SELAMAT DATANG

Jumaat, 1 Januari 2010

Selamat Tahun Baru 2010

2009 : Tahun rakyat Malaysia berhati SYAITAN

Tirai 2009 telah berlabuh dan 2010 telah muncul, munculnya ia menandakan bahawa usia kita semakin meningkat dan perjalanan hidup kita semakin pendek.

Dalam meredah perjalanan kehidupan disepanjang tahun 2009, banyak kisah-kisah yang telah berlaku disekeliling kita, ada yang kita ambil kisah dan ada juga yang kita buat tak kisah.

Malahan ada banyak kisah-kisah yang menggambarkan kepada dunia yang kita ini semakin Kejam! Nilai kemanusiaan dalam diri kita juga semakin menghilang…

TG Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menyifatkan sikap segelintir rakyat negera ini yang seperti ingin kembali semula ke zaman jahiliah apabila sanggup membuang bayi mereka dilahirkan. Katanya, kejadian itu berlaku disebabkan mereka kini lebih memberi keutamaan terhadap masalah berkaitan kemasyarakatan, pembangunan serta ekonomi sehingga lupa isu moral serta akhlak Islam.

Mari kita lihat berapa ramaikah bayi-bayi yang tidak berdosa dicampak begitu saja oleh ibu bapa mereka dikala mereka masih belum mengenal erti sebuah kehidupan. Ini yang dilaporkan oleh berita.

28/12/2009 - Buang janin bagai sampah
KUALA LUMPUR: Masih ada manusia yang tidak berhati perut apabila tergamak mencampakkan janin yang bertali pusat bersama sampah sebelum ia ditemui di atas lantai konkrit berhampiran Sungai Klang, Jalan Jelatek Datuk Keramat, dekat sini, semalam.

02/07/2009 - Bayi lelaki di pintu bilik air wanita
MERSING: Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui dalam sebuah beg kecil yang diletakkan di pintu masuk bilik air wanita Masjid Jamek Bandar Mersing, di sini, kelmarin. Bayi dengan tali pusat yang masih berdarah itu, ditemui beberapa guru wanita kira-kira jam 4.50 petang ketika hendak menunaikan solat Asar selepas mereka terdengar suara tangisan bayi di situ.

20/06/2009 - Buang bayi dalam plastik
KUALA TERENGGANU: Seorang bayi yang dipercayai baru dua jam dilahirkan terselamat dari dibaham haiwan liar apabila ditemui seorang remaja perempuan, kelmarin. Bayi perempuan yang masih bertali pusat diletakkan dalam plastik ditemui remaja berusia 16 tahun di depan pagar rumahnya di Kampung Baru, Seberang Takir, jam 9.30 pagi semalam.

19/06/2009 - Bayi ditinggal dengan RM1
SUBANG JAYA: Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditinggalkan di depan sebuah rumah di Jalan USJ2/USJ4 di sini, bersama-sama bekalan susu sepasang baju, lampin pakai buang dan wang RM1, pagi semalam. Kejadian itu disedari anak pemilik rumah berkenaan selepas melihat satu beg berwarna oren bergerak-gerak di depan rumahnya dan sebaik diperiksa ditemui seorang bayi di dalamnya.

30/05/2009 - Pelajar buang bayi serah diri
KUANTAN: Seorang pelajar Tingkatan Empat sekolah menengah agama di sini, ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes membuang bayi di halaman sebuah rumah sewa di Taman Balok Makmur, kelmarin. Pelajar perempuan berusia 16 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, kira-kira jam 11 pagi, kelmarin.

22/03/2009 - Jumpa bayi di tempat pembuangan sampah
MERSING: Kemeriahan penduduk Pantai Air Papan, di sini, mengadakan sambutan Maulidur Rasul terganggu apabila satu keluarga yang baru tiba di pantai peranginan dan pusat perkelahan itu untuk menghabiskan cuti hujung minggu, menemui seorang bayi lelaki baru lahir, pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi semalam, keluarga itu yang datang dari Simpang Renggam untuk berkelah di situ ternampak benda bergerak di kawasan pembuangan sampah dan memeriksanya.

19/02/2009 - Bahana buang anak sendiri
KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan menyebabkan kematian anaknya yang baru lahir dua tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman, Zainal Azman Abdul Aziz memerintahkan Unah Suma, 28, dari Jawa Barat menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 7 Jun 2007.

17/02/2009 - Bersalin dalam tandas takut majikan marah
KANGAR: "Saya takut kakak (majikan) marah saya kerana mengandung, sebab itu saya beranak senyap-senyap dalam tandas," kata Yanti, 22, pembantu rumah warga Indonesia yang menyorok bayinya dalam laci almari di rumah majikannya yang juga seorang pegawai kanan polis, di sini. Bagi Yanti, dia tidak mempunyai pilihan lain dan hanya itu jalan dapat difikirkannya ketika itu, apatah lagi teman lelakinya yang juga bapa kepada anaknya itu kini tiada di negara ini kerana sudah pulang ke kampung di Jawa, Indonesia.

04/02/2009 - Bayi dibuang disangka anak kucing
NILAI: "Dari jauh, saya sangka benda yang bergerak-gerak dalam balutan tuala itu adalah anak kucing, tetapi apabila semakin dihampiri, saya terkejut apabila mendapati rupa-rupanya seorang bayi lelaki yang comel," kata suri rumah, Paridah Wahab, 38. Katanya, bayi berkulit sawo matang itu lengkap berpakaian serba biru daripada topi, sarung tangan, baju, seluar hinggalah kepada tuala yang membalutinya dan tidak menangis ketika ditemui di hujung kaki lima tingkat dua Flet Cempaka, dekat sini, kira-kira jam 6 petang kelmarin.

04/02/2009 - Bayi atas lantai koridor
NILAI: Penemuan seorang bayi lelaki yang berpakaian lengkap serba biru dengan sarung tangan, topi, beg dan tuala bersama botol susu di koridor tingkat dua Flet Cempaka, dekat sini, menggemparkan penduduk rumah pangsa berkenaan, kelmarin. Bayi berkulit sawo matang dan cukup sifat berkenaan ditemui seorang penduduk di lantai koridor sebelum memaklumkannya kepada polis.

24/01/2009 - Tentera dituduh buang anak dalam tong sampah
KUALA LUMPUR: Seorang tentera berpangkat koperal dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang di sini semalam atas tuduhan membuang anaknya dalam tong sampah di stesen LRT Setiawangsa, pada Isnin lalu. Nor Affendy Rahman, 33, yang kelihatan sedih di kandang tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan di bacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Azaraorni Abd Rahman.

08/01/2009 - Buang anak belakang rumah teres
PETALING JAYA: Polis semalam menemui seorang bayi perempuan berusia dua minggu yang disembunyikan dalam beg hitam sebelum ditinggalkan di belakang sebuah rumah teres di Kampung Cempaka, Kelana Jaya, dekat sini. Difahamkan, kejadian disedari pemilik rumah itu jam 2.50 pagi sejurus membuka beg berkenaan dan tersentak melihat bayi yang dibaluti tuala masih bernyawa.

Majoriti yang melakukannya ialah Bangsa aku sendiri iaitu Bangsa Melayu yang berugama Islam..

Kenapa kita semakin KEJAM???



Kukuh Selalu Tapi Last Gula naik harga jugak...!!!

Ekonomi Negara Akan Lebih Kukuh Pada 2010 – Najib

KUALA LUMPUR: Malaysia akan mencatat pertumbuhan lebih kukuh dan positif pada tahun 2010 dengan inisiatif jangka panjang dan jangka pendek yang akan diperkenalkan oleh kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap defisit fiskalnya akan dapat dikurangkan daripada 7.4 peratus kepada 5.6 peratus pada tahun 2010.

Oleh itu, katanya, pada 2010, kerajaan akan mengemukakan dua inisiatif penting.

Najib berkata, salah satu daripada inisiatif jangka panjang ialah menyediakan satu model ekonomi baru yang akan digunakan sebagai panduan untuk arah mencapai wawasan 2020 dan tahun-tahun akan datang, sementara insiatif iangka pendek ialah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).

“Sesungguhnya, kejayaan dua inisiatif ini memerlukan peranan proaktif daripada setiap rakyat Malaysia. Memang benar dalam menghadapi cabaran ekonomi itu, kita pernah mencapai kejayaan dan ia bukannya satu kebetulan tetapi kita berjaya kerana dapat membuat pilihan bijak dalam mengatasinya.

“Saya percaya kunci kejayaan kita pada masa depan bukan hanya bergantung kekayaan sumber asli namun lebih penting adalah melahirkan modal insan yang berilmu dan mempunyai semangat keusahawanan dalam menjana kekayaan baru untuk negara,” katanya dalam ucapan sempena Tahun 2010 yang disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi.

Bagaimanapun, Najib berkata, matlamat negara dalam tempoh jangka masa panjang bukan sekadar pulih daripada krisis ekonomi kerana yang lebih penting ialah menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur dengan proses transformasi yang berterusan.

Beliau berkata, proses tersebut penting demi menjamin kemakmuran negara dalam menghadapi cabaran ekonomi global.

“Kita perlu melahirkan mereka yang pakar dalam bidang penciptaan terutamanya bidang ekonomi berasaskan pengetahuan dalam usaha merealisasikan budaya inovasi dan mereka mempunyai kreativiti tersendiri dalam pelbagai bidang,” ujarnya.

Najib berharap rakyat Malaysia dapat meraikan sambutan tahun baru 2010 dalam suasana aman dan harmoni.

Beliau turut menyeru semua lapisan masyarakat untuk bergerak ke hadapan bagi mencapai kejayaan bersama-sama, ‘di sana masih banyak jalan untuk mengembaradan banyak lagi cabaran yang perlu dihadapi’.

“Kita perlu bersama-sama mendukung semangat itu, saya percaya saya tidak keseorangan dalam menjayakannya. Saya tahu rakyat di negara ini sangat berwibawa, berbakat dan dan mempunyai tahap kenyakinan yang tinggi.

“Marilah kita bersikap optimistik dalam mengharumkan nama Malaysia,” katanya dan berharap tahun 2010 akan membawa kemakmuran, keselamatan, kesihatan yang baik serta rezeki yang melimpah ruah kepada Malaysia dan rakyatnya.

Najib menganggap tahun 2009, sebagai tahun yang mencabar dengan pelbagai isu seperti krisis pemanasan global yang mengancam negara di dunia.

“Sumbangan setiap warga Malaysia amat penting dalam memastikan kejayaan.Setiap sumbangan mereka tidak akan dipinggirkan. Kerajaan sentiasa mengalu-alukan jasa yang telah mereka berikan.

“Ia bukannya satu pembaziran jika bakat yang diasah di negara ini digunakan untuk membawa kemakmuran kepada negara-negara lain?” katanya.

Di bawah pentadbirannya, kerajaan telah mewujudkan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) membabitkan usaha mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan penambahbaikan pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

“Saya berharap bahawa NKRA dan KPI (Penunjuk Prestasi Utama) tidak akan lengkap tanpa maklum balas dan sumbangan idea serta pendapat daripada orang ramai.

“Saya percaya dengan hubugan antara kerajaan dan rakyat, kami akanmeneliti idea serta cadangan yang diberikan dalam usaha memperbaiki kelemahan kita,” katanya.

SIAPA DIA GURU MURSYID

Mursyid adalah orang yang memberi petunjuk (Irsyad)

Pada akhir zaman ini adalah amat sukar untuk kita mencari atau memilih mursyid yang sebenarnya.Selepas dari zaman Nabi saw, para sahabat, pengikut sahabat (tabi.en) dan pengikut kepada pengikut sahabat (tabi.en wat tabi.en). Tempoh Nabi dengan pengikut kepada pengikut sahabat ialah 300 tahun iaitu mungkin sehingga zaman Imam al-Ghazali. Selepas itu berlaku pencairan (dilution) dari segi kekentalan ilmu yang asal.

Antara sebabnya ialah pengaruh ideologi thagut yang merupakan kejahatan yang telah meleka atau melalaikan kita semua. Namun dalam tradisi tasauf, terdapat etika yang menentukan apakah wajar seseorang itu menjadi mursyid.

Di antara syarat syarat yang perlu ada bagi seseorang itu layak dipanggil mursyid:


1 Menguasai dan melaksanakan ilmu syariah sebagai tiang agama. Peribadinya tertakluk dengan hukum Allah SWT.

2 Hatinya terbuka kepada teguran dan kritikan

3 Ilmunya benar atau sahih (bukan ilmu sihir dsb)

4 Berkemahuan/ hemah tinggi kerana hendak membina prestasi diri dan muridnya

5 Berpandangan jauh (umat Islam memandang jauh kerana adanya akhirat sebagai destinasi kita)

6 Dermawan (tidak sekalipun bakhil) walaupun keperluannya tinggal sehelai sepinggang.

7 Berbudi pekerti luhur

8 Kasih sayang terhadap semua manusia; tanpa rasa perkauman atau memandang bulu/diskriminasi

9 Zuhud (menolak kebendaan) dan hidup dengan amat sederhana

10 Tidak membesarkan diri dengan kehebatannya dan tidak memperlekehkan atau merendahkan ilmu yang ada pada guru,dan ulama lain.

11 Tidak melenting atau mengeluh ketika diuji

12 Amat perahsia (tidak mendedahkan keaiban atau kekurangan orang lain)

13 Hadir hatinya untuk Allah SWT semata

14 Kesan kesalihannya terpapar kepada usahanya (tanpa menunjukkan sesuatu yang luar biasa seperti karamah)

15. Tidak berharap kepada manusia (saperti minta gelaran atau pangkat dan bantuan keewangan)

16.Tidak mengambil peduli perkara remeh

17.Tidak buruk budi pekerti saperti mengumpat dan mengaibkan orang lain.

18 Bertindak berdasarkan ilmu dan tidak ikut perasaan dan hawa nafsu.

Panduan begini penting kerana tasauf merupakan disiplin yang amat tinggi dan banyak dugaannya. Ia memastikan agar kita itu tidak tersesat daripada landasan hingga terkeluar daripada sifat mukmin.

Peringatan ini diberikan oleh Abu Yazid al-Bustami yang maksudnya: ..Andai kau melihat orang yang kononnya diberi karamah itu dapat terbang, janganlah kau ikuti dia sehinggalah dia melaksanakan segala hukum-hukum Allah SWT.. - Amri el Wahab

Rabu, 30 Disember 2009




Selasa, 29 Disember 2009

PAS PUTRAJAYA BERJAYA MENGANJURKAN KEJOHANAN BOWLING PIALA YDP

Putrajaya : PAS Kawasan Putrajaya 26 Disember (Sabtu) lalu telah berjaya menjalankan satu lagi aktiviti kemasyarakatan dan sukan dengan terlaksananya Kejohanan Bowling Piala YDP PAS Putrajaya di Alamanda Putrajaya. Kejohanan kali kedua ini membuka ruang kepada PAS Putrajaya untuk lebih banyak berinteraksi bersama masyarakat, khususnya di Putrajaya.

Juara kategori berpasukan (trio) telah memenangi hadiah wang tunai RM 200 beserta piala, manakala juara kategori individu telah menerima piala khas YDP PAS Putrajaya serta beberapa hadiah lain.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah diserikan dengan kehadiran Bendahari PAS Pusat, Yang Berhormat Dr. Mohd Hatta Ramli. Dalam ucapannya beliau menyatakan aktiviti ini adalah bertepatan dengan keadaan masyarakat di Putrajaya yang berlainan dibandingkan dengan Kawasan lain.

Beliau juga menegaskan bahawa PAS bukanlah sebuah parti politik atau gerakan dakwah semata-mata, tetapi ia adalah juga badan kebajikan dan kemasyarakatan yang berusaha memastikan masyarakat sentiasa berada dalam keadaan baik, aman dan berkebajikan sepanjang masa.

Menurut beliau lagi, aktiviti riadah dan sukan seperti ini juga dapat membentuk masyarakat yang sihat, jasmani dan rohani.


Dalam pada itu, PAS Putrajaya berazam agar kejohanan ini akan dapat dijalankan setiap tahun dan ianya dimotivasikan lagi dengan hasrat YB Dr Hatta yang menyatakan hasrat menyertai kejohanan tersebut pada masa akan datang.






Pemuda PAS Wilayah Persekutuan terus desak MAIWP dedah info

Salhan K Ahmad

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan memberi tempoh seminggu lagi kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk memberi penjelasan mengenai status tapak masjid di Desa Sri Hartamas sebelum membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).


Ketua dewan itu Kamaruzaman Mohamad berkata isu tersebut sedang diteliti oleh peguam mereka untuk mengenal pasti sekiranya terdapat unsur-unsur meragukan dalam proses pertukaran tapak masjid itu kepada kawasan komersil.

"Sekarang ini sudah berlarutan lebih dua minggu selepas kita hantar memorandum kepada MAIWP, belum ada apa-apa penjelasan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

"Kita beri tempoh seminggu lagi kepada MAIWP untuk berikan penjelasan, khususnya tentang pertukaran status tanah tersebut.

"Sekiranya ada elemen-elemen yang meragukan dalam penjelasan itu nanti, kemudian barulah kita akan laporkan kepada SPRM."

Pada 16 Disember lalu, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyerahkan memorandum kepada MAIWP supaya membuat penjelasan berhubung tanah yang kini dimajukan untuk membangunkan kompleks komersil Glomac Galeria.

Dewan itu meminta MAIWP menyatakan individu-individu berkepentingan dalam membangunkan kawasan tersebut.


Di samping itu, MAIWP juga diminta mendedahkan nama kesemua 20 pemilik unit komersil berkenaan dan menjelaskan bagaimana duit jualan bagi projek itu, didakwa bernilai RM8.3 juta, disalurkan.

MAIWP turut diminta mendedahkan butiran perjanjian dan dokumen yang berkaitan, selain menjelaskan kepentingan majlis agama tersebut dalam transaksi hartanah tersebut.

Sementara itu, ketua pengarah eksekutif MAIWP Anan C Mohd pula secara ringkas memberitahu Malaysiakini, pihaknya telah memberikan jawapan kepada Pemuda PAS berhubung semua "persoalan yang dikemukakan."

"Kita dah jawab semua dah. Kita dah maklumkan minggu lepas," katanya, menjelaskan makluman itu dihantar melalui sepucuk surat kepada pejabat dewan berkenaan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran makluman tersebut kepada dewan tersebut.

Sewaktu dihubungi kemudian, Kamaruzaman berkata pejabat beliau belum menerima dokumen daripada MAIWP.



Jika Pengaruh Pas Merosot Adalah Kerja Buat Pemimpin Pas Sendiri

Adakah pengaruh Pas semakin bertambah atau berkurang dengan apa yang berlaku pada masalah dalaman Parti Islam itu?Mungkin ada yang percaya atau tak percaya bahawa imej pemimpin Pas sekarang dah jadi tawar hebiaq kata orang Utara. Tak dipandang hormat dan bersih dalam banyak perkara.

1- Bila timbul isu UG atau Kerajaan Perpaduan dengan Umno pemimpin yang pro kepada UG ini sudah dipandang serong oleh orang Pas sendiri yang terdiri daripada Presiden Pas, Nasarudin Mat Isa, Mustafa Ali dan juga Hasan Ali.Telah timbul perpecahan sesama ahli jemaah Pas ada yang sokong dan ada yang tak sokong. Sekarang isu itu telah reda tapi parutnya tetap tak hilang. Ramai yang hilang kepercayaan kepada pemimpin Pas kerana sanggup buat gagasan baru dengan Umno yang pernah timbul isu kafir mengkafir.

2-Bila timbul semangat baru dalam Pas iaitu semangat Melayu-Islam telah menyebabkan hilangnya kepercayaan rakan-rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat walaupun tidak ditunjukkan secara terbuka.Satu semangat baru yang tak pernah wujud dalam Pas yang sejak dulu perjuangkan Islam saja. Semangat Melayu-Islam ini dapat sambutan hebat Umno terhadap Pas. Pemimpin Pas pula ada yang mahu berkongsi semangat Melayu-Islam ini dengan Umno. Ramai ahli Pas yang marah dan tidak setuju kerana pemimpin Pas cuba belot dalam berpakat dengan Pakatan Rakyat.

3- Bila timbul isu kroni dalam Pas yang selama ini kuat menentang nepotisme dan kronisme tiba-tiba Allah Taala uji pula ke atas Pas samaada Pas mampu menghadapinya atau pun tidak. Kalau bab rasuah mungkin Pas boleh lawan tapi isu menantu Tok guru pula yang jadi beban bukan setakat pada Tok guru Nik Aziz tapi beban itu turut terpikul ke atas semua ahli Pas. Nak jawab apa bila orang kata "dulu hangpa kata kat kami Pak Lah ambil menantunya untuk duduk di Putrajaya sekarang hang pa sama macam kami." Kita senyap tak boleh nak jawab apa.

4- Bila timbul isu Hasan Ali PJ Pas Selangor jumpa blogger Umno dan dedah benda yang tak sepatutnya dedah yang disalahkan ialah pembocor maklumat pemimpin tak pula disalahkan. Siap 'corner baring ' lagi pemimpin jawab nak pelepas diri.Pemimpin boleh burukkan sesama pemimpin lain dalam senyap-senyap tapi bila diriuhkan oleh ahli dan penyokong itu yang dibesar-besarkan.

Jika sesuatu yang buruk menimpa Pas ia adalah hasil kerja buat pemimpin Pas bukan kerja buat ahli dan penyokong Pas. Mereka perlu bertanggungjawab sepenuhnya. Pemain catur yang hebat jika kalah adalah kesilapan dirinya sendiri bukan penonton yang hanya jadi pemerhati.

Husam Dah Mula Tibai

Husam Musa , Exco Kerajaan Negeri Kelantan tidak banyak bercakap mengenai isu menantu Tok Guru Nik Aziz yang juga MB Kelantan iaitu Ariffahmi yang dipertikaikan kedudukkannya sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Berikut petikan tulisan terbaru beliau dalam Blognya yang berbunyi seperti berikut;

Konsep berkerajaan yang baik ialah pengasingan antara family matters dan Bukan sahaja lstate matters.egally, tetapi juga morally.

PAS - satu masa dulu pernah digelar Parti Asri Sekeluarga - kerana pemegang beberapa jawatan tinggi ada kaitan keluarga dengan Presiden PAS waktu itu, Datuk Asri. Serangan sedemikian ketika PAS berdepan dengan krisis politik pada waktu itu, merugikan PAS dan menjadi modal lawan yang berkesan sekali.

Kata Husam lagi;

Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah stake holder yang lebih penting dari pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah.

Dilihat dari sirah Rasulullah, ada keadaan-keadaan di mana anggota keluarga memberikan pandangan atau diminta pandangan dalam pelbagai isu. Namun, keputusan akhir adalah di tangan Rasulullah s.a.w dan isu-isu itu pula bukan berbentuk monetary gain atau percaturan politik keluarga tetapi lebih kepada public interest. Baca lanjut di sini

Nampaknya Husam dah tak mampu berdiam diri satu-satu persatu orang yang boleh bekerja dalam pentadbiran dan politik Kelantan akan disingkirkan. Daripada berdiam diri yang membawa diri jadi tertekan lebih baik bersuara walaupun dirasakan akan ada geruh akan berlaku.Alang-alang mandi biar basah. Seluk ikan pekasam biar sampai kepangkal bahu.

Nik Aziz: DAP sudah boleh terima penubuhan negara Islam

PETALING JAYA, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa DAP kini sudah dapat menerima rancangan penubuhan sebuah negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.

Nik Aziz berkata kesediaan pemimpin DAP membawa lambang PAS dalam Pakatan Rakyat ketika ini membuktikan mereka semakin memahami dan dapat menerima dasar perjuangan PAS.

“Saya rasa bangga dan terharu dengan perubahan yang ditunjukkan kepimpinan DAP kini, yang selama ini dengan jelas membantah dasar Islam yang akan dilaksanakan oleh PAS dalam usaha melaksanakan sebuah negara Islam sekiranya berkuasa kelak.

“Lo ni (sekarang) alhamdulillah semua tuduhan yang dilemparkan (DAP) terhadap hasrat PAS untuk melaksanakan dasar negara Islam itu sudah diterima oleh mereka,” kata beliau dipetik Berita Harian hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dilaporkan berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Kesedaran Wanita Kelantan dekat Temangan, Machang.

Beliau mengakui turut memakai lambang parti DAP, Parti Keadilan Rakyat dan PAS untuk membuktikan kesetiaan dan hubungan baik yang dijalin antara mereka dalam Pakatan Rakyat ketika konvensyen sulung mereka di Shah Alam, Selangor 19 Dis lalu.

Kata beliau semua pemimpin memakai baju yang memaparkan lambang tiga parti termasuklah Pengerusi DAP Karpal Singh dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis itu tanpa dirancang.

“Apa salahnya menggunakan lambang roket? Dulu DAP menentang PAS pasal hukum hudud, namun sekarang mereka sudah faham mengenai hukum hudud,” katanya.

Nik Aziz berkata pemimpin DAP sepatutnya sudah lama menyedari yang penubuhan sebuah negara Islam yang dicadangkan PAS dikuatkuasakan terhadap orang Islam sahaja.

Katanya selain membantah cadangan itu DAP juga pernah menuduh kerajaan PAS Kelantan di bawah pimpinannya menzalimi orang bukan Islam tetapi gagal membuktikan dakwaan itu sehingga kini.

Ketika berucap pada konvensyen itu, Nik Aziz berkata “di dada Karpal ada bulan” merujuk kepada lambang PAS bulan.

Kedua-dua Nik Aziz dan Karpal buat pertama kali bertemu di satu pentas.

Karpal dalam ucapannya pula berkata beliau bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz hari ini tetapi di antara Nik Aziz dan Hadi.


Nik Aziz nafi: Husam letak jawatan dan dua pegawainya dipecat

Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 29 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak dakwaan dua pegawainya dipecat di samping menafikan exconya, Datuk Husam Musa meletakkan jawatan.

Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media di kediaman Menteri Besar hari ini, beliau memberitahu niat setiausaha politiknya, Anual Bakhri Haroun untuk meletakkan jawatan sudah lama dinyatakan.

Ianya dibuat atas sebab Anual mahu menumpukan kepada bidang penulisan dan syarikat beliau dan juga atas masalah kesihatan anak bongsunya yang harus deberi penumpuan.

------------------------------------------------------------

(Gambar: Nik Aziz dalam sidang medianya petang ini. Di kiri dan kanan beliau adalah Datuk Mohamad Daud-ketua dewan Ulama megeri dan Nik Amar - Timbalan Pesuruhjaya III)

Manakala setiausaha akhbarnya pula, Mohd Saiba Yaakob akan habis kontrak hujung bulan ini.

Apa yang berlaku katanya bukan rombakan tetapi prosedur biasa lantikan politik apabila seseorang itu tamat kontrak.

Anual Bakhri mula memegang jawatan berkenaan pada tahun 1999 selepas Datuk Husam Musa mengosongkan jawatan berkenaan untuk bertanding dalam pilihanraya umum tahun berkenaan bagi mewakili Parlimen Kubang Kerian.

Manakala Mohd Saiba pula mula memegang jawatan berkenaan pada tahun 2003.

Nik Aziz juga menolak spekulasi kononnya Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa akan meletakkan jawatannya ekoran rombakan dalam pentadbiran pejabat menteri besar.

Sebaliknya Nik Aziz memberitahu, Husam yang merupakan bekas setiausaha politiknya sebenarnya pemimpin kesayangan beliau.

“Mana boleh dia (Husam) letak jawatan...Datuk Husam ini antara yang saya sayang, dia punya kebijaksanaan,” kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di sini petang ini.

Ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa Husam akan meninggalkan Kabinet kerajaan negeri dan kerusi Dewan Undangan Negeri, Nik Aziz berkata, “siapa kata dia (Husam) nak letak jawatan? Karut semua itu.”

Dimaklumkan perkara itu dilaporkan oleh blog sejak beberapa hari lalu, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan menegaskan, “celaka blog itu. Tak ada kerja lain... tau nak laga-lagakan orang.”

“Suka buat dosa. Berdosa menulis perkara bukan-bukan tanpa bukti dan fakta jelas,” tambah beliau.

Husam juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan. Malah juga diamanahkan untuk mengetuai jawatankuasa berkaitan isu pertikaian royalti minyak untuk negeri itu.



Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails