SELAMAT DATANG

Jumaat, 4 Februari 2011

Down Down Najibb : Peserta himpunan disembur, ditangkap

Rusly Yasmin
KUALA LUMPUR, 4 Feb: Satu memorandum hari ini diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat melalui satu himpunan membantah sokongan negara itu terhadap pemerintahan Hosni Mubarak yang ditolak rakyat

Penyerahan memorandum tersebut disertai wakil-wakil parti politik dari Pakatan Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan NGO.

Mereka termasuk Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin, Presiden PSM Dr. Nasir Hashim dan Penyelaras PSM, S. Aruchelvan dan lain-lain.

Dianggarkan hampir 10 ribu menyertai himpunan kali ini selepas kali pertama himpunan sama dibuat Isnin lalu di hadapan Kedutaan Mesir bagi mengutuk kekejaman kerajaan negara itu dibawah Presidenya, Hosni Mubarak.

Beberapa wakil pemimpin yang hadir turut menyampaikan ucapan ringkas, dan kesemuanya antara lain turut mengingatkan kerajaan Malaysia agar mengambil iktibar dari apa yang ditunjukkan rakyat Tunisia dan Mesir.

Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Saleh antaranya berkata himpunan hari ini adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap sebarang bentuk kezaliman yang dilakukan mana-mana kerajaan terhadap rakyatnya.

"Kita benci kepada mana-mana kerajaan yang melakukan kezaliman... Kita mahu kerajaan merealisasikan kehendak rakyat skiranya tak ingin jadi seperti kerajaan Tunisia dan Mesir,"katanya.

Mohamad Sabu pula dalam ucapannya turut memberi amaran bahawa rakyat Malaysia juga akan bangkit jika dizalimi sedemikian rupa.

Selain mereka, turut serta menyokong memorandum bantahan itu Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Citizens International, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram).

Himpunan itu bagaimanapun dicemari dengan insiden tangkapan dan semburan watercanon oleh pihak polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan FRU.

Beberapa petugas Unit Amal PAS dan orang ramai ditangkap di hadapan Masjid Tabung Haji ketika pihak polis cuba menyuraikan himpunan tersebut selepas selesai menyerahkan memorandum.

Polis didakwa menggunakan kekerasan dengan memukul, menyepak dan memaki peserta himpunan dan difahamkan tujuh ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.

Terdahulu, lebih 7000 rakyat berarak dari Masjid As-Syakirin KLCC ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Himpunan memulakan diketuai Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor.

Biarpun pihak polis menghalang laluan menuju ke bangunan kedutaan tersebut, peserta himpunan bagaimanapun berjaya melepasinya.

Himpunan yang menggabungkan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini dinamakan Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir.

Mereka membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat iaitu menggesa ejen negara itu berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak agar meletakkan jawatan.

Kesemua mereka berarak selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi di Masjid As-Syakirin KLCC.

Sekurang-kurangnya 50 NGO turut sama dalam himpunan tersebut.























Khamis, 3 Februari 2011

Jalan Untuk Negara Islam Senantiasa Ada

Nasrudin Hassan















1.

1. Cita - cita untuk mendaulatkan Syariat Islam di negara ini senantiasa mekardan laluan untuk merealisasikannya semakin lebar walaupun terpaksa menempuh cabaran dan rintangan yang sukar. Al Marhum Ustaz Fadhil Mohd Noor [ mantan Presiden PAS ] pernah menegaskan di dalam ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS ke 39 [ 11 Jun 1993 halaman 7 ] yang bertemakan "Pertahan Syakhsiyyah Ummah" bahawa :


" Dasar dan pegangan kita [PAS] memperjuangkan Islam adalah tidak pernah berubah. Kita bergerak dan bekerja adalah untuk kedaulatan Islam."

2. Kedaulatan Islam hanya dapat direalisasikan apabila kita memiliki Daulah Islamiyah [ Negara Islam ]. Justeru itu, berjuang untuk menegakkan negara Islam biarpun menghadapi halangan dan rintangan yang runcing disepanjang zaman, namun ia tetap menjadi suatu kewajipan bagi ummat Islam.

3. Gerakan ummah untuk mendaulatkan Syariat Islam di bumi tercinta ini telah bermula sejak sekian lama. Seorang tokoh ulamak terkenal dalam sejarah negara kita, Syeikh Junid Thola di Perak telah memberi penegasan bahawa menjadi satu kewajipan kepada ummat Islam mendirikan sebuah negara Islam di Tanah Melayu. Selepas Perang Dunia Kedua, tokoh ulamak terkenal tanahair Maulana Abdullah Noh dari Kelantan juga telah menegaskan tentang tanggungjawab memperjuangkan kewujudan sebuah negara Islam. [ Abdullah Noh ( 1947 ) "Semangat Perajurit - perajurit Muslim". Matba'ah ismailiah Kota Bharu. halaman 53 - 54 ]

4. Mendokong kesinambungan perjuangan ini, Baharudin Abd Latif melalui lidah rasmi pertama PAS iaitu Suara Islam telah menulis secara aktif artikel yang menjelaskan konsep negara Islam. Antara artikel beliau ialah : "Tanah Melayu dalam Perjuangan Kita : Baldah Toiyyibah Wa Rabbun Ghafur " sebanyak 3 siri . Prof Dr Zulkifli Mohammad juga merupakan tokoh besar di dalam "suara Islam"

5. Peranan suara Islam [ 56' - 62' ] kemudiannya diteruskan oleh lidah rasmi PAS yang kedua "Bulan Bintang" [ 67; - 73' ]. Artikel Jaiz Anwar [al marhum ] " Kedudukan Pemerintahan Islam" . Lidah rasmi PAS yang ketiga "Berita PAS" [ 73' - 74' dan 82' ] turut aktif membincangkan mengenai negara Islam seperti artikel : " Peranan Agama dan Idealogi Dalam Pembangunan" oleh Baharudin Latif walaupun waktu itu PAS menyertai Kerajaan campuran PAS - Perikatan. Lidah rasmi PAS keempat Suara Islam [ 79' - 81' ] pula menonjolkan idea siasah dan negara Islam yang agak radikal sesuai dengan zaman atau era kebangkitan Islam pada waktu itu. Artikel "Pemisahan Antara Agama dan Politik : Satu Kekeliruan" menjadi topik utama selain Tafsir Fi Zilaalil Qura'an oleh Syed Qutb.

6. Harakah selaku lidah rasmi PAS kelima, sejak 1987 juga telah menggempur pemikiran ummat Islam mengenai kewajipan menegakkan negara Islam dengan menyiarkan artikel " Ke arah Menegakkan Daulah Islamiyah : Tanggungjawab menolak kesesatan" [ Harakah bil. 1 : 31, 30 Oktober 1987 ].

7. Pemimpin - pemimpin PAS terdahulu [ Rahmatullahi Alaihim ] tedlah menunjukkan kesungguhan memperjuangkan pembentukan negara Islam seperti Dr Burhanudin Al Helmy yang pernah menulis 2 buah buku mengenai hubungan Islam dengan politik kenegaraan iaitu Agama dan Politik [ 1954 ] sertaIdealogi Politik Islam. [ 1956 ] sungguhpun kedua - dua karya ini ditulis sebelum beliau menyertai PAS. Naib Ketua Dewan Pemuda PAS [1963] Budiman Radhi menulis buku berjudul Tata Negara Islam. Sementara menangani keperluan non muslim mengenai negara Islam Prof Dr Zulkifli Mohammad telah menghasilkan monolog yang berjudul " Practicability of Islam As a Socio-Political System "

8. Kegigihan tersebut terus diwarisi oleh kepimpinan PAS sehingga hari ini seperti Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi [ Presiden PAS ] menghasilkan karya berjudul "Konsep Negara Islam dan Matlamatnya " [ 1986 ] , " Jika Islam Mentadbir " [ 1984 ] , " Islam Penyelesaian Masaalah Ummat dan Negara" [ 1982 ] dan " Sistem Pemerintahan Islam" [ 1995 ]

9. PAS telah mempraktiskan usahanya untuk mendaulatkan syariat Islam dengan meluluskan Rang Undang - Undang Kesalahan Jenayah Syariah [ Hudud dan Qisas ] di Dewan Undangan Negeri yang dimenangi oleh PAS seperti di Kelantan [ 24 November 1993 ] dan Terengganu [ 2002 ].

10. Biarpun PAS mengalami tekanan yang cukup getir sepanjang perjuangannya untuk mendaulatkan Islam di negara ini, usaha dan gerakkerja untuk mendaulatkan Islam terus dilangsungkan tanpa jemu dan mengalah kepada tekanan. Pelbagai usaha dilakukan untuk memahamkan masyarakat muslim dan non muslim sehinggalah ke hari ini. Mutaakhir ini kelihatan laluan untuk mendaulatkan syariat Islam semakin lebar sekalipun terpaksa melepasi kesukaran yang berpanjangan. Sabar, tabah, hikmah dan istiqamah menjadi ramuan utama untuk menjayakannya.

11. Kini semakin ramai non muslim menyokong perjuangan Islam yang didokong oleh PAS. Malah DAP yang seketika dulu dikenali sebagai anti PAS dan negara Islam kini semakin lunak dan memahami cita - cita perjuangan PAS setelah sekian waktu bersama dan berkawan dengan PAS. Terbaru apabila Yb Karpal Singh Pengerusi DAP yang pernah menegaskan bahawa " langkah mayatnya terlebih dahulu untuk menubuhkan negara Islam" kini secara terbuka di dalam Konvensyen Pakatan Rakyat menyatakan bahawa kenyataan beliau yang lalu sebagai "out of contact" sambil menegaskan bahawa isu negara Islam kini boleh dibincangkan .

12. Maha Suci Allah swt. Saya percaya jalan untuk mendaulatkan syariat Allah swt ini senantiasa ada walau apa pun bentuk demographynya. Apa yang penting ialah usaha berterusan secara hikmah mestilah dilakukan oleh semua pejuang Islam untuk mendidik dan memahamkan muslim dan non muslim kepada Islam dengan pemahaman yang betul dan tepat. Bukan sebagaimana yang dimomokkan oleh sesetengah pihak dengan tujuan untuk menakutkan lagi non muslim kepada Islam.

13. Lihat sahaja bentuk demography negara - negara arab sewaktu Rasulullah saw diutuskan oleh Allah swt kepada mereka.Ternyata jarak permukaan bumi, jurang persempadanan geografi, kepelbagaian kaum, agama dan bangsa tidak sedikit pun meresahkan Rasulullah saw apalagi untuk membuatkan Baginda saw berputus asa sehingga tidak nampak jalan untuk mendaulatkan syariat Islam di atas muka bumi ini. Sebaliknya Baginda saw gigih menunaikan amanah perjuangan untuk meninggikan kalimah Allah swt sehingga ia lebih tinggi dari idealogi ciptaan manusia serta Baginda saw bersikap optimis dengan janji Allah swt bahawa Islam pasti akan tegak di atas muka bumi ini.

14. Bayangkan bagaimana keadaannya hari ini, andai Rasulullah saw berputus asa dari terus memperjuangkan Islam dan mendaulatkannya lantaran tekanan dan ancaman yang bertali arus dari musuh - musuh Allah swt. pula menganggap tiada jalan lagi untuk mendaulatkan syariat Allah justeru halangan atau rintangan terlalu sulit dan getir. Tentunya Islam tidak akan sampai kepada kita .

15. Allah swt yang mencipta negara dan seluruh alam ini. Mustahil al Quran wahyu Allah yang mengandungi syariatNya tidak sesuai untuk dilaksanakan dalam negara ini biar bagaimana payah mengurus dan menyelia demographynya. Bahkan Allah swt memerintahkan kita terus berdakwah dan berjuang untuk mendaulatkan syariatNya di atas muka bumi yang memiliki pelbagai rupa demography ini, sekalipun terpaksa bersabung nyawa . Janganlah mengalah hanya kerana kilauan harta dan kuasa jua janganlah butakan mata sehingga tidak nampak jalan untuk masa depan agama yang suci ini. Teruskan perjuangan dengan gigih dan optimis terhadap masa depan kemenangan Islam. Islam pasti menang dan masih ada jalan untuk mencapai kemenangan yang dijanji. [ Ketahuilah sesungguhnya kemenangan yang dijanjikan Allah itu hampir ]

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

· · Kongsi

Rabu, 2 Februari 2011

IKLAN PILIHANRAYA PERTAMA 1955



TOLONG JANGAN BUAT FITNAH

DARI TV YANG TAK BOLEH DI PERCAYAI



DARI ARKIB JAMBATAN TERBAKAR





RAIS DAPAT INJUNKSI MAHKAMAH HALANG BLOGGER AMIZUDIN
- meloya

Rais Yatim hari ini memperoleh injunksi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghalang blogger Amizudin Ahmat daripada menyebarkan fitnah terhadap beliau.
Permohonan secara ex-parte itu dikemukakan oleh Rais di hadapan Hakim Datin Zabarìah Mohd Yusof.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… TAK FAHAM BERITA INI ...INI KES APA?.... kah kah kah…

kah kah kah… LAPORAN BERITA TAK PENUH….kah kah kah..

kah kah kah… INJUNKSI NI APA?.... kah kah kah…

kah kah kah… INJUNKSI INI MACAM MAT PET CUCUK TANGAN KE?..... kah kah kah…

kah kah kah... PASAL APA CAKAP ORANG PUTIH... SUSAH MAK CIK FELDA... kah kah kah

woit …. SAPA TAHU INI KES APA?....kah kah kah..



AGAKNYA KES FITNAH YANG MANA:

1 – kes fitnah entot entot lari ke?
2 – kes fitnah curi buah rambai ke?
3 – kes fitnah yang yang laporkan husni mubarak akan lari ke jelebu ke?
4 – ini kes fitnah tukang kebun kena rogol ke?
5 – ini kes fitnah gerombolan di jelebu nak buang pengentot ke ?


kah kah kah… ITU PASAL JANGAN BUAT FITNAH…. kah kah kah..

kah kah kah… ITU PASAL JANGAN BUAT TOHMAH…. kah kah kah…

kah kah kah…. NANTI MAK MARAH DAN MAK ROTAN…. kah kah kah…

JOM KITA TURUN BERDEMO BERAMAI-RAMAI JUMAAT INI

bujangsusah.blogspot.com

بسم الله الرحمن الرحيم

Kes harga barang dan Mesir: Demo besar-besaran Jumaat ini



Selepas perhimpunan secara kecil-kecilan di depan kedutaan Mesir semalam, PAS bersama 71 NGO dan parti politik akan berhimpun di kedutaan Amerika pula selepas solat Jumaat, 4 Februari ini.

Ini kerana, mereka menganggap Amerika adalah sekutu rapat kepada regim Husni Mubarak yang sedang dihalau keluar oleh rakyat Mesir sekarang.

Menurut Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi dalam satu kenyataannya berkata, perhimpunan kali ini akan dibuat secara besar-besaran.

Selain Amerika, mereka juga mensasarkan kerajaan Malaysia apabila menaikkan lagi harga minyak Ron 97 sebanyak 10 sen lagi kepada RM2.30.

Menurut sumber kenaikan ini amat melampau dan mencekik pengguna di Malaysia kerana harga kosnya tidak setinggi itu.

"Harga Kos minyak Ron97 pada masa ini(semasa kenaikan minyak) adalah RM2.03 sahaja. Harga dijual oleh pengeluar minyak kepada pengusaha adalah RM2.3856. Harga Jual pula adalah pada harga RM2.50," kata satu sumber.

Ini bererti satu keuntungan yang berganda telah diambil oleh pengusaha yang dipercayai ada melibatkan keuntungan untuk pihak-pihak yang berkepentingan.

Kenaikan ini disifatkan sebagai hadiah untuk pengundi Tenang kerana telah memberikan kemenangan kepada BN dalam pilihan raya kecil Ahad baru-baru ini.

"Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri juga diminta untuk mengerahkan semua anak - anak muda bangkit menyatakan semangat kebersamaan kita disamping kita turut akan menyatakan bantahan kenaikan harga minyak dan harga barang yang semakin menjadi - jadi dalam negara kita," kata Nasrudin dalam kenyataannya.

Tempat berhimpun ialah di dua lokasi iaitu Masjid KLCC dan Masjid Tabung Haji dan sejurus solat Jumaat, semua akan berhimpun di Masjid Tabung Haji untuk menyatakan dua bantahan itu.

Timbalan Presiden PAS dan Tuan Hj Mohd Sabu AJK PAS Pusat dan pimpinan - pimpinan pemuda PAS dijangka akan memimpin perhimpunan ini.

"Pertama, isu penangkapan, kekerasan dan pembantaian regim Mesir ke atas rakyat mesir yang menuntut perubahan di negara mereka.

"Kedua, isu kenaikan harga minyak dan barang keperluan utama rakyat dalam negara kita," katanya dalam kenyataan itu.

Antara 71 pertubuhan yang turut serta dalam perhimpunan ini adalah ILMAM, Ikram, JIM, GMI, SAMM dan lain - lain ] termasuk kompenan parti politik Pakatan Rakyat seperti AMK dan lain-lain. hrkh

PENSYARAH (AJK UMNO) DITANGKAP BASAH

bujangsusah.blogspot.com

بسم الله الرحمن الرحيم

AJK UMNO kena tangkap basah?



Pulau Pinang : Sekiranya laporan di dalam akhbar KOSMO tentang seorang pensyarah wanita yang ditangkap berdua-duaan dengan lelaki warga indonesia di sebuah pangsapuri di Jalan Bukit Gambir benar seperti khabar angin yang kecoh kini, maka sahlah beliau adalah AJK UMNO Bahagian Parit Buntar. Pensyarah yang mempunyai kelulusan PHD ini merupakan pimpinan tertinggi Wanita UMNO Bahagian Parit Buntar. Beliau adalah antara pemimpin UMNO Bahagian yang disebut-sebut akan dicalonkan bertanding di Parlimen Parit Buntar pada pilihanraya umum ke 12. Memandangkan berita penangkapan ini sudah tersebar di akhbar-akhbar utama negara, maka peluang beliau untuk dicalonkan semakin tipis.

Menurut satu sumber, pensyarah ini tidak disukai oleh pemimpin wanita UMNO di Parit Buntar kerana perwatakannya yang tidak disukai dan bukan anak tempatan. Pensyarah yang mengajar di sebuah universiti di sini dikatakan berasal dari Pengkalan Baharu, Bruas. Namun beliau masih terpilih sebagai AJK Bahagian dan Wanita UMNO kerana kelulusan akademiknya yang tinggi dan penyokong kuat kepada Ketua UMNO Bahagian.

Berita ini sudah tersebar meluas dan menjadi bualan penduduk di Parit Buntar. Seorang penduduk yang ditemui berkata, jika berita ini benar ia amat memalukan UMNO sendiri kerana Presiden UMNO baru sahaja dinobatkan sebagai Bapa Pembangunan Insan tetapi lihatlah insan berada dibawah kepimpinannya. - paritbuntar

Perutusan Tahun baru Cina Presiden PAS

FEBRUARY 2, 2011

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat Malaysia berbangsa Cina. Masyarakat Cina di Malaysia yang merupakan komuniti kedua terbesar di negara ini, merupakan juga penyumbang besar kepada pembinaan negara Malaysia.

Tahun Baru Cina yang biasanya dimulakan dengan semangat kekeluargaan dengan majlis makan besar setiap anggota keluarga merupakan sesuatu yang sangat baik ke arah membina masyarakat yang sejahtera. Di tengah kemelut masyarakat Malaysia yang berhadapan dengan keruntuhan moral dan jenayah yang parah, yang antaranya juga berpunca daripada keruntuhan institusi keluarga, masyarakat Cina tampil membawa budaya baik iaitu ‘makan besar’ yang merapatkan semangat kekeluargaan.

Kita juga berhadapan dengan kemelut ekonomi yang menyebabkan rakyat berhadapan dengan tekanan hidup akibat kenaikkan harga barang keperluan. Masyarakat Cina juga tidak terlepas menyambut Tahun Baru Cina dalam situasi tersebut. Keadaan ekonomi yang parah ini juga dibayangi oleh pengumuman-pengumuman manis pemerintah yang menjanjikan persekitaran ekonomi yang lebih baik, namun dalam masa yang sama keperluan rakyat terus terhimpit akibat salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku.

Saya menyeru kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini, semoga terus melakukan perubahan untuk menukar pemerintah yang ada kepada Pakatan Rakyat, bagi mencuba alternatif yang baru untuk menyelesaikan kemelut ekonomi negara. Semoga dengan sambutan Tahun Baru Cina ini akan meningkatkan lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan antara kaum di negara ini dan seterusnya berjaya membina masyarakat dan negara yang lebih sejahtera.

Selamat Tahun Baru Cina.

Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

PAS minta Gobala tinggalkan Padang Serai


Mohd Sabri Said

PADANG SERAI, 2 Feb: Walaupun N Gobalakrishnan keluar dari PKR, namun bagi pemimpin PAS kawasan anggota Parlimen Padang Serai itu sudah keluar dari Pakatan Rakyat dan perlu melepaskan jawatannya sebagai anggota Parlimen.

Mereka meminta Gobalakrisnan 'nyah' dari Padang Serai dengan meletakan jawatan dan memberi mandat kepada rakyat memilih seorang ahli Parlimen yang benar-benar bertanggungjawab dan beretika.

Yang Dipertua PAS Padang Serai, Fauzi Tahir menyifatkan, penyertaan Gobalakrisnan ke bebas menyusahkan rakyat yang telah memberinya kemenangan atas tiket Pakatan Rakyat yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Bukan masa untuk bermain dalam politik sebaliknya nyah dari Padang Serai kerana kami dan rakyat yang prihatin tidak mahu melihat mukanya lagi ekoran sikapnya mengkhianat perjuangan, " jelasnya.

Beliau patut sedar dengan kedudukan tinggi itu semua merupakan hasil kepercayaan rakyat yang telah menolak Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 12 lalu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Padang Serai, Abu Tolib Yahaya pula berkata, Gobalakrisnan wajar letak jawatan atau menghadapi tekanan yang lebih dahsyat menerusi demontrasi aman nanti.

Rakyat sangat marah kerana tindakan itu merosakan imej Pakatan Rakyat ketika menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti.

"Pemuda PAS terpaksa mengadakan demontrasi aman bersama PKR dan DAP kerana tidak mahu seorang ahli Parlimen yang suka melompat tetapi mahukan seorang pejuang yang kuat dan teguh walaupun apa juga rintangan yang dihadapi, " tegasnya.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Lunas, Haji Derani Wahab pula berkata, sewaktu Adun Lunas Radzi Salleh letak jawatan Gobalakrisnan adalah orang pertama menganjurkan ceramah menghentam tindakan Radzi tetapi kali ini beliau pula menuruti langkah yang serupa.

"Gobalakrisnan akan menghadapi gelombang rakyat yang memarahinya dan besar kemungkinan satu tindakan membantah langkahnya itu akan berkumandang. Kita tidak boleh sekat kerana itu adalah hak rakyat yang memberinya kemenangan, " tambahnya.

Sementara itu bekas Yang Dipertua PAS Padang Serai, Ustaz Azmi Abdullah mengingatkan, Gobalakrisnan agar lepaskan jawatan ahli Parlimen untuk diadakan pilihanraya kecil segera.

Bukan membiarkan parlimen ini diwakili oleh Ahli Parlimen Bebas yang akan melupakan tanggungjawabnya terhadap rakyat setelah kecewa dengan sikap parti yang disertainya.

Beliau juga harus sedar jelasnya, kedatangan Gobalakrisnan dulu hanya sehelai sepinggang dan PAS bekerja bersungguh-sungguh memastikan kemenangan.

"Saya sewaktu itu merupakan orang yang bertanggungjawab penuh memperkenalkan Gobalakrisnan dan membawanya ke semua lokasi berjumpa rakyat amat kecewa dan berharap beliau lepaskan jawatan Ahli Parlimen kerana kami tidak mahu melihat kelibatnya lagi di Padang Serai, " tegasnya yang lebih dikenali sebagai 'Ustaz topi merah'.

MENGUNDI DAPAT PAHALA KA DAPAT DOSA

Soal Asri : ADAKAH DOSA DAN PAHALA DALAM MENGUNDI PILIHANRAYA?


Jawapan: Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin


Kepada Dr Mohd Asri, apabila menjelang pilihanraya, pelbagai pandangan akan dikeluarkan oleh macam-macam pihak. Ada yang kaitkan isu-isu agama dengan proses membuang undi.

Soalan saya, sejauh manakah soal dosa dan pahala dalam mengundi ini. Apakah seseorang itu boleh dikira berdosa atau dapat pahala kerana mengundi parti tertentu? Harap Dr Asri tolong huraikan.

Zamani, Johor.

JAWAPAN PROF MADYA DR MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN:

Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Sebagai seorang muslim kita wajar prihatin terhadap perkara-perkara yang seperti ini. Apatahlagi, persoalan seperti undian dalam pilihanraya yang walaupun kelihatan sangat ringkas prosesnya, tetapi mempunyai kesan yang besar terhadap pembentukan sesebuah negara. Sekalipun kadang-kala ada perkara dalam sistem pilihanraya itu tidak memenuhi kehendak syarak, namun kepentingannya terhadap masa depan sesebuah negara itu tidak dapat dinafikan. Bahkan, jika diperhatikan sistem demokrasi jauh lebih baik dari segala sistem lain yang sedang diamalkan oleh kerajaan-kerajaan di dunia hari ini.

Melalui demokrasi, rakyat dapat bersuara dan memilih orang yang mereka redha sebagai pemimpin. Pemimpin pula tidak begitu berani melakukan kezaliman dan penyelewengan disebabkan mereka tahu rakyat mempunyai hak dalam menentukan kedudukan mereka. Ini lebih baik dari sistem autocracy. Bahkan demokrasi yang adil akan lebih baik dari pentadbiran sesetengah para pemerintah dalam sejarah umat Islam pada zaman Umawiyyah, ‘Abbasiyyah dan selain mereka yang bersifat kuku besi dan bertindak tanpa menghormati hak rakyat. Untuk menjawab persoalan saudara tentang dosa dan pahala undian dalam pilihanraya, maka saya sebut perkara-perkara berikut;

1. Pada asasnya dalam Islam, setiap amalan kebaikan atau yang membawa kebaikan maka pengamalnya memperolehi pahala. Begitu juga, setiap amalan buruk atau yang membawa keburukan maka pengamalnya memperolehi dosa. Besar atau kecil pahala dan dosa itu, bergantung kepada besar atau kecil kesan kebaikan atau keburukan sesuatu amalan. Maka, mengundi dalam pilihanraya boleh membawa kesan baik dan buruk kepada sesebuah masyarakat dan negara. Jika kesannya baik dan pengundi itu pula memang inginkan kebaikan tersebut, maka itu adalah amalan soleh. Jika kesan buruk dan pengundi tersebut memang inginkan kesan yang buruk itu, atau boleh menjangkanya, atau dia tidak peduli dengan buruk atau baik kesan undiannya itu, maka dia memperolehi dosa.

2. Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda:

“Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang diredhai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai ke tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya seseorang kamu pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah”. (Riwayat Malik dan al-Tirmizi).

Kata tokoh ulama salaf yang besar Sufyan bin ‘Uyainah (meninggal 198H)

“Hadis ini bermaksud kalimah di hadapan pemerintah, kalimat yang pertama (yang direhai Allah) ialah yang menghalang kezalimannya. Kalimat yang kedua (yang dimurkai Allah) ialah yang mendorong pemerintah melakukan kezaliman” (Al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwadhi, 7/21, Beirut: Dar al-Fikr).

Ya, berdasarkan hadis ini, sekalipun pengucapnya tidak menyangka sebegitu besar kesan ucapannya, atau menganggapnya kecil, namun disebabkan kesan baik dan buruk dari ucapannya itu, maka dia mungkin mendapat pahala, ataupun dosa. Hal ini samalah seperti undian dalam pilihanraya.

3. Maka undi juga bagaikan satu kalimat, bahkan mungkin lebih, yang mana ia boleh memberikan kuasa kepada seorang pemimpin yang baik atau kuasa untuk pemimpin yang jahat atau zalim atau tidak bertanggungjawab. Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w menyebut:

“Adakalanya seorang hamba Allah mengucapkan satu kalimah yang menyebabkan dia tergelincir ke dalam Neraka yang jaraknya dalamnya antara timur dan barat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kalimat itu konteks demokrasi adalah undi dalam pilihanraya. Seseorang hendaklah berfikir kesan undi yang diberikan kepada seseorang calon terhadap negara dan rakyat.

4. Kita hendaklah sedar bahawa undian itu membawa maksud bersetuju memberikan mandat kepada seseorang bagi sesuatu kepimpinan. Maka, sebelum mandat tersebut hendak diberikan, wajib kita memastikan samada dia berkelayakan atau tidak. Ini kerana Allah berfirman: (maksudnya)

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).

Memberikan undi kepada yang tidak berkelayakan adalah mengkhianati amanah.

5. Untuk menentukan kelayakan seseorang itu, maka secara umumnya hendaklah dilihat kepada dua ciri yang penting yang disebut oleh al-Quran al-Qawiy (kuat atau mampu) dan al-Amin (amanah atau bertakwa). Firman Allah: (maksudnya)

“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).

Dua ciri ini hendaklah dilihat dalam kerangka jawatan yang hendak diberikan. Jika jawatan itu membabitkan kewangan umpamanya, maka kemampuan dalam pengurusan kewangan dan digabungkan dengan nilai amanah dalam diri calon yang dilantik. Begitulah juga jawatan dalam bidang-bidang yang lain. Maka dilihat kemampuan calon dalam tanggungjawab yang hendak diberikan dan nilai amanah dalam dirinya.

6. Kata Syeikhul-Islam Ibn Taimiyyah dalam kitabnya Al-Siyasah al-Syar`iyyah fi Islah al-Ra`iy wa al-Ra`iyyah:

“Hendak dipastikan orang yang terbaik baik setiap jawatan, kerana sesungguhnya kepimpinan itu mempunyai dua rukun iaitu al-Quwwah (kekuatan/kemampuan) dan al-Amanah…Al-Quwwah dinilai pada setiap kepimpinan berdasarkan keadaannya. al-Quwwah dalam mengetuai peperangan merujuk kepada keberanian hati, pengalaman dalam peperangan, tipu daya peperangan kerana peperangan itu adalah tipu daya dan kepada kemampuan dalam berbagai jenis peperangan…al-Quwwah dalam kehakiman manusia merujuk kepada ilmu mengenai keadilan seperti yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah dan kepada kemampuan melaksanakan hukum. Dan amanah pula merujuk kepada perasaan takutkan Allah, tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah dan tidak takutkan manusia (sehingga mengabaikan Allah-pent.)”. (m/s 26. Kuwait: Dar al-Arqam)

7. Ertinya, sebelum seseorang itu mengundi, dia hendaklah memastikan individu yang diundi itu berkemampuan melaksanakan tanggungjawab bagi jawatan tersebut dan mempunyai nilai amanah dalam diri yang tinggi. Jika tidak, bererti dia memberikan undinya kepada orang yang zalim yang akan mengkhianati tanggungjawab. Apatahlagi, jika calon itu memang sudah ada rekod buruk dalam tanggungjawabnya. Juga, hendaklah dipastikan kesan undi itu tidak membawa keburukan kepada negara secara umumnya. Allah berfirman: (maksudnya)

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113)

8. Maka, kita tidak boleh mengundi seseorang calon hanya kerana hubungan keluarga, atau sahabat atau parti. Sebaliknya, hendaklah atas kelayakan dan kesan undian itu. Justeru itu Nabi s.a.w tidak memberikan jawatan kepada Abu Zar kerana beliau tidak berkemampuan. Sekalipun Abu Zar seorang sahabat baginda yang soleh dan disayangi oleh Nabi s.a.w. Baginda bersabda:

“Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya. (Riwayat Muslim).

9. Maka, undi dalam pilihanraya itu bukan sesuatu yang tiada nilai di sisi Islam. Sebaliknya, undi itu boleh menyebabkan seseorang mendapat pahala, ataupun mungkin mendapat dosa. Undilah yang berkelayakan dan memberikan kesan yang baik kepada negara dan rakyat.

Selasa, 1 Februari 2011

Ikhwan dipelawa sertai kerajaan baru

Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com

Pertubuhan Ikhwanul-Muslimin (Ikhwan) Mesir yang berpengaruh itu dipelawa untuk menyertai kerajaan baru Mesir selepas tergulingnya rejim diktator Hosni Mubarak.

Ini dibayangkan oleh Ketua Pembangkang Mesir, Muhamad El-Baradei dalam temuramahnya dengan wartawan CNN, Fareed Zakaria beberapa hari lalu, di tengah-tengah pemberontakan rakyat Mesir yang menuntut rejim Hosni Mubarak meletakkan jawatan.

“Mereka (Ikhwanul Muslimin) adalah orang baik,” katanya, “mereka terpelajar, patriotik, berakhlak baik dan mereka adalah rakyat Mesir yang setia.”

El-Baradei yang kini dalam tahanan rumah ditanya pandangannya adakah Ikhwanul Muslimin itu sama seperti kumpulan militant Al-Qaeeda, kumpulan militant yang lain seperti di Iran dan di tempat lain. Beliau menjawab, “sama sekali tidak, mereka rakyat Mesir yang patriotik, terpelajar.”

Tokoh yang mendapat Hadiah Nobel Keamanan kerana peranannya sebagai Pengarah Agensi Kuasa Nuklear Bangsa-Bangsa Bersatu itu menyatakan kesediaannya untuk memimpin kerajaan baru Mesir jika rakyat mahukan khidmatnya walapun beliau kini ada tugas lain.

“Bagi saya sudah tentu Ikhwan akan dipelawa menyertai kerajaan baru Mesir kerana jamaah Islam itu sangat berpengaruh, orang baik dan terpelajar,” katanya lagi.

Sekiranya kerajaan baru Mesir pimpinan El-Baradei itu menyertakan sekali jamaah Ikhwan, maka ini berbeza sekali dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan baru di Tunisia selepas Presiden Zein-Al-Abidin bin Ali digulingkan oleh satu pemberontakan di Tunisia baru-baru ini.

Kerajaan baru itu sama sekali mengenepikan Ikhwanul-Muslimin Tunisia yang juga berperngaruh.

El-Baradei mendesak Amerika supaya ‘meninggalkan’ Hosni Mubarak dan jangan melibatkan diri dengan krisis di Mesir sekarang. Ulama tersohor, Dr. Yusuf Al-Qaradawi turut menggesa supaya Hosni Mubarak dan kabenitnya meletakkan jawatan.

Sementara itu, pihak Ikhwan belum lagi mengeluarkan kenyataan mengenai cadangan El-Baradei itu, yang mungkin dianggap terlalu awal.

Tetapi dipercayai Ikhwan sangat berhati-hati dalam membuat keputusan seperti ini berdasarkan pengalaman pahitnyan di masa lalu, di zaman rejim Gamal Abd Naseer dan Anwar Sadat yang pada awalnya menghulurkan kerjasama, tetapi akhirnya rejim tersebut membunuh dan menahan serta menyeksa beribu-ibu ahli Ikhwan hingga kini, di zaman Hosni Mubarak.

Muhamad El-Baradei mengkritik dasar Amerika di Asia Barat, termasuk dasar Barack Obama di Mesir, yang menurutnya sama sekali bettentangan dengan aspirasi rakyat Mesir menyebabkan dasar Amerika itu gagal sama sekali.

Sementara itu, sebuah kenyataan terkini dari pemimpin Ikhwanul Muslimin Mesir, Dr. Mohamed Badie menyeru umat Islam di Mesir supaya bersatu, optimis kepada perjuangan ini.

Beliau menyeru umat Islam supaya bersedia menghadapi tindakan golongan penindas dan bersedia berjuang, berkorban untuk menjamin masa depan lebih baik.

Jika raskyat takut dan bimbang, kata Dr. Mohamed Badie, akan hanya menyebabkan berterusannya rasuah, kezaliman dan kemusnahan.

Pemimpin Ikhwanul Muslimin itu menekankan bahawa inilah perjuangan dan pengorbanan yang perlu dibayar di mana kebebasan bersuara tidak akan diperoleh kecuali rakyat belajar untuk berjuang, menuntut hak asasi mereka.

Sheikh Badie menyeru semua umat Islam dan bangsa Arab menyuarakan bantahan mereka terhadap merebaknya gejala rasuah, tekanan terhadap kebebasan bersuara yang selama ini dianggap oleh rejim lama Mubarak sebagai tidak penting.

Kebebasan bersuara ini, menurutnya, perlu dilindungi dan pihak berkuasa tidak mempunyai hak untuk menafikannya.

Baginya, rasuah yang kini terus berleluasa dilakukan oleh rejim dektator di mana rakyat mesti menentangnya.

Menurut pemimpin Ikwanul Muslimin itu, dunia Arab telah berada di bawah pemerintahan dektator yang bertujuan hanya untuk mengawal sepenuhnyan segala aspek, khususnya kekayaan negara di mana menyebabkan rakyat miskin, pengangguran, rasuah, penyelewengan, pembaziran dan kepura-puraan.

Pemimpin pemerintah Arab pula, kata beliau lagi, memerintah secara kuku besi dan mengawal kebangkitan rakyat untuk kesejahteraan raayat.

Pemimpin Ikhwan itu system pemerintaha dektator dunia Arab menyebabkan golongan yang kaya bertambah kaya, yang miskin terus miskin, tidak ada usaha melakukan perubahan.

Sementara itu, di tengah-tengah suasana pemberontakan di Mesir ini, ada suara kebimbangan amat sangat dari rejim Israel di Tel Aviv. Dalam satu temu ramahnya dengan CNN, bekas duta Isreal di Mesir, Eli Shaked memberitahu bahawa jika Hosni Mubarak digulingkan, dikhatirinya kumpulan Islam akan berkuasa dan akan bersikap keras terhadap Israel dan dunia Barat.

Sementara itu, dijangkakan lebih sejuta orang akan menyertai lagi tunjuk perasaan di Tahrir Square (Medan Kebebasan) di Kaherah dan beberapa tempat lain di mesir dalam beberapa jam lagi untuk menuntut rejim Hosni Mubarak meletak jawatan segera.

Kumpulan yang menggelar diri mereka ‘Gerakan 6 April’ merancang mengadakan demonstrasi lebih sejuta rakyat di tengah-tengah kebencian rakyat terhadap rejim Hosni Mubarak.

Para penunjuk perasaan yang masih bertahan di medan tersebut tidak pedulikan perintah berkurung yang dikeluarkan oleh tentera. “Kami akan kekal di sini dan akan memperkukuh gerakan kami serta kami tidak akan berganjak dari sini,” kata penunjuk perasaan yang dirakam oleh TV Aljazeera.

Chanel tersebut kemudiannya telah ditutup oleh rejim Mubarak. Enam wartawan dan jurugambarnya ditahan.

Di antara yang menyertai tunjuk perasaam itu ialah para hakim dan majistret, para doktor dan jurutera, pegawai kerajaan dan swasta serta penulis. Diberitakan, lebih seratus orang telah terbunuh dan cedera. Semua komunilkasi dengan Mesir telah terputus.

Penunjuk perasaan menolak jaminan Hosni Mubarak untuk melaksanaskan pembaharuan ekonomi dan politik. Jaminan itu, menurut mereka, terlalu kecil dan sudah terlambat.

RAKYAT MESIR NAIK MINYAK PENGUNDI TENANG PENAIK MINYAK




nota:
bila harga minyak naik di mesir
rakyat mesir naik minyak

bila harga gamdun naik di mesir
rakyat mesir masih naik minyak






HARGA PETROL RON97 NAIK 10 SEN
- meloya

Harga petrol RON97 naik 10 sen menjadi RM2.50 seliter mulai tengah malam tadi, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Zulkifli Mokti.

Beliau berkata kenaikan itu berlaku akibat peningkatan harga minyak mentah kepada US$105 setong minggu ini berbanding US$100 sebelum ini.
"Penggunaan minyak mentah meningkat mendadak di Amerika Syarikat dan Eropah akibat cuaca sejuk melampau di sana sekaligus menimbulkan kebimbangan kekurangan minyak mentah,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… BETUL TAK… TEPAT RAMALAN TIKAR TIUB ….kah kah kah

kah kah kah… YANG MENGUMUMKAN BUKAN MENTERI TAPI TOWKAY KEDAI MINYAK… kah kah kah..

woit… TAK KAN TAK FAHAM FAHAM…. kah kah kah..

kah kah kah…..GEROMBOLAN NAK LARI DARI TANGGUNG JAWAB… kah kah kah..

ALASAN:
1 – ini harga pasaran
2 – harga minyak naik
3 – harga minyak di sweden lagi mahal
4 – harga minyak di malaysia termurah di asean
kah kah kah


woit… ESOK BILA HARGA MINYAK MENTAH TURUN…. HARGA MINYAK TURUN TAK?... kah kah kah..kah kah kah

MAK CIK DAN PAK CIK FELDA KENA LEBONG LAGI!!!





nota:
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

Inikah dia nasionalis Melayu yang dibanggakan Tun Mahathir



KENAPA NAIK 10 SEN JE ?

Hadiah Kemenangan Dun Tenang - RON 97 Naik 10 Sen.. Hahaha

- bujangsusah





Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut seorang sumber kerajaan.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa. - mkini

Note: Terima kasih najib umno.. terima kasih penyokong-penyokong umno di Tenang..buat rakyat semua bersedialah esok atau lusa barang-barang keperluan pula akan naik harga. Marilah kita merayakannya bersama-sama.. hidup umno...!!! hidup Melayu..!!!

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails