SELAMAT DATANG

Sabtu, 14 November 2009

Ada hikmah bila stadium terbakar. SPRM kena ambil tahu ni.....

Bercakap pasal kerusi yang terbakar, kepala orang yang berdarah, pemain Negeri Sembilan yang dibaling botol, Stadium terbakar dan macam-macam lagi ketika perlawanan akhir Piala Malaysia baru-baru ni, ramai yang anggap macam-macam kat orang Kelantan. Orang Kelantan gedebe dan macam-macam.

Tapi hakikatnya apa pun ia adalah taqdir Allah sebagaimana yang sering kita ungkapkan bahawa di sebalik bala itu ada hikmahnya. Serupalah tragedi tsunami di acheh, gempa bumi di padang, banjir lumpur di post dipang dan berbagai lagi tragedi yang melanda umat manusia. Kita disuruh sentiasa mengingati Allah dan jangan lupa padaNya. Kadang-kadang apa yang ditaqdirkan adalah untuk kita melihat apa kesalahan dan kejahatan kita mudah-mudahan kita insaf.

Berbalik kepada kerosakkan stadium pada perlawanan malam tu kita lihat amat bermakna dan kita patut puji penyokong Kelantan terhadap tindakan mereka. Dikhabarkan kerugian dari kebakaran tersebut mencecah SUKU JUTA RINGGIT. Menteri Belia Dato Ahmad Shabery Chek minta FAM membayar kerugian tersebut kepada pihak Stadium.

Yang menghairankan kita takkanlah kebakaran beberapa buah kerusi itu mencecah hampir SUKU JUTA, takkanlah sebuah kerusi berharga RM500.00 sebuah. Disini kita dapat memahami bahawa Dato Ahmad Shabery Cek amat prihatin dan peka terhadap kemungkinan di sana terdapat unsur-unsur rasuah Menteri-Menteri Belia yang terdahulu.

Rasuah memang sudah mendaging dalam diri pemimpin UMNO/BN, inilah bukti sejak dahulu lagi rasuah menjadi amalan mereka. Sebab itu kita tidajh hairan sepertimana laporan audit baru-baru ini. Tindakan penyokong Kelantan telah mendedahkan sewaktu pembinaan stadium Bukit Jalil dulu sudah ada amalan rasuah di dlam Kementerian Belia dan Sukan waktu itu.

SPRM jangan duduk diam dalam perkara ini...koreklah sampai ke lubang cacing! kalau kerana 1200 dan 1500 helai bendera sampai keperingkat terpaksa korbankan Teo Beng Hock takkan sebuah kerusi berharga RM500.00 ni nak diamkan diri....LU PIKIR LAAA SENDIRI......




Askar Kita Tabik Komunissss






hahahaaha cuba tengok, askar malaysia tabik sama Presiden a.k.a ketua komunis Republik Rakyat China.

sumber gambar: malaysiakini.com


Surat Buat Ustaz Azizan, Lekaslah Lantik Menantu

http://webpanas.blogspot.com

Assalamualaikum Ustaz,

Harap-harap Ustaz sihat dan dengan kesihatan yang baik dapatlah Ustaz menjaga Negeri Kedah Darul Aman sehingga menjadi "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua". Di samping itu dapat jugaklah Ustaz membahagiakan keluarga-keluarga Ustaz, lantas mem-mem ustaz, anak-anak menantu serta cucu-cucu bertambah sayang pada Ustaz.

Saya ingin nasihatkan pada Ustaz, dalam Ustaz berkerja keras mentadbir Negeri Kedah, Ustaz janganlah lupa pada keluarga-keluarga Ustaz. Biarpun Ustaz terlalu sibuk hingga kurang meluangkan masa pada mereka tapi kasih sayang Ustaz tak boleh berkurang malah wajib ditambah-tambah.

Jadi bagaimanakah caranya untuk menambah kasih sayang pada mem-mem dan anak menantu Ustaz? Caranya mudah. Ustaz lantiklah MENANTU Ustaz jadi Pengarah PKNK, Pengurus Besaq GLC-GLC Kedah (contoh KTPC) atau apa saja jawatan yang Ustaz anggap MENANTU Ustaz layak.

Contohnya kalau MENANTU tu ada kelayakan spt BBA, lantiklah dulu jadi Pegawai Tadbir di PKNK. Lepas setahun penaiklah pangkat dia. Kemudian lantik terus dia jadi Pengarah Urusan KTPC.

Ustaz,

Itulah cara yang paling baguih nak tunjukkan kasih sayang pada keluarga, terutamanya pada mem-mem Ustaz. Apabila Ustaz lantik MENANTU, secara otomatik anak Ustaz yang dinikahi oleh MENANTU akan seronok dan suka. Apabila anak seronok dan suka, mempun tentunya lagi seronok dan lagi suka, seterusnya lagiiiiiilah sayang kat Ustaz. Tapi jangan lupa Ustaz, Ustaz ada dua mem, jadi Ustaz kena lantik dua MENANTU!

Ustaz jangan takut tentang persepsi ahli dan penyokong PAS. Depa tu tau sebut PERSEPTI saja tapi maknapun tak tau. Lagipun ahli dan penyokong PAS (kecuali aku) ni kebanyakkan "lembu dicucuk hidung" atau perumpamaan yang lebih baik depa semua macam "biri-biri di negeri Arab". Di mana biri-biri ni kalau sekoq ditarik telinga oleh gembala dan diheret jalan, maka yang lain-lain tu ikuuuuut saja tak dak bunyi uh-ah uh-ah cuma mengembek saja.

Lagi satu Ustaz, melantik MENANTU ini amalan yang baik. Islam tak tegah dan undang-undang negarapun tak halang. Saya bagi dua contoh. Bab Islam tak tegah macam amalan Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz. Satu lagi Pak Lah Bedawi.

Lekaslah Ustaz buat apa yang saya cadang! Jangan terlepas macam Syeikh Besar Haji Hadi di Terengganu.. Dia tak sempat lantik MENANTU sebab dia sibuk periksa "bukti rasuah BN & Wan Mokhtar yang berlori-lori" sehinggalah Deris Jusoh buang bukti sekali dengan lori-lori dalam sungai buat tapak Masjid Kristal. MB Nizarpun tak sempat juga, baru dapat MENANTU dua tiga hari negeri dirampas oleh UMNO Jahanam ganti dengan Keling Sial Zamry.

Akhir kalam, Ustaz tak payah fikir panjang-panjang, buatlah dengan segera.

Sekian, Wassalam.

LEE COPPER

- tambahan : Menantu tu cantek kalu buleh pegang jawatan tinggi dalam parti peringkat negeri / pusat

Contoh :

dulu : paklah (pm) + khairy (naik ketua pemuda umno pusat)
sekarang tok guru nik aziz (mb) + arif fahmi (CEO PMBK + AJK Pemuda PAS Kelantan) www.pmbk.gov.my (http://dppkelantan.pas.org.my)



Konvensyen Blogger PAS 2009

Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan mengadakan Konvensyen Blogger PAS 2009. Sehubungan dengan itu, aktivis bloggers PAS khususnya dari peringkat pimpinan Pusat, Negeri, kawasan dan ahli cawangan dipelawa bagi menghadiri konvensyen ini.

Tempat adalah terhad. Untuk pendaftaran, para bloggers diminta untuk menghantar email ke – penerangan.paspusat@yahoo.com atau hubungi Sekretariat Penerangan PAS Pusat ditalian 03-2692500 ext 310 sebelum 13 November 2009 (Jumaat).

Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:

Nama
No. Ahli Pas
No. HP
Alamat Blog
Email

Tarikh dan tempat program akan dimaklumkan melalui email.

Sekian. Harap Maklum

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


Kedudukan Sebagai Pemimpin Nombor Satu PAS Tidak Terjejas - Hadi

KUALA TERENGGANU, 13 Nov (Bernama) -- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kedudukan beliau sebagai pemimpin nombor satu parti itu tidak terjejas walaupun ada pihak tertentu cuba menggambarkan sebaliknya.

Katanya sokongan terhadap beliau daripada anggota parti peringkat akar umbi dan barisan pimpinan PAS lain, termasuk daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, juga tetap utuh.

Mengakui mempunyai perbezaan pendapat dengan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan sebelum ini, Abdul Hadi menegaskan ia telahpun diselesaikan.

"Hubungan kami macam isi dengan kuku. Memang ada perbezaan pendapat tapi tetap bersatu, lebih-lebih lagi bila beliau (Nik Aziz) terima resolusi yang dibuat dalam seminar parti baru-baru ini," katanya kepada pemberita di sini.

Nik Abdul Aziz sebelum ini meminta parti itu mengadakan Muktamar Agung Khas bagi membolehkan perwakilan membuat keputusan mengenai kedudukan beberapa pemimpin PAS disifatkan sebagai bermasalah termasuk mereka yang pro-Umno.

Bagaimanapun parti itu memutuskan untuk mengadakan seminar politik pada 7 Nov lalu dan membincangkan masalah berbangkit.

Berhubung isu bai'ah, beliau menjelaskan bai'ah sumpah setia laknat yang diamalkan parti itu seperti didedahkan Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali hari ini, tidak menyalahi ajaran Islam.

"Bai'ah talak tiga tidak menjadi dasar atau konsep dalam PAS," katanya.

-- BERNAMA

1Malaysia: Lagi bukti rakyat diperbodohkan

Angkasanuri

Selama ini rakyat miskin pastinya merasa sedikit lega kerana pengumuman Skim Baucar Subsidi Beras (SUBUR) seperti yang diumumkan oleh Kerajaan 1Malaysia. Maka bermacam-macam pujian bahawa ini bukti kerajaan mengutamakan dan mendahulukan rakyat.

Tetapi semua itu rupa-rupanya hanya retorik dan satu lagi agenda membodohkan rakyat. Tembelang itu pecah apabila wakil Rakyat Pas Titiwangsa Dr. Lo'Lo Ghazali mempertikaikan keperluan mendapatkan tanda tangan Ketua Bahagian Umno dalam borang SUBUR.

Pendedahan ini menyebabkan berlaku perang mulut di antara Datuk Noh Omar Kementerian yang bertanggungjawab program Subur dengan wakil dari Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat hari ini.

Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) turut mempertikaikan syarat berkenaan dengan bangun menunjukkan borang dan mendakwa di kawasan Taiping, permohonan baucer Subur hanya akan diluluskan kepada orang Umno sahaja.

Apakah Umno sudah terlalu mabuk kuasa atau takut hilang kuasa dan sokongan rakyat sehingga terpaksa guna kaedah ini untuk memaksa rakyat menyokong mereka? Apakah Umno tak tahu nak beza duit kerajaan daripada pembayar cukai dengan duit Umno?

Awal-awal lagi saya menjangkakan bahawa idea 1Malaysia cuma retorik dan idea terdesak untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno@BN. Lihatlah apa yang Datuk seri Najib beritahu pada Cuepacs bila kerajaan tak nak beri bonus. Ekonomi gawat, kerajaan perlu berjimat cermat...Untuk berbilion ringgit untuk Pasukan Formula 1Malaysia ada pulak duit...Oh ya lupa...1Malaysia....Rakyat didahulukan....




TAHNIAH 1 MALAYSIA NAJIB - RAKYAT DIDAHULUKAN

Parking Berbayar Mulai 1 Disember 2009 di Putrajaya








Notis Bayar Parking telah ditampal

















Hadiah Najib kepada rakyat yang berurusan dengan pihak kerajaan.







Surat Pembaca

Sdr Pengarang,

Baru-baru ini saya ke Putrajaya kerana menyelesaikan urusan dengan Jabatan Imigresen. Sebelum sampai ke Jabatan Imigresen, saya melalui beberapa jabatan kerajaan yang lain, termasuklah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

Apa yang membuatkan saya terpanggil untuk menulis kepada Tuan Pengarang ialah tentang tempat letak kereta yang tidak disediakan untuk orang awam yang datang berusuran

Di KKDN, saya lihat kenderaan orang ramai berbarisan di tepi jalan utama menghala ke pejabat Perdana Menteri.

Apabila melalui Masjid Putrajaya pula, lagi lawak melihat puluhan kereta diletakkan di laluan ‘round-about’. Begitu juga di tepi round-about berkenaan terdapat beberapa buah bas pula yang bergelimpangan.

Apabila sampai di Jabatan Imigresen, saya garu kepala. Walaupun boleh memandu, tetapi saya berkerusi roda dan tak tahu di mana hendak meletakkan kereta kerana jangankan nak jumpa parker untuk orang kurang upaya, parker untuk orang berupayapun tak ada.

Akhirnya saya ikut sahaja orang yang terdahulu iaitu meletakkan kereta di tepi jalan termasuk di depan lampu isyarat. Nak buat macam mana lagi?

Selesai urusan, saya menghala pula ke Kementerian Pelajaran dan juga Kementerian Pengajian Tinggi. Di sini lagi teruk. Dahlah tak ada parker, tak boleh pula parking di bahu jalan kerana ada kon dan polis bantuan mengawal.

Saya cukup hairan, kenapa Putrajaya sebagai sebuah kompleks pentadbiran kerajaan,yang moden tidak mengambilkira, keperluan meletak kenderaan? Tanah cukup lapang. Puluhan ribu kenderaan boleh diletak jika ada kawasan letak kereta yang sesuai dan berdekatan dengan pejabat yang hendak dikunjungi.

Menyediakan parker yang jauh dari pejabat yang hendak dikunjungi hanyalah ibarat melepaskan batuk di tepi tangga.





Alahai Najib.. Bala Dan bawa 'Bala Altantuya' Semula...

Bala Dedah Ditawar RM5 Juta





Penyiasat Persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal tampil dalam satu klip video untuk mendedahkan bahawa dirinya telah ditawarkan RM5 juta oleh seorang peniaga bernama Deepak, agar menarik balik akuan sumpahnya yang mengaitkan Najib Abdul Razak dengan kes pembunuhan Altantuya.

Klip video ini disiarkan dalam Malaysia Today hari ini, dengan sarikata yang menyatakan bahawa Deepak ialah pengarah (director) Carpet Raya, sebuah syarikat yang dilaporkan berpendapatan RM122 juta. Syarikat tersebut dikatakan mendaftarkan alamatnya di Dataran Palma Ampang, Selangor, sementara pejabatnya beralamat di Mahkota Taman Maluri.

Malah, sari kata yang terpampang dalam klip video ini cuba mengaitkan Deepak dengan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri. Balasubramaniam mendakwa bahawa Deepak datang berjumpa dengannya, selepas dirinya mengumumkan akuan sumpah pertamanya pada 3 Julai 2008.

Menurut Balasubramaniam, Deepak mahu Balasubramaniam menarik balik akuan sumpahnya. Malah, Deepak suruh Balasubramaniam mengikutnya ke Putrajaya, namun tidak menyebut siapa yang mahu Balasubramaniam ke Putrajaya. Seterusnya, Deepak menawarkan RM 5 juta untuk Balasubramaniam supaya menarik balik akuan sumpahnya.

Balasubramaniam (gambar kanan) ialah penyiasat persendirian yang diupah oleh Abd Razak Baginda, tertuduh yang ketiga dalam kes pembunuhan seorang wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Balasubramaniam telah membuat akuan sumpah pada 1 Julai 2008, mendedahkannya kemudian pada 3 Julai, dengan kandungan yang menggemparkan apabila mengaitkan Timbalan PM ketika itu (PM sekarang), Najib Razak dengan Altantuya.

Walau bagaimanapun, Balasubramaniam membuat akuan bersumpahnya yang kedua pada 4 Julai 2008, secara dramatiknya menarik balik tujuh perkara dalam akuan sumpah pertama yang berhubung kait dengan Najib Razak. Apa yang lebih mengejutkan, Balasubramaniam telah hilang bersama keluarganya selepas itu.

Abdul Razak Baginda yang selama ini dilihat sebagai orang rapat Najib Razak, dituduh bersubahat dalam kes pembunuhan Altantuya. Walau bagaimanapun, beliau dibebaskan setelah didapati tidak bersalah oleh mahkamah pada 31 Oktober 2008.

Najib Razak, Perdana Menteri ke-6 dipertikaikan oleh pembangkang ketika membincangkan kes pembunuhan Altantuya. Walau bagaimanapun, beliau pernah bersumpah dan mendakwa dirinya tidak mengenali Altantuya. Isterinya, Rosmah Mansor, juga berkali-kali menafikan bahawa dirinya terlibat dalam kes ini, malah menganggap tuduhan tersebut berunsur fitnah. Sumber: Merdeka Review Video: TVS

Mustafa sambut baik cadangan Nik Aziz jadi ketua Pakatan Rakyat

Zulkifli Sulong

KUALA LUMPUR, 13 Nov: Cadangan Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim agar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi ketua atau pengerusi Pakatan Rakyat pertama mendapat sokongan dari Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa mengakui bahawa Nik Aziz adalah antara ikon penting yang mengikat parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan jika cadangan Zaid itu boleh diterima oleh lain-lain pimpinan Pakatan, beliau menyokong cadangan itu.

"Bagaimanapun ia hendaklah mendapat sokongan dari semua pimpinan Pakatan terlebih dahulu," kata Mustafa kepada Harakahdaily.

Datuk Zaid dalam blognya mencadangkan agar Nik Abdul Aziz menjadi ketua atau pengerusi Pakatan Rakyat.

Dalam poll yang dibuat oleh NTV7 malam ini, siapa yang sepatutnya memimpin Pakatan, Nik Aziz mendapat 44%, Datuk Seri Anwar 43%, Lim Kit Siang 17% dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi 6%.

(Gambar: Datuk Zaid calonkan Nik Aziz sebagai ketua Pakatan Rakyat)

"Untuk menjayakan usaha ini, ia memerlukan “pengorbanan” dari (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. (Datuk Seri Tuan Guru) Abdul Hadi Awang juga boleh membuat sumbangan besar dengan meminta Tok Guru Nik Aziz untuk menjadi Ketua atau Pengurusi kepada Pakatan Rakyat; sama seperti Mahatma Gandhi yang menjadi “spiritual leader” kepada parti Kongres India.

"Lim Kit Siang pula boleh membuktikan semangat “statesmanship” dengan bersetuju dengan cadangan ini serta menjadi penasihat dalam hal-hal demokrasi dan hak asasi. Sekali gus tindakan ini akan melenyapkan sebarang agenda “unity government” dengan UMNO," tulis Zaid dalam blognya.

Sebelum ini, Zaid bersama lima lagi pemimpin Pakatan iaitu dua dari setiap parti mendaftarkan secara rasmi Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Zaid telah dinamakan sebagai pengerusi protem itu.

"Satu wadah politik yang bernama Pakatan Rakyat Malaysia telah pun dikemukakan permohonan untuk kelulusan Pendaftar Pertubuhan 10 hari yang lalu.

"Saya amat gembira dengan perkembangan ini; maklumlah ini adalah julung kali tiga parti pembangkang terbesar di tanah air kita bersetuju untuk bersatu di bawah satu kerangka yang sah serta mempunyai lambang dan matlamat perjuangan politik yang satu," tulis Zaid dalam blognya.

Dalam tulisannya itu, Zaid juga mencadangkan agar Tengku Razaleigh Hamzah dilibatkan dengan Pakatan Rakyat.

Para pemimpin Pakatan sepatutnya berusaha lebih gigih dan bersungguh-sungguh supaya pemimpin politik seperti Tengku Razaleigh Hamzah masuk gelanggang bersama-sama dengan mereka, tulis Zaid.

Pasukan Pakatan tentu masih memerlukan beberapa orang ’striker’ lain dari yang ada sekarang untok memperkuatkan pasukan. Ku Li memang orang lama; tetapi ada integriti dan pandangan politik nya kontemporari, tulisnya.

Menurut Zaid, beliau tidak semestinya melompat parti kerana perjuangan untuk matlamat yang sama boleh diwujudkan melalui kerjasama yang lebih rapat.

Ini boleh dilakukan dengan mengadakan ceramah dan kempen bersama, katanya.

"Saya sedar Ku Li masih mempunyai impian untuk memulihkan UMNO, iaitu menghidupkan semula UMNO asal yang telah mati (dan kemudiannya menjadi alat untuk kroni-kroni parti dengan masalah politik wang dan rasuah). Bagi saya tidak ada salahnya kerjasama seperti itu kerana hasrat bersama kita ialah membuat pembaharuan ke arah sistem pemerintah yang bersih, cekap dan tidak rasuah," tulisnya lagi.

Dalam tulisannya, Zaid mempunyai pandangannya tersendiri dalam usaha Pakatan Rakyat untuk mengembangkan sayapnya di Sabah dan Sarawak.

"Realiti politik menunjukkan ia adalah usaha yang amat berat. Kesan buruknya sudah pun kelihatan sekarang apabila berlaku perebutan kerusi, sama seperti dalam pilihan raya umum 2008.

"Hakikat politik juga menunjukan bahawa adalah lebih baik jika Pakatan memainkan peranan dengan memberi sokongan padu kepada parti-parti tempatan yang sehaluan dengan Pakatan di Sabah dan Sarawak.

"Ini bukan sahaja langkah yang dilihat sebagai menghormati maruah dan kekuatan orang tempatan tetapi juga membawa kepada kesan yang lebih besar, iaitu membawa mereka bersama menjadi rakan kongsi dalam Pakatan. Bukankah ini lebih realistik?" tulis Zaid.

Yang penting, bagi beliau adalah untuk menjadi ikatan kuat dalam Pakatan ialah kesanggupan semua pihak untuk bersetuju tanpa berdolak-dalik untuk memastikan wujudnya dasar-dasar negara yang baik dan dipersetujui bersama melalui perbincangan sebagai landasan perjuangan.

"Hanya gabungan besar atau “grand coalition” seperti ini mampu mengatasi gergasi BN," katanya.

"Sebaliknya jika para pemimpin besar ketiga-tiga parti ini masih lagi merasakan mereka sudah cukup kuat dan hebat, dan memadai dengan meneruskan cara lama, iaitu melalui pakatan pilihan raya atau “electoral pact” semata-mata, saya yakin impian ke Putrajaya hanya akan kekal sebagai mimpi di siang hari," tulisnya lagi.

Jumaat, 13 November 2009

Parking : Keluhan Dari Putrajaya

Putrajaya adalah bandar paling muda di Malaysia dan sebagai pusat pentadbiran kerajaan persekutuan, ianya dilahirkan sebagai sebuah bandaraya dalam taman.

Namun, Putrajaya tidak dapat lari dari perancangan yang tidak menepati tuntutan masa depan. Contohnya ruang pejabat yang disediakan adalah berdasarkan penjawatan di jabatan-jabatan pada tahun 2003 dan 2004 dan setelah 5 tahun, pertambahan ruang-ruang bagi memenuhi keperluan pembesaran organisasi mengakibatkan banyak ruang pejabat menjadi sempit. Bagaimana pula untuk 5 tahun lagi?

Begitu juga dengan ruang meletak kenderaan kakitangan. Indikasi pembesaran ruang pejabat akibat pembesaran organisasi terkait rapat dengan pertambahan kakitangan. Kemudahan pembiayaan kenderaan oleh syarikat kewangan yang berlumba-lumba mempromosi pembiayaan pinjaman kereta kepada kakitangan membuatkan pemilikan kereta menjadi sesuatu keperluan terutamanya mereka yang bekerja di Putrajaya.

Akibatnya, pada setiap pagi dan petang, kesesakan di Putrajaya menjadi terlalu teruk akibat dari keperluan untuk kakitangan yang tinggal di Kuala Lumpur, Shah Alam, Seremban, Ampang, Gombak malah Rawang dan Melaka, yang berulang-alik ke tempat kerja setiap hari.

Kemudahan kuarters di Putrajaya tidak meliputi semua kakitangan atas banyak sebab seperti pendidikan anak, pekerjaan pasangan, kekangan kewangan dan faktor sosial.

Jadi, apa yang sangat diperlukan ialah, pertambahan ruang letak kereta yang seharusnya menjadi tanggungjawab jurutera jalanraya di Perbadanan Putrajaya untuk merancang atas kajian yang dilakukan berdasarkan banci lalulintas yang perlu dikendalikan.

Masalah ini tidak harus diselesaikan dengan jalan mudah dan 'menindas' dengan mengarah supaya sistem Park & Ride dipopularkan sedangkan mereka yang memandu untuk ke tempat kerja sebahagian besarnya bukanlah penduduk Putrajaya.

Mereka menghabiskan banyak masa untuk menghantar anak ke sekolah dan menghantar pasangan ke tempat kerja sebelum memandu ke Putrajaya dan kini dipaksa untuk meletak kereta dan menaiki bas, sepelaung dari tempat kerja mereka.

Pada jam berapakah mereka akan mula bekerja? Apakah di Putrajaya akan ada WP4 WP5 dan WP6 pula? Sudah tentu itu merupakan sesuatu yang mustahil. Dari sudut lain, adakah ini menunjukkan kakitangan awam di Putrajaya akan diperas untuk terdedah kepada implikasi kewangan yang menyukarkan?

Maka, seharusnya ruang tanah yang luas di sekitar Kompleks A hingga E dan Presint 1 hingga Presint 4 , dipenuhi dengan tempat meletak kenderaan yang sebenarnya masih boleh dihiasi lanskap menarik bagi memberi erti bandaraya dalam taman.

Laluan masuk waktu pagi dan laluan keluar waktu petang juga boleh diubah berpandukan masa dengan aliran megikut kawasan-kawasan pejabat yang tinggi bilangan kakitangan berkenderaan sendiri. Semuanya adalah bergantung kepada solusi ilmiah semata-mata. janganlah terlalu malas untuk memikirkan solusi, para kakitangan awam yang terpaksa menanggung akibat.

Putrajaya bukanlah kawasan pelancongan bagi kakitangan yang ditugaskan untuk bertugas di sana. Ianya merupakan hala tuju wajib bagi memastikan periuk nasi mereka berisi. Jangan disusahkan mereka yang sedia susah dengan ragam lalulintas juga ancaman kemiskinan bandar. Ianya jelas tidak membantu. Walaupun kelihatan remeh, isu ini mungkin memberi impak besar satu hari nanti.

Selamat Menunaikan Ibadah Haji

PAS kawasan Putrajaya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berangkat Ke Tanah Suci Mekkah kepada Tetamu Allah yang dipilih bagi menunaikan Fardhu Haji bagi tahun 1430H ini. Semoga semua amalan rukun dan sunat semasa mengerjakan ibadah di Kota Suci itu diterima Allah swt dan InsyaAllah mendapat Haji Yang Mabrur.

Beramal dan fahamilah dengan sebenarnya konsep dan falsafah haji semoga dengan itu kita beroleh suatu natijah yang benar bahawa haji merupakan gambaran atau makna Islam yang sebenar iaitu ketaatan dan kepatuhan serta penyerahan diri hanya kepada Allah. Ini dapat dilihat bahawa haji yang merupakan imbauan serta syiar bagaimana ketaatan dan kepatuhan Baginda Saidina Ibrahim dan keluarganya melaksanakan kepatuhan dan ketaatan (Islam) yang tidak berbelah bagi kepada Allah Azzawajalla.

Semoga dengan mengerja dan menunaikan ibadah haji ini kita dapat membulatkan ketaatan hanya kepada Allah dan menjadikan kita orang-orang berada di dalam saf jamaah Islam yang sentiasa berjuang untuk melaksanakan ketaatan dan kepatuhan di bawah satu saf perjuangan Islam abila kita kembali ke tanah air kelak.

Kami Ahli Jawatankuasa dan YDP mendoakan agar semua bakal haji dan hajjah sentiasa dalam keadaan sihat walafiat, dapat mengerjakan ibadah dengan sempurna serta selamat kembali ke tanahair.


SELAMAT MENUNAIKAN FARDHU HAJI KEPADA SEMUA BAKAL HAJI DAN HAJJAH DI PARLIMEN PUTRAJAYA KHASNYA DAN SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA KEPADA UMAT ISLAM DI TANAH AIR AMNYA.





Permohonan maaf, penghargaan Datuk Kamarudin

Azamin Amin

KUALA LUMPUR: “Saya ingin memohon kemaafan ekoran kelewatan saya untuk hadir lebih awal menerima kunjungan dan ziarah sekelian tetamu kerana masalah kelewatan penerbangan dari Qatar…”

Demikian rakaman permohonan maaf Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar kepada semua hadirin yang telah datang menziarahi jennazah isterinya, Datin Kamariah Kamarudin yang meninggal dunia jam 6 pagi semalam selepas sekian lama melawan penyakit barah.

Beliau yang mewakili ahli keluarganya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang menziarahi kediamannya di Kelana Jaya untuk merakamkan ucapan takziah dan simpati di atas pemergian ke rahmatullah isterinya dan ibu tercinta kepada anak-anaknya yang tercinta.

(Gambar: MB Selangor dan Datuk Seri Nizar antara yang hadir)

“Kepada rakan-rakan ahli parllimen, sahabat handai, jiran, kakitangan Harakah, ahli-ahli serta penyokong PAS yang datang dari luar.

“Kehadiran dan rakaman takziah dan simpati mereka amat mengharukan saya dan moga Allah SWT memberikan ganjaran atas keikhlasan mereka.,” katanya dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

“Saya juga memohon maaf kerana masalah kelewatan penerbangan dari Qatar (saya ke sana kerana urusan rasmi) yang amat tidak disengajakan dan saya memohon agar sebarang kekurangan ini dapat difahami dan diterima,” katanya yang juga merupakan Ahli Jawarankuasa PAS Pusat dan Pengarah Urusan Harakah

Kamaruddin berkata, beliau sekeluarga akan menjadikan setiap takziah dan simpati daripada semua pihak sebagai modal semangat untuk terus melalui ujian yang penuh cabaran dari Allah SWT.

Datin Kamariah meninggal di rumahnya di No 2, Jalan SS 7/4, Kelana Jaya, di hadapan anak-anaknya dan jenazah Allahyarhamah telah disembahyangkan di Masjid Nurul Yakin, SS7 Kelana Jaya dan dikebumikan di Bukit Kiara selepas solat Asar.

Tembok Berlin "dibina" di Putrajaya

Tok Pepijat

Semalam masyarakat dunia terutama warga Jerman baru sahaja merayakan ulang tahun ke 20 runtuhnya Tembok Berlin. Satu tembok yang dibina sebaik sahaja tamatnya Perang Dunia Kedua dan kalahnya rejim Nazi pimpinan Hitler di Eropah.

Tembok Berlin adalah simbol Perang Dingin. Ia juga simbol pemisahan ideologi Blok Barat dengan BlokTimur. Ideologi Kapitalis dan Komunis. Lambang permusuhan antara Amerika dan Soveit Union.

Tembok ini dibina setinggi kira-kira 12 kaki sepanjang 150 kilometer itu memecahkan satu negara iaitu Jerman kepada Jerman Barat(pro Barat) dengan Jerman Timur (pro Komunis). Ramai rakyat Jerman Timur terbunuh ketika cuba melarikan diri ke Jerman Barat untuk mencari kebebasan hidup ala Barat.

Runtuhnya Tembok Berlin yang di bina Komunis Jerman Timur seiring dengan runtuhnya Ideologi Komunis di Soviet Union dan Eropah Timur.

Apa hubungan antara Tembok Berlin dengan negara kita ?

Jika Tembok Berlin dibina untuk memisahkan Jerman yang berideologi Kapitalis dengan Komunis, kini seolah-olah "Tembok Berlin" sedang dibina di negara kita. Ianya di bina oleh pihak Putrajaya bertujuan memisahkan negeri berideologi BN dengan ideologi PR.

Akibatnya terpisah negeri yang diperintah Pakatan Rakyat dengan yang diperintah pihak Putrajaya(BN). Berlakunya diskriminasi terhadap negeri Pakatan Rakyat dari segi bantuan, peruntukan, mesyuarat, perlantikan jawatan bahkan peranan MB dan Ketua Menteri dari negeri Pakatan Rakyat dinafikan.

Terkini penafian hak royalti minyak terhadap Kelantan. Dulu Terengganu mengalaminya semasa diperintah PAS (1999-2004).

Harapnya Malaysia biarlah terkenal dengan penduduknya yang majmuk seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban dan sebagainya. Bukan terkenal dengan kemajmukan cara sistem pemerintahan bercampur aduk dengan "Tembok Berlin, Zionis dan Apartheid"!

Saari: Jais 'niat tidak baik' tarik tauliah

Seorang ketua jabatan di sebuah universiti antara tujuh orang yang ditamatkan pentauliahan mereka tanpa sebab oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kata ADUN Pakatan Rakyat hari ini.

Wakil Hulu Kelang, Saari Sungib berkata, Jais telah bertindak dengan niat yang tidak baik dengan menarik tauliah mengajar agama ke atas ketujuh-tujuh orang tersebut.

Pemimpin PAS itu, yang membaca senarai penceramah yang ditamatkan tauliah itu (lihat senarai di bawah), berkata mereka antaranya ketua jabatan sunnah Universiti Kebangsaan Malaysia yang kini masih berkhidmat dan juga merupakan seorang lulusan peringkat kedoktoran.

Jelasnya, tindakan Jais itu mungkin melibatkan "tangan-tangan ghaib" tertentu kerana tidak menggambarkan semangat pentadbiran kerajaan Selangor yang 'pro-rakyat'.

"Tindakan Jais baru-baru ini tidak gambarkan seiring jalan antara kerajaan Pakatan Rakyat dengan Jais. Hari ini kita dianggap sama sahaja seperti pentadbiran (BN) dulu dengan menghalang dan menangkap ulama daripada berceramah.

"Tanggapan ini mesti dihapuskan. Ulama dan ilmuwan sepatutnya diberi tauliah sebagai pengiktirafan tanpa mereka perlu memohon," katanya ketika perbahasan di persidangan DUN Selangor.

Saari menambah, beliau turut menganggap penahanan bekas mufti Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilakukan secara niat tidak baik oleh jabatan tersebut.

"Ini menunjukkan ada niat tidak suci, dengan menahan Dr Asri walau dengan keadaan hadirin ramai dan situasi yang boleh timbul ketegangan," katanya.

Katanya lagi, jabatan itu bertindak dengan sewenang-wenangnya dengan menahan Dr Mohd Asri dengan alasan ingin mendapatkan keterangan daripada bekas mufti Perlis itu.

"Ada pilihan untuk tidak menangkap beliau jika untuk ambil keterangan. Boleh ambil kenyataan tempat dia berceramah, tapi tangkap juga," katanya.

Jais juga sengaja melambat-lambatkan prosedur sehinggalah menyebabkan Dr Mohd Asri gagal didakwa di mahkamah syariah awal minggu lalu walau telah menunggu beberapa jam, tambahnya.

Dalam ucapan yang sama, Saari turut mencadangkan supaya kerajaan negeri meningkatkan program-program kesedaran terhadap isu penahanan tanpa bicara bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Satu roadshow (jelajah) harus diadakan seluruh Selangor untuk menentang kezaliman ISA," katanya.

Saari, bekas presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), pernah ditahan dua kali bawah akta tersebut, pada 1998 dan 2001.

Dihubungi Malaysiakini selepas persidangan DUN itu, beliau berkata tiada sebab dinyatakan dalam surat penolakan tauliah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bertarikh 11 Ogos lalu kepada mereka.

Di kalangan tujuh nama ini, tambahnya, terdapat mereka yang telah memohon sebanyak lima hingga enam kali untuk mendapatkan tauliah tetapi masih tidak diberikan.


Senarai yang tidak dapat tauliah:

Fathul Bari Mat Jahya - kelulusan BA Hadis (Universiti Madinah), MA (Universiti Yarmouk, Jordan), sedang menamatkan PhD di Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

Mohd Khairi Anwar Abdul Latif - BA al-Quran dan Sunnah (UIA), MA Hadis (UIA), bertugas di Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Abdul Razak Mutalib - BA Usul Fiqh (UIA), MA Hadis, bertugas di Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Muzairi Mustafa - BA Tafsir, Usul dan Dakwah (Al-Azhar, Kaherah), sedang menuntut di peringkat sarjana

Fathlan Mohd Osman - BA Dakwah, MA Tafsir (UKM), sedang menyiapkan PhD Hadis di UIA

Dr Azwira Abd Aziz - BA (Univeristi Madianah) MA (Univeristi Madianah), PhD (Universiti Jordan), ketua Jabatan Al-Quran dan Sunnah UKM

Mohd Roesfan Sazzerin Mohamad Sufi - BA Hadis, Diploma Dakwah (Universiti Madinah), MA Hadis (UIA) - Malaysiakini


Tiada bonus 2 bulan untuk k'tangan awam

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akur dengan keputusan kerajaan tidak memberikan bonus dua bulan gaji kepada 1.2 juta kakitangan awam tahun ini selepas menerima penjelasan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Presidennya Omar Osman berkata Perdana Menteri bagaimanapun memberi jaminan untuk mengkaji pemberian tambahan bonus sebanyak RM500 dalam masa terdekat sekiranya keadaan ekonomi mengizinkan.

"Perdana Menteri juga memberi jaminan akan menimbangkan pemberian bonus dua bulan seperti mana permintaan kongres sekiranya keadaan ekonomi negara pulih kelak.

"Perkara ini dalam pertimbangan Perdana Menteri, tetapi dalam masa terdekat kita berharap ada pertambahan RM500 untuk kakitangan awam mendapat RM1,000 Disember nanti," katanya kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira satu jam dengan perdana menteri di Parlimen, hari ini.

Bagi penjawat awam berpangkat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA), Omar berkata perdana menteri pada pertemuan hari ini turut bersetuju menimbangkan permintaan kongres untuk memberikan potongan cukai pendapatan sehingga 30 peratus.

Omar berkata dalam pertemuan itu Najib menjelaskan dalam keadaan ekonomi sekarang, kerajaan mungkin terpaksa membabitkan pinjaman daripada sumber lain sekiranya mahu memenuhi permintaan kongres.

Cuepacs sebelum ini menuntut kerajaan menimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada kakitangan awam dalam perbentangan Bajet 2010 pada 23 Oktober lepas.

Kerajaan bagaimanapun mengumumkan akan memberikan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 41 hingga 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada Disember ini.

Turut dibincangkan pada pertemuan itu ialah mengenai kenyataan perdana menteri kepada Cuepacs bahawa adalah salah dari segi moral bagi kongres itu menuntut bonus ketika keadaan ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya.

Perdana menteri juga menyifatkan tindakan kongres itu boleh membuatkan Cuepacs popular di kalangan ahlinya, tetapi dalam konteks ekonomi semasa ia disifatkan sebagai tidak wajar.

"Selepas perdana menteri menjelaskan apa sebenarnya yang dimaksudkan, kita terima dan perkara ini kita anggap sudah tamat," kata Omar.

Dalam isu lain, Omar berkata kongres itu turut menyerahkan memorandum kepada perdana menteri untuk menimbangkan supaya 18,000 warga pekerja Kemas diberi keistimewaan yang sama dengan warga perkhidmatan awam.

Dalam pertemuan itu, perdana menteri juga bersetuju untuk menambah geran peruntukan tahunan Cuepacs kepada RM1 juta bermula tahun depan, katanya.

Tahun lepas, Cuepacs menerima RM350,000 bagi menjalankan aktiviti kongres. - Bernama

Imej baharu ubah persepsi terhadap PAS

PENDAPAT

Abdul Aziz Ismail

Pendedahan kajian mengenai situasi kepimpinan parti yang tidak menyenangkan dibuat oleh Dr Abu Hassan Hasbullah dari Universiti Malaya pada seminar PAS 7 November lalu menuntut parti ini melakukan sesuatu untuk mengubah situasi.

Tidak diketahui secara mendalam mengapa terjadi demikan dan terjejasnya imej parti di mata rakyat khususnya orang muda. Sungguhpun kajian Abu Hassan boleh dipersoal dari berbagai sudut, tetapi realitinya parti harus menerima hakikat bahawa mereka dalam dilema sukar dan perlu mengubah imej dan pendekatan demi menghadapi keyakinan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Ada pendapat mendedahkan hal itu mungkin boleh dikaitkan dengan kemelut dalaman parti yang tidak berkesudahan menyebabkan rakyat dan penyokong jadi keliru dan hilang kepercayaan kepada parti dan kepimpinannya.

Ahli keliru kepada siapa sebenarnya sokongan dan kepercayaan harus dicurahkan setelah kecelaruan berterusan mengenai kehadiran mereka yang mendokong Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan mereka yang taat kepada Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Seorang kawan dari PAS yang berkedudukan di Johor Bahru menyarankan supaya presiden parti diberikan imej baru yang lebih kemas dan menyerlah untuk mengubah situasi.

Katanya, jika Umno boleh berbelanja RM2.4 juta untuk menaikkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dengan konsep 1Malaysianya, kenapa tidak PAS melakukan sesuatu bagi mengubah dan meningkatkan imej presiden supaya kelihatan menonjol dan diterima rakyat.

Jika Najib boleh menyarankan slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan," presiden mungkin boleh melaungkan tema lain yang sesuai dengan kehendak semasa dan trend pengundi muda.

Alasan lain menyebut imej dan personaliti presiden harus diberi gambaran baharu di mata rakyat dan ahli supaya nampak dinamik, penuh tenaga dan penuh idea. Ini bagi menandingi imej Najib yang sudah jauh ke hadapan - dari kaca mata persepsi umum rakyat - setelah diperkenalkan konsep 1Malaysianya.

Imej Najib melonjak mendadak dibantu publisiti semua cabang utama media kerajaan dan swasta yang agresif dan berterusan. Semua kegiatan hidup termasuk politik, pendidikan, ekonomi, sosial, budaya dan kesihatan dikaitkan dengan gagasan 1Malaysia sehingga tidak ada murid sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi dan orang muda yang tidak kenal gagasan beliau itu.

Dari sudut itu jelas imej Najib ditonjolkan sedemikan rupa sehingga semua bangsa dan keturunan sudah boleh menerima kehadiran beliau sebagai perdana menteri yang boleh menyatupadukan semua kaum. Beliau dilihat lebih berkesan dari PM sebelumnya.

Cara berpakaian dan konsep mendekati masyarakat khususnya kaum muda di bandar-bandar besar lebih sofistikated dan mencabar. Kepimpinan perlu membuat perubahan sikap dan pendekatan yang drastik bagi memikat hati pengundi muda ini kerana merekalah yang membuat keputusan negatif dalam kajian Abu Hassan itu.

Pengundi muda di bandar-bandar besar perlu didekati dengan kehendak selera mereka yang santai dan bersahaja kerana demikianlah cara hidup orang muda masa kini yang canggih.

Pada waktu sama, mereka yang berpelajaran dan berpendidikan tinggi masih menggemari dan mengkagumi pemimpin parti yang berimej Islamik dengan pakaian dan keterampilan bersahaja serta berfikiran terbuka, kritis dan boleh menerima kehadiran mereka tanpa prejudis.

Maka itu PAS harus bergerak ke arah itu kerana orang muda kini inginkan pemimpin yang berimej Islam dan pada ketika sama berpandangan jauh, berfikiran terbuka, mudah didekati dan boleh menyakinkan mereka dengan perancangan yang tinggi bagi menggerak aspirasi golongan ini yang sentiasa dahagakan perubahan dan pembaharuan.

Khamis, 12 November 2009

Tidak akan hadir esok, tidak tahu menahu - Dr Asri

Azamin Amin

Kemaskini jam 1.00 petang KUALA LUMPUR, 12 Nov : Bekas Mufti Perlis menyelar tindakan pihak JAIS yang menghebahkan kepada media bahawa akan di dakwa di mahkamah syariah esok sedangkan tiada sebarang surat rasmi atau makluman dokumen kepada beliau sendiri yang tidak tahu menahu pendakwaan tersebut.

"Sehingga kini saya tidak ada sesiapa yang menghubungi, hantar surat atau sebarang dokumen untuk meminta saya hadir di mahkamah syariah.

"Saya tidak akan hadir dan tidak boleh hadir kerana ianya tidak ikut prosedur yang betul. Kenapa dia hebahkan kepada media sedangkan mereka perlu maklumkan kepada saya terlebih dahulu.

"Saya sendiri tidak tahu menahu," katanya ringkas ketika menghubungi Harakahdailyt sebentar tadi.

Beliau yang kesal dengan sikap JAIS yang bertindak 'melangkaui' bidang kuasa dengan menjadi penghebah, penangkap, penguatkuasa, pendakwa dan penghukum dalam masa yang sama.

"Sikap dan tindakan melampau inilah yang menyebabkan orang hilang keyakinan terhadap kewibawaan pihak institusi agama seperti JAIS yang sewenang-wenangnya menggunakan kuasa mereka," katanya

Semalam, menurut laporan portal berita beliau dijangka didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur Jumaat ini kerana memberi ceramah tanpa tauliah, kata Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Bercakap kepada pemberita di Shah Alam, Penolong Pengarah Perhubungan Awam JAIS, Mohd Hidayat Abd Rani berkata kertas siasatan kes Dr Mohd Asri "hampir siap".

Menurutnya, pihak pendakwa kini sedang menyemak kertas siasatan tersebut sebelum mendakwa Dr Mohd Asri di mahkamah.

Mohd Hidayat berkata, JAIS akan juga mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Syariah Gombak untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Syariah Shah Alam kerana ia dianggap kes 'berprofail tinggi'.

"Ia juga memudahkan kami menguruskan kes tersebut dari Shah Alam... selain itu, permohonan seumpama itu dibenarkan mengikut undang-undang," katanya.

Langkah terbaru Jais itu dijangka mencetuskan bantahan pelbagai pihak yang sebelum ini mengecam penangkapan bekas mufti Perlis itu ketika memberi ceramah di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Gombak pada 1 November lalu.


Asri dijangka didakwa Jumaat ini

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin dijangka didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur Jumaat ini kerana memberi ceramah tanpa tauliah, kata Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini.

Bercakap kepada pemberita di Shah Alam, penolong pengarah perhubungan awam Jais, Mohd Hidayat Abd Rani berkata kertas siasatan kes Dr Mohd Asri "hampir siap".

Menurutnya, pihak pendakwa kini sedang menyemak kertas siasatan tersebut sebelum mendakwa Dr Mohd Asri di mahkamah.

Mohd Hidayat berkata, Jais akan juga mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Syariah Gombak untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Syariah Shah Alam kerana ia dianggap kes 'berprofail tinggi'.

"Ia juga memudahkan kami menguruskan kes tersebut dari Shah Alam... selain itu, permohonan seumpama itu dibenarkan mengikut undang-undang," katanya.

Langkah terbaru Jais itu dijangka mencetuskan bantahan pelbagai pihak yang sebelum ini mengecam penangkapan bekas mufti Perlis itu ketika memberi ceramah di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Gombak pada 1 November lalu.

Pemimpin Pakatan Rakyat dan BN, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengecam tindakan terhadap Dr Mohd Asri itu, kerana berpendapat bekas mufti Perlis itu tidak perlukan tauliah kerana beliau merupakan seorang ahli agama terkenal. - Malaysiakini



Tiada Bai'ah Jatuh Talak Tiga Jika Keluar Parti

ALOR SETAR, 11 Nov (Bernama) -- Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata tiada amalan bai'ah yang menyatakan bahawa akan jatuh talak tiga sekiranya wakil rakyat Pas di negeri ini keluar parti.

Azizan yang juga pesuruhjaya Pas Kedah berkata, sepertimana wakil rakyat lain, mereka memang ada melakukan bai'ah untuk taat setia kepada kepimpinan parti, tetapi tidak pernah ada bai'ah cerai talak tiga sekiranya mereka beralih ke parti lain.

"Saya memang bai'ah lama dah...untuk taat setia kepada kepimpinan kami (Pas), tak mau khianat perjuangan, berkorban apa sahaja.

"Sama macam pegawai kerajaan, macam Menteri Besar angkat sumpah depan raja, tanda hormat kepada perlembagaan," katanya ketika ditemui pemberita, di sini pada Rabu.

Beliau mengulas pendedahan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengenai wujudnya amalan bai'ah di kalangan calon wakil rakyat parti itu bahawa akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing sekiranya keluar parti.

Azizan berkata perkara berkenaan sepatutnya tidak perlu dibesarkan kerana ia belum tentu ada (berlaku) dan perlu dibuktikan siapa yang telah melakukannya (bai'ah jatuh talak tiga) terlebih dahulu.

"Yang ada dalam undang-undang Malaysia ialah lafaz taklik semasa angkat nikah, sekiranya isteri ditinggalkan empat bulan tanpa nafkah, jatuh talak satu, kenapa yang tu tak bising? dahla kena tinggal, jatuh talak pula.

"Hat ni belum tentu apa, riuh rendah pasai apa? masalah sekarang ni cuba buktikan tengok siapa yang buat?," katanya.

-- BERNAMA


Rabu, 11 November 2009

Sudahla Zul oi.....

oleh MerakBuih

Saya merasakan masalah yang di timbulkan ZUL NORDIN ini adalah perkara biasa bagi saya.Biasa kerana saya dan kawan-kawan di sekitar KULIM dah masak dengan sikap dan masalah yang di timbulkan oleh wakil rakyat parlimen KULIM BB ini.Nak di ikutkan telinga kami di KULIM ni dah tebai sebab selalu dengar masalah dia nie,jadi tak heranlah kalau DSAI memberi kata dua kepada pimpinan PKR zul nordin PULA YANG MELOMPAT.

Dari malam pertama ZUL NORDIN di umumkan jadi calon sampai sekarang yang sampai di telinga dan pengetahuan kami nie hanya masalah masalah masalah masalah.Ish jarang la nak dengar orang puji,tetapi bukan dia tak turun kawasan langsung tetapi masalah itu lebih banyak dari kebaikan menyebabkan kebaikan di tutupi oleh masalah yang di timbulkan.Dari dulu ada pejabat di pekan KULIM pindah pula ke KUALA LUMPUR,selepas itu baru-baru ini buka semula di kulim..hmmmm tak habis-habis bagi orang masalah.Kalau nek cerita bab masalah ZUL NORDIN di kawasan nie naik letih dah,kalau nak tahu carilah artikel-artikel yang pernah menceritakan tentang peribadi dan tingkah laku ZUL NORDIN di kawasan dia.

PKR KULIM BB pula macam biasa la,nanti bila aku cakap ada orang kata saya suka dok mengata pulak,tapi kadang2 kena kata jugak hehhe..'HIDUP SEGAN MATI TAK MAU' itulah ungkapan yang paling sesuai,ada benda penting baru nak meeting.Hmmmmmm kalau macam tu bulan depan nak PRU13 baru meeting cabang ok la mcm tu.

Lepas itu kata plak PAS tak tolong itu dan ini, tapi bila di fikir semula kenapa pas layan PKR begitu? jawapannya ada pada AJK CABANG PKR KULIM BB.

Kita pula kadang-kadang jangan terlalu salahkan orang,kalu tak boleh ikut dasar parti boleh blah dan peluk UMNO rapat-rapat itukan lebih mudah... Sudahla zul oi.....

al-Imam al-Mahadhiri berfatwa; Nak p Tak lama dah pun tak sedaq diri.

Cerai Isteri Melalui Baiah Politik Tidak Harus Dibenarkan Sama Sekali - Dr M

KUALA LUMPUR: Jika benar keputusan PAS untuk memaksa wakil rakyatnya mengangkat baiah yang menjatuhkan penceraian talak tiga ke atas para isteri mereka sekiranya mereka melompat parti, maka ia adalah satu penghinaan kepada semua wanita Islam, kata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ia seolah-olah wanita Islam tidak ada suara atau hak langsung,” kata Dr Mahathir.

Beliau menambah, adalah amat menyedihkan PAS sanggup memecah belahkan keluarga hanya kerana politik,’’ kata beliau.

Dr Mahathir berkata, inilah yang terjadi apabila politik dan agama dicampur adukkan.

“Politik boleh dikotorkan tetapi agama tidak,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan pada persidangan mengenai peranan wanita dalam pembangunan negara anjuran NAM Institute for the Empowerment of Women.

Beliau turut membidas tindakan PAS menyalahgunakan konsep baiah.

“Inilah bukanlah caranya untuk menggunakan agama untuk kepentingan politik dan diri sendiri. Malah tindak tanduk PAS adalah lebih kepada mendiskriminasikan kaum wanita di negara ini. Menceraikan isteri kerana hendak menyelamatkan parti atau atas nama politik tidak patut dibenarkan sama sekali, “ tegas beliau. - Mstar

Royalti. TGNA akan hantar surat ke2 kepada Najib



Seminar: Sejuk Sekejap Saja

Tadi(kemarin) aku pi la Putrajaya ada urusan sikit .Dalam dok kalut-kalut jumpa la orang Pas Putrajaya dok sembang pasal Seminar Pas yang dah berlalu. Aku tanya macammana dengan seminar tu, kata beliau, " Seminar tu 'cool' la buat sementara waktu saja, tapi selagi kuman dan virus tak dibuang masalah takkan selesai. Kudis yang dah berparut akan muncul kembali. Selagi sifat duniawi jadi keutamaan, masalah dalam Pas takkan selesai."

Ahli Parlimen Shah Alam , Khalid Samad pula berkata seminar itu telah mendedahkan persepsi orang luar terhadap pimpinan Pas dan orang Pas dan terpulang lah kepada Pas untuk menilainya.

"Jadi, kita perlu kaji, kita perlu bertindak sama ada untuk menolak atau menerimanya. Kita juga perlu menganalisa dan mengenal pasti untuk mengatasi persepsi tersebut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.


"Pokoknya ia merupakan satu pendedahan persepsi terhadap PAS. Persepsi mungkin atau salah. Apa yang perlu dilakukan ialah memperbetulkan persepsi itu.

"Bagi kita, kita bergerak atas premis, itu tersilap mungkin kerana 'hubungan awam' kita kurang atau penerangan kurang berkesan atau ada kelemahan pemimpin-pemimpin tertentu," katanya.- malaysiakini

Sementara Exco Dewan Ulama Pas ,Zolkharnain Abidin dalam blog Bila Sauh Dibongkar menjelaskan Seminar Politik itu diibaratkan umpama gulai yang sudah dimakan cuma menu nya ditambah dua jenis ramuan tambahan kalau tidak biasa saja tak ada apa-apa yang istimewa. Zolkharnain turut menegur ABC yang tak mau tengok muka Prof Aziz Bari sedangkan Pas menjemputnya datang ke Seminar dan tak mau pula tengok muka.- MISAIMERAH

Isu Bai'ah: TGNA Ulas Sejengkal, Zul Ulas Panjang Berjela

Zulkifli Nordin ulas bab Bai'ah kalahkan Tok Guru Nik Aziz dalam bab bai'ah wakil rakyat Pas lompat parti cerai bini talak tiga.

Kata Zul tu dalamblog dia MemperTuhankan Politik: Bai'ah Talaq aku copy ayat dia begini :


"Bagi saya, ini adalah satu dasar yang paling tidak masuk aqal lagi memeranjatkankan yang pernah saya dengar. Amatlah malang bagi mana-mana gerakan yang menjadikan Islam sebagai teras perjuangan menjadikan bai'ah seumpama itu sebagai dasarnya!

Dasar ini mengembalikan kita balik ke zaman jahiliah, dimana wanita menjadi bahan dagangan, pajakan dan gadaian."-daripada blog zulkifli nordin

TGNA pula seperti yang dilapor Malaysian Insider berkata,


Nik Aziz menyifatkan golongan yang sengaja mengapi-apikan perkara tersebut sebagai tidak berilmu serta tidak pandai menggunakan pemikiran ke arah yang lebih bermanafaat dalam kehidupan masyarakat bernegara dan berpolitik._Malaysian Insider


“Perbuatan daripada mereka yang tidak ada kerja. Tidak berilmu,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian dan peletakan batu asas bagi cadangan projek pembangunan integrasi Taman Persiaran Indah di antara Majlis Daerah Jeli dan Kelkon Sdn Bhd.-Malaysian Insider

Aku-Bercerai kasih talaq tiada...Tuan-tuan baca la sendiri dalam blog Zul tu Aku nak bagitau la kat En Jamil yang jadi Menteri Jabatan Perdana Menteri tu orang Umno pun yang masuk '3 Line', orang Melayu-Islam yang masuk Pekida pun ada bai'ah ka tak ada cuba pi tanya tengok..

Siapa Terlibat Tiga Projek Besar Di Selangor?

Dokumen Rasmi Tiga Projek Akan Diubah Status, Kata Abdul Khalid

Kerajaan negeri Selangor akan mengubah status dokumen rasmi tiga projek iaitu projek penghutanan semula, projek perumahan untuk setinggan di Bukit Botak dan pengagihan tanah seluas 800 hektar kepada para peneroka di Bukit Cherakah.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata walaupun maklumat atau dokumen kerajaan tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi dan tidak boleh didedahkan kepada umum tetapi beliau mengambil langkah itu melalui hak beliau sebagai Menteri Besar mengikut Seksyen 2c, akta itu.

Dokumen itu akan diubah status mulai esok, katanya pada sidang akhbar selepas membentangkan Bajet Selangor 2010 di sidang Dewan Undangan Negeri Selasa.

Ditanya sama ada tujuan beliau mengubah status dokumen itu sebagai satu usaha untuk membongkar siapa yang terlibat di dalam projek-projek itu, Abdul Khalid berkata beliau berharap pada masa hadapan mereka yang mengendalikan projek lebih berhati-hati dan tidak melakukan penyelewengan atau penipuan.-Bernama

Tiga Projek besar itu melibatkan pemimpin zaman Umno-Bn perintah Selangor dulu. Jika betul MB Selangor akan buat pendedahan itu siapa mereka yang terlibat? Mereka mungkin jadi 'gabra' dan tidur tak nyenyak takut rahsia mereka terbongkar.

Kata MB Khalid kepada malaysiakini


"Satu berkaitan projek penghutanan semula. Satu lagi mengenai kegagalan Bukit Botak, projek perumahan untuk setinggan. Ketiga adalah laporan mengenai Bukit Cerakah," tambah Abdul Khalid.

Beliau berkata, salah satu daripada kes yang akan didedahkan itu melibatkan tanah kerajaan seluas kira-kira 2,000 ekar yang telah diberikan kepada penduduk.

"Penduduk ini membuat perjanjian dengan satu pemaju untuk membina rumah di atas tanah mereka. Pemaju berjanji membayar mereka RM360,000 untuk tiga ekar. Akhirnya mereka tidak dapat aset tersebut dan mereka kehilangan semua wang," katanya.-malaysiakini baca di sini


Isteri Datuk Kamaruddin Jaafar Meninggal Dunia

Sms diterima mengatakan isteri kepada Datuk Kamaruddin Jaafar , Ahli Parlimen Tumpat ,telah meninggal dunia di rumahnya di SS7 No 2, Jalan 7/2, Kelana Jaya awal pagi tadi. Allahyarhamah telah lama mengidap penyakit kanser.

Ucapan takziah diucapkan dan semoga Allahyarhamah di tempatkan di sisi orang-orang yang beriman dan diampunkan segala dosanya. Di beritakan juga Datuk KJ sekarang ini sedang berada di luar negeri.

Isnin, 9 November 2009

UCAPAN ALMARHUM TUAN GURU HAJI YUSOF RAWA TAHUN 1989



UCAPAN ALMARHUM DATO FADHIL NOR TAHUN 1986



Anwar rakam terima kasih, puji cara PAS selesai masalah

Mohd Sabri Said

GEORGETOWN, 9 Nov: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berterima kasih dan memuji PAS kerana terus meletakkan komitmen memperkasa Pakatan Rakyat.

Berucap pada Konvensyen PKR Pulau Pinang semalam, Anwar kagum dengan sikap PAS yang matang membuat keputusan dan pandai menjaga setiakawan.

"PAS ternyata sebuah parti yang komited dengan Pakatan Rakyat, matang dan bijak menangani permasalahan yang timbul.

"Saya juga berterima kasih dengan kepimpinanya yang sedaya upaya memperkemaskan pemuafakatan yang sedia ada demi perjuangan memartabatkan Negara berkebajikan, " tegasnya.

Kepimpinan PKR katanya wajar mengambil tauladan sikap dan kebijaksanaan kepimpinan PAS agar parti itu terus kuat untuk masa hadapan.

Anwar turut memuji sikap ahli PAS yang berdisiplin tinggi, bersungguh-sungguh, sanggup berjuang bila-bila masa dan pandai membaca strategi musuh.

"Itulah kelebihan PAS, ia mampu mendidik ahli dengan displin yang tinggi, memupuk kesungguhan, istiqamah dalam perjuangan dan lainya. Ia adalah berkat kematangan kepimpinan parti yang mengutamakan perjuangan, " tambahnya.

Bagi memantapkan Pakatan Rakyat, beliau turut menasihatkan agar semua pihak dalam pakatan tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah antara satu sama lain kerana ia memberi ruang untuk musuh menyerang pakatan.

Sebaliknya mengeratkan jalinan permaufakatan untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyatt mampu menandingi BN yang kini semakin lemah dan sedang mengalami penyakit kronik yang sukar diubati.

Kepada kepimpinan Pakatan Rakyat di lima negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan dinasihatkan agar mengukuhkan perpaduan dan sering turun padang bertemu rakyat dengan mewujudkan program bersama mereka dan jangan bersikap ego atau sombong.

"Kita baru nak mula bertapak khusunya di pantai barat semenanjung mesti kerja kuat dan kepada kepimpinan PKR diingatkan tambahkan ahli serta perkuatkan jentera di akar umbi, " kata Anwar.

Sementara itu, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Datuk Johari Abdul mahu semua parti dalam pakatan berusaha bersungguh sungguh ke arah persediaan menuju putrajaya.

"Untuk memenuhi hasrat kita ke Putrajaya apa yang penting ialah usaha gigih ke arah itu disamping mencipta kesungguhan ahli dan jentera di akar umbi.

"Kegigihan itu harus dilaksanakan oleh semua parti gabungan dalam Pakatan Rakyat, " tegas beliau seterusnya.

WANITA IRAN - Yang baik dijadikan panduan.. Yang buruk jadikan pedoman..


Amr bin Abdul Mun’im

Dari Abu Said Al-Khudri Radhiyallahu anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda.

Artinya : Tidak diperbolehkan bagi orang laki-laki melihat aurat laki-laki, dan wanita melihat aurat wanita. Dan tidak boleh seorang laki-laki dengan orang laki-laki lain dalam satu selimut, dan wanita dengan wanita lain dalam satu selimut .

Imam Nawawi Rahimahullahu mengatakan:


Dalam hadits tersebut terdapat larangan bagi orang laki-laki melihat aurat laki-laki lain, dan wanita melihat aurat wanita lain. Larangan ini sama sekali tidak dapat diganggu gugat .

Selanjutnya Imam Nawawi mengatakan : Mengenai sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, ‘Dan tidak boleh seorang laki-laki bergabung dengan orang laki-laki lain dalam satu selimut, dan wanita bergabung dengan wanita lain dalam satu selimut’, merupakan larangan yang sifatnya haram apabila diantara keduanya tidak terdapat pemisah. Dan itu menunjukkan larangan penyentuhan aurat bagian tubuh mana pun, baik laki-laki maupun wanita. Hal itu telah menjadi kesepakatan para ulama. Banyak orang yang meremehkan masalah itu, di mana mereka banyak yang mandi dalam satu kamar mandi. Oleh karena itu, hendaknya setiap orang menjaga pandangan, tangan dan anggota tubuh lainnya dari aurat orang lain, serta memelihara auratnya jangan sampai dilihat dan disentuh oleh orang lain. Dan apabila melihat orang yang mengabaikan hal itu, maka hendaklah mereka menjauhi dan memperingatkannya.

Dalam hal ini penulis tambahkan, larangan ini juga mencakup tidurnya seorang wanita dengan wanita lain dalam satu tempat tidur tanpa busana sehingga mengakibatkan aurat masing-masing dari keduanya tersentuh atau terlihat. Dan hal itu termasuk perbuatan-perbuatan haram dan sekaligus merupakan awal dari tindakan cabul.

Batasan aurat yang harus ditutupi oleh wanita Muslimah bagi wanita Muslimah lainnya adalah dari pusar sampai ke lutut. Sedangkan aurat yang harus ditutup oleh wanita Muslimah dari pandangan wanita non-Muslimah adalah seperti penutupan yang harus dilakukannya terhadap laki-laki yang bukan muhrimnya.

Tapi banyak wanita Muslimah yang menganggap remeh masalah ini. Sehingga tidak jarang Anda melihat salah seorang dari mereka dengan tidak segan-segan membuka auratnya di hadapan temannya baik karena adanya sebab maupun tidak. Tidak jarang mereka saling bantu membantu mencukur rambut kakinya dan bahkan rambut kemaluannya. Semuanya itu merupakan perbuatan yang jelas-jelas dilarang syari’at.

Disalin dari buku 30 Larangan Bagi Wanita, oleh Amr Bin Abdul Mun’in terbitan Pustaka Azzam - Jakarta.

Sumber Larangan Melihat Aurat Wanita : http://assunnah.or.id







SIDANG MEDIA DATO SERI TUAN GURU PRESIDEN

AHAD, 08 NOVEMBER 2009 20 ZULKAEDAH 1430H






Payahnya bila atap nak jadi tiang, tiang nak jadi dinding, dan dinding nak jadi tangga.

oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

Ada satu cerita rakyat zaman dahulu kala, dalam nada simbolik membawa kisah bagaimana perkakas dalam sebuah rumah saling melihat bebanan yang ditanggung olehnya, dan merasakan bahawa yang lain tidak seteruknya. Kisah bermula bilamana atap merasa dialah yang paling berat menanggung bebanan berbanding yang lain, dia terpaksa menahan hujan, panas, dia terpaksa berjemur ditengah-tengah panas, peritnya tak terkira, demikian juga bila hujan turun, dialah yang terpaksa berhadapan dengan hujan rebut ini. Perasaan kecewa dan sedih bertambah bilamana atap tengok tiang yang dirasakan lebih rehat dari dia, tak kena panas dan tak kena hujan, lalu ia merungut:

“Sedapnya jadi tiang, tak kena jemur di terik panas mentari, dan tak payah susah payah menahan hujan ribut, alangkah seronoknya kalau boleh jadi tiang”.

Mendengarkan kata-kata atap, lalu tiang menjawab:

“Kamu tak tahu betapa setiap saat aku terpaksa memikul bebanan beratnya atap, kayu alang dan kayu lain yang berat di atas bahu aku. Engkau atap, lebih senang, tak payah pikul bebanan berat macam aku,” rungut tiang.

Kata tiang terkadang aku cemburu tengok dinding, dia tak kena panas, dan tak kena pikul bebanan berat macam kita. Sedang mereka berbual, rupanya dinding mendengar, lalu menyampuk:

“Jangan kamu fikir yang panas dan berat saja. Aku lagi susah, nak kena jaga keliling rumah ni, aku kena lindung semua isi rumah, akulah benteng menutupi aib dalam rumah, akulah penyimpan rahsia mereka, tapi aku jugak kena ketuk bilamana nak tampal, nak sangkut apa-apa. Sebenarnya aku rasa yang senang, bukan aku, tapi tangga.”

Mendengar kata-kata dinding itu, tiba-tiba tangga pun mengeluh:

“Kamu jangan tengok hujan panas, bebanan saja. Tapi aku rasa aku nilah yang paling berat antara semua perkakas rumah ni. Aku terpaksa kena hujan panas, aku terpaksa pikul babanan orang pijak aku bila nak naik, bila nak turun, dan lebih malang lagi mereka pijak aku dengan kekotoran yang mereka bawa. Tapi bagi aku kalau ini yang telah ditakdirkan aku redha, biarlah aku berkhidmat semampu aku, sebelum semua kita rebah menyembah bumi semuanya.”

Pengajaran dari kisah tersebut ialah jangan kita hanya nampak susah kita, tapi tak pernah fikir susah orang lain, dan yang lebih penting jangan kita nak jadi benda lain. Kita harus jadi kita, kerana itulah amanah yang diberi kepada kita. Payahnya bilamana atap nak jadi tiang, tiang pulak nak jadi dinding dan dinding pulak nak jadi tangga.


Danau Prasejarah Berusia 21 Ribu Tahun Ada di Indonesia

Pernah melihat danau di tengah laut? Kalau belum, pergilah ke Pulau Kakaban. Di sini ada air laut yang terperangkap, sejak 19 ribu tahun sebelum Masehi. Jadi, sekarang umurnya 21 ribu tahun lebih. Jadi ini merupakan danau prasejarah yaitu zaman peralihan Holosin. Luasnya sekitar lima kilometer, berdinding karang terjal setinggi 50 meter, yang mengakibatkan air laut yang terperangkap tidak lagi bisa keluar, menjadi danau. Karena perubahan dan evolusi yang cukup lama, air danau ini kemudian menjadi lebih tawar dibandingkan laut yang ada di sekitarnya.

Perubahan ini berdampak juga pada adaptasi fauna laut yang ada di dalam danau itu. Ubur-ubur misalnya, karena terbatasnya makanan, akhirnya beradaptasi dengan melakukan simbiose mutualistis dengan algae. Algae adalah penghasil makanan dan harus memasak makanan dengan bantuan sinar matahari. Selama ribuan tahun danau di tengah laut ini tentu saja menciptakan suatu ekosistem tersendiri yang sangat unik. Danau unik ini memiliki empat jenis ubur-ubur, salah satunya adalah ubur-ubur jenis Cassiopea.

Cerita simbiosis ini sangat menarik. Ubur-ubur Pulau Kakaban, menempatkan algae pada bagian kakinya, karena ganggang berkepentingan untuk mendapatkan matahari sebagai sarana melakukan fotosistesa, sang ubur-ubur akhirnya berjalan terbalik, dengan kaki ke atas dan kepala ke bawah. Cara berjalan yang unik inilah yang menarik para ilmuwan dan penyelam untuk mengetahui evolusi terhadap fauna laut yang akhirnya berperilaku aneh demi mempertahankan hidup mereka. Catatan para penyelam juga memberikan gambaran, hewan-hewan yang ada di danau ini mempunyai cahaya lebih berwarna warni ketika hari semakin gelap. Diduga, pada danau ini banyak akan dijumpai jenis-jenis baru.

Di dunia, tempat seperti ini hanya dijumpai di Palau, Kepulauan Micronesia di kawasan Tenggara Laut Pasifik. Dengan demikian Pulau Kakaban merupakan satu-satunya pulau di Indonesia yang mempunyai danau di tengahnya. Jadi untuk melihat danau di tengah laut, Anda tidak usah berpayah-payah datang ke Pulau Micronesia yang ganas di Palau, tapi cukup datang ke Berau dan melihatnya di Pulau Kakaban.

Selain itu di pinggiran pantainya juga tumbuh hutan bakau, yang dihuni oleh banyak jenis kepiting, timun laut dan ular laut. Banyak sekali jenis-jenis hewan yang belum diidentifikasi di kawasan ini. Dr. Thomas Tomascik, seorang ahli kelautan berkebangsaan Kanada, mengatakan Pulau Kakaban merupakan surga kekayaan biologi yang ada di Indonesia.

Misteri bagaimana hewan dan tumbuhan yang terisolasi dalam danau ini merupakan salah satu obyek yang sangat diminati oleh ilmuwan untuk diungkap. Karena itu laut ini memang pantas menjadi obyek konsevasi alam yang harusnya dilindungi dan dilestarikan. Salah satu ungkapan yang menarik, bagaimana misalnya ada hewan-hewan laut yang sekarang tetap saja survive padahal kesadahan air di dalamnya sudah berubah total. Pulau Kakaban dalam bahasa daerah adalah pulau yang “memeluk”. Jadi Pulau Kakaban artinya sebuah pulau yang memeluk danau dengan penuh kasih sayang, termasuk di dalamnya adalah flora dan faunanya yang penuh keunikan.

sumber karo cyber community

Presiden PAS arah guna IT lawan persepsi buruk

Harakahdaily

SHAH ALAM, 8 Nov: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta PAS menggunakan IT sepenuhnya untuk melawan segala tohmahan sehingga melahirkan persepsi buruk terhadap PAS.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan di majlis perasmian sambutan 10 Tahun Jabatan IT PAS Pusat.

"Kita memang tersekat untuk masuk dalam semua rumah rakyat negara ini, tetapi saya yakin ICT boleh melakukannya," kata Abdul Hadi dalam ucapannya itu.

Untuk melaksanakannya, beliau meminta kajian, penyelidikan dan inovasi dibuat untuk membolehkan perkara ini dilaksanakan.

"Kita mesti mendahului lawan kita dalam hal ini walaupun kita kekurangan jentera, petugas dan sebagainya," kata beliau.

Dalam ucapannya itu juga, Abdul Hadi menyelar pihak-pihak yang menggunakan IT sekarang untuk menyebarkan maklumat salah sehingga menimbulkan fitnah.

"Kena ingat, fitnah ini besar dosanya," katanya.

Turut hadir dalam majlis sambutan ini adalah Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad.

Arahan Abdul Hadi ini diadakan sehari selepas seminar memperkasakan PAS yang banyak mendapat imput baru untuk memperkasakan parti Islam itu.




Realisasikan segera resolusi PAS

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 8 Okt: Bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Dzulkifli Ahmad (gambar) menganggap resolusi yang dicapai pada Seminar Politik PAS semalam sebagai tepat dan perlu direlisasikan secara serius dan bersungguh.

Beliau yang dihubungi berkata, resolusi semalam meletakkan PAS lebih fokus merancang plan tindakan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

“Itu semestinya seperti resolusi terakhir seminar, (iaitu) merumuskan suatu plan tindakan untuk hadapi PRU13, mengekalkan sokongan (pengundi) Melayu-Islam dan melebarkan tapak sokongan yang merentas garis kaum, agama dan budaya…dengan erti kata lainnya (adalah) menjelaskan maksud dan erti PAS Untuk Semua.” tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menjelaskan bahawa PAS perlu segera mempersiapkan suatu pelan kemenangan untuk dibentangkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Disember depan, sekiranya serius mahu merealisasikan resolusi seminar tersebut.

“Sebelum Konvensyen PR akan datang ini, saya mengharapkan ketika itu sudah ada satu lakaran agenda bertindak dari PAS jika serius dengan resolusi ini (seminar),” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Ujarnya lagi, pelan tersebut perlulah mengambil kira semangat bersama DAP dan PKR, yang merupakan anggota parti dalam PR.

“Jadi, kita tidak boleh lagi menekankan apa jua idea (kepentingan) kita saja. Kita perlu buat persiapan mental, bagaimana PAS boleh mengukuhkan Pakatan secara bersama (dengan PKR dan DAP),” ujarnya lagi.

Beliau juga menggesa kepimpinan PAS disemua peringkat serius melaksanakan resolusi tersebut,supaya betul betul mampu memperkukuh parti itu.

“Resolusi ini akan gagal sekiranya (PAS) tinggalkan resolusi dalam lipatan seminar… tidak ada usaha serius melaksanakan kesemua resolusi bersama secara teratur,” jelasnya.

Nasihatnya lagi, peserta seminar pula tidak perlu lagi memanjangkan emosi salah apabila pihak luar mengkritik idea Kerajaan Perpaduan yang mahu dilaksanakan PAS sebelum ini.

“Ada mendakwa presiden kita (Tuan Guru Abdul Hadi Awang) mahu masuk Umno, sedangkan peserta tidak mendakwa begitu…rakyat sebenarnya tidak mahu parti (PAS) diheret pada Kerajaan Perpaduan bersama Umno. Sebab itu, isu Kerajaan Perpaduan perlu diperjelas secara inteletual, bukan emosi,” tegasnya.

“PAS sepatutnya ke arah sistem dua parti dengan memperkukuhkan Pakatan…soal-olah mengelirukan garis perbezaan antara (idea) Kerajaan Perpaduan dengan (sistem) dua parti itu (PR dan Barisan Nasional) perlu diperjelaskan.”

Sebaliknya, PAS perlu menganggap segala kritikan oleh Pakar Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UiAM) Profesor Dr. Abdul Aziz Bari (gambar) dan Pengasan Pengajian Masa Depan dari Universiti Malaya (UM) Dr. Abu Hassan Hasbullah sebagai sesuatu yang berniat baik untuk servival politik PAS kelak.

“Bagi saya, mereka berdua (Profesor Dr. Abdul Aziz Bari dan Dr. Abu Hassan Hasbullah) adalah gandingan yang cukup cantik untuk membantu PAS. Walau mereka bukan ahli PAS…saya lihat segala kritikan mereka sebenarnya berniat baik untuk melihat PAS terus dipersada politik nasional,” jelasnya

“Dr. Aziz sendiri kata di Malaysia ini tidak ada parti Islam untuk umat Melayu jadikan wadah kecuali PAS. Maknanya, kritikannya mahu lihat PAS lebih baik dari apa yang ada sekarang.”

“Dr. Abu Hassan juga begitu. Dia minta PAS jangan berfikiran primitif dengan mengetepikan persepsi umum rakyat kerana ini (persepsi) adalah soal mandat dan kepercayaan rakyat.”

Beliau turut mengkritik segelintir peserta seminar yang membalas kritikan kedua-dua panelis jemputan tersebut secara emosional, semalam.

“Jadi, tidak perlulah dicabar-cabar secara emosi (agar) kedua-dua ahli akademik itu turun padang menjadi ahli politik kerana analisis dan memberikan perspektif adalah kegiatan mereka…kalau berjumpa doktor, janganlah dimarah pula ( (atau) dipertikai bila Doktor beritahu kita (bahawa) ada (mengidap) kencing manis,” ujarnya.

Selain memperkatakan soal Pelan Kemenangan PR, Resolusi seminar semalam turut menyentuh soal memperkukuh semangat setiakawan bersama dalam kalangan pemimpin PR di peringkat Kawasan dengan Kerajaan Negeri PR.

Resolusi seminar tersebut juga menjelaskan bahawa PAS bertegas menutup sepenuhnya pintu rundingan bersama Umno melalui idea Kerajaan Perpaduan, serta akan turun padang menjelaskan komitmen tersebut di setiap peringkat secepat mungkin.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang lain Datuk Husam Musa beberapa hari lepas turut mencadangkan suatu Pelan Kemenangan PRU13 dibentangkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Disember depan.

Cadangan itu, demi mengeluarkan PAS dari kemelut Kerajaan Perpaduan, di samping berusaha memperkukuh PR.

Seminar semalam merupakan keputusan susulan menggantikan Muktamar Agong PAS (EGM), sebagaimana yang dinasihatkan oleh Mursyidul Amnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat demi menyingkirkan beberapa individu yang dianggapnya bermasalah pada PAS dan PR.

Dengan resolusi seminar semalam, banyak pihak beranggapan persepsi rakyat terhadap iltizam politik PAS kembali fokus bersama PR.

Sekali gus, ianya menyekat usaha Umno seperti sebelum ini yang mahu memecahbelahkan muafakat parti-parti dalam PR sebelum menjelangnya PRU13 kelak. -END

TAULIAH DAN KELAYAKKAN AGAMA, DUA PERKARA YANG SAMA

Tak putus-putus, ade aje ceritanya. Semacam dirancang, tapi boleh jadi kebetulan saje. Tak perlulah kita buat andaian yang kita sendiri tak tahu hujung pangkalnya. Kata Dr Abu Hassan, mereka yang tolak persepsi adalah primitif. Saya kurang setuju. Surah hujurat ayat 6 ada menegaskan, setiap berita mesti dipastikan kebenaran sebelum mempercayai atau menolak.

Sebenarnya isu berkenaan tauliah di Selangor ni dah lama. Saya sendiripun tak pernah ada tauliah. Hanya diambil maklumat dan latarbelakang pendidikan. Kemudiannya tak pernah dipanggil temuduga atau diambil apa-apa tindakan. Dah 11 tahun mengajar di masjid dan surau di Selangor. Setakat yang saya tahu ia dibekukan, tapi ada juga yang dapat. Tak tahu yang mana satu betul.

Semenjak pakatan mengambil alih kerajaan Selangor, di bawah Dato HJ Hassan Ali, tauliah mula dibuka balik. Namun saya belum memohon tauliah sekalipun diminta berbuat demikain. Tidak bermakna saya tak suka, borangnya dah dua tiga kali ambil , tak juga hantar.

Saya percaya, usaha bersungguh-sungguh kerajaan negeri memastikan setiap penceramah supaya ada tauliah, kerana bertujuan bagi memudahkan `ustaz-ustaz kita' berceramah di masjid atau surau tanpa ada sekatan atau halangan di masa-masa akan datang. Namun perlu diingatkan bahawa mungkin senjata ini akan termakan diri sendiri kerana tidak mustahil jika Umno mengambil alih semula kerajaan Selangor, tindakan sebaliknya akan diambil. Ditarik balik tauliah dan diharamkan terus. Siapa yang tak tahu tindakan zalim Umno. Bersifat revenge and no humanitarian.

Di zaman Umno dulu, sekalipun mereka ambil kesah, tapi tak semua diambil tindakan. Mereka takut-takut juga nak ambil tindakan. Malah `ustaz-ustaz kita' terus bebas. Hanya segelintir saja yang `kena'. Itu kerana ada `ustaz kita' yang hentam Jais. Kadang-kadang lebih Pas dari orang Pas sendiri. Tak semua `ustaz kita' ahli Pas. Sekadar menyokong Pas, maka tak ikut arahan pimpinan. Pimpinan sendiri-sendiri adalah.

Bagi saya, tauliah dan kelayakkan adalah dua perkara yang sama. Mana-mana ustaz yang sudah ada kelayakkan seperti mengajar di universiti, dikolej, sekalipun disekolah, mereka sebenarnya dah ada tauliah. Kelayakkan yang mereka ada itu sudah dikira tauliah. Universiti, kolej dan sekolah telah mengiktiraf dan memberi tauliah kepada mereka. Mereka sudah ditemuduga oleh mereka dari kalangan ahli profesional. Memadai diambil latarbelakang sebagai rekod di jabatan. Sekurang-kurangnya ada maklumat pengajar bagi memudahkan tindakan susulan jika ada aduan dan sebagainya. Tauliah sudah menjadi senjata politik. Malah tauliah bukannya menjadi isu pokok. Isunya ialah kelayakkan yang ada pada seseorang guru agama.

Di zaman Umno, ia diberi sewenang-wenangnya. Bukan diambil kira sangat layak atau tidak layak. Ada yang tak layakpun, diberi tauliah. Malah sesetengah temuduga ditanya Umno dan tidak Umno.

Sepatutnya tauliah hanya diwajibkan kepada mereka yang tiada kelayakkan khusus seperti mereka yang belajar di pondok-pondok termasuklah di Selatan Thai, Indonesia, dan Malaysia. Begitu juga ada mereka yang belajar di Makkah, Mesir,India, Pakistan dan tempat-tempat lain yang tiada sijil. Hanya belajar secara persendirian. Termasuk juga nak jadi penceramah bebas. Mereka banyak ilmu, tapi sijil aje yang tak ada. Maka bagaimana harus mereka mengajar sedangkan tiada bukti yang menyatakan tahap keilmuan mereka melainkan perlu mereka itu ditemuduga dan diberi tauliyah.

Bagi mereka yang dah ada sijil terutama dari universiti –universiti terkemuka dan sudah ada tempat mengajar dan kerja yang diiktiraf, tak perlulah ditauliah lagi.
Pernah satu ketika, tahun 2000, saya disoal siasat polis, masa bertugas sebagai pegawai di salah sebuah masjid di USJ. Antara soalan yang ditanya ketika itu ialah siapa yang benarkan Hassan Ali memberi ceramah di masjid sedangkan tak ada tauliah.

Sebenarnya masa tu, Hassan Ali baru masuk politik. Saya jawab dalam bertahan, perlukah ada tauliah Hassan Ali dan rakan-rakan yang lain yang mengajar di universiti bertaraf profesional dan di mana-mana permis yang diiktiraf kerajaan , malah beliau hanya memberi ceramah motivasi dan bukan agama?. Jawap ketua mereka, itu bukan menjadi persoalan, persoalannya ialah itu adalah undang-undang Jais dan ia berlaku di masjid. Jika zaman Umno mempergunakan tauliah sebagai senjata untuk menyekat kita menyampaikan ilmu agama, maka mengapa di zaman kita dengan alasan yang sama untuk menghalang seseorang menyampaikan agama. Jika ada sesuatu yang tak kena, tiada lagikah cara yang lebih sesuai?.

Seperti kes Dr Asri, kebanyakakan masyarakat kenal beliau. Saya bukan peminatnya, tetapi ada juga jarang-jarang mengikuti kuliah yang di sampaikan oleh beliau terutama di Oasis, termasuk juga tulisannya di akhbar-akhbar. Sepanjang pengamatan saya, saya dapati pendapatnya disusuli dengan dalil dan nas sekalipun agak tegas dan baru. Kadang-kadang rasa juga tidak bersetuju dengan pendapatnya. Kadang-kadang agak tidak sesuai dengan realiti masyarakat Malaysia. Namun tidak bermakna beliau salah. Pernah satu ketika saya bertanya dengan seorang pengajar di akademi Islam UM, tentang amalan masyarakat Islam Malaysia. Katanya susah nak diperbetulkan, dah jadi darah daging mereka. Fahamlah saya, kita perlu berhikmah.

Saya tidak bermaksud mempertahankan Dr Asri kerana saya tahu ramai yang tidak bersetuju dengan beliau tetapi sekurang-kurangnya kita tidak menolak pendapat yang disusuli dengan dalil dan nas. Ramai juga rakan-rakan Jordan yang mengenali beliau mempertahankan beliau. Sekurang-kurang kita tidak menangkap orang agama tanpa usul periksa atau bertanya secara sopan dan beradab. Siapa yang akan berhujjah dengan beliau nanti di mahkamah jika alasannya sekadar tiada tauliah, melainkan beliau ajak masyarakat buat haji di rumah beliau dan mengajar akidah yang salah.

Kita seringkali memperkatakan tentang ahli sunnah wal jamaah. Adakah kita tahu apa yang dimaksudkan dengan ahli sunnah wa jamaah?. Siapakah yang dimaksudkan dengan ahli sunnah wal jamaah?. Sebenarnya mana-mana golongan yang beramal dengan al-Quran dan hadis nabi s.a.w dan ijtima ulama termasuk kias, adalah dari kalangan ahli sunnha wal jamaah kerana nabi s.a.w tidak pernah menamakan mana-mana golongan pun . Sama ada dari golongan Asyairah, Wahabi maupun Syiah. Kita tahu Imam Syafie adalah mazhab dalam amalan feqah, tetapi adakah kita tahu ikutan kita dalam mazhab akidah. Kita adalah pengikut Abu Musa Asyaari atau dikenali dengan Asyairah.

Ada sedikit perbezaan antara kita Asyairah, Wahabi dan ada juga dari kalangan mazhab Syiah, yang hampir sama dengan kita Asyairah. Yang menjadi perbalahan masyarakat hari ini ialah tentang amalan cabangan feqah. Bila mereka dapati perbezaan itu, lalu mereka terus membuat kesimpulan sesat. Sedangkan perbezaan amalan cabangan feqah, ia tidak menjadi satu kesalahan, yang boleh sesat jika perbezaan akidah. Namun bagi mereka yang merasakan cara mereka agak berbeza, jangan terlalu ghairah kerana banyak masyarakat yang belum faham. Gunakan kaedah yang lebih mendidik dan tidak terlalu terdedah kepada masyaraakat umum.

Persoalannya sekarang ialah adakah di semua permis termasuk di rumah sekalipun perlu ada tauliah. Jika begitu maksudnya, bermakna sesiapa sahaja yang ingin mengajar di Selangor sekalipun di universiti, kolej dan sekolah yang dikira dalam Selangor terlebih dahulu perlu ditemuduga Jais dan selepas mendapat tauliah barulah mereka boleh memulakan tugas sebagai tenaga pengajar.

Maka Jais dan pihak yang bertanggungjawab perlu menyemak semula maksud dan pengertian `tauliah' supaya ia tidak menjadi salah faham dan disalah ertikan. Sejauh manakah keperluan tauliah?. Siapakah yang perlu mendapat tauliah?. Semua itu perlu diselesaikan seberapa segera agar senjata tidak memakan diri. Bukan Pas sahaja perlu kepada seminar membincang hala tujunya, Jais perlu juga kepada seminar bagi membincangkan hala tuju mereka.

From: faih

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails