SELAMAT DATANG

Khamis, 4 Jun 2009

Ucapan Perasmian Pemuda oleh Timb. Presiden PAS

Para Muktamirin yang dikasihi sekalian,

Marilah sama-sama kita renungi Kalamu'Llah Subhanahu wa Ta'ala yang telah berfirman di dalam al-Qur'an ayat 102-103, Surah Ali Imran : Wahai Orang orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar benar takwa kepadaNya, dan janganlah kamu mati selain dalam keadaan beragama Islam. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan ni�mat Allah kepada mu ketika kamu dahulu (sewaktu jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu, lalu menjadilah kamu kerana ni'mat Allah orang-orang yang bersaudara, dan kamu telah berada ditepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.

Begitulah juga, Allah SWT telah berpesan kepada kita dalam ayat ke-55 dan 56, Surah al Maidah "Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasulnya dan orang orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk kepada Allah. Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasulnya dan orang orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut agama Allah itulah yang pasti menang."

Kedua-dua ayat ini mengandungi maksud yang tersirat dan cukup mendalam. Ia sesuai dijadikan sebagai elemen-elemen yang melengkapi maksud wehdah (penyatuan), mahabbah (kasih sayang) dan ukhkuwah (persaudaraan) yang menjadi teras kepada kejayaan Islam dan jamaah.

Dalam hal ini teringat kita mutiara pesanan Al-Marhum Asy-Syaikh Mustafa Masyhur dalam tinta emasnya yang amat kita kenali, Tariqud-Da'wah bila mana beliau berkata:

"Jalan dakwah adalah jalan yang satu. Di atas jalan inilah RasuluLlah SAW dan para sahabat baginda RA berjalan sebelumnya. Demikianlah juga kita dan pendukung dakwah berjalan dengan Tawfiq daripada Allah SWT. Kita dan mereka akan berjalan berbekalkan iman, �amal, mahabbah dan ukhuwwah. RasuluLlah SAW menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar cinta dan ukhuwwah. Maka berpadulah ikatan iman dan kekuatan �aqidah dengan penyatuan. Jadilah jamaah mereka sebagai jamaah contoh. KalimahNya mesti lahir dan dakwahnya mesti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini."

Saudara saudara sekalian

Salah satu aspek terpenting dalam 'Amal Jama'iyy yang dipegang oleh PAS yang menjadikan ia berbeza daripada parti politik lainnya, ialah amalan syura. Sesungguhnya peranan syura yang disebutkan oleh Allah SWT di dalam surah Ali �Imran: 159 merupakan panduan yang amat jelas dan pengawas kepada perjalanan dan hala tuju PAS. Amalan syura ini telah kita warisi daripada zaman Rasulullah SAW lagi dalam banyak suasana yang telah baginda contohkan.

Oleh itu, kita tidak boleh berganjak daripada Syura. Adalah menjadi kewajiban setiap pimpinan dan ahli mengikat dengan keputusan Syura Jamaah walaupun dia mempunyai pandangannya yang tersendiri. Pandangan sendirinya itu apabila telah dicurahkan dalam Syura dan apabila Syura mengambil keputusan, maka keputusan Syura ilzam ke atasnya. Pelaksanaan syura yang meluas, menurut sebahagian besar pimpinan harakiyy, adalah wajib dan sebahagian fuqaha� berpendapat pula Amir Syura dan Amir Jamaah mesti ilzam dengan keputusan syura. Kaedah pelaksanaan syura ini pula adalah berdasarkan prinsip pendapat yang paling kuat (al-ra�yu al-rajih) di kalangan mereka yang bersyura. Kaedah ini dipegang berdasarkan alasan bahawa salah satu nas yang berhubungan dengan syura meletakkan ia bersampingan dua rukun Islam yang utama, iaitu solat dan zakat sehingga memberikan konotasi bahawa pentingnya syura seakan-akan syarat asasi sebagai seorang Muslim-Mukmin apatah lagi bagi kita sebuah organisasi politik yang sedang memikul amanah memimpin ummah.

Firmanu'Llahu Ta�ala fi kitabihi�l-Karim: (59) "Sesungguhnya Allah memerintah kamu menunaikan amanah kepada ahlinya dan apabila kamu menjalankan hukum di kalangan manusia, hendaklah melaksanakan hukum itu dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran sebaik-baiknya pada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar dan meliha"

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul dan ulil 'amri (orang-orang yang mengendalikan urusan yang terdiri daripada pemimpin dan �ulama). Maka jika sekiranya kamu bertelingkah dalam apa-apa perkara, hendaklah kamu kembalikan penyelesaiannya kepada Allah (Al-Qur�an) dan Rasul (As-Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Itulah sebaik-baik dan seelok-elok penyelesaiannya"

Kepimpinan dalam Islam merupakan sunnah mulia Rasulullah SAW. Meskipun begitu, ia juga merupakan suatu amanah yang cukup besar. Bukankah atas dasar itulah, Rasulullah SAW menolak permintaan �Abdul Rahman bin Samurah bilamana baginda SAW dengan tegas bersabda (maksudnya): "Hai Abdul Rahman! Janganlah kamu meminta kepimpinan (al-Imarah) kerana kalau kamu diberikannya padahal kamu tidak memintanya, maka kamu akan diberi pertolongan; tetapi jika kamu diberikan lantaran kamu memintanya, kamu akan dibebankan.�

Sesungguhnya kepimpinan adalah amanah berat yang didokong oleh seluruh pimpinan dan ahli jamaah supaya mengurus politik dan pentadbiran negara dengan cara yang betul lagi benar, memimpin umat dan berpegang teguh dengan tali Allah meskipun diuji dengan pelbagai mehnah (tribulasi) yang sukar diduga. Pemimpin mempunyai tanggungjawab yang besar. Kepimpinan adalah seni untuk membimbing manusia ke arah destinasi objektif (hadaf) yang telah ditetapkan. PAS mempunyai produk Islam untuk disampaikan. Ia akan terganggu sekiranya pemimpin tidak bijak dalam meyakini rakyat atau pengikut untuk menerima prinsip-prinsip Islam.

Saya tertarik dengan sebuah buku yang ditulis oleh John C. Maxwell yang bertajuk, The 21 Irrefutable Laws of Leadership, beliau menyatakan bahawa: "The second principle of law is the Law of Navigation. Anyone can steer the ship, but it takes a leader to chart the course".

Ilmu pengurusan yang dinukil oleh penulis Barat juga perlu diolah supaya ia mampu melengkapkan kepimpinan pemuda dengan kompetensi kepimpinan yang tinggi.

Keimanan yang terpasak dalam jiwa pejuang-pejuang agama telah mengikat jasad dan roh untuk mengendalikan urusan politik secara ibadah serta menyeru rakyat supaya ta'abud li'Llahi Ta�ala. Kita sama sekali tidak akan berganjak untuk bersama-sama dengan Islam walau dalam keadaan apa jua sekalipun. Sebagaimana sebuah hadith Rasulullah SAW,

"Ingatlah bahawa lingkaran Islam itu adalah bulat, berputarlah kamu bersama Islam di mana sahaja ia berputar".

Sehubungan dengan itu, saya ambil kesempatan disini untuk sekelian kalinya menegaskan bahawa pemimpin tertinggi parti tidak pernah punya sebarang niat atau perancangan untuk masuk Umno atau BN. Dan saya amat percaya adik adik saya di dalam Dewan Pemuda PAS bersama sama dalam agenda ini. Akan kita pertahankan parti ini dari sebarang unsur yang cuba merobek dan mengganggu keutuhan jamaah kita.

Islam yang kita perjuangkan ini diambil dari nas Al Quran dan Al Sunnah. Al Quran dan Al Sunnah lah yang mengajar kita untuk mengenal siapa musuh dan siapa kawan, ketika mana hendak berperang dan ketika mana pula untuk berdamai.

Sekali saya menegaskan bahawa prinsip dan dasar Islam yang kita perjuangkan akan sekali kali tidak berganjak, namun kaedah dan uslub boleh berubah. Akan kita perkukuhkan saf kita sendiri dan juga saf Pakatan Rakyat yang telah kita ijtihadkan sebagai wadah politik kita untuk berdepan dengan UMNO dan BN.

Allah SWT akan memilih golongan-golongan HizbuLlah, AnsaruLlah dan Hawariyyun ini untuk benar-benar melunaskan janji mereka. Kita mesti memastikan bahawa jejak langkah kita tidak akan berpaling daripada landasan perjuangan yang suci murni ini. Sebaliknya, tanamkanlah rasa ghairah untuk memenangkan Islam dari segenap juzuk.

Dan insya' Allah PAS boleh dan Pemuda PASlah yang akan berada di barisan hadapannya! Sekalipun tugasan politik dan kebajikan kita terlalu banyak, maka jangan lupa bahawasanya ia adalah sebahagian daripada ruang lingkup dakwah yang luas terbentang dan kita sebagai da'i yang bertanggungjawab ke atas mad�u. Bila disebut tentang madú pula, semua yang ada diluar sana adalah madú kita. Akan terus kita ajak mereka untuk bersama dengan kita, berbincang, berdialog tanpa mengira siapa mereka dan ideologi politik atau kefahaman apa pun yang mereka miliki.

Firman Allah SWT dalam Surah An-Nur, ayat ke-55 dan 56.

"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Umat Muhammad) bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka, khalifah-khalifah yang berkuasa, dan ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhakan untuk mereka, dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan ingatlah sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. Dan dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat. Dan taatlah kepada Rasulullah SAW supaya kamu beroleh rahmat"

Ibnu Kathir dalam mentafsirkan ayat ini telah berkata, "Ini adalah janji Allah kepada Rasulullah SAW bahawa Allah akan menjadikan umatnya sebagai para khalifah di muka bumi, iaitu sebagai imam dan pemimpin bagi umat manusia. Dengan mereka, negara akan diislahkan dan manusia akan tunduk kepada mereka, juga akan diubah rasa ketakutan kepada keamanan dan pemerintahan akan berada di tangan mereka."

Penentangan zaman-berzaman terhadap kebenaran dan keadilan Islam sentiasa dilancarkan oleh musuh-musuh Islam serta golongan munafiq. Tidak cukup dengan serangan militer, mereka melancarkan serangan-serangan pemikiran, budaya dan ekonomi sehingga melumpuhkan kekuatan umat Islam terutamanya golongan muda. Justeru, bagi menangani apa jua cabaran musuh Islam, hanya tarbiyyah Islamiyyah yang mampu menjadi benteng untuk menepis serangan-serangan itu. Tarbiyyah Islamiyyah berperanan dalam membentuk syakhsiyyah Muslim sejati dan menguatkan pergantungan atau �aqidah kita kepada Yang Maha Berkuasa.

PAS mestilah menekuni pemasalahan dan kesulitan yang dialami pada hari ini. Kebejatan peribadi manusia, krisis ekonomi dan impaknya kepada dunia, ketidakstabilan politik serta penindasan terhadap Islam mestilah diselesaikan dengan cara Islam. Maka, bagi menyediakan penyelesaian kepada masalah-masalah sejagat ini, gerakan Islam mesti memperbaharui mekanisme dan pendekatan tarbiyyah supaya sesuai dengan perkembangan semasa. Walaupun begitu, ia mestilah berpegang teguh dengan prinsip dan dasar Islam sepertimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 256;

"Sesiapa yang tidak mempercayai taghut, dan beriman kepada Allah SWT, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan tali (agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui"

Dr. Abdullah Nasih 'Ulwan dalam bukunya yang bertajuk, Generasi Muda Islam dan Cabaran Globalisasi telah mencatatkan peringatan penting untuk kader-kader dakwah mengenai cabaran kekecewaan dalam melakukan 'amal-'amal Islami. Beliau berhujah dan meletakkan beberapa faktor yang menyebabkan lunturnya semangat pemuda untuk berjihad di jalan Allah, iaitu;


(i) pakatan jahat musuh Islam terhadap Islam;
(ii) berbilang jemaah dan permusuhan yang berlaku di antara jemaah;
(iii) kegagalan untuk mencapai kemenangan; dan
(iv) berhujah dengan nas-nas yang menyeru kepada pengasingan diri daripada hidup bermasyarakat.

Dalam hal ini, 'ulama dan mujahid dakwah yang berpengalaman ini telah berpesan supaya jangan wujud satu jamaah yang tidak mengenal Islam melainkan ia hanya bergerak dalam bidang politik dan mengkritik pemerintahan serta kerajaan. Tanpa menghiraukan pengislahan akhlak, penyempurnaan tarbiyyah dan penyucian diri, jamaah seperti ini akan menyumbang kepada kemerosotan usaha jihad. Begitu juga, orang yang berputus asa sentiasa bersikap negatif terhadap potensi gerakan Islam kerana hanya melihat satu demi satu kegagalan dalam menumpaskan kerajaan nasionalis dan sekularis ini. Akhirnya, mereka mendakwa bahawa sudah tidak ada jalan lain lagi untuk menegakkan Islam dalam negara tersebut.

Maka, kita merafa�kan doa dan munajat ke hadhrat Ilahi, memohon dengan sesungguhnya supaya seluruh ahli kita sentiasa teguh beriltizam untuk menggalas amanah Islam ini serta istiqamah dalam mendepani pelbagai mehnah dan fitnah yang datang silih berganti. Hanya mereka yang ikhlas dan telah membulatkan tekad kepada Allah akan dibayar oleh Allah dengan ganjaran harga yang cukup tinggi di akhirat kelak. Sesungguhnya martabat para mujahid dakwah yang ikhlas dan benar akan diangkat oleh Allah SWT sebagaimana Janji-Nya di dalam al-Qur'an.

PAS telah meniti dan mengharungi medan demokrasi sejak tahun 1951. Bermula penyertaannya dalam pilihanraya pada tahun 1955 sehingga PRU 12 pada tahun 2008. Sesungguhnya PAS tidak pernah diuji Allah dengan kemenangan sebesar ini. PAS sedar ujian kemenangan adalah jauh lebih sukar daripada ujian kekalahan dalam pilihanraya. Bukan hanya di peringkat luaran, malah di peringkat dalaman. Apa yang telah berlaku selama 15 bulan ini, sewajarnya kita insafi dan tafakkur sejenak. PAS pernah berada dalam keadaan hanya dengan memenangi satu kerusi di Parlimen dan majoriti satu kerusi di DUN. PAS pernah memimpin Pakatan Pembangkang di Dewan Rakyat.

Malah PAS telah menerajui Negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan bersama Pakatan Rakyat memimpin Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Ini semua adalah hidangan dan ujian besar daripada Allah buat mereka yang berakal untuk sentiasa memuhasabah diri. Ia akan menjadikan PAS supaya lebih matang dalam mengharungi liku-liku demokrasi ini. Insya� Allah cabaran besar ini akan kita galas, akan kita pikul dan akan kita hargai dengan memberikan pentadbiran politik terbaik kepada negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Imej PAS sebagai parti pembangkang perlu dijenamakan semula. PAS bukan sekadar parti pembangkang � asal bantah sahaja semua tindakan parti kerajaan, tetapi PAS kini adalah sebuah Parti Islam yang telah bersedia untuk mengambilalih kepimpinan negara dalam masa terdekat dan membawa pimpinan alternatif kepada seluruh rakyat Malaysia, dengan Izin Allah. Minda dan tindakan kita perlu dididik dan bersedia menjadi pentadbir sebenar sebuah kerajaan. Kita perlu sentiasa berada dalam kancah masalah rakyat dan menawarkan penambahbaikan kepada masalah mereka.

Bukan hanya menunding jari kepada kerajaan, sebaliknya agresif dalam menyelesaikan kekusutan yang tersimpul dek kerana kesesatan dalam memimpin rakyat. AlMarhum Bapak Natsir pernah berkata,

"Pemimpin tidak boleh dicetak. Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah. Tetapi ia tumbuh sendiri dalam hempas pulas kanca, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol di kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didukung oleh umat".

Pada hari ini kita berhadapan dengan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional yang baru tetapi semakin lemah dan semakin laju menjunam ke lembah kebinasaan. Kita pinggirkan kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri mereka. Sebaliknya, kita melihat kekuatan mereka. Sejauhmana kita sudah mempersiapkan diri untuk menandingi mereka dari aspek pengurusan, ekonomi, pemikiran polisi, enggagement dan sebagainya? Oleh yang demikian, pemuda perlu menampilkan dan memasarkan politik dan produk dakwah serta mempotretkan kepimpinan bermodelkan Islam dengan sebaik-baiknya.

Demikianlah akhlak berjamaah yang kita anuti. Pemuda juga mesti terus teguh mempertahankan Syura. Ramai di kalangan pemuda mempunyai kelebihan-kelebihan yang masih belum dimaksimumkan. Kita perlu memperbetulkan amalan yang biasa dilakukan dan membiasakan amalan yang betul. Kita mesti berani membuat re-invention dan re-branding yang menepati sasaran dakwah kita. Jangan kita berlaga sesama sendiri. Jangan kita berdusta sehingga membongkar rahsia tanzim kita. Jagalah adab-adab berjamaah dan jangan sekali-kali membiarkan diri kita dipergunakan musuh sama ada kita sedar atau sebaliknya. Dan kita yakin, Pemuda PAS sudah bersedia. Pemuda kini sudah mampu dan semakin matang. Dan saya teramat yakin, Pemuda PAS akan bersedia pada bila-bila masa.

Demi sesungguhnya, di dalam jamaah PAS kita kini, telah tersedia saff Pemuda yang memiliki:


(i) barisan pelapis pemimpin yang karismatik;
(ii) ulama� muda yang proaktif lagi profesional;
(iii) academia profesional berilmu Islam yang berwibawa lagi mantap; dan
(iv) ketumbukan pemuda yang tidak pernah gentar dengan jentera musuh.

Itulah benteng kekuatan Pemuda. Itulah ketahanan jamaah. Antum rijal dakwah yang bakal menempah sejarah apabila PRU ke-13 menjelang tiba! Dalam mencapai cita-cita murni Islam ini, Pemuda mesti berperanan sebagai pemangkin dan pelonjak aktiviti jamaah serta menjamin kejayaannya. Pemuda mesti berfungsi sebagai mata dan hati budi jamaah memperbetulkan kesilapan pimpinan dan gigih mempertahankan jamaah daripada sebarang anasir perosak yang menikam jamaah dari dalam. Oleh itu Pemuda mesti berani dan bersiap-siaga memikul tanggungjawab yang lebih besar apabila diminta oleh pimpinan.

Pemuda yang rata-ratanya bersifat profesional walau apapun latar belakang pendidikan, mestilah menjadi sumber kekuatan yang membantu kepimpinan ulamak yang telah kita bentuk begitu kukuh sejak sekian lama. Gandingan mantap inilah yang akan kita teruskan, paduan tenaga inilah yang akan kita terus gilap dan inilah saff sebenar kita berhadapan dengan pilihanraya ke-13 nanti!

Bukankah Pemuda yang pernah dipimpin oleh bekas-bekas Ketuanya terdahulu telah bekerja keras membina dan mengasaskan kepempinan sedia ada? Bukankah Pemuda juga yang bekerja keras berganding bahu dalam pilihanraya tahun 1999 sehingga 2008 yang lalu dan menghasilkan natijah kemenangan yang kita rasai sekarang? Ayuh...., pada hari ini saya mengajak seluruh Pemuda PAS dalam Dewan Muktamar ini memantapkan gandingan tenaga sedia ada ini ke arah kecemerlangan Islam! Kukuhkan penyatuan kita dan bersedia untuk hadapi hari-hari mendatang.......

Tidak dapat dinafikan peranan pemuda dalam gerakan Islam sedunia. Sebagai contoh, pada tahun-tahun 1970-an, Dr. Ali Shari'ati telah membincangkan peranan pemikir reformasi yang celik atau englightened souls yang berjaya untuk mencapai transformasi secara revolusi. Beliau sering mengingatkan bahawa matlamat golongan cerdik adalah berfungsi menanam kepercayaan dinamik dalam diri umat manusia sendiri bagi membentuk kesedaran diri dan memformulasikan idealisme mereka. Pasakkanlah kesepaduan ini agar dapat menghasilkan impak dan natijah yang luar biasa.

Sebenarnya kita sudah berjaya melahirkan pemimpin pemuda yang berpotensi. Tapi kita mesti bekerja lebih kuat untuk melahirkan pemuda yang luar biasa keupayaannya. Pemuda perlu melakukan pelaburan yang besar dalam membina pelapis kepimpinan dan menjalankan penyelidikan sains sosial dan polisi negara. Kita tidak dapat menafikan kehebatan pemuda dalam mengoperasikan politik, tetapi ia perlu diseimbangkan dengan tawaran polisi negara yang konstruktif.

Perkara ini penting supaya pemimpin yang lahir dari vakum pemuda mempunyai pemikiran Islam yang jelas, berkarisma tinggi, bijak dalam menyelesaikan konflik, kental iman dan taqwa, berani serta cintakan syahid. Di samping itu, pemuda juga mesti memikirkan jaringan pendidikan yang melengkapkan ketrampilan pemuda. Pendidikan pra-sekolah mesti dititikberatkan, pendidikan di peringkat rendah dan menengah mesti didekati, di peringkat pengajian tinggi mesti dijadikan medan latihan yang paling efektif.

Kesimpulannya, Dewan Pemuda mempunyai elemen-elemen yang mantap lagi tuntas untuk membina sebuah negara yang kita impikan. Kukuhkanlah integrasi kepakaran ilmu, perhebatkanlah gerakan kepemudaan dan yakinlah dengan Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya masa depan itu pasti dan tetap milik Islam.- azm

Firman Allah SWT dalam ayat 32, Surah At-Taubah, "Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendakinya melainkan Allah akan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak menyukainya"

Dengan lafaz "Bismillahir-Rahmanir-Rahim", saya merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS yang ke-50, 1430 Tahun Hijriyy bersamaan 2009 Masihi.

Wassalamualaikum wm wb.- azm

Rabu, 3 Jun 2009

KEKUATAN JISMYYAH, RUHIYYAH & FIKRIYYAH MELAHIRKAN PEMUDA CEMERLANG

وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لا تَعْلَمُونَهُمْ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لا تُظْلَمُونَ

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

( Surah Al Anfal : Ayat 60 )


Hadaf / matlamat kita adalah untuk memastikan musuh – musuh Allah yang terdiri daripada golongan mustakbirin dan Jabbaarin , gentar dan tunduk kepada ugama Allah swt. Justeru itu , kita mesti memiliki kekuatan semampu mungkin untuk mencapai hadaf kita. Kekuatan yang dimaksudkan terbahagi kepada 2 kategori


· قوة المآدي - terbahagi kepada قوة المالي و الجسمي
· قوة الروحي - terbahagi kepada قوة الإيماني و الفكري

Kesimpulannya , Allah swt. mengarahkan orang – orang yang beriman dengan kalimah و أعدوا ( dhomir jama’ pada kalimah tersebut kembali kepada ayat 45 dalam surah yang sama – Al Anfal )

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

( Surah Al Anfal : Ayat 45 )

Sifat orang beriman ialah thabat ( teguh ) dalam perjuangan untuk menjulang panji kalimatul haq dan ianya adalah satu daripada syarat kemenangan .

وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الأَحْزَابَ قَالُوا هَذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَمَا زَادَهُمْ إِلا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا مِنْ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلا

Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.


Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

( Surah Al Ahzab : Ayat 22 - 23 )

Perlu disedari dan diinsafi bahawa pemuda adalah sayap kanan perjuangan ummat ini , demi mengembalikan semula kedaulatan Islam dan kesejagatan ummatnya. Satu sayap yang amat penting posisinya , sehingga Allah swt telah menegaskan di dalam taujihat Quraaninya :

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَئِكَ سَيَرْحَمُهُمْ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi Mereka zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


( Surah At Taubah : Ayat 71 )

Justeru Al Amru bil Ma'ruf wan Nahyu A'nil Mungkar suatu kewajipan. Namun suatu reality yang tidak boleh dinafikan bahawa operasi ini amat sulit dan getir. Ianya tidak semudah yang diungkapkan. Ia adalah suatu operasi ( kewajipan ) yang terdedah kepada tentangan yang mencabar.


Suatu operasi yang terpaksa merentasi ibtila’ dan mehnah [ ujian ]. Suatu operasi yang terpaksa menuruni lurah tribulasi. Suatu operasi yang terpaksa berdepan dengan konspirasi musuh yang tidak pernah mengenal simpati.


Pemuda yang dimuliakan ,


Projek الأمر و البهي ini memerlukan battalion yang tahan lasak, mampu merentasi risiko , berjiwa cekal dan tabah serta berpengalaman jauh, penuh strategi dan pengalaman.


Projek الأمر و النهي ini memerlukan صفوة المخترة atau قاعدة الصلبة dan عصبة المؤمنة Dalam ertikata lain mereka adalah saf yang gemilang ( Mereka adalah pemuda cemerlang ).


Projek ini akan gagal ! kiranya saf pejuangan ini turut disertai oleh individu pemuda yang penakut dan lemah jiwanya.


Projek ini juga akan gagal kiranya battalion perjuangan ini turut disertai oleh individu pemuda yang lesu , beku dan jumud. Dalam ertikata lain mereka adalah “makhluk perosak” yang menggagalkan strategi perjuangan ini. ( Mereka adalah pemuda yang pasif, naih, laih dan dhoif ).


Persoalannya….bagaimana kita mahu melahirkan pemuda Cemerlang ini ? Maka risalah ini menjawab segala-galanya.


Pemuda yang dihormati sekelian. Jawapannya ialah paduan tiga kekuatan dan tiga kekuatan inilah yang melahirkan Pemuda Cemerlang.


Kekuatan Jismiyyah ,
Kekuatan Ruhiyyah ,
Kekuatan Fikriyyah.


Pertama : Kekuatan Jismiah / Fizikal


Tidak dimaksudkan dengan kekuatan jismiah ini, pemuda perlu masuk kelab bina badan, Kelab Karatedo/ Taekwando / Ju Do dan sebagainya. Tetapi ia bermaksud pemuda perlu memiliki susuk tubuh yang mampu memikul beban dakwah dan tanggung jawab perjuangan ini serta berkemampuan juga menanggung risikonya. AWAS….setiap perjuangan ini pasti diuji dan dicuba.

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.

( Surah Muhammad : Ayat 31 )

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ
وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

( Surah Al Ankabut : Ayat 2 - 3 )


Kekuatan / keupayaan fizikal yang memungkinkan pemuda menunaikan ibadah dan aktiviti taqarrub Ilallah. Hal ini memaksa pemuda menjaga kekuatan fizikal / agar tahap keupayaanya mengizinkan pemuda tampil kehadapan , menghadapi segala kemungkinan.


Ertinya kesihatan dan kemahiran fizikal adalah dua tahap keupayaan yang mesti dimiliki dan ditingkatkan kualitinya. Kita tak mahu gerak kerja dakwah tergendala kerana 2 tahap keupayaan ini terlalu rendah.


Contoh: Apabila kita nak menyusun program / aktiviti , pelbagai alasan yang kita terima dari pemuda . Darah tinggi , kencing manis , sakit kepala , sakit perut , tak pandai komputer , tak ada pengalaman dll. Keluhan-keluhan sebegini sebenarnya boleh menyebabkan pemuda lari dari tugas perjuangan.


Pemuda yang dihormati sekelian.


Kedua : Kekuatan Ruuhiyah

Kekuatan ruh adalah bersinonim dengan kekuatan jisim. Sebagaimana bidalan Hukama’

رُهْبَانُ في اللَيْلِ وَ فُرْسَاُن بِالنَّهَارِ

" Rahib di malam hari dan kuda yang tangkas di siang hari"

جُنْدِيَّةٌ بَحْتٌ مِنْ نَاحِيَةِ العَمَلِ وَ صُوْفِيَّةٌ بَحْتٌ مِنْ نَاحِيَةِ العِبَادَة

“ Tentera yang berdisiplin dalam menjalankan tugas dan sufi yang abid dalam melaksanakan ibadat"

Ruh ibarat nadi , menjadi dinamo untuk menggerakkan semangat perjuangan yang berterusan. Persediaan Ruhiyyah ini juga adalah suatu kewajipan utama apabila ia dibias oleh statement Ilahi:

يَاأَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ قُمْ اللَّيْلَ إِلا قَلِيلا نِصْفَهُ أَوْ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلا
أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلْ الْقُرْآنَ تَرْتِيلا إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلا ثَقِيلا

Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".


(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).

( Surah Al Muzammil : Ayat 1 - 5 )


Kekuatan ruh adalah asas kelangsungan perjuangan untuk merealisasikan projek الأمر بالمعروف و النهي عن المنكر . Ia juga satu kuasa dalaman, laksana antibody yang yang mampu mengawal diri dari terjerumus dan terseleweng.


Kekuatan ruh bererti kekuatan kekuatan bertawakkal dan tunduk kepada Allah. beriltizam dengan amal Islami dalam apa jua situasi .

انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

( Surah At Taubah : Ayat 41 )


Kekuatan ruh jua bererti optimis bahawa مستقبل لهذا الدين Yakin Islam pasti menang. Justeru itu pemuda tidak sewajarnya merasa lemah.

وَلا تَهِنُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمْ الأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.

( Surah Ali Imraan : Ayah 139 )


Kekuatan roh yang dimiliki oleh generasi terdahulu telah mencatat kemenangan dan sejarah yang gemilang. Selayaknya kita turut mencontohi mereka. Demikianlah anjuran Imam Malik rhm .
لا يَصْلُحُ أخِرُ هذِهِ الأُمَّةِ إلاّ بِمَا صَلُحَ بِهِ َأوَّلُهَا

“ Tidak gemilang ummat akhir zaman melainkan kembali melaksanakan apa yang telah menyebabkan ummat terdahulu menjadi gemmilang”

Apa yang penting kita mesti memiliki 3 prinsip :

· Iman & Tawakkal : Yakin menang dan serah kepada Allah. ( Al Ahzab ayat 22 )
· Tegas & Cekal : Tidak berganjak & cintakan syahid. ( Al Ahzab ayat 23 )
· Dakwah & Istiqamah.

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمْ الْمَلائِكَةُ أَلا تَخَافُوا
وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

( Surah Fussilat : ayat 30 )


Ketiga : Kekuatan Fikriyyah


Nabi Muhammad Saw di sepanjang zaman menghadapi musuh berbentuk غزوة الفكري . lantaran itu Al-Quran diturunkan dalam bentuk hujjah dan keterangan nyata untuk menghadapi mereka.

وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ

"dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam."


( Surah An Nahl : Ayat 89 )


Ancaman غزوة الفكري menjelang abad 21 semakin sengit sementara mufakkir-mufakkir Islami semakin berkurangan. Ini suatu fenomena yang amat membimbangkan kita. Gejala Juhala’ berleluasa , pengangguran otak [ malas berfikir ] sampai ketahap bahaya . Mereka hanya rasa memadai mendapat sandaran mahasiswa/wi , Dr, ustaz , Prof. dan lain lain .


Tetapi malas berfikir untuk menterjemahkan amal Islami. Mereka guna sandaran ini [ title dan ilmu mereka ] untuk cari makan. Kelemahan ini menyebabkan benteng ummah kian rapuh (mudah ditembusi dengan pelbagai helah licik golongan orientalis). Kita mesti bina kekuatan fikriyyah ini, terutamanya pemuda .


Daya fikrah sebahagian pemuda masih telalu lemah. Kebanyakan pemuda hanya fikir tentang diri sendiri atau hanya sekitar kerjaya mereka . Mereka tidak melihat peranan mereka untuk ummah dan sedang Islam mesti dilihat secara syumul , justeru itu fikrah pemuda jua mestilah jelas dan syumul juga. Ketajaman fikrah Islami amat perlu di era kini ( Era maklumat / era manusia berfikir , tetapi mereka berfikir dengan fikiran yang dikuasai oleh fikrah jahiliyyah moden yang hanya berorientasikan fikrah maddiah.


Untuk membina kekuatan ini pemuda mesti berani tampilkan diri , banyak membaca dan mengadakan perbincangan ilmiah. Tidak semua isu boleh diselesaikan dengan demontrasi . Kita tidak mahu pemuda dilihat terkebelakang dalam era penguasaan maklumat dan ilmu tanpa menafikan pentingnya penguasaan emosi seperti demontrasi .


Sebahagian pemuda masih tidak menguasai ilmu . Masih ada pemuda , usahkan nak jadi pemidato Islami yang mampu mengutarakan fikrah-fikrah Islamiah yang mantap kepada masyarakat, nak mengemukakan soalan kepada penceramah pun , masih ada lagi pemuda yang menulis dikertas untuk diajukan.


Perbincangan kita pula banyak berkisar kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah dan remeh temeh (yang tidak membawa manafaaat kepada jamaah seperti mengumpat, mencela dsbnya.)


Pemuda yang di hormati sekelian,


Tiga kekuatan ini saling berantaian. Kalau hanya badan sihat , angkat tong gas dan simen 2 bag larat dan kuat , tapi malang subuhnya adalah subuh gajah ( lewat ) . Ini tidak boleh jadi. Kuat beribadat tapi jumud , juga sia-sia . Bukan kita seorang nak masuk syurga. Islam perlu disebarkan dan ini memerlukan pemikiran yang haraki .


Kemudian . fikrah jelas, hebat berfikir tapi darah tinggi seusia muda , sakit kepala sepanjang sessi , sakit urat dan gout sepanjang masa …nak buat apa. Akhirnya semua aktiviti dan program tergendala disebabkan pemuda tidak memiliki tiga kekuatan yang telah digariskan .


Pemuda jangan banyak dalih dan lengah, pastikan tiga kekuatan ini dapat dikumpulkan semaksima mungkin . Demi Islam dan perjuangannya . Bila lagi kita nak berubah dan berusaha gigih untuk memiliki kemampuan dan kekuatan ini . Bukankah kita bercita – cita besar untuk menang dan seterusnya mendaulatkan syariat Islamiyyah di muka bumi Allah amnya dan di tanahair kita khasnya .


Kalau benar ini menjadi cita – cita kita , wahai pemuda ! lupakan segala karenah dan masaalah peribadi atau masaalah tengek bengek . Hindarkan jua masaalah yang hanya dicetuskan oleh media . Telah tiba waktunya kita memberi keutamaan kepada persoalan amal Islami dan bagaimana implementasinya di era ini demi masa depan ummah .

Nasrudin Hassan at Tantawi http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Norzula Mohon Maaf Pada Husam

ADUN BN Kelantan, Datuk Nozula Mat Diah (Paloh) memohon maaf kepada exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas terhadap naib presiden PAS itu pada 2007.

"Saya dengan ini menarik balik segala tuduhan tersebut dan seterusnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada beliau dan keluarga beliau serta
memburukkan keperibadian beliau," kata Nozula dalam notis permohonan maaf itu yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian hari ini.

Nozula dan seorang lagi ADUN BN Kelantan, Muhd Adhan Kechil (Bukit Bunga) telah membuat laporan tersebut terhadap Husam pada akhir November 2007.

Ketika dihubungi Malaysiakini, peguam Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek yang mewakili Husam berkata, antara lain laporan mereka adalah mengenai:

Laporan mengenai buku dan salah guna kuasa oleh ahli Exco kerajaan negeri, Datuk Hussam Musa.

Laporan mengenai penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn Bhd

Isu kegagalan pengurusan Air Kelantan Sdn Bhd.

Isu Kedai Majlis Daerah Machang.

Isu Jamnapari membabitkan dana KPK.

Penyelewengan kawasan balak untuk ladang getah serta penyelewengan Pas mengutip dana.

Penyelewengan pembelian lot tanah mukim Gual Periuk, Pasir Mas oleh Syarikat Galeri Tanah.

Laporan ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan Berhad dan Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan.

Isu Perbadanan Baru Tanjung cuba menjual rezab Melayu kepada Syarikat Kind Network Sdn. Bhd.

Ahmad Shabrimi berkata, tindakan kedua-dua ADUN tersebut antaranya, telah meletakkan Husam dalam kancah pertikaian umum dan mengheret beliau dalam suatu skandal, fitnah konspirasi, jenayah, kebencian dan buruk sangka umum dan kehinaan awam.

Berikutan katanya, Husam telah mengarahkam tindakan undang-undang diambil terhadap kedua-dua ADUN BN tersebut serta akhbar New Straits Times (M) Berhad.

"Akhirnya pihak ADUN berkenaan telah bersetuju untuk memohon maaf secara terbuka kepada anakguam kami serta menarik balik segala tuduhan yang dilemparkan.

"Dengan notis permohonan maaf ini, maka terbukti bahawa segala tuduhan liar yang dibuat terhadap anakguam kami adalah fitnah semata-mata, tidak benar dan tidak berasas.

"Ini juga bermakna kerajaan negeri juga bersih dari segala salahlaku yang didakwa. Pihak kami akan membuat tindakan seterusnya bagi membersihkan nama baik anakguam kami.

"Kami juga dalam proses rundingan penyelesaian dengan para defendan lain," kata Ahmad Shabrimi.

UTUSAN- CABARAN UNTUK PEMUDA PAS

Oleh ZULKIFLEE BAKAR

MALAM ini berlangsung perasmian Persidangan Tahunan Dewan Pemuda Pas yang akan dilakukan oleh Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa. Ia akan ikuti dengan muktamar penuh, esok.

Sudah pastilah persidangan kali ini diadakan dalam suasana berbeza memandangkan penyandang jawatan iaitu Ketua Pemuda sebelum ini, Salahuddin Ayub secara rasmi akan menyerahkan "baton" kepimpinan kepada penggantinya, Nasharudin Hassan Tantawi - seorang ulama muda yang dihormati dalam Pas.
Sepanjang enam tahun menerajui Pemuda, Salahuddin bukan sahaja menjadikan sayap parti itu sebagai satu organisasi yang disegani malah melalui kepimpinannya, Pemuda menggerakkan jentera pilihan raya dengan jayanya. Kemampuan beliau memimpin jentera itu telah memungkinkan Pas dan pakatan pembangkang yang juga disertai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mencatatkan kejayaan cemerlang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

Justeru Salahuddin akan meninggalkan sayap berkenaan dengan membawa track record yang cukup cemerlang. Sudah tentulah ia akan dijadikan sandaran bagi perwakilan Pas untuk menilai beliau dengan sebaik-baiknya. Keputusan Salahudin bertanding jawatan Naib Presiden membolehkan beliau membawa suara Pemuda ke tahap lebih tinggi.

Kini perjuangan Pemuda terletak di bahu Nasharudin yang sudah tentunya mempunyai tanggungjawab cukup berat bagi memastikan sayap parti berkenaan terus kekal sebagai gerakan disegani oleh parti-parti lain sama ada kawan mahu lawan.

"Tegurlah saya andai saya silap, bimbinglah saya andai saya tersasar dan bantulah saya andai saya benar. Apa yang saya cari ialah damai umat ini." Demikianlah yang ditegaskan oleh Nasharudin dalam blognya.

Kenyataan itu sekali gus bermakna Nasharudin sudah pasti bersedia menempuh apa juga cabaran dan dugaan setelah diberikan laluan selesa bagi menduduki jawatan Ketua Pemuda. Hakikatnya, Nasharudin yang sebelum ini menjadi Timbalan Ketua Pemuda Pas memasuki gelanggang Ketua Pemuda dengan ilmu yang sudah cukup di dada.

Malah beliau awal-awal lagi menggariskan matlamat untuk melahirkan Pemuda Pas yang cemerlang bersandarkan kepada tiga kekuatan iaitu jismiah (fizikal), ruhiyyah (roh) dan fikriyyah.

Kekuatan jismiah bermaksud, Pemuda Pas perlu memiliki susuk tubuh yang mampu memikul beban dakwah dan tanggungjawab perjuangan serta berkemampuan menanggung risiko.

Kekuatan ruhiyyah pula adalah satu kuasa dalaman, ibarat antibodi yang mampu mengawal diri daripada terjerumus dan terseleweng.

Kekuatan fikriyyah pula bermaksud, melahirkan golongan Pemuda yang cerdas fikiran terutamanya dalam berhadapan cabaran abad ke-21. "Pemuda jangan banyak dalih dan berlengah, pastikan tiga kekuatan ini dapat dikumpulkan semaksima mungkin demi Islam dan perjuangannya." Itulah pesan Nasharudin dalam nukilannya bertajuk "Sensitiviti Pemuda terhadap isu negara - cabaran dan masa depan."

Sememangnya sebelum secara rasmi menjadi Ketua Pemuda, Nasharudin telah menggariskan hala tuju yang jelas kepada Pemuda. Jika semua pesanan itu diikuti sudah pasti Pemuda Pas akan menjadi satu barisan yang kukuh dan mantap.

Bagaimanapun, cabaran yang menanti Pemuda Pas amat hebat. Sememangnya kita tidak mempertikaikan hak Pas untuk berkongsi perjuangan bersama-sama dengan PKR dan DAP. Ini kerana bagi Pas, melalui kerjasama berkenaan mereka mampu memberikan saingan kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Tetapi apa yang diharapkan oleh banyak pihak ialah Pemuda Pas harus menjadi watch dog kepada kepimpinan parti itu supaya tidak menjadi "pak turut" semata-mata dalam kerjasama dengan parti pembangkang lain. Ini kerana Pemuda perlu memastikan Pas menjadi parti yang dominan.

Sama ada hendak diakui atau tidak, buat masa ini Pas seolah-olah terpaksa akur sahaja terhadap apa juga yang dilakukan oleh PKR dan DAP biarpun kadangkala pendirian yang ditunjukkan bertentangan dengan perjuangan Islam yang ingin ditegakkan oleh Pas.
"Jangan kerana sudah sepakat, maka apa juga yang diperkatakan oleh DAP dan PKR, Pas hanya mengikut. Di sinilah peranan yang harus dimainkan oleh Pemuda Pas," kata seorang pemimpinnya ketika dihubungi.

Dalam soal ini, Pemuda Pas di bawah kepimpinan Nasharudin perlu menunjukkan pendirian yang jelas dan tegas. Jika di zaman Salahuddin, menegur pucuk pimpinan sudah menjadi salah satu amalan, maka ia diharap berterusan. Tidak kisahlah sama ada ia hendak dilakukan secara terbuka atau tertutup, apa yang penting langkah itu dilaksanakan demi kepentingan Pas.
Kita memuji ketegasan Nasharudin yang di dalam blognya tetap mempertahankan pendirian bahawa Pas berkewajipan mengambil tampuk kuasa politik daripada golongan yang enggan melaksanakan syariat Islam. Malah kita juga menerima kritikan keras Nasharudin terhadap UMNO dalam soal itu.

Tetapi persoalannya, mampukah Pemuda Pas "menguasai" rakan-rakan dalam pakatan pembangkang untuk menghormati dan menurut apa yang diperjuangkan oleh Pas? Inilah cabaran untuk Nasharudin.

Sememangnya ramai orang Melayu mahu melihat Pas menjadi pemimpin kepada pakatan pembangkang seperti mana UMNO menjadi teraju dalam BN. Selain telah berusia 58 tahun, Pas adalah parti induk Melayu kedua di negara ini. Justeru, tidak sewajarnya ia hanya menjadi pengikut sahaja apatah lagi kepada PKR yang berusia setahun jagung.

Selain itu, Nasharudin perlu memastikan semangat pengorbanan ahli-ahli Pemuda Pas yang sebelum ini cukup dikagumi oleh partiparti lain terus berkekalan terutamanya ketika berlangsung sesuatu pilihan raya.

Pemuda Pas harus dididik supaya tidak terpengaruh dengan materialistik dalam perjuangan mereka. Kejayaan yang dicapai oleh Pas, tidak harus mengaburi golongan pemimpin dan ahli Pas untuk lari daripada prinsip perjuangan Islam yang hendak ditegakkan.

Selepas Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu awal tahun ini, seorang pemimpin Pemuda Pas menghubungi penulis yang antara lain melahirkan kebimbangan jika ahli-ahli Pemuda Pas suatu hari nanti akan turut terjebak dengan materialistik sehingga apa juga hendak dilakukan untuk parti harus bersandarkan kepada berapa banyak bayaran yang akan diberikan.
Apa pun, dengan kewibawaan Nasharudin sebagai ulama muda yang tangkas dalam gelanggang politik untuk menegakkan keadilan dan petah di mimbar masjid bagi menyampaikan kebenaran, beliau sudah pasti mampu membimbing ahli-ahli Pemuda menjadi aset ummah dan satu institusi menggerakkan ummah.

Kini segala-galanya terserah kepada Nasharudin bagaimana untuk mencorakkan Dewan Pemuda Pas yang kini berada di bawah kepimpinannya melalui pendekatan perjuangan Pemuda sebagai duta kasih sayang dan penyelamat ummah, bak kata Nasharudin: "Kita pejuang bukan pemberontak. Kita pendakwah bukan penghukum. Responsif terhadap isu ummah tetapi tidak melatah terhadap provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab. Hulurkan tangan. Biarpun lidah tegas menentang dan menegur kezaliman, yang hak dikatakan hak dan yang batil tetap dikatakan batil."

Obama Digelar "Firaun Hitam"

PUTRAJAYA - Ada semacam kekhawatiran yang menyeruak di kalangan menteri Israel mengenai permintaan dari pihak Washington untuk membekukan segala proses pembangunan pemukiman Yahudi ilegal, termasuk yang dianggap Israel sebagai “pertumbuhan alami”, yang merujuk pada pembangunan di pemmukiman yang sudah berdiri sebelumnya untuk mengakomodir pertumbuhan keluarga.

Seorang menteri Israel menjuluki presiden As Barack Obama sebagai seorang Firaun berkulit hitam ditengah semakin melebarnya jurang perbedaan antara kedua negara sekutu tersebut.

Pernyataan yang dilontarkan oleh menteri sains dan teknologi Israel, Daniel Hershkowitz, tersebut terjadi setelah Obama menyerukan pembekuan pembangunan pemukiman Yahudi ilegal di Tepi Barat terjajah.

“Permintaan untuk mencegah semakin “pertumbuhan alami” tersebut sangatlah tidak beralasan dan mirip seperti perintah Firaun yang menyerukan agar semua anak laki-laki dibenamkan ke dasar sungai nil,” kata Hershkowitz.

Pihak Washington sebelumnya menuntut penghentian pembangunan pemukiman Yahudi ilegal yang disebut Israel “pertumbuhan alami.”
“Apa yang akan kita katakan kepada sebuah keluarga yang hanya memiliki satu orang anak, yang kini sudah memiliki empat atau lima orang anak? Apakah anak-anak yang lainnya harus dipindahkan ke Petah Tikva? AS harusnya mengerti bahwa permintaan tersebut tidak masuk akal, dan kami harus menyatakan itu kepada AS dengan tegas,” tambahnya.

Sementara itu, menteri dalam negeri Israel, Eli Yishai (gambar), juga mengeluarkan kecaman keras terhadap Obama atas permintaan AS tersebut.

“Permintaan untuk membekukan pembangunan pemukiman Yahudi adalah keputusan pemerintah yang tidak disukai oleh masyarakat luas, khususnya dalam hal “pertumbuhan alami” pemukiman Yahudi.”

“Hal tersebut sama artinya dengan perintah pengusiran atas kaum muda yang tinggal di Ma’aleh Adumim dan Kiryat Sefer. Saya berharap agar pemerintah AS bisa memahami keadaan ini. Apa yang diinginkan AS dari kami menyangkut masalah keamanan yang tidak mungkin kami lakukan,” tambahnya.

Namun demikian, para menteri tersebut tampaknya akan bersepakat dengan para anggota kabinet dari kelompok sayap-kiri yang mendesak mereka agar sebisa mungkin menghindari selisih paham dengan pemerintahan AS.

“Kami harus mengerti bahwa peraturan permainan telah berubah,” kata menteri kesejahteraan, Isaac Herzog, dari partai buruh. “Pemerintahan AS yang sekarang memiliki pandangan yang berbeda mengenai hal ini jika dibandingkan dengan dua presiden pendahulu Obama.”

Dia menambahkan, “Jika anda menginginkan sebuah gelas yang terisi penuh, maka anda hanya akan mendapatkan gelas yang berisi setengahnya. Jika anda tidak menciptakan keseimbangan diplomatik, maka anda akan kehilangan dukungan AS.”

Menurut rencana perdamaian “roadmap” yang didukung AS, Israel harus mengakhiri segala bentuk pembangunan pemukiman Yahudi di tanah yang dijajah sejak perang tahun 1967.

Menteri informasi dan Diaspora, Yuli Edelstein memilih memberikan pandangan yang positif mengenai perselisihan yang mengancam akan semakin memperlebar jurang yang ada antara AS dan Israel.

“Dalam beberapa hari terakhir, terbukti bahwa kita beruntung memiliki Perdana Menteri seperti (Benjamin) Netanyahu yang menggelar pembicaraan (dengan AS) perihal “pertumbuhan alami” di Tepi Barat dan pembangunan pemukiman di Yerusalem,” katanya. Bayangkan saja jika perdana menterinya orang lain, mungkin saja kita semua akan terus berbelit-belit dalam jangka waktu yang tidak terhingga.”

Dia menambahkan, “Kami tidak menginginkan adanya konflik dengan Gedung Putih, kami hanya meminta pengertian dari mereka, dan kunjungan Netanyahu ke sana telah membuktikan hal tersebut. Presiden Obama adalah sahabat Israel, dan saya yakin kami semua akan dapat menyelesaikan ketidaksepahaman ini.”

Pemimpin kelompok nasional, Ya’akov Katz, mengatakan kepada radio militer bahwa jika sampai Netanyahu menghentikan pembangunan pemukiman, maka partainya pasti akan segera mengambil langkah untuk menggulingkan pemerintahan Netanyahu.

“Ketika sebelumnya Netanyahu digulingkan oleh kelompok kanan, dia dijatuhkan secara diam-diam,” kata Katz. “Jika saya yang menjadi perdana menteri, saya akan berkata dengan sopan kepada Obama bahwa “tanah Israel” adalah tanah kami. Saya sangat yakin jika saya berbicara dengan penuh cinta kasih, maka dia akan setuju dengan saya.”

Pemerintahan baru Israel yang dikomandani oleh Benjamin Netanyahu telah mengisyaratkan bahwa pihaknya akan mengingkari komitmen atas perjanjian yang dibuat oleh pemerintahan sebelumnya berkenaan dengan proses perdamaian.

Selasa, 2 Jun 2009

KELUCAHAN ARTIS MALAYSIA: Mana JAKIM? JAWI? JAMIL?

PUTRAJAYA. Lihatlah aksi artis-atis Malaysia khususnya yang berbangsa melayu. Mana adat kesopanan timur yang dijunjung nenek moyang sejak berzaman. Di mana JAKIM, JAWI lebih-lebih lagi budak JAMIL (butang baju aku mana paaaah!)dalam memperkatakan isu ini.

Apakah ini dibenarkan dan bertepatan dengan Dasar hiburan, Penyiaran dan macam-macam dasar yang berkaitan. Apa kah menyokong aksi-aksi seperti ini? atau adakah ini hasil dari Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam yang diperkenalkan oleh Che Det Dahulu, Islam Hadhari oleh Tun Lah dahulu. Inikah yang dikehendaki oleh ONE MALAYSIA Najib hari ini?



Isnin, 1 Jun 2009

ULASAN BLOG SEMINGGU: Isu Palestin, Pendatang Asing dan Chin Peng

HUJUNG minggu ini banyak isu yang menjadi pilihan para penulis untuk dikupas dalam blog masing-masing daripada perihal pilihan raya kecil di Penanti, kemelut dalaman Parti Progresif Penduduk (PPP) sehinggalah isu antarabangsa.

Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam blognya, Chedet(www.chedet. co.cc) menulis tentang forum berkaitan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Tulis bekas Perdana Menteri itu, antara sebab berleluasanya perbuatan kejam Israel ke atas rakyat Palestin ialah kerana sikap orang Arab sendiri.

''Saya berbual dengan beberapa orang Arab dan saya dapati mereka tidak mempunyai matlamat atau strategi bagi melawan musuh. Yang mereka utamakan ialah membalas dendam. Tidak ada perancangan untuk menawan balik wilayah mereka. Tidak ada kata sepakat antara kumpulan,'' kata beliau.

Dr. Mahathir menulis, orang Arab bermusuhan sesama sendiri dan inilah yang memberi peluang untuk Israel dan Amerika Syarikat melaga-lagakan mereka.

''Saya cadangkan supaya diwujudkan sebuah negara di mana orang Arab Palestin dan Yahudi menjadi rakyat bersama seperti sebelum Israel ditubuh.

''Pendapat umum daripada perbahasan ialah Israel tidak boleh dihapuskan. Ia sudah jadi satu kenyataan yang tidak lagi boleh diubah barang sedikit pun."

Salleh Tun Said Keruak (sskeruak.blogspot. com) menyentuh mengenai kekejaman ah long ke atas pemimpin wang. Tulisnya, dua aspek yang harus diberi perhatian ialah punca masalah dan penyelesaian untuk menangani ah long.

''Peminjam juga ada dua kategori, iaitu mereka yang mempunyai pekerjaan (sama ada di sektor awam mahupun swasta) dan mereka yang bekerja sendiri, termasuk peniaga dan penjaja kecil..

''Mereka ini terpaksa mencari ah long disebabkan usaha mendapatkan kemudahan pinjaman daripada institusi berlesen agak lambat dan syarat prosedur ketat, berbanding ah long yang tidak cerewet biarpun mereka dikenakan kadar faedah yang sangat tinggi,'' tulisnya.

Institusi kewangan katanya, boleh membantu mereka yang berpendapatan tetap mendapatkan kemudahan pinjaman dengan menentukan mereka membayar balik pinjaman seperti skim potongan gaji.

''Untuk peminjam bekerja sendiri pula, agensi-agensi kewangan kerajaan perlu mencari jalan bagaimana kaedah atau mekanisme paling mudah untuk memberi pinjaman kepada peniaga dan penjaja kecil-kecilan, '' katanya.

Penulis A. Kadir Jasin (www.akadirjasin. com) kelmarin menyentuh mengenai kebanjiran pendatang asing tanpa izin yang mudah ke negara ini.

Katanya, dalam era penerbangan murah, wabak penyakit dan pelarian moden boleh datang dan pergi dengan tambang RM50 sahaja..

''Mereka datang dari Indonesia sebagai buruh. Habis permit mereka tidak pulang. Mereka datang dari China atas visa pelajar. Jadi GRO, pelacur dan masuk ke kawasan pedalaman berkahwin dengan penanam halia dan penternak ayam.

''Mereka datang dengan permit dari Bangladesh, India dan Pakistan tetapi mereka jadikan negara ini sebagai loncatan untuk masuk ke Australia, Amerika atau Eropah sehingga kita dicap melakukan penyeludupan manusia,'' tulis beliau.

Penulis berkata, bayangkan apa akan terjadi andai negara membenarkan "pelancong" dari negara raksasa yang miskin seperti China dan India masuk tanpa visa atau dengan melonggarkan syarat.

''Sepatutnya kita mengetatkan syarat kemasukan pendatang daripada semua destinasi berisiko, termasuk pelancong yang semakin ramai melencong menjadi GRO, pelacur, perempuan simpanan, calon isteri dan pengemis.

''Memang betul kerajaan membebaskan 27 sektor kecil perkhidmatan daripada syarat Dasar Ekonomi Baru, tetapi tidak bermakna kerajaan perlu membuka pintu untuk dibanjiri pendatang yang tidak diingini seperti pelajar dan pelancong merangkap GRO dan pelacur."

Syed Ali Alhabshee dalam blog UMNO Bahagian Cheras (umnobahagiancheras. blogspot, com) pada Jumaat menulis mengenai desakan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang supaya membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) dibenarkan kembali ke tanah air.

Beliau menggesa Datuk Teng Hock Nan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia berhubung desakan itu. Beliau juga mahu Presiden Gerakan, Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mengambil tindakan tegas terhadap Hock Nam bagi membuktikan keikhlasan beliau terhadap semangat setiakawan dalam kerajaan Barisan Nasional (BN).

''Hock Nan kata dia benci dengan pengganas komunis, tetapi dia juga yang mendesak kerajaan supaya Chin Peng dibenarkan pulang ke negara ini atas sebab kemanusian. Maka saya cabar beliau buktikan keikhlasan pengakuan tersebut,'' katanya dalam blog itu.

Beliau menulis, Hock Nan sepatutnya terlebih dahulu mengutamakan kepentingan rakyat dan negara sebelum membuat sebarang kenyataan. Lebih-lebih lagi kenyataan yang tidak sepatutnya dibuat oleh pemimpin politik yang menjadi rakan dalam pakatan BN.

''Memang era komunis sudah berakhir dan tidak berlaku lagi peperangan daripada segi persenjataan, tetapi kita tetap berwaspada dengan penyerapan ideologi komunisme di kalangan generasi baru,'' tegasnya.

MUKTAMAR PAS KE 55 : Fokus Sejarah PAS

TELAH diterangkan sebahagian dari aktiviti-aktiviti penerangan PAS dalam menghadapi pilihan raya 1959. Hasilnya PAS berjaya menguasai dua buah negeri, iaitu Kelantan dan Terengganu. Juga memenangi 13 dari 104 kerusi Parlimen, 9 di Kelantan dan 4 di Terengganu. Antaranya dimenangi oleh tokoh-tokoh PAS seperti Dr Burhanuddin dari Perak di Besut. Khadijah Sidek dari Johor di Dungun. Hasan Adli dari Perak di Kuala Terengganu Utara.

Zulkifli Muhammad dari Perak di Bacok. Othman Abdullah dari Johor di Tanah Merah. Datuk Raja Muhammad Hanifah di Pasir Mas Hilir. Haji Ahmad Perai atau Haji Ahmad Abdullah dari Butterworth di Kuala Kelantan dan lain-lain. PAS telah berjaya meragut 13 kerusi Perlimen, mendapat 21.2% dari keseluruhan 73.3% undi. Kebanyakan dari kemenangannya diperolehi di negeri Kelantan dan Terengganu. Kejayaan PAS dipengaruhi oleh beberapa faktor.

Menurut Khaider Khatib tokoh awalan PAS, perjuangan Islam yang dikemukakan oleh PAS adalah bersesuaian dengan jiwa masyarakat Kelantan sendiri. Mereka terdiri dari orang-orang Islam, mempunyai tradisi kepercayaan agama yang kuat. Juga disebabkan oleh kebencian penduduk kepada UMNO, akibat dari sikap UMNO tidak menepati janji-janji yang dibuat semasa pilhan raya 1955. Ketidak upayaan UMNO menyelesaikan masalah tanah yang dihadapi oleh penduduk setelah memperolehi kemenangan 1955, juga dikatakan sebagai punca kekalahan UMNO.

Mengulas tentang ramai pemimpin PAS tidak bertanding di negeri masing-masing tetapi sebaliknya bertanding di Kelantan dan Terengganu, Timbalan Yang Di Pertua Agung PAS ustaz Zulkifli Muhammad yang terus meletakkan jawatannya sebagai Pensyarah Kolej Islam Malaya untuk bertanding dalam pilihan raya parlimen pada 19 Ogos 1959 di Bacok Kelantan meninggalkan tempat tumpah darahnya di Kuala Kangsar Perak, mengatakan:
“PAS berjuang kerana bangsa Melayu dan agama Islam, dan tidak berfaham kedaerahan dan kenegerian, maka itulah sebabnya pemimpin PAS berani dan sanggup berdepan dengan rakyat di mana saja.”

Dikatakan juga pertarungan ini merupakan pertarungan sengit, kerana turut terlibat banyak parti-parti politik dan tokoh-tokoh berkelibar. Nampaknya kali ini PAS lebih bersedia dari pilihan raya 1955, jenteranya lebih kemas dan jelas terbukti dengan aktiviti-aktiviti serta manifestonya yang diedarkan kepada pengundi-pengundi. Antara kata pengantar manifesto itu berbunyi:

“Persatuan Islam Se Tanah Melayu mengumumkan bahawa ia akan menjalankan pemerintahan berdasarkan Islam dan pemerintahan yang akan dijalankan dengan penuh bijaksana, keadilan dan kemajuan yang akan membawa kepada kemakmuran hidup, keamanan dan perdamaian bagi seluruh rakyat negeri ini.

Radio Malaya pun telah mengadakan satu program khas, di mana setiap parti politik besar yang akan bertanding diberikan peruntukan masa untuk menerangkan dasar-dasar perjuangan parti masing-masing. PAS melalui Ustaz Zulkifli Muhammad dalam ucapannya di radio, antara lain mengatakan:

“Bahawa sekiranya berkuasa kelak, PAS akan mensederhanakan perbelanjaan negara, dan PAS akan mengambil Islam sebagai bentuk masyarakat negeri ini, kerana dalam Islam terdapat jawapan dan huraian kepada masalah yang dihadapi oleh negeri ini.”Seterusnya PAS mengatakan:

“Bahawa kelamahan ekonomi rakyat negeri hanya dapat diubah dengan memberikan peraturan ekonomi Islam dan pengundi tidak kira bangsa mestilah memberi sokongan kepada PAS.”

Ada juga penulis-penulis dan pengkaji politk meletakkan ciri-ciri ketokohan kepimpinan sebagai factor yang membawa kemenangan PAS. Menurut golongan itu:
“Kemenangan PAS juga dapat diletakkan kepada tokoh penting PAS dan calonnya. Tokoh PAS seperti Dr Burhanuddin, Zulkifli Muhammad, Datuk Mohd Asri dan Othman Abdullah mempunyai identity yang tersendiri dalam pidato dan ketokohan...”

Umpamanya di kerusi Parlimen Bacok, calon PAS Ustaz Zulkifle Muhammad mengalahkan calon PERIKATAN Nik Man Ali dengan majority agak besar, iaitu sebanyak 10,119 undi. Ustaz Zulkifli mendapat 13,880, manakala Nik Man Ali 3,761 undi sahaja. Undi rosak sebanyak 231, dan peratus keluar mengundi ialah 70%. Di Perak PAS memenangi satu kerusi tunggal di DUN Gunung Semanggul melalui calunnya Ustaz Baharuddin Abdul Latif.
Tetapi bagi kerusi DUN Terengganu, pemerintahan PAS hanya oleh bertahan selama 2 tahun sahaja, setelah kalah dalam suatu usul undi tidak percaya kepada kerajaan PAS Terengganu. Ini terjadi apabila ada ADUN yang memenangi 13 dari 24 kerusi itu, ‘melompat’ atau disifatkan sebagai ‘dibeli’, atau ‘culik’ oleh UMNO. Ini menjadikan PAS dan UMNO sama kuat untuk memerintah negeri Terengganu. 12 lawan 12 kerusi.

Tetapi malangnya, seorang lagi ADUN PAS yang menjadi undi penentu kepada usul tidak percaya itu, iaitu Ustaz Ahmad Azam, tiba-tiba bertukar menjadi anggota bebas telah menyokong usul tersebut. Dengan menyokong usul itu, Ahmad Azam telah berjaya menjatuhkan kerajaan PAS Terengganu. Dua tahun adalah masa yang begitu singkat dan memang tidak ada apa yang dilakukan oleh PAS bagi meninggalkan suatu perubahan yang nyata dari segi pentadbiran dan juga dasar negeri di Terengganu.

Perhatian:

Setelah terbit buku ‘1990-2000 Sejarah Kebangkitan Dan Masa Depan PAS Kuasai Malaysia?’ pada tahun 1993, penulis (Ibnu Hasyim semasa menjadi YDP PAS kawasan Balik Pulau, Ketua Lajnah Ekonomi PAS Negeri Pulau Pinang, AJK Lajnah Ekonomi PAS Pusat dan AJK Kelab Professional & Ushawan PAS Pusat) mendapat arahan dari PAS Pulau Pinang (waktu itu Pesuruhjaya PAS Negeri Pulai Pinang adalah Ustaz Hamdan Abdul Rahman) supaya menemui Ustaz Ahmad Azam (waktu itu masih menjadi pimpinan Persatuan Ulama Malaysia) untuk dapatkan maklumat sejarah PAS Pulau Pinang.

Ahmad Azam menjadi Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang pertama dan diarahkan oleh PAS Pusat meneroka PAS di Terengganu. Beliau dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS pertama di Terengganu dan berjaya merampas Terengganu dari PERIKATAN dalam PRU ke 2 1959, dengan mendapat 13 dari 24 kerusi DUN. Apabila 1 kerusi dirampas PERIKATAN, maka tinggal 12 lawan 12, sama kuat.

Saya masih ingat kata beliau kepada saya, kira-kira… “Saya tidak menjadi anggota bebas semasa usul undi tidak percaya itu, cuma saya bersikap bebas, tidak mengundi mana-mana pihak.. atas sebab-sebab tertentu….” Sebab-sebab itulah yang sentiasa dibincangkan dengan saya beberapa kali. Saya taarifkan, beliau seolah-olah menyesali apa yang berlaku dan dilakukan terhadap beliau.. Sekian.

Tetapi berlainan dengan PAS di Kelantan, menang dengan majority besar, iaitu 28 dari 30 kerusi yang dipertandingkan. Ini memberi kekuatan kepada PAS untuk bertahan lama, bahkan mungkin mampu mengembangkan pengaruhnya ke negeri-negeri lain. Tetapi menurut tulisan seorang pemimpin UMNO kini:

“Keupayaan PAS menguasai suatu wilayah daripada persekutuan yang dikuasai oleh parti lain, iaitu UMNO adalah keupayaan yang boleh dibanggakan. Di negara-negara lain, jarang bagi sesebuah parti yang memerintah suatu wilayah dapat bertahan begitu lama dalam negeri yang diperintah oleh parti lain. Ini adalah kerana kekuasaan kerajaan pusat atau parti pemerintah lebih besar dan lebih berkesan.”

PAS adalah parti Islam pertama yang berjaya membentuk kerajaan di Asia Tenggara ini. Juga merupakan parti Islam pertama selepas kemenangan Ikhwanul Muslimin di Yaman dalam tahun-tahun 40an, yang mampu membentuk kerajaan di mana wilayah-wilayah lain di dunia pertengahan kurun kedua puluh ini tidak mendapat peluang sepertinya.
Ada juga yang mengatakan bahawa kemenangan PAS dalam masa singkat iaitu beberapa tahun sahaja setelah ditubuhkan, merupakan kemenangan pengaruh pondok dan penampungan semangat orang-orang Melayu yang mulai bimbang akan kedudukan mereka akibat dasar pintu terbuka Inggeris. Perkembangan pesat penduduk-penduduk Tanah Melayu dengan kemasukan Orang Cina dan India juga memarakkan lagi kebimbangan tersebut. Semangat keMelayuan dan rasa bimbang itu masih menebal di negeri-negeri Kelantan dan Terengganu yang membantu menyebabkan kemenangan PAS. Menurut Saudara Amaluddin Darus:

“Kemenangan PAS di Pantai Timur adalah kemenangan yang menjadi ujian. Kemenangan PAS melalui pilihan raya ala demokrasi di dalam negara demokrasi adalah satu kemenangan yang belum pernah didapati oleh sebarang parti politik Islam di Asia dan Afrika.”
Menurutnya, kemenangan yang dicapai oleh PAS, apabila diketahui oleh pejuang-pejuang Islam di Asia Barat, mereka terperanjat dan ikut bersyukur dengan rahmat Allah kepada Muslimin di negara ini. Mereka terperanjat kerana mereka sedar tidak ada sebuah negara di Asia Barat atau Afrika telah berjaya memberi kemenangan kepada parti politik yang mendukung cita-cita politik Islam. Apalagi untuk menguasai dan memerintah dua negeri dalam sebuah persekutuan.

Sebenarnya bukan itu saja, pengaruh pondok adalah merupakan pengaruh Islam. Pondok-pondok merupakan benteng yang mempertahankan aqidah Islam di Tanah Melayu. Apabila Tok-tok Guru pondok telah memberi sokongan bulat kepada PAS, maka rakyatpun mudah terpengaruh untuk menyontohinya. Seperti yang berlaku kepada Tuan Guru Haji Abdullah Tahir dari Pondok Bunut Payung di Kelantan, kemenangan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin dan lain-lain.

Penilaian terhadap kerajaan PAS di Kelantan mestilah dilihat secara objektif dan menyeluruh. Terutamanya dari segi cabaran yang dihadapi dan kesukaran melaksanakan cita-cita politiknya dalam masyarakat yang telah lebih 400 tahun dijajah. Segala institusi dan struktur pentadbiran kerajaan serta system pendidikan, telah dirombak dan dicernakan menurut cernaan penjajah. Bahkan dalam keadaan pendukung-pendukung parti sendiri kurang mempunyai persediaan yang lengkap, kecuali persediaan aqidah dan ideology keIslaman.

Selain dari itu hubungan luar boleh dikatakan tidak ada, dan kemenangan sebuah parti Islam seolah-olah tidak langsung disedari oleh gerakan Islam yang lain di dunia. Ini menyebabkan kemenangan itu kurang dimanfaatkan sepenuhnya oleh gerakan-gerakan Islam lain. Sedangkan tentangan dan cabaran daripada kuasa sekularisme yang menguasai Kerajaan Pusat adalah besar dan kuat. Mehnah-mehnah telah berlaku dalam mempertahankan kerajaan yang telah dicapai itu.

Kemenangan itu tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk Islam bukan kerana tawassur atau aqidah penyokong yang tidak jelas. Bahkan pendekatan politik mereka sesuai dengan keadaan tempat dan masa tanpa mengorbankan prinsip keIslaman yang mereka dukung. Ini merupakan suatu pendekatan yang maju sehingga berjaya menempatkan PAS di tempat yang penting di dalam pergolakan menentukan haluan negara.

Tulisan-tulisan tokoh-tokoh PAS masa itu membuktikan tawassur dan gambaran mereka tentang Islam adalah sama dengan tawassur atau gambaran harakah Islam kini. Ini adalah kerana mereka mengambil dari sumber yang sama. Juga pendukung-pendukung PAS menerima percikan tarbiah dari gerakan Islam antarabangsa terbesar seperti Ikhwanul Muslimin. Bahkan antara mereka juga mempunyai hubungan dengan tokoh-tokoh Islam awalan.

Ketidak upayaan PAS mengambil peluang kemenangan itu untuk mengisi tuntutan Islam yang syumul dianggap lebih penting dari persoalan berkaitan dengan tawassur dan aqidah. Penghayatan Islam secara syumul dan perlaksanaan tuntutannya dalam masyarakat dan negara tidak memadai dengan adanya tawassur jelas dan syumul sahaja. Ia memerlukan kekuatan maddiyah dan ma’nawiyah, kecekapan dan kepakaran, ilmu dan pengetahuan yang telah wujud sebelumnya, sebagai persiapan sempurna untuk digerakkan, di saat-saat kemenangan dapat dicapai.

Demikian pula persiapan pendukungnya untuk mencapai cabaran dari musuh yang sentiasa berkerja keras untuk memastikan kegagalan parti Islam memenuhi tujuannya. Pengaruh pemikiran barat dan mentaliti colonial masih bertapak dengan kukuh se waktu PAS mengambil alih kekuasaan. Sukar didapati di kalangan pegawai-pegawai kerajaan, yang mempunyai gambaran sempurna tentang Islam dan keupayaan membantu pemimpin-pemimpin politik mengendalikan urusan negara berlandaskan Islam. Sedangkan pemimpin-pemimpin politik pula hanya sekadar mempunyai tawassur tentang Islam.

Apabila melibatkan persoalan teknik yang detail dan terperinci, mereka tidak berupaya menyelesaikannya menurut Islam. Ini menyebabkan penghayatan Islam sebagai satu system tidak dapat dilaksanakan dengan sewajarnya. Kepakaran dari luar negara tidak dapat diperolehi dengan mudah pada masa itu, adalah disebabkan oleh beberapa halangan:

1..Kerana PAS sendiri tidak mempunyai hubungan yang bermakna dengan harakah Islam di luar negara.

2..Kerana harakah Islam luar negara itu juga tidak menyedari bahawa satu jamaah Islam telah berkuasa di sebuah wilayah di Malaysia.

3..Harakah Islam yang terkenal seperti Ikhwanul Muslimin sedang menghadapi mehnah yang sukar diadakan hubungan dengannya.

4..Untuk mendapat kepakaran luar, perlu berurusan dengan Kerajaan Pusat yang dikuasai oleh golongan secular.

5..Kesedaran untuk mendapatkan tenaga kepakaran itu sendiri tidak mendalam di kalangan pemimpin PAS waktu itu, kerana kepakaran itu sendiri masih diragukan wujudnya.

Kemenangan PAS tersebut adalah merupakan suatu peluang ke emasan yang telah diperuntukkan oleh Allah SWT kepada PAS, supaya dipergunakan base dari Pantai Timur menuju kemenangan yang dijanjikan kepada hambanya yang beriman dan beramal sholeh. Menurut saudara Amaluddin Darus lagi:

“Saya telah mengingatkan teman-teman, bahawa sekalipun seribu tahun PAS menguasai Pantai Timur tidak akan membawa kejayaan kepada cita-cita perlaksanaan politik Islam, kecuali PAS menguasai Kuala Lumpur. Yang demikian, base di Pantai Timur adalah merupakan pengkalan bersiap dan bertolak ke arah menguasai Kuala Lumpur yang bermakna menguasai negara Malaysia.”

Bagi beliau, kemungkinan PAS menguasai Kerajaan Pusat bukanlah suatu perkara yang mustahil. Cuma untuk mencapainya hendaklah bersabar, meluaskan dakwah dalam dan luar PAS, supaya dasar, program politik, ekonomi serta social yang diperjuangkan oleh PAS dapat difahami oleh rakyat negara ini, secara menyeluruh. Kesempatan boleh datang dan pergi dengan tiba-tiba. Jika digunakan dengan kesedaran dan kesungguhan, tidak syak lagi bahawa manusia di Malaysia dapat menerima PAS dan konsep Islam yang sememangnya diberi oleh Allah sebaik-baik petunjuk dan peraturan hidup.

“Oleh kerana masyarakat Melayu terdiri dari berbagai keturunan dan bahasa, maka penyampaian perutusan Islam oleh PAS dalam berbagai bahasa adalah perlu, dan perbuatan-perbuatan contoh iaitu hidup sederhana di antara rakyat yang sebahagian besarnya miskin adalah sebaik-baik teladan dan bukti bicara kepada semua manusia di Malaysia untuk memahami kebaikan Islam dan kejujuran pemimpin-pemimpinnya.” Jelas Amaluddin.

Demikianlah antara penilaian-peilaian terhadap kemenangan, tribulasi dan halangan, serta masalah-masalah yang dihadapi oleh Parti Islam pertama di Asia Tenggara membentuk kerajaan di pertengahan kurun ke 20 ini.

Chin Peng: Haram Balik Mai Malaysia

PUTRAJAYA. Sepatutnya isu ini tak perlu lagi diungkit kembali oleh sesetengah pihak yang memang memang mempunyai agenda yg tersembunyi. Kita sebagai rakyat Malaysia terutama orang-orang melayu memang sensitif terhadap isu ini. Tetapi bagi sesetengah generasi hari ini yang dibesarkan dengan serba kemewahan, cukup segalanya, bagi mereka mungkin Chin Peng itu adalah hanya seorang warga emas yang tak perlu dikisahkan lagi atau dilayan sebagai warga emas sahaja. Tapi perlu diingat, bahawa tidak mustahil akan lahir kembali Chin Peng kedua sekiranya kita tetap memandang rendah dan anggap isu ini sebagai remeh temeh sahaja.

Hayatilah kembali perjuangan pejuang-pejuang bangsa, pejuang- pejuang kemerdekaan yang telah bergadai harta, kehidupan, nyawa dan mengabdikan diri sepenuhnya hanya untuk mempertahankan Tanah Melayu/Malaya/ Malaysia pada ketika itu. Kita pada hari ini memang tidak kisah tentang semua itu, sebab kita tidak pernah merasa susah payah yang dirasai oleh datuk nenek moyang kita pada waktu itu. Hidup mereka merana semasa era komunis dahulu.

Oleh itu atas dasar kemanusiaan sejagat mari kita bersama-sama mengharamkan jasad Chin Peng berada di negara Malaysia! Hormatilah mereka-mereka yang pernah menghadapi kesusahan dan kepayahan yang masih hidup terutama Pasukan Keselamatan. Masih terkesan di hati nurani mereka peristiwa keganasan komunis. ada anak yang terpisah daripada ibu bapa, suami tercerai isteri yang tersayang, yang murtad angkara dipelihara oleh komunis, dirogol, disembelih dan banyak lagi.

PKR Kekal DUN Penanti

PENANTI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, apabila calonnya, Mansor Othman, menewaskan tiga calon Bebas dengan majoriti 5,558 undi.

Berdasarkan keputusan yang belum diumumkan secara rasmi, Mansor, 59, memperoleh 6,052 undi, manakala calon Bebas iaitu Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Nai-Khan Ari ( 494 undi) dan Kamarul Ramizu Idris (56 undi).

Undi rosak pula adalah 106.



Ahad, 31 Mei 2009

KUASA ALLAH - QIAMAT Sudah Semakin Hampir

Lihatlah Tanda Kekuasaan Allah.
Hari qiamat sudah semakin hampir...
Wahai Muslimin dan Muslimat.BERINGATLAH!!
Hari qiamat sudah semakin hampir... tanda-tanda qiamat sudah banyak berlaku, baik tanda-tanda kecil mahupun yang besar. Tetapi masih ramai di kalangan kita umat Islam masih tidak sedar. Ini tidak lain kerana kita sudah meninggalkan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Yg dilihat hanyalah rukun Islam yg 5 dan rukun Iman yg 6..tidak lebih daripada itu. Wahai Muslimin Muslimat !!

Sudahkah kalian membaca akhbar pada hari ini?! Sudahkah kalian melihat berita perdana semalam & hari ini (baik apa jua salurannya)? Tidak takutkah kalian dengan apa yang sedang berlaku?? Sepatutnya kita sebagai Muslim tidak harus terkejut dengan apa yang berlaku kerana Rasulullah SAW telah pun memberitahu kpd kita secara detail apa yang nak berlaku di akhir zaman sebelum hari qiamat.. Cuma kita yang tak mahu membaca hadis-hadisnya. MUKA TAK MALU!!



Dabik dada saja mengaku sebagai Muslim, tapi HAMPEH.
Bacalah hadis-hadis Nabi yang telah disampaikan lebih 1400 tahun ini dan buatlah persiapan untuknya.

JANGAN TUNGGU LAGI. AJAL DATANG SEKELIP MATA.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah mati)".
(Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayat Thabrani)

Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda:

"Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi"
(Hadis riwayat Ahmad)

Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Arak sudah diminum secara berleluasa.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu).


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain" (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Wahai Muslimin Muslimat.. APA LAGI YG ANDA TUNGGU??!! BERINGATLAH!!
KEMBALILAH KEPADA ISLAM..JANGAN LAGI NAK BERDOLAK-DALIH!
Janganlah kalian SOMBONG & EGO terhadap ALLAH!! Sedarlah diri kalian!!
Adakah kalian ingin menunggu maut datang di hadapan anda baru nak bertaubat?? Sampai bilakah anda nak TUNGGU & TUNGGU, NANTI & NANTI, TANGGUH & TANGGUH untuk berubah dan membuat persediaan diri?? Adakah anda tahu bila anda akan MATI?? Adakah anda boleh jamin yg anda akan hidup sehingga ke akhir hari ini??

Kalian yang tidak solat, TUNAIKANLAH SOLAT.
Kalian yang tidak menutup aurat, atau menutup sebahagian tetapi membuka sebahagian yang lain, atau yang memakai baju nampak pusat, seluar dalam, baju dalam (laknat Allah dan RasulNya ke atas mereka), BERTAUBATLAH!!

TUTUPLAH AURATMU DENGAN SEMPURNA!!
HENTIKANLAH SEGALA BENTUK MAKSIAT!!
Hentikanlah mendengar muzik-muzik yang melalaikan!!
Tunaikanlah zakat dan haji bagi yang berkemampuan.
Tunaikanlah kewajipan kalian sebagai MUSLIM & PENDAKWAH.apa yang kalian dah buat??
Di manakah AKHLAK & ADAB ANDA SEBAGAI MUSLIM? Mengaku saja diri kalian sebagai Muslim..memang muka tak malu!!

Bagi PARA PEMERINTAH MUSLIM!! DI MANAKAH KEWAJIBAN ANDA UNTUK MENDAULATKAN UNDANG-UNDANG ISLAM & KHILAFAH ISLAM?? Sampai bila anda nak TUNGGU?? DI MANAKAH AMAR MAKRUF & NAHI MUNGKAR?? Sampai hati kalian biarkan RAKYAT TERUS-MENERUS BERGELUMANG DGN DOSA & MAKSIAT!! Sampai hati kalian biarkan RAKYAT MENJADI AHLI NERAKA!! Apa yang kalian dah buat??!!
Bagi para Muslimin.DI MANAKAH SOLAT BERJEMAAH ANDA DI MASJID-MASJID, SURAU-SURAU & RUMAH-RUMAH..Adakah kalian masih terus nak jadi MUSLIM yang TAK GUNA & MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI??

Bagi para suami, para bapa, para isteri, para ibu..DIDIKLAH ANAK-ANAK KALIAN!! Kalian diberi amanah untuk menjaga dan mendidik, BUKAN SEKADAR MEMBUAT & MENTERNAK anak-anak!! Jadikanlah mereka sebagai anak yang SOLEH & SOLEHAH. Pada masa yang sama, KALIAN JUGA WAJIB MENUNJUKKAN CONTOH pada mereka sebagai MUSLIM, bukan sekadar menghantar mereka ke sekolah agama. Amalkanlah ISLAM 100%, bermula dr rumah

Ke Arah Satu Malaysia ........

Petikan akhbar...

" Ketika ini, calon SPM wajib mengambil enam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah dan Pendidikan Islam/Pendidikan Moral. "

"Apabila jumlah mata pelajaran teras dikurangkan kepada tiga atau empat, setiap calon akan dikehendaki mengambil minimum enam sehingga maksimum 10 subjek dalam peperiksaan itu.



Kerajaan akan mengurangkan... matapelajaran wajib dari 6 kepada 3 atau 4 sahaja...

Ini bermakana 2 @ 3 matapelajaran akan dibuang dari matapelajaran wajib!!!

Berikut adalah matapelajaran wajib sekarang :

1) Bahasa Melayu
2) Bahasa Inggeris
3) Matematik
4) Sains
5) Pendidikan Islam @ Moral
6) Sejarah


Adakah Pendidikan Islam dan sejarah bukan lagi matapelajaran wajib!!!

Memang benar2 ke arah Satu Malaysia ni huhuhuhu... Apa dah Jadi Najib Tun Razak????


5000 Tak Mengundi Esok, Bosan Pilihanraya dalam 15 Bulan

May 2009 2:50PM
Kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding, kata Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman. "Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam. "Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti," katanya lagi.

Di samping itu, katanya, tindakan tidak keluar mengundi itu boleh mengurangkan rasa sombong PKR yang didakwanya mengambil mudah terhadap pengundi. BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya. BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang. Kerusi DUN Penanti kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas timbalan ketua menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin.

Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

Terdapat seramai 15,384 pengundi di DUN Penandi di mana 72.6 peratus daripadanya adalah Melayu, 24.2 peratus Cina, 2.4 peratus India dan 0.7 peratus kaum lain Zainal Abidin juga menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa pihaknya merancang membawa ahli Umno Penanti melawat Padang Besar, Thailand supaya mereka tidak mengundi Ahad ini. Katanya, Umno bahagian Permatang Pauh tidak pernah menempah bas untuk tujuan tersebut. "Khabar angin yang sedang disebarkan mengenai perkara itu adalah sengaja untuk memburuk-burukkan imej Umno. 15 majlis kenduri "Kalau tidak percaya, lihatlah pada hari mengundi adakah bas yang buat rombongan. "Tetapi saya tahu ada 15 majlis kenduri di Penanti, Ahad ini. Jangan kata, kenduri itu ditaja oleh Umno," katanya. Zainal Abidin (foto) berkata, beberapa blog telah menyiarkan laporan tersebut sejak beberapa hari lalu. Menurutnya, beliau memberi jaminan Umno tidak akan mengadakan rombongan pada hari mengundi Ahad ini. "Kalau ada satu atau dua bas, itu bukan Umno yang taja, mereka dah buat rancangan awal sempena musim cuti sekolah," katanya.
Zainal berkata, ahli Umno tidak keluar mengundi kerana calon BN tidak bertanding di Penanti. Katanya, tindakan Mohammad Fairuz mengosongkan kerusi Penanti menyebabkan pengundi di kawasan berkenaan terpaksa mengundi tiga kali dalam tempoh 15 bulan. Kali pertama, katanya ialah pilihanraya umum lalu, diikuti peletakan jawatan Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan kini peletakan jawatan Mohd fairuz. / Malaysiakini BM

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails