SELAMAT DATANG

Sabtu, 4 Julai 2009

Nizar vs Zambry : Perak Semakin Getir

Mengapa Jamal dan Osman melompat keluar dari PKR dan menjadi ADUN Bebas? Tidak seperti Hee yang melompat keluar DAP kerana tak dapat Camry, Jamal dan Osman memberikan pelbagai alasan. Diantaranya kerana memperjuangkan Bangsa Melayu… Nizar Boneka DAP… blah.. blah.. blah.

Semua itu adalah alasan-alasan untuk menutup kisah sebenar.

Jamal dan Osman keluar PKR kerana balak, duit dan kes rasuah mereka. Itu saja. Jamal marah kepada Nizar kerana enggan meluluskan beberapa konsesi balak yang mereka pohon…manakala Umno menjanjikan kes mereka akan diselesaikan.

Sekitar Jun atau July, kerajaan negeri PR meluluskan beberapa konsesi balak. Jamal dan Osman telah menggunakan nama PKR untuk memohon beberapa lot melalui Misbah. Misbah percaya kepada Jamal dan Osman bahawa permohonan itu adalah untuk PKR Perak… tanpa merujuk kepada PKR Negeri. Apabila diluluskan… konsesi yang di”berikan” kepada PKR Perak telah disapu oleh Jamal dan Osman. Malah ada beberapa lot konsesi tersebut diberikan kepada pemimpin Umno. Diantaranya Raja Ahmad Zainudin. Ini adalah kesilapan Nizar yang pertama…terlalu percaya kepada orang disekelilingnya.


Ramai orang-orang PKR tahu siapa pemimpin Pas yang mendapat konsesi balak…dari pemimpin utama hingga kepada Pemuda Pas…tetapi apabila orang-orang PKR merasa terpinggir dan melihat bahawa balak telah disapu oleh orang-orang Pas…baru rahsia ini terbongkar.

Tetapi ketika membincangkan untuk meluluskan konsesi berikutnya sekitar Oktober 2008, Nizar sudah berpengalaman. Hasilnya, beberapa permohonan Jamal dan Osman di’tangguhkan’. Inilah yang menyebabkan Jamal menjadi marah…malah Jamal dan Osman pernah berjumpa sendiri Timbalan Pengarah Perhutanan untuk meminta permohonan mereka diluluskan… walau dengan apa cara sekalipun.

Kalau Jamal dan Osman benar-benar mahu membela bangsa Melayu, semasa mereka menjadi EXCO, banyak perkara yang boleh dilakukan oleh mereka…tetapi mereka sibuk menambah bini daripada membantu orang-orang Melayu yang susah dikampung.

Selain daripada Nizar…Jamal dan Osman marah kepada Ketua PKR Perak pada masa tersebut.. Tuan Hj. Ismail. Hj. Ismail marah kerana nama beliau telah digunakan dalam permohonan balak tersebut…sedangkan PKR Perak tidak mendapat satu sen pun.

Lantaran itu, Jamal dan Osman berusaha menyingkir Hj. Ismail dari Ketua PKR Perak dan meminta Anwar membawa balik Hj. Osman ke Perak. Jamal dan Hj. Osman memang akrab dari dulu..kini dan mungkin selamanya. Malah Jamal pernah menyebut, sekiranya Hj. Osman bertanding di kawasan beliau di Behrang…beliau sedia memberi laluan.

Anwar tunduk kepada kemahuan Jamal dan menggantikan Hj. Ismail dengan Hj. Osman. Tetapi seperti biasa… Anwar sering diperangkap oleh orang-orang yang dipercayaainya. Dan didalam kes Perak.. Anwar tertipu oleh permainan Jamal dan Hj. Osman.

Hj. Osman gagal membawa PKR Perak menjadi lebih baik…malah beliau sepatutnya bertanggungjawab diatas keruntuhan Pakatan Rakyat Perak. Beliau jarang berada di Perak…hanya muncul kalau Anwar datang kePerak. dan beliau gagal mengawal tingkah laku Jamal dan Osman.

Ketegasan Nizar telah menyebabkan Jamal dan Osman menyimpan dendam. Dan apabila Hamdan Taha datang berjumpa beliau untuk menawarkan pakej Umno untuk berpaling tadah…Jamal dan Osman terliur.

Umno menjanjikan kepada Jamal dan Osman satu pakej istimewa. Kes mereka akan ditarik balik, jawatan EXCO yang mereka pegang semasa didalam Pakatan Rakyat akan dikekalkan dan bonus sebanyak tiga juta ringgit seorang.

Bukan setakat Jamal dan Osman sahaja yang ditawarkan…malah Kesavan dan Yunus Jamhari juga mendapat tawaran pakej istimewa Umno ini…tetapi Kesavan dan Yunus lulus ujian moral ini dengan menolak tawaran tersebut.

Jamal dan Osman menerima tawaran untuk menyertai Umno…dan runtuhlah Pakatan Rakyat Perak.

Tetapi Jamal dan Osman tidak mengetahui bahawa Hee juga akan menyertai pembelotan tersebut kerana Hee diuruskan oleh Vincent Tan. Apabila mengetahui bahawa Hee mendapat 20 juta ringgit yang dibayar melalui Berjaya Corporation, Jamal meletakkan syarat. Bahawa dia akan kekal sebagai calon bebas…sehinggalah semua pakej tawaran dipenuhi.

Selepas melompat…Jamal dan Osman tinggal di sebuah apartmen mewah, Duta Vista, bilik no 343 dan 344. Dan semua perbelanjaan mereka ditanggung oleh Umno yang diuruskan oleh Hamidah Osman. (Dr. Khairudin membuat akuan bersumpah tentang hal ini. Kalau nak saman…saman Dr. Khairudin. Akuan bersumpah Dr. Khairudin boleh dilihat disini.)

Umno merasakan bahawa rampasan kuasa yang dilakukan itu akan dapat diselesaikan dengan cepat dan tidak menjangka tentangan yang akan dibuat oleh Nizar dan Pakatan Rakyat Perak. Akibatnya mereka terpaksa mengatur strategi.

Dengan menunaikan semua janji yang dibuat kepada Jamal dan Osman, akan menyebabkan Umno akan teruk dihina oleh rakyat Perak. Lantas mereka mempermainkan Jamal dan Osman untuk mengembalikan imej Umno di Perak.

Jamal dan Osman merupakan liabiliti kepada Umno. Kalau Jamal dan Osman boleh meruntuhkan Pakatan Rakyat…mereka juga boleh meruntuhkan Umno. Lantas Umno cuba mengekalkan Jamal dan Osman…dengan melambat-lambatkan proses menunai janji yang mereka buat.

Bayaran kepada Jamal dan Osman dibuat secara beransur… RM100,000.00 sebulan. Kes mereka pula tidak diselesaikan dengan menarik balik tuduhan yang dibuat… tetapi cuba melengahkan perbicaraan. Dengan harapan… kes tersebut akan berpanjangan sehinggalah DUN Perak dibubarkan. Dan apabila Pilihanraya DUN diadakan, Jamal dan Osman tidak akan dicalonkan oleh Umno…dan Umno akan cuci tangan. Kalau PKR mencalonkan mereka…bermakna PKR menempah maut. Maka…Jamal dan Osman akan hanyut dengan sendiri.

Jamal dan Osman sudah tersepit. Umno dilihat memungkiri janji-janji mereka. Jamal dan Osman dijanjikan akan dilantik sebagai EXCO lebih awal, tetapi Umno menggunakan PRK Bukit Gantang sebagai alasan untuk menangguhkan perlantikan Jamal dan Osman. Dan Umno kecewa kerana Jamal enggan turun keBukit Gantang untuk berkempen bagi pihak mereka …manakala Osman gagal menarik penyokong-penyokong PKR untuk berubah kepada Umno. Tidak sampai 30 ahli-ahli PKR Bukit Gantang yang mengikut Osman. Kebanyakannya adalah sanak saudaranya sahaja.

Umno tidak melantik Jamal dan Osman sebagai eXCO seperti yang dijanjikan iaitu selepas PRK Bukit Gantang…sebaliknya menangguhkan sehinggalah selesai Hari Keputeraan Sultan Perak.

Tetapi sekali lagi Umno memungkiri janji terhadap Jamal dan Osman dengan alasan DUN Perak masih belum dikuasai oleh BN. Dan apabila rampasankuasa DUN berjaya dibuat oleh Umno..masih ada lagi halangan mereka.. iaitu tentang siapakah Speaker yang sah. Lantas..perlantikan EXCO ditangguhkan lagi kepada 1 Julai 2009.

Sementara itu, kes rasuah mereka terus didengarkan dimahkamah dan tiada tanda bahawa Umno akan menarik balik tuduhan yang dibuat terhadap Jamal dan Osman. Osman mula ketar lutut. Dan dalam perbicaraan awal, Osman sudah mula meletakkan kesalahan kepada Jamal. Osman mengatakan bahawa dia hanya menurut arahan Jamal.

Osman sudah mula menghampiri pemimpin-pemimpin PKR dan menyatakan kekesalannya. Malah diberitakan bahawa Osman telah berjumpa Nizar dan meminta maaf terhadap apa yang berlaku.

Semua orang tahu…Osman hanyalah budak suruhan Jamal. Osman bukanlah seorang yang boleh membuat kerja-kerja EXCO…malah pernah menubuhkan sebuah syarikat dengan menggunakan namanya sendiri untuk mendapatkan projek-projek dibahawa EXCO Pelancungan Perak. Apabila diberitahu bahawa sebagai penjawat awam…dia tidak boleh memegang jawatan dalam syarikat, maka dia menggunakan nama seorang perempuan..yang kemudiannya menjadi isteri keduanya. Samaada ‘perkahwinan’ mereka sudah disahkan oleh JAIP…wallahualam.

Kini…Osman sudah mempunyai (isteri ketiga). (perkataan didalam kurungan kerana tidak dapaat disahkan sama ada benar itu isteri beliau. Tetapi semasa berjumpa dengan dua pemimpin PKR Bukit Gantang pada 29/6 lalu di Taiping, beliau bersama ibunya dan seorang perempuan yang diperkenalkan sebagai isteri’nya). Kehadiran ibu dan isteri ketiganya adalah sebagai ‘camourflage’ kerana dia sentiasa diawasi.

Dalam pertemuan tersebut…beliau menyatakan kekesalan terhadap apa yang berlaku. Dan seperti biasa, dia menyalahkan Jamal kerana memperdayanya. Beliau juga menyatakan sesal kerana beliau tidak lagi boleh kembali kekampung seperti biasa…tidak mendapat habuan yang dijanjikan oleh Umno… sedangkan beliau sekarang terpaksa menanggung tiga bini.

Umno Perak menyedari hal ini lantas mengadakan satu mesyuarat tergempar keesokan harinya (30/6) di Ipoh. Dan hari tersebut, mereka gempar kerana Jamal dan Osman tidak dapat dihubungi. Malah panggilan kepada Osman telah dijawab oleh mesin..”nombor yang anda hubungi belum diberi perkhidmatan!”

Dalam kekalutan itu…mereka cuba membuat apa yang dibuat oleh Nizar dulu..iaitu dengan cuba membubarkan DUN Perak.

Osman ‘hilang’. Jamal masih berada di Tanjung Malim pada hari Selasa 30/6 tetapi tidak mahu menjawab panggilan dari Umno. Beliau berbincang dengan orang perantaraan PKR tentang bagaimana untuk membalas dendam terhadap Najib yang gagal menunaikan janji. Malah Najib cuba mencuci tangan dengan menyerahkan semuanya kepada Zamry.

Apa yang dilakukan oleh Jamal terhadap Umno sekarang… sama dengan apa yang dilakukan olehnya terhadap Anwar dan PKR semasa tawar menawar dengan Najib dulu. Kalau Jamal boleh menjatuhkan PKR dan Pakatan rakyat Perak…Jamal juga boleh meruntuhkan Umno di Perak.

Apakah tingkah laku Jamal ini kerana mahu membela bangsa Melayu yang ditindas oleh DAP ataupun Nizar Boneka? Apakah yang telah dilakukan oleh jamal sejak menjadi boneka Umno? Sudah berapa ramai orang-orang Melayu yang dibantunya selama beliau menjadi boneka Umno?

Yang nampak…beliau hanya menambah B1N1. Dari dua selepas PRU 12, sekarang sudah empat.

Begitulah berkuasanya katak di Perak.

1.2 juta pengundi Perak ditipu oleh Jamal. Anwar yang dikatakan bijak..juga ditipu oleh Jamal. Malah Sultan Perak dan Raja Muda yang dikenali sebagai Sultan yang paling bijak…juga ditipu oleh Jamal.

Jamal menurunkan tandatangan dihadapan Sultan menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat dan Nizar sebagai Menteri Besar. Jamal juga menurunkan tandatangan dihadapan Sultan sebagai tanda menyokong Umno Barisan Nasional. Apakah Jamal akan menurunkan tandatangan sekali lagi…kali ini untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN Behrang?

Semalam…pemimpin PKR Perak bermesyuarat. Najib sudah tidak berani keluar negeri. Rakyat Perak resah gelisah. Semuanya kerana kuasa politik Perak terletak ditangan seorang penipu… seorang yang tidak berprinsip.

I feel sorry for Perakians. - Perakexpress


ISU MANEK URAI : Mahathir Dakwa Najib Perkenalkan Liberalisasi Untuk Jadi Popular

Tun Mahathir Mohamad membidas Perdana Menteri Najib Razak atas langkahnya membuka ruang semakin luas untuk pelabur asing mengambil kepentingan dalam ekonomi negara.

Mahathir berkata langkah-langkah yang diumumkan oleh Najib hanya bertujuan untuk meraih populariti dan tidak akan membantu kaum Melayu, Cina atau pun India.

Antara yang diumumkan oleh Najib ialah pemansuhan beberapa syarat untuk melindungi kepentingan bumiputera dan kaum lain dalam sektor-sektor utama termasuk pelaburan asing.


Syarikat- syarikat yang disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur tidak lagi perlu memperuntukan 30 peratus saham kepada Bumiputera sebagaimana yang ditetapkan sebelum Najib mengambil alih kerajaan Barisan Nasional April lalu.

“Saya berpendapat segala langkah itu lebih bertujuan untuk menjadi popular,” kata Mahathir merujuk kepada langkah-langkah Najib meliberalisasikan ekonomi untuk menarik pelaburan asing.”Saya tak tahu sama ada langkah-langkah ini akan membantu eknomi, sebab hakikatnya ekonomi Malaysia telah berkembang sejak kemerdekaan,” tambah mantan Perdana Menteri itu.

“Ekonomi kurang rancak sekarang, tetapi ini adalah kerana faktor persekitaran luaran, bukannya kerana perkara-perkara didalam negara,” Mahathir berkata.

Mahathir berkata Najib harus berwaspada terhadap pelabur asing yang mahukan kawalan sepenuh ke atas syarikat-syarikat pengurusan dana kerana “mereka tidak ada sebarang nilai kesetiaan kepada negara.”

“Mereka berada di negara ini untuk membuat untung. Apabila mereka tidak dapat berbuat demikian, mereka meninggalkan negara ini dan kita menanggung kesannya,” kata Mahathir.

Ketika menangani krisis ekonomi Asia pada tahun 1997-98, Mahathir mengekalkan dasar-dasar ekuti dan peruntukan saham bumiputera dan enggan membuka secara bebas sektor-sektor utama seperti perbankan kepada pelabur asing.

Beliau telah berpaut kepada prinsip bahawa Malaysia memerlukan pelaburan asing untuk merancakan pertumbuhan ekonomi negara, Namun pada masa sama Mahathir lantang menekankan keperluan melindungi peniaga bumiputera dan industri tempatkan daripada menjadi mangsa pengambil alihan syarikat-syarikat antarabangsa.

Mahathir sebelum ini telah mengelar Najib sebagai lemah dan pengecut apabila beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Abdullah Badawi.

Kritikan terbaru secara terbuka Mahathir mencerminkan rasa tidak puas hati di kalangan pelbagai pihak, khususnya akar umbi UMNO terhadap mainan politik Najib bersabit hak keistimewaan kaum bumiputera, semata-mata untuk meraih sokongan pengundi bukan Melayu. -sk

Penduduk lega langkah roboh tempat sembelihan babi

ALOR SETAR: Penduduk Kampung Berjaya di sini meminta pihak berkenaan tidak mempolitikkan keputusan menutup tempat penyembelihan babi di situ kerana mereka sememangnya menyokong langkah itu.

Seorang mekanik Tan Khien Hin, 48, menyifatkan tindakan DAP itu sia-sia kerana majoriti penduduk bersetuju dengan penutupan tempat penyembelihan berkenaan.

"Tempat tu memang wajar tutup sebab dah lama ada di situ, tidak sesuai dah dengan keadaan sekarang, lagipun ada tempat lain lagi untuk sembelih (babi)," katanya.

Rabu lalu, Pengerusi DAP Kedah, Thomas Su mengumumkan DAP keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan beberapa isu terutama tindakan merobohkan tempat penyembelihan babi di Kampung Berjaya.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika mengulas tindakan itu berkata DAP bebas membuat apa sahaja keputusan sama ada untuk kekal atau keluar pakatan kerana kerajaan negeri telah melakukan yang terbaik dalam memenuhi tuntutan mereka. BERNAMA

Perang Dunia Telah Berlaku

Posted on Friday, July 03 @ 01:30:00 PDT by TokPenghulu
Oleh: Merong

Penulisan kali ini adalah untuk merungkai masaalah-masaalah berkaitan pemahaman kehidupan yang banyak membelengu umat Islam di seluruh dunia akibat daripada lari dari konsep menjunjung Islam itu sendiri.

Kehebatan Rasullulah sebagai rasul terakhir dan para sahabat adalah menubuhkan empayar khalifah berteraskan Tauhid di seluruh dunia tidak terkecuali Nusantara. Melalui sistem ekonomi, Islam berkembang, melalui sistem kefahaman Tauhid Islam berkembang dan melalui sistem kemasyarakatan Islam berkembang.

Pada dasarnya Islam berkembang melalui sistem-sistem yang telah diasaskan oleh Rasullulah. Tetapi sistem-sistem ini gagal difahami secara jelas dikalangan umat Islam kini. Apabila berlakunya perbahasan diantara Islam lebih kepada perbahasan Hukum Islam atau politik daripada perbahasan mengenai Kaedah Menjadi Seorang Islam.


Sebagai Umat Islam diantara peringkat kaedahnya adalah :

1. Mengenal Tauhid kepada Allah

2. Mengenal Sejarah Perjuangan Tauhid.

3. Mengenal Sistem-sistem Didalam Mempercayai Ke Tauhidan.

4. Mengenal diri sebagai Hamba Allah.

Kesemua peringkat kaedah ini telah diasaskan oleh Rasulullah tetapi malangnya secara umumnya Umat Islam kini hanya memahami atau berbahas mengenai Islam perihal kaedah yang ketiga sahaja.

Mengapa ini terjadi adalah kerana TERHAPUSNYA SISTEM KHALIFAH dimuka bumi ini secara perlahan sejak 800an lagi. Sistem khalifah yang diasaskan oleh Rasullulah terhapus melalui cara peperangan atau kaedah kaedah sistem yang diasaskan oleh Kafir Yahudi dan Nasrani. Khalifah yang terpilihlah yang menjaga atau mempastikan kaedah-kaedah itu terpelihara. Hancurnya khalifah umat muslim seperti seorang isteri kematian suami atau anak-anak kehilangan ibu bapa.

Apabila terhapusnya sistem khalifah mereka mula bergerak untuk menghapuskan Islam Sejati. Ini berlaku melalui menanamkan sifat Cinta Dunia di dalam hati Umat Islam. Apabila sifat Cinta Dunia ini berjaya ditanamkam maka lahirlah generasi yang penakut. Manusia yang penakut selalunya dilihat sebagai manusia yang terlalu banyak memberi alasan apabila tuntutan tauhid diperlukan.

Pelbagai kaedah diwujudkan oelah Yahudi Nasrani untuk melemahkan umat Islam.

1. Peperangan memilih pemimpin. Yahudi Nasrani mengerti kaedah Islam memilih pemimpin adalah yang terbaik iaitu melaui kaedah Syura dikalangan Ulama dengan syarat Islam perlu dominan. Tetapi mereka mewujudkan sistem demokrasi. Satu Dunia seolah-olah wajib praktikkan demokrasi.Mereka yang cukup umur sudah layak memilih pemimpin tanpa menyukat ilmu dan ketakwaan mereka. Maka apabila pemimpin dipilih oleh mereka yang majoritinya kurang ilmu, lahirlah pemimpin yang juga kurang ilmunya. Apabila pemimpin dipilih oleh mereka yang majoritinya sukakan hiburan, maka lahirlah pemimpin yang sukakan hiburan. Masyarakat berpecah sesama sendiri akibat fahaman politik yang pelbagai. Manusia lebih banyak berbicara soal politik tetapi tidak menbincangkan soal ketauhidan Allah

Cuba bayangkan apakah akan terjadi jikalau Jawatan Mursidul Am PAS di Demokrasikan ?
2. Peperangan melabelkan manusia mengikut ilmu atau sumbangan yang di iktiraf mereka seperti Dato’, Tan Sri, Sir, Professor, Dr. Mereka seolah-olah mewujudkan ilmu yang BERHAK di ikuti hanya di punyai oleh golongan ini. Hanya Tan Sri cakap betul orang lain tidak betul. Hanya Dr orang pandai didalam semua hal…orang lain kurang pandai. Maka terhapuslah sistem musyawarah didalam memperbahaskan ilmu. Maka hilanglah sistem perhambaan diri kepada Allah kerana unsur riak ditanamkan disini

3. Peperangan menguasai minda manusia melalui penjenamaan seperti menghasilkan produk yang pelbagai mengikut kelas-kelas penjenamaan manusia. Contohnya Mercedes untuk Datuk dan Datsun untuk pesawah padi. Banglo untuk Tan Sri, Kos rendah untuk penoreh getah. Pergaulan didalam masyarakat pula mengikut jenis-jenis rumah atau jenis-jenis kereta. Maka hilanglah sistem perhambaan diri kepada Allah kerana unsur riak ditanamkam disini.

4. Peperangan pemecahan ilmu kepada kelas-kelas tersendiri seperti wujudnya sesuatu ilmu hanya dimilikki oleh seseorang sahaja. Dr Fizik, Dr Kimia, Dr Perubatan. Sedangkan untuk lebih mempertingkatkan tauhid, kita perlu mempelbagai ilmu kita supaya kita lebih hampir mengenal Allah.

5. Peperangan menguasai jiwa Muslim melalui kaedah ekonomi. Sistem ekonomi kapitalis kesemuanya berdasarkan Hutang. Tanpa berhutang ekonomi dunia kaku. Apabila manusia berani berhutang ekonomi dunia melonjak tetapi tanpa kita sedari Jiwa Muslim seolah-olah telah diletak di Pajak Gadai. Mulut terkunci, tindakkan terbatas kerana jiwa muslim telah digadaikan kepada pajak-hutang. Apabila majikan tidak benarkan berhari-raya…..muslim hanya mengikut sahaja kerana di mata terbayangkan hutang. Jika melawan majikan mengambil tindakkan. Tetapi tanpa disedari Roh Islam itu sendiri berkurangan akibat tidak menyambut Aidilfitri. Tahun demi tahun masyarakat muslim itu sendiri lemah.

6. Peperangan penghapusan sejarah. Muslim tidak kuat jika Buta Sejarah atau tersilap memahami sejarah. Maka wujudlah badan-badan sejarah diserata negara didunia kononnya untuk menggalakkan manusia memahami sejarah. Malangnya Sejarah yang penuh tipu muslihat. Maka terhasillah Umat Islam tanpa sejarah, seolah-olah seorang anak yang hidup tetapi tidak tahu asal usul keturunannya.

Jikalau kita muhasabahkan kaedah kaedah yang di wujudkan ini, tujuannya adalah satu…untuk melemahkan tauhid umat silam melalui perpecahan masyarakat, perpecahan kepercayaan dan perpecahan pendapat. Kita sepatutnya lebih berbahas bagaimana untuk mempertingkatkan tauhid kita kepada Allah atau mendominasikan Islam di sesebuah Negara tetapi mereka reversekan minda kita untuk berbahas perkara-perkara yang tidak bersangkutan dengan tauhid atau Islam.

Kalau hendak berkawan…carilah kawan yang suka berbicara tentang Islam. Kalau berkawan dengan manusia yang lebih mementingkan dunia lama kelamaan kita juga akan menjadi seperti mereka. Kalau berkawan dengan kaki motor..lama- kelamaan kita juga akan merempit. Kerosakkkan atau kebaikkan di dunia dilihat sepertimana kata pepatah Sedikit sedikit Lama lama menjadi bukit. Jikalau menjadi bukit uhud tidak mengapa, dikuatiri menjadi bukit Gondol.

Itu diantara contoh peperangan yang diwujudkan oleh Yahudi Nasrani untuk melemahkan Islam. Apabila lemah TAUHID umat Islam diseluruh dunia maka bersedialah Yahudi untuk menyambut ketua mereka, The One Eye…Dajjal.


Kepada Umat Islam yang memahami peperangan ini terserahlah bagaimana untuk reversekan kaedah mereka….wallahualam


Solat Hajat Untuk Agar Wabak Influenza H1N1 Tidak Terus Merebak

Posted on Friday, July 03 @ 17:27:56 PDT by AbuJihad

PAS Pusat amat prihatin terhadap penularan wabak Influenza H1N1 yang pada hari meningkat kepada 291 kes dengan 47 kes baru dilaporkan hingga pagi tadi.

PAS melihat wabak ini satu ancaman baru kepada rakyat Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya. Justeru itu, pelbagai usaha harus dilakukan bagi membasmi penularan wabak ini.

PAS Pusat meminta agar semua ahli, penyokong dan rakyat yang beragama Islam beramai-ramai melakukan Solat Hajat di Masjid, Surau, Padang atau dirumah masing-masing dengan doa, semoga Allah membantu kita menghentikan wabak ini dari terus merebak.

Kepada yang bukan Islam, PAS Pusat menyeru agar mereka berdoa kepada tuhan masing-masing mengikut ritual agama mereka.

Semoga dengan kesatuan doa ini, wabak ini dapat disekat dari terus merebak. Sesungguhnya setiap yang terjadi itu datangnya dari Allah, dan hikmahnya Allah mahu kita bersatu dan terus mengingatinya. Jadikan wabak Influenza H1N1 sebagai satu peringatan dari Allah. Sesungguhnya amat beruntung bagi mereka yang tidak pernah lupa menyembah tuhannya.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

38 lagi kes baru H1N1 - Ancaman selesema babi makin serius

PUTRAJAYA - Jumlah kes baru selesema babi meningkat hampir tiga kali ganda dalam tempoh 24 jam dengan rekod 38 kes semalam berbanding hanya 14 kes kelmarin, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa wabak itu setakat ini 196 kes.

Daripada jumlah itu, sebanyak 33 kes import manakala lima lagi penularan tempatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, mangsa terbaru itu membabitkan 30 orang rakyat Malaysia serta lapan warga asing.

Bercakap pada sidang akhbar di sini semalam, beliau memberitahu, lima kes penularan tempatan itu membabitkan tiga pelajar Sekolah Menengah Tsun Jin, Cheras dan dua lagi kontak kepada kes import terdahulu

"Dua sekolah, Sekolah Menengah Tsun Jin Cheras, Kuala Lumpur dan Sekolah Tinggi Chung Hwa, Seremban masih ditutup sehingga Jumaat ini dengan 4,668 orang dikuarantin, '' jelasnya.

Tiong Lai turut mengumumkan tambahan 29 klinik kesihatan di seluruh negara dan lima hospital swasta di Lembah Klang bagi khidmat pengambilan sampel kes H1N1.

Komen : bukan kerajaan 1 malaysia je, kerajaan mana2 pun tidak mampu berbuat apa sekiranya itu kehendak Tuhan. Apatah lagi jika itu adalah amaran dariNya, kita hanya berusaha untuk mengembalikan umat manusia ke jalan yang benar dan sama2 lah kita berusaha menanganinya

Antara Dua Muktamar

Bagi sesiapa yang belum mengenal Maxime Rodinson, beliau merupakan sarjana Peranchis yang telah menulis buku 'Islam and Capitalism'. Tesis utama buku tersebut ialah penolakan terhadap sangkaan Max Weber (bapa sosiologi barat) bahawa agama-agama lain (termasuk Islam) tidak serasi dan tidak membawa nilai Kapitalisme yang membawa kepada kemajuan ekonomi barat. Di dalam magnum opus beliau 'The Protestant Ethic and the Spirit of Capitalism', Weber telah membuktikan bahawa Protestant versi Calvanism yang beliau anuti merupakan tanah yang subur untuk ideologi Kapitalisme. Maka, Rodinson pula telah mengemukakan teorinya pula yang mengatakan bahawa Islam juga amat serasi dan menyediakan tanah yang subur juga untuk ideologi kapitalisme. Samada al-Quran dan Sunnah, kedua-duanya tidak menentang unsur-unsur perdagangan, pencarian keuntungan (yang tidak dihadkan), pemilikan individu, dan lain-lain lagi, tetapi dengan versinya yang tersendiri dengan mengharamkan beberapa elemen yang akan merosakkan perdagangan itu seperti riba, gharar, menipu, monopoli dan lain-lain.


Jomo K.S. telah menyangkal hujah kedua-dua Weber dan Rodinson di dalam artikelnya, 'Islam and Capitalim Development: A Critique of Rodinson and Weber'. Beliau mengemukakan sisi terlindung yang tidak disentuh oleh Rodinson terutamanya mengenai ekonomi Islam. Beliau telah menegaskan bahawa konsep 'keadilan sosial' yang menjadi tema utama falsafah ekonomi Islam tidak selari dengan sikap individualisme terlampau ideologi Kapitalisme. Bagi sesiapa yang biasa dengan wacana falsafah politik ekonomi, sentimen 'sosialisme' tulisan Jomo akan segera dihidu. Jomo bukanlah yang pertama,malah Abdul Qadir 'Audah, Ali Shari'ati dan lain-lain lagi telah mendahului beliau di dalam usaha pengharmonian di antara teori ekonomi sosialisme dengan falsafah eknomi Islam. Agak menarik, mungkin analisis Umer Chapra mengenai Islamic Economy boleh memeriahkan lagi wacana berkenaan. Kesimpulannya, falsafah ekonomi Islam itu tidak bersifat statik. Sebagai pentafsiran kepada wahyu yang terbuka kepada ijtihad dan akal manusia, falsafah tersebut boleh dicorakkan menurut rasional dan juga kesesuaian setempat selagi ianya tidak merongkai apa yang baku dan fundamental.

Mukadimah ini menjadi pembuka kata mengenai pandangan seorang rakyat Malaysia yang ingin melihat Malaysia yang lebih harmoni untuk sekelian penduduknya (termasuk alam sekitar dan haiwan). Pada tahun ini, konvensyen parti-parti politik di UK yang telah berlangsung pada awal tahun telah menjadikan perbincangan mengenai krisis ekonomi (credit crunch) sebagai tema utama. Setiap parti mengemukakan saranan mereka untuk memulihkan ekonomi jika mereka menguasai tapuk pemerintahan. Wacana yang mereka gunakan adalah wacana politak ekonomi yang berbunyi positif dan penuh keyakinan. Ketiga-tiga parti utama di UK (Buruh, Konservatif dan Liberal Demokrat @ Lib Dem) telah mengemukakan blue print mereka sebagai dasar untuk menjadi parti pemerintah. Agak menarik,walaupun Lib Dem merupakan parti yang mungkin tiada peluang untuk menjadi parti pemerintah pun, namun reotrik dan juga gagasan yang dibawa oleh Nick Clegg (presiden parti) membuktikan bahawa mereka bersedia untuk memerintah. Antara yang menarik ialah polisi luar mereka yang bersikap mesra Palestin dan agak agresif berhubung dengan Israel. Walau bagaimanapun, parti yang sering mendapat julukan 'parti gay' (kerana komitmen mereka memperjuangkan hak golongan minoriti, terutamanya golongan gay) ini agak mustahil untuk mencapai puncak kekuasaan mahupun menjadi pembangkang utama dengan kabinet bayangan yang tersendiri.

Hal ini telah membuka selera saya untuk mengikuti dengan tekun perbincangan di dalam perhimpunan Agung UMNO dan juga Muktamar PAS. Sebagai rakyat Malaysia yang realis, saya terpaksa akur bahawa kuasa politik di Malaysia masih lagi berteraskan sikap kepuakan dan bangsa. Politik identiti masih kuat berakar di dalam budaya politik rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, tidak dapat tidak tampuk kekuasaan mestilah berada di dalam tangan parti bangsa yang majoriti, iaitu parti orang Melayu. Maka, samada UMNO ataupun PAS, merekalah merupakan harapan survival politik orang Melayu. Hal ini merupakan satu norma yang tidak dapat disangkal, cuma apa yang perlu diberikan perhatian, apakah budaya pemikiran seperti ini akan mengabaikan kepentingan dan hak kaum minoriti yang majoriti ataupun tidak.

Seperti kebiasaannya, di dalam Perhimpunan Agung UMNO, politik wang merupakan sinonimnya. Walaupun media tidak melaporkan, namun testemonial para perwakilan yang balik dari perhimpunan tersebut dengan wang yang lumayantelah cukup untuk manusia berakal untuk tidak menafikannya. Politik wang dan politik patronage merupakan rencah utama politik UMNO. Maka dengan rencah itu jugalah UMNO menjadi rosak dan UMNO telah ditolak oleh kebanyakan rakyat Malaysia pada PRU ke-12 yang lalu, terutamanya di kalangan bukan Melayu. Bukan sekadar UMNO, malah parti-parti komponen BN yang lain juga telah menerima tempias penolakan rakyat terhadap UMNO. Malangnya, para pemimpin UMNO tidak juga sedarkan diri. Di kala UMNO sedang lesu dan mengharapkan 'wow factor' (bak kata Timbalan Perdana menteri Malaysia dan juga Timbalan Presiden UMNO), para pemimpin UMNO masih lagi tidak serik.

Walau bagaimanapun, apa yang ditunggu ialah kualiti ucapan dan pebincangan di dalam perhimpunan tersebut. Amat malang, kualiti perbincangan dan usul yang dibawa oleh para perwakilan tidak mencerminkan bahawa UMNO telah melonjak untuk memperbaiki dirinya. Walaupun tiada keris yang dijulang kali ini, namun tiada usul dan perbahasan yang menuntut perubahan drastik berhubung keadaan terkini negara. Namun, sekurang-kurangnya nada perbincangan perwakilan tetap yakin bahawa UMNO akan terus berada di tampuk pemerintahan dan akan terus berkuasa. Malangnya tiada sesuatu yang baru, apatah lagi sesuatu yang menunjukkan kematangan dan kemajuan di dalam pemikiran majoriti para perwakilan. Mungkin masing-masing sibuk menantikan pemimpin yang telah mereka undi sebagai balasan duit yang telah diberikan untuk menjadi MT ataupun apa-apa jawatan yang lain.

Pada bulan Jun pula, muktamar PAS telah berlangsung. PAS merupakan lawan utama UMNO. Walaupun PKR nampak mempunyai kelebihan kerusi di parlimen (PKR 31 kerusi, PAS 23 kerusi), namun hakikat undian yang diberikan kepada PAS dan juga jumlah kerusi DUN yang dikuasai membuktikan bahawa PAS masih merupakan parti pembangkang utama di Malaysia. Maka sewajarnya PAS bersedia untuk mengambil tampuk pemerintahan dari UMNO. Hal ini telah dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS yang telah memenangi kerusi tersebut buat kali ketiga berturut-turut, Ust Nasharudin Mat Isa. Selain dari usaha unutk mengukuhkan PR, PAS juga menurut beliau bersedia untuk menggantikan UMNO.

Mungkin keterbatasan ruang, bagi penonton politik di luar negara, ruang media alternatif sahaja yang dapat dijadikan ruang untuk mengikuti perkembangan muktamar. TV PAS, Harakahdaily dan Siasah online mungkin menjadi sumber terpecaya. Media masa arus perdana mempunyai agenda tersendiri, begitu juga halnya dengan media-media alternatif lain yang tidak dimiliki oleh PAS. Mereka mempunyai pentafsiran yang lain berbanding tuan punya badan sendiri. Amat kecewa bagi pengamat politik yang amatur seperti saya dengan kualiti perbincangan di dalam muktamar. Walaupun timbalan presiden membuka cita-cita yang besar,namun kualiti dan juga atmosfera perbahasan dan usul lebih merupakan isu dalaman parti dan juga isu-isu reaksi. Tiada satu blue-print yang jitu di dalam perbahasan mahupun di dalam ucapan presiden yang menunjukkan PAS bersedia memerintah.

Di kala Tuan Guru Presiden menyalahkan ideologi Kapitalisme Liberal yang semakni hancur dan membawa keruntuhan ekonomi di barat, tidak pula dibincangkan alternatifnya di bumi Malaysia yang ingin dibawa oleh PAS. Sistem perbankan Islam yang bertapakkan semangat kapitalisme itu sendiri pun turut didokong oleh PAS. Begitu juga dengan perbahasan pemuda mengenai Liberalisme ekonomi, sanggahan mereka hanyalah mengenai kemungkinan pemodal Yahudi akan bertapak di Malaysia, dan kemudiannya menegaskan bahawa rakyat masih memerlukan kerajaan di dalam urusan ekonomi mereka. Bagi para pengkaji politik eknomi, ternyata saranan itu berbau sosialisme, dan juga mengukuhkan lagi polisi ekonomi BN yang membuka ruang kepada patronage economy yang menghasilkan kronisme dan nepotisme selanjutnya korupsi.

Mungkin saya terlepas pandang, namun seperkara yang penting ialah perbincangan berhubung kepentingan bukan Melayu/Islam yang telah memberikan undi kepada PAS lewat PRU-12 yang lalu. Selain dari perbincangan mengenai Kelab Penyokong PAS, tiada perbincangan khusus mengenai kedudukan sosio-ekonomi bukan Melayu/Islam jika PAS mengambil alih kekuasaan dari UMNO. PAS tida boleh membiarkannya hanya kepada PR untuk membuat keputusan, PAS mestilah mempunyai ideologi dan juga gagasan mereka sendiri yang kemudiannya dilobikan di dalam PR. Mungkin saranan penubuhan suruhanjaya mengkaji rampasan kuasa BN di Perak boleh dipuji, namun sekali lagi, ianya lebih berbentuk reaksi. Cadangan mengharamkan SIS merupakan satu yang beasar dan serius. Walaupun impaknya negatif dan mengundang pelbagai polemik, namun sekurang-kurangnya itu membuktikan komitmen PAS terhadap ideologi yang didokonginya. Saya secara peribadi tidak menyokongnya, tetapi jika itu yang dimahukan oleh majoriti ahli PAS, sekurang-kurangnya ia perlu dihormati. Usul yang besar dan bersikap 'genuine' seperti inilah yang dimahukan. Bukanlah saya bermaksud usul yang 'mengharamkan', tetapi usul yang membawa 'blue-print' PAS kepada rakyat mengenai apa yang ingin mereka bawa jika mendapat tampuk kekuasaan.

Isu kerajaan perpaduan sepatutnya dijadikan usul dan diperbahaskan. Biar apapun yang ingin diperkatakan oleh orang lain, namun PAS perlu bersikap matang di dalam membawa sesuatu ide. Janganlah isu tersebut membuatkan mereka yang mendokongnya bersikap seperti watak-watak 'spitting image'. Jika benar ia relevan, bawakan usul dan diperbincangkan dan kemudian diputuskan samda ianya relevan ataupun tidak. Jika ianya tidak relevan dan ditolak oleh perwakilan semua, maka ianya harus 'ditutup' dan dibuang tanpa perlu dibincangkan lagi. Sekiranya ianya diterima oleh para perwakilan, maka di waktu itu PAS sebagai sebuah parti yang bersedia untuk memerintah perlu menghormati pandangan majoriti ahli. Menyenyapkan isu tersebut tanpa diperbincangkan akan menimbulkan tanda tanya dan gosip yang berterusan. Pihak lawan pula akan terus memanipulasi isu berkenaan untuk kepentingan mereka.

Walau apapun yang telah berlangsung, tahniah diucapkan kepada para pemimpin PAS dan perwakilan yang telah menjayakan uktamar ke-55 PAS. Mungkin mengharapkan sesuatu yang besar dari UMNO dan PAS adalah keterlaluan. Masanya akan sampai juga, namun bila?

Maszlee
Durham, UK.
* Menantikan usul pembentukan kabinet bayangan PR dengan PAS mengemukakan menteri-menteri bayangan mereka dengan polisi-polisi tersendiri menggambarkan aspirasi PAS dan harapan rakyat....ini juga tidak muncul...
Maka, tiada sesuatu yang baru yang dikemukakan juga. Apakah mereka benar-benar telah bersedia untuk memerintah dan menggantikan UMNO?

http://maszleemalik .blogspot. com/


UMNO GEMBIRA DAP KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT DI KEDAH


E-MAIL PILIHAN DARI; air_strike101@yahoo.comSalam,

Semasa UMNO memerintah Kedah, pimpinan UMNO tidak berani merobohkan rumah sembelihan babi walaupun telah beroperasi selama lebih dari 30 tahun tanpa lesen. Persoalannya mengapa kerajaan UMNO pada masa itu gagal dan enggan mengeluarkan lesen bagi menghalalkan rumah penyembelehan babi itu. Malangnya apabila PAS berkuasa dan mengambil tindakan merobohnya, bukan main lantang beberapa pimpinan Menteri-menteri UMNO diperingkat Persekutuan dan juga pimpinan UMNO di peringkat negeri Kedah menyuarakan bantahan, kritikan dan menyokong tindakan DAP keluar dari Pakatan Rakyat di Kedah.

Tujuan mereka ialah untuk memporak perandakan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah dan kemudian akan menjalankan misi jahat mereka dengan merancang rampasan kuasa sebagaimana yang dilakukan oleh UMNO/Bini Najib (BN) di Perak. Inilah sebenarnya niat jahat mereka yang tamakan kuasa.

Tindakan Kerajaan Kedah yang diterajui oleh PAS itu sewajarnya mendapat sokongan oleh pimpinan UMNO, bukannya menempelak kerajaan negeri. Jika mereka telah gagal melakukan semasa mereka berkuasa dahulu kerana takut dan terpaksa tunduk kepada kaum Cina yang diwakili oleh MCA dan Gerakan, setidak-tidaknya mereka berdiam diri dan jangan ikut campur mengkritik atau menempelak tindakan kerajaan Kedah; walaupun isu ini boleh menguntungkan politik UMNO. UMNO sewajarnya lebih mementingkan dasar dan prinsip agama yang kononnya UMNO mendakwa terlibat secara aktif menjunjung, mempertahankan dan membela agama Islam.

Namun dalam kemelut isu ini, pimpinan UMNO bertindak sebaliknya dengan lebih mengutamakan dan mendahulukan manfaat politik melebihi dari mengagungkan agama. Adakah ini termasuk dalam dasar Islam Hadhari yang diilhamkan oleh Tun Abdullah, mantan PM dan Presiden UMNO dan difahamkan kini Islam Hadhari sedang diberi nafas baru puila sebagaimana yang diumumkan oleh YB Menteri di JPM, Senator Maj Gen (B) Datuk Jamil Khir yang bertanggung jawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam.

Jika demikian dasar dan matlamar UMNO, maka sebaiknya Menteri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Maj Gen (B) Datuk Jamil Khir seharusnya mengeluarkan kenyataan mengenai pendirian UMNO dan kerajaan Persekutuan mengenai kemelut ini. Manakala Timbalan Menteri di JPM, YB Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim yang juga berasal dari Sik, Kedah juga perlu menyatakan pendiriannya. Mereka berdua ini adalah tokoh ilmuan agama UMNO yang amat dihormati.

Jika YB Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim menyatakan pendirian bahawa Kerajaan Negeri Kedah tidak seharusnya merobohkankan rumah sembelihan babi yang tidak berlesen itu kerana perlu menghormati keperluan dan sensiviti kaum yang bukan beragama Islam, maka kita akan akur dengan pendirian itu. Namun, kerajaan Negeri Kedah yang diterjui oleh PAS disarankan agar mengeluarkan peruntukan bagi membena satu rumah sembelahan babi yang diluluskan lesennya di kawasan yang berhampiran dengan rumah keluarga YB Senator Dr Mashitah Ibrahim sebagai balasan akan keikhlasan dan pendiriannya dalam membela kaum yang bukan beragama Islam.

Demikian juga bagi pemimpin-pemimpin UMNO Negeri Kedah yang lain yang mengkritik tindakan kerajaan Kedah seperti Timbalan Perhubungan UMNO negeri Kedah dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahadhir Khalid. Oleh kerana mereka menyuarakan kritikan akan tindakan merobohkan rumah sembelehan babi tersebut, maka disarankan agar Kerajaan Negeri Kedah turut mengeluarkan peruntukan bagi membena beberapa rumah sembelehan babi berhampiran dengan rumah-rumah mereka atas kapasiti dan premis mereka yang menyokong tindakan DAP tersebut. Maka kita akan dapat melihat sejauh mana keikhlasan mereka membela DAP dan kaum bukan Islam itu atau hanya sekadar mahu meraih sokongan politik dari kaum Cina itu untuk mengambil aleh kuasa di Kedah.

Bagaimana reaksi penyokong-penyokong , ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO akan saranan di atas,. sanggupkah kerajaan Negeri bena rumah sembelehan babi berhampiran dengan rumah-rumah kediaman mereka. Atau sengaja bersandiwara mahu mengkritik untuk meraih sokongan politik dari kaum Cina semata-mata. Bukankah UMNO melaung-laungkan cogan kata memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Dalam lagu UMNO pun ada senikata sedemikian. Melaung dan menyanyi sahaja lah yang kuat, tapi kote lembik, tak berani merobohkan walaupun telah berkuasa lebih 50 tahun......

Kerajaan PAS di Negeri Kedah tidak akan rugi apa-apa di atas tindakan DAP keluar dari Pakatan Rakyat di Kedah. Malah lebih menguntungkan kerana PAS lebih selesa menjalan dasar dan mentadbir kerajaan negeri tanpa pengelibatan DAP yang ibarat duri dalam daging. Selama ini pun UMNO sering mendakwa dan menjaja yang PAS menjadi kuda tunggangan DAP. Maka episod sedemikian dengan sendirinya menyangkal akan dakwaan dan tohmahan UMNO ini.

Syabas dan tahniah kepada YB Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Dr. Azizan. Semuga negeri Kedah terus mendapat rahmat dan kemakmuran di bawah pemerentahan kerajaan PAS.

Sekian dan wassalam,
para_jump101


Jumaat, 3 Julai 2009

Pemuda PAS Pusat Ibarat Menjilat Ludah Sendiri....

oleh kedahlama

Ketika UMNO di penghujung hayat...sudah hampir mati taliannya, tetiba Pemuda PAS Pusat pula terhegeh-hegeh nak tunjuk baik dengan mengadakan perjumpaan dengan Pemuda UMNO...Bergerak atas nama Islam dan membawa identiti agama, tetapi sanggup membunuh rakan seperjuangan sendiri. Pemuda PAS membuat keputusan di saat ahli, penyokong dan pengundi PAS berdoa siang dan malam agar UMNO dan BN terus berkubur dan lenyap.

Apakah jadahnya ni... Nampaknya Pemuda PAS mahu tunjuk baik. Tetapi mereka lupa bahawa kemenangan PAS disebabkan atas dasar dan kerjasama PAKATAN RAKYAT. Pakatan Rakyat mendapat sokongan dari semua kaum. PAS ingat dia menang dan dapat memerintah kerana rakyat menyokongnya. Sebenarnya tidak.. Rakyat menyokong PAKATAN RAKYAT. Amat bodoh tindakan Pemuda PAS ini. Nampak saja macam pandai, tetapi amat bodoh dan mangkok dari segi politik.


Sepatutnya Pemuda PAS perlu kuburkan terus hubungan dengan UMNO dan BN. Kukuhkan kerjasama dengan gabungan dalam Pakatan Rakyat seperti PKR dan DAP. Sekarang sudah terbukti bahawa kepimpinan PAS sudah gila kuasa dan gila harta. Akan jadi gila dan terus gila lebih teruk dari UMNO. pakai serban dan bercakap bab agama sahaja belum tentu menjamin kecerdikan akal fikiran dan bijak berpolitik. Pemuda PAS sudah lupa sokongan dan harapan yang pengundi berikan.

saya amat yakin jika Pemuda PAS masih dengan ego dan mahu berbaik dengan UMNO dan BN, tunggulah....PRU13 pasti lingkup kerana parti ini yang mengaku berjuang atas nama Islam telah mengkhianati rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat....Pohon kerjasama semua rakan-rakan dan pengundi untuk terus menyokong Pakatan Rakyat dalam PRU13, tanpa PAS kerana PAS sudah jadi macam UMNO yang duduk semeja dan sebangku dalam Barisan Najib (BN).

Ends.....

DAP KELUAR KERANA BABI??


KRONOLOGI RUMAH SEMBELIH KHINZIR MERGONG

Panjang cerita rumah sembelih babi di Kg Berjaya, sejak 1993, sejak gempar kisah Japanese Encephalities di seluruh Negara. Kini muncul lagi kisah berkaitan babi dan riuh lagi gara-gara A H1N1. Apapun berkaitan penyakit-penyakit darihal babi ni, perkara pokok ialah peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh PBT (MBAS). Memang tugas kerajaan menuatkuasakan undang-undang untuk mengatur hidup dan kehidupan supaya tidak bercelaru.

Inilah Kroniologinya.......


KRONOLOGI RUMAH SEMBELIH KHINZIR MERGONG

21.7.93 - Cadangan supaya kerja-kerja pembersihan dalaman rumah sembelih khinzir Mergong diambil alih oleh AWS.

26.7.93 - Tawaran AWS khidmat mencuci, membersih, mengorek longkang dengan seorang pekerja RM450.00 sebulan.

16.12.93 - Majlis bersetuju dengan Tahap Piawaian Efluen bagi sektor ladang dan pemprosesan ternakan.

11.4.94 - Rungutan pemindahan tempat ternakan/ penyembelihan khinzir oleh Harta Usahawan Sdn. Bhd.

30.4.94 - Majlis akan membina dinding untuk memisahkan kawasan awam dengan rumah penyembelihan.

19.6.94 - Permohonan laporan mengenai tempat ternakan dan penyembelihan khinzir di Majlis.

11.7.94 - Majlis memberi maklumbalas atas per. (06) bahawa tiada tempat ternakan khinzir dan tempat penyembelihan khinzir terdapat di Mergong.

11.10.94 - Aduan dari Othman Lebai Saad, JKKK Kg Telok Yan dan pohon ubah tempat sembelih.

5.1.95 - Majlis pohon maklumat mengenai rumah bantai khinzir yang sedia beroperasi dari lain-lain PBT untuk cadangan penempatan semula Rumah Bantai Khinzir.

13.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Taiping bahawa Jabatan Perkhidmatan Haiwan tidak ada apa-apa peranan dalam pengurusan rumah bantai khinzir.

19.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Bandaraya Ipoh bahawa rumah pembantaian di bawah Jabatan Haiwan.

26.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah bahawa rumah sembelih dikendalikan oleh Jabatan Haiwan.

26.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Klang bahawa tidak terdapat rumah bantai khinzir.

26.1.95 - Mesyuarat Majlis Pembangunan Negeri Kedah membangkitkan rumah sembelih khinzir tidak dibina baru. Disyorkan tunggu rumah sembelih di Butterworth siap dan dipusatkan di sana.

6.2.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Kuantan bahawa MPK belum melesenkan aktiviti rumah bantai khinzir tersebut di bawah kawalan Jabatan Haiwan.

18.6.95 - Mesyuarat Jawatankuasa Penempatan Semula Rumah Khinzir di MPKS.

5.6.96 - Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan bersidang 11.10.95 dan persetujuan dicapai antara PKB dengan MPKS untuk menutup rumah sembelihan khinzir di Kampong Berjaya perlu dilaksanakan.

29.4.97 - Majlis menghantar surat kepada Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah supaya berusaha mencari tapak yang sesuai bagi menggantikan rumah sembelih sekarang yang akan ditutup tidak lama lagi.

29.6.97 - Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang bersidang pada 14 Mei 97 telah membuat keputusan “Majlis bersetuju supaya dikenalpasti kawasan tapak yang sesuai untuk dipindahkan pusat penyembelihan khinzir berhampiran kilang tayar Alor Setar.”

29.9.97 - Surat daripada Pegawai Perancang Bandar, MPKS memaklumkan bahawa tapak di sekitar belakang kilang tayar Mergong tidak sesuai dan kawasan tersebut telah pun diluluskan untuk projek perumahan.

11.3.98 - Majlis menerima surat dari Dato’ Chor Chee Heung mengatakan Persatuan Khinzir telah bersetuju untuk berpindah tetapi menunggu keputusan muktamad oleh Kerajaan Negeri Kedah.

3.10.98 - Surat kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani untuk mendapatkan maklumat kedudukan terkini kerana Majlis Perbandaran Sungai Petani telah mengenalpasti satu tapak untuk pembinaan rumah sembelih di Padang Lembu.

8.12.98 - Surat kesinambungan 21 kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani.

20.3.99 - Notis kepada Pengerusi Persatuan Penyembelih Khinzir Kampung Berjaya iaitu Notis Berhenti Operasi Menyembelih Khinzir.

31.3.99 - Surat daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman mengenai langkah-langkah mencegah wabak Japanese Encephalities.

2.1.99 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Sungai Petani bahawa tiada tanah kerajaan di kawasan Padang Lembu. Sekiranya cadangan hendak dilaksanakan juga, maka ianya perlu kepada proses pengambilan balik tanah persendirian. Walau apa pun, Majlis menunggu arahan selanjutnya daripada Kerajaan Negeri.

12.1.99 - Menerima aduan dari orang awam mengenai ladang khinzir mengeluarkan bau yang busuk.

27.4.99 - Mesyuarat untuk menyelesaikan masalah khinzir diadakan di MPKS.

9.5.99 - Surat kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah dengan memberikan panduan Keselamatan Pekerja dan Kebersihan di rumah sembelih khinzir.

9.5.99 - Surat kepada Pengarah Kesihatan Daerah Kota Setar/ Padang Terap memberikan senarai pekerja-pekerja bagi mencegah dari wabak J.E.

22.5.99 - Notis kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah bahawa Majlis akan berhenti daripada kutipan hasil sembelih khinzir seperti arahan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Perkhidmatan Masyarakat Bil 3/99 dan berikutan jangkitan J.E dan rungutan daripada penduduk tempatan, Majlis membuat keputusan untuk menutup rumah sembelih terbabit.

22.5.99 - Surat kepada En. Tan Tian Wan Jabatan Haiwan Negeri Kedah memberhentikan elaun pemeriksaan.

1.8.99 - Surat daripada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman berserta salinan cabutan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 23.6.99 bahawa Majlis bersetuju mengambil ketetapan operasi pusat penyembelihan boleh diteruskan sehingga satu tempat baru dikenalpasti. Tindakan susulan perlu dibuat bagi mendapatkan tapak gantian dengan segera.

14.10.99 - Menerima bil air rumah sembelih RM1,102.80

11.1.2000 - Surat kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah memaklumkan bahawa Majlis telah meletakkan semua kos bayaran pekerja, bil dan api di bawah tanggungan Persatuan mulai 1.1.2000

7.8.2001 - Surat daripada JKKK Kg Telok Yan supaya ubah rumah sembelih.

11.8.2001 - Surat Majlis kepada Yang Berhormat Dato’ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman memohon kebenaran untuk meruntuhkan rumah sembelih khinzir.

26.8.2001 - Surat daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Kedah memaklumkan bahawa tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang kerana tidak ada peruntukan undang-undang yang membenarkannya. Memohon untuk dilantik ebagai salah seorang ahli jawatankuasa yang membuat keputusan dalam pembinaan rumah-rumah sembelih.

20.8.2001 - Surat daripada Setiausaha Sulit Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman berserta salinan surat dari Pengerusi JKKK (rujuk 35)

19.9.2001 - Majlis memberi maklumbalas kepada Pengerusi JKKK Kg Telok Yan bahawa Majlis telah membuat permohonan meruntuhkan rumah sembelih khinzir dan telah memberhentikan kutipan dan semua kos perbelanjaan ditanggung oleh Persatuan.

20.8.2001 - Menerima surat darpada Setiausaha UMNO Bahagian Alor Setar pohon mengubah kandang sembelih khinzir.

31.5.2006 - Mesyuarat UPEN bersetuju supaya pusat penyembelihan khinzir di Kg Berjaya ditutup.

Sehingga peringkat ini, MBAS memaklumkan tiada sebarang permit baru dikeluarkan untuk operasi rumah sembelih tersebut.

15-05-09 - dalam mesyuarat Majlis Bandaraya Alor setar (MBAS) telah dibangkitkan isu tempat penyembelihan babi yang telah dikaitkan dengan masalah penyakit A H1N1. Oleh yang demikian majlis sebulat suara telah bersetuju sesuatu tindakan harus diambil bagi menangani masalah ini. Keputusan mesyuarat telah melantik ahli majlis Pn Teh (DAP) dan En Hamid (PAS) untuk mengepalai majlis untuk berunding dengan para pengusaha pusat tersebut.

20.05.09 - Ahli-ahli majlis telah dihubungi oleh pengusaha pusat tersebut bahawa mereka telah menerima notis perobohan yang telah dikeluarkan pada 19-05-09 dan proses penguatkuasaan akan diadakan pada 01-06-09.

Satu jawatankuasa kecil telah diwujudkan selepas itu bagi membolehkan operasi tersebut dilaksanakan (diketuai PSu Pn Aminah). Walaupun Pn Teh sebagai Ahli Majlis membantah rancangan tersebut dan merayu supaya dilanjutkan tempoh meroboh, tetapi telah ditolak.

31.5.09 - YB Lee Guan Aik telah menghubungi Sdr Muhammad Sanusi memohon campurtangan YAB Menteri Besar supaya menangguhkan tindakan penguatkuasaan.

31.5.09 - Pertemuan diadakan antara wakil Persatuan Peniaga dan Penyembelih Khinzir bersama YB Lee Guan Aik dengan YAB Dato’ Seri Menteri Besar di rumah MB Jalan Sultanah. Persatuan memohon penangguhan selama sebulan sementara memproses permohonan tapak baru. YB Lee Guan Aik memaklumkan bahawa persatuan mempunyai enam tapak cadangan baru. YAB Dato’ Seri meminta supaya proses permohonan segera dilakukan.

YAB Dato’ Seri MB menguhubungi YB Dato’ Wira Setiausaha Kerajaan Negeri untuk memaklumkan kepada Dato’ Bandar supaya ditangguhkan operasi meroboh.

MCA dan Gerakan mengadakan demontrasi di lokasi rumah sembelih pada masa yang sama.

1.6.09 - Penguatkuasa MBAS menggerakkan jentera dan petugas ke lokasi untuk meneruskan Operasi. YAB Dato’ Seri segera mengeluarkan surat yang ditandatangani sendiri memohon penangguhan operasi selama sebulan kepada Dato’ Bandar. (Serahan tangan). Satu salinan surat tersebut diberikan kepada YB Lee Guan Aik. Operasi ditannguhkan oleh MBAS selama sebulan atas permintaan tersebut.


2.6.09 hingga 25.6.09 - YAB Dato’ Seri MB melalui Setiausaha Politik mengikuti perkembangan permohonan tapak baru hampir setiap hari. YB Lee Guan Aik melalui Pegawai Khas beliau memaklumkan proses sedang dijalankan.

Beberapa penduduk di kawasan Jabi, Pokok Sena mengadakan demontrasi dan menaikkan kain rentang membantah cadangan penempatan semula rumah sembelih di kawasan tersebut.

Timbul isu Kerajaan Negeri lebih mengutamakan babi daripada penduduk Kampung Bidan yang terlibat dalam penguatkuasaan perobohan rumah-rumah yang terlibat dalam pengambilan balik tanah.

Pegawai Khas memaklumkan mereka telah mendapat tapak di Kg Cina, Pendang. Tanah milik persendirian yang dikelilingi sawah padi milik kaum siam. Setiusaha Politik MB Mengarahkan permohonan lengkap perlu segera dibuat kerana masa kian suntuk.

YAB Menteri Besar membuat panggilan telefon kepada Pegawai Daerah Pendang untuk bertanyakan permohonan daripada Persatuan tersebut. Pegawai Daerah Pendang memaklumkan bahawa permohonan belum diterima.

Jabatan Verterinar memberhentikan pengeluaran permit menghantar dan memproses babi di lokasi terbabit.

26.6.09 - Pegawai Khas YB Lee Guan Aik menyerahkan surat permohonan tapak baru di kampong Cina, Pendang ke Pejabat Mnteri Besar. Setiausaha Politik MB mengarahkan permohonan diserahkan ke Pejabat daerah Pendang.

Surat tersebut telah didiserahkan kepada Pejabat Daerah Pendang.

28.6.09 - YB Lee Guan Aik berjumpa Menteri Besar di Pejabat memohon penangguhan kali kedua sehingga permohonan yang dihantar di Pejabat daerah Pendang diluluskan.

MB memanggil Exco Kerajaan Perumahan & Kerajaan Tempatan (Dato’ Phahrolrazi) dan Pegawai Daerah Pendang agar permohonan segera diproses.

Pegawai Daerah memaklumkan bawaha semua jabatan teknikal seperti Jab Alam Sekitar, Jabatan Verterinar, Jab Pertanian dan Jab Kesihatan telah dihubungi untuk membuat lawatan tapak pada 29.6.09.

29.6.09 - Lawatan tapak dilakukan melibatkan semua Jabatan Teknikal pada jam 3 petang.

30.6.09 - YB Tommy Su (Pengerusi DAP Kedah/ Perlis) mengadakan pertemuan dengan YB Tan Wei Tsu dan YB Dato’ Phahrolrazi Zawawi memohon penjelasan dan penangguhan kali kedua.

1.7.09 - Operasi penguatkuasaan notis perobohan dijalankan pada jam 3 petang dengan sedikit bantahan dari sebahagian masyarakat cina dan pimpinan DAP dan beberapa ADUN PKR.

Perobohan dan penangguhan mempunyai implikasi tersendiri. Dari sudut MBAS yang menguatkuasakan Undang-Undang Kecil PBT, semua prosedur telah diikuti sebagaimana menangani premis-premis haram yang wujud di dalam kawasan pentadbiran MBAS.

Kerajaan negeri telah mengumumkan dasar tidak campur tangan dalam bidang kuasa Pegawai Kerajaan termasuk kuasa dato’ Bandar Alor Setar dan Majlis Kerajaan tempatan MBAS.

Dalam MBAS, terdapat ahli Majlis yang dilantik dari kalangan parti politik termasuk DAP. Keputusan ini juga melibatkan keputusan mesyuarat Majlis MBAS.

Campurtangan Menteri Besar kali pertama sehingga operasi pada 1.6.09 ditangguhkan selama sebulan adalah atas permintaan pihak persatuan penyembelih, bukan masa itu ditetapkan ioleh YAB MB.

Terdapat kelewatan yang meragukan di pihak persatuan dan YB Lee Guan Aik yang mengambil tanggungjawab memproses permohonan tapak baru di enam lokasi yang dicadangkan dalam pertemuan dengan YAB MB pada 29 .5.09.

Penangguhan kali kedua akan mengundang implikasi bahawa terdapat campurtangan kerajaan untuk mengekalkan premis haram yang ternyata menyalahi undang-undang.

Pihak lain juga akan menyalahkan kerajaan kerana tidak mengambil tindakan keatas premis yang menyalahi peraturan dan undang-undang. Pihak UMNO akan mengadakan demontrasi jika premis ini dibiarkan walaupun hal ini adalah lanjutan daripada kerja buat mereka.

Pihak MB telah berusaha untuk menyegerakan proses permohonan dan kelulusan tapak baru di lokasi yang dicadangkan tetapi pihak persatuan didapati lambat bertindak, padahal dalam pertemuan sebelumnya, mereka memaklumkan bahawa tapak baru sudah ada.

Kerajaan bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang dan peraturan, bukan mempertahankan pelanggaran undang-undang. DAP juga memperjuangakan perkara yang sama.

Isu ini bukan isu perkauman seperti yang didakwa, tetapi persoalan undang-undang dan maruah sebuah Kerajaan Negeri.

Petikan dari blog setpol MB :DAP KELUAR KERANA BABI??

ADMIN - KedahLaNie TIME - 11:05 PM
Labels: BABI, DAP, MIC
4 Komen Anda:
maisat said...
BARU 1 KERUSI,
MACAMANA KALAU MANYAK KERUSI?

July 2, 2009 11:13 PM
roslan said...
Ketua Pemuda Gerakan ketinggalan zaman, kata MB Kedah
ALOR SETAR, Jun 25 — Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menyifatkan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang ketinggalan zaman apabila terus mengajak orang menyertai BN.

"Semua sekarang nak tinggalkan Umno dan BN untuk menyertai PAS dan Pakatan Rakyat. Tiba-tiba dia pula ajak masuk BN, pelik sungguh," kata Azizan kepada media dalam satu majlis di Gurun hari ini.

Azizan mengulas gesaan Tan yang meminta DAP dan PKR menyertai BN bagi membentuk kerajaan baru di Kedah dengan meninggalkan PAS.

Ini kerana, kata Tan, kerajaan Kedah dibawah pimpinan PAS sekarang meminggirkan orang bukan Melayu di Kedah.

Menurut Azizan, Tan ketinggalan dalam banyak hal termasuk isu kouta 50 peratus untuk orang Melayu apabila tanah rezab Melayu diambil untuk projek perumahan di bandar Alor Setar.

Tan juga, kata Azizan, ketinggalan dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong.

Sebelum ini, Azizan berkata, yang tidak adil adalah kerajaan BN sebelum ini yang telah meluluskan tanah rezab Melayu untuk projek perumahan tetapi menetapkan hanya 20 peratus sahaja kouta untuk orang Melayu.

"Ini tanah rezab Melayu, bukan tanah pegangan bebas. Untuk tanah pegangan bebas, mana ada syarat itu," katanya.

Dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong pula, pusat yang terletak di Pasar Mergong ini, walaupun telah bergerak selama lebih 30 tahun, namun ia tidak pernah mempunyai lesen yang sah dari pihak berkuasa tempatan.

Aktivitinya pula mendapat bantahan orang Melayu yang turut ke pasar ini kerana bahan-bahan buangannya dibuang dalam tong sampah yang sama dengan penggunaan lain dan sebahagiannya dialirkan ke sungai berdekatan.

Ekoran bantahan itu, Majlis Bandaraya Alor Setar telah mengarahkan pusat penyembelihan ini dipindahkan ke tempat lain.

Ekoran itu, persatuan peniaga babi ini telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah untuk memberikan tempoh kepada mereka sebulan untuk mendapatkan tempat baru.

"Menteri Besar telah menulis surat kepada Datuk Bandar Alor Setar agar rayuan mereka ini diterima. Jika selepas sebulan mereka tidak dapat kawasan baru, itu masalah mereka kerana mereka yang meminta tempoh sebulan," kata Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid yang dihubungi hari ini.

Menurut Helmi, satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina Pendang.

"Pejabat MB telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar. Surat juga telah dihantar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang agar permohonan ini diluluskan jika mendapat sokongan dari jabatan-jabatan berkaitan," beritahu Helmi.

Sementara itu, hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat di Kedah sangat baik, kata anggota Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

"Oleh itu, saya yakin pancingan Tan itu tidak akan dimakan oleh sahabat-sahabat saya dalam PKR atau DAP. Orang sekarang nak tinggal BN dan nak masuk Pakatan," kata beliau.

Tentang isu-isu yang dibangkitkan, Firdaus yakin ia akan adapat diselesaikan dengan baik Oleh MB Kedah.

"Sabarlah, isu babi ini sensitif dan tidak siapa mahu babi diternak atau disembelih di sebelah rumah mereka sekarang dengan wabak selsema babi ini. Jadi kena bersabarlah supaya kawasan yang dijadikan kawasan ternak dan sembelih itu nanti benar-benar sesuai," katanya.

July 3, 2009 12:08 AM
Prasat Tong said...
DAP dah melampau. Ada ka patut dia mau buat kandang dekat Kampung kami (Kg Cina). Dia kena ingat kat sini cuma ada orang Siam dan orang Melayu. Jangan pelaga orang Siam dengan orang Melayu. Bila dah buat kandang kat sini... mana dak dibuang air kumbahan/limpahan serta bau babi tu.. kalau tak ke Kampung Melayu (Kg Nam Dam, Kg Bandang Raja dan Kampung melayu yang lain). Kami tak mahu kandang dan tempat sembelehan/bantai babi itu dekat kampung kami. Babi punya pasai kami yang hidup harmoni dan rukun damai ni kena bergaduh dan bermasam muka. Kalau nak 1Malaysiapun buatla cara lain. Ini sahih idea orang tak bertamadun cadang buat kandang kat sini. Kami cadang kandang tu buat dekat rumah Pengerusi DAP Kedah.

July 3, 2009 12:12 AM
qurtubyy said...
bukan masalah perkauman?
bull shit.
kalau begitu mengapa pas dulu bising2 semasa bngn di beremabang yg tak ikut undang2 dirobohkan oleh khir toyo?

July 3, 2009 12:44 AM

DAP - Babi - Setiakawan : Hanya Retorik Kepartian


OLEH : PEMBELA

Kebelakangan binatang bernama Babi ataupun khinzir cukup mempengaruhi kehidupan manusia. Bukan sahaja tentang isu kesihatan, makanan, ekonomi, sebaliknya dalam juga politik. Belum habis pihak pemerintah seluruh dunia berperang dengan wabak HINI yang berpunca dari babi kerana dibimbangi meragut nyawa manusia, kini timbul pula isu DAP umum keluar Pakatan Rakyat di Kedah kerana hal berkaitan babi.

Memetik laporan sebuah media online (1 Julai), DAP Kedah memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.

Sebelumnya, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi merobohkan pusat penyembelihan babi tersebut tetapi tidak berjaya. Atas rasa kecewanya itu, mendorong Pengerusi DAP Kedah/Perlis memanggil satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan insiden tersebut, sekaligus mengumumkan keputusan DAP Kedah/Perlis untuk keluar dari Pakatan Rakyat di Kedah.

Nampaknya, binatang babi ini cukup berpengaruh dalam persekitaran kehidupan manusia, kerananya sebuah gabungan/ikatan parti-parti politik dalam PR boleh berpisah. Harapan rakyat hendak melihat part-parti dalam PR semakin teguh, utuh dan bersefahaman, sekaligus sebagai pengganti kepada Umno/Bn nampaknya mula terjejas dan goyah.


Tahun lalu, isu babi telah menggegarkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, kemudian diikuti Kedah. Setelah pemerintah menangani dengan bijaksana, isu babi tersebut berkubur, walaupun secara pastinya ramai yang tidak tahu sejauh mana kesudahan isu tersebut memberi kebaikan kepada rakyat. Pastinya babi menjadi isu dan bahan polimek berpolitik ketika itu. Gamat dan gawat seluruh negara, bincang tentang babi.

Kini, setelah 15 bulan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah dibentuk atas sefahaman PAS/PKR dan DAP, ia telah berpecah hanya kerana binatang bernama babi tersebut. Wajar ataupun tidak, tindakan DAP ataupun pihak yang terlibat tersebut perlu dikaji dan diteliti dengan sebaik-baiknya. Ia perlu di lihat dalam pelbagi perspektif.

Walaupun penulis tidak mendapat gambaran keseluruhan dan tepat tentang isu babi dan DAP Kedah/Perlis, namun tidak menjadi kesalahan jika turut sama memberi komentar dari kaca mata seorang aktivis PAS dan Pakatan Rakyat.

Bagi penulis, tindakan Pengerusi DAP Kedah/Perlis bertindak keluar gabungan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah tersebut tidak salah, jika ia dilihat dari segi kepentingan politik DAP ataupun Pengerusi DAP Kedah/Perlis tersebut. Sebaliknya ia menjadi salah sekiranya Pakatan Rakyat di Kedah merasakan bahawa DAP adalah sebahagian ataupun komponen dari gabungan PR tersebut.

Soalnya adakah DAP Kedah itu komponen dalam Pakatan Rakyat Kedah ?

Jika ia adalah komponen Pakatan Rakyat Kedah, barulah kita boleh katakana salah tindakan Pengerusi DAP Kedah/Perlis tersebut. Kerana tindakannya memberi kesan secara langsung maupun tidak langsung dalam hubungan parti-parti dalam PR dan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah ketika ini. Sekurang-kurangnya kesan segera yang dirasai di peringkat kerajaan Pakatan Rakyat ialah hilangnya satu kerusi dalam Dun Kedah. Ia sekaligus menipiskan lagi majoriti kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah.

Penulis ingin menarik perhatian kepada dua perkara, iaitu, pertamanya tentang peranan dan pengaruh binatang babi dalam politik Malaysia. Dalam kontek politik, di Malaysia yang bermasyarakat majmuk, apa saja yang berkaitan dengan babi merupakan bahan politik yang cukup sensasi dan berkesan. Oleh itu, jika tidak diuruskan secara bijaksana dan berteraskan kepada prinsip serta undang-undang, isu babi ini akan memberi kesan kepada pihak terlibat.

Keduanya, kita boleh menilai sikap DAP dalam gabungan dan setiakawan dalam Pakatan Rakyat.

Bagi saya yang mengikuti perkembangan politik baru Malaysia pasca PRU 12, sesungguhnya hubungan parti-parti dalam Pakatan Rakyat tidaklah sehebat Umno/Bn. Ini perlu diakui oleh kita semua. Gabungan kita hanya berteraskan kepada ciptaan naluri kepalsuan yang mengaumkan slogan ‘SETIAKAWAN’. Di atas setiakawan inilah kita (PAS/PKR/DAP) melahirkan kumpulan politik yang dinamakan Pakatan Rakyat. Di mana akhir membentuk kerajaan atas nama Pakatan Rakyat yang berkonsepkan perkongsian kuasa. Maka lahirlah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor hasil campuran (PAS/PKR/DAP), di Perak (PAS/DAP/PKR) dan di Pulau Pinang (DAP/PKR) serta Kedah (PAS/PKR).

Semua tahu bahawa Pakatan Rakyat tidak memiliki asas yang satu ataupun matlamat yang sama kecuali dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan bersama dan bersatu melawan musuh politik Umno/Bn. Maksudnya, tidur satu bantal, mimpi lain-lain. Lebih malangnya ialah ahli politik mewakili parti-parti tersebut tidak memiliki idelisme perjuangan. Terjadilah seperti mana yang kita lihat di Perak, Adun DAP dan PKR keluar parti, umum sebagai Aun Bebas, maka jatuhlah kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Bagi saya, tindakan Pengerusi DAP Kedah/Perlis umumkan keluar Pakatan Rakyat di Kedah, bahkan di Malaysia bukan suatu hal yang mengejutkan kerana ia sememangnya perangai DAP. Cuma susah nak tentukan masa dan ketika saja. Cubalah kita ingat, di mana DAP pernah tinggal Barisan Alternatif (BA) yang diasaskan oleh Al-Marhum Ustaz Fadzil Mohd Noor tahun 1999. Mereka keluar BA ketika menghadapi PRU 2004. Sebab mereka tinggalkan BA (PAS /ADIL) kerana kepentingan politik kepartian mereka. Mereka anggap kekalahan teruk DAP tahun 1999 kerana PAS yang melaungkan slogan Negara Islam. DAP tidak mahu Negara Islam. Ramai pemimpin mereka fobio dan curiga dengan Negara Islam. Semua kita tahu. Sebalinya PRU 2008, DAP bergabung balik dengan PAS/PKR kerana strategi Pilahanraya iaitu menjayakan misi ‘satu lawan satu’.

Sesungguhnya, tindakan Pengerusi DAP tinggalkan Pakatan Rakyat di Kedah adalah manifestasi dari sikap pentingkan politik kepartian dan menzahirkan sikap mereka yang tidak akan ‘bersetiakawan’ dalam berpolitik. Saya nak tunggu dan lihat apakah komen dan tindakan pemimpin utama DAP dalam isu ini. Adakah kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang dipimpin oleh YAB Dato Seri Ustaz Azizan Hj Abdul Razak dipersalahkan dalam isu babi ini ataupun Pengerusi DAP Kedah/Perlis dikenakan tindakan disiplin kerana tidak lagi setiakawan.

Kalau dalam isu Kerajaan Perpaduan, pemimpin DAP lantang bercakap dan menegur pimpinan PAS (Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang), maka dalam isu babi di Kedah ini yang mendorong Pengerusi DAP Kedah/Perlis keluar Pakatan Rakyat pula bagaimana.

Bagi saya, DAP bukanlah rakan politik dalam Pakatan Rakyat yang terbaik dan perlu kita percayai sepenuhnya hati. Kita jangan ‘silau’ dengan DAP , apatha lagi nak menganjak mereka bersetuju melaksanakan cita-cita perjuangan Islam yang di bawa oleh PAS.


10 PERKARA SIA-SIA


Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

1.Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2.Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3.Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4.Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5.Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6.Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7.Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8.Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9.Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya



MANEK URAI - Memang Betoi Pilihanraya Membazir

Jumaat, Julai 03, 2009

Memang Benar ! Pilihanraya Membazir

MANEK URAI – Memang benar, dan tepat sekali apa yang diucapkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak

Najib berkata pilihanraya kecil adalah membazirkan jutaan ringgit wang rakyat, oleh itu, Barisan Nasional (BN) tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, Pulau Pinang. (Gambar - Kanopi didirikan untuk polis di UPU Laloh)

Walaupun kalah pada PRK Penanti, BN patut dipuji kerana dapat menyelamatkan jutaan ringgit wang pembayar cukai Malaysia.


Kata-kata Najib umpama ‘hikmat’ itu yang terbukti benar di PRK Penanti sepatutnya menjadi ikutan dan pegangan BN dan mengambil keputusan tidak bertanding di PRK Manek Urai.

Namun, terbukti ‘benar dan tiada lain yang benar, kecuali benar-benar berlaku pada PRK Manek Urai apabila BN bertanding.

Pembinaan 5 blok kanopi mega di belakang balai polis Laloh, disini, bakal menyaksikan kebenaran kata-kata Najib, dan rakyat akan kerugian berjuta ringgit sekali lagi.

Kanopi tersebut akan menempatkan ribuan polis yang juga memakan belanja jutaan ringgit sebagaimana yang berlaku dalam PRK Kuala Terengganu dan PRK Bukit Gantang.

Itu tidak termasuk pembinaan pusat operasi BN Manek Urai yang juga dibangunkan dengan kanopi hampir sama dengan pembinaan bagi kediaman polis !

Berapa juta pula wang yang akan digunakan untuk ‘menyogok’ pengundi ?

Temubual wartawan Buletinonline dengan para petugas BN mengesahkan bahawa ‘faktor wang’ akan digunakan dalam pilihanraya kali ini sebagaimana amalan BN sebelum ini.

buletinonline

DAP Jangan Ugut Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah

Thursday, July 2, 2009

Salam 2 all.

Saya ingin menegur tindakan DAP Negeri Kedah yang mengugut keluar daripada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah semalam. Dalam kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi DAP Negeri Thomas Su menyatakan semalam bahawa DAP Negeri mengisytiharkan keluar daripada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah. Kenyataan beliau disahkan oleh pimpinan pusat DAP iaitu Ahli Parlimen Seputeh merangkap Exco Kanan Kerajaan Selangor YB Teresa Kok.

Ini bermakna wakil tunggal DAP dalam DUN Kedah YB Lee Guan Aik (Kota Darul Aman) tidak akan menyokong Kerajaan Negeri Kedah dalam DUN. Ini juga bermakna semua Ahli Majlis yang diduduki oleh wakil DAP di semua Majlis Perbandaran perlu meletakkan jawatan. Ini juga membawa kesan semua ahli Majlis Ketua kampung (MKK) daripada DAP perlu mengosongklan jawatan.

Isu yang berbangkit adalah masalah pusat penyembelihan babi di tempat awam di Kg. Berjaya yang telah beroperasi secara haram selama lebih 30 tahun. Pihak Kerajaan Negeri telah mengeluarkan notis pemindahan dan perobohan namun tiada tindak balas. Sebaliknya dilapurkan bahawa mereka memohon masa untuk berpindah. Namun apabila tiba masanya mereka gagal berpindah. Jadi saya berpendapat tindakan pihak Majlis adalah wajar dan berpatutan.


Namun tindakbalas DAP Negeri mengugut keluar Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah adalah satu tindakan yang tidak wajar samasekali. Saya khuatir tindakan ini akan menyebabkan persepsi rakyat kepada Pakatan Rakyat akan terjejas.

Saya melihat akhir-akhir ini tindak-tanduk DAP memberi gambaran seolah-olah mereka cuba menguasai arah tuju Pakatan Rakyat. Tindak-tanduk DAP membuat keputusan dan mengambil tindakan unilateral dalam beberapa isu akhir-akhir ini mengundang polemik yang sangat merbahaya.

Tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang memecat Saudara Johari Kassim sebagai Ketua Whip dan Ahli Majlis jelas suatu tindakan yang tidak wajar. Adalah jelas Saudara Johari Kassim bertindak mewakili ketetapan yang telah diputuskan oleh PKR. Ketua Perhubungan PKR Negeri Pulau Pinang YB Dato Zahrain telah juga memaklumkan perkara yang sama kepada Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng. Ibu pejabat PKR Pusat juga telah mengesahkan perkara tersebut.

Namun Kerajaan DAP Pulau Pinang tetap telah memecat Saudara Johari secara unilateral. Rayuan pimpinan PKR supaya Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang menimbang semula keputusan tersebut disambut dengan kenyataan-kenyataan angkuh oleh lain-lain pimpinan negeri DAP.

Tindakan Pengerusi DAP YB Karpal Singh mencabar YB Tuan Guru Haji Hadi dan YB Ustadz Nasharuddin Mat Isa (Presiden & Timbalan Presiden PAS) supaya keluar daripada PAS dan menyertai UMNO adalah suatu tindakan dan kenyataan yang tidak sepatutnya datang daripada seorang pemimpin yang menganggotai Pakatan Rakyat.
Saya khuatir tindak-tanduk ini akan memecah-belahkan Pakatan Rakyat. Saya khuatir rakyat yang selama ini menyokong Pakatan Rakyat akan menjadi jemu dan letih dengan karenah politiking saperti ini.

DAP perlu sedar bahawa sokongan yang mereka terima hari ini sehingga membolehkan mereka menubuhkan Kerajaan di Pulau Pinang dan menganggotai Exco Kerajaan Selangor (dan Perak dahulu) adalah kerana sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Mereka perlu ingat kerana keyakinan dan sokongan rakyat kepada kepimpinan YB Dato Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR.

DAP perlu sedar untuk terus berada didalam Pakatan Rakyat perlu ada kompromi dan tolak ansur. PAS telah banyak bertolak ansur, begitu juga PKR. DAP perlu juga perlu belajar bertolak ansur dan berkompromi. Sekiranya tidak, tidak ada maknanya DAP terus kekal dalam Pakatan Rakyat. Mungkin DAP perlu menimbang untuk bergerak bersendirian dan membuktikan bahawa mereka mendapat sokongan rakyat atas kapasiti mereka sendiri. Dan saya yakin keputusannya jelas.

Oleh itu saya berharap dan menasihatkan DAP serta mereka yang gemar mengambil pendekatan ugut-mengugut ini supaya menghentikan segera sikap tersebut. Saya memperingatkan DAP Negeri Kedah supaya jangan cuba mengugut Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah. Saya percaya semua permasalahan dalaman Pakatan Rakyat boleh diselesaikan secara rundingan tanpa perlu ugut-mengugut sesama sendiri.

Sekiranya budaya saperti ini diteruskan, saya khuatir ianya sekadar menggali kubur sendiri. Kita perlu sedar rakyat meletakkan harapan yang tinggi kepada Pakatan Rakyat, dan rakyat sedang memerhati dan meninjau samada kita di Pakatan Rakyat boleh memenuhi aspirasi dan cita-cita rakyat. Kembalilah kita kepada asal perjuangan Pakatan Rakyat untuk memartabat dan mendaulatkan rakyat.

Sekian terima kasih.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
09 Rejab 1430
02 Julai 2009

MANEK URAI : Isu Kedah - Proses Mematangkan PR dan Pengajaran Utk Kerajaan Kedah


Pakatan Rakyat hari ini mebatalkan perjumpaan kerana menganggap bahawa masaalah kecil berkaitan dengan pusat penyembelihan babi di Kedah akan di selesaikan dengan kebjaksanaan pemimpin Pakatan Rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan DAP Kedah telah keluar daripada pakatan pembangkang semalam kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran pimpinan Pas Kedah.
Sebaliknya, beliau menyalahkan media yang didakwanya sengaja menggembar- gemburkan dan memperbesarkan isu itu.

"Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya," kata kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.


Anwar berkata beliau yakin isu itu dapat diselesaikan dalam suasana yang baik antara anggota pakatan pembangkang.

Ketika ditanya sama ada beliau mengetahui keputusan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk merobohkan pusat penyembelihan babi haram di Kampung Berjaya di itu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu berkata beliau telah dimaklumkan dan tahu bahawa pusat penyembelihan berkenaan akan dipindahkan ke kawasan lain.

Semalam, DAP Kedah mengumumkan ia tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di Kedah ekoran tindakan meroboh satu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di Alor Setar.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su berkata beliau menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin pusat parti itu.
Pengarah pilihan raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pula berkata isu DAP Kedah itu bukanlah sesuatu yang besar.

"Kita pernah berdepan dengan kenyataan Karpal Singh (Pengerusi DAP) yang meminta Anwar meletak jawatan, itu jauh lebih besar. Jadi itu semua proses yang akan mematangkan diri kita," katanya.

Penasihat DAP Lim Kit Siang pula berkata beliau menunggu laporan penuh daripada DAP Kedah tetapi menyifatkan perkara itu sebagai tidak serius.

Karpal Singh ketika ditemui pula berkata isu berkenaan boleh diselesaikan."Saya tidak fikir masalah itu serius sehingga mampu memecahbelahkan pakatan pembangkang," katanya.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob, yang mempengerusikan satu mesyuarat sekretariat pakatan pembangkang hari ini, berkata isu itu akan dibincangkan oleh Majlis Presiden pakatan pembangkang Sabtu ini.

Khamis, 2 Julai 2009

HALATUJU JALAN KEMERDEKAAN SULU 2010


Foto: Nur Misuari mengatakan sesuatu kepada Ustaz Habir Malik (memakai serban) di satu pertemuan para pejuang Moro di Mindanao tidak lama dulu.

Ketika Moro Libaretion Front (MNLF) terbentuk setelah peristiwa Pembunuhan Jabidah pada 1968 Nur Misuari (Darah campuran Tausug-Balangingi) telah menjadi pemimpinnya. MNLF terformasi asbab protes Muslimin dari peristiwa Jabidah yang dilakukan (tentera Kafirin) Ferdinand Marcos ketika itu.


Bermulalah perjuangan berdarah Muslimin Filipina Selatan dengan menggunakan senjata ringan sederhana mereka melawan senjata berat dari tentera Filipina. Peperangan besar-besaran teristihar secara rasmi pada september 1972 setelah Martial-Law dilancarkan oleh Marcos yang kononnya ingin menghalang kebangkitan MNLF. Dengan slogan "Kemerdekaan Moroland" untuk mewujudkan "Republik Moro" di pihak MNLF menyebabkan Marcos mempunyai alasan kukuh memerangi Muslimin yang diketuai oleh MNLF.

Bantuan AS dan Vatican bagi pihak Filipina (Marcos) dan bantuan Libya dan negara-negara umat Islam bagi pihak MNLF menyebabkan peperangan tersebut dilihat sebagai peperangan "Umat Kristian mlwn Umat Islam". Peperangan berterusan sehingga berakhirnya pemerintahan Ferdinand Marcos pada 1986. Menyebabkan berlakunya "Tsunami" kemusnahan kepada umat Islam Sulu yang tidak akan dapat dipulihkan lagi. Peperangan yang begitu terancang dan teratur seolah-olah "ada dalang" disebalik peperangan ini untuk menghancurkan "induk" kekuatan umat Islam di Nusantara.

Penghancuran ini bertujuan "memadam" sejarah Kesultanan dan Bangsa Tausug (Sug, Bajau-Samal, Yakan, Kagayan dan Kalibugan) kerana dilihat, sekiranya generasi bangsa ini menyertai arus perdana pendidikan dan pengetahuan teknologi "mereka pasti akan bangkit" menjadi duri dalam dunia "Zionist". Juga perlu dilihat, perjuangan para komander MNLF begitu terorganisasi yang rapat perhubungannya dengan para pejuang PATTANI dan Acheh. Samada mereka sedar atau tidak jaringan para "Mujahid" ini memang telah "dibentuk" bukan "Terbentuk" dengan sendirinya?

Dari satu segi perlulah hal "pembentukan" ini dilihat sebagai satu rahmat dan kekuatan kepada Umat Islam dalam perjuangan mereka walau apa pun yang berada di sebaliknya. Kerana, penindasan kepada umat Islam dimana-mana tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Sebagai contoh, ketika Hamas di Palestin dilanyak oleh Yahudi, umat Islam bangkit menyuarakan kemarahan. Maka kita akan lihat, ramai mujahidin Indonesia, Filipina Selatan, Malaysia, Pattani mendaftarkan diri mereka untuk dihantar ke Palestin membantu saudara mereka di sana (samada sebagai bantuan perubatan, dana atau berperang). Malah pemboikotan barangan Yahudi dari negera-negara penyumbang kepada Yahudi berlaku begitu hebat.

Persoalannya, berapa ramai yang tahu bahawa peperangan Yahudi dengan Hamas itu telah dirancang begitu rapi (oleh Yahudi) untuk menyedut DANA antarabangsa masuk ke dalam negara Yahudi itu? "Perancangan" ini berlaku lebih awal dengan "mempermusuhkan" Hamas dengan Fattah dengan berperang sesama mereka. Setelah itu barulah Yahudi melanyak Hamas dengan menghancurkan pejuang dan prasarana sedang Fattah hanya "duduk". Inilah dia pecah dan perintah!! Selepas perang, Israel semakin kuat ditambah lagi dengan kemenangan "ayam tambatan" mereka iaitu "Obama".

HALATUJU SULU

Bagaimana dengan Sulu dan Mindanao? Pertengahan bulan lalu (Jun) Nur Misuari telah berjaya mendapat suaka politik di Syiria. Iaitu setelah beliau "mengisytiharkan" bahawa sekiranya tiada peluang jalan kemerdekaan republik Moro dengan jalan damai maka peperangan adalah pilihan yang terpaksa dilakukan. Maka jalan terbaik sebelum peperangan ialah cari pejabat "arahan" di luar negara. Permainan catur akan bermula di sana sedang anak-anak caturnya sudah pun melakukan "kerja" di seluruh Sulu hingga Mindanao.

Hal ini juga perlulah dilihat dalam dua hal iaitu Positif kepada Bangsa Moro atau pun sebaliknya. Malangnya hal ini tidak lagi dilihat sebagai positif atau negatif mahupun sentimen keIslaman. Bagi umat Islam Sulu dan Mindanao perjuangan yang belum selesai perlulah diselsaikan dengan apa cara sekali pun. Kerana berperang atau tidak Umat ini tetap tertindas samada di Filipina mahu pun di Sabah. Saban hari diseksa dan dirobohkan rumah mereka serta dinafikan hak kemanusiaan mereka untuk mendapat pendidikan kepada anak-anak kecil mereka. Sebab itu tidaklah menghairankan sokongan akan kembali kepada MNLF.

Nur Misuari tidak menyedari bahawasanya dengan bersatu kekuatan bersama "Kesultanan" (Sulu dan Mindanao) adalah satu kekuatan "Neuklear" kepadanya. Beliau perlu anjakan paradigma dalam perjuangan era baru di ruang lingkup "generasi baru" Sulu dan Mindanao. Kalaulah beliau menjadi orang tengah kepada kesatuan "keluarga Kesultanan Sulu" dan Mindanao sudah tentu beliau berjaya "melestarikan" kembali kekuatan perjuangan kemerdekaannya serta mendapat tanggapan baik dari generasi MNLF hari ini dan dimasa-masa akan datang.

Amat malang, generasi muda MNLF tiada yang menyedari hal ini. Mereka kehilangan halatuju sebagaimana generasi MNLF mereka yang terdahulu. Buktinya mereka masih mengatakan mereka adalah Moro atau pejuang Moro dengan menafikan yang mereka adalah dari kaum Tausug mahu pun Maguindanao. Penafian yang tidak disokong oleh fakta sejarah bangsa asal-usulnya. Tausug ialah umat Islam yang telah digelar Moro oleh kufar. Memperjuangkannya adalah memperjuangkan "kehendak kufar", meninggalkannya dengan kembali kepada istilah kesatuan Umat Islam adalah kehendak asal Tausug sejak dahulu kala.

Hari ini, samada Nur Misuari mahu atau tidak kesatuan Tausug dan Kesultanan Sulu akan terus memacukan agendanya tanpa mengira suku kaum untuk mengisytiharkan Sulu Merdeka pada 2010!! Mengembalikan kekuatan Tausug dengan kesultanannya dan menjadikan undang-undang Syari'ah sebagai undang-undang NEGARA SULU!!


DAP Kedah bertindak seperti NGO yang hanya menjaga kebajikan babi .

DAP Kedah memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.

Majlis Bandaraya Alor Star menjalankan operasi merobohkan pusat penyembelihan tersebut.
Berikutan itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi tersebut tetapi tidak berjaya.

DAP negeri kemudiannya mengadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan insiden tersebut.

Thomas mengumumkan keputusan dan DAP Kedah/Perlis untuk keluar dari Pakatan Rakyat.


Inilah sikap segelintir pemimpin parti yang bernaung di bawah PR .Gemar bertindak membabi buta tanpa memikir natijah perbuatan atau keputusan yang dibuat .

Kalangan mereka ini terlalu mahu menonjolkan diri diantara satu sama lain . Terlalu mementingkan kelompok yang mereka wakili dengan kata lain mahu jadi hero ! .

BN kini sudah tidak perlu bekerja keras mahu melumpuhkan PR.Tindak tanduk pemimpin yang sebegini sudah cukup memberi kemenangan moral kepada BN .

Beginilah.. kalau sudah tidak boleh bersama PR , sertailah BN !

www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com



Betulkah Kisah Buruk Kelaku Rosmah Dalam Klip Video ini?



By sheikh teluk intan

Bila teman tonton klip video yang dipaparkan di bawah ini, timbul tanda tanya dalam kepala otak teman : betulkah cerita buruk tentang isteri kepada PM 1Malaysia yang telah disahkan oleh isterinya sendiri sebagai suaminya yang penyabar di atas muka bumi ini?

Secara peribadi teman cuba untuk tidak mahu percaya. Tapi masalahnya sanggupkah beberapa individu dalam klip video itu termasuk adik beradik dan saudara mara Rosmah sengaja berbohong mengenai kebusukan peribadi yang merupakan isteri PM 1Malaysia yang dikatakan amat penyabar itu?

Entahlah . Pada teman masakan orang beriman dan mengaku tiap hari membaca tafsir Al-Qur'an sanggup menjatuhkan diri sendiri di lembah yang cukup hina itu.

Tontonlah dan nilailah sendiri. Jangan emosi. Guna akal . Dan buat siasatan kalau perlu.




Manek Urai -BN semakin uzur, Pakatan Rakyat kukuh perpaduan

Khamis, Julai 02, 2009

Kepentingan ikatan Pakatan Rayat untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan mereka sebagai persediaan kepada matlamat untuk mengambil alih pemerintahan negara.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Himpunan Perpaduan 100,000 Pakatan Rakyat malam kelmarin menegaskan perkara tersebut dihadapan 5,000 hadirin.

"Pakatan Rakyat perlu menjadi satu pakatan yang matang untuk mentadbir negara.

Ustaz Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, "Kita perlu perkukuhkan perpaduan sesama kita kerana BN (Barisan Nasional) adalah sebuah parti yang semakin uzur".

Tambahnya, Umno dan BN bergelut dengan pelbagai krisis lebih dari 20 tahun, tidak boleh selesai, termasuk krisis yang berlaku dalam parti kompenannya menunjukkan bahawa BN sudah menjadi sebuah parti yang uzur, dan tidak mampu lagi untuk memimpin negara.


Jelas beliau, PAS sebagai sebuah parti yang bertunjangkan Islam amat mengutamakan perpaduan di kalangan umatnya namun tetap mengutamakan kesaksamaan kepada bukan Islam.

"Sebagai umat Islam kita perlu menunjukkan model perpaduan kerana Islammengajar erti perpaduan dan seterusnya menegakkan kesaksamaan.

"Walaupn orang itu musuh kita, tetapi Islam menuntut kita untuk berlaku adil kepada mereka.

"Malam ini membuktikan kejayaan yang besar dan kita berharap ia dapat memberi isyarat bahawa rakyat akan terus bersama Pakatan Rakyat," katanya lagi.

Turut berucap pada perhimpunan itu ialah Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.


Mahdzir : Tidak mustahil Kedah jadi macam Perak

by AFRAR YUNUS

Kerajaan enam belas bulan PAS dan Pakatan Rakyat Kedah di'tembak' oleh DAP ekoran isu ternakan babi berhampiran pasar Kampung Berjaya, Mergong Alor Setar.Walaupun isu yang meletus baru melibatkan DAP Kedah, Setiausaha kebangsaannya Lim Guan Eng berkata, "ianya akan dibincang dan diputuskan di peringkat kebangsaan nanti".

Seperti yang dijangka, bekas Menteri Besar Kedah Mahdzir Khalid yang selama ini membisu telahpun membuka mulut dan meluahkan isihatinya."Ikatan DAP dan PAS di Kedah memang rapuh" jelas Mahdzir.

Mahdzir membayangkan adalah tidak mustahil apa yang berlaku di Perak boleh berlaku di Kedah.

Namun bagi pemimpin tertinggi PR, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan juga Karpal Singh, isu ini masih boleh diselesaikan.Isu seperti ini perlu diselesaikan biar siapa yang menjadi Menteri Besar.. Bagi Azizan Abd Razak, ini merupakan tembakan politik yang perlu ditangani secara berhemah.

Biarpun isu ini diselesaikan oleh Anwar dan Kit Siang tetapi masyarakat Cina 'pandai' membuat keputusan di dalam pilihanraya dengan membelakangkan keputusan pemimpin-pemimpin mereka. Padah yang diterima oleh MCA dan Gerakan di dalam pilihanraya kedua belas yang lalu membuktikannya.

Hanya Azizan dan PAS Kedah dapat menyanggah pandangan Mahdzir dan hanya PAS sahaja dapat melembutkan hati penyokong-penyokong DAP Kedah. Biarkan sahaja Mahdzir, UMNO dan BN nganga mulut sebesar-besarnya ? Tidak juga !

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails