Kenyataan Najib sebelum ini yang mengkritik Gerakan Islam Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) sebagai pengganas [Ikhwanul Muslimin] mendapat pujian daripada Washington Post. Najib disifatkan sebagai menimbulkan keretakan kepada kesefakatan dunia Islam yang sejak dari awal kebangkitan di Mesir meminta agar negara-negara barat mengiktiraf dan sudi bekerja sama dengan Ikhwanul Muslimin.
Malah kenyataan Najib yang dilihat "melawan arus" dunia Islam yang lain itu disifatkan oleh Washington Post sebagai lebih berani berbanding Obama (2011) dan Condolezza Rice (2006) di dalam menentang gerakan Islam [Washington Post]
.
Dahsyat memang dahsyat, Najib lebih berani menentang gerakan Islam berbanding Obama dan Condolezza Rice. Najib dipuji oleh media barat kerana keberaniannya menentang gerakan Islam. Ada harapan jadi Mustafa Kemal Ataturk Malaysia. - milosuam
Sabtu, 12 Mac 2011
WASHINGTON PUJI NAJIB KERANA BERANI MENENTANG IKHWANUL MUSLIMIN
MUHYIDDIN PERTAHAN MCA DALAM ISU JUDI
bujangsusah.blogspot.com
بسم الله الرحمن الرحيم
Muhyidin kritik tindakan Kelantan haramkan loteri
Klik pada image untuk besarkan.
Inilah halangannya di dalam menegakkan hukum, membasmi maksiat yang dilakukan oleh Kerajaan PAS di Kelantan. Bila terdapat premis-premis loteri haram di Kelantan yang beroperasi menggunakan lesen Kerajaan Pusat, gerombolan songkok tinggi heboh di dada-dada akhbar, internet dan facebook menghina Kelantan dengan jolokan Serambi Loteri, Cakap tak serupa bikin, Islam palsu dan sebagainya.
Mereka menghina Tuan Guru Nik Aziz dengan jolokan kononnya sengaja membiarkan premis judi haram beroperasi di Kelantan. Mereka kata perjuangan Islam PAS bohong kerana tidak mahu membasmi judi dan loteri di Kelantan. Namun apabila Kerajaan Kelantan mengambil tindakan terhadap premis-premis loteri tersebut, MCA bangun menentang Kerajaan Kelantan dan mahu mengambil tindakan kerana mereka mendakwa sudah mendapatkan lesen dari Kerajaan Pusat [MCA Mengamuk].
MCA tu dah terang-terang cina kafir, kalau dia bantah memang tak pelik, tapi yang agak pelik bila kali ini Muhyidin Yassin pula tampil sebagai hero untuk membela tokey-tokey judi di Kelantan. Muhyidin dengan yakin berkata kononnya Orang Cina tidak puas hati kerana menyentuh hak mereka. Nampaknya Muhyidin lebih tau dari orang cina sendiri [mStar]
Bila terdapat judi haram di Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz dituduh tidak mengamalkan Islam sebenar, pembohong, penakut, diperkudakan DAP dan sebagainya. Bila ambil tindakan, mereka kata menyentuh hak Orang Cina pula. Orang yang mengaku Islam, sepatutnya menyokong sebaliknya mengkritik tindakan mengharamkan judi dan loteri. Perangai sama sahaja macam orang kafir. - milosuam
NAJIB SEKULAR
Fahaman memisahkan agama dari politik ini adalah berasal dari agama kristian dimana sejak kira-kira dua ribu tahun yang lalu telah munculnya dikalangan penganut-penganut agama kristian satu rangkai kata yang berbunyi
"Biarkan urusan politik bagi maharaja dan urusan agama bagi Allah".
Kemudian setelah masyarakat diresapi oleh pengaruh barat dan merebaknya fahaman kebendaan (materialistic) dikalangan umat islam sendiri, mulailah umat islam diracuni dengan fahaman tersebut.
Rasulullah sallalahu 'alaihi wasallam pernah bersabda mengingatkan supaya jangan sekali-kali terpengaruh dengan fahaman tersebut tetapi hendaklah memerangi habis-habisan sebagaimana hadis yang di riwayatkan oleh Muaz bin Jabal r.a. sabda Rasulullah sallalahu 'alaihi wasallam:-
"Awas sesungguhnya roda Islam itu beredar, ingatalah bahawa Al-Quran dan pemerintahan (politik) akan berpisah (agama dan negara). Janganlah sekali-kali kamu tinggal Al-Quran. Ingatlah akan lahir dikalangan kamu pemerintah-pemerintah. Mereka akan menjalankan undang-undang untuk diri mereka, lain dari apa yang dijalankan kepada orang ramai. Kalau kamu patuh kepada perintah mereka kamu sesat, kalau kamu menentang kepada mereka kamu dibunuh". Bertanya sahabat: Bagaimana hendak kami berbuat Ya Rasulullah? Jawab Baginda: Hendaklah kamu jadi seperti Hawariyyin (sahabat Nabi Isa) mereka digergaji kepala dan disula dikayu palang. Demi Allah jiwa Muhammad ditangan-Nya. Sesungguhnya mati dalam mentaati Allah lebih baik daripada hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah".
44. dan (apabila Ahli-ahli syurga itu berada di tempat masing-masing), berserulah mereka kepada ahli neraka Dengan berkata: "Sesungguhnya Kami telah dapati apa Yang telah dijanjikan kepada Kami oleh Tuhan kami, semuanya betul. maka Adakah kamu juga telah dapati apa Yang telah dijanjikan oleh Tuhan kamu itu semuanya betul?". mereka menjawab: "Benar ada". kemudian berserulah Penyeru (malaikat) di antara mereka (kedua-dua puak itu) menyatakan: "Bahawa laknat Allah tertimpa ke atas orang-orang Yang zalim".
45. Iaitu mereka Yang menghalang (dirinya sendiri dan juga orang lain) dari menurut jalan Allah, dan mencari helah menjadikan jalan itu bengkok terpesong, sedang mereka pula tidak percayakan hari akhirat. - Al-A'araf-44&45
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum. - Riwayat Ibn Majah.