SELAMAT DATANG

Sabtu, 11 Julai 2009

Ustaz Azizan dan warna-warni politik Kedah



Oleh Ahmad Lutfi Othman

Pergolakan politik di Kedah baru-baru ini memang menarik perhatian ramai. Sebagai salah sebuah negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat dalam tsunami politik Mac 2008, apa jua perkembangan di Kedah dilihat berupaya mempengaruhi kecenderungan pengundi di peringkat nasional, seterusnya boleh membayangkan keputusan pilihan raya umum akan datang.

Hasrat untuk melihat Pakatan retak dan berpecah tidak kesampaian. Pemimpin Umno-BN terpasa menggigit jari kempunan. Isu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, Alor Setar, mungkin bagai tiupan angin kencang yang hanya meneguhkan lagi akar mengikat bumi.

Pertemuan dan perbincangan dari hati ke hati antara pimpinan PAS, KeADILan dan DAP diharap dapat merumuskan gerak langkah yang lebih mantap, di samping mengenal pasti wilayah sensitif yang adakalanya mudah dilupakan.

Negeri yang pernah melahirkan dua perdana menteri dan seorang presiden PAS - yang dikagumi kawan dan lawan itu - disifatkan agak terlewat jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, sebelumnya dikenali sebagai Barisan Alternatif, Angkatan Perpaduan Ummah dan PAS secara solo.


Pemerhati politik menyifatkan sejak kebangkitan PAS dalam pilihan raya umum 1969, yang menyaksikan antara lain calon Perikatan, Dr Mahathir Mohamad dan Senu Abdul Rahman tewas mengejut, majoriti pengundi Melayu dianggap sentiasa lebih memihak parti Islam itu. Penyelamat BN hanyalah pengundi bukan Melayu.

Keadaan berubah dalam pilihan raya umum ke-12. Kemenangan awal calon PAS mula dikesan di kawasan yang jumlah pengundi bukan Melayunya agak signifikan. Ada kerusi majoriti Melayu yang dimenangi PAS pada 1999 tetapi kali ini tewas. Akhirnya PAS membentuk kerajaan bersama KeADILan dan kemudiannya DAP turut dilibatkan, walaupun tidak mendapat peruntukan kerusi Exco.

Hal sama berlaku di Pulau Pinang apabila DAP menerajui kerajaan dengan majoriti lebih selesa dan Adun tunggal PAS juga tidak diberi jawatan Exco. Bagaimanapun keadaan itu tidaklah sampai menggugat persefahaman dalam Pakatan.

Keunikan politik Kedah

Kebijaksanaan PAS mengemudi kerajaan negeri teruji di Kedah, sebuah negeri yang berbeza dari segi komposisi penduduknya berbanding Kelantan dan juga Terengganu.

Justeru, MenteriBesar Ustaz Azizan Abdul Razak, seperti pernah diakui oleh Dr Mahathir sendiri, begitu cermat dan berhati-hati untuk melakukan perubahan, dan bagi bekas PM itu, ia menyukarkan peluang BN untuk menawan semula Kedah.

Mungkin sesetengah kalangan agak tidak sabar untuk melihat pembaharuan, atau sekurang-kurangnya suatu kelainan ketara berbanding pemerintahan BN. Namun, Ustaz Azizan pastinya sudah merencana pendekatan terbaik agar kepentingan rakyat tidak terjejas, kestabilan politik terus utuh dan kemenangan dapat dipertahan. Apatah lagi ada pihak meramalkan, selepas 'rampasan kuasa' di Perak, ia mungkin berjangkit ke negeri Kedah.

Bukan sedikit usaha dan gerak diatur bagi memburukkan kerajaan Kedah. Isu babi dan hubungan PAS-DAP hanya senarai hujung daripadanya. Mungkin melalui media, ia seperti bergegar tetapi di peringkat akar umbi rakyat tidak mudah dipengaruhi tuduhan sensasi.

Malah, difahamkan pengarang akhbar-akhbar milik Umno-BN di Kuala Lumpur hadapi kesukaran untuk 'memaksa' wakil mereka di Alor Setar untuk memanipulasi berita Kedah, khususnya yang membabitkan menteri besar. Ini disebabkan wartawan-wartawan negeri 'malu alah' dengan Ustaz Azizan sendiri.

Bagi PAS, Kedah adalah pengalaman terbaik untuknya menunjuk teladan merintis kejayaan di negeri-negeri yang lain. Petugas PAS Kedah misalnya dikenali sebagai pekerja terbaik dalam hal-ehwal pilihan raya. Komitmen mereka juga sudah teruji dalam beberapa insiden tragis yang menelan korban nyawa. Semoga kemenangan tidak merencatkan istiqamah mereka.

Dan, jika sokongan pengundi bukan Melayu dapat dipertahan terutama melalui urustadbir kerajaan yang antirasuah dan mesra rakyat, serta kepemimpinan Ustaz Azizan dapat menambat hati lebih ramai masyarakat Islam, maka impian BN untuk merebut kembali Kedah, seperti dibayangkan Dr Mahathir, tentu bertambah sukar dan kelam.

Jika institusi menteri besar dalam BN sarat dengan daki rasuah (ya, dengan mudah kita dapat menamakan daripada Rahim Tamby Chik, Ali Rustam, Muhammad Muhd Taib, Isa Samad, Khir Toyo, Khalil Yaakob dan banyak lagi) tetapi dalam PAS, seperti ditunjukkan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Ustaz Abdul Hadi Awang dan kini Ustaz Azizan (juga tidak lupa Ir Mohamad Nizar Jamaluddin), ia tetap tidak tercemar.

RUMAH MB KEDAH - SERBA SEDERHANA

Ini rumah YAB MB Di Jalan Sultanah, rumah pusaka keluarge sebelah isterinya yang pertama. YAB MB tidak memiliki rumah di Kedah, walaupun sudah menjadi wakil rakyat sejak 3 penggal lalu dan dalam penggal ini menjadi YAB Menteri Besar. Rumah milik beliau dibina sekitar tahun 1989 di Teras Jernang, Bangi, sewaktu menjadi Pensyarah UKM selama 20 tahun.


Rumah di Sungai Limau dalam KedahLanie tu disewa dari PAS Kawasan Jerai, setahu saya RM1,000 sebulan.. Ia adalah sebahagian daripada bangunan Markaz yang diubahsuai menjadi kediaman. Di situ beliau tinggal bersama isteri keduanya dan 6 orang anak...

Hidupnya serba sederhana sejak remaja, belajar, bekerja hinggalah kini menjadi Menteri Besar Kedah.


PAS Yakin Dapat Tambah Majoriti Di Manik Urai

KUALA KRAI, 11 Julai (Bernama) -- Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yakin PAS dapat mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai dengan majoriti undi yang lebih besar berbanding pilihan raya umum 2008.

"Saya yakin PAS akan dapat menambah majoriti (di Manik Urai) berdasarkan rentak (mood) hasil kemenangan pilihan raya kecil (Parlimen) Kuala Terengganu dan Bukit Gantang baru-baru ini.

"PAS telah berjaya membangkitkan isu membabitkan kehidupan seharian penduduk Manik Urai dan Umno sebaliknya tidak banyak membawa isu yang yang relevan dengan penduduk di sini," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat sunat dhuha bersama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan para penyokong PAS di Masjid Perial dekat sini Sabtu ini.


Pada pilihan raya umum lepas, calon PAS Ismail Yaacob menewaskan calon Barisan Nasional Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Mengenai dakwaan beliau tidak disenaraikan untuk berkempen bagi PAS di Manik Urai kerana wujud hubungan tegang dengan Nik Abdul Aziz berhubung isu kerajaan perpaduan baru-baru ini, Nasharudin berkata ia hanyalah andaian yang sengaja dicipta oleh Umno.

Katanya selama ini beliau memilih untuk berdiam diri kerana percaya media di negara ini tidak akan melaporkan perkara sebenar.

Pilihan raya kecil DUN Manik Urai pada 14 Julai ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dan Mohd Fauzi Abdullah, 50.

-- BERNAMA


Petugas Hospital Kuala Lumpur gigih tangani H1N1 - Dr Lo' Lo'

Roy Rasul
Sat Jul 11, 09 3:31:20 pm MYT

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Hrkh) - Bagi melihat lebih dekat persediaan Kementerian Kesihatan menghadapi wabak yang sedang berlaku, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali hari ini telah membuat lawatan secara mengejut ke Pusat Influenza A(H1N1) di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Beliau bersama tiga wakil zon parlimennya iaitu Zon Datuk Keramat, Pandan dan Kampung Baru telah diberi penerangan dan taklimat oleh Pakar Klinikal Jabatan Kecemasan, HKL, Dr Sazwan Reezal Shamsuddin.

Dr Sazwan telah membawa rombongan Dr Lo' Lo' melawat Wad Kecemasan sehingga ke khemah-khemah sementara yang didirikan di luar bangunan hospital bertujuan mengetahui perkembangan terkini kes influenza A(H1N1) di HKL serta di seluruh negara.


Rombongannya turut dibawa melawat ke wad-wad dan unit-unit pemeriksaan pesakit, termasuk Bilik Gerakan H1N1 oleh doktor berkenaan.

Sementara itu kata Dr Sazwan, sehingga 10 Julai lalu jumlah kes H1N1 sebanyak 627 kes yang terdiri daripada 456 kes import dan 171 kes jangkitan tempatan.

"Bagaimanapun setakat hari ini tiada kematian dilaporkan di negara ini," katanya.


Beliau juga berkata, pihak hospital sentiasa dalam keadaan bersiap sedia di mana para doktor dan petugas yang berada di bilik Gerakan H1N1 bertugas 24 jam.

Ujarnya, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada perlu diperkukuhkan.

Antaranya, beliau menasihat orang ramai yang mempunyai simptom H1N1, perlulah menutup mulut apabila batuk dan jika mengalami demam dan selesema digalakkan memakai topeng, selalu membasuh tangan dan sentiasa duduk di rumah.

Sementara itu, Dr Lo' Lo' yang dibawa untuk melihat suasana bilik menunggu di Wad Kecemasan berkata, beliau akan berusaha untuk menceriakan lagi lokasi itu.

"Insya-Allah, saya akan minta daripada korporat-korporat untuk mendapat TV dan sebagainya bagi menambahkan seri tempat ini dan tidak membosankan mereka yang menunggu di sini," katanya dan cadangan beliau sambil disambut baik oleh Dr Sazwan. - ES/mks. _

Royalti: Husam ajak Mustapa debat


KUALA KRAI, 11 Julai : - Nampaknya pemimpin Umno sah terperangkap dengan isu royalti apabila cuba mengalihkan pula kepada Petronas bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat Kelantan.

Petronas seakan-akan menjadi kambing hitam memikul tanggungjawab tersebut. Sedangkan segala keputusan terpikul di atas bahu Perdana Menteri.

Maka mengambil kira polemik tersebut anggota Exco kerajaan negeri, Dato� Husam Musa mencabar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato� Mustapa Mohamed berdebat mengenai isu royalti.

"Setakat yang kita dapati hujah undang-undang dan dokumen menyebelahi Kelantan.

"Sebab itulah kita cadangkan diadakan satu forum (debat) di Manek Urai, di mana Dato' Mustapa Mohamed mewakili kerajaan Malaysia dan Petronas dan saya mewakili kerajaan Kelantan," katanya ketika ditemui pada program Cakna Keluarga di sini petang tadi.


Husam juga berkata, pada 3 Ogos depan beliau akan menganjurkan lawatan bersama anggota parlimen Pakatan Rakyat meninjau kawasan pelantar Cekerawala.

Katanya, kita telah menempah bot laut dalam yang boleh memuatkan ramai penumpang dan ramai anggota parlimen Pakatan Rakyat akan dijemput.

"Saya juga hendak jemput Mustapa dan Khairy Jamaluddin bersama dalam tinjauan tersebut . Jadi kalau mereka bersungguh-sungguh hendak bersatu hendaklah mereka membayar royalti kepada kerajaan Kelantan.

"Ada masa lima enam jam di atas kapal itu kita boleh bincang masalah tersebut," katanya.

Beliau berkata, biar pun diminta Petronas menjawab tetapi beliau yakin kerajaan masih lagi mempunyai kuasa politik untuk mempengaruhi Petronas memberi jawapan politik.

"Jadi kita berharap Petronas tidak memberi jawapan politik dan memberi jawapan yang berasaskan undang-undang dan keadilan.

"Jadi tekanan politik adalah mustahak biar rakyat tahu dengan maklumat-maklumat dan mereka tidak boleh lagi menyembunyikan hak rakyat Kelantan," katanya.

Surat kepada Perdana Menteri bagi menuntut royalti dihantar sebulan lalu dan tiga bulan lepas Menteri Besar juga menghantar surat kepada Tan Sri Hassan Merican bagi mencadangkan pendaratan gas dari PM301 ke Bachok.

Lokasi yang dituntut ialah kawasan bersama Thailand � Malaysia dan tuntutan bersama itu ada di bawah satu akta yang diluluskan Parlimen pada 1990.


Jumaat, 10 Julai 2009

PPSMI :Anakku Akan Menanggis Memakiku

Jika dia tahu PPSMI masih diteruskan sehingga hujung tahun 2011, iaitu dua setengan tahun lagi, pasti dia akan memakiku, mungkin bukan sekarang,
tetapi 15 tahun lagi. Sekarang dia berumur enam tahun, dan akan memulakan persekolahannya tahun 2010. Ketika itu dia akan "penat" bersama gurunya dengan
PPSMI yang akan diteruskan selama dua tahun persekolahannya. ...

Pendekatan PPSMI di ketahui telah menjadikan generasi kakak dan abangnya,
mangsa dalam perjalanan mereka mendapat ilmu . Maaf ini bukanlah
khayalan yang saya dakwa bersumber dari pejuang bahasa atau pembangkang,
tetapi laporan dari Timbalan PM sendiri yang tulis dalam Berita Harian hari ini
Khamis, 09 Julai 2009, 16 Rejab 1430.

Dari Berita Harian 9 / 7 / 2009

Selain pemantauan kementerian, Laporan Trends in Mathematics and
Sciences Study 2007 juga menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam
subjek Sains merosot daripada tangga ke-20 pada 2003 ke-21 pada 2007.


Bagi subjek Matematik pula, laporan sama menyatakan kedudukan murid
Malaysia merosot daripada tangga ke-10 pada 2003 kepada ke-20 pada 2007.

( Tiada olahan dibuat )

Walaupun laporan itu masih boleh dipertikai kesahihannya (sebelum diterbitkan pada
umum, angkanya mungkin lebih besar lagi), namun kemerosotan tahap kedudukan
subjek sains dan matematik sangat membimbangkan. Berapa bulan lagi kita mesti menunggu untuk berada dalam perahu yang sedang karam ?

Bayangkan anak saya yang sekarang berumur enam tahun, akan menjalani
pendekatan pelajaran yang terbukti menemui kegagalan dalam tahun-tahun awal pendidikannya. Tahun depan darjah satu, dan akan bersamanya (PPSMI)
sehingga darjah dua, tahun yang cukup penting. Tahun inilah yang akan banyak mempengaruhi persepsi dan tanggapannya terhadap sains dan matematik.

Minat dan kecenderungannya murid, begitu juga guru-guru akan banyak dipegaruhi
dengan pencapaian ditahap ini. Lima belas tahun akan datang kesukarannya di alam pekerjaan atau jika berjaya ke IPT, memungkinkan dia memaki ku...

Jika saya bersama kalian membiarkan PPSMI berterusan sehingga 2012 .

Jika perlaksanaan PPSMI dapat dilaksanakan dalam masa 6 bulan, selepas
Tun Mahadir menangis di khalayak ramai (bersama Rafidah dan Azalina), tahun
2003, mengapa pula pemansuhan pendekatan yang terbukti merugikan menggambil masa yang sangat lama untuk dikuburkan ?

Apakah anda juga akan dimaki oleh anak-anak anda sepuluh tahun lagi ?

Tunggulah !!

PPSMI : Kata Batal Tiada sangkut Paut Politik..??

Pemansuhan PPSMI mampu raih undi: Mustapa
KUALA KRAI: Keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mampu membantu Barisan Nasional (BN) meraih sokongan pengundi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Selasa ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Mustapa Mohamed, berkata sokongan guru dijangka bertambah kerana sebahagian daripada mereka tidak menyokong pelaksanaan PPSMI sebelum ini.

"Dengan tindakan Kementerian Pelajaran untuk tidak meneruskan dasar PPSMI itu, kita berharap ia dapat membantu BN meraih undi dari golongan pendidik.

"Ramai guru yang membantah mengenai perkara ini dan kita berharap mereka berterima kasih kepada Kerajaan Pusat dengan menunjukkan sokongan kepada BN pada pilihan raya kecil 14 Julai ini," katanya kepada pemberita di Pusat Operasi BN Manek Urai, dekat sini, hari ini.


Ditanya mengenai kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan tempoh untuk memartabatkan bahasa Melayu itu terlalu lama iaitu sehingga 2012, Mustapa berkata kerajaan perlu menyelesaikan satu kitaran iaitu selama enam tahun, bermula 2003 hingga 2008.

Katanya, kerajaan perlu membuat kajian kerana ia bukannya satu perkara kecil serta mudah kerana pada awalnya untuk membolehkan pelajar menguasai bahasa Inggeris.


PPSMI - Belum tentu dimansuhkan pada 2012? - Mahfuz

WAN NORDIN WAN YAACOB

ALOR SETAR, 9 Julai (Hrkh) - Keputusan yang diambil kerajaan Umno/BN memansuhkan PPSMI hanya berkuatkuasa 2012 ini menunjukkan mereka lembab berfikir, dan hanya bermotifkan politik.

Demikian kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar semasa mengulas keputusan kerajaan yang mengumumkan pemansuhan PPSMI.

Beliau ditemui Harakah di Alor Setar hari ini sebaik pulang dari kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Manek Urai (Kelantan) pagi tadi.

Keputusan ini katanya adalah kejayaan rakyat menekan kerakusan dasar kerajaan yang hanya mementingkan soal keuntungan sebilangan kecil kroni, walhal dasar itu adalah memangsakan rakyat.

Hipokrit

"Semasa Tun Mahathir Mohamad mengumumkan dasar itu dahulu, merekalah (Dato' Seri Najib, Muhyiddin Yassin, Hishamuddin Tun Hussien dan semua pemimpin BN yang buat keputusan memansuhkan PPSMI) juga yang mengampu dan mencanangkan bahawa dasar PPSMI itu baik," katanya mengulas lanjut.

Mereka ini juga kata Mahfuz yang menyokong betrsungguh-sungguh dan mempertahankan satu dasar yang merugikan rakyat dan menggadai masa depan anak bangsa, katanya.


Namun, ketika itu mereka ini lambat berfikir, tidak mempertimbangkan kesan buruk, akhirnya selepas enam tahun barulah dasar itu hendak dimansuhkan, ujarnya.

Lebih malang lagi, pemansuhan yang hanya akan berlaku tiga tahun lagi akan terus memangsakan lebih ramai pelajar yang kini sedang mengalami masalah kerana dasar yang 'tidak bijak' ini, ujarnya.

Walhal, ketika dasar itu diumumkan Tun Mahathir, pemimpin PAS, ahli bahasa dan kalangan pembangkang telah membantah keras pelaksanaannya, dan pendirian itu konsisten hingga kini.

Beliau melihat, tindakan kerajaan yang hanya mahu memansuhkan PPSMI pada tahun 2012 adalah bermotifkan politik semata, walhal sepatutnya ia dihentikan segera pada tahun hadapan.

"Patutnya ia dimansuhkan hingga tamatnya persekolah akhir tahun ini.maknanya tahun hadapan dasar itu tidak perlu lagi dilaksanakan.Kenapa mereka tidak mansuh segera, jawapannya ialah kerana masih ada projek termasuk membekal buku, lap top dan peralatan sebagainya yang diberi kepada kroni dalam dasar PPSMI ini," katanya.

Belum tentu dimansuhkan pada 2012?

Paling membimbangkan, ujar Mahfuz keputusan ini juga tidak boleh dipercayai akan pelaksanaanya tiga tahun lagi memandangkan dasar kerajaan sering bertukar.

Beliau bimbang, jika BN berjaya kekalkan kemenangan kerajaan pusat pada pilihan raya akan datang (ke-13), keputusan pemansuhan pastinya boleh berubah dengan pelbagai alasan.

"Ini sering berlaku kerana pemimpin yang ada hari ini jugalah yang mengampu dasar PPSMI ini semasa ia diumumkan Tun Mahathir enam tahun lalu," ujarnya.

Mengulas mengenai kenyataan Tun Mahathir yang menyelar keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI, Mahfuz berkata ia bukanlah selaran tetapi ia signal kepada rakyat yang dilontarkan bekas Presiden Umno itu yang menyatakan bahawa pemimpin kerajaan hari ini hipokrit.

Beliau menasihatkan rakyat terutamanya pengundi di Manek Urai yang akan membuang undi pada 14 Julai ini agar memberi signal kepada BN menolak hipokrasi kerajaan ini.

"Kena bagi signal bukan sahaja kita menolak PPSMI, kita juga menolak pemimpin yang hipokrit dan kerajaan yang tidak memikirkan kepentingan, masa depan rakyat," ujarnya.

Beliau percaya rakyat hari ini sudah tahu akan tembelang kerajaan Umno/BN, dan pastinya keputusan ini (memansuhkan PPSMI) tidak akan dilihat rakyat sebagai sumbangan kerajaan, sebaliknya ia adalah kegagalan kerajaan sejak dahulu dalam memikirkan masa depan rakyat secara serius./wann


Nasha, Nik Aziz kongsi pentas di MU

Nasharuddin Mat Isa akan berceramah satu pentas dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lama lagi selepas ketidakhadiran timbalan presiden PAS itu menjadi tanda tanya dan isu politik di Manek Urai.

Penasihat jentera pilihanraya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengesahkan Nasharuddin akan datang seawal-awalnya esok jika tiada aral melintang.

"Dia akan berceramah dengan Tok Guru Nik Aziz," katanya kepada Malaysiakini hari ini apabila diminta mengulas kemungkinan Nasharuddin turun berkempen setelah tidak muncul sejak hari penamaan calon pilihanraya kecil DUN itu, Isnin lalu.


Ditanya sama ada benar Nasharuddin, juga ahli parlimen Bachok, sedang dirawat di Hospital Serdang seperti dilaporkan di sebuah akhbar web, Wan Abdul Rahim berkata:

"Saya tak tahu, saya tak tanya dia."

Ketidakhadiran Nasharuddin menjadi isu apabila beliau pernah dikecam keras oleh Nik Aziz, juga mursyidul am PAS, susulan persetujuannya untuk meneruskan rundingan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Menteri besar Kelantan juga mendesak Nasharuddin melepaskan jawatan dalam parti dan ahli parlimen jika masih mendukung idea tersebut.

Kedua-duanya bagaimanapun telah berdamai pada 22 Jun lalu, tidak lama selepas mengeluarkan kecaman paling kerasnya terhadap pemimpin kanan PAS yang pro-kerajaan perpaduan.

Khamis, 9 Julai 2009

Keputusan tentang PPSMI mengecewakan

Dr Syed Husin Ali
Thu Jul 09, 09 3:29:47 pm MYT

Biro Politik KEADILAN yang bermesyuarat petang semalam membincangkan keputusan Kabinet tentang polisi pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), seperti diumumkan oleh Menteri Pendidikan merangkap Timbalan Perdana Menteri.

Kami berpendapat keputusan itu adalah kurang daripada yang diharapkan dan mengecewakan. Ia melengah-lengahkan apa yang patut disegerakan.

Sepatutnya PPSMI itu dari mulanya tidak dilaksanakan sama sekali. Sebaliknya selepas berbelanja lebih dari RM4 bilion untuk melaksanakannya dan setelah didesak oleh pelbagai pihak barulah kini Kabinet putuskan untuk memberhentikannya.

Yang mengecewakan ialah Kabinet memutuskan penamatan dasar bebal ini akan berkuat kuasa pada tahun 2012 dan bukannya serta-merta mulai tahun hadapan. Kenapa mesti ditangguh selama tiga tahun tidak diterangkan oleh Menteri Pendidikan.


Seterusnya, murid-murid yang sekarang belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris akan dipaksa terus mengikuti polisi ini sehingga tamat persekolahan mereka. Ini tidak akan meredakan rasa tidak puas hati di kalangan ramai anggota masyarakat, terutama yang memperjuagkan kedaulatan Bahasa Malaysia.

PPMSI telah dilaksanakan serta-merta tanpa sebarang kajian dan tanpa perundingan ramai. Kenapakah apabila hendak ditamatkan perlu dilengah-lengahkan? Kami menggesa supaya Kabinet bersikap ikhlas dan mengkaji semula keputusannya.

KEADILAN menegaskan kepercayaannya bahawa murid-murid perlu cekap dalam bahasa Inggeris. Sebaik-baiknya ini dilakukan dengan mengajar bahasa dan sastera Inggeris sebagai mata pelajaran. Kerajaan bercadang hendak mengambil guru-guru bahasa Inggeris dari luar. Kita mesti pastikan meraka terlatih dan berdedikasi. Beberapa tahun lalu ada percubaan mengimport guru Inggeris, akan tetapi akhirnya gagal.

Timbalan Presiden KEADILAN _



MANEK URAI : UMNO RINDU PADAMU NASHA

UMNO RINDU KEHADIRAN US NASHA, RINDU POSTER HJ HADI ?

SEPANJANG kempen Umno di Manek Urai, pemimpin-pemimpin Umno sentiasa menyuarakan persoalan mengapa poster Presiden Pas Tuan Guru Hj Hadi Awang tidak dinaikkan seperti poster-poster calon dan poster Mursyidul Am Pas. Inilah kali pertama dalam sejarah kempen Umno yang sering menyentuh tentang poster parti pihak lawan. Umno terlalu ingin melihat poster Presiden Pas, mungkin kerana rindu atau pun kerana dapat menyejukkan hati dan jiwa mereka.


Memang benar, di Manek Urai poster yang lebih mendominasikan perang poster adalah poster calon Pas dan Mursyidul Am Pas. Begitu juga poster-poster Umno, Pas tidak pernah mempersoalkan mengapa kurang atau lebihnya poster Najib dari Muhyiddin. Pas juga tidak hairan walaupun Umno melambakkan poster Rosmah Mansor (wanita pertama?) di semua kawasan kempen di Manek Urai. Sekiranya Umno berhajat untuk menampal poster`Altantuya' bagi mengenang kisah sedih wanita tersebut, Pas juga tidak akan membantah. Oleh yang demikian, Umno tidak perlu mempertikaikan kerja-kerja atau kempen Pas. Sekiranya Umno terlalu takut, benci atau geram dengan wajah Tuan Guru Nik Aziz pada poster-poster yang banyak itu, dinasihatkan Umno berjalan di Manek Urai dengan cara kepala tunduk ke bawah.

Umno juga sering mempertikaikan mengapa Us Nasha Timbalan Presiden Pas tidak turun berkempen di Manek Urai. Ini pun menjadi masalah pada Umno kerana mungkin terlalu rindu mereka dengan suara lunak Us Nasha. Pas mempunyai ramai pemimpin dan tokoh yang mampu berhujah dan berpidato, oleh yang demikian Pas tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan tenaga kempen dan penceramah. Bagi saya, Umno yang mempunyai masalah sehinggakan KJ terpaksa `merekrut'kan pemidato-pemidato mereka untuk dibawa ke Manek Urai. Usaha KJ tetap gagal kerana walau hebat bagaimanapun pemidato-pemidato mereka, mereka tidak mempunyai kekuatan hujah untuk menghadapi Pas apatah lagi di Kelantan. KJ sendiri tidak mampu menarik orang ramai dengan pidato dan hujah beliau kerana peribadi dan latarbelakang KJ sendiri telah di`rosak' serta dicemari dengan rasuah politik wang.

Jelas sekarang, Umno kini tertekan dan hilang arah untuk berdepan dengan Pas. Mereka benar-benar hilang punca di Manek Urai hinggakan perkara yang baik mereka lakukan dipandang sinis oleh masyarakat di Manek Urai. Mereka hadir dengan awal kempen mereka menghina golongan nelayan dan peniaga ikan. Mereka hadir di Manek Urai untuk `berlakon' menjadi seorang penoreh getah. Apabila sudah kekeringan idea, mereka menggunakan isu Kerajaan Perpaduan untuk menggambarkan betapa Umno terlalu inginkan perpaduan, tetapi di dalam masa yang sama kerajaan yang di`curi' secara haram di Perak masih berada dalam poket mereka. Umno juga berkata agar kempen di Manek Urai ini dapat dijalankan dengan berhemah dan beretika serta bersih, tetapi dalam masa yang sama media mereka seperti TV dan akhbar setiap hari memburukkan Pas dengan berbagai berita yang berat sebelah. Inilah mainan Umno di Manek Urai dan mainan ini telah lama dapat dibaca oleh pengundi-pengundi di Manek Urai.

Sehubungan itu, suka atau tidak pengundi-pengundi di Manek Urai tiada pilihan lain. Umno hendaklah ditolak dan ditalkinkan sebagaimana Pas telah mentalkinkan Kerajaan Perpaduan. Jadikan Kelantan sebagai bumi yang pertama `bebas dari Umno' menjelang Pilihanraya Umum Ke 13 nanti, InsyaAllah. /wfauzdin.blogspot.com



Nizar dibenar merayu keputusan Mahkamah Rayuan

09 Julai 2009

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Keputusan itu dibuat tiga Hakim Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Tan Sri Ariffin Zakaria dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin sebentar tadi. Demikian maklumat yang diterima dari pembantu Khas DS. Nizar , Sdr. Amran Harun sebentar tadi.

Sdr. Amran juga menjelaskan Mahkamah juga menetapkan tempoh 14 hari untuk pihak DS Nizar menfailkan kes ini di Mahkamah Persekutuan, dan sesudah itu pihak mahkamah akan menetapkan tarikh perbicaraan yang baru.

Selain itu permohonan pihak DS. Nizar supaya 9 hakim mendengar kes tersebut masih kekal setakat ini, jelasnya lagi.


ANWAR JAWAB PASAL KM P.PINANG DAN KEDAH

- Dari Malaysiakini

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar dakwaan yang cuba menyamakan kediaman baru Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan rumah bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohamad Khir Toyo, yang telah mencetuskan kontroversi.

“Tunjuk rumah sewa ketua menteri Pulau Pinang, hendak samakan dengan puluhan juta rumah (Datuk Seri Dr Mohd) Khir Toyo. Itu masalah pemimpin Umno.

“Tengok pemimpin Umno di Manek Urai, cuba tanya kekayaan Tan Sri, Datuk dalam Umno, ada tidak aset RM20 juta? (Mereka) datang ke Manek Urai, cakap soal bela rakyat,” katanya dalam ceramah di Chuchoh Puteri, Manek Urai malam tadi.

Pada 26 Jun lalu, Lim Guan Eng dilaporkan berpindah daripada kediaman rasmi di Seri Teratai ke sebuah banglo mewah di No. 25, Jalan Pinhorn.

Susulan itu, 5 Julai lalu, Naib Ketua Gerakan Pulau Pinang, Hong Khoon Leng meminta Lim mendedahkan kewajarannya berpindah, termasuk mendedahkah kos pengubahsuaiaannya - yang menurutnya dijangka ratusan ribu ringgit.

Manakala rumah mewah milik Dr Mohd Khir di Shah Alam mencetus kontroversi kerana kosnya dikatakan melebihi kemampuannya atau menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.

ADUN Sekincan, Ng Suee Lim mendakwa anggaran kos pembinaan rumah di kawasan seluas 50,000 kaki persegi atau 0.5 hektar itu, ialah RM20 juta, manakala tanahnya dibeli dengan harga RM3.8 juta.

Bekas menteri besar Selangor itu ketika diminta mengulas mengenainya, mengakui membeli dua lot tanah berserta sebuah banglo terbabit tetapi dengan harga RM3.5 juta dan bukan RM24 juta seperti yang didakwa oleh Ng.

Sementara itu, mengenai isu DAP Kedah Keluar Pakatan pula, Anwar berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak bukan merobohkan pusat penyembelihan babi di Alor Star.

Isu royalti minyak

Tetapi sebaliknya memindahkannya ke tempat yang lebih teratur dan bersih, kata Anwar yang juga ketua Umum PKR itu.

Sehubungan itu, Anwar menyalahkan media yang didakwanya memutarbelitkan isu tersebut sehingga melaporkan terdapat pergeseran antara DAP dan PAS di Kedah.

Sementara itu, exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa pula menyentuh isu royalti minyak Kelantan, yang didakwanya melebihi daripada RM1 bilion yang dituntut Kelantan baru-baru ini.

“Kita minta kurang sikit, takut dia (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) terkejut. Lepas ini kita minta lagi,’” katanya sambil mengakui sudah menemui dokumen perjanjian lama Kelantan dan Petronas berhubung perkara itu.

Menurutnya, perjanjian pada tahun 1975 itu, telah ditantangani oleh menteri besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.

Tambahnya, perjanjian itu mensyaratkan Kelantan diberikan royalti sebanyak 5 peratus setahun - dibayar tunai dua kali setahun - untuk hasil minyak yang ditemui kawasan pantai dan pesisirnya.



MANSUKH PPSMI : KEMENANGAN RAKYAT

Satu kemenangan untuk rakyat dengan PPSMI dimansukhkan mulai 2012, demikian diumumkan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin, susulan keputusan mingguan jemaah menteri pagi ini. Beliau membuat pengumuman jam 2.30 petang 8hb Julai 2009 di kementeriannya di Putrajaya.

Di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.


Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing.

Rumusan boleh diambil daripada keputusan ini,

1.Menunjukkkan bahawa pentingnya rakyat mesti bersatu.

2. Pas telah mendahului dalam menentang dasar ini sehingga menyaman kementerian pelajaran. Dalam Muktamar Pas pada 5hb Jun 2009 telah menganugerahkan tokoh bahasa kepada Dato’ Ahmad Said, Dr Hassan Ahmad dan Prof Dr. Abdullah Hassan. Menunjukkan bahawa Pas serius dalam isu ini.

3. Menunjukkan bahawa Umno adalah pengkhianat bangsa dan bahasa sendiri.

4.Penglibatan golongan sastrawan seperti Dato’ Samad Said dan Dato’ Dr Hasan Ahmad adalah penyumbang besar kejayaan ini.

5. Keberanian Prof Dr Abdullah Hassan, Prof Dr Shahrir Mohd Zin, Prof Nik Sapiah Karim adalah penyumbang besar kepada kejayaan rakyat. Semangat mereka perlu dicontohi oleh mereka yang berada di menara gading. Jangan kita ada ijazah berjela-jela tetapi mempunyai semangat kerdil.

6.Tahniah juga kepada semua rakyat yang telah menjayakan himpunan 100 ribu rakyat untuk mansukh PPSMI pada 7 Mac 2009. Sehingga terpaksa menelan gas pemedih mata dan dibelasah oleh FRU.



Presiden PAS Akan Turun Bertemu Rakyat di Manek Urai






Kepimpinan Kolektif (Berjamaah) PAS Mampu Selesaikan Masalah Dengan Segera.

KUALA KRAI – Walaupun PAS bukan hanya berhadapan dengan jentera parti UMNO dan Barisan Nasional (BN), namun Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata InsyaAllah PAS akan memenangi Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai.

Beliau berkata, Manek Urai adalah kawasan tradisi yang dimenangi oleh PAS sejak pilihanraya yang pertama pada tahun 1959.


”Kita akan menghadapi cabaran kerana Barisan Nasional bukan sahaja menggunakan jentera parti dalam masa yang sama jentera kerajaan digunakan, (Gambar - Presiden PAS mendengar penjelasan dari Mursyidul AM)

”namun demikian kita (PAS) yakin Manek Urai akan terus kita menang sejak tahun 1959 sehingga kini,"cuma pada tahun 2004 kita kalah dengan majoriti tipis, tidak sampai 100 undi,”katanya apabila ditemui pihak media semasa proses penamaan calon di SMK Yahya Putra 1, disini semalam.

Oleh itu katanya, PAS yakin (InsyaAllah) dapat pertahankan DUN Manek Urai dengan kekuatan jentera DUN Manek Urai dan PAS Kelantan serta bantuan dari jentera parti dari seluruh Negara.

Pada masa yang sama, katanya, PAS tidak memandang ringan kekuatan UMNO dan BN

Katanya isu-isu tempatan akan menjadi lebih penting dalam Pilihanraya Kecil Manek Urai kerana ia adalah satu pilihanraya peringkat negeri dan lokasinya agak ke pedalaman.

Beliau turut menyatakan komitmen akan turun membantu kempen di Manek Urai.

”Ini bukan pilihanraya pusat, ini pilihanraya negeri, ini kawasan pedalaman, lebih bergantung kepada isu-isu tempatan.

”saya sendiri akan turun ke sini beberapa hari untuk berjumpa dengan rakyat,”tegasnya.

Ketika ditanya tentang isu kerajaan perpaduan katanya, PAS dan Pakatan Rakyat telah bersepakat tidak meneruskan perbincangan dengan UMNO dan BN kerana menurutnya UMNO dan BN menyalahgunakan isu tersebut.

”Itu (isu kerajaan perpaduan) kita dah tutup, kerana Barisan Nasional menyalahgunakan isu ini,

”sekarang kita berhadapan dengan Barisan Nasional dan memperkuatkan Pakatan Rakyat,”jelasnya.

Katanya hubungan beliau dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah sangat baik kerana PAS adalah parti berdasarkan pimpinan kolektif (berjamaah) yang dapat menyelesaikan apa-apa masalah yang timbul dengan segera.

”Hubungan sangat baik, PAS berdasarkan kepimpinan kolektif, pimpinan secara berjamaah dan berkumpulan,

”sebab itu tudak ada apa-apa masalah, kamu boleh melihat sendiri bagaimana kita boleh menyelesaikan masalah kita dalam masa yang cepat, berbeza dengan parti-parti lain,”ujarnya.

buletinonline


Rabu, 8 Julai 2009

Manek Urai: Beg-Beg Misteri Di Kuala Krai..!

Gambar ini dikatakan telah diambil di hadapan bangunan UMNO Kuala Krai pada jam 7.30 pagi, hari ini 6 Julai, 2009, sejurus selepasTimbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyidin Yassin serta para menteri kabinetnya tiba.

Sekiranya beg-beg tersebut adalah beg pakaian, mengapa ia agak berat, jika dilihat dari cara orang yang mengangkatnya.

Dan jika diperhatikan betul-betul, dalam bonet Proton Perdana tersebut juga mengandungi beg-beg yang hampir serupa dan sama saiznya!

Sumber - BULETINonline

email pilihan

Salam,

Mahu ke orang-orang UMNO tu nak bagi tahu jawapan yang betul jika Topeng Perak bertanya?


Daripada gaya dan butiran yang dinyatakan oleh TP, beg-beg itu mesti berisi dengan duit tunai untuk ditaburkan kepada pengundi-pengundi. UMNO sememangnya popular dengan pemberian duit kepada pengundi-pengundi supaya mengundi calon UMNO/BN.

Pemimpin-pemimpin UMNO masih tidak serik-serik lagi dalam memberi rasuah kepada pengundi-pengundi. Sebagaimana dalam PRU ke-12 pada 8 Mac 2008 yang lalu. Datuk Mustapha (Tok Pa) selaku Menteri Pendidikan Tinggi pada ketika itu telah menyediakan lebih dari 40 buah bas bagi membawa pelajar-pelajar IPTA/IPTS Kelantan balek mengundi. Setiap seorang pelajar diberikan duit saku sejumlah RM 200.00 seorang. Semua pelajar diminta menyanyikan lagu UMNO sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Baharu, Kelantan. Tetapi apabila pelajar-pelajar itu tiba di Kelantan, mereka berpaling tadah berkempen kepada ibu bapa dan jiran-jiran mereka supaya mengundi PAS, Dalam PRU tersebut, UMNO kalah teruk kena libas maut hasil dari gara-gara pelajar-pelajar IPTA/IPTS dari Kuala Lumpur. Tok Pa amat dan menyatakan pelajar-pelajar berkenaan tidak mengenang budi dan sebagainya.

Duit itu juga sebahagiannya diperlukan untuk membayar upah budak-budak sekolah, remaja yang tidak bekerja untuk menampal poster, pasang bendera, gantung banner, makan minum pekerja-pekerja jentera pilihanraya. Tanpa upah yang lumayan, takkan sanggup mereka melakukan kerja-kerja itu. Mereka bukannya mahu berkorban tenaga, bekerjasama membantu kempen jentera pilihanraya UMNO jika tanpa mendapat sebarang imbuhan. Mereka cuma mahukan duit, tidak lebih dari itu. Pemimpin-pemimpin UMNO, semasa kempen PRU atau PRK amat bermurah hati pula, mudah benar mengeluarkan duit samda kepada pekerja parti atau pengundi. Sebab itu bila ada PRU atau PRK, ahli-ahli UMNO dan pencacainya amat gembira, kerana mereka akan mendapat habuan yang lumayan dan makan minum disediakan sepanjang tempoh kempen hingga pada hari pembuangan undi.

Itulah kebodohan pemimpin-pemimpin UMNO yang masih lagi kekal hingga ke hari ini.

Sekian dan wassalam.



Zaid Ibrahim pilih Kuala Lumpur lokasi baru politik

Zuharman MN
Wed Jul 08, 09 3:53:10 pm MYT

KUALA KRAI, 8 Julai (Hrkh) - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim sehingga kini belum lagi menentukan sama ada menyertai pilihan raya umum akan datang selepas meninggalkan Umno.

"Saya belum lagi memikirkan perkara itu dan terserah kepada pimpinan untuk menentukan masa depan dalam politik setelah menyertai KeADILan.

"Saya tidak kisah sangat mengenai perkara itu, sama ada bertanding di Kota Bharu atau Kuala Lumpur ia belum menjadi perhitungan. Namun saya lebih selesa di Kuala Lumpur," katanya ketika ditemui di sini.

Sebelum ini kedengaran desus desas mengatakan beliau bakal bertanding di Parlimen Tun Razak bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang bakal mengosongkan kerusi tersebut.

Bagaimanapun beliau menafikan perkara itu dan menganggap ia sengaja ditimbulkan pihak tertentu.


Pada pilihan raya umum 2004 beliau menang di kerusi Parlimen Kota Bharu menewaskan calon KeADIlan, Nik Mahmood Nik Hassan.

Bagaimana pun pada pilihan raya lepas kerusi Kota Bharu diwakili Dato'Fatmi Che Salleh yang tewas kepada Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dari PAS.

Sementara itu pada ceramah di Lela Jasa malam kelmarin, Zaid menggesa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak supaya berterus terang kepada rakyat berkaitan isu tuntutan royalti minyak oleh kerajaan negeri.

Katanya kerajaan mendakwa royalti yang tertunggak sejak 2004 dianggarkan berjumlah RM1 bilion.

"Perdana Menteri harus tampil dengan penuh rasa bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat berhubung isu tersebut.

"Selain itu banyak lain yang perlu dijelaskan termasuk kontroversi pembelian kapal selam dan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibu," katanya.

Beliau juga menyelar sikap pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang merendah-rendahkan karektor calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah kerana tidak mempunyai latar belakang akademik tinggi.

Beliau berkata, prinsip Pakatan Rakyat jauh berbeza dengan BN dalam memilih calon yang mengutamakan kualiti penampilan dari kepelbagaian sudut selaras dengan kehendak rakyat.

"Pengajian tinggi tidak penting. Yang penting ialah pengalaman, sebab pengalaman tidak akan didapati walau mengaji setinggi mana pun. Kerajaan di zaman Rasulullah dulu pun tidak terbentuk daripada individu yang berpendidikan di peringkat universiti," katanya.

Zaid yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu yakin rakyat Manek Urai memerlukan calon yang benar-benar bertanggungjawab dan tidak semestinya mempunyai pendidikan tinggi.

Ceramah tersebut turut dihadiri Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.

Pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai 14 Julai ini, Abe Uji merupakan seorang pemborong ikan di Pasar Kala Krai akan ditentang Tuan Aziz Tuan Mat, bekas pengurus bahagian pemantauan projek Kesedar.

Salahuddin pula memberitahu beliau akan terus memperjuangkan nasib rakyat bersama ahli parlimen Pakatan ekoran kenaikan polisi insurans kenderaan yang berusia lebih 10 tahun.

"Satu Malaysia, rakyat diutamakan hanya slogan retorik Najib mengaburi mata rakyat. Mana realiti slogan itu, belum pun sampai setengah tahun jadi perdana menteri unsur cengkaman terhadap rakyat sudah mulai nampak," ujarnya.

Kenaikan insurans kereta dan motosikal melebihi 100 peratus sebelum ini menjadi rungutan rakyat. - mj_

MB kerajaan BN terharu mendengar kaset agama Nik Aziz

Intan Abdullah intan@harakah.net.my
Wed Jul 08, 09 2:18:40 pm MYT

KUALA KRAI, 8 Julai (Hrkh) - Kebiasaannya dalam media massa kita sering membaca kecaman keras pemimpin Umno terhadap PAS. Jarang berlaku mereka memuji dan bersetuju biar pun kebenaran berpihak kepada PAS.

Sebaliknya seorang Menteri Besar meluahkan kebenaran yang dibawa pemimpin PAS tidak dapat dinafikan lagi lebih-lebih lagi menyentuh soal agama.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ada seorang menteri besar memberitahunya sering mendengar kaset ceramah beliau.

"Menteri besar itu paling terasa dan terkesan ketika mendengar ceramah agama saya mengenai alam kubur. Apabila mati kelak, Allah akan tanya masa hidup kamu mengundi parti mana.

"Beliau meluahkan rasa terkesan yang menyentuh jiwa setelah mendengar kaset ceramah tersebut. Dia menceritakan perkara itu ketika sama-sama menghadiri mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Majlis Raja-raja Melayu," katanya pada ceramah di Kampung Chuchuh Puteri A di sini, malam tadi.


Ribuan hadir mengikuti ceramah itu biar pun hujan turun agak lebat sebelum itu.

Oleh itu Menteri Besar berharap pengundi di Manek Urai dapat membuat pilihan terbaik untuk terus menyokong kepimpinan Islam sebagaimana kesedaran menteri besar BN terbabit.

"Saya penuh harap pengundi di sini dapat membuat pilihan yang terbaik. Setelah Umno kalah di beberapa pilihan raya kecil sebelum ini termasuk di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau, kenapa kita mahu pilih Umno lagi," katanya.

Pada ceramah itu beliau memberitahu telah mengirim surat kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak untuk mempelawa diadakan debat bagi membincangkan alasan Umno menolak Islam.

"Saya telah mengirim surat kepada Perdana Menteri yang mengandungi soalan, 'kenapa Umno tolak Islam? "Islam itu bukan PAS yang buat, tetapi kenapa Umno tetap mahu menolak Islam. Sebab itu saya berkempen dan berdakwah hingga ke hari ini untuk Islam," katanya.

Turut hadir pada ceramah malam tadi Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Pesuruhjaya PAS, Dato' Husam Musa, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif dan calon PAS Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah. - mj _


Isu Kedah, KeADILan jumpa MB petang semalam, jumpa Kit Siang di KL petang ini

Wan Nordin Wan Yaacob Wed Jul 08, 09 10:10:47 am MYT

ALOR SETAR, 8 Julai (Hrkh)- Badan Perhubungan KeADILan Kedah telah bertemu dengan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak petang semalam berhubung penerangan isu-isu terkini di Kedah.

Pertemuan itu diadakan di dewan besar Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah di Sri Mentaloon dekat sini bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang.

Pertemuan itu disertai Pengerusi KeADILan Kedah, Ustaz Ahmad Kassim yang juga ahli Parlimen Kuala Kedah; Ahli Parlimen Sungai Petani, Dato' Johari Abdul; peguam, Saiful Izham Ramli dan barisan kepimpinan KeADILan Kedah yang lain.


Harakah dimaklumkan perbincangan meliputi fokus isu perobohan pusat sembelihan khinzir dan isu-isu pentadbiran selain beberapa lontaran idea.

Ustaz Azizan kelihatan hadir ditemani Setiausaha Politiknya, Mohd Sanusi Mohd Nor dan Setiausaha Akhbar, Helmi Khalid. Hari ini Ustaz Azizan dijadualkan mengadakan mesyuarat bersama exco kerajaan Kedah di Kuala Lumpur pada sebelah pagi, sementara petangnya bertemu dengan Penasihat DAP, LimKit Siang.

Pertemuan itu dijangka membincangkan isu Pakatan Rakyat Kedah selepas kontroversi pengumuman DAP Kedah yang kononnya mahu keluar Pakatan Rakyat Kedah./wann


ADUN tunggal DAP Kedah akur sebarang keputusan pucuk pimpinan

ALOR SETAR: Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Darulaman Lee Guan Aik akan akur dengan sebarang keputusan pucuk pimpinan berhubung peranannya sebagai wakil rakyat DAP di negeri ini.

Katanya, status sebagai wakil rakyat DAP tidak akan berubah kerana beliau adalah anggota parti itu tetapi peranannya sebagai penyokong kerajaan atau sebaliknya akan diputuskan oleh DAP pusat.

"Saya tidak boleh komen banyak buat masa ini, saya masih ahli dan Adun DAP Kota Darulaman," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini semalam.


Difahamkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan mengadakan pertemuan dengan penasihat DAP Lim Kit Siang di ibu negara petang hari ini.

Pertemuan itu adalah bagi membincangkan perselisihan antara DAP Kedah dengan kerajaan negeri pimpinan Pas itu ekoran tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) merobohkan pusat penyembelihan babi di Taman Berjaya di sini minggu lepas.

Berikutan itu, Pengerusi DAP negeri Thomas Su mengumumkan DAP keluar dari Pakatan Rakyat di Kedah kerana kecewa dengan kelemahan kerajaan negeri pimpinan Pas termasuk dakwaan kononnya kerajaan negeri akan merobohkan kuil Hindu dan tokong Cina.

Bagaimanapun, Azizan berkata beliau tidak tahu menahu berhubung dakwaan itu. BERNAMA


PPSMI berkubur pada tahun 2012

PPSMI dimansuhkan mulai 2012

Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.

Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, susulan keputusan mingguan jemaah menteri pagi ini, dibuat jam 2.30 di kementeriannya di Putrajaya.

Di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing.


Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.

Selain memimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), yang mengepalai demonstrasi besar itu, tokoh sastera Datuk A Samad Said juga menyertai sekumpulan lima Sasterawan Negara membantah dasar itu - mencipta rekod bantahan golongan budayawan Melayu.

Rentetan pelaksanaan PPSMI

19 Julai 2002 - mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Januari 2003 - dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah

Januari 2007 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah

Januari 2008 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

Mac 2009 - lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.

Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.

Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."

Mei 2009 - kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus buat pertama kali dalam sejarah penentangan dasar kerajaan.

Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara"

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."

Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansukan sepenuhnya pada 2012.


Biar Betul : 10juta PR nak bagi kat Jamaludin ..??

ISU HJ NIZAR HUBUNGI JAMALUDDIN DAN OSMAN

Hj Nizar memang cuba menghubungi Jamaluddin dan Osman tengah malam hari tu, tetapi tidak dijawab oleh mereka. Hj Nizar cuba mengubungi bukan nak pelawa mereka berdua menyertai semula PR. Di Ipoh, minggu lepas heboh kononnya dua orang ini menghilangkan diri sehingga tidak dapat dihubungi oleh UMNO.

Dari sumber-sumber UMNO, mereka tidak dapat dihubungi dan tidak dapat dikesan di mana mereka berada. Ada maklumat mengatakan, mereka sengaja berbuat demikian kerana marah terhadap UMNO yang tidak tunaikan janji untuk jawatan EXCO dan sejumlah wang yang ditawarkan kepada mereka.


Hj Nizar sebagai sifatnya seorang pemimpin ingin mengetahui kedudukan yang sebenar di mana mereka ketika itu, hidup atau mati, bukan tawaran untuk kembali kepada PR. Hj Nizar ada peluang menawarkan mereka kembali kepangkuan PR sewaktu terserempak dengan Osman suatu ketika dulu, tetapi Hj Nizar tidak berbuat demikian.

Kita berpandangan kalau sekalipun mereka ingin kembali kepada PR, sebaiknya mereka letak jawatan sebagai ADUN dan menyerahkan mandat kepada rakyat untuk memilih semula wakil rakyat yang baru, dan mereka boleh menjadi ahli biasa PKR atau kekal bebas. Orang macam ini tidak sepatutnya mendapat tempat dalam parti di atas pengkhianatan yang mereka lakukan. Seeloknya kalau mereka benar insaf di atas kesilapan mereka, minta maaf pada rakyat Perak dan letak jawatan sebagai ADUN.

Ada maklumat dari Tg. Malim yang Jamaluddin kononnya menjaja ditawarkan oleh PR 10 juta kalau mereka menyertai semula PR. Sebenarnya PR sudah tidak teringin untuk mempelawa mereka, sekalipun mereka pula yang menawarkan 10 juta kepada PR kalau PR menerima semula dua orang ini, saya percaya PR sebagai parti yang bermaruah tidak akan menerima tawaran yang jijik itu, sebaliknya mereka letak jawatan, jadi orang biasa sahaja, jutaan duit yang mereka dapat dulu gunakanlah dengan baik, pergi umrah banyak kali dan bantu orang miskin sebagai pernyataan insaf dan taubat, semuga rezeki yang mereka dapat boleh menjadi halal dengan cara yang sedemikian.


Adun Sekinchan sambut cabaran Khir Toyo jadi ejen jual rumah mewahnya

SHAH ALAM, 7 Julai - Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan dari DAP, Ng Suee Lim Selasa menyahut cabaran bekas menteri besar Selangor Dato' Seri Dr Muhamad Khir Toyo untuk menjadi ejen hartanah bagi menjual rumah agam yang didakwa bernilai RM24 juta di Seksyen 7 di sini dengan komisyen 50 peratus.

"Hari ini, saya secara rasmi menerima tawaran untuk menjadi broker beliau. Berikan saya surat tawaran terbuka (untuk menjadi ejen), surat pemberian kuasa dan kunci-kunci rumah. Saya akan jual rumah itu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini, seperti dilaporkan Bernama kelmarin.


Ng mendakwa beliau sudah mempunyai empat pembeli berpotensi yang sanggup untuk membayar lebih daripada RM8 juta bagi rumah agam berkonsepkan Bali, yang menunjukkan tawaran sedemikian membuktikan bahawa ia bernilai lebih daripada RM3.5juta memandangkan para pembeli menawarkan sekali ganda jumlah tanpa melihat rumah agam itu.

Semalam, Dr Khir yang juga Adun Sungai Panjang menafikan bahawa rumah itu dan dua lot tanah seluas 0.5hektar itu berharga RM24 juta tetapi beliau membeli tanah itu termasuk banglo yang terletak di salah satu daripada tanah yang diperoleh melalui pinjaman dengan tempoh bayaran balik selama 30 tahun dengan bank HSBC tiga tahun lalu.

Beliau juga mencabar Ng untuk menjadi ejen hartanah dan menjual rumah agam dengan harga RM24 juta dan akan memberikan Ng komisyen 50 peratus.

Dr Khir dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan hari ini bahawa beliau bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ng atas dakwaan itu.

Harakahdaily.



Tidak halang, cuma dipindahkan untuk keselesaan

Oleh : newsforwarder®™

from Mahfuz Omar by MahfuzOmar

Kerajaan PAS Kedah tidak pernah sekali-kali melarang orang bukan Islam memakan, menternak atau menyembelih babi sebagaimana yang digambarkan oleh sesetengah pihak namun mengambil kira keselesaan, faktor kesihatan dan persekitaran sebagai keutamaan dalam melaksanakan sesuatu tindakan.

Tindakan kerajaan Kedah menutup pusat penyembelihan babi yang terletak di Kampung Berjaya, di Alor Star adalah mengambil kira aduan dan sensitiviti orang ramai yang tidak selesa kerana ianya berada di tengah-tengah kawasan perumahan atau kampung orang Melayu dan bersebelahan dengan pasar.

Sungguhpun begitu, sebelum merobohkan, kerajaan negeri telah memberi tempoh yang munasabah untuk mereka yang terbabit berpindah namun tidak diendahkan.

Setakat ini, Kedah mempunyai dua pusat penyembelihan babi yang masih beroeprasi iatu di Tunjang dan Simpang Empat.


"Kini, sekali lagi kerajaan negeri mengambil langkah proaktif menyedia tapak baru yang lebih baik untuk pusat penyembelihan babi yang dirobohkan.
"Menteri Besar Kedah sentiasa komited dan akan mengumumkan kawasan baru itu dalam tempoh masa yang terdekat ini dan kita anggap isu ini sudah hampir selesai,"

Ini menunjukkan, PAS berjaya menyelesaikan masalah berbangkit yang 'ditinggalkan' kerajaan Barisan Nasional (BN) semenjak 30 tahun lalu di mana segala bantahan dan aduan orang awam tidak dipedulikan lantaran Umno menjadi boneka MCA dan Gerakan berhubung isu itu.
"Orang bukan Islam juga tidak mempunyai masalah tentang penutupan itu yang mengambil kira faktor persekitaran, pencemaran dan kesihatan. Cuma yang mereka pentingkan ialah bekalan daging babi itu sentiasa cukup,"

Adalah tidak wajar isu yang berkait faktor persekitaran dan kesihatan ini dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu sehingga cuba menimbulkan pula isu perkauman dan masalah yang lain pula. Ini termasuklah membangkitkan tuduhan kononnya kerajaan negeri bakal merobohkan kuil dan tokong.

"Jika benarlah Kerajaan Negeri menghalang orang bukan Islam daripada melakukan amalan agama mereka sendiri, sayalah orang yang pertama keluar daripada parti dan menentang kerajaan negeri.
"Kerana saya yakin kerajaan negeri akan melaksanakan apa yang dituntut oleh agama Islam iaitu memberi kebebasan kepada penganut agama lain untuk melaksanakan ibadat dan ajaran masing-masing, "

Saya ingin menasihatkan semua pihak agar tidak terperangkap dengan isu-isu yang dicetuskan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memecah-belahkan kerajaan Pakatan Rakyat khususnya di Kedah.

Saya juga berharap agar rakyat berbilang kaum supaya sentiasa menjaga keharmonian di Kedah agar tidak diserap oleh eleman sempit agama dan perkauman yang akan mengugat kestabilan negeri itu.

"Saya juga harap DAP akan terus bersama Pakatan Rakyat untuk melihat kejayaan yang diimpikan oleh rakyat yang sentiasa menyokong perjuangan kita yang berlandaskan kepada pembelaan nasib dan keadilan terhadap rakyat,"


TERKINI :Tindakan Sultan Perak demi maruah negeri - Mahkamah

Setelah sebulan lebih dan hampir diadakan pembicaraan di Mahkamah Persekutuan dalam kes MB Perak pada 9 dan 10 July ini barulah penghakiman bertulis dikeluarkan oleh hakim Mahkamah Rayuan berkenaan hari ini.

Tindakan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah adalah betul semasa melaksanakan kuasa prerogatifnya untuk meredakan pergolakan politik Perak dan mengekalkan maruah negeri itu, kata Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Zainun Ali. Menurut laporan tersebut.

Hakim Zainun berkata dalam laporan itu, satu daripada kuasa eksekutif yang kritikal bagi seorang Raja dalam melaksanakan tanggungjawabnya mengikut perlembagaan bagi mengekalkan kententeraman awam demi kepentingan awam dan oleh itu kesedaran baginda berhubung signifikan daripada pelaksanaan kuasa prerogatifnya itu tidak boleh dipertikaikan.


“Keadaan di Perak pada masa itu boleh dianggap sebagai sudah tidak normal, tidak jika seseorang menganggapnya sebagai normal, ketegangan politik, tekanan politik yang memuncak, suspens dan pengkhianatan dan pertukaran kesetiaan politik, sebagai satu yang rutin dan semuanya dalam pekerjaan harian.

“Kematangan dan kebijaksanaan Raja adalah wajib. Pelaksanaan kuasa prerogatif ini adalah lebih kritikal jika jentera kerajaan yang normal mengalami masalah,” kata Hakim Zainun dalam penghakiman bertulisnya setebal 115 muka yang dikeluarkan hari ini.

Pada 22 Mei, tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Raus Sharif, Zainun dan Datuk Ahmad Maarop telah memutuskan dalam bacaannya sekitar 4 minit memutuskan bahawa Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah, yang mengubah keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu yang menyebelahi Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang telah diputuskan di Mahkamah Tinggi pada 11 Mei sebelum itu.

Sumber Bernama dengan edit.


SPA tolak Diploma Usuluddin

SAYA berbangga menjadi seorang warga kakitangan kerajaan Pahang, walaupun tidak berjawatan tinggi. Namun khidmat bakti, komitmen dan taat setia kepada kerajaan tidak pernah berbelah-bahagi.

Baru-baru ini kerajaan mengumumkan pakej keistimewaan kumpulan sokongan yang berkhidmat 15 tahun, serta lulus PTK aras 3 dinaikkan pangkat secara automatik, jawatan ini dilantik secara memangku jawatan yang tidak ditetapkan tempoh masanya.

Namun, apa yang mendukacitakan, saya pernah menghadiri temu duga jawatan Penolong Pegawai Syariah LS-27, namun permohonan saya ditolak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Pahang.

Untuk makluman, saya berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan selama 27 tahun, termasuk 15 tahun di Mahkamah Syariah Negeri Pahang sebagai Pembantu Syariah LS-17 tetap dan berpencen. Tidak berapa tahun lagi saya akan bersara.

SPA Pahang menolak permohonan saya kerana saya memiliki Diploma Usuluddin dan menurut pegawai berkenaan, diploma berkenaan tidak layak untuk jawatan Penolong Pegawai Syariah. Syarat yang ditetapkan ialah Diploma Syariah saja.

Saya berpendapat Diploma Usuluddin dan Diploma Syariah semuanya merujukkan al-Quran dan hadis, tiada sebab pihak yang bertanggungjawab mengasingkan kedua-dua diploma itu.

Saya pernah membaca kisah hidup bekas Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah, beliau berkelulusan ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan mampu mentadbir Mahkamah Syariah di negara ini dengan baik dan sempurna.

Dengan alasan itu kenapa SPA Pahang menolak permohonan saya dan ingin mendapatkan penjelasan lanjut.

PETUGAS MAHKAMAH SYARIAH,
Kuantan,
Pahang.




Selasa, 7 Julai 2009

ADUN Changkat Jering Mengaku Temui Nizar


ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Osman Jailu mengaku pernah menemui Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Bagaimanapun ia berlaku tanpa dirancang dan beliau tidak bercadang untuk kembali semula kepada PKR. Ikuti berita selanjutnya petikan berita dari star online:

PETALING JAYA: ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Osman Jailu mendakwa "mengarut". ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi pula menyifatkan satu "pembohongan semata-mata."

Kedua-dua ADUN Bebas Perak itu menafikan sudah mula mengambil langkah untuk kembali menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketika dihubungi mStar Online, Osman dengan cepat menjawab "itu mengarut semata-mata" sambil diiringi ketawa besar.

"Tidak benar, tidak benar (saya akan kembali kepada PKR)," kata Osman yang berada di kawasannya di Changkat Jering, Perak ketika dihubungi tengah hari tadi.

Beliau tidak menafikan dihujani panggilan daripada rakan-rakannya ekoran tulisan blog dan laporan akhbar bahasa Cina bahawa beliau akan kembali ke pangkuan PKR dan Pakatan Rakyat.

Laporan akhbar Cina tempatan menyebut Osman telah pun mengadakan pertemuan dengan bekas Menteri Besar Perak, Ir. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di ibu negara baru-baru ini.

Osman mengakui pertemuan itu telah berlangsung tanpa dirancang sama sekali.


"Kami bertemu secara kebetulan. Saya sedang membawa pakaian saya ke kereta saya dan Nizar ada dalam kenderaannya di luar hotel, lalu menegur saya.

"Sebagai bekas ketua (Menteri Besar Perak), saya pun balas teguran dan kami berbual ringkas... itu sahaja," kata beliau menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa mengadakan perbincangan untuk kembali ke PKR, anggota komponen Pakatan.

Osman dan Jamaluddin merupakan bekas Anggota Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Perak. Mereka keluar PKR awal Februari lalu, sekali gus membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri pimpinan Pakatan.

Ketika itu, Nizar adalah Menteri Besar.

Osman dan Jamaluddin kini adalah antara dua daripada tiga ADUN Bebas di Perak, selain daripada ADUN Jelapang, Hee Yit Foong yang dahulunya dalam DAP.

"Semalam saya ada menghubungi Menteri Besar (Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir) mengulangi pendirian saya bahawa saya akan terus menyokong BN (atas kapasiti sebagai ADUN) Bebas.

Sementara rakannya, Jamaluddin juga menafikan beliau telah memulakan langkah untuk menyertai kembali PKR.

"Saya masih ADUN Bebas," katanya.

"Kalau saya hendak keluar, biar saya sendiri yang buat kenyataan itu, saya tidak mahu orang lain buat kenyataan bagi pihak saya.

Jamaluddin juga menjelaskan, beliau ada menerima panggilan telefon daripada Nizar pada pukul 12.09 tengah malam Selasa lalu.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak menjawab panggilan telefon tersebut.

Perak Gemuruh - Di sebalik cerita di Duta Vista ?


Sejak isu Osman dan Jamal dipanaskan semula menerusi blog tertentu, nama-nama peloya itu kembali diingati semula. Peranan dan gaya hidup malah bini-bini mereka juga turut terkait sama. Hebat sungguh insan2 ini yg telah berupaya meruntuhkan sebuah kerajaan di sebuah negeri. Meranapkan harapan jutaan rakyat serta mengigit jarikan beberapa pemohon balak yg belum sempat mantan MB Nizar luluskan. Amat memeritkan ?

Di sepanjang perbualan, sambil minum2 kopi dengan beberapa pimpinan bertaraf negeri (baca pimpinan negeri Pakatan Rakyat) Perak baru-baru ini, isu ini juga turut dibualkan bersama. Lucu, kelakar dan simpati bercampur-campur bila adunan cerita tentang 2 watak 'gedebe' ini ditelanjangkan semula. Bagi wak, isunya tidaklah sebesar mana, hingga boleh memaksa untuk DUN Perak terbubar dalam tempoh masa yg terdekat. Siapalah mereka itu..,2 watak yg tidak punya harga lagi dimata pengundi di kawasannya sendiri. Hidup seumpama terbuang..tak ubah macam surat khabar lama, hanya layak dibuat bungkus ikan atau sayur di pasar-pasar.


Andai berlaku pembubaran DUN, hakikatnya bukan kerana angkara 2 watak itu, watak itu telah monopous, tidak lagi penting..malah telah dikesampingkan..kerana tidak begitu me'najib'kan langsung..magicnya hanya seketika, dan bersifat sementara, umpama bidalan melayu, " habis madu sepah dibuang ", "habis kapur, sireh ditebang " sehinggakan cerita yg berlaku dan terjadi di ruang lobi Duta Vista benar-benar buat urat leher jadi keras kerana lawaknya si Osman.

Dunia ini kecil beb ! Bayangkan macamana terkucilnya si Osman apabila secara tidak sengaja telah terserempak dan bertembung secara spontan di ruang lobi tersebut dengan bekas ketuanya. Haji Nizar. Hingga terkeluarlah kata-kata dari mulut Osman jailu memohon maaf, atas tindakannya dulu, yg mana beliau cukup menyalahkan rakannya si Jamal. Dengan topi atas kepala macam topi budak-budak hip hop suka pakai itu, si Osman tiada pilihan selain terpaksa bercakap juga dgn Nizar. Walaubagaimanapun, seperti yg dijangkakan, apa saja cakap si Osman tidak lebih sekadar boleh didengar sahaja, percaya jangan. Lagipun percakapan yg tergagap-gagap salahkan sana, salahkan sini, bukanlah cakap yg boleh dipakai sangat, anggap saja sebagai hiburan.

Dan pekung itu tidak perlu lama untuk diketahui apabila blogger blog Umno, memecah inti ceritanya dimana Osman jelas mengejek2 pula apa yg telah dicakapkannya kepada Hj. Nizar ketika berjumpa di Bandar Sunway, Ipoh..., sekadar untuk menolak malu. Dasar munafik jika benarlah itu wajah Osman yang sebenarnya.

Apapun, Osman tetap tidak menyatakan bahawa beliau akan berpaling tadah, cuma sekadar memohon maaf sahaja kepada Hj. Nizar, kerana hidupnya akan kekal bahagia dgn limpahan wang ringgit dan janji2 mulus Umno/BN sehingga akhir hayat. Biarkan..biarkan..dan kita terus biarkan ! Malah jika boleh, biarlah batu nesannya juga disadur dgn replika ringgit berwarnakan ungu. Baru boleh lawan si Billy Jean.

DUN bubar hanya sekadar kemungkinan, malah Hj. Nizar juga meletakkan ayat yg cukup 'selamat' apabila menyebut sebelum PRU13, ini bermakna tiada tarikh, tiada bulan dan tiada tahun yg digazetkan bila akan bubar...selamat bukan ! Tetapi andai mahu mencipta 'kontroversi' atau meletup isu, anda boleh saja menyebut mana-mana nombor utk di'judi'kan bagi tatapan pembaca blog. Tapi hakikatnya tetap kosong tanpa ada kesinambungannya. Sekadar untuk sedap dibaca.

Apapun kepercayaan untuk pembubaran DUN Perak, tidak ubah seperti resam kita menanti detik tarikh 16 September tahun lalu, terus berlalu dan dilalukan. Dan dihujungnya tidak lebih sekadar retorik, yang menyiksakan jiwa!

Tak apa kalau Najib tak mahu jumpa - Nik Aziz


4:49 PM, Tuesday, July 7, 2009

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akur dengan keputusan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang menolak pelawaannya untuk mengadakan pertemuan dan debat secara terbuka antara PAS-Umno.

Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata terpulang kepada Najib sama ada ingin menerima atau tidak pelawaannya kerana bagi beliau, tugasnya untuk mengajak seseorang mencari jalan kebenaran atau pendakwah dianggap sudah selesai.


"Tugas saya sebagai seorang pendakwah ada tiga cara; pertama: ajak manusia dengan cara bilhikmah (kebijaksanaan), macam saya mentadbir sesebuah negeri mengikut cara Islam; kedua dengan nasihat, melalui ceramah, usrah, kuliyah, siaran internet dan yang terakhir ialah secara mujadalah (debat), Kalau tak mahu tak apa, selesai dah kerja saya," katanya kepada Bernama di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Semalam, ketika diminta mengulas hasrat Nik Abdul Aziz untuk bertemu beliau bagi membincangkan mengenai perdebatan yang dicadangkan antara kedua-dua mereka, Najib berkata: "Saya dah kata, debat tidak ada gunanya dan semua orang pun kata demikian.

"Kalau nak bertemu, jangan kutuk dulu, ini tidak timbulkan suasana kondusif untuk kita bertemu," kata Perdana Menteri.

Nik Abdul Aziz telah mencabar Najib untuk berdebat secara terbuka ekoran tindakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadap beliau kerana menyamakan Umno dengan komunis dan ajaran sesat.

Beberapa pemimpin Umno tidak bersetuju dengan debat itu dan menyifatkannya sebagai membuang masa kerana ia tidak akan membawa sebarang manfaat.

Nik Abdul Aziz berkata beliau masih beranggapan baik kepada Perdana Menteri yang belum menghantar surat jawapan rasmi menolak tawaran itu.

"Setakat ini, beliau (Najib) belum menjawab lagi melalui surat rasmi, saya buat sangkaan baik, mungkin dia (Najib) tak sempat nak hantar lagi," katanya.

- BERNAMA

* Tok Guru kata Umno menyeleweng dari Islam - Umno nafi - Tok Guru Ajak debat - Umno tolak dengan pelbagai dalih...


MANEK URAI : FAKTA PENGUNDI



Pengundi Muda adalah pengundi paling ramai di kawasan pilihanraya Manek Urai dengan mereka yang berumur diantara 21 hingga 39 tahun membentuk 45.5% dari jumlah keseluruhan 12, 293 orang pengundi.

12,293 Pengundi Berdaftar

5,598 pengundi (21-39 tahun)
45.54% dari jumlah pengundi

4,511 pengundi (40-59 tahun)
36.70% dari jumlah pengundi

1,937 pengundi (60-79 tahun)
15.75% dari jumlah pengundi

247 (atas 80 tahun)
2.01% dari jumlah pengundi

6,316 jumlah pengundi Lelaki
51.38% dari jumah pengundi

5,977 jumlah pengundi perempuan
48.62% dari jumlah pengundi

99.2% Pengundi Melayu

56 orang pengundi Cina
28 orang pengundi India
12 pengundi lain-lain.
25 orang Pengundi POS

Belia Manek Urai tolak Khairy

Irwan Muhammad Zain
Tue Jul 07, 09 11:55:32 am MYT

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob menyanggah kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Umno berhubung isu pemuda PAS Manek Urai beralih sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Beliau menegaskan tidak timbul soal kecewa di kalangan anggota Pemuda PAS berhubung isu kerajaan perpaduan sebaliknya golongan muda di Manek Urai sebulat suara menolak pemimpin yang diangkat dengan isu rasuah.


Salahuddin juga menegaskan rakyat Kelantan telah lama membuktikan mereka bijak dan matang dalam politik serta tahu menilai parti dan pemimpin mana yang banyak dikaitkan dengan rasuah.

"Tidak timbul soal kecewa mana-mana pihak terutama anggota Pemuda PAS berhubung isu kerajaan perpaduan kerana kita (PAS) telah buat keputusan menolak idea tersebut.

"Golongan muda di Manek Urai sebulat suara menolak pemimpin yang diangkat dengan rasuah dan mereka juga tahu parti mana yang sering dikaitkan dengan rasuah serta salahguna kuasa," tegas beliau.

Beliau menasihatkan Khairy supaya tidak mencari publisiti murahan semata-mata untuk menunjukkan kehebatan selaku ketua pemuda Umno.

Justeru, Salahuddin menyeru pengundi-pengundi di Manek Urai terutama golongan muda untuk terus memberikan sokongan kepada PAS dalam pilihanraya kecil Dun Manek Urai.

Sebelum ini, Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa ramai anggota Pemuda PAS yang kecewa dengan krisis kepimpinan parti, terutama dalam berkaitan isu kerajaan perpaduan, yang "memberi isyarat" akan beralih arah menyokong BN pada pilihan raya kecil Dun Manik Urai 14 Julai ini. - mks._



MBAS nafi arah roboh kuil, tokong

ALOR SETAR: Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menafikan pihaknya mengeluarkan surat arahan untuk merobohkan kuil Hindu dan tokong Buddha di sini seperti didakwa Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su, Rabu lalu.

Datuk Bandar, Datuk Khazali Din, berkata isu merobohkan tempat ibadat itu tidak berbangkit sama sekali kerana ia sudah diselesaikan hasil perbincangan antara MBAS bersama wakil penduduk dan Exco berkaitan di dua kawasan dimaksudkan iaitu di Taman Tengku Husna, Jalan Tanjung Bendahara dan Jalan Pegawai, di sini.

Katanya, isu perobohan struktur di Taman Tengku Husna tidak membabitkan rumah ibadat sebaliknya hanya struktur binaan dikenali sebagai keramat Cina serta keramat Hindu dan ia diarah pindah ke kawasan lebih sesuai kerana berada dalam kawasan taman permainan kanak-kanak.


"Kita tidak arah roboh tetapi meminta ia dipindahkan kerana tidak sesuai tambahan pula struktur yang ada kini diperbesarkan dan ia memerlukan lokasi lebih sesuai.

"MBAS juga sudah berbincang dengan wakil penduduk di situ awal bulan lalu dan kami sudah mencapai persetujuan bahawa ia perlu dialihkan ke kawasan lain, malah dalam hal ini MBAS sendiri ada menawarkan satu lokasi tetapi tidak dipersetujui wakil penduduk.

"Mereka minta tempoh enam bulan untuk mencari tapak baru dan kita setuju," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Selain itu, Khazali berkata, arahan merobohkan struktur bangunan di Jalan Pegawai tidak membabitkan sama sekali rumah ibadat tetapi bangunan kecil di sebelahnya yang digunakan penduduk untuk aktiviti masyarakat.

"Dalam hal ini wakil penduduk dan Exco Hal Ehwal Masyarakat India, S Manikumar sudah menyatakan persetujuan untuk merobohkan sendiri bangunan itu. Tidak timbul soal meroboh rumah ibadat sama sekali,” katanya.

Rabu lalu, Su mendakwa beliau mempunyai bukti mengenai arahan bertulis dikeluarkan MBAS supaya rumah ibadat Hindu dan Buddha di kawasan itu dirobohkan.

Khir Toyo Kata RM3.5juta jaa Bukannya RM24juta

Banglo bernilai RM3.5 juta bukan RM24 juta - Khir Toyo

BANGLO milik Mohamad Khir (gambar kecil) di Seksyen 7, Shah Alam yang didakwa bernilai RM24 juta.

SHAH ALAM - Harganya RM3.5 juta, bukan RM24 juta.
Itulah penjelasan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mengenai dakwaan beliau telah membelanjakan sebanyak RM24 juta untuk membeli banglo di Seksyen 7 di sini seperti yang didakwa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sekinchan, Ng Suee Lim.

Menurutnya, kos sebenar rumah itu hanyalah RM3.5 juta dan beliau membelinya dengan mendapatkan pinjaman daripada HSBC Bank Malaysia Bhd. untuk tempoh 30 tahun.

Dengan itu, beliau menyifatkan dakwaan Suee Lim yang mengatakan pembelian banglo berkenaan menggunakan sumber kewangan yang diragui tidak berasas sama sekali.


3B : BABI BODOH BANGANG

oleh AnakKedah

Assalamualaikum,

Aduhhh bila aku baca MalaysiaKini hari nie naik semak kepala laa manusia atas muka bumi nie... awat laa manusia nie di bagi akai tak nak pikaiq... hangpa nie letak kat kepala lutut ka akai yg TUHAN bagi nie.. atau hangpa nie memang tak dak akai semuanya dah jadi BABI dah... habih benda atas muka bumi nak serodok...

hallo peniaga BABI.. (sory la kasaq sikit) hangpa nie awat la bodoh sangat... awat negara nie hangpa punya kaa.. ingat mak bapak hangpa waris kat hangpa lalu tak mau ikut undang-undang atas muka bumi nie dah.. habih hangpa nak buat macam harta mak bapak hangpa saja... cuba hangpa habaq mai sat apa yg ada kat atas muka bumi nie yg HARAM boleh jadi HALAL macam tu saja... HARAM nie kita katogorikan yg tak dak lesen laa... macam naik motor HARAM, buat rumah atas tanah HARAM, pie curi harta orang secara HARAM.. sebut kata HARAM dan tak dak lesen jadi buat kot mana pon kira tak sah laa.. jadi bila dah tak sah dari segi undang-undang maka pihak berkuasa ada laa alasan dia nak tangkap ka nak saman ka nak roboh ka.. nama pon haram @ tak berlesen.... hangpa reti pikiaq ka menantang nie...


OK macam hangpa naik motor haram tanpa lesen jadi hangpa nak salah sapa bab nie.. takan nak suruh POLIS kot pie terhegeh-hegeh sua muka kat hangpa suruh ambik lesen...sory laa kompom hangpa kena saman on the spot sebab tak ada lesen.....macam tu jugak la macam kandang babi tak berlesen nie....nama pon tak berlesen... lantak mampos pie la pihak berkuasa nak buat apa pon depa ada kuasa nak di ambik tindakan... sejak bila pulak kuasa dan undang yg termaktub boleh di cantas macam tuu saja... ooooo buat undang-undang dan kalau tak suka tak yah ikut.... 14 tahun hangpa dok sembelih tanpa lesen tanpa ada tindakan kira besaq rahmat dah tuu.. kalau aku yg jadi PENGUATKUASA hari nie hangpa bina kompon esok aku mai roboh... tak caya try hangpa lantik aku jadi PENGUATKUASA tengok...

Lanie yang hangpa dok galak buih suruh KERAJAAN NEGERI cari lokasi kat hangpa pasai pa pulak... hangpa pie cari sendiri laa.. macam la jugak kes naik motor tak dak lesen tadi.. takan pulak polis nak pie cari lesen bagi kat hangpa... Lanie tak sah dok buat kalut buih.. hangpa pie la keliling satu Kedah nie cari tang mana sesuai lepas tu buat permohonan kat KERAJAAN NEGERI bagi depa plak uruskan tempat tu adakah sesuai atau tidak dengan kelulusan jabatan-jabatan kerajaan seperti veterinar, kerajaan tempatan serta masyarakat setempat... itu bidang kerajaan negeri... bidang hangpa pie cari tempat....takan itu pon nak kena ajaq...

nie pasai si THOMAS mangkok sekoq tu.. awat la DAP ada mamat bengong sekoq yg lantik jadi pengerusi.. tak ada ka yg akai ceredik sikit nie taraf JKKK UMNO ja kelaku mamat sekoq nie... yang dok pie sua muka babi depan TV3 tu apasal... seronok ka tembak rakan se PAKATAN.. awat best sangat ka muka masuk TV3 tuu..sebelom nie hangpa DAP bukan main suruh boikot TV musuh tuu.. tapi last hang pulak pie buat MUKA BABI dok sua kat musuh...kalau macam nie hang punya perangai kalau DAP pusat simpan tak mustahil DAP kat kedah nie jadi 'boleauw' tak ada sapa dah teringin nak pangkah hangpa lagi... bukan apa ada wakil bangang macam sekoq nie laa... hang tu dok dalam PAKATAN dan nama pon dalam list KERAJAAN MEMERINTAH NEGERI dok buat kalut macam pihak lawan pasai paa.. pakat pie bawak berbincang laa.. sembang elok-elok.. tak yah la guna media musuh untuk kita hentam kawan serumah...tapi dah nama bengong itulah jadinya....

entahlaaa nak kata apa pon aku tak tahu kat hangpa nie semua... cita-cita semua besaq, nak ganti BN perintah MALAYSIA atas nama PAKATAN RAKYAT last benda-benda macam nie pon dah semua pakat jadi bengong.... macam nie punya gaya JADI PEMBANGKANG SEUMUQ HIDUP LAA hangpa nie....


Peniaga babi minta Kedah cari lokasi baru
Persatuan Peniaga dan Penyembelih Babi Kedah meminta kerajaan negeri mencari lokasi baru bagi menggantikan tapak penyembelihan babi tidak berlesen di Kampung Berjaya yang dirobohkan minggu lalu.

Pengerusi persatuan itu, iew Lip Kooi berkata, pihaknya akan berjumpa dan berbincang dengan kerajaan negeri secepat mungkin kerana sehingga kini masih belum ada lokasi sesuai untuk mendirikan tempat penyembelihan baru.

"Tapak cadangan di Kampung Cina di Pendang telah ditolak dan kami berharap kerajaan negeri akan bantu kami cari tempat baru yang sesuai agar tidak timbul sebarang masalah," katanya kepada Bernama hari ini.

Semalam Pejabat Daerah Pendang menolak cadangan pembinaan tapak penyembelihan babi di Kampung Cina kerana didapati tidak sesuai dan mendapat bantahan penduduk.

Menurut Pegawai Daerah, Abdul Shukor Abdul Ghani, hasil kajian
Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Parit dan Saliran serta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda mendapati lokasi itu tidak sesuai kerana terletak hampir dengan kediaman penduduk di situ.

Liew juga berkata pada masa ini peniaga terpaksa membawa daging babi dari Pulau Pinang untuk dipasarkan di Kedah.

Isu perobohan rumah sembelih oleh Majlis Bandaraya Alor Setar menjadi krisis politik yang besar dalam Pakatan Rakyat apabila DAP menarik diri daripada kerajaan negeri yang diterajui gabungan itu.


Isnin, 6 Julai 2009









Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails