SELAMAT DATANG

Selasa, 14 September 2010

TGNA : PERANGAI PEMIMPIN UMNO

Jadi Barua Selamanya.....


KERANA AKU MAHU KEADILAN! KEADILAN! KEADILAN!

ZAINUDDIN MAIDIN (ZAM): SEORANG OPORTUNIST DAN ANTI PERKEMBANGAN ISLAM DI MALAYSIA-SIRI 2

Oleh : Tun Telanai
Assalamualaikum wm wbt



SIAPA ZAINUDDIN MAIDIN?


Zainuddin Maidin dilahirkan di Kota Kuala Muda, Kedah. Beliau bukan dari ke
turunan Melayu jati, tetapi berdarah campuran keling/mamak dengan Melayu. Amat menghairankan apabila UMNO menganugerahkan beliau dengan gelaran Tokoh Melayu Terbilang UMNO 2010. Apa jasanya terhadap bangsa Melayu dan Islam. Saya belek buku sejarah tokoh-tokoh pejuang tanah air, namanya tiada pun tercatat di situ. Saya juga semak senarai nama orang-orang yang telah membuat jasa terhadap agama, bangsa dan negara (termasuk bukan Melayu) pasca kemerdekaan, namanya juga tidak tercatat. Tidak ada satu pun jasanya kepada bangsa dan agama yang boleh dikenang oleh genarasi akan datang Jasanya pada pandangan saya ialah beliau pandai melakukan pembohongan demi pembohongan untuk menyelamatkan UMNO (sila baca pembohongan beliau selepas ini). Beliau hanya mampu berkokok menghentam PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. PAS menjadi musuh tradisinya dari dulu, kini dan selama-lama.


Zainuddin Maidin memulakan kariernya di Utusan Melayu pada tahun 1960 sebagai stringer di Alor Setar. Beliau meningkat naik di dalam Utusan kerana sokongan politik bukan kepada kepandaiannya. Beliau menulis artikel-artikel mengampu dan memuji-muji orang politik. Sebahagian besar hayatnya dihabiskan dalam bidang kewartawanan. Kerjaya wartawannya adalah proksi UMNO (Utusan adalah suara UMNO, bukan suara rakyat Melayu) bagi mempertahan dan memperjuangkan survival UMNO melalui media. Ia menulis tanpa mengambil kira perjuangan UMNO itu selari atau tidak dengan matlamat asal penubuhan UMNO pada tahun 1946 bagi meningkatkan martabat Melayu dan Islam dalam negara ini.


Beliau menceburi politik secara langsung apabila dilantik sebagai senator pada tahun 1998 oleh Dr Mahathir Mohamad dan menjadi Ahli Parlimen Merbok pada PRU ke-11 tahun 2004 dan dilantik menjadi Menteri Penerangan mulai 14 Februari 2006 hingga 8 Mac 2008, sebalum itu sebagai Setiausaha dan Timbalan Menteri di Kementerian yang sama. PRU ke-12, beliau dikalahkan oleh Johari Abdul dari PKR dengan majoriti besar yang amat memalukannya sebagai menteri yang tidak bernilai di mata rakyat.


Semasa beliau memegang jawatan dalam kerajaan, Zainuddin gagal untuk mengubah kedudukan Melayu yang masih lagi lemah dan ketinggalan dalam berbagai sektor berbanding dengan kemajuan yang dicapai oleh bangsa bukan Melayu. Apa sebab Melayu lemah dan ketinggalan? Jawapannya : UMNO sebagai tunggak kerajaan yang memerintah sudah 53 tahun, tetapi UMNO masih lagi belum baligh dalam berpolitik. UMNO melakukan berbagai tindakan penindasan dan kezaliman terhadap bangsa dan seagama dengannya hanya sekadar perbezaan fahaman politik.


Melayu bukan UMNO (termasuk kerajaan negeri yang diperintah oleh Melayu bukan UMNO) diasak kiri-kanan, ditekan atas-bawah, disekat dari menerima berbagai sumbangan, bantuan, pinjaman perniagaan, lot-lot kedai yang dibina oleh agensi kerajaan di pekan dan di bandar diagih-agihkan hanya kepada golongan elit berkuasa dalam UMNO dan kroni-kroninya sahaja. Melayu bukan UMNO juga dinafikan haq untuk mendapatkan projek, tender, lesen, permit dan sebagainya. Zainuddin Maidin mendiamkan diri kerana jiwa dan raganya dipenuhi dengan hasad dengki dan kianat terhadap bangsa sendiri, tidak seperti pemainan politik bukan Melayu. Mereka bersatu tanpa mengira fahaman politik bagi memenuhi matkamat perjuangan bangsanya.


Siapakah yang mendapatkan habuan semuanya ini? Zainuddin Maidin tahu jawapannya.Tentunyalah golongan UMNO yang berkuasa dan kroni-kroninya. Tidak sesiapa pun boleh menafikan hakikat ini. Melayu lain terlopong. Lebih malang lagi, apabila golongan UMNO yang tidak ada kemahiran berniaga dan tidak ada kepakaran dalam sektor pembinaan diberi peluang dan dianugerah berbagai projek, lesen, permit atau sebagainya hanya semata-mata berdasarkan hubungan politik, maka penerima anugerah tersebut menjual projek dan mengambil keuntungan di atas angin dengan meng’alibaba’kan anugerah-anugerah tersebut. Faktor itulah mengakibat Melayu masih mundur dan terbelakang dari bukan Melayu. Sekarang kenapa kita hendak memusuhi bukan Melayu yang lebih berjaya dari Melayu kerana kesilapan UMNO sendiri mencipta dasar songsang.


Lebih teruk dari itu, UMNO sanggup merampas tanah-tanah milik Melayu dengan pembayaran pampasan yang paling rendah nilainya atas alasan untuk pembangunan (bukan untuk kepentiang awam), kemudian dijual semula selepas ditukar syarat kepada taukeh-taukeh besar dengan nilaian yang berlipat kali ganda. Contohnya urusniaga tanah di Zon Bebas Pelabuhan klang (PKFZ) oleh orang UMNO, rampasan tanah sawah di Kerpan Kedah di era Osman Arof memerintah dan di era Mahazir Khalid memerintah pula, hampir-hampir beribu ekar tanah sawah subur milik Melayu di daerah Yan Kedah nyaris-nyaris tergadai ke tangan bangsa asing bagi mendirikan projek petrokimia. Takdir Allah membantu menyelamatkan harta Melayu itu dengan memberi kemenangan kepada PAS dan rakan Pakatannya memerintah Kedah sekarang.


Sungguh celakanya para pemimpin UMNO menjadi kaya-raya di atas keringat dan air mata rakyat Melayu. UMNO tidak berani menyentuh langsung haq dan harta kepunyaan bukan Melayu. UMNO pengecut. UMNO hanya berani bertindak sebagai jaguh ketika menentang bangsa seagama. UMNO sanggup melakukan apa sahaja terhadap bangsa sendiri sehingga sanggup membunuh (contoh: Othman Talib, di Lubuk Merbau, Kedah dan Samad Gol di Kelantan). UMNO juga pernah melakukan pembunuhan beramai-ramai dalam peristewa Memali pada November 1985 dan sampai sekarang kes tersebut belum dapat diselesaikan tergantung tanpa tali di mahkamah begitu juga kes penggambilan balik tanah di Kerpan juga tersangkut di mahkamah.


Sebab apa? Sebab kedua-dua kes ini menjejaskan kepentingan politik UMNO. Selagi UMNO masih berkuasa, dua kes ini tidak akan diselesaikan. Semakin lama kes-kes ini ditangguh, maka semakin rumit untuk diselesaikan kerana ia melibatkan saksi-saksi yang banyak telah meninggal dunia. Jadi, kedua-dua kes ini akan ditangguhkan sampai dunia kiamat, sepert yang saya kata tadi ia menjejaskan kepentingan UMNO.


Kita juga sewajarnya patut mengambil tahu siapa yang menjadi ketua hakim di Malaysia sekarang ini? Saya sedikit pun tidak mempercayai ketulusan dan keadilan sistem kehakiman di negara ini sekiranya ia melibatkan kepentingan UMNO dan para pemimpin besarnya kerana situ adanya Mohd Zaki Tun Azmi. Zaki menghabiskan sepanjang kerjaya sebagai peguam adalah berbakti dan menjaga kepentingan UMNO. Darah yang mengalir di tubuh Zaki adalah biru pekat. Di samping itu, moral Zaki boleh dipersoalkan kerana beliau terlibat dalam kes mahkamah shariah di Perlis dan isu rasuah seperti yang dilaporkan oleh Karpal Singh.


Begitulah betapa BANGSATNYA amalan politik yang diamalkan oleh UMNO selama ini. Politik menghancurkan bangsa dan agama. Politik mengkayakan elit berkuasa dalam UMNO dan kroni-kroninya. Politik memiskin dan mempapakedanakan sebahagian besar Melayu bukan UMNO sebagai satu hukuman yang ingkar untuk memberi taat setia tanpa berbelah bagi kepada UMNO tanpa mengira jenis pemimpin yang dipilih untuk memimpin. Politik mengtuhankan UMNO, wang dan kuasa. Politik menghasut, mengadu-domba, mengancam dan mengugut rakyat dengan dasar penjajah Inggeris ‘pecah-perintah’ menggugat keharmonian rakyat berbagai kaum dan agama dengan metosnya tanpa UMNO negara akan hancur dan rakyat menderita. Politik membodohkan rakyat-UMNO itu kerajaan, kerajaan itu UMNO, duit kerajaan dikatanya duit UMNO. Zainuddin Maidin tidak mampu membetulkan keadaan yang songsang dan sesat ini kerana beliau berada dalam tong najis yang sama.


Zainuddin Maidin senantiasa menghentam pembangkang dengan memberi gambaran yang buruk dan negatif kepada rakyat. Dalam masa yang sama beliau tidak pernah menegur keburukan dan kelemahan UMNO yang terlibat dalam berbagai skandal, rasuah dan sebagainya yang rakyat dapat menghidu kebusukan dari batang tubuh UMNO sendiri. Serentak itu beliau berperanan menegakkan benang besah mempertahankan UMNO, walaupun beliau sendiri tahu bahawa UMNO itu diselubungi dengan najis yang amat busuk.


Sasaran utamanya ialah parti PAS. RTM dijadikan bilik gerakan UMNO apabila beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen kepada Kementerian Penerangan oleh Mahathir. Sejak itu siaran-siaran propaganda UMNO disiarkan tanpa segan dan malu-malu lagi. Bermacam-macam strategi dirancang untuk memburukk
an PAS. Percubaan beliau untuk mengaitkan nama PAS dengan keganasan melalui dokumentari-dokumentari merapu mengenai Taliban yang cuba dikaitkan dengan PAS menemui kegagalan kerana PAS membuat serangan balas melalui perbahasan di parlimen, di internet, akhbar-akhbar alternatif, akhbar-akhbar milik parti, majlis-majlis penerangan, ceramah-ceramah di markas(di tempat awam diharamkan, di markas pun kadang dikepung oleh pasukan polis) dan sebagainya.


Zainudin Maidin mencuba lagi melalui RTM menayangkan klip video di dalam isu Memali untuk mengambarkan kepada rakyat bahawa perjuangan PAS itu ganas. PAS melalui Presidennya, Almarhum Ustaz Fadzil Noor mengetuai kempen menyerang balas isu Memali yang diputarbelitkan oleh mamak ini. Ustaz Fadzil membawa isu ini ke parlimen dan dibahaskan bagi membetulkan kenyataan yang dibuat oleh Zainuddin melalui RTM.


Serentak itu, para pemimpin PAS lainnya turun dan bergerak ke seluruh negara bertemu rakyat menjelaskan kepada rakyat isu Memali yang sebenar. Walau pun ada para pemimpin PAS yang kena tangkap, didakwa, dibelasah, dikepung, disembur dengan gas pemedih mata serta dicurah dengan air asid kimia ketika menjelaskan isu itu kepada rakyat oleh pasukan polis yang tidak pernah jemu-jemu merelakan pasukan yang dihormati menjadi perkakas dan kuda tunggangan UMNO sampai kini.


Serangan balas yang hebat dilakukan oleh PAS memaksa UMNO menghentikan serta merta tayangan klip video ini dengan mendapat malu besar kerana dituduh memainkan isu sensitif yang boleh menggugat keamanan negara. Angkara yang dilakukan oleh Zainuddin menyebabkan UMNO tersepit. Maka sekali lagi Majlis Fatwa Kebangsaan diseret dalam kancah mainan politik UMNO untuk mengelakkan UMNO dari terus dimalukan oleh PAS.


Zainuddin Maidin tidak terhenti di situ, beliau mengulangi kepakaran mencipta fitnah sewaktu menjadi Ketua Pengarang Utusan Melayu dengan memetik dan meng’edit’ ucapan-ucapan pemimpin pembangkang, mengutip gambar-gambar, menselang-seli gambar-gambar penyokong Barisan Alternatif dengan gambar-gambar keganasan, memutarbelit sejarah dan sebagainya.


Sifat hipokrit (munafik) dan opportunist Zainuddin Maidin lebih terserlah dalam isu penggunaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran sains dan matematik yang dicetuskan oleh idea Mahathir untuk memperkenalkan semula Sekolah Aliran Inggeris. Hairan, beliau boleh menyokong dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan pada tahun 2003 oleh Mahathir, sedangkan beliau dikenali umum sebagai pejuang mendaulatkan Bahasa Melayu.


Kita tahu beliau menyokong PPSMI bukan terbit dari hati nuraninya, tetapi kerana beliau terhutang budi pada Mahathir yang mengutip beliau balik dan diberi kedudukan dalam kerajaan. Beliau dilantik sebagai senator yang kemudiannya dilantik pula sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, sedangkan pada satu ketika beliau pernah mengkritik Mahathir menggunakan Bahasa Inggeris ketika diwawancara di Indonesia walaupun wartawan Indonesia menggunakan Bahasa Melayu. Amat memalukan bila Utusan Malaysia beberapa hari selepas itu terpaksa menyiarkan permohonan maaf di muka hadapan kepada Perdana Menteri (Mahathir) serentak dengan perletakan jawatan Zainuddin Maidin. Tempat beliau sebagai Ketua Pengarang Utusan Melayu lalu diganti oleh Johan Jaafar.


Kita juga tahu bahawa ketika itu, Zainuddin Maidin hendak menonjolkan diri yang beliau sebagai jaguh memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu. Kesan ia menegur Mahathir, ia ditentang keluar dari Utusan Melayu. Ketika ia terpinggir itulah beliau pergi ke London untuk menulis buku bertajuk Mahathir Di Sebalik Tabir. Tujuannya adalah untuk mengampu Mahathir supaya Mahathir dapat memaafkan ketelanjurannya itu dan mengutip beliau balik. Harapannya tidak sia-sia, Mahathir mengutipnya balik dan memberi kedudukan yang selesa.


Banyak kajian yang dijalankan oleh pengkaji di beberapa universiti tempatan menunjukan dasar PPSMI banyak mendatangkan kerugian kepada anak-anak Melayu di luar bandar (miskin), berbanding dalam bandar banyak kemudahan, keluarga yang berpendidikan tinggi dan yang berada banyak tinggal di bandar-bandar. Oleh sebab itu golongan sasterawan, budayawan dan cendekiawan bangkit menentang perlaksanaan PPSMI. Mereka ialah Prof.Diraja Ungku Aziz, Sastrawan Negara A.Samad Said, Prof. Muhammad Hj Salleh, Anwar Ridhwan dan ramai lagi tokoh-tokoh bahasa, cendiakawan, sastrawan dan budayawan tulin bersama-sama dengan Pakatan Rakyat berjuang menuntut kerajan memansuhkan dasar PPSMI ini dan akhirnya Menteri Pelajaran yang juga TPM mengumumkan pada 8 Julai 2009 bahawa dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012.


Di manakah engkau pada waktu itu wahai Zainuddin Maidin? Adakah rakyat Malaysia yang berilmu boleh mempercayai apa yang didakwa oleh manusia munafik ini terhadap PAS?. Tepuk dada tanya iman masing-masing.


Zainuddin Maidin seorang manusia yang suka dipuji dan suka masuk bakul angkat sendiri. Contoh : Selepas ia ditendang keluar dari UM, beliau diberi peluang menulis sebagai penulis tamu di UM. Bagi memadamkan memori memalukan itu (ditendang kerana mengkritik Mahathir), beliau cuba menaikkan semula harga dirinya di mata masyarakat melalui tulisan-tulisannya di Utusan. Dalam artikel ‘Sebuah catatan jati diri Utusan’ (Utusan Malaysia 5 April 2001) beliau cuba mengangkat dirinya sebagai wartawan sejati yang penuh dengan profesionalisme dan tidak bias. Dalam artikel tersebut beliau menulis: “Mungkin saya sekarang berada dalam keadaan yang sama, yang sekalipun telah dilihat sebagai seorang ahli politik tetapi masih merasakan diri sebagai seorang wartawan bebas dengan perwatakan dan nilai profesionalisme yang melampaui fahaman dan ikatan politik.”


Apa penilaian pembaca blog ini terhadap diri Zainuddin Maidin berdasarkan petikan kata-kata terebut.


Setelah gagal memainkan isu Taliban dan Memali untuk memburukkan PAS, Zainuddin Maidin meneruskan dengan projek barunya bertajuk ‘Rahsia Besar Taib Azamuddin’. Rahsia besar itu ialah mengenai pengakuan bervideo seorang pensyarah UiTM di hadapan YB Mohd Taib Azamuddin bekas Imam Besar Masjid Negera, kini Ahli Parlmen Baling mengenai kononnya 'hubungan' pensyarah itu dengan Anwar Ibrahim. Beberapa keratan rakaman video itu disiarkan secara meluas di setiap ceramah UMNO di seluruh negara.


Namun, beliau gagal lagi untuk menipu rakyat. Kesudahan projek ‘Rahsia Besar Taib Azamuddin’ adalah amat tragis kepada Zainuddin Maidin dan beberapa orang pemimpin UMNO. Bodohnya mereka kerana menyangka sepanjang Taib Azzamuddin menjadi Imam Besar Masjid Negara hanya isu itulah sahaja yang dirujuk kepadanya. Akibatnya mereka ini menyorok malu. Justeru kes yang dirujuk kebanyakannya adalah mengenai kisah-kisah skandal seks yang melibatkan ramai pemimpin UMNO.


Namun, Taib Azzamuddin harus dipuji kerana tidak mendedahkan nama sebenar mereka yang terlibat bagi menghindarkan keaiban yang berpanjangan. Cukuplah sekadar untuk menutup mulut mamak seekor ini sahaja. Projek Zainuddin Maidin gagal lagi lalu dinamakan sebagai ‘projek Makan Tuan’ atau ‘projek Menjolok Sarang Tebuan’ atau meminjam ungkapan mendiang MGG Pillai sebagai ‘Throwing Stones from The Glass Houses’. Projek ini jugalah menyebabkan si penyangak ini diketawakan oleh musuh-musuhnya di luar UMNO dan juga di dalam UMNO.


Zainuddin Maidin tidak berputus asa, beliau terus berusaha bagi membuktikan bahawa beliau boleh menghancurkan PAS. Beliau memperkenalkan pula slot-slot ‘Kelantan dalam Gerhana’ bagi merosakkan pentadbiran kerajaan negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS. Beliau sangka dapat menipu pemikiran rakyat. Tindakan beliau ini dianggap lebih kepada menghina pemikiran orang ramai dan protes terhadap beliau begitu banyak disuarakan di dalam media-media alternatif lebih-lebih lagi di parlimen.


Selepas kalah dalam pilihan raya lalu, beliau mengakui bahawa sudah sampai masanya untuk UMNO insaf, bahawa masa dan wang yang telah banyak dicurahkan sebagai usaha untuk mengambil alih Kelantan itu sebagai suatu usaha yang sia-sia. "Wang" yang begitu banyak dilonggokkan di Kelantan selama ini kononnya di bawah agenda untuk merampas kembali Kelantan telah mnejadi racun dan duri hingga menimbulkan perbalahan di kalangan pemimpin UMNO di negeri itu. Komen beliau yang disiarkan oleh Bernama.


Semua tindakannya itu lebih mendatangkan kebencian rakyat Kelantan terhadap media kerajaan lebih-lebih lagi bila mereka mendapat maklumat bahawa nasib Melayu Pulau Pinang telah tergadai di bawah kepimpinan UMNO Pulau Pinang. Bahkan nasib orang Melayu Pulau Pinang disamakan dengan nasib bangsa Palestine oleh Profesor ekonomi USM, Dr. Amir Hussin Baharuddin. Dr Amir menyatakan dalam wawancaranya dengan Mingguan Utusan bahawa orang Melayu beransur-ansur meninggalkan pulau itu hinggakan Perkampungan Melayu Sungai Nibong Kecil telah lenyap dari muka bumi Pulau Pinang. Katanya lagi UMNO Pulau Pinang akan turut lenyap sebaik sahaja baki 28% orang Melayu yang masih tinggal di pulau itu pupus terus.


Ramalan Dr. Amir menjadi kenyataan apabila PRU ke-12 lalu menyaksikan Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP menjadi Ketua Menteri. Kejatuhan kerajaan UMNO/BN di Pulau Pinang menjadikan para pemimpin UMNO di negeri tidak senang duduk macam cacing kepanasan. Tidak ubah macam orang gila babi menyerang kerajaan Pakatan atas berbagai isu dari sekecil-kecilnya pun diangkat menjadi isu besar dan dikontroversikan bagi menarik perhatian rakyat yang kononnya rakyat Melayu Islam di negeri ini diabaikan dan terpinggir dan didiskriminaskan oleh Ketua Menteri Cina dari DAP. Bantahan ini macamlah Pulau Pinang ini dulu diperintah oleh UMNO. Macamlah mereka itu dulu-dulu betul-betul berjuang untuk rakyat.


Hakikatnya rakyat sedar, mereka dulu semasa mereka berkuasa 53 tahun tidakbuat buat apa-apa pun. Asyik mengejar dan merebut projek sana, projek sini. Rasuah sana, rasuah sini, komisyen sana, komisyen sini, hanyun sana, hanyun sini, asyiklah berboria sampai ke pagi sehinggakan Melayu Pulau Pinang sekarang ini tinggal gigi dengan lidah dan kain sehelai sepinggang, tetapi cuba tenguk gaya kehidupan para pemimpinnya. Mereka hidup mewah dan kaya raya. Patutlah Allah swt menghukum Melayu Pulau Pinang kerana tersalah memilih pemimpin yang kaki kuropsi.


Zainuddin Maidin bukan sahaja ditempelak di dalam negara malahan pernah ditempelak oleh rakan-rakan wartawan sendiri di luar negara kerana lagak bagaikan kadok naik junjung. Manusia bernama Zainuddin Maidin ini tergamak menggelarkan rakan-rakan wartawan dari Filipina dan Thailand sebagai ‘agents of Western media imperialists’, tidak cukup dengan itu menganggap Thailand dan Filipina sebagai 'negara tahi'. Inilah yang diucapkan oleh Zainuddin Maidin semasa merasmikan satu forum anjuran NUJ Cawangan Utusan. Protes besar-besaran dibuat oleh The Southeast Asian Press Association (Seapa) terhadap kenyataan Zainuddin Maidin tersebut. Kenyataan-kenyataan tersebut lebih merupakan kebodohan sendiri demi mempertahankan kredibiliti Mahathir yang jadi PM ketika itu sudah pun teruk di mata masyarakat antarabangsa.


Zainuddin Maidin juga pernah diprotes oleh Kedutaan Indonesia di negara ini akibat bahasa kurang ajarnya terhadap rakyat negara itu dengan menulis ungkapan “rakyat Malaysia sedang menyuapkan nasi ke mulut berjuta rakyat Indonesia” di dalam Utusan Malaysia. Saudara Fachry Sulaiman iaitu Sekretaris Ketiga, Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur ketika itu dengan nada sayu, sedih dan kecewa menyifatkan kata-kata Zainuddin Maidin itu sebagai “kalimat tersebut tidak benar kerana rakyat Indonesia tidak meminta sedekah tetapi bekerja menjual tenaganya yang memang sangat diperlukan oleh berbagai pihak untuk mempercepatkan pembangunan di Malaysia”.


Begitulah serba sedikit perangai dan watak Zainuddin Maidin yang kita perlu sedari dan faham. Beliau seoarang manusia munafik. Tuduhan beliau terhadap PAS yang PAS memohon perkenan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk ‘merampas’ harta-harta orang Cina dan PAS bertindak menyokong Indonesia untuk mengambil Malaysia ketika Konfrontasi Malaysia-Indonesia meletus adalah satu pembohongan dan cuba direkacipta (seperti saya dedahkan di atas) olehnya bagi kepentingan beliau sendiri yang masih berminat dan menaruh harapan untuk kembali berfungsi dalam UMNO dan juga dalam kerajaan khususnya di negeri Kedah yang menghadapi krisis dalam yang teruk. Beliau memerhati situasi tersebut dengan rapi dan beliau percaya terdapat ruang yang membolehkan beliau menyelitkan dirinya kembali dalam UMNO Kedah dan di peringkat nasional.


Kita amat mengalu-galukan dan akan memberi sokongan penuh kepada Pengerusi Lajnah Guaman PAS, saudara Mohamed Hanipa Maiden untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Zainuddin Maidin. Jangan takut kerana beliau umpama ayam jantan berkokok, tahi penuh dipunggung. Beliau hanya sebuah tin kosong


Bersambung pada siri ke-3 : ZAINUDDIN MAIDIN ANTI ISLAM?


"UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”

Terkini kes pembunuhan Susilawati: Suspek lebih berminat untuk menjadi ahli MIC/BN...



Oleh: Pria Malaya

Ternyata isu pembunuhan kejam Dato Susilawati cuba dipolitikkan oleh sesetangah pihak utk kepentingan politik mereka...bagi penyokong BN, mereka pastinya menggunakan peluang ini utk mengaitkan suspek pembunuhan ini dgn Pakatan Rakyat dengan mebangkitkan sentimen perkauman...antara hujah popular mereka ialah...

1. Suspek adalah orang India..orang India ramai sokong Hindraf..orang Hindraf ramai sokong Pakatan Rakyat..so, suspek adalah ahli/penyokong PR..

2. Suspek adalah peguam dari Majlis Peguam..orang peguam ramai sokong Pakatan Rakyat..so, si pembunuh itu kalau bukan DAP, pasti PKR...

Ini antara hujah dangkal puak2 gerombolan dlm usaha mereka utk mempolitikkan isu pembunuhan ini...sungguh lucu lagi naif pemikiran mereka..




Namun, tanpa mereka duga, berita hari ini telah malaporkan hubungan secara tidak langsung suspek dengan pemimpin BN...dilaporkan, sebelum diberkas polis, suspek telah dahulunya bertemu dengan pemimpin tertinggi BN dari MIC...untuk apa?

Murugiah berkata, beliau bertemu dengan suspek pada program komuniti Hari Raya di Bukit Cheeding, Banting pada 8 September iaitu tiga hari sebelum suspek ditahan polis.

“Saya dijemput untuk menyerahkan sumbangan yang ditaja beliau (suspek) untuk komuniti orang asli di kawasan itu.

“Ia merupakan pertemuan kali pertama dengan dia. Saya lihat dia seorang yang pemurah dan peramah tetapi tidak menyangka di sebaliknya,” katanya kepada media selepas mengunjungi rumah keluarga Sosilawati di sini.

Murugiah berkata, pada awalnya tiada masalah bagi suspek untuk menyertai MIC kerana suspek merupakan seorang peguam berpendidikan tinggi.

“Saya menasihatkan dia supaya mengisi borang keahlian dan perkara itu akan dimaklumkan kepada Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu,” katanya.

Bagaimanapun jelasnya, MIC tetap tidak akan menerima suspek untuk menyertai parti sekiranya didapati tidak bersalah berikutan rekodnya sebelum ini dipertikaikan.
Dari laporan diatas, maka dapatlah dirumuskan...

1. Suspek (kemungkinan) bukanlah ahli mana2 parti kerana baru memohon untuk menyertai MIC..maka tuduhan penyokong Umno bahawa susupek merupakan 'ahli' DAP/PR tertolak..

2. Walaupun permohonan suspek utk menjadi 'ahli' MIC belum diproses, namun secara langsungnya beliau telah tersenarai dikalangan 'penyokong' MIC..maka, tuduhan bahawa suspek adalah 'penyokong' DAP/PR juga tertolak..

3. Kita dapat lihat betapa mudahnya suspek berurusan/membuat pertemuan dengan pemimpin MIC/BN walau dlm keadaan genting sekalipun...

4. Ternyata peguam dari Majlis Peguam juga terdiri dari ahli/penyokong MIC/BN..ini sekaligus menolak tanggapan streotaip penyokong Umno bahawa ramai peguam adalah penyokong PR..


Kemudian, kita lihat pula 2 laporan berita dibawah..
"Sumber itu juga mendakwa, peguam itu yang kini amat dikehendaki dalam kes kehilangan Sosilawati dipercayai mempunyai rekod jenayah berkaitan kes penipuan di Selangor"...- MyMetro
Berdasarkan dua laporan berita di atas, kita dapat lihat bahawa suspek masih dibiarkan bebas walaupun pelbagai tuduhan/aduan dihadapakan kpd suspek sejak tahun lepas..selain aduan dlm kes jenayah 'kemanusiaan' (tahun 2009), beliau turut disabitkan kesalahan jenayah di dalam urusan guaman yang direkodkan pada tahun 2007..boleh baca di sini..

Oleh itu, adalah mustahil Murugiah, atau lain2 pemimpin MIC/BN tidak mengetahui langsung perihal ini (rekod jenayah suspek) sebelum atau ketika membuat pertemuan dgn suspek kes pembunuhan ini..

Tahniah rakyat Kelantan: Tuanku Faris Petra, Raja yang dekat di hati rakyat! (Gambar di dalam)



Oleh: Pria Malaya

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

Tahniah penulis ucapkan kepada YM Tengku Faris Petra di atas permahshurannya sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari ini..

Sesungguhnya rakyat Kelantan cukup bertuah kerana dikurniakan seorang sultan yang bukan sahaja berjiwa rakyat, tetapi juga 'berjiwa agama'!..

Tercatat sudah, baginda merupakan seorang pemimpin yang boleh mengimamkan solat untuk rakyatnya, yang boleh membacakan doa demi rakyatnya, yang boleh mengetuai bacaan al-Quran, memberi kuliah agama, menyembelih lembu Qurban dan sebagainya..mungkin ini adalah keberkatan apabila negeri dipimpin oleh kepimpinan yang menjadikan Islam sebagai teras pemerintahan...

Maka lengkap sudah sebuah kerajaan yang bertunjangkan matlamat "Baldatun Toyyibatun Warabbun Ghafur", dari setinggi2 kepimpinan sehingga serendah2 kepimpinan seterusnya rakyat jelata..

Semoga Allah memanjangkan umur Tuanku, dan sejahtera seluruh rakyat Kelantan dibawah pemerintah kepimpinan Islam..akhir kalam, Tahniah MB Kelantan, YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, dan tahniah juga kpd seluruh rakyat Kelantan!...wallahua'lam..


































Dibawah, dilampirkan coretan berkaitan YM Tengku Faris oleh Syed Hussain Idros

PUJIAN PADA TENGKU FARIS

Rakyat Malaysia lebih maklum bahawa di setiap negeri yang mempunyai Raja atau Sultan, tugas dan tanggungjawab perihal agama Islam diletak di bawah bidang kuasa Kebawah Duli. Secara tidak langsung, Kebawah Duli adalah Khalifah kepada setiap rakyatnya yang beragama Islam dan juga yang bukan beragama Islam. Perintah Baginda mengenai hal ehwal agama mestilah dipatuhi oleh sekalian rakyat jelata dan sudah tentu ianya adalah kepada ajaran Al-Quran dan Hadis.

Baru-baru ini rakyat Malaysia telah digemparkan oleh suatu peristiwa yang mana Pemangku Raja Kelantan telah mengimamkan solat hajat yang dimakmumkan oleh Nik Aziz dan beberapa lagi para Ulamak. Seperti kata Nik Aziz, sepanjang hayat beliau selama 75 tahun, belum pernah ada di kalangan Pemangku Raja yang mengimamkan solat dan usaha murni ini telah bermula di negeri Kelantan.

Peristiwa ini telah memberi impak yang sangat.... sehingga tidak terkata. Mungkin peristiwa ini akan menjadi iktibar dan akan berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia. Apa sekali pun, inilah dia Tengku Faris yang mempunyai keperibadian yang tersendiri yang disenangi oleh sekalian rakyat negeri Kelantan dan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan rakyat Baginda.

Sepanjang baginda memangku sebagai sultan Kelantan, sebahagian duit elaun memangku digunakan untuk membeli lembu-lembu dan disedekahkan untuk masjid2.. Tengku berpesan agar disimpan untuknya seekor..bukan untuk beliau makan sorang2..
tetapi untuk Baginda sembelih dengan tangan baginda sendiri untuk rakyatnya....

Dibawah pula, versi berita yang dilaporkan oleh agensi berita BERNAMA...

Tengku Muhammad Faris Petra Dimashurkan Sultan Kelantan Hari Ini

Sultan Kelantan yang baru dimasyhurkan, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra merupakan seorang raja yang berjiwa rakyat dan dekat di hati rakyat Kelantan.

Sebut sahaja kawasan pedalaman mana yang tidak pernah dilawati baginda bagi menyelami suka duka rakyat termasuk ke kampung-kampung penempatan Orang Asli di Gua Musang dan Jeli.

Sering mengenakan jubah atau berbaju "gumbang" (baju Melayu) serta berkain pelikat dan berkopiah putih ketika melawat rakyat jelata menyebabkan tiada siapa yang menyangka lelaki segak itu merupakan pewaris Kesultanan Kelantan yang baru.

Pernah satu ketika di Pantai Damat, Bachok, baginda tidak kekok duduk bersila dan mendengar kisah penderitaan seorang ibu tunggal yang uzur dan hanya bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mata baginda berkaca ketika mendengar kisah keperitan hidup Azizah Abdullah, 41, membesarkan tiga anaknya.

Membahasakan diri baginda dengan perkataan "kita" menyebabkan baginda dan rakyat seperti tidak ada jurang pemisah yang boleh merenggangkan hubungan rakyat dan raja.

Ketika di rumah Azizah, baginda yang turut menghulurkan sumbangan peribadi, juga sempat memberikan perangsang kepada tiga anak wanita itu untuk berjaya dalam pelajaran mereka.

Tuanku Muhammad Faris Petra merupakan putera sulung Sultan Kelantan sebelum ini, Tuanku Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra.

Baginda pernah mengimamkan solat hajat bersama-sama rakyat jelata sebelum ini bagi memohon kesejahteraan ayahanda baginda.

Tengku Muhamad Faris Sebagai Sultan Kelantan Sah - Nazri

13 Sept - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata kerajaan persekutuan menganggap pelantikan Tengku Mohamad Faris sebagai sultan Kelantan, sebagai sah.

"Ia termasuk di bawah bidang kuasa Majlis Perajaan Negeri. Dan kerajaan persekutuan menerima apa saja keputusan majlis itu," kata beliau yang juga Menteri undang-Undang.

Nazri merujuk kepada kes di Negeri Sembilan dua tahun lalu apabila kerajaan tidak masuk campur dalam urusan Majlis Perajaan Negeri yang dianggotai oleh empat Undang walaupun memilih selain daripada waris lelaki terdekat Sultan sebagai pewaris takhta.

Nazri turut menyatakan mahkamah juga tiada kuasa untuk mencampuri urusan majlis berkenaan.

Minggu lalu, para peguam yang dilaporkan mewakili Sultan Tuanku Ismail Petra yang gering menyerahkan dua permohonan ke Mahkamah Persekutuan untuk menghalang sebarang percubaan untuk melucutkan takhta beliau.

SIAPA DULU DI TALKINKAN ? PERKASA ATAU IBRAHIM ALI ?

Oleh: Mandor

BN yang ditunjangi oleh Umno akhirnya membuat keputusan menjauhi PERKASA sebuah badan NGO yang begitu kuat `kemelayuannya' yang dipimpin oleh raja katak dari Pasir Mas, Ibrahim Ali. Ibrahim Ali seorang Ahli Parlimen yang mendapat kerusi tersebut melalui `ikhsan' dari PAS Kelantan sebelum ini begitu lantang `berzikir' dengan kalimah `Melayu'nya mengalahkan Umno seolah-olah PERKASA lah selama ini yang menyelamatkan seluruh umat Melayu di negara ini.

Walaupun diketahui umum bahawa Umno sememangnya berat hati untuk mencampakkan PERKASA dari dikaitkan dengan Umno, tetapi demi kaum bukan Melayu maka akhirnya Umno melutut juga pada parti-parti komponen di dalam Bn yang sejak awal lagi begitu anti dengan PERKASA. Nampaknya PERKASA keseorangan, Umno menolaknya apatah lagi Pembangkang yang lebih awal kenal dengan PERKASA dan lebih kenal lagi dengan raja katak itu.

Untuk menghilangkan rasa duka, maka Ibrahim Ali menyebut bahawa PERKASA tidak memerlukan mana-mana parti politik untuk berjuang. Hakikatnya, parti-parti politik yang tidak memerlukan PERKASA apatah lagi dengan Ibrahim Ali. PERKASA seperti yang dikatakan oleh Ibrahim Ali hanya memerlukan sokongan rakyat untuk terus berjuang. Paling melucukan, PERKASA mahukan kepada pemimpin yang dipilih oleh rakyat nanti adalah terdiri dari mereka yang bermoral, bertakwa, tidak meninggalkan sembahyang, pendek kata kuat pegangan agamanya. Sekali baca seperti PAS pula kehendak PERKASA ini. Masalahnya, di mana moral Presiden PERKASA yang menjadi Wakil Rakyat yang tidak diredhai oleh majoriti pengundi-pengundi di Pasir Mas itu? Umpama menjadi Imam sembahyang yang tidak diredhai oleh Makmum, apakah itu bermoral?

Selagi raja katak `menenggek' di atas kerusi yang tidak diredhai oleh PAS itu, usahlah Ibrahim Ali mahu bercerita pasal moral. Kebanyakan pemimpin yang ada di dalam PERKASA itu bermoral sangatkah? Roslan Kassim bermoralkah? Tokoh yang begitu kuat dan intim dengan PERKASA seperti Tun Mahathir itu bermoral sangatkah?

Maka, bertempik soraklah MCA, Gerakan dan MIC apabila Umno mencampakkan PERKASA umpama mencampakkan barang buruk yang tidak berharga langsung. Bayangkan, jika Umno sebuah parti yang kuat Melayunya pun tidak mahu PERKASA, maka di mana PERKASA letakkan mukanya? Saya syorkan agar PERKASA didaftarkan sahaja sebagai sebuah parti politik bagi menghilangkan rasa malunya sekarang. Mungkin PERKASA boleh menentang Umno di dalam Pilihanraya Umum akan datang untuk membuktikan bahawa PERKASA lebih Melayu dari Melayunya Umno.

Begitulah nasib PERKASA dan tunggulah saat berkuburnya pertubuhan ini dengan didahului dengan berkuburnya Ibrahim Ali di Pasir Mas nanti./mandor.blogspot.com

Laporan terkini kes bunuh/bakar Datuk Sosilawati Lawiya

Tengku Faris Sultan Kelantan Ke-29 ... DETIK-DETIK BERSEJARAH-

oleh Mtd Kota Lama pada pada 14hb September 2010 pukul 5.24 pagi

PENGISTYHARAN pemasyuran Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Fariz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, 41 yang disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Bentara Setia Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertempat di Istana Balai Besar Kota Bharu hari ini, 4 Syawal 1431H bersamaan 13 September 2010, merupakan Sultan Kelantan yang ke-29 dalam sejarah kesultanan Kelantan.

SERAH...Nik Aziz menyerahkan Watikah Pemasyhuran kepada Tengku Muhammad Faris Petra di Istana Balai Besar, semalam.

Baginda Tengku Faris diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Kota Bharu Kelantan. Baginda dilantik menjadi Tengku Mahkota Kelatan tanggal 6 Oktober 1985 dalam usia baginda 16 tahun.

Baginda mempunyai tiga orang adik beradik, Tengku Muhammad Faiz Petra, Tengku Muhamad Fakry dan Tengku Amalin A'Ishah Puteri.

Tengku Faris yang dianggap sebagai anak raja yang berjiwa rakyat dan kuat beragama, tidak menghairankan kerana baginda mendapat didikan agama sejak dari kecil lagi. Sejak kecil lagi baginda diasuh dengan didikan agama di istana dan diajar oleh beberapa ulamak terbilang.

Baginda mendapat pendidikan sekolah di Sekolah Sultan Ismail I, Kota Bharu (1976 - 1981). Selepas mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dengan mendapat 5A, baginda dimasukkan di Sekolah Alice Smith School Association Jalan Balemy Kuala Lumpur (1981 - 1983).

Sebelum berangkat ke England untuk melanjutkan pelajaran di Okham School Rutlanda sehingga tingkatan 3. Baginda juga menamatkan A Lavel di sekolah yang sama pada tahun 1987. Sebenarnya sebelum berangkat ke England baginda sudah khatam Quran.

Pemilihan baginda sebagai Sultan Kelantan bagi mengganti ayahandanya, Tengku Ismail Petra Ibni Amarhum Sultan Yahaya Petra dilihat tepat kena pada masanya. Pemilihan baginda juga seperti sireh dipulangkan ke ganggang kerana baginda adalah anakanda Sultan Ismail Petra yang pertama dan baginda juga merupakan Tengku Mahkota Kelantan. Permasyuran hari ini juga dinanti-nanti dan ditunggu sekalian rakyat Kelantan.

Sesungguhnya selain dari pemasyuran hari ini yang dibuat dibawah Kuasa (b) Fasal (1) dan (3) Perkara 22A Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua), mencatat sejarah tersendiri, ia juga memberi signifiken lain kepada kerajaan Kelantan yang diperintah Pas hari ini. Semasa menjujung duli pada upacara pemasyuran itu perkataan atau laungan lazim didengar, iaitu Daulat Tunaku diganti dengan takbir Allahuakbar sebanyak tiga kali. Kejadian ini belum pernah berlaku pada upcara-upacara persis itu selama ini.

Pertukaran ini menunjukkan betapa Baginda Sultan Kelantan ingin mengubah atau meletak sesuatu yang tinggi nilainya ditempatnya dan menggambarkan kehambaan beliau sebagai seorang hamba Allah dan tidak mahu bersubahat dengan sesuatu yang syirik dan biadaah.

Seperti mana kata Nik Aziz upacara penabalan akan dilakukan tidak lama lagi. Apapun majlis pada hari ini sangat penting kerana ia akan menamatkan kemelut dan pergeserean Istana Kelantan yang berlaku sejak lebih setahun lalu.

Pergeseran berlaku bila mana ada pihak tertentu yang kurang senang sekiranya pengganti kepada kepada Sultan Ismail diambil alih oleh Tengku Fariz Petra. Justeru ada beberapa tindakan mahkamah untuk menghalang taradisi berkenaan. Di mana mengikut perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan, sepatutnya anakanda sulung yang sihat, bersih dan mulia budi pekertinya diangkat menjadi sultan sebagai mengganti ayahanda baginda.

Mengenai perwatakan dan syaksiah Tengku Faris ini ia memang mendapat pujian dan sanjungan rakyat jelata. Kemurahan dan kerajinan baginda berangkat dan mencemar duli, melihat sendiri keadaan hidup rakyat menjadi sebutan dan sanjungan. Baginda juga tidak mementingkan protokol dan senantiasa membuat lawatan dalam keadaan mengejut.

Apa yang pernah saya sendiri saksikan sungguh mengejutkan. Semasa Tuan Guru Abdullah Abdul Rahman (Pondok Lubuk Tapah) meninggal baginda berangkat menziarahi jenazah kemudian berangkat sekali lagi untuk sama-sama menyembahyangi jenazah Allahyarham. Tok Guru Abdullah Lubuk Tapah dianggap sebagai tok gurunya sendiri.

Baginda datang tanpa ada protokol, dengan berpakaian jubah putih dan kopiah banginda berada di saf hadapan menyembahyangi jenazah bersama orang ramai. Tidak ada kelihatan baginda mengutamakan kedudukan dan darjahnya. Tempat duduknya juga sama seperti makmum lain saja. Baginda juga senang bersalam dengan sesiapa saja.

Begitu juga semasa Ramadhan tahun lalu baginda turut sama bersembahyang tarwaih di Qhariah Ramadhan di perkarangan Stadium Sultan Mohamamad ke-IV bersama segenap lapisan rakyat. Kedatangan baginda secara mengejut itu benar-benar memeranjatkan para pegawai istana dan juga pegawai kerajaan dan orang politik Kelantan.

Bayangkan bagaimana gelabahnya para pegawai kerajaan dan pemimpin politik apabila tahu yang baginda sudah berada di Qhariah Ramadhan itu tanpa dibentang apa-apa capert merah untuk lalauan baginda, dan keberangkatan itu pun tidak dihebahkan.

Selain itu baginda juga sering turun ke daerah-daerah untuk mendirikan solat Jumaat. Tengku Faris akan membuat kunjungan rambang untuk mendirikan solat tanpa memberi tahu terlebih daulu. Cara begitu untuk membolehkan baginda mengetahui realiti sebenar di masjid berkenaan dan tidak mahu menyusahkan rakyat menyambut keberangkatannya.

Misalnya seperti mana dituturkan Datuk Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud, semasa baginda berangkat ke masjid Siram, Pasir Mas, baru-baru ini tidak semena-mena selepas solat Jumaat baginda menziarahi seorang Guru Pondok, Haji Sulaiman yang sakit. Baginda tidak pun ada jadual untuk melawat Haji Sulaiman tetapi sebaik diberitahu baginda terus ke rumah Guru Pondok itu.

Lawatan secara tiba-tiba itu menyebabkan para pegawai istana, pegawai daerah yang menjadi pengiring sedikit kelam kabut dan rasa bersalah. Namun baginda tidak peduli kepada protokol itu dan tidak berkecil hati atas apa yang berlaku. Apa yang penting baginda dapat berjumpa dan melakukan ziarahi tuan guru berkenaan.

"Tuanku tidak segan silu dan kekok baginda duduk di kerusi buruk saja di samping Tok Guru Haji Sulaiman dan bertanya khabar," begitulah cerita Nasaruddin.

Pada masa lain baginda juga pernah bersama rakyat melakukan korban Aidiadha. Apa yang meruja dan mengejutkan rakyat baginda sendiri yang melalukan penyembelihan. Darah lembu yang mercik ke jubah baginda dilihat rakyat sebagai indah dan disitulah kerendahan budi dan kebesaran hati Tengku Faris sebagai seorang raja.

Atas kemurahan, kerajinan dan mesra rakyat Sultan Kelantan itu semua itu menggambarkan kehambaan dan sikap tawaduk yang tinggi yang ada kepada Tengku Muhammad Faris Petra, sultan Kelantan yang baru.

ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR !

Isnin, 13 September 2010

Kes bunuh Sosilawati: Transaksi jutaan ringgit

PRU13 - MILIK PAKATAN RAKYAT

Koh: Jaminan Tengku Adnan bukti Umno tidak taja Perkasa

September 11, 2010

KUALA LUMPUR, 11 Sept — Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menyifatkan jaminan Umno untuk menjauhkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dapat menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa Umno dan Perkasa berkait rapat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kenyataan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi gambaran jelas Perkasa ialah badan bukan kerajaan (NGO) seperti mana NGO lain tanpa anjuran atau tajaan mana-mana parti politik.

“Kenyataan beliau (Tengku Adnan) sekali gus membuktikan dakwaan tentang Perkasa adalah satu organisasi yang ditubuhkan oleh Umno atau yang dikatakan sebagai ‘outsourcing’, sebenarnya tidak benar dan tidak berasas,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Koh (gambar) berkata kenyataan itu juga mencerminkan pendirian liberal Barisan Nasional (BN)terhadap semua kaum walaupun berpaksi kepada Perlembagaan dan Rukun Negara.

Beliau yang ditemui selepas pelancaran Kamus Kembangan di sini diminta mengulas kenyataan Tengku Adnan bahawa Umno tidak menyokong Perkasa mahupun Presidennya Datuk Ibrahim Ali.

Mengulas mengenai kamus tersebut, Koh berkata penerbitan Kamus Kembangan yang merangkumi tiga bahasa iaitu Inggeris, Mandarin dan Melayu dapat membawa faedah besar kepada pengguna.

Ia dapat dimanfaatkan menerusi penguasaan lebih daripada satu bahasa oleh rakyat Malaysia selaras dengan konsep 1Malaysia, katanya.

Justeru, kata Koh Kementerian Pelajaran wajar mempromosikan penggunaan kamus sedemikian pada kalangan pelajar untuk melahirkan golongan muda yang berkemampuan dalam tiga bahasa sekali gus.

“Sekiranya kita mampu berkomunikasi dalam dwibahasa atau tribahasa, kita akan mempunyai satu penarik daya saing yang penting dan utama untuk memajukan ekonomi serta pertukaran budaya di peringkat negara dan antarabangsa,” katanya. — Bernama

Sosilawati dan Altantuya temui ajal yang hampir serupa



Gambar sebelah daripada The Malaysian Insider ,Seorang suspek kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain ketika dibawa ke Balai Polis Bukit Jalil hari ini.





Negara Malaysia kini boleh dikatakan setiap hari ada kes bunuh. Silap sikit kira nak bunuh tak kira la bunuh ahli keluarga sendiri, kawan dan rakan, sanggup bunuh pasai duit, berebut pompuan pun boleh bunuh.Macam-macam kes bunuh ada kat Malaysia hatta bunuh mak bapak sendiri pun ada.

Terkini jutawan kosmetik Sosilawati pulak dikatakan mati dibunuh dengan mayatnya beserta rakannya dikatakan dibakar dan abu mayat dibuang ke sungai.Teringat aku akan model cantik manis Altantuya Shaaribu dari Monggolia yang mati dengan mayatnya diletupkan dengan menggunakan bom C4 hingga mayatnya berkecai di Puncak Alam , Selangor. Saja teringat nampak cara kematian mereka lebih kurang sama cuma mungkin tak guna bom!

Pembunuhan Sosilawati ke-2 dahsyat selepas kes Altantuya - PAS

Dzulfikar Mashoor
JOHOR BAHRU, 12 Sept: PAS menganggap kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakannya sebagai kedua paling dasyat di Malaysia selepas kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu.

Menurut Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar, kes pembunuhan mendiang Altantuyaa Sharibuu sebelum ini menggemparkan negara apabil

a dibom dengan C4 di Bukit Raja, Shah Alam pada 19 Oktober empat tahun lalu.

"Kematian al-Marhumah Sosilawati dan tiga yang lain adalah kes kedua paling dahsyat selepas kematian mendiang Altantuya," ujarnya petang tadi ketika dihubungi Harakahdaily.

B

eliau berkata demikian sebagai mengulas pengesahan pihak polis bahawa Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, telah dibunuh.

Mayat mereka juga dibakar, manakala abunya dibuang ke dalam sebuah sungai dekat Ladang Gadong, di Tanjung Sepat, Banting.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, sepatutnya Polis sudah boleh mengesan suspek pembunuh lebih awal memandangkan saspek yang juga seorang peguam bergelar 'Datuk' turut dikaitkan dengan kehilangan empat individu setahun yang lalu.

"Selepas empat individu yang menjadi perhatian rakyat dilaporkan mati menjadi abu, baru Polis boleh mengaitkan saspek dengan kes empat orang yang hilang tahun lepas," ujarnya sambil menasihatkan bakal Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar supaya memperbaiki sistem siasatan kepolisan tanah air.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan bahawa kes tersebut turut membabitkan pemimpin negara yang berprofil tinggi sebagaimana kes pembunuhan Altantuya.

"Kalau Polis masih enggan mendedahkan siapakah peguam bergelar 'Datuk' yang dimaksudkan, mungkin rakyat selepas ini akan anggap pembunuh Sosilawati ini mungkin ahli politik yang berprofil tinggi, seperti kes Altantuya," ujarnya sambil mendesak Polis menjelaskan motif di sebalik kenyataan media tanpa laporan forensik yang dibuat Mohd Bakri petang tadi.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dihubungi kemudian mengecam pihak yang terbabit yang sanggup membunuh lalu membangkar keempat-empat mangsa sebelum dihanyutkan dalam sungai berdekatan Ladang Gadong di Tanjong Sepat, Banting.

"Sekiranya benar apa yang diumumkan oleh Datuk Mohd Bakri dalam sidang media tadi, PAS mengecam pembunuhan dahsyat itu," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Beliau turut menasihatkan pasukan Mohd Bakri membuat pengesahan lanjut beserta laporan rasmi dari Jabatan Forensik.

Ini kerana, katanya laporan itu boleh mengurangkan rasa gelisah rakyat terhadap tahap keselamatan mereka masing-masing.

Beliau, mewakili PAS turut merakamkan takziah kepada keluarga mangsa sambil mengajar rakyat membantu Polis supaya kes dasyat seperti itu tidak berulang lagi di tanah air kelak.

"Mewakili PAS, takziah...saya harap keluarga mangsa bersabar."

"Saya seru seluruh rakyat Malaysia sama-sama membantu Polis agar kes sebegini tidak berulang," ujarnya.

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails