SELAMAT DATANG

Jumaat, 21 Januari 2011

Satim Diman!.. PhD tu dapat atau beli?

free malaysia today

PETALING JAYA : Seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor meragui kesahihan Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohamad Satim Diman yang juga Adun Seri Serdang memperoleh sijil penganugerahan ijazah sarjana doktor falsafah (PhD) yang membawa gelaran Dr.

Exco Pemodenan Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Pengurusan Sumber Alam Negeri Selangor Dr Yaakob Sapari (foto kiri) yang meraguinya menggesa Satim menyerahkan transkrip dan sijil penganugerahan kepada Speaker Datuk Teng Chang Kim bagi tujuan pengesahan oleh Lembaga Akreditasi Negara (MQA).


Selain mendesak agar mengumumkan kepada rakyat bentuk program pengajian yang diambil dan universiti yang menganugerahkan PhD tersebut, Dr Yaakob juga menggesa Satim supaya mengisytiharkan taraf pendidikannya bermula daripada ijazah pertama, sarjana sehinggalah kepada doktor falsafah.

“Satim telah menggunakan gelaran Dr secara berleluasa dalam poster pilihan raya dan dicetak pada rehal untuk diedarkan di beberapa masjid dan surau sekitar DUN Sri Serdang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Yaakob yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik berkata hal ini membimbangkan kerana ramai masyarakat sekarang sanggup membeli PhD melalui sindiket tanpa perlu bersusah payah mendalami ilmu,memperkembangkan kajian dan mempercambahkan nilai keilmuan.

Katanya, perbuatan membeli PhD itu merupakan sebagai satu jenayah sekaligus merendahkan martabat universiti dan menganggapnya sebagai satu penghinaan kepada dunia akademik.

Beliau turut menegur segelintir institusi pendidikan yang menawarkan kursus pengajian yang berasaskan keuntungan tanpa melalui akreditasi dan piawaian negara.

Harga barang: Peniaga makanan turut terjejas

Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 21 Jan: Jika selama ini kenaikan mendadak harga barangan keperluan tanpa kawalan dikaitkan dengan kesusahan orang ramai kerana terpaksa berbelanja lebih, namun keadaan yang sama juga turut menimpa pengusaha makanan asrama dan warung makan.

Melambungnya harga barangan keperluan perniagaan mereka di pasaran memaksa pengusaha makanan itu menanggung kos yang semakin besar setiap hari.

Bagi peniaga warung pula, masalah mereka ditambah lagi dengan cukai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang semakin tinggi.

Semua ini gara-gara kenaikan tiga kali harga minyak bermula November tahun lalu. Oleh kerana minyak merupakan bahan asas bagi tujuan pengangkutan dan penghantaran barangan, peningkatan kos operasinya diserap pula melalui menaikkan harga barang.

Seorang kontraktor pembekalan makanan asrama sekolah menengah di sini, Abdullah Sani Abdul Rashid, 50, berkata beliau terpaksa menanggung kerugian akibat kenaikan harga pelbagai barangan keperluannya secara mendadak.

Beliau yang membekalkan makanan ke tiga asrama di daerah ini berkata, hal ini tidak dapat dielakkan kerana kos sebut harga tender yang dimasukinya tahun lalu berdasarkan harga pada masa itu tetapi hampir semua barangan keperluan tersebut sekarang melambung tanpa kawalan.

“Sekarang harga ayam, ikan, daging dan sayur-sayuran naik melambung. Begitu juga bawang, telur, barangan dalam tin, susu sejat dan susu krim naik di antara 20 sen hingga 30 sen. Paling memeranjatkan saya ialah harga santan yang pada hari biasa RM4 sekilo sekarang dah jadi RM12. Sebelum ini harga gula dan gas dah naik. Minyak masak pula susah nak dapat.

“Semua barangan tersebut mesti dibekalkan setiap hari sedangkan harga tender pula tidak boleh diubah lagi. Akibatnya terpaksalah menanggung kerugian,” keluhnya.

Tambahnya, selama ini dengan kenaikan harga barang orang ramai menyangkakan pembeli dan pengguna sahaja yang terjejas, sebaliknya peniaga seperti kamilah sebenarnya yang banyak terkesan kerana kami tidak ada pilihan lain.

Abdullah yang sudah lebih 15 tahun menceburkan diri dalam perniagaan tender pembekalan makanan, berkata pada ketika inilah terasa betul-betul getir dalam perniagaan dan berada dalam kesempitan kerana sejak awal tahun terpaksa mengeluarkan banyak belanja untuk persekolahan anak-anak.

Seorang peniaga warung ‘mi celup’ di bandar ini Jalaluddin Hassan, 40 berkata harga minyak yang tiga naik berturut-turut dululah yang menyebabkan harga barang melambung secara mendadak sehinggakan beliau terpaksa mengeluarkan modal makin besar setiap hari tetapi pulangannya semakin kecil.

“Antara barang yang naik ialah bawang, sayur-sayuran, ayam, rempah ratus dan santan. Semua itu asas barangan niaga saya. Jualan pula tak boleh naik sebab jika dinaikkan pelanggan akan lari. Kalau nak kurangkan bahan dalam masakan pula pelanggan akan komplen.

“Jadi terpaksalah tanggung untung yang semakin kecil. Sekarang ini berniaga bukannya dapat menyimpan duit, hanya sekadar lepas upah pekerja dan gaji harian sendiri saja,” luahnya.

Jalaluddin yakin melambungnya harga barangan keperluan ini disebabkan kenaikan harga minyak. Bila minyak naik barangan pun naik, walaupun kerajaan berjanji untuk mengawal tetapi ternyata gagal.

Sementara itu, kata Jalaluddin, peniaga sepertinya mempunyai tekanan lain pula iaitu cukai meja yang dikenakan Majlis Perbandaran Temerloh yang terlalu mahal. Katanya, untuk cukai meja sahaja berliu terpaksa memperuntukkan sebanyak RM20 sehari.

Jalaluddin berharap nasib peniaga sepertinya dipandang serius oleh pihak kerajaan kerana mereka juga penyumbang kepada ekuiti ekonomi orang Mekayu selama ini.

Khir Toyo dah jadi kain buruk dalam Umno



Mantan MB Selangor dan bekas ketua pembangkang dun Selangor Khir Toyo kata pendedahan kerajaan negeri Selangor yang kata Khir terlibat luluskan projek RM273 juta kepada sahabatnya yang jual tanah dengan harga murah kepada Khir dalam keadaan beliau tak dapat nak jawab kerana diarahkan peguam negara berdiam diri kerana kesnya sedang dibicarakan di mahkamah.

Kesian Khir Toyo satu persatu kesnya dilondeh dan ditelanjangkan tak ada siapa pun pulak yang nak pertahan Khir lagi. Sial penyapu masih menghambat Khir hingga kini.Tapi Khir masih lagi ghairah pertahankan dirinya walaupun karier politiknya dah dihujung nyawa.Noh Omar pulak semakin seronok tengok nasib Khir terus ditertawakan kawan dan rakan.Siapa yang berada disekeliling Khir dalam keadaan sekarang?Tak ada ..semua sedang jauhkan diri daripada Khir.Khir dah jadi kain buruk untuk lap meja saja dalam Umno sekarang.Inilah kisah politik dalam Umno, ketika Khir hebat dulu sebagai MB Selangor banyak kawan dan rakan tapi sekarang Khir sedang menendang kiri dan kanan menepis setiap dakwaan seorang diri.

Saya teringat lagu nyanyian Wahid Satay 'dengan kuasa kita jadi mulia, mabuk kuasa kita jadi gila'.

Ku Li Pengkhianat!!! Armand!!!



Cheisss!!
Tergamak Ku Li ini menyanggah tindakan UMNO Barisan Nasional!
Bukankah Najib dah kata..
Bukankah Muhyiddin dah kata..
Bukankah Nazri Aziz dah kata...
Bukankah Hishamuddin dah kata..
Bukankah Tok Pa dah kata..
Bukankah Awang Adek dah kata..
Bukankah Anuar Musa dah kata...

Kelantan tiada hak pada royalti minyak!

Mereka yang berkata ini adalah pemimpin pembela melayu!
Kata-kata mereka sungguh beradat!
Lunak suara mereka adalah lunak pahlawan melayu!
Lenggok langkah mereka adalah lenggok satria ketuanan melayu!

Jadi, apa lagi yang nak disanggah?

Jangan sampai UMNO minta mana-mana Sultan bercakap!
Jangan sampai lepas tu UMNO menyorok belakang sultan!

Cheis!! Ku Li ini siapa?
Baru jadi ketua menangkan UMNO di Galas..
Dah banyak cakap!
Dah berani melawan pemimpin-pemimpin pembela melayu!

errr.. pembela melayu?? cheh!!! Hampassss!!!
wakakakakaka!

Cukup-cukup la Tuan Guru Nik Aziz digelar pengkhianat sebab lawan cakap Najib..
Cukup-cukup la Husam dipanggil pengkhianat sebab lawan cakap Tok Pa..
Cukup-cukup la PAS Kelantan digelar pengkhianat melayu sebab minta royalti minyak untuk rakyat Kelantan yang 90% melayu!

sunsnake 21012011

Ku Li timbulkan semula isu royalti minyak K'tan

Ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang berdepan masalah dengan istana Kelantan kini kembali menyuarakan tuntutan negeri itu ke atas royalti minyak. Katanya, rakyat negeri itu berhak ke atas sumber berkenaan yang didapati daripada bumi mereka sendiri.

Putera raja Kelantan itu juga berkata, perkara berkenaan merupakan isu yang perlu diselesaikannya demi kepentingan rakyat Kelantan. Jelasnya, ia akan diteruskan walaupun beliau kini menghadapi masalah dengan Istana Kelantan. Sultan Muhammad V pada akhir tahun lalu bertindak menarik balik darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Tengku Razaleigh sebelum ini.

MINTA TOLONG SEBARKAN DAN BANTU SAHABAT SEMUA

Assalamualaikum wbt

Apa yang kalian baca mungkin akan menitiskan air mata...
hari ini hari dia..esok lusa mungkin kita...

"Salam sejahtera, Di sini Kami ingin berkongsi penderitaan adik Hairuman dengan anda semua. Untuk makluman anda adik Hairuman merupakan anak yatim piatu. Dia sudah kehilangan ibu bapanya sejak beliau berumur 5 tahun lagi. Hairuman merupakan anak keempat daripada 6 adik beradik dan dua orang kakaknya adalah golongan OKU.







Kini hanya kakak Hairuman yg bertungkus lumus menyara keluarga dengan pendapatan tidak seberaapa iaitu dengan menolong suaminya menjual air buah. Sebelum ini Hairuman cuba membantu meringankan beban keluarganya dengan melakukan dua pekerjaan iaitu bekerja di kilang dan pemungut kelapa sawit. Malang menimpa keluarga ini apabila Hairuman ditimpa kemalangan semasa memungut kelapa sawit. Adik Hairuman terkena kejutan elektrik akibat daripada kabel elektrik yg berkuasa tinggi yg tiba2 terjatuh dan menimpa adik Hairuman. Badan adik Hairuman 50 peratus melecur dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menampung kos perubatan. Keluarga Adik Hairuman cuba meminta bantuan daripada badan2 yang berkenaan untuk membantu keluarganya dan dirinya tetapi sampai sekarang tidak mendapat sebarang jawapan...Di sini kami merayu kepada tuan/puan supaya menolong adik Hairuman..walaupun rm1 seorang sudah memadai meringankan beban adik Hairuman .Marilah sama-sama kita membantu adik Hairuman setakat terdaya. Disini saya sertakan bukti mengenai adik Hairuman.



Di sini saya sertakan nombor telefon kakak Hairuman iaitu:
018-3807867 - Maryuni Bt Miskon.

No akaun: 162030632448 Maybank

Alamat: No 28, Jalan Desa Mawar 2/11,
Seksyen 2. Taman Desa Mawar,
45500 Tanjong Karang, Selangor.

HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN

MAT SABU DAH SAMPAI PUTRAJAYA

PUTRAJAYA. Jumaat, 21 Jan; Cukup meriah malam tadi dalam majlis ceramah Mat Sabu yang bertempat di Dewan Baginda Jaya. Kehadiran adalah di luar jangkaan walaupun PAS Putrajaya terpaksa mengadakan program ceramah dan majlis-majlis seumpamanya di kawasan berhampiran. Keadaan ini berpunca daripada sikap Perbadanan yang tidak membenarkan PAS mengadakan sebarang programnya di Putrajaya.

Jarang sekali warga Putrajaya hadir begitu ramai dalam program yang dianjurkan seumpama itu. Ini menunjukkan orang ramai ingin tahu maklumat sebenar isu-isu semasa dari sumber lain yang lebih tepat dan benar. Selama ini, media arus perdana sering memutar belitkan isu-isu yang berkaitan dengan PAS dan Pakatan Rakyat, juga isu-isu berkaitan dengan rasuah serta isu perkauman yang sengaja dibangkitkan oleh UMNO/BN semata untuk kesinambungan politik mereka.

Ustaz Nazir dalam ucapannya menyatakan, "inilah puncak ketidakadilan UMNO/BN yang menjadi penghalang utama kepada gerakan Islam seperti PAS menjalankan aktiviti dakwahnya. Kita amat kesal dengan sikap penentangan dan bangkangan UMNO/BN terhadap ajakan dan seruan kepada pelaksanaan Islam yang sebenar bak kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sekiranya UMNO melaksanakan Islam sebenar (bukan Islam palsu seperti sekarang ini) kami PAS rela dibubarkan." ujarnya yang juga YDP PAS Putrajaya.

Malam tadi kedua-dua penceramah iaitu Ustaz Nazir dan Mat Sabu telah merungkai beberapa isu yang sedang diperkatakan rakyat yang rata-rata semakin terasa kecelaruan pemerintah dalam menangani permasalahan rakyat. Penjelasan dan pendedahan mereka dengan bahasa yang begitu mudah cukup mencuit dan memegunkan orang ramai.

Ceramah Mat Sabu yang sememangnya penuh dengan humor dan celoteh yang mencuit hati tidak menganjakkan orang ramai sehinggalah Mat Sabu menamatkan ceramah tersebut. 3 jam lebih program ceramah rupanya masih tidak memuaskan orang ramai yang hadir. Mereka ingin tahu banyak lagi isu yang tidak sempat dikupas dan diulas.

Mat Sabu dalam ucapannya antara lain menyatakan bahawa; "sekarang ini UMNO/BN tidak lagi mempengaruhi rakyat dengan isu-isu pembangunan kerana rakyat sudah celik dan berpengetahuan. Rakyat sudah tidak termakan dengan pembohongan tersebut kerana rakyat faham pembangunan adalah dari hasil duit rakyat sendiri dan mempersoalkan kenapa begitu banyak ketirisan berlaku yang merugikan mereka." jelas Mat Sabu

"Hari ini UMNO/BN menggunakan pendekatan 3R (races religion royal)untuk menaikkan sentimen rakyat untuk menolak Pakatan rakyat dan ternyata mereka berhasil merompak kerajaan pilihan rakyat di Perak. Sekarang mereka sedang mengganggu pula Selangor, Pulau Pinang dengan kaedah yang sama. Tambahnya lagi.

Majlis berakhir jam 11.45

Khamis, 20 Januari 2011

Tenang dalam Perang, Perang di Tenang

Perjuangan awal menegakkan Islam di atas muka bumi berhadapan cabaran peperangan. Dalam konteks demokrasi kini, pilihan raya adalah peperangan. Ketika BN bersama dengan seluruh jentera yang diperalatkan, PAS berusaha dengan jentera yang bersandarkan kepada Allah.

Sesungguhnya ajaib bagi orang beriman menghadapi situasi perang. Perang yang menghadirkan 1001 kemungkinan sebenarnya menggoncangkan jiwa. Disaat kecamuk jiwa, dikurniakan olehnya Tenang untuk tentera muslimin.

Musuh sukar dengan hujan dan tidak lena tidurnya kerana resah habuan-habuan dunia yang bakal terlepas. Tetapi tentera muslimin bakal menghadapi 1001 kemungkinan dengan Tenang hingga tertidur lena hatta pihak keselamatan.

"(Ingatlah) ketika Allah menjadikan kamu mengantuk dan memberi perasaan tenang kepada kamu, kemudian Allah menurunkan hujan dari langit kepada kamu guna membersihkan diri kamu dan menghilangkan kotoran syaitan dari kamu untuk menguatkan hati kamu serta menguatkan jejak kamu." (maksud ayat 11 Surah al-Anfal)

InsyaAllah Tenang itu seumpama memandang Bulan Purnama.

Rabu, 19 Januari 2011

Pengerusi Felda Isa Samad di jamuan arak percuma 1 Malaysia



Penari Seksi Dan Isa Samad Dijamuan 1Malaysia-Malaysiakini

Lebih 1,000 orang, kebanyakan mereka masyarakat Cina dijamu dengan makan besar dengan minum bir percuma sambil dihiburkan dengan tarian seksi sempena jamuan makan malam 1Malaysia di Tenang malam semalam.

Selain itu, peserta yang bernasib baik juga berpeluang memenangi sebuah motosikal 100cc sebagai hadiah utama cabutan bertuah. Pada masa yang sama jamuan berkenaan juga diselitkan dengan ucapan politik daripada bekas naib presiden Umno, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.Baca semuadi sini.

Malaysiakini juga melaporkan Isa Samad menghentam seteru politiknya Anwar Ibrahim dan Murshidul Am Pas TGNA dengan melabelkannya sebagai gila kerana menganggap DAP faham Islam dan terima Islam sebagai agama rasmi negara.
"(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. Macam mana (pengerusi DAP) Karpal Singh dan (pemimpin veterannya) Lim Kit Siang boleh faham Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun? Semua ini penipuan,” kata Isa.

Inilah rupa bentuk perangai manusia bila duduk dalam majlis yang penuh dengan minuman air kencing setan bila bercakap jadi macam setan yang bertopengkan agama.Majlis macam ni bagi Umno perkara biasa tak jadi isu kerana yang buat pemimpin Umno. Mungkin Isa tak 'drink' tapi cara bercakap macam 'orang dah drink'. TGNA mengajak bincang tangani gejala arak, judi dan zina dianggap sebagai gila yang tak gila dan amat waras Isa samad yang duduk dan berucap dalam majlis mentekedarah arak percuma.Inilah cara Umno didik MCA nak faham Islam. Cara yang akan menempatkan mereka dalam satu lubuk.'Untung mak cik Felda' dapat Isa Samad sebagai Pengerusi Felda..

AJAL MENJEMPUT YANG DITUNGGU TAK TIBA

bujangsusah.blogspot

RK Tenang - Imam Sibuk Layan Najib, Lupa Sembahyang Jenazah

(Gambar: Cikgu Normala Sudirman mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham ketika menziarahi jenazah Setiausaha Umno cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi, di masjid pagi Selasa semalam)

LABIS, 19 Jan: Para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia hari ini apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.

Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau kerana risau menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.

"Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ,"kata seorang saksi kejadian itu pagi Selasa lepas.

Allahyarham Abdul Latif adalah bekas MP Tentera Darat dan pagawai Pertahanan Awam adalah pewaris Felda. Beliau meningalkan empat anak dan seorang cucu di samping balunya, Puan Maimunah Hindun.

"Suasana pilu dan terkilan menyelubungi keluarga Allahyarham apabila imam bertugas ada bersama meraikan Najib dan akhirnya jenazah disolatkan oleh sukarelawan PAS daripada Pahang selepas Zohor di masjid itu.

"Inilah akhlak kepimpinan Umno kepada ahlinya sendiri," kata saksi itu ketika menceritakan peristiwa ini.

Najib tiba di Labis dengan helikopter pada 9.30 pagi Selasa lepas. Sejak jam 10 pagi, jenazah Allahyarham ditempatkan di masjid itu untuk membolehkan Perdana Menteri menziarahinya kalau-kalau sempat.

Najib telah melawat Felda Chemplak Barat dan menyempurnakan majlis pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti dan merasmikan gelanggang futsal di situ sebelum meluangkan masa bersarapan dengan warga peneroka.

Walaupun beliau dan rombongannya melintasi masjid Felda Tenang, tempat jenazah itu ditempatkan sejak jam 10 pagi, ia tidak langsung dipeduli, jauh sekali untuk disolatkan, dijenguk pun tida - [HD]

Note: Pak imam tu terlupa kalau dia mati pun nanti Najib xder masa nak jengok dia. Semoga roh allahyarham tenang di Tenang. Mungkin hanya ahli keluarganya saja yang sedikit terkilan, walaupun di saat-saat akhir hidupnya allahyarham masih lagi bertungkus lumus untuk menyambut kedatangan Najib tapi jangankan najib.. pak imam pun xda masa nak solatkan jenazahnya. Alfatehah...

APA KES ISMAIL LEPAT ?



Pilihanraya Kecil Lagi

Speaker isytihar kerusi Dun Pelabuhan Klang kosong



SHAH ALAM, 19 Jan: Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi Dun Pelabuhan Klang kosong.
Ianya berikutan kegagalan Adunnya, Badrul Hisham Abdullah hadir ke persidangan Dun dalam tempoh 6 bulan bermula 15 Julai 2010 hingga 15 Januari lalu.

Berikutan itu beliau mengisytiharkan kerusi itu kosong mengikut Fasal 69 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau memaklumkan demikian pada satu sidang media khas di Dewan Annex di sini hari ini.

Makluman kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), katanya akan dimaklumkan dalam masa terdekat. - Hdaily

Note: Tengok la apa kata SPR... tunggu SPR rujuk pada najib dulu... Kah..kah..kah..kah...

Pilihan Raya Umum ?

Selasa, 18 Januari 2011

Buat malu bangsa, kata Azwan kepada Ummi Hafilda

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Jan: Pekakas terbaru Utusan Malaysia untuk memalukan pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Ummi Hafilda Ali melalui cadangan saman jutaan ringgitnya mendapat reaksi dari adik beradiknya sendiri.

Kali ini beliau bukan diserang dari Timbalan Presiden PKR yang juga anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali tetapi dari pengacara rancangan hiburan terkenal, Azwan Ali.

"Slm. Buat malu bangsa nak saman owang berjuta juta! Sedangkan dosa n***** pada adik beradik tak ter ampun! Poodahhhh," tulis Azwan Ali dalam Twitternya.

Selain dari itu, Azwan juga menulis beberapa mesej lain dalam Twitternya terhadap Ummi Hafilda tetapi oleh kerana bahasanya terlalu kasar, Harakahdaily tidak bercadang untuk menyalinnya di sini.

Baru-baru ini, Utusan menyiarkan di muka depannya laporan Ummi Hafilda, yang berwajah baru, mahu menyaman RM700 juta terhadap para pimpinan Pakatan Rakyat.

Antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, abangnya Azmin Ali, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Karpal Singh dan juga Mohamad Sabu.

Karpal dalam kenyataannya meminta Ummi Hafilda merujuk dahulu peguamnya sebelum menyaman beliau.

Namun, lain-lain pihak tidak memberikan sebarang reaksi terhadap kenyataan Ummi itu sehinggalah reaksi dibuat oleh Azwan Ali ini.

MELAYU TOLONG KASI CUCI BOLEH?

bujangsusah blogspot

بسم الله الرحمن الرحيم



KUALA LUMPUR, 17 Jan.: Peguam yang didakwa meminta sebuah masjid di Kampung Kerinchi, Pantai Dalam memperlahankan azan hari ini, menyifatkan ia salah faham yang diperbesarkan pihak tertentu. Kenyatannya dibuat pada sidang media di pejabat Umno Lembah Pantai di sini.

Peguam tersebut, Ng Kian Nam, pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili penduduk di kawasan Pantai Dalam turut memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat negara ini terutamanya orang Islam.

Ng yang juga ahli seumur hidup MCA berkata, isu azan yang melibatkan Masjid Al-Ikhlasiah itu hanya salah faham dan sudah diselesaikan.

“Saya nak pohon maaf terhadap semua orang Islam kerana menimbulkan salah faham itu ... sebenarnya saya tidak tahu bagaimana untuk membezakan antara azan dan kuliah subuh.

“Saya akui setiap orang ada kelemahan termasuk saya, saya tulis surat itu kerana tidak dapat bezakan antara azan dan kuliah subuh. Jadi saya pohon maaf secara terbuka sekiranya surat yang saya tulis telah timbulkan salah faham.
“Secara terbuka saya pohon maaf kerana telah berlaku kekeliruan dan salah faham ini,” katanya. (IH)

Note: Kah..kah..kah..kah... Jilat la... Sayangnya umno pada peguam MCA ni kan.. Bersusah payah cuba nak menghalalkan yang haram.. bersusah payah melayu umno nak bersihkan najis seorang cina MCA.. Kah..kah..kah..kah.. Hidup melayu.. hidup umno...!!! Kah..kah..kah..kah..

Normala pilihan terbaik untuk Dun Tenang...

Dikutip dari

Foto Bumiputera Berjaya


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH... SALAM SEJAHTERA...SALAM PERJUANGAN... SALAM KEADILAN.. SALAM HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA...

Untuk pertama kali dalam sejarah PAS Johor, seorang tokoh muslimatnya - Normala Sudirman, 38 - didipilih sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding di Dun Tenang, 30 Januari ini.

Bukan mudah untuk seorang wanita melepaskan jawatannya sebagai guru untuk bertugas sepenuh masa di dalam PAS peringkat kawasan, negeri dan nasional dan kemudiannya menjadi calon PAS/Pakatan Rakyat di negeri yang selama ini dianggap kubu kuat Umno/BN.

Pemilihan pucuk pimpinan parti terhadap Normala, di kira, sangat tepat memandangkan kemampuannya mencurahkan sepenuh masa dan tenaga untuk perjuangan sebuah parti seperti PAS.

Pengalamannya sebagai guru selama 12 tahun membuatnya sangat mengertikan kehendak masyarakat, khususnya ibu bapa. Juga kemampuannya berpidato dan menyampaikan dasar perjuangan PAS untuk membela rakyat semua kaum.

Lebih dari segalanya, Normala, atau Cikgu Mala, mempunyai semangat tinggi dan kemampuan untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasannya dan parti yang diwakilinya.

Beliau sangat sedar keputusannya untuk melibatkan diri dalam perjuangan PAS/Pakatan Rakyat dan seterusnya menjadi calon dalam pilihan raya kecil Dun Tenang ini adalah keputusan yang mungkin tidak mudah dilakukan oleh sebarang orang, namun Normala telah melakukannya dengan berani dan tabah.

Malah ucapannya di dalam kempen, bertemu pengundi, memacu gerak kerja kempen kelihatannya sangat meyakinkan. Mungkin ramai orang, terutamanya di Johor, terkejut dengan pemilihan dan kesediaannya menerima pencalonan oleh parti, memandangkan demografi politik dan suasana di negeri Johor sedemikian rupa.

Jangan salah sangka, Negeri Johor bukan lagi negeri kebal dan kubu kuat Umno/BN. Dua Adun dari PAS dan empat dari DAP sudahpun berada di dalam Dewan Undangan negeri itu. Besar kemungkinan, jika diizinkan Allah s.w.t., Cikgu Mala akan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Johor yang keenam dari Pakatan.

Jangan ada pihak yang menyangka hal ini adalah mustahil, kononnya PAS tidak ada tempat di negeri Johor. Andaian seperti ini hanya membayangkan keangkuhan dan kesombongan – sesuatu yang sama sekali tidak dibenarkan di dalam Islam.

Kita yakin Cikgu Mala akan mendapat sokongan kuat dari pengundi Tenang, kerana beliau adalah calon muda yang berwibawa dan sangat prihatin dengan nasib rakyat di Tenang.

Cikgu Normala, adalah di antara sejumlah pemimpin muda muslimat PAS yang menjadi harapan masa depan parti dan perjuangan Islam. Masa depan politiknya masih terbentang luas, sama ada beliau menang atau kalah nanti. Perjuangan PAS masih sangat memerlukan pengorbanan dan sumbangannya.

Pakatan Rakyat menerima hakikat bahawa pilihan raya sering kali berlangsung dalam suasana yang tidak adil, dengan Umno BN mendapat segala kelebihan untuk berkempen.

"Bukan senang nak menang kerana kita menghadapi pilihan raya dalam lapangan yang tidak sama rata. BN akan guna media mereka, stesen televisyen, radio untuk berkempen seluas-luasnya,” “Kita diberi peluang yang terhad, ceramah yang terhad dan penerangan yang terhad," "Jangan risau kerana kita telah buktikan kita boleh menang dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini dan kita percaya kita boleh lakukan kali ini," kata Tuan Guru Datuk Seri Abd Hadi Awang.

Para petugas akan berada di sana silih berganti, dengan belanja sendiri, makan minum sendiri, kenderaan sendiri dan mencari tempat tidur sendiri. Semuanya ini adalah manifestasi sebuah perjuangan untuk mempertahankan Islam dan rakyat......TAKBIR!!!!..................

Isnin, 17 Januari 2011

UMI HAFILDA PELACUR KATA AZIZ SAMSUDDIN

Sesi perbicaraan kes Liwat 1 sekitar tahun 2003 yang lalu

"Saya Pernah Lakukan Hubungan Seks Dengan Ummi"- BAGINDA (gambar kiri)

Saksi pembela dalam perbicaraan fitnah salah laku seks dan tuduhan liwat DSAI memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau telah mengadakan hubungan seks dengan saksi utama pendakwa iaitu Ummi Hafilda Ali.

Norazman Abdullah @ Baginda anak Minda memberitahu bahawa hubungan seks antara beliau dan Ummi berlaku semasa mereka tinggal bersama di London.

Baginda, 40, juga memberitahu bahawa beliau sudah mengenali Ummi sejak 1992 tetapi hubungan itu menjadi akrab semasa mereka berada di London dalam bulan Jun 1998, bersama-sama ahli perniagaan yang dikenali sebagai MP S'ng Chee Hua dan seorang kawan yang lain.

Menurut Baginda lagi, Ummi memberitahunya, apabila kembali ke Malaysia bahawa dia akan membayar wang berjumlah RM200,000 kepada isteri Baginda supaya mereka boleh berkahwin secara sulit di London. Ummi juga berjanji akan memberikan saham sebanyak 25 peratus dalam projek iklan yang bernilai RM10 juta.

Ummi pernah membuat kejutan beberapa ketika lalu dengan mengistiharkan dirinya masih 'dara'. Beliau juga bersama-sama Azizan Abu Bakar menulis surat kepada PM Mahathir bahawa beliau mengetahui rekod salah laku seks bekas TPM, DSAI.

Baginda juga memberitahu mahkamah semalam, bahawa pada mulanya Ummi memberitahunya kes salah laku yang melibatkan bekas TPM DSAI itu adalah benar belaka. Tetapi selepas hubungan mereka (Ummi dan Baginda) akrab, Ummi mengakui bahawa 'kes salah laku DSAI' itu hanyalah diada-adakan (rekaan).

Baginda juga memberitahu mahkamah bahawa Ummi memberitahunya bahawa dia telah memaksa Azizan mengaku telah mengadakan hubungan seks (liwat) dengan DSAI. Ummi bagaimana pun tidak menjelaskan kepadanya bagaimana dia memaksa Azizan supaya mengaku diliwat, kata Baginda lagi. Ini semua dilakukan kerana dia (Ummi) bencikan DSAI dan abangnya Azmin Ali kerana tidak mahu membantunya dalam pemberian projek-projek perniagaan.

Ummi juga telah memberitahu Baginda bahawa apabila DSAI disingkirkan kelak beliau akan mendapat projek iklan bernilai RM10 juta di KLIA dari Tun Daim.

Semasa beliau dan Ummi berada di London, Ummi ada memberitahunya bahawa Mahathir adalah 'dalang' di sebalik Buku 50 Dalil: Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri".

Selain Mahathir nama-nama yang disebut Ummi terlibat dalam penyediaan buku fitnah itu ialah Tun Daim, Rahim Thamby Chik (bekas Ketua Menteri Melaka) dan Setiausaha Eksekutif UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor. Menurut Baginda, beliau diberitahu oleh Ummi bahawa penulis buku itu ialah Khalid Jeffri sementara ianya dibiayai oleh Tengku Razaliegh Hamzah, Tun Daim dan Tengku Adnan.

Baginda menambah, Ummi memberitahunya pada suatu malam dalam bulan Ogos 1998 bahawa bapanya Haji Ali tidak mengakuinya sebagai anak kerana membantu menyediakan kandungan dan maklumat yang tidak benar dalam penulisan buku fitnah tersebut.

Ummi menjelaskan kepada Baginda bahawa beliau tidak dapat tidur kerana bapanya (bapa Ummi) telah menghalaunya dari rumah.

Azmin Ali sebelum ini pernah memberikan keterangannya bahawa Ummi bukanlah seseorang sebagaimana yang didakwanya dan beliau telah tidak diakui anak oleh bapa mereka lewat 1998 kerana melarikan diri bersama lelaki yang sudah bernikah ke luar negara.

Baginda memberitahu mahkamah semalam, bahawa Ummi Hafilda telah memberitahunya dia sudah menulis surat kepada Mahathir tentang salah laku seks DSAI tetapi kandungan surat itu akan ditapis dan dipinda oleh Aziz Shamsuddin, Setiausaha Politik Mahathir.


"Ummi Hafilda adalah seorang pelacur," kata Aziz Shamsuddin.

Hari ketiga perbicaraan rayuan Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur menyaksikan pendedahan yang besar dibuat, iaitu apabila Christopher Rizal Fernando Abdullah (kini telah meninggal dunia - semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Rohnya - Al-Fatihah) membacakan transkrip dari perbicaraan sebelumnya, yang memetik Aziz Samsuddin sebagai berkata bahawa Ummi Hafilda Ali adalah seorang pelacur.

Fernando bermula dengan mengikhtisarkan prosiding hari sebelumnya, yang mana dia memberitahu mahkamah bahawa ayah Ummi tidak lagi mengaku Ummi sebagai anaknya selepas dia mengaku menulis surat kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, dalam rangka menuduh Anwar meliwat Azizan Abu Bakar, iaitu pemandu isteri Anwar, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Sejurus sebelum dia meninggal dunia, ayah Ummi yang merupakan seorang guru agamamenulis surat terbuka kepada Harakah. Dalam surat itu, dia menjelaskan sebab dia tidak lagi mengaku Ummi sebagai anaknya, malah mengatakan dengan tegas bahawa Ummi adalah dalang utama di sebalik (dakwaan liwat oleh) Azizan.

"Ayah Ummi meninggal dalam keadaan patah hati tanpa pernah mengampunkan anaknya itu atas peranan yang dimainkannya dalam memerangkap Anwar dalam tuduhan liwat," kata Fernando.

Sebelum itu, Fernando membacakan keterangan Azmin Ali (abang Ummi) di mahkamah yang membuktikan bahawa dia (Ummi) memainkan peranan yang aktif dalam konspirasi itu.

Pendakwaan tidak pernah memanggilnya (Ummi) untuk memberi keterangan di mahkamah bagi menafikan dakwaan itu, tambah Fernando. Sebaliknya, mereka menyerahkan kepada Pembelaan untuk memanggilnya. Malah hakim perbicaraan menyebut tentang perkara ini dalam penghakiman bertulisnya.

"Tetapi Ummi pasti menjadi saksi yang 'liat'. Jadi, pihak Pendakwaanlah yang sepatutnya memanggilnya, dan bukannya pihak Pembelaan," Fernando berhujah.

Fernando berhujah bahawa mahkamah sepatutnya menggunakan Seksyen 114 (g) Akta Bukti bagi menangani kegagalan Pendakwaan memanggil saksi yang paling penting untuk memberikan keterangan di mahkamah.

Fernando kemudiannya membacakan keterangan daripada Raja Kamaruddin Raja Raja Wahid (Raja Komando), yang mana saksi itu mendedahkan secara terperinci tentang permulaan konspirasi terhadap Anwar dan peranan yang diberikan kepadanya dalam konspirasi itu.

"Keterangan saksi ini akan menunjukkan bahawa dia diminta untuk bersekongkol dalam konspirasi untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri," kata Fernando.

"Mesyuarat itu diadakan di pejabat Aziz Samsuddin, iaitu Setiausaha Politik Perdana Menteri, pada 26 Jun 1998."

Fernando mendedahkan bahawa dalam mesyuarat tersebut, Aziz menegaskan bahawa Ummi dan Azizan tidak akan menimbulkan masalah kerana "Ummi adalah seorang pelacur".

Raja Komando kemudiannya bertanya kepada Aziz tentang kemungkinan menggunakan cara lain bagi menjatuhkan Anwar.

Menurut Raja Komando, "Aziz menjawab bahawa (tuduhan) liwat adalah cara yang terbaik. Lain-lain cara tidak akan memberikan kesan."

"Peranan Raja Komando adalah bagi menguruskan pembunuhan kerjaya politik (Anwar)," tambah Fernando. "Dakwaan liwat pula 'ditugaskan' kepada Ummi dan Azizan."

"(Tugas) Raja Komando adalah mencanangkan dakwaan itu ke segenap ceruk. Dia juga bertanggung jawab untuk menyebarkan tuduhan bahawa Anwar adalah ejen CIA (Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat)."

Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Fernando kepada mahkamah pada hari ini, adalah jelas bahawa berdasarkan pertemuan antara Raja Komando dan Aziz Samsuddin, dia (Aziz) adalah Kepala Pengkomplot. Sementara itu, walaupun Ummi yang menulis 'surat Azizan' kepada Perdana Menteri, yakni yang menuduh Anwar meliwatnya, Azizlah yang menyunting dan menulis kembali surat berkenaan.

Menurut Fernando, surat itu adalah berdasarkan buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM" – buku yang sekonyong-konyong dimasukkan ke dalam beg hampir 2,000 delegasi ke Perhimpunan Agung UMNO pada tahun itu.

"Hakim tidak memberikan perhatian yang sewajarnya kepada bukti ini," Fernando berhujah. "Dia melakukan kesilapan yang besar."

"Adakah dia akan mengeluarkan penghakiman yang sama seandainya dia memberikan perhatian yang sewajarnya kepada bukti ini?" - greenboc

PAS sambut baik titah Sultan Kedah

Mohd Shubihi Muhamad Zain

ALOR SETAR, 17 Jan: PAS menyambut baik titah dan saranan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah agar rakyat berwaspada dan menolak sebarang percubaan pihak tertentu yang melibatkan istana dalam apa-apa isu berbangkit.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata demikian selepas menghadiri Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah-darjah serta Bintang-bintang Kebesaran sempena ulang tahun ke-83 keputeraan baginda di Istana Anak Bukit, semalam.

Pada majlis istiadat itu baginda bertitah mengingatkan rakyat agar memelihara keamanan serta menumpukan usaha untuk meningkatkan taraf hidup dan tidak perlu gusar tentang ancaman atau gangguan keselamatan ke atas mereka.

"Peristiwa yang berlaku di beberapa tempat lain akan menyebabkan timbulnya perpecahan di kalangan rakyat kerana kadangkala permainan politik tidak mengambil kira ketenteraman awam dan kecetusan huru-hara," titah baginda.

Menurut Mahfuz, Sultan Kedah yang berpengalaman luas dan bakal menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong pada Oktober nanti pastinya melihat gejala ini sebagai yang membimbangkan dan boleh menyebabkan keamanan dan kesejahteraan rakyat diganggu gugat.

Mahfuz berpendapat, kebimbangan baginda terhadap pihak tertentu dan isu berbangkit yang dimaksudkan dalam titah tersebut adalah merujuk kepada tindakan pemimpin Umno mengheret institusi istana dalam pertembungan politik di beberapa negeri kebelakangan ini.

"Titah baginda itu pastinya merujuk kepada pertelingkahan politik di Perak dua tahun dulu hingga mengakibatkan tumbangnya kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah mengikut amalan demokrasi.

"Begitu juga dengan isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini, juga mengenepikan kerajaan yang sah dan mengheret raja untuk menghalalkan perbuatan mereka," katanya.

Ekoran itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mengingatkan mana-mana pemimpin politik terutamanya dari kalangan Umno yang dilihat rakus mengheret institusi istana dan raja-raja ke kancah politik mereka agar menghentikan tindakan tidak beradab itu.

"Pertembungan politik biarlah ahli politik yang bertarung sesama ahli politik, jangan seret institusi raja-raja dan jangan calarkan imej serta kemuliaan istana untuk agenda politik kepartian Umno," tegasnya.

AMARAN KERAS UNTUK CINA DI TENANG!!!!

Bujang Susah




Note: Eeeeeee takutnya..... Kah..kah..kah..kah...

Note: Peniaga cina sahaja yang tak boleh naikkan harga barang.. Peniaga melayu dan peniaga bangsa lain boleh la eh..? Kah..kah..kah..kah...

Note: Pastikan calon Melayu menang... Calon PAS tu cina ke? Kah..kah..kah..kah..


Normala Sudirman calon PAS di Tenang

Hazayani Zakaria

LABIS, 16 Jan: Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman (gambar) diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.

Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.

Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.

Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.

Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.

Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.

Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Ahad, 16 Januari 2011

Mohamad Sabu, Menulis Mengenai Janji Setia

Dasar PAS ialah Islam. Rujukan PAS ialah Al Quran dan Sunnah, contoh ikutan terbaik ialah Muhammad Rasulullah SAW uswatun hasanah. Setelah mendapat kuasa di Madinah, Nabi membuat Perlembagaan Madinah/Piagam Madinah.

Ada lebih kurang 47 pasal dalam Piagam Madinah. Yang paling banyak ialah hal melindungi puak-puak atau kaum-kaum yang mengikat dan menandatangani perjanjian tersebut. Hak keselamatan, budaya, agama dan ekonomi dilindungi oleh Perlembagaan Madinah.

Penguasa Madinah tidak pernah mengkhianati perjanjian tersebut, bahkan orang-orang Yahudilah yang mengkhianati perjanjian tersebut semasa Perang Ahzab. Yahudi Madinah memihak kepada tentera bersekutu kafir yang mengepong Madinah. Selepas selesai Perang Ahzab kerajaan Madinah bertindak kepada orang Yahudi di atas sebab pengkhianatan mereka.

Nabi Muhammad SAW juga membuat Perjanjian Hudaibiah secara zahiriah, dilihat perjanjian itu merugikan umat Islam dan kerajaan Madinah. Sepuluh tahun tidak ada peperangan di antara Mekah dan Madinah. Pihak Mekah dan Madinah bebas mengadakan urusan dengan mana-mana pihak.

Orang Madinah yang pergi ke Mekah, tidak perlu dihantar balik. Sebaliknya orang Mekah yang pergi ke Madinah perlu dihantar balik. Undang-undang ektradisi ini dilihat tidak seimbang dan tidak adil. Setelah menandatangani perjanjian ini, Nabi dan rombongan berpatah balik dan tidak jadi melakukan umrah pada tahun tersebut.

Nabi dan umat Islam patuh kepada perjanjian tersebut. Kesempatan damai digunakan oleh kerajaan Madinah untuk menyebarkan Islam keseluruh pelusuk Semenanjung Arab dan negara-negara yang berdekatan.

Perjanjian ini dipatuhi oleh kerajaan Madinah sehinggalah mubaligh Islam dibunuh oleh pihak kerajaan Mekah. Selepas itu Nabi menggerakkan puluhan ribu umat Islam untuk mengepong Kota Mekah dan akhirnya menguasainya.


Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang meletakkan Al Quran dan Sunnah sebagai rujukan , cuba mengikuti jejak langkah sirah Nabi Muhammad SAW apabila berlaku ikat janji dengan BN pada tahun 1973, mereka tetap setia berada dalam BN sehinggalah dikhianati oleh Umno dan ditendang keluar dari BN pada November 1977.

Apabila PAS mengikat janji dengan Parti Melayu Semangat 46, walaupun pengaruh parti tersebut merosot dari masa ke semasa semenjak ianya ditubuhkan pada tahun 1988, PAS tetap setia sehinggalah Parti Semangat 46 tersebut dibubarkan dan pemimpinnya kembali kepada Umno.

Dalam Pakatan Rakyat (PR) dilihat oleh orang ramai gelagat pemimpin dan ahli PAS jangan bimbang, PAS tidak akan mengkhianati kawan. Saya yakin Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang mengikat perjanjian akan terus istiqomah dan sesekali tidak akan mengkhianati rakan politik. Jangan ragu, jangan bimbang gerakan Islam tak akan mengkhianati perjanjian yang telah dipersetujui.


PAS kini berada di titik tengah

1. Mutaakhir ini terlalu banyak isu sensitif yang menguji kebijaksanaan PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang popular di pentas politik tanahair. PAS terpaksa berhadapan dengan ketegasan hujjah berasaskan syariah yang diperjuang disamping sokongan masyarakat dari pelbagai kaum dan agama yang diperlukan. Jua tidak dinafikan betapa PAS juga akan berhadapan dengan "serangan hendap" dari musuh yang hanya menanti saat berlakunya kesilapan dalam tindakan dan kenyataan.


2. Malah saya juga dapat mengesan bagaimana masih wujudnya dari kalangan ahli yang sukar memahami isu dan menerima keputusan yang diambil oleh jamaah lalu disulitkan lagi dengan kritikan melulu tanpa asas yang kukuh dari pihak yang mendakwa sebagai penyokong parti tetapi tidak ubah seperti sokong yang membawa rebah.

3. Mempertahankan agama serentak dengan keperluan mencari sokongan politik dari pelbagai pihak, adalah suatu yang tidak mudah bagi PAS. Mental yang mantap dan jiwa yang tabah mesti seiring dengan hujjah yang kukuh dan hikmah [kebijaksanaan] yang utuh. Bahkan perlu kepada pemimpin yang tinggi nilai taqarrub [ dekatnya dengan Allah ] . Kini gerakan PAS tidak lagi sehala atau dua hala antara PAS dengan anggotanya atau anggotanya dengan PAS, tetapi PAS kini berada di titik tengah dalam lingkungan 360 darjah yang semuanya menghala ke arah PAS sementara mengharapkan tindak balas positif dari PAS.

4. Apa yang saya maksudkan ialah PAS tidak lagi parti defensive tetapi juga offensive sebagaimana PAS tidak hanya parti yang responsive tetapi juga creative. Malah PAS mula me'lasak' kan diri untuk menerima pandangan - pandangan bersifat kritikal dan sinikal dari pihak luar sempadan parti. Juga PAS kini membiasakan diri malah kelihatan mula mesra dengan pandangan kedua sebelum membina pendirian yang konkrit.

5. Disiplin kental yang berpaksi kepada akhlak berjamaah pula melandasi prinsip syura dalam membuat keputusan adalah potensi PAS untuk terus thabat [ utuh ] mendokong cita - cita perjuangan Islam tanpa menjarakkan diri dari arus perdana politik moden. Tegas mempertahankan syiar dan syariat Islam namun toleransi dalam komunikasi dan interaksi.

6. Saya turut merasakan suhu tinggi ditanggung oleh PAS setiap kali terpaksa bersabar dengan karenah rakan dan lawan yang kadangkala mengganggu rentak dan prestasi. Segalanya membekalkan khibrah [ pengalaman ] buat PAS yang kian dewasa dan matang dengan zaman yang direntasinya. Dalam kematangan yang sedemikian, tidak mungkin PAS mengkhianati rakan sebagaimana tidak mungkin PAS sujud mengalah kepada lawan.

7. Baru - baru ini timbul isu Interlok yang dipolitikkan secara sistematik diambang pilihanraya kecil N 05 Tenang. Dewan Pemuda PAS Malaysia bertindak pantas menganjurkan sidang meja bulat untuk mempertemukan 2 pihak yang bertelagah. Demikian juga apabila timbul kritikan terhadap hukum - hukum Allah, Dewan Pemuda PAS sekali lagi tampil secara diplomasi dan akademik, menganjurkan Nadwah Kefahaman Islam secara bersiri [ NAFAS ]. Insyaallah siri berikutnya pada 6 Mac 2011 akan datang bagi memberikan penjelasan mengenai Islam kepada semua termasuk non muslim.

8. Demikianlah isu pekerja muslim di premis arak. Saya bersetuju dengan cadangan Yb Khalid Samad dari Shah Alam yang menegaskan agar terlebih dahulu kerajaan yang berkuasa mewujudkan peluang pekerjaan halal untuk memindahkan pekerja dari premis haram ke premis halal tanpa perlu mencetuskan polemik [ kecuali kepada mereka yang sengaja engkar selepas daripada itu ], namun tindakan mempertegaskan hukum dan meletakkan syarat yang menepati hukum syara' sebagaimana yang dipertegaskan oleh pihak MPSJ dan Yb Dato' Hassan Ali juga wajar disokong penuh agar ummat Islam menginsafi bahawa premis haram tidak layak untuk mereka mencari rezeki.

9. Kelihatan azan juga mencetus konflik yang perlu ditangani dengan bijak dan hikmah. Saya sedikit pun tidak hairan apabila seorang non muslim mengkritik azan yang dikumandangkan melalui pembesar suara, pula tindakan mereka kononnya berasaskan hak asasi mereka untuk hidup damai tanpa gangguan. Persoalannya sejauh mana kita menemui mereka untuk memahamkan mereka bahawa azan adalah sebahagian dari syiar agama Islam dan ia adalah urusan rasmi ummat islam yang tidaklah boleh dipertikaikan begitu sahaja. Jika Islam adalah agama rasmi negara dan ia diterima oleh semua maka sewajarnya azan tidak menjadi gangguan kepada mereka, terutama apabila mereka memahami unsur - unsur positif yang terkandung di dalam seruan azan tersebut.

10. Ertinya usaha PAS hari ini ialah menginsafkan ummah, memahamkan non muslim dan menyedarkan mereka akan tanggungjawab beretika dalam negara berbilang bangsa dan agama yang Islam menjadi agama rasminya. Saya yakin dan percaya, tiada insan yang bodoh dan dungu untuk menolak seruan kebaikan, kejayaan , kecemerlangan sebagaimana yang dilaungkan oleh muazzin saban waktu selain ia turut mendisiplinkan manusia dengan dengan masa agar hidup manusia tidak lagha [ lalai ] dan alpa.

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Nasrudin Hassan Tantawi

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails