SELAMAT DATANG

Sabtu, 23 Mei 2009

MUKTAMAR KE 55 - Sejarah Penubuhan PAS & Dewan Ulamak

“Satu Singkapan yang perlu diketahui
oleh pendukung-pendukung Pas
sebagai panduan
dalam menempuh liku-liku perjuangan.”

Menurut apa yang tercatat di dalam sijil pendaftaran penubuhan PAS, ia ditubuhkan dalam satu perhimpunan pada bulan Zulkaedah tahun 1370 Hijrah bersamaan bulan Ogos 1951 Masihi. Dan mengikut catatan lain ialah pada bulan November tahun yang sama. (Warta Negara, 26 November & Utusan Melayu, 25 November 1951)iaitu kira-kira 60 tahun mengikut tahun hijri atau 58 tahun Masihi yang lalu.

Bertempat di perkarangan Bangunan Kelab Melayu Bagan di bandar Butterword, Seberang Perai berhadapan bandar Georgetown atau Tanjung di Pulau Pinang. Wakil-wakil yang hadir samaada mewakili pertubuhan-pertubuhan atau secara individu dianggarkan seramai antara 200 hingga230 orang semuanya termasuk beberapa orang wanita. (Utusan Melayu, 25 November & warta Negara 26 November 1951; dan 40 orang pemerhati; manakala Utusan Melayu menyatakan termasuk antara 200 orang yang hadir itu termasuklah pemerhati-pemerhati wanita seramai 20 orang) Antara wanita itu ialah Puan Dasimah Dasir yang mengambil bahagian berbahas membangkang hebat cadangan Ustaz Othman Hamzah yang mencadangkan pertubuhan yang bakal ditubuhkan itu dinamakan PAS.
Diaantara pertubuhan yang menghantar perwakilan ke perhimpunan merasmikan penubuhan PAS itu ialah;

a. Persatuan Guru-Guru Agama – Perlis
b. Persatuan Ulama – Kedah
c. Persatuan Anak-Anak Rakyat Kalimantan Malaya (PARKAM) – Perak
d. Kelab Darul Ehsan – Selangor
e. Kelab Melayu Bagan – Seberang Perai
f. Persatuan al-Ihya’ al-Syarif Gunung Semanggul – Perak
g. Perikatan Melayu Bersatu Seberang Perai & Pulau Pinang
h. Dan banyak lagi Persatuan, Badan Kebajikan dan Kelab atau Jamaah terutamanya dari Pulau Pinang dan Seberang Perai; dan selain dari hadir atas nama peribadi termasuk Tuan-Tuan Guru, wartawan, imam dan termasuk dua orang kadhi.

Wakil daripada Persatuan al-Ihya’ al-Syarif Gunung Semanggul, yang sebelum itu telah ditubuhkan sebuah parti politik Islam yang terkenal dikenali sebagai Hizbul Muslimin (HAMIM) merupakan satu-satunya parti Islam di Semenanjung Tanah Melayu yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Bakir Said sebagau Ketua Umumnya dan Naibnya ialah Ir. Haji Ariffin dari Johor Baharu dan Cikgu Muhamad Daud Jamil dari Kelantan yang tujuan penubuhannya ialah memperjuangkan kemerdekaan Malaya dari penjajah, juga bermatlamat menubuhkan masyarakat dan negara Islam di semenanjung Tanah Melayu ini diwakili seramai 4 orang perwakilan. Mereka ialah;

a. Ustaz yahya bin Abdullah – Ketua
b. Ustaz harun Fahmi – Ahli
c. Ustaz Baharuddin Abdul Latif - Ahli
d. Ustaz Othman Hamzah – Setiausaha

HAMIM ditubuhkan pada bulan Mac 1948 di Gunung Semanggul yang di’jolok’ oleh Yang Dipertua UMNO waktu itu iaitu Datuk Onn Jaafar sebagai “ bahaya turun dari Gunung” kerana bercita-cita mencapai kemerdekaan Malaya dan mendirikan Negara Islam. HAMIM diharamkan semasa Malaya diisytiharkan darurat pada bulan Jun 1950.
Wakil Persatuan Anak-anak Rakyat Kalimantan Perak ialah Ustaz Ahmad Azam, bekas Pesuruhjaya PAS terengganu yang memenagkan PAS di Terengganu hingga membentuk kerajaan PAS Terengganu selepas pilihanraya kebangsaan 1959.
PENGASAS PAS.

PAS diasaskan pada mulanya oleh ulama-ulama yang menyertai UMNO yang bermula dari dilema “loteri UMNO” terutamanya oleh Pengerusi Badan Ugama UMNO Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan yang tegas mengharamkan amalan loteri itu, kemudian diperkuatkan pula tekanan pengharamannya oleh dua orang ulama iaitu Tuan al-Syeikh Abdullah Fahim (Datuk kepada Mantan PM, Tun Abdullah Badawi)dan al-Syeikh Fadhlullah Suhaimi dari Singapura.

Hasil dari dilema itulah terbentuknya Badan Ulama UMNO bahkan sebelum itu Pengerusi Badan Ugama UMNO telah membayangkan hasratnya untuk menubuhkan Kesatuan Ulama yang tersendiri sejak tahun 1950.

Pada tahun 1951 tertubuhlah sebuah panitia penaja Kesatuan Ulama itu di Seberang Perai. Menurut Ustaz Othman Hamzah, “saya diberitahu panitia itu terdiri daripada:

a. Al-Fadhil Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan – Pengerusi
b. Al-Fadhil Tuan Haji Ahmad Maliki – Setiausaha.
c. Al-Fadhil Haji Ahmad Badawi – Anggota (Ayahanda Mantan PM, Tun Abdullah Badawi)
d. Al_Fadhil Tuan haji Mansor JP – Anggota
e. Al-Fadhil Tuan Haji Ahmad Tuan Hussin – Anggota
f. dan dua –tiga orang lagi daripada Selangor dan Negeri Sembilan dari kalangan ulama-ulama dan juga ahli UMNO

Sayugia saya sebutkan, al-Fadhil Tuan Haji Ahmad Fuad dan Haji Ahmad Maliki kedua-duanya adalah bekas guru saya ketika mereka berkhidmat sebagai guru pembantu di bawah pimpinan Ustaz al-Syeikh Abu Bakar al-Bakir Said, Mudir al-Ma’arif al-Ma’had al-Ihya’ al-Syarif Gunung Semanggul Perak sebelum Perang Duani Kedua dahulu.” Ujar al-Marhum Ustaz Othman Hamzah.

TUJUAN PAS DITUBUHKAN
Tunggu Bahagian Ke2

Jumaat, 22 Mei 2009

Larangan al-Quran Cegah Selsema BABI

Azamin Amin Fri May 22, 09 10:05:35 am MYT
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Hrkh) - Setiap larangan Allah SWT terhadap sesuatu perkara, pasti tersimpan hikmah yang tersendiri dan mempunyai sebab yang kuat demi melindungi manusia daripada sesuatu bahaya dan bencana.

Pengharaman memakan daging babi di dalam surah al-Baqarah ayat 172, mempunyai kaitan rapat dengan jangkitan 'selsema babi' yang melanda dunia yang kini begitu mengancam nyawa manusia dan bukan pertama kali malah telah berlaku dalam sejarah yang sewajarnya di ambil iktibar atas setiap yang di perintah dan dilarang oleh Allah SWT selama ini kepada manusia.

Kata Pengarah Institut Kajian Hadis, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Ustaz Mohd. Farid Ravi Abdullah bahawa Allah SWT melarang memakan babi itu kerana tuhan lebih arif tentang wabak dan penyakit yang ada pada babi yang dicipta-NYa termasuk kemampuan manusia untuk menerima sesuatu makanan yang layak untuk tubuh badannya.

"Dia yang ciptakan manusia dan babi, dia jugalah yang tahu segala baik buruknya sesuatu. Oleh itu kita perlu taat, kerana setiap larangan Allah pasti bersebab yang kuat,

"Bahkan dalam al-Quran menyebut dalam permulaan surah Baqarah, ayat 172 itu dengan kalimah 'wahai manusia' bermaksud ayat ini tidak semata-mata dituju kepada orang Islam sahaja tetapi semua manusia termasuk orang bukan Islam yang jika mengikuti larangan ini, akan dapat juga mencegah daripada terkena wabak ini," kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliahnya dalam rancangan Halaqah terbitan TV9 malam semalam yang bertajuk "Selsema Babi" bersama ahli perubatan, pendakwah dan penulis buku Dr Danial Zainal Abidin yang dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Shukri bin Yusof.

Dalam pada itu, Dr Danial menjelaskan hasil kajian bahawa babi berupaya menerima aneka jenis virus di dalam tubuh badannya sekalgus boleh menukarkan virus menjadi lebih merbahaya sehingga boleh membunuh manusia.
"Babi boleh memakan apa saja dan menerima semua jenis virus. Kemudia menukarkan virus yang ada padanya kepada virus yang lebih merbahaya seperti selsema babi. Babi boleh menyebabkan manusia mendapat lenih 25 jenis penyakit," katanya.
Malah kata Dr Danial 'swine flu' atau selsema babi ini pernah melanda dunia pada tahun 1918 yang turut dikenali sebagai "Spanish Flu".

"Dalam journal yang saya baca, ada yang mengatakan telah membunuh 20 juta manusia dan ada yang kata 40 juta manusia. Dan wabak yang melanda dunia hari ini sama dengan Spanish Flu pada tahun 1918," katanya,

Beliau turut mengemukakan hasil kajian barat, bahawa terdapat nasihat daripada pakar melarang memakan babi kerana membawa virus dan penyakit.
Babi katanya walaupun dimasak berkali-kali, terdapat sejenis kuman yang tidak mati yang 'duduk' di dalam genetik babi yang boleh membawa bahaya.

"Dalam Dinasti Ting, ada seorang tabib terkenal juga melarang orang Cina memakan babi. Ini kitab kuno orang Cina sudah ada larang tersebut dan memberitahu tentang bahayanya," kata Dr Danial lagi.

Dalam kesimpulan diskusi rancangan agama itu, Farid Ravi menjelaskan bahawa doa adalah merupakan senjata paling ampuh untuk mengelak manusia daripada terkena jangkitan ini kerana ianya merbak secara luas dan tanpa sempadan.
"Manusia tidak boleh halang dan sekat udara yang bertebaran. Itu kuasa Allah. Penyakit yang ada di Mexico beribu-ribu batu sudah sampi ke negara jiran Thailand. Begitu cepat ia merebak.
"Kita mestilah berdoa banyak kerana itu antara senjata kita kerana kita tak mampu kawal semua. Manusia yang ada di sekeliling kita mahupun udara yang ada. Semua dengan izin Allah semata-mata, " katanya.

Sementara itu Dr Danial pula memberi berapa panduan untuk mengelak berlakunya jangkitan tersebut antaranya seperti yang dianjurkan oleh agama iaitu sentiasa membasuh tangan.
"WHO mengeluarkan panduan, supaya sentiasa membasuh tangan. Bagi kita ini bukan sesuatu yang baru, malah kita sentiasa berwuduk untuk solat dan mambasuh tangan sebelum makan,"katanya yang turut menyarankan agar mengikuti saranan Nabi Muhammad s.a.w sewaktu bersin.

Ketika bersin, Nabi menutup tangan dan adakalanya menggunakan kain dan ini seperti yang dinasihatkan Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini.
"Sebenarnya setiap perkara yang melanda, di satu segi ianya merupakan bahaya tetapi ianya juga peluang kita untuk berdakwah, menceritakan kuasa Allah dan kebenaran al-Quran.
"Ekonomi global jatuh, ketika itu baru dunia sedar ekonomi berasaskan Islam, sangat cantik dan baik maka begitu jugalah dengan kes wabak ini, yang membuatkan dunia akan mengkaji larangan Allah SWT dalam al-Quran," katanya. - azm

MB PERAK SAH : LEPAS JUMAAT 3.30PM

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada jam 3.30 esok berhubung rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.Panel tiga hakim diketuai Datuk Md Raus Shariff yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop akan membacakan keputusan itu petang esok.Mahkamah mula bersidang pada pukul 9.40 pagi tadi dengan mendengar hujah daripada peguam, Datuk Cecil Abraham yang mewakili Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.


Nizar kelihatan hadir ditemani isterinya bersama penyokong. Turut hadir ialah Exco Kerajaan Perak pakatan Rakyat, Hj. Zainuddin Yusuf, Sivanesan, Dato' Ngeh dan YB. Nga.Zambry pula tidak hadir kerana beliau menghadiri upacara pengistiharan Daerah Kampar yang disempurnakan oleh DYMM Sultan Perak.Namun begitu kelihatan ADUN Sungai Rapat, Hamidah Osman bersama penyokongnya yang hadir sekitar jam 1.00 petang.Sebelum mahkamah berhenti rehat, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail turut mengemukakan hujahnya sebagai pencelah.


Peguam Hj. Sulaiman Abdullah yang mewakili Mohammad Nizar mengakhiri sesi penghujahan sebelum mahkamah ditangguhkan pada pukul 5 petang tadi.Dr Zambry telah membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei lalu dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga rayuan Dr Zambry terhadap keputusan itu selesai.Isu perundangan melibatkan Dr Zambry dan Mohammad Nizar telah bermula sejak Februari lalu apabila Dr Zambry telah dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Mohammad Nizar selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan Perak daripada Pakatan Rakyat dalam satu rampasan kuasa dengan berlakunya pembelian 3 orang ADUN Pakatan rakyat.

Berikutan itu, pada 13 Februari lalu, Mohammad Nizar memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.Kemudiannya pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.Dr Zambry bagaimanapun membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga kes rayuan Dr Zambry selesai.Mohammad Nizar keesokannya pula membuat permohonan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu bagi penangguhan pelaksanaan itu. malangnya permohonnya tidak secepat yang dilayan kepada Zambry sehingga pada hari ini baru dibicarakan.Seluruh negara sedang menunggu dengan penuh debaran siapakah yang akan diputuskan sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Dipihak lain yang lebih penting ialah kehendak rakyat untuk mengundi semua apabila belaku pembubaran DUN Perak.

Rabu, 20 Mei 2009

MUKTAMAR KE 55

MEMALI DALAM KENANGAN – IKTIBAR BUAT KITA

Lebih 23 tahun telah berlalu - 19 November 1985 memaparkan kepada kita peristiwa berdarah atau dalam perkataan yang lebih tepat pembunuhan beramai-ramai di Kampung Memali sebuah desa nun jauh di utara tanahair. Kepada kita ahli-ahli PAS dan rakyat Malaysia amnya yang cintakan saudara-saudara seagamanya pasti menitis air mata kerana mengenangkan kedurjanaan dan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan UMNO Barisan Nasional, membunuh sewenang-wenangnya seorang ulama bersama-sama dengan pengikutnya, menangkap, mengurung, menyiksa, memisahkan antara ibu dan anak, suami dan isteri serta memporak perandakan seluruh kampong. 13 pejuang Islam gugur sebagai syahid dalam tragedi tersebut, ramai yang tercedera dan mederita akibat serangan Polis. Rumah ulama ini diserang bertubi-tubi dek kerana dosanya kepada kerajaan UMNO Barisan Nasional, hanyalah kerana hendak menegakkan kedaulatan Islam di muka bumi Allah Azzawajalla ini beliau gugur sebagai syahid.

Dua minggu lagi kita, ahli-ahli, penyokong dan pendukung jamaah ini akan berhimpun menghadiri Muktamar PAS kali ke 55. Sudah pasti, sudah 23 kali pejuang-pejuang Islam yang syahid ini tidak bersama-sama dengan kita lagi namun roh dan semangatnya tetap berada ditengah-tengah kita ini, tetap menjadi pendorong utama untuk para amilin perjuangan ini yang masih hidup untuk meneruskan tugas menegakkan kedaulatan hukum Allah di mukabumi ini.


Walaupun 23 tahun telah berlalu, tidak pernah walau sesaat pun kita lupa akan pengorbanan para syuhada Memali ini, tidak pernah kita merasakan mereka jauh daripada kita, tidak pernah kita lupakan bagaimana ngerinya pembunuhan beramai-ramai ini dilakukan. Kalau ada yang menyatakan bahawa tragedi ini telah dilupakan oleh para ahli Harakah Islamiyyah ini maka ketahuilah bahawa anggapan itu tidak benar.


Bak kata YAB Tuan Guru Dato Mursyidul Am pada lebih 20 tahun yang lalu;
“kita akan mengingati tragedi pembunuhan beramai-beramai ini seumur hidup, akan kita ingat dan sebut terus menerus, akan kita perkatakan hingga hari kiamat”

Jika ada yang menyatakan bahawa tragedi ini adalah kemuncak kezaliman dan kekejaman UMNO Barisan Nasional maka kita beranggapan bahawa ini bukanlah puncak kekejamannya tetapi adalah siri dari kekejamannya dan mungkin kekejaman yang lebih hebat akan dilakukan kerana UMNO adalah parti yang tidak bersandarkan kepada beriman kepada hari akhirat maka mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kekuasaan mereka.

Mereka yang melakukan pembunuhan beramai-ramai di Memali ini semata-mata didorong oleh nafsu buas mereka, kepatuhan yang membabi buta, melempar jauh bisikan kebaikan dan kemanusiaan yang tentunya ada pada setiap hati insan walau sejahat mana pun dia.


Maka merenung kembali peristiwa berdarah di pagi yang muram 19 November 1985 itu kita merasakan sangat aneh bahawa sebuah negara yang mendakwa negara Islam, menjunjung kasih sayang dan persaudaraan, menghormati hak-hak asasi manusia, percaya kepada Tuhan Yang Maha Adil, sama warna kulit dan bahasa, sama-sama mengucap dua kalimah shahadah, sama menerima rezeki dari Tuhan yang satu, setiap tahun mengadakan tilawah al-Quran, maulidur rasul, israk mikraj dan segala macam kegiatan agama tetapi sanggup melakukan kekejaman itu.

Sesungguhnya peristiwa Memali banyak mengajar kita, merenung masa lalu dan melihat masa depan akan cabaran-cabaran dan ujian yang mungkin lebih pahit akan dihadapi oleh pejuang-pejuang Islam dalam PAS. Lihat saja apa yang mereka lakukan di negeri Perak, di mana maruah mereka, langsung tiada rasa malu, tiada harga diri,angkuh sombong serta bermaharajalela mempermainkan kehendak rakyat dan yang sangat memilukan undang-undang yang mereka gubal mereka sanggahi demi kerana kuasa. Semoga YAB Dato Seri Ir Hj Mohamad Nizar Jamaluddin terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir.


Ustaz Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya telah ditentukan oleh Allah Azzawajalla untuk syahid tetapi semangatnya suaranya bagaikan terdengar-dengar meneriakkan ‘Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!!’..... Sesungguhnya jasadnya saja yang telah pergi, tetapi cita-cita dan semangatnya akan sentiasa bersama-sama kita untuk menegakkan risalah Tauhid di bumi Allah ini.


Ustaz Ibrahim Libya telah dihancurkan, tetapi semangat dan azamnya tidak dapat dimusnahkan. Sesungguhnya manusia boleh dihancurkan, tetapi tidak mungkin dapat dikalahkan. Hikmah yang ada pada tragedi lMemali ini ialah sejumlah SYUHADA yang berani dan tegas dari Harakah PAS telah mampu membayar dengan Mahal harga perjuangan Islam ini. ‘Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!!’..... Semoga Allah mencucuri rahmat keatas mereka dan SELAMAT BERMUKTAMAR KEPADA PARA PERWAKILAN.......INGAT KAMU ADALAH PEJUANG-PEJUANG ISLAM!!!!!

AMANAT PEMIMPIN - Menjelang Muktamar PAS kali ke55

Perjuangan kita menggempur assabiyyah, menentang kezaliman dan membebaskan ummah memerlukan persiapan yang teliti dan tindakan berkesan. InsyaAllah kita akan terus bergerak dan bekerja ke arah itu sehingga tertegaknya kalimah Allah Yang Maha Agong. Kita berazam memberi tenaga dan pengorbanan maksimum untuk mencapai matlamat perjuangan."


Tuan Guru Haji Yusuf Rawa

Yang Dipertua Agong PAS

1983

Selasa, 19 Mei 2009

PAS PREPARES ITSELF FOR PUTRAJAYA

By Adib Zalkapli
KUALA LUMPUR, May 19 – Less than a year after the collapse of Datuk Seri Anwar Ibrahim’s plan to take over the federal government, PAS is now seeking to get physically closer to the federal capital on its own.


Yesterday, party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang launched a fund-raising campaign at the Palace of the Golden Horses here for the construction of a new RM27 million party complex situated just 10 minutes’ drive from Putrajaya.
The closed-door event was attended only by national party leaders and selected members of the local business community and they were given a ten minute briefing on the project.



“We have collected more than half a million ringgit yesterday and we hope to be able to complete the project within two years,” said party treasurer Dr Hatta Ramli.
“We have been planning to have our own facility in newly developed areas such as Putajaya or Bangi and we hope members will help us to achieve our target,” he told The Malaysian Insider.


The complex, to be built on a 17 acre plot of land in Sepang, will house a convention centre that can accommodate up to 8,000 people, business centres, private residences, mosques and a training centre.
The project committee is chaired by party vice-president Datuk Husam Musa who also oversaw the relocation of the PAS headquarters from Gombak to the city centre two years ago.

Isnin, 18 Mei 2009

MAJLIS SYURA ULAMA PERCAYA MUKTAMAR BOLEH PILIH PUCUK PIMPINAN PAS JUN DEPAN - TUAN GURU DR HAJI HARUN DIN

MAJLIS Syura Ulama PAS menyerahkan kepada kebijaksanaan para perwakilan pada Muktamar Agung Tahunan PAS Ke-55 nanti untuk memilih pucuk pimpinan parti termasuk beberapa jawatan yang dipertandingkan, selaras dengan keputusan Muktamar Agung PAS pada Oktober 1982.

Muktamar itu telah memutuskan dengan jelas dasar yang diperkenalkan sebagai Kepimpinan Ulama dan ketetapan itu telah diterima sebulat suara serta diamalkan dalam pemilihan pemimpin sehingga kini.

Demikian ditegaskan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato Dr Haron Din ketika dihubungi, mengulas keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 10 Mei lalu yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.



Katanya, konsep Kepimpinan Ulama yang diperkenalkan itu bermakna Presiden, Timbalan Presiden, dan seluruh Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat akan dipandu oleh Majlis Syura Ulama. Keputusan muktamar itu (1982) telah diguna pakai tanpa sebarang masalah dan dihayati dengan teguh dan patuh.

Kata Ustaz Haron lagi, ketika itu Presiden PAS ialah seorang ulama iaitu Almarhum Ustaz Yusuf Rawa dan timbalannya pula adalah Almarhum Dato' Fadhil Mohd Noor. Apabila Ustaz Fadhil ditabalkan menjadi Presiden PAS maka Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang menjadi timbalannya. Manakala selepas Ustaz Hadi naik menjadi peneraju utama maka Ustaz Hassan Shukri pula mengisi kerusi timbalan dan tidak lama kemudian bertukar kepada Ustaz Nasaruddin Mat Isa hingga sekarang.

"Begitulah mantapnya kepimpinan ulama yang diterima pakai hingga sekarang," tegas beliau.

Ustaz Haron yakin, seluruh ahli PAS memahami prinsip itu dan tidak ada kegusaran mengenainya kerana mereka akur kepada muktamar. Selagi muktamar tidak mengubah keputusan tersebut maka selama itulah PAS akan terus diterajui oleh Kepimpinan Ulama.

Ketika ditanya, adakah mesyuarat 10 Mei itu turut memperincikan perdebatan yang mengatakan dua jawatan tertinggi parti hanya perlu diisi oleh calon bertaraf ulama, Ustaz Haron berkata, perkara itu tidak dibincangkan secara terperinci.

Majlis Syura tegasnya, memberi kepercayaan penuh kepada perwakilan di muktamar untuk membuat keputusan terbaik bagi memilih pucuk pimpinan parti.

Bagaimanapun, beliau kesal dengan propaganda media arus perdana yang memutarkan isu dalaman PAS dan melaga-lagakan antara golongan ulama dengan profesional.

Katanya, laporan berat sebelah media pro BN itu, seolah-olah menggambarkan ada pergolakan dalaman PAS kononnya pemimpin tertentu merebut jawatan yang dilihat sebagai perkembangan kurang sihat kepada umum.

"Mungkin mereka (media) terpengaruh dengan politik Umno yang telah begitu parah dalam persaingan merebut jawatan dalam parti baru-baru ini. Maka akhbar kuasaan Umno ini dengan sengaja cuba menggambarkan kemelut politik yang ada dalam PAS, sehingga sebahagian pimpinan PAS terheret ke dalam kencah itu lalu membuat komen seperti ada pertarungan dalaman merebut jawatan," jelas beliau.

Tambah Ustaz Haron, isu utama media arus perdana ini adalah tentang wujudnya 'pertembungan' antara ulama dengan profesional.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Dato' Mustafa Ali telah mengumumkan senarai calon-calon yang bertanding untuk semua jawatan parti.

Seramai lima orang dicalonkan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PAS yang kini disandang oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Empat calon lain untuk jawatan ini terdiri daripada Dato' Paduka Husam Musa, Mohamad Sabu, Dato' Seri Azizan Abdul Razak dan Dato' Dr Haron Din.

Sementara itu, Husam, Mohamad Sabu, Nasharuddin dan Azizan juga turut menerima pencalonan bagi jawatan Naib Presiden bersama 12 calon lain.

12 calon tersebut terdiri daripada Salahuddin Ayob, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato' Mahfuz Omar, Ustaz Ahmad Awang, Dato' Ustaz Harun Taib, Dato' Dr Hassan Mohd Ali, Ustaz Idris Ahmad, Dato' Kamaruddin Jaffar, Dato' Mohd Amar Abdullah, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin dan Ustaz Taib Azamuddin Md Taib.

PAS akan mengadakan Muktamar Agung Tahunan Ke-55 di Stadium Melawati Shah Alam, Selangor selama tiga hari, bermula 5 hingga 7 Jun depan. - sanggahtoksago.com

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails