SELAMAT DATANG

Jumaat, 14 Mei 2010

Selamat Tiba di Sibu

SIBU, 14 Mei: Ana selamat tiba bagi membantu Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Sibu di lapangan terbang Sibu jam 3.30 petang tadi.

Setiba di Lapangan Terbang sibu kelihatan beberapa rakan dari PKR hadir bagi menjemput ketibaan dato Sri Anwar Ibrahim pada jam 4.35 petang ini. Beliau di jangka berada di Sibu sehingga 16 Mei iaitu hari pembungan undi.

Bersama YB Teng, ADUN Perak di Lapangan Terbang Sibu sebentar tadi

InsyaAllah ana akan membantu Pesuruhjaya PAS Sarawak dalam memastikan kemenangan calon DAP dalam pilihan raya ini.

“Ana akan melaporkan diri di Markas PAS Kg Hilir di Dun Nangka yang majoriti pengundinya adalah Melayu Melanau yang beragama Islam,”

Ketika menghubungi YB Dr Hatta Ramli Bendahari PAS Pusat sebentar tadi, beliau bersama-sama dengan pimpinan lain sedang berkempen di Rumah Panjang Sg Aup.

Kerusi Palimen Sibu mempunyai kira-kira 54,695 pengundi berdaftar termasuk 2,537 pengundi pos.

Mereka termasuk 5,740 Melayu (10.5 peratus), 36,389 Cina (66.7 peratus), 12,050 Iban (22.1 peratus), 54 India (0.01 peratus) dan kaum lain 289 (0.53 peratus).

Dalam pilihan raya Sarawak 2006, DAP telah mendapat enam kerusi DUN dan PKR mendapat satu kerusi. Ia dimenangi di kawasan majoriti Cina.

Sejak itu, ia terus berkembang dengan sokongan pengundi Cina kepada Pakatan semakin meningkat.

Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng sekali lagi dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) untuk pilihan raya kecil ini. BN pula memilih Robert Lau Hui Yew sebagai calon.

Dalam pilihan raya umum 2008, Wong dan calon PKR Lim Chun Chung tewas kepada calon BN, Datuk Robert Lau Hoi Chew dengan majoriti 3,549 undi.

Kerusi parlimen Sibu kosong ekoran kematian penyandangnya Robert akibat barah pada 9 April lalu.

RAYUAN YB DR SITI MARIAH

Rayuan dari YB Dr Siti Mariah - Sibu Serawak.

KEPADA DERMAWAN-DERMAWAN PAKATAN RAKYAT BANTULAH SAHABAT-SAHABAT KITA DI SIBU UNTUK TERUS BERJUANG.HULURKANLAH SUMBANGAN ANDA.

Assalamualaikum wbth & Salam Perjuang

Semuga surat ini menemui tuan puan dalam kemanisan Iman.

Surat ini saya tulis bagi mewakili YB Dr Siti Mariah Mahmud yang kini berada di Sibu Serawak.

Permintaannya berbunyi begini.

"Tolong masuk dalam Weblog dan Facebook saya, kami perlukan sumbangan kewangan dari Penyokong Pakatan Rakyat untuk kami buat program-program MESRA RAKYAT di lokaliti-lokaliti Melayu, juga untuk membiayai kos pengangkutan pengundi pada hari pilihanraya nanti (16 Mei 2010).

Nanti saya akan fowardkan No Akaun saya, tolonglah MERAYU.

Saya akan kemukakan jumlah yang di masukkah dalam akaun saya nanti untuk ketelusan ... Dr. Mariah"

NO AKAUN : MAYBANK : 5627 4005 1315 (SITI MARIAH BINTI MAHMUD)

Nota :YB Dr Mariah boleh dihubungi di talian 019-2361889

Mewakili beliau saya merayu semua pejuang dan penyokong PR untuk menyambut seruan ini dengan menyumbangkan wang anda untuk perjuangan ini.

Teringat pesanan Tok Guru "Duit yang ada dalam poket atau dompet kita belum tentu jadi hak kita - tapi duit yang kita dermakan sebagai Infak Fisabilillah sudah PASTI menjadi hak kita diakhirat nanti"

Sekian untuk makluman.

Minta Sebarkan sebanyak mungkin pada yang lain. Kerjasama anda semua didahului dengan ucapan jutaan terima kasih
- anakmuaallaf


AL-FATIHAH:- Ashaari Muhammad meninggal dunia AL-ARQAM. . .

Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muha...mmad meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru.Jenazah beliau akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh.Al-Arqam yang diasas dandipimpin oleh Ashaari diharamkan pada tahun 1994 selepas ajarannya didapati menyeleweng daripada ajaran Islam. Sehubungan dengan pengharaman itu, Ashaari juga dikenakan hukuman dibuang daerah.Allahyarham pada suatu ketika dahulu itu yang mempunyai lebih 10,000 pengikutnya dan memiliki perkampungan mereka sendiri di Sungai buluh, Kuala Lumpur.Ashaari pernah mendakwa beliau pernah berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW secara sedar dan meramalkan dirinya akan menjadi perdana menteri Malaysia selepas Tun Dr Mahathir Mohamad.Beliau dan beberapa pengikutnya ditahan pada tahun 1994 mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan mereka ditahan tanpa dibicarakan.. YANG PERGI TIDAK AKAN KEMBALI.. .doakan yg INDAH2..amin ya rabbal alamin.. .



UMNO ISLAM TULIN, AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.. HAHAHAHA..


Individu yang sering menjadi rujukan Utusan Malaysia bila bercakap tentang Tok Guru Nik Abd Aziz. Katanya, beliau adalah pengasas Pondok Geting. Namanya Abdullah Sa'amah atau dikenali dengan nama Tok Guru Hj Lah. Ntah kat mana si mangkok ni belajar dulu pun aku x tau.. Universiti of UMNGOK agaknya. Dalam wawancara ini si mangkok ni juga berkata bahawa umnolah islam yang tulin, ahli sunnah wal jamaah. Hahahaa... Ahli sunnah yang menghalalkan judi ke? Hahahaha... apa punya mangkok la paklah seko ni. Yang tukang wawancara tu pun dok sama beria menghangguk mengiyakan apa si tua ni cakap... Hahahaha.... dah ngam la tu.. si bodoh belajar dgn si bongok... sesat lagi menyesatkan.. Ni la agaknya yang Allah sifatkan sebagai anjing....

“Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri.” (Surah al-‘Aaraaf 7 : 175-177)

Daripada Anas r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Kelak, di akhir zaman, akan ada ahli ibadah yang bodoh dan para qari yang fasik. - Riwayat Ibnu ‘Adi.

Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”
Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.”- Riwayat Abu Daud

Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperolehi keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka.- Riwayat Ibnu Majah

Daripada Abu Umamah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Kelak akan ada orang-orang dari Umatku (Islam) memakan berbagai macam makanan dan memakai berbagai pakaian, banyak berbicara tanpa difikirkan dahulu apa sebetulnya yang dibicarakan itu, maka itulah seburuk-buruk manusia dari sebahagian Umatku (Islam).- Riwayat Thabrani dan Abu Nu’aim

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi s.a.w. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka.”- Riwayat Muslim

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah s.a.w. bersabda: “Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi.”- Riwayat Hakim

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum. - Riwayat Ibn Majah

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:“Sesungguhnya di kalangan kamu nanti akan tertanam kemahuan besar kedudukan (politik) dalam kerajaan. Sesungguhnya yang demikian itu akan menjadikan kamu menyesal dan susah pada Hari Kiamat; Sebaik-baik ibu adalah yang mahu menyusui anak (ertinya sebaik-baik pemimpin adalah yang memperhatikan kepentingan rakyat), dan seburuk-buruk ibu adalah ibu yang tidak mahu menyusui anaknya (ertinya seburuk-buruk pemimpin adalah pemimpin yang tidak memerhatikan kepentingan rakyat).- Riwayat Bukhari dan Nasae’i.

Dari Ubadah bin Shamit r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesudahku nanti ada pemimpin-pemimpin yang menguasai urusanmu. Mereka mengetahui urusanmu, sedangkan kamu sendiri tidak mengetahuinya. Mereka menyembunyikan atasmu sesuatu yang menjadi hakmu sedang kamu mengetahuinya. Barangsiapa yang menemui kejadian seperti itu, maka janganlah mentaati orang yang berbuat durhaka kepada Allah Azza Wa jalla.- Riwayat Thabrani dan Hakim

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan datang kepada manusia suatu masa, di mana kala itu seseorang tidak lagi mempedulikan dari mana ia memperolehi hartanya, apakah dari yang halal atau haram.”- Riwayat An Nasa’i.

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Abu Hurairah r.a. berkata, “Nabi s.a.w. bersabda, : “Qiamat tidak akan tiba sehingga muncul 30 dajjal, semua mengaku sebagai utusan Allah, harta bertambah, berlaku huru-hara dan al-Harj berleluasa.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah harj?” Baginda bersabda, “ Bunuh-membunuh.”- Musnad Ahmad, 2/457.

Thariq ibn Shibab berkata, “Kami sedang duduk bersama Abdullah ibn Mas’ud apabila datang seorang lelaki memberitahu waktu solat sudah tiba. Maka kami pun bangun dan menuju ke masjid. Selesai solat, tampil seorang lelaki kepada Abdullah ibn Mas’ud dan berkata, “As-salamu’alaika wahai Abu Abdur Rahman.” Jawab beliau, “Allah dan RasulNya telah berkata benar.” Semasa pulang kami bertanya sesama sendiri, “Kamu dengarkah apa jawapan beliau? Siapakah yang akan tanya beliau mengenainya?” Daku berkata, “Biar saya yang tanya beliau, lalu daku pun bertanya beliau sebaik sahaja beliau keluar. Beliau meriwayatkan dari Baginda s.a.w, : “Sebelum Qiamat tiba, terdapat satu ucapan khusus untuk orang kenamaan; perdagangan tersebar luas sehingga wanita akan turut suaminya dalam perniagaan; perhubungan keluarga akan putus; saksi palsu berleluasa sedang saksi benar akan sukar ditemui dan tulisan tersebar luas.”- Riwayat Ahmad, Musnad, 1/407.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum. - Riwayat Ibn Majah.

“Wahai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah orang yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala." [TMQ Fathir (35) : 5-6].

HARUS SANA SINI BUKAN BERMAKSUD HALAL SANA SINI

Judi : Akhirnya Harussani Bidas Najib

Mufti Perak, Datuk Dr Harussani Zakaria menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia, umpama menentang hukum Syarak

Beliau berduka cita lantaran kerajaan Umno BN menghalalkan perkara yang terang-terang haram dan mengingatkan pemimpin beragama Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi itu, sebagai bersyubahat mengikut peruntukan hukum syarak.

Kenyataan Mufti Perak ini menunjukkan keputusan kerajaan Umno Barisan Nasional itu bukan sahaja tidak disenangi pimpinan Pakatan Rakyat, sebaliknya dari segenap peringkat.

“Saya dukacitalah, kerana kerajaanmeluluskan judi, kerana judi ini haram dalam Islam. Jadi, kita meluluskan judi seolah-olah kita menghalalkan judi sedangkan ia haram di sisi Islam. Perbuatan ini sepatutnya dihindari,” katanya kepada TV Selangor hari ini.

Dr Harussani menegaskan umat Islam terlibat dalam aktiviti ini, hukumnya tetap haram walaupun kerajaan umno-bn bertindak menghalalkannya.

“Jadi apa hukumnya orang Islam terlibat dalam aktiviti tidak bermoral ini? Kalau orang Islam terlibat, hukumnya haram. Orang Islam yang terlibat hukumnya haram walaupun aktiviti dihalalkan oleh kerajaan,” katanya.

Ditanya apa hukum pemimpin yang terdiri dari orang Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi bola, beliau menyatakan, perbuatan mereka hukumnya syubahat.

“Orang yang meluluskan bersyubahat dalam perbuatan judi. Dia luluskan benda yang haram," katanya lagi.

Mufti Perak itu menyifatkan tindakan pimpinan kerajaan Malaysia tidak wajar kerana kelulusan lesen judi ini hanya menggalakkan rakyat berjudi sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang diwar-warkan Umno sebagai negara Islam.

“Kesan tindakan ini akan menggalakkan orang terus berjudi, apatah lagi judi sudah diharamkan dalam syarak dan al-Quran, maka wajib kita pelihara. Membenarkan judi maka menggalakkan orang berjudi,” katanya.

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily sebelum ini melaporkan kementerian kewangan pimpinan Datuk Seri Najib Razak secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya, dan pertaruhan secara sah itu boleh dibuat sebelum kejohanan bolasepak bermula 11 Jun ini.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan judi sempena kejohanan Piala Dunia atas alasan mengelak pertaruhan haram. -TVS

Ulasan:

Jika demikian jawapan Mufti Harussani, apa pula hukum orang yang menyokong pihak yang meluluskan judi? Tidakkah itu juga syubahat namanya? - GB

“Simpan dalam dubur untuk bukti”-Saiful

KUALA LUMPUR, 13 Mei — Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak membasuh duburnya selepas kejadian liwat pada 26 Jun 2008 kerana mahu menyimpan bukti.

Saiful, saksi utama dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu berkata selepas kejadian itu, beliau tidak mandi tetapi hanya membilas badannya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pada pagi hari tersebut, sebelum kejadian, beliau mandi sepenuhnya.

Saiful berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh Karpal Singh yang mewakili Anwar dan juga mendakwa, beliau pernah diliwat oleh Anwar di dalam dan luar negara iaitu, Hong Kong, Singapura dan Bangkok.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi mengetepikan permohonan Anwar bagi menangguhkan perbicaraan sementara menunggu keputusan rayuan beliau berhubung penolakan permohonannya bagi mendapatkan kenyataan saksi yang dibuat kepada polis.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya berkata keputusan beliau mengenepikan permohonan bagi mendapatkan kenyataan saksi itu semalam bersifat prosedur dan ia tidak boleh dibuat rayuan.

Katanya selain itu pihak pembelaan gagal menunjukkan sebarang keadaan khas bagi membolehkan penangguhan diberikan.

Karpal juga memohon mahkamah supaya pemeriksaan balas seterusnya pada sebelah petang diadakan secara tertutup.

Keterangan Saiful pada hari keempat beliau diperiksa balas oleh Karpal itu menarik perhatian ramai termasuk Karpal Singh sambil berkata “Ooo.. mahu simpan bukti.”

Karpal: Pada 26 Jun 2008, anda tidak mandi langsung?

Saiful: Pada pagi 26 Jun itu, saya mandi sepenuhnya. Selepas kejadian saya tidak mandi tetapi hanya bilas sahaja.

Karpal: Anus, anda tidak cuci?

Saiful: Tidak. Mahu simpan bukti.

Kepada soalan Karpal mengapa beliau tidak membuat terus laporan polis pada hari kejadian kerana bukti itu masih baru, Mohd Saiful berkata beliau memang ada peluang berbuat demikian.

Saiful, bekas pembantu peribadi Anwar itu berkata beliau juga mempunyai peluang untuk membuat laporan polis pada keesokan harinya, pada 27 Jun, tetapi tidak juga berbuat demikian kerana ingin mendapatkan nasihat terlebih dahulu sebelum membuat laporan polis.

Karpal: Nasihat daripada siapa?

Saiful: Pak Cik saya Tuah (Tuah Mohamad Alip), Mumtaz (Datuk Mumtaz Jaafar), rakan saya Rahimi (Rahimi Osman), saudara Ezam (Mohamed Ezam Mohd Noor) dan guru agama.

Merujuk pada laporan di laman web Malaysiakini bertarikh 15 Ogos, 2008, Karpal meminta Mohd Saiful mengesahkan bahawa laporan yang dibuatnya kepada wartawan laman web itu sama ada wujud kesilapan di dalamnya.

Saiful diminta supaya membaca laporan dengan perlahan.

Selepas membaca beliau berkata beliau tidak dapat mengesahkan seratus peratus sama ada terdapat kesilapan di situ.

Bagaimanapun, Saiful ada mengakui terdapat kesilapan pada muka surat ketiga di laporan itu iaitu pada ayat “pertama kali diliwat”.

Kepada soalan Karpal, adakah beliau memmberitahu sedemikian kepada wartawan itu, beliau menjelaskan bahawa beliau tersilap mentafsir soalan wartawan berkenaan.

Karpal dengan nada yang keras mengingatkan Mohd Saiful supaya bercakap benar selepas beliau tidak dapat mengesahkan apa yang diberitahunya kepada wartawan laman web itu.

Ditanya adakah beliau memberitahu wartawan Malaysiakini bahawa beliau diliwat Anwar bagi kali pertama dan tidak pernah sebelum itu, Saiful berkata beliau silap mentafsirkan pertanyaan wartwan itu.

Kepada persoalan lain, Saiful menafikan cadangan Karpal bahawa beliau berbohong di mahkamah kerana semasa beliau berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri pada 24 Jun, 2008, di kediaman, Najib, beliau mengadu yang beliau diliwat.

Saiful dalam pemeriksaan balas pada hari Isnin lepas memberitahu mahkamah bahawa beliau berjumpa Najib kerana menceritakan masalahnya.

Saiful juga bersetuju dengan cadangan Karpal bahawa semasa berjumpa dengan Najib pada 24 Jun 2008, beliau ada memberitahu Najib yang beliau diliwat.

Mengenai pertemuannya dengan seorang pegawai polis pada 24 Jun 2008 SAC I Datuk Mohd Rodwan Yusof (yang kini menjawat Ketua Polis Melaka), Saiful berkata, beliau menceritakan masalahnya kepada Rodwan bahawa beliau diliwat oleh Anwar di dalam dan luar negara iaitu Hong Kong, Singapura dan Bangkok.

Beliau bagaimanapun bersetuju dengan cadangan Karpal bahawa pada Mac 2008, beliau merupakan penyokong kuat Umno dan Barisan Nasional.

“Ya, saya memang penyokong kuat Umno tetapi telah mengundi Sivarasa (R. Sivarasa, Subang) di kawasan saya dan Elizabeth Wong,” jawab Saiful sambil diikuti gelak ketawa hadirin dalam mahkamah.

Karpal: Sokong BN, tapi undi Pakatan, itu bermakna anda seorang pengkhianat bukan, setuju?

Saiful: Tidak setuju.

Sebelum Karpal meneruskan soalan Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden membantah kerana apa relevannya soalan tersebut serta soalan Karpal kepada Saiful adakah beliau daripada keluarga yang porak peranda.

Mohamed Yusof berkata saksi merupakan seorang yang muda dan soalan-soalan Karpal Singh tidak ada kaitan dengan pertuduhan yang dihadapi oleh Anwar.

Karpal menjawab soalan ini relevan kerana bagi menunjukkan wujudnya konspirasi politik terhadap anak guamnya yang didakwa dalam tuduhan meliwat Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Saiful juga berkata pada 26 Jun 2008, beliau bertolak daripada pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), di Petaling Jaya, pukul 1.30 tengah hari dan tiba ke kondominum, di tempat kejadian pukul 2.45 petang.

Menjawab soalan Karpal mengapa beliau mengambil masa selama sejam lebih, walaupun pejabat PKR ke kondomimium itu jaraknya tidak jauh, Saiful berkata semasa beliau keluar dari pejabat PKR, ada sebuah motosikal mengekorinya.

“Semasa saya keluar, saya perasan ada sebuah motosikal ikut saya, saya cuba hilangkan diri,” katanya.

Beliau berkata semasa tiba ke kondominum itu, pintu tertutup tetapi tidak berkunci.

Saiful juga bersetuju dengan cadangan Karpal bahawa semasa tiba di kondominum itu, Anwar berada di dalam bilik.

Selepas itu, Karpal memohon prosiding dijalankan secara tertutup.

Hakim Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Karpal, bagaimanapun dengan nada bergurau beliau berkata kebiasaannya dalam kes jenayah, pihak pendakwaan yang membuat permohonan seperti ini, tetapi hari ini sebaliknya.

Mohamad Zabidin juga mengingatkan orang ramai yang berada dalam galeri awam supaya supaya tidak berada dalam mahkamah itu semasa prosiding bersambung secara tertutup pukul 2.15 petang. – Bernama

Selasa, 11 Mei 2010

Setelah kalah hujah, BN didakwa guna polis di Sibu

Harakahdaily

SIBU, 11 Mei: Selepas terasa sukar untuk berlawan hujjah dengan Pakatan Rakyat dan DAP dalam isu penggunaan nama Allah, hari ke empat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sibu menyaksikan polis masuk campur dan menghalang isu nama Allah disentuh dalam kempen.

Ketua Polis Sarawak SAC II Huzir Mohamed mengeluarkan kenyataan melarang penggunaan isu “Allah” sepanjang kempen atau akan berdepan tindakan ISA atau Akta Hasutan.

“Kami telah mengawasi ceramah yang dibuat dan mendapati sesetengah parti menggunakan isu kalimah Allah," kata Huzir dalam sidang media hariannya.

“Ini adalah isu sensitif. Kami nasihatkan semua parti berhentikan menggunakan isu ini secara menyeluruh.

“Jika ada mana-mana pihak berkeras menggunakannya, kami akan ambil tindakan di bawah Akta Hasutan atau ISA. Kepada semua parti, jalan bawa masalah yang tidak perlu," katanya dalam sidang media itu.

Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud ketika mengulas perkara itu berkata, tindakan tersebut membuktikan Umno BN kini semakin terdesak.

Mengulas lanjut, Siti Mariah berkata, larangan tersebut dibuat mungkin setelah melihat isu tersebut yang dibawa DAP mampu mempengaruhi pengundi berbanding isu negara Islam yang dibawa BN melalui SUPP.

"Setiap kali Umno BN hadapi masalah yang mereka tidak boleh tangani dengan hujah, mereka akan guna undang-undang dan polis.

"Kenapa Umno BN harus takut,” ujarnya kepada Harakahdaily.

BN sepanjang empat hari kempen mereka, menggunakan isu negara Islam bagi menanam kebencian 52 peratus masyarakat Kristian di parlimen itu kepada DAP.

Poster dan billboard mereka membawa mesej "undi DAP sama seperti mengundi PAS untuk menubuhkan negara Islam".

Manakala DAP pula memberi penjelasan berhubung isu penggunaan kalimah Allah sebagai serangan balas bagi memancing undi bukan Islam khususnya di kalangan penganut Kristian.

Siti Mariah yang berada di Sibu sejak hari penamaan calon lagi berkata, apa yang dibuat Pakatan Rakyat hanya sekadar memberi penjelasan berhubung keadaan sebenar polemik penggunaan kalimah tersebut.

"Mereka buat tidak apa, tapi kita buat tak boleh.

"Mereka yang mulakan dan bila kita jawab mereka dah tak boleh handle lagi," kata Ahli Parlimen Kota Raja itu lagi.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebelum ini berkata penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dibenar menggunakan kalimah Allah dalam upacara sembahyang dan keagamaan kerana secara tradisinya ia telah diamalkan sejak dahulu lagi.

Bagaimanapun di Semenanjung, penggunaan kalimah itu tetap tidak dibenarkan di dalam sebarang upacara keagamaan termasuk penerbitan

Yang menjahanamkan bangsa Melayu dan Islam ialah Umno -Mat Sabu

Ajk Pas Pusat Mat Sabu sewaktu berceramah di Pandamaran ,malam minggu yang lalu berkata yang menjadi perosak kepada bangsa sendiri bukan orang Cina dan kaum-kaum lain tapi ialah parti yang bernama Umno. Umno bukan takat tak jaga Melayu malah jauh sekali untuk pertahankan syiar Islam. Syariat lagi jauh.

Kata Mat Sabu, sekiranya Karpal Singh jadi MB Johor dan istihar cuti hari Jumaat ditukar kepada hari Ahad maka akan berlakulah pertumpahan darah tapi disebabkan Muhyidin Yaasin yang jadi MB Johor maka Umno diam tak kata apa.Langsung tak pertahan cuti hari Jumaat yang jadi hari kebesaran umat Islam.Begitu juga di Perlis yang juga kerja buat Umno yang turut tukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad.

Begitu juga jika Lim Kit Siang yang istihar bantuan sekolah agama rakyat (SAR) dihentikan maka Brahim Ali akan berguling-guling daripada Kota Bharu untuk buat tunjuk perasaan di Kuala Lumpur tapi disebabkan yang istihar bantuan sekolah agama rakyat itu ialah manusia yang bernama Mahathir Mohamed maka Umno senyap tak kata apa.

Kata Mat Sabu lagi sekiranya Lim Kit Siang juga yang kata pengajaran matapelajaran Sains dan Matematik wajib diajar dalam bahasa Inggeris maka orang Melayu Umno akan bangun menentang dengan sekeras-kerasnya tapi yang buat dasar tersebut ialah pemimpin Umno maka orang Melayu Umno tak berani bangun untuk menentangnya. Bahasa sendiri pun Umno tak mampu nak pertahan apatah lagi nasib anak bangsa Melayu.NGO2 Melayu pro Umno juga jadi lembik jika libatkan dasar yang tak popular dibuat pemimpin Umno.

Yang jadikan Zionis Israel sebagai 'sahabat' bukan orang Cina dan India tapi pemimpin Umno yang melakukannya.Yang galakkan judi yang jelas haram untuk dihalalkan juga pemimpin Melayu Umno bukan kaum lain!

RELA DIRI MENJADI BODOH KERANA INGIN MEMPERTAHANKAN UMNO

USAH DILAYAN ORANG YANG GILA MEROYAN..gila pada nama dan kontroversi..kalaulah ada anugerah Malaysia book of record, pertubuhan bangang paling suka buat laporan polis, ia mesti dapat pada PERKOSA..pertubuhan bangang yang selalu eksploitasikan nama Sultan. Hanya orang kampong yang hanya baca Utusan sahaja percaya kat propaganda NGO UMNO nih..Dah takda isu ke wahai ngo ntah apa-apa ni..memeningkan polis adalah..dah la mereka ada masalah suka jadi koboi yang suka tembak orang..ditambah pula bebanan kerja nak layan laporan polis NGO katak ini..kalaulah saya diberi 100 juta pun, saya tak sanggup cemar maruah masuk NGO tak betul ini..Apa ke halnya buat laporan pada Tok Guru Nik Aziz dan Lim Guang Eng..

Laporan polis pada Nik Aziz, Guan Eng

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKOSA) Selangor hari ini membuat laporan polis terhadap Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Laporan terhadap kedua-dua pemimpin parti pembangkang itu dibuat oleh Yang Dipertua Perkasa Selangor Abdullah Mansor di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 3.25 petang tadi.

Abdullah berkata laporan dibuat terhadap Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan kerana mempertikaikan larangan Sultan Selangor supaya tidak berpolitik di masjid dan surau yang tidak mematuhi Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1996.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, beliau berkata laporan yang dibuat terhadap Lim adalah berhubung kenyataannya pada sesi penggulungan di sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini yang menuntut supaya Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan.

Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu merupakan satu prejudis dan hasutan yang boleh menimbulkan ketidaktentuan, rasa gelisah dan persepsi buruk rakyat terhadap Polis Diraja Malaysia, katanya.

"Ia juga merupakan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong di mana pelantikan Ketua Polis Negara adalah dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Katanya dalam laporan itu, PERKASA juga meminta Lim tidak lagi menggunakan nama Khalifah Umar Abdul Aziz dalam mana-mana ucapan, penerbitan atau lain-lain bentuk komunikasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam.

Main sebat je kata Nik Aziz langgar Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1996. Entah dia tahu ke tidak peruntukkan tuh..buat malu je..meh saya ajar sikit, kalaulah benar kenyataan Nik Aziz tu, di mana dia buat,..bukankah di Kelantan selepas balik dari Hulu Selangor..kalau di Kelantan, titah Sultan Selangor mana boleh sampai kat Kelantan..lagipun mahkamah Syariah bukannya macam mahkamah sivil..mahkamah sivil rayuan hanya ada di Putrajaya je..sedangkan Mahkamah Syariah ada di setiap negeri..lagi satu bahawa Tok Guru tak sebut pun nama Sultan Selangor..jangan bertindak macam budak tadika permata kata tok guru hina Sultan..memang banganglah pengerusi Perkosa Selangor ni. Cerdik lagi pengerusi rukun tetangga hospital bahagia..

Pasal lim guang eng….woii kuali, saya pun ada desak Musa Hassan letak jawatan..adakah ia dikira sebagai menghina YDPA..yang Perkosa suruh MB Selangor letak jawatan tu, tak dikira hina Sultan Selangor yang lantik MB itu??jawablah dan fikirlah secara waras..setiap orang di Malaysia asyik minta Najib letak jawatan sebagai pm, adakah ia dikira hina YDPA yang lantik kawan baik Sayfoool bukhari tuh…memang IQ pengerusi Perkosa ni dah tahap kritikal. Pastu suruh pula jangan sebut nama Umar Abdul Aziz…wooiii sudu, pelajar sekolah rendah cina pun selalu sebut nama Nabi Muhammad dalam kelas moral mereka..

KalaULAH NAK GLAMER SANGAT, nak Ibrahim katak jadi calon UMNO dalam Pru akan datang, buat je laporan polis tentang Awang Adek yang nak halalkan lesen judi..bukanke dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1996 menyebut judi haram dan sesiapa yang menganjurkannya dianggap menghina Sultan..ada berani ke PERKOSA..mati ditikam keris berkarat pun puak tiga suku ni takkan buat..mereka sebenarnya buat laporan polis bukannya apa, kerana UMNO dan laba politik..bukannya nak menjaga maruah bangsa dan raja-raja Melayu yang sentiasa mereka ong-ongkan (bunyi katak) tu. - tunhisyamuddin

HANGAT DI SIBU PANAS DI KEDAH


Assalammualaikum...

Dalam kehangatan PRK P212 Sibu kita jangan lupa isu2 terpenting di sebelah Semenanjung seperti Kes Konspirasi Liwat 2 yang dihadapi DSAI di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan juga keadaan panas yang melanda Negeri Kedah Darul Aman. Saya xmahu mengulas kes DSAI kerana kesnya sedang berlangsung. Hanya doa dan harapan dari saya buat beliau yang sedang bergelut dengan perbicaraan dalam kes tersebut agar tabah menghadapinya.. Apakan daya warga marhaen seperti saya dapat mengikuti kes tersebut secara langsung dengan kegawatan ekonami yang ada. Begitu juga ralatnya dihati saya kerana tidak dapat membantu jentera PR di Sibu.

Maklumlah jika ke Sibu memerlukan perbelanjaan yang agak besar jika mahu kesana. Semua maklum segala perbelanjaan dan keperluan tidak dikeluarkan oleh PR yang sememangnya tidak berduit untuk membayar kos2 tersebut. Kalau di Senenanjung boleh juga naik bas ekspres atau bas lompat juga berkongsi kereta tapi untuk ke Sibu kita terpaksa menaiki belon(kapalterbang) yang tambangnya menelan belanja hampir RM500 kelas paling ekonomi pergi dan balik. Tak termasuk kos pergi dan balik dari airport itu sendiri. Tak tertanggung rasanya bhai......cuma harapan pada jentera yang ada disana agar berkerja dan berkempen bersungguh sungguh dan berharap perjuangan setiap ahli PR akan mendapat balasan yang setimpal dengannya bila kemenangan yang dicapai...Insyaallah.

Berbalik dengan kes di Kedah dan mengimbau kembali tulisan saya yang terdahulu "Kedah Negeri Ku..Hikayat Sang Katak" adakah mimpi saya iru akan menjadi kenyataan.Saya dah xmahu mengulas panjang lagi. Mungkin ada pembaca yang beranggapan saya hanya berilusi dan membuat cerita dongengan serta berfantasi dengan hayalan sendiri. Manakan mungkin pokok bergoyang jika angin tidak bertiup dan dahan dan ranting turut bergoncang jika tida kera yang menggoyang. Kita jangan ambik remeh temeh dengan kenyataan Pemimpin Umngok buat baru2 di akhbar arus perdana dan dikolem media internet. Kenyataan mereka buat berasas dengan situasi yang ada sekarang. Cukup kritikal di Kedah sekarang ini. Sebenarnya cerita karangan mimpi yang saya tulis adalah dari maklumat sebenar yang saya dapat dan terima. Cuma saya ceritakan dalam bentuk mimpi untuk dibaca dan dinilai oleh pembaca..

Jangan lah menganggap cerita ini karut dan tidak berasas. Banyak juga laman2 blog yang menyiarkan cerita yang serupa dan memberi amaran kepada MB Kedah agar membubarkan DUN Kedah.Antaranya From Perak with Love dan Perakkume. Namun dianggap cerita2 ini adalah karut semata mata. Saya juga akan membuat PERINGATAN TERAKHIR untuk Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah agar membuat sesuatu dan mengambil serius perkara ini kerana saya dah Xmahu menulis lagi selepas ini berkaitan cerita lompat melompat ini. Saya akan tumpukan kepada kerja saya selepas ini. Dah malas dah.Bagi saya siapa yang memerintah sama sahaja. Saya tetap kais pagi makan pagi kais petang untuk makan malam. Saya tetap warga marhaen.Saya bukan ahli Politik tetapi hanyalah seorang reformis Jalanan. Cuma saya nakkan yang terbaik untuk generasi akan datang. Pemerntahan yang berbuat baik dan merancang yang terbaik untuk rakyat,mengurangkan beban rakyat dan sensitif terhadap segala keperluan rakyat. Semua ini hanya ada pada pemimpin Pakatan Rakyat..

Angin dan war2 ini bertiup kencang dimana perubahan dijangka selepas PRK Sibu ni.Hanya menunggu persetujuan seorang adun dari Utara Kedah sahaja. 2 yang lain khabarnya telah bersetuju. Itu pun menunggu menang atau kalahnya partinya bertanding. Kalau kalah maknanya lompatannya menjadi. Berudu hanya menunggu masa untuk menjadi katak sebenar untuk melompat. Alasannya senang aje. Xsetuju dan Xsefahaman dengan MB dan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah .

Kalau di Perak hal ini dah boleh disahkan pengambilan secara HARAM maka apalah yang salah jika mengambil Kedah dengan cara yang sama. Terpuilanglah kepada kepimpinan Kerajaan PR Kedah untuk mengambil suatu tindakan dari penulisan omongan yang saya buat ini. Jangan terantuk baru nak terngadah....sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. Jangan nasi menjadi bubur.

Ingatlah pada rakyat yang memilih dan memberi mandat kepada kamu. Berbuatlah sesuatu untuk mempertahankan mandat rakyat. Katak2 ni dah tak boleh fikir semua tu lagi kerana telah dikelabukan biji mata. Mereka ini perlu diajar pada PRU yang ke13 ini. Itu pun kalau rakyat masih menaruh harapan kepada PR lagi. Ingatlah Gerombolan di Kedah dan di Malaysia ibarat Harimau yang terluka dan akan mengganas dan membaham apa yang ada didepan matanya demi untuk mempertahankan kuasa..

Walau pun jangka hayat mereka tidak lama. Maksudnya rakyat memang menolak gerombolan UBN tapi demi kuasa mereka akan membuat apa sahaja untuk mempertahankan kuasa mereka kerana mereka masih menguasai segala instrumen kerajaan yang ada.Kalau kita ke Putra Jaya dan lihat lah akan apa yang ada sambil berfikir apakah Pimpinan gerombolan UBN akan melepaskan Putra Jaya ini........Tepuk dada tanya lah selera!!!!!.....Kepada Pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah "FIKIR2KAN LAH....."

WALLAHHUALAM

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails