Sejak beberapa tahun yang lalu iaitu ketika pentadbiran Mahathir Mohamed lagi, sudah semacam satu trend penjawat awam yang sebulu dengan Perdana Menteri dilanjutkan perkhidmatannya secara kontrak.
Jika ditanya, saya langsung tidak bersetuju dengan amalan yang cukup bengap ini. Ianya seolah-olah menandakan bahawa kurang atau tiadanya pengganti orang nombor satu dalam kementerian atau agensi-agensi tertentu.
Jika dilihat, tidak banyak perubahan yang dapat mereka lakukan selepas tamat masa perkhidmatan sebenar. Mereka memanaskan kerusi seperti 'ayam telor'.
Ada yang mendakwa, wang rakyat dihabiskan di atas kepentingan politik untuk menjaga masa hadapan politikus tertentu terutama mereka yang berada di atas. Setakat melanjutkan kontrak enam bulan tidak mengapa. Ini sampai empat, lima dan enam tahun. Bukan sahaja melemahkan semangat penjawat awam yang sedang menunggu, malah membuatkan mereka 'burn-out' semata-mata kepentingan politik Perdana Menteri.
Lihat sahaja gaji bulanan Musa Hassan sebagai contohnya :
PANGKAT: KETUA POLIS NEGARA
I. GRED GAJI SSM: VUYY3
III. TARIKH KUAT KUASA: 1.7.2007
Gaji=RM13849.67
1. Gajinya sahaja RM13, 849.67 sebulan.
2. Elaun rumahnya RM2500.00
3. Elaun Keraian RM5100.00
4. Imbuhan Tetap Jawatan RM3000.00
5. Belum lagi elaun pemandu, elaun pembantu rumah, tukang kebun dan lain-lain elaun. - alkerohi
Note: Macam ni besar punya gaji dok buat kerja apa? Duit yang dikutip dari cukai rakyat untuk dibayar kepada penjawat awam macam dia. Tapi dia dok jaga kebajikan najib. Seribu satu kes jenayah tak pernah selesai, malah bertambah dari tahun ke tahun. Mana tanggungjawab anda? Tak kan tak ada kerja lain selain memerhatikan Raja Petra? Nak tangkap tak berani pula.. Rakyat semakin celik bukan semakin buta.. opera kamu semua dah hampir tak laku melainkan untuk pengikut-pengikut umno yang buta perut dan mata hatinya..
Sabtu, 10 Julai 2010
RAKYAT IKAT PERUT UNTUK BAYAR GAJI DIA, TAPI KERJANYA HANYA JAGA NAJIB?
KEBODOHAN MENTERI MALAYSIA
Kematangan Zahid Jawab Isu Scorpene
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi isu pembelian kapal selam Scorpene tidak perlu di bawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana pembelian kapal selam itu dibuat mengikut prosedur yang sepatutnya.
Malah kos pembelian kapal selam buatan Perancis bernilai kira-kira Euro1 bilion pada tahun 2002 itu mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.
Sepertimana dilaporkan Bernama, ketika mengulas mengenai pembelian kapal selam itu yang dilaporkan oleh sesetengah media membabitkan pembayaran komisen bernilai kira-kira Euro114 juta kepada sebuah syarikat di Malaysia.
Note: Macam ni ke jawapan dari seorang yang bergelar menteri? beginikah tahap mentaliti menteri-menteri yang ada di malaysia? Kalau dah berani kata pembelian kapal selam tu dibuat mengikut prosidur yg sepatutnya, kenapa pula takut untuk di siasat? Tuduhan dah ada.. report dah dibuat.. tapi disebabkan mentari kata tak payah siasat jadi sprm pun buat bodoh jer la kan.. SPRM ni kerja untuk menteri bodoh ni ke?
Suruh je la SPRM siasat. lepas tu suruh SPRM keluarkan kenyataan "tiada unsur-unsur rasuah". bukan susah sangat pun kan. "I HELP YOU... YOU HELP ME..." ada menteri pun bodoh....!!!
MAI TENGOK GHEJA HISHAMUDDIN HUSSEN ONN
Malaysia Kuku : Antara yang BAHAYA & TIDAK BAHAYA..!!!
[PERMIT TAK DILULUSKAN]


OK.. TAK BAHAYA..!!!
[PERMIT DILULUSKAN]




Tiga model kereta peringatan Proton dilancar
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan tiga model kereta peringatan sempena ulang tahun Proton yang ke-25 di sini semalam.
Ketiga-tiga model yang terdiri daripada Saga, Persona dan Exora dengan hanya 25 unit bagi setiap model akan disediakan.
Kereta berkenaan akan diperkasakan dengan tema harimau dan disertakan dengan reka bentuk rim aloi yang unik, melambangkan jalur harimau, tempat duduk kulit Napa serta logo ulang tahun ke-25 ditekap pada penyandar kepala.
Edisi ulang tahun itu ditetapkan berharga RM54,500 (Saga), RM69,500 (Persona) dan RM91,998 (Exora) di atas jalan, yang berserta insurans.
Perdana Menteri turut memperkenalkan buat kali pertama kereta model hibrid, Eco Mobility Advanced Solutions (Emas) yang dilancarkan di Geneva baru-baru ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Najib mencadangkan syarikat-syarikat automotif dalam negara mempertimbangkan penggabungan sekiranya berlaku terlebih kapasiti dalam industri itu bagi terus berdaya maju dan selari dengan peredaran semasa.
Katanya, hanya syarikat yang berinovatif dan sanggup melakukan perubahan serta mempunyai model perniagaan mampan sahaja akan benar-benar berjaya dalam abad ke-21 ini.
"Kalau sekiranya terlebih kapasiti merupakan satu daripada hambatan atau kekangan kepada syarikat-syarikat, apakah patut dilakukan proses untuk menggabungkan syarikat-syarikat automotif dalam negara kita supaya akan wujud syarikat yang lebih kuat, lebih besar dan lebih mampu lagi?," katanya semasa berucap sempena makan malam gala sambutan ulang tahun ke-25 Proton di sini malam tadi.
Turut hadir pada majlis sambutan itu ialah Penasihat Proton Tun Dr. Mahathir Mohamad; Pengerusi Proton, Datuk Nadzmi Salleh dan Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.
Jumaat, 9 Julai 2010
Majlis Fatwa Kebangsaan perlu membuat perisytiharan Siapa sebenarnya sesat

Bagaimanapun sehingga kini, katanya, tiada fatwa yang seperti itu sekali gus membuktikan tuduhan orang yang mengatakan parti itu sesat, yang sebenarnya sesat.
"Takkan kerana kita berjuang nak menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kerusi Parlimen, berebut dengan mereka, kita dianggap sesat," katanya.
Mahfuz berkata, jika fatwa parti sesat benar-benar dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan, UMNO juga boleh dianggap sesat kerana kedua-duanya adalah parti politik yang sama-sama nak menang kerusi dalam pilihan raya.
Mahfuz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang melabelkan Pas sebagai 'parti ajaran sesat' ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kulaijaya, minggu lalu.
Mahfuz berharap orang ramai dapat menilai sendiri kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin politik seperti Mohd Shafie.
“Sekiranya beliau mem- punyai hujah yang logik terhadap kenyataan yang dibuat, Pas sedia berdebat secara ilmiah agar kedua-dua pihak mendapat manfaat daripada perdebatan itu.
“Akan tetapi, sekiranya kenyataan negatif itu dibuat hanya bersandarkan hujah Pas lebih pentingkan perjuangan merampas kerusi DUN dan Parlimen dari tangan BN, beliau tidak cukup bijak untuk jadi pemimpin,”katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Baling yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kedah, Taib Azamuddin Md Taib berkata, kenyataan Mohd Shafie keterlaluan dan suatu penghinaan.
“Saya tidak kisah sekiranya kita bercanggah pandangan politik tetapi kenyataan itu melibatkan agama, tuduhan ajaran sesat adalah sangat berat dan berkaitan dengan akidah. Siapa dia mahu orang lain seperti itu, lainlah jika ada buat rujukan kepada Majlis Fatwa atau sebagainya,” katanya.
Taib berkata, tuduhan Mohd Shafie itu juga menunjukkan kecetekan ilmu politik beliau, yang hanya pandai membuat tuduhan liar.
“Jika Mohd Shafie ahli politik yang profesional, dia perlu tarik balik kenyataan itu yang telah menimbulkan kemarahan rakan politik lain. Tidak rugi pun jika beliau buat begitu kerana tindakannya itu tidak akan menjatuhkan imej beliau sebagai tokoh politik UMNO,” katanya.
Menurutnya, keadaan yang tegang ini boleh diredakan sekiranya Mohd Shafie berlembut hati dengan menarik balik kenyataan itu.
“Beliau berani cakap Pas sesat, Pas pun boleh cakap UMNO lebih sesat dan tidak berpegang kepada ajaran Islam. Malah UMNO mengamalkan politik perkauman, tidak perlu saya perjelas, rasanya bukti ada di depan mata,” katanya.
MARI KITA ZAHIRKAN MERCUTANDA PAS DI PUTRAJAYA

Dalam muktamar PAS baru-baru ini, tidak seorang pun dari perwakilan yang ketinggalan menyatakan hasrat PAS untuk menuju ke Putrajaya. Atas dasar tersebut PAS kawasan sejak sekian lama berhasrat sekurang-kurang sebagai persediaan menyambut kedatangan Kerajaan Pakatan Rakyat (Kerajaan Menanti) memiliki sebuah bangunan sebagai mercutanda bahawa PAS telah pun bertapak di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Majlis makan malam yang pada asalnya dijadualkan akan diadakan di Dewan Serbaguna, Pusat Kejiranan Presint 16 akan dipindahkan ke Dewan Seri Cempaka, Bangunan PKNS, Bandar Baru Bangi (BILLION) ekoran tekanan dari pihak atasan yang takut dengan kehadiran Presiden PAS yang hadir sebagai simbolik kedatangan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
Kepada yang berminat untuk menyumbang dan menghadiri majlis ini bolehlah menghubungi Yang DiPertua Kawasan Ustaz Mohamad Nazir Zakaria ditalian 012 223 0140 atau Setiausaha Kawasan Sdr Ahmad Roshidi ditalian 019 3355 357 atau Pengarah Program Dr Hairul 013-3680182
Khamis, 8 Julai 2010
Perjuangan Pakatan Rakyat berjangka panjang

Tentu sekali ramalan Daim ini akan daimbil kira memandangkan beliau meramal tepat pilihan raya lalu di mana negeri-negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam masa orang ramai sukar menerima jangkaannya. Kini kata-katanya tentu diambil berat.
Sememangnya selepas pilihan raya 2008, pihak Pakatan Rakyat berasa ghairah untuk menang di peringkat persekutuan. Mereka terus meramalkan akan mendapatkan Putrajaya pada pilihan raya akan datang. Tetapi sebenarnya kepercayaan itu hanya atas harapan yang tidak tepat. Sedangkan sebelum pilihan raya 2008, parti-parti Pakatan Rakyat tidak mimpi pun untuk menang sampai lima negeri.
Bagi pihak Barisan nasional pula, mereka menjangkakan kemenangan Pakatan Rakyat itu adalah sementara saja. Pada pilihan raya akan datang dirasaakan pasti rakyat akan kembali kepada Barisan Nasional. Tetapi apakah realitinya? Apa yang diramalkan Daim itu ada kebenarannya. Tetapi ia hanya berlaku pada jangka pendek. Dari segi jangka panjang, masa depan adalah pada Pakatan Rakyat.
Dalam pilihan raya akan datang mungkin Pakatan Rakyat kehilangan banyak kerusi dan terlepas tiga negeri. Hanya dapat mempertahankan dua negeri. Tetapi apa yang berlaku pada 2008 adalah suatu yang sebelum ini tidak terfikirkan dan ia merupakan pemecahan tembok kepada dominasi Barisan Nasional.
Tentunya tembok yang kukuh ini tidak boleh dipecahkan dengan sekali hentakan, yang tidak terduga seperti dalam pilihan raya 2008. Selain itu, Barisan Nasional akan memperbaiki diri. Begitu juga Pakatan Rakyat akan menemui banmyak masalah dalam pentadbirannya dan tentu akan berbuat banyak kesilapan. Maka dalam keadaan ini, maka akan ada pengundi yang kembali ke Barisan Nasional.
Tetapi itu tidak harus mematahkan hati para pendokong Pakatan Rakyat. Segala kesilapan yang dilakukan sejak pilihan raya tahun 2008 harus dipelajari dan dijadikan sempadan serta pedoman. Begitu juga dengan cara Barisan Nasional. Sememangnya politik dilihat sebagai peperangan yuntuk mendapatklan kuasa. Sebab itu perkataan-perkataan yang digunakan seperti menawan, menembusi tembok, dan sebagainya adalah kata-kata dalam peperangan.
Tetapi dalam demokrasi, kuasa yang hendak diperoleh bukan semata-mata kerana untuk ahli politik mengaut keuntungan atrau mengejar nama. Demokrasi bertujuan supaya kuasa dimiliki bagi pihak rakyat. Ahli politik dan aktivis boleh menempa kerjaya dan nama tetapi ia harus terletak untuk kepentingan rakyat.
Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah pasukan yang menawarkan khuidmat kepada rakyat. Itu dari segi bahasa demokrasinya. Walaupun tentulah kedua-duanya terdiri daripada ahli-ahli politik yang mempunyai pelbnagai kepentingan dan tidak semestinbya tulus dan murni dalam perjuangan. Rakyat akan membuat pertimbangan. Ada masanya rakyat, sebagai manusia biasa tentu juga membuat kesilapan. Dalam keadaan ini, Pakatan Rakyat harus terus beruisaha dan teguh memegang prinsip.
Dlam hal ini, ada dua pilihan; Pakatan Rakyat atau Barisan nasional. Kemduian ada pecahan pula dar5ipada Pakatan Rakyat yang memanggil diri mereka sebagai Konsensus Bebas, terdiri daripada mereka yang keluar Pakatan Rakyat untuk menjadi wakil rakyat bebas.
Apa yang dilakukan oleh Konsesnsus Bebas itu hanya melemahkan Pakatan Rakyat. Ia juga boleh dikatakan melanggar amanah rakyat yang memilih mereka kerana parti-parti Pakatan Rakyat. Akhirnya perkiraan masih antara Pakatan rakyat dan Barisan Nasional.
Rekod Barisan Nasional adalah jelas. Adakah cara mereka berpolitik itu wajar terus diterima? Mereka boleh membaik pulih tetapi usaha untuk memperbaiki diri sekarang adalah kerana kekuatan Pakatan Rakyat. Dalam hal ini ternyata sistem imbangan dua parti menuntut perubahan di pihak Barisan Nasional.
Bagi pengundi, mereka melihat cabaran Pakatan Rakyat telah mengubah Barisan nasional. Mungkin pada pilihan raya umum akan datang, mereka mahu memberi semula peluang kepada Barisan Nasional yang tentunya sudah berasa serik dengan pengalaman keputusan pilihan raya 2008.
Tetapi bagi pendokong dan aktivis Pakatan Rakyat, perjuangan mereka mesti jelas dan kemas. Walaupun ada sebnilangan wakil rakyat DAP dan Keadilan yang melompat keluar, tetapi sebagai gabungan parti, Pakatan Rakyat hanya perlu meningkatkan lagi semangat juang bagi mempertahankan garis-garis prinsipm partyi masing-masing.
Mereka harus mengingatkan semula inti perjuangan murni PAS, DAP dan Keadilan yang membezakan mereka daripada Barisan Nasional. Usaha mempertahankan prinsip peerjuangan ini tidak akan tercapai dengan melompat keluar seperti yang dilakukan oleh wakil-wakil rakyat Bebas itu.
Apapun perbezaan di antara PAS, DAP dan Keadilan, tetapi apa yang mentyaukan mereka ialah perjuangan bagi urus tadbir baik, bersih daripada korupsi, nepotisme dan kolusi. Pakatan Rakyat juga memperjuangkan kebebasan rakyat dan kesetaraan saksama antara rakyat. Budaya elit adalah milik Barisan Nasional. Maka Pakatan Rakyat adalah sebaliknya.
Perjuangan PAS adalah panjang. Begitu juga dengan DAP. Lebih-lebih lagi ia dianggap sebagai pewaris kepada parti-parti demokratik sebelum penubuhannya. Keadilan adalah parti baru tetapi jika ia dianggap sebagai penerus kepada perjuangan Parti Rakyat, maka ia adalah setara pula dengan PAS.
Maka Pakatan Rakyat perlu dilihat sebagai perjuangan panjang yang berterusan. Sama ada berjaya atau belum berjaya, ia perlu dianggap sebagai idealisme dan prinsip, dan bukan untuk merebut kekuasaan daripada Barisan Nasional semata-mata.
AZIZAN!!!!!!!......... Hang Buat Apa........



Ini ada sahabat bagitau berkenaan wujudnya pusat kera-ok baru beroperasi di Alor Setar. Apa dah jadi nie dulu sudah pon diberitahu pasai hiburan-hiburan yang lagho nie kena ada tindakan yang sewajarnya untuk mengelak dari benda-benda tak elok berlaku...tetapi ianya tetap juga diwujudkan...nak tahu lanjut pie la baca kat sini..
Mike Tyson menangis di Raudah

(Gambar:TYSON dengan pakaian ihram bersiap untuk ke Makkah bagi menunaikan umrah, dua hari lepas.)
Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.
Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.
“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya.
Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah.
Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat.
Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya. Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan.
Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya. Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci.
“Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini,” katanya.
Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) dan Universiti Islam Madinah. Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam.
Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas peninju itu berkata, dia amat takut kepada Allah. - Agensi