SELAMAT DATANG

Isnin, 5 November 2012

PUTRAJAYA MENANTI TEMA KHAS PAS PUTRAJAYA

PUCHONG, 02 Nov: Lebih 500 termasuk Timbalan Presiden PAS serta 3 lagi tokoh pidato PR Sdr Rafizi, Chegu Bard dan YB Gobind Sing Deo telah menyertai majlis kutipan Dana Pilihanraya dan makan malam PAS Putrajaya bersama pemimpin Pakatan Rakyat anjuran Jentera Pilihanraya PAS Putrajaya malam tadi. Mereka memenuhi Dewan Serbaguna MPSJ Puchong Indah tersebut bagi mendengar ceramah dari tokoh pidato hebat Pa
katan rakyat disamping untuk menyumbang dana pilihan raya PAS. 

Timbalan Presiden Tuan Haji Muhamad bin Sabu, YB Gobind antara yang mengucapkan tahniah di atas kejayaan majlis itu. Di samping makan dengan selesa dan berselera, para tetamu sempat mendengar pidato yang berapi dari Saudara Rafizi, Chegu Bard, YB Gorbind Ahli Parlimen Puchong dan Timbalan Presiden Tuan Haji Mohamad Sabu yang banyuak menyentuh isu-isu nasional terkini dan menyeru para hadirin untuk bersama-sama Pakatan Rakyat dalam PRU13 akan datang.

Majlis juga diserikan dgn kehadiran Leman Raja Lawak dan artis terkenal Abby Abadi. Leman diberi penghormatan mengacarakan majlis bersama dengan ulamak muda PAS Putrajaya yang juga AJK Kawasan Ustaz Saharuddin Zaini. Para hadirin tidak kering gusi menyaksikan celoteh dan telatah mereka berdua disamping nyanyian humor Leman. Kehadiran Pelukis karton terkenal Zunar juga menyaksikan Zunar melukis karton dan akhirnya dilelong dengan harga RM750.00. Acara lelong telah dijalankan oleh Abby dan pembelinya adalah seorang pengusaha ayam iaitu Sdr. Awang dari Puchong. 

Ustaz Mohamad Nazir Zakaria selaku Yang DiPertua Kawasan dalam ucapan aluannya menyatakan "seperti biasa PAS Putrajaya terpaksa mengadakan majlis seperti ini di kawasan kawasan berhampiran kerana kekangan dari pihak berwajib di Putrajaya". Menurut beliau lagi 'ini adalah kali ketiga majlis yang mellibatkan pimpinan tertinggi parti terpaksa diadakan diluar. Ustaz Nazir juga mengisytiharkan tema khas Putrajaya "PUTRAJAYA MENANTI". "Rakyat diseluruh negara sekarang ini tidak segan-segan melaungkan tema MENUJU PUTRAJA maka Putrajaya sendiri seharusnya mempunyai tema yang berbeza iaitu Putrajaya Menanti" ujar Ustaz Nazir. Majlis tamat 12.30 malam.

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails