SELAMAT DATANG

Jumaat, 2 Oktober 2009

TEMPAT BERHIMPUN PENAMAAN CALON SEBELUM BERARAK KE MPPD

Bagan Pinang, 3 Okt 2009, Penamaan calon bagi parti yang akan bertanding di kerusi N31 Bagan Pinang esok akan diadakan di Majlis Perbandaran Port Dickson. Kepada penyokong-penyokong PAS mereka dikehendaki datang lebih awal seawal mungkin untuk menunaikan solat hajat yang akan diadakan di Masjid Kg. Bagan Pinang berhampiran Markas Indok Pilihanraya Kecil N31 Bagan Pinang. Sejurus selepas solat subuh kontinjen PAS akan bergerak menuju ke medan parking Sek. Men. Abd Samad dan orang ramai boleh berhimpun di hadapan Stesyen Minyak BPH sebelum bergerak menuju ke MPPD tepat jam 8 pagi.

Bagi pihak Pesurujaya PAS Wilayah Persekutuan, Ust Mohamad Nazir Zakaria selaku Ketua Kontinjen PAS Wilayah Persekutuan menyeru agar penyokong-penyokong PAs dari Wilayah hadirlah beramai-ramai kerana dianggarkan kehadiran penyokong UMNO juga akan ramai.

Dalam perkembangan lain PAS Wilayah Persekutuan baru sahaja mendirikan khemahnya yang akan dijadikan POST UTAMA di jalan masuk UPU Taman Eastern setelah seharian mencari tapak, namun akhirnya seorang taukeh cina iaitu En Robert telah membenarkan pihak PAS menggunakan tanahnya ditepi Jalan Utama PD ke Telok Kemang berhampiran jalan masuk ke Taman Eastern.


BAGAN PINANG : ISA SAMAD DIPILIH, BUKTI UMNO/BN HALALKAN RASUAH

Bismillahirahmannirahim..

Terbukti rasuah bukan satu kesalahan bagi Umno. Sebab itulah seorang perasuah seperti Isa Samad dipilih sebagai bakal calon BN DUN Bagan Pinang.

Ini mengukuhkan lagi sifat dan prinsip Umno bahawa rasuah dibenarkan dan ianya bukan satu kesalahan jenayah sebagaimana Umno membiarkan Ali Rustam terus menjadi Ketua Menteri Melaka walaupun beliau jelas terbabit dengan rasuah.
Pemilihan Isa Samad cukup memualkan rakyat dan ini membuktikan bahawa Umno/BN tidak serius menangani rasuah.

Pekung dan kebobrokan Umno/BN semakin meloyakan rakyat dan tidak mustahil rakyat akan menolak Umno/BN secara total. Walaupun Umno/BN mungkin menang di Bagan Pinang dengan undi pos namun secara keseluruhan rakyat Malaysia khasnya di Semenanjung semakin meluat dan benci dengan sikap pemimpin Umno/BN yang menghalalkan rasuah.


Umno/BN seolah-olah tidak mempunyai calon lain yang lebih bersih dan berintegriti. Atau mungkinkah semua pemimpin Umno terbabit dengan rasuah sehingga tiada yang bersih dan suci lagi.
Isa Samad pernah digantung keahliannya dari Umno kerana terlibat dengan rasuah pada pemilihan Umno beberapa tahun lepas. Namun selepas itu hukumannya dipendekkan dan beliau kembali memenangi jawatan Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang tanpa bertanding tahun lepas.

Sebagai rakyat Malaysia saya berasa malu dan sedih dengan pemilihan Isa Samad ini kerana dunia luar melihat seolah-olah parti kerajaan yang memerintah sekarang menghalalkan rasuah.

Rabu, 30 September 2009

Bagan Pinang Kerusi Kita.. Ayuh Kita Pertahankan - TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin

Isa Samad Calon BN DUN Bagan Pinang

TELUK KEMANG, 29 Sept – Persoalan siapa yang akan menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N.31 Bagan Pinang telah pun terjawab apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon pilihan bagi mengekalkan kerusi tersebut.

Tan Sri Isa merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari April 1982 – Mac 2004.

Beliau yang dilahirkan di Melaka dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bagan Pinang, Port Dickson dan kemudiannya bersekolah di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya sebelum bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Datuk Abdul Razak, Seremban (1973-1978).

Pengumuman tersebut dibuat dalam satu majlis sambutan hari raya Aidilfitri yang diadakan di Pusat Operasi BN Teluk Kemang.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Tan Sri Muhyiddin mengingatkan bahawa gagasan Satu Malaysia telah membawa perubahan besar kepada negara khususnya dalam menangani masalah ekonomi dan perpaduan kepada rakyat keseluruhannya.


Katanya, kerusi Bagan Pinang adalah hak milik BN yang semestinya akan kekal, dengan keseluruhan rakyat tempatan memberikan sokongan kepada BN menerusi calonnya, dan tentunya dalam pilihan raya kecil akan datang ini.

Dalam masa yang sama, beliau juga menyatakan bahawa kehadiran khalayak yang ramai dalam majlis tersebut dengan jumlah sekitar 8,000 orang; dihadiri oleh pelbagai lapisan bangsa adalah bukti sokongan rakyat tidak berbelah bagi kepada BN.

Lantas, beliau menyeru semua jentera dari peringkat kepimpinan sama ada di peringkat Pusat hinggalah ke akar umbi agar memberikan sokongan dan sama-sama berusaha memastikan tampuk kepimpinan BN di kawasan Bagan Pinang.

Turut sama memberi sokongan dalam majlis tersebut ialah para pemimpin tertinggi dalam parti kompenan BN.

Pusat Operasi BN mula dipenuhi dengan masyarakat berbilang bangsa termasuklah para penyokong dan jentera parti yang mula hadir dalam majlis sambutan Aidilfitri sejak pukul 3.00 petang lagi.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Nor, 54, di Hospital Pakar Seremban pada 4 September lalu.

Allahyarham Azman yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum lalu dengan mengalahkan calon PAS Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Pilihan raya kecil tersebut akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2008 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2009 dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua 2009 yang telah dikemas kini sehingga 4 September lalu.

Daftar pemilih ini mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos.

Daripada jumlah tersebut, 8,577 atau 62.77 peratus pengundi terdiri daripada kaum Melayu, 2,834 atau 20.74 peratus pengundi India, 1,498 atau 10.96 peratus pengundi Cina dan 755 atau 5.54 peratus terdiri daripada lain-lain bangsa.

Terdapat lapan peti undi iaitu Ladang Atherton, Pekan Siliau, Ladang Bradwall, Sua Betong, Taman Eastern, Kampung Bagan Pinang, Si Rusa dan Teluk Kemang dengan rekod pada pilihan raya umum yang lalu, BN memenangi lima peti undi di kawasan terbabit.


Alahai UMNO/BN baru naik BANNER BOIKOT..Semua Kecut Perut

Calonkan Isa: Umno terpaksa realistik, elak boikot

Harakahdaily - ANALISIS

Selepas debat mengenai calon yang paling sesuai berlanjutan sehingga beberapa minggu, kepimpinan Umno terpaksa akur dengan kehendak akar umbi dan keperluan untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang di Negeri Sembilan

Pengumuman dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan presiden Umno sebentar tadi menunjukkan kemenangan di Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang amat penting bagi Umno selepas tewas kesemua tujuh pilihan raya kecil di Semenanjung selepas Pilihan Raya Umum ke-12 Mac tahun lalu.

Usaha untuk membersihkan parti dan meletakkan calon yang bersih untuk memenangi semula sokongan rakyat terpaksa ditangguhkan dahulu.

Pencalonan Isa itu juga menunjukkan ketidakupayaan kepimpinan Umno melawan ketua-ketua Umno yang berpengaruh seperti bekas menteri besar Negeri Sembilan itu, yang membina kumpulan yang kuat sepanjang memerintah negeri kubu kuat Barisan Nasional itu.


Tindakan tidak mencalonkan Isa bakal mengundang boikot daripada ahli-ahli Umno akar umbi di negeri ini yang menyokong kuat Isa untuk kembali sebagai menteri besar akibat tidak senang dengan kepimpinan menteri besar hari ini, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Menjelang pengumuman calon, petanda buruk sekiranya Isa tidak dicalonkan mula kelihatan apabila muncul sepanduk-sepanduk memberi amaran boikot sekiranya Isa tidak dipilih sebagai calon Bagan Pinang.

Bekas pemimpin Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad bersuara berkali-kali secara terbuka menentang pencalonan Tan Sri Isa Abdul Samad, tokoh yang terpalit dengan rasuah politik dan digantung oleh parti.

Mahathir walau bagaimanapun dalam satu kenyataannya mengaku Isa mampu menang di Bagan Pinang, menunjukkan sokongan meluas untuk ketua Umno Teluk Kemang itu.

Berdasarkan tinjauan, Isa terus popular di Negeri Sembilan dalam kalangan Umno, menjadikan pencalonannya sebagai pertaruhan terbaik bagi Umno dan Barisan nasional untuk mencapai kemenangan di Bagan Pinang, walaupun terpaksa mengorbankan agenda membersihkan parti.

Isu ini, yang melalui debat yang agak panjang dan terbuka telah mendedahkan pergeseran dalaman Umno sejak beberapa minggu sebelum kempen bermula, memberi kelebihan untuk kempen pembangkang yang dijangka akan memberi fokus pada kelemahan calon parti lawan seperti dilakukan di Permatang Pasir pada Ramadhan lalu.

Pencalonan Isa bakal memberi bahan kempen kepada pembangkang, tetapi pada masa sama menjadi penyatu Umno tempatan, sesuatu yang tidak diperolehi Umno dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini seperti Kuala Terengganu dan Permatang Pasir yang menyaksikan calon Umno mendatangkan liabiliti.

Pemilihan Isa sebagai calon ini menunjukkan Umno masih sukar untuk melakukan tindakan yang betul memilih calon yang bersih sekiranya tindakan itu bertembung dengan kepentingan kuasa.

Isa yang memberi harapan kepada kempen umno di Bagan Pinang ini juga menenggelamkan lagi usaha Umno untuk memilih calon yang lebih bersih.

PAS pula calonkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar diumumkan malam ini sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Pemilihan Zulkefly diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pusat penyelarasan DAP bagi pilihanraya kecil berkenaan dekat Port Dickson.

Petang tadi, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pemilihan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN.

Dewan Harian PAS bermesyuarat petang tadi untuk memuktamad pemilihan calonnya di Bagan Pinang.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.


Isa Samad calon pilihan 'hati' BN di Bagan Pinang

Isa Samad calon BN di Bagan Pinang

Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Isa merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

Ekoran itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Isa tidak seharusnya menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Jika tidak, katanya, imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

Isa, katanya, sudah didapati bersalah dan kalau Umno letak beliau sebagai calon, ia juga bermakna bahawa Umno tidak ambil berat tentang kes-kes semacam itu.

Dr Mahathir berkata, kalau pun Isa boleh menang tetapi Umno "kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno".



Selasa, 29 September 2009

GAMBAR HARI RAYA AIDILFITRI 2009




Assalamualaikum,

Dah 10 HARI KITA raye, tapi bulan syawal belum habis lagi …. jadi, boleh la nak cerite sIkit pengalaman berhari raya kat kAWAN-KAWAN SEMUA …. TV, radio pun belum habis putar lagu raya lagi … huhuh…

Anak & anak-anak menakan ana kat tepi rumah ana berlatarbelakang sawah padi Baru abih mengerat.




Tahun ni, Ana beraye dekat kampung ana & kg mak Mertua is1 ana dulu. umah Ana dgn is1 ana berdekatan lebih kurang 5km jer, 3 hari jer raya kat kg ana & is1. Raya ke3 petang is2 ana datang amik kat kg & bawa balik ke Rumah Mertua di Sg Tengas KULIM plak. … nak wat macamna …



Ni kat umah jiran pas habis mayang raya.

Raye pertama tu , ana berkhutbah kat masjid kg. ana pastu jalan-jalan kat umah sedara & sahabat handai pkul 1.30 baru habis bergilir rumah. Sebelah petang pergi ziarah pak-pak menakan. Di rumah pakcik ana kat Kg Teluk Bukit Pinang dia jamu ayaq daun ketum.... ubat darah tinggi la konon, last-last tak sampai setengah jam pening musing kepala sampai muntah-muntah, lembik terus. Malam tu tidoq awai la...tak da kerja cari kerja...pukulan ayaq daun ketum.

Raye kedua plak … pegi jalan dengan family no1 ke umah pak-pak menakan dia, g umah tok wan dia kat jerlun, habih laa adik beradik sebelah no1 di lawati. Malam pergi bersembang sampai pkul 3 pagi kat umah Pak Ngah Din AJK PAS kawasan Kuala Kedah. Setiap kali balik kg tak lepas la pergi bersembang dengan dia. Kira beraya sakan la.


Rumah ana (Sekarang abg Ana dok sini)
dari pandangan hadapan



Gunung keriang berhadapan dengan umah ana

Tunggu esok pulak naa? kita tengok gambaq-gambaq sepanjang ana balik raya kat kampung




Nak Bodek Sikit : Ust. Azizan Bukan Calang MB Naaa....


Kenapa Ustaz Azizan tambah Exco bukan Melayu di Kedah?


Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Adun Kulim, Lim Soo Nee dari KeADILan mengangkat sumpah sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah menggantikan Adun Lunas Mohammad Radzhi Salleh yang melompat parti kerana menyokong Najib Tun Razak. Dia kini memegang potfolio Pembangunan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam dan Perpaduan. Selepas Radzhi, tiada lagi Adun Melayu KeADILan.

Ada juga yang mahukan Menteri Besar melantik Adun PAS sebagai Exco, kerana yang digugur itu adalah Adun Melayu. Lagipun hujah mereka, KeADILan 'tidak boleh diharap'. Tetapi Dato' Seri Azizan Abdul Razak tetap berpegang kepada persefahaman yang diikat. "Itu kuota KeADILan," katanya. Jadi, Exco pengganti Radzhi mesti datang dari KeADILan, walau siapa pun dia.

Selepas isu babi yang agak menggugat sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Pakatan di Kedah, tiba-tiba muncul seorang lagi Exco Cina dalam kerajaan negeri. Tentu sekali ia meningkatkan keyakinan mereka terhadap kepimpinan Pakatan yang didominasi PAS.

Masyarakat bukan Melayu melihat bahawa pertimbangan yang dibuat adalah berdasarkan persefahaman yang terjalin, bukan perhitungan berdasarkan perkauman sempit seperti yang sedang membelenggu Umno sekarang. Jika sokongan bukan Melayu tidak tergugat terhadap Pakatan maka makin sukarlah mimpi BN merampas Kedah tertunai di alam nyata.

Bagi Umno mereka tidak mampu lagi melakukan provokasi perkauman apabila Ustaz Azizan 'menukar' Exco Melayu dengan seorang Exco Cina kerana dalam kerajaan BN Kedah dulupun memang terdapat lebih dari seorang Exco Cina. Lagipun Umno tersedar kini bahawa terlalu banyak membakar sentimen perkauman menyebabkan jurang antara mereka dengan bukan Melayu semakin melebar.

Lim Soo Nee adalah orang yang dikaitkan dengan dakwaan kononnya akan turut melompat bersama Radzhi. Agak lama juga khabar angin itu beredar. Ia semacam disokong pula dengan kritikan terbuka beliau terhadap kerajaan negeri dalam beberapa isu. Agak mencemaskan. Tapi dalam keadaan yang sama juga kritikan yang dilemparkan terhadap BN lebih keras. Dia memaki kerajaan BN dulu macam 'paria', hingga menyebabkan sidung DUN Kedah tiba-tiba menjadi panas dengan tindak balas Adun-Adun BN terhadapnya.

Ada teori mengatakan Soo Nee sengaja dilihat akan melompat bersama Radzhi, sebagai strategi agar Adun Lunas itu merasa ada kekuatan untuk melompat parti, sekali gus mengosongkan jawatan Exco. Dengan itu berlaku kekosongan Exco dan Soo Nee berharap dan menggantikannya. Itu teori yang agak tidak bertanggungjawab dan jahat.

Andai benar teori itu pun, situasi yang wujud memberi kekuatan kepada kerajaan Pakatan kerana kedudukan Soo Nee makin kukuh bersama Pakatan setelah (kononnya) cita-citanya menjadi Exco tercapai. Sekali gus menamatkan terus spekulasi terbentuknya kerajaan katak di Kedah.

Apa yang jelas, selepas ini Radzhi akan jadi kupang tembaga. Mujur jika Radzhi telah menerima ganjaran dari Umno. Jika tidak, jangan harap Umno akan beri walau sekupang pun kepada Adun Lunas itu. Misinya menarik lagi empat Adun gagal. Sekarang pun dia sudah tidak dipedulikan, jadi pelarian. Dalam waktu yang sama penduduk Lunas terus mendesak dia meletak jawatan.

Pilihan raya kecil bukan pilihan bagi Umno sekarang. Setiap kali terdengar berita kematian YB, ia bagai merentap tangkai jantung pemimpin BN. Menakutkan, selepas kalah 7-1.

Pilihan yang ada bagi Radzhi jika 'bijak' berpolitik ialah mengugut Umno untuk meletak jawatan sebagai Adun. Dia boleh menjual ugutannya dengan harga yang tinggi. Biar pening kepala Najib.

Najib sudah cukup pening dengan kemungkinan pilihanraya kecil Kota Siputeh. Speaker Dun Kedah, Dato' Dr Isa Ismail telah memfailkan tuntutan di mahkamah selepas sebuah panel peguam-peguam yang hebat membincangkan dengan teliti isu tersebut. Mereka sependapat bahawa Speaker boleh menang kes itu di mahkamah dan Adun Kota Siputeh tergugur dari jawatannya. Syaratnya ialah hakim yang berani dan bebas.

Bukan penyokong Pakatan saja yang mahu pilihan raya kecil Kota Siputeh. Ahli-ahli Umno dari kem yang bermusuhan dengan Ketua Bahagian, Dato' Abu Hassan Sarif juga mahu Adun Kota Siputeh itu terlucut jawatannya. Jika terlucut dia hilang peluang jadi YB dan politiknya mungkin berakhir di situ selepas empat penggal jadi Adun. Dia bertaring dan menang ketua bahagian kerana ada status YB.

Kemenangan Abu Hassan sebagai Adun juga dengan majoriti yang terlalu kecil. Cuma 495. Itupun mujur di saat akhir datang Tun Mahathir Mohamad membantu. Jika tidak, berdasarkan perhitungan atas kertas, kerusi Kota Siputeh sudah jadi milik PAS. Sekarang Tun sudah hilang bisanya. Penyokong BN sudah berkira-kira mahu gantung kalungan selipar di lehernya. Peluang BN tidak cerah lagi di Kota Siputeh.

Untuk pusingan awal, kedudukan Lunas dan Kota Siputeh macam tidak berpihak kepada Pakatan untuk berlakunya pilihan raya kecil. Tapi babak selepas ini nampaknya akan mencemaskan Umno pula.


Kempen Bagan Pinang bermula

Ramlan Joharee

ANALISIS

Menjelang penghujung hari ini, nama calon-calon yang akan mewakili PAS dan Umno di Bagan Pinang akan diketahui umum.

Umno akan mengumumkan calonnya petang ini pada majlis rumah terbuka sambutan Hari Raya Aidilfitri di markas utamanya di sini.

Hari ini juga Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak memulakan kempennya di Bagan Pinang dengan satu lagi rumah terbuka di Pusat Latihan Asas Tentera Darat di Si Rusa, kem yang diduduki hampir 2,000 pengundi pos. Lebih 4,000 daripada kira-kira 15,000 pengundi Bagan Pinang adalah anggota keselamatan.

Najib kemudiannya akan bersama-sama timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis pengumuman calon.

Penyertaan presiden Umno itu dalam majlis pengumuman nama calon adalah satu tradisi baharu dalam BN yang mengharapkan kemenangan mudah di Bagan Pinang.

Biasanya pengumuman calon hanya dihadiri timbalan presiden parti yang juga bertindak sebagai pengarah pilihan raya kebangsaan.


Kehadiran Najib di majlis itu menandakan BN kini sudah sangat yakin akan memperoleh kemenangan, walaupun parti pemerintah itu berhadapan dengan dilema pemilihan calon.

Nama yang menjadi pilihan utama adalah bekas Menteri Besar Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, namun wujud pelbagai tekanan daripada pusat sehingga ke saat akhir supaya dicalonkan nama lain kerana ketua bahagian Umno Teluk Kemang itu telah disabitkan atas kesalahan politik wang dalam partinya sendiri pada tahun 2005.

Namun walau siapapun calonnya kempen BN tetap tidak lari daripada tradisi mengumumkan projek-projek pembinaan.

Semalam Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan mengumumkan pembinaan dua sekolah baharu di Bagan Pinang, satu sekolah rendah bernilai RM18 juta di Batu 9 Port Dickson dan satu lagi sekolah menengah dengan nilai RM20 juta di satu tapak yang belum ditentukan.

Di pihak PAS pula, jawatankuasa pusatnya akan bermesyuarat petang ini sebelum menetapkan nama calon yang akan diumumkan dalam ceramah malam ini yang turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

PAS kini perlu memilih antara tiga nama sebagai calon iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefli Omar, Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Kemang Ramli Ismail dan bekas Ketua Dewan Ulama PAS negeri Ustaz Kassim Tahir.

Ketiga-tiga nama ini masing-masing mampu memberikan kelebihan kepada PAS dengan kesemuanya berpengalaman dan aktif dalam aktiviti masyarakat tempatan._

SI PENJUAL MARUAH MUNCUL LAGI

Bismillahirahmannirahim..


Gambar penuh persoalan Saiful bersama Khairil Annas Jusoh Pegawai Khas kepada Timbalan Presiden UMNO, Najib Razak.


KUALA LUMPUR, 27 Sept: Mohd Saiful Bukhari Azlan yang telah menjadi watak utama dalam kes yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelangnya pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh bulan Ogos yang lalu dijangka akan mengulangi watak utama menjelangnya PRK di Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang tidak lama lagi.

Jika dalam PRK di Parlimen Permatang Pauh isu Saiful telah dimainkan secara meluas termasuk oleh media arus perdana maka sekali lagi dalam PRK Bagan Pinang beliau akan dijadikan ikon sekali lagi bagi pemuda-pemuda untuk menjadi contoh bagaimana seorang anak muda yang rela untuk mendedahkan kejelekan dan keburukan yang ada pada dirinya bagi kepentingan politik sesetengah pihak.Dalam konteks ini, Saiful dalam blognya telah melahirkan rasa bimbang diatas keselamatan beliau menjelangnya perbicaraan kes yang membabitkan Anwar pada 3 November yang akan datang.Beliau juga mendakwa ketakutan ini kerana tidak mahu terjadi kes yang sama seperti apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock.Kenyataan Saiful ini bukan saja mengundang keraguan malah menimbulkan prejudis apabila beliau mulai muncul tatkala akan diadakan PRK Bagan Pinang.


Namun begitu samada kehadiran beliau akan menjejaskan peluang kemenangan Pakatan Rakyat dalam mana-mana pilihan raya sudah terbukti sebelum ini. Walaupun beliau bersumpah mubahalah menjelangnya PRK Parlimen Permatang Pauh dengan didokong oleh pemimpin Barisan Nasional ternyata rakyat sudah dapat membezakan antara sumpah beliau dan sumpah keramat yang dibuktikan oleh pengundi Parlimen tersebut.Wujudnya Saiful menjelang PRK Bagan Pinang kali ini adalah umpama wujudnya Ezam Mohd Noor semasa PRK Permatang Pauh.Begitu juga dengan munculnya Tun Mahathir semasa PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Namun begitu keputusannya telah terbukti bahawa rakyat tidak menerima kehadiran pelakon menjelang pilihan raya seperti ini. _ harakahdaily



JIKA SAYA ISA SAMAD - MAHATHIR

Bismillahirahmannirahim..

Mantan presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan bekas naib presiden Tan Sri Isa Samad supaya tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

"Jika saya (Tan Sri) Isa, saya akan menggesa parti supaya jangan mencalonkan saya. Kemudian saya akan bekerja keras berkempen untuk calon lain yang dipilih. Dengan itu, ia akan melonjakkan reputasinya.

"Tetapi di Malaysia, budaya seumpama itu tidak wujud," kata Dr Mahathir kepada pemberita ketika ditemui di majlis hari terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Seri Kembangan.


Mengenai tindakan akar umbi Umno di situ yang tetap berkeras mahu Isa bertanding, Dr Mahathir berkata, mereka tidak mengambil kira kepentingan parti secara keseluruhannya.Sebaliknya, kata beliau, mereka berpandangan singkat dan hanya melihat kepentingannya dan kepentingan bahagian sahaja.

"Jika parti meletakkan calon yang tidak bersih, maka keseluruhan parti akan dikutuk," katanya.

Dr Mahathir berkata, walaupun penting bagi Umno menang di Bagan Pinang, tetapi calon yang tercemar akan memalukan parti dan kerajaan BN._ malaysiakini


UKM: USRAH KENA DENDA, CONCERT NO HAL PUNYA

UKM denda pelajar hadiri usrah RM1,400. Negara islam katanya.. tp nak beramal pon susah...

Oleh INTAN ABDULLAH

KUALA LUMPUR: Akibat menghadiri usrah, sekumpulan siswi telah didenda oleh pengetua sebuah kolej di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada bulan Ogos lalu.

Harakah mendapat maklumat tersebut yang disebarkan menerusi laman web oleh Wakil Umum Majlis Perwakilan Pelajar UKM, Mohd Fikah Sanusi. Aktiviti usrah yang dijalankan di surau kolej berkenaan telah dianggap sebagai pencerobohan oleh pihak pentadbiran kolej dengan alasan ia tidak mendapat kebenaran. Alasan lain yang digunakan juga ialah terdapat beberapa siswi yang datang dari kolej lain yang dianggap menceroboh surau kolej berkenaan untuk menjalankan aktiviti usrah.

"Adakah menjadi satu kesalahan menggunakan surau kolej untuk berusrah? Apakah ia turut mengundang kerugian dan bencana kepada kolej?" tegas Mohd Fikah.


Selain itu persoalan yang turut menjadi kemusykilan kepada para pelajar terhadap penilaian pihak pengurusan kolej adalah sama ada solat berjemaah juga perlu mendapat keizinan pengetua kolej dulu sebelum dilaksanakan. Mohd Fikah mendakwa tindakan tersebut sebenarnya lebih kepada emosi dan rasa buruk sangka yang sangat tinggi pihak atasan.

"Peraturan dan undang undang kolej mana yang dirujuk bila kegiatan usrah boleh didenda?" katanya yang juga merupakan pelajar tahun empat Fakulti Undang undang. Beliau menggesa agar pihak pengurusan yang juga merupakan penganut Islam agar dapat membuat penilaian yang lebih munasabah dan bertimbang rasa memandangkan aktiviti yang dijalankan merupakan salah satu kegiatan yang mendatangkan faedah ke arah pembentukan diri dan sahsiah mahasiswa.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku pada hari Jumaat 14 Ogos sewaktu pelajar lelaki mengerjakan solat jumaat.
Setelah ditangkap, kad matrik mereka dirampas oleh felo kolej dan mereka terpaksa mengadap dan merayu bagi kesalahan berusrah mereka di hadapan pengetua.Setiap siswi dikehendaki membayar denda sebanyak RM50 bagi sekali usrah, tetapi memandangkan sebelum ini mereka telah menghadiri usrah tersebut sebanyak empat kali menjadikan jumlah denda yang dikenakan adalah sebanyak RM200 seorang.

Difahamkan seramai tujuh orang menghadiri usrah tersebut. Ini menjadikan jumlah keseluruhan denda yang dikenakan adalah sebanyak RM 1,400. Walaubagaimanapun, oleh kerana siswi siswi tersebut mengaku dan bercakap benar, maka mereka telah diberi diskaun dengan hanya perlu membayar sebanyak RM350 sahaja iaitu RM50 seorang.


Bagan Pinang: Berjuang untuk Islam - Mursyidul Am

Mohd Nor Yahya

GUA MUSANG, 29 Sept: Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi pesanan kepada semua petugas parti PAS yang akan dan sedang bertungkus lumus di Dun Bagan Pinang agar berjuang untuk menegakkan agama Islam bukan untuk parti PAS semata-mata.

Beliau berharap walaupun Bagan Pinang sebelum ini adalah milik umno-BN,tetapi ia tidak mustahil akan beralih kepada PAS berdasarkan senario politik semasa yang berlaku sekarang ini.

"Kini kita tengok sudah banyak PRK yang berlaku dan Alhamdullillah berpihak kepada Pakatan Rakyat dan sebelum ini di Parlimen Kuala Terengganu walaupun milik umno tetapi PAS berjaya mengambil alih dan ini adalah berkat kerjasama Pakatan Rakyat,"katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis sambutan Jubli Perak Maahad Muhammadi Gua Musang semalam,turut hadir di majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam,Pendidikan dan Dakwah,Dato Mohd Amar Nik Abdullah.

"Penglibatan orang Islam tidak kira piliharaya umum maupun kecil,seharusnya diajar berjuang untuk Islam bukannya parti kerana kalau berjuang kerana parti,lepas sahaja pilihanraya kita hanya ada dua iaitu menang atau kalah, tetapi kalau berjuang kerana Islam ia melibatkan Syurga atau Neraka,"katanya lagi.

Sebelum itu, beliau menyeru warga di Gua Musang agar menjadikan sumbangan derma kepada tempat-tempat yang berfaedah diteruskan sepanjang masa.

"Kita orang Islam seharusnya menyediakan sebanyak mungkin bekalan pahala untuk digunakan di akhirat nanti,caranya mudah sahaja iaitu salurkan wang ringgit ke tempat-tempat yang membawa kebaikan seperti pembinaan masjid,asrama sekolah untuk anak-anak kita dan sedekah,"ujar beliau.

Maahad Muhammadi Gua Musang yang sudah menjangkau usia 25 tahun menyambut jubli peraknya tahun ini mempunyai seramai 840 pelajar dengan guru seramai 52 orang kini memerlukan sumbangan derma dari orang ramai untuk membina sebuah asrama bagi menempatkan pelajar terutamanya dalam aliran tahfiz.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan derma ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad,nombor akaun : 03-063-01-000330-5. - mks. _

TELAHAN CHE' DET : PRU 13: BN BUNGKUS

Bismillahirahmannirahim..

Teman sebebenonye bercampur2 suka dan duka dengan ramalan Che Det ni...

Suka sebab ramalan Che Det pasal benda2 macam ni selalunya tepat. Contohnya sebelum PRU12 yang lalu. Lebih tepat lagi ramalan Daim zainuddin...

Duka pulak sebab ramalan ini dibuat terlalu awal. Kalu boleh biorle lewat sikit...masa dah nak dekat pilihanraya barulah buat ramalan sebegini..masa tu Najib dah tak buleh nak buat apa.

Satu lagi yang menarik...topik yang dipilih oleh Che Det ni teman rasa dicilok dari tajuk muka depan Harakah keluaran lepas....kisah nasib Umno dan LDP...He he. Baca Harakah juga orang tua ni...BACA SETERUSNYA 'KENYATAAN MADIR'


THE LESSON FROM JAPAN
By Dr. Mahathir Mohamad on September 11, 2009 8:19 AM

1. The Liberal Democratic Party of Japan which had ruled the country since World War II has been trounced by the Democratic Party of Japan in the recent election.

2. This follows the trend which many political parties which had struggled and achieved independence had undergone. The Mashumi Party of Indonesia, the Muslim League of Pakistan, the parties which wrested independence for numerous African countries have all but disappeared.

3. It seems as if the people no longer cared for the struggles and the sacrifices that had been made by those parties and their leaders. It seems as if the beneficiaries of these struggles do not know how to be grateful.

4. But is it true that they are ungrateful? There is.. some truth but if we care to examine we will find that the independence fighters, and their successors, the builders of the countries after independence have changed almost completely.

5. They have almost all become greedy and arrogant. They no longer care for the country or the people.They are almost invariably preoccupied with their status and their selfish needs. They have lost touch with their followers or the descendants of their followers. The spirit which had moved their founders seem no longer to be there.

6. Will UMNO and the BN - the successors of the Alliance which had wrested independence for Malaysia escape the fate that had befallen all these pioneer parties? From present showing it is likely that they would share the same fate.

7. That the rot has set in there can be no doubt. Corruption is now rampant in UMNO and the other component parties. Power struggles have emasculated them. Leaders have a strong desire to stay in office even though they have outlived their usefulness.

8. With such leaders the country and the people have been neglected. In the last decade despite talks of billions of Ringgit being allocated for corridors etc. there is no visible or tangible evidence. There is nothing to show for the 250 billion Ringgit extra that Petronas had paid to the Government.

9. It is strange to find that Malaysia has been outstripped by its neighbours. It is no longer the leading nation in the region. Certainly it is no longer regarded as a model.

10. Malaysia's voters, especially the Malays have always been strongly loyal. Yet there is evidence that in 2008 many of these loyalists had voted for the opposition. States which had been Barisan Nasional strongholds are now ruled by the opposition.

11. Will the next election see the same phenomenon as in Japan? It is not entirely impossible. The younger voters are said to be disenchanted by the party that won the independence. That was history and it has less meaning for the young.

12. The only thing that would save the BN is the lack-luster performance of the opposition. The alternative is not a real alternative. But if the performance of the BN Government and parties fails to gain confidence, the frustrated voters might just do what the Japanese voters did - dump the party they had supported for more than half a century.

13. It behoves the BN to take notice of the inevitability of the demise of the party which had gained independence for the country. It had staved off the fate before. Can it do so again?

14. In just three years' time the new elections will be held. Time is obviously running short. Unless some drastic change is shown in the way the country is run and the people are served, the BN will join the other grand old party in the rubbish heap of history._ Kopitiam Bang Nan


Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails