SELAMAT DATANG

Sabtu, 12 September 2009

Umno Bahagian Telok Kemang Calon Isa Samad

PORT DICKSON, 11 Sept (Bernama) -- Umno Bahagian Teluk Kemang sebulat suara menamakan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Ketua Pemuda bahagian itu, Mohd Faizal Ramli berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat bahagian itu semalam.

"Pencalonan Mohd Isa yang juga Ketua Umno bahagian itu mendapat sokongan sebulat suara 33 ahli jawatankuasa (AJK) bahagian yang menghadiri mesyuarat. AJK yang hadir menyatakan sokongan sebulat suara kepada Mohd Isa kerana yakin pengalaman dan ketokohannya mampu membantu BN mempertahankan kerusi itu," katanya di sini, Jumaat.

Mohd Faizal, yang juga Timbalan Pengarah pilihan raya kecil BN Bagan Pinang, berkata keputusan itu dibuat kerana Umno bahagian itu berpendapat Mohd Isa adalah calon terbaik.

"Itulah kehendak akar umbi dan kita berharap pucuk pimpinan menghormati dan mendengar keputusan akar umbi. Tindakan bahagian itu bukannya menentang arahan Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta beberapa nama disenaraikan," katanya.- BERNAMA



BAGAN PINANG: UMNO BN MEMANG BERMASALAH


Oleh Mohd Sayuti Omar

NAMPAKNYA UBN tidak dapat merasa selesa dengan kelebihan undi di kalangan tentera. Khabarnya jumlah undi tentera dan undi pos di DUN Bagan Pinang ini tinggi mencecah kira-kira 5,000. Kehadiran undi tentera ini dari kem tentera yang bermukim di situ. Biasanya undi tentera secara automatik berpihak kepada UBN. Walaupun tentera ada yang tidak setuju dengan UBN, namun selalunya undi mereka dikhianti.

Proses pengundian dalam kem, memangkah hanya dilakukan oleh seorang atau dua orang ketua sahaja. Banyak tempat yang berkeadaan seperti ini di mana calon-calon UBN di selamatkan oleh undi tentera. Misalnya di parlimen Setiawangsa, di Lumut Perak dan juga Kok Lanas Kelantan. Nescaya kalau tiada ‘kemudahan’ undi tentera atau undi pos berpeluh calon UBN untuk menanginya.

Sekiranya undi-undi ini dilaksanakan seperti biasa diberikan kebebasan dan tangan tentera sendiri mengundinya mungkin suasannya berubah.

Kenapa dikatakan undi tentera yang menjadi undi bonus itu tidak menjadikan UBN Bagan Pinang selesa? Sebabnya UBN menghadapi masalah besar dalam proses meletakkan calon di situ. Belum apa-apa UBN sudah pun bertelagah sesama sendiri dalam soal mencari calon.

Pada masa ini wujud beberapa kumpulan yang ingin menjadikan pilihan raya itu sebagai gelanggang menunjukkan kuasa kekuatan mereka. Pertelagahan paling jelas ialah antara bekas MB, Mohd Isa Samad, dengan Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin. Kenyataan Muhyiddin semalam menjelaskan beliau tidak senang kalau Mohd Isa jadi pilih jadi calon.

Umno bahagian Teluk Kemang telah menamakan Mohd Isa sebagai calon tunggal. Tetapi ianya tidak dipersetujui oleh Muyiddin. Dalam kenyataan semalam beliau mahu Umno NS menghantar banyak nama dan bukannya satu nama saja. Apakah makna dan erti kata-kata Muhyiddin itu. Sekiranya beliau tidak ada masalah tentu nama itu diterima dengan baik.

Umno Telok Kemang katanya hanya menghantar satu nama saja iaitu nama Mohd Isa.
Bagi Muhyiddin ada sebab kenapa beliau tidak mahu kepada Mat Isa. Mungkin mengenangkan diri Mohd Isa tidak berapa bersih. Mohd Isa pernah digantung sebagai Naib Presiden kerana rasuah. Tetapi itu bukan alasan sebenar bagi Muhyiddin.

Apa yang dapat dilihat di sini keengganan Muhyddin itu kerana Mohd Isa akan menjadi ancaman kepada politiknya.

Dalam politik serba serbi boleh berlaku. Mungkin pada perkiraan Muhyiddin kalau Mohd Isa dipilih jadi calon dan menang menyebabkan akan ada pula cadangan supaya Mohd Isa memimpin semula Umno Negeri Sembilan. Kemungkinan ini ada memandangkan keupayaan pengerusi Umno Negeri Sembilan kini Mohamad Hassan sering dipertikaikan. Mohamad dikatakan gagal menyatupadukan Umno Negeri Sembilan yang kini terbahagi kepada ‘sembilan’ puak?

Mohd Isa tidak begitu menonjol kepimpinannya di luar. Tetapi ia sangat dikagumi di Negeri Sembilan. Sekiranya beliau diberi peluang semula menerusi pilihan raya kecil ini memberi kesempatan untuk beliau come back. Inilah yang paling ditakuti oleh Muhyiddin. Makanya bagi Muhyiddin beliau ada sebab yang tersirat dan tersurat kalau beliau mahukan beberapa nama lain lagi untuk menjadi calon Bagan Pinang dan bukan nama Mohd Isa sebagai calon tunggal.

Bermasaman muka antara kedua mereka ini – Muhyiddin dan Mohd Isa sudah lama berlaku. Ia bermula semasa pemilihan pucuk pimpinan Umno tahun 2004. Mohd Isa diketahui bahawa antara pengerusi perhubungan Umno negeri yang tidak menyokong Muhyiddin semasa pertandingan Umno tahun 2004 dulu. Apabila Mohd Isa tiba-tiba dikenakan hukuman jantung ia pula dilihat ada kena mengena dengan Muhyiddin.

Permasaman muka ini tidak dapat lari membawa kepada dendam politik. Dan dendam ini pula akan terus hidup antara mereka berdua.

Pertelingkahan antara kedua tokoh inilah yang boleh menyebabkan UBN tidak selesa dalam pilihan raya kecil ini. Sudah tentu kalau Mohd Isa tidak akan dipilih menjadi calon akan berlaku protes dari kalangan Umno Telok Kemang. Penolakan Isa sebagai calon bermakna Umno tidak menghormati suara akar umbi Umno Telok Kemang.

Undi protes inilah bakal menguntungkan Pas. Sekiranya undi protes ini banyak sampai separuh undi tentera itu sudah pasti ia memberi sinar kepada Pas untuk menang pilihan raya berkenaan. Protes itu bukan diharap pengundi Umno akan mengundi Pas tetapi cukup kalau mereka tidak keluar mengundi.

Kalau ini berlaku bererti pilihan raya kecil Bagan Pinang bakal mencatat kemenangan ke lapan buah Pakatan dan sekaligus membuktikan Pakatan benar-benar kuat. Kemenangan di Bagan Pinang ini juga akan meruntuhkan zon selatan yang dianggap sebagai kubu kuat UBN yang berpengkalan di Johor.

Bagaimana pun bagi Pas dan Pakatan tidak hanya boleh mengharap kepada berlakunya protes demikian, sebaliknya mereka kena melipat gandakan usaha bagaimana untuk memenangi pilihan raya itu. Satu kebimbangan kepada Pas mungkin jentera pilihan raya di negeri itu tidak seberapa mantak seperti di Kelantan, Kedah dan Terengganu. Justeru sokongan padu dari Pas seluruh negara harus ditumpukan ke Bagan Pinang.

Sejauh mana ini berjaya ia bergantung atas kebijaksanaan pengarah pilihan raya kecil itu, Sallahudin Ayub. Mungkin hubungan baik beliau dengan beberapa pemimpin Pas yang mempunyai sumber kewangan banyak di Kelantan boleh dimanfaatkan. Wang Kelantan tidak mudah mengalir ke kawasan lain jika tidak kena caranya. Pas perlu meletakkan usaha ini kepada Sallahudin Ayub.

1MALAYSIA: Rakyat DidaHULUkan, Pencapaian DiuTAMAKan...

Dekat atas ni ialah gambar seorang penduduk dalam kawasan Parlimen Pekan...

Namanya ialah Muhammad Hassan...

Saje aku paparkan gambar kedhaifan penduduk dalam kawasan Parlimen PM sendiri... bukan apa... aku teringat kata-kata PM semalam (sumber - sini) -

* UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

* Katanya, UMNO sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.

* “Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?,” kata beliau ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini hari ini.

Amacam..? ni PM kita ni cakap bahasa apa..? kalau tak membelit-menipu sekali dalam sebulan tak boleh ke..?

Yang aku paham sekarang - 1Malaysia - Rakyat DidaHULUkan, Pencapaian DiuTAMAKan.


PENDEDAHAN RAJA PETRA KAMARUDDIN TERKINI

Bismillahirahmannirahim..

Pendedahan Raja Petra Kamaruddin




Hari ini ulang tahun kedua, Pengendali Blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin ditahan bawah akta keselamatan dalam negeri (ISA).Beliau ditahan selama 53 hari tanpa sebarang pertuduhan.

Pagi ini, 10 September 2009, seawal jam 8.59 pagi satu wawancara ekslusif bersama Raja Petra disebarkan secara menyeluruh menerusi talian Facebook dan juga Twitter.Temuramah itu menjelaskan butiran dan latar belakang pengakuan bersumpah yang ditanda tangani Raja Petra pada 18 Jun 2008 berhubung matlumat yang beliau perolehi mengenai pembunuhan model Monggolia, Altantuya Shariibuu.Video itu boleh dicapai menerusi laman sesawang: http://www.youtube.com/watch?v=f4yE5vv73DA

Dalam temuramah itu, Raja Petra juga menceritakan pengalamannya dalam tahanan di Kem Kemunting, pandangannya terhadap perlembagaan persekutuan, Islam, pembunuhan kejam Alatntuya serta liku liku hidup beliau sebagai aktivisosial dan blogger.Beliau dibebaskan daripada tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan habeas corpus untuk mengisytiharkan penahanannya tidak sah.Hakim Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad membuat keputusan itu selepas mendapati alasan penahanan yang dikeluarkan Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Syed Hamid Albar mengikut Seksyen 8 ISA tidak mematuhi undang-undang.



Jumaat, 11 September 2009

Umno Parti Islam?

PM Najib mendakwa Umno adalah Parti Islam walaupun tidak menggunakan label Islam pada parti itu. Selepas mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir dulu semasa berkuasa mendakwa , Umno adalah parti Islam terbesar, kini tiba pula giliran PM Najib untuk mengatakan Umno adalah Parti Islam

Umno yang terkenal dengan parti assobiyah Melayu sejak 52 tahun lalu tiba-tiba saja dah jadi parti Islam, mungkin kerana perjuangan Melayu yang ada pada Umno sudah tidak laku lagi pada orang- orang Melayu sebab tu ditukar pada nama parti Islam.

Adakah layak Umno digelar parti Islam? Kalau setakat bagi bantuan kepada Felda dan para peneroka sudah boleh digelar parti Islam, bagaimana dengan parti2 lain yang terasnya , dasarnya bukan Islam tapi juga bagi bantuan kepada orang2 miskin tidak boleh digelar parti Islam? Adakah Umno yang menjunjung tinggi akta zalim ISA boleh digelar parti Islam? Apakah dalam perlembagaan Umno sudah dipinda dan mengatakan Quran, hadis , ijma' ulama dan qias sebagai rujukan Umno, ada ka semua tu dalam perlembagaan Umno?

Islam hanya sekadar agama rasmi disisi Perlembagaan Malaysia tak lebih daripada itu. Adakah pemimpin Umno pernah sebut "marilah kita semua kembali kepada undang-undang yang berdasarkan Al-Quran dan Hadis sebagai panduan hidup?"

Umno Adalah Parti Islam, Kata Najib


SIK, 10 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

MAI KITA PAKAT BAHAS MAI ........ DAH MELALUT DAH NAJIB NII .......


JIM: Memadai Jeff tarik kenyataan 'ekstremis'

Abdul Rahim Sabri

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) berpuas hati dengan ahli parlimen DAP Jeff Ooi yang menarik balik kenyataannya menuduh NGO itu sebuah pertubuhan ekstremis, kata presidennya.

"Keputusan JIM (Pulau Pinang) bersama-sama dengan Forum Penyelarasan Umat (Forum), kita (di peringkat pusat) tidak bantah walaupun ia dapat diselesaikan.

"Tetapi bagi JIM (pusat), beliau (Jeff) menarik balik, sudah memadai," kata Zaid Kamaruddin.

"Bagi JIM, (beliau) minta maaf atau tidak minta maaf, terpulang kepada rakyat untuk membuat penilaian."


Terserah kepada JIM Pulau Pinang untuk mengambil tindakan lanjut dalam isu itu sesuai dengan pandangan mereka yang tersendiri mengikut konteks umat Islam di negeri itu, tambahnya.

"Ia adalah pendirian Forum, bukan pendirian JIM di peringkat pusat walaupun JIM Pulau Pinang nampak isu ini belum selesai, ia adalah antara Jeff Ooi dengan umat Islam," katanya kepada Malayskini petang ini.

Zaid diminta mengulas tindakan Forum semalam yang melancarkan kempen mengutip 100,000 tandatangan bagi mendesak Jeff, anggota parlimen Jelutong, memohon maaf dan meletak jawatan berhubung kenyataan tersebut.

Jeff menarik balik kenyataannya awal bulan lalu tetapi enggan memohon maaf kepada NGO Islam itu.

Forum, yang diketuai seorang pemimpin JIM negeri Md Roslan Hashim, dilaporkan mendapat sokongan 30 NGO Islam di Pulau Pinang, termasuk JIM negeri.

Zaid menegaskan kenyataan Jeff itu tidak menggugat nama baiknya kerana ia bukan sebuah NGO Islam yang melampau.

"Jeff menarik balik kenyataannya, kita rasa tidak menjejaskan JIM kerana kita bukan ekstremis.

"Ramai orang tahu, JIM bukan pertubuhan ekstrimis. (Kenyataan) itu kesilapan Jeff dan dia menarik balik atas permintaan (ketua menteri) Lim Guan Eng," katanya.

Mengulas cadangan Forum untuk menemui Lim berhubung keengganan Jeff memohon maaf dan meletakkan jawatan, Zaid berkata:

"Saya rasa tindakan itu elok, agar isu ini diselesaikan dengan perundingan dan perbincangan".

Tambahnya, beliau juga optimis isu ini dapat diselesaikan sekiranya dapat ditangani dengan baik dengan menjaga hati semua pihak.



PAS Terus Desak SPR Batalkan Borang Lampiran 2, Pilihanraya Bukan Hari Bekerja


Kenyataan Media
Ustaz Idris Ahmad

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof enggan untuk memansuhkan penggunaan Borang Lampiran 2 yang didalamnya mengandungi maklumat peribadi pengundi pos.

PAS kesal dengan sikap tidak progresif dan kurang profesional Pengerusi SPR kerana masih lagi mengamalkan budaya ‘double standard’ dalam melayani pengundi-pengundi Pos diseluruh negara berbanding pengundi biasa.

Jika pengundi biasa, tiada Borang Lampiran 2 diberikan. Malah tiada dalam peraturan sekalipun. Tetapi pelik kenapa Borang Lampiran 2 itu diwajibkan kepada semua pengundi Pos, walhal nama-nama dan maklumat mereka sudah ada dalam daftar pengundi. Malah kad identiti mereka juga menjadi saksi kehadiran mereka sebagai pengundi yang sah.

Kewujudan Borang Lampiran 2 diyakini atas tujuan membuat semakkan terhadap pengundi-pengundi pos yang pro-Pakatan Rakyat. Ketidaktelusan dalam menjaga kerahsiaan pengundi ini menjadi senjata ampuh SPR dalam membantu kemenangan calon-calon BN kerana calon Pakatan bergantung penuh dengan pengundi biasa, sedangkan BN menguasai pengundi Pos secara paksa rela.

Ini terbukti bila mana wujudnya laporan-laporan sebelum ini yang mendakwa bahawa setiap pengundi Pos akan disemak kertas undinya dengan merujuk nombor siri kertas undi dan Borang Lampiran 2.

Dakwaan yang mencurigakan ini membuatkan ramai pihak mempersoalkan kredibiliti SPR dan ketelusan mereka sebagai agen penyelia Pilihanraya.

Di Bagan Pinang jumlah pengundi yang direkodkan dalam Pilihanraya yang lalu adalah seramai 14,192 orang dengan jumlah pengundi Pos seramai 4,925 orang. Ini bermakna kerusi berkenaan mempunyai 1/3 pengundi Pos berdaftar.

Walaubagaimana pun PAS yakin dengan keadaan sekarang pengundi-pengundi biasa mampu membuat kejutan dan keluar beramai-ramai untuk mengundi calon Pakatan Rakyat.

PAS juga memperingatkan SPR agar tidak menetapkan hari pengundian pada hari bekerja kerana rekod pengundian dalam kebanyakkan Pilihanraya kecil sebelum ini menunjukkan penurunan yang ketara berbanding rekod Pilihanraya Umum Ke-12.

Sewajarnya SPR mengambil statistik penurunan itu sebagai satu peringatan dan tidak menghalang rakyat bagi menunaikan hak mereka dengan mengadakan pilihanraya pada hari bekerja. PAS mahu Pilihanraya kali ini diadakan pada hari Sabtu atau pun Ahad sebagai meraikan hak pengundi.

PAS juga mendesak agar SPR membaca semula empat tuntutan BERSIH yang hingga ke hari ini masih gagal dilaksanakan mereka iaitu.

1.Penggunaan Dakwat kekal dilaksanakan
2.Membersihkan senarai daftar pemilih
3.Mansuhkan undi Pos
4.Membuka ruang yang luas kepada semua parti dan rakyat dalam mengakses media

PAS tetap yakin untuk meraih kemenangan di Bagan Pinang walaupun dengan kelebihan 1 undi sekalipun dan pastinya Umno-BN kini sedang tertekan untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


Bagan Pinang : Salahudin pengarah, Pakatan serah PAS pilih calon

KUALA LUMPUR, Selepas PAS melantik Naib Presidennya, Salahudin Ayub sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, Telok Kemang, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan pula memutuskan PAS akan bertanding di kerusi itu.

Keputusan melantik Salahudin dibuat oleh Lajnah Politik PAS yang bersidang di sini Isnin lepas. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Di Seremban, keputusan memberi mandat kepada PAS untuk meletakkan calon di situ dibuat dalam mesyuarat bersama PAS, PKR dan DAP.

Dalam sidang media bersama mereka, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefli Mohd Omar memaklumkan keputusan itu.

Turut serta dalam mesyuarat itu adalah Ketua Perhubungan PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas dan Pengerusi DAP negeri yang juga Anggota Parlimen Rasah dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lobak, Loke Siew Fook.

Datuk Kamarul yang juga anggota Parlimen Telok Kemang berkata, PKR akan memberikan sokongan penuh kepada mana-mana calon yang dipilih oleh PAS.

Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Telok Kemang meminta agar calon PKR diletakkan dalam pilihan raya kecil itu.

Elak persepsi salah pada tindakan yang betul

Ahmad Lutfi Othman

RAMADAN makin menipis. Hanya tinggal berbaki 10 hari. Bagaimanapun, inilah peluang yang ditunggu-tunggu. Di dalamnya ada malam agung yang paling istimewa; beribadat pada malam itu lebih baik daripada 1,000 bulan atau 83 tahun, satu tempoh melebihi usia kebanyakan manusia zaman ini.

Berusahalah kita mencari malam penuh keberkatan itu. Ya, masih belum terlewat ...

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam perutusan akhir Ramadan kepada akhbar Harakah mengingatkan: "Iktikaf di masjid 10 hari akhir Ramadan adalah ajaran agama. Iktikaf maksudnya kurung diri dalam masjid. Seumpama ayam, lembu dan kambing kita kurung supaya menjadi jinak. Rasulullah pada 10 hari terakhir Ramadan iktikaf di masjid.

"Kalau kita ada masa, iktikaf 10 hari lebih baik, tetapi kalau tidak, setiap kali masuk masjid hendak sembahyang berjemaah lima waktu kita niat iktikaf. Bila niat iktikaf kita merasakan diri kita dikurung di hadapan Allah Taala. ... saya nasihatkan semua ahli dan penyokong PAS mesti bertadarus. Saya sendiri ada tiga al Quran yang digunakan setiap hari iaitu di masjid, pejabat dan rumah."

Melalui tabung HARAKAHDAILY DOT COM (AKAUN MAYBANK 564070000336) yang kami lancarkan sejak dua tahun lalu, khususnya bagi membantu keluarga mangsa tahanan ISA dan mereka yang memerlukan, Alhamdulillah, setiap Ramadan, derma datang mencurah-curah. Segalanya akan kami manfaat dan salurkan kepada sasaran yang telah dikenal pasti.


Insya-Allah, minggu depan, saya sendiri akan turun ke Sabah mengagihkan sumbangan berkenaan. Meskipun kebanyakan tahanan sudah dibebaskan, namun berdepan realiti baru, kami rasakan mereka masih perlu dibantu. Justeru, terima kasih atas segala sokongan kepada tabung berkenaan.

Sesungguhnya, terbukti majoriti masyarakat kita cukup prihatin dengan kesengsaraan dan penderitaan orang lain khususnya di bulan puasa ini.

II.

Umno memang tidak boleh kalah di Bagan Pinang. Secara tradisinya itu kubu kuat Umno. Pakatan Rakyat mungkin boleh dibiarkan menang pada semua enam pilihan raya kecil di kerusi yang penyandangnya PAS atau KeADILan.

Tidak dapat mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pun agaknya tidaklah sangat memedihkan. Tetapi jika Umno terlungkup di Bagan Pinang nanti, parti itu dilihat terkepung dan dijangka lemas perlahan-lahan.

Di pihak Pakatan pula, usah tertipu dengan kemenangan 7-0 sebelum ini. Medan baru di Telok Kemang pasti berbeza. Momentum Pengkalan Pasir boleh terbenam sebelum menyeberang sempadan Negeri Sembilan.

Najib Razak dan Muhyiddin Yassin pastinya sedang ligat mencari formula mempertahankan kemenangan 2008.

Undi pos yang begitu banyak itu tentu dapat membantu BN, tetapi ia bukan bekalan yang 100 peratus selamat buat parti yang makin mereput itu.

Di pihak Pakatan, lebih 5,000 undi pos itu mesti dijadikan isu besar. Jerit dan pekik sekuatnya, biar dunia berhenti sekejap untuk meneliti undi pos.

Selain itu, walaupun komposisi pengundi campuran nampak menyebelahi Pakatan, namun dalam politiknya segalanya bisa berlaku. Lena dalam zon selesa hanya mengundang padah.

Cabaran Najib dalam mengemudi BN nyata kian dahsyat.

Di permukaan, Umno nampak tidak bergolak tetapi kes di Terengganu membuktikan air tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan saja pengerusi perhubungan Umno negeri, yang juga Menteri Dalam Negeri, tidak dihormati pemimpin Umno bahagian, malah TPM Muhyiddin Yassin turut ditolak.

Ini belum diambil kira pergolakan dalam MCA yang tambah meruncing dan memalukan. Bagai ikan, ia membusuk bermula dari kepala.

MIC pula seperti retak menunggu belah. Presiden Samy Vellu masih mahu berkuku walaupun tentangan dari bawah makin menyeluruh.

Gerakan pimpinan Koh Tsu Koon mungkin agak stabil tetapi selagi peluangnya untuk merebut Pulau Pinang daripada Lim Guan Eng belum berhasil, parti itu juga terdedah kepada krisis dalaman.

Apakah BN hanya mengharapkan 'simpanan tetap' di Sabah dan Sarawak untuk kekal memerintah Pusat dan negeri-negeri tertentu? Najib tentu mengetahui, darjah kesetiaan parti komponen BN di Sabah dan Sarawak bukan boleh diharapkan sangat terutama bila nampak kecenderungan rakyat memihak lawan.

Tidak mustahil Najib sedang mengintai tarikh sesuai untuk pilihan raya umum ke-13. Syaratnya, ekonomi tambah baik dan BN tidak kalah di Bagan Pinang!

III.

Isu pemindahan kuil di Shah Alam hanya menyerlahkan Umno ghairah memarakkan api perkauman. Sedih dan memalukan melihat rakaman orang Melayu bersikap kurang ajar dan biadap dalam majlis dialog dengan Menteri Besar Selangor dan wakil rakyat Pakatan.

Biarpun profil pengundi dan penduduk Shah Alam sepatutnya lebih berpendidikan, matang dan terdedah dengan simpang-siur maklumat, namun ada kalanya sentimen dan emosi boleh membakar-hangus segala rasional.

Kesediaan pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk turun berdialog wajar dipuji dan harus menjadi tradisi kerajaan Pakatan walaupun berdepan risiko dicemuh dan dimaki.

Membicarakan soal majoriti dan minoriti dalam isu pembinaan rumah ibadat harus dilihat dalam konteks lebih meluas. Rujuklah khazanah sejarah Islam. Bersedialah untuk menawarkan keadilan, termasuk kepada bukan Islam, meskipun mungkin pahit untuk ditelan.

Pakatan Rakyat mesti konsisten dengan prinsip luhur yang dipegang bersama dan biarkan sahaja Umno tenggelam dalam lautan perkaumannya yang tidak bertepi itu.

Apa pun, cermat dan berhati-hati ... langkah politik tetap ada seninya terutama bagi mengelak persepsi yang salah terhadap tindakan yang betul. _

Khamis, 10 September 2009

'PAS For All' genap dua tahun esok

Nazri Abdullah

KHAS- KUALA LUMPUR, 10 Sept: Esok 11 September 2009, genap dua tahun slogan PAS Untuk Semua (PAS For All) dilancarkan.

Ianya adalah sebagai pelengkap kepada penubuhan Kelab Penyokong PAS (KPP) yang ditubuhkan pada tahun 2005 iaitu dua tahun lebih awal.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa pelancarannya pada 11 September 2207 lalu adalah bersempena tarikh serangan ke atas bangunan World Trade Center WTC di Amerika yang telah mencetuskan fenomena Islam Fobia di kalangan masyarakat bukan Islam di seluruh dunia.

Malah tempias itu juga turut terpalit pada PAS, sebuah parti politik yang rata-rata mengetahui Islam sebagai dasar perjuangannya.

Fenomena tersebut sekaligus memberi kebimbangan bahawa matlamat PAS untuk menarik sokongan bukan Islam akan terbantut.

Ianya juga bakal menyukarkan lagi gerak kerja PAS sebagai sebuah parti dakwah untuk mendekati gologan bukan islam itu.

Namun siapa sangka, kehadiran slogan yang dikira agak keramat ini sejak dua tahun lalu, bukan sahaja telah berjaya menenggelamkan Islam Fobia yang cuba di doktrin barat, bahkan ianya juga telah mengubah landskap politik PAS itu sendiri.

Menyoroti kembali sejarah, sumbangan dan matlamat slogan tersebut kepada PAS dan Islam umumnya, wartawan Harakahdaily telah menemubual pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS, Dr. Mujahid Yusuf Rawa iaitu tulang belakang yang telah mencetuskan inisiatif ini bersama ahli jawatankuasa LPN yang lain.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, slogan PAS Untuk Semua, kini semakin mencapai matlamat utamanya. Impian melihat orang bukan Islam menjadi ahli PAS dan Kelab penyokong PAS menjadi sayap penting parti kini hampir direalisasikan. Kesemua pertimbangan sedang dikaji dan keputusan akan diketahui tidak lama lagi.

"Untuk pengetahuan, pada retreat PAS di Kedah baru-baru ini, jawatankuasa teknikal diketuai Ust Hassan Syukri telah membentangkan draf pertama kajian mereka. Sekarang sedang kumpul feedback (maklum balas) dari AJK Pas Pusat."

"Tapi secara dasar, tiada sebarang halangan dan masalah. InsayaAllah, awal tahun depan perkara ini kita rasa akan selesai," ujarnya.

Katanya, LPN sekarang melangkah selangkah lagi ke hadapan apabila berjaya menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengendalikan program dialog peradaban. Program ini katanya bakal menyaksikan PAS dan orang bukan Islam duduk berbincang antara lain tentang perbandingan agama, ketamadunan dan pelbagai cabang lagi.

"Kita juga menubuhkan jawatankuasa khas iaitu Dialog Peradaban untuk 'engage' dalam dialog dan wacana. Kita nak meletakkan perjuangan Islam sebagai satu keperluan masa depan dalam apa jua transisi politik dalam negara. Ianya akan menyentuh isu kemajuan sains, perbandingan agama, tamaddun dan lain-lain.

"Ini cabang baru untuk setahun akan datang. Saya sendiri ambil tanggungjawab itu," ujarnya.


Ikuti temubual penuh beliau dengan wartawan Mohd Nazri Abdullah.


H: Bagaimana tercetusnya idea untuk melancarkan slogan PAS For All ini?
M: Sebenarnya kita dalam Lajnah perpaduan Nasional LPN sentiasa memikirkan bagaimana untuk memecah tembok antara PAS dengan bukan islam.

Masalah ini lebih rumit lagi bila berlaku serangan ke atas WTC pada 11/9 sehingga menularnya fenomena Islam Fobia.

Selepas membuat sedikit kajian maka kita bersetuju lancar selogan PAS for All dan kita pilih tarikh sama dengan serangan ke atas WTC iaitu 11/9 2007 untuk melncarkan slogan tersebut.

Alhamdulillah selepas dua tahun dilancarkan kita dapati sambutan sangat menggalakkan. Kalau kita tengok logo PAS For All sekarang ini dipakai di mana-mana khusnya pada pilihanraya termasuk pada banner, baju dan lencana.


H: Selain itu, adakah matlamat lebih khusus khasnya kepada PAS itu sendiri?

M: Ya, selain untuk mengikis perasaan islam phobia, kita juga ada matlamat khusus kepada masyarakat bukan Islam negara kita.

Selain menarik sokongan mereka, kita juga ingin jadikan slogan ini sebagai medan untuk ahli PAS menyebar luaskan dakwah islam itu sendiri.

Sebab itu lah, saya fiki-fikir, akhirnya setuju dengan slogan itu dengan membayangkan bahawa pas ini adalah untuk semua. Jadi senang, slogan mudah nak faham, tak payah nak ceramah panjang.


H: Bagaimana sambutan terhadap kempen itu dan kenggotaan Kelab Penyokong PAS, KPP setakat hari ini?

M: Kelab Penyokong pas diusahakan pada tahun 2005, kini kelab ini ada di seluruh negara. Dalam daftar kita hampir 20 ribu terdiri dari masyarakat kaum india, cina, siam, iban dan terbaru kita berjaya tubuhkan kelab penyokong Pas di Tawau, Sabah.


H: KPP dilihat telah banyak memberi sumbangan khususnya kepada PAS itu sendiri, Apa komen saudara?

M: Ya sudah tentu, saya kira LPN sudah membuka satu frontier baru. Inisiatif penubuhan kelab penyokong dan selogan PAS for all ini telah diterima oleh PAS Pusat termasuk dalam ucaptama Presiden diletakkan tema khas.

Saya gerakkan mereka pada kempen pilihanraya. Kita lihat KPP diletak dalam struktor Jawatankuasa Pilihanraya Pusat JPP iaitu dalam jawatankuasa operasi jentera kempen. KPP bergerak dengan stuktur mereka sendiri, buat markas sendiri.

Kita berkempen rumah ke rumah dan umpu kepada masyarakat pengundi bukan islam dan ada pemimpin kelab yang berceramah bersama pimpinan PAS.


H: Bagaimana perkembangan usaha untuk melihat KPP diserap menjadi sayap penting PAS setadaf Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat?

M: Perkembangan cukup menggalakkan. Sehingga hari ni kita di peringkat PAS Pusat bersedia melihatt ruang dan peluang menjadikan kelab ini menjadi sayap penting parti dengan maksud mereka ada perlembagaan sendiri di mana boleh mewakili dalam muktamar dan mesyuarat parti.

Untuk pengetahuan, retreat PAS di Kedah baru baru ini, Jawatankuasa teknikal di ketuai Ust Hassan Syukri telah bentang draft pertama, sekarang tunggu 'feedback' dari AJK pas pusat.

Secara dasar tiada sebarang halangan dan masalah. Dan lebih penting apa yang kita fokus untuk pilihanraya umum akan datang ialah, bagaimana kita boleh sediakan ruang kepada mereka bertangding atas tiket pas. Ini lah yang LPN sedang gerakkan dan asasnya adalah PAS For All.


H: Dalam dua tahun sebelum ini, slogan ini dilihat telah banyak mencipta kejayaan tersendiri. Apa pula target untuk tahun ketiga ini?

M: Sebenarnya LPN sejak dua tahun ni berkerja atas mtlamat yang jelas. Kita buat KPP mulanya susah sebab benda baru, tapi akhirnya sekarang diterima oleh ahli pas. Kita sekarang ke tahap tranformasi penting.

Saya rasa akan selesai awal tahun hadapan iaitu menjadikan KPP sebagai sayap dan entiti penting parti yang saya kira belum pernah dibuat sepanjang berpuluh tahun pas wujud. Itu fokos paling besar.

Dia tidak habis di situ, saya pun tak nak tua dengan kelab ni saje. Kita sentiasa cari ruang baru dan saya namakan ia sebagai 'The New Frontier' Kita sentiasa fokus memperkasa KPP.

Sekarang kita dah wujudkan Unit Keahlian LPN, Unit Latihan dan Bimbingan, Unit Penyelaras Kelab yang dilantik dikalangan YB kita di setiap zon iaitu utara, selatan, timur dan berat.

Kita juga menubuhkan jawatankuasa khas iaitu Dialog Peradaban untuk 'enggage' dalam dialog dan wacana. Kita nak meletakkan perjuangan Islam sebagai satu keperluan masa depan dalam apa jua transisi politik dalam negara.

Ianya akan menyentuh isu kemajuan sains, perbandingan agama, tamaddun dan lain lain. Ini cabang baru untuk setahun dua akan datang. Saya sendiri ambil tanggunag jawab itu.


H: Kita melihat kejayaan LPN menggerakkan KPP dan kempen PAS for All bukan sahaja menjadi kebanggaan ahli PAS, tetapi juga turut dicemburui oleh parti lawan. Apa komen saudara?

M: Inilah saya kira satu keunikan kelab ini, kerana ia cuba memecah tembok politik selama ini di mana PAS atau Umno yang kita kata melayu dominan, hanya lihat melayu sahaja sebagai sasaran.

Cina kita lepas kepada DAP dan PKR, Umno pula lepas kepada MCA dan GERAKAN. Dengan KPP, kita telah memecah persepsi itu, kita tak boleh lagi serahkan sesuatu kaum atas nama perkauman dia.

Kita perlu melihat sasaran kita melalui pendekatan kita, bukan parti lain. Inilah yang telah meletakkan PAS pada tahap sekarang. Kita sedang menerima sokongan oleh semua kaum. Dan semestinya parti lawan mencemburui kita.

Pengalaman saya pergi luar negara dengan Presiden, saya diminta bentang tentang hubungan kita dengan bukan islam. Gerakan Islam di sana semua terpegun sebab mereka tiada suasana itu. Kita kena pecah pemikiran ini, kita akan pelopor dalam hal ini.


H: Menjelang ulang tahun ke-2 esok, adakah LPN merancang mengadakan apa-apa sambutan?

M: Timbalan saya, Dr. Halimah adalah org kuat yang telah berusaha menjayakan kempen PAS For All ini. Dia serupa orang kanan saya lah. Saya telah diberitahu pasal sambutan ni. Cuma kita sekarang ni satunya dalam bulan puasa, kedua baru habis PRK dan lepasni kena tumpu di Bagan Pinang Pulak.

Saya kira susah untuk kita adakan sambutan esok. Saya serah kepada peringkat muslimat yang diketuai Dr. Halimah untuk buat keputusan bila nak di adakan sambutan, kami pusat ni tumpang je. Mungkin lepas puasa, ataupun dilancarkan di Bagan Pinang, sebab kita memang akan turun berkampung di sana.


H: Apakah mesej yang saudara ingin sampaikan kepada ahli PAS sempena ulang tahun kedua pelancaran slogan PAS For All ini?

M: Dengan wujudnya Pas For All dan KPP ini, ianya telah berjaya mendidik ahli PAS supaya melihat orang bukan adalah saran dakwah yang paling penting bagi kita. Kita tidak boleh sekadar bercakap kita parti dakwah sahaja.

Jadi dengan penubuhan KPP ini, LPN telah menyediakan ruang dan peluang kepada ahli PAS untuk melaksanakan tugas dakwah.

Ini adalah sumbangan besar LPN. Bukan saya nak bangga, tapi saya rasakan ini satu transformasi baru wajah politik PAS itu sendiri yang kita perlu jaga, pelihara, pupuk dan kekalkan. _


Rabu, 9 September 2009

Mai dengaq lagu raya sat.........



Rizab Emas Untuk Beli Kapal Perang

(TVANTARA) ; Menurut laporan akhbar The Wall Street Journal bertarikh 9 Mei 2005, kerajaan Malaysia bercadang menggunakan rizab emas negara untuk membeli kapal perang dan peralatan tentera daripada BAE Systems PLC bernilai 1 bilion paun (guna symbol paun) atau RM6.8 bilion.
Langkah yang dianggap pelik itu melibatkan penggunaan rizab emas sebagai jaminan kepada urusniaga tersebut. Sebelum itu Bank Negara Malaysia dikritik hebat kerana pernah mengalami kerugian besar kira-kira USD4 bilion pada awal 1990an berikutan penggunaan rizab matawang dalam perdagangan matanwang antarabangsa.

Statistik BNM menunjukkan negara mempunyai rizab emas bernilai USD66 bilion atau RM250 bilion. Laporan itu juga menyatakan sekiranya perjanjian pembelian senjata itu diteruskan Malaysia akan menyandarkan hampir 2.8 peratus daripada nilai rizab emas negara.

Urusan berkaitan kontrak tersebut dikendalikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan ketika itu, Najib Razak yang kini menjadi Perdana Menteri.

........Hahahaha... beli laa.. gula x cukup, minyak naik harga, barang semua naik harga, rakyat hidup terhimpit... kerajaan beli kapal perang... hahahaa... komisyen.. komisyen... hahahaa... kerajaan "malay c aaa" yang bijak.... hahahaha



PAS tolak kerjasama politik dengan Umno

Irwan Muhammad Zain

KUALA LUMPUR, 9 Sept: Tidak akan ada sebarang kerjasama antara parti melibatkan PAS dan Umno tetapi tidak menolak kerjasama antara kerajaan dan kerajaan atau kerjasama untuk kepentingan ummah.

Demikian tegas Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali ketika mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam menyatakan kesanggupun Umno berunding dengan PAS untuk kepentingan umat Islam negara ini.

Mustafa menegaskan PAS bersedia untuk berbincang dengan Umno jika hubungan yang mahu dibina itu untuk kepentingan masyarakat umum, ummah dan negara serta mengadakan hubungan antara kerajaan dan kerajaan.


"Jika Najib maksudkan mahu berunding dengan PAS untuk mengadakan hubungan dari sudut politik, saya ingin tegaskan kita tolak kerana sejak tahun 1999 hingga 2008 sudah ada hubungan politik antara PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Hubungan politik yang kita (PAS) bina antara DAP dan PKR dalam konteks demokrasi untuk menghadapi pilihan raya sudah terbukti berjaya hingga membentuk kerajaan di lima buah negeri.

"Selain kejayaan dalam Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu, hubungan politik antara PAS, DAP dan PKR yang membentuk Pakatan Rakyat juga sudah membuktikan kejayaan dalam tujuh daripada lapan pilihan raya kecil yang diadakan sejak 2008 hingga kini," tegas Mustafa dalam satu sidang media khas di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, dekat sini pagi tadi.

Beliau juga menegaskan kerjasama politik dengan pihak selain Pakatan Rakyat - Umno atau pihak-pihak lain - tidak perlu diadakan.

PAS, tegas Mustafa, tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat yang semakin kukuh dan diterima rakyat sebaliknya bersedia untuk menerima Umno jika parti itu mahu bersama menyertai Pakatan Rakyat.

"Apakah Umno sanggup tinggalkan Barisan Nasional (BN) yang semakin rapuh untuk menyertai Pakatan Rakyat yang kian kukuh?" soal beliau.

Mengulas mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun)Bagan Pinang yang dijangka akan diadakan selepas Aidil Fitri, Mustafa menjelaskan beliau akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membincangkan mengenai tarikh membuang undi dan juga undi pos.

Beliau meminta SPR supaya menetapkan hari pengundian tidak lagi dijalankan pada hari bekerja seperti mana pilihan raya kecil Dun Manek Urai dan Permatang Pasir yang menyaksikan peratusan keluar mengundi turun kerana ramai yang tidak dapat mengundi kerana terikat dengan kerja.

"Kita (PAS) mahu pilihan raya di negara ini telus dan adil dan kerana itu kita mahu SPR menghormati hak-hak pengundi," kata beliau.

Ketika diminta mengulas peluang untuk memenangi pilihan raya kecil tersebut, Mustafa menjelaskan PAS mempunyai peluang untuk menang tetapi mengakui ia bukan satu perkara yang mudah kerana faktor undi pos yang berjumlah 5,000 di Dun tersebut yang selalunya akan berpihak kepada BN.

Namun kata beliau, calon PKR, Roslan Kasim berjaya memenangi pilihan raya kecil Dun Teluk Kemang pada tahun 2001 biarpun terdapat undi pos.

Mustafa juga menjelaskan, PAS akan memilih calon selepas meneliti senarai yang akan diterima tetapi mengesahkan calon dari Negeri Sembilan akan dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya kecil itu nanti.

Ketika diminta mengulas berhubung cadangan Umno Bahagian Teluk Kemang yang mahu Tan Sri Isa Samad menjadi calon BN di Bagan Pinang, Mustafa menegaskan, bekas menteri besar Negeri Sembilan itu akan menjadi liabiliti kepada Umno.

"Isa akan jadi liabiliti kepada Umno jika beliau yang bertanding di Bagan Pinang kerana pernah digantung keahlian dan dilucutkan jawatan kerana terlibat dengan rasuah politik dan (kes itu) disahkan oleh Umno sendiri," tegas beliau. _


BEKAS MB KELANTAN MENINGGAL DUNIA


Bekas Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Mohamed Yaacob, yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai (PMC) Jumaat lepas pagi ini pulang ke Rahmatullah akibat masalah pernafasan.

Mohamed menghembuskan nafas terakhir pada lebih kurang jam 5.50 pagi tadi di sisi isterinya Puan Sri Nik Azizah Nik Ahmad.
Menurut anaknya, Dr Idora Mohamed, jenazah Allahyarham kini ditempatkan di kediamannya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.Allahyarham memegang jawatan Menteri Besar Kelantan sejak 1978 sehingga Umno Kelantan tewas di tangan Pas dan membentuk kerajaan baru di Kelantan pada 1990.

Beliau menceburi bidang politik sejak tahun 1950 menyertai Umno dan memenangi pertandingan buat kali pertamanya dalam pilihan raya umum 1969 bagi kerusi parlimen Tanah Merah.Allahyarham anak kelahiran Kelantan, dilahirkan di kampong Palekbang, Tumpat, pernah memegang jawatan menteri kabinet sebelum dilantik sebagai Menteri Besar. Pada tahun 1996 pernah dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah perkuburan Islam Bukit Kiara selepas Zohor hari ini.

Kepimpinan kerajaan Pas negeri mengutuskan salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan ketenangan roh Allahyarham di sisi Allah SWT.

Sumber: Harakahdaily

Selasa, 8 September 2009

Khalid Samad: UMNO Dalang Sebenar Isu Kuil

(TV Antara) - Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menyanggah dakwaan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien bahawa Pakatan Rakyat gagal menjalankan tugas berikutan isu insiden membabitkan pemindahan kuil di Seksyen 23 Shah Alam.

Khalid ketika dihubungi oleh TV Antara berkata, tanggungjawab kerajaan negeri telah dilaksanakan dengan sebaiknya lalu mengadakan dialogsupaya penduduk Seksyen 23 dapat mengutarakan sebarang permasalahandengan lebih jelas.

"Kita telah menjalankan tugas untuk mengadakan dialog. Itu tanggungjawab kita tetapi bila mereka-mereka yang menjadi penimbul masalah semamsa dialog itu, adalah orang-orang yang sama yang mengarakkan kepala lembu dab oleh kerana mereka tidak dikenakan sebarang tindakan, dan Hishamuddin sendiri menyatakan sokongan tindakan biadap mereka itu, maka itulah yang menyebabkan dialog itu tidak dapat berjalan dengan baik," ujarnya.

Katanya lagi, sokongan yang diberikan oleh Hishamuddin sekali gus memarakkan lagi semangat anti perkauman sehingga menimbulkan kekecohan pada sesi dialog yang berlangsung dalam Ramadhan yang mulia.

"Kegagalannya adalah daripada pihak kerajaan pusat yang memberikan pelindungan dan pembelaan serta sokongan dan dokongan kepada golongan pelampau yang diberikan kebebasan untuk bertindak sesuka hati," katanya lagi. Baca Seterusnya..........

Malah dalam nada tegas Khalid berkata, tiada seorang pun ahli PAS atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang terlibat dalam siri kekecohan yang berlangsung diSeksyen 23 shah Alam dan pada sesi dialog di Dewan Bankuet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Namun katanya lagi, sekiranya terdapat ahli PAS mahu pun PKR yang turut serta dalam insiden yang memalukan itu, pihaknya tidak teragak-agak untuk menyingkirkan mereka sebagai ahli parti lantaran tindakan yang bercanggah itu.

"Berhubung dengan ahli PAS dan PKR, setakat mana yang kita lihat semua yang bercakap pada hari yang berkenaan adalah orang UMNO. Tak ada seorang pun yang ahli PAS. Walaupun mereka mengakui mereka dari PAS, PKR dan sebagainya tetapi pengakuan itu hanya sekadar pengakuan dan tidak ada satu perkara yang terbukti," tambah beliau lagi.

Beliau menambah, sekiranya pakatan pembangkang tidak pernah berkompromi terhadap kebiadapan sedemikian rupa, mengapa tidak UMNO juga mengambil tindakan yang sama terhadap ahli mereka yang terlibat.

"Sekiranya ada orang PAS atau PKR sekalipun, kalau mereka buktikan keahlian mereka, maka kita akan ambil tindakan untuk memecat mereka kerana tindakan mereka bercanggah dengan dasar-dasar dan nilai yang dibawa oleh parti dan sekiranya UMNO sendiri benar dengan sikap mereka menolak ekstrimisme, maka mereka seharusnya mengambil tindakan yang sama," tegas khalid.

Ujarnya lagi, pihaknya tetap berpendirian kekecohan yang berlaku berpunca dari mainan UMNO.

"Mereka cakap itu hanya untuk menutup hakikat bahawa, ianya sebenarnya memang ditaja oleh UMNO Barisan Nasional. Hakikat ini terbukti dengan campur tangan Noh Omar dan sokongannya yang ditunjukkan oleh Hishamuddin," katanya.

Dalam satu perkembangan yang lain, ADUN Kota Damansara, Dr Nasir Hashim turut mempunyai pandangannya yang tersendiri berkenaan dengan isu kuil.

"Soalnya ini bulan puasa, kedua itu kita cerita pasal 1 Malaysia, semenjak sebut I Malaysia, semenjak pilihanraya 2008, isu kaum dibangkit-bangkitka n dan gayanya secara langsung dan tidak langsung seolah-olah itu sahaj modal yang ada. Tidak ada jalan lain sebenarnya. Mungkin dulu isu kaum itu orang sudah memberontak tapi kita lihat orang dan kumpulan tertentu yang hangat sangat," ujar Nasir.

Nasir juga berkata, setelah lebih 50 tahun negara kita mencapai kemerdekaan, sepatutnya kerajaan bersikap waras dan matang dalam menangani isu perkauman.

Beliau berkata demikian setelah mendengar 16 Hindraf ditahan dalam upacara nyalaan lilin di ibu negara baru-baru ini.

"Yang baru-baru ini Hindraf kena tahan, bawa bunga dan sebagainya, yang satu lagi bawa kepala lembu yang merupakan simbol kepada kepada kaum India, dipijak dan dilidah, tidak satu pun yang kena tahan. Polislembab dan nampak sangat seolah-olah kalau isu kaum ini berlaku, BN boleh dapat balik 5 negeri termasuk wilayah. Itu harapan mereka. Di mana 1 Malaysia? 1 Malaysia itu hanya omong-omong kosong sahaja. Benda itu satu hipokrasi," ujarnya beliau.

Majlis dialog yang berlangsung pada 5 September lalu bertujuan memberipenerangan dan mengumpul maklum balas berhubung cadangan kerajaan negeri memindahkan kuil Hindu berusia lebih 100 tahun dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Penduduk di Sekysen 19 telah merungut sekian lama bahawa kuil itu terletak hanya kira-kira 20 meter daripada kawasan perumahan dan menimbulkan pelbagai kemusykilan.

Kerajaan Barisan Nasional,baik di Selangor mahupun di peringkat Persekutuan akur dengan rungutan itu tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan untuk bertahun-tahun.

Setelah mengambil alih pemerintahan Selangor tahun lalu, Pakatan Rakyat mengemukakan cadangan untuk memindahkan kuil itu ke sebuah tapak industri di Seksyen 23 yang terletak kira-kira 200 meter daripada kawasan perumahan, dan bukan lagi 20 meter seperti di Sekysen 19.

Malangnya dialog itu "disabotaj" UMNO.



Syabas Tok Guru dan Khalid Samad - Zaid Ibrahim

Posted September 2, 2009 by myzaidibrahim

YB Nurul Izzah dari Lembah Pantai begitu murah hati. Dia memuji saya sebagai seorang pemimpin politik Melayu yang berani sederhana dan berprinsip. Saya amat berterima kasih kepadanya. Tetapi sebenarnya ada ramai lagi pemimpin Melayu Islam yang tidak ekstrem dan bersifat sederhana. Mereka berani ,ada prinsip dan integriti. Mereka juga wajar kita beri perhatian dan sokongan .Orang Melayu Islam di negara ini memerlukan kepimpinan yang sederhana dan berperikemanusiaan seperti Tok Guru Nik Aziz dan YB Khalid Samad.

Berbeza pula dengan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein yang bangga kerana dapat menunjukkan kepada kepimpinan UMNO dan kuncu-kuncu mereka di Seksyen 23 Shah Alam, Selangor bahawa dialah yang prihatin dengan nasib orang-orang UMNO. Orang-orang inilah yang berarak dengan kepala lembu membantah cadangan pembinaan sebuah kuil kerana kononnya kuil itu dekat dengan rumah mereka.

Hishammuddin sedikit pun tak rasa bersalah atau meminta maaf terhadap tindakan mengancam rusuhan kaum dan menghina kaum serta agama lain. Malah dia pula menjadi jurucakap kumpulan ini dengan berkata mereka tidak berniat untuk menghina sesiapa. Sudah tentu selepas lawatan ke tempat itu dan kenyataan Menteri yang sedemikian rupa, maka siasatan polis juga mungkin selesai begitu sahaja selepas ini. Jika pergaduhan kaum berlaku atas provokasi kumpulan kepala lembu itu, apakah Hishammuddin berani bertanggungjawab?

Pada zaman penjajahan dahulu, iaitu sebelum UMNO bermaharajalela di negara ini, Masjid Kapitan Keling telah dibina di sebelah kuil Hindu Arulmigu Mahamariamman di Pitt Street di Pulau Pinang. Di hadapan masjid itu pula ada gereja Kristian St George’s Church. Orang Islam masa itu bila sembahyang di masjid itu tidak pula rasa tersinggung atau goyang iman mereka. Mereka tidak pula menyembelih lembu dan berarak membawa kepala lembu serta memaki hamun kaum dan agama lain.

Yang berkuasa di Pulau Pinang pada zaman itu adalah orang Kristian. Mereka berhak untuk melarang pembinaan Masjid Kapitan Keling dan kuil Hindu di sebelah gereja mereka. Kuasa ada pada mereka. Mereka boleh memberi alasan kononnya mereka tersinggung dann terguris hati jika masjid dan kuil dibina di sebelah gereja mereka. Mereka boleh berkata sembahyang mereka tidak sempurna atau tidak diterima Tuhan kalau ada masjid dan kuil yang berdekatan dengan gereja mereka.

Tetapi penjajah Inggeris tidak pula berbuat demikian. Malah dekat situ juga ada kuil Kuan Yin Teng untuk orang Cina. Nampaknya pada zaman dulu, manusia Malaya boleh hidup saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Masa itu orang Melayu Malaya tidak perlu dibawa ke seminar khas Biro Tata Negara untuk menginsafkan mereka tentang nasib agama dan bangsa. Masa itu tidak ada Utusan Malaysia yang mana pengarangnya seperti Zainuddin Maidin dan anak-anak didiknya telah mengajar orang Melayu supaya membenci kaum dan agama lain.

Jika masyarakat Pulau Pinang terdiri dari berbagai kaum, Kelantan pula yang majoriti penduduk adalah orang Melayu turut bersikap terbuka. Kerana sifat unik orang Kelantan ini, maka UMNO tidak sempat tumbuh segar dan dengan itu selamatlah nasib orang Melayu Islam Kelantan. Darah mereka belum tebal dengan rasa benci dan perkauman yang meluap-luap. Jiwa Islam Melayu yang dipupuk dalam suasana kampung masih tenang dan beradab. Kalau orang Kelantan “gedebe” pun, ia tidak ada kena-mengena dengan kebencian kaum dan agama. Orang Kelantan ke masjid dan surau untuk melakukan ibadah tetapi tidaklah pula mereka rasa tersinggung bila melihat kuil Buddha yang besar tersergah di kawasan mereka. Hanya di Kelantan ada tiga wat Buddha yang terbesar; Buddha Berdiri di Kampung Balai, Buddha Berehat di Kampung Berok dan Buddha Bersila di Kampung Jubarak. Semua wat Buddha ini dibina dengan harga berjuta ringgit; berada dalam kawasan majoriti besar orang Melayu Islam. Tetapi Melayu Islam di kampung-kampung ini tidak sama dengan sesetengah Melayu canggih di Seksyen 23 Shah Alam. Melayu kampung di Kelantan mendengar nasihat Tok Guru Nik Aziz untuk hormat agama lain. Mereka tahu apa yang Tok Guru ajar itu memang berlandaskan Al-Quran yang melarang umat Islam mempermain-mainkan agama orang lain. Orang Melayu Islam di Kelantan juga tidak terguris hati mereka bila kerajaan membina sabuah masjid di Rantau Panjang yang bentuk rupa saperti rumah maharaja Cina. Malah mereka bangga dengan sikap toleran dan keterbukaan Islam yang di tonjolkan olih Tok Guru.

Sepatutnya orang Melayu di Shah Alam mendengar nasihat YB Khalid Samad, seorang pemimpin Melayu Islam yang sederhana dan peka kepada tuntutan dan masalah rakyat di negara majmuk Malaysia ini. Khalid telah menulis dengan berani dalam blognya: “Terdapat juga segelintir golongan yang bagaikan tidak sanggup ‘melihat’ kuil dan tok kong. Walau jauh macam mana sekalipun, sekiranya mereka buka jendela rumah dan dapat melihat ‘bumbung kuil atau tok kong’, mereka menjadi bagaikan dirasuk. Adakah wajar sikap ‘ekstrimis’ yang seperti ini di sebuah negara yang diwarnai dengan kepelbagaian kaum dan agama?”. Kalau nak tahu lebih lanjut isu kuil dan kepala lembu itu, sila layari: www.khalidsamad.com

Khalid dan Tok Guru adalah antara pemimpin Melayu Islam yang patut kita banggakan kerana mereka mampu menyelamatkan negara ini dari terjunam ke dalam kancah pergaduhan kaum dan pertelingkahan agama yang dashat. Saya yakin ada ramai lagi orang Melayu Islam yang berpendirian sederhana tapi tegas dan benar-benar menghayati prinsip jujur, ikhlas dan toleran mengikut ajaran Islam. Orang-orang seperti inilah yang wajar kita dengar pandangan mereka. bukan penghasut dan pembenci kaum dan agama.

http://www.myzaidibrahim.com/

Umno Sedia Berunding Dengan PAS Demi Kepentingan Umat Islam - Najib

KUALA KRAI, 7 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Umno bersedia untuk berunding dengan PAS demi kepentingan umat Islam di negara ini.

Najib yang juga Presiden Umno berkata kesediaan untuk berunding dan mengadakan perbincangan dengan PAS juga adalah demi membangunkan umat Islam.

Bagaimanapun, beliau kecewa dengan tindakan pemimpin PAS mengeluarkan kenyataan yang menghina orang Umno.

"Nak buat baik, saya sanggup runding dengan PAS untuk kepentingan Islam. Tapi saya tidak rela kalau Umno dihina oleh sesiapapun," katanya semasa berucap pada majlis ramah mesra dengan rakyat dan berbuka puasa di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, Isnin.

Kira-kira 4,000 penduduk Kuala Krai dan Manek Urai menghadiri majlis itu yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan bahawa penyokong Umno tidak masuk syurga walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan isu masuk syurga itu adalah hak mutlak Allah.

Bagaimanapun, tindakan Nik Abdul Aziz menghina Umno bukan merupakan kali pertama malah sebelum ini beliau pernah menyamakannya dengan ajaran sesat dan komunis.

Najib berkata perbincangan antara PAS itu haruslah mementingkan pembangunan umat Islam di negara ini.

Katanya jika mahu perbincangan itu berjaya PAS tidak sepatutnya mempertikai dan mempersoal akidah orang Umno kerana mereka juga adalah orang Islam.

Najib berkata perkara seumpama itu tidak perlu disebut-sebutkan kerana ia bukan membentuk perpaduan di kalangan umat Islam sebaliknya memecahkan perpaduan di kalangan mereka.

"Jangan persoalkan akidah kita... Sebab ini akan menimbulkan kekecohan dalam masyarakat," katanya.

Beliau berkata PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam tidak sepatutnya berlagak warak dan menilai akidah orang Islam yang lain kerana mereka daripada parti berlainan.

Katanya tindakan mempersoal keIslaman seseorang umat Islam bukanlah kerja manusia tetapi hak mutlak Tuhan untuk menentukannya.

"Dan (tindakan) persoalkan keIslaman kita ini bukan kerja manusia, ini kerja Allah. Ia jelas dalam Quran dan hadis," katanya.

-- BERNAMA

Anwar mahu Johor jadi milik Pakatan Rakyat

Kempen menuju perubahan giat di jalankan di negeri Johor Darul Takzim, negeri keenam yang disasarkan sebagai frontline Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam pusingan kempennya di selatan tanahair tiba di Parit Sulong, Batu Pahat menemui lebih 3,000 Melayu, Cina, India dan penyokong Pakatan Rakyat yang bersesak-sesak di Markas Pas Parit Sulong.

“Zaman kita ini adalah zaman edan, yang hendak bercakap benar dipadamkan, digelapkan, kita terangkan hak kebenaran orang Melayu, tak malu ke kita? Chua Jui Meng, bekas Menteri Kesihatan, bagi tahu kepada kita bahawa begitu melebarnya pendapatan orang Melayu, Melayu yang paling kaya dan paling miskin.

“Istilah sekarang kata kesenjangan antara orang Melayu bumiputera, masalah bumiputera yang dapat AP, dapat kontrak percuma kaya melangit, sedangkan orang Melayu ramai termasuk di Parit Sulong merempat di bawah ini”

Memetik karya ulung pujangga Jawa, Ronggo Wisoto, Anwar berkata rakyat harus melihat kebejatan yang berlaku hari ini dengan rasa insaf dan membulat tekad menuntut perubahan sepertimana yang dituntut agama dan bicara akal waras.

“Kenapa dikata gila? Yang hak dikata bakhil, orang yang rasuah diangkat, tapi orang yang baik dihumban ke penjara, bukan saya kata tapi Ronggo Wasito, seorang ahli falsafah."

“Orang yang zalim dipuja, yang menegakkan keadilan dihina, orang yang merompak kekayaan negeri dianggap pejuang tapi orang yang membela nasib dianggap pengkhianat terutamanya yang tertindas dan miskin."

“Ronggo Wasito boleh faham Melayu 2009, kenal zaman akan datang, beliau seolah-olah boleh meneropong zaman akan datang dan ungkapan-ungkapan yang baiknya dalam Bahasa Jawa,” katanya.

Jelasnya sehinggakan ahli falsafah terkemuka itu sudah lama membayangkan zaman akan datang yang penuh dengan kegilaan sehinggakan rakyat yang miskin akan lagi bertambah miskin dan terpinggir.

Perompakan harta rakyat dan penindasan hak adalah sesuatu yang bukan rahsia, bahkan dilakukan secara terang-terangan oleh pemerintah dan kroni-kroni mereka.

“Lebarnya diantara yang paling kaya dan paling miskin, sebab itu saya kata kaji semula Dasar Ekonomi Baru, wah khianat Melayu sebab saya suruh kaji semula DEB, kaji semula kerana kita ambil, kaji semula supaya dapat dilaksanakan dengan adil."

“AP, dari Rafidah Aziz sampai sekarang, AP ini apa? Permit import motorkar? Berapa untung dia? Dalam masa 10 tahun permit ini bernilai puloh bilion ringgit, siapa dapat? Orang-orang yang terpilih, orang pimpinan UMNO atasan."

“Saya khianat? Tidak! Saya cemburu kerana saya tidak dapat? Tidak! Saya menteri kewangan lapan tahun, mencekik darah banyak mana pun aku boleh. Siapa yang tidak hendak bagi?

“Pergi ladang Sabah, Sarawak, ermm Datuk tanah ini, Selangor pun begitu juga, apa yang tidak bagi kalau hendak. Tapi saya syukur Alhamdullilah, saya mampu cakap di bulan Ramadhan ini kerana sampai hari ini mereka tidak boleh tapi boleh cerca saya, boleh telanjangkan saya, boleh pukul saya setengah mati."

“Dia boleh cuba aibkan saya tapi dia tidak boleh buktikan sampai hari ini, apa tuduhan khianat dia, satu saham pun saya tidak ambil, satu inci tanah kerajaan saya tidak ambil, satu AP saya tidak ambil,” katanya.

Anwar mengegaskan sekiranya beliau adalah pengkhianat negara, sudah lama beliau boleh berbuat demikian ketika menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan semasa memegang port folio Menteri Kewangan selama lapan tahun dahulu.

Walaupun dilemparkan dengan pelbagai tomahan dan fitnah daripada mereka yang pro kerajaan tetapi Anwar menegaskan tidak akan berputus asa membela nasib bangsa.

Ekoran itu, Anwar meminta kerajaan mengkaji semula Dasar Ekonomi Baru bagi memperlihatkan semula perancangan itu sama ada masih relevan lagi atau tidak mengikut arus masa ke semasa.

“Saya hendak nak buat, nak ajak sayang, selagi Allah bagi kekuatan, kewarasan, kekuatan iman dan akhlak, saya akan guna seluruh kekuatan saya dan jaga kepentingan ini umat dan negara ini, dan hendak angkat kedudukan orang Melayu, Iban, dan Cina, serta Kadazan gagah di negara kita. Itu niat saya,” katanya.


Dua nama sebagai calon PAS, setakat ini

Dua pemimpin PAS antara dua nama yang disebut-sebut bakal mewakili parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, kata ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan.

Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa berkata kedua-duanya adalah pesuruhjaya PAS negeri Zulkefly Mohamad Omar dan yang dipertua kawasan Teluk Kemang Ramli Ismail.

Ramli, seorang anak tempatan di parlimen tersebut, merupakan calon PAS di situ pada pilihan raya umum lalu.

Tambahnya, Ramli kini menetap di sebuah taman perumahan yang terletak dalam DUN Lukut - yang bersempadanan dengan DUN Bagan Pinang.

Selain Lukut dan Bagan Pinang, tiga lagi DUN bawah parlimen Teluk Kemang: Chuah, Linggi dan Port Dickson.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, allahyarham Azman Mohamad Noor menang atas tiket BN dengan majoriti 2,333 undi, menewaskan Ramli yang memperolehi 4,097 undi.

Menurut Mohd Khairil Anuar lagi, terdapat juga akar umbi PAS di DUN berkenaan yang mahu Zulkefly bertanding.

"Akar umbi nak Zulkefly, sebab beliau seorang pesuruhjaya dan beliau patut ada dalam Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Bagaimanapun, difahamkan Zulkefly lebih berminat meneruskan perjuangannya di kawasan yang ditandinginya dahulu, di Lenggeng dalam kawasan parlimen Seremban.

Menurut ketua Pemuda itu lagi, badan perhubungan PAS akan bermesyuarat esok, selepas solat terawih bagi menentukan calon yang sesuai di DUN Bagan Pinang.

Bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad, yang juga ketua Umno bahagian, diura-urakan berminat bertanding di kerusi tersebut.

Sementara itu, Zulkefly ketika dihubungi Malaysiakini petang ini berkata PAS negeri telah mengenal pasti "beberapa orang calon" untuk mewakili parti tersebut dalam pilihanraya kecil DUN tersebut.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti dan jumlah calon tersebut.

Ditanya sama ada calon PAS pada pilihanraya umum Mac tahun lalu, Ramli Ismail akan dipilih semula bertanding di kerusi tersebut, Zulkefly berkata:

"Saya tidak berminat untuk beritahu. Yang penting, tidak ada sabotaj kepada calon PAS sebab kita tidak ada puak, kita tidak ada kroni," katanya.

Tambahnya, nama calon akan diumumkan oleh pemimpin atasan PAS kira-kira seminggu sebelum pililihan raya kecil itu berlangsung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengumumkan tarikh tersebut Isnin depan.

Menurut Zulkefly lagi, ciri-ciri calon yang dicari termasuklah seseorang yang bersih daripada tuduhan rasuah, berwibawa dan diterima oleh ahli akar umbi dan mendapat kepercayaan pemimpin parti.


PAS yakin letak calon di Bagan Pinang

KUALA LUMPUR: PAS yakin akan diberikan laluan oleh parti lain dalam pakatan pembangkang untuk meletakkan calon mereka pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.
Naib Presidennya Salahuddin Ayub berkata pakatan pembangkang sentiasa berpegang kepada prinsip asas pakatan iaitu mana-mana kerusi yang telah ditandingi oleh calon parti berkenaan maka parti itu akan bertanding di kerusi terbabit sekiranya terdapat kekosongan.

Katanya, setakat ini persetujuan berkenaan berjalan dengan baik dan mendapat kerjasama daripada semua parti dalam pakatan pembangkang.

"Suara-suara dari mana-mana pihak itu adalah perkara biasa. Kita hormati pandangan mereka dan berdasarkan sembilan pilihan raya kecil yang telah berlaku, konsensus asas pakatan itu dipertahankan," katanya kepada pemberita di Pejabat PAS Pusat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Telok Kemang yang menuntut agar kerusi itu ditandingi oleh PKR. Mengenai calon yang akan diketengahkan oleh parti berkenaan, Salahuddin berkata perbincangan mengenai calon pilihan raya kecil Bagan Pinang itu akan dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Pusat Ahad ini.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian anggota DUN kawasan itu Allahyarham Azman Mohd Noor daripada Barisan Nasional (BN) Jumaat lepas.

Sementara itu, Naib Presiden PAS yang juga anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar memenuhi beberapa tuntutan berkaitan pengendalian undi pos bagi memastikan pilihan raya kecil kali ini bersih, telus dan adil.

Beliau meminta agar SPR memasuhkan borang Lampiran 2 yang mengandungi butiran peribadi termasuk nama, kad pengenalan dan nombor siri kertas undi yang diberikan kepada pengundi pos sebagai perakuan mengesahkan pengundi pos sudah diperuntukkan kertas undi.

Katanya, borang Lampiran 2 dan kertas undi itu akan dimasukkan ke dalam sampul yang berbeza sebelum dimasukkan ke dalam satu sampul khas untuk diletakkan dalam peti undi pos.

Beliau mendakwa melalui borang itu, identiti pengundi dan calon yang mereka undi dapat dikenalpasti yang mengakibatkan pengundi pos tidak berani mengundi calon khususnya daripada parti pembangkang.

"Saya minta borang itu dihapuskan atau sekiranya tidak dihapuskan, sekurang-kurangnya apabila pengundi pos telah mendatangani borang berkenaan, hendaklah diasingkan atau disimpan dalam fail yang lain. Hanya kertas undi sahaja yang dimasukkan ke dalam beg undi pos," katanya.

Selain itu, Mahfuz menuntut agar wakil calon atau wakil parti bertanding bukan sahaja dibenar menyaksikan proses pengundian, malah dibenarkan mengawal keselamatan peti undi pos dan mengiringi perjalanan kotak undi pos itu.

Beliau juga meminta SPR menjalankan pengiraan undi pos pada hari yang sama selepas proses pengundian pos dijalankan di kem tentera dan polis, tanpa menyimpan peti undi berkenaan untuk mengelakkan penyelewengan menukar kertas undi.

"Saya minta agar SPR dapat melaksanakan hal ini pada pilihan raya kecil Bagan Pinang," katanya.

Bagi kerusi DUN Bagan Pinang, sebanyak 4,925 daripada 14,192 pengundi berdaftar terdiri daripada pengundi pos. BERNAMA

Belajarlah Daripada Rakyat Kelantan

Hidup di negeri yang diperintah oleh kerajaan yang bukan sekapal dengan kerajaan pusat banyak cabarannya. Pelbagai dugaan dan cabaran harus ditempuhi. Mereka yang tidak beriman pasti tertewas dan hanyut oleh dugaan dan cabaran tersebut. Dugaan dan cabaran ini datang daripada “orang-orang” yang kehilangan kuasa, tetapi masih gila kuasa dan dahagakan kuasa.

Puncanya mudah difahami. “Orang-orang” ini sangat berkuasa. Mereka menguasai bidang politik, ekonomi dan sosial. Banyak kontrak kerajaan berada di tangan mereka. Selepas kerajaan baru berkuasa, “orang-orang” yang berkusa telah hilang kuasa. Hilang kuasa bermakna hilang sumber ekonomi dan poket pun kering. Orang yang poket kering sanggup melakukan apa-apa sahaja. “Orang-orang” ini tidak sama dengan “orang-orang” di sawah bendang. Mereka pernah hidup mewah, oleh itu tidak boleh hidup dalam serba kekurangan. Mereka pernah hidup “di atas kepala orang lain” mana boleh tiba-tiba terpaksa hidup “sama taraf” dengan orang jelata.

Sewaktu Kelantan jatuh ke tangan PAS pada tahun 1990, ribuan dugaan datang silih berganti tanpa henti-henti. “Orang-orang” yang pernah hidup seperti raja tiba-tiba hilang kuasa. Maka mengamuklah satu negeri “orang-orang” ini laksana Jebat derhaka. Ramai rakyat dilontari fitnah dan tohmah agar membenci Kerajaan Negeri yang baru. Nasib baik rakyat Kelantan tidak bodoh dan tidak mudah termakan hasutan “orang-orang” yang gila kuasa. Hasilnya, Kelantan berjaya dipertahankan daripada jatuh balik ke tangan “orang-orang” sehingga hari ini. Kelantan beruntung kerana ada pemimpin negeri yang berwibawa.

Sekarang, “orang-orang” sedang menyerang negeri yang ditadbir kuasa baru, terutamanya Selangor selepas berjaya mengambil balik Perak. Isu ketuanan, agama, kaum dan kedudukan istimewa merupakan isu yang sensitif dan mudah dipergunakan untuk memecah-belahkan rakyat. Isu-isu tersebut sedang didendangkan di Selangor agar rakyat negeri terkaya itu berpecah belah. Sekiranya rakyat Selangor berpecah-belah, maka mudahlah “orang-orang” mengambil alih pentadbiran.

Oleh itu, rakyat Selangor, Pulau Pinang, dan Kedah harus belajar daripada rakyat Kelantan cara-cara berhadapan dengan helah “orang-orang” ini. Jangan sesekali mudah terpengaruh. “Orang-orang” ini rela membawa duit berguni-guni untuk membeli hati orang ramai. Pembangunan fizikal merupakan “janji manis” yang lazim bagi “orang-orang”. Ingat, benda manis banyak membawa penyakit berbanding dengan benda pahit, kelat atau masam. Oleh sebab itulah rakyat Kelantan menolak “janji manis”. Hasilnya, Kelantan kekal sebagai serambi Mekah sehingga sekarang setelah sekian lama menjadi serambi Golok di bawah pentadbiran “orang-orang”.

Seandainya rakyat Selangor, Pulau Pinang atau Kedah (termasuk Perak) lalai, terpengaruh dengan helah, dan termakan hasutan, maka kuasa kemungkaran akan kembali bermaharajalela. Kezaliman berulang balik. Perjuangan melawan kemungkaran dan kezaliman selama ini menjadi sia-sia.

Bagi rakyat Kelantan, segala yang terjadi ialah ujian Allah untuk memantapkan iman. Jadi, mereka bertawakal dan menyerahkan segala yang terjadi kepada Allah Yang Maha Berkuasa.

Firman Allah SWT:

“Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun.”

(Surah al-Baqarah: 155-156)


MEET UNCLE LEMBU

VERSI MELOYA




VERSI MELALUT

Nuzul Quran Ruang Penghayatan Kitab Suci

Bulan Ramadhan Al-Mubarak kini telah melepasi pertengahan bulan yang mana umat Islam digalakkan untuk meningkatkan amal ibadah mereka. Pelbagai peristiwa juga dikaitkan dengan pertengahan dan pengakhiran Ramadhan. Antaranya adalah diturunkan Al-Quran pada pertengahan bulan iaitu pada 17 Ramadhan yang mana pada 17 Ramadhan juga telah berlakunya Perang Badar yang tercatat di dalam lipatan sejarah Islam. Selain itu, umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah pada malam-malam terakhir Ramadhan yang mana terdapat padanya malam LailatulQadar.

Hari ini, umat Islam diseluruh negara meraikan sambutan Nuzul Quran dan banyak program-program keagamaan yang dianjurkan oleh pihak masjid bagi membangkitkan ingatan orang ramai terhadap satu lagi peristiwa bersejarah yang patut diraikan oleh semua umat Islam.

Al-Quran jika dilihat pada maksudnya adalah bacaan atau himpunan yang mana di dalamnya terdapat pelbagai perkara berkaitan urusan seharian melibatkan soal tauhid, ibadat, jinayat, munakahat, kenegaraan, muamalat serta di dalamnya juga terungkai persoalan Sains dan Teknologi. Begitulah kehebatan mukjizat Al-Quran dan jika dihayati tentang isi kandungan dan intipati ayat-ayat suci Al-Quran, ia mampu memberi kesedaran dan memberi pengajaran kepada sesiapa sahaja yang membaca dan mengahayati maksudnya.

Al-Quran diturunkan kepada umat manusia sebagai panduan dan bimbingan dalam meniti kehidupan yang sementara di dunia ini. Al-Quran jika dihayati dan diikuti secara keseluruhannya, merupakan panduan perlembagaan yang terbaik untuk kehidupan dan semua makhluk di dunia. Selain itu, Al-Quran juga sebagai penawar dan penyembuh dari pelbagai penyakit hati. Ini jelas digambarkan menerusi ayat Al-Quran yang bermaksud : “Sesugguhnya sudah datang kepadamu sebuah pelajaran daripada Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit (yang berada di dalam dada)” (Surah Yunus: 57).

Pembacaan dan penghayatan Al-Quran pada masa kini dilihat benar-benar penting bagi mengelak dan menjauhkan umat Islam dari pelbagai penyakit sosial yang benar-benar merugikan masyarakat. Remaja masa kini benar-benar telah menjauhi Al-Quran dan sering mendekatkan diri mereka dengan dunia hiburan yang melalaikan. Bersempena dengan sambutan Nuzul Quran, marilah kita kembali kepada ajaran Al-Quran dan janganlah kita sesekali menjauhkan diri dari Al-Quran kerana pembacaan dan penghayatan terhadapnya benar-benar mendatangkan ketenangan kepada diri kita.

Kepada golongan remaja, jadikanlah Al-Quran sebagai pendamping dan dekatkanlah diri kepada Al-Quran sebagai panduan terhadap kebenaran yang kekal selamanya. Menurut buku ‘Penjelasan Mengenai Al-Quran’ yang dikeluarkan oleh Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, terdapat beberapa perkara yang dapat dikongsikan bersama sebagai panduan mendekatkan dan menghayati pembacaan Al-Quran :

* Yakin terhadap kebesaran dan keagungan ayat-ayat yang dibaca. Keyakinan itu bersandarkan bahawa ayat-ayat yang dibaca itu adalah kalam Allah yang memiliki dan memerintah sekelian alam dan Allah jugalah yang menurunkannya (Al-Quran) dan difardhukan kepeda hamba-hambaNya mengikutinya serta diwajibkan kepada mereka beriltizam dengan segala tuntutannya. * Yakin bahawa Al-Quran menjadi makanan hati dan jiwa pembaca, matlamat segala segala keperluannya dan kelazatan rohnya. Ia juga menjadi penawar terhadap apa saja kesulitan yang dihadapi oleh manusia seperti kepedihan, dukacita, masalah peribadi dan masyarakat. * Sentiasa takutkan azab Allah dan seksaanNya sekiranya berpaling daripada Al-Quran dan penghayatannya.
Jadi, bersempena dengan sambutan Nuzul Al-Quran, marilah sama-sama kita mendekatkankan diri dengan Al-Quran dan menjadikan AL-Quran sebagai wadah pembangunan jiwa dan rohani yang bersih.

Isnin, 7 September 2009

ANJING KE BABI NI...?

Bismillahirahmannirahim..


Aksi kurang hajar 2 ekoq khinzir (1 berbaju T-Shirt logo Barisan Nasional) yang kencing pada banner gergasi Tuan Guru Nik Abdaul Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi.

mintaklah-mintaklah la mati pucuk 2 ekoq nih, tak pun kena langgar lori kontena.

kepada 2 ekoq ni, mintak2 la bertaubat dan mintak maaf kat tok guru sebelum terlambat.

tengok pada baju putih(no3) tu,kencing gambar masjid ke apa???
Posted by Asrol - kelatekito.com -ijoks2009

Kerajaan setuju bayar RM50,000 gantirugi kepada Mustafa Ali

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Polis dan kerajaan Malaysia mengaku bersalah kerana menahan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (ketika itu Pengarah Pilihanraya PAS) di bangunan Parlimen hampir dua tahun lalu.

Ekoran itu, mereka bersetuju membayar gantirugi kepada beliau sebanyak RM50,000 hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini merekodkan persetujuan kerajaan itu kerana menahan beliau di bangunan Parlimen pada 11 Disember 2007.

Hakim P.S. Nathan merekodkan persetujuan itu ekoran saman yang dikemukakan oleh Mustafa kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.

Mustafa yang datang ke Dewan Rakyat untuk mendengar perbahasan untuk menolak cadangan melanjutkan tempoh jawatan Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman.

Beliau telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis. Di sana beliau telah ditahan selama tiga jam setengah mulai jam 1 hingga 4.30 petang.

Mustafa diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat manakala pihak defendan diwakili Peguam Kanan Persekutuan Tuan Rosli Ahmad.

Dalam insiden penangkapan itu, Mustafa telah diheret dengan kasar dan secara kurang ajar oleh dua orang polis.

(Gambar: Inilah aksi ketika Mustafa ditahan dahulu. Kerajaan setuju bayar gantirugi kepada Mustafa kerana kejadian ini)

Mustafa dan beberapa orang pimpinan PAS serta aktivis Bersih berada di hadapan bangunan Parlimen ketika itu untuk menyerahkan satu memorandum kepada Anggota Parlimen mengenai tuntutan pilihanraya yang bersih dan adil.

Di samping beliau, turut ditahan adalah Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Tantawi, Dr Lo' Lo Haji Ghazali; Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Dr Mohd Nasir telah ditangkap oleh pihak polis.

Terdahulu, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua telah ditangkap dalam jarak 200 meter dari tempat kawalan pihak polis.

Mustafa yang ketika itu sedang memasuki pintu Parlimen, telah ditahan oleh dua anggota polis berpakaian preman dan meminta beliau menyerahkan diri kerana didakwa terlibat dengan pelanggaran satu perintah mahkamah.

Bagaimanapun Mustafa yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu menyatakan kehadirannya di Parlimen adalah sebagai tetamu Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar dan sekadar memerhati perbahasan yang berlangsung.

"Apa perintah mahkamah terhadap saya? Bacakan dan arahkan 'superior' awak untuk datang bacakan dan saya akan pergi dengan sukarela tetapi bukan dengan secara kasar begini," kata beliau memarahi pegawai polis yang ingin menangkapnya itu.

Turut hadir segera mempertahankan Mustafa Ali ialah Datuk Kamaruddin Jaffar, Lim Kit Siang, Kunasegaran, Chong Eng dan beberapa ahli Parlimen DAP yang lain.

Namun perbincangan 'hangat' yang berlangsung selama 15 minit itu akhirnya menemui jalan buntu dan lima anggota polis secara kasar memaksa Mustafa untuk ke van polis yang diletakkan berhampiran pintu parlimen.

Turut menyaksikan situasi gawat itu ialah beberapa ahli parlimen BN dan puluhan orang ramai yang berada di kawasan tersebut.

"Don't touch me. Be gentlemen and be nice. Hormati Parlimen ini!" kata Mustafa yang bergelut dengan polis terbabit.

Mustafa bagaimana pun terus di bawa van polis dan seterusnya ke balai polis. _

Calon bakal cetus polemik dalam Umno Negeri Sembilan

Faiz Abdullah

TELUK KEMANG, 7 Sept: Desas desus siapakah calon Umno-BN di kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang semakin panas.Jika sebelum ini ramai menjangka akan berlaku pertempuran dalaman dalam menentukan calon puak mana yang bertanding, tapi kini bayangan calon semakin jelas.

Difaham terdapat tiga kem utama di dalam Umno Negeri Sembilan iaitu kem Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohd Hasan, kem bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Ketua Bahagian Umno Seremban, Datuk Ishak Ismail yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan negeri(ADUN) Lenggeng. Walau bagaimanapun Mohd Isa dan Ishak masing-masing boleh duduk semeja untuk berbincang dan dianggap rakan politik.

Ishak dikatakan mempunyai hubungan yang akrab dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Sementara itu Ahli Parlimen Rembau dan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin pula boleh dikatakan seorang "lone ranger" di dalam Umno Negeri Sembilan.

Seorang lagi tokoh tempatan, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim juga merupakan seorang "lone ranger" yang tidak mempunyai sebarang "team" khusus di dalam Umno Negeri Sembilan.

Senario ini cukup menggambarkan bagaimana Umno Negeri Sembilan sebenarnya kini berada dalam keadaan yang retak menanti belah. Kesepakatan merupakan satu agenda yang agak jahil bagi Umno Negeri Sembilan.

Maka pada mulanya ramai yang menjangka akan berlaku perebutan dalam menentukan calon. Iaitu sama ada dari kem Mohd Isa yang merupakan Ketua Bahagian Umno Teluk Kemang atau pun calon dari kem Mohd Hasan, Pengerusi Perhubungan.

(Gambar: Bapak atau anak bapak akan menjadi calon di Bagan Pinang. Mohd Isa dan anaknya Mohd Najib (kanan sekali) semasa di tanah perkuburan Allahyarham Azman)

Namun kini maklumat terbaru yang diperolehi, Mohd Hasan telah menyerahkan tugas memilih calon kepada Mohd Isa. Desas desus daripada Umno bahawa terdapat dua calon popular untuk bertanding kerusi Bagan Pinang iaitu Mohd Isa sendiri atau pun anak lelaki beliau, Mohd Najib Mohd Isa.

Mungkin ramai yang beranggapan dengan kerelaan Mohd Hasan agar bakal calon ditentukan oleh Mohd Isa sebagai petanda positif yang baik di dalam Umno Negeri Sembilan.

Sedia maklum Mohd Hasan menghadapi tekanan hebat sejak Pilihanraya Umum ke-12. Bukan sahaja untuk kali pertama dalam sejarah politik Negeri Sembilan BN kecundang di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri, malah pada pemilihan Umno pada tahun ini, ramai orang beliau telah tumpas di peringkat bahagian walaupun ada diantara mereka merupakan ADUN.

Mengikut sumber Umno yang menghubungi Harakahdaily, walaupun pada awalnya Mohd Hasan dilihat menyerahkan kepada Mohd Isa untuk menentukan calon Bagan Pinang, namun situasi sebenarnya hanya akan dapat dilihat apabila tarikh penamaan calon semakin dekat.

"Ada kemungkinan Menteri Besar boleh menolak calon pilihan Mohd Isa atau Umno Teluk Kemang dan mencalonkan calon pilihannya.

"Jika calon Bagan Pinang itu adalah Mohd Isa, jika beliau menang, apakah bekas Menteri Besar hanya menjadi ADUN biasa?" ujar sumber Umno tersebut kepada Harakahdaily.

Sumber tersebut turut meramalkan andaikata Mohd Isa menang, ada kemungkinan Najib akan melantik Mohd Isa sebagai menteri besar, memandangkan Mohd Isa sememangnya dari kem Najib sejak dulu lagi.

Jika ini berlaku, pergolakan dalam Umno Negeri Sembilan pasti akan lebih parah, kerana sudah pasti pemimpin negeri di kem Mohd Hasan yang ramai juga terdiri daripada ADUN tidak akan puas hati dengan perubahan pucuk pimpinan peringkat negeri yang meminggirkan Mohd Hasan.

Maka dapatlah dirumuskan Pilihan raya Kecil Bagan Pinang akan mencetuskan pelbagai polemik dalaman di dalam Umno.

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails