SELAMAT DATANG

Sabtu, 27 Jun 2009

PESURUHJAYA PAS KEDAH UMUM KABINET BARU PAS KEDAH SESI 2009-2011

Sabtu, 2009 Jun 27

Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Kedah hari ini telah meluluskan pembentukan kabinet baru PAS Kedah bagi sesi 2009-2011. Mesyuarat diadakan di Seri Mentaloon , Kediaman rasmi Menteri Besar Kedah.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Kedah bagi sesi 2009-2011

Pesuruhjaya : YAB Dato' Seri Ust Hj Azizan Bin Abd Razak
Timbalan Pesuruhjaya I :
YB Dato' ir. Hj. Phahrolrazi bin Hj Zawawi
Timbalan Pesuruhjaya II :
YB Dato' Hj Mahfuz bin Omar
Timbalan Pesuruhjaya III : YB Ust Hj Taib Azamudden bin Md Taib
Setiausaha :
YB Senator Hj Muhamad Yusuf bin Husain
Bendahari :
YB Dato' Hj Taulan bin Mat Rasul
Ketua Penerangan :
YB Dato' Hj Amiruddin bin Hamzah

AHLI JAWATANKUASA TAMBAHAN YANG DILANTIK:

1. Ust. Hj Abu Kassim bin Abdullah
2. Sheikh Ismail bin Kamis
3. Ust. Mohamad @ Fauzi bin Husin
4. Hajjah Zaakiah binti Baharom
5. Tuan Hj Sobri bin Osman
6. Tuan Haji Che Had bin Dhali
7. Tuan Haji Mohamed Hisham bin Mohd Nordin


KETUA DAN SETIAUSAHA DEWAN

1. Dewan Ulamak
Ketua : Sheikh Mohamad bin Abdullah
Setiausaha : Ust. Mohd Zainal Asri bin Ramli

2. Dewan Muslimat
Ketua : YB Ustazah Hajjah Aishah bin Ghazali
Setiausaha : Ustazah Fatimah binti Wan Teh

3. Dewan Pemuda
Ketua : Ust Ahmad bin Yahya
Setiausaha : Ust. Mohd Rosli bin Azmi

YDP DAN SETIAUSAHA PAS KAWASAN

1. LANGKAWI
YDP : Sdr. Zuber bin Ahmad
SETIAUSAHA : Tuan Haji Nasharuddin

2. JERLUN
YDP : YB Ust Abd. Ghani bin Abdullah
SETIAUSAHA :Sdrzhar bin Ibrahim

3. KUBANG PASU
YDP : YB Dato' Abd Isa bin Ismail
SETIAUSAHA : Tuan Hj Zuki bin Yusuf

4. PADANG TERAP
YDP : Ust Hj Zawawi bin Ahmad
SETIAUSAHA :Ust. Mohd Azam bin Abd Azaz

5. POKOKS SENA
YDP : YB Dato' Hj Mahfuz bin Omar
SETIAUSAHA :Sdr. Zuhairi bin Zubit

6. ALOR SETAR
YDP : YB Dr. Ismail bin Salleh
SETIAUSAHA :Sdr Zulkifli bin Yahya

7. KUALA KEDAH
YDP : YB Dato' Ir. Hj Phahrolrazi bin Hj Zawawi
SETIAUSAHA : Tuan Haji Aris bin Awang

8. PENDANG
YDP : Tuan Guru Hj Abd Rahim bin Abdullah
SETIAUSAHA : Tuan Hj Sobri bin Awang

9. JERAI
YDP : YAB Dato' Seri Ust Hj Azizan bin Abd Razak
SETIAUSAHA : Sdr. Muzaini bin Azizan

10. SIK
YDP : YB Yahya bin Abdullah
SETIAUSAHA : Sdr Anuardi bin Abu Bakar

11. MERBOK
YDP : Tuan Hj Mat Akhir bin Talib
SETIAUSAHA : Ust Azizan bin Hamzah

12. SUNGAI PETANI
YDP : YB Hj AbdullAh bin Jusoh
SETIAUSAHA : Sdr. Rosli bin Darus

13. BALING
YDP : Tuan Guru Hj Abdahab bin Hassan
SETIAUSAHA : Tuan Yusuf bin Ahmad

14. PADANG SERAI
YDP : Tuan Haji Fauzi bin Mat Tahir
SETIAUSAHA : Tuan Hj Nabil bin Putih

15. KULIM BANDAR/ BAHARU
YDP : Ust Hj Hassan bin Abd. razak
SETIAUSAHA :Sdr Hussain bin Saad





Michael Jackson dikebumi secara Islam

2009 Jun 27

PEMINAT-PEMINAT Jacko berkumpul selepas mengetahui penyanyi itu meninggal dunia di luar pusat perubatan UCLA, Los Angeles kelmarin.
LOS ANGELES - Raja Pop Michael Jackson akan disemadi dalam majlis pengebumian terbesar sepanjang sejarah dunia hiburan sekali gus mengalahkan pengebumian Elvis Presley dan James Brown, lapor sebuah akhbar semalam.

Berpuluh-puluh ribu peminat dijangka menghadiri majlis itu yang diramal sehebat pengebumian Puteri Diana.

Walaupun pengumuman mengenainya masih belum dibuat, Michael dijangka disemadi mengikut ajaran Islam berdasarkan pengumuman abangnya, Jermaine.

"Semoga Allah sentiasa bersama anda," kata Jermaine ketika mengumumkan kematian adiknya kelmarin. - Agensi

Seorang anggota paramedik menceritakan detik-detik Raja Pop, Michael Jackson meninggal dunia selepas jantungnya terhenti di rumah yang disewanya di sini kelmarin.

Menurut satu sumber pusat perubatan iaitu tempat Raja Pop itu dihantar bagi memulihkan jantungnya, penyanyi tersebut pengsan selepas diberikan suntikan ubat penahan sakit iaitu Demerol yang sama seperti morfin.


Satu sumber penyanyi itu berkata: "Sejurus selepas mengambil Demerol, dia mula mengalami kesukaran bernafas.

"Pernafasannya beransur-ansur lemah dan perlahan sehingga terhenti."

Beberapa kakitangannya melakukan pernafasan dari mulut ke mulut dan ambulans tiba dalam tempoh lapan minit.

"Namun, dia didapati tidak bernafas dan tiada nadi. Mereka mula melakukan teknik Rususitasi Pulmonari Kardio (CPR) (untuk menghidupkan jantung) dan menghantarnya ke hospital," kata sumber.

"Apabila tiba, mereka (kakitangan pusat perubatan) mula melakukan usaha menghidupkan jantungnya dengan memberikan kejutan pada jantungnya, memasukkan tiub pernafasan serta lain-lain langkah sokongan dan cuba menyelamatkan nyawanya.

"Dia tidak pernah sedar semula. Keluarganya kemudian diberitahu dia sudah meninggal dunia," tambah sumber itu.

Bagaimanapun punca sebenar kematiannya masih belum diketahui sehingga satu bedah siasat dilakukan.



GAMBAR menunjukkan rumah tempat Jacko pengsan di Beverly Hills, Los Angeles kelmarin.

--------------------------------------------------------------------------------

Michael yang terkenal dengan nama jolokan Jacko disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 petang waktu tempatan (5.26 pagi semalam waktu Malaysia).

Anggota-anggota paramedik bergegas pergi ke rumah Jacko selepas menerima panggilan telefon kecemasan daripada salah seorang pembantu rumah itu.

Skrin komputer yang merakamkan panggilan anggota paramedik menyatakan: "Lelaki berumur 50 tahun tidak lagi bernafas pada keseluruhannya."

Waktu panggilan itu dicatatkan ialah 12.21 tengah hari waktu tempatan.

Menurut kenyataan Pusat Perubatan UCLA yang disiarkan kelmarin: "Legenda Raja Pop, Michael Jackson meninggal dunia pada Khamis 25 Jun 2009 pada pukul 2.26 waktu tempatan. Dia dipercayai menderita kerana jantungnya terhenti di rumahnya.

"Bagaimanapun, punca sebenar kematiannya masih belum diketahui sehingga keputusan bedah siasat diperoleh.

"Doktor peribadinya berada bersamanya ketika itu dan cuba untuk memulihkannya termasuk anggota paramedik yang menghantarnya ke Pusat Perubatan Ronald Reagan UCLA.

"Satu pasukan doktor termasuk pakar perubatan dan kardiologi cuba untuk memulihkannya bagi satu tempoh masa lebih sejam tetapi tidak berjaya."



GAMBAR video stesen televisyen KNBC4 menunjukkan mayat Jacko dihantar ke
pejabat koroner Los Angeles kelmarin.

--------------------------------------------------------------------------------

Sebelum pengumuman itu, ibu Jacko, Katherine bergegas ke pusat perubatan itu manakala bapanya, Joe berada di Las Vegas dan diberitahu mengenai berita kematiannya.

Seorang doktor memberitahu saudara mara Raja Pop dan pembantunya bahawa semua usaha untuk menghidupkan semula jantungnya gagal.

Adik Jacko, La Toya dilihat berlari ke hospital dan menangis selepas abangnya diumumkan meninggal dunia.

Rakan karib Raja Pop, aktres Elizabeth Taylor turut bergegas ke pusat perubatan itu untuk memberikannya penghormatan terakhir. - Agensi

Pemborong Ikan Calon Pas Di Manik Urai

27 Jun, 2009 01:25 AM

KUALA KRAI, 26 Jun (Bernama) - Pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai yang juga Bendahari PAS Kawasan Kuala Krai Mohd Fauzi Abdullah dinamakan sebagai calon parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.Pengumuman calon PAS itu dibuat Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Manek Urai Lama, di sini, malam ini. Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pemilihan Mohd Fauzi, 50, yang juga Anggota Majlis Daerah Kuala Krai itu dibuat berdasarkan komitmen yang ditunjukkan anak tempatan itu terhadap parti.

Pada sidang akhbar sejurus selepas pengumuman dibuat, Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS DUN Manik Urai, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata pemilihan Mohd Fauzi dibuat peringkat akar umbi dan mendapat sokongan daripada pimpinan tertinggi PAS negeri dan Pusat.

"Pemilihan beliau berdasarkan cadangan tiga nama yang dibuat PAS cawangan Manik Urai. Daripada tiga nama yang diserah setiap cawangan, beliau mendapat pencalonan paling tinggi. Ia bukan keputusan sebulat suara, tetapi beliaulah yang mendapat pencalonan tertinggi," katanya.

Mohd Fauzi yang terkejut dengan pemilihannya itu, hanya bersedia menemui pemberita esok.Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaakob dari PAS pada 22 Mei lepas.Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon pada 6 Julai dan pengundian 14 Julai.-- BERNAMA
Kami


840 tahun yang lalu di Mesir

Assalamualaikum,
Minggu depan kan bulan Julai....... ...

Jadi saya ambil kesempatan menceritakan suatu kejadian yang berlaku pada bulan Julai 840 tahun yang lalu di Mesir:

Pada bulan Julai 1169, suatu rancangan membunuh Salahuddin Al-Ayubi telah dilaksanakan melalui pakatan kerajaan tentera salib di Baitul Maqdis (ketika itu Baitul Maqdis diperintah oleh kerajaan tentera salib) dan pekerja-pekerja bangsa Nubia yang bekerja di kediaman dan pejabat Salahuddin. Mengikut rancangan yang diatur, sebaik sahaja Salahuddin mati dibunuh, pasukan tentera salib akan menyerang dan menakluki Mesir.


Rancangan ini gagal kerana dapat dikesan lebih awal oleh Salahuddin, dan mereka yang terlibat dapat ditangkap dan dihukum bunuh, maka serangan dan penaklukan Mesir oleh tentera salib yang dirancangpun gagal.

Bangsa Nubia yang berasal dari daerah di luar Mesir, iaitu di selatan Mesir menjadi marah kepada Salahuddin kerana telah membunuh bangsa Nubia yang terlibat yang juga penyokong pasukan tentera Salib. Mereka telah melakukan rusuhan dan porak poranda, tetapi Salahuddin telah berjaya menghapuskan pemberontakan ini.

Pemberontak- pemberontak Nubia yang terselamat telah melarikan diri ke Nubia di selatan Mesir. Salahuddin pula telah menghantar pasukan tentera memburu mereka dan berjaya pula menangkap dan membunuh lebih ramai pemberontak Nubia di selatan Mesir.

Dalam suatu operasi di sebuah daerah di Nubia yang ditadbir oleh orang Islam Nubia (di Nubiapun ada orang Islam), pasukan tentera Salahuddin terkejut sebab terjumpa ladang babi (ni cerita betul, bukan rekaan). Lalu pasukan tentera Salahuddin ini telah membunuh semua babi berkenaan. Orang Islam di situ berasa amat malu dengan peristiwa itu.

Selepas operasi pembasmian pemberontak Nubia, Salahuddin semakin berhati-hati dan memfokuskan pentadbirannya terhadap penyatuan dan kerjasama sesama rakyat Mesir dan orang Islam.

Ketika itu, kerajaan Mesir berada di bawah pentadbiran Khalifah Fatimiah yang bermahzabkan Syiah, sedangkan pasukan tentera Mesir yang diketuai oleh Salahuddin melapor kepada kepada Gabenor Syria yang ditadbir oleh Khalifah Abasiah yang bermahzab Sunnah.

Tetapi, kerjasama dan perpaduan yang erat di antara orang Islam Syiah dan Sunnah begitu baik dan berkesan sehingga kerajaan Mesir pada ketika itu begitu kuat, dan pasukan tentera Mesir pada ketika itu di anggap sebagai pasukan tentera Islam yang terkuat di dunia. Pada era itu, khutbah Jumaat pun dibuat sedemikian rupa agar kandungannya mengeratkan kerjasama dan muafakat di antara Syiah dan Sunnah dan doanya mendoakan kesejahteraan Khalifah Fatimiah dan Khalifah Abasiah.

Apabila Syiah dan Sunnah bersatu di bawah panji-panji Islam dan dipimpin pula oleh individu Islam sebenar seperti Salahuddin, maka Islam menjadi amat kuat sehingga berjaya merampas semula Baitul Maqdis dari kerajaan tentera Salib.

Inilah sebenarnya fakta kekuatan tentera Salahuddin pada ketika itu:

Kerjasama dan muafakat sesama Islam!

- Fakta yang jarang diperkatakan apabila membicarakan berkenaan kejayaan Salahuddin Al-Ayubi.

Terima kasih.


Jumaat, 26 Jun 2009

Iya Ke Rakyat Indonesia Marahkan Kita?

Friday, June 26, 2009
Takzim Jumaat

KELMARIN seorang rakan lama yang kerap berulang alik ke negara jiran Indonesia kerana urusan perniagaan rumah makan (restoran) menelefon saya. Saya sudah dapat mengagak kalau beliau telefon tentu ada cerita yang hendak dikongsikan. Dia adalah sumber maklumat tidak rasmi saya dalam hal-hal tertentu.

Kalau tidak ada cerita, jangan harap kawan ini menghubungi saya. Ketika sahabat saya, (juga sahabatnya) Khairel Annuar Ujang kembali ke Rahmatulah dua tiga minggu lepas, saya menghantar SMS memaklumkan, namun tidak dibalas. Saya kira dia sudah ghaib dalam gong gendang.

Tetapi bila dia menelefon semalam bermakna dia masih ok. Masih ingat dan masih ada cerita hendak disampaikan!


Seperti dijangkakan, dia melamporkan mengenai perasaan marah rakyat Indonesia mengenai beberapa kejadian atau isu yang berlaku di negara kita membabitkan rakyatnya. Ada tiga kejadian atau isu yang menjadi perhatian rakyat Indonesia dewasa ini.

Pertama, isu pragawati Monahara Odelia Pinot (foto) yang berkahwin dengan Tengku Mohamad Fakhry Sultan Ismail Petra kemudian minggat pulang ke pangkuan keluarganya. Kedua, ialah mengenai nasib malang dialami Siti Hajar seorang pembantu rumah yang didera majikan. Ketiga, ialah mengenai tragedi bangunan runtuh di Petaling Jaya yang mengorbankan tujuh warga Indonesia. Dan keempat ialah perebutan pulau Ambalat.

Menurut kawan itu isu-isu berkenaan cukup panas di Indonesia sekarang ini. Di mana-mana ia diperkatakan. Dalam media, tv dan sebagainya isu itu menjadikan bahan bualan panas yang mengasak jiwa dan hati rakyat Indonesia membenci Malaysia. Menurut kawan itu lagi kisah Monahara itu disiarkan khusus dalam satu saluran tv swasta di sana.

Menariknya lari, katanya kisah Moanahara dan Tengku Fakhry itu juga akan dijadikan filem. Penggambaran sudah pun bermula. Thrillernya sudah ditayang dipawagam dan saluran tv tertentu di Jakarta.

Hairan juga, isu Mohanara dan bangunan runtuh itu sepatutnya tidak menimbulkan kekalutan. Kedua kejadian itu adalah takdir. Soal Monahara dan Fakhry itu soal peribadi yang tidak perlu dipertikai dan diperpanjangkan. Demikian juga dengan keruntuhan bangunan lama di Petaling Jaya itu. Ia adalah bencana yang tidak dapat dielak oleh manusia di mana sepatutnya tidak dipersoalkan dan dijadikan sebab untuk memerli rakyat Malaysia.



Suara Umno: Mufti Perak Jangan Di Peralat

26 JUN 2009 - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kecewa dengan ulasan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkaitan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan PAS-UMNO yang juga mendakwa PAS sebagai parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik.

DPPN Pk mengecam kenyataan Tan Sri Harussani yang cuba bersikap berpihak kepada UMNO di dalam isu Kerajaan Perpaduan ini. Mufti yang sepatutnya di lihat tidak berpihak dan sebagai penasihat Agama kepada Seri Paduka Sultan Perak agar tidak mencemar kedudukannya dan berpihak sebagai suara kepada mana-mana parti politik.


DPPN Pk akan mengadakan pertemuan bersama dengan Tan Sri Harussani bagi menjelaskan dan menerangkan perkara sebenar penolakan terhadap kerjasama dengan UMNO yang telah dilihat di Perak sendiri cara mereka merampas Kerajaan Pakatan Rakyat Perak pada Februari yang lalu.

DPPN Pk juga meminta supaya isu-isu Agama Islam yang menjadi tanggungjawab Mufti mesti diselesaikan dahulu daripada memberikan kenyataan-kenyataan politik. DPPN Pk berharap agar kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Mufti supaya tidak berpihak kepada UMNO semata-mata tetapi lebih bertanggungjawab jika ianya bertentangan dengan UMNO.

Dr. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.


KERAH BALA TENTERA KE MANEK URAI - Mahfuz Beri Bukti UMNO Guna Tentera Untuk Raih Undi Di Manek Urai

Jumaat, Jun 26, 2009



MANEK URAI - UMNO akan turun bertanding pada pilihanraya kecil Manek Urai bulan depan dengan taktik baru: membawa masuk Angkatan Tentera Darat untuk meraih undi daripada penduduk, Naib Presiden PAS Mahfuz Omar mendedahkan.

“Projek Jiwa Murni,” akan meyaksikan anggota tentera diberi misi melaksanakan beberapa projek kebajikan di kubu kuat PAS di DUN Manek Urai untuk menyakinkan pengundi memberi sokongan kepada UMNO, kata Mahfuz.

Beliau memberikan bukti dalam bentuk salinan dokumen Kementerian Pertahanan yang memberi arahan khusus tentang perlaksanan projek itu.

“Bersama saya surat dari staf perisikan di Kementah kepada Panglima Angkatan Tentera, yang mengarahkan satu projek awam mesti dibuat di bawah Angkatan Tentera Darat di kawasan-kawasan peti undi kelabu dan hitam dimana BN mampu memperkukuh tahap sokongan berdasarkan kepada keputusan PRU12,” kata Mahfuz. .


Beliau berkata walaupun angkatan tentera melaksanakan projek-projek itu seolah-olah untuk membantu rakyat, dokumen berkenaan jelas menunjukkan tentera turut “diseret ke dalam kempen politik bagi menjayakan kemenangan bagi Barisan Nasional”.

“Ini ayat cukup jelas hasil dari Bahagian Risik dan dipersetujui oleh Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan yang telahpun mengeluarkan arahan melaksanakan projek Jiwa Murni,” tambah Mahfuz

Mahfuz berkata Projek Jiwa Murni dilancarkan bagi memberi kemenangan kepada UMNO pada pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 Julai nanti.

Menurut Mahfuz, antara kawasan yang disasarkan di bawah projek itu adalah Lata Rek, Laloh, Sungai Perial, Sungai Sok, Temalir, Chuchoh Puteri, Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru.

“Ini semua berkaitan dengan kajian kekuatan dan kelemahan BN yang dibantu oleh Bahagian Perisikan Tentera. Mengheret angkatan tentera untuk menjayakan kemenangan BN adalah diluar dari bidang tugas tentera,” kata Mahfuz

Sebelum itu di Dewan Rakyat, barisan menteri dan wakil-wakil rakyat Umno-BN diam ketika diajukan pertanyaan dari Mahfuz mengenai dokumen Kementerian Pertahaanan itu. .

Mahfuz menggesa supaya Umno supaya tidak bersikap bacul dengan menyalahgunakan sumber-sumber ketenteraan dalam pilihanraya.

“Saya bukan menghalang mereka buat projek membantu masyarakat. Disini jelas menyatakan arahan supaya projek itu tidak dibuat dekat dengan penamaan calon nanti akan dilihat mengatakan pihak tentera terlibat secara langsung," kata Mahfuz.

Ini jelas satu taktik untuk mengabui mata rakyat dan Pakatan Rakyat. Hakikat ialah ini adalah projek pilihanraya. Kami tidak membantah sekiranya mereka buat selepas pilihanraya,” kata Mahfuz.

Michael Jackson

Michael Joseph Jackson (lahir 29 Ogos 1958 - meninggal 25 Jun 2009), sering dikenali sebagai MJ dan "Raja Pop", ialah pemuzik, penghibur, dan ikon pop dari Amerika Syarikat yang menjadikan kejayaan kerjaya dan hidup peribadi yang penuh kontroversi sebagai sebagai sebahagian budaya pop selama 40 tahun.

Michael Jackson dipandang sebagai salah seorang penghibur terhebat dan artis rakaman paling popular dalam sejarah, dengan mempamerkan teknik-teknik fizikal yang rumit, seperti tarian robot dan moonwalking yang telah membentuk muka hiburan dan tarian popular. Kejayaan beliau dalam industri muzik termasuklah revolusi video muzik, mencatatkan keluaran dan jualan album berprofil tinggi sebagai trend baru untuk syarikat rakaman untuk mengaut untung,mendominasi muzik pop sepanjang 1980-an, dan menjadi penghibur berkulit hitam yang meraih bilangan peminat yang besar di MTV sambil melariskan saluran muzik yang muda ketika itu.


Gaya, pergerakan dan vokal beliau yang amat unik telah memberi ilham dan pengaruh, serta melahirkan satu generasi penuh dengan artis-artis hip hop, pop, dan R&B. Beliau secara simboliknya digelar "Penghibur Paling Berjaya Sepanjang Zaman" oleh Guinness World Records.

Biografi

Jackson memulakan kerjaya menyanyi pada usia tujuh tahun sebagai penyanyi utama kumpulan The Jackson 5. Belaiu mengeluarkan rakaman solo sulung beliau, Got to Be There, pada tahun 1971, sementara masih bersama kumpulan tersebut.Dalam karier solo beliau, Jackson merakam dan menerbit album yang terlaris dijual sepanjang zaman, iaitu album Thriller yang jualan sedunianya mencecah 104 juta.Selepas Thriller, Jackson terus mengeluarkan album-album yang menjadi juara carta antarabangsa seperti Bad (1987), Dangerous (1991), HIStory (1995), dan Invincible (2001), album terkini beliau yang mengandungi semuanya karya asli. Michael Jackson telah menerima 13 anugerah Grammy dan mencatat 13 single #1 di Amerika Syarikat, menjadikan beliau artis lelaki solo yang paling banyak kali mencapai kedudukan #1 dalam era Hot 100.Pada bulan November 2006, World Music Awards mengumumkan bahawa Michael Jackson telah menjual lebih 750 juta unit seluruh dunia, menjadikan Jackson salah seorang artis muzik yang paling laris jualannya sepanjang zaman.

Dari 1988 hingga 2005, Jackson menetap di hartanah Neverland Ranch beliau, di mana beliau membina sebuah taman tema kecil dan zoo persendirian yang sering dikunjungi kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan menghidapi penyakit yang tidak boleh dirawat. Khabar angin mengenai parti bermalam di rumah beliau menerima liputan media negatif setelah didapati bahawa kanak-kanak kerap tidur di aktilnya. Ini mula-mula diketengahkan apabila beliau dituduh melakukan penderaan kanak-kanak seksual pada tahun 1993. Hubungan Michael Jackson dnegan kanak-kanak diketengahkan semula pada tahun 2003 apabila dokumentari TV Living with Michael Jackson disiarkan. Akibatnya, Jackson diheret ke mahkamah lalu didapati tidak bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan kanak-kanak dan tuduhan-tuduhan lain pada tahun 2005.

Kematian

Wikinews mempunyai berita berkaitan dengan: Singer and songwriter Michael Jackson dies Pada pagi 25 Jun 2009, Jackson dilaporkan pengsan di rumah sewanya di barat Los Angeles. Pasukan paramedik menerima panggilan kecemasan pada pukul 12:21 pm waktu tempatan.Beliau dilaporkan tidak bernafas sebaik sahaja pasukan paramedik tiba, dan rawatan CPR cuba dilakukan serta-merta.Beliau koma dan meninggal dunia sebaik sahaja selepas dikejarkan ke Hospital UCLA.Kematian beliau disyaki kerana kegagalan jantung.Jackson diisytiharkan meninggal dunia pada pukul 2:26 pm Waktu Pasifik. Pada pukul 4:36 pm waktu tempatan, koroner Los Angeles mengesahkan kematian Jackson. Walaupun tiada bukti perbuatan jenayah, pasukan penyiasat Jabatan Polis Los Angeles memulakan siasatan terhadap kematiannya.


Michael Jackson meninggal dunia

26 Jun 2009

LOS ANGELES, 26 Jun - Michael Jackson (50 tahun ) yang baru-baru ini dikatakan telah memeluk Islam telah menghembuskan nafas terakhir dirumahnya di Los Angeles.
Sekiranya benar berita yang mengatakan beliau telahpun memeluk Islam, Al-Fatihah buatnya.

Kehidupannya juga merupakan satu pengajaran kepada umat manusia betapa jangan dicabar dan diubah kejadian dan ciptaan Allah yang sememangnya sempurna. Michael Jackson telah beberapa kali cuba mengubah rupa parasnya dan juga warna kulitnya.

LOS ANGELES – Michael Jackson, the sensationally gifted child star who rose to become the "King of Pop" and the biggest celebrity in the world only to fall from his throne in a freakish series of scandals, died Thursday. He was 50. Jackson died at UCLA Medical Center in Los Angeles. Ed Winter, the assistant chief coroner for Los Angeles County, confirmed his office had been notified of the death and would handle the investigation.

The circumstances of Jackson's death were not immediately clear. Jackson was not breathing when Los Angeles Fire Department paramedics responded to a call at his Los Angeles home about 12:30 p.m., Capt. Steve Ruda told the Los Angeles Times. The paramedics performed CPR and took him to UCLA Medical Center, Ruda told the newspaper.

Jackson's death brought a tragic end to a long, bizarre, sometimes farcical decline from his peak in the 1980s, when he was popular music's premier all-around performer, a uniter of black and white music who shattered the race barrier on MTV, dominated the charts and dazzled even more on stage.

His 1982 album "Thriller" — which included the blockbuster hits "Beat It," "Billie Jean" and "Thriller" — remains the biggest-selling album of all time, with more than 100 million copies worldwide.

The public first knew him in the late 1960s, when as a boy he was the precocious, spinning lead singer of the Jackson 5, the music group he formed with his four older brothers. Among their No. 1 hits were "I Want You Back," "ABC," and "I'll Be There."

He was perhaps the most exciting performer of his generation, known for his feverish, crotch-grabbing dance moves and his high-pitched voice punctuated with squeals and titters. His single sequined glove, tight, military-style jacket and aviator sunglasses were trademarks second only to his ever-changing, surgically altered appearance.


"For Michael to be taken away from us so suddenly at such a young age, I just don't have the words," said Quincy Jones, who produced "Thriller." "He was the consummate entertainer and his contributions and legacy will be felt upon the world forever. I've lost my little brother today, and part of my soul has gone with him."

Jackson ranked alongside Elvis Presley and the Beatles as the biggest pop sensations of all time. In fact, he united two of music's biggest names when he was briefly married to Presley's daughter, Lisa Marie.

But as years went by, Jackson became an increasingly freakish figure — a middle-aged man-child weirdly out of touch with grown-up life. His skin became lighter, his nose narrower, and he spoke in a breathy, girlish voice. He surrounded himself with children at his Neverland ranch, often wore a germ mask while traveling and kept a pet chimpanzee named Bubbles as one of his closest companions.

In 2005, he was cleared of charges he molested a 13-year-old cancer survivor at Neverland in 2003. He had been accused of plying the boy with alcohol and groping him. The case took a fearsome toll on his career and image, and he fell into serious financial trouble.

Jackson was preparing for what was to be his greatest comeback: He was scheduled for an unprecedented 50 shows at a London arena, with the first set for July 13. He was in rehearsals in Los Angeles for the concert, an extravaganza that was to capture the classic Jackson magic: showstopping dance moves, elaborate staging and throbbing dance beats.

Singer Dionne Warwick said: "Michael was a friend and undoubtedly one of the world's greatest entertainers that I fortunately had the pleasure of working with........we have lost an icon in our industry."

Hundreds of people gathered outside the hospital as word of his death spread. The emergency entrance at the UCLA Medical Center, which is near Jackson's rented home, was roped off with police tape.

"Ladies and gentlemen, Michael Jackson has just died," a woman boarding a Manhattan bus called out, shortly after the news was announced. Immediately many riders reached for their cell phones.

In New York's Times Square, a low groan went up in the crowd when a screen flashed that Jackson had died, and people began relaying the news to friends by cell phone.

"No joke. King of Pop is no more. Wow," Michael Harris, 36, of New York City, read from a text message a friend sent to his telephone. "It's like when Kennedy was assassinated. I will always remember being in Times Square when Michael Jackson died."

Teks Khutbah 26 Jun 2009 dibaca di Masjid Taman Surada, Kajang oleh Ustaz Nazir

Islam DiSanjung Umat Bertamadun

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 41 surah ar-Rom :

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Maksudnya : Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Kita sebagai umat yang beriman wajib mengakui bahawa setiap bencana yang berlaku di atas muka bumi ini merupakan ujian Allah bagi menguji tahap keimanan umat manusia atau pun pembalasan daripada Allah bagi menimbulkan kesedaran dan pengajaran kepada umat manusia yang selama ini sering melakukan penderhakaan terhadap Allah disamping amaran bagi segelintir manusia yang merosakkan bumi Allah tanpa memikirkan keselamatan orang lain supaya segera menghentikannya.


Hari ini dunia sedang bercakap tentang serangan penyakit selsema babi yang membimbangkan sehingga mengganggu industri pelancongan di mana menurut laporan, tempahan menginap di hotel telah mengalami penurunan penempahan sebanyak 10 peratus. Malah, penularan wabak ini turut menghempap kepada sektor makanan dan pengangkutan. Di seluruh dunia, jumlah kes jangkitan selsema babi sehingga kini sudah menjangkiti 53,110 orang di 99 negara dan membunuh 232 nyawa.

Manakala dalam negara pula mencatat jumlah keseluruhan kes setakat ini ialah 91 kes iaitu 77 kes import dan 14 kes jangkitan tempatan dengan peningkatan mendadak 400 peratus dalam masa seminggu disamping 4 buah sekolah ditutup. Semua ini mengajar umat manusia untuk mengakui kehebatan dan kekuasaan Allah yang tidak mampu disekat oleh manusia. Malangnya walau pun kes selsema babi semakin meningkat namun industri penternakan babi terus dipertahankan seolah-olah dunia sudah dibeli oleh kapitalis penternak babi tidak sebagaimana menangani masalah selsema burung, lembu gila, penyakit kuku dan mulut yang kebanyakannya diambil tindakan segera dengan membunuh binatang tersebut.

Bila manusia lebih rela membela penyakit maka masalah makin parah dan penderitaan makin bertambah. Demi menjaga keuntungan setengah pihak maka rakyat dibiarkan menderita. Oleh itu di dalam berdepan dengan serangan penyakit yang merbahaya ini kita meminta agar kerajaan menghapuskan segala punca penyakit ini disamping kita mesti memperbanyakkan solat hajat dan berdoa agar dihindarkan daripada musibah ini

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :

فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar


Mimbar Jumaat hari ini juga mengajak seluruh umat Islam yang bermaruah untuk sama-sama mengutuk dan mengecam laporan jahat dan biadap yang dikeluarkan oleh International Crisis Group (ICG) yang beribu pejabat di Belgium yang menuduh sekolah pondok telah dijadikan tempat melahirkan pemberontak di Selatan Thai berikutan kumpulan pemisah menggunakan pondok untuk merekrut dan melatih remaja Muslim. Ketika umat Islam dibunuh dengan kejam termasuk ditembak ketika sedang solat berjemaah di dalam masjid, masih ada lagi musuh Islam yang cuba menimbulkan sikap anti-Islam.

Sempena berada pada hari Jumaat yang mulia, kita mendesak agar pemimpin negara memainkan peranan penting dalam menekan kerajaan Thailand supaya menarik balik 30 ribu tentera di Selatan Thailand disamping menamatkan perintah darurat yang memberikan kuasa kepada pihak tentera untuk menahan penduduk yang majoritinya Islam tanpa sebarang dakwaan. Kita tidak mahu isu saudara seagama dibunuh sesuka hati dibiarkan begitu sahaja sehingga kita berasa kecewa apabila Parlimen menolak untuk membincangkannya baru-baru ini

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah ,


قَالَ الرَّسُوْلُ  : لاتَقُوْمَ السَّاعّةُ حَتَّى يَكُوْنَ الوَلَدُ غَيْظًا وَالمَطَرُ قَيْظًا وَيفِيْضَ اللِّئَامِ فَيْضًا وَيَغِيْضَ الكِرَامِ غَيْضًا وَيَجْتَرِئ َالصَّغِيْرُ عَلَى الكَبِيْرِ وَاللَّئِيْمِ عَلَى الكَرِيْمِ – رواه الطبراني فى الأوسط

Maksudnya : Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibubapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik, dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik

Kita telah beberapa hari berada dalam bulan Rejab yang mengingatkan kita tentang gambaran dunia dalam peristiwa Isra’ Mikraj yang berlaku pada diri nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang yang terlalu tua iaitu dunia ini terlalu hampir dengan saat kehancurannya yang dipanggil Qiamat. Pelbagai tanda Qiamat samada kecil dan besar telah berlaku di zaman kita ini termasuk cuaca yang begitu panas dan merbahaya di samping masalah sosial dan jenayah yang begitu teruk bermula dalam keluarga, masyarakat kampung sehinggalah negara.

Masalah dadah yang semakin runcing sehingga hampir setiap rumah ada yang terlibat dengan jenayah ini sehingga bukan sedikit wang rakyat dihabiskan untuk mengubati penyakit yang telah parah ini. Bila pusat serenti bukan sahaja penuh malah tidak lagi mampu menampung penagih tegar ditambah dengan beberapa rusuhan yang terbaru di mana 500 orang penghuni Pusat Serenti Kampung Selamat, Tasek Gelugor sehingga ada pelatih yang lari dan berapa banyak harta awam musnah.

Ini antara gambaran bila manusia kosong hatinya daripada makanan rohani akibat negara diserang dengan hiburan melampau dan kehidupan yang jauh daripada panduan agama. Oleh itu system pendidikan agama bermula daripada keluarga, sekolah, pusat pengajian tinggi dan seterusnya apabila telah bekerja wajib diperkasakan supaya hati rohani rakyat tidak mati. Kita begitu bimbang apabila system pendidikan negara hari ini lebih menekan kepada keduniaan dari segi teori dan praktikal dengan menjadikan pendidikan agama hanya pelengkap jadual sahaja.

Akhirnya dari segi kecemerlangan akademik, universiti negara kita jatuh tercorot berbanding Universiti Chulalongkon, Thailand apatah lagi universiti Singapura dan Indonesia. Begitu juga pendidikan peringkat rendah yang turut menjunam prestasinya sehingga hanya tinggi sedikit daripada Papua New Guinea. Ke mana sebenarnya arah tuju pendidikan negara yang nampaknya gagal dari segi dunia apatah lagi agama. Jangan asyik memuja Bahasa Inggeris sehingga gejala liberalisasi beragama, sekularisme yang menimpa umat Islam adalah majoriti daripada kelompok yang pro kepada pendidikan ala Inggeris dan pendidikan berteraskan bahasa berkenaan sedangkan bahasa Melayu telah lama dipakejkan dengan nilai Islam sejajar juga dengan perkembangan tulisan jawi yang menggantikan tulisan Pallava Sanskrit. Berubahlah kepada Islam agar dunia hebat, akhirat dapat.

Sidang Jumaat Yang diberkati Allah ,

Bulan Rejab dijadikan Bulan Sembahyang oleh Kerajaan Kelantan semenjak beberapa tahun yang lepas bagi memberi kesedaran kepada rakyat tentang betapa peri pentingnya solat dalam mencapai kecemerlangan dunia akhirat. Oleh itu betapa pentingnya peranan sistem pendidikan negara dalam melahirkan pelajar sekolah, universiti dan pegawai serta pekerja yang sentiasa menjaga solat 5 waktu.

Kita menyokong usaha Kerajaan Kelantan yang berusaha memastikan antara syarat penerimaan bekerja dan kenaikan pangkat menjadikan solat sebagai antara syarat kelayakannya disamping cuba meminda perundangan bagi membolehkan rakyat yang meninggal solat boleh dijatuhkan hukuman berat. Kita juga mendesak agar kerajaan pusat menjadikan program seperti Biro Tatanegara (BTN) untuk melahirkan pegawai dan pekerja yang jaga solat, jauhi rasuah dan amalan buruk yang lain tidak sebagaimana sebelum ini yang diguna untuk memuja pemimpin dan meniup semangat perlkauman sempit yang bertujuan menjaga kedudukan pemimpin.

Begitu juga modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mesti dikemaskan dari sudut pengisian agama dan pengambilan hendaklah kepada remaja bermasalah seperti masalah disiplin di sekolah, tinggal solat, rempit dan sebagainya tidak sebagaimana hari ini di mana kadang-kadang pengisian agama diganti dengan tarian dan sebagainya. Jangan biarkan wang negara dibazirkan untuk merosakkan lagi rakyat sebaliknya gunakanlah untuk mengisi rohani rakyat yang gersang daripada agama.

Firman Allah dalam ayat 45 surah al-‘Ankabut :

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Maksudnya : Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ





Khamis, 25 Jun 2009

UMNO Sesat - Pemuda Umno buat laporan polis kenyataan Nik Aziz

Khamis Jun 25, 2009

KOTA BHARU: Pemuda Umno Kelantan hari ini membuat laporan polis berhubung satu kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyamakan Umno dengan ajaran sesat dan juga komunis yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan rakyat.

Laporan itu dibuat oleh ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian, di Balai Polis Kota Bharu pada 10.30 pagi tadi dengan diiringi kirakira 100 anggota pergerakan itu yang membawa beberapa sepanduk mengecam tindakan Pas bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Anuar berkata kenyataan Nik Aziz pada 21 Jun lepas menyamakan perjuangan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan juga menyamakan Umno sebagai komunis dan menolak Islam, adalah tidak berasas.


"Pemuda melihat tuduhan ini sebagai mengetepikan sejarah dan perlembagaan negara kerana sekiranya disamakan Umno dengan Chin Peng, kita mahu bertanya Nik Aziz, berapa ramaikah yang telah dibunuh dan diperkosa oleh Umno sejak penubuhannya.

"Sekiranya kita Umno disamakan dengan ajaran sesat Ayah Pin berapa ramaikah yang telah disesatkan oleh Umno, dan sekiranya kita disamakan dengan parti sosialis yang tidak percayakan agama dan kewujudan ketuhanan, kami yakin Umnolah yang banyak membawa perubahan kepada orang Melayu dan Islam dalam negara ini," katanya.

Anuar berkata kenyataan Nik Aziz itu telah mencetuskan perasaan marah, benci dan kecewa dalam kalangan ahli Umno dan rakyat, dan beliau perlu dikenakan tindakan. BERNAMA

Komen Blog Ibnu Hasyim: Melihat kepada perlembagaan UMNO yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan partinya, maka jelas ia tersesat dari jalan yang lurus menurut Al-Qur'an. Lihat pengakuan dan ikrar kita dengan Tuhan tiap hari dalam sembahyang, seperti yang terkandung dalam Surah Al-Fatihah, 'Jalan Yang Lurus' bukan 'jalan yang sesat'.

Bagaimana pula dengan kerjasama PAS dengan parti gabungan? Boleh, kerana parti-parti itu merestui perjuangan PAS atau parti Islam untuk menegakkan negara Islam. UMNO setakat ini menentang PAS untuk menegakkan negara Islam, dan amat takut kepada perundangan Islam, contohnya dalam menolak hudud, amalan asobiah kebangsaan menjadi dasar parti, rasuah, pilih kasih, membazirkan wang rakyat atau lain-lainnya.

Apakah UMNO sepatutnya disuruh bertaubat dan pengundi-pengundi Manek Urai wajib mengundi PAS? (2MA)


PRK MANEK URAI : CALON PAS DAH 'CONFIRM' CALON UMNO MASIH SAMAR-SAMAR

MANEK URAI. Khamis, Jun 25, 2009 - Calon PAS untuk Pilihanraya Kecil Manek Urai sudah dipilih dan 'confirm' manakala Umno/BN masih pening memilih siapa calon yang terbaik kerana berlakunya perebutan antara mereka.
Bagi PAS soal memilih calon tidak menjadi masalah kerana ramai calon-calon yang berkaliber dan boleh diketengahkan. Cuma PAS perlu mencari calon terbaik di kalangan yang baik-baik ini. Yang penting calon tersebut mesti boleh diterima oleh rakyat sebagaimana penerimaan rakyat kepada Allahyarham Pak Su Wei.


Sebab itulah pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam, Najib seperti tidak pasti bila nama calon Umno/BN akan diumumkan sehingga terpaksa bertanya kepada Muhyiddin. Umno/BN hanya akan mengumumkan calonnya pada Ahad ini itupun belum tentu lagi memandangkan kekalutan dan perebutan hebat yang berlaku antara pemimpin-pemimpin yang kemaruk pangkat seperti Zulkefli Omar, Rohani Abdul Majid, Azizzudin Hussein, Che Jalal Muda dan Tuan Aziz Tuan Mat. Mereka ini adalah ayam-ayam sabung kepada Ketua Umno Bahagian Kuala Kerai, Ramzi Abdul Rahman; Bekas Ketua Bahagian Wan Zaid Abdullah dan Ketua Perhubungan Umno Kelantan, Mustapha Mohamad.

Sementara itu Harakahdaily melaporkan bahawa PAS akan mengumumkan nama calon malam esok bertempat di Markas Kampung Manek Urai Lama pada majlis ceramah yang diadakan.

Ketua Penerangan PAS Kuala Krai, Arifabillah Ibrahim berkata, pengumuman nama calon yang dilakukan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, hadir sama pada program itu Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Pengarah Pilihan Raya KeADIlan, Saifuddin Nasution.

"Program tersebut dijangka mendapat sambutan ramai di kalangan penduduk tempatan kerana mereka mahu melihat dari dekat wajah pemimpin yang akan menggantikan Paksu Wil," katanya.

Kesesakan lalu lintas dijangka teruk berlaku petang esok sehingga berakhir ceramah memandangkan laluan ke kampung tersebut hanya melalui sebuah jambatan sempit yang merentangi Sungai Lebir.

Selain itu jalan di Manek Urai lama juga agak sempit agak sukar untuk menerima limpahan kenderaan. Apa yang pasti itulah sebahagian kemeriahan pilihan raya.


Satu Lagi Kebetulan: One Malaysia dan One Israel

June 24th, 2009
oleh Ibnuyaacob

Sebelum Perdana Menteri Malaysia mengumumkan konsep One Malaysia, negara Israel telah pun berbuat demikian pada 1980 dengan melancarkan kempen One Israel.

Adalah amat memeranjatkan, semua yang dilakukan oleh Malaysia sentiasa berkebetulan dengan Israel malah dari segi perkataan dan angka juga amat tepat penggunaannya.

Konsep One Israel 1980

Konsep One Israel telah diumumkan oleh Yitzhak Yitzhaky pada 14 Oktober 1980 sebagai langkah menarik perhatian rakyat Israel bagi pilihanraya yang akan berlangsung pada 1999. Konsep One Israel diisytihar sebagai menunjukkan gabungan tiga parti utama Israel iaitu Labour, Gesher dan Memad.

Kemudian, One Israel diperkuatkan semula oleh pemimpin Parti Buruh iaitu Ehud Barak dalam persediaan menghadapi pilihanraya Israel 1999. Dengan pelancaran konsep One Israel, Barak mengharakan Parti Buruh berjaya menarik sokongan rakyat Israel.


Namun begitu, gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh tidak bertahan lama. Pada tahun 2000, Barak telah menyertai perjanjian Camp David bersama Yassir Arafat. Tindakan Barak menyebabkan salah satu parti gabungan iaitu Parti Gesher menarik diri.

Keluarnya Gesher dari gabungan menyebabkan berakhirnya gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh selama ini.

Kesimpulan

Namun demikian, tiada teori konspirasi yang boleh dikaitkan antara Malaysia dan Israel dalam memperkenalkan konsep ini. Sama ada ia satu lagi kebetulan selepas Wawasan 2020 adalah terserah kepada penelitian pihak pembaca.
Konsep One Malaysia dan One Israel setakat ini kami mentafsirkan sebagai satu lagi kebetulan. Mungkin selepas ini Malaysia akan melancarkan lagi beberapa dasar yang berciri-cirikan kebetulan.

Sebagai rakyat Malaysia, kami mengharapkan tiada unsur-unsur pengaruh luar (Israel) yang menyelubungi pentabdbiran kerajaan Malaysia sekarang. Mudah-mudahan Malaysia sentiasa aman makmur lagi berdaulat!


antara chin peng dan henry gurney

Di bawah ini diperturunkan ayat di perenggan ke dua di papan tanda yang dengan bangga diletakkan mengenang tempat kejadian pembunuhan Henry Gurney.

“Henry Gurney bersama isterinya dan setiausaha peribadi D.J Stapler bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Bukit Fraser untuk urusan rasmi dan berehat. Apabila kereta Rolls Royce yang membawa rombongan Gurney itu dengan kibaran bendera 'Union Jack' oleh Konstable Mohd Din sedang mengambil selekoh s di bt. 56 ½, kira – kira 8 batu dari Bukit Fraser tiba – tiba Rolls Royce menjadi sasaran peluru pengganas komunis”
Ayat di atas menggambarkan kita tidak pernah belajar untuk menulis sejarah sendiri. Tulisan penjajah yang merakam sejarah kita salin bulat – bulat. Kita bangga dengan kibaran Union Jack. Ada rekod Henry Gurney mati dan isterinya selamat tetapi apa nasib Mohd Din yang diperdaya menjadi pemandu lantikan penjajah, kita tidak kisah.

Bukankah sebagai anak Malaysia kita harus bangga antara manusia yang menyebabkan tertubuhnya negara Zionis Israel mati dan darahnya dipaksa menyimbah bumi kita.

che'GuBard bukan penganut komunisme, tetapi tidak hairan lepas membuat posting ini ada juak yang membuat tuduhan che'GuBard komunis kerana mereka mewarisi taktik Henry Gurney.

Ini juga berlaku kepada Ust. Ibrahim Libya yang dibunuh mati kerana dituduh komunis, hanya kerana kepercayaan bahawa negera ini bukan negara Islam dan dia tidak mahu ditangkap ISA kerana kepercayaannya itu. Dia ahli PAS, pondok tempat dia mengajar menjadi Markas PAS. Namun regim warisan penjajah ini menggerakkan 'aparat' bersenjata membunuh bukan sahaja Ust. Ibrahim Libya tetapi pengikutnya tidak kira perempuan atau orang tua mahupun kanak – kanak.

Mana lebih kejam serangan Chin Peng ke atas rombongan Henry Gurney (penjajah) tanpa membunuh isterinya atau serangan 'aparat' bersenjata Regim Bn ke atas pondok agama di Baling Kedah dibawah arahan Musa Hitam dan Mahathir Mohamad ?

Dalam mengangkat sejarah kita perlu jujur. Jangan gunakan sejarah untuk menakutkan ganerasi selepas itu atau mencari siapa yang salah, siapa yang benar ? Siapa kita yang hendak menjadi hakim kepada sejarah, tetapi sejarah perlu diangkat menjadi pengajaran …..agar bangsa kita ini menjadi bangsa yang kuat...... kesilapan dalam merakam sejarah harus dihentikan.


Tidak benar kemerdekaan negara pada tahun 1957 diperolehi hanya dengan runding-runding atau bincang – bincang sahaja. Mengangkat fakta salah ini umpama menghina sejarah perjuangan bangsa sendiri. Kemerdekaan ini telah dipaksa diberikan oleh penjajah setelah tidak tahan dengan tekanan yang diterima. Dari penentangan awal seperti Tok Janggut, yang difitnah sebagai penentang dan pengganas sehingga tokoh agama ini dihukum mati digantung terbalik dan mayatnya dibiar berhari – hari.

Sehinggalah penentangan tekanan Parti Komunis Malaya mahupun gerakan politik seperti Melayu Muda, API , AWAS dan seumpamanya. British tidak punya banyak pilihan terus menjajah secara konvensional dan berdepan dengan tentangan rakyat yang mula meningkat atau mencari satu pewaris yang mampu mentadbir negara ini dengan imej tempatan tetapi dengan syarat mampu menjaga polisi kapitalisme British. Maka British telah memilih untuk mengharamkan semua pertubuhan pro kemerdekaan yang tidak mampu menjaga kepentingan British dengan perbagai label dengan hanya membenarkan beberapa organisasi politik yang mampu menjaga kepentinganya bergerak dan mendapat kemerdekaan darinya.

Henry Gurney mendapat layanan begitu istimewa di tanah ini sama ada ketika hidup atau ketika sudah mati. Bukan setakat jalan, sekolah, bangunan dinamakan dengan namanya malah tempat dia mati yang selama ini terlupa diletakkan makamnya sudah diletakan baru baru ini. Adakah 'regim warisan penjajah' ini tidak tahu akan sejarah Henry Gurney dan kaitannya dengan kekejaman Zionis atau 'regim' ini tidak kisah dengan kekejaman zionis.

Melihat kepada beberapa perkembangan ia lebih kepada regim warisan penjajah ini tidak kisah.

Ramai mungkin tidak percaya dan mengatakan che'GuBard hanya menulis berdasarkan sentimen bukan fakta.

Secara mata kasar sememangnya negara ini kelihatan anti Amerika , anti – Zionis yang kuat. Itulah gambaran media negara ini membentuk persepsi kepada rakyat sendiri.

Lihat sahaja selepas ucapan 'berapi – api' Dr. Mahathir menghentam barat dan Amerika dalam satu Perhimpunan Agong Umno media tempatan terus memainkan ucapan tersebut seolah ucapan itu juga menjadikan Dr.Mahathir hero negara Islam. Malangnya ramai tidak tahu bahawa selepas itu Dr.Mahathir membazirkan jutaan wang rakyat untuk membayar Jack Abramoff, Heritage Foundation, kumpulan pelobi Yahudi (zionis) untuk melobi sehingga membolehkan Dr.Mahathir berjumpa dengan Bush buat beberapa minit dan menjelaskan ucapanya. (sila klik membaca lanjut isu pelobi yang dibayar untuk membolehkan bertemu Bush). Tradisi menggunakan pelobi tersebut juga diteruskan dengan bayaran jutaan ringgit oleh Abdullah kepada Jack Abramoff untuk membolehkan beliau berjumpa Bush.

Jack Abramoff telah dijatuhkan hukuman bersalah di Mahakamah di Amerika kerana mengumpul bayaran melampau dan cara salah sebagai pelobi dan dalam fakta kes beliau di mahkamah ada tercatat kes Malaysia membayar beliau.

Masih ingatkah kita, dengan insiden menantu Abdullah Badawi pada 2006 yang membawa pemuda Bn berkumpul di depan KLCC membuat demonstrasi menghalau Condoleezza Rice . Khairy yang patah tangan pada ketika itu diberikan imej juara anti Amerika dengan mengumpulkan anak muda menghalau pemimpin Amerika yang dibawa masuk oleh bapa mertuanya. Tindakan Khairy seolah menggambarkan Malaysia benar anti Amerika , Anti Zionis Israel. Namun ramai yang tidak tahu pada waktu yang sama tentera Amerika sedang berada di Johor 'berseronok' mengukur tanah negera ini dalam sesi latihan ketenteraan.

Ketika keganasan Israel memuncak semula baru – baru ini, regim warisan penjajah yang memerintah negara ini cuba menggambarkan bahawa negara ini serius menentang dan ingin melumpuhkan negara Zionis itu. Maka rakyat pun di ajak jangan makan KFC (walaupun KFC itu milik saham terbesar anak tempatan), jangan makan Mc Donald atau jangan minum coke.

Boikot itu kuasa pengguna tetapi boikot barangan kecil tidak akan ada sudahnya. Jika berani halang saja barangan tersebut masuk ke Malaysia...sudah tentu tidak berani....

Malaysia sebenarnya tidak kisah, tahu atau tidak banyak kontrak atau hubungan perniagaan yang lebih besar dari setin coca cola yang agihan kek ekonominya tidak dirasai rakyat tempatan tetapi terus masuk ke poket zionis berlaku di Malaysia.

Selain yang diterangkan sebelum ini Jack Abramoff (pelobi Yahudi pro Zionis), regim ini punya kaitan rapat dengan Saatchi & Saatchisebuah agensi perunding/pengiklan an multi nasional yang pro Zionisme. Syarikat tersebut menjadi perunding imej dalam beberapa siri pilihanraya yang bertanggungjawab mencari teknik kempen dan pengiklanan untuk kempen regim Bn. Syarikat yang sama juga terlibat dalam banyak projek kerajaan.

CIMB sebuah syarikat kewangan yang dimiliki oleh adik Najib Tun Razak telah menadatangani kontrak bernilai USD 250 juta kepada sebuah syarikat yang berpengkalan di Israel. CIMB telah menyumber luarkan pengurusan Jabatan IT nya kepada EDS (electronic data system) selama 10 tahun.

Hubungan CIMB dengan EDS bukan sahaja tidak mempedulikan keganasan Israel Zionis tetapi turut memangsakan pekerja CIMB sendiri yang dibuang kerana Jabatan IT disumberluarkan.

EDS telah ditubuhkan pada tahun 1995 dan berngpengkalan di Herzelyia, Israel. Syarikat ini jugalah merupakan syarikat yang mengendalikan sistem komputer polis, ketenteraan dan pertahanan Israel. Malah ia juga terlibat dalam industri persenjataan Israel. Dan hubungannya dengan Malaysia dirakamkan dengan bangga dalam Laporan Tahunan CIMB 2008.


Sudahlah kita telah lama sangat dibodohkan.. ......... ....... Kini masa anak muda untuk bangkit melawan kebodohan... .Kita seharusnya bosan dengan memu momokan 'perkauman' yang sudah disajikan berulangkali sejak zaman penjajah lagi kemudian di ulang – ulang oleh regim pewaris penjajah ini.

Konsep satu Malaysia harus didokong, tetapi bukan satu Malaysia versi Najib yang hanya retorik sebaliknya kita harus mendokong satu Malaysia versi Rakyat dengan rukun pertama merdeka dari politik perkauman.

Bangsa yang kuat ialah bangsa yang merdeka mindanya.

untuk membaca lanjut layari http://chegubard. blogspot. com




Definisi semula cemerlang dan rasional dalam SPM – satu kelucuan dan kebodohan

Berikut ialah aspek yang perlu dikaji berdasarkan arahan dari Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri (Menteri Pelajaran) untuk dijadikan justifikasi untuk membenarkan 10 subjek dalam Sijil Pelajaran Malaysia – Utusan Malaysia 29/05/2009

Antara aspek yang dikaji ialah perbandingan tahap kecemerlangan pelajar termasuk mengkaji apakah pelajar yang memperoleh 21A itu cemerlang, tetapi mereka yang skor A dalam semua sembilan mata pelajaran yang diambil tidak cemerlang.

Dalam kajian yang dibuat itu juga, kementerian tersebut ingin mendapatkan kepastian tujuan sebenar pelajar berkenaan mengambil lebih daripada 10 subjek dan rasionalnya mengambil subjek bertindih dan skor A.



Lucu pun ada, lawak pun ada dan bodoh pun ada bila kenangkan nasib malang yang menimpa ahli-ahli akademik dan professional yang akan dikerah untuk membuat kajian berdasarkan aspek digariskan oleh Timbalan Perdana Menteri (Menteri Pelajaran) seperti di atas.

Sejarah membuktikan dua tahun berturut-turut pelajar yang mendapat 20A lebih dalam SPM adalah dari aliran agama, kedua-duanya dari Kelantan. Semasa Amalina dari Johor (Negeri asal Muhyiddin Yassin) berjaya berbelas-belas A dalam SPM, gegak gembira UMNO memberi gelaran kejayaan sebagai sebuah kecemerlangan. Tetapi kenapa kini perlukan kajian semata untuk menakrif semula maksud kecemerlangan sepertimana diaspekkan oleh Muhyiddin seperti di atas itu?.

Saya telah menulis tentang betapa pelajar cemerlang 2008 tidak ada kerana ia tidak diistihar. Sila rujuk tulisan berkenaan di sini http://www.marhaen.info/v2/mar_a_muramatsu139.html.

Oleh kerana Amalina anak UMNO yang berasal dari Johor di tempat kelahiran UMNO serta tempat asal Menteri Pelajaran serta kaum kerabat bangsawan dalam UMNO, maka Amalina diangkat dan dijulang melangit. Amalina telah dijadikan contoh oleh Menteri Pelajaran UMNO pada masa itu supaya diikuti oleh pelajar SPM kemudiannya.Apabila ia dijulang sebegitu rupa, sudah tentulah ia jadi idola dan ikutan pelajar ain.

Kerajaan pula menggalakkannya dengan slogan, terutamanya slogan Malaysia boleh. Hasil dari slogan dan cara UMNO julang Amalina itulah sebenarnya rasional kenapa masing-masing ingin bertanding untuk dapat banyak A dalam SPM. Kini Menteri Pendidikan minta kajian dibuat dalam aspek rasional atau tidak ambil banyak subjek dalam SPM. Kalau ia tidak rasional, maka Menteri Pelajaran dulu iaitu kawan seUMNO dengan Muhyiddinlah yang tidak rasional.

Alasan kononnya bimbang takut tidak berlaku adil kepada pelajar lain adalah sangat lawak. Kenapa ia dibimbangi sedangkan syarat-syarat sudah jelas pelajar yang layak dan pelajar tidak layak. Lainlah kalau syarat ditetapkan demikian – iaitu pelajar mesti cemerlang dalam banyak subjek.

Kalau ia dijadikan syarat demikian, maka tukang yang buat syaratlah yang bodoh.

Alasan bodoh dalam dunia mengenai SPM ini ialah kurangkan subjek maka beban ibu bapa boleh dikurangkan. Ia dikatakan bodoh dalam dunia kerana pengajaran matematik dan sains (PPSMI) menggunakan bahasa inggeris itulah yang membebankan ibu bapa. Walaupun PPSMI adalah kes berbeza, tetapi ia dibawah seliaan Menteri Pelajaran yang sama. Bahkan beban ibu bapa dalam PPSMI adalah lebih berat berbanding beban ibu bapa yang anaknya ambil SPM. Kerana usia pelajar yang ambil PPSMI adalah lebih kecil tetapi tempoh yang terlibat pula dalam masa yang lama.

Untuk memahami duduk perkara persoalan ini tidak payah. Sebenarnya pelajar di sekolah agama mempunyai lebih peluang untuk ambil banyak subjek, dan kesemuanya mempunyai kaitan antara satu sama lain – dalam kontek ini yang disebut oleh Muhyiddin sebagai subjek bertindih. Subjek agam memang begitu, apa boleh buat.

Oleh yang demikian, peluang untuk mendapat banyak A lebih besar di sekolah-sekolah aliran agama. Pelajar dialiran agama juga mempunyai kelebihan kerana mereka boleh belajar sendiri di mussalla atau masjid-masjid secara tidak rasmi kerana ilmu berkenaan sama saja. Hatta dalam ceramah PAS pun ilmu berkenaan boleh dipelajari untuk jawab soalan peperiksaan SPM.

Tambahan pula sekolah-sekolah jenis ini kebanyakkannya berada di Negeri-negeri yang diperintah oleh PAS, terutamanya Kelantan yang sudah 2 kali mencatat sejarah keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Malaysia.

Secara umumnya, mengurangkan subjek dapat mengurangkan beban pelajar dan guru, tetapi mewajibkan supaya tidak melebihi 10 subjek itu tidak perlu kerana mangsanya nanti adalah sekolah aliran agama.
Ini semua adalah hasil buah fikiran pencatur kuasa (seperti disebut oleh Ruhanie Ahmad Kuda Kepang), kecualilah pencatur kuasa UMNO itu jenis yang tidak ada agama tetapi jenis maging dan maun saja.

Muramatsu
UK
raw_gen_ken@yahoo.com

Rabu, 24 Jun 2009

Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat 30 Jun ini

Irwan Muhammad Zain
Wed | Jun 24, 09 | 9:30:43 am MYT
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Pakatan Rakyat akan menganjurkan Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat pada 30 Jun nanti.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, program tersebut diadakan bagi menjelaskan kekeliruan terhadap segala fitnah dan konspirasi yang ditimbulkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan tujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.

Beliau yang mewakili Sekretariat Pakatan Rakyat menyeru orang ramai hadir ke program tersebut yang akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya bermula pukul 9.00 malam.

"Program ini diadakan bagi menerangkan kepada orang ramai terhadap fitnah dan konspirasi yang dimainkan oleh Umno-BN yang bertujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Harakah.

Satu ceramah perdana akan diadakan pada malam tersebut dimana kesemua pemimpin utama Pakatan Rakyat dijangka hadir.

Antara yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada malam tersebut; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tokoh DAP Lim Kit Siang dan pemimpin-pemimpin utama ketiga-tiga parti. -azm_



Budak Hilang...Tolong Sebarkan!!!

Wednesday, June 24, 2009

(email dari sahabat)

Salam Semua... Minta bantuan tolong sebarkan maklumat dan gambar ni dalam apa jua bentuk supaya orang ramai boleh melihat. tak kira la blog ke atau Sebagainya..

KANAK-KANAK HILANG

Nadia Natasha 8 tahun dan Ahmad Zakry 10 tahun, telah hilang dari rumah di Sri Putramas, Jalan Kuching, KL pada 22 Jun 2009. Kali terakhir dilihat pada jam 7malam 22 Jun. Sebarang info sila hubungi Puan Miza di 013-345 5661. Terima kasih.

Nadia Natasha 8 yrs and Ahmad Zakry 10 yrs were missing since 22nd June 2009, last saw at Sri Putramas, Jalan Kuching, KL at 7pm. Please call Puan Miza at 013-345 5661 if you have any information. Thank you.

BS: Harap puan Miza x lupa buat report kat balai.



MALU MENGAKU TERPESONA DG NIK AZIZ

Wednesday, June 24, 2009
- Dr Hamirdin

Assalamualaikum,

Untuk terpesona dengan cara mengurus keadaan oleh TuanGuru Nik Aziz adalah sesuatu yang lumrah, tetapi tidak semua orang mampu untuk mengaku terpesona, terutama kalau berada dalam barisan pengampu. Jalan termudah ialah kutuk!

NIK AZIZ, OH NIK AZIZ, TOK GURU YANG HEBAT... [ZAINI HASSAN- UTUSAN MALAYSIA] JUN 24 — Syabas PAS kerana menolak gagasan perpaduan Melayu. Syabas PAS kerana bersekongkol dengan rakan-rakannya — yang asyik mengungkit mengenai isu biasiswa kepada anak-anak Bumiputera miskin, isu untuk mengenyah DEB, isu-isu terlalu sensitif yang jika disebut di sini “orang-orang tertentu” akan mengecap kita ini sebagai rasis.

Cita-cita PAS ialah mahu memerintah Malaysia dengan rakan-rakannya itu. Mungkin Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terlalu mengidamkan menjadi Perdana Menteri. Jika diizinkan tuhan cita-citanya akan tercapai. Tolong, janganlah sesiapa mengatakan dia tok guru yang hanya mengajar agama — sebenarnya beliau ialah ahli politik totok yang dalam istilah Inggeris disebut “political animal”.



Beliau tidak percaya kepada pengertian kebangsaan — atau dalam konteks gagasan perpaduan, Melayu. Melayu bagi beliau ialah elemen assabiyah yang menurutnya tidak sehaluan dengan ajaran Islam. Teras beliau ialah Islam semata-mata. Bagi beliau Melayu itu tidak wujud.

Itulah antara kegagalan gagasan tersebut. Awal-awal lagi Nik Aziz menolaknya, walaupun kumpulan lain dalam PAS mahu rundingan itu dimulakan. Presiden PAS, Datuk Hadi Awang yang mencetuskan idea itu. Ia disambut oleh kumpulan bukan-Erdogan, terutama Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa. Sambutan Nasharudin itu mengakibatkan beliau “menghilangkan diri” beberapa hari kerana dimarahi teruk oleh Mursyidul Amnya, Nik Aziz.

Nik Aziz meminta Nasharudin meletakkan jawatan dan masuk Umno. Nik Aziz terlalu emosional kerana ada pihak yang cuba menghalang cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bimbang melihat berlaku krisis keyakinan yang merugikannya dalam pakatan itu pergi menghadap Nik Aziz di Kota Bharu sebelah pagi Ahad — beberapa jam sebelum Hadi pulang dari luar negeri malam itu.

Ternyata dalam pertemuan itu Anwar berjaya mempengaruhi Nik Aziz, atau mereka berdua merancang untuk “menyelesaikan” kemelut ini — tanpa pengetahuan pencetus idea, Hadi.

Hadi yang ditemui pemberita di lapangan terbang KLIA berkata, PAS akan mengadakan perbincangan mengenai gagasan itu keesokan harinya.

Keesokan harinya (Isnin lalu) pakatan pembangkang yang dihadiri Anwar, Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng tersenyum puas. Hadi yang turut berada di dalam mesyuarat sejam pakatan itu di bangunan Parlimen terpaksa “malu alah” dan bersetuju mengeluarkan satu kenyataan sebulat suara menolak gagasan itu. Kenyataan tiga perenggan itu ditandatangani oleh Anwar, Hadi dan Kit Siang.

Nasharudin tidak hadir dalam pertemuan itu.

Malamnya sebelum pertemuan itu, Nik Aziz di Kuala Krai menyerang Umno. Beliau menyifatkan Umno sebagai parti sesat seperti ajaran Ayah Pin. Parti yang membawa negara ini sehingga ke tahap ini — berbanding Pakistan, Bangladesh, Afghanistan dan negara-negara Islam lain — dicercanya sebegitu rupa.

Itulah Nik Aziz, ahli politik totok yang kita kenali lama dulu. Seorang yang kononnya berperwatakan lembut, tapi keras berpolitiknya. Dia menyamakan Umno seperti Ayah Pin. Dia juga menyamakan Umno seperti pengganas komunis.

"Umno ialah pertubuhan sesat, sama dengan Ayah Pin. Umno dan komunis adalah sama. Umno ialah parti sosialis kerana menolak Islam. Umno ialah parti Melayu bukan parti Islam," kata Menteri Besar Kelantan itu di satu ceramah di Kampung Laloh di Kuala Krai malam Ahad lalu.

"Bagaimana kita mahu bersetuju dengan Umno? Mereka sekarang mahu minta kita lupa yang lepas dan bersatu dengan mereka. Mereka ini tidak tahu malu," katanya di hadapan rakan-rakan pakatannya Anwar dan Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Awal hari itu (sebagaimana yang dilaporkan akhbar) Nik Aziz sudah mulai berlembut. Tapi beberapa jam kemudian di ceramah di Kuala Krai itu beliau buat pusingan-U di hadapan 5,000 penyokongnya dengan menghentam Umno dalam kempen menjelang pilihan raya kecil Manek Urai 14 Julai ini.

Itulah Nik Aziz yang kita kenali. Beliau boleh membuat pusingan-U yang tajam. Itu pasal kita kata beliau bukan tok guru ajar mengaji, tapi ahli politik totok yang berjuang atas nama prinsipnya yang kental.

Berkata di hadapan pengikutnya yang fanatik itu, Nik Aziz menganggap Umno tidak layak memerintah negara ini. Semasa mengucapkannya, beliau langsung tidak sedar Umno sudahpun memerintah negara ini selama 52 tahun dengan jayanya. PAS tidak pernah.

Tambah beliau, umat Islam wajib menolak Umno jika mereka takutkan Allah.

Benar PAS sudah memerintah beberapa negeri di negara ini. Di Kedah dan Kelantan mungkin tiada masalah kerana ramai rakyatnya “Melayu”, tapi corak pemerintahan PAS di Perak yang terikat kepada master DAP telah menunjukkan hitam putih corak pemerintahannya.

Belumpun panas duduk di kerusi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sudahpun meluluskan hak milik tanah di kampung baru untuk selama 999 tahun (atau dibulatkan 1,000 tahun). Orang Perak sendiri terkejut, teruja dengan tindakan PAS Perak itu. Kita yakin corak inilah yang akan diterapkan apabila mereka memerintah Malaysia kelak.

Kini Nik Aziz merasakan PAS dan pakatan pembangkangnya yang layak memerintah negara ini. Jika tidak layak pun jangan bimbang, mereka akan dipimpin (ditunjuk ajar) oleh sebuah negara jiran yang yakin Malaysia kini sudah pun berada di persimpangan jalan. Negara itulah yang kini melatih Pulau Pinang dengan menghantar beberapa penasihat ke negeri itu.

Nik Aziz merasakan pakatannya sudah kuat. Memang benar mereka sudah kuat. Mereka kuat apabila orang Melayu lemah. Memang benarpun orang Melayu kini sudah terlalu lemah. Gagasan perpaduan bagi Nik Aziz tidak boleh dilaksanakan sama sekali — sama seperti kata-kata Karpal Singh "langkah mayatnya dulu" jika Malaysia mahu menjadi negara Islam.

Memetik kata-kata Bisik-Bisik Awang Selamat kelmarin "… sekiranya gagasan ini berjaya, ia akan menjadi satu pelan politik yang terhebat dalam sejarah tanah air."

"… tapi untuk merealisasinya bukan mudah. Pakatan pembangkang seboleh mungkin tidak mahu melihat rancangan itu berjaya."

Kenapa mereka tidak mahu melihat ia berjaya? Kerana jika gagasan ini berjaya, pakatan itu akan hancur lebur. Dan orang Melayu akan kembali kuat.

Apa pun tahniah dan syabas sekali lagi kepada Anwar dan Kit Siang serta tentunya tok guru Nik Aziz kerana berjaya menggagalkan gagasan itu.

Posted by Hamirdin b Ithnin at 11:46 AM Links to this post
Labels: ANALISIS

UMNO TERTUNDUK MALU

Pemimpin umno kata pas tunduk pada tekanan, dalam pada itu rakyat biasa pula kata umno tertunduk malu.Adakah dengan keputusan pas untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat boleh dikatakan tunduk pada tekanan? Apa ertinya sebuah ikatan jika tidak saling memahami antara satu dengan lain?Begitu juga pas yang bersetuju dengan keputusan yang disokong ketiga-tiga parti terbesar dalam pakatan.Adakah itu dikatakan tunduk pada dap atau pkr? Kenapa pemimpin umno bn ini masih jelous dengan kerjasama dalam pakatan yang amat sukar untuk umno bn buraikan?


Bolehkah melayu dikatakan penakut dalam masa yang sama yang lebih nampak ketakutannya adalah umno yang hanya mahu bergabung dengan pas.Semua orang yang sedar tahu bukan melayu yang takut,tetapi umno yang takut.Takut kehilangan kuasa.Hanya orang yang tak sedar atau separuh sedar saja yang mengatakan melayu takut.

Sudahlah tu umno,lupakanlah hasrat berudang di sebalik mee segera.Janganlah bikin malu lagi.Kini telah riuh di kedai-kedai kopi tentang seloka hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.Simpan sajalah niat bergabung dengan pas kerana umno bn parti yang teguh sepertimana yang dilaungkan presidennya sebaik lamaran umno ditolak pas.Percayalah,seluruh rakyat Malaysia sedang tersengih melihat telatah umno dulu kini dan selamanya.

Pas tunduk kepada tekanan – Shafie

KUALA LUMPUR 22 Jun – Orang Melayu kini mempunyai sebab yang jelas untuk bimbang mengenai kelangsungan pengaruh mereka selaku kaum majoriti.

Kebimbangan itu disuarakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (gambar) apabila, dalam usaha untuk menyatukan kaum sendiri pun parti Pas tunduk kepada tekanan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sedih dengan senario itu, beliau berkata sikap tunduk pada DAP dan PKR seolah-olah menjadikan Melayu seperti golongan penakut.

“Kini rakyat boleh menilai siapa sebenarnya yang berjuang demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Siapa pula hanya mementingkan kepentingan politik semata-mata.


“Patutkah kita tunduk kepada pihak lain dalam usaha untuk menyatukan orang Melayu. Adakah mereka akan tunduk sama dalam isu yang berkaitan kepentingan kaum mereka. Tidak, mereka sebaliknya bersatu,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendirian Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan.

Malah, pakatan pembangkang hari ini menuduh idea tersebut yang sebenarnya dicetuskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai fitnah dan tohmahan jahat UMNO untuk menggugat kekuatan mereka.

Menurut Mohd. Shafie, Pas seharusnya tidak tunduk kepada DAP dan PKR kerana mereka merupakan sebuah parti yang kuat.

Ditanya mengenai tuduhan yang dilemparkan ke atas UMNO, beliau berkata, Abdul Hadi ikhlas semasa membuat cadangan itu dan UMNO memberi reaksi yang positif demi menyatukan orang Melayu.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menempelak pakatan pembangkang berhubung isu itu dengan menegaskan UMNO bukan sebuah parti yang ‘hidung tak mancung pipi tersorong-sorong’.

“UMNO membuat reaksi demi bangsa dan negara dan tidak lebih daripada itu. Reaksi UMNO ikhlas berdasarkan cadangan Abdul Hadi.

“Tetapi nampaknya selepas wujud bancuhan serta tekanan, Pas tunduk kepada rakan mereka dalam pakatan walaupun idea itu demi kepentingan orang Melayu,’’ jelasnya.

Katanya, ketetapan yang diambil oleh pakatan pembangkang itu terbukti menunjukkan mereka tidak ikhlas.

Namun ujarnya, UMNO akan tetap mengingati cadangan Abdul Hadi itu sebagai sesuatu yang murni.

Bercakap mengenai perkara yang sama, Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan memberitahu, beliau telah menjangkakan pakatan pembangkang akan menolak cadangan Pas.

Bagaimanapun, jelas Ahmad, Pas sebenarnya boleh berdikari dalam isu-isu utama jika ingin meneruskan perbincangan dengan UMNO.

“Pas mempunyai kekuatan sendiri dengan memiliki 23 kerusi di Parlimen serta menerajui kerajaan negeri Kedah dan Kelantan,’’ tegasnya.

utusanonlie

PEMUDA RASUAH BERJANJI AKAN GEMPUR MANEK URAI?

24 Jun 2009

Oleh: WFAUZDIN NS

SEORANG Pemuda yang menjadi Ketua Pemuda yang disabitkan atas penglibatan rasuah oleh Lembaga Disiplin partinya sendiri semasa pemilihan Ketua Pemuda Umno yang lalu bertekad dan berazam untuk menggempur Manek Urai. Tidak pasti pula apakah yang mahu digempurkannya di Manek Urai samada untuk menggempur rasuah atau memberi rasuah. Pemuda dari Rembau ini pernah menjalankan operasi besar-besaran mengangkut pengundi-pengundi dari luar Kelantan terutamanya di sekitar Kuala Lumpur untuk dibawa ke Kelantan semasa Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Maka, dicetak berbagai tulisan pada baju yang diberi percuma serta disediakan bas untuk operasi tersebut dan ternyata mendapat sambutan yang amat luar biasa sekali.

Maka, berhimpunlah sekalian warga Kelantan di perantauan untuk pulang ke negeri tanah tumpah mereka bagi menentukan nasib negeri Kelantan di dalam pilihanraya tersebut. Ditakdirkan Allah, usaha pemuda Rembau berkenaan telah membantu Pas di bawah Tuan Guru Nik Aziz mencapai kemenangan besar di Kelantan. Tahniah kepada pengundi-pengundi luar yang bijak dan cerdik mengambil kesempatan dari program yang `bijak' dari pemuda Rembau ini. Di Manek Urai kali ini, tidak terdengar pula cerita pemuda bijak Rembau ini untuk mengulangi program yang sama. Tetapi difahamkan kali ini beliau akan membawa gerombolan pemuda setianya untuk menggempur Manek Urai termasuk pemidato-pemidato yang baru dilatih `berkokok' ini.


Nescaya gegak gempita lah Manek Urai dengan `kokokan' pemuda-pemuda Umno di bawah Ketua Pemuda yang terlibat dengan rasuah politik ini nanti. Hingarnya nanti Manek Urai apabila ditambah pula dengan kehadiran dua raja tanpa mahkota iaitu Ezam raja sesumpah dan Berahim raja katak. Percayalah, kali ini bukan Tuan Guru Nik Aziz yang bakal menjadi mangsa mereka semasa kempen nanti tetapi tidak lain tidak bukan adalah musuh ketat Umno iaitu DS Anwar. Mereka amat memahami bahawa untuk meruntuhkan PR, orang pertama yang mesti `dibunuh atau dikorban'kan adalah DS Anwar. Mereka yakin dan percaya, kegagalan Kerajaan Perpaduan yang diidamkan oleh Umno gagal dicapai adalah kerana kepintaran DS Anwar menjaga perpaduan dan sepakatan di dalam PR. Memang benar, DS Anwar adalah bekas pemimpin Umno dan beliau bukan maksum. DS Anwar telah menerima kifarah dari kesilapan beliau yang lampau, tetapi seburuk-buruk DS Anwar dahulu pun jauh lebih baik dari pemimpin yang ada dalam Umno sekarang.

Amat silap pemuda Rembau ini memilih tempat untuk `berkokok' apatah lagi ingin mendendangkan lagu ketuanan Melayu, pembangunan, penyelewengan dan rasuah. Untuk berbicara soal agama, jauh sekali. Tiada jalan lain lagi untuk mereka dendangkan kecuali mengikut irama dan lagu yang lama. Isu Kerajaan Perpaduan tidak lagi releven kerana isu ini telah dikapan dan disemadikan di kubur yang bakal bersebelahan dengan kubur Umno di Manek Urai nanti.

Mungkinkah akan wujud lagi watak `Minah Ronggeng' di Manek Urai beberapa hari lagi? Atau mungkinkah akan ada upacara `bersumpah' sepertimana yang berlaku di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dahulu? Juga tidak mustahil sehari dua ini akan tersiar berita beratus dan beribu ahli-ahli Pas dan PKR di Manek Urai menyerah borang memasuki Umno. Ini semua tidak menghairankan kita kerana strategi dan tipu daya Umno sudah lama berada di dalam poket rakyat Kelantan. Bahkan, dikatakan oleh orang-orang Kelantan sekiranya terjumpa tahi di tepi jalan, mereka sudah kenal rupa tahi orang-orang Umno ini. Itulah kelebihan orang Kelantan dan tentunya tidak sama dengan orang Rembau. / wfauzdin.blogspot.com.





PAS tidak pernah langgar janji, tinggalkan kawan - Idris Ahmad

24 Jun 2009

KUALA LUMPUR, 24 Jun : - PAS yakin dengan terlerainya isu membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno yang telah disepakati oleh tiga pimpinan utama Pakatan Rakyat, isu ini tidak akan diperkatakan lagi.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad merakamkan kesyukuran kerana keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 22 Jun lalu yang menolak pembentukan kerajaan perpaduan kerana mengambil kira suara rakyat khususnya penyokong Pakatan Rakyat.

Jelasnya tindakan tersebut juga bersesuaian ke arah untuk menjadikan kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat sebagai kerajaan menunggu dalam Pilihan Raya Umum yang ke 13.

Beliau juga menegaskan keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat itu juga merupakan salah satu usaha 'mematikan' pihak media yang dilihat melaga-lagakan antara pimpinan PAS.


"Kita juga telah melihat bagaimana kehebatan di kalangan pimpinan PAS yang telah berjaya merungkaikan kemelut yang timbul dalam masa yang singkat.

Penyelesaian yang ditangani dengan roh ukhwah Islamiah yang tidak ada pada Umno.

"Ini merupakan kehebatan yang ada pada pimpinan PAS dalam menangani krisis yang mana pimpinan Umno perlu mempelajari apa yang ditunjukkan oleh pimpinan PAS dalam menghadapi isu yang begitu besar,"katanya, sewaktu dihubungi Harakah.

Beliau percaya isu tersebut menjadi hangat kerana media telah mencorakkan pemikiran dan suasana politik.

Justeru beliau menaruh keyakinan isu tersebut tidak akan ditimbulkan oleh media kerana pendirian tegas Majlis Presiden Pakatan Rakyat itu telah memberikan satu jawapan 'TKO' kepada pimpinan Barisan Nasional dan Umno.

Idris turut menegaskan Barisan Nasional dan Umno bukanlah parti yang jujur dalam persahabatan.

"PAS yang terkenal sebagai parti yang tidak pernah melanggar perjanjian sewaktu berkawan dengan mana-mana parti yang mengikat perjanjian bersama.

Contohnya pada 1986, PAS telah membuat satu ikatan dengan parti-parti komponen kecil pembangkang seperti Nasma, PRSM, SDP. Jadi, bukan PAS yang ingkari perjanjian dengan mereka.

"Begitu juga pada 1989 sewaktu menubuhkan Barisan Alternatif. Bukan PAS juga yang telah meninggalkan kawan. Begitu juga pada 2004, kita tetap juga dengan semangat setiakawan sehingga hari ini,"tegasnya.

Justeru beliau berpandangan, semangat setiakawan yang ada pada PAS menyebabkan musuh-musuh PAS dan Pakatan Rakyat gagal meleraikan perpaduan yang dibina. Harakahdaily.


Tuan Aziz calon BN di Manek Urai?

Rabu, Jun 24, 2009

Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat dianggap calon yang paling sesuai mewakili BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai, bulan depan.Beliau boleh diterima oleh majoriti pengundi dan penyokong Umno daripada kem yang bertentangan antara kumpulan ketua bahagian kini Datuk Ramzi Abdul Rahman dan tokoh yang digantikannya Datuk Wan Zaid Abdullah.Malaysiakini diberitahu semalam, Tuan Aziz antara tiga nama yang dicadangkan oleh Umno bahagian.

Dua lagi nama: naib ketua Umno bahagian Che Jalal Muda dan bekas ADUN Mengkebang, Azizuddin Hassan.Menurut sumber-sumber Umno, nama mereka dipilih sendiri oleh jawatankuasa Umno bahagian tersebut baru-baru ini.Kata sumber, jika calon Manek Urai tidak sesuai dengan kehendak penyokong Umno, ramai daripada mereka mungkin tidak akan berkempen."Perlu diambil kira mengenai 28 daripada 42 cawangan yang tidak menyokong Datuk Ramzi," kata sumber lagi.Beri mandat Oleh itu, tambah sumber, Umno bahagian telah memberi mandat kepada jawatankuasa bahagian memilih tiga nama calon yang paling sesuai untuk bertanding di Manek Urai."Saya rasa nama-nama yang sesuai itu telah dihantar ke peringkat atasan untuk diteliti dan diputuskan," katanya.

Ketika dihubungi, Tuan Aziz berkata beliau "tidak tahu" siapa yang akan dipilih menjadi calon BN untuk DUN Manek Urai.Katanya, jika boleh, beliau tidak mahu dipilih sebagai calon kerana ramai lagi pemimpin lebih kanan yang sesuai untuk bertanding di situ.Pilihanraya kecil Manek Urai diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaacob, Mei lalu.Hari penamaan calon ditetapkan 6 Julai dan mengundi 14 Julai. Sementara itu, Azizuddin pula berkata beliau sedia memikul tanggungjawab tersebut jika dipilih sebagai calon BN."Bagaimanapun, saya tidak mahu melobi jawatan tersebut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. malaysiakini

UNIKNYA PAS

- Hamirdin b Ithnin

Assalamualaikum,

Ada analisis dalam Malaysian Insider mengandaikan bahawa non melayu dan non Muslim mengundi PAS dalam PRU12 bukan kerana mereka sukakan PAS, tetapi kerana mereka tidak mahu UMNO. Saya tidak tolak kenyataan tersebut keseluruhannya, tetapi benarnya adalah sedikit. AdA kalangan non melayu dan nonMuslim yang mengundi PAS kerana mereka mahukan PAS dan mereka yakin dengan PAS.

Kenapa? kerana ada sesuatu yang unik dan indah dalam PAS yang tidak terdapat pada parti parti lain.

Isu kerajaan perpaduan yang melanda PAS baru baru ini adalah satu isu yang besar yang boleh memecah belahkan PAS, kerana jelas terdapat pembahagian sokongan kepada dua kelompok utma. Ia dikemelutkan lagi dengan tindakan dan keceluparan yang dieksploitasi oleh media. Di sinilah uniknya PAS, yang menyelesaikan masalah bukanlah sikap, tetapi tarbiyyah.

Di sini juga unik dan cantiknya tindakan yang diambil oleh pimpinan PAS, terutamanya Mursyidul 'Am. Sekiranya ada sesuatu yang tidak kena dan perlu ditegur, maka ia ditegur, tidak kira setinggi mana jawatan yang dipegang dalam parti. Kalau sekiranya setelah teguran diberi, masih lagi tidak dapat membaca suasana, maka perlu diambil tindakan yang lebih keras, walaupun itu menjadi pilihan yang terakhir. Kalau perlu dirotan, maka dirotan, kalau perlu dikurantin, maka dikurantin, kalau perlu dipancung, maka dipancung.

Apabila kesedaran timbul setelah dikena tindakan , maka segala yang keruh dijernihkan dengan sifat ukhuwah yang telah sedia ditanam. Tiada luka dan tiada parut.

Hanya yang bawah dan yang tidak bertanggung jawab sahaja, yang sejak mula kurang hajar dan celupar, cabul serta laser terhadap mursyidul 'am yang belum dipancung tetapi akan menerima pancungan.

Anda tahukan penulis blog mana yang dalam kategori ini.

Posted by Hamirdin b Ithnin at 6:02 PM Links to this post
Labels: ANALISIS

Dr Hamirdin adalah (Mantan YDP Pas Kaw. Putrajaya)

Selasa, 23 Jun 2009

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Sudah pandai 'Ponteng sidang Parlimen' - Ke Mana Ahli Parlimen Pakatan Menghilang?

KUALA LUMPUR - Di dalam satu pengundian belah bahagi atas permintaan 15 anggota Dewan Rakyat, kebanyakannya dari Pakatan Rakyat ke atas Rang Undang-undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) diadakan di dapati 48 anggota Dewan Rakyat menyokong manakala 47 membantah

Difahamkan ini kali pertama Dewan Rakyat menyaksikan kelulusan satu rang undang-undang atau mana-mana seksyen diluluskan dengan kelebihan satu undi.

"Sejak saya menjadi anggota Dewan Rakyat, bermula tahun 1990, ini adalah kali pertama satu rang undang-undang diluluskan dengan kelebihan undi sangat tipis," kata Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika ditemui di lobi Parlimen.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, R. Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang menggambarkan rang undang-undang yang kompleks itu "hampir gagal."

Rang undang-undang itu mempunyai 27 seksyen.

Hari ini Dewan Rakyat mula membahaskan lima seksyen yang dipinda selepas ia ditolak pada sesi Mac lalu.

Seksyen Dua itu membabitkan aspek intepretasi dan definisi pengendalian ujian DNA.

Ramai yang tertanya-tanya ke manakah perginya ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain yang kesemuanya berjumlah 82 orang.

Sikap sambil lewa serta tidak bertanggungjawab ahli parlimen Pakatan Rakyat amat diksalkan apatah lagi apabila terdapatnya kes-kes yang memerlukan penglibatan mereka seperti undian belah bagi seperti di atas.

Akta DNA tersebut mampu ditolak oleh Parlimen seandainya pihak ahli parlimen Pakatan Rakyat hadir kesemuanya sewaktu pengundian dijalankan tetapi hampir separuh dari mereka mengabaikan peranan dan tanggungjawab mereka kepada rakyat dan negara.

Kita kesal dan kita meminta agar wakil rakyat yang tidak hadir tanpa sebab yang menasabah itu didedahkan supaya mereka meletakkan jawatan lantaran pengkhianatan mereka kepada pengundi Pakatan Rakyat, atau setidak-tidaknya mereka tidak perlu lagi di pilih di dalam pilihanraya akan datang.


BULAN REJAB DAH MAI, MAI KITA PAKAT PUASA

Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kiraan taqwim Hijriyyah. Bulan ini termasuk salah satu di antara bulan suci dan dinamakan sebagai bulan Allah. Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud:"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku."

Bulan Rejab juga dianggap bulan istimewa kerana pada bulan ini berlaku peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam.

Di antara amalan yang baik diamalkan di bulan Rejab ialah puasa dan bersedekah. Banyak hadis-hadis Nabi Sallallahu `alaihi wasallam menyebutkan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab.

Antaranya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud : ("Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : " Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan). ")

Dalam hadis yang lain telah dikeluarkan oleh al-Khallal, daripada Abu Sa`id (secara marfu') bermaksud: ("Bulan Rejab adalah di antara bulan-bulan haram, hari-hari di dalamnya ada tertulis di pintu-pintu langit yang keenam, maka apabila seseorang berpuasa sehari daripadanya (bulan Rejab) dan menyempurnakan puasanya dengan penuh ketaqwaan kepada Allah, bercakaplah pintu dan hari tersebut seraya berkata: "Tuhan ampunkan baginya (dosanya)" dan jika dia tidak menyempurnakan puasanya dengan ketaqwaan kepada Allah, maka pintu dan hari itu tidak akan memohonkan ampun baginya, dan dikatakan padanya: "Kau telah ditipu oleh dirimu.")

Niat puasa bulan Rejab ialah :
Maksudnya : "Sahaja aku puasa sunat bulan Rejab kerana Allah Ta'ala".

Demikianlah satu amalan yang baik untuk diamalkan di bulan Rejab, bulan terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. Sama-samalah kita merebut peluang ini dan semoga amalan kita akan diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails