SELAMAT DATANG

Rabu, 23 Jun 2010

Umno Selangor Sudah Mulai Berbau!

Penulis Tamu - Mohd Sayuti Omar(MSO),

CERITANYA kecil saja, Mohamed Satim Diman iaini Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor tidak hadir mesyuarat pengurusan badan perhubungan itu malam tadi. Timbalannya Noh Omar menjelaskan yang Satim ada menghubunginya dan jelas kenapa tidak dapat hadir. Bendahari, Fatah Iskandar Mohamad Mansor dan Ketua Pemuda, Suhami Ghazali juga tidak hadir.

Kata Noh Omar Fateh dan Suhaimi tidak hadir kerana berada di luar negara. Kenapa tidak sampai tunggu mereka balik untuk adakan mesyuarat? Mereka adalah penting dalam mesyuarat itu. Kalau ketiga orang penting tidak ada macam mana mesyuarat itu dijalankan?

Apakah ketidakhadiran mereka itu khususnya Satim ada kena mengena dengan khabar angin sebelum ini menyatakan Satim akan keluar parti? Dalam politik biasanya ia bermula dengan khabar angin, kemudian bertukar menjadi khabar ribut selepas itu khabar taufan. Tup tup... tumbanglah segala pohon kayu kayan. Misalnya mengenai kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Perak ia bermula dengan khabar angin. Pihak Pakatan membantahnya dengan keras, akhir sekali menungging makan tanah.

Satim bukan orang baru. Dia sudah empat penggal menjadi Adun Selangor. Dia lebih senior daripada bekas Menteri Besar, Mohamad Khir Toyo. Semasa Abu Hassan Omar bermasalah kerana skandal dengan adik iparnya, nama Satiman Diman disebut-sebut akan dilantik jadi MB.

Ertinya Satim Diman bukan sembarangan. Ada benarnya juga kalau beliau merasakan disisih dalam Umno. Atau merasakan dia yang patut menjadi Timbalan Pengerusi bukannya Noh Omar. Apakah ulah yang beliau buat kini untuk memperbetulkan Umno ataupun benar-benar mahu menyusahkan Umno? Ceritanya baru bermula...

Ada juga cerita mengatakan Satim Diam berminat dengan pembangkang? Walaupun cerita ini hanya 'cerita ceriti' saja ia tidak boleh dianggap sampah. Dalam politik semuanya boleh terjadi. Sampah pun boleh dijadikan emas. Mungkin kalau Najib Razak tidak cepat bertindak melendikkan keadaan apa saja akan terjadi. Sudah ada tanda-tanda Umno Selangor nak rusuk.

Umno Selangor tidak pernah merasai 'nikmati' kekalahan. Kekalahan merupakan neraka kepada mereka. Dalam keadaan hari ini tidak mungkin Umno juga akan terkena kepanasan neraka kekalahan itu menyebabkan akan ada orang-orangnya tidak tahan disula baham kepanasan. Kekalahan dan kehilangan kerajaan negeri menjadikan orang Umno Selangor nanar sampai tidak jumpa pintu untuk masuk rumah. Khir Toyo juga masih belum kebah sampai hari ini.

Mungkin Satim Diman sudah membentuk pasukannya sendiri atas nama nak betulkan Umno, atau secara terus terangnya nak suruh Najib buang Noh Omar jadi timbalan pengerusi. Mungkin dalam perkiraan Satim pendekatan Noh ala-ala gengstar itu tiak cocok dan menjauhkan lagi rakyat dengan Umno. Noh masih tidak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya, beliau kini sedang di kepung.

Dalam keadaan ini di manakah Khir Toyo! Tengoklah sehari dua nanti Najib akan panggil Umno Selangor ke rumahnya untuk memberi nasihat dan juga mendegar cerita dari Umno Selangor yang kini sudah mulai berbau!

Ulama hakiki tidak akan tergamak pilih Umno

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Ulama sebenar yang mencintai agama Islam tidak akan tergamak memilih Umno yang sekular sebagai wadah perjuangan mereka, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hasan at-Tantawi (gambar).

Sebaliknya beliau berkata, wadah sebenar untuk menyebarkan dakwah Islam adalah bersama dengan PAS yang secara jelas dasarnya adalah Islam.

"Medan ulama sebenar adalah bersama gerakan Islam. Sewajarnya ulama menyertai PAS, bukan menyertai Umno, parti yang sekular," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Mohd Asli dalam web Umno yang menyebut 100 ulama termasuk bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin akan menyertai Umno Jumaat depan.

Mengulas lanjut beliau berkata, sejarah pernah menunjukkan bagaimana satu ketika dahulu beberapa tokoh ulama besar negara menyertai Umno dan kemudiannya keluar kerana tidak sanggup bersekongkol melakukan kemungkaran.

"Dulu Ustaz Ahmad Fuad, Ustaz Ahmad Maliki dan Ustaz Ahmad Badawi pernah menyertai Umno sehingga tertubuhnya Biro Agama Umno.

"Kerana tidak berpuas hati dengan kemungkaran dilakukan Umno termasuk meluluskan lesen judi, mereka kemudiannya keluar Umno dan menubuhkan Persatuan Ulama Malaya sehingga akhirnya tertubuhlah Parti Islam Se-Malaysia (PAS)," katanya lagi.

Sehingga kini tegasnya, Umno belum mengubah dasar dan perjuangan mereka dan masih menghalalkan judi.

Biarpun waktu ini Umno mempunyai ualama mereka seperti Datuk Seri Jamil Khir, Datuk Masitah Ibrahim dan Ustaz Firdaus Ismail, namun kesemuany,a kata Nasruddin tidak mampu menentang kemungkaran dilakukan Umno.

Jika 100 ulama tersebut menyertai Umno, fungsi mereka juga, katanya akan terbatas.

"Bagaimana sebuah parti yang menghalalkan judi yang diharamkan oleh Allah, mendapat tempat di hati ulama.

"Secara peribadi, hati kecil saya berkata, jika mereka ulama hakiki, mereka tidak akan tergamak memilih Umno sebagai medan menyampaikan dakwah Islam," katanya.

WAJAH PEMIMPIN ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم

Ramai orang dewasa ini berebut-rebut hendak menjadi pemimpin atau ketua. Bagi mereka yang menyedari tentang besarnya risiko memegang jawatan sebagai ketua sudah tentu keberatan menerima jawatan tersebut. Saiyidina Abu Bakar sendiri semasa hendak meninggal dunia, mengeluh dan kesal kerana dilantik sebagai ketua (khalifah).

Begitu juga dengan Saiyidina Umar yang dilantik sebagai khalifah selepas kematian Saiyidina Abu Bakar. Saiyidina Umar sangat mengambil berat tentang kebajikan rakyatnya. Pada suatu malam sedang dia meronda di sekeliling kota dan kampung untuk melihat hal rakyatnya, dia terdengar tangisan kanak-kanak. Saiyidina Umar menghampiri pondok buruk tempat tinggalnya kanak-kanak itu.

Dia mendengar ibunya menjerang sesuatu. Kanak-kanak tadi senyap seketika apabila melihat ibunya sedang memasak. Namun masakannya tidak siap-siap sehinggalah anaknya tertidur dalam kelaparan. Melihat keadaan yang menyayat hati itu, Saidinia Umar memberi salam dan meminta izin untuk masuk. Wanita itu tidak sedar bahawa tetamu itu ialah Saiyidina Umar. Saiyidina Umar bertanya tentang hal kehidupan wanita itu. Wanita itu mengadu yang dia dan anaknya sudah berhari-hari tidak makan. Apabila anaknya menangis hendakkan makanan, dia pura-pura memasak dengan memasukkan beberapa ketul batu ke dalam periuk. Melihat keadaan itu, anaknya diam sebentar kerana menyangka ibunya memasak sesuatu.

Wanita itu mengadu dan mengutuk Khalifah Saiyidina Umar kerana tidak bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Mendengar kutukan wanita itu, Saiyidina Umar terdiam sejenak. Sebentar kemudian, dia memohon diri meninggalkan keluarga wanita itu. Dalam kegelapan malam, Saiyidina Umar terus menuju ke Baitul Mal lalu mengambil sendiri beberapa pundi gandum untuk dihantar ke rumah wanita itu.

Sebaik sampai di rumah wanita itu, Saiyidina Umar memberi salam dan masuk ke rumahnya buat kali kedua. Dia mengambil gandum dari pundi lalu terus memasakkan untuk wanita dan anaknya. Wanita itu masih tidak sedar bahawa orang yang datang membawa gandum dan memasak itu ialah khalifah sendiri. Setelah siap, Saiyidina Umar sendiri menghidangkan makanan untuk wanita dan anaknya.

Melihat mereka gembira mengadap makanan, Saiyidina Umar berasa amat senang hati dan beredar dari situ. "Kalaulah Saiyidina Umar buat begini, alangkah baiknya....", kata wanita itu tanpa menyedari orang yang berada di hadapannya ialah Saiyidina Umar sendiri.

Moral & Iktibar

Tanggungjawab sebagai pemimpin amat berat. Mengikut Nabi Muhammad s.a.w. Setiap kita adalah gembala dan akan ditanya tentang haiwan gembalaannya. Ini bermaksud kita akan dipersoalkan tentang orang di bawah jagaan/tanggungan kita.

Pemimpin yang benar-benar bertanggungjawab terhadap rakyat sentiasa memastikan kebajikan mereka dijaga dengan baik.

Pemimpin tulen ialah mereka yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat terutama yang msikin lebih daripada kepentingan sendiri.

Amalan yang ikhlas tanpa mengharapkan pujian makhluk adalah satu amalan yang terpuji.

Setiap pemimpin (raja, menteri, atau wakil rakyat) sepatutnya sanggup turun padang setiap ketika untuk melihat sendiri kehidupan rakyat dan hulurkan bantuan kepada mereka yang miskin dan memerlukan dengan ikhlas kerana Allah, bukan mengharapkan pujian dan sanjungan.

Kegagalan seseorang pemimpin mentadbir negara dengan adil dan saksama akan menyebabkan dirinya jauh dari syurga dan hampir dengan neraka.

Walau setinggi manapun pangkat dan darjat kita tidak akan dinilai Allah. Apa yang diambil kira ialah amalan yang diikhlaskan untuk Allah.

Untuk keselamatan dunia dan akhirat hendaklah kita mencontohi pekerti Nabi Muhammad dan sahabat-sahabat Baginda.

Pemimpin yang baik ialah mereka yang sanggup mendengar kritikan rakyat jelata serta mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. zulmamakpng

Note: Anda pernah tengok "bersamamu tv3"...? Itulah wajah2 yg sering dikunjungi bila tiba pilihanraya. Merekalah yg sering diberi keyakinan bahawa kerajaan Bn sangat2 adil dan saksama. Kerajaan Bnlah yang memberikan mereka sehelai kain pelikat dan 5kg beras disetiap pilihanraya mendatang. 5 tahun sekali itu juga mereka akan dikunjungi oleh "runner2" BN di setiap pelusuk kampung. Di usung walau dalam keadaan tidak berdaya.. diajar mereka cara memangkah BN. Setelah habis mengundi 5 tahun mereka tidak diambil peduli hidup atau mati, makan atau kelaparan. Yang penting hajat mereka untuk memerintah sudah tercapai... yang penting kuasa sudah ada ditangan.. 5 tahun nanti dia akan datang kembali...

Wahai manusia durjana.. pemimpin yang berhati busuk.. jika tidak didunia akan kamu rasakan penangan buatmu diakhirat nanti insyaAllah...

Isnin, 21 Jun 2010

Mengapa Pulau Pinang sahaja, Putrajaya bagaimana?

Roslan SMS

Bahang kontroversi lesen judi bolasepak Ascot milik jutawan Vincent Tan terus diperdebatkan. Ada pemimpin bukan Melayu yang menyokong pengharamannya ada pula pemimpin Melayu yang menyokong ia dilesenkan.

Apa pun polemik ini menyerlahkan keperluan melihat semula aktiviti perjudian berlesen dan keperluan membendung atau menghapuskannya sama-sekali. Hakikatnya judi jangankan yang tidak berlesen, yang berlesen pun mengundang masalah sosial yang buruk ke atas semua kaum dalam negara kita.

Semalam di TV kita melihat seorang anak muda mengaku bertaruh ribuan ringgit melalui kegiatan judi haram “on-line”. Beliau mengaku kiranya tidak berjaya beliau terpaksa membuat pinjaman melalui “ah long” yang pastinya membawa padah pada masa depannya.

Maka boleh judi atau tidak boleh judi, perkara ini akan terus diperdebatkan.

Apa yang kita tahu sejak tahun 1990 sebuah negeri di Malaysia iaitu Kelantan telah mengharamkan aktiviti ini. Ia diharamkan apabila kerajaan negeri mengarahkan PBT nya, tidak lagi mengeluarkan lesen premis untuk syarikat-syarikat yang memiliki lesen judi dari Kementerian Kewangan. Bermakna sejak itu tiada aktiviti judi berlesen di Kelantan.

Kini perkembangan membabitkan Ascot ini melihat ada gelombang menuntut agar aktiviti judi berlesen ini disemak semula.

Saya baru pulang dari Pulau Pinang siang tadi. Semasa di sana saya sempat mengambil gambar kain rentang ini yang dinaikkan di tengah bandar Georgetown. Ia berbunyi:

"Kami memohon kepada kerajaan negeri Pulau Pinang dan kepada YAB Tuan Lim Guan Eng: Haramkan segala bentuk judi di negeri ini, termasuk Magnum, Toto, Lumba Kuda dan sebagainya. Jikalau benar-benar hendak membenteras kegiatan judi, tarik balik lesen-lesen perniagaan kedai-kedai nombor ekor."

Kain rentang “layang” ini (macam surat layang kerana tidak bertuan) sah dinaikkan oleh orang atau kumpulan yang tertentu yang mahu mengambil kesempatan keputusan kerajaan negeri menolak sama-sekali sebarang permohonan dari Ascot untuk beroperasi di Pulau Mutiara itu.

Mesej kain rentang ini jelas, iaitu haramkan semua jenis judi berlesen di Pulau Pinang. Ia mungkin mahu Pulau Pinang mencontohi Kelantan.

Sebagai seorang Islam sudah pastilah kita insaf bahawa judi itu haram dan ia mendatangkan banyak mudarat kepada masyarakat. Dalam hal masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama ini wajar atau mungkinkah judi diharamkan sebagaimana seruan kain rentang layang ini?

Ia boleh diharamkan atas kudrat politik parti yang memerintah. Pulau Pinang contohnya kini diperintah oleh Pakatan Rakyat dengan Sdr Lim Guan Eng dari DAP sebagai Ketua Menteri, pemerintahannya baru berusia 2 tahun 3 bulan. Ia membuktikan walaupun ia belum memikirkan untuk mengharamkan semua aktiviti judi berlesen tetapi ia punya kudrat politik menolak yang baru, iaitu yang mahu dibawa oleh Ascot.

Dahulu negeri ini diperintah Barisan Nasional, Ketua Menteri terakhir adalah Koh Tsu Koon dari Gerakan. Sepanjang puluhan tahun BN memerintah kepentingan politik mereka tidak memungkinkan langsung pertimbangan pengharaman apa bentuk judi berlesen pun dipertimbangkan.

Kelantan sebagaimana saya sebut sudah 20 tahun sejak PAS memerintah mengharamkan terus semua bentuk judi berlesen. Sebelum itu semasa BN, negeri yang lebih 90 peratus penduduknya beragama Islam langsung tidak memikirkan pun darihal pengharaman kegiatan ini malah dizaman BN lah lesen-lesen premis judi dikeluarkan di Kelantan. Begitu juga tak sampai 5 tahun PAS memerintah Terengganu, 1999-2004, judi diharamkan!

Maka pokoknya di sini adalah kudrat politik. Bagi saya yang paling memiliki kudrat politik adalah kerajaan Persekutuan yang tampuknya diterajui BN sejak 1957! Perdana Menteri nya sejak itu sehingga kini berbangsa Melayu (dari Umno) dan beragama Islam. Kalau mahu, haramkan sahaja segala bentuk aktiviti perjudian yang dilesen oleh kementrian kewangan maka tiadalah susah-susah negeri mahu atau tidak mahu keluarkan lesen premis perjudian.

Saya sarankan kain rentang “layang” mungkin yang lebih besar di pasang di Putrajaya! Sarankan pada YAB Dato Seri Najib Tun Razak, pemimpin negara Islam tersohor, ketua parti Melayu terbesar di dunia, haramkan sahaja segala bentuk judi di Malaysia. Ketika itu bukan sahaja Guan Eng, malah Zambri, Ghani Othman, Ali Rustam, Adnan, Taib Mahmud, Musa Aman dan lain-lain seluruh negara semuanya akan akur. Kalau benar-benar mahu benteras judi, situlah letaknya kuasa tertinggi iaitu di Putrajaya……

PAS: ‘Asri jangan korek lubang sendiri masuk Umno’

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 21 Jun — “Jangan korek lubang sendiri.” Demikian rumusan nasihat Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad mengulas mengenai kemungkinan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyertai Umno, Jumaat ini.
Idris berkata, pihaknya berharap Asri tidak akan menyertai Umno dengan mengambil kira perkembangan dan pengalaman masa lalu dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

“Kita tidak ada benda (tidak kisah), cuma kita berharap beliau tidak sertai Umno... kami kesian dengan dia, tak mahu apa yang berlaku ke atas Datuk Seri Anwar (Ibrahim) berulang dan kena pada beliau,” kata Idris ketika dihubungi The Malaysian Insider.

“Betul atau tidak (akan masuk Umno) belum pasti, tetapi saya berharap beliau tidak akan masuk Umno,” kata beliau.

Asri yang mempunyai ramai kawan dalam PAS juga pernah disebut-sebut cuba dirujuk oleh parti Islam ini.

Idris berkata Asri juga menghadiri majlis pengebumian pemimpin veteran PAS Hassan Shukri minggu lalu.

Idris berkata, kedudukan PAS tidak akan terjejas meskipun Asri menyertai Umno, yang disebut-sebut akan menjadi kenyataan Jumaat ini.

Turut akan sertai bersama Asri iala kira-kira 100 ulama muda berkelulusan tinggi.

Asri enggan mengulas lanjut ketika dihubungi lewat malam tadi.

Bagaimanapun dalam kenyataan diposkan di blognya, Asri berkata “sehingga saat ini saya belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.”

“Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini.

“Perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan diadakan. Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini,” kata beliau.

Dalam ulasannya Idris menambah tiada tempat bagi golongan ulama untuk berpolitik dalam Umno.

“Harap jangan masuk, tengok orang macam Datuk Seri Anwar,.. gagal, kena fitnah. Golongan ulama tiada tempat dalam Umno, tengok pada (bekas naib presiden PAS) Datuk Nakhaie Ahmad, (Tan Sri Dr) Hamid Othman, (Datuk Dr) Mashitah (Ibrahim),” katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai usaha PAS meminta Asri menyertai partinya, Idris berkata, sebenarnya tiada usaha secara rasmi.

“Yang jumpa dan berbincang dengan Asri adalah atas nama kawan, tiada usaha rasmi di pihak PAS... macam biasalah, kita terbuka, kami terima sesiapa sahaja yang hendak masuk PAS,” katanya

MALAM INI SEJARAH NEGARA BANGSA AKAN DIRUNTUHKAN

بسم الله الرحمن الرحيم

DI JEMPUT UNTUK MENJADI SAKSI KEGANASAN DI HADAPAN MATA

Malam ini penjara pudu akan di musnahkan. datang beramai ramai dari jam 7.00 petang. bawa lilin dan bunga tanda setia terhadap sejarah negara bangsa. lihat dan saksikan keganasan gerombolan meruntuhkan banguanan yang beratus tahun umurnya.

inilah yang di namakan zionis tempatan. bukan shaja bangunan bersejarah di runtuhkan di baitulmukdis bangunan bersejarah juga diruntuhkan di haddapan mata.

saksikan nanti bagaimana cukong cukong bergembira diatas derain air mata sejarah bangsa! - TT

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails