SELAMAT DATANG

Sabtu, 22 Mei 2010

Bangunan Umno (PWTC) dibina dengan duit rakyat?

Dalam berita Malaysiakini Wain:'Penyelewengan RM100 Bilion Dr Mahathir Disokong Bukti melaporkan bahawa bangunanUmno (PWTC) dibina dengan dana awam maknanya duit kita yang jadi rakyat yang lawan Umno turut difaraidkan untuk bina bangunan Umno yang berdiri megah ditengah bandaraya Kuala Lumpur.

Kata Barry Wain penulis buku 'Malaysian Maverick ': Mahathir in turbulent times yang mendedahkan penyelewengan yang dilakukan Tun Mahathir ;

Penyelewengan RM100 Bilion Dr Mahathir Disokong Bukti melaporkan bahawa bangunanUmno (PWTC) dibina dengan dana awam maknanya duit kita yang jadi rakyat yang lawan Umno turut difaraidkan untuk bina bangunan Umno yang berdiri megah ditengah bandaraya Kuala Lumpur.

Kata Barry Wain penulis buku 'Malaysian Maverick ': Mahathir in turbulent times yang mendedahkan penyelewengan yang dilakukan Tun Mahathir ;

"Dr Mahathir mempunyai memori singkat. Menteri kewangannya sendiri mengemukakan satu laporan audit oleh Pricewaterhouse (Cooper) di Parlimen pada pertengahan 1990-an. Kerugian pada masa itu, saya rasa berjumlah RM9.5 bilion dan ianya makin bertambah selepas itu.

"Dia tidak akan senang hati apabila diingatkan tentang perkara ini, tapi itulah kehidupan... Selagi saya (menulis dengan) seimbang kepada dia, dan saya telah terbitkan pandangan dia," kata Wain dalam satu wawancara khas dengan Malaysiakini semalam.

Dr Mahathir juga sebelum ini menafikan dakwaan Wain bahawa bangunan ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dibina dengan dana awam.

"Saya ada satu salinan akaun Umno yang diaudit, termasuk dana politik rahsia dan ia menunjukkan dengan jelas, mereka ada berpuluh juta di dalam akaun ketika (Daim Zainuddin) mengambil alih," katanya lagi.

Tambahnya, beliau juga menemuramah banyak sumber untuk buku tersebut bagaimanapun tidak memasukkan kesemuanya sekali.

"100 peratus (yakin), kesemua fakta adalah benar. Tidak ada satu pun kesalahan dalam buku tersebut.-Malaysiakini

Malaysiaku..... PONDAN TNB

HAKIM KATA INI PERKARA REMEH ?

Skandal Enjin Jet : Saman ATM Dibatalkan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak saman yang difailkan oleh lima bekas pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dipecat gara-gara kehilangan dua enjin jet F-5E pada 2007.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datin Zabariah Mohd Yusof memberi keputusan dalam kamar selepas membenarkan permohonan kerajaan, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan Majlis Angkatan Tentera Malaysia yang dinamakan defenden membatalkan saman itu.

Mahkamah turut memerintahkan kelima-lima bekas pegawai kanan itu membayar RM7,000 sebagai kos undang-undang kepada para defendan.

Pemecatan perkhidmatan kelima-lima mereka dibuat mengikut peruntukan statuori Perkara 77, Akta Angkatan Tentera dan mereka tertakluk di bawah undang-undang awam.

Mahkamah juga memutuskan adalah membazir masa dan perkara yang remeh untuk meneruskan saman kerana mengikut undang-undang ia pelanggaran kepada proses mahkamah. - neutraldaily

IBRAHIM ALI .. MENGAMPU JANGAN LA NAMPAK BODOH SANGAT

Perkasa di dalam portalnya melaporkan:

Selaku Presiden Perkasa saya mencabar Pemuda PAS desak kerajaan Selangor, Pulau Pinang dan Kedah untuk haramkan penjualan Nombur Ekor (Empat Digit) megnum, TOTO, DAMACHAI dan Loteri saperti yang dibuat oleh kerajaan Kelantan.
Bukankah Selangor, Pulau Pinang dan Kedah dibawah kerajaan Pakatan Rakyat? Gajah didepan mata yang di langgar sedang mata melihat kuman di seberang.
Saya Cabar jika mereka ada Telor dan Anak Jantan,Desak Kerajaan Pakatan Rakyat menghapuskan semua bentuk judi di negeri dibawah Pakatan Rakyat. - Perkasa


Note: Macam ni jer ke tahap pemikiran org umno ni? Kesian plak aku tengok ko ni brahim. Bermati-matian nak pertahankan umno dan najib. Aku x tau la ko ni x terfikir atau ko mmg sedia dibodohkan oleh org2 biasa yg dah susah nak ko perbodohkan.

Mcm ni jer la pak brahim. Aku bagi cadangan paling mudah pada ko. Kalau ko suruh kerajaan batalkan semua lesen judi tu kan senang...? Lesen dikeluarkan oleh kerajaan pusat maka kerajaan pusatlah kena batalkan. Buat apa nak susah susah batal lesen premis...? Tak ada judi tak adalah premis, kan senang lagu tu....?

Susah sangat ke brahim? singkatnya cara org umno ni berfikir...

Jumaat, 21 Mei 2010

Pakatan Rakyat Masuk Fasa Baru Tawan Putrajaya

Oleh Nazar Hashim

PERMATANG PAUH 20 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar berkata kemenangan calon DAP, Wong Ho Leng dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu Ahad lalu telah membuktikan bahawa Pakatan Rakyat kini telah masuk fasa baru dalam perjuangan untuk membuat perubahan menyeluruh senario politik negara dan seterusnya menawan Putrajaya.

Anwar berkata kemenangan merampas kubu kuat Barisan Nasional itu harus menjadi titik tolak untuk meneruskan agenda kebangkitan rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak yang selama ini dianggap sebagai kerusi yang selamat bagi BN.

"Pakatan Rakyat mampu untuk mengubah senario politik negara berdasarkan kepada 'track record' yang ditunjukkan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat yang sedia ada.

"Dengan kejelekan yang ada pada dasar dan kepimpinan Umno dan BN, kita yakin rakyat sudah mulai sedar bahawa Pakatan Rakyat mampu untuk melangkah ke agenda seterusnya bagi menjadi pemerintah yang akan membawa perubahan kepada lanskap dan senario politik negara dalam pilihan raya umum yang akan datang," katanya ketika berucap di Kampung Pertama, Permatang Pauh semalam.

Beliau juga menyelar Umno-Barisan Nasonal yang telah mencemarkan nama negara sebagi sebuah negara Islam apabila pimpinan Umno-BN menyokong pemberian lesen judi yang diharamkan agama.

Menurut Anwar Malaysia telah tercalar apabila pemimpin yang beragama Islam sendiri meluluskan lesen pertaruhan judi yang sudah terbukti akan membawa kesan buruk kepada kehidupan dan kesejahteraan hidup rakyat negara ini.

"Dalam parlimen, Anthony Loke daripada DAP telah membantah pemberian lesen judi Piala Dunia kepada Berjaya Corporation kerana ia membawa kesan buruk kepada rakyat dengan amalan perjudian. Mana ahli parlimen Umno yang membantah supaya ianya tidak dilaksanakan.

"Masalah rakyat yang miskin tidak akan terbela sekiranya pemerintah tidak prihatin dan hanya mementingkan kepentingan segelintir kroni mereka sehingga menjadikan rakyat mangsa kepada kerakusan mereka.

"Judi, Apco, kerakusan kuasa dan penyelewengan, korupsi serta ketidakadilan yang menjadi hambatan dan pegangan kepimpinan Umno-BN akan membawa mereka kepada kekalahan yang lebih teruk lagi dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang," tegas Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Turut hadir pada ceramah tersebut termasuk Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mansor Othman dan Pegawai Khas kepada Menteri Besar Kedah, Hassan Razak.


Khamis, 20 Mei 2010

Isu judi bolasepak:"Kita tak akan membincangkannya"-Najib

Mudah sungguh PM Najib ulas isu judi bolasepak yang diluluskannya. Walaupun banyak pihak dok menjerit dan keriau suruh batalkan judi bolasepak bagi Najib hanya dengan kata ,

"We are not going to talk about that (Kita tidak akan membincangkannya)," kata Najib kepada wartawan selepas upcara pecah tanah bangunan baru Utusan Malaysia hari ini.-Malaysiakini

Pemuda PAS cabar menteri, mufti bantah judi

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Mei: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk mengeluarkan kenyataan bagi membantah kelulusan lesen judi yang diberikan kepada Berjaya Group oleh Kementerian Kewangan.

Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata Jamil Khir semalam dilihat lantang mengeluarkan kenyataan bahawa Peguam syarie di Mahkamah Syariah di negara ini mestilah seorang yang beragama Islam namun dalam hal judi ini beliau mengambil pendekatan pasif.

"Dimanakah suara lantangnya itu?

"DPPWP juga mencabar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan semua mufti dinegara ini untuk tampil ke hadapan menghalang tindakan kerajaan meluluskan judi bola sepak piala dunia serta semua aktiviti judi dalam negara ini," katanya.

"Kita tidak mahu mereka menjadi mufti yang harus sana harus sini, tetapi bila bertembung perkara yang haram dengan kepentingan periuk nasi mereka, mufti-mufti ini menutup mata dan menyembunyikan ilmu mereka," katanya lagi.

Sehubungan itu beliau berharap para Mufti dan golongan yang faham agama bangkit untuk menentang kezaliman akhlak ini.

Judi jelasnya adalah haram dan ianya bukan hanya haram untuk mereka yang beragama Islam, tetapi kepada semua manusia.

"Walaupun mereka bekerja dengan Kerajaan Malaysia yang mana Perdana Menteri dan Menteri kewangannya serta kabinetnya bersatu menghalalkan judi, tetapi para Mufti dan mereka yang faham agama harus bangkit menentang dan tidak mentaati keputusan mungkar itu," katanya.

Ada lagi Ka Kelip-Kelip UMNO Dalam PKR Selangor Nie..???

Kelip-Kelip Kuala Selangor

Jangan Cakap Bahasa Inggeris
Dengan Kucing!

DIAM-DIAM terdengar cerita pelik dan ganjil di Selangor, ceritanya tentang MB Selangor, Khalid Ibrahim hendak dijatuhkan. Mulanya saya tidak mahu memberi respons perkara ini dan mahu melihatnya saja. Apakah cerita itu rekaan pembangkang (UBN) atau sebaliknya. Seperti mana juga di Kedah, cerita ada empat Adun yang hendak bertukar menjadi salentia juga sudah hebuh.

Tetapi apabila bekas MB Kedah, Mahadhir Khalid mengatakan cerita itu adalah rekaan pihak Pas, maka fahamlah kedudukan sebenar tentang isu di Kedah itu. Apa yang dapat ditamsilkan isu empat Adun termasuk Exco hendak bertukar menjadi salentia itu adalah permainan pihak UBN saja.

Perkara ini juga dijelaskan oleh Azizan Abdul Razak. Katanya, sebenarnya tidak ada apa-apa pergolakan di Kedah seperti mana dihebohkan. Kerajaanya masih stabil. Dalam pada itu, satu himpunan akan diadakan pada 22 Mei ini di Kota Sarang Semut. Dalam himpunan itu semua wakil rakyat Pakatan Kedah akan hadir membuat penjelasan berhubung isu berkenaan. Rupa-rupanya walaupun ianya tidak tertekan tetapi tetap menyerabutkan juga hingga tepaksa membuat penjelasan.

Sekiranya semua wakil rakyat Pakatan Kedah hadir pada malam itu, dan menjelaskan kepada rakyat maka isu ada Adun nak lompat dan kerajaan Kedah tergugat pun akan berakhir. Setidak-tidaknya ia melegakan MB Kedah itu buat seketika. Sebaliknya kalau ada Adun yang tidak dapat hadir, kebetulan pula empat mereka yang disebut itu, ini bermakna cerita yang dikarai itu tidak boleh dipandang rendah. Umum kena menerima Kedah dalam bahaya.

Setakat ini katanya keadilan masih stabil di Kedah.

Dalam menanti perkembangan di Kedah inilah pula timbul cerita di Selangor pula, usaha nak jatuhkan Khalid Ibrahim (foto). Apa yang berlaku di Selangor berbeza dengan apa yang terjadi di Kedah. Di Selangor yang hendak jatuhkan Khalid Ibrahim bukan Khir Toyo tetapi sesama sendiri. Ini kes teruk dan benar-benar sudah sinting, kata orang Indonesia.

Umno Selangor sudah kehabisan jampi dan usaha, untuk mengkucarkacirkan kerajaan Selangor. Habis alat mereka gunakan termasuk cuba menggunakan raja. Mereka juga cuba menarik wakil rakyat Pas, tetapi tidak jadi. Sampai lembek lotet - lemah gemalai, Hassan Ali menepis cerita berkenaan. Ia memburukkan lagi apabila orang Pas sedang juga katanya mengemukakan bukti mentah mengenai ura-ura itu.

Alhamdulilah kini kebenaran sudah menyerlah. Kebatilan sudah terhapus oleh kebenaran. Hassan Ali agak sudah dapat duduk tenang kerana gangguan syaitan terhadapnya sudah tidak ada lagi.

Yang berlaku sekarang ini ialah di kalangan PKR. Kenapalah politik Pakatan Rakyat tidak pernah reda? Ada-ada sahaja isu yang timbul dan memanaskan keadaan. Cerita yang hangat kini ialah Khalid nak dijatuhkan. Alasannya ialah Khalid tidak tahu berpolitik. Beliau tidak tahu menggunakan kedudukan sebagai MB untuk kepentingan PKR dan Pakatan Rakyat. Stail kerjanya terlalu tegas dan lurus.

Katanya sikap ini tidak menguntungkan parti. Misalnya banyak kontrak diberikan kepada orang luar bukan orang kuat parti. Yang dapat ialah orang luar parti dan termasuk juga ahli-ahli Umno. Tindakan ini tidak disukai. Cara Khalid ini tidak disenangi dan dianggapkan merugikan parti. Khalid dilihat tidak prihatin kepada parti.

Yang beranggapan demikian ialah orang parti yang cari makan dengan kuasa parti. Sebalik di pihak rakyat dan pegawai kerajaan senang dengan cara Khalid. Mereka melihat cara Khalid itulah pembaharuan dalam politik, di mana beliau tidak menjadi kuasa politik untuk menjaga kroni sebaliknya mengutamakan rakyat. Malangnya cara itu tidak disenangi.

Kalaulah itu alasan untuk menukar Khalid dengan MB yang prihatin kepada nasib parti, saya rasa tidak perlu kepada satu gerakan untuk menjatuhkan Khalid. Tidak perlu kepada satu pasukan psywar. Saya rasa sebagai seorang yang ada prinsip, tidak tahu politiking, Khalid tidak payah ditekan begitu rupa sekali. Cukup kalau menasihatinya secara terhormat, dia akan berhenti.

Lagipun kedudukan Khalid di situ bukan atas kehendaknya seratus peratus. Di tunjuk dan dipilih oleh Anwar Ibrahim untuk menguruskan Selangor. Bagi Anwar dia mengetahui di mana kelebihan dan kekurangan Khalid. Dia tahu ketulusan dan integriti Khalid. Jadi apabila Khalid kini ramai-ramai dihentam nampaknya seorang lagi orang pilihan Anwar menjadi mangsa politik.

Golongan yang beriya hendak jatuhkan Khalid itu mungkin benar berdasarkan kepentingan politik PKR terutamanya dalam persiapan untuk menghadapi pilihan raya. Khalid kena tahu pilihan raya ke -13 memerlukan kewangan yang banyak. Beliau tidak boleh merasakan cukup setakat memperkenalkan beberapa program dan pendekatan untuk menjamin PKR menang.

Tetapi dari sudut lain pula, tindakan untuk menjatuhkan Khalid secara tidak bermoral pada saya tetap tidak betul. Kalau nak tukar MB, tukarlah dengan baik dan penuh dengan fatah seperti menarik rambut dalam tepong. Apa yang berlaku kini, golongan yang tidak serasi dengan Khalid ingin menyengahkan Khalid ke bawah dalam keadaan memalukan. Perangai lanun dalam Umno campaklah ke laut merah.

Apa yang dilakukan oleh ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam itu saya rasa sebahagian daripada kegiatan untuk memalukan Khalid Ibrahim. Saya rasa Manikavasagam tidak akan bertindak keterlaluan begitu kalau dia tidak disokong dan dihalak oleh pihak tertentu. Kalau diperhatikan daripada cara Manikavasagam mendedahkan isu penyelewengan dan rasuah dalam isu pasir itu cuba untuk memburukkan Khalid.

Saya ingin memberi ingatan penting di sini khasnya kepada golongan yang tidak senang dengan Khalid. Kalau tidak sukakan Khalid lakukan dengan cara terhormat. Buat memorandum hantar kepada Khalid minta dia turun dari kerusi MB. Dengan cara mendedahkan masalah kerajaan negeri, mencemarkan imej kerajaan negeri, ia bukan cara terbaik. Cara itu pada saya samalah cuba bercakap bahasa Inggris dengan kucing. Atau pun meludah ke langit yang akhirnya tertimpa hidung sendiri.

Khalid tidak arif dalam politik. Dia berfikir secara lateral dan mudah. Jadi kalau bencikan dia cakap terus terang habis cerita. Seribu kalipun kalau buat tekanan seperti Manikavasagam itu ia tidak memberi bekas, sebab Khalid jahil politik. Cuba hantar buat memorandum dan semua ahli Yang Berhormat PKR, biar Mohamad Azmin Ali yang jadi ketua tanda tangan dan serahkan kepada Khalid, saya rasa kalau memorandum itu diserahkan waktu Zohor, waktu Asar Khalid akan meletakkan jawatan sebagai MB.

Saya teringat sepatah kata-kata Khalid sewaktu makan rojak di laman rumahnya pada satu majlis; saya berkhidmat kepada rakyat saja, kalau saya diminta berhenti jadi MB saya akan berhenti bila-bila saja. Lagipun jadi orang politik ini susah, tidur saya pun tak berapa cukup. [wm.kl. 7:00 pm 19/05/10]

TRANSFORMASI NAJIB YANG BASI?

PM: Transformasi besar akan berlaku

PUTRAJAYA 14 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak percaya transformasi besar akan berlaku di negara ini jika momentum ekonomi dan program transformasi kerajaan dapat dipupuk dan diperkukuhkan. Perdana Menteri menegaskan, sebab itu tempoh 10 tahun akan datang ini memerlukan semua pihak terutama para penjawat awam menunjukkan kecergasan dan kehebatan luar biasa dalam menggalas cabaran mencapai matlamat negara maju 2020.

Beliau menarik perhatian bahawa Malaysia ketika ini belum mencapai peringkat kemantapan tetapi dalam perjalanan untuk merapati fasa akhir negara maju. ''Kita sudah dekat dengan garis penamat, kita kena pecut dan bukannya sudah habis angin... tercungap-cungap.

''Saya tidak mahu sesiapapun memperlekehkan Malaysia dan sedikit sebanyak apabila saya jumpa Presiden (Barack) Obama (baru-baru ini), saya tidak fikir dia bagi pertemuan dua hala dengan saya kalau dia tidak lihat Malaysia ini negara yang stabil dan berjaya. ''Dalam hal ini, kita perlu menjadi kerajaan yang berkesan supaya dapat mengisi jangkaan dan harapan rakyat yang semestinya semakin kritikal.

Oleh itu tanda aras kita mesti global, kelas dunia dan bukan sekadar slogan," kata Najib. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Awam 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. Hadir sama Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman dan beberapa menteri Kabinet. Dalam aspek ini, Perdana Menteri turut menjelaskan maksud kerajaan berkesan yang ingin dilihat oleh beliau berlaku iaitu berkesan pada peringkat makro (keseluruhan) dan berkesan dari segi memenuhi jangkaan dan harapan rakyat. ''Ini kerana dari sudut makro penting kerana kalau (kerajaan) tidak diuruskan dengan baik dan tepat, maka sesebuah negara boleh terjerumus dalam lembah yang tidak menentu dengan pelbagai masalah dalaman seperti rusuhan. ''Perkara ini (rusuhan) tidak terbatas di negara membangun tetapi juga berlaku di negara-negara Kesatuan Eropah (EU) yang tidak sepatutnya terjadi seperti di Greece yang dibebani masalah hutang," katanya. Kata beliau: ''Apabila kerajaan tidak diuruskan dengan baik, maka yang sengsara adalah rakyat dan pekerja. ''Sebab itu soal dalam menghasilkan kerajaan yang berkesan ini menjadi tanggungjawab bersama dan Alhamdulillah, berkat kerjasama bekerja sebagai satu pasukan, pertumbuhan ekonomi dalam suku pertama tahun ini melonjak kepada 10.1 peratus." Menurut Perdana Menteri, pencapaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) itu bukan kerana dasar fiskal, kewangan dan usaha kerajaan semata-mata tetapi juga disebabkan bantuan serta komitmen para penjawat awam. - Utusan Malaysia 15/05/10

Transformasi Najib Yang Basi?

Note: Nampaknya Najib beria-ia benar dengan agenda transformasinya yang dicanang ke sana-ke mari. Sedangkan jika kita meneliti dengan secara ikhlas, kita akan dapat melihat bagaimana laungan transformasi beliau hanyalah sekadar retorik semata-mata. Hakikatnya saat ini beliau hanyalah sekadar meneruskan sistem sekular Kapitalisme seperti para pemimpin yang sebelumnya. Beliau hakikatnya tetap terus memandulkan Islam ke sudut ruang lingkup ajaran spiritual semata-mata sepertimana yang dilakukan sebelum darinya. Bukti yang jelas dan terbaru serta masih panas lagi ialah apabila kerajaan pimpinan beliau dengan rasa tanpa berdosa sedikitpun telah meluluskan lesen pertaruhan atau judi Piala Dunia 2010 dengan alasan yang cukup lemah!

Wahai Najib! Islam adalah suatu mabda yang mencakupi ruang lingkup spiritual dan juga politik. Yang mengatur seluruh kehidupan manusia samada secara individu, masyarakat mahupun negara Yakinlah dengan jaminan dari Allah SWT bahawa sekiranya Islam itu diterapkan di tengah-tengah kehidupan manusia maka ia akan pasti membawa rahmat ke sekian alam. Firman Allah SWT: “Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”. [TMQ al-Anbiya (21) : 107]. Berdasarkan ayat di atas jelas bahawa ideologi selain dari Islam tidak akan mampu membawa kemakmuran kepada alam ini.

Hakikatnya, mana-mana ideologi, samada Kapitalisme mahupun Komunisme tidak akan dapat memberi kemakmuran sepenuhnya kepada. ‘Kemakmuran’ hanya terpalit bagi segelintir golongan sahaja - mereka yang memegang kekuasaan dan kroni-kroni mereka semata-mata. Kini, Komunis telah berkubur sementara Kapitalisme pula sedang nazak di hujung hayatnya. Oleh itu, jika benar Najib bersungguh-sungguh ingin membawa transformasi maka beliau sewajarnya menukar dasar Kapitalisme yang ada selama ini kepada Islam. Itulah jawaban yang sebenarnya. Itulah transformasi yang sebenarnya. Hanya Islam sahajalah yang telah terbukti mampu membawa kesejahteraan yang hakiki kepada manusia sebagaimana kejayaan Rasulullah SAW membawa perubahan dan transformasi kepada masyarakat Arab jahiliyyah. Firman Allah SWT: “Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata”.
[TMQ al-Jumu'ah (62) : 2]. - jebbat.blogspot.com

POLIS MALAYSIA UMPAMA RED INDIAN DAPAT SENAPANG

Lagi Mangsa "Tembakan" Polis

bujangsusah

Seorang lagi lelaki yang ditembak polis pada April tahun lalu, Shahril Azlan Ahmad Kamil hari ini tampil membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Seksyen 11 di Shah Alam hari ini.

Operator peralatan kontena di Pelabuhan Klang itu mendakwa, beliau ditembak di bahagian lengan ketika cuba mengelak – dengan mengundurkan kereta – daripada satu sekatan jalan raya oleh pihak polis di Seksyen 7.

Tembakan itu didakwa menembusi lengan, rusuk dan seterusnya terlekat di tulang belakangnya.

“Saya duduk hospital kira-kira sebulan,” katanya yang mendakwa tembakan tersebut menyebabkannya mengalami kesan sampingan berterusan seperti tidak boleh melakukan kerja berat dan lenguh-lenguh pada kaki kiri.

Beliau turut membawa salinan X-ray yang menunjukkan kedudukan peluru yang melekat di tulang belakangnya.

Beliau membuat aduan tersebut mulai jam 12 tengahari dengan ditemani oleh dua orang peguam - Puspawati Rosman dan Fadiah Nadwa Fikri. Kedua-dua mereka daripada kumpulan peguam Lawyer for Liberty.

Dalam aduannya, Shahril Azlan menceritan kembali detik-detik cemas ketika beliau ditembak. Ketika itu beliau bersama seorang lagi rakan dalam kereta Proton Wira miliknya.

Katanya, mereka cuba mengelak daripada sekatan jalan raya itu kerana kenderaan yang dipandunya sudah tamat cukai jalan.

Menurut Shahril Azlan lagi, beliau mengundurkan kereta kerana panik apabila dihampiri dua lelaki berpakaian biasa – dipercayai polis - yang memegang kayu.

Setelah itu, beliau terdengar dua atau tiga das tembakan dilepaskan terhadapnya, menyebakan satu hinggap di tubuhnya..

Dalam laporannya, Shahril Azlan juga mendakwa polis menuduhnya membawa dadah dan tidak melayan permintaannya supaya memanggil ambulans sehinggalah datang seorang pegawai polis beruniform.

“Saya membuat laporan polis ini kerana saya telah ditembak tanpa sebab dan saya mahu tindakan diambil terhadap pihak yang berntanggungjawab dan saya juga meminta supaya satu pasukan polis selain polis Shah Slam menyiasat kes ini,” laporan polisnya dipetik.

Pada 16 April tahun lalu, bapanya juga telah tampil membuat laporan polis yang sama di Klangberhubung keadaan anaknya itu.

Sementara itu, dalam sidang medianya selepas tamat membuat laporan kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi, peguamnya Fadiah Nadwa berharap pihak polis menyiasat kes tersebut memandangkan tembakan terhadap anak guamnya tidak dibuat mengikut prosedur operasi standard (SOP)yang sepatutnya.

“(Kes) ini melibatkan kepentingan awam. Saya minta pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasatnya dengan serius dan bertanggungjawab,” katanya.

Ditanya kenapa selepas setahun ditembak, barulah Shahril Azlan tampil membuat laporan polis, Puspawati pula menjawab:

“Sebagai orang biasa, masih banyak yang tidak tahu hak mereka. Tetapi dengan perkembangan kes lain, seperti Aminulraysid Amzah, barulah mereka tahu. Oleh sebab itu anak guam saya ambil masa setahun untuk buat laporan polis ini.”

Pulau Pinang sedia RM1.75 juta bantu SAR, tahfiz

Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 20 Mei: Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menambah peruntukan kepada sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah tahfiz pada tahun ini menjadikan RM1.75 juta berbanding tahun lepas hanya RM1.5 juta.

Demikian kata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada majlis sumbangan peruntukan untuk SAR 2010 di Madrasah Al-Aminiah, Kampung Pertama, dekat sini semalam.

Menurutnya, daripada peruntukan tersebut, RM380,950 diberikan kepada 102 sekolah rendah agama dan RM25,000 lagi kepada lima buah sekolah tahfiz.

"Kerajaan negeri berjaya menambah peruntukan RM1.5 juta peruntukan untuk sekolah agama rakyat menjadikan RM1.75 juta tahun ini. Bantuan terbuat menggambarkan Kerajaan Pakatan Rakyat prihatin terhadap SAR yang pernah dibatalkan peruntukan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN)," tegasnya.

Kerajaan negeri juga, katanya senantiasa menitik beratkan tentang kualiti pembelajaran untuk setiap generasi agar menjadi generasi berilmu dan cemerlang.

Justeru itu, tambahnya Kerajaan Pakatan Rakyat menyediakan satu Hab Pendidikan Cemerlang di Balik Pulau seluas 200 ekar demi menarik institusi pengajian tinggi yang terunggul.

"Hab Pendidikan Cemerlang di Balik Pulau dengan keluasan 200 ekar bakal mewarnai bidang pendidikan Islam suatu hari nanti di negeri ini. Namun, sekarang projek berkenaan masih dalam perbincangan mungkin dalam tempoh setahun atau dua tahun ia akan siap," tegas beliau.

Umat Islam harus berbangga kerana dengan peruntukan Kerajaan Pakatan Rakyat tahun lepas telah membolehkan Madrasah Al-Aminiah mewujudkan makmal sains untuk pelajarnya.

Beliau berharap Kerajaan Pusat memperuntukkan kepada SAR untuk mengubah suaian serta membangunkan institusi SAR pada masa depan kerana bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri terlalu kecil.

"Setiap tahun peruntukan akan diberikan, contohnya tahun sudah Madrasah Al-Aminiah berjaya membina makmal sains. Pembelajaran sains juga wajar dipertingkatkan pembelajaran di SAR supaya pelajarnya boleh berjaya dalam kedua-dua bidang sekali gus," tambahnya.

Bantuan kali ini meliputi Maadrasah Manabil Ulul sebanyak RM197,000, Madrasah Al-Irsyad Al Asyraf Al-Watanaiah (RM159,000), Madrasah Al-Aminiah (RM183,000), Sekolah Menengah Islam Ad-Diniah (RM166,275), Sekolah Menengah Arab Tahfiz (SMART) sebanyak RM120,000.

Sekolah Menengah Othmaniah (RM90,000), Institut Pengajian Ar-Razi (RM70,000), SABK Khairiah Islamiah (RM23,000).

Manakala SABK Al-Masriyah (RM30,000), SABK Wan Jah (RM13,000), SABK Faqiyah Daimiah (RM22,000), SABK Al-Ahmadiah Al-Ijtimaiyyah (RM25,000), SABK Daeratul Maarifil Wataniah 1 (RM25,000), SABK Daeratul Maarifil Wataniah 2 (RM19,000), SABK Al-Mashoor Islami (RM25,000), SABK SMATI (RM22,000), SABK Al-Imam An Nawawi (RM3,000), Sekolah Menengah Al-Itqan (RM96,275) dan Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum sebanyak RM45,000.

Hadir sama dalam program berkenaan ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor Othman, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Haji Abdul Malek Abul Kasim, Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Ustaz Saleh Man, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap, Haji Mokhtar Shafie, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Haji Sazali Husein.

Rabu, 19 Mei 2010

2 Adun digantung kerana dendam - Pemuda PAS

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 19 Mei: Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyifatkan, tindaklan Dewan Undangan Negeri Sarawak menggantung dua Adun Pakatan Rakyat sehingga 12 bulan adalah satu tindakan balas dendam selepas kalah di Sibu.

Ketua Penerangannya, Herman Samsudeen berkata, Mereka mengunakan kuasa undi majoriti mereka untuk menghukum Dominique Ng Kim Ho (PKR-Padungan) dan Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa).

"Saya mengutuk sikap yang ditunjukan oleh Barisan Nasional di Sarawak yang mengunakan kedudukan majoriti mereka dalam DUN Sarawak untuk mengahalang dua Adun Pakatan daripada menghadiri sidang DUN selama setahun, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dominique digantung kerana kononnya menghina Dewan dengan mengeluarkan kenyataan ‘Kanggaroo Court’ manakala Chieng Jen dikatakan membuat tuduhan liar terhadap Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Daud Abdul Rahman. Kesemua ‘kesalahan’ dilakukan pada Mei tahun lepas tetapi mereka mengambil tempoh setahun untuk memberikan hukuman.

Ketua Pembangkang Wong Ho Leng (DAP-Bukit Asek) yang juga Ahli Parlimen Baru Sibu, juga pernah digantung oleh DUN Sarawak selama setahun dan tidak dibenarkan menghadiri sidang DUN pada tahun lepas kerana membangkitkan isu tanah dalam sidang DUN.

BN Sarawak mengunakan majoriti yang mereka ada bagi menghalang Adun Pakatan dari memasuki DUN dan apa yang mereka lakukan ini amat memalukan, katanya.

"Mereka tidak mampu berhujah dengan Adun Pakatan. Mereka kecewa besar selepas tewas di Sibu, dan hukuman mengantung dua Adun Pakatan mereka jadikan peluang untuk membalas dendam," katanya lagi.

Bagi beliau, tindakan BN Sarawak ini pasti akan menyebabkan rakyat akan lebih marah kepada BN selepas ini.

Kemenangan Pakatan di Sibu ubah lanskap politik negara

KUALA LUMPUR, 19 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) amat mengharapkan agar kemenangan Pakatan Rakyat di Sibu akan menjadi pemangkin yang akan merubah lanskap politik tanah air ke arah perubahan yang lebih bermakna kepada seluruh rakyat di negara ini.

Sehubungan itu, beliau bagi pihak PAS merakamkan ucapan tahniah kepada rakyat di Parlimen Sibu, Sarawak yang telah melakukan perubahan dengan memilih Ahli Parlimen baru Pakatan Rakyat dari Democratic Action Party (DAP) dalam Pilihan Raya Kecil P.212 Sibu pada 16 Mei 2010 lalu.

“Perubahan ini menandakan bahawa rakyat Sibu telah berjaya mengekang politik projek dan rasuah yang ditabur oleh parti lawan dalam pilihan raya berkenaan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Katanya, kemenangan itu juga menunjukkan keberanian suara rakyat yang mempunyai harga diri dan tidak mampu digugat oleh janji serta ugutan dari jentera BN yang terus menerus berselindung di sebalik jentera kerajaan.

Menurutnya, serangan bertalu-talu tanpa henti oleh kepimpinan kerajaan BN, ditambah pula dengan wujudnya keraguan dalam undian pos telah juga berjaya dihadapi oleh seluruh jentera pilihan raya dari Pakatan Rakyat dengan cemerlang.

“Sehubungan dengan kemenangan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para petugas PAS yang datang dari seluruh pelosok negara, rakan-rakan dari PKR dan DAP yang telah mempermudahkan petugas dari PAS dan dalam masa yang sama telah menunjukkan semangat kerjasama yang tulen sehingga menyumbang kepada kemenangan ini,” ujarnya lagi

Yahudi pun suka, judi pun suka yang tak suka kalah undi!

Gambar Hiasan

oleh MisaiMerah

Pertama-tama aku nak ucap terimakasih kepada bekas wakil rakyat Umno yang tentang judi bolasepak yang diluluskan oleh PM Najib. Walaupun mereka daripada parti dan bendera yang sama tapi masih ada rasa nak bantah dan tentang dalam isu judi bolasepak, baguihla lagu tu.
Lapor Bernama;
Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat UMNO (PAKKU) mendesak kerajaan membatalkan serta merta lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat dewan tertinggi pertubuhan itu yang dipengerusikan presiden Tan Sri Adam Abdul Kadir dan dihadiri beberapa anggota lain antaranya bekas Menteri Pertanian Tan Sri Sanusi Junid dan bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Tan Sri Sabbaruddin Chik, kata naib presiden Tamrin Ghafar dalam kenyataan di sini pada Selasa.-Bernama.
PM Najib masih berdiam diri dalam isu judi walaupun pemimpin bukan Islam turut bantah judi bolasepak yang diluluskannya.Kebanyakkan pemimpin Umno tak rasa apa pun isu judi bola yang heboh ini tapi mereka rasa sedih dan pilu kerana kalah dalam pilihanraya kecil parlimen Sibu.Mereka rasa tergamam macam nak hantuk-hantuk kepala di dinding dok pikir macam mana boleh kalah sedangkan peruntukkan dah berjuta dijanjikan untuk rakyat Sibu tapi kalah jugak.

Pemimpin Umno termasuk Najib dan Muhyiddin mana ada ulas isu judi bolasepak yang heboh ni , kalau tanya depa buat-buat macam tak dengar , macam tak dak langsung rakyat yang bantah judi yang Umno luluskan. Depa ingat semua rakyat setujuuuu! Rakyat nak bantah, nak tunjuk perasaan, nak maki hamun mampoih pi la depa .Lama-lama rakyat jadi lupa, itu yang Najib dan Muhyidin ingat.

Yang ada dalam kepala otak pemimpin Umno ialah tak dapat terima kekalahan di Sibu. Isu judi , isu Apco lantak la hang pa nak kata apa pun. Hang pa tak mau main judi jangan beli! Banyak lagi orang lain nak berjudi. Itu saja yang Umno pikirkan isu judi. Umno hanya dok pikir sekarang ni kenapa modal berjuta di Sibu tapi kalah undi . Yahudi dan judi Umno tak pikir .

Kata Dr Haron Din Timbalan Murshidul mAm Pas dan Bekas Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam isu judi bola sepak yang diluluskan Najib;

"Judi adalah satu amalan yang ditolak oleh semua agama malah oleh seluruh masyarakat manusia yang menghormati nilai keharmonian hidup berumahtangga.

"Walau apa pun alasan, kita tetap tidak boleh lari daripada hukum Allah. Kita perlu memahami membiarkan perkara yang haram tinggal haram dengan memejamkan mata itu berbeza dengan menghalalkan yang haram".

"Menghalalkan perkara yang haram dengan sengaja boleh menjejaskan akidah dan keimanan kita. Seolah-olah manusia itu lebih pandai dari Allah," jelas Dr Haron Din.

Sementara itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahaya ketika dihubungi menyifatkan tindakan kelulusan lesen judi tersebut tidak menggambarkan pentadbiran sebuah negara Islam.

"Tindakan tersebut bercanggah dengan hukum syarak. Dalam Al-Quran dan hadis jelas mencatitkan perkara yang jelas haram antara lain adalah judi, arak dan zina," katanya.

Hashim menyeru kepada NGO Islam dan pertubuhan tanpa mengira latar belakang politik dan pendirian untuk bangkit dan membantah kelulusan lesen judi tersebut.

Kata beliau ini jelas mencemarkan nama Malaysia yang dikenali sebagai negara Islam contoh.

"Jika kita tidak membantah, seolah-olah kita bersetuju dan bersekongkol dengan tindakan tersebut. Kalau unsur judi yang tersembunyi pun kita bantah, apatah lagi yang diadakan secara terang-terangan dan lesen diberikan secara rasmi" katanya lagi.

Beliau mencadangkan kepada Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengeluarkan kenyataan dan pendirian mereka dalam isu ini.

Beliau turut memohon kepada Majlis Raja-Raja untuk bersidang dan membincangkan perkara ini kerana ia memberikan kesan langsung kepada kehidupan umat Islam.

"Sebagai penaung kepada orang Melayu dan ketua Islam, Majlis Raja-Raja diharap dapat memberikan pembelaan kepada orang Islam," kata Hashim.

Beliau optimims bahawa pembatalan lesen judi tersebut akan dipersetujui oleh ramai pihak.

"Bahkan ramai orang bukan Islam yang turut menentang cadangan usaha tersebut", katanya lagi.

HUSAM JAWAB KICKDEFELLA

Tu Dia UMNO APCO - Tembelang sudah pecah

TOL UNTUK SELAMATKAN PWTC

بسم الله الرحمن الرحيم

Kita Bayar Tol Untuk Selamatkan PWTC Dari Di Lelong Bank Bumiputra



Tulang Besi bercadang mendedahkan bagaimana Dr. Mahathir serta UMNO hampir membankrapkan Malaysia. Dalam keadaan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi serta tinggi bilangan tenaga mahir, rakyat Malaysia majoriti masih hidup dalam kesempitan dan kesakitan. Kos hidup semakin tinggi dan tahap pendapatan rakyat Malaysia masih di takuk lama.

Gaji Siswazah baru keluar universiti secara purata RM1200 atau mengikut kajian yang lain, tidak mencecah RM2000. Padahal, kos hidup naik setiap tahun. Sepatutnya, gaji siswazah baru tamat pengajian berada di julat RM3500-4000.

Ini bererti bagi setiap siswazah, yang juga terpaksa membayar hutang SPN, mereka akan hidup di bawah kos hidup sepanjang hayat pekerjaan mereka. Kemungkinan besar mereka akan pencen dalam keadaan menanggung hutang ataupun wang EPF mereka terpaksa digunakan membayar hutang-hutang mereka. Hasilnya mereka terpaksa bekerja lagi apabila mereka bersara.

Dengan kata lain, nasib pekerja-pekerja di Malaysia adalah mereka terpaksa bekerja sampailah ke lubang kubur.

Artikel di bawah ini adalah cebisan kisah kenapa perkara ini berlaku.

BERMULA

Di dalam kebijaksanaan Dr Mahathir dan Daim Zainuddin menjaga dan mentadbir kewangan UMNO, tiba-tiba UMNO telah berhutang dengan banyak sekali. Sehingga PWTC hampir dilelong kerana pinjaman yang diambil UMNO tidak dibayar.

Pada tahun 1988, hutang UMNO kepada bank bagi projek PWTC adalah hampir RM300 juta (Bank Bumiputra) dan RM86 juta (bank lain). Bunga pinjaman sahaja berjumlah RM60k sehari.

Maka, kerajaan pada masa itu yang dipimpin Mahathir telah mengeluarkan tender Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Tender tersebut telah diberikan kepada sebuah syarikat yang hampir bankrap dan telahpun dibuang dari Bursa Saham Singapura. Syarikat tersebut bernama “United Engineers Malaysia (UEM)”.

Rupanya, apabila Samy Vellu ditekan dalam Parlimen, maka Samy telah mendedahkan siapa yang memegang saham dalam UEM. Samy mendedahkan bahawa UEM sebenarnya dipunyai oleh sebuah syarikat bernama “Hatibudi Sdn Bhd”. (Raphael Pura and Stephen Duthie, “Malaysian Court Allows Highway Award: Government Can Give Rich Project to Firm Owned by Ruling Party”, AWSJ, 18 January 1988)

Samy Tol juga memberi pengesahan bahawa Pemegang Amanah dalam Hatibudi ini adalah Mahathir Mohamad, Ghaffar Baba, Daim Zainuddin and Sanusi Junid. Kesemuanya pada masa itu duduk dalam kabinet sebagai Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Pertanian.

Keempat-empat pemegang amanah syarikat UMNO ini adalah juga Ahli Kabinet Malaysia pada masa itu. Dan kabinet yang sama telah membuat keputusan memberi konsesi lebuhraya Utara Selatan kepada UEM yang dipunyai UMNO.

Maka, secara otomatik, rakyat Malaysia keseluruhannya terpaksa membayar tol yang semakin lama semakin tinggi kerana mahu menyelamatkan PWTC dari dilelong.

Tak heranlah apabila Najib Tun Razak sendiri telah mengakui:

”In the case of the North South Highway project, it is a means of UMNO solving it’s problems by repaying loans taken for the new UMNO Headquarters building"(Star 29 August 1987)

TERJEMAHAN BEBAS: Di dalam kes Lebuhraya Utara Selatan, ia adalah cara UMNO menyelesaikan masaalah membayar balik hutang yang ditanggung UMNO untuk membina bangunan Ibu Pejabat UMNO


JUMLAH KONSESSI PROJEK LEBUH RAYA UTARA SELATAN


Harus diingat bahawa konsessi yang telah diberi pada UEM ini dirancangkan supaya memberi keuntungan kepada UEM di dalam jumlah RM17 billion mengikut UEM. Tapi mengikut beberapa tokoh pembangkang jumlah konsessi untuk 30 tahun ini mencecah RM54 billion. Ini tidak termasuk pinjaman bebas bunga yang diberikan kepada UEM berjumlah RM1.65 billion dari Kerajaan Malaysia sewaktu konsessi ini mula-mula diberikan kepada UEM/UMNO.

Bayangkan, bukan sahaja UMNO dapat membayar hutang mereka kepada Bank Bumiputra untuk menebus bangunan mereka, mereka juga dapat membuat wang yang begitu banyak untuk kegunaan mereka.

Dan siapa yang sakit? Rakyat Malaysia yang sakit. Jadilah kita semua rakyat Malaysia hamba kepada UMNO dan alat mengkayakan beberapa suku sakat pimpinan UMNO

JASA KIT SIANG DAN KARPAL

Kit Siang dan Karpal telah membawa kes ini ke mahkamah. Mereka telah cuba menghalang pemeberian konsesi Lebuhraya ini kepada UEM kerana jelas ianya satu bentuk korupsi. Malangnya, Mahkamah telah menolak permohonan mereka berdua.

Mahazalim, dengan marah, telah memberi beberapa respon:

a.Menangkap Karpal dan Kit Siang di bawah ISA sewaktu Operasi Lalang
b.Meluluskan Akta Rahsia Rasmi menjadikan semua dokumentasi urusniaga
penswastaan Rahsia Rasmi dan memberi sepenuh kebebasan kepada UMNO untuk
merompak negara
c. Mencepatkan pemecatan Tun Salleh Abas dan hakim2 lain yang dilihat oleh Mahazalim
sebagai penghalang kepada ketamakan UMNO dan BArisan Nasional
d. Menghancurkan Institusi Kehakiman di Malaysia
e. Membiak budaya korupsi dan politik wang.

Perkara a. sehingga e. adalah jasa Mahazalim dan Daim yang sebenar kepada rakyat Malaysia. Selain dari menjadikan rakyat Malaysia hamba kepada ketamakan Daim dan kroni2 UMNO, kita juga terpaksa menanggung kos korupsi dan gaji yang tidak naik.

Pada waktu yang sama, banyak kepentingan rakyat dihentikan i.e. biasiswa dsbnya. Orang kaya dilindung, orang miskin ditindas di Malaysia.

Apabila wang minyak nanti habis, terpaksa lah perempuan2 di Malaysia melacur semata-mata mahu membeli makanan untuk keluarga mereka, seperti di Indonesia. Nauzubillah min Zalik.

Tulang Besi

Bung Moktar dipenjara




Poligami: Bung Moktar dipenjara, Zizie didenda

Ahli parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin hari ini dijatuhi hukuman penjara selama sebulan atas kesalahan poligami tanpa kebenaran.

Beliau juga didenda RM1,000 bagi satu lagi kesalahan bernikah tanpa kebenaran dan berhadapan dengan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut hari ini.

Isteri keduanya, Zizie Ezette Abd Samad pula didenda RM1,000 bagi setiap dua kesalahan.

Pelakon terkenal itu bersalah atas tuduhan bersubahat bagi kesalahan poligami tersebut dan juga kesalahan pernikahan tanpa kebenaran.

Zizie juga menghadapi hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut hari ini.

Jurunikah bagi perkahwinan itu pula, Ahmad Shahazami, yang juga abang kepada Zizie dihukum denda RM1,000 bagi kesalahan itu.

Dua orang adiknya, Samzy Fuzette dan Shaheizy Sam juga masing-masing didenda RM1,000 kerana bersubahat atas kesalahan itu. Selain itu, ketiga-tiga adik beradik lelaki itu juga didenda RM1,000 bagi kesalahan bersubahat bagi kesalahan poligami tanpa kebenaran. Dua yang lain, dipercayai rakan Bung Moktar -- Sahari Ahmad dan Titing Putang, didenda RM1,000 bagi satu kesalahan bersubahat bagi kesalahan tersebut.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang hadir hari ini turut membuat kecoh apabila mereka tidak dibenarkan masuk sehingga ahli keluarga tertuduh dan wartawan masuk dahulu ke kamar mahkamah berikutan tempat duduk yang terhad. Pada perbicaraan semalam NGO yang diterajui oleh kumpulan bertindak untuk kesetaraan gender (JAG) mendesak supaya Bung Moktar mengosongkan kerusi parlimennya kerana melanggar undang-undang ekoran berpoligami tanpa kebenaran.

dikemaskini 12:35pm Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini membenarkan permohonan MP Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sebulan yang dijatuhkan ke atas dirinya.

Budaya Menghukum Dan Mengugut Belum Berakhir

oleh Anwar Ibrahim,

Jelasnya politik menghukum dan ugut mengugut belum berakhir. Semalam kita dikejutkan kerana dua ADUN Pakatan Rakyat Sarawak telah digantung. Manakala itu beberapa orang mahasiswa dari Universiti Kebangsaan Malaysia kini terpaksa berdepan pula dengan pendakwaan AUKU; kononnya kerana berkempen di Hulu Selangor. Penjelasan dari mahasiswa terbabit, kehadiran mereka di sana adalah kerana berkaitan dengan jurusan yang diambil iaitu matapelajaran sains politik. Munasabah sekali mereka yang mengambil jurusan ini mahu merasai sendiri erti politik dan denyut masyarakat.

Apa ertinya jika sekadar berteleku di kuliah berhawa dingin tanpa mempunyai kesedaran keadaan sebenar. Pihak universiti jangan bertindak lebih sudu dari kuah! Kita bertanggungjawab mendidik anak-anak mahasiswa agar mereka tajam berfikir dan berani bersikap kritis. Keupayaan ini lah nantinya memacu negara ke haluan tepat, bukannya oleh mereka yang pandai mengampu sahaja.

ANWAR IBRAHIM

Selasa, 18 Mei 2010

SPR Kena Londeh Lagi Pasal UNDI POS di SIBU..jawab la kamu 'di sana' nanti...

MISTERI UNDI POS DI PRK SIBU, MOHON PENJELASAN
Tolong Jelaskan....

1. Petugas SPR bukan sebagai pemilih Terdapat seorang petugas SPR bernama Justin Leo B. Lewis No Kad Pengenalan 540131-13-5063 telah didaftarkan sebagai pengundi pos tetapi beliau sebenarnya bukanlah seorang pemilih yang sah. Bagaimana seorang pemilih yang tidak sah boleh diterima sebagai pengundi pos petugas SPR. Mengikut prosesnya mereka memohon kepada SPR untuk menjadi pengundi pos. Permohonan beliau ini diluluskan sedangkan beliau bukan pemilih. Atas asas apa SPR meluluskan beliau sebagai pengundi pos? Saya minta SPR jawab perkara ini.

2. Undi yang berlebihan mengikut kod Terdapat 3 kod yang mempunyai undi yang lebih dibandingkan dengan undi yang telah dikeluarkan : Kod 708(Unit Udara PDRM). Undi dikeluarkan 6 tetapi undi yang diterima 24 Kod 429 (Unit Tentera Darat). Undi dikeluarkan 160 tetapi undi yang diterima 161 Kod 431(Unit Tentera Darat). Undi dikeluarkan 47 tetapi undi yang diterima 55 Undi yang diterima mestilah kurang atau sama dengan undi semasa dikeluarkan. Jika undi yang diterima lebih maka ada sesuatu yang tidak kena. Bantahan telah dibuat oleh team undi pos tetapi SPR tidak melayannya atas alasan bahawa kod ini diwujudkan untuk panduan kepada petugas sahaja. Saya minta SPR jawab isu ini, kenapa kertas undi tersebut berlebihan? Adakah sesuatu telah berlaku?

3. 1040 undi Tentera dan Polis Tampa Kawalan Ejen PR Terdapat 1040 undi tentera dan polis tidak dapat dikawal oleh ejen PR. Ini kerana mereka berada di luar Sibu. Jabatan Rekod dan Pencen tentera kononnya telah menghantar kepada pihak terbabit. Apakah yang berlaku semasa penghantaran tersebut. Apa jaminan tiadanya penyelewengan telah berlaku.

4. Saksi Tentera Meragukan Terdapat beberapa pegawai tentera yang mempunyai tandatangan berbeza dalam borang 2. Bagaimana seorang saksi yang sama mempunyai tandatangan yang berbeza. Ini sesuatu kemuskilan yang perlu dijawab oleh angkatan tentera Malaysia (ATM). Jika tandatangan pegawai pun boleh menjadi kemuskilan, rakyat khuatir ATM tidak dihormati rakyat suatu masa nanti.

5. Kempen Dalam Kem Tentera Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak telah dibenarkan memasukki Kem di Sibu. Terdapat dua Kem di Sibu Oya Batu 14 dan Kem Rascom Batu 10. PM telah dapat bertemu dengan anggota tentera di sana. Atas nama Perdana Menteri beliau telah berkempen dengan anggota tentera. Calon PR tidak dapat peluang tersebut. Minta SPR beri jawapan kenapa insiden Bagan Pinang berlaku semula di Sibu? Pemimpin BN boleh masuk Kem tetapi calon PR tidak boleh masuk Kem.

6. Terdapat Sampul B Tidak Berkod. Dalam kumpulan 7 Undi Pos yang saya sendiri menjadi ejennya, terdapat lebih 50 sampul B yang tidak berkod. Saya perhatikan mereka terdiri daripada petugas SPR dan pihak polis. Mengapa SPR tidak meletakkan kod sedangkan mengikut panduan yang telah diberikan oleh SPR sendiri sampul B mestilah diletakkan kod. SPR memberi alasan kod bukan alasan untuk menolak undi pos. Jika kod tidak penting untuk mempastikan keselamatan undi pos mengapa buku panduan undi pos meletakkan kod sebagai perkara yang penting ? Bukankah ini mekanisma untuk mengelakkan penipuan?

- Suhaizan Kayat
Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia

TGNA: 'Umno-BN beli undi macam beli ayam itik'

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata rakyat sudah terlalu mual dengan amalan politik wang Umno-Barisan Nasional (BN) sehingga menyebabkan ia gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sibu semalam.
“Rakyat sudah terlalu mual dengan politik wang (janji-janji pilihan raya),” kata Menteri Besar Kelantan ini.


(Kemiskinan sengaja dibiarkan agar rakyat dapat dibeli setiap kali pilihanraya - inilah kerja jahat BN)


“Umno dan BN membeli rakyat seperti membeli ayam itik, binatang ternakan boleh dibeli, tapi jika manusia pun ingin dibeli, jelas sekali manusia sudah ingin disamakan dengan ayam itik,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan petang ini.

BN memberikan janji projek pembangunan selain dana, antaranya RM5 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada malam terakhir kempen untuk mengatasi masalah banjir di Rejang Park.

Nik Aziz mengharapkan BN sedar kekalahan itu menjadi bukti bahawa tidak semua manusia boleh dibeli walaupun ditabur dengan berlian dari langit dengan berkata “prinsip bukannya barang dagangan.”

Sehubungan itu, beliau percaya realiti di Sibu malam tadi menjadi tamparan hebat kepada BN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Pilihan raya kecil Parlimen Sibu malam tadi berakhir dengan kejayaan Wong menewaskan calon BN, Robert Law Hui Yew dan Narawi Haron dari Bebas dengan majoriti 398 undi.

Narawi hilang wang pertaruhan.

Kemenangan Wong sekali gus mencatatkan sejarah tersendiri setelah 28 tahun kerusi Parlimen berkenaan dikuasai BN.-Malaysian Insider



Melanau -Melayu penyumbang kemenangan Pakatan Rakyat di Sibu

Kejayaan Pakatan Rakyat merampas kerusi parlimen Sibu daripada BN memang mengejutkan . Sapa sangka cempedak jadi nangka. BN dengan segala kekuatan jentera pusat dan limpahan projek pembangunan berjuta ringgit yang dijanjikan di Sibu namun tetap kalah di tangan rakyat yang jadi raja dalam pilihanraya.

Kata Presiden Pas ,Umno-Bn setiap kali muncul pilihanraya raya mereka seolah-olah jadi macam mesin cetak wang untuk diberikan kepada pengundi yang dijanjikan macam-macam untuk sokong BN. Tapi rakyat Sibu ajar BN bahawa wang tak boleh beli segala-galanya.

Gambar kiri ana sedang berceramah di Kg. Hilir semasa kempen di Sibu.

"Media pro Umno langsung tak buat lintas langsung berita kemenangan Pakatan Rakyat seolah-olah macam tak ada pilihanraya di Sibu. Mereka bersikap langsung tak profesional dalam bidang kewartawanan.Akhbar mereka 'padamkan' kemenangan Pakatan Rakyat. Mereka seolah-olah tak iktiraf pilihan rakyat di Sibu!" Tu kata Mat Sabu AJK Pas Pusat.

Dalam laporan Malaysiakini Tsunami politik kini sampai ke S'wak melaporkan;

BN juga kehilangan sokongan pengundi kaum Melanau-Melayu juga dilihat turut beralih kepada Pakatan Rakyat walaupun jumlah tidak sebesar pengundi Cina.

Bagaimanapun, keputusan pengundian hari ini juga menunjukkan pengundi dari kalangan kaum Iban pula masih taat menyokong BN.-Malaysiakini

Melayu Semenanjung juga dah muak dengan Umno-Bn yang bersahabat dengan Apco dan juga luluskan judi bolasepak tanpa memikirkan kesannya kepada rakyat. Cuma Melayu Felda masih setia dengan Umno-Bn tu pun tak lama lagi mereka juga akan berubah sokong Pakatan Rakyat.

PRK SIBU : 1MALAYSIA MENUJU KUBUR

SIBU - KINI SEKERAT UMno, SEKERAT MALAYSIA.

KEPUTUSAN PRK P212 SIBU.

KINI SEKERAT UMno, SEKERAT MALAYSIA.
Rencana Oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB -
http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com
17 MEI 2010 - ISNIN - 3 JAMADILAKHIR 1431
Ahad Mei 16, 2010

"Parti Kian Runtuh" - Muhyiddin

KUANTAN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini sudah semakin hilang sokongan apabila semakin ramai pemimpin dan penyokong parti itu dilihat mula meninggalkan parti berkenaan. Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, rakyat juga semakin sedar bahawa parti itu hanya memperjuangkan individu tertentu sahaja dan tidak memberi faedah langsung kepada rakyat.

"PKR? Parti Kian runtuh?.. setiap hari ada batu batan yang jatuh dan runtuh, sebahagian besar pemimpin yang sokong PKR dahulu juga sudah hilang keyakinan, parti itu tidak berjuang untuk rakyat tapi untuk individu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat kebangsaan di Universiti Malaysia Pahang, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai krisis parti berkenaan yang dilihat semakin buruk apabila semakin ramai pemimpin dan penyokong parti itu mula meninggalkan parti berkenaan. Terbaru, PKR Cabang Ipoh Barat semalam dibubarkan selepas 19 daripada 25 Anggota Jawatankuasanya meletakkan jawatan.

Muhyiddin secara sinis berkata, PKR patut dibubarkan terus sahaja dan semua pemimpin dan penyokong parti itu beralih menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

(Maaf diatas memetik berita diatas dari blog teman blogger. Maaf dan terima kasih)

Hati cukup panas dan cukup-cukup geram, mendengar penghinaan dan celuparnya Pengarah PRK BN P212 Sibu iaitu Timbalan Presiden UMno - Timbalan Pengerusi BN berdaya mampu melalui lidahnya lembut tidak bertulang diatas sifat pengampu no wahid selepas anak yatim piatu sanggup berkata, “PKR? Parti Kian runtuh”. Kalau-kalulah yang berkata begitu, ianya adalah anak aku didepan aku, nescaya aku bagi peluku kerkuk mengapoq bincut diatas bubun kepala. Buta perut punya Pengarah PRK P212 Sibu BN, bukan calun PR dari PKR yang bertanding. Yang bertanding berdepan SUPP-BN adalah calun PR dari DAP. Awat jadi Pengarah PRK BN P212 Sibu sanggup cakap tak ketahuan melalut cukup buta perut.

Disinilah saya saya pacak hujah macam pancang tumang kerbau balar. TS MY mewakili UMno-BN hakikatnya mereka cukup cerun, cukup takut dengan batang tubuh YB DS Anwar Ibrahim. Walaupun 1,000,000 fitnah direkacipta dengan 1,000,000 tuduhan untuk membunuh kareir politik DS Anwar, walaupun UMno-BN tengok macam-macam sebenar, tetapi rakyat haram tak percaya. TS MY melihat batang tubuh manusia yang bernama DS Anwar Ibrahim ini umpama lintah, hampa cuba kerat berapa pun dia masih bertaut, hidup bermaya serta mendapat sokongan yang besar dari semua kaum dalam negara kita. UMno-Bn cukup-cukup terseksa dan gerun diatas sokongan rakyat kepada PR samada PAS, DAP maupun PKR.

Diatas celuparnya mulut TS MY yang mengatakan ketika beliau menjadi ahlil nujum negara 1Malaysia, parti PKR Parti Kian runtuh. Semasa mana beliau berucap merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat kebangsaan di Universiti Malaysia Pahang di Kuantan. Hari ini serentak sambutan Hari Guru 2010 melalui dan menerusi PRK P212 Sibu rakyat dan pengundi Parlimen Sibu bijaksana dan celek politik, telah menolak BN-UMno dan SUPP kelongkang walau tidak membaham acar tetapi telah membaham tanah. Itulah jawapan tunai - jawapan cash pengundi Parlimen Sibu kepada UMno-BN/SUPP. Oooooiiiiiiiii!!!!!!!!! TS MY tunggulah saatnya dengan petunjuk pintu dan jendela dibuka sebagai guru untuk menghadapi PRU Sarawak tidak lama lagi akan terjadilah KINI SEKERAT UMno, SEKERAT MALAYSIA. 1MALAYSIA MENUJU KUBUR.

Kedudukan TS MY sebagai Jenderal Perang yang mengetuai PRK Parlimen dan Dun telah kalah dan gagal dalam banyak peperangan. Sekalipun MY menggunakan segala kelengkapan senjata dan peralatan serta menabur rasuah macam peroi temukut dekat ayam lapar penuh dengan rasuah sejak beliau bertolak dari KLIA dengan pesawat negara untuk berkempen untuk BN-SUPP. Beliau MY telah mengeciwakan iman 1Malaysia Pengerusi Bn/Presiden UMno juga PM dan menteri pitih. Nyatalah TS MY tidak cukup kebolehan dan uummmpppphhhh, kebijaksana mengatur strateji dalam teknik peperangan, sekadar nak mendapatkan sokongan adalah menghulur dan lempar semua jenis rasuah yang terdapat dimuka bumi ini dicurah disiram setiap kali PRK juga PRU.

Disini, PM1Malaysia DS NTR tidak boleh 100% nak letakkan kekalahan SUPP-BN itu keatas tengkok dan kepala MY. Tidakkah PM DS NTR juga berkali-kali turun ke PRK P212 Sibu berceramah dan menabur rasuah kepada pengundi P212 Sibu? DS NTR tak boleh menyekang sombong untuk lungguk kekalahan PRK P212 Sibu walaupun rasuah dihalalkan, judi dihalalkan keatas seorang bernama TS MY. Kedua-dua hampa mesti bertanggungjawab dan pikul kekalahan tersebut. Dunia melihat UMno-BN menghadapi PRK dan PRU menghadapi lawannya dengan keadaan mati pucuk, mati akai dan mati tektik dan teknik. UMno-Bn tidak mempunyai jatidiri dan kekuatan sejati kecuali UMno-BN menyalah gunakan harta negara - harta rakyat secara lanun dan perompak penuh dengan cara-cara penyelenggaraan dan pelaksanaan rasuah akbar dan rasuah perdana.

Kalaulah semua media menjadi bisu dan buta, sama ada jenis media cetak maupun media eletronik, pekak dan bengong macam anak yatim pengampu. Mereka mendapat keputusan setelah pelaburan UMno-BN-SUPP 2 minggu billion RM dilaburkan sebagai senjata rasuah kepada pengundi P212 Sibu, semuanya tidak mendapat pulangan walaupun SPR, Polis dan semua Jabatan Kerajaan Betis, Pusat dan kaki secara rasuah bersepadu dijanakan. Pengundi menolak UMno-BN-SUPP dan ianya akan memberi impak dan kesan yang mendalam kepada PRU Negeri Sarawak tidak lama lagi. Maka sejak jam 7 petang, orang Padang Serai kata 7 malam, ketua 1Malaysia DS NTR bersama-sama TS MY dan sekelian Perdana Pecacai 1Malaysia juga menjadi buta, bisu kelu dan pekak dalam menghadapi dan menerima keputusan PRK P212 Sibu yang rakyat telah celek politik dan setapak selangkah kedepan untuk tinggal UMno-BN-SUPP dan PBB di Serawak. Masa PRU akan datang adalah pngukurnya.

Disini saya mengambil kesempatan mengucapkan syabash dan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada seluruh jentera PRK PR P212 Sibu yang betugkus lumus berjuang dan bertarong menghadapi musoh politik kita bersama yakni UMno-BN-SUPP dari semua ahli-ahli komponan PR terutamanya dari DAP, PAS dan PKR, tenga tempatan maupun tenaga dari Semenanjung. Pengurbanan dan pembiayaan yang dikeluarkan selama dan semasa anda-anda semua di P212 Sibu berbaloi dan menjadikan sempitnya kubur UMno-BN kian menirus. Silap-silap laung dan sebut 1Malaysia akan menjadi SEKERAT UMno DAN SEKERAT MALAYSIA. Akhirnya angka satu menjadi sekerat atau separoh. Pasti 1 tidak boleh melangkah bertahan lama dengan 1 PRU13. DS NTR dan TS MY barangkali tidak akan merasai ke2 PRU jaman dia jadi PM1Malaysia.

Kepada YB Wong Ho Leng dengan kemenangan majoriti 398 undi mewakili PR dari DAP, ingatlah kemenangan anda adalah kemenangan keadilan, kemenangan rakyat yang menolak rasuah perdana, dan rakyat menolak halalan judi UMno-BN. Ayuh!!!!!!! Perjuangan kita teruskan.

Walau apa pun inilah medium perjuangan saya kini dalam membantu PR. Kerana saya sudah tidak punyai kekuatan fizikal yang kini saya sarat dengan penyakit. siang nanti hari ini 17 Mei 2010 jam 9.30 pagi saya akan ditemani isteri untuk terus mendapat rawatan susulan di Wad PAKAR 3 Hospital K, mudah-mudahan semua penyakit agar berkurangan dan agar kesihatan kembali kuat sikit. Menghadapi membuat rencana untuk blog menghadapi UMno-BN, saya rasa kekuatan hadir dalam diri walau mengalami payah sukar menaip dan masukkan blog apalagi penerimaan dan perjalanan blog macam sepah bulan kadang-kadang macam haram jadah, hati cukup panas, fee bulan kena bayar juga walau kalua dihimpun tak sampai 5 hari 4 malam internet berfungsi.

KESIAN SPR : Itu Laa Suka Sangat Nak Menipu Last Dah Pecah Tembelang Pon Nak Menipu Jugak

Sedang ingin percaya SPR

Dalam berita bertajuk "SPR nafi lengahkan pengumuman keputusan" (komen-komen di sini), Bernama semalam melaporkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menolak dakwaan DAP bahawa mereka sengaja melengah-lengahkan pengumuman keputusan undi pos pilihan raya kecil kerusi Parlimen.

Saya bersimpati dengan SPR termasuk Abdul Aziz. Saya juga sedang berusaha keras untuk mempercayai SPR dan Abdul Aziz. Tetapi, setakat ini saya masih gagal teruk dalam usaha mempercayai suruhanjaya itu dan pengerusinya. Saya sedang berusaha lagi sekarang walaupun semakin keras saya berusaha dan semakin teruk saya gagal.

Lebih dari itu semua, saya juga amat mengkagumi cara-cara SPR mengira jumlah pengundi yang keluar pengundi. Tentu SPR mempunyai kebolehan mengira dan kepakaran matematik yang sangat jagoan. Maklumlah, mula-mula kira 59.9 peratus. Tau-tau dah jadi 70 peratus pulak.

Dalam pilihan raya, jangankan perbezaan lebih 10 peratus, perbezaan satu peratus pun dah kira deciding dah.

Rakyat, sedarlah!

Ahad, 16 Mei 2010

Shafie Afdhal Berlagak SPR

Sungai Aup, 16 Mei; Kekecohan telah berlaku pagi tadi sekitar jam 9.30 di pusat undi RH Jonathan Sungai Aup /Sek. Kebangsaan Sg Aup apabila Menteri Luar Bandar Dato Shafiee Afdal bertindak mengarahkan petugas-petugas dari DAP keluar dari kawasan kuning pada hal para petugas berada diluar kawasan kuning.

Keadaan di kawasan rumah panjang yang padat, dengan keadaan rumah-rumah yang berdekatan yang kurang dari 50 meter dengan garisan kuning telah menimbulkan kemarahan penduduk yang kebanyakkan telah berubah sokongan mereka kepada DAP.

Para penduduk bertindak berani menghalau Menteri berkenaan meninggalkan kampung berkenaan dengan segera sekiranya tidak mahu perkara yang tak diingini berlaku. Beliau terus pergi dengan keadaan penoh rasa malu. Seorang penduduk mengatakan; "nasib baik dia pergi segera sekiranya tidak apa entah akan berlaku" Setengah jam kemudian selepas Menteri berkenaan berlalu kelihatan ramai anggota keselamatan tiba dan di dapati keadaan sudah terkawal.

"Jangan lupa undi DAP" - Nik Aziz


Lan Jusoh
KOTA BHARU, 15 Mei: Biar pun tinggal beberapa jam lagi lebih 54,000 pengundi di Sibu akan membuang undi, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan mereka jangan lupa mengundi calon DAP.

"Saya minta semua pengundi undi calon DAP. Ini kerana DAP sekarang berada bersama PAS dan KeADILan (Parti Keadilan Rakyat) dalam Pakatan Rakyat.

"Orang PAS dari seluruh negara datang membantu kempen di Sibu biar pun habis duit dan tenaga tak apa asalkan dapat berkhidmat kepada Islam.

"Jadi saya minta rakyat Sarawak di Sibu tolong undi calon Pakatan iaitu DAP. Di mana sahaja ada calon PAS, undi PAS. Kalau tidak ada calon PAS undi calon PKR, dan kalau tidak ada calon PKR undi DAP," katanya di sini.

Pertarungan akhir mempertahankan parlimen Sibu menyaksikan hampir seluruh menteri turun berkempen termasuk di rumah panjang dan kampung Melayu dan Melanau.

Mereka membawa bersama janji-janji pembangunan yang ditabur ke seluruh pelusuk bumi Sibu.

Berdasar kepada gerak kerja tersebut kelihatan Umno dan Barisan Nasional (BN) berdepan suasana sukar untuk mempertahankan kerusi tersebut bagi penggal ke enam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, perubahan yang ketara berlaku kepada kepemimpinan DAP sekarang di mana mereka lebih terbuka dan bersikap intelektual.

Menurutnya dahulu DAP tidak mahu mendampingi PAS kerana perjuangan Islam yang dibawa, namun sekarang mereka sudah faham.

"Sekarang pemimpin PAS dan DAP boleh berceramah bersama. Ketika ceramah saya sebut tentang Islam dari aspek ekonomi, sosial dan semua sudut kehidupan berpaksikan Islam.

"Dan alhamdulillah mereka terima. Apa sahaja perkara yang tidak faham mereka tanya kami. Pemimpin DAP sekarang kebanyakan intelektual, berpelajaran dan berfikiran terbuka. Sekarang ramai pemimpin DAP sebut Assamualaikum," katanya.

Kata beliau situasi itu berlaku sebagaimana Nabi Muhammad saw pernah meminta orang Yahudi berkerjasama dengan orang Islam di Madinah.

Kalau ada musuh yang menentang Yahudi Nabi Muhammad saw akan membantu Yahudi. Dan kalau ada musuh menentang Islam di Madinah Nabi Muhammad meminta Yahudi datang membantu.

Beliau menjelaskan dahulu DAP menentang kerjasama dengan PAS kerana mereka tidak faham Islam.

Kata beliau usahkan DAP, Melayu Umno pun marah kepada PAS kerana memperjuangkan Islam sehingga didakwa boleh menimbulkan pecah belah dan tiada kemajuan.

Menurutnya pemimpin DAP sekarang mendengar sendiri mengenai Islam daripada pemimpin PAS dan tidak lagi terpengaruh tindakan pemimpin Umno memburukkan Islam.

Beliau berkata, Islam memberi kebebasan kepada penganut agama lain mengamalkan ajaran mereka.

"Kita hanya terang tentang agama Islam dan kalau mereka tidak mahu terima itu hak mereka. Saya juga banyak menerima kunjungan paderi dan sami datang ke pejabat.

"Malah saya pergi kepada wat Buddha di Tumpat. Saya sebut Tuhan hanya satu ialah Allah. Semua agama melarang perbuatan mungkar seperti judi, zina dan rogol.

"Ini sudah menggambarkan ada titik pertemuan di antara kami dengan agama lain," ujarnya.

Beliau menyifatkan kejayaan besar hasil dakwah di Kelantan apabila orang bukan Islam tidak lagi marah kepada PAS

GAMBAR SEKITAR KEMPEN PILIHANRAYA KECIL SIBU

Bersama calon PRK Sibu

YB Teresa Kok

Seorang pengundi di Kampung Hilir


YB Dr Hatta Ahli Parlimen Kuala Krai sedang berkempen di Stesyen Petronas
Jalan Tengku Sibu




GAMBAR SEKITAR KEMPEN PILIHANRAYA KECIL SIBU

Kibaran Bendera parti-parti Pakatan Rakyat


Kehadiran lebih 10,000 penduduk Sibu ke Ceramah Perdana Anwar, Hj Hadi & Guan Eng


Warga Emas Rumah Panjang Sungai Aup


Bermesra dengan anak-anak Iban di Rumah Panjang Sungai Aup



Gambar-gambar disekitar kempen Pilihanraya Kecil Sibu
15 Mei 2010 bersama masyarakat Iban di rumah panjang Sungai Aup

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails