Pinang

Suami aktivis anti-ISA dibebaskan

Suami aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Norlaila Othman bersama empat lagi tahanan akan dibebaskan dari kem perlindungan Kamunting, Taiping petang ini.

Dalam pengumumannya di Putrajaya hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kelima-limanya dibebaskan selepas kementerian mendapati mereka menunjukkan pemulihan yang positif dan tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Mat Sah Mohd Satray bersama empat lagi tahanan Akta Keselematan Dalam Negeri (ISA) itu dituduh terlibat dengan gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Mat Sah (foto), yang pernah bekerja dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, ditahan pada April 2002 atas tuduhan terlibat dengan gerakan Islam itu.

Turut dibebaskan, Dr Abdullah Daud, seorang pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang ditahan 3 Jan 2002.

Tiga lagi yang turut dibebaskan: Mohd Nasir Ismail @ Hassan, Ahmad Kamil Md Hanapiah dan Muhammad Amir Md Hanapiah.

Ketiga-tiganya ditahan di kem Kamunting mulai 30 Mei 2007.

Dalam sidang medianya, menurut Bernama, Hishammuddin menafikan pembebasan mengejut ini ada kaitan dengan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan diadakan pada awal bulan depan.

"Pembebasan mereka hari ini untuk memberi mereka peluang menyambut Aidilfitri bersama keluarga masing-masing.

"Ia tidak ada kena-mengena dengan pilihan raya kecil Bagan Pinang," beliau dipetik berkata.

Tambahnya, dengan pembebasan itu, kini tinggal sembilan lagi tahanan ISA - empat rakyat Malaysia dan masing-masing seorang warga Bangladesh, Pakistan, Thailand, Singapura dan Indonesia.

Apabila Datuk Seri Najib Razak mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April lepas, beliau mengumumkan pembebasan 19 tahanan ISA.

Manakala pada Mei lepas, seramai 13 tahanan termasuk tiga pemimpin pertubuhan haram Hindraf, telah dibebaskan.

Menurut agensi berita itu lagi, terdahulu Hishammuddin mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Persatuan Peguam Syarie mengenai pindaan akta itu.

Beliau dipetik berkata perbincangan menyentuh mengenai ketelusan ISA, tempoh tahanan serta layanan terhadap tahanan.

"Tetapi dalam pertimbangan mengenai keselamatan negara, semua bersetuju bahawa ISA masih lagi diperlukan selagi belum ada akta baru diperkenalkan untuk memansuhkan ISA," kata Hishammuddin lagi.

Sementara itu, sebagai reaksi segera, Norlaila yang terkejut dengan pembebasan Mat Sah tetap menyatakan kesyukurannya.

"Syukur kepada Allah dan (saya) nak berkongsi rasa gembira ini dengan semua rakyat Malaysia yang selama ini menyokong perjuangan saya dan GMI," katanya kepada Malaysiakini melalui mesej SMS.

Beliau yang kini berada di Sabah tidak dimaklumkan lebih awal tentang permbebasan suaminya itu.

Norlaila menambah, beliau berharap akan mengadakan sidang akhbar berhubung perkara tersebut setelah kembali ke Kuala Lumpur malam esok.

Selasa, 15 September 2009

Rakyat akan tolak parti bodoh sombong - Dr M

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Janji pembangunan dan perbuatan menabur wang tidak akan berkesan lagi apabila rakyat membenci parti yang bodoh sombong dan mengamalkan rasuah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam apa yang dilihat sebagai respon segeranya terhadap sanggahan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu terhadap peringatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun semalam menulis mengenai "orang politik yang berpendapat jika dapat jadi Presiden parti maka kemenangan mereka dalam pilihan raya terjamin".

Walaupun tidak menyebut nama Samy Vellu, tulisan terbaru Dr Mahathir dalam blognya dilihat sebagai ditujukan kepada bekas Menteri Kerja Raya itu.

Sebelum itu, Samy Vellu membidas peringatan Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) ketika merasmikan Perhimpunan Agung MIC Ke-63 Sabtu lalu.

"Perdana Menteri cakap, bila popular di dalam parti sahaja tak mencukupi. Perlu popular di kalangan rakyat juga.

"Biar saya cakap ini. Kalau popular di dalam parti baru anda bercakap di luar, dengan rakyat. Kalau tak, mereka akan tanya, siapa kamu?" kata beliau.

Dalam responnya itu, Dr Mahathir mendedahkan, orang politik yang percaya kedudukan sebagai presiden parti akan menjamin kemenangan pilihan raya itu "berusaha untuk menentukan kemenangan mereka melalui penyingkiran ahli yang tidak menyokong mereka, mengguna wang untuk membeli sokongan atau mengguna apa-apa kuasa yang ada pada mereka untuk menyogok, menjanji sesuatu kepada yang akan menyokong atau mengugut".

Hasilnya, kata bekas Presiden Umno itu, mereka menang dalam parti.

"Tetapi rakyat memerhati segala tindak-tanduk pemimpin dan ahli seperti ini.

"Apabila rakyat lihat perjuangan parti bukan lagi untuk rakyat; apabila mereka lihat rasuah dan ugutan yang menentukan kepimpinan, maka kepercayaan kepada parti dan pemimpinnya akan terhakis dan mungkin hilang lenyap," katanya.

Beliau mengingatkan, apabila pilihan raya umum diadakan maka rakyat dan ahli-ahli parti sebagai pengundi akan menyatakan kekecewaan mereka walaupun mereka tidak dapat membuat apa-apa terutama apabila mulut mereka tertutup.

Perkara itulah yang telah berlaku pada Pilihanraya Umum ke 12 pada 8 Mac tahun lalu, katanya.

"Apakah kekecewaan rakyat disedari oleh pemimpin dan parti-parti politik. Hingga kini tidak ternampak yang parti dan pemimpin sudah betul-betul sedar.

"Yang merebut jawatan masih merebut dengan penggunaan cara-cara lama. Pembersihan parti tidak juga dilakukan. Pengamal politik wang masih diterima dan diberi tempat.

"Ahli-ahli biasa parti tidak memprotes sikap lama diteruskan. Bahkan ramai juga ahli yang berpendapat apa salahnya menabur wang. Mereka juga akan dapat sedikit habuan," kata Dr Mahathir.

Bekas Pengerusi BN itu mengingatkan bahawa kelebihan undi sedikit sahaja kepada parti lawan akan menyebabkan kekalahan.

Dr Mahathir bagaimanapun tidak mengulas luahan kemarahan seorang perwakilan perhimpunan MIC itu yang mahu mengalungkan selipar pada gambarnya.

Seolah-olah membela tindakan itu, anak lelaki Samy Vellu, Vell Paari berkata, tindakan itu adalah semata-mata luahan kekecewaan terhadap Dr Mahathir dan pihak-pihak lain yang cuba campur tangan dalam urusan dalaman MIC.

Apa yang disifatkan sebagai luahan kekecewaan oleh Vell Paari itu berpunca dari pandangan Dr Mahathir sebelum itu.

Ketika diwawancara akhbar Tamil, Makkal Osai, Dr Mahathir berkata, masyarakat India mengundi pembangkang dalam pilihan raya umum lalu kerana marahkan Samy Vellu.

"Jika masyarakat India mahu kemajuan dan melangkah ke hadapan, mereka mesti singkirkan Samy Vellu," katanya.

Vell Paari juga mengulas kenyataan Najib yang dibidas ayahnya.

"Para perwakilan juga kecewa dengan ucapan (perasmian) Najib yang tersirat kritikan terhadap Presiden MIC dan menggesa dilakukan perubahan di dalam parti, seolah-olah beliau mahu pasukan presiden dikalahkan," katanya.

Kecaman perwakilan MIC terhadap Dr Mahathir itu bukanlah kecaman pertama kali dari dalam BN terhadapnya.

Tiga tahun lalu, Dr Mahathir pernah merungut terhadap penghinaan dan sekatan Umno terhadapnya.

"Ada yang panggil saya beruk, ada panggil iblis, ini budaya Umno yang baru".

Beliau juga berkata: "Yang itu (sekatan) lebih pelik, lebih menghina saya bahkan jadikan saya pariah dalam Umno. Saya bekas Presiden jadi pariah dalam Umno'.

Bagan Pinang: Harapan menang pada undi POS

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, Sekali lagi PAS meletakakan keyakinan tidak mustahil mampu merampas Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang jika menguasai sejumlah besar undi POS.

Ironinya, jika diukur dengan melihat kepada keputusan sewaktu Pilihanraya Umum PRU Mac 2008, tanpa undi pos, PAS di DUN itu hanya tewas sebanyak lima ratus undi.

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata walaupun Umno BN boleh menggunakan kelebihan undi pos yang dikuasai mereka. namun yakin satu perubahan paradigma pada anggota tentera sedang berlaku.

Anggota tentera sekarang katanya sudah berani menyatakan pendirian mereka dalam isu politik, berbeza dengan anggota tentera dahulu yang hanya menurut telunjuk Barisan Nasional.

"Bagi PAS, peluang untuk kita menang bukan sesuatu yang mustahil. Walaupun Umno ada ruang untuk manipulasi undi pos semaksimum mungkin untuk mencapai kemenangan, tapi saya percaya tentera sekarang berbeza dengan tentera dahulu.Tentera sekarang sudah berani buat pilihan." katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut berkata, PAS masih boleh menarik sokongan pelbagai kaum di kawasan tersebut memandangkan Barisan Nasional ketika ini sedang mengalami pergolakan dalaman termasuk isu perkelahian dalam parti komponannya, MIC.

Mahfuz berkata, kenyataan terbuka Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu bahawa orang India sudah muak dengan BN membuktikan BN sudah ditolak oleh parti komponannya sendiri.

Sabtu lalu, Samy Vellu berkata masyarakat tidak mengundi BN kerana mereka menyampah dengan gabungan tersebut, bukan menyampah dengan beliau.

Bekas Menteri Kerja Raya itu berkata beliau dijadikan kambing hitam ekoran kekalahan teruk MIC dalam pilihanraya umum lalu.

"Ini satu signal yang menunjukkan berlakunya pergolakan dalam BN apabila MIC sendiri tolak campur tangan Perdana Menerti dalam pemilihan mereka," ujarnya.

Ditanya berkenaan calon PAS yang akan dipilih, beliau berkata PAS belum ada keputusan muktamad sebaliknya pihaknya akan turun sendiri ke kawasan tersebut bagai membuat tinjauan berhubung penerimaan rakyat terhadap individu yang dicadangkan.

PAS Negeri Sembilan telah menyerahkan tiga nama calon yang terdiri daripada anak tempatan.

"PAS harus lihat secara menyeluruh bagaimana penerimaan rakyat terhadap nama yang kita cadangkan."Katanya.

Suruhanjaya Pilihanraya Raya Malaysia (SPR) menetapkan Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan pada 11 Oktober ini manakala penamaan calon ditetapkan pada 3 Oktober.

DUN Bagan Pinang mempunyai 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos,

8,577 atau 62.77 peratus pengundi di Dun berkenaan terdiri daripada kaum Melayu, 2,834 atau 20.74 peratus pengundi India, 1,498 atau 10.96 peratus pengundi Cina dan 755 atau 5.54 peratus terdiri daripada lain-lain bangsa.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, allahyarham Azman Mohd Nor yang mewakili BN menang dengan majoriti 2,333 undi, menewaskan calon PAS Ramli Ismail yang memperolehi 4,097 undi_mna _

PAS yakin ulangi kejayaan PRK Kuala Terengganu

Harakahdaily

KUALA TERENGGANU, 14 Sept: PAS Negeri Terengganu melahirkan keyakinan dapat mengulangi kejayaan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pada PRK Bagan Pinang, Negeri Sembilan pada 11 Oktober depan.

Setiausahanya, Haji Yahaya Ali berkata, PAS negeri telah bersiap sedia menghantar para petugas bagi menghadapi PRK itu.

"Kami mempunyai harapan dan keyakinan yang tinggi dapat mengulangi kejayaan PRK Bagan Pinang dengan pengalaman yang kita ada dalam PRK Kuala Terengganu lalu," ujarnya.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan 11 Oktober ini hari mengundi bagi PRK Bagan Pinang sementara penamaan calon pada 3 Oktober.

Katanya, dengan berbekalkan pengalaman yang diperolehi pada PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan pada 17 Januari lalu, PAS mampu memenangi kerusi Dun Bagan Pinang dalam PRK itu nanti.

Pada PRK Parlimen Kuala Terengganu, calon PAS, Haji Mohd Abdul Wahid Endut yang mewakili Pakatan Rakyat (PR) mengalahkan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan majoriti 2,631 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran yang menewaskan calon PAS, Haji Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Yahaya menambah, pihaknya yakin dengan para petugas dari negeri ini yang ditempatkan di Unit Peti Undi (UPU) Teluk Kemang untuk membantu para petugas PR seluruh negara bagi memenangkan calon PAS dalam PRK Dun Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

PRK itu diadakan berikutan kematian Adun Bagan Pinang, Azman Mohamad Noor pada 4 September lalu di mana pada PRU 2008 lalu, beliau menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi._




Isnin, 14 September 2009

MALAS...!!!!!

Bismillahirahmannirahim..

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas.
Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku

Katanya : "saya adalah yang paling malas"

Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"

maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam.....
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:

"saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas"....

Hehehe... Selamat menyambut syawal yang bakal menjelma buat semua sahabat2 serta pengunjung blog ini. Ampun maaf dipinta andai ada terkasar bahasa, terlebih kata2, tersentuh hati terasa jiwa. Semoga segala amalan kita diterima Allah. insyaAllah. Wassalam.



CORETAN : Bila nak menjelang hari raya.

Salam...

Alhamdulillah, hari ini kita berada di 10 akhir Ramadhan bagi tahun ini dan lebih kurang seminggu sahaja lagi seluruh umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tak keterlaluan kalau saya katakan mode raya telah ON. Ini dapat dibuktikan dengan seluruh shopping2 kompleks di Malaysia pada ketika ini penuh. Ibu-ibu sibuk membuat kuih didapur. Masjid-masjid sudah mulai lengang. Di pasar Ramadhan mereka yang berniaga barang makanan basah telah menukar kepada berniaga kuih2 raya. Dan ketinggalan kaum2 bapa mula mengemas persekitaran rumah, ada yang mengecat dan juga ada yang sibuk memasang pelita. Radio-radio pula mula memainkan lagu-lagu raya yang mana pada ketika inilah yang seronok untuk didengar. Itulah suasana yang lazimnya bagi kita masyarakat di Malaysia ni.

Lebih kurang 4-5 hari lagi menjelang hari raya, banyak berita-berita di media massa dan cetak mula mengeluarkan berita2 ttg kemalangan jalanraya yang diberitakan meningkat dengan tinggi sewaktu menjelang setiap musim perayaan. Ada sahaja berita tentang kematian akibat kemalangan di jalanraya yang dipaparkan. Ini adalah satu perkara yang menjadi kelaziman dan pelbagai langkah telah diambil untuk mencegah perkara tersebut daripada berlaku. Akan tetapi, apa juga langkah yang diambil, ianya masih juga terus berlaku.

Secara peribadi saya berpendapat apa yang berlaku adalah sikap pemandu itu sendiri. Sikap terburu-buru dan lalai dijalanraya adalah faktor yang menyumbang kepada perkara ini. Ini adalah sesuatu yang sangat dikesali kerana sikap lemah lembut rakyat Malaysia ini secara tiba-tiba berubah apabila memegang stereng. Pada pemerhatian saya sepanjang hampir 2 minggu mengawasi kerja diwaktu malam di lebuhraya persekutuan, kegagalan pemandu mematuhi had laju yang ditetapkan adalah sesuatu yang mendukacitakan. 1 papan tanda, 8 kon dan 6 lampu blinker telah menjadi mangsa mereka2 yang gemar memecut dilebuhraya tanpa menghiraukan had laju yang ditetapkan. Bila had laju gagal dipatuhi, maka apa yang ada dihadapan memang tak sempat lagi nak elak dah. Jadi kesimpulannya, patuhi setiap papan tanda yang ada dijalanraya. Kalau dah letak 80 bawak la 80. Insya Allah selamat. Tapi kalau dah ajal, tiada siapa boleh menghalang. Bawak la secermat mana pun, orang lain pula yg langgar kita. Kita masih boleh lagi mengelakkan diri dari menjadi penyebab orang lain yang tidak bersalah mendapat kecelakaan dengan sentiasa mematuhi undang-undang dijalanraya.

Namun, dengan baki Ramadhan yang ada, marilah kita sama-sama menghayati erti sebenar Ramadhan. Janganlah kita terlalu sibuk membuat persiapan untuk berhari raya dengan 10akhir Ramadhan ini berlalu tanpa kita rebut apa yang ada didalamnya. Quran yang kita baca, adakah mampu untuk kita khatamkan sebelum berakhirnya Ramadhan pada tahun ini? Begitu juga dengan amalan2 lain serta puasa kita adakah kita sudah berpuas hati setakat ini? Semoga dengan berakhirnya Ramadhan pada tahun ini akan menjadikan kita umat yang lebih baik daripada sebelum Ramadhan dan hari-hari yang telah lepas.

http://azwandengkil .blogspot. com

DAP buka cawangan Melayu dengan ketuanya Melayu.

PUCHONG, 11 Sept: Ketika PAS berusaha mendekati orang bukan Islam, DAP pula mencipta sejarah baru-baru ini apabila membuka sebuah cawangan yang ahlinya adalah majoriti Melayu di samping mempunyai ketua dari kalangan orang Melayu.

Cawangan itu dibuka di Kampung Lembah Kinrara dalam Parlimen Puchong yang diwakili oleh Teresa Kok.

Setiausaha Publisiti DAP Pusat, Tony Phua ketika bercakap dalam majlis itu berkata, "Jangan fikir DAP akan meminggirkan Melayu dalam parti ini.

"Kalau ada yang layak, kita akan lantik Setiausaha Agung di kalangan orang Melayu," kata Tony yang merupakan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara.

Beliau memberikan contoh Tunku Abdul Aziz yang menyertai DAP.

"Sebaik sahaja dia menyertai DAP, dia telah dilantik sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan," katanya.


(Gambar:Ketua cawangan DAP Kampung Lembah Kinrara menyerah borang DAP kepada Teresa)

Di majlis itu, ketua cawangan DAP di kalangan orang Melayu itu menyerah 50 borang lengkap yang diisi oleh orang Melayu di cawangan itu.

Seorang ahli DAP yang baru, Saiful Alimin berkata, menyertai DAP bukanlah satu perkara yang senang bagi orang Melayu seperti beliau.

"DAP dianggap parti sosialis. Orang Melayu beranggapan, sosialis adalah sama dengan komunis. Tetapi sebenarnya, sosialis jauh lebih dekat dengan sistem politik Islam. Inilah sistem yang menyekat dari ketidakadilan. Semua perubahan adalah untuk kebaikan bukan untuk rasuah," kata Saiful yang berucap di majlis itu.

Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor, Azli Idris (gambar atas) berkata, dia adalah satu-satunya ahli majlis daerah itu dari kalangan DAP.

"Bila saya menghadiri mesyuarat dan program di Kuala selangor, saya pakai songkok. Orang selalu tanya, saya ahli majlis dari PAS atau PKR tetapi saya dengan bangganya berkaya, saya dari DAP," kata Azli di majlis itu.

Di majlis itu, Teresa telah meraikan ahli-ahli baru itu dalam majlis berbuka puasa dengan mereka.

Ahad, 13 September 2009

MAI KITA PAKAT BANTU SAUDARA KITA NII.....

Ibu tunggal saudara baru terlantar perlukan bantuan


ALOR SETAR, 13 Sept: Kunjungan Pembela dan Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis tengah malam tadi ke rumah puan Fatimah Abdullah, 29 tahun di Flat Simpang Kuala, Alor Setar berkesudahan dengan linangan air mata semua yang terlibat.

Ini memandangkan dalam kesibukan sebahagian besar umat Islam yang berkemampuan menyediakan pelbagai keperluan untuk menyambut ketibaan 1 Syawal akan datang, masih ada umat Islam di negara ini yang hidup dalam kesusahan dan melarat.

Lebih memilukan hati dan perasaan apabila melihat yang menanggung kesusahan itu dalah seorang ibu tunggal dari kalangan saudara baru.

Menurut Basir Haji Ismail, setiausaha agung Pembela, mereka dimaklumkan oleh pengerusi Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis tentang nasib yang menimpa seorang saudara baru berstatus ibu tunggal yang hidup dalam keadaan yang amat daif.

Kata Basir, berdasarkan maklumat tersebut beberapa wakil Pembela dan aktivis PAS Kubang Pasu telah pergi menemui saudara baru berkenaan malam tadi. Sungguh mengejutkan kerana kami mendapati keadaan kehidupan saudara baru tersebut cukup daif kerana tidak ada apa-apapun makanan lain kecuali setengah kampit beras.

Kunjungan kami pada asalnya hanyalah untuk memberi sedikit sumbangan dari dana tabung kemanusiaan Pembela," katanya.

Setelah melihat sendiri keadaan saudara baru berkenaan, maka pihaknya rasa terpanggil untuk membuat rayuan dari kepada seluruh umat Islam di negara ini yang berkemampuan supaya tampil memberi bantuan kepada Fatimah yang sedang dalam kesusahan.

Dari maklumat yang diterima dari Fatimah, kehidupannya amat susah sekali..setelah diceraikan oleh suaminya kira-kira 2 tahun lalu. Kini ia tidak ada apa-apa yang ditinggalkan oleh suaminya kecuali terpaksa membesarkan ketiga-tiga anaknya yang masih kecil yang berumur antara 2-8 tahun.

Buat masa ini saudara baru ini menumpang di rumah Yayasan Islam Negeri Kedah tidak termasuk bayaran bil air dan elektrik yang terpaksa ditanggung oleh pihaknya sendiri.

(Gambar:Fatimah bersama dua anaknya, hanya nasi puteh tanpa lauk yang sedang di makan oleh anak kecil ini.)

Ketika berkunjung ke rumahnya kami mendapati anak sulung (lelaki) terlantar di katil kerana cedera di bahagian bawah mata akibat terjatuh ketika bermain di luar rumah pada siang hari.

Tidak ada ubat yang mampu diberikan, apa lagi untuk membawanya ke klinik berhampiran. Dua lagi anaknya sedang menjamah makanan iaitu nasi putih yang tidak berlauk, kata Basir.

Lebih malang lagi, anak sulungnya yang berumur lapan tahun tersebut tidak lagi dapat meneruskan pengajian kerana tidak mampu untuk menyara kos persekolahannnya setiap hari.

Fatimah, nama asalnya Lim Yen Thik berkata, "Saya tidak tahu nak buat apa-apa, kecuali menjaga anak-anak yang masih kecil. Nak kerja cari duit, susah, lebih-lebih lagi kalau jauh dari rumah."

"Kalau ada masalah, saya mengadu kepada Haji Ibrahim Lai kerana dia adalah pengerusi Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis. Keluarga kandung langsung tak mau ambil peduli tentang saya lagi kecuali saya bersetuju balik semula kepada agama asal (Budha)," katanya.

"Rasa perit apabila memeluk agama Islam, keluarga kandung buang saya. Jiran tempat tinggal (Melayu) pun tak mahu berkawan kerana mereka anggap saya bukan orang Islam, tak tahulah apakah ini ujian dari Tuhan kepada saya," katanya.

Sehubungan itu, Basir bagi pihak Pembela ingin merayu kepada orang ramai, khususnya umat Islam yang berkemampuan supaya dapat menghulurkan sumbangan kepada Fatimah dengan seberapa segera.

Sumbangan tersebut boleh dimasukkan ke dalam akaun peribadinya atas nama LIM YEAN THIK, nombor akaun Maybank 1521 7003 1022 ataupun menghubunginya di talian 019-514 7892. Keterangan lanjut boleh menghubunginya di talian 017-484 7791 (Basir Hj Ismail). _

ADUN Kulim angkat sumpah sebagai Exco

ALOR SETAR 13 Sept — Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kulim, Lim Soo Nee hari ini mengangkat sumpah sebagai Exco Kerajaan Kedah yang baru bagi mengisi tempat Mohamad Radzhi Salleh yang disingkir selepas mengisytihar diri sebagai wakil rakyat Bebas, pada 25 Ogos lepas.

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah memperkenankan istiadat mengangkat sumpah itu di hadapan baginda di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit dekat sini.

Lim, 37, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) memegang portfolio Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Masyarakat Siam dan Perpaduan yang sebelum ini disandang S. Manikumar.

Manikumar kini Pengerusi Jawatankuasa Perlancongan, Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Masyarakat India.

Jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perlancongan sebelum ini disandang Mohamad Radzhi (PKR).

Lim yang ditemui pemberita selepas mengangkat sumpah berkata perkara pertama yang akan dilakukannya ialah menyemak semula porffolio itu untuk memastikan beliau dapat memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

Sultanah Kedah, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak serta anggota-anggota Exco Kerajaan Negeri turut hadir pada istiadat itu.

— BERNAMA


Mirzan dilantik ahli lembaga pengarah pengeluar arak terbesar Filipina

KUALA LUMPUR, 13 Sept: Ketika kerajaan negeri Selangor melalui Exco agamanya berusaha keras untuk menghalang umat Islam di negeri itu dari terjebak dengan ketagihan arak, anak bekas Perdana Menteri, Mirzan Mahathir dilantik sebagai pengarah dalam syarikat pengeluar arak terbesar Filipina.

"Ini adalah urusan perniagaan sahaja," kata Mirzan sebagaimana suratnya kepada laman web The Malaysian Insider selepas berita mengenai perlantikan beliau dalam San Miguel Corp (SMC) disiarkan oleh laman web itu.

Menurut Mirzan, beliau sedang berusaha agar penglibatan SMC dengan arak hanya akan tinggal 15 peratus sahaja tahun depan.

San Miguel Brewery menguasai 95 peratus pasaran beer Filipina. Syarikat ini telah mengeluarkan San Miguel Beer sejak lebih 100 tahun lalu. Beer ini dibuat di Filipina, China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan juga Malaysia. Ia dijual di 60 negara di seluruh dunia, lapor laman webnya.

Menurut Mirzan dalam suratnya itu, syarikat itu sedang berubah haluan ke infrastruktor, kemudahan awam dan tenaga yang diperlukan oleh negara Filipina.

Dengan apa yang dilakukan oleh Mirzan, ia lebih besar kesannya berbanding ketagihan arak secara individu kerana Mirzan akan menyumbangkan tenaga, wang dan fikirannya untuk memajukan perniagaan arak ini.

Namun Mirzan, anak sulong Dr Mahathir ini dalam suratnya menolak perkara itu.

"Sebagai rakyat Malaysia, saya mahu membantu San Miguel membina pendekatan baru dan harapan saya apabila ianya berjaya akan memberikan kesan baik kepada negara dan rakyat," kata Mirzan.

Berlawanan dengan Mirzan, kerajaan negeri Selangor sedang berusaha mengawal jualan arak ini agar ia tidak diminum oleh orang Islam.

Satu peraturan baru sedang dirangka untuk mengawalnya kerana beer tidak memerlukan sebarang lesen untuk dijual. Yang dikawal oleh undang-undang yang ada hanya liqour sahaja.

Usaha ini dibuat ekoran bantahan umat Islam negara ini apabila kedai 24 jam menjual beer secara bebas kepada rakyat negara ini termasuk kepada umat Islam.

Ia menjadi parah apabila golongan remaja mengambil kesempatan membeli arak ini selepas waktu tengah malam untuk mengelak dari dilihat oleh orang ramai.

Mereka kemudiannya menghabiskan masa tengah malam dengan meminum arak dan kemudiannya tidak segan untuk terlibat dengan aktiviti kurang sihat termasuk merempit dan pecah rumah dan seterusnya terjebak dengan pelbagai jenis kelakuan tidak bermoral lagi.

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails