SELAMAT DATANG

Jumaat, 25 Disember 2009

Isu Pas Selangor: Dok Gheja Tunda Lama-Lama Jadi Ikan Pekasam

Isu Pas Selangor nampaknya belum ada sebarang keputusan muktamad apa jenis tindakan yang akan dikenakan ke atas PJ Pas Selangor Dato' Hasan Ali termasuk ke atas Ahli Parlimen Shah Alam, Hj Khalid Samad yang disiasat Jawatankuasa Disiplin Pas Pusat.

Sebelumnya Naib Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Pengerusi Jawatan Kuasa Disiplin Pas berkata keputusan akan dibuat setelah beliau balik tunai Haji. Dah balik buat Haji pun keputusan belum ada. Lepas seminggu ke seminggu tak ada juga keputusan.Ramai ahli dan penyokong Pas tertunggu-tunggu bila keputusan muktamad nak dikeluarkan.

Kata seorang 'Sifu' dalam dunia blogger- "Kalau dah semua bukti kukuh dah ada awat tak umum?Dok tunggu lama-lama buat apa. Lama-lama jadi ikan pekasam."

Kalau anak bulan dah nampak wajib puasa . Buat pengumuman semua orang wajib posa. Kalau tak posa berdosa hukumnya. Tu yang aku tau la- wallahu a'lam

Dalam berita Malaysian Insider melaporkan sebagai berikut;

Pengerusi jawatankuasa disiplin Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu The Malaysian Insider, walaupun mereka, yang bertemu malam kelmarin berpuas hati dengan laporan bertulis kedua-dua Hasan dan Khalid. tetapi memerlukan penjelasan lanjut.

“Kami berpuas hati dengan penjelasan bertulis diberikan oleh mereka. Kami mendapati adanya kes terhadap mereka.

“Jadi, kami memutuskan untuk memanggil mereka supaya memberi penjelasan lisan berhubung beberapa aspek,” tambah beliau ketika dihubungi.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan aspek yang memerlukan penjelasan lanjut.

Tanggal 7 dan 9 Jan telah ditetapkan untuk memanggil mereka menghadap anggota jawatankuasa disiplin, kata Tuan Ibrahim yang juga salah seorang naib presiden PAS.

“Kami sudah pun menghubungi Khalid dan beliau telah bersetuju untuk bekerjasama dengan kami dan akan menemui jawatankuasa pada 7 Jan. Beliau sudah pun bersetuju untuk menemui kami,” ujar beliau.

“Bagaimanapun belum ada tarikh persetujuan daripada Datuk Hasan dan sekretariat akan berhubung dengan Datuk Hasan untuk membolehkan beliau menemui kami,” katanya.



MAI MAIN BOWLING ESOK

Assalamualaikum.

Lajnah Kebajikan & lajnah Ekonomi PAS kawasan Putrajaya akan menganjurkan perlawanan Bowling (Berpasukan & Individu) Amal 2009 Piala YDP pada 26hb. Disember 2009 (Esok). Selain daripada Ahli-Ahli dan penyokong PAS kawasan ia juga turut melibatkan ahli-ahli UMNO dan para remaja di sekitar Putrajaya.

Penganjuran event tersebut adalah bertujuan untuk mengeratkan Silaturrahim antara ahli dan penyokong PAS serta masyarakat setempat, di samping beramal menjana dana PAS kawasan.

Sehubungan dengan itu adalah diharapkan kerjasama dan sokongan daripada ahli dan masyarakat Putrajaya untuk menjayakan event tersebut dengan menghantar sekurang-kurang satu pasukan terdiri daripada 3 orang dengan Yuran RM30.00 seorang @ RM90.00 satu kumpulan. Sehingga hari ini 19 kumpulan telah pun mendaftarkan kumpulan mereka. Penyertaan masih lagi dibuka sehingga jam 9.00 pagi esok.

Sumbangan juga amat diperlukan untuk program ini. Kepada sesiapa yang ingin menyumbang bolehlah berbuat demikian dengan mendepositkan sumbangan anda ke Ac. BIMB cawangan Putrajaya No. Acc. 16018010007602 atas nama PAS kawasan Putrajaya.

Sila berhubung lanjut dengan Ustaz Nazir 013-2413438 atau Sdr Zubair 012-3938491 dengan seberapa segera. Dijangka perasmian penutup serta pemberian hadiah kepada pemenang akan disampaikan oleh Bendahari PAS Pusat YB. Dr Hatta Ramli.

DEWAN ULAMA W.P KUNJUNGI PAS PUTRAJAYA

Putrajaya: Program lawatan Dewan Ulama Pas Wilayah Persekutuan sempena Hiwar Ulama ke Kawasan Putrajaya telah diadakan di Pusat Khidmat Komuniti Parlimen Putrajaya di Presin 15 malam tadi. Rombongan diketuai oleh Ustaz Arif Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan bersama dengan 6 orang AJK nya.
Dalam pertemuan ini satu kertas kerja yang bertajuk “Istiqamah Dalam Perjuangan” telah disampaikan oleh Naib Ketua Dewan Ulama Pas W. Persekutuan yang juga Bendahari Dewan Ulama Pas Pusat al-Fadhil Ustaz Mohamad Khairuddin Aman Razali at-Takiri.

Dalam pembentangannya Ustaz Khairuddin telah memulakan dengan menyebut Firman Allah Surah alKahfi : 28

dan sabarkanlah dirimu berada bersama orang-orang yang sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka di waktu pagi dan petang dalam keadaan mengharapkan (redha) Allah. Dan jangan alih pandangan kedua matamu melepasi mereka dalam keadaan kamu mengharapkan perhiasan hidup dunia. Dan Jangan kamu taat kepada orang yang Kami telah lalaikan hatinya daripada mengingati Kami dan mengikut pula keinginannya sedangkan segala urusannya adalah sia-sia.”

Bimbingan ayat

Ayat ini mengandungi 3 bimbingan daripada Allah.

1. Setiap mukmin perlu bertahan dan bersabar untuk sentiasa berada dalam kumpulan golongan beriman “Thoifah Mukminah” yang sentiasa berdoa kepada Allah dan hidup mengharapkan keredaan Allah.

2. Jangan meninggalkan Thoifah Mukminah ini kerana terpengaruh dengan perhiasan hidup dunia.

3. Jangan mentaati golongan yang lalai (lahiah) dan leka terhadap kewajipan yang diperintahkan oleh kerana segala urusan mereka adalah sia-sia baik di dunia apatah lagi di akhirat.

Mengenali Jama’ah Mukminah

Jamaah mukminah adalah mereka yang disebut oleh Al-Quran dan Hadis mempunyai cirri-ciri berikut:

1. Melaksanakan tugas berdakwah dan melakukan amar ma’ruf nahi munkar.
2. Kaum yang dicintai Allah dan mereka mencintai Allah, merendah diri dengan orang beriman dank eras dengan orang yang kufur, berjihad di jalan Allah dan tidak takut pada celaan.

3. Jamaah mukminah disebut oleh Nabi saw sebagai golongan yang akan sentiasa tampil menyatakan kebenaran hingga ke akhir zaman.

Sabar Untuk Bergabung Dengan Jamaah Mukminah

Setiap individu mesti bertahan dan sabar untuk sentiasa menggabungkan diri dalam jamaah mukminah. Ini kerana penggabungannya dalam jamaah Mukminah akan:

1. Menjadi senjata bagi menghadapi pelbagai ancaman aqidah dan fitnah akhir zaman.

2. Jamaah Mukminah membantu membentuk jiwa ketaqwaan kerana manusia selalunya sangat mudah terpengaruh dengan persekitaran.

Maksud Sabar

Sabar bermaksud menahan diri menghadapi sesuatu yang tidak disukai.
Ia terbahagi kepada 3 iaitu:-

1. Sabar melakukan perkara ketaatan yang disuruh oleh Allah

2. Sabar meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah

3. Sabar menghadapi pelbagai musibah dan ujian.

Sabar Adalah Senjata Dalam Perjuangan

Manusia yang beriman akan sentiasa diuji oleh Allah untuk melayakkan mereka ke syurga Allah. Ujian yang paling besar ialah ujian perjuangan mempertahankan aqidah yang melibatkan nyawa. Ini dapat diperhatikan menerusi perjalanan sirah hidup para sahabat ketika di Makkah seterusnya di Madinah. Senjata kepada ujian ini ialah kesabaran.

Doa senjata Kemenangan Islam

Menurut Ibn Kathir berdoa dalam ayat di atas bermaksud menyembahNya dan meminta daripadanya (al-Fatihah setiap solat) bahkan pagi dan petang pula. Menurut Said bin Musayyab, Mujahid, Hasan dan Qatadah ia merujuk kepada Solat Lima waktu yang Wajib.
Doa merupakan senjata bagi para pejuang Islam. Ini kerana kemenagan dan kekalahan Islam bukan kerana usaha manusia semata-mata tetapi kerana pemberian Allah. Dalilnya:

1. Kemenangan Islam dalam perang Badar kerana kekuatan doa nabi meskipun musuh Islam lebih ramai dan kuat.

2. Dalam perang Hunain kekalahan awal berlaku kerana ada yang tersalah keyakinan bahawa kemenangan ialah kerana bilangan umat yang ramai.

Doa Senjata Orang Yang Dizalimi

Begitu juga doa menjadi senjata kepada golongan yang dizalimi. Mereka boleh berdoa agar Allah menurunkan hukuman dan balanya kepada orang yang menzalimi dirinya apatah lagi menzalimi perjuangan Islam. Nabi pernah berdoa terhadap kaum Zaqwah yang membunuh sahabat-sahabat Nabi yang dihantar untuk berdakwah.

Ujian Keduniaan

Duani selalu menjadi ujian besar kepada pejuang Islam. Ujian berlaku dalam 3 keadaan:

1. Ujian untuk menyertai perjuangan. Dunia menjadi penghalang kepada sahabat Nabi SAW Ka’ab bin Malik untuk menyertai peperangan Tabuk.

2. Ujian untuk istiqamah dalam perjuangan. Sahabat-sahabat Nabi saw teruja dengan harta rampasan perang yang terkumpul de medan Uhud lalu meninggalkan arahan istiqamah mempertahankan bukit Rumah. Kesannya umat Islam kalah dalam peperangan Uhud.

3. Ujian setelah memperoleh kemenangan dalam perjuangan. Sahabat-sahabat Nabi saw yang awal berjuang dengan Nabi saw pernah terkilan kerana harta rampasan perang Hunain diberikan keutamaan kepada orang yang baru memeluk Islam sehinggalah ditegur oleh Nabi saw.

Islam membenarkan pejuang Islam untuk mendapatkan habuan dunia hasil daripada perjuangan tetapi berjuang semata-mata untuk mendapat habuan dunia menjadikan pejuang tergelincir dari landasan.

Jangan Bersama Golongan yang Leka

Golongan yang leka sentiasa mempermainkan agama. Hidup mereka untuk dunia. Mereka tidak kisah dengan hokum halal dan haram. Sikap kita dalam menghadapi mereka ialah;

1. Jangan mentaati kehendak mereka kerana ia bererti membiarkan diri terdedah kepada pelanggaran hokum Allah.

2. Jangan bersama mereka kerana akhirnya mendorong seseorang untuk terikut-ikut dengan gaya hidup mereka.

Penutup

Semoga istiqamah dalam perjuangan adalah milik kita sehingga akhir hayat.

Program ditamatkan pada jam 11.30 malam.


Najib: Rayakan Krismas 'yang lebih hijau'

PM dah suka warna Hijau..!!


mau yang nie..... atau mau macam bawah nie..he he he...


Datuk Seri Najib Razak berharap semua rakyat Malaysia, tidak kira apa jua kepercayaan agama, mempamerkan kemurahan hati dan perasaan belas kasihan dengan menghulurkan bantuan kepada golongan yang paling memerlukannya.

Sempena sambutan Krismas esok, perdana menteri dalam blognya hari ini berkata, golongan yang paling memerlukan bantuan itu termasuk mereka yang tidak berdaya kepada yang susah sehinggalah kepada perkhidmatan kecemasan yang sentiasa sedia berkhidmat.

"Dengan semangat kemurahan hati ini, kita harus juga menunjukkan keprihatinan terhadap alam sekitar. Satu perayaan Krismas yang lebih hijau boleh diadakan.

"Misalnya, dengan mendermakan hadiah-hadiah yang tidak diperlukan, menggunakan kertas kitaran semula sebagai pembalut hadiah dan berjimat cermat dengan penggunaan lampu Krismas," katanya.

Najib berkata dalam keseronokan meraikan Krismas kali ini boleh membuatkan rakyat berbelanja lebih walaupun dalam waktu-waktu mereka kurang bebas berbelanja kini.

Katanya, musim perayaan ini merupakan waktu untuk menyemarakkan perasaan muhibah dan keriangan terutamanya dalam kalangan mereka yang kurang bernasib baik.

Perdana menteri juga berkata perayaan seperti ini memberikan satu peluang kepada orang ramai untuk berehat dan bermesra bersama keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga.

"Seperti Hari Raya sebelum ini, kenapa tidak gunakan perayaan ini untuk merapatkan hubungan tetamu daripada latar belakang yang berbeza di bawah satu bumbung?

"Dengan ingatan ini, saya mengucapkan kepada semua yang merayakan hari yang paling istimewa ini satu Krismas yang sangat menggembirakan, aman dan damai serta harmoni," katanya. BERNAMA

Siapa Dia La Yang Dok Sakit Hati Dengan Banner MB Kedah Nie..???

Petanda orang tak suka MB dan Barisan kepimpinan Negeri Kedah sudah kelihatan. kalau UMNO buat gheja ni kita tak berapa hairan. Tapi kalau yang buat gheja ni Penyokong atau lebih tepat Pengundi Pakatan rakyat pada PRU12 alamatnya kita tengoklah nanti.

Cerita pasal conteng-conteng signboard ni selalu kita dengaq kat Kedah sekarang. Bahkankan poster-poster yang terpapar gambar pimpinan negeri tertentu sering menjadi sasaran. Cerita berkaitan YB-YB kita yang tak turun padang asyik sibuk dengan opis kat wisma negeri juga sering kedengaran.

Baru-baru ni gambar YB jadi sasaran kat JERLUN juga, katanya YB ni tak buat gheja. Tak turun padang tengok masalah rakyat, bila ditanya, dia kata sibok kat Wisma Negeri. "Dia tu Timbalan speaker ja, bersidang bukan tiap-tiap hari, jangan dok chong laa" kata seorang penyokong PAS pada ana. Pondok-pondok kat kawasan Jerlun tu dok tunggu YB ni turun. Lembu korban pun tak sampai, yang sampai lembu dari YB kawasan lain dari Anak Bukit. Buat la gheja macam YB Nasir macam YB Amir...jangan PRU 13 ni kami tolak YB ni." celah sorang lagi pada ana.

Wallahua'lam..........


Gambar MB Disabotaj Lagi

Disediakan oleh : Faiz Hj. Othman

JERLUN, Papan iklan yang memaparkan gambar YAB Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak telah disabotaj sekali lagi oleh beberapa pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

Motif kejadian yang berunsurkan khianat itu telah dipercayai dilakukan pada 22 Disember 2009 yang mana kejadian kali ini melibatkan papan iklan tersebut telah disembur dengan cat berwarna merah. Menurut penduduk setempat, selain papan iklan gambar MB, beberapa notis iklan yang lain juga seperti kain rentang telah diconteng dengan cat dan dipercayai didalangi oleh individu yang sama.

Papan iklan gambar MB ini telah dirosakkan untuk kali kedua dalam tempoh sebulan yang mana papan iklan tersebut sebelum ini telah ditoreh. Kejadian yang berlaku pada 25 November lalu melibatkan beberapa papan iklan sekitar Alor Setar dan Jitra.

KEDAH COMMUNICATION & EVENTS SDN. BHD. (KCE)

Sumber : http://www.kedahsejahtera.com.my



Keruh Di Kota Bharu

Tindakan Rosli Allani Kurang Bijak


KHABAR besar dari Kota Bharu tengah hari ini ialah mengenai perletakan semua jawatan dalam parti oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri Kelantan yang bernama Dr Rosli Allani Abdul Kader.

Rosli mengambil tindakan itu ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu yang meminta beliau tinggal berasingan (mufarakah) dengan isteri keduanya, Ilyani Mohd Noor, 30 kerana perlahwinan mereka pada Disember tahun lepas diragui kesahihannya. (Oh... rupanya ahli Dewan Pemuda Pas ini juga beristeri dua!).

Menurut kenyataannya dia berbuat begitu kerana mengambil tanggungjawab untuk menjaga imej parti. Jaga imej parti! Kenapa jaga imej parti selepas berkahwin satu lagi dan tidak terfikir sebelum melangsung perkahwinan. Apa yang boleh disimpulkan perkahwinan kedua itu tentu menghadapi masalah.

Kerana itu saya tidak nampak kenapa beliau sampai perlu mengambil keputusan demikian? Apakah keputusan mahkamah itu menjejaskan nama baik partinya, parti Pas?

Atau beliau berbuat demikian kerana ingin memperli menantu Menteri Besar, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman agar berbuat demikian. Umum sudah mengetahui dua tiga hari ini Rosli begitu beriya mendesak mahukan Ariffahmi melepaskan jawatan sebagai CEO untuk menjaga imej parti.

Apa yang saya tidak faham dan mengerti dengan tindakan Rosli ini, apakah keputusan mahkamah itu benar-benar boleh menjejaskan nama baik parti sedangkan beliau katanya yakin berada di pihak benar. Peliknya ada pemimpin lain yang berkedudukan terlibat dengan maksiat dan didakwa di mahkamah tidak pun mengambil keputusan melepaskan jawatannya?

Jadi apabila Rosli sedia mengambil tanggungjawab itu ini menyebabkan orang boleh menuduh beliau benar-benar bersalah – melakukan maksiat dan jenayah agama?

Bagi saya tidak perlu beliau meletak jawatan. Ini kerana apa yang saya rasa keputusan mahkamah itu dibuat atas teknikal sahaja. Saya tidak fikir beliau terjerumus dengan maksiat. Kalau ia dibuat kerana keputusan teknikal bukan terjerumus dalam dosa besar kenapa harus melepas jawatan?

Rasanya ahli Pas tidak dapat membezakan mana dosa agama dan mana kesalahan melanggar undang-undang ciptaan manusia.

Kalaulah beliau mengambil tanggungjawab itu untuk memperli Ariffahmi rasanya ia tidak mencapai maksdunya. Saya yakin Ariffahmi tidak akan terpanggil dengan ajakkan itu. Kerana itu tindakan Rosli itu silap dan ia telah mendedahkan dirinya dengan persepsi umum sebagai telah melakukan dosa besar.

Begitu juga kalau Rosli mengharap pujian disebalik tindakan itu ia juga satu kesilapan besar.

Begitu juga kalau beliau mengharap ada orang menghalangnya ia juga silap. Kondisinya sangat berbeza dengan Ariffahmi. Ariffahmi adalah menantu yang disayangi dan dilindungi. Tengoklah bagaimana Nik Aziz Niki Mat bersilat menepias dan membela Ariffahmi sampai sudah. Bukan saja mertua, ipar, isteri juga turut sama membela. Cuma yang belum kedengaran hanya ibu mertua yang membela Ariffahmi secara terbuka.

Manakala kesan politik dengan tindakan itu tidak akan ke mana. Bila mengenang tindakan Rosli ini maka saya teringatlah apa yang pernah berlaku sekitar 10 tahun lalu di mana seorang ahli jawatan kuasa Dewan Pemuda Pas negeri mengambil langkah memulangkan pingat SK yang dianugerah Sultan Kelantan kepadanya.

Tujuan beliau berbuat begitu sebagai protes atas tindakan Sultan menarik balik darjah kebesaran yang dilakukan ke atas ketuanya semasa itu. Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang akhbar khas di pejabat Pas Kota Bharu. Malangnya tanggungjawab dibuat ahli jawatankuasa Dewan Pemuda itu tidak memberi apa-apa bekas.

Sultan sedikit pun tidak peduli dengan apa yang dilakukan. Tindakannya seperti cuba menambah kemasinan air laut dengan secupak garam sahaja. Sultan seidikit pun tidak mendengar ataupun merasa teruja dengan langkah pemuda berkenaan. Sebaliknya akhirnya yang kehilangan pingat dan hubungan baik dengan Sultan ialah diri ahli jawatankuasa pemuda berkenaan.

Nah begitu jugalah dengan apa yang dilakukan Rosli itu. Saya tidak fikir esok atau lusa Ariffahmi akan membuat pengumuman akan melepaskan jawatan CEO PMBK atas matlamat dan tujuan sama dengan Rosli untuk menjaga nama baik parti. Sebaliknya perletakan jawatan Rosli itu akan diperdagangkan oleh Ariffahmi sebagai modal untuk menunjukkan dia dipihak yang benar kerana sehari dua ini Rosli beriya mahukan Ariffahmi berundur.


BUKAN BANYAK MANA - DR M

Semua sekali saya tak fikir sampai RM10 billion…


Tun Dr Mahathir Mohamad menggangarkan beberapa kerugian besar yang dialami kerajaan sepanjang pentabirannya selama 22 tahun tidak sampai RM10 billion.

Menjawab dakwaan yang terkandong dalam buku Malaysian Maverick karangan Barry Wain,bekas Perdana Menteri itu berkata jika jumlahnya mencecah RM100 billion kerajaan pasti ‘sudah parah’.

Antara yang disenaraikan dalam buku itu ialah kerugian dalam pembelian timah dari spekulator,dagangan mata wang asing Bank Negara dan Bank Bumiputra di Hong Kong.

Dalam tulisan terbaru dilaman blognya beliau berkata, “ semua sekali saya tidak fikir jumlahnya sampai RM10 billion.Jika kita rugi RM100 billion kerajaan sudah parah.”

Dalam urusa niaga timah beliau menjelaskan kerugian berlaku kerana bila tiba masanya timah itu perlu dihantar, para spekulator tidak dapat menghantar timah dalam bentuk sebenar dan serentak dengan itu Bursa Logam London pula memutuskan para spekulator tidak perlu menghormati perjanjian.

“Kita rugi wang tetapi tidak berbillion seperti didakwa,”katanya.

Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu jumlah sebenar Bank Negara rugi dalam urus dagangan mata wang asing.

Katanya kerajaan menghentikan urusan berkenaan dan kerugian tidak seperti didakwa oleh Barry Wain.

Beliau berkata sekalipun pertumbuhan Negara agak lemah dalam beberapa tahun,tetapi kerajaan tidak pernah gagal memenuhi semua komitmen kewangan termasuk perkhidmatan pembayaran balik hutang.

"Malah, kita pada masa itu memiliki wang secukupnya untuk membayar hutang lebih awal,”ujarnya.

Dr Mahathir juga membidas tindak tanduk Barry Wain,bekas wartawan Asian Wall Street Journal dan Asia Week yang kini dengan sebuah kumpulan pemikir Singapura, Institute of Southeast Asian Studies hanya berani menulis mengenai keburukan pemimpin Malaysia.

Katanya penulis itu tahu jika dia menulis buruk mengenai pemimpin Singapura dia akan diheret ke mahkamah,di saman dan kena bayar ganti rugi besar.

Menurutnya ramai penulis yang sudah didapati bersalah memfitnah bila mereka tulis sesuatu yang tidak digemari oleh pemimpin republik itu sebaliknya selamat kalau di Malaysia.

Dr Mahathir berkata semasa pentabirannya beliau telah melaksanakan projek-projek yang dapat dilihat oleh rakyat seperti Jambatan Pulau Pinang,Menara Berkembar KLCC,Lapangan Terbang KLIA ,LRT,monorail,komuter,Proton,Cyberjaya,pembangunan Langkawi Pelabuhan Utara di Klang dan sebilangan lebuhraya.

“ Saya tidak fikir Barry Wain merujuk kepada projek-projek ini bila dia kata saya hanguskan RM100 billion wang kerajaan,”katanya.-24/12/2009





--------------------------------------------------------------------------------


Dakwaan RM 100 billion hangus: Kit Siang mahu Dr Mahathir saman sekarang



Lim Kit Siang tidak tunggu lama untuk menjawab kesediaan Tun Dr Mahathir Mohamad menyahut cabarannya ditubuh Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan RM 100 billion hangus semasa pentabiran bekas Perdana Menteri itu selama 22 tahun seperti yang terkandong dalam buku karangan Barry Wain " Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times ".

Orang kuat DAP itu yang kini berada di Tokyo,Jepun dalam reaksi segera yang ditulis dalam laman blognya sebaliknya mempersoalkan mengapa Dr Mahathir tidak terus saman beliau jika cabarannya itu satu fitnah.

Beliau bertanya kenapa Dr Mahathir hanya akan samannya selepas memperolehi hasil siasatan suruhanjaya itu.

Beliau sebaliknya mendakwa Dr Mahathir akan berusaha menyekat pembentukan suruhanjaya dengan mendakwa mendapat sokongan ramai secara terbuka untuk tujuan itu. – 23/12/2009







--------------------------------------------------------------------------------


Dakwaan RM100 billion hangus: Dr Mahathir bersuara...




Sejak buku " Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times ", tulisan,Barry Wain dilancarkan awal bulan Disember ramai yang tertunggu-tunggu apakah reaksi Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tuduhan macam-macam yang dibuat oleh bekas wartawan Asian Wall Street Journal itu khususnya bekas Perdana Menteri itu bertanggongjawab menyebabkan wang negara berjumlah RM100 billion ‘ hangus’ untuk projek mega dan rasuah semasa pemerintahannya selama 22 tahun menjadi bualan hangat.



Petang Selasa Dr Mahathir bertindak.Menerusi laman blognya yang popular http://chedet.co.cc beliau menyahut cabaran yang dibuat oleh orang kuat DAP Lim Kit Siang agar kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja menyiasat setelus mungkin segala dakwaan itu.

Serentak dengan itu beliau meminta kerajaan melepaskan jualan buku itu jika ia ditahan ‘ kerana saya tidak memerlukan perlindungan kerajaan’.

Katanya suruhanjaya berkenaan tidak harus dianggotai oleh wakil kerajaan tetapi mereka yang berkelayakan termasuk orang asing dan ahli Transparency International.



Namun kata Dr Mahathir siasatan suruhanjaya itu tidak harus terikat pada beliau sahaja tetapi juga meliputi zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi.

Beliau antara lain menyebut siasatan harus meneliti bagaimana wang Petronas sebanyak RM270 billion yang dibayar semasa zaman Abdullah dibelanjakan, kerugian dialami kerajaan kerana membatalkan projek Jambatan Bengkok di Tambak Johor dan kos jambatan kedua Pulau Pinang.

Katanya untuk memastikan siasatan suruhanjaya itu berjaya kerajaan harus setuju untuk memberi akses penuh kepada suruhanjaya itu semua dokumen dan akaun kerajaan dari tahun 1981 hinggalah 2009.

Bekas Perdana Menteri itu berkata penulis Barry Wain harus membekalkan bukti berbentuk dokumen segala wang yang beliau dakwa ‘ hangus ’ semasa pentabirannya.

Dr Mahathir memberi jaminan beliau akan kerjasama penuh pada siasatan yang dijalankan.

Dalam pada itu katanya, bergantung pada hasil siasatan suruhanjaya itu beliau berhak saman fitnah terhadap Barry Wain, Lim Kit Siang dan portal berita internet Malaysiakini.com untuk satu jumlah yang ditentukan kemudian.-22/12/2009


Doa Syeikh Wahbah Buat Anwar Ibrahim

By Anwar Ibrahim

Beruntungnya kami sekeluarga kerana minggu ini dirahmati dengan kunjungan dua orang ulama tersohor; Syeikh Yusuf al Qaradawi dan Syeikh Wahbah al Zuhaili, ulama asal Syiria. Syeikh Wahbah, pengarang tafsir Al Munir yang terkenal itu, mendoakan saya dan pendokong keadilan lainnya untuk terus istiqamah dengan perjuangan bagi membawa kemaslahatan buat rakyat keseluruhannya.

Ujian terhadap mereka yang ingin melawan kebatilan sebenarnya dirasai malah dikongsi oleh para pendokong kebenaran baik dari timur hingga ke barat. Beliau malah menyeru agar terus bermuafakat dan bekerjasama untuk mengembalikan negara ini ke haluan asalnya; agar rakyat merdeka dari kebobrokan.

Syeikh Wahbah menukilkan pesanan Syeikh Rashid Redha buat renungan hadirin sekalian agar bekerjasama di atas apa yang kita sepakati dan meminggirkan apa yang kita perselisihkan. Saya sangat menghargai keperihatinan beliau terhadap fitnah yang menimpa. Syeikh Wahbah bertegas agar fitnah terhadap saya ditentang habis-habisan. Pesan beliau seseorang muslim itu bersaudara dengan muslim yang lain maka perteguhkan lah tekad demi membenam kebejatan yang mendatang.

Nabi Yusuf a.s dijadikan iktibar kerana baginda menjadi mangsa fitnah namun tetap beriltizam membuktikan kebenaran dan menyampaikan yang hak. Syeikh Wahbah menasihati bahawasanya ujian fitnah itu, insyaallah akan menjadi pelantar buat kita melonjak lebih jauh demi kesejahteraan negara yang dicintai. Di akhir majlis, beliau pohon hadirin bersama menunaikan solat hajat khas – membebaskan saya dari penindasan dan mengangkat ke tempat sewajarnya.

ANWAR IBRAHIM


ZAID IBRAHIM MENULIS

KEADILAN, KEBAJIKAN DAN KEBEBASAN


ASAS PAKATAN RAKYAT


Saya minta maaf kerana telah sebulan tidak menulis. Maklumlah agak sibuk sedikit termasuklah menunaikan ibadah Haji di Makkah baru-baru ini. Alhamdullilah, semua kerja ibadat telah selesai. Malah sempurna juga kerja menjayakan Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama pada Sabtu lepas. Inilah perkara yang saya ingin huraikan hari ini.

Kejayaan konvesyen itu memang tidak boleh dinafikan. Sudah tentu UMNO dan media miliknya akan terus memperlekehkan usaha murni kita dan mengatakan itu semua cakap-cakap kosong sahaja dan tidak boleh dilaksanakan. Ada pula yang berkata, tidak ada perkara baru yang diketengahkan. Ada pula menuduh PAS menggadaikan perjuangan Islamnya. Inilah cara mereka yang biasa kita dengar; merendah-rendah, menghina dan menidakkan usaha baik orang lain. Malahan, mereka juga tidak malu mengaku bahawa mereka ini menghayati ajaran dan amalan Islam.

Yang paling ketara dan jelas ialah Pakatan Rakyat; DAP, KeAdilan dan PAS, telahpun sebulat suara bersatu untuk berpegang teguh kepada empat perkara pokok – menolak dasar perkauman dalam politik tanah air; menegakkan unsur demokrasi, keadilan dan keluhuran undang-undang selari dengan kehendak agama dan kepercayaan kita; merencana dasar ekonomi yang telus dan mengira kepentingan rakyat; dan menolak rasuah serta kerakusan kuasa. Ini adalah paradigma baru dalam politik negara.

Apa yang bakal menjadi cabaran kepada kita bukanlah menangani dakyah UMNO (walaupun ini memang perlu dilakukan) tetapi seperti kata Pemuda PAS, kita jangan jadikan konvesyen itu sebagai satu kejayaan satu hari sahaja. Ia perlu disusuli dengan kegiatan bersama dalam usaha bersungguh meyakinkan rakyat bahawa kita akan laksanakan janji tersebut. Kita perlu menunjukkan kepada rakyat bahawa kita membawa mesej serta fahaman politik yang berbeza.

Orang-orang Cina dalam Pakatan Rakyat mestilah menunjukkan bahawa kita bukan hanya mementingkan isu orang-orang Cina. Orang-orang India bukan sahaja memperjuangkan isu sekolah Tamil. Orang-orang Melayu pula tidak harus terus-terusan memperkatakan tentang kelemahan mereka serta meminta pertolongan ekonomi. Kita dalam Pakatan Rakyat mestilah memperjuangkan semua isu dan kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Kita mesti mengembalikan maruah kepada perjuangan politik Malaysia. Kita perlu buktikan muafakat sejati di antara kaum. Kita perlu menjalankan pentadbiran negeri serta negara yang adil dan saksama. Inilah sebenarnya cabaran yang menanti kita semua.

Perkembangan dunia hari ini akan membawa perubahan nilai di negara kita. Usaha-usaha meningkatkan kedudukan ekonomi dan taraf hidup mesti dibawa bersama dengan hak-hak keadilan, demokrasi dan kebebasan. Nilai inilah yang berpihak kepada kita.

Jika kita kuat berkerja, hasilnya juga lumayan. Tetapi bukanlah untuk orang-orang politik mendapat kuasa. Lebih penting hasil ini adalah untuk rakyat menikmati pembaharuan yang kita perjuangkan. Kita bukanlah mahu berubah semata-mata untuk perubahan. Tetapi kita berubah untuk menjadikan negara dan masyarakat kita berada di tahap lebih baik.

Dalam hal ini, saya amat yakin bahawa semakin ramai orang-orang Melayu Islam telah menyedari bahawa masyarakat yang bersih dari rasuah, penyelewengan dan korupsi merupakan tuntutan utama dalam Islam. Apa jua label atau slogan yang dilaung-laungkan tidak akan sama apabila dibandingkan dengan amalan sebenar yang berteraskan nila-nilai murni yang dituntut. Itu adalah Islam sebenar dan bukanlah hanya bercakap pasal hal-hal Islam. Inilah juga merupakan teras empat perkara pokok yang mahu diperjuangkan atas nama Pakatan Rakyat.

Tiga Perkara Yang Merosakkan PAS

Penulis Tamu - Zolkharnain Abidin

Konvensyen Pakatan Rakyat yang memperuntukkan secara jelas polisi negara termasuk kedudukan Islam dan bahasa Melayu sekiranya berkuasa, menjadikan Umno sawan. Tanpa segan silu, Umno bersedia menjadi ‘penasihat’ PAS supaya tidak menggadai prinsip perjuangan. Macamlah perjuangan Umno punya prinsip…!

PAS bukan parti kebangsaan songsang dan sempit macam Umno. Semenjak tahun 1990 sampai sekarang orang Melayu Kelantan terus dianaktirikan oleh Umno. Hanya kerana di sana PAS berkerajaan. Orang Melayu di negeri Umno berkerajaan juga tidak kemana pun.

Di Pulau Pinang, Umno sibuk untuk mengambil kerusi pengerusi BN negeri. Umno nak buat apa dengan jawatan itu? Nak bela Melayu Pulau Pinang? Melayu di Terengganu, negeri terkaya itu pun Umno tidak terbela, inikan pula Melayu Pulau Pinang.

Justeru, PAS tidak boleh mengikuti jejak Umno. Jejak yang memusnahkan, bukan sekadar masa depan PAS tetapi masa depan kepada harapan rakyat Malaysia.

Pertama, PAS tidak boleh menjadikan agenda Melayu sebagai asas perjuangannya, seperti Umno. Apabila PAS dapat tegak dengan prinsip keadilan dan kesaksamaan, pasti tiada yang terpinggir dan teraniaya, baik Melayu atau sesiapa sahaja.

Keadilan melangkaui batas bangsa. Teras kepada keadilan ialah memulangkan hak kepada yang berhak. Orang Melayu ada haknya, sama seperti orang lain. Bukan membela namanya, apabila pembelaan itu dilakukan atas nama bangsa dengan mengenepikan nilai-nilai keadilan sejagat.

Paksi PAS adalah keadilan dan keadilan juga adalah paksi Islam.

Kedua, PAS tidak boleh bekerjasama dengan Umno. Mana mungkin PAS bekerjasama dengan parti yang memijak mahkamah, memperkosa sistem demokrasi, melontar jauh-jauh kemanusiaan rakyat.

Institusi utama negara yang mana satu yang tidak pernah dinodai oleh Umno? Sebut sahaja; SPR, SPRM, polis, mahkamah, parlimen atau mufti?

Negara ini hanya mampu menjadi baik apabila dikendali oleh golongan yang menjulang keadilan.

Benar, parti-parti sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat ada kelemahan dan kesilapan masing-masing. Namun kelemahan dan kesilapan mereka tetap ada batas sempadannya. Memang ada masanya mereka bercakap ‘lepas’, tetapi mereka tidak pernah menzalimi orang lain.

‘Say no to Umno’.

Ketiga, PAS tidak boleh curang terhadap Pakatan Rakyat. Dalam ungkapan lain, kesetiaan PAS terhadap Pakatan Rakyat tidak boleh berbelah bagi.

Belum pernah berlaku dalam sejarah PAS, satu persetiaan yang harmonis terjalin seperti persetiaan yang terhasil semasa konvensyen yang lalu. Akui Anwar, BN sendiri tidak mempunyai dokumen persetiaan dasar seperti yang dimiliki Pakatan Rakyat.

Persetiaan itu bukan sekadar helaian kertas, tetapi persetiaan yang tersimpul harapan rakyat. Mencabuli persetiaan itu sama seperti mencabuli harapan mereka.

Agenda Melayu, bekerjasama dengan Umno dan curang dalam persetiaan dalam Pakatan pasti meruntuhkan PAS. Kita yakin, itu tidak akan berlaku kini dan akan datang juga.

Pakatan Rakyat semakin hampir ke Putrajaya

Mohd Rashidi Hasan
Mohd Rashidi Hassan rashidi@harakah.net.my

SESIAPA sahaja yang berkesempatan untuk menghadiri Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat yang diadakan di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam, 19 Disember 2009 akan berasa amat teruja.

Teruja kerana mereka merupakan sebahagian daripada pencetus kematangan politik baru, pencetus sejarah politik baru dalam sejarah Malaysia moden.

Buat pertamakalinya ketiga-tiga parti terdiri daripada PAS, KeADILan dan DAP, bersatu tenaga dan bersatu hati menghasilkan persefahaman politik, iaitu muafakat baru untuk Malaysia.

Konvensyen pertama ini menjadi platform yang amat penting bagi Pakatan Rakyat, menganjak ke suatu paradigma baru dalam politik negara.

Ia merupakan suatu penanda aras yang penting iaitu Pakatan Rakyat, dengan kesepaduan yang amat kukuh, sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Barisan Nasional.

Natijah daripada Konvensyen juga menunjukkan dengan jelas bahawa Pakatan Rakyat berada pada tahap yang sangat kukuh dan meyakinkan, sedia mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan daripada BN.

Kesediaan Pakatan Rakyat bukan sehingga PRU ke-13 sahaja, namun Pakatan Rakyat sudah bersedia memikul amanah menerajui negara, jika ditakdirkan BN sudah tidak berupaya lagi mempertahankan majoritinya dalam Dewan Rakyat.

Ketidakupayaan BN semakin terserlah, mereka bukan sekadar tidak mampu mentabdir negara dengan baik, gagal menstabilkan ekonomi negara, gagal menstabilkan perpaduan kaum dan agama, serta yang paling penting, Umno-BN gagal mengawal perpecahan dalam parti-parti komponen mereka.

Disaat Pakatan Rakyat difitnah dengan pelbagai tohmahan dan adu domba, Pakatan Rakyat tampil dengan kesepaduan yang jitu, sedangkan mereka (Umno-BN) berada dalam keadaan caca merba dan kekalutan.

Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat ini bakal menghasilkan impak besar dalam politik negara. Ianya pada penganalisis politik, amat-amat membimbangkan BN, kerana sehingga kini Umno terus busuk sampai ke usus, MCA seperti tongkang pecah, MIC sudah karam dan Gerakan sudah pupus.

Manakala PAS, KeADILan dan DAP yang selama ini dituduh 'tidur sebantal, mimpi lain-lain', dengan penuh kerendahan hati, berjaya menghakis perbezaan antara satu sama lain, demi masa depan yang cemerlang untuk rakyat Malaysia.

Di Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat, pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti menunjukkan kematangan berpolitik yang amat tinggi.

Secara terbuka, masing-masing mengakui wujudnya perbezaan dan pernah melalui perselisihan. Namun semuanya secara terbuka mengakui berlapang dada, menerima hakikat bahawa rakyat perlukan suatu front politik yang kukuh dan stabil untuk menggantikan BN.

Khususnya bagi PAS dan DAP, perselisihan dan perbezaan sudah berjaya dikuburkan, semata-mata kerana kematangan pemimpin melihat, ada suatu agenda yang besar di hadapan mereka, iaitu mencapai satu titik kebersamaan untuk menumbangkan BN.

Kesepakatan yang dicapai dalam konvensyen di MBSA amat menerujakan. Rakyat dari kalangan berbilang agama, kaum, bahasa, warna kulit hadir berduyun-duyun menyatakan sokongan padu kepada semua parti dalam Pakatan Rakyat.

Dalam Pakatan Rakyat sudah tidak wujud kejangalan. Kejangalan sudah dihapuskan. Perseteruan antara pemimpin tidak wujud sama sekali. Siapa boleh menjangkakan Karpal Singh, yang dilabel 'Singa DAP' boleh duduk diapit Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang?

Kedua-dua pemimpin PAS itu berbual dengan penuh mesra dengan Karpal. Mereka bangun tanda hormat tatkala Karpal (yang berkerusi roda) hendak berucap dan walaupun bertongkat Tuan Guru Nik Aziz menyantuni, dengan memegang tangan Karpal memimpinnya duduk bersebelahan beliau dan Ustaz Hadi.

Di dalam dewan konvensyen semua pemimpin PAS, KeADILan dan DAP duduk berselang seli tanpa membentuk kelompok yang berasingan.

Anda akan melihat individu yang memakai pelbagai warna baju, bendera, kaum atau pakaian keagamaan, duduk bersama-sama dalam suatu kelompok.

Bendera hijau PAS, biru KeADILan dan merah DAP disusun bersekali melambangkan kesepaduan.

Malah dalam ucapan penutupnya, Tuan Guru Nik Aziz sempat berseloroh, dengan katanya, "Di dada Karpal ada bulan (jaket hitam dengan lambang semua parti)," disambut tepukan gemuruh semua perwakilan konvensyen.

Jelas, jika anda menghadiri konvensyen Pakatan Rakyat, anda sendiri akan memperakui bahawa inilah dia Satu Malaysia yang sebenarnya (A true One Malaysia). Ia bukan seperti retorik Umno-BN. Ia adalah realistik yang dihasilkan daripada kesepaduan pelbagai parti dalam Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat berjaya menghapuskan ketidakseimbangan kaum, mengetepikan perbezaan agama dan warna kulit. Malah yang paling penting, seluruh rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat, tidak langsung mempunyai kebimbangan atau ketakutan.

Tiada fitnah dan tohmahan yang mampu merosakkan persepsi rakyat terhadap PAS, KeADILan dan DAP lagi.

Selepas PRU ke-12, 8 Mac lepas berjaya mencetuskan suatu anjakan besar dalam politik negara, momentum penolakan rakyat terhadap BN, seumpama suatu arus besar yang disifatkan sebagai 'tsunami' politik yang sudah tidak mampu ditahan Umno-BN.

Dengan kemelut besar yang ada dalam komponen BN, mereka sudah tidak mampu lagi untuk mempertahankan kedudukan mereka di persada politik negara.

Umno, MCA, MIC dan Gerakan harus bersedia menerima hakikat bahawa masa depan mereka sudah semakin kabur. Politik cara mereka sudah ditelan zaman. Pendekatan mereka sudah tidak relevan sama sekali.

Seluruh pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat harus mengambil tarikh konvensyen ini sebagai titik mula, bekerja dengan lebih kuat dan bersungguh-sungguh, membuktikan komitmen Pakatan Rakyat kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hakikatnya Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat, membawa PAS, KeADILan dan DAP, semakin hampir ke Putrajaya.

KHUTBAH JUMAAT 25/12/2009

HIJRATURRASUL DAN DAULAH ISLAMIAH


السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Janganlah kita hanya tahu mendengar sahaja perkataan taqwa serta menyebutnya sedangkan ia tidak menyerap ke dalam sanubari kita . Hitunglah diri kita setiap masa samada semakin hampir kepada Allah atau sebaliknya. Adakah amalan soleh kita semakin meningkat atau pun menurun….

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 30 surah al-A’raf

وإذ يمكر بك الذين كفروا ليثبتوك أو يقتلوك أو يخرجوك ويمكرون ويمكر الله والله خير المكرين .

Maksudnya : Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (quraisy) memifirkan sedaya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu atau pun mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya.

Hari ini genaplah 8 hari kita berada di tahun baru 1431 hijrah dan lusa merupakan hari Asyura di mana kita disunatkan berpuasa. Kedatangan Muharram bukan sahaja mengingatkan kita kepada peristiwa Hijrah tetapi turut mengimbas kembali kepada tiga peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu pada 10 Muharram merupakan hari diselamatkan nabi Musa a.s dan pengikut setia daripada musuh mereka Fir’aun di mana Fir’aun dan bala tenteranya ditenggelamkan oleh Allah di dalam Laut Merah.

Pada awal Muharram pula mengingatkan kita bagaimana Sayyidina Umar al-Khottab menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas cedera parah ditikam oleh Abu Lu’luah seorang Majusi dan pada 10 Muharram juga merakamkan satu lagi peristiwa yang begitu sedih iaitu terbunuhnya Sayyidina Husin bin Ali iaitu cucu Rasulullah s.a.w di Karbala. Cucu yang dibelai dan dimanjakan oleh Rasulullah s.a.w ini bukan sahaja dibunuh bersama dengan ahli keluarganya yang lain malah Syiah Kufah yang menjadi dalang kepada pembunuhan ini telah memenggalkan kepada cucu Rasulullah s.a.w yang mulia ini tanpa belas kasihan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Belum terlewat untuk kita sama-sama merenung beberapa pengajaran dan juga hikmat daripada penghijrahan Rasulullah s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah bagi mendirikan Daulah Islamiah yang menjamin Islam mampu dilaksanakan dalam setiap aspek kehidupan bukannya pada sudut ibadat khusus seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji sahaja. Pemilihan Kota Madinah yang dulu dikenali sebagai Yathrib merupakan satu wahyu bukannya hasil daripada kehendak Rasulullah s.a.w sendiri.

Antara hikmat yang memerlukan kepada berlakunya penghijrahan ini adalah bagi mematahkan tohmahan musuh Islam bahawa nabi Muhammad s.a.w bukanlah seorang yang mulia malah baginda dimuliakan oleh Mekah itu sendiri yang merupakan kota yang telah didoakan oleh nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail agar diberkati dan dirahmati oleh Allah. Oleh itu bagi menafikan dakwaan yang sesat ini maka Rasulullah s.a.w perlu berhijrah ke Madinah lalu apabila berada di sana Rasulullah s.a.w telah berdoa agar Madinah diberkati dan dirahmati sebagaimana Allah merahmati dan memberkati bumi Mekah. Sehingga sekarang bumi Madinah di mana merupakan tempat disemadikan jasad Rasulullah s.a.w terus dilimpahi rahmat dan berkat yang menunjukkan bahawa diri Rasulullah s.a.w itu sendiri mempunyai kemuliaan sebagai rasul akhir zaman.

Sidang Jumaat yang dihormati

Jika penghijrahan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ke Madinah hanya semata-mata mahu lari daripada disiksa dan dihina maka cukup sekadar umat Islam berhijrah ke Habsyah sebagaimana sebelum ini. Ini menunjukkan kepada kita bahawa penghijrahan ini mempunyai misi dan matlamatnya yang lebih besar iaitu terdirinya Daulah Islamiah.

Ini dapat kita lihat kepada beberapa perancangan dan strategi sebelum hijrah dan semasa hijrah yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Sebelum diperintahkan oleh Allah supaya berhijrah, Rasulullah s.a.w telah melakukan bai’ah janji setia dengan penduduk Madinah yang datang ke Mekah. Bai’ah ini dilakukan 2 kali yang di namakan bai’ah Aqabah pertama dan kedua. Di dalam bai’ah taat setia ini terutama bai’ah yang kedua telah disentuh masalah jihad dan jaminan keselamatan terhadap diri Rasulullah s.a.w apabila berhijrah nanti.Kemudian baginda telah menghantar Mus’aib bin Umair bagi mengajar al-Quran dan berdakwah di samping melantikan naqib-naqib daripada kalangan wakil daripada Madinah itu sendiri untuk tujuan dakwah. Inilah antara perancangan yang rapi sebelum berlakunya hijrah.

Perancangan yang dilakukan semasa proses hijrah pula bagaimana Rasulullah s.a.w keluar berhijrah pada malam hari disamping telah membahagi tugas-tugas yang penting kepada setiap individu yang dipercayai mengikut kemampuan mereka di mana Sayyidina Ali diminta agar tidur ditempat tidur Rasulullah s.a.w dan menyerahkan semula harta-harta orang kafir yang dimanahkan kepada baginda sebelum ini. Inilah ia sifat orang kafir yang meyakini kejujuran Rasulullah s.a.w sehingga barangan mereka disimpan di rumah baginda tetapi mereka tidak percaya baginda sebagai nabi. Begitulah juga yang berlaku pada kita hari ini di mana ramai yang mempercayai kejujuran para ulama’ tetapi masih was-was tentang kelayakan ulama’ sebagai pemimpin.

Disamping itu baginda juga telah menyuruh agar pembantu Sayyidina Abu Bakar iaitu ‘Amir bin Fuhairah agar menjaga kambing sekitar kawasan gua Thur tempat Rasulullah s.a.w bersembunyi supaya kesan tapak kaki mereka berdua dapat dihilangkan. Manakala Asma binte Abu Bakar pula bertugas untuk menghantar makanan sepanjang mereka berdua berada di dalam gua tersebut. Manakala Abdullah bin Abu Bakar ditugaskan untuk mencari maklumat terbaru yang berlaklu di kalangan kafir Quraisy tentang usaha mereka untuk menagkap Rasulullah s.a.w. Sepanjang hijrah juga mereka berdua menggunakan jalan yang lain daripada kebiasannya sehingga terpaksa mengupah seorang kafir yang diyakini amanahnya yang bernama Abdullah bin ‘Uraiqit bagi memandu perjalanan mereka ke Madinah. Ini menunjukkan kepada kita bahawa kita boleh meminta pertolongan daripada orang bukan Islam selagimana ia tidak membantut pelaksanaan Islam itu sendiri.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Melihat kepada perancangan dan strategi yang diatur ini maka lebih meyakinkan kita bagaimana penghijrahan nabi ke Madinah bukan semata-mata untuk berdakwah dan kemudahan untuk beribadat tetapi untuk mendirikan Daulah Islamiah yang membolehkan Islam menjadi pemerintah. Jika sekadar untuk berdakwah maka Rasulullah s.a.w tidak perlu membuat perancangan yang begitu rapi dan tersusun malah apabila tiba di sana masyakat Madinah telah mempunyai calon pemimpinnya yang tersendiri iaitu Abdullah bin Ubai. Jika kedatangan Rasulullah s.a.w bukan untuk mendirikan Daulah Islamiah maka tidak perlu baginda menjadi pemimpin sebaliknya cukup sekadar melantik Abdullah bin Ubai sebagai pemimpin Madinah dan baginda sendiri bertindak sebagai pendakwah atau orang yang bertanggungjawab dalam kementerian agama yang ditubuh.

Dan jika dikatakan bahawa Rasullah s.a.w berjaya menjadi pemimpin kerana atas nasib semata-mata sedangkan kedudukan itu bukanlah penting untuk penyebaran dan pelaksanaan Islam maka Rasulullah s.a.w tidak perlu berhijrah tetapi cukup sekadar berada di Mekah dan menerima tawaran untuk menjadi raja Mekah dengan syarat tidak melaksanakan Islam sebagaimana yang ditawarkan oleh pemimpin kafir Quraisy. Apa yang kita lihat daripada peristiwa hijrah ini bermula dengan perancangan dan pelaksanaannya menunjukkan kepada kita bahawa politik dan pemerintah serta kewajipan mendirikan daulah Islamiah yang memastikan Islam terlaksana sepenuhnya merupakan perkara yang terlibat dengan aqidah bukannya perkara main-main.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah

Firman Allah dalam ayat 111 surah Hud

واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا واذكروا نعمت الله عليكم إذ كنتم أعداء فألف بين قلوبكم فأصبحتم بنعمته إخوانا وكنتم على شفا حفرة من النار فأنقذكم منها كذلك يبين الله لكم آيته لعلكم تهتدون.


Maksudnya : Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (Islam) dan janganlah kamu bercerai berai. Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu(masa jahiliah) bermusuh-musuhan maka Allah menyatukan hati-hati kamu lalu menjadi kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara. Dan kamu telah berada di tepi jurang neraka lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Ini Dia MB jantan BN..!!!

Keberanian Ahmad Said akan selamatkan negara

http://cetusan-hati.blogspot.com/

Saya terpegun dengan keberanian MB Terengganu.

Saman Kerajaan Terengganu yang difailkan ke atas Petronas untut menuntut bayaran royalti tak akan ditarik balik. Saman itu difailkan oleh Kerajaan PAS dulu.

Bayaran royalti hendaklah dibuat kepada Kerajaan Negeri secara langsung. Bahkan sebahagian wang royalti yang telah digunakan oleh Kerajaan Pusat sejak tahun 2000 dituntut semula. Ia berjumlah RM 2.79 billion mengikut kiraan Kerajaan Terengganu dan Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kewangan telah akur pada tuntutan Kerajaan Negeri.

Jumlah sahaja yang berbeza. Dari segi konsep, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan sendiri telah bersetuju wang itu mesti dipulangkan semula. Jumlah yang dipersetujui dipulangkan ialah RM 1.686. Bakinya minta 'dihalalkan'.

Ahmad Said berkeras jumlah penuh RM 2.79 billion mesti dipulangkan.

Tidak mudah bagi seorang MB yang sama parti dengan PM dan Kerajaan Pusat mempunyai pendirian yang demikian jelas berbeza. Ahmad Said berani tidak bersetuju dengan Kerajaan Pusat.

Ahmad Said berani mengekalkan pendirian Kerajaan Terengganu bahawa royalti adalah royalti dan ia tidak boleh 'dicuri' sebahagian untuk digunapakai sebagai wang ehsan.

Dalam keadaan biasa, PM boleh menukar MB seperti itu. Namun, Ahmad Said berani angkat kepala dan berkata tidak.

Ahmad Said dengan bijaknya menggunakan flatform Sidang DUN untuk menyatakan pendirian Kerajaan Terengganu dalam isu ini. Ia pernyataan terbuka. Ulasannya terperinci. Tuntutan-tuntutan Terengganu adalah jelas.

Kita boleh memahami tuntutan Ahmad Said itu disokong oleh kehendak sebenar undang-undang. Kerana itu Ahmad Said boleh bertegas dan Kementerian Kewangan terpaksa akur. Dari segi politik, Ahmad Said sanggup menanggung risiko.

Implikasi keberanian dan ketegasan Ahmad Said itu sangat meluas dan besar kesannya.

Dakwaan Kerajaan Pusat bahawa Terengganu sama seperti Kelantan, tidak layak mendapatkan royalti, tertolak dengan begitu jelas.

Kalau Terengganu telah dibayar royalti sampai sekarang, cuma jumlahnya sahaja yang dipertikaikan, Kelantan dengan sendirinya juga layak! Kerajaan Pusat tidak dapat berbohong lagi.

Kedua, dari segi akaunting, memang jelas bermasalah dan dalam jangka panjang akan membebankan Kerajaan Pusat. Segala perberlanjaan atas nama wang ehsan tidak dikira telah menyelesaikan masalah. Kerajaan Pusat terpaksa dua kali berbelanja.

Royalti tetap perlu dijelaskan dan segala perbelanjaan atas nama wang ehsan dikira hangus begitu sahaja.

Apa untungnya untuk Kerajaan Pusat berbuat demikian? Kehendak perjanjian dan undang-undang akhirnya akan memerangkap Kerajaan Pusat.

Terengganu sekarang sebaris dengan Kelantan - agenda perjuangan yang sama dalam isu ini, berdepan kerenah Kerajaan Pusat yang sama. Kerajaan Pusat yang telah meletakkan perhitungan politik jangka pendek mengatasi kewajipan undang-undang.

Nampaknya, Kelantan telah mendapat teman yang banyak akan membantu. Mustajabnya permintaan dalam solat hajat kadang-kadang datang dalam bentuk yang berbagai-bagai. Saya merasa amat bersyukur.

Tentunya saya berterima kasih kepada YB Dato' Seri Presiden PAS yang telah mengemukakan pertanyaan sehinggan membolehkan Ahmad Said memberikan penjelasan.

Terima kasih juga pada NST dan Sinar Harian , antara media (setahu saya) yang melaporkan isu ini hari ini.

Khamis, 24 Disember 2009

BOWLING PIALA YDP PAS PUTRAJAYA

Assalamualaikum.

Lajnah Kebajikan & lajnah Ekonomi PAS kawasan Putrajaya akan menganjurkan perlawanan Bowling (Berpasukan & Individu) Amal 2009 Piala YDP pada 26hb. Disember 2009. Selain daripada Ahli-Ahli dan penyokong PAS kawasan ia juga turut melibatkan ahli-ahli UMNO dan para remaja di sekitar Putrajaya.

Penganjuran event tersebut adalah bertujuan untuk mengeratkan Silaturrahim antara ahli dan penyokong PAS serta masyarakat setempat, di samping beramal mengutip dana PAS kawasan.

Sehubungan dengan itu adalah diharapkan kerjasama dan sokongan daripada ahli dan masyarakat Putrajaya untuk menjayakan event tersebut dengan menghantar sekurang-kurang satu pasukan terdiri daripada 3 orang dengan Yuran RM30.00 seorang @ RM90.00 satu kumpulan. Sehingga hari ini 15 kumpulan telah pun mendaftarkan kumpulan mereka. Penyertaan masih lagi dibuka sehingga esok (Jumaat).

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang bolehlah berbuat demikian dengan mendepositkan sumbangan anda ke Ac. BIMB cawangan Putrajaya No. Acc. 16018010007602 atas nama PAS kawasan Putrajaya.

Sila berhubung lanjut dengan Ustaz Nazir 013-2413438 atau Sdr Zubair 012-3938491 dengan seberapa segera. Dijangka perasmian penutup serta pemberian hadiah kepada pemenang akan dilakukan ole Bendahari PAS Pusat YB. Dr Hatta Ramli.



Teruknya Kedah, Nak Solat Pun Payah!!!

## Menteri Besaq ngan EKSPO2 DoK BUAT gHEJA aPA...dOK CAKAP PANDAI LAgI kA.dOK sEGHONOK nGAN PANgKAT DATO sERI, DATO LAGI KA...

hAMPA KENA INGAT KALAU KALAH pru13 ESOK, kESIAN HAT LAPIH mUDA NAK WAK PENAIK paS BALIK 20-30 TAHUN LAGI.... pUN tAK TEnTU


Nampak pili saja besar....tapi air tak dak!!!

Selain dari musim kenduri di bulan Disember ini, sekarang ini juga musim kemarau di banyak negeri, termasuk negeri-negeri di utara Semenanjung. Di Kedah misalnya, sudah beberapa minggu ini tiada hujan langsung. Jika pun ada sesekali hujan, ia turun sekejap saja, rumput pun tak sempat basah.

Selain dari musim kenduri dan musim kemarau, di Kedah juga kini musim tidak ada air. Tidak ada air bukan setakat di satu dua tempat, tapi di banyak tempat. Dari Sik hingga Kota Setar, dari Baling hingga Pokok Sena, masalah air tetap jadi bualan. Apa lagi, kini musim kenduri, sembang-sembang mengenai masalah air itu sering diperbualkan. Cuma masalah air ini tidak sama mengikut tempatnya. Ada tempat air tidak ada langsung, ada tempat yang air turun setitik setitik...macam kencing orang tua yang menghadapi masalah prostat, ada pula tempat yang air kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada.

Kelmarin kebetulan saya tertonton berita tengahari di RTM 1 mengenai masalah ketiadaan air di Kedah. Siaran berita RTM itu menyiarkan antara lain tentang keluhan rakyat yang sukar mendapat air di Kedah ini. Antara yang diwawancara RTM ialah seorang lelaki warga emas dan seorang wanita, juga warga emas. Yang sedihnya, kedua-duanya menyatakan hendak ambil air sembahyang pun susah kerana tidak ada air. Malah wanita warga emas itu berkata dia tidak dapat solat kerana tidak ada air, manakala si-lelakinya pula berkata dia solat 'ikut dan saja'.

Kalau sudah sampai peringkat tidak boleh solat, ia bukan lagi masalah main-main. Ia masalah yang sangat serius! Cuma yang peliknya, mengapa kejadian tidak boleh solat itu berlaku di negara monsun tropika seperti Malaysia yang taburan hujannya agak tinggi ini? Di negara-negara Arab yang kering kontang itu, tidak pernah dengar rakyatnya mengeluh sukar hendak bersolat, tapi di negara kita yang tidak pernah putus sumber air asli ini warganya mengeluh tidak dapat solat kerana tiada air!

Kesian pak cik dan mak cik itu kerana tidak dapat solat kerana ketiadaan air. Lebih kesian kerana wartawan yang mewawancara kedua warga tua itu tidak teringat untuk bertanya dua warga emas itu sama ada mereka sedar atau tidak , jika sudah tiada air langsung mereka juga boleh berwuduk menerusi tayamum. Mungkin wartawan itu terlupa menanyakan soalan itu atau dia fikir mencari debu suci bagi mengerjakan tayamum juga sukar diperolehi di Kedah ini?

Apapun, bagi orang luar yang tertonton siaran berita itu mungkin terdetik dibenak mereka: Teruknya Kedah, nak solat pun susah!!!

http://pendikargunung.blogspot.com/


Lepas banjir sawah kering pula

YB! Suruh Pak Tani Kita Tu Bayaq Zakat Bagi leklok,

jangan dok Tepok Pungkoq Lori saja.

Pangge Ustaz-Ustaz Ngajaq Balik macam Dulu-Dulu....


PKWR Kubang Rotan

Pagi tadi selepas dihubungi oleh pesawah di kawasan Kubang Rotan mengenai masalah air di sawah padi mereka, saya bersama 2 Ketua Kampong, Juruteknik MADA dan 2 orang Penghulu telah meninjau keadaan yang dilaporkan.

Petani sekitar kawasan berkenaan sangat perlukan air memandangkan padi mereka hampir bunting. Masalah air berlaku di atas beberapa sebab

1. Sistem saliran sedia ada kurang cekap terutamanya apabila kaedah tanam secara tabur terus.
2. Jadual penanaman yang tidak tepat.

3. Kerjasama dan timbangrasa diantara petani mesti ditingkatkan.

4. Banyak tandop rosak atau dirosakan.

5. Alhamdulillah tadi pihak MADA telah bersetuju untuk menyediakan sebuah pam untuk menyelesaikan masalah ini.

6. Pihak MADA juga dalam perancangan untuk membina sebuah terminal pam di Alor Melaka, untuk mengurangkan masalah ini untuk masa hadapan.

Semuga semua yang terlibat dapat bersabar dan berusaha keras dalam usaha yang mulia ini. Saya percaya dengan kerjasama semua pihak ditambah lagi dengan meningkat lagi amalan bertani secara sistemetik akan membuahkan hasil yang lebih baik.

'Mengapa bapa saya saja pertahan PAS?'

Jimadie Shah Othman

Anak menteri besar Kelantan Nik Amalina Nik Abdul Aziz mempersoalkan kenapa hanya bapanya sahaja yang bangun mempertahankan PAS sedangkan pemimpin yang lain didakwa bersikap membisu.

"Kenapa harus Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) saja yang bangun mempertahankan setiap apa yang berlaku. Bangunlah juga wahai pimpinan. Tunjukkanlah juga bahawa anda bersatu.

"Buktikan dengan tindakan. Jangan hanya (dengan) suara dari belakang yang anda juga menyanyangi Tok Guru, dan sudah tentu kerajaan Islam hari ini," tulis Nik Amalina dalam blognya hari ini.


Anak kesembilan mursyidul am PAS itu kini terheret sama dalam kontroversi kedudukan suaminya Abdul Ariffahmi Ab Rahman sebagai ketua pegawai eskekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) setelah mengulas perkara itu di blognya sebelum ini.

Sesetengah pihak beranggapan beberapa tulisan Nik Amalina itu, antaranya dengan mencabar seorang exco kerajaan negeri - dipercayai Datuk Husam Musa - meletakkan jawatan, telah memburukkan lagi kemelut dalam pentadbiran bapanya.

Kelmarin, ketua penerangan PAS Idris Ahmad dilaporkan berkata, Nik Amalina tidak seharusnya "membuka pekung di dada" dengan mendedahkan isu-isu melibatkan kepentingan parti di blog.

Menurutnya, banyak perkara yang melibatkan hal dalaman tidak bolehlah diceritakan kepada semua orang.

Menulis dalam blognya Seri Suri hari ini, Nik Amalina mempersoalkan sikap sesetengah pemimpin PAS yang tidak dinamakan, yang disifatkannya cepat melatah dan mahukan publisiti murahan ekoran kontroversi kes suaminya itu.

'Publisiti murahan'

"Kalau ada yang melatah, boleh kiranya saya berkata, semuanya mahukan publisiti murahan, sebagaimana yang saya dapat!

"Waktu sepatutnya buka mulut, semuanya bisu. Waktu sepatutnya bisu, apa yang anda semua telah buat?

"Jangan hanya pandai bercakap, 'sepatutnya begitu, sepatutnya begini,' tetapi bertindaklah," tulisnya dalam artikel terbaru berjudul "Kerana saya anak Nik Aziz" pagi tadi.

Berhubung isu "membuka pekung di dada", beliau dilihat cuba mempertahankan diri dengan mempersoalkan sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut.

"Saya yang dikatakan 'membuka pekung' parti agak menerima asakan terbuka daripada pelbagai pihak. Sejauh mana sebenarnya saya membuka pekung parti? Itulah yang saya cuba nilaikan.

"Berpadanankah dengan asakan yang saya terima? Adakah ia adil bagi saya? Apa pula pendirian pimpinan terhadap fitnah yang tersebar meluas? " soalnya.

Walaupun terdapat desakan berundur segera, Abdul Ariffahmi tetap dengan keputusannya untuk melepaskan jawatannya Mac depan.

Beliau memberitahu Malaysiakini, notis peletakan jawatannya telah diserahkan kepada Nik Aziz selaku pengerusi PMBK pagi tadi.

Dr Rosli Tunjuk Jalan Keluar Kepada Ariffahmi Dan Pemimpin Pas Yang Bermasalah

MISAIMERAH

Dalam berita harakahdaily yang bertajuk Lepas Jawatan Untuk Jaga Nama Baik Parti dilaporkan sebagai berikut;

Demi menjaga maruah serta nama baik parti, Dr Rosli Allani Abdul Kader hari ini melepaskan kesemua jawatannya dalam parti sama ada diperingkat negeri dan kawasan Kota Bharu berkuat kuasa serta merta.

Bekas Pegawai Khas kepada salah seorang anggota exco Kelantan itu telah melepaskan dua jawatan yang disandangnya, iaitu sebagai Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu.

Dr Rosli dalam sidang medianya memberitahu, walaupun beliau yakin berada dipihak yang benar, namun demi menjaga nama baik parti dan persepsi masyarakat ke atas PAS, beliau bersedia melepaskan jawatan berkenaan serta merta.

Pengumuman perletakan jawatannya itu dibuat memandangkan beliau tidak mahu parti Islam yang didokonginya itu dikaitkan dengan masaalah peribadi yang dihadapinya kini.-harakahdaily

Keberanian beliau dalam membuat keputusan yang drastik itu harus dipuji walaupun isunya adalah hal peribadi (menikah dua), peduli apa nak menikah berapa pun itu hak dia sebab kuota Allah Taaa bagi boleh menikah sampai empat . Kuota menikah ni bukan manusia bagi tapi Allah yang bagi. Bung Mohktar Ahli Parlimen Bn tu pun menikah dua tapi juga secara senyap-senyap, menikah pi la yang kalut kalau berzina atau bersekedudukkan tanpa nikah.

Dr Rosli juga secara tak langsung menunjuk jalan keluar kepada Ariffahmi yang amat liat nak lepas jawatan CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan walaupun dibabitkan dengan isu yang melanda beliau. Lagi lama dan lagi lambat nak lepas jawatan lagi banyak serangan dan fitnah akan melanda Tok Guru adakah Ariffahmi buat -buat tak faham akan hal itu?

"Walaupun saya yakin saya berada di pihak benar, demi menjaga nama baik, integriti dan persepsi masyarakat ke atas Pas khususnya untuk mengelakkan PAS dari turut dibabitkan dengan masalah peribadi saya, maka saya akan meletakkan kesemua jawatan saya dalam PAS berkuatkuasa serta merta," katanya dalam satu sidang akhbar di sini.-Bernama baca di sini

Mungkin Dr Rosli belajar daripada politik Jepun dan Korea Selatan yang kerap bertukar pemimpin namun negara-negara tersebut tetap maju dalam bidang industri. Negara mereka tidak bangkrap dan muflis walaupun pemimpin bersilih ganti. Ada skandal saja letak jawatan walaupun belum dibuktikan bersalah demi maruah dan jati diri. Tabik Dr Rosli!

Pemimpin-pemimpin Pas yang jadi kuda tua dan yang dituduh terlibat dengan skandal dalam gelap dengan Umno juga mesti belajar daripada Dr Rosli jika mereka ada maruah dan harga diri.

Rabu, 23 Disember 2009

RM 1 MALAYSIA NANTI I SAPU

(BN) Bini Najib, Rosmah Mansor (RM) enggan layan

'pembohongan, gosip' :

"Bukan RM600,000.00 BOHONG! Aku Nak 1 MALAYSIA!!!!!


Belum sempat soalan berhubung pemindahan wang RM600,000 secara tidak sah ke Dubai dikemukakan, sidang media isteri perdana menteri Rosmah Mansor terus ditamatkan.

Ketika Malaysiakini ingin mendapat penjelasan berhubung dakwaan wang itu disalurkan ke akaunnya Ogos tahun lalu, beliau terus memotong soalan tersebut dengan berkata:

"Saya kata (tanya) soalan berkaitan. Saya tidak mengulas gosip. Saya tidak mengulas pembohongan. Itu yang saya cakap tadi, kita mesti fokuskan pada isu yang lebih besar.

"Jika anda mahu berjaya, anda kena fokuskan pada isu yang lebih besar.

"Saya tahu anda mahu menjual surat khabar, tetapi marilah fokus pada isu yang lebih besar dan relevan yang boleh memberi manfaat kepada semua orang, semua rakyat Malaysia."

Soalan yang dikemukakan kepada Rosmah hanya berjaya disuarakan separuh sahaja, "saya (Malaysiakini) hendak tanya tuduhan pembangkang minggu lepas bahawa..."

Sidang media beliau diadakan selepas majlis penyerahan bantuan khas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada 10 NGO di sebuah hotel di Kuala Lumpur tengah hari ini.

Rosmah bagaimanapun selepas itu sempat bergurau dengan kumpulan wartawan di situ dengan berkata:

"Habis dah soalan? Dah kena sergah tidak ada dah soalan?"

Usikan itu disambut ketawa kecil daripada wakil-wakil NGO berkaitan pembangunan wanita dan komuniti yang hadir di majlis tersebut.

Hadir sama dalam program tersebut, menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Pada 17 Disember lalu, ahli parlimen Batu mendakwa, satu pihak - yang tidak dinamakan - membuat pemindahan wang itu kepada Rosmah melalui pengurup wang, yang kini dikenakan tindakan oleh Bank Negara Malaysia.

Tian Chua mendakwa wang tersebut "kemungkinan bagi membiayai urusan membeli-belah" isteri perdana menteri.

Dalam sidang sama, Shahrizat sebelum itu berharap Rosmah dapat membantu mejuarai isu berkaitan wanita, keluarga dan masyarakat dengan pemberian bantuan RM1.7 juta kepada kumpulan NGO berkenaan.

Menyambutya dengan penuh ceria dan berjenaka, Rosmah kemudian berkata:

"Bagaimanapun saya ada bos yang lebih besar di rumah. Tetapi saya rasa beliau (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak ada keberatan untuk memberikan persetujuan untuk saya menjuarai isu-isu wanita, keluarga masyarakat, terutama sekali kanak-kanak."

Rosmah juga mengingatkan wanita supaya tidak menukar kerajaan BN hari ini kerana mereka telah mendapat perhatian dan bernasib baik di negara ini.

"Saya di Singapura baru-baru ini telah memaparkan bagaimana kaum wanita di negara kita telah mendapat pencapaian yang tinggi.

"Dan saya kata, tidak payahlah tukar kerajaan. Inilah kerajaan yang telah banyak memberikan sokongan dan kerjasama terhadap berbagai-bagai isu."

Dalam satu sidang media di republik itu minggu lalu, Rosmah dilaporkan enggan memberikan jawapan berhubung beberapa pendedahan negatif terhadapnya.

Beliau menyifatkan semuanya itu tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan oleh musuh-musuh politiknya.

Tanpa menyebut tuduhan-tuduhan itu, ia dipercayai merujuk dakwaan di Internet bahawa Rosmah mempunyai kaitan dengan kehilangan penyiasat persendirian P Balasubramaniam.


KENYATAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

“MENTERI PERTAHANAN PERLU BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KES KECURIAN ENJIN JET PEJUANG TUDM”

(21 Disember 2009)

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius keatas kehilangan enjin pesawat pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia. Bagi DPPWP, kehilangan ini sukar diterima kerana kehilangan aset tentera ke tangan syarikat asing boleh dianggap sebagai kebocoran serius keselamatan negara.

AKU PUNYA !!!!!!!

DPPWP mempersoalkan bagaimana sistem keselamatan negara dengan mudah dicerobohi memandangkan aspek keselamatan di bawah kawalan tentera adalah sangat ketat dan sukar ditembusi. Bagaimana sekiranya nanti berlaku tawaran atau pujukan dari negara luar terhadap pegawai-pegawai tentera bagi mendapatkan dokumen sulit ketenteraan negara dan pegawai tersebut menyanggupinya, sudah pasti negara akan tergadai.

DPPWP turut merasa hairan mengapa baru sekarang Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan kecurian tersebut sedangkan ianya telah disedari sejak tahun 2007 lagi. Mengapa tiada tindakan seawal tahun 2007 terhadap pegawai tentera yang terlibat atau terhadap syarikat asing tersebut?

Menyalahkan pegawai bawahan semata-mata bukanlah jalan penyelesaiannya, ia ibarat melepaskan batuk ditangga. DPPWP menganggap individu yang patut dipersalahkan ialah pegawai tertinggi tentera serta Menteri Pertahanan sendiri, selain pegawai bawahan. Ini kerana kedaulatan atau keselamatan negara tidak boleh dijual beli dan harus dibayar dengan harga yang mahal sekiranya berlaku kecuaian daripada pihak kerajaan. Kealpaan serta sikap melepas diri seperti ini boleh mengundang padah kepada negara, andai ianya berlaku sekali lagi.

Justeru itu, DPPWP mendesak supaya siasatan terperinci perlu dilakukan dan kerajaan perlu mendedahkan siapa dalang disebalik penjualan enjin jet pejuang negara. Mengubah sistem inventori semata-mata tidak memadai, yang lebih penting ialah sikap pertanggungjawaban yang tinggi dari pihak Kementerian serta Menteri Pertahanan sendiri.

DPPWP mengharapkan aspek keselamatan negara dipandang serius dan paling utama dalam menentukan kemananan negara. Menteri Pertahanan perlu bertanggungjawab dalam hal ini supaya kes seumpama ini tidak berlaku lagi di masa akan datang.

Disediakan oleh

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan



Pas Kena Buat Hisbah Penilaian Terhadap Ahli Parlimen Pas, Adun Dan Exco

MISAIMERAH

Pas perlu buat kajian yang lebih mendalam atau menghisbah seluruh Ahli Parlimen Pas, Adun dan Exco Pas sebelum dan selepas menang pilihanraya pru-12 supaya nampak lebih telus dan bersih sebagai memenuhi dasar Pas yang menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai dasar Pas. Perkara berikut wajib di ambil kira;


Rumah Presiden PAS

1- Sebagai Ahli Parlimen berapa kekayaan yang mereka perolehi sebelum dan selepas menang pilihanraya. Jika jadi kaya selepas menang pilihanraya, daripada sumber mana kekayaan itu datang. Bagaimana mereka dapat perolehi rumah mewah dan kereta mewah sedangkan mereka hanya sebagai Ahli Parlimen sahaja.Jika sebelumnya mereka adalah ahli perniagaan itu boleh diterima tapi jika tidak ada apa-apa perniagaan setelah menang itu mesti disiasat. Jika tidak hanya umpama 'ketam mengajar anaknya berjalan betul'.

2-Sebagai Adun di peringkat negeri tanpa ada sebarang jawatan lain sebelum menang pilihanraya hanya orang biasa tapi tiba-tiba dah menang mampu hidup mewah itu juga boleh dipertikaikan hasil harta yang mereka perolehi.Mampu milik rumah ratusan ribu ringgit,,daripada sumber mana mereka perolehi.

Rumah Mursyidul Am

3-Begitu juga yang menjawat jawatan Exco sudah tentu ujiannnya lebih besar kerana mereka bertanggungjawab dalam meluluskan satu-satu projek di peringkat negeri. Adakah mereka ikut prosedur atau hanya sekadar meluluskan saja satu-satu projek kerana habuan besar sedang menunggu di belakang pintu. Jangan hanya mengutamakan kontraktor yang pro Umno dan jadi kasihan kepada mereka yang sudah 52 tahun membolot projek kerajaan negeri tapi menyisihkan kontraktor baru yang merupakan penyokong Pakatan Rakyat terutamanya di Selangor dan Kedah.

Kita sering diperdengarkan dengan sejarah Khalifah Abu Bakar As-Siddiq, Khalifah Umar Al-Khatab, Khalifah Osman ,Saidina Ali dan Khalifah Umar Abdul Aziz dalam pentadbiran dan pemerintahan yang dijadikan bahan kempen dalam ceramah tapi jika yang sebaliknya terjadi amat malang bagi Pas sebagai sebuah Parti Islam.


Rumah MB Kedah

Siapakah yang lebih telus dalam tiga parti utama Pakatan Rakyat dalam memerangi rasuah? Adakah Pas, Dap atau PKR..Dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Sabtu lepas ketiga-tiga parti itu istihar jihad perangi rasuah, semoga ianya akan jadi kenyataan dan bukan hanya khayalan semata-mata.

Rakyat yang sudah muak dengan Umno-bn hanya mahukan perubahan dalam pemerintahan negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat bukannya melihat Pakatan Rakyat dan Umno-bn sama saja dalam bab rasuah.

http://misaimerah.blogspot.com/



BANTUAN ANDA DIPERLUKAN...PANJANGKAN EMAIL INI

بسم الله الرحمن الرحيم


Keperihatinan anda diperlukan...

Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain. Semoga usaha kita ini mendapat limpah berkat dari Allah swt... Wassalam!

Setiap satu email yang anda fowardkan akan didermakan $0.01 kepada keluarga adik NURUL. Anak ini memerlukan keperihatinan kita semua...

Assalamualaikum/ Salam sejahtera,

Penulis sebagai mewakili ahli keluarga adik Nurul Aysha Safiya bt Samsulrizal( 4 tahun), merayu kepada sesiapa yang prihatin agar dapat membantu meringankan beban keluarga adik Nurul Adik Nurul baru saja selesai menjalani beberapa kali pembedahan penambahan tulang dibahagian leher akibat tulang leher patah (bukan akibat dari sebarang kemalangan atau penderaan tetapi oleh kerana tulang leher yang lembut & tidak mampu menampung berat kepalanya dan salah satu faktor adalah kanak-kanak istimewa -down sind ro m). Beliau kini terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan yang berharga RM40,000 tidak termasuk kos-kos sampingan (tiub untuk membuang kahak dan air kencing, generator untuk membantu alat penafasan ketika bekalan elektrik terputus).

Memandangkan kos-kos sampingan agak tinggi, diharapkan sumbangan anda serba sedikit dapat membantu meringankan beban keluarga beliau.

Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain. Setiap satu email yang anda fowardkan akan didermakan $0.01 kepada keluarga adik NURUL. Semoga usaha kita ini mendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam!

Hari ini dia susah, kita senang...esok lusa tak mustahil jadi sebaliknya dengan kehendakNYA! Wallahua' lam...

Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,

Rodhiah Othman
Unit Pembuatan Tahunan
Bahagian Perangkaan Pengeluaran Industri & Binaan
Jabatan Perangkaan Malaysia
Tel. : 03 88857876


KHUTBAH RASULULLAH S.A.W DI GHADIR KHUM

بسم الله الرحمن الرحيم

PADA 18 Dzulhijjah, setelah melaksanakan haji terakhirnya (hajj al-wada) Nabi Muhammad saw pergi meninggalkan Makkah menuju Madinah bersama sekira tujuhpuluh ribu kaum Muslim kemudian berdiam pada satu tempat bemama Ghadir Khum (kini dekat dengan Juhfah) dan di tempat ini pula turun wahyu (lihat Tafsir Ath-Thabari, jilid 7, hal. 109; dan Tafsir al-Durr al-Mantsur karya Jalaluddin Suyuti, jilid 3, hal. 8).

Kemudian Rasulullah saw berkhutbah: “Puji-pujian hanya milik Allah. Kami memohon pertolongan, dan keyakinan, serta kepada-Nyalah kami beriman. Kami mohon perlindungan kepada-Nya dari kejahatan jiwa-jiwa kita dan dosa-dosa perbuatan kita. Sesungguhnya tiada petunjuk bagi seseorang yang telah Allah sesatkan, dan tiada seorang pun yang sesat setelah Allah beri petunjuk baginya.

“Hai, kaum Muslimin! ketahuilah bahwa Jibril sering datang padaku membawa perintah dari Allah, yang Maha Pemurah, bahwa aku harus berhenti di tempat ini dan memberitabukan kepada kalian suatu hal. Lihatlah! Seakan-akan waktu semakin dekat saat aku akan dipanggil (oleh Allah) dan aku akan menyambut panggilannya.
“Hai, kaum Muslimin! Apakah kalian bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad adalah hamba serta utusan-Nya. Surga adalah benar, neraka adalah benar, kematian adalah benar, kebangkitan pun benar, dan ‘hari itu pasti akan tiba, dan Allah akan membangkitkan manusia dari kuburnya?” Mereka menjawab: “Ya, kami meyakininya.”

la melanjutkan: “Hai, kaum Muslimin! Apakah kalian mendengar jelas suaraku?” Mereka menjawab: “Ya.” Rasul berkata: “Dengarlah! Aku tinggalkan bagi kalian 2 hal. paling berharga dan simbol penting yang jika kalian setia pada keduanya, kalian tidak akan pernah tersesat sepeninggalku. Salah satunya memiliki nilai yang lebih tinggi dari yang lain.”

Orang-orang bertanya: “Ya, Rasulullah, apakah dua hal. yang amat berharga itu?”
Rasulullah menjawab: “Salah satunya adalah kitab Allah dan lainnya adalah Itrah Ahlulbaitku (keluargaku) . Berhati-hatilah kalian dalam memperlakukan mereka ketika aku sudah tidak berada di antara kalian, karena, Allah, Yang Maha Pengasih, telah memberitahukan ku bahwa dua hal. ini (Quran dan Ahlulbaitku) tidak akan berpisah satu sama lain hingga mereka bertemu denganku di telaga (al-Kautsar) . Aku peringatkan kalian, atas nama Allah mengenai Ahlulbaitku. Aku peringatkan kalian atas nama Allah, mengenai Ahlulbaitku. Sekali lagi! Aku peringatkan kalian, atas nama Allah tentang Ahlulbaitku!”

“Dengarlah! Aku adalah penghulu surga dan aku akan menjadi saksi atas kalian maka barhati-hatilah kalian memperlakukan dua hal. yang sangat berharga itu sepeninggalanku. Janganlah kalian mendahului mereka karena kalian akan binasa, dan jangan pula engkau jauh dari mereka karena kalian akan binasa!
“Hai, kaum Muslimin! Tahukah kalian bahwa aku memiliki hak atas kalian lebih dari pada diri kalian sendiri?” Orang-orang berseru: “Ya, Rasulullah.”

Lalu Rasul mengulangi: “Hai, kaum Muslimin? Bukankah aku memiliki hak atas kaum beriman lebih dari ada diri mereka sendiri?” Mereka berkata lagi: “Ya, Rasulullah.”
Kemudian Rasul berkata:”Hai Kaum Muslimin! Sesungguhnya Allah adalah Tuhanku dan aku adalah Maula semua orang-orang beriman.”

Lalu ia merengkuh tangan A1i dan mengangkatnya ke atas. la berseru: “Barang siapa mengangkatku sebagai Maula maka Ali adalah Maulanya pula (ia mengulang sampai tiga kali). Ya, Allah! Cintailah orang yang mencintainya dan musuhilah orang-orang yang memusuhinya. Bantulah orang-orang yang membantunya. Selamatkanlah orang-orang Yang menyelamatkannya, dan jagalah kebenaran dalam dirinya ke mann pun ia berpaling! (artinya, jadikan ia pusat kebenaran).

“Ali adalah putra Abu Thalib, saudaraku, washi-ku, dan penggantiku (khalifah) dan pemimpin sesudahku. Kedudukannya bagiku bagaikan kedudukan Harun bagi Musa, hanya saja tidak ada Nabi setelahku. la adalah pemimpin kalian setelah Allah dan Utusan-Nya.

“Hai, kaum Muslimin! Sesungguhnya Allah telah menunjuk dia menjadi pemimpin kalian. Ketaatan padanya wajib bagi seluruh kaum Muhajirin dan kaum Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dalam kebaikan dan penduduk kota dan kaum pengembara, orang-orang Arab dari orang-orang bukan Arab, para majikan dan budak, orang-orang tua dan muda, besar dan kecil, putih dan hitam.

“Perintahnya harus kalian taati, dan kata-katanya mengikat serta perintahnya menjadi kewajiban bagi setiap orang yang meyakini Tuhan yang satu. Terkutuklah orang-orang yang tidak mematuhinya, dan terpujilah orang-orang yang mengikutinya, dan orang-orang yang percaya kepadanya adalah sebenar-benarnya orang beriman. Wilayahnya (keyakinan kepada kepemimpinannya) telah Allah, Yang Maha kuasa dan Maha tinggi, wajibkan.”

“Hai kaum Muslimin, pelajarilah Quran! Terapkanlah ayat-ayat terapkanlah ayat-ayat yang jelas maknanya bagi kalian dan janganlah kalian mengira-ngira ayat-ayat yang bermakna ganda ! Karena, Demi Allah, tiada seorang pun yang dapat menjelaskan ayat-ayat secara benar akan makna serta peringatannya kecuali aku dan lelaki ini (Ali), yang telah aku angkat tangannya ini di hadapan diriku sendiri.

“Hai kaum Muslimin, inilah terakhir kalinya aku berdiri di mimbar ini. Oleh karenanya, dengarkan aku dan taatilah dan serahkan diri kalian kepada kehendak Allah. Sesungguhnya Allah adalah Tuhan kalian. Setelah Allah, Rasulnya, Muhammad yang sedang berbicara kepada kalian, adalah pemimpin kalian. Selanjutnya sepeninggalku, Ali adalah pemimpin kalian dan Imam kalian atas perintah Allah. Kemudian setelahnya kepemimpinan akan dilanjutkan oleh orang-orang yang terpilih dalam keluargaku hingga kalian bertemu Allah dan Rasulnya.

“Lihatlah, sesungguhnya, kalian akan menemui Tuhanmu dan ia akan bertanya tentang perbuatan kalian. Hati-hatilah! Janganlah kalian berpaling sepeninggalku, saling menikam dari belakang! Perhatikanlah! Adalah wajib bagi orang-orang yang hadir saat ini untuk menyampaikan apa yang aku katakan kepada mereka yang tidak hadir karena orang-orang yang terpelajar akan lebih memahami hal ini daripada beberapa orang yang hadir dari saat ini. Dengarlah! Sudahkah aku sampaikan ayat Allah kepada kalian? Sudahkah aku sampaikan pesan Allah kepada kalian?”

Semua orang menjawab, “Ya.” Kemudian Nabi Muhammad berkata, “Ya, Allah, saksikanlah.”
Hadits tersebut terdapat dalam kitab tafsir Ibnu Katsir, jilid 4, hal.329; kitab tafsir Asy-Syaukani, jilid 5, hal.189; dan kitab tafsir Alusi, jilid 28, hal.37

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails