SELAMAT DATANG

Sabtu, 23 Januari 2010

Bazar Tok Guru: Moga yang Kusut Dapat DiLeraiiii

Sejarah Bazar
http://cetusan-hati.blogspot.com/2010/01/sejarah-bazar.html

Saya diminta Tok Guru membuat catitan sejarah tentang Bazar, Arked dan Pasar Lambak. Atas permintaan itu, saya perturunkan catitan ringkas ini.

Pertalian sejarah menguatkan azam Tok Guru untuk menempatkan para peniaga di tingkat bawah Bazar Tok Guru yang akan dibina.

Dua hari sebelum pilihanraya 2008, Tok Guru berucap di hadapan para peniaga kecil, bahawa menjadi hasrat beliau untuk membina satu bazar mercu tanda yang akan menjadi medan perniagaan baru para peniaga kecil di Kota Bharu. PAS mendapat kemenangan besar 2008 yang lalu.

Ada sebab sejarah Tok Guru berucap begitu pada hari itu.

Tiga tahun menjelang kemenangan besar bersejarah buat pertama kali Angkatan Perpaduan Ummah pada tahun 1990, jentolak-jentolak telah meranapkan gerai-gerai kecil peniaga ini buat selama-lamanya. Waktu itu dikenali sebagai Pasar Lambak. Lokasinya adalah di Medan Hijau di depan Bangunan UMNO Kelantan sekarang.

MPKB bercadang mengindahkan persekitaran Bangunan UMNO Kelantan itu yang akan dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir pada masa itu. Tepatnya, perasmian tersebut berlangsung pada 12 Mach 1987 dan perobohan berlaku betul-betul sehari sebelumnya!

Politik peminggiran peniaga kecil ini tidak harus diizinkan berlaku semula di zaman pentadbiran Tok Guru.

Bagi generasi baru, mungkin rentetan sejarah ini tidak ada dalam ingatan mereka.

Bagi seusia dengan saya, inilah tempatnya kami anak-anak belia masa itu membeli baju dan seluar, melalui celah-celah lorongnya memilih pakaian. Bersebelahan gerai-gerai ini ada kedai-kedai buku yang masyhur masa itu seperti Abu Bakar Al Ahmadi, Dian dan beberapa lagi yang saya telah lupa namanya.

Selain membeli buku di Toko Abu Bakar Al Ahmadi, saya memasang telinga mendengar perbualan politik di situ. Tuan punya kedai seorang ustaz berserban tetapi sangat kuat UMNOnya dan di sini, selalu berlaku perbahasan politik.

Saya sudah bergiat di Pejabat PAS Jalan Dato Pati ketika UMNO mengarahkan perobohan gerai-gerai ini. Masa itu, keangkuhan UMNO sedang memuncak. Berlaku juga apa yang digelar 'sepak bakul'. Akibatnya, UMNO kecundang di Kelantan tiga tahun kemudian.


Sejarah Pasar Lambak Kota Bharu bermula sejak 1976, sewaktu Kerajaan Campuran PAS BN. Ia bertujuan menempatkan peniaga kecil yang berselerak di Bandar Kota Bharu secara bersepadu. MPKB telah menyediakan pelan tapak memuatkan 124 gerai bersaiz 8 X 10 dengan sewa permulaan RM 15 sebulan.

Selepas hampir 5 bulan berniaga, Persatuan Penjual Pasar Lambak bermesyuarat dan bersetuju untuk membina sendiri gerai-gerai di atas lot tapak yang disediakan. Peniaga mengambil inisiatif sendiri membina dinding plywood dan bumbung zink yang menelan belanja hampir RM 150 setiap lot.

Hasrat membina generasi usahawan melalui penempatan ini berjaya. Dari sini munculnya usahawan hartawan seperti arwah Hj Ibrahim Mat Min ( sahabat Tok Guru sendiri ) peniaga pakaian, Hj Talib ( seluar jeans ), arwah Hj Mohd Nor ( bapa Borhan Arked UDA ) pemborong pakaian siap dan seragam sekolah , arwah Tok Penghulu Hussin, Mat Kain Ela, Yusoff Selipar dan banyak lagi.

Melihat kejayaan peniaga Pasar Lambak berniaga dan mendapat sambutan yang menggalakkan, maka MPKB telah menaikkan sewa RM 50 sebulan dengan alasan MPKB menyediakan kemudahan elektrik secara percuma. Persatuan Penjual menerima arahan kenaikan sewa MPKB dan harga tersebut kekal hingga Pasar Lambak menyembah bumi pada tahun 1987.

Perundingan untuk merobohkan Pasar Lambak

Pada tahun 1983 PKINK bercadang membina 3 tingkat Bazaar Buluh Kubu dan telah menawarkan kepada Persatuan Penjual Pasar Lambak untuk membeli lot-lot yang akan disediakan.

Waktu itu, Persatuan mempunyai tabung yang kuat dengan kewangan ratusan ribu ringgit hasil sumbangan yuran tahunan ahli. Wakil Persatuan memohon kerjasama PKINK untuk menyediakan lot yang mencukupi ( 124 ) untuk menempatkan peniaga di aras bawah dan dipersetujui CEO PKINK dengan tawaran harga asal RM 1.83 sen sekaki persegi. Itu pada tahun 1984.

Sayangnya rancangan tersebut tidak menjadi kenyataan. Sebilangan kecil mengambil langkahan sendiri dan telah berunding secara sulit dengan PKINK. Hasil gerakan sulit tersebut PKINK telah mengkucar kacirkan perpaduan di kalangan ahli.

Setelah pengurusan PKINK bertukar maka pelan asal Bazar Buluh Kubu turut berubah dengan setiap tingkat hanya disediakan 65 lot bersaiz besar. Pengurusan baru PKINK juga memaklumkan bahawa PKINK tidak akan menjual Bazaar Buluh Kubu sebaliknya disewa kepada peniaga yang berminat.

Cadangan Persatuan untuk menempatkan kesemua 124 peniaga di tingkat bawah tidak dilayan. Persatuan telah menolak tawaran PKINK untuk menyewa di tingkat bawah dan tingkat satu.

Bazar Buloh Kubu dibuka secara rasmi pada tahun 1985 tetapi pada awalnya tidak mendapat sambutan. Dengan pelbagai kemudahan infrastruktur yang hebat tidak mampu menggugat dayatarikan Pasar Lambak dengan harga yang lebih murah dan pilihan yang lebih banyak.

Perniagaan Bazar Buluh Kubu hanya mula mendapat sambutan hangat setelah Pasar Lambak dirobohkan. Perpindahan peniaga asal Pasar Lambak telah membuka ruang baru kepada peniaga Bazar Buluh Kubu untuk merasai nikmat sambutan Pasar Lambak dahulu.

MPKB juga bercadang menyiapkan Pasar Lama MPKB yang terbengkalai hampir bertahun lamanya. Dato Rastom Ahmad Maher selaku Timbalan Menteri Besar dan juga YDP MPKB waktu itu telah berunding dengan Persatuan Pasar Lambak untuk memindahkan lokasi perniagaan ke Pasar Lama MPKB.

Persatuan Penjual tidak bersetuju berpindah kerana disediakan lot Tingkat 1 yang tidak berdaya saing mengikut pendapat mereka. Walau bagaimanapun MPKB tetap berusaha untuk mendapat persetujuan Persatuan Penjual tetapi tetap gagal.

Akhirnya, MPKB telah mengugut untuk merobohkan Pasar Lambak secara paksa kerana alasannya lokasi Pasar Lambak tidak mengindahkan Bandar Kota Bharu.

Persatuan Penjual telah mengambil tindakan proaktif dengan melantik peguam untuk mendapatkan perintah injuksi dari mahkamah menghalang MPKB merobohkan tapak Pasar Lambak.

Tindakan berani Persatuan Penjual telah membuahkan hasil dan akhirnya mahkamah mengeluarkan arahan menghalang MPKB dari merobohkan Pasar Lambak.

Keputusan mahkamah telah disiarkan oleh akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia dan New strait Times pada awal tahun 1987. Tajuk yang menjadi pilihan akhbar ialah PERSATUAN PENJUAL SAMAN MPKB dan MPKB DIHALANG ROBOH PASAR LAMA.

Sebagai reaksi kepada keputusan mahkamah,MPKB telah membuat rayuan atas keputusan tersebut dan menghentikan rundingan dengan Persatuan.

Kemuncak kepada isu Pasar lambak ialah apabila Bagunan UMNO Negeri Kelantan bersebelahan Pasar Lambak akan dirasmikan oleh bekas PM Dr Mahathir pada 12 Mach 1987. Demi untuk mencantikkan pemandangan di hadapan Bangunan UMNO yang bakal dirasmikan, peniaga diminta berpindah dengan segera.

MPKB dan beberapa pegawai kerajaan telah memohon jasa baik Persatuan Penjual berpindah dan tempat baru disediakan di tingkat 1 Pasar Lama MPKB. Walau bagaimanapun pendirian rasmi Persatuan Penjual tidak berubah dan tetap berkeras untuk berniaga di pasar lambak.

Setelah kesemua pimpinan Persatuan tetap tidak berubah maka MPKB telah membuat provokasi terhadap peniaga Pasar Lambak. MPKB telah mengadakan rundingan dengan kumpulan serpihan Persatuan Penjual yang tidak berautoriti membuat keputusan.

Hampir 20 peniaga dari 124 orang telah dibawa bertemu Menteri Besar, Tan Sri Mohamad Yaacob untuk berunding.

Ia berakhir dengan perobohan dimulakan ke atas gerai-gerai yang telah memberikan persetujuan.

Sehari sebelum perasmian Bangunan UMNO maka berlakulah peristiwa yang menyayat hati. MPKB menghantar jentolak untuk merobohkan lot milik kumpulan 20 dan ia tidak lagi dapat dihalang oleh Persatuan.

Tiada pilihan untuk bertahan, Persatuan Penjual menyeru kesemua ahli mengosongkan gerai bagi memberi laluan kepada kerja-kerja meroboh oleh MPKB. Dengan hiba dan susah payah kesemua peniaga memunggah stok-stok sehingga pukul 3 pagi. Berakhirnya empayar peniaga pasar lambak demi kepentingan UMNO bagi memberi laluan kepada pengindahan landskap untuk perasmian Bangunan UMNO negeri pada 12 Mach 1987.

Berpindah ke Bangunan Pasar Lama dan Arked UDA

Setelah gagal mempertahankan Pasar Lambak, para peniaga berpindah ke Pasar Lama MPKB. Pada masa itu, pembinaannya hanya 70 % siap. Kemudahan elektrik hanya disediakan 2 minggu setelah peniaga berpindah.

6 bulan kemudian barulah peniaga berhenti menghidu debu kerana kerja-kerja pembinaan yang masih berjalan.

Setelah berpindah, didapati lot-lot tidak mencukupi untuk menampung kesemua 124 peniaga asal. Peniaga merasa hairan bagaimana 300 lot yang wujud di tingkat 1 tidak mencukupi untuk menampung kesemua peniaga pasar lambak yang hanya seramai 124 orang. Rupanya wujud pembahagian gerai kepada kroni-kroni dan anugerah politik yang tertentu.

Hasilnya, MB Tan Sri Mohamad Yaacob telah mengarahkan PKINK untuk membina gerai baru di tanah milik UDA seluas 1.5 ekar sekarang bagi menempatkan lebihan peniaga. Pembinaan mengambil masa selama 6 bulan untuk menyiapkan Arked UDA yang ada sekarang dengan menyediakan 216 gerai bersaiz 8 X 10 setiap satu.

Sekali lagi masalah sama berulang, hampir separuh lot-lot terlepas kepada kroni tertentu.

Hasil kemelut ini, ada juga peniaga yang dulunya berjaya, telah mengubah haluan masing-masing.

Bagi peniaga generasi kedua, mereka terus berniaga di Pasar Lama MPKB dan Arked Uda hingga kini.

UDA kini bercadang membina kondominium dan komponen komersial lain di tapak Arked Uda kini sementara Pasar Lama MPKB pula sudang usang dan tidak selamat untuk digunakan.

Harapan baru mereka ialah Bazar Tok Guru, dan seperti telah dikatakan, ada sebab sejarah untuk Tok Guru terus berazam menjadikan keseluruhan tingkat-tingkat di Bazar Tok Guru sebagai Bazar para peniaga kecil.

Saya merasa terpanggil menulis sejarah kecil ini bila Tok Guru mengarahkan saya menulisnya, supaya 'ekor' dan 'kepala' dapat disambungkan. (Terima kasih kepada para peniaga yang telah membantu penulisan ini)

Sejarah peminggiran hendak diangkat kepada Sejarah Pemerkasaan.

Tengku Ibrahim dimasyhurkan sebagai Sultan Johor

DAULAT TUANKU!

Tengku Ibrahim Ismail telah dimasyhurkan secara rasminya sebagai Sultan Johor dalam pengumuman yang dibuat oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di Singgahsana Istana Besar Johor Bahru pada 10.31 pagi ini.




"Terjemahan God Sebagai Allah: Mengenalpasti Punca Permasalahan dan Penyelesaiannya"

Presiden PAS

Kami telah dijemput sebagai mewakili parti masing-masing dan individu dalam Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM) pada 21 Januari 2010.

Laporan beberapa akhbar harian pada 22 Januari 2010 telah menyatakan sebagai berikut :

“Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini mengambil kata sepakat penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan atau ganti nama kepada 'God' tidak tepat.

Pengerusi IKIM, Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam juga menyalahi hakikat sebenar kerana ia bercanggah dengan konsep Tuhan yang dianjur oleh agama Islam atas dasar setempat di Malaysia”.

Apa yang tidak dinyatakan di dalam laporan berkenaan ialah pendirian konsisten kami bahawa :

1-Penggunaan kalimah nama ”Allah” untuk tujuan amalan agama sesama penganut agama Kristian dan Yahudi adalah dibenarkan oleh Islam, dengan bersumberkan dalil Al Quran dan As Sunnah serta pandangan ulama muktabar.

2-Demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara, polemik ini hendaklah diselesaikan dengan menyuburkan budaya dialog antara agama secara matang dan bijaksana.

3-Berasaskan semangat musyawarah dan saling memahami dalam konteks masyarakat Malaysia, maka suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira dalam menentukan penggunaan kalimah “Allah” itu.

Penggunaan kalimah “Allah” secara tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

Oleh itu, satu garispanduan penggunaannya perlulah diwujudkan.

Kami juga ingin menyatakan bahawa sebagaimana yang telah dipersetujui oleh pihak penganjur dan para panel muzakarah, dan berdasarkan kepada tradisi keilmuan dan semangat perbezaan pandangan, maka tiada sebarang ketetapan rasmi telah dikeluarkan diakhir sesi muzakarah berkenaan.

Kenyataan Media oleh Tiga Panel Muzakarah Pakar :

Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Dr Mohd Nur Manuty
Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Dr Mohd Asri Zainal Abidin
Mantan Mufti Perlis

22 Januari 2010



Dalam UMNO dok merapu.. PKNK sediakan RM2 juta untuk bantu usahawan

RM2 juta disediakan PKNK bantu usahawan

ALOR SETAR - Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk membantu membangunkan usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) Bumiputera di negeri ini melalui Pembiayaan Dana Usahawan PKNK bagi 2010.

Pengerusi Dana Usahawan PKNK, Che Had Dhali berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM495,000 diluluskan kepada semua usahawan Bumiputera IKS yang memohon bantuan bagi fasa pertama ini.

Menurutnya, dana usahawan ini adalah sebagai satu usaha Kerajaan Negeri dan perbadanan untuk membantu usahawan IKS dan usahawan yang bukan bermotifkan keuntungan semata-mata.

“Usahawan IKS yang terus berkembang ke tahap yang tinggi dan berskala besar perlu mendapatkan kemudahan yang disediakan oleh agensi pembangunan usahawan yang lain seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Bank Pembangunan dan sebagainya,” katanya selepas Majlis Penyampaian Peruntukan Pembiayaan Dana Usahawan PKNK 2010, di sini.

Seramai 18 usahawan seluruh Kedah menerima dana itu bagi fasa pertama ini. Hadir menyempurnakan majlis penyerahan dana itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Bioteknologi negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah dan turut hadir ialah Ketua Eksekutif PKNK, Datuk Abdul Rahman Ibrahim.

Che Had berkata, Kerajaan Negeri bersama PKNK telah mewujudkan dana usahawan ini sebagai salah satu usaha bagi membantu mewujudkan usahawan Bumiputera di bawah program kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 melalui program keusahawanan.

Menurutnya, di bawah program itu usahawan kecil yang menjadikan bidang keusahawanan sebagai sumber mata pencarian dapat dibantu untuk dinaikkan taraf sedia ada kepada yang lebih baik.

“Malah melalui program ini juga, usahawan yang dikenal pasti menghadapi kesukaran dalam mendapat pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan disebabkan masalah usahawan atau institusi itu akan dipertimbangkan,” katanya.

Menurutnya, terdapat empat produk dana usahawan yang ditawarkan iaitu pembelian aset tetap, pembiayaan pengurusan premis perniagaan, modal pusingan dan pembiayaan perkhidmatan.

“Justeru saya berharap dengan pemberian dana ini, maka semua usahawan IKS ini dapat mengguna dan memanfaatkan pembiayaan ini dengan sebaiknya bagi mengembangkan perniagaan masing-masing.

“Saya mohon semua penerima berpegang kepada konsep mesra peminjam iaitu mudah pinjam dan mudah bayar dalam jangka masa ditetapkan.

“Apabila peminjam membayar balik pinjaman ini, pihak pemberi pinjaman dapat membantu lebih ramai usahawan untuk mengembangkan perniagaan masing-masing pada masa akan datang,” katanya.

Al-Fatihah - PAS W.Persekutuan ucap takziah di atas kemangkatan Sultan Iskandar


Putrajaya: PAS Wilayah Persekutuan merafak takziah kepada seluruh kerabat Diraja Johor Darul Ta'zhim dan rakyat Negeri Johor di atas kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Timbalan Pesuruhjayanya, Ustaz Mohamad Nazir yang mewakili PAS Wilayah Persekutuan merakamkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah, anakanda-anakanda serta kerabat dan rakyat baginda di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.

Beliau berkata "Negeri Johor telah kehilangan seorang Raja yang berjiwa rakyat, yang sepanjang pemerintyahan baginda sentiasa mengambil berat nasib rakyat yang memerlukan pembelaan. Baginda adalah seorang raja yang tegas tetapi adil dan sentiasa mahukan yang terbaik bagi rakyat, berperanan besar dalam memajukan negeri Johor.

"Kita mengharapkan perjuangan dan cita-cita baginda ingin melihat negeri Johor maju dan rakyatnya bersatupadu dibawah payung naungan baginda dapat diteruskan oleh Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar yang bakal ditabal sebagai Sultan Johor sebelum jenazah al-Marhum disemadikan. Kita mengharapkan Sultan Johor yang baru, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar dapat memerintah seadil-adilnya, apatah lagi baginda juga mewarisi bakat kepimpinan dan sungguh hampir dengan rakyat sepanjang menjadi Tengku Mahkota Johor". ujarnya.

Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat pada pukul 7.15 malam tadi di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di sini, malam tadi. Jenazah Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada pukul 2 petang hari ini.

Rakyat jelata boleh memberikan penghormatan terakhir di Istana Besar dari pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi sementara orang kenamaan dari pukul 11 pagi hingga petang.

Ikim rujuk Presiden PAS isu kalimah Allah

Herman Samsudeen

Saya tersenyum syukur dengan berita berhubung Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) semalam kerana tak sangka Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan dijemput sekali.

Keterbukaan Ikim menjemput Tok Guru membuktikan bahawa beliau adalah seorang ulama yang disegani dan mempunyai ilmu yang tinggi untuk mengupas isu penggunaan nama Allah.

Selama ini perbincangan pakar yang dianjurkan oleh Ikim tidak pernah memanggil ulama PAS, khususnya pemimpin utama seperti Tok Guru atau ahli Majlis Syura. Selalu PAS dan ulamanya dilabelkan sebagai 'penipu' dan 'taliban'.

Namun, kali ini jelas isu Allah membuka ruang untuk diskusi ilmiah yang mengangkat pemikiran para cendikiawan Islam ke tempat yang sebenarnya tanpa mengira publisiti parti.

Saya mengalu-alukan tindakan Ikim ini dan berharap ini bukanlah yang pertama dan terakhir kerana banyak lagi isu-isu penting yang perlu dibincangkan oleh ulama dan pemikir Islam. PAS bersedia untuk memberikan buah fikiran dalam apa jua perkara yang memberikan manfaat kepada umat Islam dan rakyat keseluruhannya.

Walaupun diskusi berkenaan tidak mewujudkan apa-apa resolusi, namun muzakarah semalam menjadi medan terbaik untuk para cendikiawan melihat isu ini dan berkongsi dari pelbagai sudut pandangan.

Menurut Harakahdaily, selain Tok Guru muzakarah semalam disertai Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Dr Mohd Nur Manuty, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan Ikim Dr Mohd Sani Badron dan Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik Ikim, Md Asham Ahmad.

Muzakarah yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Ikim, Nik Mustapha Nik Hassan itu turut disertai oleh Pengerusi Ikim yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, pensyarah dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Kamar Ainiah Kamaruzzaman, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Dr Abdullah Md Zain.

Cuma sedikit pelik, dari senarai di atas hanya Tun Abdullah sahaja yang hadir, sedangkan ulama-ulama Umno tidak diundang.

Jumaat, 22 Januari 2010

Gabem ejen Umno, cuba kelirukan rakyat Kedah

Kenyataan Media


Parti Islam Se-Malaysia memperingatkan Pengerusi Majlis Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) negeri Kedah, Datuk Dr. Ku Abd. Rahman Ku Ismail agar tidak cuba menimbulkan kesangsian dan spekulasi yang tidak berasas terhadap keadaan ekonomi Kedah yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Gabem yang juga merupakan sayap kepada Biro Ekonomi Umno dilihat cuba menimbulkan keraguan rakyat terhadap kejayaan yang telah dilakukan oleh Pakatan di negeri berkenaan.

Kedah diambil alih oleh Kerajaan Pakatan dalam keadaan negeri itu menangung hutang melebihi RM 2 Bilion setelah ditadbir BN selama 11 penggal. Selepas Pakatan memerintah, dari Januari sehingga Ogos tahun 2009, negeri kedah berjaya menarik pelaburan bernilai RM837,345,329 untuk menduduki tempat kelima dalam senarai negeri yang mencatat jumlah pelaburan tertinggi selepas Sarawak, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

Sehingga Oktober 2009, Kedah berjaya mengutip hasil RM211.6 juta. Peningkatan juga berlaku melibatkan kenaikan kutipan royalti bahan batuan sebanyak RM19 juta dan hasil balak daripada RM8 juta setahun kepada RM35 juta.

11 buah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berjaya menyalurkan dividen kepada kerajaan negeri sebanyak RM30 juta.

Fakta yang paling jelas menunjukan kejayaan Pakatan di Kedah adalah laporan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri yang memperjelaskan bahawa perbandingan kadar kemiskinan di Kedah 2004 (zaman BN) dan 2009 (zaman Pakatan), berubah secara drastik daripada tujuh peratus kepada tiga peratus.

Kadar kemiskinan tegar berkurangan daripada 1.3 peratus kepada 0.3 peratus, pendapatan kasar bulanan isi rumah meningkat daripada RM2,126 kepada RM2,408, kadar pengangguran berkurangan daripada 3.8 peratus kepada 3.3 peratus.

Ini adalah fakta-fakta awal yang dinafikan oleh Gabem demi untuk mempertahan kegagalan BN di Kedah selama ini. Gabem harus bersikap realitistik bahawa Kedah kini ditadbir oleh Pakatan dan sepatutnya membantu Kerajaan negeri untuk memajukan ekonomi rakyat bukannya menimbulkan spekulasi yang boleh merugikan ekonomi negeri.

Gabem sebagai proksi Umno juga pada tahun lepas telah gagal memainkan peranannya untuk mempertahankan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang dibubarkan dalam penyusunan semula Kabinet.

Gabem turut bertanggungjawab membiarkan Presiden Umno memansuhkan syarat 30 peratus ekuiti bumiputra untuk pelaburan asing yang masuk ke negara ini. Sebagai badan yang kononnya mempertahankan ekonomi Melayu Gabem bersama Umno jelas telah mengkhianati orang Melayu dan bumiputra dinegara ini.

PAS yakin rakyat sedar bahawa Gabem merupakan satu organisasi yang ditubuhkan demi untuk memberikan ruang kepada kroni-kroni Umno menguasai ekonomi dan GLC milik Kerajaan yang mana mereka juga bertanggungjawab untuk membantu ekonomi Umno.Kebanyakan syarikat yang bukan ahli Gabem sering dinafikan hak untuk menerima tender Kerajaan Persekutuan selama ini. Jelas Umno dalam semua aspek cuba untuk menjahanamkan rakyat dan cuba sedaya upaya mensabotaj Kerajaan Pakatan.

Diharap rakyat dapat membuka mata dengan segala fakta dan perbandingan yang diberikan. Walaupun baru dua tahun menguasai Kedah, dan dipimpin oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak Pakatan berjaya membuktikan bahawa pilihan rakyat dalam Pilihanraya Umum Mac 2008 adalah tepat

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Gelombang "BERSIH' kali kedua WAJIB bermula?

Hamba Allah

Teman tak nampak langsung yang SPR ni dah mula bertoleransi dengan pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat. Demo Bersih yang membuktikan betapa bencinya dan jeliknya rakyat terhadap SPR dan membuat 4 permohonan utama masih gagal difahami dan diteladani oleh mereka ini.

Walaupun pengerusinya telah berganti, namun ketakutan dan kepondanannya tetap sama dan begitu nyata! Lain yang diminta, lain yang diberi!

Idea bagi meluaskan lagi hak undi POS ini adalah satu lagi 'penalti' yang diberikan kepada UMNO-BN tanpa berlaku sebarang kekasaran di pintu gol PR!

Rakyat terbanyak tahu betapa jahat dan tipunya Undi Pos ini. Betapa di sesetangah Kerusi Parlimen, undi POS inilah penyelamat calon-calon BN bagi memastikan kemenangan mereka!

Begitu banyak bukti dan laporan yang telah disediakan oleh pelbagai pihak namun semunya telah dibakulsampahkan!

Jika undi daripada Tentera dan Polis sahaja sudah mampu menyelamatkan beratus kerusi UMNO, bayangkan jika ditambah lagi dengan beberapa bidang pekerjaan? Apakah kesudahannya idea-memusnah UMNO ini?

Teman merasakan betapa perlunya akan gelombang kedua bagi demonstrasi Bersih WAJIB diadakan! Selagi SPR masih lagi meneruskan dasar menjadi pencacai kepada UMNO-BN tanpa malu dan segan, adalah tidak wajar PR membiarkan pengadil sebegini yang akan mengadili perlawanan sebenar pada bila-bila masa sahaja sedari Jun 2011!!

Bagaimana Abang Mat Sabu? On ka?

Kedudukan Hassan dan Khalid ditentukan 29 Januari

Hazayani Zakaria
harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 Jan: Kedudukan dua pemimpin kanan PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor dan Khalid Samad, Yang Dipertua PAS Shah Alam, akan diumumkan 29 Januari ini selepas Jawatankuasa Disiplin PAS membuat keputusan mereka hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang medianya jam 3.30 petang tadi berkata, pihaknya telah membuat keputusan berdasarkan keterangan dan bukti yang mereka terima.

"Oleh kerana kedua-duanya tidak boleh hadir hari ini, kaputusan ini ditangguhkan ke 29 Januari nanti. Notis untuk hadir itu akan dihantar esok kepada kedua-duanya," kata Tuan Ibrahim.

Duduk bersama beliau adalah Datuk Wan Abdul Muttalib Embong dan Ustaz Mohamad Baqi Othman, dua lagi anggota jawatankuasa itu.

Mereka telah bermesyuarat di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut sejak jam 10 pagi tadi dan bersambung selepas solat Jumaat.

Ketika ditanya,Tuan Ibrahim berkata, kedua-duanya mempunyai kes prima facie sebab itulah kedua-duanya dipanggil membela diri sebelum ini.

Wan Muttalib pula berkata, tidak timbul soal kesalahan kedua-duanya serius atau tidak tetapi untuk keadilan, keputusan itu hendaklah diumumkan di depan mereka berdua.

Hassan dan Khalid telah dilaporkan kepada Jawatankuasa Disiplin PAS ekoran beberapa kenyataan mereka yang yang dilihat menyusahkan dan menjejaskan nama baik PAS.

Berikut ialah kenyataan akhbar Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat.

Lanjutan kepada arahan jawatankuasa PAS Pusat, yang menerima aduan perbuatan salah laku (tatatertib) ke atas dua orang ahli PAS iaitu:

1. YB Khalid Abdul Samad

2. YB Datuk Dr Hassan Mohd Ali

Jawatankuasa Disiplin telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada kedua-dua ahli tersebut.

Kedua-dua mereka telah membuat jawapan secara bertulis, dan Jawatankuasa Disiplin telah menilai jawapan kedua-dua ahli tersebut dan mendapati ada kes prima-facie dan memberi peluang kepada kedua-duanya untuk pendengaran.

Pendengaran telah diadakan seperti berikut:

1.YB Khalid Abdul Samad pada 7 Januari 2010, beliau membawa seorang saksi dan tidak ditemani oleh mana-mana peguam. Pendengaran diadakan secara tertutup di atas pilihan beliau.

2.YB Datuk Dr Hassan Mohd Ali pada 9 Januari 2010, dan beliau membawa dua orang saksi dan tidak ditemani oleh mana-mana peguam.

Setelah mengambil kedua-dua keterangan yang dihadapkan, jawatankuasa telah menangguhkan pendengaran bagi membolehkan penelitian ke atas fakta-fakta dan dokumen-dokumen yang diterima.

Pada hari ini (22 Januari 2010), jawatankuasa telah menyambung persidangan untuk membuat penilaian dan rumusan berkait pendengaran tersebut. Pihak jawatankuasa telah sampai ke tahap keputusan tetapi memerlukan kehadiran kedua-dua ahli yang terlibat untuk jawatankuasa menyampaikan keputusan kepada mereka. Jawatankuasa merasakan adalah tidak wajar untuk mengumumkan keputusan sebelum ianya disampaikan kepada mereka terlebih dahulu.

Jawatankuasa menangguhkan pengumuman keputusan kepada satu tarikh yang bersesuaian kepada semua pihak.

Sekian.

Ustaz Hadi nafi laporan 'God bukan Allah'

Dzulfikar Mashoor
harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) semalam sebenarnya tidak membuat apa-apa resolusi.

Penjelasan tersebut sekaligus dilihat berbeza dengan berita 'God bukan Allah -Ikim' seperti yang dilaporkan akhbar arus perdana bahawa ahli muzakarah sebulat suara bersepakat penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan bagi ganti nama 'God' atau 'Tuhan' adalah tidak tepat.

"Ya, muzakarah itu tidak mempunyai apa-apa resolusi, laporan itu tidak betul," jelasnya ketika dihubungi petang ini.

Pun begitu, beliau menegaskan bahawa kalimah Allah tidak boleh disalah guna untuk mengelirukan umat Islam.

"Penggunaan kalimah Allah oleh umat Islam secara dalaman jelas mengEsakan Allah, penggunaan yang boleh mengelirukan orang Islam tidak dibenarkan sama sekali," jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut mengulangi ketetapan PAS seperti yang diputuskan oleh Lajnah Politik dan tulisannya sebelum ini.

"Pandangan kita (PAS) seperti yang saya tulis sebelum ini, seperti yang diputuskan (dalam Lajnah Politik) sebelum ini," jelasnya.

"Kita tidak boleh melarang mereka (penganut agama samawi) menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri walaupun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita," dipetik dari kenyataan rasmi Ustaz Abdul Hadi pada 7 Januari lalu.

Dua hari sebelum itu, Lajnah Politik PAS Pusat mengingatkan semua pihak supaya tidak menyalahgunakan nama Allah untuk mengelirukan atau meraih sokongan politik murahan daripada rakyat.

Semalam, dilaporkan Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Dr Mohd Nur Manuty, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan Ikim Dr Mohd Sani Badron dan Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik Ikim, Md Asham Ahmad.

Muzakarah tersebut dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Ikim, Nik Mustapha Nik Hassan itu turut disertai oleh Pengerusi Ikim yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, pensyarah dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Kamar Ainiah Kamaruzzaman, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Dr Abdullah Md. Zain.

Ceramah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Di Bukit Sentosa 19hb Januari 2010



Tindakan SPRM Mencurigakan – Yaakob Sapari

Dari TV Selangor

Setiausaha Kerja Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Hussein Ahmad dibawa ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Putrajaya untuk disoalsiasat berhubung penjualan pasir di Selangor.

Pegawai SPRM mengambil tiga dokumen dari pejabat Hussein Ahmad iaitu profil syarikat-syarikat yang terbabit dalam penjualan pasir, lawatan ke Hangzhou pada November 2009 dan terbaru lawatan ke Beijing minggu lalu.

Exco Yaakob Sapari berkata penangkapan Hussein Ahmad mencurigakan kerana soal kelulusan perlombongan pasir dikendalikan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang dilantik kerajaan negeri untuk menguruskan industri itu.

“Pejabat saya tidak ada kuasa untuk meluluskan mana-mana permohonan pasir, semua urusan permohonan dikendalikan di Kumpulan Semesta”

“Profil yang diambil semalam itu, saya dah semak dengan kumpulan semesta. Mereka tidak ada memohon mana-mana kontrak dan dia tak dapat kontrak pun di Semesta”

Mengulas mengenai lawatan ke China, Yaakob berkata laporan SPRM mendakwa kunjungan itu ditaja oleh kontraktor pasir, sebenarnya mereka dihantar oleh kerajaan negeri.

“Berhubung lawatan ke China, ia lawatan rasmi Kerajaan Negeri yang dibayar oleh Kerajaan Negeri “

Beliau tidak menolak kemungkinan penangkapan ini adalah ulangan taktik lama Umno-BN menggugat kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

“SPRM dapat aduan daripada orang, tapi bila kena pada kita nampak cepat dan cekap sekali SPRM ini” katanya.


Nik Aziz bidas media perbesarkan isu ‘cah keting’

KOTA BHARU- Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membidas media yang menurutnya telah memperbesar-besarkan isu "cah keting" atau tikam belakang dalam parti itu sedangkan fenomena itu turut wujud dalam parti-parti politik lain.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, media juga telah salah tafsir saranannya dalam kuliah Jumaat minggu lepas supaya umat Islam mendoakan perlindungan daripada tuhan supaya parti itu dijauhi niat manusia yang ingin berbuat khianat atau menikam belakang.

Beliau percaya semua itu dilakukan dengan tujuan dan niat jahat untuk menimbulkan konflik dalam parti itu.

"Tindakan itu memperlihatkan seolah-olah tidak berlaku cah keting kepada pihak parti politik lain, termasuk Umno sendiri," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, di sini.

Pada Sabtu lepas, Mursyidul Am Pas itu mengakui budaya "cah keting" wujud di mana-mana, termasuk dalam Pas sendiri dan ia bukanlah merupakan perkara baru dalam mana-mana pertubuhan politik.-Bernama


Boleh tukar Tapi Jangan Yang Macam DR ASRI - Tauliah mau mesti mau ada. DAULAT TUANKU!

Wanita PKR saran 'ulama' Jais, Mais ditukar

Jimadie Shah Othman

Wanita PKR menyokong gesaan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad supaya pentadbiran Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ditukar dengan ulama yang "bebas daripada fahaman politik".


Ketuanya, Zuraida Kamaruddin berkata, gesaan Khalid itu senada dengan pandangannya yang pernah disuarakan pada 1 November lalu di Parlimen, termasuk meminta kedudukan Pengarah Jais Datuk Mohd Khusrin Munawi dinilai semula.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini hari ini, ahli parlimen Ampang itu membayangkan dua badan agama itu 'menganiayanya' berikutan cadangannya dua bulan lalu itu.

Beliau mendakwa, Jais menyenaraihitamkan namanya, termasuk mengeluarkannya sebagai ahli panel daripada sebuah forum keagamaan malam esok di Klang.

"Saya difahamkan oleh penganjur bahawa nama saya dikeluarkan oleh Jais tanpa alasan, dan mereka enggan menyatakannya dalam bentuk hitam-putih (bertulis)," katanya.


"Bagaimanapun, saya akan tetap hadir dan lihat apa yang terjadi. Saya percaya Jais kembali kepada saya ekoran penglibatan saya dalam kes bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin."

Zuraida antara pemimpin politik yang menghadiri kuliah mufti kontroversi itu ketika beliau ditangkap atas dakwaan mengajar tanpa tauliah hujung tahun lalu.

Rancang menghadap Sultan Selangor

Zuraida selepas itu konsisten mengecam tindakan tersebut.

Zu
raida juga berkata, seperti Khalid, beliau juga merancang menghadap Sultan Selangor dalam masa terdekat bagi mencadangkan pertukaran pentadbiran Jais dan Mais.

Semalam, Khalid mengulangi desakan supaya pentadbiran Jais dan Mais ditukar dengan mereka yang berpengetahuan agama, yang bebas dari kefahaman politik selain politik Islam.

Katanya ramai ulama yang berpengalaman seperti Daeng Sanusi Daeng Mariok, Datuk Ismail Kamus dan Datuk Haron Din, boleh diberi peluang untuk menerajui pentadbiran baru.

Khalid yang juga bekas timbalan pesuruhjaya PAS Selangor mengadap Sultan Selangor pagi ini. Isu itu dijangka dibangkitkan dalam pertemuan empat mata dengan baginda.



Khalid Samad mengadap Sultan S'gor

Jimadie Shah Othman
malaysiakini

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dititahkan mengadap Sultan Selangor hari ini - empat hari selepas aduan polis dibuat terhadapnya yang mendakwa beliau tidak menghormati baginda berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Ketika dihubungi pagi ini, Khalid mengesah beliau akan mengadap baginda hari ini.


Menurutnya, pertemuan itu dijangka selesai sebelum waktu solat Jumaat.

Ketika ditanya sebab beliau dititah mengadap, Khalid berkata, sebelum ini, beliau selaku ahli parlimen Shah Alam, telah memohon untuk mengadap bagi mendapatkan wawasan baginda mengenai pembangunan Shah Alam.

Katanya, beliau menghantar surat tersebut dua bulan lepas.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan isu penggunaan kalimah Allah turut dibangkit dalam pertemuan tersebut.

Semalam, Khalid menafikan beliau tidak menghormati baginda apabila mempertikaikan penglibatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dalam perhimpunan di Masjid Negeri baru-baru berhubung isu tersebut.

Aduan polis terhadap Khalid itu dibuat oleh 16 NGO Isnin lalu berhubung isu tersebut



PA Yaakob Sapari Tak Perlu Takut Jika Tak Salah

Hussein Ahmad PA Yaakob Sapari telah direman 5 hari dan rumanhya di Seksyen 27 ,Shah Alam turut digeledah atas dakwaan rasuah luluskan kontrak pasir dan pergi ke China ditaja pihak tertentu.Exco Yaakob Sapari nafikan tuduhan ke atas Hussein itu dan berkata pihak SPRM hanya mahu jatuhkan maruah Kerajaan Pakatan di Selangor.

Hussein tak perlu gentar dan rasa takut jika tak bersalah.Apa nak ditakut jika berada dipihak yang benar.Malah anda akan merasa lebih kuat dan bersemangat jika anda jadi mangsa pihak-pihak tertentu yang mahu mendajalkan anda.Jika sebaliknya itulah yang patut anda terima atas perbuatan anda.

Kita tidak boleh kompromi dengan pihak yang salah dan kita mesti pertahankan kebenaran jika tidak lakukan seperti yang didakwa.Nak takut apa?Mungkin cara siasatan SPRM ke atas Hussein dan lain-lain yang dituduh rasuah isu pasir dan juga rasuah seks berbeza-beza dan kita tunggu apa yang akan Hussein bagi tau bila keluar lokap nanti selepas tempoh reman habis.

Tahun lepas kematian Teoh Beng Hock di tingkat 5 Plaza Masalam,seksyen 9 Shah Alam menimbulkan pelbagai andaian semasa disoal siasat SPRM. Ada yang kata Teoh bunuh diri, terbunuh dan dibunuh.Pelbagai andaian itu membawa kepada mayat Teoh digali semula untuk dibedah siasat kali kedua.Siapa yang buat kerja tu kita pun tak tahu.Hantu Teoh juga dilaporkan berlegar-legar dalam bangunan itu cari apa kita pun tak tahu.Kepada siapa yang tak percaya wujudnya hantu boleh datang bangunan Plaza Masalam untuk cuba-cuba rakam imej hantu Teoh jika betul-betul wujud.


Huduh-huduh PKR, huduh lagi Umno

Kalau Sayang PAS, Bantulah PKR

Oleh Zolkharnain Abidin

Biar pun bukan orang PKR, saya terkilan sekiranya berita mengenai pembubaran PKR Cabang Kuala Selangor adalah benar. Tambah terkilan lagi apabila cabang itu adalah cabang yang diketuai sendiri oleh Khalid Ibrahim.

Umno tentu gembira dengan perkembangan ini. Mereka tentu menyimpulkan bahawa PKR semakin ditolak oleh rakyat dan Umno semakin pulih di Selangor. Sama ada kesimpulan Umno itu benar atau salah, itu bukan isunya. Isunya ialah, mengapa cabang itu boleh terbubar?

Kalau yang terbubar itu adalag ranting (dalam PAS disebut cawangan), tidaklah ralat sangat. Itu biasa sahaja berlaku samada di dalam PAS atau Umno. Di dalam PAS sendiri ada cawangan yang cuma tinggal nama tetapi tidak punya apa-apa. Dalam Umno pun sama saja.

Tetapi apabila yang terbubar itu adalah cabang (dalam PAS di sebut kawasan), ini bukan perkara kecil. Kalaulah berita ini benar, ini bukan lagi tamparan tetapi ‘tendangan’. Kalau ‘cabang’ sudah patah, bagaimana dengan ‘ranting’?

Bolehkah ‘ranting’ bertahan kalau tanpa ‘cabang’?

Masalah ini bukan sahaja menuntut keprihatinan PKR, malah keprihatinan PAS dan DAP juga. Runtuhnya cabang PKR tidak dapat dinafikan akan turut memberi kesan yang tersendiri kepada PAS dan DAP. ‘Damage’ keruntuhan cabang ini turut menimpa PAS dan DAP.

Bagi saya, kalau ada orang PAS yang rasa seronok dengan apa yang menimpa PKR ini, kemudian mengeluarkan perkataan yang melahirkan ‘kegembiraan’ dengan apa yang berlaku itu, cadangan saya ‘cabaikan saja mulut orang itu’.

PAS dan PKR bersahabat. Bukan bersahabat untuk kepentingan dan harapan seorang atau dua orang, tetapi bersahabat untuk kepentingan dan harapan rakyat.

Mana boleh seorang sahabat ketawa menyindir apabila sahabatnya ditimpa musibah. Dia mesti menghulurkan tangan membantu sahabatnya yang jatuh itu. Bangunkannya kembali, pimpin dia dan bekalkan apa sahaja keperluannya untuk membolehkannya meneruskan persahabatan dengan kita.

PAS Selangor tidak boleh memandang kecil isu. PAS Selangor dan PAS Kawasan Kuala Selangor mesti bertindak sesuatu dengan segera.

Sekiranya pendokong cabang PKR di situ sebelum ini hilang kepercayaan dengan parti itu, PAS perlu mengenalpasti mereka yang berada di luar PAS untuk diaktifkan dan digerakkan sebagai aktivis PKR cabang itu.

Malah, bagi saya tidak salah untuk sementara waktu, para aktivis PAS bergerak aktif di situ untuk memastikan cabang PKR Kuala Selangor dapat diaktifkan kembali. Tindakan ini tidak boleh ditangguh lagi. ‘By hook or by crook’.

Kita akui, Khalid Ibrahim tidak sempurna. Ya, mana ada manusia sempurna. PKR juga ada kelemahan dan kesilapannya, sama macam parti-parti lain juga.

Kewajipan kita kini, bukan menampilkan kelemahan, meriuh-rendahkan kesilapan, tetapi memperbaiki kelemahan itu dan menampung kesilapan yang ada dengan kelebihan dan keupayaan kita. Jangan biarkan PKR keseorangan berhadapan dengan masalah itu.

Seseorang sahabat sangat mulia pekertinya jika dia sanggup bersusah-payah untuk meringankan bebanan sahabatnya.

Seburuk-buruk PKR, buruk lagi Umno. Jangan kita menghukum PKR kerana kesilapan yang dilakukannya dalam tempoh setahun tetapi merelai kesilapan Umno yang dilakukan selama lima puluh tahun. Seburuk-buruk Khalid Ibrahim, dia lebih baik Khir Toyo.

Kalau orang PAS sayangkan PAS, dia mesti membela PKR. Kalau ada PAS mengaku sayangkan PAS tetapi turut membantu untuk melemahkan PKR, orang itu adalah ‘musuh’ dalam selimut.

Ini bukan masanya untuk komponen PR mencari kesilapan antara satu sama lain tetapi adalah masa untuk menjulang harapan rakyat. Kini ada tiga penjulang dan kalau salah satu daripadanya keletihan, mampukah yang dua lagi untuk terus menjulang

http://bongkarsauh.blogspot.com/

Rombak JAIS Dan MAIS- Khalid Samad

Desakan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad supaya Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor dirombak memang patut dilakukan. Sepatutnya perkara ini dilakukan sejak Pakatan Rakyat mula-mula ambil alih negeri Selangor sejak Mac 2008 lagi.Banyak perkara yang dilakukan Jais dan Mais bertentangan dengan dasar yang bertentangan arah pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor. Setiap tindakan mereka diperjelaskan dengan menjadikan alasan Sultan sebagai Ketua Agama Islam untuk mengiakan apa saja yang mereka buat.

Otak mereka yang berkuasa di dua agensi agama Islam itu masih lagi dijajah oleh pemikiran Umno walaupun mereka menafikannya bahawa tidak dipengaruhi Umno.Nafi semua orang boleh nafi hakikatnya mereka tidak ikhlas apabila kerajaan negeri bertukar tangan.Otak mereka tidak merdeka daripada memikirkan hanya Umno saja yang layak mereka dengar cakap. Mereka sanggup berdemontrasi atas nama Jais dan Mais agensi kerajaan negeri dan membelakangkan kerajaan negeri dalam isu kalimah Allah tanpa mengkajinya terlebih dahulu.Sedangkan dalam masa yang sama Menteri DiJabatan Perdana Menteri mengizinkan penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan .Nak demontrasi tak salah tapi adakah pernah selama ini di Selangor dibuat demontrasi atas nama JAIS dan MAIS. Ini yang dipertikaikan.

Malaysian Insider melaporkan;

Wakil Rakyat Pas itu berkata ke arah penilaian kembali sesuatu pendirian dan pendekatan, beliau berkeyakinan masanya telah tiba untuk “ulama-ulama” yang selama ini dipinggirkan oleh pentadbiran lama atas sebab kepentingan politik mereka, diberi peluang dan kedudukan yang sewajarnya dalam institusi keagamaan negeri Selangor dengan naiknya pentadbiran baru.
“Mungkin dengan itu akan ditangani semua persoalan dengan lebih baik dan bertanggungjawab,” kata beliau di sini hari ini.

Sambil menjelaskan kepimpinan semasa kedua-dua Jais dan Mais dilantik oleh pentadbiran lama pimpinan Umno-BN yang memerintah sehingga Mac 2008, “mereka tidak gembira dan tidak memberikan kerjasama penuh kepada pentadbiran semasa.”

“Mereka bertindak dengan bebas,” kata beliau kepimpinan kedua-dua agensi itu bercanggah pendirian dengan kerajaan negeri.

Oleh kerana mereka tidak memberikan kerjasama yang baik, tegas Khalid, kepimpinan Jais dan Mais perlu diubah.

“Ya, mereka perlu ditukar, Mais dan Jais patut berada di bawah kepimpinan yang mempunyai latar belakang agama, jadi mereka boleh selesaikan masalah-masalah yang timbul,” katanya.Baca di sini

MISAIMERAH

Cerita buat Tok Guru Nik Aziz

Li Fook Gao

Alkisah Seorang Guru

Cikgu Nik Kamal merupakan seorang guru yang cukup terkenal dengan sikap dedikasi dan adil dalam tugas pengajarannya. Bagi beliau, tanggungjawab yang dipikul oleh seorang guru amatlah besar dalam proses pembinaan masyarakat dan negara.

Setiap murid yang diterimanya harus dididik dan dipimpin dengan baik. Bukan itu sahaja, beliau turut menganggap setiap murid yang gagal dididiknya dan keterlanjuran menjadi sampah masyarakat sehingga merugikan negara sebagai satu dosa yang besar. Oleh yang demikian, selain memastikan murid-muridnya memahami apa yang diperlukan untuk lulus ujian dengan cemerlang, beliau juga memberi tumpuan khusus kepada pembinaan akhlak dan rohani agar kesemua muridnya akan menjadi manusia yang berguna dan berbakti kepada masyarakat dan negara dewasa kelak.

Reputasi baik cikgu Nik Kamal sebagai seorang guru cemerlang tidak datang dalam masa sehari dua. Cikgu Nik Kamal tidak pernah dituduh pilih kasih dalam memberikan ganjaran, penandaan kertas ujian mahupun memberikan hukuman. Murid-murid, rakan guru-guru dan ibu bapa sangat menghormatinya kerana kagum dengan kebolehan mengajarnya di samping sikapnya yang adil, saksama dan tegas terhadap murid-muridnya.

Namun segalanya berubah apabila anak sulung beliau, Nik Kamil ditawarkan belajar di sekolah yang sama. Tanpa disedarinya, guru besar sekolahnya telah membuat keputusan untuk meletakkan Nik Kamil di dalam kelas bimbingannya kerana mempercayai beliau dapat bertindak adil terhadap anaknya sebagaimana murid-murid yang lain.

Pada peringkat permulaannya, cikgu Nik Kamal berasa amat gembira dengan berita tersebut. Beliau yakin bahawa di bawah bimbingannya, anaknya akan berpeluang menjadi pelajar paling cemerlang di sekolah penghujung tahun nanti. Sekiranya itu menjadi kenyataan, beliau percaya beliau akan turut dianugerahkan sebagai "guru cemerlang", dan ini sudah tentu akan menjadi kenangan yang amat manis bagi keluarga beliau.

Harapan cikgu Nik Kamal ternyata meleset seminggu selepas sesi persekolahan bermula. Desas-desus sudah mula kedengaran daripada murid-murid di dalam kelas bimbingannya bahawa beliau sentiasa memberikan tumpuan yang lebih terhadap anaknya semasa mengajar di dalam kelas. Murid-murid mula mengadu kepada guru-guru subjek yang lain bahawa mereka merasa seperti dianak-tirikan oleh cikgu Nik Kamal. Setahu Nik Kamal, beliau melayan semua muridnya dengan sama, namun ada ketikanya beliau mengakui beliau menjawab soalan-soalan yang diajukan anaknya dengan lebih mesra berbanding murid yang lain secara tidak sedar. Maklumlah, Nik Kamil itu anaknya, sudah tentulah cara percakapan antara mereka lebih mesra, takkan itu pun nak didengkikan, bisiknya di hati. Beliau memilih untuk bersabar dan menganggap semua ini hanya permainan fitnah budak-budak semata-mata.

Nik Kamil ialah seorang murid yang bijak dan pandai, bak kata pepatah bapa borek anak rintik. Semua kerja sekolahnya dihabiskan dengan baik dan cermat. Rakan-rakan guru Nik Kamal turut sama memuji ketekunan dan kebijaksanaan anak sulungnya itu. Oleh sebab itu, kekadang anaknya melakukan kesalahan-kesalahan kecil, rakan-rakan gurunya tidak menghukum seperti mana hukuman setimpal yang dialami murid-murid yang lain. Ini secara tidak langsung menimbulkan lagi tahap cemburu murid-murid lain terhadap anaknya yang disangka mereka kebal daripada tindakan disiplin kerana dia merupakan anak kepada seorang guru yang terhormat.

Fitnah terhadap anak sulung Nik Kamal bukan setahap itu sahaja. Setiap kali anaknya mendapat markah tertinggi di dalam peperiksaan, rakan-rakan murid anaknya akan menuduh bahawa cikgu Nik Kamal telah memberikan soalan bocor kepada anaknya terlebih awal. Ada juga sebilangan ibu bapa murid-murid yang tewas tipis dalam keputusan ujian kepada anaknya turut mengadu perkara yang sama kepada guru besar akibat termakan fitnah anak-anak mereka tak berasas.

Sesekali cikgu Nik Kamal cuba menjelaskan perkara ini bahawa keputusan cemerlang anaknya adalah hasil usahanya sendiri dan bukannya kerana mendapat soalan bocor seperti yang difitnah, namun beliau gagal mengikis tanggapan bahawa beliau pilih kasih dalam mempertahankan keputusan cemerlang anaknya. Fitnah yang semakin menjadi-jadi ini juga menyebabkan kewibawaan dan akhlak Nik Kamal turut mula dipertikaikan oleh rakan-rakan guru sekolahnya. Walaupun guru besar masih mempercayainya, akan tetapi imejnya sebagai guru yang cemerlang semakin terhakis di kalangan ibu bapa murid-murid dan rakan-rakan guru sekolahnya itu.

Cikgu Nik Kamal berasa teramat sedih dengan peristiwa yang berlaku. Kegembiraan dan kebahagiaan keluarganya juga terjejas kerana emosi beliau semakin terganggu dan anaknya sering kemurungan akibat fitnah-fitnah dengki yang berlaku di sekolah. Keputusan cemerlang anaknya tidak lagi menjadi peristiwa yang menggembirakan untuk keluarga cikgu Nik Kamal sebaliknya menjadi perkara yang mendatangkan fitnah semata-mata.

Disebabkan marah dan tidak puas hati dengan situasi yang berlaku, Nik Kamil mula bermain politik di sekolah dengan memanipulasi kepercayaan sebilangan guru yang menyayanginya untuk sengaja menyusahkan rakan-rakan yang dipercayai memfitnah dia dan bapanya sebagai tindakan membalas dendam. Tindak-balas ini menyebabkan Nik Kamil semakin diboikot oleh rakan-rakan sekolahnya. Sejak itu, segala tindak-tanduk Nik Kamil mula diperhatikan secara ketat oleh rakan-rakan yang ditikamnya. Segala kesilapan dan keterlanjuran kata-kata oleh anaknya akan dijadikan bukti untuk diadukan kepada rakan-rakan guru yang tidak sehaluan dengan bapanya bagi tujuan memalukan bapanya di hadapan guru besar. Nik Kamil tidak menyedari bahawa tindak-tanduknya menambahkan lagi tekanan kerja dan politik sekolah terhadap bapanya sendiri.

Akibat desas-desus yang semakin liar, akhirnya, cikgu Nik Kamal dipanggil guru besar untuk berjumpa dengannya untuk menyelesaikan kemelut politik yang sering mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Cikgu Nik Kamal terkejut apabila guru besar berkata beliau sendiri memikul tanggungjawab yang besar dalam kemelut ini kerana kegagalannya dalam memahami hati manusia.

Menurut guru besarnya lagi, lazimnya beliau tidak akan mengizinkan anak-anak guru di sekolahnya untuk belajar di sekolah yang sama kerana ia senang menimbulkan fitnah yang boleh mengganggu ketenteraman sekolah. Akan tetapi, kali ini beliau mengizinkannya kerana beliau beranggapan bahawa dengan reputasi cikgu Nik Kamal yang baik sepatutnya masalah fitnah ini tidak akan timbul.

Namun, beliau akhirnya akur bahawa sesiapa sahaja, tidak kiralah sebelum ini beliau dilihat sebersih manapun, tidak mungkin akan dapat lari daripada fitnah kerana sifat dengki dan cemburu manusia senantiasa wujud pada satu-satu masa. Sifat cemburu dan dengki ini mudah menimbulkan fitnah sekiranya kita membuka pintu yang menggalakan fitnah apabila urusan keluarga mula dicampur-adukkan bersama urusan kerja seseorang.

"Adalah susah untuk orang lain melihat kita bertindak adil sekiranya sesuatu perkara atau keputusan itu melibatkan ahli keluarga sendiri walaupun sememangnya kita boleh bertepuk dada tanya selera bahawa kita telah bertindak adil. Di sinilah kelemahan insan yang bernama manusia ini dan inilah yang harus kita elakkan untuk menghindari fitnah yang mungkin datang," kata guru besar kepada cikgu Nik Kamal.

Tambah beliau lagi, "Kemelut yang timbul di sekolah kali ini adalah akibat kecemburuan dan kedengkian murid-murid lain terhadap anak cikgu, Nik Kamil. Perkara ini tidak akan timbul sekiranya Nik Kamil tidak berada di sekolah yang sama dengan cikgu."

Kata-kata guru besar bagaikan satu wake-up call buat cikgu Nik Kamal. Demi kebaikan anak, kegembiraan keluarga, kerjaya dan sekolah, cikgu Nik Kamal mengambil keputusan untuk menukarkan anaknya ke sekolah lain secepat yang mungkin........

Dan seperti yang dijangkakan oleh guru besar, keadaan di sekolah pulih seperti sediakala dalam masa sebulan dua... tiada lagi fitnah yang melulu, tiada lagi perbalahan yang remeh-temeh, tiada lagi pertikaian terhadap kredibiliti beliau sebagai guru yang adil dan saksama; dan yang paling menggembirakan, akhirnya keluarga cikgu Nik Kamal boleh berbangga dengan pencapaian cemerlang Nik Kamil yang akan datang kerana tiada lagi orang yang memperlekehkan keputusan cemerlang anaknya lagi...

-------------------------------
Li Fook Gao @ Tohkong Mosjid

Diharap cerita ini dapat memberi sedikit sebanyak pedoman buat Tok Guru yang disayangi. Ada kalanya pemain bola lupa di mana mereka berada sebenarnya di padang kerana terlalu memokus kepada bola yang ada pada kaki lawan..... Semoga sihat senantiasa, Tok Guru

Khamis, 21 Januari 2010

BN - Barang Naik = BN Bini Najib

Di Bawab BN, Rakyat Terbeban Dengan Rantaian Kenaikan Harga

Zaman inflasi tinggi kian menjelang, apabila harga petrol dan tol dijangka melonjak, menjejaki langkah kenaikan harga gula dan roti. Pengumuman kerajaan pada awal tahun ini, bahawa sistem "dua harga petrol" akan dilaksanakan pada 1 Mei, ditambah pula beberapa lebuh raya yang akan dikaji semula harga tolnya pada Januari tahun ini, dijangka akan menambah beban rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pada 7 Januari, bahawa kerajaan akan memperkenalkan satu mekanisme harga petrol untuk memastikan subsidinya hanya dinikmati mereka yang berpendapatan rendah, atau betul-betul memerlukannya.

Harga petrol pastinya naik

Mereka yang menikmati subsidi bahan api ini akan membeli minyak dengan harga selepas ditolak subsidi, sementara mereka yang tidak lagi layak untuk menikmati subsidi, perlu membayar mengikut harga pasaran tanpa subsidi.

Menurut Ismail Sabri Yaakob (gambar kanan), subsidi kerajaan untuk petrol RON95 buat masa ini adalah 30 sen/liter, lantas menurunkan harga minyak ini kepada paras RM1.80/liter. Dengan kata lain, rakyat tempatan mahupun warga asing yang tidak layak menikmati subsidi, akan membeli petrol dengan harga RM2.10 atau lebih tinggi.

Walaupun golongan berpendapatan rendah masih terlindung dengan subsidi menurut Ismail Sabri Yaakob, namun arus inflasi dijangka tidak dapat terelak lagi. Jika ditinjau dari pengalaman lalu, setiap kali kenaikan harga minyak akan memberi tekanan dari segi inflasi kepada semua lapisan masyarakat.

Misalnya, apabila harga minyak antarabangsa melonjak kepada US Dollar 130 pada tahun 2008, kerajaan Malaysia telah menaikkan harga minyak dari RM1.92 kepada RM2.70, bersamaan 78 sen atau 40.6%. Lantaran itu, kadar inflasi yang berada di bawah paras 3% pada awal tahun, telah melonjak kepada 8.5% pada Julai.

Menurut maklumat dari Kementerian Kewangan, sewa rumah, bekalan air dan elektrik, gas semula jadi dan bahan api yang lain mencakupi nisbah 21.4% dalam Consumer Price Index (CPI).

Kesan Inflasi daripada kenaikan harga minyak

Pada hakikatnya, kesan yang paling besar terhadap inflasi bukannya datang dari harga minyak, tetapi kesan rantaiannya, khususnya dalam sektor pengangkutan dan makanan. Antaranya, kadar inflasi mencecah kemuncak 8.5% pada Julai 2008, disebabkan kos pengangkutan yang melonjak secara mendadak sebanyak 22%. Kos pengangkutan mencatat 15.9% dalam CPI, malah sektor pengangkutan mencecah 41% dalam kepenggunaan sumber tenaga negara. Pendek kata, naik turunnya harga minyak memberi kesan yang besar terhadap sektor pengangkutan.

Pada masa yang sama, produk komersial dan perkhidmatan dalam setiap lapisan ekonomi melibatkan pengangkutan, yang membawa kesan rantaian terhadap semua keperluan harian, termasuklah makanan, pakaian, sehinggalah barang kehendak seperti kereta, rumah dan sebagainya.

Jikalau ditambah makanan dan minuman bukan alkohol (31.4%), pengangkutan (15.9%), dan sewa rumah, bekalan air dan elektrik, bahan api yang lain (21.4%), kesemuanya mencatat jumlah 68.7% daripada CPI.

Ringkasnya, apabila harga minyak bertambah dari RM1.80 kepada RM2.10, kos tambahan yang ditanggung oleh rakyat bukan hanya 30 sen/liter, tetapi inflasi yang berlaku berikutan kesan rantaian kenaikan harga minyak.

Inflasi lebih tinggi daripada perangkaan rasmi

Pada hakikatnya, inflasi yang menimpa rakyat sebenarnya lebih tinggi daripada perangkaan rasmi yang diumumkan. Misalnya, perangkaan rasmi yang diumumkan pada Julai 2008 adalah 8.5%, setelah kenaikan harga minyak secara mendadak dari RM1.92 kepada RM2.70.

Namun demikian, perangkaan yang tidak rasmi menunjukkan kos pembekal bahan mentah melonjak 10-20%, malah harga makanan di warong melonjak dalam lingkungan 25-40%. Bahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga menaikkan harga elektrik pada kadar 26%, tahun 2008 dengan alasan penambahan kos bahan api.

Ketika ditemuramah, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) menyatakan kenaikan harga minyak melambungkan kos pengangkutan, menjurus kepada kenaikan harga bahan mentah dan berakhir dengan kenaikan harga makanan. Oleh itu, peniaga warong terpaksa menaikkan harga.

Secara puratanya, rakyat Malaysia membelanjakan 40% pendapatannya untuk makanan. Kenaikan harga minyak telah menyebabkan mereka berbelanja lebih (lebih daripada 50%) untuk makanan. Antaranya, disebabkan ketidaksempurnaan sistem pengangkutan awam, penduduk bandar perlu bergantung kepada kereta untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Hidup semakin menyempit apabila kebanyakan penduduk bandar makan di luar, secara langsung telah menjadi golongan yang paling merasai bahang inflasi. Seandainya dikira mengikut pendapatan RM2,500 sebulan, kenaikan harga minyak dari RM1.80 kepada RM2.10 akan melonjakkan perbelanjaan petrol golongan menengah ini sebanyak 17%; ditambah pula kenaikan harga makanan sebanyak 5-10%. Jelas, pilihannya makin kurang, dengan pendapatan yang terhad ini. (Bahagian pertama, bersambung) -MR

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

BERMULANYA TAHUN BODEK MEMBODEK

بسم الله الرحمن الرحيم

BODEK 1:


cuba tengok lambang pada payung tu... pada utusan dah hilang pulak..

BODEK 2:

KUALA SELANGOR 20 Jan. – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kuala Selangor yang diketuai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini diumum dibubarkan setelah 13 ahli jawatan kuasanya (AJK) meletak jawatan.

Perletakan jawatan kerana hilang kepercayaan kepada Abdul Khalid yang turut melibatkan Ketua Angkatan Muda dan Ketua Wanita itu bermula November lalu hingga kelmarin.

Pengumuman dibuat oleh Timbalan Ketua Bahagian PKR Kuala Selangor, Arshad Abu Bakar. – Utusan

jawapan tan Sri Khalid

Bila AJK Cabang Merasa Dirinya Pokok. Khalid Nafi Cabang PKR Pimpinannya Lumpuh

Menteri Besar
Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan Parti Keadilan Rakyat cabang Kuala Selangor yang diketuainya 'lumpuh' dan telah dibubarkan.

Beliau mengulas dakwaa
n timbalan ketua PKR cabang Kuala Selangor, Arshad Abu Bakar, bahawa cabang itu telah terbubar, ekoran tindakan 11 anggota jawatankuasanya yang dipilih serta ketua pemuda dan wanitanya, telah meletak jawatan.

Bercakap kepada pemberita di Shah Alam selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri, Abdul Khalid berkata, tidak ada mesyuarat diadakan untuk membubarkan cabang itu.

"Pemilihan akan berlaku tahun ini untuk AJK baru pada Mac. Itulah sebabnya sesetengah nak berhenti," katanya.

Khalid berkata krisis seperti itu adalah satu perkara lazim yang menimpa beliau.

"Mereka yang tidak sealiran dan tidak sehaluan lebih baik keluar daripada menyukarkan parti untuk diurus," katanya.

"Khalid berkata bahawa pada awal 2007 PKR Kuala Selangor mempunyai tidak sampai 100 orang ahli tetapi sekarang bilangannya adalah 3,000 orang.

Alasan hilang kepercayaan itu perkara biasa...ataupun ayat itu ditulis oleh Umno," katanya.

Sementara itu, Bernama memetik Arshad mendakwa cabang itu telah terbubar.

'Khalid punca kecelaruan Kuala Selangor'

Dakwaannya berasaskan tindakan 11 anggota jawatankuasanya yang dipilih serta ketua pemuda dan wanitanya telah meletak jawatan.

Setakat ini, Arshad berkata hanya tinggal tiga pemimpinnya yang dipilih terdiri beliau sendiri, Khalid serta seorang AJK, Faridah Abdul Rahman.

Arshad mendakwa 11 AJK cabang serta Ketua Angkatan Muda, Nazarudin Darmawan, dan Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman, meletak jawatan antara November tahun lalu dan 18 Jan tahun ini.

Katanya mereka yang meletak jawatan itu bagaimanapun masih kekal sebagai anggota PKR tetapi mereka telah hilang kepercayaan terhadap Khalid untuk menerajui cabang Kuala Selangor.

Mereka mendakwa Khalid telah meletakkan PKR Kuala Selangor dalam keadaan 'penuh kecelaruan' tanpa asas tadbir urus yang kukuh.

Khalid juga dituduh tidak mengambil inisiatif memperkukuhkan parti meskipun ada ahli bukan Melayu di Ijok dan Batang Berjuntai telah keluar parti. -malaysiakini

SELENA TAY: Benarkah ini 1 Malaysia?


Topik yang hangat diperbincangkan pada masa ini ialah 1 Malaysia. Setiap hari kita kini dibanjiri dengan topik 1 Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa 1 Malaysia adalah satu cogankata yang bagus dan penuh impak yang boleh menarik perhatian dan sokongan rakyat. Tetapi seperti yang telah biasa diketahui, teori tidak semestinya sama dengan perlaksanaan.

Umpamanya hal mengenai kalimah ‘Allah’ dimana Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah membuat kenyataan bahawa rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak yang berugama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ manakala rakyat yang berugama Kristian di Semenanjung Malaysia tidak boleh berbuat demikian. Mengapakah rakyat Kristian di bawah cogankata 1 Malaysia mesti dibezakan dengan cara ini? Beginikah rupanya 1 Malaysia? Memang kelakar betul!

Lagi satu perkara yang besar yang harus diketahui oleh orangramai ialah hal mengenai peruntukan dana yang diberi oleh Kerajaan Pusat Barisan Nasional (BN). Hal ini sememangnya telah membuat penulis rasa marah terhadap Kerajaan Pusat BN oleh kerana ketidakadilan dalam polisi BN.

Contoh yang amat baik sekali yang ditunjukkan oleh Kerajaan Pusat BN ialah dalam hal peruntukan dana untuk UNESCO World Heritage Cities Georgetown dan Melaka dimana Kerajaan Negeri Melaka telah mendapat wang peruntukan sebanyak RM30 juta dari Kerajaan Pusat BN untuk mengekalkan dan menyelenggarakan pengurusan bandaraya Melaka manakala Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mendapat satu sen pun untuk mengekalkan dan menyelenggarakan pengurusan bandaraya Georgetown. Beginikah rupanya 1 Malaysia? Pulau Pinang telah dianaktirikan oleh sebab Pulau Pinang adalah dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat. Memang tidak adil sama sekali!

Royalti minyak untuk Negeri Kelantan pun lagi satu kes ketidakadilan yang amat ketara yang diamalkan oleh Kerajaan Pusat BN. Pada masa Negeri Terengganu dibawah pemerintahan PAS, Negeri Terengganu pun tidak mendapat royalti tersebut tetapi sekarang dibawah pimpinan BN, Negeri Terengganu tidak mempunyai masalah mendapatkan royalti minyaknya. Dapat dilihat dengan jelas sekali bahawa Negeri Kelantan pun dianaktirikan juga seperti Negeri Pulau Pinang.

Sejurus setelah parti pembangkang memenangi 5 buah negeri selepas Pilihanraya Umum Ke-12 pada 8 Mac 2008, Kementerian Pelancongan telah menyalurkan wang peruntukan kerajaan untuk perlaksanaan program pelancongan terus kepada jabatan-jabatan kerajaan di setiap negeri yang berada dibawah kuasa Pakatan Rakyat tetapi bukan kepada kerajaan negeri tersebut. Ini menyusahkan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri tersebut untuk melancarkan program pelancongan negeri sebab dana dipegang oleh jabatan-jabatan kerajaan. Walaupun perkara ini berlaku sebelum Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, namun demikian perkara yang sama ini masih berterusan juga. Inilah contoh 1 Malaysia yang amat bagus!

Juga terdapat kakitangan kerajaan yang malas bekerja selepas Pakatan Rakyat mengambil-alih pentadbiran kerajaan negeri. Ini dipanggil subtle sabotage. Kakitangan kerajaan sepatutnya mestilah bertindak neutral dan must serve the Government of The Day tetapi di Malaysia tidaklah begitu. Di Malaysia kebanyakan kakitangan kerajaan ialah kakitangan BN. Rakyat Malaysia yang tidak bijak membaca permainan politik akan berpendapat bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri dibawah pimpinannya adalah malas dan tidak berkesan. Ini memberi kesan yang buruk kepada imej Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti alternatif yang tidak ada kebolehan mengurus dan mentadbir. Oleh itu bagaimana pula hendak menawan Putrajaya? Inilah helah BN yang licik untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat di empat buah negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat selepas Perak telah dirampas oleh BN.

Kerajaan Pusat BN juga hanya menyalurkan dana yang sedikit kepada negeri-negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat walhal negeri-negeri tersebut telah menyumbangkan cukai yang lumayan kepada Kerajaan Pusat. Dalam hal ini Kerajaan Pusat BN telah melakukan penindasan yang amat kejam terhadap kerajaan dan rakyat terutamanya rakyat yang miskin dan yang berpendapatan rendah di negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat sebab pihak yang berkuasa ialah pihak yang memegang wang. Those who control the purse-strings have the power to bully the weak. Ini menyebabkan negeri-negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat tidak mencukupi wang untuk melancarkan program pembangunan yang memanfaatkan rakyat. Namun demikian pemimpin-pimimpin Pakatan Rakyat pun tidak kurang hebatnya sebab walaupun menghadapi masalah kekurangan wang, projek yang memanfaatkan rakyat dapat dijalankan juga melalui penggunaan perbelanjaan yang cermat dan cerdik.

Jelaslah disini bahawa Kerajaan BN telah menganaktirikan negeri-negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat! Ya, 1 Malaysia! Cakap tak serupa bikin.

LAGI BERITA BAIK BUAT RAKYAT TERCINTA.. (Tulus Ikhlas dari KERA..jaan 1 Malay C Aaaa...aiyaa!!! )

بسم الله الرحمن الرحيم

Rakyat didahulukan mati - RM3.70 (Ron95), RM3.90 (Ron97)...???

PUTRAJAYA, Jan 8 - The mechanism for fuel pricing in Malaysia has finally been finalized and controlled under one mechanism, which also takes the high and lower income group people into consideration, according to Finance Trade Minister Tan Sri Anuar Ali.

"From May 1, the fuel will be pegged at RM3.90 per litre for RON97, while RON95 will increase to RM3.70 per litre. However, the prices of national-made vehicles will be lowered by at least 40%. For example, a full-spec family sedan Proton Persona 1.6litre engine will cost around RM23k excluding road tax and insurance. Import tax and excise duty will be revised to only 30%, from the current 200%. Imported vehicles such as the new Toyota Camry 2.4litre engine will cost around RM65k", he said.

The mechanics has been said to be undertaken by a team of experts from Australia and Canada who were earlier briefed on the issue of subsidy in this country, whereas after consideration by the transport minister, they have signed the constitution that the system will be made on May 1, the day it goes into effect.

Under the new system, there will be a major effect on the existing consumers who have already purchased a vehicle and to those who are in the midst of repaying the loan of their vehicle to their financial institutions.

Ahmad Tajuddin said the government might also re-introduce a cash return annually to Malaysians who own a 1,500cc and below vehicle. The amount have yet to be decided but he assured that the amount will compensate the price of fuel by at least half to eligible Malaysians based on bumi quota.

Balik Berjuang kat Tempat Sendiri lagi Bagus.....Sini dah tak leh Cari makan

Astora Jabat sertai politik Thailand

Khairil Abdul Rahim

KUALA LUMPUR, 21 Jan: Bekas wartawan kontroversi akhbar Utusan, Astora Jabat, akhirnya kembali ke kampung kelahirannya di Resak (Ruso), Narathiwat, Selatan Thailand dan bakal bertanding dalam pilihan raya umum di negara itu.

Hasan Abdul Rahman atau nama Siamnya “Sei Toramain” memberitahu dalam blognya, setelah beberapa bulan kembali ke tempat kelahirannya itu beliau telah mendapat tiga tawaran daripada tiga parti politik Thai untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum Thailand akan datang.

“Saya memilih parti yang paling besar dan dijangka akan menang dalam pilihan raya akan datang, iaitu Parti Peau Thai. Walaupun saya tidak berminat dengan politik, tetapi patut bagi saya mengubah arah dan membuat kerja yang lebih mencabar. Saya sendiri suka mencuba bidang kerja baru dan perkara-perkara yang mencabar yang tidak jauh dari bidang kerja asal,” tulis beliau dalam blognya.

Menurut Astora, beliau terpaksa menerima tawaran tersebut kerana beberapa sebab. Antaranya, beliau kena ada tempat bergantung untuk terus tinggal di kampung halamannya. Selain itu, permintaan penduduk kampungnya kerana pengalaman luarnya yang luas termasuk pernah terlibat dalam membantu kerajaan Malaysia pada zaman Tun Mahathir Mohamed.

Beliau juga mempunyai rancangan untuk melaksanakan pendidikan moden di selatan Thailand termasuk berfikir untuk menubuhkan sebuah universiti untuk umat Muslim Thailand.

Astora semasa di akhbar Utusan mengelolakan ruangan agama sebelum dilantik sebagai Pengarang majalah Al-Islam yang kemudiannya ditutup. Kebanyakan dalam tulisannya menghentam dua tokoh ulamak PAS iaitu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Kontroversi lain melibatkan Astora ialah dalam tulisannya pernah mengatakan Firaun ada yang baik dan ada yang jahat. Selain Nabi Musa a.s. yang dianggapnya sebagai Firaun, beliau menamakan Dr. Mahathir sebagai Firaun baik.

Astora juga dalam tulisannya pernah membahagikan hukum aurat wanita kepada mughallazah dan mukhaffafah (seperti pembahagian hukum najis dalam Fiqah), sehingga mendapat tentangan pelbagai pihak.

Tulisan Astora yang tutut menimbulkan kontroversi ialah pendapat beliau yang menyokong ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).

Beliau menulis bahawa Nabi Muhammad SAW menggunakan ISA untuk membendung pengganas.

Kerana pelbagai polemik yang ditimbulkan dalam tulisannya, beliau pernah difatwakan sesat oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sekali gus dilarang atau dinasihatkan supaya berhenti menulis perkara-perkara yang berkaitan hukum hakam Islam.

Astora juga pernah berdebat dengan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin yang videonya pernah tersebar pada satu ketika dulu.

Beliau juga adalah pendalai laman web www.tematajdid.com

Pakatan Rakyat yakin berkuasa semula di Perak

Rahmah Ghazali
malaysiakini

Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui sokongan Melayu terhadap Pakatan Rakyat di Perak telah merosot sedikit terutama di kawasan pedalaman.

Menurut beliau berdasarkan bancian, Pakatan telah kehilangan antara 7 hingga 8 peratus sokongan daripada pengundi Melayu.

Ketika berkuasa selama 10 bulan berikutan kemenangan pada pilihan raya 2008, gabungan pimpinan Nizar itu memperolehi 40 peratus sokongan daripada masyarakat Melayu.

Pakatannya itu bagaimanapun tumbang pada Februari lalu, apabila tiga ahli dewan undangan negerinya berpaling tadah dan memilih untuk menyokong Barisan Nasional (BN).

Bercakap kepada Malaysiakini, di kediamannya di Ipoh, semalam, ahli parlimen Bukit Gantang itu mengakui Pakatan Rakyat gagal menembusi kubu-kubu BN di kawasan pendalaman.

"Kemerosotan juga berpunca kerana media alternatif gagal mencabar media tradisional seperti Utusan Malaysia dan akhbar lain.

Selain itu, kemerosotan didakwa berpunca daripada isu seperti kononnya semasa menjadi Menteri Besar, beliau adalah boneka DAP, dan kononnya beliau telah menderhaka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Namun, menurut Mohammad Nizar, pada keseluruhannya sokongan rakyat terhadap Pakatan itu tidak luntur dan jika pilihan raya diadakan mereka yakin akan menang.

Sidang media itu diadakan sempena setahun kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat tumbang.

Dalam pada itu, Bernama memetik Nizar mengulangi bahawa krisis yang berlaku di negeri itu boleh iselesaikan melalui pilihan raya negeri.

Beliau meminta Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan
Undangan Negeri.

Mahkamah Persekutuan belum membuat keputusan terhadap rayuan Nizar berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai enteri Besar Perak yang sah.



Rabu, 20 Januari 2010

Aku Sokong Yaakob sappari Turut Disiasat

Siasat PA Yaakob Sapari:Tak Dapat Tanduk Pulas Telinga


Aku menyokong penuh minat SPRM di bawah Ketua Pesuruhjaya baru SPRM untuk bertindak ke atas siapa saja yang disyakki terlibat dengan rasuah.Seorang Adun Pakatan Rakyat berkata Hussein Ahmad Pegawai Khas Yaakob Sapari telah dikambing hitamkan untuk malukan Kerajaan Pakatan Rakyat.Dia kata bukan aku kata.

Mengikut maklumat yang diperolehi PA Yaakob Sapari yang disiasat SPRM itu telah dibawa ke Putrajaya untuk siasatan lanjut.Hussein Ahmad Pegawai Khas Exco Yaakob Sapari itu telah disiasat atas dua sebab iaitu;

1-Meluluskan kontrak pasir kepada syarikat -syarikat tertentu.Sedangkan kuasa nak meluluskan kontrak pasir itu di bawah bidang kuasa ahli lembaga Kumpulan Semesta Sendirian Berhad bukan dengan kuasa Menteri Besar ,Exco dan Timbalan Exco.

2-Tiket kapalterbang Hussein Ahmad telah ditaja oleh syarikat tertentu dalam rombongan Kerajaan Negeri ke China. Bagaimanapun mengikut maklumat diperolehi semua tiket rombongan diuruskan oleh syarikat Kerajaan Negeri iaitu Tourisme Selangor.Jadi apa kejadahnya nak didakwa si Hussein tu yang tak tau apa-apa dia hanya peon kat pejabat Yaakob Sapari.Itu yang dipertikaikan logik atau tidak siasatan SPRM ke atas Hussein Ahmad.

Tambah Adun Pakatan Rakyat itu lagi tindakan SPRM itu sengaja nak memalukan Kerajaan Pakatan Rakyat dan umpama tak dapat tanduk telinga pun dipulasnya.Maklumat di atas adalah apa yang diberitahu oleh seorang adun Pakatan Rakyat di Selangor.

Nak tahu lebih lanjut versi Malaysiakini

SPRM serbu pejabat exco Selangor

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari di Shah Alam tengah hari ini.

Dipercayai pegawai SPRM telah mengarahkan setiausaha kerja exco tersebut, yang dikenali sebagai Hussein Ahmad, datang ke pejabat SPRM Selangor untuk disoalsiasat.


Menurut sumber-sumber, satu laporan telah dibuat kepada SPRM terhadap Hussein (berdiri) bberhubung dakwaan rasuah membabitkan penjualan pasir.

Yaakob adalah pengerusi pengurusan sumber alam dan pembangunan ssahawan negeri.

Difahamkan, lima pegawai SPRM, yang diketuai oleh Penguasa Premraj Victor, masih berada di pejabat Yaakob.

Sementara itu, jurucakap sekretariat media kerajaan negeri berkata, siasatan SPRM itu dipercayai ada kaitan dengan isu pasir.

Menurutnya, SPRM mahu menahan Husin tetapi dibantah oleh kakitangan di pejabat itu kerana pekeliling kerajaan Selangor tidak membenarkan soalsiasat di luar pejabat dan di luar waktu pejabat


Turut kelihatan di situ sebelum ini ialah penasihat undang-undang negeri, Salim Bashir dan pengerusi kesatuan pegawai khas Pakatan Rakyat, Razak Ismail.

Difahamkan insiden ini ekoran pertelingkahan tentang pengurusan syarikat kaitan kerajaan, kumpulan Semesta yang menguruskan penjualan pasir.

Sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri Selangor, didakwa banyak kes kecurian pasir.

Oleh itu, ia diserahkan kepada Kumpulan Semesta untuk mengendalikannya dan ia terletak dalam bidangkuasa Yaakob selaku yang bertanggungjawab terhadap portfolio tersebut.

Namun begitu, difahamkan masih terdapat aduan yang diterima termasuk dari kalangan ADUN Pakatan sendiri.


Malah, ADUN Bukit Antarabangsa dari PKR, Azmin Ali juga pernah menegur prestasi kumpulan Semesta dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Sementara itu, Yaakob memberitahu pemberita bahawa SPRM menyiasat dua perkara, iaitu kelulusan penjualan pasir dan lawatan beliau ke negeri China November lalu.

Katanya, pegawai SPRM itu mengambil tiga dokumen, iaitu profail syarikat berkaitan dengan penjualan pasir dan dokumen kedua lawatannya ke Hang Zhou dan Yiew (November) dan lawatannya ke Beijing minggu lalu. Hussein turut mengikuti lawatan ke China itu.

Yaakob menyifatkan tindakan SPRM itu sebagai satu langkah yang sengaja untuk memalukannya.

Pada masa ini, tiga exco kerajaan negeri berada di pejabat Yaakob. Mereka ialah Ronnie Liu, Elizabeth Wong dan Dr Xavier Jayakumar.

Pegawai SPRM masih lagi mengambil kenyataan daripada Hussein.


Pada kira-kira jam 3.35 petang, SPRM membawa Hussein ke ibupejabat suruhanjaya itu di Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Sebelum itu, berlaku sedikit kekecohan apabila seorang pegawai di situ meminta lima pegawai SPRM tersebut supaya mengisi borang lawatan tetamu ke pejabat tersebut.

Pada mulanya, mereka enggan enggan mengisi borang tersebut, tetapi selepas didesak Yaakob, maka pun berbuat demikian.

Yaakob dan penasihat undang-undang negeri, Salim, turut mengikut Hussein ke Putrajaya.

Difahamkan SPRM mempunyai waran untuk menahan Hussein untuk siasatan lanjut.


Kepimpinan Islam Di Malaysia

http://myzaidibrahim.wordpress.com/

Ada pihak menyuarakan rasa sedih melihat perkembangan Malaysia hari ini kerana menganggap warga Islam majoritinya sudah tidak lagi terbuka, sederhana atau toleransi terhadap warga lain yang berlainan agama.

Saperti dahulu. Ini sebenarnya persepsi yang kurang tepat. Saya mahu perbetulkan persepsi ini. Saya kata hanya pemimpin politik UMNO, penulis akhbar dan blog UMNO, dan sesetengah pemimpin agama yang mahu naik pangkat secepat mungkin dalam jabatan atau majlis agama yang sudah menjadi ekstrem dan tidak lagi sederhana.

Mereka ini tidak faham apa itu sederhana atau toleransi . Mereka tidak tahu apa yang berlaku di Negara mereka di Sabah dan Sarawak. Mereka inilah yang menimbulkan masalah dalam hubungan kaum dan agama di negara ini.

Sebahagian besar orang Melayu dan umat Islam tidak begitu sifat mereka. Tidak dinafikan, kumpulan majoriti ini mungkin ada kebimbangan mereka serta tidak memahami sesuatu isu yang dimainkan dalam media massa, tetapi mereka bersedia untuk meneliti dan mempertimbangkan permasalahan itu secara baik dan berhemah.

Sebenarnya umat Islam secara amnya berhemah dan bertoleransi. Lihatlah kumpulan majoriti Islam di merata dunia termasuk di negara umat Islam terbesar di dunia Indonesia.

Mereka berhemah dan ada toleransi kerana pemimpin agama mereka mempunyai kualiti dan bersifat moderate, lebih mementingkan “essence” agama Islam.

Sebab itulah di negara-negara umat Islam lain tak ada larangan menggunakan nama Allah atau 32 perkataan “Islam” lain yang telah dilarang seperti di Selangor, Melaka dan Pahang.
Perkataan “masjid”, “baitulmal” dan “kaabah” juga dilarang dan tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam di neger-negeri berkenaan. Nampaknya hanya Melayu UMNO yang takut dan tidak faham sejarah dan melihat musuh di mana-mana.

Inilah kumpulan yang mengatakan negara lain tak sama dengan negara kita. Memang tak sama. Orang lain tahu sejarah dan faham erti toleransi. Mereka yakin kepada intelek dan fahaman agama mereka.

Nampaknya berbeza kualiti dan kekusutan intelek pemimpin agama kita jika dibandingkanb dengan pemimpin agama di Indonesia, India, Pakistan dan Mesir. Malah di Singapura pun, Islam dilaksanakan dengan penuh hemah dan hikmah.

Pesanan Majlis agama Islam Singapura (MUIS): “Contohilah sifat Rasulullah SAW , sifat simpati(Aziz) prihatin, penyantun (Rauf) dan penyayang(Rahim). Masyarakat Islam seharusnya merasakan bahawa kewujudan mereka di kalangan masyarakat lain hendaklah membawa rahmah seperti mana Rasulullah membawa rahmah kepada seluruh alam.

Ini memerlukan masyarakat Islam menilai sesuatu keadaan baru dan mencari penghuraian dan pendekataan terbaik dan bijak menggunakan pendekatan lembut untuk mencapai matlamat murni.” Berbeza dengan nasihat badan badan agama kita yang sentiasa mahu berperang.

Lihatlah cara Rasalullah mendampingi dan menyesuaikan diri di Yathrib, di tempat orang Yahudi dan Nasrani sehingga mereka akhirnya menerima baginda sebagai pemimpin.

Sebaliknya, pemimpin Islam di Malaysia lebih suka marah-marah, lebih suka mencari gaduh dan senentiasa mengajak Islam bersatu bukan untuk kebaikan tetapi kerana mahu melawan musuh kononnya – dan digunakan Yahudi sebagai contoh seolah-olah ada kumpulan tertentu di negara ini yang dianggap sebagai Yahudi atau musuh besar Islam.

Inilah sifat pemimpin yang kurang ilmu, kurang tahu selok-belok hidup bermasyarakat majmuk, kurang memberi ruang untuk perbincangan kerana mereka mungkin tidak faham pun isu yang sebenar.

Yang mereka tahu hanya lah menyenaraikan kira-kira 30 perkataan yang tidak boleh disebut oleh orang bukan Islam. Mereka tidak pula memberi cadangan apa yang boleh orang bukan Islam gunakan sebagai ganti.

Jadi nama apa yang boleh mereka pakai? Itulah tahap kecemerlangan pemimpin Islam Malaysia. Dan semakin hari semakin tertutup peluang Islam untuk berdakwah secara hemah dan hikmah di negara kita ini.


Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails