SELAMAT DATANG

Sabtu, 26 September 2009

F1 1Malaysia : RM308juta.. Adakah Akan Membazir Macam Tu Shj...?? | Nizar News

RM168 juta untuk F1 1Malaysia



MODEL kereta pasukan F1 1Malaysia.


PASUKAN Formula Satu (F1) 1Malaysia (1MF1T) akan mempunyai modal permulaan sebanyak RM168 juta manakala bajet tahunan pasukan dianggarkan mencecah RM308 juta.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan semalam, Proton Holdings Bhd. akan memberi lesen jenama Lotusnya kepada 1MF1T.

Lesen kerjasama itu termasuk pelbagai faedah bagi Lotus dan juga Proton membabitkan perpindahan teknologi, hak pemasaran dan peluang pekerjaan, kedua-duanya dalam pasukan F1 negara di pusat tek- nikal kumpulan di Sepang dan pangkalan satelitnya di Norfolk, United Kingdom.

1MF1T merupakan projek yang dibiayai swasta dan dimiliki bersama oleh Tune Group, Kumpulan Naza dan Litespeed UK.

Tune Group dimiliki bersama oleh Ketua Pasukan 1MF1T, Datuk Seri Tony Fernandes dan Pengarah 1MF1T, Datuk Kamarudin Meranun.

Pengarah 1MF1T lain ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin dan Zahri Ismail dari 1Malaysia F1 Sdn. Bhd.

Kerajaan tidak memegang sebarang ekuiti dalam projek tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung menerusi mana-mana syarikat berkaitan kerajaan.

Pasukan itu akan bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) untuk membantu merealisasikan aspirasi mewujudkan kelas modal insan berintensifkan pe- ngetahuan dan teknologi tinggi bagi negara.

Composites Technology Research Malaysia (CTRM), pakar pengeluar bahan komposit utama, juga akan menjadi sebahagian daripada projek itu.

Perancangan sedang berjalan lancar untuk membangunkan pusat teknikal, penyelidikan dan pembangunan serta pembuatan Pasukan F1 1Malaysia di kawasan seluas lapan hektar di Litar Antarabangsa Sepang.

Fernandes menyifatkan pasukan itu sebagai suatu pencapaian luar biasa bagi semua rakyat Malaysia.

"Negara-negara lain berusaha keras membida peluang ini tetapi Malaysia menerusi usaha padu dan kekuatan dalam semangat sebenar 1Malaysia, berjaya meraihnya.

"Ini akan menjadi peluang terbaik bagi korporat Malaysia untuk berkongsi impian ini yang akhirnya menjadi satu kenyataan," katanya.

Fernandes berkata, projek itu akan membantu Malaysia menggerakkan rantaian nilai dengan memberi penekanan kepada inovasi dan teknologi.

"Setelah terlibat dengan dunia F1, kami sangat teruja Malaysia memiliki pasukan F1 sendiri dan faedah besar yang bakal diraih negara dari- padanya," katanya.

Fernandes juga berkata, pasukan itu gembira dapat bekerjasama dengan Proton yang membolehkan kedua-duanya menumpukan kepada perniagaan terasnya dan dalam masa yang sama saling berkongsi fae- dah daripada kerjasama tersebut.

"Saya juga amat gembira bahawa hubungan kami dengan CTRM dan SIC, dengan UTM dan UTP semakin kukuh setiap hari. Ia suatu penghor- matan besar untuk bekerjasama dengan institusi yang memartabatkan semangat wawasan 1Malaysia Perdana Menteri," katanya.

Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir pula berkata, syarikat tersebut amat teruja dan menyokong inisiatif Malaysia itu.

"Menerusi perjanjian pelesenan antara Lotus dan pasukan itu, perkaitan jenama akan memberi faedah kepada Lotus dan juga Proton dan pastinya akan meningkatkan kesedaran jenama global," katanya

Ust Azizan Ikhtiar la Sikit...Tak Kan Boleh Tdoq Lena Kot

Mahfuz jumpa MB selesai masalah air Pokok Sena

Nazri Abdullah

POKOK SENA, 26 Sept: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar akan bertemu Menteri Besar Kedah bagi menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air yang dialami penduduk di sini.

Pertemuan itu juga bagi memohon kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan sekiranya melihat kemungkinan paip sedia ada perlu diganti.

"Masalah ini sudah ada dalam pengetahuan kerajaan negeri, saya akan jumpa Menteri Besar minta selesaikan segera masalah ni, mungkin perlu keluarkan peruntukan ganti paip lama itu." katanya ketika dihubungi.

Sebagai ahli parlimen bertanggungjawab, beliau juga memaklumkan telah berbincang dengan Pegawai Daerah meminta lori yamg menghantar bekalan air diperbanyakkan untuk dihantar sehingga ke hujung kampung.

"Saya dah berbincang dengan DO (Pegawai Daerah) Pokok Sena, minta perbanyak lagi lori masuk hantar air sampai ke dalam," katanya lagi.

Kira- kira 5,000 penduduk membabitkan enam buah kampung di daerah ini dilaporkan terputus bekalan air bersih sejak 10 hari lalu. BACA LAGI.....


Antara kampung itu Kampung Bukit, Batu 20, Hujung Bendang, Batu 18 dan Bendang Baru

Penduduk juga telah mengemukakan beberapa aduan kepada Jabatan Bekalan Air (JBA) di Kuala Nerang dan Alor Setar namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak terbabit.

Mahfuz dalam pada itu turut mengakui JBA lambat betindak sehingga masalah sejak setahun lalu itu semakin serius dua minggu kebelakangan ini.

Ekoran kelambatan itu, ada di kalangan penduduk terpaksa menggali telaga sendiri dan menggunakan air yang kurang bersih.

"Jabatan Bekalan Air pun agak perlahan dalam tindakan mereka, saya akan jumpa mereka dan mintak pusatkan penghantaran lori air di masjid atau surau, senang sikit masyarakat kampung datang angkut.

"Mereka ada masalah dengan sistem paip yang agak lama, tekanan pun rendah dan tidak boleh nak lepas air dengan tekanan kuat, takut paip pulak pecah," katanya.

PA NI MB? TAK PANDAI MERINTAH KOT? DULU BN MERINTAH TAK JADI LAGU NI PUN!

Masalah sampah Alor Setar selesai November-MB

Bashir Ishak

ALOR SETAR, 26 Sept: Masalah longgokkan sampah terutama di kawasan perumahan di sekitar bandaraya ini, dijangka dapat diselesaikan awal November ini selepas sebuah syarikat swasta mengambil alih kerja-kerja mengangkut sisa buangan.

Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, masalah berkenaan masih tidak dapat diselesaikan, kerana syarikat terbabit yang sepatutnya mengambil alih tugas daripada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), terpaksa menangguhkan kerja mereka sejak 1 Sept lalu.

"Ini berikutan dari permintaan dari Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang mahu menyemak semula terma-terma berkaitan nasib pekerja MBAS selepas penswastaan kerja-kerja mengangkut sampah. BACA SETERUSNYA


"Sekarang lori-lori mereka sudah sampai, masalah ini kena selesai betul-betul supaya tidak jadi masalah berlarutan dan kita harap ia selesai pada November ini," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi beliau di Seri Mentaloon, di sini.

Ustaz Azizan memberi respon terhadap laporan media yang mendakwa bandar raya Alor Setar semakin kotor kerana terdapat banyak longgokan sampah yang tidak diangkut sehingga menyebabkan bau busuk. Menurutnya lagi, masalah berkenaan bukanlah perkara baru dan bukanlah salah kerajaan negeri.

"Dari segi pentadbiran, kita tak boleh buat apa-apa keran ini adalah permintaan dari Ceupacs sendiri. Kita menyedari tentang ketidakselesaan rakyat. Saya berasa dukacita dan memohon maaf kepada orang ramai yang berasa kurang selesa," ujarnya lagi.-mna_

Sedia debat kali ke dua isu Kg. Buah Pala-KM

Mohd Sabri Said.

GEORGETOWN, 26 Sept:
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersedia berdebat dengan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon sekali lagi untuk membuktikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah punca segala-galanya masalah yang membabitkan isu Kampung Buah Pala.

Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik dalam satu kenyataan kepada Harakah menegaskan, ia bukan masalah Pemuda Gerakan, tetapi yang bertanggungjawab dalam perbincangan sehingga mencetuskan keraguan penduduk ialah Tan Sri Koh yang kini diamanahkan jawatan di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.


Sehubungan itu, Tan Sri Koh paling wajar bedebat isu tersebut.

"Kenapa tidak semena-mena Pemuda Gerakan pula nak berdebat dengan Lim. Yang sepatutnya diheret sama ialah Presiden Gerakan yang sampai kini berselindung di pintu pejabatnya kerana beliau orang yang bertanggungjawab melakukan perbincangan mengenai urusniaga dari awal, " ujarnya sambil menggangap tindakan Pemuda Gerakan itu sesuatu yang melucukan.

Bukan sahaja, Koh yang terlibat sebaliknya kepimpinan Umno, MCA dan MIC turut bersekongkol dengan peristiwa terbabit sehingga membolehkan syarikat swasta membelinya untuk tujuan pembangunan komesial.

Kepimpinan Umno, MCA dan MIC cuba tunjuk baik dalam hal ini sedangkan mereka juga adalah dalang terhadap urusan tersebut.

Jika mahukan kebenaran cuba ketengahkan sama kepimpinan yang ada dalam perdebatan itu nanti.

"Jika Gerakan terutamanya Presidenya berani tampil sebagai panel dalam perdebatan kali kedua itu kelak pasti semuanya terbongkar satu persatu. Rakyat akan mengerti siapa dalang sebenar meruntuhkan rakyatnya sendiri. Kita ada maklumat lengkap untuk membuktikan segala-galanya," tegas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar.

Amat malang sekali Indek Prestasi Utama (KPI) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak dipraktikan oleh menteri seperti Tan Sri Koh kerana isu ini melibatkan beliau yang terjun dalam arena berpolitik sejak 1982 lagi.

Jesteru itu, Ng Wei Aik yang juga Setiausaha Pemuda DAP (DAPSY) menyifatkan, jika bekas Ketua Menteri itu enggan berdebat membuktikan Pakatan Rakyat melaksanakan kebenaran manakala BN, Gerakan dan kuncu-kuncunya takut kerana salah.-mna_

Renungan Hari Raya

myzaidibrahim

Akhbar The Star telah memberi tumpuan dan perhatian rapi terhadap cadangan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang akan dibentangkan di Konvensyen Pakatan Rakyat pada hujung tahun ini. Penulis rencana itu Joceline Tan menulis panjang lebar dalam kolumnya dua hari sebelum hari raya. Ini diikuti pula oleh penulis bebas Baradan Kuppusamy tiga hari kemudian. Mereka nampaknya mahu tahu sejauh manakah realistiknya harapan bahawa PAS, DAP dan KeADILan dapat mencari muafakat dalam hal-hal sensitif dan berbeza. Rakyat jelata pun ingin tahu sejauh mana Pakatan Rakyat sanggup melaksanakan janji-janji dalam manifesto mereka.Baca Seterusnya.....

Memang usaha mencari kata sepakat ini sukar dan amat mencabar sekali. Saya sedar tentang perkara ini tetapi kita ada tanggung jawab kepada rakyat bahawa Pakatan ini bukan hanya sekadar pakatan membantu satu sama lain sewaktu pilihan raya sahaja. Ianya juga bukan sekadar pakatan untuk mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional tanpa mampu melaksanakan bersama dasar-dasar yang kita janjikan dalam manifesto. Memang usaha ini sukar tetapi ini mesti kita cuba laksanakan, dan cuba mencari muafakat terlebih dahulu.

Sebagai contoh, bila Dewan Undangan Negeri Selangor mengadakan Select Committee on Competency, Accountability & Transparency (SELCAT) untuk memastikan ketelusan dan integriti dalam pentadbiran negeri, sepatutnya PAS menyokong usaha ini. Kalau PAS menyokong, mengapa pemimpin PAS Selangor Hassan Ali dibiarkan mencabar badan ini yang dipengurusikan oleh Speaker Dewan? Apa guna PAS berjanji dalam manifestonya untuk menjadi sebuah kerajaan yang telus, yang mahu memansuhkan Akta Rahsia Rasmi (OSA), yang mahu menggubal undang-undang baru Hak Mendapatkan maklumat (Freedom of Information Act), jika usaha murni awal SELCAT di Selangor telah pun disanggah dan dicabar oleh PAS.

Berhubung cadangan menggubal Akta Hak Mendapatkan Maklumat yang sememangnya terkandung dalam manifesto parti-parti Pakatan Rakyat pada tahun 2008, pihak yang sudah pun menguasai kerajaan negeri sepatutnya mengorak langkah ke arah pelaksanaan usaha ini. Maksud saya, KeADILan yang menerajui Selangor, PAS yang memimpin Kelantan dan Kedah serta DAP di Pulau Pinang, sepatutnya dapat melakukan sesuatu ke arah menjayakan hasrat ini. Tak payah tunggu nak sampai ke Putrajaya.

Untuk menjayakan undang-undang ini, mungkin masih perlu hal-hal tertentu terus diklasifikasikan sebagai “sulit” tetapi inilah masanya kita buka rahsia-rahsia kerajaan selama ini supaya rakyat dapat maklumat yang akan membawa kepada pentadbiran yang lebih telus dan kurang rasuah. Kita harus terima hakikat bahawa kerajaan yang terbuka akan memberi peluang yang lebih adil kepada rakyat. Khalid Ibrahim di Selangor dan Husam Musa di Kelantan telah pun membuat kenyataan terbuka tentang kesedian mereka melaksanakan dasar ini, tetapi sampai sekarang belum tercapai hasrat itu. Itulah beza antara janji dan pelaksanaan. Janji mudah dilafazkan tetapi melaksanakannya memerlukan pendirian dan iltizam politik yang kuat. Inilah cabaran sebenar parti-parti dalam Pakatan.

PAS misalnya telah sanggup menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara. Tetapi bagaimana pendiriannya dengan kebebasan beragama? PAS berjanji mahu memghapuskan akta-akta zalim seperti ISA dan OSA, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan sebagainya. PAS juga berjanji akan menghormati hak asasi maanusia. Tetapi Pemuda PAS Terengganu masih lagi mahu “menangkap dab memberi nasihat” kapada anak-anak muda yang disyaki berkhalwat dengan menggunakan sukarelawan polis agama atau “moral police” sendiri.

Nampaknya mereka rasa tangkapan yang dibuat oleh pegawai bertauliah yang diberi kuasa oleh majlis agama negeri sekarang ini masih tak cukup. Pemuda PAS juga mahu mengharamkan konsert itu dan ini. Seolah-olah bagi Pemuda PAS, usaha menentang rasuah, kezaliman, penyalahgunaan kuasa dan menabur api perkauman itu kurang penting berbanding usaha memastikan anak-anak muda yang baru belajar bercinta dan ingin bebas menonton hiburan disekat daripada menikmati sedikit kebebasan itu.

Rakyat ingin tahu di manakah garis panduan kebebasan yang dijanjikan dalam negara demokrasi pimpinan Pakatan Rakyat dengan dasar PAS mengenai hal-hal Islam dan bukan Islam, termasuk kebebasan individu yang sudah tentunya terhad mengikut tafsiran yang rigid. Rakyat juga ingin tahu tentang jaminan kebebasan Islam – yang dijanjikan dan yang diamalkan. Ini kerana kebebasan dan kreativiti Islam di zaman keagungannya dahulu terkenal di seluruh dunia., tetapi yang menghairankan ialah mengapa zaman ini kebebasan Islam semakin sempit dan tertekan ?. Parti-parti dalam Pakatan harus sedia menjawab persoalan ini sebelum bermulanya Konvensyen Pakatan pada Disember depan.

14 Dalil Kenapa UMNO Dan Barisan Nasional Akan Kalah

Oleh: Falihah07

Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang dalam Negeri Sembilan diadakan kerana kembalinya kerahmattullah calon penyandangnya dari Barisan Nasional yang mendapat undi 6, 430 dalam PRU12 yang lalu dengan mengalahkan calon PAS mendapat undi 4,097 satu lawan satu. Majoriti calon BN 2,333.
Mood politik PRU12 dikawasan DUN Bagan Pinang ketika itu tentunya condong kepada UMNO dan Barisan Nasionaldimana pengundi masih belum nampak isu dan kepincangan UMNO dan BN

serta kepimpinan Pakatan Rakyat juga tidak begitu menyerlah dan diyakini oleh pengundi.

Ada kah senario politik PRU12 masih lagi kekal dipihak UMNO dan BN atau sebaliknya? Mungkin sahaja keputusan PRK Bagan Pinang nanti boleh buat satu kejutan seperti PRK Parlimen diKuala Trengganu dimana kerusi UMNO dan Barisan Nasional dirampas oleh calon PAS. Ada kah nasib calon UMNO dan Barisan Nasional di Bagan Pinang itu juga akan senasib dengan calon Parlimen BN di Kuala Trengganu? Walaupun UMNO dan BN mendapat majoriti berjumlah 2,333 undi mengalahkan calon PAS, ia bergantung kepada cara berkempen, strategi dan isu Pakatan Rakyat. Antara 14 dalil berkenaan ialah :-


1. KENAIKAN HARGA PETROL

Kenaikan harga petrol isu ini ada hubung kait dengan penghidupan rakyat Bagan Pinang. Pengundi yang tinggal dikampung rata rata pendapatan mereka kais pagi makan petang, kais petang makan pagi. Kos tambang taksi dan bas pun sudah melambung tinggi belum lagi dikira beras dan serba satu keperluan hidup rakyat luar bandar. Pengundi akan tanya, bila petrol naik harga dipasaran dunia, kenapa Malaysia rugi sedang Malaysia negara pengeluar minyak? Bila harga petrol turun harga jualan runcit pula naik? Alasan Kerajaan bahawa Kerajaan telah beri subsidi 30 sen setiap litter. Alasan ini susah diterima oleh pengundi.

2. KOS HIDUP RAKYAT YANG TINGGI

Bila harga minyak petrol naik, maka dengan sendirinya kos hidup rakyat begitu menghimpit penghidupan rakyat. Walaupun kenaikan minyak petrol mendapat subsidi 30 sen dari Kerajaan tetapi rakyat masih lagi tertekan dengan kenaikan kos hidup yang tinggi. Kenaikan kos hidup ini tidak ada apa apa subsidi dari Kerajaan? Harus diingat kos hidup rakyat setiap item mahal dari 30sen. Kalau segala galanya kos hidup tinggi dan mahal, bererti Kerajaan dapat keuntungan berlebihan dari cukai barangan kos hidup. Kerajaan cuma bantu subsidi harga petrol 30 sen tapi rakyat keseluruhannya rugi beribu. Ini bererti Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional mengamalkan sistem double standard?

3. KRISIS POLITIK DIPERAK

Sedikit sebanyak krisis politik di Perak boleh mempengaruhi pengundian PRK di Bagan Pinang kerana terlalu banyak orang orang yang tidak berkenaan turut campur tangan. Rakyat Malaysia keseluhannya tidak suka mendengar ada tekanan keatas Kerajaan yang dipilih oleh rakyat.,

4. SPRM CAMPUR TANGAN DALAM POLITIK

Seperti biasa dizaman Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Hussin Onn, mereka tidak suka Pegawai Pegawai Kerajaan atau Institusi Institusi Kerajaan campur tangan dalam politik negara. Mereka kerap diberi nasihat agar bersikap berkecuali bila berhadapan dengan permasahan politik negara. Mungkin pengundi tidak suka SPRM menangani masalah rasuah dikalangan ahli ahli politik bersikap berat sebelah. Rakyat suka melihat kalau SPRM menjalankan tugas menyiasat masalah rasuah dengan cara profesional dengan tidak memilih bulu PR atau BN.

5. MAHKAMAH HENDAKLAH BEBAS

Pengundi mahu melihat mahkamah bersikap bebas dan tidak terikat dengan mana mana pengaruh politik. Rakyat mahu mahkamah dan hakim berkhidmat dibawah Duli Yang Maha Mulia Seri Peduka Baginda Yang DiPertuan Agung bukan dibawah Perdana Menteri Malaysia.

6.. KES RASUAH PORT KLANG FREE ZONE

Biasanya kes rasuah yang melibatkan berprofil tinggi disiasat oleh SPRM dengan telus bukan disiasat untuk cover up. Rakyat sedang perhatikan SPRM dalam kes rasuah tersebut secara serius. Ada beberapa kes yang berprofil tinggi setelah disiasat oleh SPRM bunyinya "No case to answer" kemudian yang menyiasat pun dapat gelaran Datuk Seri. Anggapan pengundi bukan sahaja korban lembu boleh dijadikan kes rasuah tetapi kes terima anugerah Datuk juga boleh melibatkan seseorang itu terlibat dalam rasuah anugerah kerana ada prima facie dari orang yang disiasatnya menerima budi.

7. POLIS PUN MESTI BERKECUALI

Semasa menjalankan tugas keselamatan, polis juga pengundi kehendaki bersikap berkecuali. Semasa rakyat adakan perarakan kalau pembangkang yang mengadakannya maka tangkapan dibuat. Kalau UMNO yang adakan, polis cuma jaga keselamatan mereka.

8. RASUAH POLITIK WANG

SPRM tidak pula mengeluarkan kenyataan hasil siasatan rasuah politik wang dalam pemilihan Perhimpunan Agung UMNO yang lalu bahawa Datuk Seri Mohd. Ali Rustam didapati merasuah wang dan Khairi Jamaludin didapati merasuah wang? Yang rakyat tahu Datuk Norza dan beberapa orang lain lagi telah didakwa oleh SPRM kerana didapati mengamalkan rasuah politik wang. Pengundi Bagan Pinang mungkin nak tanya SPRM kenapa Datuk Seri Mohd.Ali Rustam dan Khairi Jamaludin kalis siasatan SPRM? Kalis didakwa? Tidak kah SPRM dianggap oleh rakyat sebagai double standard?

9. PERANAN MEDIA ARUS PERDANA

Media Arus Perdana bersikap keterlaluan memutar belitkan kenyataan Pakatan Rakyat. Kadang kadang perkataan yang dibuat buat yang tidak masuk akal, tapi masuk dalam TV3 dan arus perdana. Orang yang membuat berita berita fitnah itu dianggap oleh kaki tangan TV3 dan arus perdana sebagai berkesan? Tidak sama sekali tidak. Backfire pula akan mengena dengan UMNO dan Barisan Nasional. Pendengar dan pembaca hari ini bukan pendengar dan pembaca tahun 60an lagi, hari ini rakyat pandai berfikir, menimbang dan bertanya. Pembohongan TV3 dan arus perdana akan terserlah juga.

10. KONTROVERSI KES LIWAT ANWAR

Kes tuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, umum tahu bahawa kes itu cuma kes yang dibuat buat. Guna logik akal, mustahil seorang muda berusia 23 tahun tidak boleh elakan jika ia diliwat? Taklah masuk akal Saiful Bukhari Azlan pasang sahaja belakangnya untuk diliwat? Walaupun DNA mengatakan benda itu ada didalam dan mahkamah putuskan Anwar bersalah. Rakyat tidak akan telan sahaja bulat bulat, apa yang diputuskan oleh mahkamah itu semua betul. Kerana alibinya manusia boleh buat segalanya dalam erti kata politik "kill or to be killed" kepada sesiapa sahaja musuh politik UMNO.

11. AKTA ZALIM ISA TERUS DIKEKALKAN

ISA rata rata rakyat berpendapat tidak perlu tangkap orang tanpa bicara. Negara ada undang undang, dakwa mereka kemahkamah sesiapa yang menggugat keselamatan dalam negara. Tidak perlu guna ISA tanpa bicara. Tindakan Kerajaan tangkap dan seksa manusia dianggap oleh semua pengundi Malaysia sebagai satu tindakan Kerajaan yang zalim tidak berperi kemanusiaan.

12. KRISIS DALAM KOMPONEN BN, MCA

Krisis kepimpinan dalam MCA boleh menggugat kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRK Bagan Pinang. Pengundi pengundi Cina sudah mula hilang kepercayaan kepada pucuk kepimpinan MCA. Rasuah RM10 juta yang polis bekukan account yang memberi tidak kepada tertuduh yang menerima turut dibekukan accountnya dan disiasat. Para pengundi menganggap, "biasa lah tugas polis dan SPRM untuk jaga maruah BN". Ini yang dianggap oleh para pengundi, kerana menurut andaian Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional bahawa para pengundi itu selalu punya fikiran negatif.

13. SIKAP SURUHANJAYA PILIHANARAYA

SPR juga tidak begitu disenangi oleh para pengundi. Campur tangan SPR dalam politik kerap didakwa oleh para pengundi. Ada pula yang mendakwa ada undi hantu dalam buku nama nama para pengundi. Setakat ini kita belum pasti kebenarannya tapi peranan SPR sangat diragukan oleh para pengundi.

14. SEMANGAT PERKAUMAN MAINAN BN

Biasanya selalu kita dengar dalam berita TV3 dalam Astro Awani forum para professor, kadang kadang dengan tidak mereka sedari mereka membincangkan pasal negara Malaysia ini adalah negara orang Melayu. Hak orang Melayu, hak Bumiputera. Kepada kaum Cina dan India warga negara Malaysia, orang orang UMNO menganggap mereka sebagai bangsa asing. Isu ini adalah isu perkauman. Tentu sekali kaum Cina dan India tidak senang dan takut dengan parti UMNO. Takut dengan semangat perkauman mereka, menjadikan renggang perhubungan orang Melayu, Cina dan India padahal kalau UMNO nak meraih undi tentu sahaja bukan dari orang Melayu sahaja, kaum Cina dan India juga punya hak untuk mengundi. Sepatutnya TV3 dan Astro Awani tidak lagi mengundang para professor untuk memberi pendapat kerana ia boleh mengeruhkan keadaan. Kalau calon UMNO kalah dalam PRK Bagan Pinang, tentu sekali 14 dalil ini yang punya punca yang agak sukar untuk para pemimpin UMNO telan, kerana tidak mahu kehilangan senjata hikmat mereka, sekalipun mereka tahu mereka akan kalah..-firuz-786.blogspot

Isu Selcat Hanya Propaganda BN Porak-Perandakan Kredibiliti PR

Oleh:Wartawankita

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), Teng Chang Kim menyifatkan isu perbicaraan awam Selcat yang digembar-gemburkan adalah propaganda Barisan Nasional.Katanya, pendengaran awam yang dijalankan oleh Selcat adalah secara professional dan bukan untuk menyinggung perasaan pegawai-pegawai kerajaan yang menjalankan tugas.

"Mungkin ada unsur-unsur propaganda dalam perkara ini tetapi yang harus rakyat faham ialah bahawa cara kita mengedalikan Selcat ini adalah mengikut amalan dan piawai komanwel dan piawai yang dilakukan oleh negara maju seperti Amerika Syarikat…seperti kita melihat kepada rakaman Selcat sendiri..tidak ada banyak beza, guna bahasa Malaysia dan Negara barat lain bahasa Inggeris," katanya.

Teng yang ditemui TVSelangor di pejabatnya hari ini juga menjelaskan, tiada sebarang masalah dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP

"Saya rasa itu bukan masalah Pas dengan Dap, cuma individu tertentu sahaja, saya nampak tak ada masalah dalam hubungan dan kerjasama antara tiga parti dalam Pakatan Rakyat Selangor ini," katanya.

Katanya, kenyataan Dato Dr Hasan Ali hanyalah satu pandangan untuk menambahbaik perjalanan Selcat dan bukan untuk menjatuhkan Selcat.

Namun jelas Teng yang juga Speaker Dewan Negeri, isu ini sengaja di perbesarkan dan dipolitikkan pihak tertentu.

"Tidak ada masalah dalam Pakatan Rakyat dalam isu ini, cuma ada sesetengah pihak cuba mempolitikkan perkara ini. Sebenarnya, Selcat ini harus dilihat dari segi perlembagaan, amalan palimen dan pentadbiran dan tidak harus dipolitikkan," katanya.

Teng turut menyangkal dakwaan Ketua Pembangkang Selangor, Khir Toyo yang mengatakan keanggotaan jawatankuasa dari kalangan ahli politik menyebabkan berlaku ketidakadilan dan pilih kasih dalam perbicaraan.

"Tiada soal pilih kasih kerana keanggotaannya terdiri daripada penyokong kerajaan dan juga pihak pembangkang, cuma ada anggota dari UMNO itu tidak berminat dari mula lagi, hanya hadir sebanyak 2 kali lebih daripada 15 kali menyuarat ynag diadakan oleh Selcat, tak ambil bahagian langsung, sekarang malu nak datang semula, dan megatakan keanggotaan tidak sesuai," jelas Teng.

Jelas Teng lagi, perbicaraan awam yang dijalankan ini adalah jauh lebih baik berbanding pemberian penyapu oleh Khir kepada pegawai kerajaan.

"Bagi Khir Toyo, saya kira Selcat ini jauh lebih baik daripada pemberian penyapu kepada pegawai, saya rasa cara bila kita menyoal itu tidak menjatuhkan martabat, cuma saya merasakan ada sesetengah pegawai yang disoalsiasat terkejut, tidak bersedia dalam perbicaraan Selcat, sebab itu mereka rasa kelam kabut dan merasa malu apabila tidak dapat memberi jawapan yang lengkap," katanya.

Teng turut menjelaskan keanggotaan ahli jawatankuasa pilihan ini mestilah dianggotai oleh ahli dewan.

"Sebenarnya kalau mengikut amalan, tak kira negara mana, jawatankuasa dewan mesti terdiri daripada ahli dewan sebab ia terdiri daripada ahli dewan sebab itu ia dipanggil jawatankuasa dewan, dan jawatankuasa ini mnempunyai tanggungjawab dan mandat daripada dewan untuk mencari fakta dan kemudian membuat laporan kepada dewan untuk dewan mendapat gambaran jelas tentang perjalanan sesuatu kawasan," katanya.

Terdahulu, isu Selcat hangat diperkatakan apabila Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato Dr Hasan Ali kononnya mempertikaikan Selcat sebagai membuli pegawai kerajaan kerana ada pegawai yang mendakwa mereka dilayan dengan cara yang tidak sewajarnya dan menjatuhkan semangat untuk bekerja.

Khir yang digantung tugas selama setahun hasil siasatan Selcat berhubung isu Balkis awal tahun ini, juga menyarankan agar perbicaraan awam Selcat tidak diteruskan kerana kononnya merendahkan martabat orang lain.-www.tvselangor.com

Kesian Isa Samad

myzaidibrahim

Dalam menentukan calon pilihan raya kecil Bagan Pinang, pucuk pimpinan UMNO (yang sekarang seolah-olah diketuai oleh Dr Mahathir Mohamad) riuh-rendah tidak mahu Isa Samad menjadi calon. Bagi mereka, Isa telah tercemar dengan rasuah dan UMNO perlukan calon yang “bersih”. Wah, wah, wah! Begitu bersungguh-sungguh UMNO mahu banteras rasuah. Kesalahan politik wang dalam UMNO dianggap rasuah yang besar sedangkan rasuah sebenar yang melinatkan berbilion ringgit wang rakyat, mereka sanggup tutup sebelah mata.


Betullah bagi duit untuk perwakilan sewaktu pemilihan adalah satu kesalahan rasuah tetapi hal bagi duit kepada orang UMNO ini adalah satu budaya yang lazim dan diguna pakai oleh semua pemimpin UMNO. Ada perwakilan menerima RM500 dan ada juga yang menerima RM1,000; bergantung kepada jawatan yang dipertandingkan, dan siapa yang bertanding. Setahu saya, semua pemimpin Majlis Tertinggi UMNO, bila berkempen, mereka gunakan ejen-ejen tertentu untuk membeli undi atau meluluskan projek (yang sama juga taraf rasuahnya).

Jadi usahlah mereka berlagak “whiter than white” dan menganggap kesalahan Isa Samad itu besar benar. Kalaulah Isa semasa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dahulu mengambil rasuah berjuta ringgit, itu memang patut menjadi sebab mengapa beliau tidak boleh menjadi calon. Kalau itulah yang berlaku, mengapa pula beliau dikekalkan sebagai MB begitu lama? Malah kita dengar ramai MB dan bekas MB dari UMNO yang bergelumang dengan rasuah dan penyelewengan duit rakyat. Kalau setakat duit kempen pemilihan UMNO, rasanya tak ada seorang pun pemimpin UMNO yang berani bersumpah yang dia adalah “bersih”.

Usahlah guna alasan politik wang dalam UMNO semata-mata nak tunjuk kononnya UMNO ini parti yang bersih. Kalau benar-benar jujur dan mahu “bersih”, mengapa sibuk nak tangkap orang yang dedahkan maklumat tentang PKFZ? Sepatutnya siasatan dan tindakan diambil terhadap orang yang disyaki bersalah. Ini cuma nampak kuman di seberang laut, gajah di depan mata, pura-pura buta. Skandal PKFZ itu penyelewengannya berbilion-bilion ringgit. Masakan PKA dapat pinjaman mudah dari kerajaan dengan cara kelulusan retrospektif Cabinet sebanyak $4billion tanpa penglibatan orang atasan. Pinjaman yang pasti tidak terbayar kerana projek itu telah pun gagal . . Samakah rompakan wang rakyat itu dengan kesalahan beri duit kempen kepada perwakilan UMNO?

Kalau tak mahu Isa Samad bertanding, cakap saja kerana dia orang lama yang sudah tua dan tak sesuai lagi. Cakap saja UMNO mahu muka baru.. Saya harap pucuk pimpinan UMNO akan menghormati pilihan akar umbi, terutamanya UMNO Bahagian Teluk Kemang, yang benar-benar mahu Isa Samad bertanding. Beri peluang kepada Isa untuk bertanding

Jumaat, 25 September 2009

SELCAT@Hassan Ali : Nampaknya Pakatan Rakyat sedang mempermainkan UMNO/BN.. | Nizar News

STRATEGI POLITIK PAS SELANGOR

Sebelum ini saya menulis mengenai "Dr Hassan Ali & Politik Terbuka". Dalam tulisan itu saya sebutkan bahawa Pakatan Rakyat harus membudayakan teguran terbuka kerana itulah yang tuntut oleh rakyat pada masa ini.

Apa yang saya tidak sebutkan dalam tulisan itu ialah politik tidak ubah seperti permainan bola sepak. Setiap pemain ada peranan tersendiri. Ada pemain penyerang, ada pemain pertahanan dan ada penjaga gol. Sekiranya setiap orang bermain pada peranan masing-masing, pasukan itu akan menang.

Apabila Dato' Dr Hassan Ali mengkritik Selcat, ada yang mengatakan bahawa itu adalah bibit-bibit perpecahan dalam Pakatan Rakyat. Saya tidak fikir begitu. Malah, saya berpendapat ia akan semakin mengukuhkan pakatan itu di Selangor. Dr Hassan hanya memainkan peranan yang diharapkan darinya dalam pakatan tersebut.

Dalam kes ini, Dr Hassan memainkan peranannya dengan baik. Apabila dia mempertahankan pegawai kerajaan, mereka akan melihat ada pemimpin kerajaan negeri yang memihak dan mempertahankan pegawai-pegawai kerajaan, terutama sekali Pegawai-pegawai Daerah yang terpaksa hadir dalam sesi pendengaran awam Selcat.

Bukan rahsia lagi pegawai-pegawai kanan kerajaan ini begitu marah kepada Selcat. Tidak setakat itu, malah sekarang sudah ramai pegawai-pegawai kerajaan yang tidak senang apabila rakan sejawat dipersoalkan sedemikian. Dr Hassan menggunakan istilah "diperlakukan seperti budak sekolah."

Oleh itu, apakah jalan keluar bagi meredakan kemarahan ini?

Strateginya ialah menggunakan Dr Hassan untuk mempertahankan pegawai-pegawai kerajaan. Apabila melihat Dr Hassan membela, mereka akan menjadi sejuk hati. Walaupun mereka masih marah kepada Selcat, sekurang-kurangnya "pembelaan" Dr Hassan akan menjadikan panas hati berkurangan. Peranan ini tidak dimainkan oleh Barisan Nasional atau UMNO. Sampai sekarang BN tidak dilihat secara terbuka membela pegawai-pegawai kerajaan.

Sesetengah pihak berpendapat Dr Hassan sepatutnya memprotes dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, dan bukannya melalui media. Itu satu pandangan yang betul. Bagaimanapun, seseorang ahli politik yang pintar bukan saja harus melakukan sesuatu, tetapi memberitahu dunia apa yang dilakukannya. Bukankah satu cara terbaik untuk memberitahu pegawai-pegawai kerajaan bahawa Dr Hassan membela mereka dengan membuat kenyataan akhbar?

Atas sebab itulah saya katakan bahawa tindakan Dr Hassan itu adalah satu strategi yang baik. Sementara PAS dilihat membela pegawai kerajaan, Speaker Teng Chang Kim memainkan peranan yang diharapkan oleh DAP. Akhir sekali, tindakan kedua-duanya akan membawa sokongan rakyat kepada pakatan tersebut.

Mungkin ada yang bertanya mengenai kenyataan Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman yang berkata parti itu sedia menimbangkan untuk keluar Pakatan Rakyat (lihat muka depan Berita Harian 25 September, 2009).

Di mata kasar, ia dilihat sebagai satu kenyataan yang cukup tegas. Bagaimanapun, saya melihat sebaliknya. Sekali lagi, ia tidak lebih dari satu strategi politik dan akhbar arus perdana terperangkap dengan strategi ini apabila meletakkannya di muka depan.

Saya berpendapat dalam apa keadaan sekali pun, PAS tidak akan keluar Pakatan Rakyat.

Pertama, bukan mudah untuk berada di puncak kuasa. PAS sudah berada di situ dan ia tidak akan meninggalkan kerusi itu dengan mudah.

Kedua, kalau PAS keluar Pakatan Rakyat maka ia akan menjadi pembangkang. Dulu, Barisan Nasional mempunyai 20 kerusi di DUN Selangor, manakala PKR mempunyai 15 kerusi, DAP sebanyak 13 kerusi dan PAS sebagai parti minoriti dengan 8 kerusi DUN. Tatkala itu, sekiranya PAS keluar Pakatan Rakyat, ia masih berpeluang bergabung dengan Barisan Nasional bagi membentuk kerajaan. Tatkala itu, sekiranya PAS bergabung dengan Barisan Nasional, gabungan itu akan mempunyai 28 kerusi, iaitu sama dengan gabungan PKR dan DAP yang juga ada 28 kerusi.

Hari ini, perseimbangan itu tidak wujud lagi. Seramai enam orang ADUN BN digantung, menjadikan parti itu hanya mempunyai 14 orang ahli DUN. Gabungan PAS dan BN tidak memberikan apa-apa kesan kepada kerajaan sekarang. Kedua-duanya akan menjadi pembangkang dan saya tidak fikir itu pilihan yang PAS mahu.

Sekali lagi saya tegaskan bahawa strategi PAS dan Dr Hassan dalam hal ini ternyata berjaya -- sekurang-kurangnya setakat ini.

Oh ya, jangan lupa. Saya sebutkan tadi bahawa politik seperti permainan bola sepak.

Permainan bola sepak tidak sama dengan rugbi. Pemain rugbi mengejar sebiji bola. Apabila mendapat bola itu, mereka akan memeluknya.

Bagaimanapun, ini berbeza dengan permainan bola sepak. Dalam permainan bola sepak, kesemua 22 orang pemain akan mengejar sebiji bola. Apabila dapat, mereka akan menendang bola tersebut.

Ah, begitulah bola sepak.

Dan, begitu jugalah politik!

Alhamdulillah, PAS menang pusingan pertama di Bagan Pinang

Oleh : Pembela

Walapun Pilahanraya Kecil Bagan Pinang belum bermula secara sah, nampaknya PAS telah menang dalam pusingan pertama ataupun Pra-PRK Bagan Pinang. Ia berdasarkan kepada isu calon Umno yang bakal menjadi barah kepada Umno/Bn nanti. Rakyat sudah tahu bahawa Umno tidak menemui bakal calon yang betul-betul boleh memenangan parti mereka di situ. Pastinya proses lobi – melobi sedang hangat berjalan mengikut kem masing-masing untuk meletakkan calon yang mereka senangi.

Sejak dari hari kematian wakil rakyat Umno/Bn di Bagan Pinang lalu sehingga ke tarikh artikel ini ditulis, Umno terus bergelut dengan isu calon yang bakal mereka tampilkan sehingga menyeret mantan Presiden Umno, Tun Mahathir Mohammad campur tangan memberi pandangan secara terbuka berhubung isu calon tersebut. Antara pihak lain yang begitu beriya-iya bercakap soal calon di situ ialah Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Hassan Ahmad.

Pengalaman pahit Umno kalah di Permatang Pasir kerana disebabkan meletakkan calon yang tidak bermoral, maka kini semuanya bercakap supaya Umno meletakkan calon yang bersih – tidak rasuah ataupun telah disabitkan dengan rasuah.

Soalnya ialah, adakah Umno masih memiliki calon yang bersih dikalangan barisan kepimpinan mereka kecuali saki baki ahli-ahli di peringkat akar umbi yang dijadikan kuda tunggangan mereka semata-mata. Reaksi dan sokongan begitu kuat terhadap Datuk Mohd Isa Samad, juga Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang (di mana kawasan DUN Bagan Pinang) berada di dalamnya cuba disekat oleh mereka tertentu supaya terpilih sebagai calon Umno dalam PRK Bagan Pinang nanti. Umno Bahagian Teluk Kemang hanya yakin hanya Isa Samad saja yang layak serta mampu berdepan dengan calon PAS di situ kerana hubungan rapatnya dengan rakyat tempatan.

Ini bermakna Umno akan menghadapi masalah besar kerana terpaksa membuat keputusan samada mahu menerima pandangan dan kehendak akar umbi Umno di situ ataupun sebaliknya. Apapun keputusan yang bakal di ambil nanti, Umno tetap berada di dalam masalah yang menyukarkan mereka untuk memberi fokus dalam PRK tersebut. Umno kini ibarat, telan mati emak, luah mati bapak.

Jika Isa Samad menjadi calon, ia bermakna Umno redha kepada calon korup yang kini parti tersebut cuba membersihkannnya, sebaliknya jika calon lain yang dipilih Umno bakal menghadapi protes dalaman yang pastinya menguntungkan PAS. Oleh itu, apa yang terbaik buat Umno masa kini ialah menghayati kata-kata Presiden baru Umno ketika mengulas isu PRK Penanti iaitu PRK hanya membuang masa saja. Jadi inilah masanya Umno membuktikan bahawa kata-kata Presidennya dihayati kerana kemenganan PAS di Bagan Pinang tidak sama sekali akan menjatuhkan kerajaan Umno/Bn Negeri Sembilan.

Jika perkara ini dapat dilakukan, pastinya pekung dan masalah dalaman Umno yang kini kian membarah dapat dikawal dengan lebih sempurna.

Oleh itu, masalah dalaman Umno memilih calon mereka yang bersih di situ telah memberi kemenangan pusingan pertama kepada PAS buat masa kini. Apa yang PAS perlu lakukan sekarang ialah merangka strategi mendekati pengundi supaya ketakutan Umno kepada kuasa rakyat tersebut dapat dihalakan kepada Umno di situ Jika di Kuala Terengganu, PAS boleh merampas kerusi dari Umno dalam PRK yang diadakan awal tahun ini, tidaklah mustahil Bagan Pinang bakal dimenangi oleh PAS di situ.

Takbir…. Selamat Bertugas

Umno tidak belajar dari pengalaman - Dr M

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 25 Sept: Umno menunjukkan kepada dunia bahawa ahli-ahlinya tidak belajar dari pengalaman apabila terus mendesak supaya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kritikan Dr Mahathir yang semakin lantang menjadikan laluan Isa semakin sukar untuk menjadi calon BN di Bagan Pinang walaupun percubaan demi percubaan dibuat untuk mencalonkan bekas Naib Presiden Umno itu dalam pilihan raya kecil tersebut yang akan diadakan 11 Oktober ini.


"Kita tak banyak belajar, sebelum ini kita meletakkan seorang pembohong menjadi calon, yang dipecat oleh Majlis Peguam, yang menggunakan duit pelanggannya.

"Jika kita meletakkan calon seperti itu, sudah pasti kita akan kalah," Malaysian Insider memetik bekas Presiden Umno itu berkata.

Dr Mahathir juga membidas para pemimpin Umno di Telok Kemang yang mengungkit bahawa beliau juga pernah diusir dari Umno oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman tetapi kemudiannya diterima semula ke dalam Umno.

"Saya diusir bukan kerana rasuah atau politik wang tetapi kerana perbezaan pendapat dengannya (Tunku).

"Bila saya kembali (ke dalam Umno), ia kerana pandangan saya diterima. Saya tidak pernah mencuri wang," kata bekas Pengerusi BN itu.

Rabu lalu, Ketua Pemuda Umno bahagian Telok Kemang Mohd Faizal Ramli mempertahankan keputusan untuk menamakan Isa sebagai calon BN bagi pilihan raya tersebut.

Isa digantung keahliannya dalam Umno selama tiga tahun 2005 lalu kerana dituduh terlibat dalam politik wang ketika beliau muncul sebagai pemenang jawatan Naib Presiden dengan undi tertinggi pada pemilihan parti itu 2004 lalu, iaitu sebanyak 1,507 undi mengatasi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Timbalan Presiden Umno kini, Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).

Beliau kini ialah Ketua Umno Bahagian Telok Kemang dan kawasan DUN Bagan Pinang berada dalam bahagian itu.

Isa sebelum ini menolak pandangan yang menyatakan beliau akan menjadi liabiliti kepada BN jika dicalonkan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.

"Dalam pembangkang, hatta bekas banduan pun boleh bertanding," kata beliau yang dilihat merujuk kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya bukan penjenayah," tambah beliau.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dilaporkan satu-satunya calon yang dikemukakan oleh Umno Telok Kemang kepada pucuk pimpin parti itu untuk dipertimbangkan sebagai calon BN dalam pilihan raya tersebut.

Bagan Pinang mempunyai 13,664 orang pengundi dan 4,604 dari jumlah tersebut adalah pengundi pos.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, calon BN, Allahyarham Azman Mohd Nor memenangi kerusi tersebut dengan mendapat 6,430 undi mengalahkan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat 4,097 undi.

Pilihan raya kecil tersebut akan diadakan berikutan kematian Azman.

BN hanya memenangi kerusi Bagan Pinang dan Linggi dalam kawasan Parlimen Telok Kemang dalam pilihan raya umum lalu.-mna Kerusi Parlimen Telok Kemang, kerusi DUN Chuah dan kerusi DUN Port Dickson dimenangi oleh PKR manakala kerusi DUN Lukut dimenangi oleh DAP. Kemenangan BN di Bagan Pinang dan Linggi dipercayai berpunca dari undi pos. Linggi mempunyai 1037 undi pos._

PAS tetap komited bersama Pakatan Rakyat

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 25 Sept: PAS tidak pernah membuat keputusan untuk mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) di semua peringkat, tegas Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.

"Oleh kerana PAS tidak pernah membuat keputusan sedemikian, perkara itu tidak timbul sama sekali dan tidak harus ditimbulkan sama sekali," tegas beliau.

PAS, kata beliau, tetap dengan komitmen untuk bersama-sama PR.

"Jika ada masalah yang berlaku, ia adalah perkara biasa. Dalam keluarga dua tiga orang pun ada masalah, apa lagi pakatan yang besar," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Sebarang masalah yang berlaku, katanya lagi, boleh diselesaikan dengan semangat setiakawan serta musyawarah dan bukannya melalui media.

Salahuddin bagaimanapun yakin rakyat tidak akan terpengaruh dengan sebarang spekulasi dan manipulasi yang cuba mendakwa kononnya PAS akan mengkaji semula kedudukannya di dalam PR.

"Apa jua keputusan mengenai perkara itu hanya boleh dibuat oleh mesyuarat peringkat tertinggi PAS," kata beliau.

PAS, katanya, tidak ada kaitan dengan sebarang dakwaan yang kononnya mahu mengkaji perkara itu.-mna_



PM lancar Parti Makkal Sakti 10 Oktober

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dijadual melancarkan Parti Makkal Sakti Malaysia - parti terbaru kaum India negara ini, 10 Oktober ini.

Parti itu diumumkan penubuhannya Mei lalu.

Setiausaha Agung parti, Kannan Ramasamy berkata, Perdana Menteri telah menerima jemputan untuk melancarkan parti itu.

"Kami gembira beliau menerima jemputan kami dan ia permulaan yang baik untuk mempunyai Perdana Menteri melancarkan parti kami," kata Kannan.

Ia akan dilancarkan pada pukul 10 pagi di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang.

Parti Makkal Sakti Malaysia ditubuhkan oleh bekas pemimpin pertubuhan Hindraf yang telah diharamkan tahun lalu.

Bekas penyelaras kebangsaan Hindraf, R.S. Thanenthiran merupakan Presidennya.


cehh...protes kat samy bulu la ni....



Siapa Kata Angkatan Tentera Tidak Akan Menyokong Pas?



Sekiranya ada yang berpendapat bahawa, Pas sebuah Parti Islam yang bertanding di Bagan Pinang akan menemui maut kerana majoriti undi Pos datangnya daripada Angkatan tentera, itu adalah satu kesilapan besar yang perlu diperbetulkan (Dengan segera). Jika masih ada yang beranggapan bahawa angkatan tentera menolak perjuangan Islam dan tidak akan mengundi calon Parti Islam, itu adalah tidak benar. Pandangan sebegitu sudah ketinggalan dan terkebelakang.


Angkatan tentera merupakan perwira negara dibarisan nombor satu yang paling kuat mengamal dan memperjuangkan kesucian islam dengan penuh berakhlak. Jika dibandingkan dengan jabatan-jabatan lain dalam kerajaan, angkatan tentera layak dklasifikasiakn sebagai sumber modal insan penjana kecemerlangan kerohanian.

Ini terbukti dengan tertubuhnya Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) pada 16 April 1985. Kalau tidak kerana tanggungjawab yang tersemat dikalangan tentera untuk memertabatkan Islam, masakan kor yang ke-16 di dalam Tentera Darat Malaysia ditubuhkan.

Dengan mengamalkan penghayatan nilai-nilai agama dengan penuh berakhlak di kalangan Angkatan Tentera Malaysia yang meliputi Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut DiRaja Malaysia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia, mereka kekal sebagai perwira setia disetiap sanubari warganegara.

Perjuangan angkatan tentera dalam mempertahankan negara sentiasa segar mekar seiring dengan semangat, kesedaran dan iltizam untuk meninggikan syiar dan penghayatan Islam.


Apa yang memperkukuhkan semangat perjuangan tentera?

Hanya tentera yang berilmu, beriman, beramal dan bertakwa sahaja akan berjaya memperkukuhkan nilai-nilai kerohanian dan kekentalan kekuatan tempur. Dan itulah yang terdapat pada tentera kita. Malah jika dihalusi di dalam pentadbiran ketenteraan negara, penghayatan nilai-nilai islam sentiasa dipantau supaya ianya sentiasa dipatuhi dan dipraktikkan di semua peringkat dalam ATM.

Terdapatkah mana-mana jabatan kerajaan yang lain selain daripada ATM yang mengamal dan mengadakan aktiviti seperti berikut ini:


Kursus Asas Fardu Ain
Seminar Kefahaman Islam
Nadwah Kepimpinan Islam
Kelas Bimbingan Khas dan Terbuka
Bimbingan dan Kaunseling
Penerbitan Buku dan Risalah
Kursus Penghayatan Islam
Tilawah Al-Quran
Penyelidikan Islam
Pembangunan Sistem Maklumat Islam dan Tenaga Manusia
Pentadbiran Keagamaan, Urusan Zakat, Haji dan Undang-Undang Islam

Jawapannya TIADA.

Kesungguhan dalam memertabatkan Islam kalangan angkatan tentera tidak terhenti apabila mereka tamat perkhidmatan. Ini terbukti apabila Hj. Md Anizam Abd. Rahman, seorang bekas tentera berpangkat MEJ (B) merupakan ADUN N28, Kemahang dan kini memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan dalam Kerajaan Islam yang dipimpin Tok Guru Menteri Besar Dato’ Nik Aziz di Kelantan.

YB Mejar Md Azizan bukan sahaja diterima rakyat malah juga diterima oleh kerajaan. Kerana apa? Bukankah itu kerana memperjuangkan Islam?

Disiplin dan ketokohan serta wibawa yang diwarisi YB Mejar semasa menjadi angkatan terntera dahulu tidak canggung dipraktikkan kini. Malahan tidak keterlauan jika dihebahkan di sini bahawa keseluruhan bahagian keselamatan Pas Kelantan dianggotai oleh bekas angkatan tentera dan diterajui YB yang begitu tangkas bersilat Mejar Md Anizam.

Penghayatan nilai-nilai Islam di kalangan tentera menjadikan mereka sebagai manusia yang memiliki ketinggian akhlak, sikap dan sifat setiakawan (esprit de corps) di samping memahami erti kata sebenarnya tentang apa itu perkhidmatan tentera selaras dengan pandangan dan tuntutan Islam.

Kata orang, kalau askar tu bersara diterima oleh rakyat terbanyak dan juga berpeluang untuk mejadi wakil rakyat. Bekas-bekas Fru tu, polis ke jadi apa? Inilah nilai keperwiraan milik tentera kita yang tidak kedapatan pada mana-mana anggota kerajaan yang lain termasuk SPR dan inilah yang membanggakan rakyat. Selamatlah Bumi malaysia Kerana Budimu Perwira, Berdaulatlah Islam Kerana Taatmu. Tentera Rakyat Malaysia.

Calon Bagan Pinang masih kabur: Mohd Isa

PORT DICKSON - Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad masih berdolak-dalik apabila wartawan mengajukan soalan adakah beliau calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

“Saya tak tahu...saya pun tak dapat apa-apa ilham lagi. Saya tak tahu apa keputusan daripada pucuk pimpinan. Pemilihan calon ini diputuskan pucuk pimpinan dan ini adalah amalan biasa dalam UMNO.

“Kita serah kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan untuk memilih calon yang sesuai di Bagan Pinang. Biar mereka menilai,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian program gotong-royong khidmat masyarakat bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) oleh Ketua Pengarah AADK Datuk Abd Bakir Zin di sini, semalam.

Pada mesyuarat UMNO Bahagian Teluk Kemang 10 September lepas, Ketua Pemuda bahagian itu, Mohd Faizal Ramli berkata bahagian itu sebulat suara menamakan Mohd Isa sebagai calon BN.


Namun, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahukan UMNO Negeri Sembilan menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga nama sebelum dipilih calon BN di Bagan Pinang.

Ditanya sokongan UMNO bahagian itu yang sebulat suara mahu beliau menjadi calon, Mohd Isa yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan berkata, ia adalah atas keyakinan.

“Maknanya keyakinan untuk bekerja bersama-sama untuk memastikan kerusi DUN Bagan Pinang terus kekal milik BN,” katanya.

Ditanya jika pucuk pimpinan memilih calon lain daripada yang dicadangkan oleh bahagian itu, beliau berkata sudah tentu pucuk pimpinan mempunyai alasan tertentu.

“Sebagai anggota parti dan setelah apa yang diputuskan pucuk pimpinan, sokongan mesti diberikan terhadap calon yang dipilih. Semasa pilihan raya kita tidak bercakap lagi mengenai individu, kita bercakap sebagai satu pasukan yang nak menang. Yang penting, pastikan kemenangan BN,” katanya.

Katanya, beliau telah mula berkempen dan dari segi sambutan orang ramai termasuk dari kaum India dan Cina terhadap BN setakat ini adalah baik dan menggalakkan.

“Semangat ahli-ahli parti tinggi manakala respons masyarakat pun nampak begitu baik. Isu pun tidak susah sangat... cuma isu lama yang dibangkitkan. Ini merupakan satu taktik pembangkang untuk meraih simpati.

Saya harap rakyat jangan terkeliru dan mudah percaya dengan apa sahaja yang diperkatakan pembangkang,” katanya. - Bernama

Adakah Sultan Pahang berpolitik...??

Sultan Pahang mahu rakyat terus sokong kerajaan Barisan Nasional

KUALA KRAU: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mahu rakyat negeri itu terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) agar lebih banyak pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan dapat dilaksanakan untuk faedah mereka.

Baginda bertitah, rakyat perlu terus bersama kerajaan kerana agenda pembangunan yang dirancang dalam jangka pendek dan panjang bakal memberi manfaat berterusan kepada mereka.

Sambil memberi contoh pembinaan jambatan Kuala Krau merentangi Sungai Pahang yang berharga RM64 juta, baginda bertitah usaha itu merupakan agenda pembangunan mampan bagi memberi keselesaan kepada penduduk yang tinggal di kedua-dua belah sungai berkenaan.

"Jambatan Kuala Krau berfungsi memendekkan perjalanan di antara Bandar Tun Razak, Jengka dengan Kuala Krau 20 minit berbanding satu jam sebelum ini yang jaraknya sejauh 55 kilometer.

"Di samping itu, jambatan ini juga akan menjadi pemangkin kemajuan ekonomi kepada penduduk di sekitar Bandar Tun Razak, Jerantut dan Temerloh di mana ia memendekkan perjalanan menjadi 22 kilometer sahaja dengan memberi manfaat kepada 60,000 orang penduduk dari daerah Jerantut, Temerloh dan Maran," titahnya kepada pemberita selepas melawat tapak jambatan Kuala Krau di sini hari ini.


Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Anggota Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamad Said, Anggota Dewan Undangan Negeri Jenderak Datuk Mohamad Jaafar dan Pegawai Daerah Temerloh Datuk Dr Salehudin Ishak.

Dalam pada itu, baginda turut meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) membina laluan motosikal bagi menjamin keselamatan penunggang yang melalui jambatan berkenaan.

Terdahulu, Pengarah JKR Pahang Datuk Ir Rosman Yahaya dalam taklimat ringkas kepada baginda berkata, jambatan yang mula dibina pada Ogos 2007 itu dijangka siap pada Februari tahun depan di mana kini ia sudah 82 peratus siap.

Katanya jambatan empat lorong sepanjang 490 meter dan lebar 13.9 meter itu mempunyai reka bentuk yang menarik dan bakal menjadi mercu tanda bagi kawasan Parlimen Kuala Krau. BERNAMA

3 Komen Anda:
HUSIN PAKTONGKO said...
Assalaamuaalaikum...
Dalam konteks raja berpelembagaan umum mengetahui raja dan kedudukannya. Rasja-raja tidak dibenarkan terlibat daalam politik secara langsung dalam ertikata menggunakan kedudukan sebagai raja untuk menyatakan sokongan perse pada mana-mana parti politik.Betulkan?
Namun kita melihat terdapat beberapa insiden yang menunjukkan raja-raja ini menunjukkan sokongan terbuka mereka kepada parti-parti politik.Sekadar beberapa contoh seperti kes di Perak atau di Kelantan dekad-dekad sebelum kini.Raja-raja kalau ingin berpolitik sewajarnya menanggalkan baju kedaulatan raja dan turun sebagai pemimpin politik seperti mana yang berlaku pada beberapa tokoh yang berketurunan raja. Dalam konteks memberi sokongan terang-terangan begini nampak gayanya telah mencemar semangat raja berpelembaagaan dan naampak kecondongan raja untuk tidak bersikap adil ke atas rakyatnya. wallahua'lam

September 25, 2009 1:45 AM
melor45 said...
Raja ni dengar ceritanya dah ambil advance belanja dari MB untuk tahun 2010 almaklumlah RAJA berjiwa rakyat dapat pulak bini pakistan yang berbelanja sakan.Beliau amat susah hati kerana ban-ban balak dah habis ditebang,anak-anak kerabat banyak yang memerlukan belanja setiap masa bertambah anak cucu maka bertambahlah perbelanjaan negeri menampung kaum kerabat ni.Tapi tak pa negeri pahang kan kaya dengan cukai maksiat dia ada 2 pusat perjudian terbesar di rantau ini ia itu diGenting dan di Bukit Tinggi oleh sebab itu apabila dok makan hasil maksiat,darah daging dan akal fikiran jadi tak berapa molek dok meraban tak tentu hala, masih ingin bergantung pada dahan yang reput dan akan merudum bila -bila masa sahaja.

September 25, 2009 6:47 AM
MOGUNDAHALI said...
Apabila Sultan bersuara ini menunjukkan bahawa BN sudah tidak mampu untuk bertahan dan memerlukan talian hayat yang lebih berkuasa. Rakyat yang taksub akan Sultan pasti sujud memohon ampun kepada BN.

September 25, 2009 7:28 AM


Kedah timbang buka terusan

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri bersetuju menimbang cadangan penduduk Yan untuk membuka semula Terusan Wan Mat Saman bagi mengatasi masalah banjir di daerah berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pihaknya sudah berbincang dengan beberapa pihak berkenaan untuk mengkaji keperluan membuka semula terusan itu.

“Kita sudah bincang dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk menangani isu banjir di daerah tersebut dan antaranya mengenai keperluan membuka semula terusan itu,” katanya.

Azizan berkata, peranan terusan itu suatu masa dahulu amat penting bagi mengairi sawah padi selain mengawal banjir, dan pihaknya akan cuba menyelesaikan isu itu secepat mungkin.

“Saya percaya JPS akan bertindak segera sebab mereka mempunyai peruntukan untuk mengatasi masalah banjir, termasuk peruntukan Projek Pembangunan Koridor Wilayah Utara (NCER) yang di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri prihatin dengan kesan yang terpaksa dihadapi penduduk akibat banjir di kawasan berkenaan kerana banyak tanaman musnah dan menyebabkan kerugian kepada penduduk.

“Kita akan bincang dan atasi masalah ini secepat mungkin,” katanya.

Sebelum ini, penduduk Yan mendakwa sejak Terusan Wan Mat Saman ditutup daripada menyalurkan air dari kawasan sekitar Gurun dan Yan, masalah banjir mula berlaku dan semakin kerap sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Berikutan itu, penduduk menggesa supaya terusan itu dibuka semula sebagai usaha menangani masalah banjir di kawasan terbabit.



Isu Mirzan: Apa jawapan para Mufti?

Hamba Allah, Terengganu.

Di Selangor, kerajaan negeri berusaha untuk mengawal penjualan arak secara terbuka dan bebas. Dalam masa yang sama, kerajaan negeri cukup prihatin dengan hak dan keperluan masyarakat bukan Islam di Selangor. Nampaknya kesepakatan telah diterima oleh semua pihak di Selangor.

Dalam pergolakan ini ,Umno pula cuba menanggguk di air keruh. Kerajaan negeri dihentam kerana dikatakan tidak membanteras arak. Mereka lupa, isu arak ini, telah berlarutan sejak Umno mula berkuasa di Selangor. Apa Umno buat tentang arak di Selangor ? Kerajaan PR pula mengambil tindakan sebaik sahaja berjaya menguasai Selangor.


Memang pelik, di saat para ulama dan ahli-ahli agama gigih mengajak umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya, ada pula orang Islam sendiri membenarkan dirinya dilantik dalam syarikat arak. Pendedahan terbaru tentang Mirzan ini cukup menyedihkan umat Islam. Sekarang rakyat menunggu reaksi pemimpin Umno dan reaksi bekas Perdana Menteri sendiri. Rakyat juga sedang menantikan apa jawapan mufti-mufti dalam hal ini.

Mirzan dalam mempertahankan diri memberi alasan dengan berkata, "Ini adalah urusan perniagaan sahaja."

Beliau tentu sedar bahawa syarikat yang dipimpinnya itu menguasai 95% pasaran arak Filipina dan dijual di 60 buah Negara di dunia. Adakah beliau sedar, individu yang terlibat dengan arak bukan sahaja minum, membotol, menjual, membawa atau apa sahaja yang membantu dalam pasaran arak akan mendapat saham dosa.

Beliau telah mengeluarkan kenyataan akan mengurangkan penglibatan SMC dengan arak sekitar 15% sahaja menjelang 2010. Kenyataan itu nampak terlalu jujur dan ikhlas. Perlu diingat bahawa matlamat tidak boleh dihalalkan dengan cara. Walaupun esok syarikatnya berjaya mengurangkan pengeluaran arak hingga menjadi 1 %, adakah syarikatnya dikira bersih ?

Jangan keluarkan kenyataan seolah-olah ada hukum baru berkaitan arak. Panduan bagi penganut Islam adalah jelas. Arak itu haram. Kartika minum arak secara tertutup di kelab malam, ditangkap dan akan dihukum. Saudara Mirzan membuat kesalahan secara terang-terangan. Tanpa segan silu mengeluarkan kenyataan bagi menunjukkan ianya betul. Siapa yang akan ambil tindakan ?

Rakyat Malaysia yang menghina lagu Negaraku akan dikenakan hukuman bila pulang dari luar Negara kerana dikatakan menghina rakyat dan Negara Malaysia. Apa pula tindakan yang akan dikenakan kepada Mirzan kerana menghina Islam secara terang-terangan ?

Jika, Mirzan Mahathir seorang yang bermaruah dan sayangkan agama anutannya. Letak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah. Bertaubat dan carilah rezeki dengan cara halal.

Parti Pakatan Mempunyai Haluan Berbeza

BANTING,(Bernama) - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan gabungan parti pembangkang sebagai satu pakatan tidak rasmi dengan setiap parti terbabit mempunyai haluan berbeza selepas pilihan raya umum lepas.

"Parti pembangkang bukanlah satu alternatif. Amat malang jika parti pembangkang menang dan membentuk kerajaan (Persekutuan)," katanya ketika diminta mengulas mengenai perbalahan dalaman di kalangan gabungan parti Pakatan di Selangor.

"Mereka tidak akan dapat mentadbir negara sebaliknya asyik berbalah sesama sendiri. PAS akan berbalah dengan DAP, DAP akan bertegang urat dengan Keadilan (Parti Keadilan Rakyat) dan seterusnya," katanya kepada pemeberita selepas melawat limbungan NGV Tech Sdn Bhd di Kampung Sijangkang dekat sini Khamis.


Mengenai sama ada inkuiri Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) terhadap dakwaan amalan rasuah menjejaskan Barisan Nasional (BN) Dr Mahathir berkata:

"Mereka boleh menyiasat, jika Barisan (Nasional) melakukan sesuatu yang salah ia perlu didedahkan. Saya mengetahui mengenai satu siasatan dilakukan terhadap saya sama ada saya ada mengambil wang (secara salah) atau tidak tetapi mereka tidak menemui apa-apa."

Beliau berkata: "Jika mereka mengadakan siasatan bagi mengetahui sama ada pemimpin lepas telah melakukan kesilapan, ia merupakan satu tidak yang betul."

Sebaliknya, kata bekas perdana menteri itu, apabila pemimpin sebelum ini melakukan kesalahan dan tiada tindakan dikenakan terhadap mereka sebaik bersara, kumpulan pemimpin yang baru akan beranggapan bahawa jika mereka melakukan kesalahan, tiada apa akan berlaku kepada mereka kerana ia akan disembunyikan.

Inkuiri SELCAT turut menghendaki pegawai-pegawai daerah diminta menjelaskan bagaimana peruntukan RM500,000 terhadap setiap wakil rakyat dalam pentadbiran sebelum ini diagihkan dalam tempoh dua bulan pertama 2008 sebelum pilihan raya umum ke-12 pada Mac tahun lepas.

Mengenai pilihan raya kecil Bagan Pinang, Dr Mahathir menegaskan bahawa kualiti calon kerusi itu amat penting.

Ditanya sama ada beliau yakin BN mempunyai peluang cerah di Bagan Pinang, beliau berpendapat BN akan dapat mengekalkan kerusi itu jika meletakkan calon yang boleh diterima rakyat.

-- BERNAMA

Kerajaan kudeta Perak rompak bajet kerajaan Pakatan

Harakahdaily

IPOH, PAS mempertikaikan dasar bajet kerajaan BN Perak kerana kerajaan yang ada tidak pernah menggubal sebarang bajet baru selepas Umno dan BN mempertikaikan bajet yang dibentangkan kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, kerajaan BN Perak yang dibentuk secara kudeta tidak pernah meluluskan bajetnya sendiri.

Katanya, Bajet 2009 yang dibentang dan telah diluluskan dalam Persidangan DUN pada penghujung 2009 dengan tema "Bajet Kebajikan Untuk Rakyat "telah membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang mementingkan hal ehwal kebajikan rakyat.

Ia memaparkan kesungguhan dan komitmen kerajaan negeri dalam hasrat membawa negeri Perak dan rakyatnya ke satu tahap pembangunan sosio ekonomi dan pembangunan insan yang seimbang.

Dalam merangka dan melaksanakan Bajet 2009, Kerajaan Pakatan Rakyat menjadikan adil, amanah, telus, wibawa dan berkebajikan sebagai asas dan prinsip utamanya.


Namun begitu sejak BN merampas kuasa di Perak, manakah dasar bajet yang telah diumumkan kepada rakyat? Inilah salah guna kuasa yang merupakan gambaran sebenar bahawa BN tidak mempuanyai kuasa yang sebenar dalam menggunakan Bajet 2009 yang telah diluluskan,� kata beliau dalam satu kenyataannya.

Sidang yang bermula pada 10 Nov 2008 itu menyaksikan Perbahasan Enakmen Perbekalan sebanyak RM 643, 681,236.00 dan Usul Kumpulan Wang pembangunan 2009 sebanyak RM 175,838,000, yang akhirnya diluluskan.

Masih segar dalam ingatan saya semasa perbahasan dibuat, ADUN BN memperlekehkan Bajet 2009 yang telah dibentang oleh MB Pakatan Rakyat. Antaranya menganggap sebagai Bajet Tin Kosong.

Akhirnya saya beranggapan BN telah "menjilat" ludahnya sendiri dengan menggunakan Bajet tersebut tanpa ada dasar khusus, apalagi gagal memanggil satu sidang sah untuk membentang satu bajet baru kalaulah benar bajet yang dibentangkan kami adalah tin kosong.

Malu, tidak bermaruah, tidak berprinsip itulah mungkin yang saya boleh andaikan dengan perangai pemimpin BN di Perak yang telah membelanjakan wang rakyat tanpa ada dasar khusus,� katanya.

MB Perak Pakatan Rakyat semasa membentangkan bajet tersebut telah menggariskan empat strategi utama iaitu menjadi sebuah negeri berkebajikan, meneruskan dasar perbelanjaan secara berhemah dan berjimat cermat serta mempertingkatkan hasil pendapatan negeri, memastikan kesejahteraan rakyat dan peningkatan kualiti kehidupan di luar Bandar dan Bandar, dan menyediakan system penyampaian sektor awam yang efisen.

Negeri Berkebajikan menjadi strategi utama Bajet 2009, beritahu Khalil dalam kenyataannya.

Ini adalah antara apa yang rakyat Perak dapat dari Bajet 2009 ini :-

1. 4,428 rakyat berpendapatan kurang 700 ringgit diberi bekalan air percuma sebanyak RM10.00 sebulan.

2. Meluluskan 1000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan penanaman sawit.

3. RM 6 juta diperuntukan untuk sumbangan derma siswa RM 1000 seorang kepada 6000 anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.

4. RM 4.9 juta diperuntukan untuk pendidikan Islam iaitu dengan menaikan elaun guru KAFA, Penyelia KAFA, guru Tadika Islam dan mengembalikan bantuan perkapita kepada 22 buah sekolah Agama Rakyat.

5. RM 1 Juta diperuntukan untuk Takaful Kifalah kepada warga emas berusia 65 tahun ke atas, setiap waris akan diberi sumbangan RM1000 bagi meringankan beban pengebumian jenazah.

6. RM 4.88 juta pula diperuntukan untuk menaikan elaun bulanan Ketua Kampung dari RM 200 ke RM 400, dan elaun Setiausaha JKKK sebanyak RM 200 sebulan

7. Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat dengan memperuntukan RM 2 juta. Tabung ini ditubuhkan bagi tujuan membantu dan memelihara kebajikan rakyat yang menghadapi kesusahan seperti mengalami penyakit kronik, anak-anak yatim, ibu tunggal, kebajikan ahli keluarga mangsa ISA, warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU), menaikkan bantuan kebajikan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan mengikut kategori dengan kadar minimum RM 200 dan tidak melebihi RM 400.

8. Menubuhkan Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil tanpa faedah bagi membantu ibu tunggal menceburi perniagaan kecil dan juga peniaga-peniaga kecil dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta.

10. RM 2 Juta diperuntukan kepada Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam bagi tujuan membantu orang-orang bukan Islam dalam menjalankan dan mengamalkan aktiviti kebudayaan, keagamaan serta pendidikan.

11. Peruntukan EXCO dinaikan dari RM 100 ribu ke RM 150 ribu setahun, manakala ADUN dari RM 150 ribu setahun ke RM 200 ribu setahun.

12. Menaikkan Tabung Pusingan Bantuan Bencana Alam kepada seluruh Pejabat Daerah dari RM 30 ribu ke RM 50 ribu.

13. Meluluskan 138 kawasan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) khas untuk setinggan yang melibatkan kawasan seluas 4,299 ekar dan boleh menyediakan 34,392 lot tapak rumah. Ini bermakna 34 ribu lebih rakyat yang menempati kediaman setinggan akan memiliki tapak rumah untuk didirikan rumah kediaman.

14. RM 60 juta diperuntukan kepada JKR untuk melaksanakan pelbagai projek baru, manakala JPS pula mendapat peruntukan sebanyak RM 8.82 juta untuk rancangan tebatan banjir.

Kerana itulah saya beranggapan bahawa BN telah menggunakan dasar Bajet 2009 yang diluluskan semasa Pakatan Rakyat memerintah, dan sebenarnya rakyat Perak menerima banyak perubahan dengan dasar bajet yang bertemakan kebajikan itu,� katanya.

Sekiranya Bajet tersebut tidak mematuhi dasar yang telah diluluskan dalam pembentangan DUN tersebut berarti telah berlaku sekali lagi pelanggaran undang-undang setelah sekian banyak pelanggaran undang-undang yang telah dilakukan oleh BN di Perak, katanya.

Maka tidak ada jalan yang terbaik melainkan di bubarkan DUN Perak, dengan mengembalikan kuasa kepada Rakyat untuk memilih semua kerajaan yang sah di Perak, tegas beliau. _

Salahuddin harap Umno ada calon bebas politik wang

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berharap Umno berjaya mengemukakan calon yang bebas politik wang dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang 11 Oktober ini.

Beliau berharap Umno mempunyai calon yang bersih dari politik wang untuk memenuhi keinginan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menekankan supaya Umno memilih calon yang bebas politik wang untuk pilihan raya itu.

"Sebelum ini, Dr Mahathir menyatakan bahawa 'Umno sudah jadi parti perasuah'. Mungkin hari ini Umno bukan lagi parti perasuah dan sebab itulah bekas Perdana Menteri menekankan supaya Umno tampil dengan calon bebas politik wang dalam pilihan raya Bagan Pinang.

"Mungkin juga Umno Bahagian Telok Kemang (di mana kawasan DUN Bagan Pinang berada) tidak pernah mengamalkan politik wang dan tokoh-tokoh Umno di bahagian itu bebas politik wang semuanya," kata Salahuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS bagi pilihan raya kecil tersebut.


Mengenai persediaan PAS menghadapi pilihan raya itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, pihaknya akan megggerakkan seluruh kekuatan untuk mengajak rakyat di Bagan Pinang supaya bersama-sama dengan kehendak rakyat.

"Kita yakin rakyat di Bagan Pinang tidak mahu ketinggalan untuk bersama-sama dengan kehendak rakyat yang menolak Barisan Nasional (BN) dalam tujuh dari lapan pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas.

"Malah di dalam kawasan Telok Kemang sendiri pun, tiga dari lima kawasan DUN di situ serta kerusi Parlimennya dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu.

"Saya yakin sepenuhnya rakyat Bagan Pinang akan bersama-sama dengan kehendak rakyat hari ini yang menolak BN," kata beliau.

Dalam pilihan raya umum yang lalu, selain kerusi Parlimen Telok Kemang, kerusi-kerusi DUN Chuah, Lukut dan Port Dickson dalam kawasan Parlimen itu dimenangi oleh PR.

"Saya juga yakin, rakyat Bagan Pinang tidak sanggup menerima Umno yang pernah disebut sebagai parti perasuah oleh bekas Presidennya sendiri.

"Pandangan Dr Mahathir itu malah dikongsi oleh bekas Bendahari Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang berkata, punca rasa tidak puashati rakyat terhadap BN itu adalah persepsi bahawa mereka yang memegang kuasa adalah angkuh dan korup.

"Rakyat boleh melihat dengan terang dan nyata hakikat itu dan bukti terbaru dapat dilihat sendiri oleh mereka dalam dokumen kabinet mengenai Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) yang menunjukkan dengan jelas bahawa kabinet kerajaan Umno dan BN melakukan penyelewengan dan merestui rasuah," katanya.

Sebelum menekankan supaya BN meletakkan calon bebas politik wang, Dr Mahathir menolak pencalonan bekas Naib Presiden Umno yang juga Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon BN dalam pilihan raya itu.

Beliau berkata, imej Umno akan terjejas jika bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dicalonkan kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

"Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini," kata beliau.

Bagan Pinang mempunyai 13,664 orang pengundi dan 4,604 dari jumlah tersebut adalah pengundi pos. _

INTIPATI RAMADHAN

Bismillahirahmannirahim..

Alhamdulillah kita dah selamat menjalani ibadah puasa di sepanjang Ramadhan yang baru berlalu. Sama-samalah kita mengharapkan mudah-mudahan Allah menerima amalan puasa kita. Di samping itu juga diharapkan agar latihan ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadhan seperti puasa, solat sunat, sedekah, bacaan Quran dapat diteruskan dalam bulan-bulan lain sehinggalah kita bertemu Ramadhan akan datang.

Setiap amalan ada kesan dan hasilnya. Ibadat puasa Ramadhan ini mampu menjadikan kita orang yang bertakwa. Inilah intipati dari Ramadhan. Kelazatan puasa memuncak ketika berakhirnya Ramadhan. Kita inginkan keberkahan Ramadhan ini berpanjangan hingga setahun, tapi apakan daya ia datang hanya sebulan saja.

Sungguhpun begitu, kita masih berpeluang meneruskan puasa selepas 1 Syawal. Adalah menjadi amalan sunat mengerjakan puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Ia boleh dilakukan mulai 2 Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan atau mana-mana 6 hari dalam bulan tersebut. Nabi Muhammad saw. bersabda "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh."

Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Sayugialah kita mengambil peluang ini untuk... berpuasa 6 di bulan Syawal. Selain mendapat pahala puasa setahun, kita juga dapat memperbaiki kekurangan dalam ibadat puasa bulan Ramadhan.

Bagi kaum perempuan yang tidak dapat berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan kerana kedatangan haid, puasa Sunat 6 hari dalam Syawal ini memberi peluang terbaik untuk mengqadha' di samping mendapatkan pahala berpuasa sunat. Kebiasaan mentaakhirkan qadha sehingga hampir Ramadhan akan datang adalah satu amalan yang tidak sepatutnya dilakukan. Amalan wajib jika ditinggalkan mestilah disegerakan sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri kita terhadap Allah. Apakah makna dan tujuan kita melambatkan qadha' puasa wajib? Tidak lain menunjukkan seolah-olah kita keberatan untuk menunaikan kewajiban yang telah kita tinggalkan. Bukankah Allah tahu apa yang tersirat di hati kita?

Natijah dari amalan puasa ialah taqwa dan kasih akan Allah. Tanda kasih akan Allah ialah berkhidmat kepadaNya. Siapa mencintai Allah dia akan berbahagia di alam akhirat, sebaliknya siapa mencintai dunia dan isinya, ketahuilah dunia akan meninggalkan kita. Kelazatan dunia walaupun sebaik mana pun ianya tetapi ia tidak kekal. Ia berakhir sebaik saja kita menemui ajal. Sebaliknya kelazatan akhirat kekal abadi tanpa batasan waktu.

Di antara tanda kita mengasihi akan Allah ialah mulut sentiasa berzikir (mengingati / menyebut) Allah, hati tidak lalai mengingati sesuatu selain Allah. Setiap amalan yang dilakukan diperiksa terlebih dulu adakah untuk nafsu atau Allah. Mana yang dirasakan untuk Allah diteruskan. Apabila melihat sesuatu hati terus teringat kepada Allah yang menjadikannya. Selain itu, sentiasa mendampingi orang alim (ulama) kerana mereka ialah pewaris nabi. Kita sedar kita adalah bersama orang yang kita cintai di akhirat nanti. Jika hati menyintai nabi dan para ulama, insyallah kita bersama mereka di akhirat . Bagaimana pula agaknya kalau kecintaan beralih kepada para artis dan penyanyi? Nauzubillah. ..

Sebagai akhirnya, sama-samalah kita berdoa supaya kita dapat bertemu Ramadhan tahun depan dan seterusnya.

"Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadhan kerana kami sedar di syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang yang berpuasa saja. Kami juga sedar Ya Allah bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka. Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya. Kau peliharakanlah kami dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya. ." Ameen

~ akhie ~

Selasa, 22 September 2009

MANA GENG KEPALA LEMBU MANA YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM SANGAT ?

Bismillahirahmannirahim..

PAS bantah lagi, gesa konsert Beyonce dibatalkan.

Pemuda PAS, yang pernah membantah konsert penyanyi Beyonce Knowles dua tahun lalu sehingga ia terpaksa dibatalkan, meneruskan pendiriannya dengan menggesa kerajaan membatalkan persembahan artis itu di ibu negara bulan depan. Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, pihaknya mahu kerajaan menarik balik permit membolehkan konsert itu - Beyonce I Am... World Tour Live in Malaysia 2009 diadakan 25 Oktober ini.

"Dewan Pemuda meminta kerajaan dan kementerian yang bertanggungjawab agar menarik balik kebenaran (yang telah diberikan)... apa tujuan membenarkan konsert ini diadakan?

"Kita tidak mahu kebenaran kepada konsert yang menyuntik kerosakan moral dan akhlak muda-mudi," kata Nasrudin ketika dihubungi.


Selain membantah konsert itu buat kali kedua berturut-turut, Dewan Pemuda pernah menyatakan pendiriannya menentang persembahan Rihanna Live in Kuala Lumpur pada Februari lalu dan kumpulan Michael Lears To Rock awal bulan ini. Turut dibantah ialah konsert Mariah Carey.

Bagaimanapun Nasrudin berkata, pihaknya kemungkinan tidak sempat menghantar memorandum kepada kementerian terbabit kerana akan sibuk dengan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan awal bulan depan. Penyanyi itu sepatutnya mengadakan konsertnya di Malaysia pada 2007 tetapi dibatalkan ekoran bantahan Dewan Pemuda PAS. Seterusnya artis itu mengalihkan lokasi konsertnya ke Jakarta. Ketika itu Nasrudin merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS. Knowles yang terkenal dengan gerak tari bootylicious dijadual mengadakan persembahan julung kali di Stadium Nasional, Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur ialah salah satu.. destinasinya dalam siri konsert dunia yang meliputi Amerika Utara, Eropah dan Asia. Penganjur konsert itu ialah Marctensia dan UCSI Communications. Siri konsert dunia itu diadakan sempena pelancaran album ketiganya, I Am… Sasha Fierce yang merangkumi lagu-lagu hit seperti If I Were a Boy, Single Ladies (Put a Ring on It), Halo, Sweet Dreams dan Broken-Hearted Girl. Nasrudin menambah, pihaknya tidak bercadang untuk mengadakan demonstrasi bagi membantah konsert itu daripada diadakan.

"Sebaliknya kami akan mengedarkan risalah bagi mendidik peminat-peminatnya daripada menghadiri konsert tersebut," kata beliau sambil menambah, risalah akan diedarkan di pintu masuk konsert itu diadakan kelak.

"Kita bukan antihiburan, bukan menentang semua bentuk hiburan tetapi membantah hiburan-hiburan yang mendorong kepada keruntuhan moral dan persembahan artis yang tidak bersesuaian," katanya. mStar

Bagan Pinang ulangi kejayaan PAS di Kuala Terengganu 2

Ramli Yamat

Pilihan raya kecil Bagan Pinang akan menjadi petunjuk penting bagi menentukan jatuh bangun politik Umno dan Barisan Nasional (BN) di negara ini.

Mengambil kira gelombang kebangkitan rakyat yang belum surut, Umno tentunya gusar peristiwa pilihan raya kecil Kuala Terengganu boleh berulang di Bagan Pinang.

Parlimen Kuala Terengganu yang dimenangi BN pada pilihan raya umum Mac 2008 berjaya dirampas PAS melalui pilihan raya kecil pada Januari lalu.

Begitu juga Bagan Pinang dimenangi BN pada pilihan raya umum lalu.

Namun kemerosotan undi daripada lebih 6,000 pada pilihan raya umum 2004 kepada 2,333 undi pada Mac 2008 jelas menggambarkan undi BN susut begitu besar.

Yang Dipertua PAS, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, biar pun Bagan Pinang merupakan kawasan kubu Umno, namun pengaruh parti itu mulai merosot di seluruh negara sekarang.


Katanya, calon PAS pada pilihan raya umum lalu, Ramli Ismail hanya ketinggalan

2,333 undi berbanding Allahyarham Dato� Azman Mohd Noor.

"Sedangkan pada pilihan raya umum 2004 BN menang dengan majoriti lebih 6,000 undi di situ," katanya selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya PAS anjuran Majlis Tindakan Dun (MTD) Kuala Besut kepada penduduk miskin di Markah Tarbiah PAS Kampung Baru, baru-baru ini.

Adun BN Bagan Pinang itu meninggal dunia pada petang Jumaat lalu akibat jangkitan kuman dalam darah di Hospital Pakar Seremban.

Mengambil kira faktor tersebut Wan Azhar yakin calon PAS akan membuat kejutan lagi merampas Dun Bagan Pinang pada pilihanraya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

Selain itu katanya, faktor sokongan pengundi India dan Cina kira-kira 30 peratus daripada jumlah pengundi di Dun berkenaan boleh menjadi penentu.

"Tambahan pula sekarang PAS dan Pakatan Rakyat mempunyai banyak isu yang boleh diketengahkan sebagai bahan kempen antaranya isu perarakan kepala lembu, isu pemindahan kuil dan kenaikan harga minyak," katanya.

Kedudukan kawasan itu agak unik apabila Pakatan Rakyat menguasai empat daripada enam kerusi di Parlimen Teluk Kemang.

Kerusi parlimen itu sekarang diwakili Pengerusi Perhubungan KeADILan Negeri Sembilan, Dato� Kamarul Bahari.

Beliau mengalahkan calon BN, Datuk S.Sothinathan dengan mojoriti 2,804 undi.

BN juga menang di kerusi Dun Linggi. Bagaimana pun Pakatan Rakyat menguasai tiga Dun di kawasan berkenaan.

Wan Azhar juga berharap ahli-ahli dan penyokong PAS Besut turut membantu kempen pada pilihanraya kecil tersebut nanti.

Sementara itu dalam perkembangan lain Pengarah MTD Kuala Besut, Aminuddin Mohd Ali berkata, MTD terbabit memperuntukkan sebanyak RM34,000 sumbangan kepada 340 fakir miskin di Dun berkenaan, di mana setiap seorang menerima RM100.

Katanya, seramai 10 penerima dipilih dari setiap cawangan PAS di Dun Kuala Besut. Hadir sama pada program tersebut Timbalan Yang Dipertua PAS Besut, Haji Hassan Salleh._mna_

Pemuda PAS pantau kempen menteri dalam kem tentera

Nazri Abdullah

SEREMBAN, Pemuda PAS bersedia membuat bantahan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sekiranya mendapati ada pihak khususnya pemimpin BN berkempen dalam kem tentera sempena pilihan raya kecil Bagan Pinang Oktober nanti.

Pengerusi Jawatankuasa berkaitan Undi Pos Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat berkata, jika kempen dalam kem tidak di benarkan, bermakna semua pihak termasuk BN juga tidak boleh berbuat demikian.

"Pemuda PAS telah menubuhkan pasukan pemantau yang akan dibantu anggota tentera sendiri di kesemua 11 kem dan akan memantau pergerakan menteri yang datang berkempen di sana," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad bahawa parti politik tidak dibenar berkempen dalam kem tentera. Selain itu, anggota tentera juga tidak diberi kebenaran untuk berparti politik melainkan selepas bersara.


Sebelum ini, pemuda PAS mendesak SPR supaya mereka juga dibenarkan berkempen dalam kem tentera memandangkan BN sering melakukannya dengan menggunakan platfom Kementerian Pertahanan tanpa sebarang halangan dari SPR.

"Mendengar kempen pilihan raya bukannya berpolitik, kita bukan minta tentera pegang jawatan dalam parti.

"Adakah salah untuk anggota tentera nak kenal orang yang mereka nak undi?, saya rasa sudah tentu tidak salah, tapi kenapa kerajaan nak halang anggota yang nak mengundi, kenal calon yang bertanding? " soalnya lagi.

Menurutnya lagi, anggota tentera juga perlu mendapat maklumat yang jelas berhubung calon yang mereka perlu pilih.

Apatah lagi, mereka bertanggungjawab menjaga keselamatan negara dan semestinya memerlukan penilaian tepat sebelum memilih pemimpin mereka.

Selain itu beliau turut mencadangkan kepada pihak SPR agar memperuntukkan jadual khas dan tempat lain selain dalam kem kepada anggota tentera untuk bertemu dan mengenali calon yang bertanding.

Ianya dilihat lebih adil berbanding menutup langsung ruang kempen kepada anggota seperti sedia ada khususnya kepada parti bertanding selain BN.

" Mereka tentunya sensitif berkenaan memilih pemimpin. Takkan mereka nak pilih calon yang rasuah jadi pemimpin mereka," katanya. - mks._


Isnin, 21 September 2009

Qaryah Ramadhan yang hanya ada di negeri Serambi Mekah,Kelantan.








Mengharap negeri-negeri di bawah naungan PR ada program dan usaha seperti di kerajaan Kelantan..... MB Kedah YAB Dato Seri Ustaz Azizan Razak dah mula buat Tazkirah di Sri Mentalon. Semoga banyak lagi program semacam itu dibuat. . Tawadhuq kena bagi banyak dan bercakap biaq bagi berhemah, jangan hentam semberono macam YAB tegoq Pemuda tak berapa sedap la kami dengaq. Sori naaa!







Pembangunan Isaniah di Kelantan

Alangkah sejuknya mata memandang..hati2 akan tersentuh bila melihat peringatan2 yang seperti ini..difahamkan idea datang dari TGNA sendiri untuk membuat papan iklan yang bermasej ini..

semoga TGNA sentiasa dalam rahmat Allah..



di Kelantan..pembangun an insaniah diutamakan bukan pembangunan materialistik. ....tergamakkah org Melayu yg mengaku Islam nak jatuhkan kerajaan macam ini?


MB Kedah Bila lagi nak wat lagu niii .... Tulisan jawi kat papan Iklan yang ada tu kira OK lah, cuma perbanyakkan lagi ......
walau bagaimanapun i sokong apa yang u buat selama ni, cuma pertingkatkan lagi.... RAKYAT Kedah dok lihat apa yang Dato Seri Ustaz Azizan Buat.. PRU13 dah tak lama........


Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails