Kepada siapa yang tak percaya, atau yang kata saya reka, inilah buktinya, bendera PAS memang ada berkibar di Gaza, malah berkibar dari atas puncak bangunan yang boleh dilihat di seluruh Gaza… Allahu Ahad..
Sabtu, 15 Disember 2012
Selasa, 11 Disember 2012
MISI JALAN-JALAN PEMBEBASAN PALESTIN
Rombongan Risalah
Solidariti Rakyat Malaysia anjuran Parti Islam Semalaysia (PAS) baru-baru ini
berlepas ke Gaza bagi meneruskan misi kumpulan tersebut menyalurkan bantuan
kecemasan ke negara bergolak itu.
Rombongan 11 sukarelawan
itu terdiri daripada 7 orang ahli PAS, seorang PKR dan orang perseorangan yang
diketuai oleh YB Mohd Nasir Mustafa, ADUN Kubang Rotan, Kedah. Antara yang
menyertai misi bantuan tersebut ialah YDP PAS Tanjung Malim, Haji Aminuddin
Zulkipli, YDP PAS Putrajaya, Ust. Mohd Nazir Zakaria, TYDP PAS Jelutong, Mohd
Yusuf Ahli Majis MPSP, Saudari Ramlah Ashood, Haji Anuar Ismail dan Mohd Ali Abu Bakar ahli PAS kawasan Serdang, Puan Norhayati dan Sdri Norazira Ali. Turut serta dalam rombongan ini artis Farah Asyikin. Delegasi dibawa oleh Ustaz Ridhwan Abu Bakar, Ketua Penerangan PAS Kuala Kedah yang juga Duta Kehormat Rakyat Palestin yang ditauliahkan pada 22hb Ogos 2012 empat bulan sebelum ketua Putera UMNO ke lantik di jawatan yang sama.
Delegasi ini telah tiba di
Kaherah pada 7 Disember 2012 dan berjaya memasuki Gaza pada hari yang sama
setelah enam jam merentasi laluan Sinai meskipun belum sempat melepaskan penat,
akibat tersangkut penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok. “Penerbangan
terpaksa ditangguhkan lebih 2 jam akibat kematian mengejut seorang lelaki
berbangsa Arab dalam kapal terbang tersebut,” ujar Sdri Norazira Ali lepasan Sarjana Pengurusan
Pembangunan Islam, USM yang berasal dari Terengganu.
Delegasi ini dengan sumbangan
sebahagian besar rakyat Malaysia telah berjaya mengumpul sejumlah USD50,000 bersamaan
dengan RM132, 000 dan telah diserahkan kepada Mohd Yusof Hasna, wakil OIC
Palestin.
Sejurus selepas penyerahan
tersebut delegasi dibawa oleh wakil OIC Palestin ke dataran Al-Qatiba untuk
menyertai perhimpunan sambutan 25 tahun penubuhan parti HAMAS yang kebetulan jatuh
pada hari tersebut. Delegasi telah diberi layanan VIP beserta kawalan keselamatan yang ketat untuk
memasuki dataran. Dalam perhimpunan tersebut, bendera PAS telah dikibarkan
malah dibenarkan untuk dikibarkan di bumbung bangunan enam tingkat di belakang
pentas utama.
Pada hari kedua di Gaza,
delegasi dibawa melawat tempat-tempat yang menjadi sasaran Israel iaitu stadium
Palestin, rumah Ketua Panglima Briged Izzuddin
Al-Qassam, sayap tentera HAMAS, Ahmed Al-Ja’abari yang terbunuh bersama ahli
keluarganya juga ibu pejabat polis Palestin. Dan dalam masa yang sama
menyerahkan bantuan kepada waris mangsa.
Seterusnya hari ketiga delegasi
dibawa bertemu dengan Dr Ahmad Bahar, Speaker Parlimen Palestin dan
bertukar-tukar fikiran dalam isu Palestin dan perjuangan pembebasan Al-Aqsa.
Turut hadir dalam perjumpaan ini, Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Dr Ismail
Asyqar. Delegasi juga dibawa mengunjungi Pusat Sosial yang menempatkan tadika
dan pusat aktiviti ekonomi wanita.Lawatan hari ketiga diakhiri perjumpaan
dengan majlis peguam untuk membincangkan
perkara berkaitan perundangan Negara Palestin.
Ketika berita ini ditulis delegasi
masih berada di bumi Palestin dan dijadualkan pada hari keempat mereka akan
dibawa bertemu dengan Perdana Menteri Ismail Haniyeh sebelum berangkat meninggalkan Gaza dan akan berada di Kaherah
dua hari sebelum berangkat pulang ke Malaysia.
Isnin, 10 Disember 2012
Bendera PAS berkibar di Gaza
| Farhan Mazlan, | 10 Dis 2012 |

(Bendera PAS adalah antara yang dikibarkan di Sahah Al-Katibah semalam sempena sambutan 25 tahun Hamas)
GAZA: Bendera PAS adalah antara bendera yang berkibar di Gaza mengiringi lebih kurang satu juta umat Islam yang berhimpun di Sahah Al-Katibah Gaza serta melaungkan 'Khaibar Ya Yahud' (hancurlah kamu wahai Yahudi) sempena Ulangtahun ke-25 penubuhan Hamas.
Ia dikibarkan bagi menyatakan dengan jelas kebersamaan PAS bersama dengan perjuangan umat Islam di Palestin.
Perhimpunan yang diadakan ini juga bertujuan untuk meraikan kemenangan umat Islam di Palestin selepas perang lapan hari dengan Israel yang berakhir 21 November yang lalu.
Perhimpunan Ulangtahun ke-25 penubuhan Hamas ini turut dihadiri negara-negara umat Islam yang lain termasuk Malaysia di samping NGO yang membantu umat Islam Palestin.
(Bendera PAS dan Malaysia dikibarkan dibumi Gaza tanda kebersamaan dengan perjuangan umat Palestin)
Majlis ini dihadiri oleh Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniyah bersama barisan Kabinet dan juga Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal buat pertama kalinya kembali ke bumi Palestin selepas dibuang negeri pada tahun 1996.
Khaled Meshaal dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua yang berhimpun bagi meraikan kemenangan Hamas dan umat Islam di Palestin serta merakamkan rasa rindu dan tidak melupakan bumi Palestin yang ditinggalkan sejak 1996 yang lalu.
Sebelum ini pertubuhan Hamas mempunyai pejabat urusannya di Damsyik, namun ia dipindahkan ke Kaherah selepas Hamas memutuskan hubungan dengan Damsyik selepas Basyar menentang kebangkitan rakyat Syria.
Antara program yang diadakan pada program julung-julung kali itu adalah upacara persembahan dari kumpulan Nasyid Pemuda Palestin di samping artis-artis dari negara Jordan, Syria dan macam-macam lagi.
Khaled Meshaal dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua yang berhimpun bagi meraikan kemenangan Hamas dan umat Islam di Palestin serta merakamkan rasa rindu dan tidak melupakan bumi Palestin yang ditinggalkan sejak 1996 yang lalu.
Sebelum ini pertubuhan Hamas mempunyai pejabat urusannya di Damsyik, namun ia dipindahkan ke Kaherah selepas Hamas memutuskan hubungan dengan Damsyik selepas Basyar menentang kebangkitan rakyat Syria.
Antara program yang diadakan pada program julung-julung kali itu adalah upacara persembahan dari kumpulan Nasyid Pemuda Palestin di samping artis-artis dari negara Jordan, Syria dan macam-macam lagi.

(Di atas bangunan yang menempatkan pentas utama juga dikibarkan bendera PAS)
Langgan:
Ulasan (Atom)










