
Sabtu, 3 April 2010
Assalamualaikum SPR.. Kempen dah Start dah kaa..???

Najib Rai Genap Setahun Sebagai PM Di Hulu Selangor
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak meraikan genapnya setahun beliau menjadi Perdana Menteri hari ini dengan mengadakan lawatan bertemu rakyat di Hulu Selangor.
Lawatan itu, yang padat dengan pelbagai program, akan menyaksikan beliau bertemu dan beramah mesra dengan penduduk-penduduk Hulu Selangor, yang bakal melalui pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.
Jadual padat Najib dimulakan dengan melancarkan Yayasan Kelana Ehsan dan menghadiri perjumpaan bersama warga FELDA di Dewan Serbaguna FELDA Sungai Tengi pada kira-kira 10 pagi.
Najib kemudian dijadualkan merasmikan majlis pecah tanah tapak perumahan generasi kedua FELDA sebelum singgah ke satu majlis kenduri perkahwinan di FELDA Soeharto.
Selepas itu, Najib akan menyertai penduduk tempatan menunaikan solat Zohor di Masjid Felda Gedangsa disusuli dengan majlis taklimat bersama jentera Barisan Nasional Hulu Selangor di Kuala Kubu Baharu.
Sebagaimana kelazimannya, beliau akan mengadakan tinjauan mesra di Kuala Kubu Baharu bersama-sama kaum Cina dan masyarakat Orang Asli diikuti dengan tinjauan mesra untuk bertemu dengan masyarakat India di Bukit Teratai.
Tradisi "turun padang", yang dipeloporinya pada hari kedua selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri tahun lepas, banyak bercirikan mesra rakyat dan dilakukan secara tidak formal.
Lawatan itu diadakan untuk beramah mesra dan berjumpa dengan rakyat biasa bagi mengetahui masalah mereka.
Pada 4 April 2009, beliau memulakan tinjauan mesra ke Petaling Street, kawasan yang sinonim dengan majoriti penjaja Cina, sebelum melawat kawasan perumahan Vista Angkasa di Bukit Kerinchi, Bangsar yang dihuni oleh majoriti kaum Melayu dan mengunjungi deretan kedai di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields yang digelar 'Little India'.
Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.
Sempena setahun menyandang jawatan tertinggi negara, Perdana Menteri akan mengadakan majlis Tahlil di kediaman rasminya di Seri Perdana, petang ini.-BERNAMA
Kalau Yang Ugut Nie Blogger PR.. Jadi ADUKA TERUNA lah Jawabnya...
Anwar diugut akan dibunuh jika jadi PM
KUALA LUMPUR, 3 April: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diugut 'mati' jika beliau terpilih menjadi Perdana Menteri Malaysia nanti.

"Disini say berani berjanji, klu PR tawan Malaysia, dan Anuar nie jd PM. Saya akan pastikan anuar mati sebelum dia merobek perlembagaan Malaysia," tulisnya dalam Facebook itu.
Tidak cukup dengan tulisan pertama itu, pelawat yang sama juga telah membuat amaran yang kedua dalam laman facebook yang sama.
"Org luar memang nk anuar nk jd pm supaya senang nk robek Malaysia. Tp selagi aku hidup, langkah mayat aku dlu," tulis penulis yang fanatik itu.
Ia boleh dilawati dengan menggunakan link di bawah:
http://www.facebook.com/pages/Anwar-Ibrahim/16194831839?v=feed&story_fbid=380685266839
Sehingga kini, tidak ada lagi laporan polis yang dibuat berikutan ugutan sebegini.
Sebelum meninggalkan laman Facebook Anwar itu, Radon Rascesium pada 3 April sekali lagi menulis:
"Okla saudara saudari sekalian, sampai sini saja lawatan saya ke laman ini. saya datang sini nk menguji level intelek, emosi dan spiritual penyokong2 PR dan melihat keyakinan korang terhadap parti korang. Ternyata levelnya low dan korang begitu yakin terhadap PR."
Ekoran komen-komen dari penulis itu, para pelawat Facebook Anwar itu yakin, jika para penyokong Pakatan Rakyat yang membuat komen sebegitu, laporan polis telah dibuat terhadap mereka.
Ini antara komen yang dibuat terhadap tulisan Radon itu:
"Rosmainizan Roslan: kalau budak pr yg buat stetement cmni dh komfom ada buat laporan polis dan kuar utusan dan tb3......... kalu org dia UMNGOK depa wat xtau jer............"
MELALUT LAGI SI HARUS SANA SINI NI
بسم الله الرحمن الرحيم
Aku pening dan keliru dengan kenyataan Harussani Mufti UMNO nih..

Tan Sri Harussani Zakaria berkata, hukuman sebatan yang dijatuhkan terhadap Kartika sebelum ini bukanlah hukum hudud, sebaliknya hanya takzir yang tertakluk kepada pindaan oleh pemerintah.
“Hukuman hudud menetapkan 80 rotan (kepada pesalah yang meminum arak). Tetapi hukuman yang dijatuhkan terhadap Kartika tidak sampai kepada hukum hudud. Ia hanya takzir yang boleh diubah. Hukum hudud tidak boleh diubah sama sekali,” katanya.
Dan Harussani juga telah berkata “Undang-undang kesalahan jenayah syariah terbahagi kepada tiga, iaitu hudud, qisas dan takzir. Undang-undang mesti dijalankan dengan tegas.Peruntukan hudud melibatkan enam kesalahan iaitu murtad, minum arak, berzina, mencuri, merompak dan qazaf. Manakala qisas pula hukuman balas, seperti pembunuh akan dibunuh balas. Kategori takzir pula kesalahan selain daripada hudud dan qisas yang mana hukumannya tertakluk kepada budi bicara pemerintah.
Harussani berkata hukuman sebatan yang dijatuhkan terhadap Kartika sebelum ini bukanlah hukum hudud, sebaliknya hanya takzir tapi dalam masa yang sama dia juga berkata minum arak terletak dibawah hudud.. Jadi kalau minum arak terletak dibawah hudud mengapa takzir yang dikenakan?
Lu kasi wa pening la Ustaz…..
Jadi untuk menghilangkan kekeliruan ini, aku pun referlah isu ini kepada seorang sahabat, ini jawapannya jika Harta dan Kesenangan duniawi tidak dihiraukan…
Di dalam hal pelaksanaan hududullah, Allah SWT berfirman,
“Dan janganlah belas kasihan (ra’fah) kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah” [TMQ an-Nur (24):2].
Hudud adalah termasuk di dalam kategori hukuman yang tidak boleh ditarik balik atau diberi pengampunan. Jika kesalahannya telah terbukti atau adanya pengakuan, maka had hendaklah dijatuhkan.
Rasulullah SAW sungguh marah atas tuntutan pengampunan yang diajukan oleh Usamah terhadap seorang wanita Makhzumiyah yang mencuri, dengan sabdanya
“Sesungguhnya kehancuran umat sebelum kalian disebabkan apabila ada orang terhormat mereka mencuri,dibiarkan, akan tetapi apabila pihak yang lemah mencuri, dipotong tangannya. Demi Zat yang jiwaku berada di tanganNya, seandainya Fatimah Binti Muhammad mencuri, nescaya akan aku potong tangannya”.
Hadis ini menunjukkan bahawa langsung tiada kompromi dalam soal pelaksanaan hudud, malah Rasulullah dengan begitu tegas bersabda bahawa jika anak baginda sendiri mencuri, maka tangannya tetap akan dipotong.
Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Had yang ditegakkan di muka bumi lebih baik bagi penduduk bumi daripada turunnya hujan selama 40 hari”.
Hadis yang lebih tegas diriwayatkan oleh Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Barangsiapa memberikan pengampunan dengan tidak melaksanakan had dari hududullah
maka ia telah menjadi pembangkang perintah Allah”.
Kesalahan Meminum Arak adalah Kesalahan Had
Kesalahan meminum arak adalah termasuk dalam bab hudud. Kalimah had atau hudud ini bermakna hukuman kepada pelaku maksiat yang melanggar hak Allah. Dalam hudud, tidak ada pemaafan, baik dari hakim mahupun si pendakwa. Malah tidak ada sesiapapun boleh mengampunkannya walau pemerintah sekalipun.
Ini kerana hudud merupakan hak Allah secara mutlak. Oleh itu, siapa pun tidak boleh menguggurkannya dalam apa jua bentuk dan keadaannya [Nizhamul Uqubat, Abdul Rahman Al-Maliki,hal 12].
Arak diharamkan berasaskan dalil yang qathi’e di dalam Al-Quran, As-Sunnah dan juga Ijmak Sahabat. Firman Allah,
“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah,adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatanperbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan...” [TMQ Al-Maidah (5):90].
Adapun uqubat (hukuman) untuk peminum arak juga telah dinyatakan dengan jelas oleh hadis Nabi SAW dan juga Ijmak Sahabat iaitu peminum arak wajib disebat sama ada 40 atau 80 kali sebatan.
Imam Tarmizi mengeluarkan dari Abi Said,
“Bahawa Rasulullah SAW memukul (para peminum khamar) sebanyak 40 kali dengan pelepah kurma”.
Dalam hadis lain dari Abi Said,
“Pada masa Rasulullah SAW (peminum) khamar disebat 40 kali dengan pelepah kurma, ketika masa Umar, pelepah kurma diganti dengan cambuk”.
Dari al-Husain bin al-Mundzir bahawa Ali ra pernah mencambuk Walid bin Uqbah 40 kali kerana telah minum khamar. Kemudian ia berkata,
“Nabi SAW pernah memukul (peminum khamar) 40 kali, Abu Bakar 40 kali, Umar 80 kali, dan kesemuanya itu adalahSunnah, namun ini (40 kali) yang paling aku sukai.” [Sahih Muslim].
Manakala bagi seorang peminum arak tegar dan telah dikenakan had (disebat) pada setiap kali minum, kemudian masih mengulanginya lagi, sekiranya pihak penguasa memandang perlu bahawa ia dibunuh, maka hal itu boleh dilaksanakannya. Dari Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Jika ada seseorang mabuk (kerana minum arak), maka deralah ia, jika ia mengulangi, maka deralah (lagi) ia, jika mengulangi (lagi), maka deralah (lagi) ia’. Kemudian pada kali keempat, baginda bersabda, ‘Jika ia (masih) mengulangi (lagi), maka hendaklah kalian tebas batang lehernya”[Hasan Sahih: Ibnu Majah & Nasa’i].
Sesungguhnya masih banyak hadis-hadis senada lainnya yang menjelaskan jumlah sebatan sebanyak 40 atau pun 80 kali. Perlu diingat bahawa tidak boleh melakukan sebatan dengan jumlah di antara keduanya (41-79),kerana tidak ada nas yang menjelaskan atau membolehkannya. Justeru, hukuman terhadap peminum arak adalah terlalu jelas iaitu sama ada 40 kali atau 80 kali sebatan. Tidak boleh 6 kali dan tidak ada hukuman denda. Malangnya pemimpin, ulama dan sebahagian besar dari umat Islam kini terperangkap dengan isu 6 kali sebatan.
Walhal sesungguhnya hukuman 6 kali sebatan dan denda RM5,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah adalah langsung tidak syari’e. Inilah isu sebenar yang patut dibincangkan oleh umat Islam (yakni) sama ada hukuman tersebut benar-benar bertepatan dengan hudud atau tidak.
Dalam kes ini, jelas bahawa Mahkamah Syariah telah menjatuhkan hukuman buatan manusia (bukannya hukuman Islam) ke atas Kartika.
Sebatan 6 kali adalah undang-undang ciptaan manusia, bukannya undangundang ciptaan Allah. Jika hukuman sebatan adalah sebanyak 39 kali sekalipun, ini tetap undang-undang kufur dan ia amat jauh sekali dari Islam, kerana tidak ada nas yang menetapkannya sebanyak 39 kali. Kita tidak boleh berhujah bahawa ia menghampiri hudud kerana ia langsung bukan hududullah.
Sama dengan kes zina di mana jika penzina dijatuhkan hukuman sebat 99 kali, maka ini sesungguhnya bukan hukuman Allah dan langsung jauh dari hukuman Allah, malah adalah satu bid’ah jika ia dikatakan dari Islam. Begitu juga dengan denda RM5,000. Ini adalah undang-undang ciptaan akal manusia, bukannya undang-undang yang datang dari wahyu!
Sayang sekali tidak ada seorang pun yang mempertikaikan hukuman denda ini walhal ia sama sahaja statusnya dengan hukuman 6 kali sebatan, kedua-duanya adalah batil kerana bertentangan dengan nas-nas yang qath’ie.
Adapun dari aspek kaifiyat (cara) bagaimana hukuman dijalankan, hudud itu tidak dijatuhkan kecuali bagi orang yang sudah baligh dan berakal, baik lelaki atau wanita, baik muslim mahupun zimmi.
Orang yang dikenakan hudud tidak ditelentang atau ditelanjangkan ketika hukuman dijatuhkan. Hal ini berdasarkan perkataan Ibnu Mas’ud, “Dalam agama kami tidak ada penelentangan, pengikatan, juga tidak ada penelanjangan”.
Tidak diperkeras pukulannya, yakni tidak memperkeras sebatan, sebab yang dimaksud di sini adalah mencegah untuk mencederakannya. Pemukul juga tidak boleh mengangkat tangannya hingga terlihat ketiaknya. Hendaknya berusaha untuk memukul badan.
Wajib menjaga kepala, wajah, kemaluan serta anggota badan yang boleh mematikan (bila dipukul) seperti jantung dan testis. Pemukulan terhadap organ tersebut kadang-kadang boleh mengakibatkan kematian atau melenyapkan fungsi organ tersebut. Kaum wanita diperlakukan sebagaimana lelaki akan tetapi dipukul dengan posisi duduk. Ali ra berkata,
“Perempuan dipukul dengan (posisi) duduk, (sedangkan) lelaki dengan berdiri” [Nizhamul Uqubat, Abdul Rahman Al-Maliki].
Demikianlah serba sedikit kaifiyat hukuman yang dapat diterangkan di dalam ruang yang serba terbatas ini.
Khatimah
Wahai kaum Muslimin! Tidak menjalankan hududullah merupakan satu kemaksiatan besar kepada Allah, apatah lagi jika menolak. Celakalah bagi orang yang mempertikaikan atau
menolak hudud Allah dan mereka pasti tidak akan selamat di padang Mahsyar nanti.
Kartika ini menjadi salah satu dari ribuan bukti bagaimana hukum Allah dicampakkan sewenang-wenangnya oleh pemimpin sekular dan menjadi bukti betapa tidak syariahnya Mahkamah Syariah.
Apakah kita masih mahu membiarkan pemimpin yang rosak dan sistem yang rosak ini terus menaungi kita? Apakah kita masih tetap mahu berpeluk tubuh melihat agama Allah diperkotak-katikkan oleh golongan sekular?
Coretan Aziz Abdullah : Lucu Dan Sirius
Oleh Azizi Haji Abdullah
Kadang-kadang nak tergelak melihat orang politik apabila mereka serius, sebenarnya lucu dan lawak. Kadang-kadang mereka lawak, tak gelak pun. Tapi ada yang lucu dia serius dan dia sirius tapi dilucukan sedikit sebagai pendekatan hikmah.
Datuk Sri Azizan Abdul Razak ketika perasmian menamatkan Pelancaran Gerakkerja Pilihanraya Pas di Komplek Batu 9 pada 6 Mac yang lalu dia memberitahu : “Dulu aku nak buat rumah, takut Pas tak menang. Sampai sekarang dah 15 tahun, rumah tak siap. Menumpang tinggal di Pejabat Pas Batu 16. Sewa rumah bini. Nak buat rumah baru, nanti orang kata aku rasuah. Kereta Mercedis lama, aku cat balik. Tapi kerana Menteri Besar pakai, orang kata elok.”
2. Perihal keluar parti dan tak mau lompat pula satu hal. Tertanya juga kita, kenapa dalam Pas, orangnya taklah bijak macam mana pun, tapi tak keluar dan tak lompat. Dulu Kelantan majoriti satu, tak juga lompat atau keluar.
Tapi sekarang macam PKR, ada yang alim, kopiah putih sewaktu buat sudang akhbar, dari kalangan peguam, tiba-tiba keluar lohoi begitu. Heee, tak malu ke? Cuba tenguk lucu mereka;
2.1. YB Bagan Serai yang keluar PKR kata, dia keluar PKR kerana Pakatan gagal memperjuangkan Islam. Kerana isu kalimah Allah.
Haa…haa…haaa. Plup-plap, kukik-kukik…blaa..blaa…Teks yang dibaca itu, ditulis sendiri atau orang tolong tulis sebab, baca pun tersangkut ketika buat kenyataan dalam TV. Saya baru pertama kali lihat wajah YB PKR Bagan Serai dalam TV. Menurut cerita kawan-kawan, YB itu tak lena tiga hari tiga malam kerana wajahnya masuk TV.
Kahhh..kahhh…kah…
2.2. Seorang lagi orang PKR yang nak tunjuk orang agama. Dia keluar PKR kerana PKR bagi bantuan kepada kuil tidak mendsirikan masjid.
Kahhh...kahhh....plup-plup...hwaaa-hwaaa-hwaaa....siasat punya siasat dia sendiri pun tak pernah pergi masjid.
2.3. Ada pula politikus yang jadi YB PKR, yang katanya dia tak akan merayu apabila Lembaga Disiplin memecatnya. Baguslah, kita tabek prinsip itu. Tiba-tiba esok keluar pula kenyataannya,dia kata pihak Lembaga Disiplin tak beri peluang dia bela diri.
Huaa….huuaa…huuaaaa….inilah kualti orang PKR yang nak berjuang tentang agama, kalimah Allah sedangkan tiga empat pejabat Pusat Khidmat pun tak bayar sewa sampai tutup macam ‘lau ayam’ saja. Yang lucunya, dia kedekung kedekang, pong-pang, pong-pang sana sini bukan pasal partinya tapi pasal parti orang lain. Sedangkan kawasannya tak pernah dijaga.
Aparrraaaaa!
2.4. Ada pula keluar PKR kerana parti yang dikomponennya dulu Cauvanis, perkauman. Hua…huaaa…huaaa, yang dia cakap nak bela Melayu tu apa pula?
Demikianlah adanya…
Seorang kawan bernama Zaini, buat cerita lawak kepada saya selepas subuh satu hari. Saya terpikir panjang, apakah cerita ini boleh dijadikan tamsil, boleh dibias dan dipadankan kepada orang politik anu..anuuu, sini…sini?
Ada tiga orang politik berlainan parti, berjalan di terngah padang pasir pada musim kemarau keang. Sambil berjalan mereka berbincang cari jalan macam mana nak bersatu. Formula apa yang bagus untuk nak membangsakan etnik dan asobiah yang mereka semai dulu hanya kerana kepentingan politik juga.
Yang seorang memang handal politiknya tapi gila perempuan. Yang seorang lagi handal juga politiknya tapi kuat minum. Yang seorang lagi sama handal dengan dua di atas, tapi perokok tegar.
Sedang berjalan itu mereka terjerembab dengan Jin Aladin. Bila diusap lampu minyak itu, keluarlah Jin ,menawar diri; mintalah apa saja dia boleh tunaikan. Kemudahan akan diberi selama sebulan.
Maka berfikirlah tiga ahli politik ini. Oleh kerana kebiasaan mereka, segala bantuan dan subsidi, peruntukan, rasuah, merekalah yang makan dulu, maka mereka pun minta kemudahan yang bersifat pribadi jugalah.
Politikus Pertama: Kalau sekadar sebulan, kau berikan aku perempuan cantik. Maka Jin itu pun menunaikanlah permintaan itu. Politikus itu dikurung dalam satu banglo mewah dengan puluhan perempuan cantik.
Politikus Kedua: Kalau sekadar sebulan, kau berikan aku segala macam minuman yang mahal dan terbaik. Aku nak minum selama sebulan, katanya kepada Jin itu. Maka Jin itu pun memberikannya sebuah istana minum-minuman.
Politikus Ketiga: Kau berikan aku segaja jenis jenama rokok, luar negeri atau dalam negeri. Kalau boleh cerut yang dihisap oleh kawan aku, sebatang RM250. Akan Jin itu pun menunaikan permintaan itu. Dikurungnya politikus itu dalam sebuah bangunan selama sebulan juga bersama segala macam jenis rokok.
Jin itu memberi syarat, dalam tempoh sebulan, tak dibenarkan keluar.
Apabila cukup sebulan, Jin itu pun membenarkan mereka keluar. Politikus Pertama keluar melelong-lelong kerana sudah tidak ada tenaga lagi.. Tidak berapa lama, akhirnya politikus itu rebah kerana minyak lutut habis lalu mati.
Politikus Kedua pula keluar dari istana mewahnya. Mulutnya mericau-ricau kerana mabuknya masih ada saki baki. Dia sungguh terasa nikmat dapat minum.
Tapi akhirnya dia juga rebah dan meninggal dunia kerana jantungnya terbakar.
Jin Aladin mengeleng kepala. Sampai begitu mereka kemaruk.
Tiba-tiba keluar pula Politikus Ketiga. Dia keluar dengan muka merah padam. Bercekak pinggang. Di tendangnya apa saja yang ada di kiri kanan.
“Bagus?” Tanya Jin. “Bagus kepala bapak engkau,” katanya dengan marah. “Aikkkk, sebulan duduk di dalam bangunan dengan segala macam jenama rokok, tak bagus lagi?” kata Jin.
“Itulah…kau bagi rokok, tapi tak bagi petik api! Aku ketagih mampueh!” katanya. Jin itu ketawa: huaaa…huuaa….kukik-kukik…oopppp!
UMNO MASIH TIDAK DEMOKRATIK- HUJAH LAWAN HUJAH BUKAN HUKUMAN DAN PERGANTUNGAN
OLEH : JAMALUDIN MD.ISA (Penulis Bebas)

Ketika Anwar di luar negara, riuh rendah pencacai-pencacai UMNO memalu gendang menyerang dengan seribu macam tuduhan keji dan jijik terhadap Ketua Umum PKR itu. Cabaran kontrovesi mendesak Penasihat PKR bagi menjawab kenyataan beliau dalam Parlimen baru-baru ini yang mengaitkan 1 Malaysia ada hubungan dengan Israel? Suasana hiruk piruk dan riuh rendah mencabar dan memberi tempuh masa kepada Anwar supaya menjawab dakwaannya itu.
Alhamdulilah, Anwar menjawab cabaran UMNO di Parlimen baru-baru ini. Dikemukakan hujah dan fakta. Justeru itu, pada saya giliran Perdana Menteri pula harus tampil menangkis hujah dan fakta Anwar. Yang pelik sekali, apabila Anwar menjawab, saya fikir akan berlakulah hujah lawan hujah, fakta lawan fakta. dari situ rakyat akan melihat siapa benar siapa pembohong? Malang sekali setakat ini, nampaknya tradisi hujah balas hujah dan fakta vs fakta tidak berlaku, malah tiada boleh diterimai oleh pengetua-pengatua dalam UMNO.
Maka timbullah isu baru, Anwar perlu di bawa ke Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, akhirnya mereka mengambil pendekatan bertindakan sekaligus menjatuhkan hukuman. Lepas itu bersorak kepada rakyat bahwa Anwar sentiasa bersalah. Berikanlah ruang untuk Anwar memperjuangkan haknya di medan demokrasi. Usahlah mempergunakan seluruh instrment kerajaan bagi menghukum Anwar dikandang orang yang bersalah. Demokrasi menuntut kita berhujah. Kekuatan hujah merupakan faktor kuasa yang akan melonjak kekuatan seseorang dalam kancah perjuangan politik. Janganlah kita keterlaluan mempergunakan undang-undang bagi tujuan untuk menyekat hak serta ruang kebebasan rakyat bagi meneruskan agenda perjuangan politik mana-mana individu di negara ini.
Patutnya Datuk Nazri Aziz cadangkan supaya PM mengemukakan hujah dan fakta bagi membalas hujah dan fakta Anwar. Bukannya merumus hujah dan fakta Anwar sebagai tiada relevan dan kemudian mengambil jalan pintas bagi menjatuhkan hukuman. Caranya bawa Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Kesemuanya mempergunakan pedekatan menghukum. Bukannya menjawab dengan hujah dan fakta. Inilah menifestasi politik demokrasi di negara kita mutakhir ini. Saya menzahirkan rasa kesal sekiranya ada pihak yang mahu mencadangkan Anwar dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Sebaliknya menuntut hujah lawan hujah dan fakta vs fakta. Barulah ertinya kita berdemokrasi, menghukum seseorang apabila ianya melakukan kesalahan. Pada saya berhujah dengan mengemukakan fakta bukan satu kesalahan?? Tetapi UMNO melihat disebaliknya apabila mereka tiada manpu berhujah dengan Anwar. Maka hukuman yang perlu dihadapkan..........????
Jumaat, 2 April 2010
Rabu, 31 Mac 2010
darul Sunnah buat dulu la dato sri....Jgn Sunnah nabi diketepikan Sunnah Artis Diutamakan. Pemimpin Sunnah dok Nganga, Pandai Cakap saja,

Jelas Shahidan, langkah tersebut juga dilihat berkesan kerana dapat mengurangkan kes-kes pembuangan bayi terutamanya membabitkan remaja Islam.
Menurut beliau, syarat-syarat yang ketat semasa nikah merupakan punca generasi muda menjalinkan hubungan secara sulit, sekali gus menyebabkan berlakunya tekanan sehingga sanggup membuang bayi.
“Semua itu berlaku kerana hubungan mereka tidak direstui.
“Tambahan pula apabila hendak berkahwin, macam-macam syarat dan kekangan dikenakan sehingga ia menyusahkan.
“Saya melihat daripada melarang hubungan itu, lebih baik kita kahwinkan mereka dengan cara yang mudah tetapi mengikut hukum syarak,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Semalam mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui tersangkut pada pukat di Sungai Pasir dekat Kampung Panching dekat Kuantan.
Bercakap kepada pemberita di Sungai Pertani semalam Shahidan memberitahu, apabila hubungan menjadi sah, maka tiada lagi tekanan perasaan untuk membuang bayi.
Shahidan mengulas mengenai kebimbangan masyarakat terhadap peningkatan kes buang bayi sejak kebelakangan ini.
Menurut beliau, syarat-syarat berkahwin di negara ini didapati sungguh membebankan kerana berbeza di setiap negeri.
“Sepatutnya, jika ikut peruntukan agama, perkahwinan harus dipermudahkan. Namun, di Malaysia kita ada 13 undang-undang untuk berkahwin, setiap negeri mempunyai peruntukan berlainan.
Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, pihak berkuasa agama juga sepatutnya mengutamakan soal nikah serta hukum daripada memikirkan birokrasi berkaitan urusan berkahwin.
“Sepatutnya, undang-undang mengenai perkara ini juga diselaraskan di seluruh negara supaya ia mengamalkan standard yang sama dan memudahkan urusan perkahwinan,” jelasnya.
VIRUS KENCING TIKUS
Mulai semalam kita dikhabarkan dengan berita duka. Saat ini selebriti DJ Din Beramboi

Secara kebetulan saya mempunyai rakan Tionghua yang anak saudaranya meninggal kerana virus ini. Lelaki remaja ini seorang yang pintar dan amat aktif dalam sukan. Keluarga kaya ini yang tinggal dalam perumahan "gated community"merasa sangat kehilangan dan bagai tidak percaya dengan apa yang menimpa mereka.Keluarga ini sangat cerewet tentang pemakanan dan tidak menyentuh minuman keras dan "soft drinks". Lalu mereka mencari dan cuba mendalami punca secara sendiri dan hasilnya amat memeranjatkan. Anak malang keluarga ini sangat suka minum air tebu! Selepas bersukan, air tebu satu kemestian. Itu laporan rakan-rakannya dan sipenjual tebu itu sendiri.
Apa kaitan air tebu dengan kencing tikus? Begini. Tebu datang dari luar bandar. Dibawa ke bandar berlori-lori . Sampai di pusat pemunggahan selalunya disandarkan dimerata tempat, disandarkan di tepi longkang, di tempat yang agak lembab, belakang kedai dan lain-lain. Tebu-tebu ini tidak habis sekelip mata. Kadang-kadang berbulan disitu. Selepas dua tiga hari, akar baru mula tumbuh dan di tempat-tempat seperti ini sang tikus memang bermaharaja lela. Bayangkan kadang-kadang sang tikus ini lebih besar dari kucing!
Kesimpulannya, sang tikus memang suka tebu. Manis. Bila sang tikus dah dapat makan tebu, di situlah juga ia melepaskan air kencingnya dan akar-akar tebu tadi menyerap sebagai "survival" dan bila tebu tadi diproses jadi air minuman manusia secara terus juga berkemungkinan mengitar semula virus air kencing tikus-tikus tadi. Betul atau tidak, wallahuallam. Apa pun cuba kita fikir logik dan "simple science of life cycle". Suratan atau kebetulan?
Tok Guru aku Dapat Dato


Ramai tokoh dan pimpinan negara dilahirkan dibawah didikan Pondok Pasir Tumboh, anak murid merata seluruh pelusuk tanahair manabur bakti, bercucu cicit ilmunya sampai hari kiamat. Jasanya membawa kebahagiaan manusia dunia akhirat, bukan berlenggang lenggok di atas pentas menghiburkan, mendedahkan susuk tubuh atau mentertawakan khalayak manusia dengan hiburan yang melalaikan, yang dipuja diingati, sehingga mati pun diberi gelaran itu dan ini tanda berjasa kepada ibu pertiwi.
Aku tahu, bukan nilaian hartabenda, pangkat dan gelaran yang diinginkan oleh beliau, namun bila dinisbahkan kepada penghargaan buat manusia yang berjasa kepada bangsa dan tanahair juga agama alangkah terpingirnya tok guru ku ini. Mujurlah Pasir Tumboh hari ini berada dibawah kerajaan pimp

Bayangkanlah kalau bumi serambi Makkah ini masih dikuasai UMNO/BN, bukan saja tuan gurunya dihargai mungkin institusi yang menjadi benteng pertahanan aqidah dan syariah ini pun akan turut pupus.
Kepada anak dan cucucicit murid Pondok Pasir Tumboh marilah kita mendoakan kesejahteraan dan keafiatan kesihatan Tok guru. Amin!!!
i
Nik Aziz dahului terima darjah kebesaran
KOTA BHARU, 30 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mendahului senarai darjah kebesaran negeri pada pengurniaan kehormatan negeri Kelantan semalam.
Turut menerima anugerah tersebut Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria menerima Dato’ Lela Negara. Manakala Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias dianugerahkan Dato’ Sri Setia Raja. Sementara anugerah Darjah-Darjah Kebesaran Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.), mendahului senarai penerima ialah isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor diikuti Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi. Mendahului senarai penerima anugerah Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K.) ialah Datuk Tengku Salwani Al-Marhum Sultan Yahya Petra, diikuti Dato’ Tengku Rozan Al-Marhum Sultan Yahya Petra dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan menerima Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K.). Anugerah gelaran Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (S.P.S.K.), mendahului senarai penerima ialah peguambela, Datuk Sukri Mohamed, diikuti Pengelola Istana DiRaja, Datuk Abdul Halim Hamad. Manakala penerima Anugerah Geralaran Kebesaran Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (S.P.S.K.), mendahului senarai ialah Ketua Polis Kelantan, SAC I Datuk Abdul Rahim Hanafi. Penerima Anugerah Kebesaran bagi gelaran Darjah Pahlawan Yang Amat Gagah Perkasa (P.Y.G.P.) ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Anggota Exco kerajaan negeri, Mejar (B) Md Anizam Ab Rahman mendahului senarai penerima anugerah Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.). Selain itu, Speaker Dewan Negeri Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud, bekas pegawai Yayasan Islam Kelantan, Nik Abdul Kadir Nik Mohamad, Adun Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar dan bekas Adun Banggol Judah, Yahya Othman. Mudir Pondok Pasir Tumboh, Tuan Guru Hashim Abu Bakar menerima gelaran Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.). Penerima gelaran Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K.) seramai 34 orang termasuk Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam, Ahmad Mahmood dan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan, Ismail Samah. Selain itu, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, Mohd Faudzi Che Mamat dan Pengarah Pelajaran Negeri, Mohd Ghazali Abdul Rahman. Manakala seramai 10 orang menerima pelantikan Jaksa Pendamai (J.P.) termasuk Adun Air Lanas, Abdullah Ya’kub. Keseluruhan penganugerahan tersebut membabitkan penerima seramai 84 orang. Sementara itu seramai 555 lagi akan menerima penganugerahan pada Majlis Pengurniaan Kehormatan Negeri bagi Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang, Pingat-Pingat dan Surat-Surat Kepujiandian pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Tiga anggota Exco, Che Abdullah Mat Nawi, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Wan Ubaidah Omar pula disenarai penerima Ahli Yang Ketiga (Taulan) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Mulia Amat Mulia (J.M.K). Senarai penerima tersebut diumumkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Aiseri pada sidang media di Istana Balai Besar semalam. “Istiadat penganugerahan kali ini bukan merupakan acara perayaan ulangtahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan. “Ia adalah semata-mata merupakan anugerah daripada Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan kepada mereka yang telah diampuni perkenan oleh baginda sendiri,” katanya. |
Malaysia Dikuasai yahudi???ahu
@misai merah

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berucap kira-kira 30 minit sebagai menyahut cabaran Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mahukan Anwar memberi penjelasan dalam tempoh seminggu berhubung kenyataan beliau pada 22 Mac berkaitan dakwaan konsep 1Malaysia diciplak dari slogan 1Israel.
"Pada 28 Julai 2009 perkhidmatan Apco telah diperkenalkan oleh Omar Mustapha Ong melalui syarikat perunding beliau, Ethos & Company, ini bermakna hubungan antara Apco dengan kerajaan Malaysia sudah terjalin sebelum lagi Apco dilantik menjadi perunding kepada kerajaan.
"Malah saya difahkamkan seorang wakil Apco telah ditempatkan di pejabat Perdana Menteri.
"Pada 4 Ogos 2009 satu penjanjian bagi mendapatkan khidmat Apco telah ditandatangani oleh seorang pegawai kerajaan dengan disaksikan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Tengku Datuk Sharifuddin Tengku Ahmad. Ini secara jelas membuktikan pertalian terus antara Apco dan Perdana Menteri. Perjanjian perkhidmatan yang sama telah ditandatangani antar Apco dan Ehud Barak, ketika itu Ketua Turus Angkatan Tentera Israel pada Januari 1992.
"Kita menuntut penjelasan daripada Perdana Menteri butiran perjanjian yang ditandatangani, berapakah bayaran kepada Apco dan bentuk pertalian firma tersebut dengan kerajaan," dedah Anwar.
Malah Anwar berkata Apco bukanlah sebuah syarikat perunding biasa kerana firma itu mempunyai kaitan rapat dengan tokoh dan pemimpin politik Israel dan Amerika Syarikat.
Beberapa tokoh penting yang menjadi perunding dalam jaringan antarabangsa serta memberi khidmat kepada Apco mempunyai latarbelakang kerjaya dalam badan perisikan Israel, Shin Bet dan pentadbiran rejim Zionis tersebut.
"Kerajaan tidak belajar daripada pengalaman lalu apabila mengambil perkhidmatan syarikat perunding asing yang menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada kerajaan Malaysia. Dua contoh besar ialah skandal Maminco yang melibatkan pelaburan besar dalam dagangan pasaran bijih timah dunia yang menyebabkan kerugian ratusan juta ringgit. Begitu juga mantanb Perdana Menteri membayar dan mengguna khidmat pelobi Yahudi-Zionis, Jack Abramoff yang didapati bersalah oleh mahkamah Amerika Syarikat dapam tahun 2006 dan seterusnya dipenjarakan kerana menipu tanah kaum Red Indian untuk membina kasino.
"Kerajaan perlu berhati-hati dengan kenyataab Apco apabila mereka mengatakan tidak terlibat secara langsung dengan konsep 1Israel. Apa yang berlaku ialah firma-firma bersekutu yang bekerjasama dengan Apco tetapi kepakaran dibekalkan oleh Apco.
"Sebelum Apco bertapak di Malaysia sebuah syarikat tempatan diwujudkan yang pengarahnya ialah Paul Stanford, kini ,menjadi CEO Apco Malaysia dan Marjorie Kraus, Presiden dan CEO Apco Worldwide. Risikonya Apco ialah mereka menggunakan syarikat bersekutu untuk bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan diseluruh dunia dan mereka menyimpan rahsia kerajaan yang diberikan kepada mereka sebagai sebahagian daripada tugas mereka.
"Syarikat ini mempunyai hubungkait memberi khidmat nasihat kepada pemimpin-pemimpin dan diktator dunbia yang menindas rakyat dan terlibat dalam pencabulan hak asasi manusia seperti Jeneral Sani Abacha di Nigeria dan Presiden Nursultan Nazarbayev dari Kazakhstan.
"Kita mahu penjelasan Perdana Menteri bagaimana beliau boleh dicucuk hidung oleh Omar Mustapha dan juak-juak Ethos dan bagaimana kehadiran ramai tokoh Apco yang rapat dengan badan keselamatan dan perisikan Israel yang menjalar di Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia.
"Rakyat tidak lagi boleh dperbodohkan dengan laungan kerajaan yang kononnya memperjuangan hak rakyat Palestin dan Islam di Malaysia dengan merotan beberapa gadis yang minum arak tetapi senyap-senyap membuat hubungan dan perjanjian dengan firma yang berkait dengan Israel. Sikap membisu Perdana Menteri dikhuatiri membahayakan keselamatan negara kerana hubungan Apco dengan agensi strategik negara seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Penerangan yang mungkin menyebabkan tergadai kepentingan negara.
"Saya dengan ini mendesak supaya kerajaan membatalkan perjanjian dengan Apco dan tubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat skandal yang memalukan ini," tegas Anwar.
Azlina Othman Said Tak Dak Sapa Mau kaa?
OOO.. BINATANG UMNO NI RUPANYA YANG MENYEBABKAN BERTAMBAHNYA ANAK LUAR NIKAH
بسم الله الرحمن الرحيم
TANAH MERAH - Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 54 tahun yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian UMNO Tanah Merah ditangkap khalwat bersama seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun di sebuah hotel di jajahan ini, malam kelmarin.
Lelaki berkenaan ditahan bersama pasangannya pada kira-kira jam 1.30 pagi dalam operasi maksiat yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Tanah Merah bersama lapan anggota penguat kuasa yang diketuai oleh Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail serta ahli Rukun Tetangga (RT) kawasan setempat.
Difahamkan semasa kejadian, penguat kuasa sedang mengetuk bilik hotel berhampiran bilik yang didiami lelaki terbabit dan pasangannya itu, namun tanpa disangka lelaki terbabit keluar dari bilik dan pihak penguat kuasa mengesyaki lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.
Menurut sumber JHEAIK Tanah Merah, setelah diperiksa lelaki terbabit, yang berpakaian lengkap berada dalam bilik berkenaan bersama seorang gadis belasan tahun yang sedang berkemban.
“Dia bersama pasangannya itu dibawa ke pejabat JHEAIK jajahan ini untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah mengenai status mereka yang berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan.
“Selepas keterangan diambil kedua-duanya di jamin oleh seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan kes tersebut pada 18 Mei ini,” katanya.
Sementara itu, dalam operasi yang sama pihak berkenaan juga berjaya menahan seorang lelaki dan wanita berdua-duaan di sebuah bilik hotel lain.
Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Nik Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes itu disiasat di bawah Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan untuk tindakan susulan.
Nik Zuhdi berharap agar masyarakat sentiasa memberi kerjasama dan membantu pihak JHEAIK bagi menangani gejala maksiat.
“Kerjasama daripada orang ramai bagi menghindari perbuatan ini dari berleluasa amat diperlukan dan diharapkan gejala ini dapat ditangani bersama,” katanya.
BERKATNYA WANG EHSAN, UMNO KELANTAN TAK TAKUT KE?
Seorang buruh warga Bangladesh mau

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Pauzan Ahmad berkata buruh terbabit tertimbus dalam konkrit simen yang masih basah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya empat rakan mangsa dilaporkan cedera termasuk seorang cedera parah akibat dihempap dan terjatuh dari para besi yang runtuh ketika kesemua mangsa sedang melakukan kerja-kerja pembinaan konkrit tangki air dan membancuh konkrit di bangunan itu pada kira-kira pukul 5.10 petang.
Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa belum diperolehi, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
"Ketika sedang melakukan kerja-kerja menyiapkan tangki air di tingkat empat bangunan itu iaitu di ketinggian lapan meter, para besi yang diduduki oleh beberapa pekerja tiba-tiba runtuh bersama konkrit tangki air yang masih belum keras.
"Konkrit bersama para besi itu kemudian menimpa beberapa orang lagi pekerja Bangladesh yang sedang melakukan kerja-kerja membancuh simen di bawah," katanya.
Bernama
Ahad, 28 Mac 2010
Pagar Makan Padi

Awang naik berang kerana menurutnya, Perkasa patut di sanjung dan disokong kerana begitu lantang mempertahankan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu yang dikatakan sedang dihina. Yang anehnya sejak bila pula institusi Raja-Raja Melayu kita dihina? Saya belum terbaca atau mendengar mana-mana pihak yang mencabar institusi Raja. Kalau pun Karpal Singh itu dikatakan mencabarnya, bukankah kes itu belum lagi selesai? Itu pun kes perundangan. Kenapa Awang, Ibrahim Ali dan Mahathir tak sabar-sabar hinggakan perlu memanggil 10,000 orang Melayu berhimpun. Kalau setakat nak beri orang ramai makan percuma dalam dewan yang empok, 20,000 orang pun boleh dicari. Tetapi Melayu sekarang tidaklah sebodoh yang difikirkan oleh Awang. Lebih baik Awang bagi contoh-contoh siapa dan apa yang mencabar Raja-Raja kita? Saya sangka orang akhbar ini bijak dan pintar, dan kenyataan pun biasanya berasas dan ada minat ke arah mencari kebenaran. Itu sepatutnya menjadi kriteria utama wartawan cemerlang.
Awang juga mendakwa kepentingan Melayu diasak begitu hebat selepas pilihanraya umum 2008 dan hanya Perkasa yang mempertahankan hak orang Melayu. Wah! Bila UMNO dan Barisan Nasional hilang banyak kerusi, maka itu bererti menghina Melayu? Ini rupanya punca kemarahan Awang dan Utusan Malaysia. Sebenarnya, iyu bukan menghina Melayu, cuma rakyat membuat pilihan mengikut selera mereka. Takkanlah kalah sikit, sudah nak marah. Itu gila kuasa namanya. Bagaimana nak ada demokrasi macam itu. Awang perlu sedar banyak juga orang Melayu yang mengundi Pakatan Rakyat? Bukan setakat pilihanraya umum 2008, malah dalam banyak pilihanraya kecil selepas itu pun orang Melayu memilih Pakatan Rakyat. Malah lebih ramai yang mengundi Pakatan daripada UMNO. Jadi Melayu mana yang Awang wakili?
Untuk pengetahuan Awang, biarlah dijelaskan di sini bahawa yang menghakis kedudukan Melayu ialah golongan Melayu atasan UMNO kerana merekalah yang memerintah. Tak ada kumpulan lain pun yang mentadbir negara ini kecuali mereka, sejak merdeka dahulu. Jika Awang kata kedudukan Melayu terhakis, maka kumpulan Melayu atasan inilah yang bertanggungjawab sepenuhnya. Tapi Awang berani kutuk Pakatan saja. Awang kecut perut dan takut nak berdepan dengan “political masters” dia. Kalau benar anak jantan, tanyalah kepada orang seperti Mahathir Mohamad, Muhyuddin Yassin dan Najib Razak mengapa Melayu masih ketinggalan, mengapa tanah rezab Melayu makin berkurangan, mengapa jurang di antara Melayu kaya dan Melayu miskin bertambah besar? Salah siapa?
Masalah Melayu dan bumiputra bukan kerana Melayu/ bumiputra tidak ada hak atau keistimewaan Melayu dicabar. Soal hak tak timbul. Masalah sebenar ialah orang Melayu selama ini telah mengharapkan pagar tapi pagar itu pula yang telah makan padi. Sampai hari ini pagar itu masih tak berhenti-henti makan padi milik orang Melayu. Itulah punca kemunduran Melayu sabenar. Tak kan lah ini pun tak faham.
LAA.. INGATKAN SURAT SAMAN DARI MAHKAMAH.. RUPANYA SURAT ACAH-ACAH JE..

Pembantu Khas kepada Lim Guan Eng, Ng Yap Hwa berkata Zahrain cuba mencari publisiti murahan dengan menghantar surat tuntutan kepada Guan Eng sedangkan ia bukan notis saman mahkamah, sebaliknya hanya surat notis oleh seorang peguam.
"Zahrain hanya cuba alihkan perhatian daripada sebab sebenarnya dia begitu marah kepada Ketua Menteri bukan kerana isu prinsip tetapi kerana Ketua Menteri enggan mengikut syor Zahrain yang menwakili IGP Sdn Bhd untuk meluluskan pengswastaan pengurusan Bukit Jambul Golf Club yang bernilai lebih RM40 juta kepada sebuah syarikat RM2,"kata Yap Hwa.
Menurut beliau Guan Eng hanya menunggu tindakan saman mahkamditeruskan oleh Zahrain supaya segala pekung Ahli Parlimen Bayan Baru itu dapat didedahkan kepada umum.
"Kami mengesyaki Zahrain samada beliau benar-benar berani meneruskan tindakan mahkamah atau hanya bersikap main-main untuk dapat publisiti murah kerana ada dokumen hitam putih yang boleh sahkan bahawa Zahrain menyokong pemberian tender RM40 juta kepada sebuah syarikat RM2 yang tidak ada sebarang rekod kerana hanya baru ditubuhkan dua bulan sebelum tender dipanggil," jelasnya.
Yap Hwa berkata Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh dalam ucapannya di Parlimen pada 23 Mac lalu mempersoalkan tindakan Zahrain menggelar Guan Eng sebagai komunis kerana tidak mendapat sebarang bentuk imbuhan dari kerajaan negeri.
Ghafur dalam ucapannya di Parlimen dipetik sebagai berkata, “Bolehkah dalam dewan ini tunjuk satu orang antara kita ini komunis. Ini (tuduhan Zahrain) bukan bukti, ini salah dari segi peraturan, mana boleh duduk dalam Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri seorang komunis.
"Abdul Ghapur memarahi Zahrain sudah gemuk dan sudah kenyang kerana 'umpan' yang dibagi kepada Ahli Parlimen Bayan Baru ini besar, sebab dia lompat,” tegas Yap Hwa lagi.SK
Islam mengangkat martabat wanita bertudung

1. Menutup seluruh badan selain yang dikecualikan, menurut ijma' para ulama bahagian yang dikecualikan itu adalah wajah dan telapak tangannya.Ada kaum muslimah yang tidak mengindahkan syarat ini sehingga dia memakai pakaian tetapi lengannya di biarkan terbuka atau kakinya terdedah. Ada juga yang yang memperlihatkan betis mereka.
2. Pakaian tersebut bukanlah berfungsi sebagai perhiasan, ini berdasarkan firman Allah SWT yang ayatnya iaitu: "...Dan janganlah kaum wanita itu menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa terdedah (muka dan tapak tangan).." (An-Nur: 31)
Secara umum kandungan ayat ini juga mencakupi pakaian biasa jika dihiasi dengan sesuatu, yang menyebabkan kaum lelaki melirikkan pandangan kepadanya.Perintah mengenakan pakaian menutup aurat bermaksud untuk menutupi perhiasan wanita. Maka tidaklah masuk akal jika pakaian itu akhirnya berfungsi sebagai hiasan.
Kini banyak kaum muslimah yang memakai pakaian dengan tidak memanjangkan kain tudungnya untuk menutupi dada mereka tetapi dibentuk sedemikian rupa dengan cara dililitkan di leher sehingga terkadang lehernya terbuka tidaak tertutup sempurna atau membiarkan bahagian rambutnnya dilihat.Kecenderungan para muslimah untuk memakai pakaian menutup aurat kini didukung penuh oleh berbagai jenis model yang banyak terdapat di pasaran sehingga perkembangan model-model busana muslimah semakin rancak .
Mereka berlumba-lumba merancang busana muslimah sehingga fungsinya yang asal berubah. Ditambah berbagai aksesori dan hiasan membuat busana muslimah berubah fungsi sebagai perhiasan dan menambah kecantikan wanita sehingga wanita yang memakainya dapat menjadi pusat perhatian.Dan ini ditegah oleh Islam.
3. Pakaian tersebut longgar, tidak ketat, sehingga tidak dapat menggambarkan sesuatu dari tubuhnya. Pakaian yang menampakkan bentuk tubuh adalah dilarang oleh Rasulullah, kerana hikmah pemakaiannya tidak mencapai sasaran dan standard pakaian terrsebut masih gagal memenuhi kehendak syariat.
4. Kainnya mesti tebal dan tidak nipis dan lut sinar.Yang pasti jika busana muslimah berfungsi untuk menutup aurat maka kainnya mesti tebal dan tidak tipis dan lutsinar. Jika ia nipis ertinya sama sahaja ia tidak menutup auratnya bahkan memancing godaan dan menampakkan perhiasannya.Perhiasan inilah yang menggamit mata kaum adam yang akan menghasilkn dosa bagi si penonton dan model yang memperlihatkannya. Hal ini seperti yang diterangkan oleh Rasulullah saw dalam hadis berikut ini: "Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti terdapat bonggol unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka itu adalah kaum wanita yang terkutuk."
5. Tidak boleh memakai wangi-wangian atau perfume yangboleh memikat hidung lelaki menghidu bau tersebut. Cukup sekadar untuk keperluan diri sendiri seperti menghilangkan bau peluh demi keselesaan di tempat awam.Ini berdasarkan berbagai hadis yang melarang kaum wanita untuk memakai wangi-wangian bila mereka keluar rumah, seperti yang tertera dalam hadis berikut ini: Dari Abu Musa Al-Asya'ri bahawasanya ia berkata: Rasulullah saw telah bersabda: "Siapapun perempuan yang memakai wangi-wangian, lalu ia melewati kaum lelaki agar mereka mendapat baunya, maka ia adalah penzina. (HR. An-Nasai, Abu Daud, dan At-Tirmidzi)
Walaupun ada larangan bagi muslimah untuk memakai wangi-wangian bukan bererti muslimah harus tampil dengan bau yang tidak sedap. Muslimah harus tetap menjaga kebersihan tubuh,dan pakaian agar tidak menimbulkan bau badan yang dapat mengganggu dan menimbulkan fitnah baru iaitu adanya penilaian orang bahawa orang yang memakai jilbab mempunyai bau yang tidak sedap. Perawatan tubuh tetap diperbolehkan bagi muslimah asal tidak jatuh pada perbuatan tabarruj atau berhias.
6. Tidak menyerupai pakaian laki-laki. Masalah ini ditegaskan dalam hadis Rasulullah berikut ini: Dari Abu Hurairah yang berkata: "Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki." (HR. Abu Daud, Ibnu Majah, Al-Hakim, dan Ahmad).
7. Tidak menyerupai pakaian wanita-wanita kafir. Dalam syari'at islam telah ditetapkan bahawa kaum muslimin, baik laki-laki mahupun wanita, tidak diperbolehkan bertasyabuh (menyerupai) orang-orang kafir, baik dalam ibadah, ikut merayakan hari raya, dan berpakaian dengan pakaian khas mereka.
8. Bukan Libas syuhrah (pakaian untuk mencari popularity dan memperagakannya). Larangan ini berdasarkan hadis berikut:"Berdasarkan hadis Ibnu Umar ra. Yang berkata: Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa mengenakan pakaian syuhrah (untuk mencari populariti) di dunia, nescaya Allah mengenakan pakaian kehinaan kepadanya pada hari kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka." (HR. Ibnu Najah dan Abu Dawud).
Asy-Syaukani dalam Nailul Authar memberikan definisi tentang libas syuhrah iaitu setiap pakaian yang dipakai dengan tujuan meraih populariti di tengah-tengah orangramai , baik pakaian tersebut mahal, yang dipakai oleh seseorang untuk berbangga dengan dunia dan perhiasannya, atau pun pakaian yang bernilai rendah yang dipakai seseorang untuk menampakkan kezuhudannya dan dengan tujuan riyaknya.
Semua ini adalah adalah cirri-ciri dan standard yang sudah ditetapkan syari'at untuk mengatur bagaimana seorang muslimah berpakaian dan menutup auratnya.Tentang tumbuhnya dab berkembangnya pelbagai model busana muslimah sekarang ini, bukan bererti kita tidak boleh menyukainya bahkan memakainya, asalkan semuanya tidak melanggar standard yang sudah dijelaskan di atas dan yang lebih penting kita harus dapat menjaga hati kita agar busana muslimah yang kita kenakan tidak mengheret kita ke neraka kerana niat kita berubah dari ingin menjalankan perintah Allah SWT untuk menutup aurat menjadi riyak atau mencari populariti.
Semoga Allah SWT tetap menjaga hati kita agar senantiasa bersikap dan berbuat hanya untuk mencari keredhaan-Nya. Amin
Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.
Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan standard yang digariskan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya.Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya.
Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.Walaubagai mana pun berpakaian kemas dan menceriakan bukan lah termasuk dalam istilah tabarruj (berhias). Begitu juga memakai barang kemas perhiasan sekadar memenuhi fitrah wanita yang sukakan perhiasan tidak dikira tabarruj dengan syarat ia tidak diperagakan.
Dikira sebagai berhias yang dibenar dan digalakkan ialah membersihkan diri dalam segala aspek, termasuk perkra-perKara fitrah dalam diri kita seprti memotong kuku,mencukur bulu kemaluan, mencukur misai bagi lelaki, membersihkan muka dan badan.Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.
Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.Apabila wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka berlakulah pada pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri atau bertudung tetapi ketat seluarnya sehingga menampakkan perhiasan yang sepatutnta dilindung dan hanya halal unutk suaminya sahaja. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya.
Bertudung, tapi masih ingin bergaya keterlaluan sehingga menimbulkan dosa. .Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Mereka ini tidak memahami dan menyelami maksud dan hikmah bertudung. Sepatutnya tudung itu menjadikan mereka malu dan segan untuk membuat maksiat.Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka merasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung.
Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk menerima Islam sebagai agamanya kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Keindahan Islam itu tidak diperaga dengan betul.
Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk men dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian yang dinamakan Dakwah Bil Hal iaitu dakwah melalui penampilan cara berpakaian.Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan.
Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim.
Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si dia itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing.
Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal solat lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. Jagalah tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.
Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen dakwah melalui pakaian anda.