SELAMAT DATANG

Sabtu, 9 Oktober 2010

2005 bagi KONDOM 2010 Sekolah Hamil, 5 Tahun lagi???? apa lagi Idea Bengap Dia Nak bagi....,

Ali Rustam setuju syor beri kondom percuma
Jun 6, 2005

Oleh: NORIZAN ABDUL MUHID

MELAKA 5 Jun 2005 – Kerajaan negeri Melaka menyambut baik cadangan Kementerian Kesihatan untuk memberi jarum suntikan dan kondom percuma kepada penagih dadah dalam usaha mengurangkan kadar jangkitan HIV di negara ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, cadangan itu amat wajar dilaksanakan dan tidak menyalahi atau bertentangan dengan hukum agama.

“Kita sokong cadangan itu dan wajar dilaksanakan kerana ia amat baik, tidak salah kita mencuba sesuatu kaedah yang baik demi mencapai kebaikan atau kesejahteraan dalam hidup,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan kementerian berkenaan yang bertujuan mengurangkan kadar jangkitan HIV.

Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek berkata, sebagai permulaan, kementerian itu akan menjalankan projek perintis selama enam bulan di bawah Program Pengurangan Kesan Buruk, membabitkan 1,200 penagih dadah, terutama mereka yang mengambil dadah melalui suntikan, dengan memberikan mereka jarum suntikan, kondom dan dadah gantian yang dipanggil methadone.

Ia akan dilaksanakan di 10 klinik kerajaan dan 10 klinik swasta di empat zon ditetapkan di utara, selatan, tengah dan timur bermula Oktober setelah semua kakitangan perubatan terlibat diberikan latihan secukupnya.

Pendirian kerajaan Melaka itu berbeza dengan kerajaan Selangor dan Terengganu yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil menegaskan cadangan itu bukan sahaja tidak sesuai, malah didapati tidak berkesan seperti dibuktikan di negara-negara Barat yang telah mencuba melaksanakan kaedah berkenaan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari Terengganu, Ramli Noh pula berkata, cadangan itu sepatutnya dirujuk kepada Jawatankuasa Fatwa terlebih dahulu kerana ia melibatkan hukum.

Mohd. Ali berkata, sekiranya cadangan itu dilaksanakan kelak, ia perlu dijalankan lebih teratur dan benar-benar mencapai objektifnya serta tidak disalahgunakan oleh pasangan terutama mereka yang beragama Islam.

Beliau yang juga Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam negeri mencadangkan agar dadah gantian methadone diberi kepada penagih berbanding suntikan yang melibatkan perbelanjaan lebih tinggi.

“Penggunaan methadone lebih baik dan membantu mengurangkan kesan dadah yang teruk kepada penagih, kalau beri jarum, kita bimbang penagih akan lebih teruk kerana terlalu bergantung kepada suntikan semata-mata,” katanya.

http://dppwp.wordpress.com/2005/06/06/ali-rustam-setuju-syor-beri-kondom-percuma/

Adakah Kau Lupa

Rabu, 6 Oktober 2010

Nik Aziz ziarah keluarga Lee Kuan Yew

Nazri Abdullah

SINGAPURA, 6 Okt: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam diterima sebagai tetamu kehormat bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

Beliau ke negara republik itu bagi memberi penghormatan dan mengucapkan takziah kepada keluarga Kuan Yew berikutan kematian isterinya, mendiang Kwa Geok Choo.

Deligasi Tuan Guru Nik Aziz yang juga Musryidul Am PAS tersebut turut disertai Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa dan dua setiausahanya yang lain.

Ketibaan rombongan di Lapangan Terbang Changi, Singapura jam 10.20 pagi semalam, disambut Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Dr Ahmad Faisal Muhamad.

Mereka kemudianya ditempatkan sementara di bilik rehat di VIP Complex sebelum dibawa menziarah mendiang Kwa di Sri Temasek, kediaman rasmi Lee di Istana di sini.

Kunjungan ke Istana kemudiannya disambut anak kepada mendiang Kwa, Lee Hsien Loong yang juga Perdana Menteri republik ini sekarang.

Nik Aziz dibawa menziarah mendiang Kwa sebelum diberi peluang bertemu dan berbual-bual dengan Hsien Loong yang sentiasa berada di sisi mendiang ibunya sejak lawatan dibuka kepada umum semalam.

Semalam juga adalah hari terakhir untuk rakyat negara itu memberi penghormatan sebelum jenazah mendiang dibawa ke Mandai Crematorium hari ini untuk upacara terakhir.

Kwa, 89, meninggal dunia di rumahnya pada petang Sabtu lalu.

Ketika ditemui selepas lawatan itu, Nik Aziz berkata beliau mengharapkan ahli keluarga sabar menerima ketentuan tersebut.

(Gambar kanan: Tuan Guru bersama Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura.)

"Saya hadir untuk ucap takziah kepada keluarga Kuan Yew. Jangan bersedih sangat dan saya yakin mereka sabar terima ketentuan ini," katanya ketika ditanya beberapa wartawan tempatan dan antarabangsa.

Menurutnya lagi, penganut Islam mempercayai bahawa hidup dan mati adalah kepunyaan Allah, dan dia berkuasa ke atas hamba-Nya.

"Semasa kita hidup ini kita kena isi betul-betul untuk keredhaan Allah sebab kita mati akan jumpa Dia (Allah).

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan lawatan tersebut juga adalah sebagai kunjungan balas terhadap lawatan Kuan Yew ke Kota Bharu awal tahun ini.

Nik Aziz bagaimanapun tidak dapat bertemu dengan Lee Kuan Yew sendiri semalam ekoran masalah kesihatan bekas perdana menteri Singapura itu dengan ditambah pula dengan suasana kematian isterinya.

Kuan Yew kini sedang mendapat rawatan ekoran infeksi pada paru-parunya selepas lawatan ke Eropah, baru-baru ini.

Difahamkan, pihak hospital juga tidak membenarkan Kuan Yew menerima kunjungan tetamu buat sementara waktu.

"Lee Kuan Yew datang melawat Kelantan awal tahun ini, dan ini adalah kunjungan balas saya.

"Walaupun tidak dapat bertemu, saya harap beliau berada dalam keadaan sihat," katanya.


PRK Galas 4 Nov

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 6 Okt: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 4 November sebagai hari mengundi manakala 26 Oktober tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengumumkan perkara itu selepas SPR mengadakan mesyuarat mengenai PRK Dun Galas di sini, pagi ini.


Kenaikan Tarif Air : Penjelasdan MB Kedah

Isnin, 4 Oktober 2010

Ulamak-Ulamak UMNO Nak Tunggu Sampai Bila Lagi?...... Nak Tegur Najib.......

Syeikh Mutawalli Sya'rawi Menegur Presiden Hosni Mubarak




Lebih kurang la apa yang Syeikh Sya'rawi cakap: "Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya. Sama ada daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa. Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua... tidak suka. Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah. Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang dia suka. Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu. Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan).

Allah Taala telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah Taala kata? "..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan (Namrud)..." -(Surah al-Baqarah:258, al Quranul Karim) Maka kekuasaan itu Allah diberi kepada sesiapa yang dia mahu. Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah. Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah. Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah.

Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya. Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia. Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu. Aku berkata kepada kamu sekalian, Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi.

Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah : "..Wayamkuruuna wayamkurullah.." (dan mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang). Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah : "..Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida.." (Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga). Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik.

Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam; "..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya..". Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita! (Sheikh Mutawalli Sya'rawi memegang bahu presiden Mesir dan berkata;) "..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq(menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban(untuk menghadapi kami)."

Ahad, 3 Oktober 2010

Air Adalah Milik Awam

Di Malaysia, berdasarkan Perlembagaan ciptaan si kafir Lord Reid, terdapat beberapa perbezaan bidang kuasa di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri berhubung persoalan air. Dalam Jadual Kesembilan, Senarai I (Senarai Persekutuan) Fasal 11 (b) memperuntukkan bahawa: bekalan air, sungai dan terusan, kecuali yang keseluruhannya terletak di dalam satu negeri atau yang dikawal selia oleh suatu perjanjian antara semua negeri yang berkenaan pengeluaran, pengagihan dan pembekalan kuasa air - adalah terletak di bawah bidang kuasa pusat. Menurut Senarai II (Senarai Negeri) pula, Fasal 6 (c) memperuntukkan bahawa: tertakluk kepada Senarai Persekutuan, air (termasuk sungai dan terusan tetapi tidak termasuk bekalan dan perkhidmatan air); pengawalan kelodak dan hak riparia - adalah berada di bawah bidang kuasa negeri. Peruntukan yang berbelit-belit ini secara ringkasnya memberikan hak mengelola dan mengenakan bayaran pengurusan air kepada kerajaan negeri. Ia juga membenarkan pengelolaan ini untuk diserahkan kepada pihak ketiga yang ada perjanjian dengan kerajaan negeri (seperti Syabas).

Itulah kedudukan undang-undang di dalam negara sekular ini. Manakala di dalam Islam, Asy-Syari' (Allah Subhanahu wa Ta’ala) telah menetapkan bahawa air adalah termasuk dalam hak milik awam (milkiyyah al-'ammah), dan bukannya hak milik negara atau negeri. Hak milik awam atau harta benda awam (public properties) adalah suatu ‘aset’ yang mana Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memberikan pemilikan(ownership)nya kepada semua Muslim secara sama rata. Allah membenarkan setiap individu Muslim ‘memanfaatkannya’ (menggunakannya), tetapi setiap individu itu dilarang ‘memilikinya’. Di dalam Islam, aset (harta benda awam) ini dapat digolongkan kepada tiga kategori:-

(1) Keperluan awam (public utilities), yang mana masyarakat adalah bergantung kepadanya di dalam kehidupan;

(2) Aset atau sumber alam yang sifat (semula jadi) kejadiannya tidak membolehkan ia dimiliki oleh individu secara perseorangan (contohnya sungai, tasik, laut, terusan, jalan raya, tempat letak kereta awam, masjid, musolla, Mina, Arafah, Muzdalifah dan seumpamanya); dan

(3) Bahan galian atau mineral yang banyak atau berlebih-lebihan yang tidak putus (contohnya petroleum, gas, emas, bijih timah dan yang seumpamanya)

Semua aset di atas adalah hak milik awam (milkiyyah 'ammah) yang mesti dikongsi bersama oleh anggota masyarakat dan tidak boleh (haram) dimiliki oleh mana-mana individu, syarikat swasta mahupun negara, apatah lagi dimiliki untuk dikaut keuntungannya (sebagaimana berlaku sekarang). Oleh sebab keterbatasan ruang dan sebagai fokus perbincangan, kami hanya akan membincangkan aset kategori pertama sahaja. Kategori pertama adalah berupa suatu keperluan/kemudahan awam yang menjadi tempat bergantung masyarakat dan jika ia tidak ada, menyebabkan orang ramai bersengketa dalam usaha untuk mendapatkannya. Air adalah termasuk dalam kategori ini. Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam telah menjelaskan perkara ini dalam satu hadis berkenaan ‘sifat’ keperluan awam tersebut. Dari Ibnu Abbas r.a, bahawa Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda,

“Kaum Muslimin bersyarikat (berkongsi) dalam tiga perkara iaitu air, padang ragut dan api” [HR Abu Daud].

Anas r.a pula meriwayatkan hadis dari Ibnu Abbas r.a tersebut dengan tambahan,

“wa tsamanuhu haram” (“dan harganya adalah haram").

Ibnu Majah juga meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda,

“Tiga hal yang tidak akan pernah dilarang (dari manusia memanfaatkannya) adalah air, padang ragut dan api” [HR Ibnu Majah].

Air, padang ragut dan api (tenaga) adalah tiga perkara yang Rasulullah membenarkan semua orang berkongsi di dalamnya dan baginda melarang mana-mana orang menghalangi orang lain dari menggunakannya. Tidak ada seorang manusia pun boleh ‘mengindividukan’ atau menswastakan suatu aset yang mana Allah telah menyediakannya kepada awam.

Harus dibezakan di sini satu kedudukan di mana Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam membenarkan beberapa individu di Khaibar dan Taif memiliki telaga yang digali masing-masing untuk kegunaan mereka sendiri bagi meminum darinya, memberi minum kepada ternakan mereka dan juga mengairi tanaman mereka. Harus difahami bahawa telaga-telaga yang digali itu adalah kecil sahaja dan tidak terdapat ‘sifat’ keperluan awam padanya. Maksudnya, masyarakat Khaibar dan Taif tidak memerlukannya kerana keperluan air mereka sudah pun terpenuhi. Jadi, kedua-dua hadis tentang kedudukan hal ini tidaklah bercanggah antara satu sama lain. Kita cuma perlu memahami kedua-dua hadis dalam konteks yang benar yakni, apabila kedudukan air itu menjadi keperluan awam, maka ia adalah milkiyyah 'ammah dan dilarang dari dimiliki oleh mana-mana individu, tetapi jika kedudukan air itu tidak lagi diperlukan awam (telah ada sumber lain), maka ia boleh dimiliki oleh individu atas usahanya sendiri, seperti air perigi. Ukurannya di sini adalah, jika benda (air) itu tiada, masyarakat akan berusaha untuk mendapatkannya dan bersengketa kerananya.

Juga, dikecualikan dalam kes ini adalah sungai-sungai besar atau tasik-tasik yang luas. Di sini setiap orang boleh memasang apa jua alat di atasnya atau di tepinya di mana dengan alat ini, dia boleh mengambil air untuk kegunaan dirinya sendiri dan juga untuk memberi minum kepada orang lain dengan mengambil upah. Ini adalah kerana, dengan pengambilan air ini ia tidak menghalang siapa pun jua untuk mengambil air dari sungai atau tasik yang sama dan ia juga tidak menghalang orang lain dari memasang peralatan yang sama untuk melakukan perkara yang sama. Dengan kata lain, kewujudan dan sifat air itu sebagai hak milik umum tidak hilang. Adapun bagi sungai atau tasik yang kecil, kolam, danau atau sebagainya yang mana jika dibuat peralatan di atasnya akan menghalangi manusia lain sehingga menyebabkan hanya segelintir manusia sahaja yang dapat memanfaatkannya, maka dalam hal ini ia tidak boleh dimilik individukan; perbuatan seumpama ini adalah haram. Ini kerana ia telah menghilangkan sifat/karakteristik air di tempat tersebut sebagai hak milik umum.

Sehubungan dengan kedudukan air sebagai milkiyyah 'ammah, perlu juga difahami bahawa apa jua peralatan yang digunakan untuk membekalkan air tersebut kepada orang ramai, maka semua peralatan tersebut juga adalah milkiyyah 'ammah, seperti mesin pengepam atau generator yang digunakan, saluran paip, loji pembersih air berserta peralatannya, menara takungan air dan sebagainya. Semua perkara tersebut adalah secara automatiknya juga merupakan hak milik awam. Inilah kedudukan hukum berkenaan pemilikan air di dalam Islam. Berdasarkan nas, cukup jelas bahawa di sisi Islam, air merupakan hak milik umum yang tidak boleh dimonopoli oleh mana-mana pihak, termasuk pihak pemerintah. Sungguh malang nasib yang menimpa umat Islam hari ini apabila pemerintah tidak merujuk kepada hukum Allah di dalam pemerintahan mereka, sebaliknya mereka berhukum dengan sebuah perlembagaan yang dicipta oleh kafir penjajah. Air bukan sahaja menjadi milik kerajaan (pemerintah), malah ‘diperniagakan’ untuk dikaut keuntungannya habis-habisan. Hasilnya, rakyat yang sepatutnya menikmati kemudahan ini dengan percuma, menjadi tertindas dan dizalimi. Hak mereka dirompak, darah dan keringat mereka disedut oleh para pemerintah. Inilah natijah dari penerapan dan perlaksanaan sistem ekonomi Kapitalisme yang mana ‘keuntungan’ menjadi piawai dan ukuran untuk para penghisap darah ini terus hidup.

Strategi Pengurusan Air Dalam Negara

Setelah mengetahui hukum pemilikan air, persoalan seterusnya adalah bagaimanakah air ini boleh diurus dalam sesebuah negara. Menurut Syeikh Abdul Qadim Zallum di dalam kitabnya berjudul Al-Amwal Fi Daulah al-Khilafah (Sistem Kewangan dalam Negara Khilafah), terdapat tiga kaedah pengurusan hak milik umum yang boleh dijalankan oleh negara. Ini termasuklah isu pengurusan air. Oleh kerana air merupakan hak milik umum dan negara merupakan badan pentadbir (kiyan tanfizi), maka wajib bagi negara mengurus bekalan air, tanpa menghilangkan sifatnya sebagai hak milik umat. Antara kaedah pengurusan yang boleh digunakan adalah:-

(1) Negara mengusahakan sendiri pengurusan air dan membekalkannya kepada rakyat. Melalui kewangan negara, negara dapat memperoleh peralatan pemprosesan air sendiri seperti saluran paip, penapis air, menara takungan dan sebagainya bagi tujuan tersebut. Dan dengan alat-alat tersebut, dibentuk suatu usaha (jabatan pengendali) menjalankan proses perbekalan air sepenuhnya tanpa campur tangan dari luar. Negara boleh mengekalkan hak pemilikan ke atas alat-alat perusahaan tersebut atau memindahkan hak miliknya kepada pemilikan umum yakni di bawah akaun pemilikan umum di dalam Baitul Mal. Jika ini berlaku (pemindahan hak milik), maka kesemua peralatan tadi akan menjadi hak milik umum, namun pengendalian dan penyelenggaraannya tetap dilakukan oleh negara.

(2) Negara boleh menyewa peralatan pemprosesan air yang dinyatakan di atas dari mana-mana pihak yang memiliki harta tersebut serta mengendalikannya sendiri (oleh jabatan pengendali). Bayaran sewa (ujr) dibayar kepada pemilik peralatan tersebut melalui akaun negara di Baitul Mal atau menggunakan mana-mana masukan kewangan dalam akaun pemilikan umum kerana ia bersangkutan dengan kepentingan umum.

(3) Negara boleh menyerahkan urusan bekalan air kepada mana-mana individu atau firma (syarikat pengendali bekalan air) dengan syarat pemilikan ke atas air masih tetap milik umum, bukannya diserahkan atau dimonopoli oleh syarikat terbabit. Dengan kata lain, pihak yang telah diserahkan negara mengendali urusan bekalan air tadi hanya akan dibayar upahnya sahaja, bukan mendapat keuntungan dari pengeluaran bekalan air tadi. Kaedah ini menjadikan rakyat tidak dibebankan oleh kenaikan kos pengeluaran oleh syarikat air, kerana tugas mereka adalah untuk menguruskannya bukannya mengambil keuntungan dari penjualan barangan milik awam ini (air). Dalam suasana sekarang, sebenarnya akibat dari air yang diurus oleh pihak swastalah, harga air akan dinaikkan bila kos penyelenggaraan meningkat.

Apa pun yang negara lakukan, hukum syarak terhadap air ini adalah kekal, tidak berubah - iaitu ia adalah milik umum. Di dalam Islam, negara (pemerintah), sesuai dengan sifatnya sebagai pemelihara rakyat, hanyalah menjadi badan yang mengelola agar milkiyyah 'ammah ini sampai kepada rakyat dengan cara yang telah digariskan oleh Islam. Berbeza dengan keadaan sekarang di bawah sistem sekular di mana negara menjadi perampas hak rakyat. Walaupun pemerintah pada hakikatnya telah merompak hak rakyat, namun mereka bebas dari hukuman, kerana merekalah yang membuat peraturan yang membenarkan mereka mengaut segala kekayaan. Di dalam Islam, tidak timbul soal pembahagian kuasa yang berbelit-belit di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri sehingga hak rakyat di suatu kawasan/negeri ‘ditentukan’ oleh sebuah kerajaan tersendiri, manakala hak rakyat di kawasan/negeri lain, ditentukan pula oleh kerajaan lain. Rasulullah tidak pernah menunjukkan kepada kita perkara ini. Hak rakyat di dalam Daulah Islam, di mana jua pun mereka tinggal adalah sama di sisi syarak kerana hukum Allah itu sama sahaja bagi semua kaum Muslimin, tanpa mengira kawasan. Rasulullah mengajar kepada kita bahawa pemerintahan dalam Daulah Islam adalah bersifat kesatuan, bukannya bersifat Federasi sebagaimana yang diajar oleh Lord Reid.

‘Kuasa pemilikan’ ke atas air yang ada pada kerajaan negeri sekarang adalah salah menurut syarak. Hakikatnya, dengan kuasa inilah, rakyat telah dirampas hak mereka oleh pemerintah sejak 50 tahun lepas. Pengurusan bekalan air dan mekanisme harga air diserahkan oleh pemerintah kepada syarikat persendirian (swasta) yang menjadikan harga (tarif) air yang dikenakan ke atas rakyat adalah tergantung kepada syarikat terbabit. Kerananya, jika syarikat tersebut menghendaki keuntungan yang besar, maka dinaikkan tarif air sehingga memenuhi jumlah keuntungan yang telah disasarkan. Air yang menjadi hak milik umum dijadikan satu ‘bahan’ untuk mengaut keuntungan oleh syarikat-syarikat Kapitalis dengan restu kerajaan yang memerintah. Inilah yang sebenarnya menjadi akar permasalahan – kerana penerapan sistem Kapitalis. Kapitalisme merupakan sebuah sistem kufur lagi keji yang menyajikan peluang kekayaan yang melimpah ruah kepada pemerintah dan para pemilik modal (Kapitalis) yang menjadi kroni mereka untuk menghisap darah rakyat dan menyedut segala kekayaan yang ada dalam negara. Kejahilan, keegoan dan ‘pertimbangan manfaat’ yang ada pada pemerintah menyebabkan mereka tetap kekal berhukum dengan hukum Jahiliyyah moden ini, dengan membelakangkan hukum Islam yang sempurna. Padahal, Islam telah menyajikan suatu sistem ekonomi yang cukup sempurna dan tidak mengandungi cacat cela sedikit pun, namun oleh pemerintah yang hati-hatinya tertutup, undang-undang kufur juga yang menjadi pilihan.

Justeru, sekalipun usaha membekalkan air secara percuma pada kadar 20 meter padu dilihat oleh ramai pihak sebagai usaha yang baik, namun pada hakikatnya ia masih dalam koridor sistem Kapitalis. Walaupun ada yang berhujah bahawa keadaan ini jauh ‘lebih baik’ dari keadaan sebelumnya, namun sebagai Muslim, kita wajib memahami bahawa, ukuran ‘baik dan buruk’ itu adalah di tangan Allah, bukan pada akal kita. Sesuatu itu hanya dikatakan baik apabila ia bertepatan dengan hukum Allah, dan sesuatu itu adalah buruk apabila menyalahi ketentuan Allah. Akal kita mungkin menyatakan bahawa orang yang berusaha untuk berpuasa separuh hari itu lebih baik dari orang yang langsung tidak berpuasa, namun hukum Allah menyatakan bahawa kedua-duanya adalah buruk. Hanya orang yang berpuasa penuh hingga ke maghrib, itulah yang baik. Begitu jugalah di dalam kes air percuma ini. Ia adalah baik apabila keseluruhan air itu diberikan secara percuma kepada rakyat, bukannya hanya sekadar 20 meter padu pertama. Oleh yang demikian, kita menyeru agar pemimpin-pemimpin Muslim yang ada untuk berhukum dengan hukum Allah secara sepenuhnya, tanpa sebarang sekat batasnya. Hukum Allah adalah hukum yang terbaik untuk kita dan ia adalah hukum yang terbaik untuk seluruh manusia. Dan demi sesungguhnya, hukum Allahlah satu-satunya hukum yang wajib bagi kita.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Wahai pemimpin kaum Muslimin! Masalah politik air yang melanda ini hanyalah simptom dari kerosakan sistem ekonomi yang mencengkam hidup kita semua. Selama mana kalian tidak kembali kepada hukum Allah secara kaffah, maka selama itulah kalian sebenarnya masih terperangkap dengan jerat kufur Barat. Kalian sebenarnya masih terperangkap dan terbelenggu dengan Ideologi Kapitalisme yang penuh dengan penindasan dan kekejaman. Ideologi ini sesungguhnya adalah sebuah ideologi kufur yang sedang menuju kehancuran, namun kalian masih berpaut padanya. Sepatutnya kalian menyedari hakikat ini dan melepaskan ikatan kalian darinya. Kalian sepatutnya berpegang kepada ideologi Islam. Kalian sepatutnya sedar bahawa kalian tidak hidup di bawah naungan syari’ah. Inilah yang menjadi punca kepada segala malapetaka yang ada. Allah Azza wa Jalla telah memberikan kepada sebahagian dari kalian akan kekuasaan, maka apakah kalian melupakan Allah sesudah itu? Apakah dengan kekuasaan yang ada, kalian masih ingin memberi alasan kerana tidak menerapkan hukumNya? Apa jua alasan yang kalian berikan untuk tidak menerapkan hukum Allah, kalian sesungguhnya telah menambahkan kegembiraan kepada orang-orang kafir dan kalian juga sesungguhnya telah memperpanjangkan umur kebatilan. Fikirkanlah sama ada alasan yang kalian berikan di dunia pada hari ini dapat menyelamatkan kalian dari azab Allah di akhirat kelak? Kenapa kebatilan yang kalian kekalkan, walhal kuasa ada di tangan kalian untuk merubahnya? ALLAHU AKBAR!

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails