SELAMAT DATANG

Sabtu, 30 Mei 2009

Pegawai Polis Siasat Mata Lebam Musflis

Muflis Datuk Mat Zain Ibrahim, pegawai polis yang menyiasat insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, mendakwa menjadi mangsa konspirasi peringkat tertinggi yang menggunakan notis bankrap untuk memusnahkan kredibilitinya sebulan sebelum bermulanya perbicaraan kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang bermula dari 1 hingga 24 Julai depan.

Bernama melaporkan Rabu lalu bahawa Mat Zain telah diisytiharkan bankrap pada 21 April 2009 kerana gagal melangsaikan pinjaman berjumlah RM250,000 dan notos mengenainya telah diserahkan kepada beliau 26 Mei lalu. Berita mengenainya telah disiarkan oleh beberapa penerbitan tempatan termasuk The Malaysian Insider yang melanggan perkhidmatan Bernama.

“Saya menyatakan dengan penuh keyakinan bahawa terdapat pengaruh-pengaruh yang amat berkuasa yang mahukan perkara ini berlaku. Ini kerana mereka mahu memusnahkan kredibiliti saya dan/atau melumpuhkan keupayaan saya untuk memberi keterangan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memalsukan bukti berhubung kes mata lebam 1998 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Mat Zain dalam satu kenyataan beliau.

Mat Zain yang bersara awal pada 2001 sebagai Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur berkata beliau percaya notis bankrap yang diterimanya ada hubungkait dengan rayuan yang dibuatnya kepada Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membersihkan namanya selepas SPRM memutuskan hanya Gani dan Musa didapati tidak terlibat dalam tuduhan kesalahan jenayah berhubung isu memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar.

“Saya mempunyai alsan untuk mempercayai bahawa pihak pendakwa menjangka Anwar akan menimbulkan isu pemalsuan bukti dalam kes mata lebam tersebut pada satu ketika dalam perbicaraannya kelak. Keterangan saya saya akan amat penting ketika itu. Opsyen yang ada pada mereka adalah untuk menjahanamkan kredibiliti saya.

“Walaupun kenyataan ini akan menyebabkan sedikit keresahan kepada saya dan keluarga saya namun saya menganggapnya sebagai satu rahmat dan ia hanya akan menguatkan lagi iltizam saya untuk mendedahkan segala kebenaran berhubung episod mata lebam ini.
“Percayalah, ini bukanlah satu-satunya kes di mana kedua-dua individu ini mempunyai peranan campur tangan. Terdapat banyak lagi kes yang sama tahap sensasinya. Kebenaran akhirnya akan timbul,” kata Mat Zain.

Beliau mendakwa telah menyiasat kes mata lebam tersebut tanpa ragu atau takut dan kenyataan beliau telah dicatatkan sebanyak lima kali oleh agensi terdahulu daripada SPRM, Badan Pencegah Rasuah (BPR) apabila Anwar membuat laporan pada 1 Julai 2008 bahawa Gani, Musa dan Dr Abdul Rahman Yusof telah memalsukan laporan perubatan berhubung kes tersebut.

Walau bagaimanapun Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mengumumkan pada 3 Mach bahawa tiga orang ahli panel bebas yang diketuai oleh Peguamcara Negara telah meneliti kertas siasatan dan mendapati Gani dan Musa tidak terlibat dalam apa-apa kesalahan berhubung kes tersebut, lantas menyebabkan Mat Zain membuat rayuan terhadap keputusan panel itu.

“Saya bagaimanapun mempunyai alasan kukuh bahawa Perdana Menteri tidak diberi keterangan yang sebenarnya dan juga keseluruhan fakta mengenai isu ini. Sekiranya kebenaran didedahkan saya percaya Perdana Menteri akan bertindak dengan sewajarnya,” kata Mat Zain lagi.

Mat Zain berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk meneliti isu bankrap tersebut kerana beliau mendakwa tidak pernah menerima sebarang notis bagi mendengar saman yang difail pada 10 Ogos 2004 terhadap beliau oleh ahli perniagaan, Yap Thoong Choan, 72, dari Damansara Heights yang sepatutnya didengar di Mahkamah seksyen Bandar Baru Bangi bagi menuntut baki sebanyak RM250,000 daripada jumlah pinjaman yang gagal dilangsaikan.

Ahli perniagaan tersebut dalam kenyataannya berkata Mat Zain, 60, telah mengambil pinjaman berjumlah RM500,000 melalui perjanjian yang ditandatangani pada 22 Februari 2002 dan dipersetujui dalam perjanjian tersebut untuk membayar balik kesemua hutang pada atau sebelum 21 Ogos 2002.

Yap berkata setakat ini Mat Zain hanya membayar sebanyak RM250,000 daripada pinjaman tersebut. Surat tuntutan bagi baki RM250,000 bertarikh 14 Julai 2004 telah dihantar kepada Mat Zain tetapi gagal menjelaskan baki hutang tersebut.
Mahkamah Tinggi Shah Alam 21 April lalu mengeluarkan notis bankrap terhadap Mat Zain mengarahkan beliau membayar RM250,000 berserta bunga dan kos berjumlah RM288,824.92.

KEPIMPINAN: AMALAN DAN REALITI DALAM PERJUANGAN PAS

Ustaz Idris Ahmad

Muqaddimah

Tidak disebut perjuangan kalau tanpa pengorbanan. Islam tidak menang kalau tidak ada pengorbanan di kalangan para rasul dan nabi-nabi. Merekalah orang yang paling banyak diuji oleh Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud:-

“Orang yang paling dahsyat menerima ujian adalah para nabi, kemudian ulamak dan orang yang seumpamanya”

Dalam konteks kedatangan Islam di negara ini Islam sampai melalui pengorbanan yang dilalui oleh mereka yang terdahulu mengharungi lautan dan obak badai yang memukul perjalanan mereka. Kerana Islam mereka sanggup bekorban apa sahaja.

Kepimpinan adalah mereka yang mesti banyak bekorban dan berjuang, kerana mereka adalah orang yang paling penting dalam konteks menguruskan perjuangan. Lebih-lebih lagi menjadi pemimpin Pas yang perlu banyak bekorban. Memimpin Pas bukan satu status kemasyhuran tetapi ia sebagai tanggungjawab, kerana Pas sebagai sebuah parti pembangkang yang sentiasa diburu dan diperhati oleh musuh dalam dalam luar negara.

Kepimpinan boleh difahami sebagai satu mekanisme untuk menggerakkan usaha merealisasikan beberapa kepentingan individu serta juga kepentingan-kepentingan masyarakat.

1. Dalam sains Masyarakat pula, konsep kepimpinan atau kepemimpinan ini dikaitkan dengan faktor-faktor setempat atau alam sekeliling di mana pemimpin itu berada. Kepimpinan itu wujud dalam organisasi dan segala tindakan yang berkesan dan berkait rapat dengan sesuatu organisasi.

2. Rumusan bahawa kepimpinan adalah satu proses dalam mana individu yang diberikan amanah menduduki sesuatu kedudukan yang lebih tinggi dari ahli lain telah dilengkapkan dengan kuasa yang sah untuk menjalankan kegiatan bagi mencapai suatu objektif yang telah diamanahkan kepadanya. Dalam aspek ini amanah yang diberikan bukan sahaja kepercayaan menguruskan pertubuhan, organisasi atau projek tetapi kepercayaan memimpin ahli-ahli lain dari segi memberikan bimbingan, semangat dan pimpinan yang berkesan.

Fungsi Kepimpinan

Membentuk dan membimbing ahli bawahnya kearah kejayaan dunia dan akhirat.
Menyatu padukan kumpulan dengan bertindak sebagai pakar rujuk, orang tengah, penasihat, kawan, pendengar yang sabar dan sebaginya
Mewujudkan suasana yang selesa untuk membolehkan orang yang dipimpin menjadi cemerlang. Ini termasuklah dengan memberi dorongan berdasarkan ganjaran atau teguran.
Merancang, menyelia dan menilai prestasi setiap tugasan yang diberikan kepada anggota organisasi.

Setiap aspek pengurusan dijalankan dengan penglibatan yang bermakna dari ahli dan memberikan rangsangan yang berterusan. Matlamat bagi setiap kegiatan dinyatakan dengan jelas agar wujud kepaduan dalam tindakan dan objektif.


Memudahkan perhubungan di kalangan anggota organisasi. Ini mengambil kira kaedah penyaluran maklumat yang sesuai dan berkesan. Tegasnya kepimpinan organisasi perlu mahir mengenai teknik komunikasi sama ada antara perseorangan, kumpulan kecil atau kumpulan besar.

Keberkesanan Dan Ciri Kepimpinan Yang Baik

Pemimpin mestilah mempunyai ciri-ciri yang dinamik dan seorang yang beriniasitif iatu punya kebolehan memberi pendapat dan mengemukakan idea-idea baru serta megamalkannya. Adalah menjadi kewajipan pemimpin berusaha menggerakkan pengikut-pengikut kearah pencapaian matlamat.

Seorang pemimpin mengetahui kehendak-kehendak pengikutnya (dalam setengah suasana, bukan dalam semua keadaan) dan berusaha untuk memandu pengikut-pengikut kearah matlamat yang direncanakan. Dengan adanya hubungan baik antara pemimpin dan pengikut sudah tentu dapat mewujudkan kejayaan bagi sebuah organisasi atau pertubuhan.
Untuk menjamin kejayaan dan keberkesanan berterusan sesebuah organisasi maka perlu dipupuk sifat kerjasama dan toleransi antara pemimpin dan pengikut. Pemimpin mesti memainkan peranan penting dalam proses membuat keputusan untuk mempengaruhi orang lain berpelakuan selaras dengan oreintasi jamaah.

Selain dari itu pemimpin juga berperanan memastikan suatu matlamat atau objektif yang hendak dicapai itu bersifat kolektif. Aspek ini penting kerana tanpa adanya kata sepakat dalam satu-satu organisasi , sudah tentu tidak wujudnya keberkesanan dalam menyusun aktiviti-aktiviti organisasi

Ia mesti berkecuali dalam satu krisis, bersifat berani membuat keputusan dan menghadapi krisis dengan tenang. Seorang pemimpin mesti tegas dalam prinsip dan hak dan bertolak ansur pada perkara yang cabang. Disamping itu seorang pemimpin juga mestilah bertimbang rasa dengan orang-orang di bawah pimpinannya, Kebolehan mengeluarkan idea-idea untuk perubahan, cekap dalam pentadbiran. Bijak menguruskan perjuangan dan bersemangat dan terarah. Ia mesti melebihi kepentingan jamaah daripada kepentingan peribadi.
Ia harus membuat keputusan secara kolektif bukan secara peribadi.
Tidak menghasut
Tidak mengamalkan puak-puak.
Ianya menentukan kerja-kerjanya dan kerja kerja anggotanya dengan jelas supaya tidak keliru. (wujudnya pembahagian tugas/lajnah)

Seorang pemimpin yang baik ia tahan lasak dan bersusah payah dengan ahli dan orang bawahan. Sentiasa berperanan insaf dengan kesusahan pengikutya dan bersungguh memperjuangkan nasib dan cita mereka.

Pemimpin mesti berkebolehan dalam berbagai aspek kepimpinan, bijaksana dan mempunyai keyakinan diri untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.
Penguasaan, menggunakan kuasanya di dalam mengambil tindakan membuat keputusan dan mengeluarkan pendapat.

Komunikasi, memberikan maklumat yang diperlukan oleh pengikut-pengikutnya, penukaran maklumat atau menunjukkan kesedaran tentang perkara-perkara semasa.
Penghargaan, tingkahlaku yang menunjukkan penghargaan terhadap usaha-usaha yang dilakukan oleh anggotanya.

Merencanakan tahap-tahap dan pencapain usaha yang harus dicapai oleh pengikut
Sunggauhpun begitu untuk menentukan keberkesanan suatu pimpinan harus juga dilihat kepada kriteria-kriteria yang lain iaitu seperti penerimaan oleh anggota anggota kumpulan
Untuk menentukan sesuatu keberkesanan pimpinan perlu juga diukur sejauhmanakah pemimpin sesebuah organisasi itu berjaya meghadapi cabaran dalaman dan luaran. Ini bermakna apabila seorang pemimpin berjaya menghadapi suasana yang tegang dengan penuh yakin sudah tentu ia akan menambahkan keyakinan di kalangan ahli atas kepimpinannya.
Realiti Perjuangan Dan Pengorbanan Dalam Memimpin PAS

Bukan senang memimpin Pas sebagai sebuah jamaah Islam dan menjadi parti yang sentiasa mencabar kemungkaran yang dilakukan oleh Umno/BN. Kuasa yang mempunyai segala kekuatan material dan sokongan. Tetapi kita memimpin PAS berbekal kekuatan iman dan aqidah yang mantap dengan keyakinan mendapat kemenangan di akhirat.
Memimpin ummat kearah penghayatan Islam yang syumul bukan hanya dalam bentuk hadhari sahaja. Satu cabaran kepada kita kerana yang kita memimpin jamaah yang mengajak kepada perkara samiyyat bukan kepada kebendaan semata-mata. Pihak musuh menawarkan perkara yang nampak di depan rakyat.

Sebagai pemimpin yang terpaksa mengorbankan segala wang ringgit.
Sudah menjadi lumrah pemimpin terpaksa mengorbankan masa untuk memikirkan Islam di tegakkan di atas muka bumi ini.

Terpaksa mengorbankan kenaikan pangkat dalam profesion yang diceburi walaupun kita mempunyai merit untuk naik. Tetapi dasar pilih kasih dan tidak demokratik perkara ini perlu dilupakan sahaja. Banyak yang nampak untuk membina kerjaya terpaksa berundur dan melupakan perjuangan walaupun pada asalnya begitu bersemangat.
Kadang-kadang terputus tali persaudaraan kerana memimpin parti, kerana kita dianggap anasir perosak negara.

Oleh kerana masa yang begitu terhad hubungan dengan jiran pun terbatas.
Realiti dalam Pas ramai pengikut tapi kurang orang yang hendak kedepan memimpin. Akhirnya seorang pemimpin terpaksa memikul tugas yang bertimbun-timbun, kerana yang lain semuanya tidak mahu memikul.

Realiti yang dihadapi oleh pemimpin Pas masa yang begitu kurang dengan anak-anak. Justeru itu anak-anak perlu diberi tarbiah inilah perjuangan Pas.
Oleh kerana Pas sebagai sebuah gerakan ummah maka keahliannya terbuka. Ini satu perjuangan yang besar kepada mereka yang memimpin Pas untuk menguruskan ahli yang berbagai status untuk disesuaikan dengan piawai standard minimum sahaja.
Pengorbanan seorang pemimpin ialah apabila ia menghilangkan sikap ego ketika memimpin Pas dengan merai ahli Pas yang berbagai latar belakang. Walaupun beliau bijak macam mana pun dia perlu menurunkan darjat ananiah (keakuanku sahaja) daripada dirinya. Kerana yang ia memimpin ini satu jamaah yang Islam, bukan badan kerajaan atau swasta, bukan gerakan elit, ahlinya bekerja secara sukarela bukan ada gaji.

Perkara Yang Perlu Dijauhi Oleh Seorang Pemimpin

Malas untuk hadir mesyuarat.
Hanya tunggu arahan
Malas berfikir.
Tidak tahu pilih mana keutamaan.
Malas hadir ke program latihan.
Malas bertanya kepada orang yang tahu.
Tidak tegas dengan keputusan.
Jangan Sombong
Penakut dan kedekut.
Jangan Riya’
Jangan mementingkan diri sendiri semata-mata.
Pemikiran yang sempit
Membuat keputusan yang lemah
Payah menerima pandangan orang
Bagaimana Untuk Menjadi Pemimpin Yang Berjuang Dan Berkorban.

Menjauhkan diri dari melakukan maksiat sama ada yang besar atau yang kecil
Memberikan perhatian mengenai sunnah perjuangan Islam (PAS) adalah payah. Bukan di hampari dengan permaidani merah.

Bersedia untuk berhadapan dengan halangan
Sentiasa mendampingi orang soleh dan berjiwa besar
Sentiasa mengkaji dan merujuk buku-buku sirah
Sentiasa mengingati mati dan siksa kubur
Sentiasa mengingati syurga dan neraka
Melakukan muhasabah keatas diri dan mengkaji setiap masa
Keinginan diri sendiri untuk mempertingkatkan kerja parti.
Mesti merasakan kita boleh seperti orang lain boleh.
Bertanya dan berbincang dengan orang yang tahu
Berbincang dengan cawangan lain atau kawasan lain untuk ambil
pengalaman dan dilaksanakan di cawangan masing-masing.
Menyediakan jadual latihan mengikut keutamaan.
Bersedia untuk menerima latihan.
Banyakkan mesyuarat dengan ahli jawatankuasa.

Kesimpulan

Segala apa yang diberikan adalah sebahagian daripada usaha penulis untuk berkongsi pengalaman bagi menggerakkan jamaah Pas ke arah yang lebih cemerlang. Penulis dengan rasa rendah diri bahawa apa yang ditulis ini adalah ideal bagi sifat seorang pemimpin dan ianya tidak dimiliki sepenuhnya oleh penulis tetapi kita mesti bersama-sama untuk mencapai kearah itu.

MANIK URAI : Bilik Kosong, Rumah Kosong, Setor Kosong .... Habis Disewa

Laporan khas MEDIA BYPASS dari Kelantan

Nikmat dari Tuhan ada di mana-mana, memang ada yang datang mengolek. Ini gambaran untuk penduduk di kawasan PRK Manik Urai yang kini sibuk jadi "orang kaya baru".

Tinjauan krew MEDIA BYPASS yang tiba di situ semalam, mendapati hampir semua bilik kosong, rumah kosong, pondok kosong atau bilik stor sudah disewakan. Inilah rezeki sementara yang tidak dilepaskan mereka.

Manik Urai pada pandangan krew kami merupakan satu kawasan yang agak terpencil, tetapi kini menjadi tumpuan gerombolan orang luar yang akur tiada hotel pun di sini kecuali yang menyewakan bilik-bilik rumah secara "haram".

Difahamkan, sejak minggu lepas lagi kawasan tersebut telah "diserbu" wakil-wakil parti politik mencari rumah atau bilik sebagai markas atau tempat berihat tetamu dari luar.

Penduduk kampung buat pertama kali mencatat sejarah diri mereka apabila ada bilik kecil yang disewa dengan harga RM700 sebulan. Tidak pelik juga ada rumah tiga bilik diberi sewa sehingga mencecah RM3,000!

Tinjauan turut mendapati beberapa kumpulan penyokong parti terpaksa menyewa di Kuala Krai yang juga sedang menyaksikan peningkatan kadar sewanya mengikut permintaan semasa.

Krew MEDIA BYPASS dari Terengganu itu akan berada di Manik Urai sehingga Ahad depan bagi meninjau lebih dakat persiapan dan kempen pilihan raya yang bakal dimulakan oleh Pas menerusi kunjungan pemimpin masuk kampung.

Rabu, 27 Mei 2009

Sheikh Qardawi - Mogok lapar tidak haram bahkan dituntut !

"Utusan Melayu yang bertarikh 26 Mei 2009 telah melaporkan dengan memetik kata-kata seorang tokoh agama berkata : "mogok lapar bercanggah dengan al- Quran, sunnah, ijmak ulama, qias dan sumber perundangan Islam yang lain" .

Saya tidak mahu mengulas panjang memandangkan beliau mempunyai autoriti untuk mengeluarkan pandangan tersebut. Tapi penulis di sini ingin menjelaskan bahawa Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mogok lapar yang bertujuan mendedahkan kezaliman dan kejahatan pemerintah bukan sahaja tidak haram bahkan dituntut oleh syarak dan menjadi kewajipan kepada semua umat Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka !


Ikuti terjemahan fatwa beliau tersebut :
Ianya dipetik dari www.qaradawi. net :

Sebagai respon terhadap " Mogok Lapar" yang telah dilancarkan oleh Tahanan Palestin dalam Penjara Israel pada 15 Ogos 2004 maka Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah menyeru :

“ Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka ! Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar ! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka ! …”
oleh : sripetaling

Bila Zahid hamidi Tak Muncul

YB dato Paduka Hussam Musa

KUALA LUMPUR. Malam tadi saya dijadualkan berdebat dengan Naib Presiden UMNO yang juga seorang menteri kanan kabinet Malaysia: Datuk Zahid Hamidi. Persoalan sekitar rasuah dan korupsi yang sangat relevan dengan ancaman negara masa kini.

Iklan mengenainya telah disiarkan berhari-hari oleh TV9 dan juga TV3. Saya telah menyatakan persetujuan saya menyertai debat ini selepas pegawai saya mengesahkan dengan pihak pengajur, Datuk Zahid confirm datang. Zahid, tegas saya, bukan orang lain.

Isu sepenting ini, jika kita serius, hendaklah dibincangkan dengan penyertaan pihak yang berautoriti, samada dalam parti mahu pun kerajaan. Itu sebab saya mensyaratkan tokoh seperti Datuk Zahid atau orang yang sepadan dengan beliau.

Jadualnya, 26 Mei, malam. 25 Mei, malam, TV3 mula menyiarkan iklan saya berdebat dengan Sdr Ezam, tanpa persetujuan saya terlebih dahulu. Pada hemat saya, penganjur langsung tidak profesional dan Datuk Zahid langsung tidak bertanggungjawab. Kalau Datuk Zahid menggantikan seseorang seperti Setiausaha Politik beliau, cukup untuk menunjukkan rasa hormat terhadap tanggungjawab beliau kepada masyarakat umum sebagai Menteri Kabinet.

Jika Zahid tak berkelapangan di saat akhir selepas berhari-hari iklan tersiar, saya mencadangkan kepada pengajur, ia diadakan pada tarikh lain Datuk Zahid berkelapangan.

Tengah hari semalam, saya telah meminta pegawai saya menyerahkan dengan serahan tangan satu surat meminta Datuk Zahid mengotakan janji beliau dan dapat hadhir seperti yang diiklankan.

Mengikut pembantu di pejabat Datuk Zahid, bos mereka ke luar negara! Saya rasa tak menasabah. Sebab itu, selepas
sah Datuk Zahid tidak hadhir ketika program hampir dimulakan malam tadi, saya telah menalipon sendiri beliau. Datuk Zahid ada di Malaysia!

Saya meminta Datuk Zahid menetapkan satu tarikh baru bagi debat kami. Penganjur boleh menghubungi Datuk Zahid semula. Sebulan tak ada kosong, tiga emapat bulan lagi tidak menjadi masalah kepada saya.

Janganlah iklan berdegar-degar, tetapi tidak siapa ingin mengambil tanggungjawab dari gagalnya debat pada malam tadi. Tidak Zahid, tidak juga TV9?

Saya sudah berada di Sri Pentas malam tadi. Zahid tidak muncul.

Saya kesal, tapi saya bersedia menunggu untuk tarikh yang baru.



Khalid Samad mahu sesiapa yang menang saff kepimpinan PAS Pusat mesti pertahankan kerjasama dengan Pakatan Rakyat!

SAYA, tahun ini, telah menerima 3 pencalonan untuk jawatan Pemeriksa kira-kira dan lebih sedikit pencalonan untuk AJK PAS Pusat. Saya tahu ada yang cukup berminat untuk saya menjadi pemeriksa kira-kira tetapi malangnya saya tak cukup ‘alim dalam bidang kira-kira ini. Saya rasa pencalonan untuk jawatan ini saya tolak dan saya serahkan kepada ulama’ kira-kira sahaja, kata KHALID SAMAD yang dipetik dari blognya.

Dalam soal AJK PAS Pusat, saya merasa agak berbelah bagi. Di antara sebabnya, sekiranya dipilih akan bererti bahawa saya tidak akan lagi berpeluang untuk bersuara semasa dalam Muktamar. Saya melihat AJK PAS Pusat semua duduk diam di atas pentas sambil perwakilan mengemukakan hujjah. Saya pernah menjadi AJK PAS Pusat selama 6 tahun berturut-turut satu ketika dulu dan pengalaman bermuktamar semasa itu bagi saya adalah kurang memberangsangkan.

Namun, setelah berbincang dengan beberapa sahabat dan rakan taulan, mereka menasihati saya supaya bertanding. InsyaAllah akan dipertimbangkan dan akan saya lakukan istikharah sewajarnya.

Meskipun demikian, adalah menjadi harapan saya, sesiapa jua yang bersedia bertanding AJK PAS Pusat dan dipilih nanti, akan terus memastikan bahawa PAS akan kekal komited terhadap kerjasama bersama PR. Ini kerana, bagi saya PR merupakan sebuah entiti politik yang selaras dengan agenda politik baru di mana rakyat ingin menyaksikan tertubuhnya sebuah kerajaan yang bersih, berwibawa, adil dan amanah. Ini amat bersesuaian dengan agenda politik Islam yang dibawa oleh PAS. Pada masa yang sama, melalui kerajaan yang ditubuh oleh PR, mesej Islam akan disebarluaskan dan masyarakat, Muslim dan bukan Muslim, dididik dan didedahkan kepada asas-asas sistem hidup Islam yang menyeluruh.

Perjuangan Islam itu sendiri merupakan proses pendidikan untuk masyarakat serta rakyat dan perubahan dilaksanakan mengikut tahap kefahaman dan kesedaran yang berjaya dilakukan oleh sesebuah kerajaan. Proses perubahan Islam bukan melalui kaedah pemaksaan sesuatu agenda ke atas masyarakat. Proses pendidikan inilah unsur utama perubahan secara ‘tadarruj’ atau berperingkat-peringkat dan ianya lebih mirip kepada proses yang dipimpin oleh Rasulullah (SAW) sendiri.

Dalam masa yang sama, saf kepimpinan yang baru mesti menghalang apa-apa usaha yang cenderung kepada kerjasama dan penyatuan dengan UMNO/BN, atas apa alasan sekalipun. Bagi saya ini merupakan jenis usaha ’khianat’ yang akan memusnahkan integriti PAS di kaca mata rakyat.

Usaha untuk menonjolkan kemampuan kepimpinan PAS sehingga seluruh rakyat melihat PAS setanding dengan parti komponen PR yang lain seharusnya dipertingkatkan dengan lebih giat lagi. Sehinggakan pemimpin PAS mampu dilihat lebih berwibawa dalam soal memimpin rakyat berbilang kaum, lebih dari DAP dan PKR sendiri. Bilamana PAS akan dianggap bukan sekadar pemimpin ummat Islam tetapi seluruh rakyat!

Proses ke arah penyusunan gerak kerja Pilihan Raya juga wajar dimantapkan untuk menentukan prestasi yang lebih menyerlah semasa PRU ke 13 akan datang. Ini mampu dicapai sekiranya kita berjaya mengekalkan kerusi-kerusi yang telah sedia dimenangi semasa PRU ke-12 yang lalu, sambil memenangi kerusi-kerusi yang telah kita kalah kepada UMNO/BN. Dengan beralihnya kerusi-kerusi ini kepada PAS, maka UMNO/BN akan bertambah tidak releven di arena politik tanah air.

Di samping itu, agenda lain yang harus dibawa pimpinan termasuklah persoalan meningkatkan pemahaman konsep ‘Kepimpinan Ulama’ di kalangan seluruh ahli PAS sehingga ianya tidak lagi menimbulkan kekeliruan. Melalui pemahaman yang tepat maka akan terjamin berterusannya konsep ini di dalam PAS.

Pada masa yang sama usaha meningkatkan tahap dan mutu Tarbiyyah dan latihan kepakaran semestinya diberikan tumpuan demi menyediakan ahli-ahli dan pemimpin PAS untuk peranan baru mereka sebagai pemerintah dan pentadbir. Tumpuan diberi bukan kepada apa yang dianggap sebagai kekurangan rakan-rakan kita yang lain di dalam PR tetapi kepada kekurangan kita sendiri dan usaha kita untuk mengatasinya.

Melalui ini semua, insyaAllah PAS akan tampil sebagai parti yang mampu memimpin PR di mana kepimpinan ini diperolehi bukan atas desakan, ugutan atau tuntutan ahli kita, tetapi di atas dasar kemampuan dan kelayakan pimpinan kita yang jelas terbukti. Kepimpinan bukanlah untuk dituntut atau didesak, tetapi sebaliknya diserahkan oleh rakyat kepada mereka yang jelas membuktikan kemampuan, keikhlasan dan kewibawaan.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah mengemukakan pencalonan, namun samada akan turut bertanding atau pun tidak akan ku renungi dan fikirkan sejenak.sanggahtoksago

Selasa, 26 Mei 2009

TEKS UCAPAN DASAR PESURUHJAYA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

IJTIMAK PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
29 JAMADULTHAANI 1430/24 JUN 2009a

ISLAM TERLAKSANA WARGA SEJAHTERA
“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat dan dirimu dijalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahuinya”

MUQADDIMAH

Kita berijtimak pada pagi ini dalam suasana sambutan 35 tahun PAS Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan 17 April 1974. Dalam tempoh tersebut seramai 9 orang pesuruhjaya silih berganti bersama-sama para amilin meneruskan perjuangan dengan menempuh cabaran yang mendatang.

Perjuangan menegakkan Islam sebagai ad-Deen dan menghayatinya dalam kehidupan diri, masyarakat dan Negara bukanlah tanggungjawab yang ringan. Matlamat perjuangan ini bukan dapat dicapai dalam lingkingan masa yang singkat. Ia tidak boleh dijangkau dalam waktu yang singkat dengan tenaga yang minimum. Perjuangan ini adalah perjuangan yang berterusan, perjuangan seumur hidup, perjuangan yang sentiasa meminta pengorbanan dan jihad yang tidak terhenti dengan kekalahan atau kemenangan. Sama ada kalah atau menang perjuangan menegakkan agama Allah SWT tetap menuntut pengorbanan dan jihat yang berterusan dari kita semua.

Firman Allah Azzawajalla:-
“jika apa yang kamu bawa ini harta benda dunia yang mudah dicapai dan perjalanan yang sederhana jauhnya, nescaya mereka (dengan mudah) akan mengikutimu. Tetapi jarak perjalanan begitu jauh untuk mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah SWT (dengan berkata) jika kami berupaya keluar, maka kami akan keluar bersama kamu. Mereka membinasakan diri sendiri dengan sumpah yang dusta dan Allah Mengetahui sesungguhnya mereka adalah dusta” At-Taubah:22

PILIHANRAYA

PAS Wilayah Persekutuan telah menyertai pilihanraya sjak tahun 1978 iaitu pilihanraya Umum ke 5 di kawasan Parlimen Damansara. Namun belum dianugerahkan kemenangan sehinggalah pada Pilihanraya Umum ke 12 bulan Mac 2008 yang lalu. Alhamdulillah seiring dengan perubahan lanskap politik tanah air Pas Wilayah Persekutuan Berjaya menghantar anak sulung ke Parlimen menerusi kemenangan YB Dr Lolo Mohd Ghazali di kawasan Titiwangsa.

Kemenangan yang dicapai bukan jatuh menggolek, ianya hasil daripada gerakkerja yang berterusan dengan penoh istiqamah serta pengorbanan daripada amilin. Ianya diperkukuhkan dengan penerimaan orang-orang bukan Islam kepada mengisi dan mengekalkan kemenangan adalah lebih payah daipada mencapai kemenangan. Justeru itu, gerakkerja yang lebih sistematik daripada Pusat Khidmat Masyarakat Titiwangsa serata dokongan sepenohnya daripada seluruh PAS kawasan-kawasan di Wilayah Persekutuan perlu digembeling bagi menyedarkan masyarakat dengan kejhadiran PAS. Kita bimbang kerana sering berlaku apabila terdapat sedikit kemajuan atau kemenangan menyebabkan berlakunya kelekaan dalam menjalan tugas dan member sumbangan kepada parti.

Jentera Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan harus diremajakan bagi mempersiap siagakan seluruh mujahid dan mujahidah pada setiap masa. Pilhanraya Umum ke 12 telah menzahirkan pembahagian kawasan bertanding yang tidak adil bagi Pas Wilayah Persekutuan dengan PKR. Sepanjang 35 tahun, Pas Wilayah Persekutuan hanya semacam dijadikan papan catur oleh PAS Pusat dan seharusnya ia tidak berulang lagi ketika Pilihan raya Umum ke 13 nanti.

TARBIYYAH

Tabiyyah bukanlah segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah. Penubuhan Majlis Nuqaba’ Pas Wilayah Persekutuan perlu disokong bersama untuk kita terus menerus menjalani proses tarbiyyah, supaya usaha yang berterusan ini berupaya membentuk kesempurnaan akhlak, roh dan akal fikiran kita semua bagi mendapat keredhaan Allah Azzawajalla.

Bagi semua Dewan & kawasan perlulah memastikan unit-unit Usrah berjalan disemua peringkat mengikut manhaj tarbiyyah yang telah sedia disusun oleh Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan PAS Pusat. Jangan ada seorang pun dari ahli-ahli Pas di kawasan saudara-saudara terkecuali dari menekuni proses tarbiyyah kerana inilah kekuatan maknawi yang perlu dibina selain dari kekuatan maddi sepertimana Firman Allah SWT;

"dan bersiap sedialah sedaya mungkin dengan kekuatan dan pasukan berkuda yang dengannya kamu dapat menakutkan musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kamu” al-Anfal : 60

Ahli-ahli baru termasuk yang diterima sewaktu kempen “JOM SERTAI PAS” hendaklah disediakan suatu program induksi tarbiyyah bagi menanamkan tanggungjawab sebagai keluarga Harakah Islamiyyah PAS. Kesemua ahli PAS Wilayah Persekutuan perlu memahami tujuan penubuhan Parti Islam Semalaysia PAS seperti yang dinyatakan dalam muqaddimah perlembagaan PAS adalah:

“Bahawa dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan demi untuk menyempunakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesame manusia yang dijadikan bagi menegakkan al-amru bil ma’ruf wan nahyu anil munkar dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisytiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan PARTI ISLAM SEMALAYSIA.”

ORGANISASI

Orang yang selalu merujuk organisasi sebagai satu unit social yang terdiri daripada dua orang atau lebih yang dengan sengaja menyelaraskan kegiatannya kea rah mencapai satu manfaat atau objektif bersama. Kepada kita ahli PAS, kita penoh yakin bahawa kita berada dalam organisasi kerana menurut perintah Allah Azzawajalla.

“Sesungguhnya Allah kasih kepada orang-orang yang berperang dijalannya dengan tersusun seoalah-olah mereka satu binaan.” Al Soff : 44

Meskipun demikian, masih ada ruang-ruang yang perlu diperkemaskan. Ada kawasan PAS di Wilayah Persekutuan yang belum menubuhkan Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda. Ada kawasan yang belum ada Ketua Urusan Ulama. Mungkin ada Ketua Urusan Ulama tetapi tidak ada jawatankuasanya sepertimana yang dikehendaki oleh Fasal 25/(4)(c) Perlembagaan PAS.

Kerana itu Dwan-Dewan Ulama, Muslimat dan Pemuda negeri perlu memastikan bahawa menjelang tahun 2010 semua perkara ini dapat diselesaikan. Kawasan yang belum bertambah cawangan perlu mempunyai plan strategik kearah itu di samping meningkatkan kualiti cawangan sediaada. Usah kita berada dalam kelompok zon selesa kerana kerja yang perlu dilaksanakan lebih banyak dari masa yang kita ada.

Dalam hal ini Majlis Setiausaha PAS Wilayah Persekutuan perlu lebih aktif dan kreatif dan boleh bertindak secara berkesan untuk saling membantu Dewan dan kawasan demi mencapai matlamat bersama.

KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN

Samaada kita mengakui atau tidak, masyarakat Wilayah Persekutuan sudah merasai kehadiran PAS. Persoalannya adakah ianya menyeluruh atau tidak. Kerana itu PAS Wilayah Persekutuan bersama Dewan dan kawasan perlu memperkasakan organ-organ Parti yang sedia ada seperti Unit Amal, Nisa’, PASTI, Lajnah-lajnah kebajikan dan Kelab Penyokong PAS agar lebih terarah. Sudah sampai masanya dirancakkan usaha “Satu kawasan satu NGO” bagi memudahkan lagi kita mendampingi masyarakat.

PAS Wilayah Persekutuan akan mampu meneruskan perjuangan setelah 35 tahun berada di tengah masyarakat kota. Ianya adalah natijah daripada kekuatan yang ada hasil dari jihad dan pengorbanan saudara semua muslimin muslimat. Kekuatan yang ada pada kita tidak boleh disia-siakan dan ia hendaklah digunakan sebaik-baiknya untuk kepentingan perjuangan Islam yang kita bawa.

Kekuatan yang terdapat pada lisan kita tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Cara penggunaan lisan yang sebaik-baiknyadalam perjuangan Parti Islam Semalaysia (PAS) ialah menasihati sebelum mengecam, mencadang sebelum mengkritik, member khabar gembira sebelum khabar menakutkan, menunjuk jalan kebenaran sebelum member amaran dan peringatan. Mudah-mudahan Ijtimak pada kali ini mengahasilkan natijah yang baik demi penerusan kelangsungan perjuangan PAS Wilayah Persekutuan.

“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata; Tuhan kami ialah Allah. Kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu) maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.” Al-Ahqaf : 13

Sekian, wasalam
HAJI MOHAMAD NOOR MOHAMADPESURUHJAYA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
29 JAMADULTHAANI 1430/24 JUN 2009

MAT SABU CALON TIMBALAN PRESIDEN PAS

NAIB Presiden PAS, Mohamad Sabu turut mengesahkan akan mencabar Nasharuddin Mat Isa bagi jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan minggu depan, lapor Nurul Ain Mohd Husain untuk mSTAR.Online.

"Saya akan tetap bertanding dan tidak akan tarik diri," katanya kepada mStar Online ketika diminta mengulas pendiriannya untuk bertanding jawatan nombor dua parti itu.

Menurut Mat Sabu, beliau telah menghantar borang penerimaan pencalonan kepada jawatankuasa pemilihan parti tiga hari lalu. Urusan penerimaan pencalonan pemilihan PAS ditutup hari ini.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, lima orang calon layak bertanding iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Murysidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan dua Naib Presiden PAS sedia ada, Datuk Paduka Husam Musa dan Mat Sabu sendiri.

Minggu lalu, Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah dan Haron Din telah mengumumkan tidak akan bertanding jawatan tersebut. Kenyataan Mat Sabu itu melengkapkan saingan tiga penjuru bagi jawatan nombor dua parti itu.

Pagi tadi Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Salor turut mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut. Nasharuddin, Timbalan Presiden PAS sejak dua penggal, pagi tadi mengesahkan kepada mStar Online akan mempertahankan jawatannya buat penggal ketiga.

Isnin, 25 Mei 2009

IJTIMAK PAS WILAYAH PERSEKUTUAN DAPAT SAMBUTAN HEBAT

Semalam 24 Mai 2009 telah berlangsung Ijtimak PAS Wilayah di Dewan Dato Fadhil Nor, Markas PAS taman Melewar. Seluruh perwakilan dari kawasan-kawasan Wilayah Persekutuan termasuk Putrajaya telah mendengar amanat-amanat penting pimpinan utama parti terutama Datuk Presiden yang telah merasmikannya Ijtimak tersebut. Sebelum itu Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Y.Bhg Tuan Haji Mohamad Nor Mohamad telah menyampaikan ucaputamanya.

Selain itu Ucap Utama Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan yang bertemakan "Islam Terlaksana Warga Sejahtera" menjadi tajuk utama perbahasan. Tema adalah tema Sambutan 35 tahun PAS Wilayah Persekutuan yang disambut semenjak bulan April yang lalu bahkan Ijtimak ini juga diadakan sempena dengan Sambutan Ulangtahun 35 tahun PAs Wilayah Persekutuan.

Dalam Ucaputama Pesuruhjaya mengajak seluruh petugas parti di semua peringkat mengislahkan uslub atau metodologi dakwah bersesuaian dengan kepelbagaian mad'u atau rakyat di negeri Wilayah Persekutuan

Dakwah hendaklah merestasi sempadan bangsa, suku kaum, agama, budaya, politik, umur dan sebagainya. PAS semakin terserlah perjuangannya apabila rakyat dari seluruh lapisan masyarakat mula memberi sokongan yang padu. Dengan mengolah dan meningkatkan kualiti dakwah disamping tidak meninggalkan prinsip-prinsip dakwah Insya Allah perjuangan PAS akan mencapai matlamatnya.

Resolosi Ijtimak telah dibentangkan pada penghujung Ijtimak dan akan disalurkan kepada PAS kawasan-kawasan untuk direalisasikan dalam bentuk tindakan kerja di kawasan masing-masing.

YAB NIZAR TERUSKAN PERJUANGAN MENUNTUT KEADILAN

Hari ini peguam Hj Nizar dijangka akan menfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lepas ke Mahkamah Persekutuan di Putrajaya. Tarikh perbicaraan juga akan diketahui hari ini.

Kedudukan Zambry sebagai MB yang sah belum selamat lagi. Mahkamah Persekutuan akan bersidang bagi mendengar rayuan Hj Nizar. Sepatutnya perintah boleh dikeluarkan juga bagi menangguhkan keputusan Mahkamah Rayuan sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan Hj Nizar, sebagaimana Mahkamah Rayuan memutuskan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan bahawa Hj Nizar adalah MB yang sah ditangguhkan. Saya tidak pasti samada boleh ataupun tidak perintah tersebut dipohon.

Apapun Hj Nizar tidak akan luntur semangat perjuangannya. Beliau tetap di hati rakyat. Kemelut politik di Perak akan berakhir juga nantinya melalui penghakiman rakyat. Tidak dalam masa yang terdekat, Insya Allah dalam jangka masa yang tertentu. Rakyat tidak akan lupa peristiwa rampasan kuasa ini. Hj Nizar boleh hilang majoriti di Dewan Undangan Negeri, tetapi majoriti rakyat tetap bersamanya. Zambry dan BN tidak boleh berbangga dengan kuasa kerdilnya yang diperolehi melalui rompakan kuasa.

Kalau BN yakin akan sokongan rakyat terhadapnya, ayuh ! segeralah menghadap Tuanku, mohon perkenan DUN dibubarkan, kita minta semula mandat rakyat, barulah kerajaan yang dibentuk benar-benar kerajaan sah yang mendapat majoriti rakyat.

MUKTAMAR KE 55 - Sejarah Penubuhan PAS & Dewan Ulamak (Bahagian ke 2)

TUJUAN PAS DITUBUHKAN
Menurut al-Marhum Ustaz Othman Hamzah; PAS bermaksud di sini bukan seperti tujuan dalam perlembagaannya, tetapi tujuan penaja hendak menubuhkan satu persatuan bernama “pertubuhan Ulamak-Ulamak SeMalaya” yang kemudian bernama PAS.

1. Tujuan-tujuan PAS ditubuhkan mengikut apa yang diterangkan kepada saya oleh Ustaz Haji Ahmad Maliki, Setiausaha Penaja, dalam pertemuan saya di rumahnya – di Kepala Batas dengan maksud mendapatkan penjelasan lebih jauh sebelum diadakan perhimpunan merasmi dan membahas serta mengsahkan undang-undang tubuhnya.(lebih kurang dua minggu atau lebih sedikit) – dapat saya simpulkan, iaitu:

a)Sebagai satu pertubuhan kebajikan yang bersatu dalam pertubuhan itu daripada ulamak-ulamak dan orang-orang Islam rakyat Persekutuan berkedudukan dibawah UMNO, diharap akan dapat menasihti dan menekankan pucuk pimpinan UMNO atau sekurang-kurangnya mengurangkan keleluasan UMNO daripada melakukan amal usahanya yang melanggar batas-batas hukum syara’ serta adab susila Islam seumpama menganjurkan loteri, mengadakan ‘fun fair’ dan sebagainya yang mengotorkankesucian Islam.

b)Sebagai badan persediaan bagi gerakan menuntut kemerdekaan jika takdirnya UMNO pula diharamkan oleh penjajah Inggeris, seperti yang dihadapi oleh PKMM dan Hizbul Muslimin yang berjuang menuntut kemerdekaan, sebab UMNO pun sekarang berjuang menuntut kemerdekaan jua. PKMM ialah huruf ringkas daripada nama Parti Kebangsaan Melayu Malaya yang ditubuhkan pada tahun 1945 di Ipoh oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy dan rakan-rakannya.

c)Selain itu daripada beberapa orang ahli penajanya akan menarik keluar pertubuhan ulamak ini berpisah daripada UMNO sekiranya pucuk pimpinan tidak menerima atau enggan menurut nasihat-nasihat dari ulamak-ulamaknya daripada melanggar dasar Islam atau adab susila yang akan merendahkan mutu kehormatan dan kesucian Islam.

2.Menurut pandanan dan tinjauan saya daripada hasil pembacaan rencana-rencana dalam akhbar dan majalah masa itu, penubuhan pertubuhan ulamak “ akan menghalang orang-orang lain daripada menubuhkan gerakan politik Islam yang baru dalam memperjuangkan kemerdekaan tanahair atas dasar Islam dan menegakkan syari’at Allah dalam negara.

3.Tuan rumah bagi perhimpunan penubuhan PAS itu ialah UMNO Seberang Perai dan Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Ahmad Badawi Haji Adullah Fahim.




CADANGAN PENAMAAN PAS

Kepada saya telah diberi oleh Setiausaha Penaja pertubuhan, Haji Ahmad Maliki, rangka undang-undang tubuh “ Pertubuhan Ulamak SeMalaya” yang disedia oleh pihak penaja yang di bentang ,dibahas dan disahkan oleh sidang perawkilan hari merasmikan penubuhannya seperti dinyatakan awal-awal rencana ini. Apa yang menarik perhatiansaya ialah nama dan keahliannya. Namanya dikaitkan dengan ‘ulamak’ sedang keahliannya kepada sekelianperingkat umat Islam yang akil baligh lelaki dan perempuan.

Saya berterus terang denan ikhlas memberi pandangan bahawa nama dan keahliannya tiada sesuai dan munasabah,patutlah ditukar kepada nama yang lebih sesuai denan keahliannya,umpamanya

“Pertubuhan Muslimin SeMalaya”. Beliau menjawab, pandangan saya itu munasabah dan ia dipersetujui, tetapi ia tidak boleh menukar dengan nama lain dalam cadangan undang-undang tubuh ini kerana itu keputusan panitia. Nama itu bolehlah dipinda dab ditukar kalau saya dapat mencadangkan nama yang lebih munasabah dan sesuai diterima oleh ramai dalam perjumpaan merasmikan penubuhan dan mengesahkan undang-undang tubuh ini. Malah ia mengatakan akan menyokong secara diam-diam dari belakang tentang pemindaan dan penukaran nama pertubuhan itu.

Dalam perhimpunan merasmi penubuhan itu dan membincang serta mengsahkan undang-undang tubuh Pertubuhan Ulamak SeMalaya di Kelab Melayu Bagan, tatkala membahaskan undang-undang tubuh itu untuk disahkan sesudah dipersutujukan penubuhannya oleh ahli-ahli sidang perhimpunan, sayalah mula-mula sekali bangun sebagai wakil daripada Persatuan al-Ihya al-Syarif Gunung Semanggul membahas tentang nama yang memang mula pertama diletakkan dalam rangka undang-undang tubuh tersebut dengan mencadangkan pindaan dan penukaran nama “Pertubuhan Ulamak Islam SeMalay” itu kepada “Persatuan Islam SeMalaya” dengan sebutan ringkas “PAS” sahaja dengan beberapa alasan .

Alasan yang saya kemukakan disini bukanlah huraian hujjah saya yang penuh bagi meminda dan menukar nama “Pertubuhan Ulamak SeMalaya” kepada “Persatuan Islam Semalaya(PAS)” kerana tidak dapat saya ingat semuanya, kerana hujjah yang saya catit sepenuhnya telah musnah oleh banjir bersama-sama rangkaan undang-undang tubuh itu dalam simpanan hanya khalasah terpokok sahaja. Antara alasan yang masih saya ingat benar ialah:

Namanya “Pertubuhan Ulamak SeMalaya” tidak sesuai dengan keahliannya yang disebut pada fasal ahli yang terbuka kepada orang-orang Islam yang akil baligh.
Meragui akan ulamak-ulamak dapat menyertai pertubuhan ini kerana dalam perhimpunanini hanya beberapa orang daripada orang-orang yang dipandang sebagai ulamak hadir, malah daripada ulamak-ulamak UMNO pun sangat kurang. Kerana tujuan pertubuhan ini mewujudkan satu perikatan Islam..............., maka nama “Persatuan Islam Semalaya” adalah lebih munasabah dan tepat dengan berlandaskan sebab Islam meliputi semua orang termasuklah ulamak-ulamak itu sendiri. Lagi amat munasabah dengan azam hendak menggantikan UMNO kalau ia diharamkan oleh penjajah, sedang sebutan ringkasnya “PAS” sedap disebut dan didengar.

Cadangan pindaan dan penukaran nama itu segera mendapat sokongan daripada ahli-ahli perhimpunan yang ramai. Mungkin mereka bukannya sahaja setuju dengan cadangan saya tetapi rasa simpati terhadap saya kerana mereka terdiri sebahagiannya sahabat kenalan saya daripada ahli-ahli Kesatuan Melayu Selat Pulau Pinang sebelum Perang yang saya pernah terpilih sebagai jawatankuasanya dan bekas ahli-ahli PKMM atau ibu bapa pelajar Ihya masa itu. Tetapi Jawatankuasa Penaja tetap tidak menerima pindaan itu sedang Puan Dasimah Dasir – mewakili kaum ibu (kononnya)- menentang hebat cadangan saya.

Banyak lagi cadangan meminda nama pertubuhan dabn ada yang mendapat sokongan. Tuan Pengerusi persidangan, Haji Muhammad Ghazali Abdullah, memainkan peranan yang bijak menghadkan cadangan pindaan nama pertubuhan yang semakin banyak, dengan cara undi antara yang mahu meminda dan yang bersetuju dengan cadangan nama asal “Pertubuhan Ulamak SeMalaya”

Tuan Pengerusi meminta nama-nama pindaan itu dikemukakan semula disamping nama asal tidak digugurkan. Seorang yang lain mencadangkan satu pindaan nama dan mendapat sokongan yang saya begitu pasti dalam ingatan antara dua jodolnya iaitu:

i)Pertubuhan Tanahair (Permata)
ii)Pertubuhan Islam Malaya (Pertama)

Seorang lain mencadangkan nama pindaan ditutup dan dipersetujui oleh ramai. Pengerusi mencadang supaya perwakilanmemilih satu nama sahaja melalui undi yang akan dijalankan iaitu:

i)Pertubuhan Ulamak Semalaya,
ii)Persatuan Islam SeMalaya (PAS)
iii)Pertubuhan Muslimin Tanahair (Permata)
atau Pertubuhan Islam Malaya (Pertama)

Keputusan undi dengan suara terbanyak dipersetujukan pertubuhan tersebut dinamakan “Persatuan Islam Semalaya” atau sebutan ringkasnya “PAS”

PAS telah mengalami pertukaran nama penuhnya sebanyak dua kali. Pertama tatkala Malaya mendapat kemerdekaan mulai Ogos 1957 menjadi Persekutuan Tanah Melayu. Maka PAS dipersetujukan dalam mesyuarat agung tahunannya dinamakan “Persatuan Islam SeTanah Melayu (PAS)”. Dan kedua, tatkala Persekutuan Tanah Melayu berubah menjadi Malaysia, makanama PAS dipinda dan dipersetujukan oleh mesyuarat agung tahunannya dengan nama “Parti Islam Semalaysia” ringkasnya “PAS” juga, berlunas huruf-huruf permulaan dalam ejaan jawi.


Ahad, 24 Mei 2009

AMAN TANPA UMNO

HANCUR UMNO!!!!!!
Alangkah Aman Damainya Pilihanraya Tanpa UMNO/BN. Maka hari ini terbuktilah pada seluruh rakyat Malaysia akan satu perkara yang selama ini tidak pernah terlintas atau terlihat oleh rakyat kebanyakan dan juga orang-orang atasan.

Sahabat saya yang berada di HARI PENAMAAN CALON DUN Penanti sejak dari subuh 24 Mei 2009 mengatakan hampir seluruh kawasan di DUN Penanti yang dia pergi bersama-rakan- rakannya memperlihatkan suasana yang tenang dan aman.

Sejak dari subuh, langsung tidak berleaku kekecohan, tidak ada insiden kalut sebagaimana yang selalu berlaku dalam pilihanraya baik DUN mahu pun Parlimen seperti yang yang lepas-lepas.

Kali ni aman damai, DUN Penanti cukup tenang tanpa kehadiran UMNO/Barisan Nasional. Kenapa keadaan sedemikian berlaku?

Sebabnya UMNO/BN tidak meletakan calonnya bertanding bagi merebut DUN Penanti pada kali ini. Tanpa kehadirian UMNO/BN, anggota-anggota PDRM boleh bersenang-lenang, baik SB, JSJ, FRU, UTK atau mana-mana unit dalam PDRM bertugas dalam keadaan bersenang-lenang hari ni. rata-rata sangat-sangat santai hari ni.

Tidak perlu berkejar sana sini.

Air dapat dijimatkan, minyak dapat dijimatkan, tenaga dapat disimpan. Relak betul.. Suasana aman dan tenang amat dirasakan dengan ketiadaan FRU dan pemimpin-pemimpin, ahli dan penyokong UMNO/BN menjadikan penduduk di kawasan itu amat gembira sekali. Terima kasih kepada Najib, Presiden UMNO yang memutuskan tidak akan melibatkan calon UMNO/BN bertanding di dalam PRK DUN Penanti pada kali ini. Ini satu rekod sejarah bagi UMNO/BN yang dicipta oleh Najib.

Maka jelaslah selama ini yang menimbulkan kekecohan dan provokasi ialah UMNO/BN, bukan Pakatan Rakyat. bukti telah jelas dan nyata.

Melihat kepada apa yang berlaku hari ni, eloklah kita sama-sama membuat satu persepakatan demi keamanan negara Malaysia yang tercinta. Tolak UMNO/BN secara total dalam PRU-13 nanti. Tanpa UMNO/BN di Penanti, amat terasa betapa amannya suasana kehidupan. Itu baru di Penanti. kalau UMNO/BNl tiada langusng di Malaysia, bagaimana?

Kita penuh yakin Malaysia akan lebih aman, damai dan makmur tanpa kehadiran UMNO/BN di Malaysia.Marilah bersama, bulatkan tekad, tolak UMNO/Barisan NN dalam PRU-13 kelak..!

Masih tidak percaya ke? Tanyalah sendiri kepada sesiapa kenalan yang ada di Penanti hari ni.

Wow cukup aman beb.!!!!

Politik Wang dalam PAS-Nik Aziz Alu-Alukan SPRM Siasat Dakwaan

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengalu-alukan jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan wujudnya politik wang menjelang pemilihan parti itu bulan depan.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau mengalu-alukan tindakan tersebut supaya ahli-ahli PAS "beringat dan berhati-hati. ""Sila, sila... saya buka pintu 24 jam. Dari segi keselamatan kalbu kita, perlu ada keterbukaan.ujar Tok Guru.
"Orang beringat, barulah orang ini berhati-hati. Kalau tutup sana sini, orang jadi muak dan tiada rasa penyesalan.
"Dalam parti sendiri saya sokong ada pertandingan, " katanya selepas merasmikan Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di markas PAS Taman Melewar, Gombak di sini, hari ini.

Sebelum ini Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menegaskan parti itu bebas rasuah.

"SPRM bebas untuk masuk campur dalam hal ini dan kita sedia untuk disiasat, PAS tidak takut dan kita tidak menyembunyikan sesuatu," katanya.

Isu politik wang menjadi perhatian ekoran kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mohamed Daud Iraqi sebelum ini yang mendakwa wujudnya budaya tersebut dalam parti itu menjelang muktamar tahunan.

Malah awal minggu ini, Daud dipanggil oleh Jawatankuasa Harian PAS pusat supaya memberi penjelasan berhubung kenyataannya.

KIT SIANG-DUN Selangor Tidak Wajar Gantung Elaun Khir Toyo


KUALA LUMPUR: Dewan Undangan Negeri Selangor tidak wajar menggantung elaun bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Khir Toyo sekalipun jika ia mengesahkan perakuan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan untuk berbuat demikian.

Lim Kit Siang, tokoh veteran DAP berkata, Dewan Negeri boleh menggantung ahli-ahlinya daripada menghadiri sidang dewan kerana melanggar keistimewaan, tetapi tidak harus menggantung elaun mereka oleh kerana anggota-angguta DUN dipilih oleh pengundi yang mewakili mereka di peringkat kerajaan negeri. "Pengundi tidak harus diletakkan dalam kedaaan tidak menentu kerana tidak mempunyai anggota dewan untuk mewakili sebagai pengantara dengan kerajaan negeri sekalipun jika ia digantung dari sidang Dewan Negeri," kata Lim, anggota Parlimen Ipoh Timor dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, menggantung anggota dewan negeri kerana melanggar hak keistimewaan adalah hukuman wajar.

Pada 19 Mei, jawatankuasa berkenaan mendapati Khir (ADUN Sungai Panjang) dan empat anggota DUN lain Barisan Nasional bersalah menghina dewan itu.

Jawatankuasa itu memperakukan Khir digantung selama setahun dari menghadiri sidang dewan tanpa elaun dan keistimewaan kerana gagal menghadiri siasatan oleh Jawatankuasa Pilihan mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaba n dan Ketelusan (Selcat) pada Mac.

Siasatan itu ialah mengenai perbelanjaan dana agensi negeri, Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor.

Khir didapati bersalah atas tiga tuduhan lain membuat kenyataan menghina dan negatif mengenai Selcat dalam media dan di blognya.

ADUN lain BN yang didapati bersalah menyelar Selcat di media dan diperakukan digantung selama enam bulan tanpa elaun dan keistimewaan ialah Datuk Warno Dogol (Sabak Bernam), Datuk Mohd Idris Abu Bakar (Hulu Bernam), Mohd Isa Abu Kassim (Batang Kali) dan Datuk Marsum Paing (Dengkil). BERNAMA

Raja Nong Chik Di Dakwa Buat "Gangguan Seks Terhadap Dr Lo'Lo'

AJK PAS Pusat, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali mendakwa Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Dato' Raja Nong Chik bertindak tidak sopan dan mengeluarkan kata-kata kurang sopan yang bersifat 'gangguan seksual' terhadapnya pada 21 Mei lalu, lapor Intan Abdullah.

"Saya turun setiap tempat, takkan nak beritahu awak semua. Ini saya nak pergi tandas, takkan nak beritahu awak, awak nak ikut ke?" demikian ujarnya mengulangi dialog yang dimaksudkan.

Menulis dalam blognya hari ini, Ahli Parlimen Titiwangsa itu mendakwa kata-kata tersebut diucapkan oleh Raja Nong Chik sewaktu lawatan mengejut menteri baru itu ke sebuah pasar baru di Kampung Datuk Keramat petang 21 Mei lalu.

Dalam sidang media sehari selepas itu baru-baru ini, Lo' Lo' menjelaskan bahawa Raja Nong Chik telah memohon maaf kepadanya secara peribadi.

"Ini adalah merupakan isu penghinaan ke atas wanita dan beliau perlu memohon maaf secara terbuka kerana ianya perlu dibuat secara ikhlas bukan sekadar memohon maaf secara individu memandangkan beliau merupakan seorang menteri," katanya.

Bagaimanapun, beliau mahu menteri berkenaan memohon maaf secara terbuka kerana ramai orang mendengar kata-kata "lucah" tersebut.

Ahli parlimen Titiwangsa juga mempertikaikan program itu sebagai "lawatan mengejut" kerana terdapat aturcara lengkap bersama pegawai kanan kementerian, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan pegawai-pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Persatuan peniaga Wilayah Persekutuan cawangan Pasar Datuk Keramat juga diwakili oleh semua ahli jawatankuasa, dan yang paling menonjol adalah kehadiran Ketua Bahagian Umno Titiwangsa bersama timbalannya, ahli jawatankuasa, Wanita dan Pemuda Umno," kata Dr Lo' Lo' lagi.

"Ketua Bahagian Umno Titiwangsa diberi tempat istimewa sebelah menteri sepanjang majlis tersebut," ujarnya.

Ditanya mengenai tindakan selanjutnya bakal diambil, Lo'Lo' menyatakan beliau akan menulis surat kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dan hal tersebut juga akan dibawa ke Dewan Rakyat untuk perhatian kesemua ahli dewan.

"Walaupun beliau berniat hendak bergurau, kata-kata tersebut tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang menteri memandangkan itu merupakan kali pertama saya bertemu beliau sejak dilantik menggantikan menteri sebelumnya, Dato' Seri Zulhasnan Rafique," katanya.

Selain mempertikai Raja Nong Chik, wakil rakyat PAS itu memuji bekas menteri berkenaan yang disifatkannya 'jauh lebih matang, berhemah dan sering bersikap profesional' terhadap beliau dan ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh memuji tindakan Lo' Lo' yang sanggup berkejar ke kawasan beliau dari Port Dickson sebaik mendapat maklumat Menteri Wilayah yang baru, datang melawat Pasar Keramat.

Pada masa yang sama, Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah al-Jundi pula menggesa agar Raja Nong Chik memohon maaf secara terbuka kepada Lo'Lo'.

"Ini merupakan tindakan yang biadap ke atas wanita dan satu bentuk gangguan seksual," katanya.

Pakatan Rakyat menguasai 10 kerusi parlimen daripada 11 kawasan di wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. BN hanya menang di Setiawangsa yang disandang oleh Zulhasnan.

Benarkah Ulama PAS Makin Lesu, Mandom dan Tidak Bermaya???

PEMILIHAN pucuk pimpinan Pas bulan depan bukan sekadar menyaksikan pertembungan calon-calon daripada golongan ulama dan profesional, malah akan memperlihatkan juga sejauh mana kecenderungan parti itu terus mempertahankan perjuangannya menegakkan pemerintahan Islam, ulas Norhayati Muda.

Kira-kira 20 tahun lalu parti ini berpegang kuat kepada pendekatan ideologi agama yang radikal sehingga ada penyokong dan pemimpin parti sanggup melabel penyokong UMNO sebagai kafir kerana didakwa bersengkokol dengan parti-parti politik bukan Islam.

Malah, berita seperti "satu masjid dua imam" khususnya di negeri-negeri seperti Kelantan, Kedah dan Terengganu bukan perkara pelik pada ketika itu, seperti juga cerita mengenai keluarga yang berpecah-belah dan jiran tetangga bermusuhan gara-gara perbezaan fahaman politik.

Hari ini Pas mempamerkan imej yang amat berbeza. Selain bekerjasama dengan DAP yang didominasi kaum Cina dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sememangnya liberal, suara ulama radikal semakin lesu.

Isu kafir-mengkafir lenyap, keazaman parti untuk menubuhkan negara Islam, melaksanakan undang-undang hudud sudah tidak kedengaran lagi. Mungkin kematangan berpolitik menyebabkan isu-isu itu digugurkan atau mungkin juga ia ditenggelami pengaruh pemimpin golongan profesional dengan pendekatan yang liberal.

Barangkali selepas menyedari bahawa pengaruh golongan profesional semakin meluas dalam parti, segelintir pemimpin Pas telah menekankan pentingnya golongan ulama menyandang dua jawatan tertinggi parti iaitu presiden dan timbalan presiden. Namun ada juga yang membantah pandangan itu.

Mereka termasuklah Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang berpandangan bahawa golongan profesional dan ulama adalah sama kerana untuk memimpin, keduaduanya harus mempunyai pengetahuan dunia dan akhirat.

Pandangan Nik Abdul Aziz itu dilihat sebagai cubaan meredakan perselisihan antara golongan radikal dan sederhana memandangkan masih ada pihak yang tidak dapat menerima golongan profesional sebagai pemimpin mereka.

Hakikatnya, menurut beberapa pemerhati politik, Pas tidak mempunyai pilihan selain membiarkan ia diterajui golongan profesional jika ia mahu terus dipilih pada pilihan raya umum.

Parti itu, kata mereka, telah menyedari bahawa pendekatan radikal tidak mampu mengekalkan sokongan bukan Islam seperti yang sedang dinikmati parti itu sekarang.

"Pas sekarang berpolitik secara realiti iaitu berjuang untuk kuasa. Dulu mereka berjuang untuk menegakkan ideologi tetapi sekarang ideologi dah tipis," kata Prof. Dr. Mohamad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pensyarah Pusat Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi itu berkata, Pas kini berbaik-baik dengan parti politik yang didominasi bukan Islam berlandaskan satu matlamat iaitu untuk menumbangkan BN.

"Sekarang rakyat pelbagai kaum dapat menerima pendekatan Pas, jadi mereka akan kekalkan pendekatan sederhana ini selagi mereka dapat sokongan," katanya.

Sekalipun kehadiran golongan profesional ini, yang turut dikenali sebagai kelompok Erdogan, memberi manfaat kepada Pas daripada segi sokongan masyarakat, hakikatnya kata Mohamad Agus, mereka juga membawa bibit-bibit kurang sihat dalam parti seperti perebutan kuasa. Pemilihan parti itu kali ini menyaksikan pencalonan paling ramai dalam sejarah parti itu.

Sungguhpun Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang tanpa bertanding sebagai presiden, timbalannya Nasharuddin Mat Isa ditentang tiga calon termasuk dua Naib Presiden sekarang terdiri Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Husam yang dikelompokkan sebagai Erdogan diuar-uarkan calon popular untuk menang walaupun ada pandangan menyatakan calon golongan ulama Datuk Dr. Haron Din adalah gandingan terbaik Abdul Hadi.

Sekalipun ada yang melihat ia petanda amalan demokrasi yang semakin subur dalam Pas, bagi Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain daripada Universiti Sains Malaysia, perebutan jawatan itu juga satu petunjuk tentang pudarnya amalan syura dalam parti itu.

"Nampaknya Pas mengamalkan demokrasi ala-Barat, bukan lagi syura iaitu amalan mesyuawarah dan bertolak ansur," kata pensyarah Dasar Awam dan Politik Malaysia itu.

Ahmad Atory berpendapat golongan Erdogan lambat-laun akan menguasai pemilihan Pas kali ini memandangkan parti itu kini didominasi golongan muda yang berfahaman sederhana.

"Golongan ulama dah tak ramai, sudah tua-tua. Yang ramai sekarang adalah golongan muda, profesional dan mereka akan mencorakkan pucuk pimpinan baru. Mungkin pada pemilihan kali ini tidak ketara sangat, tapi saya yakin mereka akan menyerlah pada pemilihan akan datang," katanya.

Prof. Dr. Ahmad Atory berkata, suka atau tidak, penyokong Pas khususnya kelompok radikal yang masih ada di peringkat akar umbi terpaksa menerima gaya kepimpinan baru yang akan diselitkan oleh golongan profesional ini.

Prof. Madya Dr. Ghazali Mahyuddin dari UKM turut bersetuju dengan pandangan itu dan menyifatkan Pas telah mula berpijak di bumi nyata kerana menyedari golongan ulama sahaja tidak mampu menarik sokongan masyarakat pelbagai kaum.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan suara ulama akan terus dipinggirkan dan seterusnya menjadi golongan minoriti dalam parti.

"Perubahan ini sebenarnya perkara biasa dalam politik dan Pas adalah parti politik, jadi tidak perlu dihairankan kalau pada pemilihan nanti yang ramai menang adalah kumpulan profesional.

"Memanglah masih ada penyokong akar umbi yang tegar dengan pendekatan radikal dan mungkin tidak dapat menerima kehadiran pemimpin yang sederhana ini, tetapi saya jangka mereka akan terus dalam parti selagi ada pemimpin bergelar ulama,'' kata Ghazali yang meragui parti itu akan kembali kepada pendekatan lama.

Kalau mereka kembali, mereka akan dipencilkan oleh rakan sekutu mereka, tegasnya.

"Tetapi dalampolitik ini susah nak dijangka. Kita tengok sahajalah apa perkembangannya selepas ini sebab saya yakin golongan profesional akan mendominasi pemilihan kali ini,'' katanya.

Jika mahu dirumuskan perubahan yang berlaku dalam parti kedua terbesar orang Melayu selepas UMNO itu, tidak keterlaluan jika dikatakan Pas kini menggunakan pendekatan yang pada suatu ketika memberi sokongan besar kepada UMNO dan BN.

Mengamalkan pendekatan sederhana dan menjanjikan keadilan dan kesejahteraan untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama, UMNO dengan kerjasama rakan-rakan dalam BN, berjaya menambat hati rakyat selama berdekad.

Berpegang pada tiket serupa, Pas yang kini sekutu kepada PKR dan DAP mentarbiahkan rakyat bahawa parti itu mampu memenuhi kehendak rakyat dengan menegaskan ajaran Islam juga menekankan keadilan dan kesejahteraan untuk semua.

Sekalipun penganalisis politik yakin asas penubuhan Pas yang antara lain mahu mewujudkan negara Islam belum berubah, persoalannya ialah sejauh mana pemimpin golongan profesional ini mampu mempertahankannya.

Atau, mungkinkah keinginan untuk berkuasa akan mengatasi perjuangan asal pemimpin terdahulu dan apakah saki-baki golongan ulama yang masih ada akan membiarkannya.

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails