SELAMAT DATANG

Rabu, 6 Mei 2009

Mat Sabu Ditangkap

Wed May 06, 09 3:27:56 pm MYT

KUALA LUMPUR, 6 Mei- Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu ditangkap polis jam 3.10 petang tadi di hadapan Restoran Haslam, Jalan Pahang Barat dekat sini







Sekumpulan anggota polis di percayai Special Branch, dengan tiga buah kenderaan, menyerbu beliau, sebaik sahaja Naib Presiden PAS itu keluar dari restoran berkenaan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub yang berada di tempat kejadian, menyelar tindakan polis yang dianggap beliau tidak bertamadun itu.

"Tangkapan dibuat secara kasar dan tidak bertamadun, mereka (polis) menyerbu dengan menangkap beliau tanpa mengemukakan waran.

"Saya dan beberapa rakan lain cuba membantu abang Mat (Mohamad Sabu) tetapi dihalang anggota yang ramai," ujarnya kesal.





Dipercayai penangkapan terhadap Naib Presiden PAS ini dibuat ada kaitan dengan perhimpunan munajat yang akan dianjurkan subuh esok (7 Mei), bersempena persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.

Ianya berkemungkinan susulan daripada penahanan aktivis Bersih, Wong Chin Huat dirumahnya semalam.

"Ke mana Mohamad Sabu dibawa, apa tujuan mereka tidak diberitahu," kata Salahuddin.

PEJABAT AGONG, 5.30pm - Ana bersama dengan Abdul Halim (pemandu Bang Mat) berada di Kuala Lumpur sekarang. Kami dimaklumkan yang Bang Mat dibawa ke Balai Polis Sentol, setibanya di Sentol kami diberitahu Bang Mat tiada di situ. Halim menghubungi Kak Normah dan menurut kak Normah, Bang Mat pihak Polis telah memaklumkan kepada beliau yang AbangMat telah dibawa ke Bukit Aman untuk disoal siasat, seterusnya akan dibawa ke Pulapol Jalan Semarak untuk dibawa ke Slim River. "kita tak tahu apa motif sebenar pihak Cawangan Khas membawa ke Balai Polis Slim River, mungkin nak dikaitkan dengan program munajat pagi esok di Manjoi Ipoh Perak" ujar kak Normah



Selasa, 5 Mei 2009

Kepimpinan Ulama Adalah Strategi Allah

Gerakan Islam dimulakan oleh ulama, bukan professional. Professional pada ketika kehilangan khilafah Islam Othmaniah sibuk belajar falsampah-falsampah barat. Selepas kejatuhan khilafah Islam As Syahid Hassan Al Banna telah menubuhkan Ikhwan Muslimin. Hasilnya pada hari ini muncul berbagai gerakan Islam sehinggalah PAS bertanding pada PRU 12.

Pada hari ini professional telah turut bersama dalam perjuangan ini setelah kefahaman tentang gerakan Islam untuk menyelamatkan ummah ini semakin meluas dan difahami. Walaupun ada professional yang mendapat tarbiyah dengan baik tetapi mereka tetap tidak layak kecuali jamaah ulama (Dewan Ulama) memberi laluan /pengiktirafan padanya. Ini berbeza dengan professional yangtidak mendapat pengiktirafan jamaah ulama.



Kita kembali kepada sabda Nabi SAW, " Ulama Pewaris Nabi". Nabi SAW tidak berkata menurut hawa nafsunya, segala sabdanya dari Allah SWT. Dengan ini, kepimpinan ulama adalah bertepatan dengan hadis ini dan ianya jelas merupakan Strategi Allah dalam sebuah jamaah Islam. Kepimpinan ulama bukan strategi parti yang ulama sendiri reka-reka, oleh itu mempertikaikannya adalah mempertikaikan kebijaksanaan Allah SWT dalam menetapkan strategiNya menghadapi musuh-musuh Islam terutamanya musuhNya.

Persoalan kepimpinan jamaah Islam tidak dibiarkan terbuka untuk umat Islam memilih pemimpin mana sahaja mengikut suka hati masing-masing. Jesteru itu ahli PAS sendiri mesti berilmu dalam hal ini, masalahnya apabila ahli PAS tidak faham dan membuat pilihan ikut suka hati sahaja berdasarkan faktor-faktor yang tidak ditetapkan oleh syarak malah relatif dan subjektif, seperti keupayaan memimpin daya tahan uji atau telah teruji dalam mempertahankan survival gerakan Islam. Bagi saya Presiden dan Timbalan Presiden mesti dari kalangan ulama sebab yang paling banyak diuji adalah para ulama. Apabila seorang ulama diuji adakah kita semua tahu atau dimaklumkan akan ujian yang dihadapinya?

Adakah masuk keluar penjara itu satu-satunya ujian dari Allah dan adakah ianya boleh memberi petunjuk bahawa seseorang itu telah lulus ujian Allah atau dia seorang pemimpin yang tahan uji? Pada pandangan saya faktor ini adalah faktor yang mempunyai nilai yang mampu dipengaruhi oleh pihak lain atau boleh diagendakan oleh pihak lain. Oleh itu ianya termasuk dalam perkara yang tidak syarie dalam membuat pertimbangan kepimpinan.

Saya setuju dengan rangkap ini ..dipetik dari ydppasputrajaya.blogspot.

Masyarakat Islam mestilah dikembalikan kepada pimpinannya yang sejati yang telah diterangkan di dalam al-Quran dan dinyatakan oleh rasulullah saw. Masyarakat Islam mestilah dikembalikan kepada kepimpinan ulamak yang mendokong dan memelihara syariat Allah SWT. Pengetahuan di dalam bidang syariat Allah, penghayatan ke atas Syariat itu, pemeliharaan yang berterusan ke atas syariat dan ketaqwaan dan ketaatan kepada Allah, hendaklah menjadi ukuran penting masyarakat Islam bagi menilai pimpinannya. Mayarakat Islam hendaklah menjadikan orang yang layak disisi Allah sebagai pemimpin mereka dan bukan orang yang layak dilihat dari sudut pandangan penjajah dan kuncu-kuncunya.

Daripada : CaptR


PIMPINAN ULAMAK : PENILAIAN SEMULA

Assalamualaikum Che Sapian Din dan sahabat sekelian
Alhamdulillah kerana respon..... mengenai apa yang berlaku hari ini khususnya (kalau tengok laporan akhbar) seolah berlaku krisis kepimpinan dalam pas nih.... tapi yang sebenarnya kita semua lupa dan alpa terhadap apa yang telah diperkatakan oleh mereka yang terdahulu tentang konsep kepimpinan ulamak ini.

Ana tak mau tulis banyak - banyak .... ana nak minta anta dan kepimpinan PAS disemua peringkat (dari ibu jari kaki sampai Pusat) tolonglah toleh sedikit untuk memahami dasar-dasar yang diucapkan oleh pimpinan kita yang menerajui atau yang mempelopori kepimpinan ulamak ini 1983 - kini.



Ana nak tanya anta, anta dah baca atau dengar UCAPAN DASAR PERTAMA era kepimpinan Ulamak (1983) yang sampaikan oleh PEMANGKU YANG DIPERTUA AGONG PAS (ketika itu) @ Yang DiPertua Agong PAS PERTAMA ERA KEPIMPINAN ULAMAK al-Marhum Tuan Guru Haji Yusof Rawa yang di sampaikan dalam Muktamar PAS kali ke 29 yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 16 Rejab 1403 bersamaan 29 April 1983. (Ana Rasa anta masa tu masih lagi UMNO)

Tolong baca dan faham lepas tu kita bincang.... anta suruh semua pimpinan kita yang gila populariti (suka nak masuk surat khabar tu) baca ucapan Dasar Yang Bertemakan : KE ARAH PEMBEBASAN UMMAH

Ana nak nukilkan sikit UCAPAN DASAR yang sangat menyentuh perasaan kita pejuang-pejuang Agama Allah ini.

Saudara/ri hadirin dan hadirat sekelian.

Kita telah memilih Islam sebagai landasan perjuangan seperti yang telah diperintahkan oleh Allah SWT dan kita berazam untuk terus dalam perjuangan ini sehingga kita mencapai kemenangan dan keredhaan Alla SWT. Kita berazam untu memikul amanah Allah hingga ke akhir hayat kita. Jalan hidup untuk kita ialah Islam tiada lain melainkan Islam.Setelah kita meletakkn keazaman kita kepada Islam, kita hendaklah menyedari tangungjawab kita terhadap perjuangan Islam ini.

Tanggungjawab merebut kemenangan untuk Islam, tanggungjawab meletakkan Islam di tempat yang tinggi, sesuai dengan ketinggian dan kemuliaannya sebagai agama Allah, sebagai manhaj Ilahi yang lengkap dan sempurna.Tetapi kemenangan Islam tidak datang dengan sendirinya. Allah SWT telah menentukan bahawa kejayaan dalam kehidupan di dunia ini adalah hasil jihad yang berterusan. Kebenaran dan ketinggian amanah Allah yang kita pikul bukan menjadi syarat kemenangan mutlak di dunia.

Orang yang beriman mendapat pelajaran ini sejak awal-awal lagi sejak mereka menghadap kekalahan dalam peperangan Uhud. Mereka benar-benar menyedari bahawa saat penentuan menang kalah antara manusia yang menjalani kehidupan dengan runtutan hawa nafsu ialah di detik penguasaan masing-masing ke atas natijah perubahan sejarah yang berlaku dalam kehidupan manusia itu sendiri. Jaminan terhadap kemenangan orang-orang yang beriman akan terlaksana sesudah orang yang beriman yang mendokong perjuangan Islam ini memberi seluruh keupayaan mereka dalam perjuangan menghayati Islam, mematuhi Allah dan Rasulnya dan mengibar bendera kemenagan Islam itu.........

...... anta cari ucapan ni..... dibawa ayat 216 Surah al-Baqorah

sampai kepada........ Hakikat Quraniyyah ini menuntut setiap orang daripada pendokong perjuangan Islam dan umat Islam supaya melengkapi diri dan ummah dengan kekuatan dan kelayakan yang membolehkan mereka menguasai natijah perubahan sejarah sehingga perubahan itu dapat dicorakkan mengikut sibghatullah

Apa yang diperkatakan oleh al-Marhum hari ini sudah terbukti sedikit sebanyak perubahan telah berlaku ... graduan pertama, kedua DAN SETERUSNYA dari proses itu telah berjaya dilahirkan. Adakah orang-orang seperti Naib-Naib presiden (yang kita lantik) tidak layak menduduki setakok lagi jawatan (timbalan Presiden hatta Presiden) semata-mata demi menawarkan khidmat perjuangan kerana Allah. Mereka (Profesional) yang telah ditamrin ditarbiyyah di usrah siang dan malam, bermunajat, menangis diwaktu orang lain sedang nyenyak melayan mimpi...... tak layak kah mereka?

Selepas beberapa helaian, anta cuba tengok rangkap ini

........Masyarakat Islam mestilah dikembalikan kepada pimpinannya yang sejati yang telah diterangkan di dalam al-Quran dan dinyatakan oleh rasulullah saw. Masyarakat Islam mestilah dikembalikan kepada kepimpinan ulamak yang mendokong dan memelihara syariaat Allah SWT. Pengetahuan di dalam bidang syariat Allah, penghayatan ke atas Syariat itu, pemeliharaan yang berterusan ke atas syariat dan ketaqwaan dan ketaatan kepada Allah, hendaklah menjadi ukuran penting masyarakat Islam bagi menilai pimpinannya. Masyarakat Islam hendaklah menjadikan orang yang layak disisi Allah sebagai pemimpin mereka dan bukan orang yang layak dilihat dari sudut pandangan penjajah dan kuncu-kuncunya.

Cuba anta fahamkan perenggan ni pulak!

Program kami untuk mengembalikan kepimpinan ummah kepada ulama dalam rangka mengislahkan masyarakat Islam, berjalan seiring dengan usaha membangun kembali jiwa ummah merupakan dan memperkuatkan kesedaran mereka, mengukuh keyakinan terhadap aqidah Islam sebaga asas kepada pembinaan kembali insan muslim menerusi program pendidikan dan tarbiyah yang akan dikendalikan pelaksanaannya oleh Dewan Ulamak dan Intelektual Islam yang akan diberi tugas dan peranan penting dalam penyusunan baru organisasi Parti Islam yang akan dibentangkan dalam muktamar ini.

sambung esok naaa..... 4/5/02 jam 2 pagi

Akhbar hari ni 5/5 kenyataan 2 pimpinan tertinggi kita telah mempertegaskan apa yang diucap oleh al-Marhum Yusof Rawa.

al-Marhum Tuan Guru Yusof Rawa menegaskan lagi konsep kepimpinan ulama' ini..... Para ulamak dan intelektual Islam nerupakan gabungan tenaga penting dalm usaha memupuk dan meningkatkan kesedaran Islam di Kalangan ummah. Seluruh tenaga PAS di peringkat ahli-ahli dan pimpinan mestilah turut serta secara aktif bagi membantu para ulama dan intelektual Islam itu melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka dalam suasana baru itu. Perubahan Dewan Ulama kepada Dewan Ulamak dan Intelektual Islam juga bertujuan memadukan ulamak dan itelektual Islam sekaligus menghapus jurang perbezaan keilmuan yang wujud di kalangan mereka dan mengadunkan ilmu dan pengalaman masing-masing dalam konsep, matlamat dan peranan ilmu dalam islam sehingga dualisme yang memisahkan ilmu syariat dan ilmu akliah itu di hapuskan.

Anta faham bagi leklok, Ulamak seperti kefahaman yang anta (UMNO) anuti dulu kena buang dari fikrah anta. Dah lebih 50 tahun kita berada di persada perjuangan dan lebih 25 tahun kita berada di bawah kepimpinan ulamak, tak kan kita tak boleh merealisasikan bahawa di sana telah wujud Intelektual Islam ini. Bahawa mereka layak untuk bersama arus kepimpinan ulamak di peringkat yang paling tinggi. Seterusnya (ni yang paling cantik.....

"Penyusunan baru kepimpinan Parti Islam seperti yang diatur, menjelaskan dengan sebenarnya bahawa kepimpinan ulamak yang kita maksudkan dengan menempatkan para ulamak yang memiliki ilmu syariat dan mendokong serta memeliharanya sebagai pemandu dan pengarah dalam perjuangan kita, bukan bermakna menghambat golongan bukan ulamak dari berperanan dalam gerakan Islam dan pentadbiran parti. Tujuan sebenarnya dari penyusunan baru kepimpinan parti kita itu ialah hendak menempatkan tenaga berbagai-bagai golongan dan tahap kebolehan dalam parti kita di tempat yang wajar. Suara-suara yang dikeluarkan dari dalam dan luar parti yang seolah-olah menyarankan bahawa konsep kepimpinan ulamak yang teras kepada perjuangan kita itu menghambat bukan islam, bukan menggambarkan pandangan kita yang sebenarnya. Suara-suara itu merupakan pandangan yang belum memahami maksud kita sebenarnya mengenai kepimpinan ulamak.

Kita ingin tegaskan bahawa setiap orang di dalam PAS dari kalangan muslimin dan muslimat di sediakan ruang yang luas untuk berperanan dalam memperjuangkan Islam sebagai ulamak atau mujahid pula yang bekerja untuk kemenangan Islam, kedua-duanya di tempatkan oleh Allah di maqam yang tinggi. Allah berfirman:

“Allah mengangkat orang-orang yang beriman dikalangan kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu ke beberapa darjat dan Allah mengetahui apa yang kamu lakukan.” Al-Mujaddalah : 11

Tak layak kah merekaaaaa... !!!!!!!!!!!!!!!KENA BANYAK BERUSRAH LAGI NI..... PUCHONG JARANG ADA USRAH, ANTA PUN JARANG TURUN USRAH, TAMRIN BANGUN TENGAH MALAM NANGIS DENGAN TUHAN. Contoh pimpinan kita yang tak lekang Quran di mulut - Dato Hussam, Mat Sabu dan banyak lagi.....

DUA-DUA NI LAYAK JADI TIMBALAN PRESIDEN. USTAZ NASA TAK YAH KIRA LAH ORANG YANG SANGGUP MELEPASKAN JAWATAN KERANA PERJUANGAN...... TAK MACAM SESETENGAH PIMPINAN TUNGGU PENCEN DULU BARU NAK JOIN! BAGUS TAPI TAK BERAPA RESPEK........

yang kalutNYA.......ada pemimpin bergelar ulamak yang loglaq jadi pemimpin kerajaan negeri tapi mulut capoi sampai orang kampong pun meluatttt.
sekadar contoh jer....

Ustaz Nazir



Respon - Kepimpinan Ulama'

Waalaikum Salam,

Sebelum tu nak ucap tahniah pada Ustaz Nazir yang dikekalkan (dipilih) jadi YDP Putra jaya.

Ana berbeza pandangan dengan penulis dibawah yang ada dalam laman WEB YDP Putra Jaya mengenai kelayakan memimpin jemaah PAS ini yang boleh diserahkan kepada sesiapa sahaja kerana kita ada Majlis Syura Ulama' yang membawa maksud KEPIMPINAN ULAMA'.

Perlulah diinsafi bahawa PAS menjadi kukuh kerana ulama' yg menjadi Presiden dan Timb begitu juga banyak kawasan yang meletakan ulama' sebagai YDP disamping peranan Majlis Syura itu sendiri.

Pengukuhan ini terjadi hasil dari amalan, akhlak dan adab yang diterjemahkan oleh para ulama kepada semua pihak termasuk kepada yang bukan ulama' mendapat menafaatnya.

Golongan profesional menjadi lebih dihurmati berkat didikan dan teladan yang ditunjukkan oleh para ulama kita.

Ada pihak mungkin boleh berkata KITA TENGOK 2 TAHUN DULU samaada bukan ulama' mampu memimpin atau tidak... (rujuk Timb Presiden)

Bagi ana jika bernasib baik dalam 2 tahun pun rasanya disebabkan hasil gerakkerja ulama' sebelum ini.. ibarat SETOK KEMPIMPINAN BAIK yang ada adalah SETOK LAMA yang ditinggalkan kepimpinanan ulama' sebelum ini.




Berapa lama setok itu boleh tahan?

2 tahun mungkin o.k namun apa akan jadi pada tahun ke 4 atau ke 6 apabila SETOK TARBIYYAH ULAMA' dan habis?

Kita nak main DAM ULAR ke... kejap kebelakang.. kejap kena telan.. ulang semula.

Berapa lama pula kita nak bina semula kalau dah terhakis atau punah.

Sedangkan sekarang ini kepimpinanan kita yang ditunjangi oleh ulama' pun berapa banyak kebejatan telah berlaku seperti membelakangi akhlak jemaah samada di peringkat Pusat, negeri atau kawasan khususnya dalam proses memilih kepimpinan.

Kita lihat semula sejarah dimana PAS ini adalah parti Pak Lebai (orang baik-baik @ ulama') dan terbitnya dari kesedaran ulama' yang menyeru kita satu ketika dulu dan dibantu oleh pelbagai pihak yang mengikuti dengan baik garisan yang dibuat oleh para ulama'

Bila kita dah join dan dah dapat kefahaman... tak kan nak mengajar cikgu pula kot.

PAS dihurmati oleh masyarakat bukan islam atau ditakuti oleh UMNO bukan kerana kehebatan ceramah atau kempen atau kehebatan pengurusan atau strategi pemimpin yg berdegar-degar atau mengepak-ngepak.

Yang mereka takut atau yang mereka segan atau yang mereka sanjung adalah wara'nya ulamak yang menjadi pemimpin utama dan diikuti oleh pimpinan peringkat bawahan yang selari dengan pimpinan atasan.

Tak usah lah bermain dengan setok yang sedia ada kerana kalau setok ini habis atau menjadi rosak... operasi boleh lumpuh dan porak peranda

Bukan mudah nak bina semula satu keyakinan masyarakat yang sudah terhakis dan bukan mudah untuk membina semula satu nilai yangtelah musnah... sepertimana sukarnya membina sebuah tamaddun Islam yang telah binasa.

Memang ana akui ada ulama' yang kurang mahir dalam aspek tertentu pengurusan namun apakah kita menyangka kekuatan Parti PAS ini pada HANDALNYA PENGURUSAN ATAU STRATEGI ATAU GERAKKERJA?

Bukan disitu kekuatannya syeikh.... itu bukan faktor utama bahkan kemenangan yang dicapai dihari ini ibarat jatuh dari langit aje.

Majlis Syura' Ulama' tu ahlinya adalah kalangan ULAMA'... bagaimana kita nak jadikan Majlis syura itu berkesan disudut politiknya jika ulama' tidak diambil menjadi PENERAJU Parti samada di peringkat Pusat atau kawasan?

Ana tak lah kata semua YDP itu perlu ulama' namun nisbah ulama' ini perlu diperbanyakkan bagi memikul tugas yang berat ini.

Jangalah kita menyukarkan tugas generasi ulama' akan datang kerana kesilapan kita tidak meletakkan ulama' sebagai teraju utama dihari ini.

Kasihanilah ulama muda kita hari ini yang akan terpaksa mengulangi tugas memberus dan mencuci dan mensucikan semula.. dan sampai bila sejarah ini terpaksa di ulang kembali.. orang yang dibersihkan dan merasai kesakitan dan lepas itu mengenepikan semula ulama yang membersihkan mereka?

Memang kita mengetahui bahawa itu adalah tugas ulama sepanjang zaman kerana ini adalah fitrah dunia ini namun apakah kita tidak mahu memikirkanya?

Wassalam.
Pian Puchong



Isnin, 4 Mei 2009

MUNAJAT PERDANA

DARI TUAN HAJI MOHAMAD SABU
(Pengerusi Badan Mobilisasi Demokrasi PAS)
MUNAJAT PERDANA
Mohon
Pihak Berkuasa BUBAR DUN
&
Keamanan Negeri Perak

Jam
5.00 pagi

Tarikh
07 Mei 2009 (Khamis)

Tempat
Masjid Al-Ittihadiyah
Kg Tg Husin Baru Manjoi, Ipoh Perak

Semua Dijemput Hadir
Dengan Berpakaian Hitam (One Black Malaysia)
Bukan Islam Juga Dijemput Hadir Sebagai Tanda Sokongan

Panduan Jalan !

Dari Higway exit
1. Simpang Pulai - Jalan Kuala Kangsar - Ikut manjoi - Kg Tg Husin
2. Ipoh Utara - Jalan Kuala Kangsar - Melalui Taman Kledang - Kg Tg Husin
3. Jelapang - Jalan Silibin - Bilion @ Jalan Kilat - Kg Tg Husin









Ahad, 3 Mei 2009

KEPIMPINAN ULAMAK DALAM PAS : SATU KAJIAN SEMULA

PAS telah memperkenalkan dasar kepimpinan Ulama sejak tahun 80an ketika Almarhum Pak Yusuf Rawa menjadi Presiden. Dasar tersebut telah mewujudkan sebuah institusi yang dinamakan sebagai Majlis Syura Ulama di samping memperkasakan Dewan Ulama Pas. Timbul tanggapan hari ini bahawa jawatan Timbalan Presiden haruslah dipegang oleh mereka yang mempunyai title ulama atau ustaz.
Adakah kepimpinan ulama itu bermaksud Presiden dan Timbalan Presiden itu mestilah ulama ataupun kepimpinan Pas merujuk kepada ulama atau syarak?
Penulis tetap mempertahankan bahawa kerusi Timbalan Presiden hendaklah diisi oleh seorang pejuang telah diuji dalam perjuangan menegakkan yang maaruf dan menentang kemungkaran dengan syarat kepimpinannya hendaklah sentiasa bernaung di bawah Majlis Syura Ulama. Ulama itu tidak semestinya seorang pemimpin tetapi pemimpin itu mestilah sentiasa merujuk kepada Ulama. Penulis ada alasan dan hujah.

Semangat Kepimpinan Ulama
Semangat ini perlu diterjemahkan melalui perjuangan yang berani dan kecekalan dalam menerima ujian dan juga tawaran. Istiqamah amat penting dalam perjuangan yang mendokong kepimpinan Ulama. Kita tidak mahu tragedi seperti Ustaz Nakhaei Ahmad yang bertaraf Ulama namun tidak tahan ujian dan tawaran.Timbalan Presiden Adalah Presiden.
Ketika ketiadaan atau keuzuran Presiden, Timbalan Presiden adalah Presiden. Atas semangat kepimpinan Ulama maka pemangkunya ketika sebarang kemungkinan perlulah merujuk kepada Majlis Syura Ulama agar semangat kepimpinan ulama itu sentiasa segar.
Kemampuan Ilmu Syarak
Presiden atau Timbalan Presiden mesti seorang yang berkemampuan tinggi menyelesaikan masalah jamaah atau masalah umat berdasarkan peraturan syarak. Mampu merujuk masalah yang rumit dan halus di bawah naungan Majlis Syura Ulama. Hanya Majlis Syura Ulama yang mampu melakukan itu semua.
Pas Adalah Gerakan Islam

Pas bukan sekadar sebuah parti politik tetapi adalah gerakan Islam. Kemampuan pemimpin tertingginya membawa Pas menghayati ruh sebuah gerakan Islam sangat diperlukan. Sesiapa sahaja mampu memimpin sebuah parti politik tetapi tidak semua orang berupaya memimpin sebuah gerakan Islam. Pemimpin yang telah teruji ketahanannya dalam mempertahankan survival gerakan Islam layak menjadi Timbalan Presiden.
Tiada Cacatnya Timbalan Presiden bukan Ulama
Semenjak sekian lama dua jawatan utama itu dipegang oleh ulama dengan gandingan Yusof Rawa Fadhil Noor, Fadhil Noor Abdul Hadi dan Abdul Hadi Nasharuddin, tidak timbul masalah besar. Kalau Timbalan Presiden sekarang bermasalah apa salahnya kita tukarkan beliau dengan mereka yang bukan Ulama selama dua tahun, kita boleh lihat dahulu kemampuannya untuk memimpin sebuah gerakan Islam.
Siapa Yang Layak Menduduki Kerusi Itu Daripada Kalangan Bukan Ulama
Hanya pemimpin yang telah teruji dalam perjuangan ini dengan kesusahan, kepayahan dan kesukaran serta tawaran menarik tetapi terus kekal istiqamah sahaja yang layak menduduki kerusi itu.
Kita Perlu Berbeza Dengan Orang Lain
Parti sahabat kita atau parti saingan kita tidak meletakkan ulama sebagai tunggak. Kita tetap berbeza daripada parti lain kerana hierarki kepimpinan tertinggi kita adalah Ulama yang berada di dalam Majlis Syura Ulama. Sistem dalam Pas amat berbeza di mana Mursyidul Am adalah pemimpin nombor satu dalam parti.
Majlis Syura Ulama mestilah dipertahankan sebagai institusi yang tertinggi di dalam parti. Di samping itu Dewan Ulama sebuah lagi institusi dalam Pas juga wajib terkehadapan dalam mengolah isu-isu semasa dengan berlandaskan syara’.
Penulis berpandangan isu yang perlu di sini ialah kepimpinan dalam Pas perlulah diberikan kepada sesiapa sahaja samada mereka itu Ulama, profesional ataupun aktivis parti dengan syarat mereka itu adalah daripada yang terbukti mampu memimpin Pas membawa ke tahap yang lebih gemilang.
Jangan jadikan Ulama sebagai satu syarat untuk memimpin di dalam Pas. Kelak Pas akan berpecah teruk lantaran sikap bodoh sombong mana-mana individu yang mempergunakan title Ulama untuk melindungi kelemahan sendiri.
Akhukum fil Islam

JAWATAN: ANTARA REBUTAN DI DUNIA & BEBANAN DI AKHIRAT

Assalamu'alaikum wm wb,
Sahabat-sahabat pimpinan jama'ah yang dikasihi,
Kita hendaklah sentiasa memuhasabahkan diri agar kita sentiasa berada di jalan yang benar dan diredhai ALlah.
Sewaktu Nabi mengiklankan satu jawatan untuk diisi oleh para sahabat, lalu datanglah Abu Zar al-Ghifari memohon jawatan tersebut, melihat yang memohon itu Abu Zar, lalu nabi menyatakan
« Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau lemah, sedangkan jawatan ini satu amanah, kelak nanti di hari akhirat engkau akan akan dukacita dan menyesal ; melainkan engkau ambil dengan selayaknya dan engkau tunai pula amanahnya’.
Hadis ini seharusnya menjadi dasar pegangan setiap kita agar tidak terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan, kerana beratnya bebanan yang terpaksa ditanggung nanti. Muawiyah bin Abu Sufyan disaat kematiannya menungkapkan kata-kata masyhur ‘Alangkah sedikitnya bekalan, alangkah jauhnya perjalanan dan alangkah beratnya bebanan’.
Rasulullah juga pernah memberi amaran antara lain mafhumnya ‘ jangan kamu mendesak untuk mendapatkan jawatan, kerana sesiapa yang mendapatkannya sedang orang ramai tidak meredhainya, maka Allah tidak akan membantunya’. AlHamdulillah, semangat keimanan tersebut telah tersemat kukuh dalam jamaah kita, sehingga setiap kita merasa berat untuk menerima jawatan tersebut.
Tetapi kita juga sedar dengan apa yang diucapkan oleh Presiden, menerima jawatan dalam jamaah adalah perlumbaan untuk membuat kebaikan dan memperjuangkan Islam. Kita rasa seronok bilamana kita boleh menyumbangkan sesuatu kepada jamaah, walaupun kita tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti.
Betapa ramainya golongan yang ikhlas dalam perjuangan ini sanggup korbankan harta, masa dan tenaga untuk kemenangan Islam, walau mereka tidak memegang apa-apa jawatan dan jauh dari dipilih sebagai calon dalam pilihanraya.
Jamaah kita didokongi oleh ahli yang ikhlas, kepimpinan yang wibawa dan kemantapan jamaah yang hebat. Kita sedar musuh amat cemburu dengan muafakat jamaah yang kita ada.
Mereka cuba memecahkan perpaduan kita, mereka cuba laga-lagakan antara kita, kerana itu kita harus sedar agar tidak jadi jurucakap bagi pihak musuh. Dalam kebimbangan dan ketakutan untuk menerima amanah ini, kita juga diberi amaran oleh Rasulullah antara lain Baginda mengingatkan sesiapa yang ummah/orang ramai mengharapkan kepadanya untuk menjaga maslahah mereka, lalu dia melarikan diri ( enggan menerima) maka aku tak ingin berjumpa dengannya nanti di padang mahsyar.
( Nauzubillah) . Oleh itu pertimbangan yang wajar ialah berada di antara takut dan harap. Takut Rasulullah murka, dan harap Allah bantu dengan amanah ini.oleh itu menjadi tanggungjawab perwakilan yang menerima amanah ahli bawahan meneliti dengan keilmuan, menolak sentimen dan emosi, meletakkan kepentingan jamaah di hadapan agar membuat pilihan yang sebaik-baiknya bagi menerajui kepimpinan jamaah kita.
Namun kemungkinan pilihan kita bertepatan dengan pilihan ramai, lalu yang kita cadang menerima amanah; atau mungkin juga berlaku sebaliknya. Kita harus sedar, setelah diputus oleh jamaah maka kita mesti wala’ kepada kepimpinan yang dipilih. Perlantikan sebagai pimpinan menuntut kita taat dan wala’ kepadanya ‘ walaupun dari hamba berkulit hitam, berbangsa Habashi sekalipun’.
Ini lebih penting dari pemilihan, kerana soal pemilihan boleh selesai dalam sehari, tetapi soal wala’ akan berpanjangan sehingga muktamar akan datang. Kepada yang terpilih menerajui kepimpinan kawasan, dewan dan akan terpilih dalam muktamar pusat, ingatlah akan doa saidina Umar alKhattab
“Ya Allah, engkau telah bebankan aku dengan bebanan yang berat di dunia, maka janganlah engkau bebankan pula aku dengan bebanan yang berat diakhirat”.
Ingatlah kita sebenarnya belum diuji oleh Allah dengan kemenangan besar yang menanti kita- Semoga Allah tidak menguji kita sebagaimana Allah menguji umat sebelum kita, Wassalam.
Mau'izah untuk ana dan para sahabat;
Tuan Ibrahim Tuan Man,

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails