SELAMAT DATANG

Sabtu, 13 Februari 2010

Dah Ada Abu Lahab Ada Buang anak Laaa.... UMNO bertanggungjawab semua Niiii....

Buang bayi: Kita kembali ke zaman jahiliah

MENGIKUT sejarah Islam, zaman sebelum Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi Rasul dikenali sebagai zaman jahiliah. Antara ciri penting zaman itu, masyarakatnya membunuh hidup-hidup bayi-bayi perempuan mereka kerana takut pelbagai perkara seperti dihina, sial, papa dan sebagainya.

Setelah kedatangan agama Islam tabiat itu dihapuskan. Ajaran Islam mengharamkan sama sekali perbuatan tersebut kerana ia bukan sahaja membunuh seorang manusia tidak berdosa tetapi juga menzaliminya yang amat sangat.

Namun sesudah zaman itu berlalu begitu jauh, sekarang ini dikenali pula sebagai zaman moden. Zaman ini penuh dengan pelbagai kecanggihan ilmu dan teknologi disebabkan perkembangan pesat akal manusia. Namun fenomena zaman jahiliah itu seolah-olah kembali semula.

Misalnya dalam minggu ini sahaja terdapat kes tiga orang bayi yang dilaporkan media massa dibuang oleh orang-orang tertentu. Amat kasihan sekali melihat mereka di dada akhbar. Apakah kesalahan yang mereka lakukan terhadap orang yang membuang mereka sehingga diperlakukan sedemikian rupa ke atas mereka?

Jika ditakdirkan bayi-bayi itu boleh bercakap dan mengerti apa yang diperlakukan ke atas mereka sebegitu rupa, yakinlah mereka juga akan mendakwa pihak-pihak yang tidak berperikemanusiaan terhadap mereka itu.

Jadi, sementara kita diberikan akal fikiran dan masih waras, bersama-samalah kita berfikir dan menginsafi betapa zalimnya perlakuan seperti itu. Bayangkan kalau sekiranya itu diperlakukan ke atas kita, apa jawapan kita?

Sungai Petani, Kedah



Kita Tunggu Zul Nordin Plak Kuar....Meluatt

Pakatan Pulau Pinang mahu ‘dedahkan’ Zahrain malam ini

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Feb 12 — Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang mengisytiharkan “perang” terhadap Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang memutuskan untuk keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa hari ini, sekali gus bertindak sebagai wakil rakyat bebas.

Tidak sampai 12 jam selepas Zahrain mengumumkan tindakannya membelakangi PR dengan keluar PKR, Pengerusi PKR Pulau Pinang Mansor Othman (gambar) pihaknya akan mendedahkan segala-galanya mengenai Zahrain dan menjawab tuduhan-tuduhan yang dilemparkan beliau malam ini.

Majlis penerangan yang akan dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng diadakan di bahagian pilihan raya Bayan Baru.

“Saya yakin Ketua Menteri akan mendedahkan segala-galanya malam ini,” kata Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Majlis penerangan ini juga akan dihadiri oleh semua Exco kerajaan negeri, kata Mansor yang menggantikan Zahrain sebagai pengerusi PKR Pulau Pinang tahun lalu.

Zahrain mengumumkan keluar dari PKR di sini pagi tadi berkuat kuasa serta-merta.

Zahrain berkata keputusan itu adalah kerana beliau kecewa dengan kepimpinan Lim serta kesal dengan perjuangan PKR dalam PR.

Mengulas keputusan Zahrain keluar PKR, Mansor berkata tindakan itu memang sudah dijangkakan.

“Sebaik sahaja Zahrain mula menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri, saya sudah menjangkakan yang beliau akan keluar PKR.

“Saya tidak kecewa dengan tindakan beliau keluar PKR, yang saya kecewa ialah perkataan-perkataan yang beliau gunakan terhadap Datuk Seri Anwar dan Ketua Menteri,” katanya.

Bagaimanapun kata Mansor kini senang bagi pihaknya untuk berhadapan dengan Zahrain.

“Sebelum beliau keluar, Zahrain bersama PKR... jadi sukar bagi menjawab tuduhan-tuduhan tidak berasas dibangkitkan beliau.

“Tetapi oleh kerana kini beliau sudah keluar, maka kami di PKR juga boleh menghadapinya dan menjawab segala tuduhan,” katanya.

Mansor juga memberitahu, sebenarnya kepimpinan bahagian Bayan Baru juga telah memutuskan untuk mengambil tindakan undi tidak percaya ke atas Zahrain.

“Ia sepatutnya diluluskan (dalam beberapa hari lagi) tetapi oleh kerana Zahrain sudah keluar, ia sudah tidak perlu diadakan, sudah tidak relevan.

“Ini dengan sendiri menunjukkan Zahrain sudah tiada sokongan di bahagiannya sendiri,” kata beliau yang turut menekankan bahawa tindakannya tidak akan membawa sebarang kesan.

Bahagian itu akan dipangku oleh timbalannya Tan Seng Kiat.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider akhir bulan lalu, Mansor memberitahu bahawa tiga hingga empat ahli Parlimen parti itu menunjukkan “hasrat” untuk menyertai Barisan Nasional.

Mereka termasuklah Zahrain.

Kini PKR ada empat anggota Parlimen di Pulau Pinang. Selain Zahrain tiga yang lain ialah Anwar (Permatang Pauh), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohd Yusmandi Yusoff (Balik Pulau).

Tindakan Zahrain keluar parti menyusuli kenyataannya dua minggu lalu mengkritik keras Lim sebagai diktator dan berfikiran komunis.

Zahrain dipetik sebagai berkata bahawa PR tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya.

Ini bukan pertama kali Zahrain mengkritik Lim.

Pada April tahun lalu, Zahrain turut menyalahkan Lim berhubung pelantikan Timbalan Ketua Menteri 1 dan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti.


Opsyen apaa.... Letak jawatan ahli parlimen....Tak Pun Kuar jaa Masuk BN... Nyampah!

MP Zul: ‘Saya ada opsyen untuk keluar PKR’

Oleh G. Manimaran


Zulkifli Noordin mempertimbangkan opsyen keluar PKR. - Gambar oleh Jack Ooi


KUALA LUMPUR, Feb 13 — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin mengakui “mempertimbangkan opsyen” untuk keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika gagal untuk meyakinkan kepimpinan parti itu termasuk susulan nasibnya yang bakal ditentukan lembaga disiplin, dijangka diketahui menjelang akhir bulan ini.

“Saya mempunyai opsyen untuk keluar parti... apa pun saya ini bukan ahli politik... opsyen yang ada ini luas (untuk saya mempertimbangkan).

“Yang jelas saya ini tidak mengejar jawatan, malah selama ini pun saya tidak pernah minta supaya saya dijadikan calon (pilihan raya),” kata Zulkifli dalam satu pertemuan dengan The Malaysian Insider baru-baru ini.

Pada pilihan raya umum 2004, Zulkifli bertanding di kawasan Parlimen Kuala Langat tetapi tewas kepada calon Barisan Nasional Datuk Dr Shafie Salleh.

Pada 2004, kata Zulkifli, beliau diminta bertanding di kerusi Parlimen Kuala Langat sehari sebelum hari penamaan calon.

Katanya beliau dipilih sebagai calon Kuala Langat bagi menggantikan Ezam Mohd Noor dan Azmin Ali. Zulkifli, yang kini disiasat lembaga disiplin, tidak bertanding dalam pilihan raya umum 1999, pilihan raya pertama selepas PKR (dahulu dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional) ditubuhkan.

“Begitu juga saya diminta bertanding di Kulim-Bandar Baharu dua hari sebelum hari penamaan calon. Ketika kedua-dua kali itu sebagai calon payung terjun,” katanya.

Bagaimanapun wakil rakyat yang dilabel sebagai “ekstremis” kerana seringkali membangkitkan isu agama menegaskan tidak akan menyertai Umno sama sekali.

“Umno? Tidak, tidak... PAS, sudah pasti tidak akan menerima saya,” kata beliau sambil menafikan Umno menarik balik petisyen pilihan raya terhadapnya pada akhir 2008 sebagai syarat atau umpan untuk menariknya menyertai parti dominan Barisan Nasional (BN) itu.

Oleh itu kata Zulkifli, mereka yang mengecamnya harus tahu bahawa beliau tidak mengutamakan jawatan dalam parti.

Pertemuan dengan The Malaysian Insider ini diadakan beberapa hari sebelum rakan separtinya, Datuk Seri Zahrain Hashim memutuskan untuk keluar PKR, sekali gus berperanan sebagai Ahli Parlimen Bebas bagi kerusi Bayan Baru.

Zulkifli, salah seorang peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya bagi kes syariah berkaitan dengan tuntutan qazaf kali ini, berkata beliau seorang yang “setia” kepada ketua pembangkang itu.

“Saya mempertahankan beliau dan mahu memastikan beliau menjadi perdana menteri satu hari nanti. Anwar mampu untuk melakukan keajaiban.

“Selepas beliau (Anwar) keluar dari penjara (pada 2004) beliau telah lakukan banyak perkara ajaib... sekarang kami mahu beliau jadi perdana menteri,” kata Zulkifli sambil menjustifikasikan kesetiaannya dengan mengatakan bahawa semasa di peringkat awal perbicaraan selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri beliau mengunjunginya di Penjara Sungai Buloh setiap hari.

Bagaimanapun menurut Zulkifli, sudah ada petanda hubungan beliau dengan Anwar kelihatan “retak” sejak kebelakangan ini.

“Anwar biasanya tidak akan menegur apabila saya membangkitkan isu-isu seperti ini tetapi buat kali pertama beliau memanggil saya (selepas membuat laporan polis terhadap Khalid Samad)... ini kali pertama... saya boleh melihat keretakan sudah wujud.

“Jadi, saya boleh melihat bahawa hari-hari saya di PKR sudah mula dihitung... walaupun saya naif dalam politik, saya sudah boleh merasakan perkara ini,” katanya yang mengakui ada yang menganggap beliau sebagai “liabiliti” kepada PKR.

Zulkifli berkata beliau pernah menawarkan untuk mengosongkan kerusi Kulim-Bandar Baharu kepada Anwar bertanding dalam pilihan raya kecil selepas keluar penjara.

Bagaimanapun disebabkan prosiding petisyen pilihan raya yang mengambil masa, Anwar mengubah pendirian dan bertanding di Permatang Pauh pula.

“Saya tidak pernah mengenakan (sebarang) syarat untuk saya mengosongkan kerusi Kulim-Bandar Baharu dan Anwar bertanding di sana. “Sebenarnya saya sudah pun menyediakan teks untuk dibacakan di mahkamah bagi mengumumkan yang saya mahu mengosongkan kerusi saya... tetapi entah macam mana prosiding mahkamah pada hari itu ditangguhkan,” kata Zulkifli menjawab soalan adanya desas-desus beliau mengenakan syarat-syarat tertentu kepada Anwar ketika itu.

Pada 24 Jan lalu Anwar menegaskan Zulkifli akan berhadapan dengan tindakan disiplin kerana sudah melampaui batasan.

Malah beliau turut kecewa dengan tindakan terbarunya membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Samad.

Tindakan membuat laporan polis itu dikatakan membelakangi semangat Pakatan Rakyat dan oleh itu bakal dihadapkan kepada lembaga disiplin PKR.

Dua hari kemudian beliau diputuskan untuk dirujuk kepada lembaga disiplin. Awal minggu ini, Zulkifli meramalkan akan ada anggota parti itu yang bertindak keluar dari PKR secara beramai-ramai dalam masa dua hingga tiga minggu ini.

Dakwanya senario itu berkemungkinan akan berlaku disebabkan rasa tidak puas hati di kalangan anggota parti terhadap kepimpinan tertinggi PKR yang langsung tidak mengendahkan aduan mereka berhubung masalah yang dihadapi dengan DAP.

Beliau mendakwa DAP tidak diperlukan dan merupakan duri dalam daging kepada pakatan tersebut. Kata beliau tindak-tanduk kepimpinan DAP sejak 8 Mac 2008 sehingga kini membuktikan sikap angkuh, sombong, cauvinis, ekstremis dan diktatorial yang bukan sahaja keterlaluan, malahan bercanggah dengan semangat dan persefahaman dalam Pakatan Rakyat.

Martabat Nafsu

oleh Nur Anwar

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Firman Allah:
"Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dengan bentuk yang sebaik-baiknya"
Hadis Qudsi,firmanNya:

"Sesungguhnya manusia itu rahsiaKu dan Akulah yang menjadi rahsianya.Dan rahsia itu sifatKu dan sifatKu tiada lain, Aku lah jua"

Mengenai soal makrifat pula Allah berfirman dalam hadis Qudsi:

"Akulah perbendaharaan yang tersembunyi. Aku ingin supaya dikenali(dimakrifat i), maka Aku jadikan alam ini,maka mereka makrifat kepadaKu"

FirmanNya lagi:

"Sesungguhnya Allah memrintahkan kamu (manusia) memulangkan amanah kepada yang berhak (Allah)"

Jadi taraf kemuliaan sesorang hamba Allah itu adalah bergantung sejauh mana taraf makrifatnya kepada Allah. Sekiranya kita berjaya mencapai tahap sebenar-benar makrifat jadilah kita sebaik-baik makhluk sebagaimana firmanNya:
"Sesungguhnya yang beriman dan beramal soleh, mereka itu adalah sebaik baik makhluk"
Tapi sebaliknya sekiranya kita gagal untuk mengembalikan amanah untuk makrifat maka jadilah kita sebagai mana yang di firmankan olehNya:

"Kemudian Kami kembalikan dia di tempat yang serendah-rendahnya"

Dan firmanNya lagi:

"Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk"

Baik buruknya manusia adalah bergantung kepada tahap-tahap kesucian batinnya atau nafsunya.

Nafsu mempunyai dua pengertian:

1. Suatu pengertian yang meliputi segala tabiat-tabiat: spt. marah, nafsu berahi dan syahwat serta semua yang keji seperti hasad dengki, riak, dendam, sum'ah dan sebagainya. Nafsu ini ada juga pada binatang. Tapi tiada sama sekali pada malaikat. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu engkau yang terletak di antara dua lambung engkau"

2. Makna yang kedua adalah berkaitan kejadian "latifah rabbaniyyah' iaitu sesuatu yang batin yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar sebaliknya ia adalah melibatkan soal-soal kerohanian.

Jenis-jenis nafsu yang saya huraikan adalah:

1. Amarah
2. Lawammah
3. Mulhammah
4. Mutmainah
5. Radhiah
6. Mardhiah
7. Kamaliah

1. AMARAH

Amarah adalah martabat nafsu yang paling rendah dan kotor di sisi Allah. Segala yang lahir darinya adalah tindakan kejahatan yang penuh dengan perlakuan mazmumah (kejahatan/keburuka n). Pada tahap ini hati nurani tidak akan mampu untuk memancarkan sinarnya kerana hijab-hijab dosa yang melekat tebal, lapisan lampu makrifat benar-benar terkunci. Dan tidak ada usaha untuk mencari jalan menyucikannya. Kerana itulah hatinya terus kotor dan diselaputi oleh pelbagai penyakit.

Firman Allah:
• "Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya"
• "Sesungguhnya nafsu amarah itu sentiasa menyuruh manusia berbuat keji(mungkar) "
• "Bahkan manusia itu hendak berbuat maksiat terus menerus)"

Dalam kehidupan seharian segala hukum hakam, halal-haram, perintah dan larangan tidak pernah di ambil peduli. Malah buat kejahatan itu sudah sebati. Tidak ada penyesalan, malah kadang-kadang bangga buat jahat. Contohnya dia berbangga dapat merosakkan anak dara orang, bangga dengan kehidupan songsang, minum, berjudi, pergaulan bebas malah jadi barat lebih dari orang barat. Bagi mereka pada peringkat nafsu ini, konsep hidupnya adalah sekali, jadi masa mudalah untuk seronok sepuas-puasnya tanpa mengenal batas-batas. Baik jahat adalah sama sahaja di sisinya tanpa ada perasaan untuk menyesal. Malah kadang-kadang bila boleh buat jahat seolah-olah terdapat perasaan lega dan puas. Itulah sebabnya kadang-kadang ada yang dapat nak mengawalnya dari melakukan sesuatu yang jahat. Dah jadi hobi. Hatinya telah dikunci oleh Allah sebagaimana firmanNya:

"Tidaklah engkau perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsunya (amarah) menjadi Tuhan dan dia disesatkan oleh Allah kerana Allah mengetahui (kejahatan hatinya) lalu Allah mengunci mati pendengarannya (telinga batin) dan hatinya dan penglihatannya (mata hatinya) diletak penutup."

Manusia pada peringakat nafsu amarah ini bergembira bila menerima nikmat tetapi berdukacita dan mengeluh bila tertimpa kesusahan.

Firman Allah:

"Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia,nescaya mereka gembira dengan rahmat itu.Dan apabila mereka ditimpa suatu musibah akibat kesalahan tangan mereka sendiri, lantas mereka berputus asa."

Jelasnya pada peringkat ini segala tindak tanduknya adalah menuju dan mengikut apa kehendak syaitan yang mana telah dikuasai sepenuhnya olehnya(Syaitan) . Rupa sahaja manusia, tapi hati dikuasai syaitan.

Pada peringkat ini, manusia itu tak makan nasihat. Tegurlah macam manapun. Dia tetap tak akan berubah kecuali diberi hidayah olehNya.

Mereka tidak pernah takut pada Allah dan hari pembalasan. Malah meremehkan lagi ada. Mengejek dan mencemuh. Mereka tidak pernah peduli dengan ancaman Allah seperti:

"Akan dicampakkan ke dalam neraka jahanam dari golongan jin dan manusia yang mempunyai hati tidak memrhati,mempunyai mata tidak melihat,mempunyai telinga tidak mendengar.Mereka itu adalah binatang malah lebih hina dari binatang kerana mereak termasuk di dalam golongan yang lalai".

Mereka suka mencela orang lain, memperbodohkan kelemahan orang lain dan melihat dirinya sendiri serba sempurna. Mereka tidak pernah menyandarkan hasil usahanya kepada Allah. Mereka fikir apa sahaja kejayaan mereka adalah hasil titik peluh diri sendiri.

Jiwa mereka pada tahap ini adalah kosong dan hubungan dirinya dengan Allah boleh dikatakan tidak wujud.

Dalam konteks penerimaan ilmu, orang yang bernafsu amarah hanya berupaya menerima ilmu diperingkat ilmu Qalam. Terutamanya yang mementingkan soal-soal lahiriah dunia sahaja. Tak ada minat kepada pelajaran agama dan hari akhirat. Pada peringkat tidak ada peluang sama sekali untuk menerima ghaib dan ilmu syahadah selagi hatinya kotor dan tidak disucikan dengan pembersihan zikrillah yang mempunyai wasilah bai'ah dengan Rasulullah s.a.w. Untuk membebaskan diri dari cengkaman nafsu ini hendaklah menemukan jalan wasilah ilmu Rasulullah s.a.w dengan menerima tunjuk ajar dari ahli zakir iaitu guru mursyid yang dapat memberikan petua-petua penyucian diri dan penyucian jiwa yang mempunyai mata rantai dengan Rasulullah s.a.w.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Tiap sesuatu ada alat penyucinya dan yang menyuci hati ialah zikir kepada Allah "
Pada tahap amarah ini kalau berzikirpun hanya dibibir sahaja tanpa meresap ke dalam jiwa. Amarah tidak mengenal sesiapa, malah ahli kitab sekalipun walaupun ada kelulusan Azhar, walupun berserban dan berjubah. Amarah tidak pernah takut dengan itu semua malah lagi senang ia menyerang. Yang ia takut hanyalah zikrillah.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesungguhnya syaitan itu telah menaruh belalainya pada hati manusia, maka apabila manusia itu berzikir kepada Allah , maka mundurlah syaitan dan apabila ia lupa, maka syaitan itu menelan hatinya"

2. NAFSU LAWWAMAH

Nafsu lawwamah ialah nafsu yang selalu mengkritik diri sendiri bila berlaku suatu kejahatan dosa atas dirinya. Ianya lebih baik sedikit dari nafsu amarah. Kerana ia tidak puas atas dirinya yang melakukan kejahatan lalu mencela dan mencerca dirinya sendiri. Bila buat silap dia lebih cepat sedar dan terus kritik dirinya sendiri. Perasaan ini sebenarnya timbul dari sudut hatinya sendiri bila buat dosa, secara automatik terbitlah semacam bisikan dilubuk hatinya. Inilah yang di katakan lawwamah. Bisikan hati seseorang akan melarang dirinya melakukan sesuatu yang keji timbul secara spontan bila terqosad sahaja dihatinya. Cepat rasa bersalah pada Allah Rasulullah atas keterlanjurannya. Ianya ibarat taufik dan hidayah Allah untuk memimpinnya kembali dari kesesatan dan kesalahan kepada kebenaran dan jalan yang lurus.

Rasulullah s.a.w bersabda:

• "Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, maka Allah akan menjadikan untuknya penasihat dari hatinya sendiri"

• "Barangsiapa yang hatinya menjadi penasihat baginya, maka Allah akan menjadi pelinding ke atasnya."
Tapi bila seseorang itu meningkat ke martabat nafsu lawwamah tapi tidak mematuhi isyarat lawwamah yang memancar di hatinya, maka lama-kelamaan isyarat ini akan padam dan malap. Hingga jatuhlah kembali pada tahap nafsu amarah kembali. Sebab itu kadang-kadang kita tengok sekejap orang tu baik, sekejap berubah jahat kembali. Kemudian berubah balik. Inilah bolakan hati yang di sebabkan oleh keadaan nafsunya yang berubah-ubah.

Firman Allah:

• "Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti (suruhan jahat) mereka setelah datang ilmu (isyarat lawwa-mah) kepadamu, sesungguhnya kamu termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim"

• "Sesungguhnya petunjuk Allah ialah petunjuk yang sebenarnya.Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan (jahat dan keji) mereka , setelah ilmu diperolehi (datang kepadamu) maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu".

Pada tahap lawwamah ini masih lagi bergelumang dengan sifat-sifat mazmumah tapi jumlahnya mulai berkurang sedikit. Keinsafan memancar. Sekiranya dia terus mematuhi isyarat lawwamah yang ada, sedikit demi sedikit sifat-sifat keji dapat dihapuskan. Pada peringkat ini dia banyak meneliti diri sendiri dan merenung segala kesilapan yang lampau. Bila perasaan menyesal datang, orang-orang pada peringkat sangat mudah mengeluarkan air mata penyesalan. Kerap menangis dalam solat, atau bila sendirian, sewaktu berzikir, bersolawat. Air matanya bukanlah disengajakan tetapi berlaku secara spontan. Inilah dikatakan sebagai tangisan diri. Pada peringkat ini mula banyak mengkaji dan meneliti alam dan kejadian. Malah sentiasa membandingkan sesuatu dengan dirinya. Mereka juga menjadi gila untuk beribadat dan cenderung kepada perbincangan berkaitan soal mengenal diri dan mula jemu dengan persoalan yang tidak berkaitan dengan agama. Perubahan ini boleh jadi mendadak sekiranya kita terjun ke alam tasauf.

Rasulullah s.a.w bersabda:

• "Bahawasanya orang-orang mukmin itu perhatiannya pada solat, puasa dan ibadat dan orang munafik itu perhatiannya lebih kepada makanan dan minuman seperti halnya binatang"

• "Sedikit taufik adalah lebih baik dari banyak berfikir dan berfikir perkara duniawi itu mendaruratkan dan sebaliknya berfikir perkara agama pasti mendatangkan kegembiraan"

Pada tahap ini sudah mementingkan akhirat dari dunia.
Namun begitu walau nak dibandingkan dengan amarah ia lebih tinggi sedikit, namun sekali-sekala ia tidak terlepas juga dari jatuh kedalam jurang dosa dan kejahatan.Imannya masih belum kuat.Namun ia cepat sedar dan cepat beristigfar minta ampun kepada Allah.

Firman Allah:
"Aku bersumpah dengan nafsu lawwamah"

Sebagai contoh kalau tertinggal sembahyang terdapat perasaan kecut hati dan cepat menyesal sehingga terus pergi kadha.

Antara sifat nafsu lawwamah adalah:

1. Mencela diri sendiri
2. Bertafakur dan berfikir
3. Membuat kebajikan kerana ria
4. Kagim pada diri sendiri yakni 'ujub
5. Membuat sesuatu dengan sum'ah -agar dipuji
6. Takjub pada diri sendiri

Sesiapa yang merasa berdegup di hati sifat seperti di atas masih lagi berada pada tahap nafsu lawwamah. Ianya adalah terdapat pada kebanyakan orang awam .

Harus kuat berzikir lagi untuk menembus dan menyucikan sisa-sisa karat hati. Zikir pada peringakat nafsu ini masih lagi dibibir tetapi kadang-kadang sudah mulai meresap masuk ke lubuk hati tapi dalam keadaan yang tidak istiqamah. Pada peringkat ini memang sudah timbul gila beribadat sehingga kadang-kadang merasa dirinya ringan dan melayang, kadang-kadang macam hilang dirinya. Rasa semacam semut berderau diseluruh tubuhnya terutama pada bahagian tulang belakang dan tangannya. Keadaan beginilah menimbulkan keasyikan yang menyeronokkan dengan amalan zikir dan ibadat lain.

Pada pringkat ini sudah boleh menerima sedikit ilham hasil dari zauk dan kadang-kadang mengalami mimpi yang perlu ditafsir kembali oleh guru. Bila berterusan dengan petua dan amalan yang diberi oleh guru InsyaAllah nafsunya lawwa-mah ini akan meningkat kepada tahap seterusnya.

3. MULHAMAH

Nafsu ini lebih baik dari amarah dan lawwa-mah.Nafsu mulhamah ini ialah nafsu yang sudah menerima latihan beberapa proses kesucian dari sifat-sifat hati yang tercemar melalui latihan sufi/ tariqat/ amalan guru lainnya yang mempunyai sanad dari Rasulullah s.a.w.Kesucian hatinya telah menyebabkan segala lintasan kotor atau khuatir-khuatir syaitan telah dapat dibuang dan diganti dengan ilham dari malaikat atau Allah.

Firman Allah:
"Demi nafsu (manusia) dan yang menjadikannya (Allah) lalu diilhamkan Allah kepadanya mana yang buruk dan mana yang baik, sesungguhnya dapat kemenanganlah orang yang menyucinya (nafsu) dan rugilah (celakalah) orang yang mengotorkannya( nafsu)

Makam nafsu ini juga dikenali dengan nafsu samiah. Pada pringkat ini amalan baiknya sudah mengatasi amalan kejahatannya. Sifat mazmumah telah diganti dengan mahmudah. Sikap beibadat telah tebal dan amalan guru terus diamalkan dengan lebih tekun lagi.

Pada penyesalan pada peringakat lawwamah tadi terus bersebati di dalam jiwa. Isyarat lawwamah sentiasa subur. Sesungguhnya taubat orang peringkat mulhamah ini adalah "taubatan nasuha". Bukan shaj di mulut tetapi hakiki.
Dalam kehidupan sudah terbina satu skap yang baik,tabah menghadapi dugaan, bila terlintas sesuatu yang ke arah maksiat cuba-cuba memohon kepada perlindungan dari Allah.

Firman Allah:

"Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.Sesunggu hnya orang-orang yang bertaqwa , bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketiak itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahan ."

Sabda Rasulullah S..a.w:

"Barangsiapa yang merasa gembira dengan kebaikannya dan merasa susah (gelisah) dengan kejahatan yang dilakukan, maka itu orang-orang mukmin"

Zikir pada tahap ini telah menyerap kedalam lubuk hatinya bukan sekadar berlewa-lewa dibir sahaja lagi. Malah sudah menerima hakikat nikmat zikir dan zauk. Bila disebur nama Allah rindunya sangat besar, berderau darahnya dan gementar tubuhnya tanpa disengajakan.

Firman Allah:

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu, bagi mereka apabila sahaja disebut nama Allah, nescaya gementarlah seluruh hati mereka"

Perasaan ini terus menjalar sehingga bertemu kekasihnya.

Antara sifat-sifat yang bernafsu mulhamah:

1. Sifat-sifat ketenangan,lapang dada dan tidak putus asa.
2. Tak sayangkan harta
3. Qanaah.
4. Berilmu laduni
5. Merendah diri/ tawwadu'
6. Taubat hakiki
7. Sabar hakiki
8. Tahan ujian dan menanggung kesusahan

Mereka pada tahap ini mulai masuk ke sempadan maqam wali yakni kerapkali mulai mencapai fana yang menghasilkan rasa makrifat dan hakikat (syuhud) tetapi belum teguh dan kemungkinan untuk kembali kepada sifat yang tidak baik masih ada. Kebanyakan orang cepat terhijab pada masa ini kerana terlalu asyik dengan anugerah Allah padahal itu hanyalah ujian semata-mata. .

Dalam konteks ilmu pula mereka bukan sahaja menguasai ilmu qalam malah sudah dapat menguasai ilmu ghaib menerusi tiga cara laduni iaitu nur, cara tajalli dan cara laduni di peringakat sir. Yang dimaksudkan dengan laduni peringkat sir ialah menerusi telinga batin yang terletak ditengah-tengah kepala yang biasanya dipanggil bahagian tanaffas. Suara yang diterima amat jelas sekali. Tak ubah seperti mendengar suara telefon. Pada masa yang sama pendengaran zahir tetap tidak terganggu walaupun masa menerima laduni sir itu ada kawan berbual. Biasanya suara ghaib itu adalah waliyulah atau ambia yang merupaka guru-guru ghaib yang bertugas mengajar ilmu ghaib pada mereka yang diperingkat mulhamah.

Tapi perlu ingat guru murysid zahir kita tetap guru. Malah Guru mursyid kita sebenarnya telah berkomunikasi terlebih dahulu dengan guru-guru ghaib ini. Sebab tu kalau tak ada murysid kita akan terpedaya dengan syaitan dan jin yang menyamar. Pembukaan telinga batin ini pada awalnya berlaku seakan suatu bisikan suara yang dapat dibahagian dalam anak telinga, dimana pada permulaannya merasa berdesing. Kemudian barulah dapat dengar jelas.
Zikir tetap meningkat. Pada peringkat inilah Allah berfirman:

"Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir kepada Allah.Ingatlah hanya dengan berzikir kepada Allah sahajalah hati menjadi tenteram".

4. NAFSU MUTMAINAH

Inilah peringkat/ martabat nafsu yang pertama yang benar-benar direhai Allah seperti yang saudara kita nyatakan di atas. Yang layak masuk syurga Allah. Maknanya siapa sampai pada maqam ini bererti syurga tetap terjamin, InsyaAllah. Hakikat inilah yang difirmankan Allah:

"Wahai orang yang berjiwa / bernafsu mutmainnah,pulangla h kepangkuan Tuhanmu dalam keadaan redhai meredhai olehNya dan masuklah ke dalam golongan HAMBAKU dan masuklah ke dalam syurgaKU".

Pada peringkat ini jiwa mutmainnah merasakan ketenagan hidup yang hakiki yang bukan dibuat-buat. Tidak ada lagi perasaan gelisah. Semuanya lahir dari tauhidnya yang tinggi dan mendalam. Tauhid yang sejati dan hakiki. Tidak ada lagi perbezaan senang dengan susah baginya sama sahaja. Pada maqam inilah permulaan mendapat darjat wali kecil.

Antara sifat-sifat maqam ini adalah:

1. Taqwa yang benar.
2.. Arif
3. Syukur yang benar
4. Tawakkal yang hakiki
5. Kuat beribadat
6. Redha dengan ketentuan Allah
7. Murah hati dan seronok bersedekah.
8. Dan lain-lain sifat mulia yang tidak dibuat-buat.

Pada maqam ini biasanya(walaupun tidak semestinya), akan adanya keramat-keramat yang luar biasa serta mendapat ilmu dengan tak payah belajar sebab sudah dapat mengesan rahsia-rahsia dari LohMahfuz. Adanya sifat lidah masin. Apa yang keluar dari mulut bukan sembarangan lagi bahkan menerusi yang dipanggil sebagai 'inkisaf'. Mereka sudah menguasai ilmu peringkat nur, tajalli, sir dan juga sirussir, iaitu lebih tinggi dari maqam mulhamah. Yang dikatakan menerusi sirussir ialah cara penerimaan dengan telinga dan mata batin. Kalau mulhammah tadi baru terbuka dengan telinga batin tanpa mata batin. Dengan mata batin inilah dia berupaya melihat sesuatu yang ghaib yang tak mampu dilihat oleh mata biasa kita. Malah dapat melihat sesuatu yang akan berlaku pada masa akan datang. Betul-betul macam melihat TV. Malah siap boleh rewind lagi. Kalau guru kita nak lihat sejarah hidup kita yang lalu biasanya dia akan memrhati rakaman hidup kita dan mengesan dimana kesilapan kita dan memberi petua untuk membetulkannya. Kalau mencuri disuruhnya kita memulangkan kembali serta minta halal dan maaf, dan sebagainya lagi. Namun begitu dia tetap akan menjaga aib muridnya kepada orang lain. Perlu dingat pada peringkat ini dia tidak terganggu penglihatan dan pendengaran zahirnya pada masa sama melihat dan mendengar yang batin walaupun duduk di kedai kopi bersama-sama orang lain. Melalui penerimaan sirussir ini dia berupaya melihat alam barzakh, menjelajahi alam alam malakut. Keyakinan mereka sudah pada tahap ainul yakin dan haqqul yakin.

Fana juga boleh berlaku yang dikenali sebagai "fana qalbi" iaitu merupakan penafian diri ataupun menafikan maujud dirinya dan diisbatkan kepada wujudnya Allah semata-mata. Inilah peringkat yang kita bincangkan dulu mengenai LAA MAUJUD ILLALLAH. Keadaan inilah yang digambarkan Allah:

"Semua yang ada adalah fana (tiada wujud hakikinya).Dan yang kekal(baqa) itu adalah wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan"

Namun fana qalbi ini tidaklah kekal.

5. NAFSU RADHIAH

Maqam ini dinamakan radhiah kerana perasaan keredhaan pada segala ketentuan dan hukuman Allah. Pada maqam ini sudah tidak ada rasa takut dengan pada bala Allah dan tak tahu gembira dengan nikmatNya. Sama sahaja. Apa yang penting Allah redha padaNya. Itu kalau sakitpun dah tak perlu kepada ubat, sebab bagi dia sakit itulah nikmat kerana dia merasa makin dekat dengan tuhannya. Wang ringgit sudah sama dengan daun kayu. Emas sama dengan tanah. Dunia sudah dipandang kecil , malah sudah tidak dipandang lagi sebaliknya dunia yang datang kepadanya.

Firman Allah:

"Sesungguhnya wali-wali Allah itu tak rasa ketakutan dan tak pernah rasa kerungsingan di atas mereka".
Ini kerana nur syhuhud sudah sebati dalam jiwa mereka. Alam sekeliling seperti cermin yang boleh mereka melihat Allah setiap ketika. Ini adalah maqam musyahadah tahap ihsan seperti hadis Rasulullah s.a.w:

"Hendaklah kamu menyembah Allah sebagaimana kamu melihatNya.. ."

Ini adalah maqam wali dalam martabat khawas.

Pada masa inilah apa yang diisyaratkan oleh rasulullah s.a.w:

"Takutilah akan firasat orang mukmin, bahawasanya orang-orang mukmin itu melihat dengan Nur Allah".
Pada tahap radhiah ini ,ia melihat melalui basyirahnya, merenung dengan kasyafnya , bertindak melalui perintah ilmu laduninya.Mulutnya dan doanya sangat mustajab..'Barang dipinta barang jadi"

Orang dimaqam ini kadang-kadang perbuatannya menyalahi syariat.Percakapan kadang-kadang menyinggung orang biasa yang tak faham tapi dikeluarkan tanpa sengaja.Masih lagi mengalami fana qalbi.tapi tidak menentu.Hidupnya ibarat dilambung gelora cinta seolah terapung bersama-sama Allah.Hanya memandang dan menyaksikan sesuatu bahawa tiada suatu yang wujud di dunia ini melainkan wajah Allah semata-mata:

Firman Allah:
"Di mana saja kamu menghadap, maka disitulah wajah Allah

Itu yang terjadi pada Al Junaid:Tiada apa dalam jubahku, melainkan Allah.
Mereka sudah memandang yang banyak kepada satu.Keadaan inilah boleh menimbulkan fitnah, malah kadang-kadang orang akan anggap gila. Inilah maqam Ana'al Haq-Mansur Al-Hallaj.

Zikir pada peringkat ini adalah secara 'khafi' yang telah meliputi seluruh anggota zahir dan batinnya. Pada peringkat inilah kulit berzikir, daging berzikir, tulang berzikir, malah semuanya berzikir. Tu yang jadi darah Al-Hallaj membentuk tulisan Allah lalu keluar zikir, malah kematian wali-wali seperti Tok Ku Paloh, masih lagi terdengar zikir di badannya. Kadang-kadang mereka dijemput menjelajah alam ghaib kubra yang diluar akal manusia. Malah mereka di ajar ilmu tinggi yang lebih canggih dari manusia biasa yang boleh dicapai oleh zaman moden ini. Mereka boleh buat perhubungan secara langsung dengan para rasul, nabi, ambia dan waliyullah yang lain. Mereka menuntut ilmu dengan aulia macam berbincang dengan kawan melalui handphone, malah boleh berinteraksi beramai-ramai walaupun masing-masing berada di berbeza tempat.

Sifat-sifatnya:

1. Ikhlas
2. Warak
3. Zahid
4. Dan lain-lain lagi yang baik yang ada pada maqam sebelum ini

6. NAFSU MARDIAH

Pada peringkat ini segala yang keluar darinya semuanya telah diredhai Allah. Perilakunya, kata-katanya, diamnya semuanya dengan keredaan dan keizinan Allah belaka. Akan keluar keramat yang luar biasa.. Mereka sudah menanam ingatan pada Allah diteras lubuk hati mereka menerusi cara "khafi-filkhafi" , maknanya secara penyaksiaan 'basitiah' iaitu penyaksian sifat ma'ani Allah yang nyata dan dizahirkan oleh diriNya sendiri. Af'al diri mereka sudah dinafi dan diisbahkan secara langsung kepada af'al Allah semata-mata. Jiwa mereka betul-betul sebati, ingatan mereka terhadap Allah tidak sesaatpun berpisah darinya. Penyaksiaan terhadap hak sifat Allah jelas baginya sehingga hilang dirinya nya sendiri. Inilah dinyatakan sebagai Abu Yazib Bistami: "Subha Inni.."

"Pandanglah yang satu pada yang banyak"

Peringkat ini sudah tenggelam dalam fana baqabillah. Pada peringkat inilah suka mengasingkan diri,tidak suka bergaul lagi dengan makhluk.

Namun begitu ia mmepunyai kesedaran dua alam sekaligus. Zahir dan batin. Dan ia akan kembali normal seperti biasa. Kalau peringkat sebelum ini mungkin sampai tak terurus.

Konsep perjalanannya lebih kurang dengan radhiah.mereka berpegang kepada konsep:

Firman Allah:

"Apa yang di sisi kamu itu pasti lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal".

Perkataan syatahah sudah hilang.Mereka suka hidup nafsu nafsi.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Apabila kamu sekalian melihat seseorang mukmin itu pendiam dan tenang , maka dekatilah ia.Sesungguhnya dia akan mengajar kamu hikmah"

Menyentuh tentang zikirnya, zikirnya adalah zikir rahsia, tidak lagi ada lafaz dengan lidah mahupun hati, tapi seluruh anggota zahir dan batin mengucapkan dengan zikir rahsia yang didengar oleh telinga batin di maqam tanaffas. Zikirnya tidak pernah terganggu dengan alam zahir walaupun dia tengah bercakap atau buat apa sahajapun.

Firman Allah:

"Orang-orang berzikir kepada Allah sambil berdiri, sambil duduk dan dalam keadaan berbaring... "

Bagi mereka di maqam ini setiap perbuatan, perkataan, penglihatan dan apa sahaja adalah zikir.

Pada tahap ini mempunyai kekeramatan yang amat luar biasan. Namun biasanya jarang sekali menzahirkannya kelebihannya itu. Dari segi ilmu, mereka sudah memperolehi ilmu semua peringkat sebelum ini iaitu nur, tajalli, sir, sirussir malah ditambah lagi dengan cara tawasul/yaitu secara jaga dengan ambia dan waliyullah. Kehadiran wali-wali kepada orang maqam mardiah ini lebih merupakan penghormatan dan ziarah sahaja. sambil berbincang-bincang. Mereka berpeluang menjelajah seluruh alam alam maya dan alam ghaib termasuk syurga, neraka dan sebagainya. Mereka berupaya melawat bermacam-macam tempat samada dengan pecahan diri batinnya atau dengan jasad sekali. Malah dalam satu masa boleh menjelma di pelbagai tempat. Ini dipanggil "Khawa Fulkhawaf". Ianya berlaku tanpa sengaja dan tanpa dapat dikawal

Sifat-sifatnya:

1. Redha dan rela dengan apa-apa pemberian Allah
2. Lemah lembut pergaulannya
3. Elok dan tingginya budi
4. Lain-lain sifat terpuji maqam sebelum ini.

7. KAMALIAH

Maqam ini adalah tertinggi. Maqam ini digelar sebagai "baqa billah", Kamil Mukamil", Al Insan kamil kerana ia dapat menghimpunkan antara zahir dan batin, yakni ruh dan hatinya kekal kepada Allah tetapi zahir tubuh kasarnya tetap dengan manusia. Hati mereka kekal dengan Allah tak kira masa dan tempat, tidur atau jaga sentiasa mereka bermusyahadah kepada Allah. Ini adalah maqam khawas al khawas. Semua gerak geri mereka sudah jadi ibadat. Hatta berak kencing mereka, tidur mereka dan sebagainya.

Ilmu mereka adalah seperti yang dinyatakan oleh Imam Ghazali, ilham dan ilmu mukasyafah yang diterima nya tidak bukan adalah sama dengan istilah wahyu semuanya datang terus dari Allah. Cuma kalau Rasul dan Nabi di panggil Wahyu dan manusia biasa yang kamil di panggil Ilham.

Saya rasa sekadar ini lah yang termampu oleh saya. Mungkin ada kelemahan dan ketinggalan dalam istilah atau pengertian. Wahai Tuan -tuan sila perbetulkan dan tambah lagi mana-mana yang kurang.Mengenai kaedah zikir pada maqam-maqam saya rasa ada saudara yang akan menghuraikanya berpandukan kaedah tariqat masing-masing. InsyaAllah.

Semoga Allah mengampun saya atas segala kesilapan.Dan harap memberi manafaat pada semua.

Sumber rujukan:

Al-Hikam
Ihya Ulumudin
Rahsia Mengenal Diri
Mengenal Diri Dan Wali Allah
Awarif al Ma'arif
Mengenal Ilmu Tasauf
Siapa Wali
Risalatul Qusyairiah
Sirrul Asrar
Perkembangan Tasauf dari Abab ke Abab
Al-Quran dan Al Hadis
Dan lain-lain
Serta pengalaman bersama dan tunjuk ajar Yang Amat Mulia Mursyid Tercinta

Orang Melayu makin tersepit

dari email terpilih

Asalamulaikum sahabat

Kali pertama saya menulis setelah sekian lama menjadi pembaca setia disini. Saya suka berada dengan sahabat sekelian kerana banyak ilmu dan pengalaman yang saya dapat dari sini.

Saya ingin mengajak sahabat sahabat untuk berfikir tentang apa yang kita sebagai rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu didalam tanah air sendiri menjalani kehidupan seharian. Akhir-akhir ini kita dihempap dengan berbagai masalah baik dari segi sosial, ekonomi dan status kita sebagai bangsa Melayu yang menjadi tuan punya negara yang dinamakan Malaysia.

Kita makin tertekan dengan kenaikan harga barang keperluan. Jika barang mewah atau barang kurang perlu naik harga tak lah kita kisah sangat. Tetapi barang makanan semakin naik harga. Gula, tepung dan beras yang terkawal harganya naik sedikit demi sedikit. Caj perkhidmatan seperti tol , pengangkutan dan lain-lain juga turut naik. Bank juga semakin tidak bertimbang rasa. Kalau dulu kereta cuma akan ditarik selepas 4 atau 6 bulan kini 3 bulan sudah kita terima akibatnya. Pinjaman juga semakin susah untuk diperolehi. Peniaga makin kekurangan modal lalu pelanggan menerima akibatnya.

Oleh Melayu kini tidak lagi mudah untuk berurusan dengan bangsa-bangsa pendapatan. Orang Cina sudah tidak lagi berminat untuk sewakan premis mereka kepada orang Melayu. Bagi peniaga pula sangatlah susah untuk mendapat kredit jangkapanjang dari pembekal barangan dagangan dari bangsa asing. Orang Melayu sudah dikategorikan sebagai bangsa yang tercorot dalam carta golongan yang boleh diberi kemudahan untuk perniagaan.

Pekerja menerima upah yang rendah berbanding dengan perbelanjaan bagi menguruskan kehidupan. Gaji 2 ribu sebulan sudah tak ada nilainya lagi. Kakitangan kerajaan yang sebelum ini boleh dikatakan sebagai pekerja yang selesa dari segi upah dan gaji kita hanya cukup makan. Akibatnya rasuah berleluasa. Nak minta borang pun kadang kadang kena ada under table, belum lagi memohon kelulusan.

Orang Melayu hanya nampak bergaya dari segi kulit luaran. Mereka sebenarnya hidup atas belas ehsan bangsa pendatang. Jika makan gaji hanya cukup makan. Nak berniaga mana nak dapatkan modal ? . Nak harapkan kementerian pembangunan usahawan sudah pun kena pancung. Nak harapkan Tekun, mereka pun sudah kering tabung. Nak harapkan MARA entah bila wang akan turun. Nak harapkan SMIDEC , setelah diitukarkan nama kepada SMICorp hala tujunya bukan lagi untuk bantu orang Melayu.

Makin tertekan hidup rakyat Melayu ditanah tumpah darah mereka sendiri. Bangsa asing kini menguasai semua sektor ekonomi. Harga barang dan perkhidmatan bukan lagi ditentukan oleh kerajaan tetapi dikawal oleh pedagang-pedagang bangsa asing yang dulu hanya menumpang mencari rezeki ditempat kita.

Dimana orang Melayu selepas ini ? Bergerai dipinggir-pinggi jalan. Menjual nasi lemak dan goreng pisang. Perniagaan apa orang Melayu selepas ini ? MLM dan direct selling dan bergantung pada logo halal dan kesucian barangan buatan muslim. Mengharap tender-tender kerajaan yang semakin hari semakin kurang. Berebut satu tender hingga 200 ke 300 syarikat mengambil bahagian. Setelah dapat , jika ada modal memang tak mencukupi. Pergi ke bank untuk ambil pinjaman, macam-macam alasan dan syarat dikenakan hingga terpaksa meminta dan merayu macam pengemis. Selepas beberapa ketika pinjaman tak diluluskan. Akhirnya menggadai projek kepada syarikat bangsa asing. Jadi apa dengan syarikat Melayu bumiputera itu ? Sekadar dapat menambah senarai pengalaman menjalankan projek didalam profail. Pengarah dapat sedikit habuan dari jualan projek, kakitangan semakin dikurangkan kerana mereka tidak lagi diperlukan.

Kemana kita selepas ini ? Terus mengemis di tanah air sendiri ? Wang kita sudah terkumpul sepenuhnya ditangan bangsa yang dulunya menumpang disebelah rumah kita. Melayu nak buat apa sekarang ? Berdebat di stadium, berebut jawatan. Bercakap degar-degar di TV di radio. Berhujah tentang ketuanan Melayu . Tuan apa bendanya ? Tuan kepada orang Melayu sendiri ? Tapi tanah air sendiri bertukar tangan. Tuan kita bukanlah lagi orang kita.

Jika berhujah mengenai agama seolah-olah kita adalah paling Islam dari orang Islam yang lain. Golongan itu tak betul golongan ini tak betul. Fahaman itu tak betul, fahaman ini tak betul. Tercapailah hasrat para kapitalis untuk meletakkan orang Islam didalam kelompok mereka sesama Islam untuk berdebat dan berhujah mengenai agama mereka. Soal ekonomi dan sosial dilepas pandang. Akhirnya orang Melayu Islam terperosok dalam surau dan masjid, terus menerus berdebat mengenai fahaman dan amalan.

Selepas penat berdebat dan berhujah keluarlah beramai-ramai menjamu selera di kedai India. Sebelum balik kerumah singgah membeli barangan keperluan keluarga di kedai Cina.

Nak kemana kita selepas ini ? Dimana nak letakkan anak cucu kita selepas ini ?

Mari kita buka minda dan bincang.....

Maaf jika ada yang tersinggung atau yang tercubit. Sekadar keluhan rasa di pagi Jumaat yang mulia ini.

Wasalam


Sayang, Abang minta izin untuk nikah...

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu.
Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang.
Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia
menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan
pembantu tadbir kesetiausahaan di, jabatannya benar-benar membuatkan dia
lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2
keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat
hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna,
baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan
perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara
menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur
hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat
dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.

"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?"

"Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup
dengannya. Abg faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa
dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama
membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli
aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia
merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana
Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk
ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di
Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya
dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan
Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian
menghadiri majlis kuliah agama.

Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok
Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya
benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.

Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang
dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik
dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan
Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,"

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz
dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima
kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik.
Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang
sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran
zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke
neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih
belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak
menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi
western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada
lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg
sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga
singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan
western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka.
Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat
Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia
sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak.

Menunggu Abg... Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah...Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg..tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!

************

MORAL OF THE STORY : Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta pada kecantikan tidak akan kekal selamanya.. You would only appreciate things when you lost it..

Khalid tak mahu rayu, serahkan kepada CC PAS

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Feb 13 — Yang Dipertua PAS Shah Alam Khalid Samad mengubah pendirian dengan menegaskan beliau tidak akan membuat rayuan berhubung hukuman yang dijatuhkan oleh jawatankuasa disiplin akhir bulan lalu.

Sebaliknya Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam menyerahkan kepada jawatankuasa kerja pusat PAS untuk menentukan nasib beliau.

Kata Khalid (gambar), jika jawatankuasa kerja pusat merasakan keputusan jawatankuasa disiplin yang dipengerusi Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak adil, pihak berkenaan yang harus mengkaji semula hukuman itu.

“(Saya) tak akan merayu. Jawatankuasa kerja pusat tahu fakta.

“Kalau mereka rasa tak adil, boleh betulkan tanpa saya membuat rayuan. Kalau rasa adil, apa gunanya merayu,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Selain kepada jawatankuasa kerja pusat, Khalid juga boleh merayu kepada Majlis Syura PAS.

Jawatankuasa kerja pusat PAS yang sepatutnya bertemu esok telah menangguhkan mesyuarat mereka disebabkan cuti sambutan Tahun Baru Cina.

Akhir bulan lalu Khalid yang juga anggota Lajnah Politik PAS berkata akan membuta rayuan berhubung penghakiman jawatankuasa disiplin.

Sejak jawatankuasa disiplin mengumumkan keputusannya pada 29 Jan lalu pelbagai reaksi dikemukakan oleh ahli dan pemimpin PAS, antaranya menyifatkan keputusan jawatankuasa disiplin sebagai tidak adil.

Beberapa pemimpin PAS termasuk daripada kalangan sayap pemudanya telah melahirkan rasa puas hati dengan dengan ada yang melabelkan sebagai “wayang” semata-mata.

Semalam, penasihat undang-undang PAS Hanipa Maidin menggesa jawatankuasa kerja pusat parti itu agar mengkaji semula keputusan jawatankuasa disiplin membabitkan dua pemimpin Selangor yang kini mencetuskan reaksi tidak senang di kalangan sesetengah pihak.

Hanipa memnberitahu The Malaysian Insider beliau akan meminta jawatankuasa kerja pusat agar mengkaji semula penghakiman yang diumumkan agar ahli parti akan melihat keputusan ini sebagai adil dan seimbang.Peak job hunting season is on! Act now! Sign up @ JobStreet.


“Sama ada kedua-dua mereka mengemukakan rayuan ataupun tidak, jawatankuasa pusat mesti mengkaji semula keputusan yang dibuat jawatankuasa disiplin,” kata beliau.

Dalam keputusan diumumkan 29 Jan lalu jawatankuasa disiplin menjatuhkan hukuman menggantung kesemua jawatan dalam parti disandang Khalid selama enam bulan.

Pesuruhnjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pula diberikan amaran.

Mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS.

Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik Hasan.

Hasan pula didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Liow Siew Moi.

Hanipa memberitahu berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang peguam keputusan yang diumumkan bulan lalu tidak kelihatan sebagai sesuatu yang “logik dan rasional serta munasabah”.

Beliau juga mahu menulis surat kepada lembaga disiplin bagi mendapatkan penjelasan tentang alasan yang digunakan untuk mencapai keputusan mereka.

Hanipa berkata beliau akan menentukan tindakan susulan berdasarkan penjelasan yang akan diberikan oleh jawatankuasa disiplin kelak.

Mahkamah Persekutuan Jolok Sarang Tebuan

Keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari 2010 telah mengubah haluan dan corak pemerintahan negara. Perlembagaan dan undang-undang negara semakin hari semakin pudar. Rakyat Malaysia telah dirimas dan berada dalam keadaan dilema. Undang-undang negara sudah tidak mengikut tetapan-tetapan duluan yang menjadi asas
dalam sistem perundangan ‘common law’.

Mahkamah mula meringkuk dan menzahirkan undang-undang baru mengikut citarasa pihak eksekutif. Martabat institusi kehakiman negara terkikis dan menghampakan. Ini merupakan satu perkembangan yang memalukan negara di arena antarabangsa. Tercalar arang di atas muka pihak-pihak yang memperalatkan sistem pengadilan di Malaysia untuk tujuan politik.


Kini negara kita menjadi bahan ketawa dikalangan pengamal undang-undang di merata dunia. Pemikir-pemikir politik dan undang- undang tempatan juga mengkritik keputusan itu sebagai sesuatu yang mustahil dipraktikkan dalam konteks negara demokrasi Raja Berperlembagaan. Negara-negara dunia ketiga pun mungkin mempunyai sistem keadilan yang lebih kacak lagi.

Keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai isu siapakah Menteri Besar Perak yang sah telah meletakkan pelbagai pihak dalam kedudukan yang merungsingkan.

Sudah tentu seorang pensyarah undang-undang tidak boleh menjawab soalan yang dibangkitkan oleh pelajar tahun pertama mengenai doktrin pengasingan kuasa dan kedudukan seorang Menteri Besar berdasarkan perlembagaan.

Keputusan Mahkamah Persekutuan telah mengubah status atau kedudukan kerajaan dalam sistem demokrasi dari sisi perundangan. Keputusan tersebut adalah amat ganjil dan mengelirukan. Kelukaan pada undang-undang ini akan menjadi kudis dan bernanah tidak lama lagi.

Perkara ini tidak boleh dipandang remeh. Keputusan Mahkamah tersebut akan memberi kesan yang negatif pada masa akan datang.

Adalah tidak logik dan tidak berasas jika seseorang Menteri Besar boleh disingkirkan di luar tanpa undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri.

Bolehkah seorang pengerusi persatuan atau pengarah badan korporat disingkirkan daripada jawatannya di luar mesyuarat agung atau mesyuarat tergempar? Sudah semestinya undang-undang tidak mengizinkan perlucutan jawatan tersebut di forum lain kecuali dalam mesyuarat rasmi yang telah diatur dan diberi notis kepada semua ahli.

Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa jawatan Menteri Besar boleh dilucutkan di mana-mana sahaja tanpa undi tidak percaya terhadapnya. Adakah ini bermakna jawatan Menteri Besar itu lebih rendah tarafnya daripada pengerusi persatuan atau pengarah badan korporat?

Amalan baru yang diiktiraf oleh Mahkamah Persekutuan adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Keputusan gedempong ini telah membuat satu ‘duluan’ yang tidak sihat.

Ini juga bermakna di peringkat pusat seseorang Perdana Menteri boleh dipecat daripada jawatannya tanpa melalui undi tidak percaya.

Perkara ini bukan sahaja akan mencemarkan demokrasi malah mengugat kestabilan negara.

Seseorang Perdana Menteri atau Menteri Besar terpaksa berada dalam keadaan ketakutan kerana jawatannya akan dirampas oleh orang lain bila-bila masa. Undang-undang ini juga akan memberi ruang yang cukup besar untuk permainan politik kotor dan amalan rasuah
yang berleluasa.

Ahli-ahli Dewan Negeri dan Ahli-ahli Parlimen akan mencari pengaruh majoriti di luar Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Ini boleh mengakibatkan sesebuah kerajaan itu tumbang dalam sekelip mata.

Dalam kesibukan Perdana Menteri atau Menteri Besar menguruskan pentadbiran, pihak lain pula boleh mengambil kesempatan untuk mengatur langkah secara licik bagi menjatuhkannya.

Keputusan Mahkamah Persekutuan ini merupakan mukadimah ke arah politik rakus kuasa yang semakin menjunam. Mahkamah akan dianggap sebagai biang keladi oleh generasi akan datang kerana membuat keputusan yang tidak berlandaskan prinsip-prinsip demokrasi yang tulen.

Prinsip demokrasi perlu dipatuhi dan ditegakkan pada setiap masa. Persoalannya, kenapa Mahkamah perlu membuat satu keputusan yang janggal seperti ini?

Setiap rakyat Malaysia yakin kepada amalan yang dipraktik selama ini iaitu melalui undi secara formal di Dewan Undangan Negeri bagi menentukan siapakah Menteri Besar yang mengetuai sesebuah kerajaan.

Kenapakah amalan ini perlu diubah oleh Mahkamah? Adakan cara atau kaedah undi yang dibuat di Dewan Negeri mempunyai apa-apa kelemahan atau tidak munasabah?di Dewan Undangan Negeri ini seharusnya dijadikan sebagai kata pemutus yang muktamad.

Mahkamah telah telanjur dan melemahkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Mahkamah membenarkan kiraan undi majoriti di luar badan legislatif. Ini adalah proses yang tidak telus dan boleh menimbulkan waham dan pelbagai persoalan yang kontroversi.

Perilaku mahkamah ini boleh disifatkan sebagai anak badak dihambat-hambat. Pengundian yang dibuat oleh wakil-wakil rakyat di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri di hadapan Speaker mungkin berlainan dengan keputusan yang diperolehi di luar Dewan.

Pelbagai faktor dan pengaruh yang tidak berpatutan di luar Dewan boleh mengakibatkan keputusan yang berbeza. Pihak mahkamah telah gagal melihat unsur paksaan, ugutan, tekanan, rasuah dan ketelusan apabila membuat keputusan di luar Dewan.

Bagaimanakah mahkamah akan menjamin rakyat bahawa keputusan itu adalah keputusan wakil-wakil rakyat tanpa membuktikannya di Dewan Negeri?

Semua persoalan-persoalan yang ditimbulkan ini membuktikan bahawa Mahkamah Persekutuan gagal mengkopek secara halus undang-undang tertinggi negara untuk kesejahteraan rakyat sejagat.

Perlu diingatkan bahawa lidah seorang hakim berada di antara dua bara api sehingga dia menuju ke syurga atau neraka. Dalam surat yang dikirim oleh Saidina Ali r.a. kepada Gabenor Mesir, Malik al-Ashtar, beliau mencoret pesanan penting:

Pastikan kamu berlaku adil kepada Allah, berlaku adil kepada manusia…jika kamu tidak melakukannya kamu telah melakukan kesalahan dan barang siapa yang menzalimi hamba Allah, dia bukan sahaja bermusuhan dengan manusia, bahkan bermusuhan dengan Allah.

Sebaik-baik usaha sewaktu manjalankan urusan kamu ialah mengikut jalan pertengahan dalam kebenaran, paling sempurna dalam keadilan dan paling menyeluruh dalam mencapai kesejahteraan rakyat.

Keadilan merupakan salah satu perkara pokok yang didokong oleh semua agama di dunia. Keadilan bukan sahaja perlu dibuat, malah perlu nampak dibuat.

* V Sivakumar ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh dan bekas Speaker DUN Perak yang digulingkan.

Free Malaysia Today-Edisi Bahasa Melayu

PERUTUSAN PRESIDEN SEMPENA TAHUN BARU CINA

Masyarakat Tionghua punya semangat baru laksana perubahan
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 13 Feb: PAS percaya bahawa masyarakat Tionghua di Malaysia akan terus menerus mempunyai keazaman dan semangat baru ke arah melaksanakan perubahan bersama dalam negara kita ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, perubahan itu tidak boleh berlaku tanpa persefahaman dan hubungan baik antara kaum-kaum yang ada dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

“Kami percaya bahawa masyarakat Tionghua dalam negara kita mampu untuk memainkan peranan yang lebih aktif, terutamanya dalam aspek pembangunan ekonomi yang menjadi asas penting dalam struktur ekonomi negara,” ujarnya dalam perutusan sempena Tahun Baru Cina.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Bagi pihak Parti Islam SeMalaysia (PAS), saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan menyambut Perayaan Tahun Baru Cina kepada seluruh peringkat masyarakat Tionghua di Malaysia.

PAS percaya bahawa masyarakat Tionghua di Malaysia akan terus menerus mempunyai keazaman dan semangat baru ke arah melaksanakan perubahan bersama dalam negara kita ini. Perubahan ini tidak boleh berlaku tanpa persefahaman dan hubungan baik antara kaum-kaum yang ada dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

Kami percaya bahawa masyarakat Tionghua dalam negara kita mampu untuk memainkan peranan yang lebih aktif, terutamanya dalam aspek pembangunan ekonomi yang menjadi asas penting dalam struktur ekonomi negara.

PAS juga berkeyakinan bahawa asas untuk mewujudkan keharmonian yang lebih kukuh di Malaysia adalah semestinya berteraskan kepada keadilan sejagat terhadap semua kaum, terutamanya kepada kelompok masyarakat yang tertinggal akibat dari ketidakadilan yang berlaku sepanjang 50 tahun ini.

Pembentukan Dewan Himpunan Penyokong PAS juga turut menjadi bukti bahawa PAS ingin lebih memahami kehendak dan keperluan pelbagai rumpun masyarakat di Malaysia yang turut sama-sama menyumbang kepada pembentukan negara Malaysia yang lebih sejahtera. Semoga sifat bersefahaman dan saling menghormati ini akan terus diperkasakan.

Akhir kata, semoga tahun baru ini akan membawa kesejahteraan dan keamanan kepada semua, dan mudah-mudahan ia menjadi tahun yang baik, malah lebih baik dari yang terdahulu khasnya dari segi ekonomi dan politik buat negara kita yang tercinta dan seluruh dunia amnya.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,

Presiden PAS.



Pecutlah keluar dari orbit bumi....

http://arisawang.blogspot.com/

Dahulu kita selalu bercakap mengenai Serangan Pemikiran.

Tanpa sedar serangan pemikiran yang kita cakapkan dahulu memang telah betul-betul menyerang kita!

Kapal angkasa kita telah dilancar dari muka bumi sejak 1951, mengorbit dan telah bersedia untuk meluncur keluar dari atmosfera bumi, namun kaptennya telah meninggal pada 1964.

Tahun 1969 berlaku sedikit gegaran, yang akhirnya, kapal angkasa terpaksa kembali mendarat ke bumi, sehinggalah pada tahun 1982 sekali lagi kapal dengan beberapa modifikasi telah dilancarkan dengan gagahnya, setiap komponen diperkayakan dengan teknologi terkini dan bahanapi sentiasa ditambah.

Hasilnya tahun 1990, salah satu roket percubaan telah ditembak keluar dari orbit dan berjaya bergerak dengan jayanya walau di tarik hebat oleh graviti bumi.

Kejayaan tersebut telah memberi satu inspirasi besar kepada seluruh rakyat bumi, mereka mengharapkan satu penemuan baru ini akan menjadi taruhan kepada kehidupan mereka yang seterusnya diluar orbit bumi.

Tahun 1999, satu lagi roket percubaan kedua dilancarkan, malangnya ramai anak kapal tersebut, tidak suka berada diluar atmosfera bumi yang kurang udara, mereka masih selesa menghirup oksigen bumi, maka roket percubaan tersebut telah hancur berkecai tahun 2004.

Namun, setelah roket percubaan pertama berada selama 20 tahun di luar atmosfera. Rakyat bumi merasa gundah apabila, kelihatan tidak ada lagi roket baru yang cuba dilancar keluar dari bumi sekurang-kurangnya sebagai percubaan ketiga.

Gerakan roket percubaan berikut yang dilancarkan hanya berlegar-legar dalam orbit bumi, tanpa pernah berusaha untuk keluar dari orbit bumi, mungkin roket tersebut dapat bergerak diorbit bumi tanpa jatuh dalam jangka waktu yang agak lama dan tidak mengalami gegaran, tetapi persoalannya apakah tujuan roket itu mengorbit bumi?

Itu mengenai roket-roket percubaan yang kecil, sudah tidak lagi berfikir untuk keluar dari orbit bumi.

Sekarang yang menjadi masalah kepada rakyat bumi ialah kapal angksa induk.

Apabila cukup bahanapi untuk memecut keluar dari orbit bumi, kadang-kadang kapten dan anak-anak kapal angkasa induk menjadi teragak-agak.

Apakah bekalan oksigen cukup?
Betulkah kita akan sampai ke bulan yang telah diletakkan dalam kordinat kita?
Adakah makanan yang dibawa mencukupi?
Bagaimana dengan sanak saudara yang ditinggalkan dibumi?
Bagaimana jika semua roket berjaya diletupkan oleh musuh, seperti yang berlaku baru-baru ini, kepada salah satu roket?

Seribu satu Serangan Pemikiran telah melanda.

Kebimbanganku akhirnya, kita akan hanya mengorbit bumi, walaupun kordinat yang diletak adalah menuju ke bulan.

Paling bimbang, kita akan kembali mendarat kebumi, seperti Zaman Asri!!!.

Kelihatan memang begitu. Nau'zubillah,

Jika, ya............. seseorang atau berkumpulan perlu melakukan sesuatu agar tidak hanya titik kordinat di layar kapal angkasa menunjukkan bulan, namun halatuju sedang menjunam kebumi.

Sapa Yang Pandai2 Kata tak ada Perarakan Maulidur Rasul... Nie habaq kata ada macam biasa jaa..

Pulau Pinang teruskan perarakan Maulidur Rasul
oleh Harakah

PULAU PINANG, 13 Feb: Exco Agama Islam Pulau Pinang, Haji Abdul Malek Abul Kasim menafikan berita akhbar arus perdana yang mengatakan perarakan Maulidur Rasul dibatalkan di negeri ini.

Jelasnya kepada Harakahdaily, kerajaan negeri juga tidak pernah mengumumkan tentang ketiadaan perarakan tersebut sebaliknya hanya menegaskan kepada wartawan bahawa kerajaan negeri belum lagi membuat keputusan tentang perkara itu kelmarin tetapi semalam semuanya telah selesai apabila satu sidang media diadakan.

"Kerajaan negeri menafikan berita yang tersiar dalam akhbar arus perdana. Apa yang mereka ingin buat adalah mengusutkan keadaan yang tenang," ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung.

Menurutnya lagi, majlis Maulidur Rasul bermula pada 25 Februari dengan bacaan Yaasin dan tahlil di seluruh masjid negeri ini.

Katanya, pada peringkat negeri pula diadakan di Masjid Negeri yang dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Abas.

Pada 26 Februari, perarakan diadakan sekitar Dewan Seri Pinang di mana pelepasan perarakan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor Othman.

Program 'Himpunan Ummah' pagi itu dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama di dalam dewan di samping mendengar ulasan daripada pakar motivasi terkenal tanahair, Ustazah Bahyah Mahmud dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Ustaz Elias Zakaria.

Buat pertama kalinya semasa sambutan Maulidur Rasul, kerajaan negeri melakukan kelainan apabila mewujudkan kelas ilmu selama dua hari berturut-turut di Masjid Negeri.

Kelas yang menceritakan sirah Rasullulah s.a.w. itu disampaikan oleh Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri, Ustaz Rosli Othman. Saman Jaa manusia yang dok taboq fitnah tuuu...........


Jumaat, 12 Februari 2010

Istimewa Buat Yang Bernama Wanita...

...






Buat teman-teman yang diingati..
Jangan dicinta kerana dia lelaki
Kelak kita akan membenci
Jika dia bukan lelaki yang dicari
Hanya pandai menabur janji...

Jangan di rindu pada paras rupa
Kelak kita akan terseksa
Jika dia tidak sebaik rupanya
Senyumnya manis tipu belaka...

Jangan disayang kerana berharta
Kelak kita hidup menderita
Jika hartanya habis dibelanja
Sukar hidup, miskin dan papa...

Jangan dikasih kerana dipuji
Kelak kita menagih janji
Jika rupa berkedut dimamah hari
Hilang sudah puji memuji....

Jangan dicari seorang kekasih
Kelak kita akan disisih
Jika kasih luntur bersih
Menangislah diri hidup bersedih...

Jangan disambut salam rindu
Kelak kita menahan sendu
Jika rindu tak dapat disatu
Dimanakah kita akan mengadu...

Jangan dilayan seorang teman
Kelak hidup menjadi ancaman
Jika teman tidak beriman
Dibakar api hari kemudian...

Wahai sahabat wahai teman
Carilah dia kerana tuhan
Untuk menambah ceteknya iman
Bekalan diri hidup berteman...

Wahai sahabat wahai teman
Cintalah dia kerana beriman
Dijadikan tuhan sebagai pasangan
Baik buruk ketentuan tuhan

Wahai sahabat wahai teman
Terimalah dia penuh keikhlasan
Andai buruk angaplah dugaan
Andai baik pujilah tuhan...

Wahai sahabat wahai teman
Ingatlah akan janji tuhan
Isteri yang baik besar balasan
Suami penyabar itulah kemenagan...


" jaDIlAh HaMbA yAnG sENtIaSa MeNdAmBAkAn kAsIh DaRi yAnG MaHa EsA

ANDA INGIN MELIHAT MERCUTANDA PAS DI PUTRAJAYA? MARI MENYUMBANG

SUMBANGAN DANA PEMBELIAN BANGUNAN PAS KAWASAN PUTRAJAYA

Pas Kawasan Putrajaya telah memulakan usaha untuk membeli bangunan sendiri setelah memikirkan adanya keperluan mendesak mengambil kira kos sewaan bangunan pejabat yang dikeluarkan sejak penubuhan Pas Kawasan Putrajaya sehingga kini terlalu tinggi dan merugikan Parti iaitu RM1,300.00 sebulan.

Pembelian 1 Unit Lot Pejabat telah dirancang sejak tahun 2007. Lokasi bangunan ialah di Presint 15 atau Presint Diplomatik Putrajaya.

Harga yang dianggarkan ialah RM1.7 Juta.

Pejabat PAS kawasan sekarang yang beralamat di no41B tingkat 2 Jalan Diplomatik Presint15telah beroperasi secara penuh sejak pertengahan tahun 2008 dan kini banyak program Parti dilakssanakan.

PAS Kawasan Putrajaya amat memerlukan sumbangan untuk pembelian bangunan ini.

Buat Masa ini kutipan yang diperlukan ialah sebanyak RM150,000 dan Sumbangan yang hendak disalurkan boleh dimasukkan ke akaun berikut:-


Bank Islam Malaysia Berhad
16018010007602
Atas Nama :
PAS Kawasan Putrajaya
__________


Sebarang pertanyaan sila hubungi Sdr Rashidi Wahab (S/U Kawasan)013-3355357

Sila layari http://danapasputrajaya.blogspot.com/
untuk derma RM10.00 secara SMS





PERINGATAN : Mari Bersedekah...

Muslim yang bersedekah, menderma dan menginfak harta semata-mata kerana Allah SWT akan menerima ganjaran besar di akhirat nanti. Firman Allah SWT, dalam surah al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud, “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki- Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan- Nya”.

Usaha menginfak harta bukan hanya difahami dalam konteks yang biasa dilakukan masyarakat kita, iaitu memberi sumbangan kepada golongan fakir miskin, anak-anak yatim, pembinaan masjid serta surau dan sebagainya. Kita boleh meluaskan ufuk pemikiran kita mengenai konsep infak ini apabila kita menyumbangkan sedikit harta kurniaan Allah SWT itu untuk pembangunan dan pembinaan minda, intelek, fizikal, sosial dan emosi umat dan masyarakat.


Ini termasuklah pembinaan institusi pendidikan, kesihatan, aktiviti penyelidikan ilmiah dan sebagainya. Melalui ayat 262, surah al-Baqarah, Allah SWT mengingatkan bahawa hasrat untuk menginfak kurniaan Allah SWT seperti yang dinyatakan dalam ayat sebelumnya itu perlu mematuhi syarat tertentu agar ia mencapai tahap dan piawaian keredaan Allah SWT.


Keghairahan seseorang menginfak hartanya sebenarnya tidak menghalangnya mendermakan atau memberi sumbangan sesuatu yang terbaik dan bukannya barangan terpakai yang tidak mahu digunakan atau disimpan lagi.

Fenomena memberi sumbangan barangan terpakai seperti pakaian dapat kita saksikan apabila ada kempen sumbangan untuk golongan tertentu. Ini bertentangan dengan firman Allah SWT, “Wahai orang yang beriman, nafkahkanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memejamkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji”. (Al-Baqarah: 267).


http://www.nurhikmah.org.my/a.jpg

Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (No. Pendaftaran 646393-A) ditubuhkan bagi membantu anak-anak yatim, miskin serta anak terbiar.



Pada masa ini pihak yayasan sedang menjalankan berbagai program bagi mempertingkatkan kemudahan asas, peningkatan tahap pendidikan serta pembangunan insan bagi beberapa buah rumah jagaan anak-anak yatim, miskin serta anak terbiar di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur. Yayasan Pembangunan Nur Hikmah juga giat menjalankan program-program yang melibatkan golongan sasaran lain yang memerlukan seperti ibu-ibu tunggal serta golongan yang memerlukan.






Rumah-rumah anak-anak yatim yang terlibat dibawah program Yayasan Nur Hikmah ialah Rumah Nurul Iman di Manjoi, Ipoh, Perak , Pondok Penyayang Raudah, Gombak, Selangor, Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Sri Sabah dan Rumah Jagaan Darul Qana'ah Gombak, Kuala Lumpur, Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim, Flat Sri Sabah, KL yang melibatkan lebih 300 orang anak-anak. Beberapa buah lagi rumah jagaan juga sedang dalam proses untuk dimasukkan didalam program sokongan Yayasan Pembangunan Nur Hikmah.

Berbagai cara untuk anda menyumbang

1. Jika anda ingin menyumbangkan peralatan atau bahan makanan sila hubungi kami ditalian 03-8733 2411 atau email kepada presiden@nurhikmah. org.myThis email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it .

2. Jika anda ingin menyumbang dalam bentuk cek atau money order sila letakkan atas nama YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH dan masukkan kedalam akaun MAYBANK 564306010610

3. Jika anda ingin menyumbang dalam bentuk kewangan secara ONLINE, anda boleh menggunakan salah satu kemudahan online dibawah ini.




MELALUI MAYBANK
Anda dijemput menyalurkan sumbangan untuk anak-anak ini melalui Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U kedalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030 , letakkan alamat email presiden@nurhikmah. org.my.
MELALUI CIMB ONLINE
Caranya ialah :
2. Pilih Pay Bills
3. Pilih Akaun Anda (Payment From)
4. Pilih Payment To >> Payee List
5. Pilih Yayasan Pembangunan Nur Hikmah
6. Masukkan Nama Anda (optional)
7. Masukkan Contact No. (optional)
8. Masukkan Jumlah
9. Tekan Submit
------------ --------- --------- --------- --------- -------
YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH
No. Pendaftaran : 646393-A
No. 16-3, Jalan Mesra Niaga,
Taman Mesra,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon : 03-87332411
HOTLINE 24 JAM : 1700 800 020
Fax : 03-87332967
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- ---------
AMARAN :
Pihak Yayasan Pembangunan Nur Hikmah TIDAK PERNAH melantik mana-mana pihak atau mengeluarkan surat kebenaran atau apa-apa surat rayuan kepada pihak ketiga bagi memungut derma atas nama Yayasan Pembangunan Nur Hikmah atau Khidmat Nur Hikmah. Sebarang sumbangan hendaklah dibuat terus kepada Yayasan Pembangunan Nur Hikmah samada melalui cek atau secara online ke Akaun Maybank 564306010030.
Sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila email kepada presiden@nurhikmah. org.my atau telefon 019-2144214 (24 jam) .



Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails