SELAMAT DATANG

Selasa, 5 Julai 2011

Ijtimak Pilihanraya : PAS Putrajaya Siap Sedia hadapi PRU13

Putrajaya, Selasa 5 Julai 2011 : PAS Kawasan Putrajaya pada hari Sabtu, 2 Julai 2011 yang lalu telah berjaya menghimpunkan ahli-ahlinya seramai lebih 50 orang bagi memantapkan pengetahuan dan mengukuhkan semangat bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang dijangka akan berlangsung dalam masa terdekat.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Mohamad Nor bin Mohamad, manakala majlis penutupannya disempurnakan oleh

YDP PAS Putrajaya sendiri iaitu Ustaz Drs Mohamad Nazir Zakaria. Pengisian ijtimak tersebut telah disampaikan oleh dua orang pakar Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Kedah iaitu Saudara Awang Sallehudin dan Tuan Haji Adnan Saad.

Beberapa tajuk kertas kerja telah dibentangkan dan diperbincangkan dengan penuh semangat oleh pembentang dan juga peserta ijtimak. Perkara-perkara penting seperti bilik gerakan, daftar pengundi, penculaan, penerangan dan penyelidikan menjadi tajuk utama yang hangat diperbincangkan.

YDP, dalam ucapan penutupnya berharap semua perkara yang bincangkan dapat dijadikan panduan dan diterjemahkan dalam gerakan yang tersusun bagi menundukkan UMNO/BN khususnya Palimen P125 dalam pilihanraya umum nanti. Beliau juga menyatakan kursus bagi ejen tempat mengundi dan Ejen kira undi (Polling agent & Counting Agent – PACA) perlu disegerakan memandangkan masa pilihanraya dilihat sangat dekat.

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails