SELAMAT DATANG

Rabu, 21 April 2010

Pendidikan seks : Pemuda PAS Wilayah sokong Dr Mahathir

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 21 April: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyambut baik cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa pendidikan seks di sekolah tidak perlu dilaksanakan.

Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz setuju dengan cadangan Tun Dr Mahathir supaya memadai dengan pendidikan Islam diajar dengan bersungguh-sungguh bagi membendung budaya negatif di kalangan remaja.

"DPPWP berpandangan bahawa subjek khas pendidikan seks tidak mampu menyelesaikan masalah gejala sosial yang berlaku khususnya masalah zina, maksiat, rogol dan pembuangan bayi.

"Pendidikan seks hanya mengenalkan remaja tentang persoalan seks dan masalahnya sahaja tetapi tidak dapat memahamkan persoalan hukum berkaitan dengan seks," kata Suhaimi dalam kenyataannya.

Katanya, umum mengetahui remaja pada hari ini sangat jahil terhadap agama. Kebanyakan kes yang berlaku seperti zina dan pergaulan bebas adalah berpunca dari kejahilan mereka terhadap agama seperti hukum halal dan haram.

Bagi beliau, remaja menganggap persoalan aurat dan pergaulan bebas adalah perkara remeh dan tidak penting.

Akibatnya mereka gagal mengawal diri mereka lalu menjerumuskan diri mereka ke lembah maksiat, katanya.

Malangnya, kata beliau, sistem pendidikan di sekolah-sekolah yang tidak menitikberatkan pendidikan Islam menjadi sebab remaja terus berada dalam kejahilan.

Yang dikesalkan, silibus pengajian Islam di sekolah-sekolah masih tidak mampu untuk memahirkan pelajar perkara yang berkaitan dengan rukun Islam seperti solat, zakat, puasa, haji serta amalan lain seperti membaca al Qur’an, menutup aurat dan lain-lain lagi, katanya.

"DPPWP meyakini hanya penerapan ajaran dan pendidikan Islam secara komprehensif dalam sistem pendidikan di sekolah mampu membendung gejala maksiat dan zina.

"Justeru, DPPWP menggesa kerajaan agar menimbang semula cadangan pendidikan seks di sekolah, sebaliknya DPPWP menggesa kerajaan agar menerapkan pendidikan Islam secara komprehensif dalam sistem pendidikan di sekolah," katanya.

Kompom Rakyat Tolak Pakatan Rakyat...

P094 : 10 Orang hadir Ceramah PR di Bukit Sentosa

Gambar-gambar dibawah membuktikan bahawa Pakatan Rakyat telah ditolak oleh Rakyat Negeri Selangor, sekaligus memberikan gambaran jelas akan kemenangan besar yang menanti Calon BN Kamal dalam PRK Hulu Selangor ini..

Penyokong UMNO cukup seronok dengan berita macam tu.. cuba lihat sendiri dan kira sendiri..

Bertempat di Bukit Sentosa
Pada tarikh 20 April 2010 (Selasa)
Penceramah: TG Haji Hadi, Anwar Ibrahim, Shamsul Iskandar dan Tian Chua


TG Haji Hadi


Antara Penceramah


DS Anwar Ibrahim


Jumlah yang hadir lebih dari 10 orang sebenarnya tapi tak la sampai 10,000




Untuk jumlah yang lebih tepat sila kira sendiri


Pilih Pemimpin Yang Berprinsip

oleh Nurul Izzah Anwar

Pada 25hb April 2010 ini, rakyat di Hulu Selangor akan turun mengundi bagi menentukan wakil rakyat baru mereka.

Sudah menjadi lumrah pilihanraya, rakyat diasak dengan propaganda dan janji-janji manis Barisan Nasional demi memastikan calon pilihan mereka meraih kemenangan.

Hakikatnya, kerajaan Barisan Nasional kini sedang berada dalam keadaan yang amat terdesak gara-gara pelbagai kemelut yang sedang melanda kepimpinan dan pemerintahan mereka.

Antaranya, skandal APCO yang menelan wang rakyat sebanyak hampir RM78 juta, penyambungan kontrak 10 tahun kepada syarikat tajaan kerajaan yang bermasalah seperti Pharmaniaga dan tanah-tanah di bawah YBK (Yayasan Basmi Kemiskinan) yang digadaikan dan dikaveat serta cukai tanah yang tidak dibayar, yang membuktikan kepincangan kerajaan Selangor di bawah BN terdahulu.

BN acapkali menuduh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mengabaikan nasib anak bangsa kerana menafikan permohonan YBK untuk membina sebuah institusi pengajian tinggi di Serendah dan kini isu ini dimanipulasikan dalam pilihanraya kecil ini.

Ingin saya tegaskan Kerajaan Selangor amat mengalu-alukan usaha untuk memperjuangkan nasib anak bangsa terutamanya dalam aspek pendidikan. Namun begitu, kerajaan Selangor tidak akan meluluskan permohonan sebuah Yayasan yang mendakwa bahawa ianya memperjuangkan nasib orang miskin, tetapi pada masa yang sama, beroperasi secara tidak telus dan membenarkan tanah yang dimiliki digadai dan digunakan untuk tujuan komersil yang tiada kaitan dengan membasmi kemiskinan tanpa audit dan tindakan susulan yang berpatutan.

Kerajaan Selangor berhak memastikan kegiatan dan operasi YBK memenuhi tuntutan rakyat serta selaras dengan dasar Kerajaan Pakatan Rakyat yang mementingkan belanjawan negeri yang telus dan berhemah.

Kerajaan negeri Selangor sendiri telah memberikan tanah seluas 1,977.428 ekar kepada YBK untuk digunakan sejak tahun 1994 lagi, maka tiada sebab untuk YBK mempersoalkan teguran dan gesaan Kerajaan Selangor selama ini untuk menyiasat penyelewengan yang dilakukan oleh Yayasan tersebut.

Saya turut sedari awal membantah janji yang dibuat oleh Datin Rosmah Mansor untuk mendirikan Pusat PERMATA di Hulu Selangor sekiranya BN menang kerana ini satu lagi bentuk ugutan bagi menjadikan rakyat Hulu Selangor tebusan demi mencapai kemenangan di Hulu Selangor.

Saya seru rakyat Hulu Selangor menolak terus janji-janji Barisan Nasional agar memastikan kerusi di Hulu Selangor itu tidak disandang oleh calon parti yang korup dan tidak bermoral. Pilihlah calon yang berani menentang penindasan dan menegakkan keadilan yang dibawakan oleh Pakatan Rakyat.

Kemenangan Pakatan Rakyat di Hulu Selangor adalah penting ke arah menguatkan suara Pembangkang di Parlimen. Dengan suara Pembangkang yang semakin kuat di Parlimen, kita berharap agar lebih banyak kepincangan dan penyelewengan yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional dapat didedahkan.

Untuk kita dan seluruh rakyat Malaysia mengorak langkah membawa perubahan di peringkat nasional, perubahan harus dimulakan di Hulu Selangor!

Nurul Izzah Anwar

Ahli Parlimen Lembah Pantai


Mohammad Sabu: Tolak 'tuah' jika tolak Zaid

Pengundi Hulu Selangor dikatakan "menolak tuah" jika tidak memilih calon PKR sebagai wakil rakyat mereka pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Ahli Jawatankuasa PAS pusat Mohamad Sabu berkata ini kerana calon yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat itu adalah seorang yang terbukti prinsipnya dalam membela rakyat.

"Zaid Ibrahim manusia berprinsip. Beliau (adalah) menteri, bila ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) digunakan, beliau tidak bersetuju.

"Kalau kita tidak bersetuju dengan percakapan lawan dengan percakapan, kalau tulisan, lawan dengan penulisan, wartawan lawan dengan kewartawanan, bukan dengan ISA. Lainlah kalau angkat senjata.

"Oleh itu, Zaid ambil keputusan untuk meletak jawatan (sebagai menteri). Dalam dunia ini nak cari orang macam begini (memang) payah," kata Mohamad Sabu ketika menyampaikan ceramah di Jalan Padang Tembak di Kuala Kubu Baru, malam semalam.

"Walaupun beliau mempunyai banyak kelemahan sebagai manusia, tapi sebagai menteri yang berprinsip, beliau meletakkan jawatan sedangkan banyak kemudahan dan kelebihan disediakan oleh kerajaan.

"Kalau tak angkat Zaid Ibrahim sebagai wakil rakyat, memang orang Hulu Selangor menolak tuah. Jarang ada di dunia orang seperti Zaid Ibrahim apabila beliau tidak bersetuju dengan dasar kerajaan, dia letak jawatan dan kemudiannya menyertai pembangkang," katanya yang juga bekas naib presiden PAS.

Kira-kira 500 orang hadir pada majlis ini walaupun cuaca begitu sejuk berikutan hujan lebat pada sebelah petang.

Dakwa Mohamad Sabu, selepas pilihan raya umum pada 2008, kerajaan BN cuba menimbulkan pelbagai isu perkauman yang sensitif, termasuk memfitnah exco Selangor Teresa Kok yang didakwa cuba menghalang azan daripada berkumandang dan menahan seorang wartawan smengikut ISA.

Hal berkenaan katanya, mendorong Zaid yang juga bekas ketua Umno bahagain Kota Bharu membantah dan seterusnya meletakkan jawatan.

"(Inilah) Zaid (yang) saya hormat. Ada satu perkara yang orang lain tidak tidak boleh buat. Orang yang ada prinsip memang kita hormat," katanya.

Pada ceramah yang sama Mohamad Sabu turut membidas kerajaan BN kerana membuat perjanjian dengan firma-firma yang mempunyai kepentingan Yahudi.

"Unsur Yahudi amat bahaya. Politik Yahudi adalah menghapuskan orang yang tidak disukainya. Kita bimbang politik Yahudi masuk ke Malaysia," katanya.

Menurut Mohamad Sabu beliau kuathir berlakunya kebocoran maklumat negara ini yang tidak boleh dipandang kecil.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat memilih Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kecil itu pada 25 April ini sebagai membantah tindakan kerajaan BN.-Malaysiakini

Buat Kekanda Allahyarham Abdul Baser yang Kembali ke Rahmatullah pada 14/4/2010



Pejuang-Pejuang PAS Selamat Berjuang



Lagu Buat Para Mujahid PAS Di Hulu Selangor



Lagu Semangat Jihad



Hidup Mulia Atau Mati Syahid - Nashid Imam Samudera

Hari Ini..... Kita Bagaimana ????




Ucapan Asy-Syahid Ibrahim Libya




Ceramah al-Marhum tuan Guru Hj Yusof rawa



Ucapan Dasar Muktamar Agong PAS Oleh al-Marhum Tuan Guru Hj Yusof Rawa

Mari kita hayati Ucapan ini.......





Selasa, 20 April 2010

MEREKA YANG TIDAK PERNAH BELOT - DIMANA MEREKA SEKARANG?

PETANG ITU - 38 TAHUN DAHULU

Ini cerita lama. Tapi baik juga untuk dibuka kembali agar kita semua dapat tahu apa yang berlaku puluhan tahun dahulu. Cerita-cerita ini kalau baik kita jadikan tauladan. Kalau tidak molek dapat kita jadikan sempadan. Kalau tidak pun kita baca untuk ketawa.

Ceritanya bagini:

Saya ingat lagi pada tahun 1972 - ketika itu saya anak mahasiswa yang mengulang tahun satu di Universiti Malaya. Saya telah aktif dalam perjuangan gerakan mahasiswa sejak dari awal tahun pertama lagi. Pada tahun itu, ketika Kongres Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPM ), saya telah dilantik untuk menjadi Setiausaha Agung. Badan yang bernama PKPM ini telah diharamkan pada tahun 1974 - sesudah demo pelajar menyokong warga Baling.

Ketika saya dilantik sebagai SU Agung PKPM – perang Vietnam sedang rancak. Kuasa imperial Amerika sedang melancarkan perang kolonial ke atas Vietnam, Laos dan Kamboja – sama seperti yang sedang berlaku di Iraq dan Afghanistan hari ini.

Justeru dalam Kongres PKPM tahun 1972 itu ada terdapat resolusi yang mengutuk imperialis Amerika Syarikat dan menyokong perjuangan menuntut keadilan oleh rakyat Indo China. Ketetapan yang dibuat dalam kongres akan menjadi dasar persatuan sehingga ke kongres tahun hadapan.

Pada zaman itu gerakan mahasiswa cukup rancak. Saya adalah seorang ahli kelab sosialis yang aktif. Justeru pandangan politik saya adalah kiri. Buku dan akhbar yang saya baca adalah kiri. Negara dan pemimpin negara yang saya hormati adalah dari jalur kiri.

Berdasarkan resolusi PKPM yang anti-Amerika saya telah memasang poster-poster anti-perang Vietnam yang kami terima dari International Union of Students yang berpengkalan di Prague.

Rupa-rupanya ada juga kumpulan mahasiswa, terutama dari PMUKM yang yang tidak bersetuju dengan pemasangan poster ini. Lalu saya dikritik sebagai SU Agung PKPM yang tidak bertanggungjawab. Sebenarnya isu poster anti-perang Vietnam ini hanya alasan. Kritikan ini datang dari pelajar reaksionari bermazhab kanan.

Akhirnya satu persidangan tergempar telah diadakan. Persidangan ini diadakan di Dewan Majlis Persatuan Universiti Malaya. Saya ingat lagi petang itu – delegasi dari PMUKM, dari Serdang College, dari Institut Teknoloji Kebangsaan, KSITM dan tuan rumah PMUM turut hadir.

Saya dapat merasakan seolah-olah telah ada persetujuan untuk menyingkirkan saya dari PKPM. Idris Jusi, dari PMUKM mula bercakap membuka kes tentang saya yang dikatakan tidak mengikut dasar PKPM dan dilihat pro-komunis. Dari KSITM, presidennya Zahari tidak pula bercakap. Yang banyak bercakap ialah Ibrahim Ali.

Pandangan-pandangan kanan dan reaskioner bertaburan pada petang itu.

Sebelum keputusan dibuat untuk menyingkirkan saya dari PKPM - tiba-tiba seorang wakil delegasi dari KSITM mengangkat tangan untuk berucap. Saya masih ingat lagi anak muda itu. Dia kurus lansing dan kacak. Berkulit sawo matang. Anak muda ini memakai seluar hitam dan berbaju biru. Mustahil saya akan melupakan susuk ini. Sampai akhir hayat saya ingat apa yang berlaku pada petang itu. Tidak mungkin saya akan lupa kerana pada petang itu saya sedang disalib.

Masih terngiang di telinga saya hingga ke hari ini apa yang dikatakan oleh anak muda itu:

“Sebelum dia dibuang, dia berhak untuk diberi peluang bersuara. Ini adalah cita-cita demokrasi pelajar… dan ini adalah hak dia.”

Saya terperanjat kerana tidak ada sesiapa dari persatuan lain yang menyokong saya kecuali PMUM. Saya terperanjat kerana anak muda ini berani ‘pecah regu’ untuk menyokong saya. Saya kagum atas keberanian nya.

Saya tidak kenal anak muda ini. Tapi saya tahu anak muda ini datang dari KSITM – satu persatuan pelajar yang saya anggap reaksionari. Bila saya selidiki baru saya sedari anak muda ini ialah Zaid Ibrahim – pelajar jurusan undang-undang Institut Teknoloji Mara. Saya juga difahamkan si Zaid ini datang dari Sekolah Tuanku Abdul rahman (STAR) seteru kuat sekolah saya, MCKK.

Semenjak petang itu saya tidak bertemu dengan Zaid Ibrahim. Kami meneruskan keyakinan diri. Saya difahamkan Zaid telah menjadi seorang peguam yang berjaya. Saya terus menjadi diri saya.

Lima tahun dahulu seorang kawan dari MCKK mengajak saya untuk menjadi ahli Civil Society of Malaysia. Ini badan hak asasi manusia yang cuba diwujudkan oleh Zaid Ibrahim. Cuma ada ‘catch’ - sesiapa yang ingin menjadi ahli wajib membayar RM250. Jumlah ini agak berat untuk saya - lalu saya menolak jemputan ini.

Seminggu sebelum Ngo ini berkumpul dan bersidang saya telah mendapat panggilan telefon mengatakan bahawa RM250 telah dibayar oleh Zaid Ibrahim. Saya hairan kerana seumur hidup saya – saya belum pernah bercakap sepatah pun dengan susuk ini. Dari panggilan talipon - saya telah diberi kebenran untuk datang ke persidangan pertama Civil Society ini di Hotel Renaisance.

Inilah kali kedua saya melihat Zaid Ibrahim. Kali kedua ini agak berbeza. Anak muda kurus yang berbaju biru dan berseluar hitam dahulu telah agak bersisi. Rambutnya telah dicantikan oleh anyaman uban. Baju dan pantalon yang dipakainya kelihatan dari jenis yang baik dan bermutu. Nah! Pastilah dia telah berjaya hinggakan sanggup membayar yuran untuk orang yang tidak dikenalinya.

Dua hari sebelum nama Zaid Ibarahim dimahsyurkan sebagai calon di Hulu Selangor saya telah pergi menemuinya. Rumah kediaman si Zaid ini bukanlah sama seperti bilik sewa tempat saya menginap. Ini kawasan lumayan yang hanya 30 minit dari Serendah Hulu Selangor.

Mata saya memerhati dengan rapi untuk mengetahui lebih dalam lagi manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini. Rumahnya tidak mengancam tapi pastilah lebih luas dari bilik sewa saya. Dalaman tidak lucah dan bukan bermotifkan budaya ‘arriviste – horray henry’ yang sering kita temui di wilayah-wilayah mewah.

Tujuan saya datang kerana ingin bertanya apakah dia masih ingat lagi apa yang terjadi di Dewan Majlis PMUM 38 tahun dahulu. Zaid termenong sabentar sebelum mengakui yang dia pernah datang ke PMUM untuk bermesyurat. Tetapi tidak ingat apa tujuan dia hadir. Malah dia juga tidak ingat bahawa pada petang itu yang di salib ialah saya.

Saya tidak merasa kecewa kerana si Zaid tidak mengingati episod itu. Inilah perjalanan hidup kita sebagai manusia . Terpencar pencar - ada yang kita ingati dan ada yang kita lupakan. Untuk kita – pekara yang ini mungkin penting dan untuk orang lain pekara yang sama adalah ‘non event – tidak ada apa apa yang penting’.

Kenapa saya menulis kesah ini? Saya menulis kerana susuk yang bernama Zaid Ibrahim ini sedang berkempen untuk memenangi kerusi di Parlimen. Saya menulis ini kerana saya yakin bahawa manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini adalah manusia demokrat. Tiga puluh lapan tahun dahulu – ketika kami masih lagi anak pelajar - si Zaid ini telah memperlihatkan sifat jujur dan demokratnya.

Pada petang itu – 38 tahun dahulu - si Zaid telah tidak terpengaruh dengan tohmah anti-komunis, anti kiri dan anti sosialis. Sifat demokratiknya telah tertanam dalam sebelum dia meletakan jawatan sebagai menteri kabinet kerana menentang ISA. Susuk yang bernama Zaid Ibrahim dapat melihat salah dan benar.

Jika saya warga Hulu Selangor saya merasa senang hati untuk menobatkan Zaid Ibrahim sebagai wakil suara saya di Parlimen. (TT)

Snap secara rasmi sertai Pakatan Rakyat

Parti Nasional Sarawak (Snap) secara rasmi menjadi anggota keempat Pakatan Rakyat, - menjelang pilihan raya kecil parlimen Sibu pada 16 April ini.


Mengumumkan kemasukan Snap hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tugas pertama parti itu ialah menyokong calon DAP yang akan bertanding di kerusi berkenaan. Pengumuman calon Pakatan itu akan dibuat pada 27 April.

Snap adalah antara parti tertua di Sarawak dan pernah menjadi anggota parti pemerintah Barisan Nasional sebelum menjadi parti pembangkang. Mereka tidak mempunyai sebarang kerusi di dewan undangan negeri Sarawak.

Ahad lalu, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan berjumpa di Sibu bagi memeteraikan kerjasama berkenaan. Pada pilihan raya umum 2008, kekurangan penyelarasan menyaksikan pertandingan lebih dua penjuru di antara Snap, DAP dan PKR - satu tindakan yang memberi kelebihan kepada BN.


Kawin Lari Rupanya .......

AHLI PARLIMEN KINABINATANGAN RUPANYA KAWIN LARI DENGAN ZIZI..

بسم الله الرحمن الرحيم

Sekali Kawin lari daaa!!!



Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mukhtar Radin dan isteri Zizie Ezzete mengaku salah di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, atas dakwaan bernikah tanpa kebenaran.

Bung didakwa kerana berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, manakala Zizie didakwa dengan tuduhan berkahwin tanpa kebenaran mahkamah terlebih dahulu.

Mahkamah menetapkan 18 Mei ini untuk hukuman. Kedua-dua mereka diikat jamin RM500 setiap seorang.

Pasangan pengantin baru itu hadir pada jam 8 pagi, turut didakawa lima saksi pernikahan termasuk dua saudara lelaki Zizie, atas dakwaan bersubahat dalam pernikahan itu.

Bung yang juga seorang ahli perniagaan bernikah dengan pelakon jelita itu pada 16 Disember lalu.

PCBS

...ini semua macam cerita gile sex lah,gelojoh betul!!! - Parit.com



UMAT ISLAM DI MALAYSIA TIDAK BOLEH MENGUNAKAN UNDANG-UNDANG ISLAM ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Mahkamah Syariah Malaysia Tak Iktiraf Undang-Undang Syariah

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom (foto) untuk membatal permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf.

Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki. Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Tahniah datuk jamil khir kerana telah berjaya menyekat umat islam di malaysia dari mengunakan undang-undang islam... !!!



Setelah 72 Jam Sudah Ada Tanda-tanda Pemenang

mso-sudah-ada-tanda-tanda-pemenang

SETELAH 72 jam berlangsung pilihan raya kecil P 094 Hulu Selangor menyaksikan berbagai perisitwa, melucu, tragis dan juga mendebarkan. Dalam tempoh hari separuh pilihan raya itu ia telah mula memberi petunjuk siapa yang akan memenangi pilihan raya berkenaan. Hari mengundi ialah 25, Ahad ini.

Dari dua kali tinjuan langsung saya ke sana ia memberi gambaran jelas bahawa sokongan kepada Zaid Ibrahim semakin meningkat. Ini didasarkan kepada kehadiran orang ramai di majlis-majlis ceramah yang melibatkan beliau, Anwar Ibrahim dan pemimpin parti-parti Pakatan lain.

Begitu juga sambutan kepada orang kepada Zaid sewaktu beliau membuat lawatan mengejut di tempat-tempat awam dan ke kampung-kampung pedalaman.

Jauh di pedalaman rakyat seperti menanti-nanti kehadiran Zaid. Tidak melampau dikatakan pencalonan Zaid memberi semangat kepada pengundi Hulu Selangor. Paling ketara ialah masyarakat Cina dan India. Orang Cina yang senonim dengan MCA sebelum ini sudah tidak menyebut MCA lagi.

"Apa itu MCA, parti orang sudah tidak mahu. Kalau ada orang sokong pun mereka yang buta saja," begitulah kata seorang pengundi Cina bila ditanya mengenai peranan MCA. Ternyata peranan MCA dalam pilihan raya kecil kali ini tidak menyerlah. Mungkin perpecahan yang melanda parti itu menyebabkan MCA lebih memikirkan nasib diri mereka.

Begitu juga dengan MIC. "Untuk apa saya sokong MIC, calonnya dipilih oleh Umno. MIC sudah tidak berkuasa lagi. Jadi lebih baik saya sokong PKR," begitu pula luah seorang India. Umurnya sebaya dengan Cina tadi sekitar 55 tahun. Selalunya orang veteran masih kekal dengan nostalgia menyokong BN. Tetapi sikap ditunjuk mereka berdua itu ada perubahan sikap yang ketara di kalangan Cina dan India.

Malam tadi saya hadir di dua ceramah PKR; satu di Taman Datuk Harun, Serendah dan satu lagi di Kelumpang. Gambaran dua tempat ini boleh saya simpulkan sokongan masyarakat Cina melebihi 70 peratus sementara sokongan India pula kira-kira 40 peratus. Kedudukan ini memberi gambaran bahawa BN agak tertekan dengan keadaan ini. Sebab itulah Muhyiddin Yassin semalam membuat psywar mengatakan sokongan Cina semakin meningkat.

Sudah pasti kalau momentum tiga hari ini dikekal, peluang PKR mengekalkan kerusi berkenaan agak cerah.
Selain daripada suasana itu, kelebihan untuk PKR juga disokong oleh suasana di dalam BN sendiri tidak begitu selesa. Kalangan golongan muda dalam Umno tidak begitu seronok dengan pencalonan Kamalanathan. Orang Melayu yang sedia bersalaman dengan Kamalanathan hanya orang Melayu berusia 55 tahun ke atas yang dituba pemikirannya oleh rejim lama Umno.

Satu maklumat dalaman diterima malam tadi, Pemuda Umno bahagian Hulu Selangor telah aktif dalam berkempen. Puncanya kerana kontrak menyediakan poster dan peralatan kempen tidak diberikan sedikitpun kepada mereka. Semua pembekalan poster dan papan iklan dihandle sendiri oleh Umno Malaysia. Jumlah kontrak itu saja dikatakan melebihi RM5 juta.

Jadi mereka dikatakan hanya meraikan majlis saja atau ke bilik gerakan untuk menjamu selera, mengambil rokok dan baju T, tetapi tidak berkerja. Begitu juga dengan kalangan wanita muda. Malam tadi seramai 30 wanita telah menyatakan sokongan kepada PKR. Mereka ini bertindak kerana tidak setuju dengan pencalonan Kamalanathan.

Ada beberapa perkembangan lain lagi. Dan seperti mana saya dugakan awal-awal semalam bahawa calon bebas Melayu juga akan menarik diri dari bertanding. Ternyata apa yang saya ramalkan itu menjadi kenyataan. Selepas calon bebas India, Chandran menarik diri, ia diikuti oleh calon Melayu, Johan Mohd Diah pula berbuat demikian. Saya yakin kedua calon bebas ini menyokong BN dan langkah mereka menyerahkan kertas pencalonan hanya sebagai taktik saja.
Kini Zaid akan berdepan dengan Kamalanathan secara satu lawan satu.

Perkembangan mengenai aliran sokongan itu menyebabkan BN kini memfokuskan kepada undi Melayu dan India saja. Sumber bilik Gerakan BN juga memberi tahu mereka sudah tidak ada harapan kepada undi Cina lagi. Justeru apa yang mereka perkuatkan untuk mendapat undi Melayu agar melebhi 60 peratus.
Hanya dengan cara itu saja BN boleh mengimpi untuk merampas kerusi berkenaan. Sekiranya mereka gagal mendapat 60 peratus undi Melayu, ini bermakna BN bakal menangis tidak berlagu. Secara umumnya peratus undi Melayu yang dikuasai BN pada masa ini kira-kira lebih 55 peratus. Sementara undi India sekitar 55 atau 60 peratus. Bagaimana pun ada tanda-tanda menunjukkan undi India ini akan menurun disebabkan kerana faktor calon dan kemarahan masyarakat India kepada Samy Vellu dan Palanevil semasa menjadi ahli parlimen dahulu. Kalangan cerdik pandai dalam MIC atau India pula sudah merasai bahawa parti MIC tidak lagi dihormati oleh rakan mereka, Umno.

Apa yang perlu diingati oleh PKR undi India ini tidak konsisten dan ia akan beralih apabila ada tawaran langsung terutama dari kalangan perempuan veteran. BN dijangka akan menggoda masyarakat India disaat akhir pengundian dengan pemberian hamper dan wang. Sekiranya BN tidak mengawal atau membalas pemberian ini menyebabkan undi India yang dimiliki PKR sebanyak kira-kira 35 hingga 40 peratus ketika ini akan merosot di bawah 35 peratus.
Kemerosotan undi India dan tidak dapat melonjakkan peratus undi Melayu sehingga mencecah 45 peratus ini menjadikan PKR akan kehilangan kerusi Parlimen berkenaan dan hanya menang semangat dan sorak saja dalam pilihan raya itu.

Di sebalik perkembangan itu masih banyak peristiwa dan kejadian-kejadian di sebalik tabir dalam pilihan raya berkenaan. Ia tidak sesuai di dedahkan kerana boleh mengaibkan individu tertentu. Sementara mengenai isu pula BN ternyata kekurangan isu berbanding dengan PKR. BN banyak menaburkan poster dan billboard dengan slogan merendah, memnpersoalkan kemampuan PKR berbanding dengan hujah-hujah dan idea yang mantap dan bernas. Terdapat juga poster yang mengecam peribadi pemimpin PKR.

Sebaliknya PKR pula sarat dengan hujah yang tidak mampu dibalas oleh BN. Dakwaan BN misalnya mengatakan PKR tidak mampu memerintah negeri dijawab dengan disertakan bukti dan fakta kukuh mengenali penerimaan rakyat kepada kerajaan Pakatan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Begitu juga dengan fakta-fakta pencapaian kerajaan.

Sikap Umno memainkan isu peribadi mengenai Zaid minum arak ternyata telah memakan diri sendiri. Isu itu terpalit kepada diri Umno menjadikan Umno terpaksa mengzipkan mulutnya sendiri. Beberapa pemimpin BN telah menarik balik isu berkenaan. Khairy Jamaluddin sendiri menasihat penceramah Umno tidak memainkan isu peribadi. Khairy mungkin bimbang kalau isu turut diperkatakannya isu peribadi dirinya sendiri juga akan dibongkar seluas-luasnya.

Al hasilnya isu Zaid minum arak yang dijawab dengan pernuh berhikmah dan gentlemen oleh Zaid menyebabkan BN mati kutu. Seperti biasanya SPR tidak dapat menyucikan diri dari mengotorkan diri dengan memberi sokongan kepada BN. SPR telah melakukan pemindahan terhadap kira-kira 14,000 pengundi. Pengundi yang dulunya mengundi di Hulu Selangor telah dipindah ke serta tempat. Mungkin pemindahan ini dilakukan terhadap pengundi dikesal pasti pengundi Pakatan Rakyat.

Apakah pemindahan ini menguntungkan BN atau sebaliknya akan merugikan BN, 25 April nanti akan menjawab segala teka-teki ini. [wm.kl. 8:50 am 20/04/10]


Luahan Drebar TEKSI....Pada siapa kami nak mengadu?

Pada siapa kami nak mengadu?

MEMBACA ruangan 'Selak' Utusan Malaysia semalam menjadikan saya sedikit tersentuh. Kalau diceritakan ragam pengangkutan awam, penumpang dan pemandu pengangkutan awam sampai bila pun isu ini tidak akan selesai.

Kisah bas ekspres yang dipandu laju dan sentiasa berada di lorong kanan; teksi dan pemandu yang kotor, berbau dan kurang adab; mahupun penguat kuasa yang acap kali menjalankan tugas 'berat sebelah', sering disuarakan di dada akhbar. Namun kata orang utara 'pi mai pi mai dok tang tu jugak'.

Saya adalah pemandu teksi ibu kota, mempunyai permit sendiri (terima kasih Kerajaan Malaysia). Saya telah memandu lebih 13 tahun dan tidak terlepas daripada beban dan pancaroba memandu kenderaan awam. Masih lagi boleh bertahan walau ramai rakan seangkatan telah lama menyerah kalah.

Ditipu itu perkara biasa dan telah menjadi lumrah bagi kebanyakan pemandu. Seringgit dua masih boleh dimaafkan lagi. Tapi kalau sudah beratus ringgit macam mana pula? Kisah penumpang lari buka kasut meninggalkan teksi bukanlah cerita dongeng. Pisau di leher, teksi dilarikan, duit disamun bukan sekali dua dilaporkan. Pemandu teksi dibunuh pun dah kita dengar.

Perkara sumbang dalam teksi tak perlulah diceritakan. Nak disuruh turun (silap haribulan kena repot kat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), itu sajalah penumpang yang kita ada. Nak dibiarkan berdosa pulak.

Anda sebagai penumpang banyak pilihan boleh dibuat jika ingin buat pengaduan. Ke balai polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), LPKP, media, Tribunal Pengguna mahu pun ke Kementerian Pengangkutan sendiri. Hanya dengan 1 SMS atau e-mel, pemandu seperti kami sudah pasti tidak boleh tidur lena.

Pada yang benar-benar melakukan kesalahan patutlah dihukum, tetapi hendaklah disiasat secara terperinci. Jika anda mengadu ke agensi yang disebutkan tadi, mereka dengan senang hati membantu anda. Bagaimana pula dengan kami sebagai pemandu teksi ibu kota? Hendak mengadu kepada LPKP? Polis? JPJ? Atau kepada Persatuan Pemandu Teksi bahawa penumpang tak bayar RM100?

Baru-baru ini di Batu Caves seorang pemandu teksi dipukul dan teksinya dilarikan. Beliau mendapat 11 jahitan dan RM1,200 lesap. Tak siapa pun ambil peduli. Pihak LPKP, JPJ dan lain-lain agensi lepas tangan. Tidak sesiapa pun melawat beliau. Nak mengadu kepada Persatuan Pemandu Teksi? Tak tahulah di mana peranan persatuan berkenaan.

Apa salahnya pihak-pihak yang terlibat dengan pemandu teksi seperti LPKP, JPJ, Kementerian Pengangkutan serta Persatuan Pemandu Teksi menghantar wakil datang melakukan lawatan ziarah sambil memberikan sedikit sagu hati bagi meringan beban tanggungan mangsa tersebut. Sekurang-kurangnya ia menyahut seruan Perdana Menteri 'Rakyat di Dahulukan Pencapaian di Utamakan'.

"Oh, kami LPKP hanya mengeluarkan lesen sahaja bukan jaga kebajikan pemandu".

"Tidak ada sesiapa pun melaporkan kepada Kementerian kami jadi kami tidak tahu".

Itu mungkin andaian jawapan yang mereka boleh berikan. Yang nyata mereka tidak peka kepada masalah pemandu tetapi peka kepada kesalahan pemandu.

Adalah diharapkan agar cogan kata atau seruan yang dibuat oleh Perdana Menteri dikotakan oleh semua pihak yang terlibat, sama ada pihak agensi agensi kerajaan atau NGO seperti Persatuan Pemandu Teksi. Jangan sekadar seruan sahaja tapi pelaksanaannya tiada.

Marilah kita semua fikirkan bersama hala tuju setiap pemandu teksi, bukan hanya mencari kesalahan pemandu teksi saja.

Nasib mereka perlu juga kita fikirkan bersama kerana kehidupan harian mereka hanya terletak kepada pencarian sebagai pemandu teksi semata-mata untuk menyara kehidupan keluarga mereka. Kepada anda pembaca Utusan Malaysia, akhbar rakyat yang budiman, renung-renungkanlah!

PEMANDU TEKSI MALANG
Kuala Lumpur

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails