SELAMAT DATANG

Rabu, 21 Mac 2012

PAKATAN RAKYAT KUAT RAKYAT SENANG... Sebab Itu Dapat RM500 Tuuu

PAKATAN RAKYAT KUAT RAKYAT SENANG
BARISAN NASIONAL KUAT RAKYAT AKAN MEREMPAT..


Adalah satu slogan yang aku fikir tepat kerana kalau dikira semasa BN kuat dengan kuasa di tangan majority 2/3 adakah kita akan dapat menikmati pelbagai jenis bantuan durian runtuh dari kerajaan yang diterajui BN ini?

Di saat dimana kuasa Umno/Bn tergugat baru mereka terfikir dengan perlbagai bantuan , Satu soalan yang nak saya lontarkan adakah jika pembangkang lemah kita dapat bantuan seperti ini?

Bermakna dengan adanya kekuatan pembangkang dalam Parlimen banyak memberi manafaat kepada rakyat,maka dengan ini kita lihat trend kerajaan BN menabur segala wang ringgit adalah semata mata untuk menarik balik kepercayaan dan persepsi rakyat agar kembali kepada Kerajaan BN.

Maka makcik, pakcik ,adik ,abang, tuan ,dato dan datin sekalian gunakan kuasa kita yang cuma satu saja yang memang di tagih dan memang cukup berharga oleh semua parti politik, maka gunalah peluang ini dengan bijaksana semasa mengundi nanti .

KES CULIK GADIS TEMPATAN : ADA SESUATU TIDAK KENA DI NEGARA INI

27 Rabi'u al-Akhir 1433 bersamaan 20 Mac 2012

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius kes penculikan dan pembunuhan kanak-kanak serta gadis Malaysia baru-baru ini. Kejadian culik dan bunuh Nurul Nadirah Abdullah baru-baru ini serta kes culik seorang gadis Malaysia berusia 14 tahun yang cuba dibawa lari ke Thailand untuk dijadikan pelacur sememangnya amat menggemparkan negara.

Kejadian yang menimpa gadis itu menunjukkan seriusnya isu jenayah culik di negara ini. Ia menimbulkan keresahan dan kebimbangan bahawa kadar keselamatan rakyat di negara ini berada dalam keadaan bahaya. Nyawa dan maruah anak-anak gadis malah sesiapa sahaja boleh melayang kerana adanya sindiket yang berleluasa. Apa yang berlaku ke atas gadis tersebut menimbulkan suatu persepsi bahawa jenayah yang berlaku di negara ini hampir sama dengan jenayah di negara-negara yang mempunyai kumpulan ‘gangster’ dan mafia terbesar di dunia. Kumpulan mafia ini mampu membunuh sesiapa sahaja yang menggugat gerakan mereka termasuk melakukan aktiviti penculikan, pelacuran dan pembunuhan.

DPPM mempersoalkan mengapa kejadian ini boleh berlaku dalam masyarakat hari ini. Apakah ini menunjukkan kegagalan penerapan nilai agama oleh kerajaan sehingga gagal mendidik generasi yang bertaqwa dan patuh kepada perintah agama. Mungkinkah juga ia berpunca dari lemahnya sistem keselamatan negara ini sehinggakan penjenayah dari negara asing dengan mudah meloloskan diri dan melakukan jenayah sepuas hati di negara ini serta mampu menyeludup keluar rakyat negara ini keluar negara tanpa dikesan?

Dengan kejadian ini, DPPM mendesak kerajaan agar mengetatkan kawalan di sempadan negara ini bagi mengelakkan rakyat asing masuk ke negara ini sewenang-wenangnya serta rakyat negara ini dibawa lari keluar negara. Selain itu, kerajaan perlu mengkaji balik dasar mengambil warga asing sebagai pekerja di negara ini. Dengan jumlah pekerja asing yang begini ramai di negara ini, tidak mustahil lebih banyak jenayah akan berlaku. Pekerja asing yang membanjiri negara juga berjaya menukar landskap sesebuah kawasan dan bandar di negara ini seolah-olah menjadi hak milik mereka sehingga menimbulkan ketakutan warga tempatan. Mereka juga membawa masuk pengaruh budaya mereka sehingga merosakkan budaya masyarakat negara ini.

Oleh itu, DPPM menuntut agar kawalan keselamatan di dalam negara ini dipertingkatkan dari masa ke semasa. Pihak keselamatan perlu melakukan rondaan dan pemantauan yang kerap serta menambah bilangan pasukan keselamatan di merata tempat dalam negara ini bagi mengelakkan kejadian ini berulang. Rakyat di negara ini berharap tidak ada lagi adanya kes penculikan kanak-kanak dan gadis tempatan untuk dijadikan mangsa sindiket pelacuran negara lain.


Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Nak Beza antara YAHUDI, ZIONIS & ISRAEL pun tak reti...Tak payah Dok Ulas laa...!!!! Nik Aziz: Yahudi lain, Zionis lain

20 Mac 2012

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan, kekeliruan orang ramai selepas Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan yang hanya menentang urus niaga dengan kerajaan Zionis yang menguasai tanah Palestin secara haram.

Nik Abdul Aziz berkata, Yahudi merupakan bangsa seperti bangsa-bangsa lain di dunia sedangkan Zionis sebagai ‘parti’ dalam Yahudi itu sendiri.

Katanya, Yahudi lain, Zionis lain kerana Zionis merupakan parti dalam Yahudi yang mempunyai agenda jahat sejak lebih 100 tahun lalu.

“Yahudi ni bangsa, bangsa tidak ada yang jahat tapi yang jahatnya ialah manusia, begitu juga Melayu dan Arab, Melayu dan Arab tidak jahat tapi yang jahatnya ialah perangai orang Melayu dan Arab itu sendiri.

“Orang Yahudi tidak minta untuk jadi Yahudi dan saya sendiri tidak nak jadi Melayu tapi bangsa saya bangsa Melayu, apa boleh buat,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan kelmarin mempertahankan kenyataan Abdul Hadi dengan mendakwa berurus niaga dengan Zionis bererti mengiktiraf kewujudan mereka.

Beliau juga kecewa kerana larangan mutlak ke atas pengimportan barangan dari Israel yang diletakkan di Jadual Pertama Perintah Kastam dipinda ke Larangan Bersyarat di bawah Jadual Kedua Perintah yang sama pada 26 Mei 1994.

Kenyataan Abdul Hadi sebelum ini mendapat respons daripada pimpinan Umno termasuk Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menganggap Pas tidak konsisten apabila menyokong umat Islam bekerjasama dan menjalin hubungan dengan Yahudi.

Mohd Shafie berkata, kenyataan itu menunjukkan parti Pas menyimpang daripada prinsip asal mereka.

Ketika menjawab soalan media selepas sesi dialog program bersama pemimpin bagi mengutip dana menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 di Pusat Konvensyen Shah Alam Sabtu lalu, Abdul Hadi menegaskan, Pas tidak akan bekerjasama dengan negara yang mengamalkan fahaman Zionis.

Katanya, berniaga dengan Yahudi dibolehkan kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berurus niaga dengan bangsa itu ketika berada di Madinah.

Pas katanya, menolak Zionis kerana ia kefahaman anarki Yahudi yang menganggap bangsa Yahudi sebagai bangsa mulia serta menganggap bangsa lain adalah binatang.

Penganjuran sukan kapal layar Piala Monsun Cup GAGAL - Ahmad Shabery

Penganjuran sukan kapal layar Piala Monsun Cup terbukti benar tidak mendatangkan apa2 manfaat kepada rakyat. Menteri Belia & Sukan, Dato' Ahmad Shabery, 11 Mac lalu menyifatkan penganjurannya gagal, tidak mendatang pulangan pelaburan setimpal setiap tahun. Sebanyak RM20 juta dibelanjakan setiap tahun dan lebih RM300 juta lagi untuk pembinaan prasarana. Ini bermakna RM4 juta sehari dibelanjakan selama lima hari penganjuran. Kerajaan Umno-BN menghabiskan RM140 juta yang berlangsung selama 5 hari setahun, selama tujuh tahun

Kisah Uqbah 6 (Tamat)

Kisah Uqbah 5

Kisah Uqbah 4

Kisah Uqbah 3

Kisah Uqbah 2

Kisah Uqbah 1

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails