SELAMAT DATANG

Khamis, 14 Januari 2010

kalau Dah Kenal Pasti...Awat Tak tangkap Saja..

PDRM Kena Kencing Dengan Budak..

Jika polis boleh ‘dipermain’ oleh seorang pelajar berumur 19 tahun, sudah tentu Umno lebih dahsyat lagi menipu dan memperalatkan polis untuk kepentingan politik yang tersepit, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mengulas tindakan polis menahan seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang menulis dalam Facebook kononnya dia membakar gereja dan kemudian melepaskannya kerana pelajar itu mengaku beliau hanya "main-main", beliau bimbang "kes pembakaran gereja akan jadi macam kes enjin jet hilang".

"Setahun empat bulan polis ambil masa untuk siasat baru dapat tangkap dan dakwa. Itu pun sarjan dengan prebet sahaja. Yang di atas terlepas, yang lagi atas hilang terbang bersama enjin jet," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mempersoalkan kenyataaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pihak polis yang mendakwa mereka sudah mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian pengeboman dan pembakaran gereja yang berulang-ulang sejak Jumaat lalu.

"Bila saya membuat kenyataan mempersoalkan kenyataan mereka yang sangat meragukan dengan penghujahan mudah di mana saya berkata, kalau dah kenal pasti apa yang susah sangat hendak membuat tangkapan, mereka mendakwa pula bahawa mereka perlu mendapat maklumat yang tepat dan terperinci sebelum membuat sabarang tangkapan kononnya untuk mengelak ada yang mempersoalkan tindakan penangkapan.

"Tiba-tiba dilaporkan seorang (pelajar kolej) telah ditahan polis selepas dia mengaku dalam (laman) Facebooknya bahawa dia melakukan pembakaran gereja. Dia kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas menyatakan dia sengaja buat pengakuan main-main," katanya.

Mahfuz mempersoalkan bagaimana polis boleh bertindak dan menangkap pelajar itu tanpa penelitian yang rapi terlebih dahulu sedangkan suspek yang sudah dikenal pasti polis belum ditangkap dengan alasan tidak mahu penangkapan dipersoalkan.

"Mana ada orang yang bakar lepas itu dia bagi tahu pada polis dia yang bakar. Tak masuk akal langsung. Setahu saya mana ada orang nak mengaku kata dia yang bakar. Bawa pertuduhan ke mahkamah pun dia tak mengaku," katanya.

Beliau berkata, tindakan polis yang "sekejap (menyatakan) kena siasat dan teliti dahulu, sekejap terus tangkap" menyebabkan orang ramai mempersoalkan kebijaksanaan polis.

Mahfuz menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai "nasib rakyat Malaysia bila keadilan, ketenteraman dan keamanan diperdagangkan oleh pedagang-pedagang politik Umno.-hrkh


TIDAK MUNGKIN PAS BERCINABUTA DENGAN UMNO

Dari Kacamata: HALIK ZAMAN

FENOMENA parti-parti politik di bawah naungan Barisan Nasional sudah tidak berfungsi lagi akhir-akhir ini. Parti-parti komponen BN senantiasa dilanda malapetaka, gelora yang tidak berkesudahan. Apakah ini sebagai petanda segala agenda kemusnahan yang mereka lakukan kepada PKR?

MCA jika dilihat pada ketika ini sedang terumbang-ambing dengan krisis kepimpinan peringkat tertinggi. Siapa dalangnya? Apa motifnya? Presidennya seperti seorang Presiden tanpa restu ahli-ahli berdaftar. Apa dah jadi?

MIC, Presidennya Samy Vellu bukan lagi favourite Dato Seri Najib kerana PRU 2008 tidak membawa untung kepada UMNO. Samy sendiri kalah di kawasan yang sekian lama ditaklukinya. Mungkin rakyat Sungai Siput sudah bosan menunggu Samy yang tidak pernah membawa apa-apa kemajuan di kawasan mereka.

Gerakan pula hidup segan mati tak mahu. Presidennya, Koh Tsu Koon begitu beria-ia bahawa Gerakan masih lagi diminati oleh rakyat Pulau Pinang. Hakikatnya? Beliau sendiri kecundang di tangan Pakatan Rakyat. Tan Sri, bagus dibubarkan sahaja, sertai DAP atau PKR. Habis cerita.

By hook or by crook para pemimpin UMNO mahu kembali 'bermain cinta' dengan PAS dalam sebuah rumah fantasi dijanjikan diberi nama ‘perpaduan'. Lamaran demi lamaran dibuat oleh para pemimpin UMNO namun PAS tetap menolak kerana UMNO sudah menjatuhkan ‘Talak 3’ kepada PAS semasa PAS bersama UMNO dalam Barisan Nasional suatu ketika dulu.

Harapan dan pelbagai janji-janji manis dihamburkan kepada PAS supaya PAS akur untuk 'rujuk' kembali ke pangkuan BN. Tapi PAS malas ‘bercinabuta’. Mengapa semua kepimpinan UMNO begitu mengharapkan ‘kepulangan’ PAS kedalam Barisan Nasional? Jawabnya cukup senang, UMNO sudah hampir karam dan mereka perlukan bahtera PAS untuk terus hidup.

UMNO di Semenanjung dalam keadaan lemas, rapuh, layu, cacat dan cedera di mata pengundi Semenanjung. Sangat sukar untuk menjadi juara rakyat, kerana barisan para pemimpin UMNO rata-rata sudah ditolak oleh rakyat. Buktinya pilihanraya kecil di Semenanjung, tidak ada satu kerusi Pakatan Rakyat pun yang mampu dikalahkan oleh UMNO. Ini bererti para pemimpin UMNO sudah tidak berpengaruh lagi di hati rakyat.

Itulah sebab-sebab utama mengapa UMNO takut untuk menghadapi pilihanraya kecil di Kota Seputih Kedah lagi. Itulah makanya kerusi Kota Siputeh yang sepatutnya di jalankan pilihanraya kecil, diperlengahkan kerana mereka sudah tidak mampu kehilangan 'kerusi' lagi. Mereka sudah trauma dengan pengakhiran kepada setiap pilihanraya kecil. Bukti sudah di depan mata. Jadi bila ada dua kerusi yang mereka dapat pertahankan, itulah yang menjadi modal mereka untuk dicanangkan ke sana-sini.

Jangan cakaplah bagaimana mereka 'merampas’ Perak dengan taktik yang amat kotor. Kalau mereka terlalu kuat dan rakyat sudah kembali menyokong UMNO, mengapa TAKUT untuk membubarkan Kerajaan Perak dan adakan semula pilihanraya di Perak ? Biarkan rakyat tentukan siapa yang mereka mahu sebagai pemimpin mereka. Tapi yang nyatanya UMNO memang penakut!

Patutkah ahli-ahli UMNO Sabah mahu lagi berpaut di dahan yang rapuh? Patutkah ahli ahli UMNO di Sabah bersandar di pokok yang akar tunjangnya sudah dimakan ulat Altantuya? Jangan percaya propaganda para pemimpin UMNO yang mengatakan bahawa UMNO lah tempat orang orang Bumiputera Islam Sabah berlindung dan bergantung. Di Indonesia tidak ada Parti UMNO pun orang orang Islam Indonesia tetap bersatu dan terpelihara juga oleh Kerajaan Indonesia.

Rakyat Sabah sendiri mesti mahu fikirlah, kos persekolahan anak-anak di sekolah sudah meningkat tinggi. Kos hidup rakyat melambung tinggi, harga minyak petrol kalau dibandingkan dengan harga petrol di Negara Brunei, jauh bezanya dari Sabah, padahal Sabah lah yang paling banyak minyak petrol untuk belanja pembangunan 1Malaysia Najib. Tapi rakyat Sabah yang punya begitu banyak minyak petrol, rakyatnya pula miskin papakedana.

Rakyat Sabah harus bangkit dari tidur lena. Jangan kerana RM50-100 yang di agihkan semasa pilihanraya, terus lupa segala derita dan sengsara yang dialaminya sebelum ini. Beringatlah untuk jangka masa yang panjang. Mungkin kah PRU13 rakyat Sabah mahu tukar baju?

TOK GURU TAK KESEORANGAN, KAMI BERSAMAMU

Jangan biarkan Tok Guru berseorangan

http://bongkarsauh.blogspot.com/

Kalau perasaan gembira boleh dilahirkan dengan melompat, saya akan melompat setinggi-tingginya untuk melahirkan perasaan itu.

Kegembiraan itu bertambah-tambah lagi apabila tindakan ini dibuat oleh seorang yang berjubah dan berserban dan pernah dilabel dengan pelbagai label negatif oleh saingan politiknya.

Sosok ini pernah berulang-ulang kali berkata, manusia berasal dari sumber yang satu biar pun berlainan agama. Bangsa dan bahasa pula dipengaruhi oleh faktor geografi dan sosial. Bahasa dan bangsa apa pun, semuanya tetap bersumberkan Tuhan semesta alam.

Makan tengahari ini bukan makan tengahari biasa, tetapi ‘makan tengahari dakwah’. Makan sambil berbual mengenai kepentinan manusiawi yang melangkaui segenap sempadan. Beruntung mereka yang dapat makan tengahari dengan sosok berjiwa besar itu.

Saya yakin Umno amat tidak senang dengan langkah ini. Dari segi politiknya, langkah ini mengukuhkan keyakinan non-Muslim terhadap keupayaan PAS untuk mengganti Umno dan PR mengganti BN.

Inilah senjata Umno semenjak sekian lama, menajamkan rasa ngilu antara PAS dan non-Muslim. Sampai ke suatu tahap PAS tidak bersedia tidak meletakkan calonnya di kawasan majoriti non-Muslim dengan keyakinan ‘pasti kalah’.

Namun itu semua kini sudah menjadi kenangan.

Pemimpin Umno memang berdosa kerana membina tembok pemisah antara non-Muslim dengan Islam. Tembok itu diukir dengan slogan-slogan yang menakutkan mereka.

Jangan undi PAS, itu parti Islam. Kalau parti itu menang dia akan buat hudud. Hudud maknanya potong semua, atas dan bawah. Lupakah Umno dengan kerja-kerja hodoh mereka ini?

Provokasi mereka, suatu ketika bukan sekadar menakutkan non-Muslim bahkan Muslim sendiri terhadap Islam dan PAS.

Ya, selama lebih 50 tahun, orang bukan Islam tidak melihat Islam sebagai rahmat untuk mereka. Mereka ‘sinis’ dengan masjid, ‘elergi’ dengan al-Quran dan ‘silau’ dengan Islam. Adakah pemimpin Umno lupa dengan ungkapan, “Kalau nak makan sup tangan, pergilah Kelantan?”

Betullah kata Tok Guru Nik Aziz semasa berucap menutup taklimat isu semasa di MBSA baru-baru ini. “Umno buat kerja mudah, kerja yang dirintis jalannya oleh Inggeris. PAS buat kerja sukar, kerja menyanggah jalan itu.”

Apa yang dapat difahami, kerja menampilkan Islam sebagai rahmat untuk semua bukannya mudah. Islam ‘diekslusifkan’ sehingga bukan sahaja non-Muslim tidak faham Islam, bahkan sebahagian orang Islam juga.

Kononnya mereka buat itu semua kerana sayangkan Islam, hakikatnya memburukkan Islam.

Terima kasih Tok Guru Nik Aziz. Cuma satu harapan saya, jangan biarkan Tok Guru berseorangan dalam usaha ini.



Hebatnya PAS


Umno gagal, PAS lulus


Selena Tay

Saya telah menjadi seorang pemerhati politik sejak tahun 1985 lagi. Pada masa itu sehinggalah tahun 2008 sebagai ahli sebuah keluarga Cina yang menetap di Kuala Lumpur, saya mempunyai satu pendapat sahaja berkenaan dengan PAS iaitu PAS ialah sebuah parti yang agak fanatik.

Walaupun ahli-ahli keluarga saya telah mengundi parti DAP sejak tahun 1990 lagi, apabila DAP berkerjasama dengan PAS pada tahun 1999 dalam Barisan Alternatif, kami telah mengundi Barisan Nasional (BN).

Semua ahli-ahli keluarga saya termasuk saudara-mara dan juga rakan-rakan Cina saya yang lain amat menggeruni PAS sebab pada masa itu kami berpendapat bahawa PAS ialah parti yang amat merbahaya sebab PAS tidak peduli dengan kaum lain dan mempunyai fikiran yang sempit.

Tetapi semua itu telah berubah pada Pilihanraya Umum tahun 2008 oleh kerana kami sudah muak dengan gejala rasuah dalam BN dan oleh itu walaupun DAP bekerjasama dengan PAS dan PKR, kami telah mengundi DAP.

Selepas Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak, kami mendengar berita bahawa beliau amat rajin dan berusaha membantu semua kaum dan golongan masyarakat yang miskin tanpa mengira bangsa dan ugama. Beliau juga seorang yang telus, ikhlas dan berwibawa. Ini serba sedikit telah mengubah fikiran kami terhadap PAS.

Tetapi pada Februari 2009, apabila BN merampas kuasa di Perak, kami telah 100% menyokong PAS sebab kami telah melihat dengan amat jelas bahawa yang fanatik dan yang gilakan kuasa ialah BN.

Dan pada Januari tahun ini pula, sekali lagi BN telah menunjukkan belangnya. Kali ini melibatkan soal ugama pula dimana 2 sepupu orang kuat UMNO telah membuat kenyataan bahawa mereka tidak boleh menghalang orang Islam yang hendak mengadakan protes tentang keputusan mahkamah membenarkan akhbar Katolik Herald menggunakan perkataan Allah dalam seksyen Bahasa Malaysianya.

Manakala pemimpin-pemimpin PAS pula seperti Tuan Guru Nik Aziz, Salahuddin Ayub, Khalid Samad dan Dr. Dzulkefly Ahmad telah mengutuk dengan sekeras-kerasnya pembakaran gereja Metro Tabernacle dan serangan keatas gereja-gereja yang lain. Selepas ini, 2 sepupu dari UMNO ini cuba pula buat ‘damage control’. Tetapi saya yakin orangramai tidak lagi mempercayai dengan lakonan sandiwara mereka yang bodoh itu.

Akhirkata, sebagai seorang yang berugama Katolik saya ingin juga menyatakan bahawa saya rasa amat terharu dengan sokongan yang diberi oleh PAS dalam hal ini. Masa telah tiba. Saya menggesa rakyat untuk membuka mata mereka. Bukan sahaja PAS For All tetapi PAS All The Way.

14hb Jan 2010



Tu Dia MB Kedah Hangpa Nak Tau....Tak besogha tak pa

MB Kedah selar kerajaan Pusat

Ali Hashim
ALOR SETAR, 14 Jan: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menyelar tindakan Kerajaan Pusat yang bersikap tidak adil dalam pengagihan peruntukan kepada Ahli Parlimen terutamanya kepada wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat (PR).
Menurut beliau lagi tindakan Kerajaan Pusat menyalurkan peruntukan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan(JPP), tanpa memberikannya terus kepada Ahli Parlimen PR membuktikan bahawa mereka seolah-olah menafikan hak rakyat yang telah memberi mandat dan sokongan serta kepercayaan kepada Ahli Parlimen PR untuk menjadi wakil mereka.

"Demi untuk kebaikan rakyat maka Kerajaan Pusat sepatutnya menyalurkan peruntukan tersebut secara terus kepada jabatan di peringkat negeri. Ini akan memberikan kesan yang lebih baik kepada rayat apabila jabatan yang menerimanya di peringkat negeri mempunyai maklumat terperinci mengenai keperluan sebenar rakyat dalam daerah-daerah tertentu," kata Azizan.

Kata Azizan, sepatutnya Kerajaan Pusat tidak mengamalkan sikap prasangka dan mengenepikan kepentingan rakyat hanya kerana ideologi politik yang berbeza.

Sebagai sebuah Kerajaan yang memerintah Pusat maka mereka harus lebih telus dan memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat dengan mengenepikan fahaman politik yang berbeza ini, katanya.

Menurutnya, ini bukanlah satu masalah baru.

Perkara ini telah sekian lama dibangkitkan oleh ahli Parlimen PR tetapi ia tidak mendapat perhatian daripada Kerajaan Pusat walaupun telah diuar-uarkan supaya mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat terlebih dahulu daripada kepentingan lain walalupun berlainan fahaman politik, katanya lagi.




SURAT TERBUKA UNTUK YAB TUAN GURU MENTERI BESAR KELANTAN.

Oleh Cilipadi007, cilipadi007@gmail.com (10 Januari 2010)

Firman Allah bermaksud “ Dijadikan kepada manusia perhiasan, cintakan nafsu syahwat daripada perempuan2 dan anak-anak….hingga akhir ayat “

Bersyukur ke Hadrat Allah swt kerana Rakyat Kelantan dikurniakan seorang Pemimpin yang beriman sebagai Mursyidul Am dan Menteri Besar untuk memimpin kami ke jalan yang diredhai dunia dan akhirat.Alhamdulillah berkat usaha dakwah TGNA selama ini kami yakin bahawa Islam itu selayaknya memerintah Dunia agar kita semua tidak alpa dalam kesesatan.

Sebagai manusia sudah tentunya kita tidak dapat lari dari kesalahan dan kesilapan.Justeru TGNA mengajar kami agar sentiasa bermuhasabah dengan apa yang kita lakukan setiap hari supaya rahmat Allah sentiasa melingkungi kehidupan kita seharian.

TGNA yang dirahmati Allah,

TGNA mengajar kita tentang beberapa kisah zaman Nabi terdahulu untuk renungan bersama agar kita dapat mengambil pengajaran yang baik sebagai bekal ke akhirat.Jauhilah apa yang telah diuji terhadap Syeikh Barshisha dan Syeikh Bal Am yang tewas dengan pujuk rayu syaitan laknatullah.Kerana kasih sayang berlebihan terhadap anak isteri menyebabkan syaitan punyai ruang untuk menyesatkan hamba Allah yang tidak tertanding amalannya seperti kedua-dua Syeikh di atas.

Saya mohon maaf dunia akhirat andainya tutur kata ini mengguris hati TGNA. Biar apapun anggapan TGNA terhadap saya,sebagai rakyat kecil saya rasa terpanggil untuk menyuarakan apa yang terbuku di hati rakyat Kelantan.Biarpun begitu saya prinsip wala’ kepada pemimpin tetap menjadi pegangan saya.Andai Sayyidina Ali menerima teguran seorang kanak-kanak,apa salahnya saya sebagai rakyat Kelantan menegur untuk kebaikan.”BERILAH PERINGATAN,SESUNGGUHNYA PERINGATAN ITU MEMBERI MENAFAAT KEPADA ORANG YANG BERIMAN”

TGNA yang dikasihi Allah,

Merenung sejenak saat-saat manis PAS Berjaya memerintah Negeri Kelantan pada tahun 1990,sungguh manis kejayaan yang dicapai pejuang agama setelah berjuang penuh onak duri.Bersama kemenangan kita semua menerima ujian pertama pada tahun 1993 iaitu berkenaan pampasan Empangan Pergau. Setelah beberapa kali rundingan,Kerajaan Pusat masih mendera PAS Kelantan,pelbagai alas an untuk melengah-lengahkan pembayaran,nilai yang semakin mengecil dll.

TGNA menyeru rakyat Kelantan untuk solat hajat beramai-ramai di Kem Kijang PCB.Kami membulatkan hati menyokong usaha itu dan ribuan rakyat Kelantan bermunajat memohon pertolongan Allah…Alhamdulillah Kerajaan Pusat segera membayar lebih dari yang diminta oleh TGNA.Bila rakyat dizalimi,Percayalah “PERTOLONGAN DARI ALLAH ITU DEKAT DAN BERGEMBIRALAH ORANG-ORANG YANG BERIMAN “.

Selang beberapa purnama,ujian Allah dating lagi kepada rakyat Kelantan.Isu Kelantan Water menindas rakyat pula mengambil giliran untuk memusnahkan Kerajaan Islam Kelantan.TGNA dan pimpinan membuat ‘road-show’ memberi penerangan untuk mendapatkan sokongan rakyat.Alhamdulillah rakyat Kelantan member sokongan sepenuh hati dengan rela rebah bangun bersama TGNA. Kerana kejujuran TGNA maka kerajaan Kelantan Berjaya menyelesaikan masalah Kelantan Water untuk keuntungan jangka panjang rakyat Kelantan.

Tahun 1996 Kerajaan Pas Kelantan bergolak kerana isu Parti S46.Jalan penyelesaian agak kritikal kerana Ku Li Berjaya mengheret institusi istana bersamanya.TGNA berdepan masalah besar bila hubungannya dengan istana nampak dingin.

Dalam satu ceramah TGNA berkata “ Ambo tak leh nak ok ( sabar ) dah bila orang dok meniti atas serban kita, ambo pun baka raja jugak…raja jembal”…Allahuakbar ! Allahuakbar! Allahuakbar ! Bertakbir rakyat Kelantan ke hadrat Allah tanda member sokongan padu kepada TGNA.Alhamdulillah hati pihak istana menjadi sejuk dan TGNA diterima seperti biasa oleh istana yang pernah berjaya bila berkonfrantasi dengan MB BN ( Tan Sri Mohamad Yaacob ).

TGNA yang disayangi Allah,

Kem Kijang, Padang Perdana dan Stadium Sultan Mohammad menjadi saksi sujudnya rakyat Kelantan bermunajat memohon pertolongan Allah atas kezaliman oleh musuh.Adakalanya diimamkan oleh Hj Abdullah Lubok Tapah,Haji Hashim Pasir Tumboh dan TGNA sendiri. Bersatunya rakyat Kelantan bila diseru oleh TGNA untuk bermunajat biar susahnya untuk bangun pukul 4.00 pagi,datang dari seluruh pelusuk negeri Kelantan tanpa sebarang ganjaran untuk mempertahankan TGNA.

Bila keputusan PRU11 diumumkan,kami berdebar kerana kita membentuk kerajaan dengan majoriti mudah,segala kemenangan besar sebelum ini telah lenyap sekelip mata.Heboh 1 Kelantan dengan cerita pihak lawan cuba merasuah wakil rakyat kita untuk berpaling tadah.

Dalam kekusutan yang pedih TGNA menyeru rakyat Kelantan bermunajat di Padang Perdana mohon Allah pelihara Kerajaan Islam Kelantan biarpun berbekal 1 kerusi setelah kekalahan Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir tahun 2005.Allah makbulkan doa kita semua dan Kerajaan Islam Kelantan kekal sehingga PRU12 tahun 2008.

Malam sebelum PRU 12 tahun 2008 sekali lagi TGNA menyeru rakyat bermunajat dan kali ini di stadium Sultan Muhamad yang menyaksikan puluhan ribu rakyat yang cintakan Islam hadir.Hujan renyai-renyai mengiringi tangisan TGNA yang penuh syahdu didengari oleh malaikat dilangit.Alhamdulillah pertolongan dari Allah memberi kita kemenangan yang terlalu besar dan jauh dari jangkaan pihak musuh.

TGNA yang diberkati Allah,

Kami terkedu bila mendengar berita TGNA diserang sakit jantung dan mendapat rawatan di Hospital Pakar Perdana.Rakyat Kelantan menjadi tak keruan mengenang kesakitan pemimpin tercinta.Berduyun-duyun rakyat berkumpul di Pakar Perdana untuk mendapat pengesahan penyakit TGNA.Tika itu saya memohon ke hadrat Allah agar jangan diambil nyawa TGNA,ambillah nyawaku sebagai ganti agar TGNA dapat hidup untuk meneruskan kerja-kerja dakwah.Kehidupanku tidak member faedah kepada manusia lain sedangkan TGNA hidup untuk menyinari masyarakat umum.Syukur TGNA dipanjangkan umur dan sihat seperti sekarang.

TGNA yang bijaksana,

Kebelakangan ini tersebar pelbagai cerita yang kurang elok tentang pentadbiran kerajaan Islam Kelantan.Kurniaan Allah memberi kemenangan besar PRU12 nyata satu ujian besar untuk melekakan pimpinan.Sesungguhnya telah berlaku beberapa perubahan yang nyata tidak direstui rakyat Kelantan

Kami yakin dan percaya bahawa TGNA akan membuat satu keputusan yang penuh bijaksana demi rakyat dan PAS yang disayangi.Pertembungan nilai kasih sayang antara keluarga dan rakyat adalah satu dilema yang berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.Alhamdulillah berbekal kejujuran,keikhlasan dan semangat sayangkan jemaah yang jitu memberi kekuatan kepada TGNA membuat “executive decision “.Percayalah apa jua keputusan TGNA adalah demi rakyat dan parti yang memberi sokongan kepada beliau selama ini.

Dengan penuh tanggungjawab TGNA mengumumkan perletakan jawatan Abd Ariffahmi Abd Rahman sebagai CEO PMBK.Sungguh pilu dan sedih melihat keberatan TGNA membuat keputusan itu tetapi demi kebaikan rakyat dan PAS terpaksa TGNA lakukan.Nyata kepentingan rakyat mendahului keluarga tetap menjadi pegangan TGNA.Jiwa besar TGNA tiada pada mana-mana pemimpin lain di Negara ini.

TGNA yang mulia,

Kalau diamati masalah PMBK bukanlah baru dalam diari kehidupan TGNA.Sudah beberapa kali TGNA membuat keputusan dengan hiba dan berat hati sepanjang 19 tahun menerajui Kelantan.Mungkin kisah Sayyidina Umar menukar Khalid Alwalid sebagai panglima perang menjadi contoh kepada TGNA.Prinsip rakyat didahulukan telah lama diamalkan oleh TGNA secara terang @ sulit untuk menjadi ikutan masyarakat umum.Lihatlah contoh di bawah untuk menilai sejauh mana pengorbanan TGNA membuat “executive decision “ :

1 ) TGNA menukar sahabat baik sendiri YB Ust Abd Halim Abd Rahman dari DUN Kijang ke Parlimen Pengkalan Chepa setelah timbul spekulasi terhadap Ust Halim.Dengan penuh hiba TGNA umumkan di Padang Perdana pertukaran tersebut untuk menenangkan situasi PAS yang sedikit bergolak dengan tingkahlaku Ust Halim.Kemudian TGNA juga tidak melantik Ust Halim menganggotai Dewan Harian PAS

2 ) TGNA menukar besannya sendiri Abd Fatah Haron dari DUN ke Parlimen kemudian balik ke DUN untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu besannya sendiri.Sikap malu alah kepada besan terpaksa ditukar kepada perasaan hormat demi menjaga kepentingan rakyat

3 ) TGNA juga tidak melantik anak didiknya suatu masa dahulu iaitu YB Wan Ismail Wan Jusoh menganggotai Dewan Harian PAS juga kerana kritikan rakyat terhadap YB tersebut.

TGNA yang disayangi,

Dewasa ini kita dapati terlalu banyak isu berbangkit yang tidak diselesaikan oleh Kerajaan Islam Kelantan secara berhemat.Sesetengahnya dibiarkan berlarutan seolah-olah tiada kesungguhan oleh pimpinan untuk meredakan keadaan.Mentaliti rakyat Kelantan sudah berubah mengikut peredaran zaman.Tuntutan kearah pentadbiran yang telus dan terbuka seiring dengan slogan “PAS For ALL”,rakyat mahukan pemerintahan yang hampir sempurna bukan lagi sekadar retorik semata-mata.Perubahan mentaliti pembangkang kearah kerajaan yang berkonsepkan “Negara berkebajikan”.

Fakta sejarah mencatatkan bahawa perebutan mentadbir harta menyebabkan perbalahan besar di kalangan penganut Kristian pada era kegelapan.Kerana hartalah wujudnya mazhab Protestan,Katholik dll di England.Banyak pertumpahan darah berlaku di kalangan agamawan,lantas dipisahkan menjadi Negara Republik Ireland sebagai langkah penyelesaian.Pemisahan antara agama dan politik juga dilihat sebagai langkah terakhir untuk meredakan keadaan.

TGNA yang budiman,

Rakyat sedikit tersentuh bila Maahad Darul Anuar ( MADA ) menjadi sekolah agama swasta.Tindakan ini menjadi garis pemisah antara rakyat marhaen dengan golongan bangsawan.Faktor kewangan menjauhkan integrasi antara rakyat terbanyak.Sudah berlaku sedikit pemisahan dalam mencari ilmu sedangkan ianya tuntutan untuk semua tanpa batasan.

Yayasan Nikmatullah cuba berdikari seadanya namun tidak dapat lari dari mencari sumber kewangan sendiri.Tindakan Yayasan mencari dermawan untuk terus utuh dipuji namun tidak boleh lari dari realiti masyarakat.Mengikut sumber terdekat,setiap derma yang dikutip akan ditolak komisyen yang berlebihan kepada pemungut derma,satu jumlah yang besar dan tidak munasabah atas prinsip perjuangan.Harap TGNA siasat perkara ini untuk membetulkan konsep “infaq fi sabi lillah”.

TGNA yang dirahmati,

“Mereka yang lemah disisi kamu menjadi kuat disisiku,sesiapa yang kuat disisi kamu maka lemah disisiku”,ucapan tersohor Sayyidina Umar Ibn Khattab.Indahnya jika ungkapan tersebut dipraktikkan secara total di dalam pemerintahan TGNA.Realitinya,banyak isu melingkar,berbelit dan tidak terungkai sekian lama.Makin hari makin bertambah dengan isu-isu baru,perlukan komitmen yang tinggi serta ikhlas untuk menyelesaikannya.

Isu-isu besar dan kecil silih berganti.Boros,penting diri dan memihak kepada kapitalis ( pemodal ) adalah masalah yang wujud di kebanyakan PBT di Kelantan.Kebanyakkan tanah milik PBT dipecah lot,buat bangunan kemudian dijual tanpa mengira kepentingan jangka panjang.Bayangkan pada tahun 2025,tanah strategik di Bandar bukan lagi milik PBT kerana sudah dibeli oleh individu.Jangkamasa pendek menunjukkan setiap PBT mencatat keuntungan tapi hakikatnya hasil tersebut dari penjualan asset.

Kebanyakkan keputusan dibuat oleh Ahli-Ahli Majlis PBT kerana kepentingan peribadi tanpa mengira impak kepada rakyat.Program lawatan ke luar Negara juga seolah-olah menjadi acara tahunan dalam kalendar PBT.membelanjakan sesuka hati duit PBT sedangkan hasil dari lawatan tersebut masih tidak berkesan.Pemantauan terhadap kewangan PBT perlu dilakukan segera,jangan biarkan golongan ini menjadi kebal dari apa jua tindakan.

Nasib rakyat tidak terbela,cukai sentiasa naik setiap tahun dengan kewujudan pelbagai kutipan untuk memerah cukai dari rakyat.Bagaimana dengan nasib peniaga kecil dan warga Bandar?Siapakah yang diharap untuk membela golongan mustadafin?

TGNA yang dihormati,

“DEMI MASA! SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN”.Kenapa perlukan tempoh 3 bulan untuk meletakkan jawatan sebagai CEO PMBK? Alasan yang dangkal tidak akan diterima oleh masyarakat yang waras berfikir.Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih.Sepatutnya disegerakan letak jawatan untuk mengelakkan lebih banyak kerugian harta rakyat.

Bukan remeh soal CEO PMBK? Isu yang menarik khalayak seluruh Negara ditangani dengan sebelah mata.Ingatlah! Bukan senang untuk PAS bertahan 19 tahun,penuh dengan derita dan airmata darah mengiringi perjuangan.

Kasih saying itu ujian Allah terutamanya terhadap keluarga kita sendiri.Sirah Nabi Nuh a.s jelas darjah kasih sayang Nabi Nuh a.s. tidak dapat menyelamatkan hukuman Allah terhadap anak isterinya.Jangan kita lupakan Syeikh Barshisha yang terpengaruh kerana pujuk rayu isteri mendapat kemurkaan besar dari Allah kerana mendoakan kesesatan Nabi Musa a.s.

TGNA yang disayangi,

Janganlah kerana kasih tidak bersempadan kepada keluarga menutup pintu kebenaran yang selama ini terbuka luas di landasan perjuangan.janganlah kita menghukum seseorang berdasarkan saranan dari keluarga terdekat.Politik itu 1000 helah tapi gunakanlah helah politik terhadap musuh bukan teman seperjuangan.

Saya ingin kembalikan nasihat TGNA selama ini kepada rakyat supaya bermuhasabah sepanjang masa terutamanya sebelum tidur.Ada baiknya kini TGNA sendiri bermuhasabah kenapa ‘keluarga terdekat’ semakin menjadi buah mulut rakyat terbanyak.Sya tidak rela penghujung karier TGNA menjadi liabiliti kepada PAS.Biarlah selamanya TGNA menjadi aset paling berharga pernah dimiliki PAS abad ini.

TGNA yang disanjungi,

Renungkan kenapa ‘hijab’ keluarga TGNA sedikit demi sedikit didedahkan Allah swt kepada masyarakat umum.Bukankah selama ini ianya adalah rahsia ‘keluarga Pulau Melaka’? Masakan pokok bergoyang tanpa angin,adakalanya sudah bertukar menjadi ribut. Awaslah bahana ribut kerana tak pernah bersimpati kepada mangsanya.Pokok,rumah,kereta,bangunan dan jangan sampai kita juga ditimpa RIBUT.

Sekian,semoga hidayat Allah milik kita selamanya Insyaallah.

Difailkan dalam: Surat Terbuka, Tok Guru

« Ku Li sertai ceramah royalti minyak pada 28 Jan 2010 9 Respons
abematSabah, di Januari 13th, 2010 pada 3:48 pm Kata: r
Assalaimulaikom,
TGNA seorang yang bijaksana dan warak. Lakukan sesuatu untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku.PR13 nanti seandainya Kerajaan Islam pimpinan Pas tumbang, rakyat sudah sebab atau puncanya. Pengalaman orang lain patut jadi teladan. Amat pedih jika TGNA kecundang lantaran peribadi dan keluarga.

Balas
Pengundi PAS Dun Perupok & Parlimen Bachok, di Januari 13th, 2010 pada 4:29 pm Kata: r
Salam, ambo setuju sangat dengan cilipadi. TGNA patut berehat.

Balas
sapokito1, di Januari 13th, 2010 pada 10:08 pm Kata: r
khabarko demo?

Balas
Pengundi PAS Dun Perupok & Parlimen Bachok, di Januari 13th, 2010 pada 4:31 pm Kata: r
Sudah tiba masanya TGNA berehat dari jawatan MB. Anak menantu lebih memerlukan kpd TGNA pada waktu ini. InsyaAllah PAS akan dibimbing Allah swt melalui para pejuang-pejuangnya.

Balas
sapokito1, di Januari 13th, 2010 pada 10:10 pm Kata: r
ambo raso Allah tengah bersihkan jemaah dan memperkukuhkan jemaah. Insyaallah Hidup Tok Guru…Allahuakbar.

Balas
Kak Long, di Januari 13th, 2010 pada 4:47 pm Kata: r
Saudara,
Tuan sungguh berbudi bahasa. Kata kata tuan lembut gigi dari lidah tetapi tidak berselindung dari segi apa yang nak di sampaikan. Semoga TGNA ambil perhatian dengan apa yang tuan sampaikan. Kalau beliau sendiri menegur orang lain tentu perkataan celaka dah keluar beberepa kali.

Balas
poknik, di Januari 13th, 2010 pada 7:49 pm Kata: r
tahniah cilipadi.artikel ini perlu dibaca semua warga pas.sungguh tinggi nilainya.
elok juga pemimpin parti buat analisa @ macam munaqashah ucapan presiden
sama2lah kita amati artikel yg bermutu untuk kebaikan parti yang kita cintai

Balas
spyrakyat, di Januari 14th, 2010 pada 3:24 am Kata: r
Renungkan kenapa ‘hijab’ keluarga TGNA sedikit demi sedikit didedahkan Allah swt kepada masyarakat umum.

Kita mengharapkan penyelesaian terbaik dapat dilakukan di Kelantan.

Balas
cilipadi007, di Januari 14th, 2010 pada 3:56 am Kata: r
Firman Allah maksudnya “APAKAH KAMU INGAT AKU JADIKAN KAMU SIA-SIA,DAN KAMU TIDAK AKAN KEMBALI KEPADAKU”

Bukan mudah mentadbir sebuah kerajaan islam.Banyak dugaan dan perancangan jahat parti lawan bersilih ganti.

Kemenangan hari ini hasil dari benih pengorbanan yang ditanam oleh pejuang terdahulu.Bukan enteng harga sebuah perjuangan.Apatah lagi bila berjuang dilandasan Pas yang serba kekurangan.

Kini kita bermegah kerana Pas mengetuai 2 buah kerajaan iaitu Kelantan dan Kedah.Pas juga menjadi rakan kongsi kerajaan di Selangor dan P Pinang.

Sebelum tahun 1990, Pas sinonim dengan 1001 susah,payah,derita,ditekan,dihina dll.Tiada istimewanya Pas kecuali LILLAHI TAALA.Kerja baik di dunia dengan balasan di akhirat…itulah Pas.

Ya! Benar Pas ingin tubuh sebuah kerajaan islam.Soalnya bila? Arwah Nik Abdullah Arshad ( ayahanda nik amar ) pernah berkata kepada anak muridnya Hj Sulaiman Tapang “zaman kita ni hanya untuk tebas hutan ASSABIYAH dan tanam benih islam,buat laluan untuk pemimpin akan datang”

Pak Nik lah seorang pejuang kental,seluruh jiwa diwakaf untuk perjuangan Pas.Usahkan solat,makan minum tak pernah sendirian,mesti berjemaah.Paknik Lah kenal erti bersendirian tatkala dijemput menjadi ‘tetamu’ ISA selama 2 tahun.

Bahana kezaliman BN sangat dahsyat.Masyarakat terpaksa menjauhkan diri dari Pas kerana ancaman dan ugutan.Gerakan Pas bergerak melalui institusi agama seperti warga pondok.Berapa ramai Ulama pondok menjadi mangsa ISA kerana menyokong Pas secara terbuka.

ALFATIHAH ! Semoga Allah merahmati arwah Hj Yaacob Berangan ( ayahanda TMB),Hj Omar Wakaf Bharu,Hj Hassan Lemal dan Paknik Lah ( ayahanda Nik Amar).ISA bukan pembunuh jiwa mereka.Semangat mereka tidak pernah luntur untuk melihat Islam ditegakkan melalui siasah.

Turut bergerak mewarnai lukisan perjuangan Pas ialah arwah Hj Musa Yahya( ayahanda Husam),Pakcu Hasan Lemal ( Tok Wali Hasan),arwah Hj Lah ( Lubok Tapah),arwah Hj Atiqullah ( ayahanda Baihaki),arwah Hj abd Rahman ( ayahanda Latiff KP)

Tiada individu yang berani menghalang operasi judi secara berlesen kerana kekangan undang-undang.Hanya istilah TEGUR serta tarbiah saja kemampuan tokoh agama terbilang.

Kesemua Ulamak Pondok sepakat bahawa hanya dengan kuasa politik saja Islam dapat ditegakkan di Malaysia.Bayangkan dengan Pondok Pasir Tumbuh,Pondok sungai Durian,Pondok Lubok Tapah dll hanya mampu membenci JUDI,DISKO DAN MAKSIAT yang jelas haram disisi Islam.

Kemenangan 1990 memberi kuasa kepada TGNA untuk menutup premis judi di Negeri Kelantan.Semua maksiat dapat dibanteras dengan kuasa politik yang dimilikki TGNA dan jamaah Exconya.

Perginya Paknik Lah mengadap Ilahi tatkala sedang berceramah diratap seluruh warga Pas.Rindu kasih pada beliau sedikit terubat bila anak sulongnya menjadi pengganti.Nik Amar Berjaya mengganti kerusi Parlimen Pengkalan Chepa tapi sayangnya hanya 50% peribadi Paknik Lah diwarisi Nik Amar.

Sedarkah kita bahawa Kerajaan Islam Kelantan yang ada ini kita warisi dari nyawa dan jihad pemimpin terdahulu.Pengorbanan mereka terlalu mulia hingga nyawa jadi taruhan.

Betapa keringat ,airmata dan darah mengalir dari perjuangan Pas.Perjuangan zaman sebelum 1990 cukup perit.Pas serba kekurangan dari aspek kewangan mahupun longistik.Tapi semangat juang ‘FI SABI LILLAH’ tidak pernah luntur.

Misteri kematian Hj Samad Gol penuh tragis dan teka teki.Sebagai wakil rakyat pas yang hebat tentunya mengundang gerun di hati musuh Islam.Syahidnya Hj Samad Gol bila tetakan kapak membaham leher beliau tanpa belas kasihan selepas berceramah di Pejabat Pas Kelantan.

Ramai pemimpin muda tidak mengenali Hj Samad Gol.Hanya nama menjadi sebutan.Kehebatan Mohd Sabu berceramah mengingatkan kita kepada Hj Samad Gol.Lantang dan berani dengan suara yang gagah adalah keistimewaan Hj Samad Gol yang tiada gantinya.

Tidak ternilai juga gerak kerja dan buah fikiran Prof Zulkifli Ahmad bekas Ahli Parlimen Bachok.beliau antara pemimpin yang bijaksana dalam Pas anugerah Allah. Gaya pidato Prof Zulkifli masih tiada tandingan.

KeBISAan berpidato dengan gaya bahasa terindah hingga digelar ‘Sukarno Malaysia’.Ribuan Khalayak terpegun,sunyi sepi menghayati setiap tutur kata darinya tatkala berceramah.Ceramah beliau adalah medan ilmu untuk teguhkan pegangan dan menjadi modal kepada pendokong Pas beristiqamah.

Prof Zulkifli tidak lokek menurunkan segala ilmu dari pengalamannya sebagai ahli akademik untuk susun atur gerakan Pas.Daya intelek yang ada telah diadaptasikan untuk perjuangan Pas.

Takdir Allah mengatasi segalanya.Di saat khidmat beliau untuk Pas terlalu amat perlukan,Pro f Zulkifli telah pergi menyahut seruan allah.Beliau telah ‘syahid ‘ kemalangan jalan raya di Negeri Pahang .

Jangan kita lupakan arwah Cikgu Musa Salleh Pasir Puteh.Biarpun beliau mati diluar dari Pas tapi percayalah tanpa Cikgu Musa keadaan mungkin berbeza .Beliau pembangkit ‘semangat’ dikala jiwa penyokong Pas menjadi lesu tidak bermaya.

Era Cikgu Musa cukup menakutkan bila lahirnya Pemuda Tahan Lasak.Gerak gempur Pemuda Tahan Lasak sangat kejam,zalim.Bayangkan setiap ceramah Pas disabotaj.Rumah penyokong Pas dilontar batu hingga pecah cermin dan dinding.Pemuda Pas dipukul,dilanyak sesuka hati.

Cikgu Musa bangkit berceramah di saat genting berdepan Pemuda Tahan Lasak.Tiada penceramah berani ke depan kerana takut mengambil risiko.Hanya Cikgu Musa dengan misai “ala pelakon Hindustan” tidak pernah gentar pada semua itu.

Daerah Pasir Puteh terkenal dengan “GEDEBE” yang ramai.Faktor duit menyebabkan ramai gedebe dibeli BN untuk menghentam Pas.Banyak kali ceramah Cikgu Musa diganggu tapi beliau tidak pernah berputus asa.Kezaliman musuh ditutupi oleh keberanian beliau.

Beliau sendirian berceramah diiringi teman setia.Mengikut cerita Hj Salleh Bukit Gedombak yang selalu menemani Cikgu Musa berceramah ”ceramah dulu tak ramai pendengar kerana rakyat takut untuk dengar ceramah Pas”.

“Ramai yang kena penampar,ditendang dan dipukul oleh Pemuda Tahan Lasak.Ambo mesti bawa senjata sebagai pelindung diri bila diajak Cikgu Musa”.

TGNA juga tidak terlepas dari serangan Pemuda Tahan Lasak.Tanyalah bekas Penghulu Badang, Pak Ariffin yang setia mengiringi TGNA berceramah.Bukan pelik ceramah TGNA dilontar batu, diugut pukul dan dihalang secara keras.

Tentunya TGNA masih ingat peristiwa selepas ceramah di Semut Api,Badang.Kereta TGNA dihalang batang kelapa dalam perjalanan pulang selepas ceramah.Pak Ariffin terpaksa memotong batang kelapa tersebut dengan gergaji untuk membuka jalan bagi TGNA pulang ke rumah.

Pas mencapai era gemilang selepas tahun 1990.Kemenangan besar membolehkan Kerajaan Kelantan menjadi milik Pas.Perjuangan Pas berubah dari pembangkang menjadi kerajaan.Anugerah Kerajaan Kelantan tentunya bersama ‘ghanimah’ yang menguji mentaliti para pejuang.

Sikap tamak haloba pemimpin tempatan Pasir Puteh telah “mengorbankan” Cikgu Musa.Pangkat dan jawatan mula dikejar.Demi mencapai cita-cita busuk dan jawatan,golongan ini telah memfitnah untuk menjatuhkan Cikgu Musa.

Sayang Seribu Kali Sayang! Terlalu mudah pucuk pimpinan parti mempercayai fitnah terhadap Cikgu Musa.Adilkah tindakan yang diambil terhadap beliau? Di mana nilai keringat pengorbana beliau saat Pas dalam kesusahan.

Tindakan cikgu Musa menyertai Akim bukan UMNO sebagai tanda kecewa dengan pucuk pimpinan.Jiwanya tetap bersama Pas sehingga akhir hayat.Walaupun beliau membawa diri jauh dari Pas tapi jasa dan pengorbanan beliau adalah secebis dari coretan perjuangan Pas Kelantan.

Jangan kita lupakan watak-watak hebat seperti Arwah Asri Muda dan juga Muhamad Nasir.Biarpun harumnya seketika cuma namun ianya tetap terukir dalam kamus Perjuangan Pas.Wangian yang dicoretkan mereka berdua tetap dihidu dalam kenangan mengisi liku-liku Pas Kelantan.

Pas juga terhutang budi tidak terhingga kepada arwah Ust Buniyamin Yaacob,penceramah hebat era 90’an.Beliau bersama Hj Mohd Sabu membuat ‘road-show’ di setiap pelosok daerah di Kelantan agar Pas diterima biarpun serba kekurangan.

Arwah Buniyamin ‘mengadap Allah’ tatkala keringatnya masih diperlukan Pas Kelantan.Sedihnya beliau tiada harta pusaka untuk kelangsungan hidup keluarganya.Apa yang ditinggalkan hanyalah sebuah perjuangan yang diharapkan dapat membantu kesusahan keluarganya.

Sukar untuk Pas bangkit selepas ditendang dari BN.Buktinya pada pilihanraya umum 1978 betapa pas berada jauh dari hati rakyat. Derita selepas tahun 1978 terubat 12 tahun kemudian iaitu 1990.Jangan pula pimimpin muda lupakan luka lama yang perlu dipahat di sanubari sebagai iktibar sebuah perjuangan.

Kini Pas memiliki segala-galanya.Hampir setiap kawasan mempunyai bangunan sendiri hasil dari ‘INFAQ’ ahli parti dan sumbangan dari ‘KHAZANAH’ daerah Hulu Kelantan.Pemimpin makin selesa dengan pelbagai imbuhan yang banyak melekakan dan sesetengahnya menjadi alpa “LUPA DARATAN”.

Tahukah pemimpin muda kini betapa susahnya bergerak sebagai pembangkang.Mengikut Ust Rahimi Al-Madani Baung, Pas Kelantan pernah BERIJTIMAK dalam KEBUN GETAH di TEPI TALIAIR KG TOK PANJANG,BINJAI KOTA BHARU.Bayangkan peritnya dengan pacat dan nyamuk menjadi teman tika berijtimak.

Kini semua derita sudah berlalu.Sungguh mudah kita lupakan dugaan aktivis terdahulu.Bayangkan IJTIMAK ULAMA MUDA berlangsung di Dewan KTC,sejuk dan nyaman.Tiada lagi unggas dan lumpur selut sebagai teman.Hampir separuh hadir berkereta,ada juga BERKERETA MEWAH.Tidak lagi menumpang van C20 milik peniaga pasar malam.

Awal pemerintahan Pas 1990 rakyat cukup bersatu dan simpati dengan perjuangan.Kerana ikhlas dan kasih sayang mendalam kepada Islam, rakyat menderma tanpa berfikir panjang.Adakalanya bukan sekadar WANG RINGGIT tapi GELANG dan CINCIN EMAS turut didermakan.

Kerana perjuangan rakyat sanggup berkorban harta benda.Rela terlepas nasi berlauk pagi kerana Pas lebih perlukan derma.Rakyat marhaen menjiwai perjuangan Pas sepenuh hati.

Amanat bekas Presiden arwah Ust Fadzil Nor di penghujung usianya cukup mengharukan.Arwah selalu berpesan tentang beberapa perkara yang hampir menjadi kenyataan kini.Sungguh tajam daya fikir arwah waktu menerajui Pas.

Pertamanya arwah mendoakan agar Allah panjangkan umur Dr Mahathir.Tujuannya supaya Dr Mahathir sempat melihat kemusnahan politik di Malaysia hasil kesilapan beliau selama 22 tahun menjadi PM.Kini Dr Mahathir cukup menderita melihat legasi yang ditinggalkan.

Ucapan Dasar Presiden dengan tema FIKRAH MADHIAH sangat dalam maksudnya.Apa yang dibimbangi oleh arwah Ust fadhil kini hampir menjadi kenyataan.Lontaran idea juga amaran arwah terhadap mentaliti KEBENDAAN agar jamaah lebih berwaspada jika ditakdirkan membentuk Kerajaan.

Lupakah Pemimpin Pas sekarang pada satu muktamar di PUTIK era arwah Ust Fadhil menjadi Presiden. Dengan tema WAHDATUL FIKRAH kita mendengar perbahasan yang penuh simbolik.Hakikatnya kita semua hampir lupakan INTIPATI yang telah disetujui bersama.

Perginya mengadap Rabbuljalil arwah Ust Fadhil sebelum melihat Pas berjaya seperti PRU12.Sudah tersurat bukan rezeki arwah untuk melihat Pas menjadi tonggak siasah di Malaysia.Biarpun begitu arwah telah memPUSAKAkan Pas dengan landasan terbaik untuk meneruskan perjuangan.

Kekosongan selepas ketiadaan arwah Ust Fadhil masih belum terisi hingga kini.Jiwa,semangat kental dan bijak membuat keputusan politik adalah aset arwah yang sukar dicari ganti.

Pas menerima kepimpinan Ust Hadi Awang sebagai Presiden dengan penuh tawadduk.Garapan seni politik beliau juga tajam berbisa.Sayangnya zaman beliau terlalu banyak cabaran dan dugaan menggugat perpaduan ahli-ahli parti.

Kini pelbagai isu melingkari jamaah Islam bernama Pas.Kita bertelagah berebut jawatan,pangkat dan ‘ghanimah’. Beginilah lumrah manusia,tinggi sabarnya bila ditimpa kesusahan.Namun bila diuji dengan kesenangan ramai yang kecundang……LUPA DIRI

Tiba masanya Pas muhasabah atas mihnah dan tribulasi yang berlaku kini.Hidupkan kembali roh USRAH yang semakin dilupakan.Konsep TARBIYYAH juga mesti selari dengan tuntutan politik abad ke 21.

Maksimumkan gerak kerja penerangan seperti CERAMAH untuk penjelasan isu-isu semasa.Bangkitkan kembali semangat rakyat yang hampir luput dari kamus perjuangan Pas.Rasailah denyut nadi rakyat marhaen yang menjadi ‘HARD CORE’ Pas selama ini.

Pemimpin besar di semua peringkat hendaklah menjadi contoh kepada rakyat bawahan dari segenap aspek.Amalkan sikap SEDERHANA dalam semua sudut kehidupan agar kemanisan perjuangan itu dapat dirasai kembali.

Pimpinan semua peringkat hendaklah menjauhkan diri dari ambang FITNAH yang merupakan api dalam sekam.Jangan tinggalkan ruang walau sebesar lubang jarum untuk pihak lawan yang sentiasa menerkam dengan agenda tersendiri.

Hanyutkan kroni dan anak menantu dari arus pemerintahan.Buktikan bahawa Pas adalah parti Islam Tulen yang berjuang FI SABI LILLAH.

Pulihkan kembali PERSEPSI yang tercalar selama ini sebelum terlambat untuk PRU13.Kembalilah pada asas Perlembagaan Pas yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Berjuanglah dengan ikhlas dan redha dengan ketentuan Allah.Semoga Kerajaan Islam Kelantan mendapat perakuan dari Rasulullah sebagai menurut sunnahNya dan hampir menyamai PIAGAM MADINAH.

Sekian.cilipadi007.blogspot.


Rabu, 13 Januari 2010

Tok Guru Tak Tergugat?

Hasil kaji selidik yang dibuat oleh penganalisis politik dan pandangan golongan intelek terhadap MB Kelantan yang juga Murshidul Am Pas menyatakan bahawa sokongan rakyat Kelantan kepada Tok Guru Nik Aziz sikit pun tidak terjejas malah bertambah pula sokongan rakyat kepada beliau.

Lapor malaysiakini;

"Biar dalam PAS sendiri berpecah, tetapi imej kerajaan Kelantan tidak terjejas. Rakyat (negeri itu) takut bahawa ini semua mainan media. Rakyat tidak berasa beliau (Nik Aziz) bersalah," kata Prof Dr Mohd Agus Yusoff, seorang pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia.

"Ia tidak memberikan kesan besar jika hendak dibandingkan dengan penyelewengan lain (dalam negara) yang lebih besar. Dakwaan seperti Nik Aziz menerima kek bernilai RM500 ini akhirnya jadi bahan lawak sahaja."

Sementara ahli akademik di Universiti Malaya Dr Abu Hassan Hasbullah pula berkata, asakan demi asakan terhadap kerajaan Kelantan memberikan kesan yang luar biasa terhadap kepercayaan politik orang ramai kepada Nik Aziz.

Penceramah popular itu berkata, data terkini menunjukkan, sokongan terhadap kerajaan Kelantan meningkat sebanyak 8 hingga 12 peratus (kepada 73.6 peratus) pada November lalu berbanding hanya 5 hingga 8 peratus (63 peratus) sebelum pilihan raya umum dua tahun lalu.

"Sesetengah media tidak mempunyai data ini dan menunjukkan bahawa sokongan terhadap kerajaan Kelantan merosot.

"Mereka lupa, krisis adalah bisnes, bisnes adalah (tentang) tumpuan (masyarakat)," katanya, seorang pensyarah di Fakulti Pengajian Media.

Dr Mohd Agus dan Dr Abu Hassan diminta mengulas asakan konsisten terhadap kepemimpinan Nik Aziz, terbaru apabila beliau didakwa menerima hadiah kek bernilai RM500 daripada menantunya Abdul Ariffahmi Ab Rahman, yang menerajui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Sejak beberapa bulan lalu, Nik Aziz dihimpit dengan pelbagai isu, antaranya melibatkan isu tajaan hajinya daripada seorang ahli perniagaan, pengaruh ahli keluarganya dalam pertadbiran kerajaan negeri dan desakan agar beliau menyediakan pelan peralihan jawatannya.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, kedua-dua ahli akademik tersebut berpendapat, sekiranya pilihan raya diadakan dalam masa terdekat, Nik Aziz dan PAS dapat mengekalkan penguasaan mereka di negeri yang telah ditadbir selama 20 tahun itu.

"Kalau buat pilihan raya sekarang pun PAS menang lagi. Sukar untuk Umno menang biarpun Nik Aziz dibebani dengan pelbagai isu.

"Semua ini akhirnya akan mati sendiri. Tunggu masa sahaja," kata Dr Mohd Agus.-malaysiakini

Umno apa cerita pun memang busuk dan kecelakaan sangatlah kalau tangan kita memilih Umno sebagai pilihan kita. Kalau dah Tun Mahthir pun kata Umno dah busuk yang kita tak pasal-pasal nak sokong Umno pasai apa?

MISAIMERAH


Kuil Sikh pula dilempar batu

Misaimerah

Nampaknya isu yang libatkan agama semakin keruh dan tegang ,bukan semakin kurang.Semakin banyak amaran semakin banyak sabotaj terhadap terhadap rumah ibadat pelbagai agama. Apakah 'mereka-mereka' ini dilindungi pihak-pihak tertentu untuk buat kerja ini supaya agenda politik mereka tercapai.

Selepas gereja dan sebuah surau di Klang dipercayai menjadi sasaran serangan pihak-pihak tidak bertanggungjawab, sebuah Kuil Sikh di Sentul di sini pula dilempar dengan batu petang semalam.

Dalam kejadian itu yang terjadi kira-kira pukul 6.45 petang, kaca di sebelah pintu masuk Kuil Sikh Gurdwara di Jalan Haji Salleh di sini didapati pecah akibat.

Tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia ada kaitan dengan siri serangan ke atas gereja sejak awal pagi Jumaat lalu.

Ketika insiden itu berlaku, beberapa sukarelawan yang sedang membersihkan kuil berkenaan, ternampak batu dilempar ke pintu masuk bilik sembahyang kuil tersebut.

Dipercayai, 15 biji batu dilemparkan ke kawasan kuil itu. Sukarelawan tersebut kemudian membuat laporan polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman yang mengesahkan insiden itu memberitahu Bernama bahawa pihaknya telah mengambil sampel batu yang dilemparkan dan siasatan dijalankan.

Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, Jan 13 — Selepas gereja dan sebuah surau di Klang dipercayai menjadi sasaran serangan pihak-pihak tidak bertanggungjawab, sebuah Kuil Sikh (gambar) di Sentul di sini pula dilempar dengan batu petang semalam.

Dalam kejadian itu yang terjadi kira-kira pukul 6.45 petang, kaca di sebelah pintu masuk Kuil Sikh Gurdwara di Jalan Haji Salleh di sini didapati pecah akibat.

Tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia ada kaitan dengan siri serangan ke atas gereja sejak awal pagi Jumaat lalu.

Ketika insiden itu berlaku, beberapa sukarelawan yang sedang membersihkan kuil berkenaan, ternampak batu dilempar ke pintu masuk bilik sembahyang kuil tersebut.

Dipercayai, 15 biji batu dilemparkan ke kawasan kuil itu. Sukarelawan tersebut kemudian membuat laporan polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman yang mengesahkan insiden itu memberitahu Bernama bahawa pihaknya telah mengambil sampel batu yang dilemparkan dan siasatan dijalankan



Dah Dok Kata hangpa perjuangkan ISLAM.. Jadi dok kalut apasalnya dgn PAS...

Kalimah "Allah": Kemana Pejuang Islam PAS..?

Semenjak timbulnya isu penggunaan kalimah "Allah" oleh majalah Herald, berbagai pihak pro KERAjaan bukan main galak lagi memainkan isu ini dan kebanyakannya mengajukan soalan - "kemana perginay pejuang Islam PAS..?"

Kenapa tanya mana perginya pejuang Islam PAS..?

Sejak dari dulu lagi PAS memperjuangkan dan mempertahankan agama Islam di negara ini. Tetapi puaka-puaka UMNO memperlekehkan malah menghina PAS dan lebih malang lagi bilaman UMNO yang ("kununnya") 100% ahlinya berbangsa "MeLAYU Islam" mengambil mudah dengan saranan dan gesaan PAS.

Kini UMNO terdesak dan bertanya pula kemana pejuang Islam PAS. Bila sudah tersepit baru cari nak PAS ke..?

Cuba jawab soalan-soalan objektif seperti berikut :

1.Siapa yang menghapuskan pembelajaran, pembacaan dan penulisan Jawi di Sekolah-sekolah dahulu..? UMNO ke PAS..?

2.Siapa yang menghapuskan pemberian Wang Perkapita bagi Sekolah-sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dikeluarkan sebelum itu..? UMNO ke PAS..?

3.Siapa yang merobohkan beberapa surau yang antaranya di suatu Kawasan Perumahan di Bandar Baru Bangi dan juga di kampung Bujal, Kemaman..? UMNO ke PAS..?

4.Siapa yang memecat Mufti Selangor, Allahyarham Datuk Ishak Baharom apabila Allahyarham Datuk Mufti mempertahankan tindakan JAIS menangkap dan mendakwa dua wanita Islam yang mengambil bahagian dalam satu Pertandingan Ratu Cantik di Selangor..? UMNO ke PAS..?

5.Siapa yang mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai JAIS apabila menyerbu dan mendakwa orang Islam (pemain muzik) yang didapati meminum arak di sebuah pusat hiburan yang dikenali sebagai The Ship..? UMNO ke PAS..?

6.Siapa yang tidak membenarkan dan melarang Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu (apabila PAS berkuasa) menguatkuasakan hukum Hudud, Tanzir dan Qisas..? Malah siapa yang memperlekehkannya dengan mengatakan ianya Hudud PAS Kelantan dan Hudud PAS Terengganu..?

7.Siapa yang menghina Sunnah Nabi dengan menyatakan bahawa Nabi Muhammad tidak mencukur janggut kerana pada zaman itu, tiada pisau pencukur (razor blade)..? UMNO ke PAS..?

8.Siapa yang menguasai bidang kehakiman dinegara 1Malaysia ini..? UMNO ke PAS..?
Jika jawapannya ialah UMNO, maka apa perlunya kamu semua bertanya ke mana pergi pejuang Islam PAS pulak..? Bukankah UMNO sering kali mendabik dada menyatakan UMNOlah yang memperjuangkan Islam, membina Masjid Negara, mengadakan Perbankan Islam, menyediakan Universiti Islam..?

Kemudian menghina PAS pula dengan mengatakan PAS, parti Islam kolot, Parti Ajaran Sesat dan sebagainya. Menghina pemimpin-pemimpin PAS seperti Tuan Guru Nik Aziz yang seringkali disebut oleh ahli dan penyokong extremist yang haprak UMNO terutamanya blogger-blogger pro UMNO dan penyokong-penyokong UMNO..?

Sehubungan dengan itu juga, kenapa tidak bertanya kemana perginya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mej General (B) Datuk Sri Jamil Khir yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Agama Islam..? Kenapa sehingga hari ini Mej Gen (B) Datuk Sri Jamil Khir diam membisu seribu bahasa..? langsung tidak ada sepatah pun menyebut tentang isu ini.

Dia bekas tentera dan pangkat tertinggi yang disandangnya sebelum menamatkan perkhidmatan adalah berpangkat Mej General pula, pastinya dia masih gagah. Tidak mungkin dia begitu penakut atau bacul. Ini ditambah pula dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim yang bukan kepalang kelulusannya dalam bidang agama dan bekas pensyarah di UIA pula. Bukan main tinggi kelulusan mereka, tetapi terus berdiam diri. Kenapa tidak ditujukan soalan sedemikian kepada mereka semua.

Tambah membingungkan lagi kenapa mufti-mufti negeri yang juga menyokong UMNO turut berdiam diri membisu..?

Bukankah PAS telah menyatakan pendiriannya bahawa mana-mana agama samawi (agama yang diturunkan dari langit) boleh menggunakan nama Allah dalam urusan agama mereka asalkan tidak menyalah gunakan nama Allah itu.

Di Eropah, Amerika dan di Indonesia pihak agama kristian telah lama menggunakan nama Allah dalam urusan agama mereka. Demikian juga penganut-penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak yang turut menggunakan nama Allah.

Sila rujuk Surah Al-Taubah ayat ke 30. baca dan fahamkan apa yang disebut oleh Al-Qur'an dan fahamkan akan kaitannya dengan isu ini.

Kini dalam keputusan mahkamah yang membenarkan pihak gereja Katholik dan juga majalah Herald menggunakan kalimah "Allah", penyokong dan ahli UMNO berdemonstrasi dan memdabik dada "kununnya" merekalah yang benar-benar memperjuangkan Islam, tetapi mengapa pula bertanyakan dan meminta bantuan dari PAS pula...?

Selesaikan sendiri. Bodoh ke bangang ahli UMNO ni..? Mintalah bantuan terus kepada Presiden dan Perdana Menteri UMNO. Apakah ahli dan penyokong UMNO haprak ini mahu menyerahkan kuasa kepada PAS dalam hal ini supaya PAS bertindak. Pastinya mereka tidak mahu.

Walau apa pun, percayalah kerajaan UMNO akan menyelesaikan masalah ini mengikut perundangan yang ada apabila KDN dan JAKIM memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. Keputusannya akan pasti memihak kepada kerajaan (JAKIM dan KDN), Ini adalah helah kerajaan UMNO sahaja. Apabila mereka menang dalam kes rayuan itu kelak, maka rakyat (melayu yang beragama Islam) memuji melangit akan tindakan kerajaan UMNO yang akan dikatakan benar-benar membela Islam.

Maka berduyun-duyunlah rakyat berbaris memuji Perdana Menteri. Pelbagai sepanduk termasuk bendera UMNO akan dikibarkan di merata tempat. Satu kemenangan buat UMNO.dan pemimpinnya.

Semoga puaka-puaka UMNO dan seangkatan dengannya ini akan lebih sedar, insaf dan memahami akan kedudukan isu yang sebenarnya. Agama islam bukan sekadar kosmetik dengan membanggakan pembinaan masjid, perbankan Islam, Universiti Islam sahaja. Ia lebih kepada pemantapan aqidah dan iman umat Islam itu sendiri.

HINAKAH MISKIN ?

بسم الله الرحمن الرحيم

MENCARI SEMULA ERTI KEMISKINAN

Terbukti bahawa Islam tidak membenci kemiskinan kerana di dalamnya terdapat unsur-unsur positif dan istimewa.

Keadaan sedemikian membawa kita kepada satu persoalan penting. Kalau telah terbukti ada nas-nas yang tidak menolak malah cenderung kepada kemiskinan, wajibkah kita sekarang habis-habisan mahu perangi dan membunuh kemiskinan?

Hidup dalam keadaan kaya harta atau miskin harta adalah merupakan pilihan individu, asal saja jiwanya kaya. Namun begitu, kalau pun individu memilih untuk hidup dalam keadaan miskin harta, tetapi kerajaan, organisasi dan ummah Islam mesti tetap kaya harta dan kuat ekonominya. Ini mesti ditunjangi dengan kekayaan jiwa seluruh ahli masyarakatnya. Demikianlah kerajaan, organisasi dan ummah Islam pada zaman Rasulullah s.a.w dan Khulafah-ur-Rashidin.

Hadith-hadith Rasulullah berkenaan kemiskinan.

1) Pertama, kemiskinan merupakan perkara yang sentiasa didoakan oleh Rasulullah s.a.w. Hal ini dibuktikan dengan doa-doa Baginda yang berikut: "Hidupkanlah aku dalam keadaan miskin dan matikanlah aku dalam keadaan miskin”.

2) Juga Doa Rasullullah yg berbunyi, "Wahai Allah Tuhanku, hidupkanlah aku miskin, matikanlah aku miskin, dan kumpulkanlah aku (di padang mashsyar) dalam golongan orang-orang miskin”

3) Abu Ja'far meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhudri r.a. berkata: "Hai manusia, jangan sampai kesukaran itu mendorong kamu untuk mencari rezeki dari yang haram sebab aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ya Allah, matikan aku sebagai orang fakir miskin, dan jangan dimatikan aku kaya, dan kumpulkan aku dimashsyar dalam rombongan orang-orang miskin pada hari qiamat, maka sesungguhnya yang amat rugi ialah orang yang miskin di dunia dan tersiksa di akhirat".

4) Malah sebelum Rasulullah s.a.w. pun, ada Nabi-Nabi yang gemar kepada kemiskinan. Imam Ghazali (1980, Jil.7:152) menceritakan bahawa Nabi Isa a.s. bersabda: "Bahawa aku lebih mencintai kemiskinan dan memarahi kenikmatan". Nabi Isa a.s. paling suka apabila Baginda dipanggil "Hai orang miskin!".

5) Kedua, kemiskinan merupakan syi'ar atau lambang orang-orang soleh dan solehah. Imam Ghazali (1980 Jilid 7:149) misalnya berkata: "Ka'bul-ahbar berkata: "Allah SWT berfirman kepada Musa a.s.: "Hai Musa! Apabila engkau melihat kefakiran itu menghadap kepada engkau, maka katakanlah: "Selamat datang kepada syi`ar orang-orang yang soleh".

6) Rasulullah s.a.w. sendiri pernah bersabda: "Apabila engkau melihat kefakiran datang menghadap kepada engkau, maka katakanlah: "Selamat datang kepada lambang orang-orang soleh. Dan apabila engkau melihat kekayaan datang menghadap kepada engkau, maka katakanlah: "Dosa yang disegerakan siksaannya”

7) Kemiskinan merupakan sebab untuk mendapat kasih sayang Allah SWT. Misalnya Abdullah bin Umar r.a. berkata: "Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya makhluk yang sangat dikasihi oleh Allah ialah orang yang fakir miskin, sebab manusia yang amat dikasihi Allah ialah para Nabi, maka Allah menguji mereka dengan kefakiran kemiskinan".

Nabi Musa a.s. bertanya kepada Tuhan: "Hai Tuhanku, siapakah kekasihMu dari makhlukMu, sehingga aku cintai mereka keranaMu?". Maka Allah SWT berfirman: "Setiap orang fakir" (Imam Ghazali, 1980, Jil.7:152).

Abul-Laits Assamarqandi (1978) meriwayatkan dengan sanadnya dari Anas bin Malik r.a. berkata: "Orang-orang faqir mengutus utusan mereka kepada Rasulullah s.a.w. maka berkata: "Ya Rasulullah, saya utusan orang-orang faqir kepadamu.

Jawab Nabi s.a.w.: Selamat datang kepadamu dan kepada orang-orang yang mengutusmu, engkau datang dari orang-orang yang dicinta oleh Allah. Utusan itu berkata: Ya Rasulullah, orang-orang miskin berkata: Bahawa orang-orang kaya telah memborong semua kebaikan, mereka berhaji dan kami tidak dapat, dan mereka sedekah sedang kami tidak dapat, dan jika sakit mereka mengirim wang untuk tabungan mereka.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Sampaikan kepada orang faqir daripadaku: Bahawa siapa yang sabar dari kamu akan mengharap pahala dari Allah. Maka ia akan mendapat tiga macam yang tidak bisa didapat oleh orang-orang yang kaya-kaya.

Pertama, di dalam syurga ada kamar dari yaqut yang merah, orang-orang syurga melihat tempat itu sama dengan orang dunia jika melihat bintang di langit, tidak dapat masuk ke situ kecuali Nabi yang fakir atau orang yang mati syahid yang fakir atau seorang mu'min yang faqir.

Kedua, orang faqir akan masuk syurga sebelum orang kaya sekadar setengah hari iaitu sekeira lima ratus tahun, mereka bersuka-suka dengan bebas leluasa, dan Nabi Sulaiman bin Daud a.s. akan masuk sesudah Nabi-Nabi yang lainnya sekira empat puluh tahun disebabkan oleh kerajaan yang diberikan Allah kepadanya.

Ketiga, jika seseorang faqir membaca: Subhanallah walhamdulillah walaa ilaha illallah wallahu akhbar dengan tulus ikhlas, dan orang kaya membaca itu, maka orang kaya itu tidak dapat mengejar orang faqir meskipun ditambah dengan sedekah sepuluh ribu dirham. Demikian amal-amal kebaikan yang lain-lainnya. Maka kembalilah utusan itu memberitahu kepada orang-orang faqir apa yang disabdakan Nabi s.a.w. itu kepada mereka. Maka mereka berkata: Kami redha ya Tuhan, kami puas ya Tuhan".

9) Allah SWT juga ada berfirman: "Telah dihiaskan kepada manusia oleh kecintaan kepada yang menarik seperti wanita, anak, emas dan perak yang berkintal-kintal, kuda yang bagus, binatang ternak dan sawah ladang. Semua itu perhiasan hidup dunia, tetapi Allah mempunyai tempat kembali yang baik. Katakanlah, mahukah Aku tunjukkan kepadamu keadaan yang lebih baik daripada itu? Bagi orang-orang yang berbakti, di sisi Tuhannya akan mendapat syurga-syurga yang mengalir dari bawahnya sungei-sungei, mereka kekal padanya, dengan mendapat jodoh-jodoh yang suci dan keredhaan dari Allah" (Surah Ali-Imran 3:14-15).

10) "Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: Aku berdiri dipintu syurga, maka aku dapati kebanyakan orang yang memasukinya adalah daripada kalangan orang miskin; sedangkan orang-orang yang kaya tertahan."- Sahih Muslim - no: 2736

11) "Berdoa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: Ya Allah, hidupkanlah aku dalam kemiskinan, matikanlah aku dalam kemiskinan dan kumpulkanlah aku (pada Hari Kiamat kelak) dalam golongan orang yang miskin" - Ibn Majah 4125

12) Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu". - H.R. Termizi

13) Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: Celakalah hamba dinar dan dirham. - Sahih al-Bukhari - no: 6435

14) Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam: Sesungguhnya setiap umat ada fitnah, dan fitnah bagi umat aku adalah harta - Sahih - no: 592

15) Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: Tidaklah dua ekor serigala yang dilepaskan kepada seekor kambing akan lebih daripada ketamakan seorang manusia terhadap harta dan kehormatan dirinya, dalam merosakkan agamanya. - al-Tirmizi.

KESIMPULAN

Keseluruhan perbincangan di atas membawa kita kepada kesimpulan bahawa kemiskinan bukanlah bersifat satu dimensi dan tidak boleh dinilai hanya berdasarkan kepada ukuran material semata-mata. Atas sebab itu kemiskinan bukanlah sesuatu yang tersangat keji hingga ianya mesti dimusuhi dan diperangi habis-habisan. Yang perlu diperangi dan dibasmi habis-habisan ialah kemiskinan jiwa, kemiskinan iman dan taqwa.

Atas sebab itu, erti kemiskinan menjadi berbeza dari erti kemiskinan konvensional manakala kedudukan kemiskinan dalam pembangunan juga adalah berbeza dari yang ditanggapi selama ini. Dengan ini, pembangunan tidak semestinya bererti penghapusan kemiskinan dan peningkatan harta kekayaan di peringkat individu.

Sesebuah negara boleh membangun walau masih ada kemiskinan harta individu asal sahaja jiwa masyarakatnya kaya raya. Begitu juga, sesebuah negara akan jadi lebih cemerlang seperti zaman pemerintahan Saiyidina Umar bin Abdul Aziz sehingga tiada penduduknya yang mahu menerima zakat) apabila masyarakatnya bukan sahaja kaya jiwa, tetapi juga kaya harta.

Sebaliknya, sesebuah negara tidak boleh dianggap sebagai membangun walaupun kaya raya harta kalau masyarakatnya miskin jiwa. Apatah lagi kalau mereka miskin harta dan juga miskin jiwa.

Dalam konteks ini, Imam al-Ghazali (1980 Jilid 5:100) mengingatkan: "Miskin dan kaya itu adalah dua keadaan yang mendatangkan percubaan dan ujian....Maka tidaklah harta itu baik semata-mata dan tidaklah harta itu jahat semata-mata. Akan tetapi, harta itu sebab bagi dua hal tersebut keseluruhannya...harta itu alat dan jalan kepada maksud yang sah. Dan dapat pula diambil menjadi alat dan jalan kepada maksud-maksud yang bathil, iaitu maksud-maksud yang mencegah dari kebahagiaan akhirat dan menghalang jalan ilmu dan amal...Jadi harta itu terpuji dan tercela...Maka siapa yang mengambil dari dunia lebih banyak daripada yang memadai baginya, maka ia telah mengambil
kebinasaannya".

Jalan yang paling selamat ialah berpegang kepada firman Allah SWT yang mempunyai makna berikut: "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakiNya). Sesungguhnya Allah telah mengatakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" (Surah Ath-Thalaaq 65:2-3)

p/s: Hinakah kemiskinan itu ?

Sekian..Wassallam..

Sangka baik pada Tuhan





Li Fook Gao@Tohkong Mosjid

Kejadian membakar gereja oleh puak pelampau 8 Januari lalu menimbulkan seribu satu persoalan di minda kita yang lemah ini. Emosi kita juga terganggu kerana kita sudah tidak dapat membayangkan adakah perkara yang lebih teruk daripada serangan terhadap gereja-gereja akan berlaku di bumi Malaysia yang aman ini.

Sebenarnya saya tidak tahu apa yang hendak dituliskan dalam artikel ini. Secara spontan juga saya mula menulis dengan Bahasa Melayu walaupun kebiasaannya saya lebih suka menulis dalam Bahasa Inggeris. Saya menulis kerana saya merasa sedih kerana sekali lagi nama baik agama Islam yang saya kenali sebagai agama yang selalu mempromosian keamanan dan kedamaian telah dikaitkan dengan perkataan “pengganas”.

Bukan itu sahaja keperitan emosi saya, hati saya turut menangis kerana nama baik negara Malaysia yang terkenal dengan keistimewaan menjaga keharmonian kehidupan masyarakat berbilang kaum dan agama dicemarkan dengan teruk akibat perbuatan menyerang gereja oleh sekumpulan syaitan yang tidak faham ajaran agama mereka.

Saya teramat keliru mengapa keganasan sebegitu rupa boleh berlaku di negara kita atas satu isu nama Tuhan. Saya tertanya-tanya dan tersipu-sipu mencari jawapan; adakah ajaran agama dimiliki Tuhan, atau Tuhan ini dimiliki ajaran agama? Setahu saya, Tuhan ini maha berkuasa dan memiliki segala benda-Nya di alam semesta ini. Maka sepatutnya agama ini dimiliki Tuhan, dan tugas manusia sebagai penganut ialah untuk menurut segala perintah ajaran agama dan menjaga tingkah laku demi menjaga nama baik agama.

Entah, sejak bila pula agama dan nama Tuhan menjadi permainan milik-memiliki manusia. Ataupun sememangnya dipatutkan sebegitu, segala benda yang diciptakanNya di alam semesta ini perlu direbut manusia? Akan tetapi, manusia nak merebut semua benda ini pasal apa, pasal nak bawa benda yang direbut ini ke neraka? Boleh ke? Sepatutnya manusia ini harus sentiasa beringat bahawa besok kita mungkin akan mati, dan bukannya menganggap kita ini akan hidup selama-lamanya.

Entahlah juga apa perasaan Tuhan sekarang? Bayangkan bagaimana lukanya perasaan seorang guru yang sangat disayangi dan dihormati apabila pengajarannya dihina gara-gara tindakan beberapa muridnya bertindak di luar ajaran yang diajarnya….. Mengapa manusia yang dianugerahkan otak ini sering menyakitkan hati penciptaNya? Mengapa? Mengapa?

Saya mungkin tak akan jumpa jawapan kepada persoalan-persoalan di atas. Walaupun pada malam 8hb Januari, saya terasa dunia ini teramat gelap bagaikan tiada penghujungnya, namun Tuhan tetap menerbitkan matahari dari sebelah Timur pada sebelah subuh hari keesokkan. Saya amat bersyukur setiap kali melihat matahari yang terbit kerana saya berpendapat Tuhan masih memberikan hari yang baru untuk kita untuk membetulkan pemikiran dan tingkah laku kita untuk menjadi seorang yang lebih baik daripada semalam. Melihat keindahan matahari yang terbit ini, saya merasakan Tuhan sedang memberikan harapan dan masa untuk menyelamatkan keadaan negara kita.

Mungkin kejadian keganasan ini akan menyedarkan rakyat untuk menghayati betapa tidak ternilai harganya keamanan yang kita nikmati sebelum ini jika dibandingkan dengan ketakutan dan kebimbangan yang kita alami sekarang.

Mungkin juga perkara ini akan menyedarkan ahli-ahli politik dan media arus perdana yang merasakan mereka mempunyai kuasa untuk bermain dengan emosi segelintir rakyat; bahawasanya emosi itu bagaikan api, tiada manusia yang mampu mengawal api apabilanya sudah menjadi liar dan besar.

Mungkin juga perkara ini akan menjadikan titik mula untuk menyedarkan rakyat Sabah dan Sarawak untuk menuntut perubahan bersama rakyat Semenanjung Malaysia demi masa depan negara yang lebih baik.

Mungkin juga perkara ini akan menjadikan rakyat lebih matang dalam menghadapi provokasi yang lebih mengancam pada masa depan.

Mungkin juga perkara ini menyebabkan rakyat mula mempersoalkan sampai bila kita harus berlagak bodoh, dianggap bodoh dan diperlakukan sebagai orang bodoh dan dijadikan alat untuk mengekalkan kuasa beberapa orang berkepentingan?

Mungkin juga perkara ini dapat mengingatkan rakyat bahawa rakyat mempunyai kuasanya tersendiri yang amat digeruni parti-parti politik dan rakyat harus bijak menggunakan kuasanya sebaik mungkin dari sekarang untuk menjaga kepentingan negara.

Entahlah, terlalu banyak kemungkinan yang saya fikirkan namun apa jua berlaku, saya kena sangka baik pada Tuhan.

Saya harus sangka baik pada Tuhan bahawa Tuhan akan memberikan yang sebaiknya kepada Malaysia.

Saya harus sangka baik pada Tuhan bahawa mereka yang cuba menganiaya orang tidak berdosa dan memecahbelahkan rakyat akan dibalas jahat.

Saya harus sangka baik pada Tuhan bahawa rakyat Malaysia akan lebih berpadu dan bersatu selepas keganasan ini demi keamanan dan keselamatan negara.

Saya harus sangka baik pada Tuhan bahawa mereka yang tidak faham agama akan diberi pedoman dan cahaya pengetahuan untuk membuka minda mereka supaya mereka boleh kembali ke jalan yang betul.

Saya harus percaya ada tujuannya perkara ini berlaku kerana Tuhan adalah maha adil, maha mengetahui dan maha Esa.

Everything happens for a reason. Segala yang terjadi ada hikmahnya. Kita harus sangka baik pada Tuhan. Bersabarlah wahai rakyat Malaysia yang faham agama.

P.S: Kepada pembaca Muslimin dan Muslimat sekalian, sekiranya artikel ini sesuai dari segi akidah untuk digantikan perkataan Tuhan dengan Allah, dipersilakan untuk menukarnya. Di sini juga saya ingin mengesyorkan satu artikel yang saya rasa cukup bagus untuk dihayati bersama. Artikel di bawah ditulis oleh Mohd Azri bin Mohd Nasaruddin.

Kalimah Allah: Tinggalkan Emosi, Tingkatkan Ilmu. http://bit.ly/5gY4ZU

Selasa, 12 Januari 2010

Kalimah Allah: Kenyataan Khalid Samad Disokong

PUTRAJAYA; Bantahan demi bantahan telah dilakukan oleh pelbagai pihak ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut kristian termasuk dalam penerbitan akhbar Herald-The Catholic Weekly. UMNO telah menjadi juara dalam hal ini yang akhirnya membuatkan banyak pihak terutama pihak Menteri Agama, KDN dan lain-lain terpaksa bertindak membuat rayuan semula di Mahkamah. Namun umpama kata pepatah 'nasi sudah menjadi bubur' tindakan berani membakar gereja adalah kemuncaknya.

Yang DiPertua PAS Putrajaya Ustaz Mohamad Nazir dalam kenyataannya berkata; "Kita hairan bagaimana pelbagai pihak khususnya badan-badan, NGOs, persatuan-persatuan yang mewakili orang melayu rata-rata membantah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tanpa membawa alasan dan dalil yang jelas kenapa mereka menentang penggunaan kalimah Allah oleh agama lain. Kenapa pemimpin-pemimpin khususnya dari UMNO begitu bersungguh-sungguh membantah perkara ini, hanya dengan alasan pihak kristian mempunyai agenda yang tersembunyi.

Kenapa mereka sangat takut aqidah orang-orang melayu tergugat padahal merekalah yang menggubal dasar pendidikan negara, berbangga dengan sumbangan mereka dalam bidang pendidikan. Apakah mereka sudah lupa, bahawa merekalah yang telah mempunahranahkan tulisan jawi dari orang-orang melayu sedangkan tulisan jawilah yang banyak membantu orang-orang melayu memahami agama mereka.

Ternyata setelah 53 tahun UMNO memerintah negara, dasar pendidikan agama dikesampingkan. Mereka gagal memberi pendidikan agama yang secukupnya kepada rakyat untuk menjadi benteng mempertahankan aqidah mereka. Hari ini ilmu aqidah berada di mana? Sedangkan menurut hiaraki ilmu maka ilmu tauhidlah berada di kemuncak persada berbanding ilmu-ilmu lain. Namun apa yang berlaku hari ini ialah sebaliknya ilmu-ilmu tentang keduniaan lah mengambil tempat utama dalam hearaki ilmu. Maka sekarang mereka berkokok takut aqidah umat melayu diselewengkan dari penggunaan perkataan Allah oleh pihak lain.

Kenapa kita takut sekiranya ilmu aqidah yang diajar di sekolah-sekolah rendah kebangsaan dan menengah kebangsaan begitu mantap diajar kepada anak-anak kita. Masalahnya sekarang mereka yang bangkit menentang tidak pernah bangkit mempertahankan aqidah umat melayu, malah mereka sendiri tidak tahu ujung pangkal tentang aqidah. Mufti-mufti pula asyik mencampuri urusan politik kepartian dan tidak lagi menjadi seperti mufti-mufti terdahulu yang bertungkus lumus mengajar aqidah kepada umat. Malah ada mufti yang pandai mendedahkan bilangan sejumlah 250,000 umat Islam telah murtad tetapi tidak pandai memperbetulkan dasar pendidikan hari ini yang telah menjauhkan umat dari mengenali Allah yang sebenarnya, hingga ada di kalangan umat yang sanggup mempermain-mainkan hukum Allah.

Berbalik kepada isu perkataan Allah yang menjadi kontroversi hari ini, sepatutnya tidak menjadi sebarang masalah kepada kita membenarkan sesiapa sahaja menggunakan perkataan Allah untuk merujuk kepada Tuhan yang Esa yang menjadi kemuncak kepada pegangan murni umat manusia. Sesesat dan sejahat mana pun mereka naluri bertuhankan Tuhan Yang Sebenar (ALLAH) wujud di dalam jiwa mereka. Bahkan di dalam al-Quran sendiri ada menjelaskan bagaimana manusia yang ditimpa musibah seperti dilambung ombak yang dahsyat, pada ketika itu tidak ada yang lain yang mereka harapkan selain pertolongan Tuhan Yang Sebenar (ALLAH).


Khalid cadang orang ramai mendalami maksud 'Allah'

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menegaskan bahawa bukan isu kalimah Allah yang sepatutnya menjadi perebutan antara orang Islam dan bukan Islam, sebaliknya semua pihak diseru mendalami pengertian sebenar Allah itu sendiri.

"Bukan isunya kalimah (Allah), tapi maksud (sebenar) pada (kalimah) 'Allah' itu sendiri yang berbeza-beza," jelas beliau dalam Forum 'Allah: Siapa Yang Punya?' semalam.

Jelas beliau, Rasulullah s.a.w menggunakan nama Allah dalam surat-suratnya kepada pemerintah bukan Islam di sekitar kerajaan Madinah al-Munawwarah.

"Kalau Nabi melarang orang bukan Islam dari menggunakan nama Allah, mengapa Nabi menulis nama Allah di setiap surat Baginda s.a.w (yang diutuskan) kepada raja-raja bukan Islam," jelasnya.

Mengambil pengajaran dari dakwah Islamiyyah yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w, beliau yang juga Ahli Lajnah Politik PAS Pusat mengajak hadirin yang hadir supaya melihat isu menggunakan nama Allah di kalangan bukan Islam secara mudah.

"Isu ini hanya mudah, kita sembah Tuhan yang sama, Tuhan hanya satu, mana Tuhan ada banyak...(dan) orang Islam wajar menjelaskan bagaimana Allah yang Esa patut disembah," jelasnya.

Beliau turut menyalahkan kepemimpinan Umno kerana dilihat seolah-olah menggunakan media arus perdana untuk memanipulasi isu tersebut, demi meraih sokongan politik di kalangan masyarakat Melayu.

Beliau turut mendakwa tindakan Umno tersebut tidak sejajar dengan tuntutan dakwah sebagaimana dalam ayat 64 dan 65 dari Surah al-Imran.

Ekoran pandangan tersebut, seorang hadirin mendakwa bahawa Khalid tidak memahami realiti kedudukan kaum Melayu di Malaysia.

Menjawab dakwaan tersebut, Khalid berkata, "Saya tak faham Islam ala Melayu."

Forum yang dianjurkan oleh Free Public Forum (FPF) tersebut turut membariskan seorang budayawan Eddin Khoo, Pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr. Mohd Farid Mohd Shaharan, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr. Azwira A. Aziz, Filosof ISTAC Dr. Khalif Muammar, Pakar Dakwah Perbandingan Agama Shah Kirit Kakulal Govinji serta wartawan bebas Hasmi Hashim selaku panelis.

Forum yang bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) tersebut dihadiri lebih 1000 hadirin dari pelbagai bangsa dan ideologi.



Eishhh...... Mak Menakan Rosmah (RM+BN) rupanya....!!

Misteri Pembunuhan Kejam Ibu Saudara Rosmah - Mengapa Takut?

Minggu lalu negara digemparkan dengan berita empat beranak ditemui mati, termasuk seorang tanpa kepala, dalam insiden pembunuhan kejam di dua buah rumah berasingan yang terletak diberdekatan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh. Rupa-rupanya salah seorang mangsa pembunuhan kejam tersebut adalah Allahyarhamah Sofiah Katas yang merupakan ibu saudara kepada isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Sofiah Katas, 80 tahun, salah seorang yang dibunuh kejam itu ialah adik kepada Mansor Katas iaitu bapa kandung Rosmah sendiri.

Mangsa lain dalam pembunuhan kejam itu ialah Atan Daud, 90, (suami Sofiah) yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan dan Ismail Awang, 76, serta anaknya Siti Khadijah Ismail, 22.

Malangnya diberitakan Rosmah langsung tidak menjengukkan muka menziarahi keluarga ibu saudaranya sendiri yang dibunuh kejam itu!

Dan kelmarin, seorang wartawan akhbar PKR Suara Keadilan Abdul Qayum Abdul Rahman yang cuba merungkai misteri kematian Sofiah dan mengapa Rosmah tidak menziarahi keluarga si-mati telah mendakwa beliau diugut polis sebaik saja selesai mewawancara seorang wanita bernama Saharah yang merupakan saudara kepada Sofiah dan sepupu kepada Rosmah.

Abdul Qayum mendakwa di dalam Malaysiakini, selepas mengetahui beliau seorang wartawan Suara Keadilan, seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad memaksanya menyerahkan kad pengenalan dan mengambil nombor pendaftaran keretanya. Beliau turut merampas nota penulisan Qayum dan memadam semua rakamannya dengan Saharah. Muhammad juga turut merampas semua dokumen pengenalan Qayum, tanpa mendapat kebenarannya. Semua insiden tersebut diperhatikan oleh sekumpulan polis yang menunggu dan mengawal di luar rumah Saharah. Pihak polis dan Muhammad kemudiannya mengugut mahu mencari wartawan itu dan keluarganya dengan apa cara sekalipun jika temu bual tersebut disiarkan dalam Suara Keadilan.

Tiada siapa dapat meneka mengapa Rosmah sampai tergamak tidak menziarahi kematian ibu saudaranya sendiri. Juga tidak diketahui mengapa Rosmah begitu takut jika Suara Keadilan mendedahkan mangsa pembunuhan kejam itu ialah ibu saudaranya. Apa yang hendak Rosmah malukan, jika dia sendiri tiada kaitan dengan pembunuhan yang menggemparkan di mana suspek utamanya ialah seorang pemuda yang digambarkan kadang-kadang kurang siuman? Atau mungkin dia malu jika rakyat 1Malaysia tahu Rosmah mempunyai saudara mara yang kurang siuman? Mungkin Rosmah yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan pembunuhan kejam Altantuya tidak mahu dikaitkan dengan satu lagi pembunuhan yang lebih kejam dari itu yang melibatkan saudara maranya sendiri!

Baru kelmarin akhbar-akhbar kita cuba membina karektor baik untuk Rosmah dengan memuji setinggi langit peranannya membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa Mesir yang terbabit dalam misi memberi bantuan makanan kepada rakyat Gaza. Tapi manusia berkarektor baik itu tidak sanggup menziarahi ibu saudaranya sendiri yang dibuniuh secara sangat kejam! Dan manusia berkarektor baik itu juga telah mengarahkan polis untuk menghalang sesiapa saja dari mendedahkan dia mempunyai pertalian saudara dengan adik kandung ayahnya sendiri.

Patutlah 2 hari selepas pembunuhan kejam itu, polis membuat kenyataan kes pembunuhan itu telah selesai. Cepatnya!! Rupanya mereka tidak mahu rakyat Malaysia mengingati pembunuhan itu lagi kerana salah seorang mangsanya ialah ibu saudara Rosmah sendiri!

Saya percaya wartawan Suara Keadilan yang baru sebulan menyertai akhbar itu pasti tidak melupakan pengalaman diugut polis di Gemencheh itu seumur hidupnya!

~ pendikar gunung kriang


Lebah Tulis kalimah Allah, Singa Pun Sebut Nama Allah

Bakar Gereja Kejadian Malang Yang Berulang



Oleh Mohd Sayuti Omar

PERISTIWA pembakaran tiga buah gereja; gereja Metro Taberate, di Taman Melawati, gereja Assumption dan Life Chapel di Petaling Jaya sesuatu kejadian yang malang. Gereja adalah rumah ibadat. Pembakaran rumah ibadat sangat sensitif sekali tidak kira rumah ibadat agama apa sekali pun.

Kejadian semalam bukan pertama kali berlaku di negara ini. Sekitar tahun 1986/87 tiga buah masjid pernah dibakar hangus di Pahang. Kejadian itu sungguh menghiriskan hati umat Islam. Masjid yang terlibat ialah di Teriang dan di kampung Bohor Perpindahan Banjir dalam Maran Pahanag.

Rakyat negara ini mengutuk atas kejadian itu. Begitu juga dengan kuil hindu juga pernah menghadapi nasib yang sama. Kalau tidak salah ingatan tiada pula laporan sama ada mereka bertanggungjawab dengan kejadian itu berjaya ditangkap atau tidak?

Kini giliran gereja pula cuba dimusnahkan. Tidak kira siapa melakukannya kita kesal atas apa yang berlaku. Tidak seharusnya rumah ibadat di bakar!

Kita berharap polis menjalankan siasatan dan menangkap orang yang bertanggungjawab melakukannya. Dalam melihat kejadian ini apa yang perlu difahami dan dikaji ialah kenapakah berlaku kejadian malang itu. Mengutuk tidak menyelesaikan masalah tetapi berfikir mencari sebab musababnya paling mujarab demi memastikan kejadian itu tidak akan berulang pada masa akan datang baik ke atas rumah ibadat penganut agama apa sekalipun.

Apakah pembakaran itu disebabakan isu yang berlaku sekarang ini, mengenai tindakan Kristian yang beriya-iya ingin menggunakan kalimah Allah dalam majalah Herald. Apakah itu puncanya. Kita tahu suhu dan darah orang Islam sejati dua tiga hari ini panas gara-gara isu berkenaan.

Pun begitu kita tidak boleh menuduh kejadian itu perbuatan orang Islam. Orang Islam yang bersemangat 1 Malaysia, yang liberal dan memahami akan kesejagatan kalimah Allah tidak mungkin melakukannya. Mereka akan menjaga kesucian gereja dan rumah ibadat agama apa sekalipun.

Jadi siapakah yang bertanggungjawab? Apakah ada anasir lain yang sengaja ingin menimbulkan perpecahan dan menanam benih prangsangka di kalangan penganut agama di negara ini. Yang melakukan tersebut atas niat itu tentulah musuh negara. Mereka melakukan jenayah itu dengan hgarapan untuk menimbulkan pergaduhan antara penganut agama di negara ini.

Zaman semasa Parti Komunis Malaya (PKM) aktif dulu jika berlaku apa-apa perbuatan memusnhkan harta awam ianya akan dikaitkan dengan perbuatan jahat komunis. Hari ini komunis sudah tidak ada. Chin Peng nak balik pun dilarang. Lagpun komunis tidak sesekali bertindak ke atas kepentingan mana-mana agama.

Semua pihak seharusnya jangan cepat melatah dalam membuat penilaian ke atas kejadian itu. Walaupun suasana hari ini darah orang Islam panas, tetapi jangan ada yang terus menunding jari dan meletakkan kejadian itu dalam tanggungjawab orang Islam. Sesiapa juga cuba mengaitkan dengan orang Islam memburukkan lagi keadaan.

Polis kena siasat sebaik mungkin. Pihak Kristian juga perlu memahami kenapa gereja dibakar. Kalau mereka merasakan ia berpunca dari suasana yang timbul hari ini, maka berusahalah untuk mengatasi mengembalikan semula suasana sebelum 31 Disember lalu sebelum Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan Allah digunakan.

Penganut Krsitian dan semua orang kena menerima hakikat kenapa perkara malang ini tidak terjadi sebelum ini?

Sesungguhanya dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia ini jangan ada niat hendak mencuba atau pun membuat ujian test merket atas apa tujuan sekali pun kerana ia sangat merbahaya. Dan atas semangat 1 Malaysia dan menerima kalimah Allah sebagai hak sejagat rakyat Malaysia harus sama-sama menjaga keselamatan masjid, gereja dan kuil!

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails