SELAMAT DATANG

Sabtu, 8 Ogos 2009

Kena kelosong gas pemedih mata, pelajar saman polis RM10 juta

Salmah Mat Husain Foto Wan Zahari & Rizal Tahir

KOTA BHARU, 6 Ogos (Hrkh) - Pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pengkalan Chepa, yang cedera di bahagian mata kanan akibat terkena serpihan kelosong gas pemedih mata menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta

Muhammad Huzaifah Mohd Noor, 18 mengalami kecederaan itu semasa rusuhan di perkarangan Stadium Sultan Mohamad Ke IV, April lalu ketika berakhir perlawanan bola sepak Piala FA.

Saman itu difailkan menerusi peguamnya, Shaharuddin Mohamed dari Tetuan Shaharuddin Hidayu & Marwaliz di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi jam 3.10 petang tadi.

Pelajar berkenaan menamakan Pegawai Medan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Asisten Superintendan Sathasivam a/l Maniam sebagai defendan pertama, defendan kedua - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan Malaysia defendan ketiga.

Mohd Huzaifah menuntut ganti rugi am di atas kecederaan parah di mata kanannya akibat terkena tembakan peluru gas pemedih mata sehingga menyebabkan buta.

Tuntutan tersebut sebagai ganti rugi teruk dan teladan atau apa-apa jumlah difikirkan sesuai oleh mahkamah di atas kecuaian defendan.


Dalam tuntutan itu plaintif mendakwa pada 7 April 2009, jam 5 petang beliau bersama sepupunya, Abdul Rahman Husin berniaga burger dan minuman di sebelah Restoran Faridah, Stadium Sultan Muhammed IV ketika perlawanan bola sepak Kelantan dengan Negeri Sembilan.

Plaintif mendakwa pada jam 11.30 malam ketika mengemas barangan jualan, tiba-tiba sepasukan anggota FRU yang diketuai defendan pertama, yang mana seorang anggotanya melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arahnya.

"Tembakan itu tepat mengenai bahagian mata kanan saya sehingga mengalami cedera parah dan teruk dan telah disahkan buta," katanya.

Sementara itu, ibunya Hajah Kamariah Hari, 60, memberitahu walau pun tuntutan RM10 juta dibuat ia tidak sama dengan kehilangan pancaindera anaknya.

Menurutnya akibat peristiwa tersebut anaknya secara tidak langsung telah bergelar Orang Kurang Upaya (OKU).

Kata Kamariah sejak peristiwa itu beliau tidak pernah kering air mata mengenangkan nasib anaknya.

"Walaupun kini anak saya masih trauma dengan tragedi itu, namun Alhamdulillah dia sudah dapat melalui kehidupan sehariannya seperti sedia," ujarnya.

Akibat perisitiwa tersebut beliau dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (II). Plaintif merupakan anak bongsu daripada 12 adik beradik.

Beliau juga menuntut faedah di atas jumlah penghakiman pada kadar 8 peratus setahun dari tarikh penghakiman dibuat. - mj _



Menteri Wilayah Buat Lawak Bodo (Bodo Takleh Ajaq Ceghedik takleh Tumpang)

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin buat lawak lagi. Beberapa hari lalu beliau mendakwa para peniaga di Kuala Lumpur kerugian antara RM100 juta hingga RM200 juta angkara kekecohan yang berlaku pada Himpunan Mansuhkan ISA, 1 Ogos lalu.

Bagaimanapun dalam kenyataannya kepada Malaysiakini 6 Ogos lalu, Nong Chik mendakwa kerugian yang ditaksirkan hanyalah RM20 juta sahaja.

Bagaimanapun beliau yang mahir mengajak wanita untuk mengikutnya ke tandas menambah beberapa impak negatif lain daripada kesan demonstrasi anti-ISA Sabtu lalu, iaitu kehilangan pendapatan akibat pelancong tidak datang dan pelabur asing enggan melabur.

“Hari ini saya sudah berjumpa dengan 20 persatuan peniaga yang menghantar memorandum dan tuntutan. Saya rasa, sudah hampir RM20 juta sudah yang saya dapat.


“Tetapi ramalan saya itu kerugian keseluruhannya (RM100 juta hingga RM200 juta), termasuk kehilangan pendapatan pada masa akan datang apabila pelancong tidak datang, khususnya di Kuala Lumpur.

“Pelabur asing pun enggan datang,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.

Begitulah mudahnya ahli korporat Umno itu membuat congakan kerugian seperti mana mudahnya pemimpin-pemimpin Umno menghabiskan ratusan juta peruntukan pembangunan kerajaan bagi projek-projek membazir. Buktinya? Lihat sajalah apa yang dilakukan Dato’ Idris Jusoh ketika menerajui kerajaan negeri Terengganu.

Memang menghairankan mengapakah ekonomi negara kita ini begitu sensitif pada pandangan peniaga, pelancong dan pelabur. Hanya dengan demonstrasi selama tiga jam negara sudah menerima kesan ekonomi yang teruk. Itu belum dikira kesan kejatuhan sistem kewangan ekonomi global!

Di negara-negara jiran seperti Thailand dan Indonesia, demonstrasi kerap berlaku. Malah di Thailand demonstrasi berlangsung berminggu-minggu hingga berbulan-bulan. Di Indonesia, bukan sahaja demonstrasi malah letupan bom menggegarkan ibu kota Jakarta dan bandar pelancongan Bali.

Bagaimanapun tidak pula menteri di dua buah negara itu sibuk-sibuk mengumpulkan tuntutan daripada para peniaga untuk diserahkan kepada penganjur demonstrasi ataupun rangkaian al-Qaeda dan Jamaah Islamiah yang didakwa sebagai dalang insiden letupan bom itu.

Kerja-kerja lawak ini hanya dilakukan oleh menteri-menteri BN yang sudah kehilangan modal untuk berhadapan dengan kebangkitan rakyat.

Jika Raja Nong Chik benar-benar prihatin dengan nasib peniaga di ibu kota beliau sepatutnya meminta mereka mengemukakan tuntutan kepada pihak polis khususnya FRU yang bertindak semberono mengkucar-kacirkan perhimpunan aman itu dengan cota, seni pertempuran tanpa senjata dan semburan meriam air.

Malah ada saksi-saksi yang melihat bagaimana trak meriam air FRU secara berwewenang dihalakan ke gerai, warung dan restoran tempat orang ramai menjamu selera. Kucar-kacir pada hari itu bukan disebabkan para demonstran, tetapi berpunca daripada sikap tidak bertoleransi polis (zero tolerance) yang pastinya datang daripada arahan orang politik.

Nong Chik dengan mudah menafikan kemungkinan kerajaan untuk membayar kerugian peniaga.

“Pada masa ini, saya rasa (kerajaan) tidak patut terlibat. Ini bukan kesilapan pihak kerajaan, tetapi (kesilapan) mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Siapa sebenarnya tidak bertanggung jawab? Demonstran atau polis yang di bawah kuasa kerajaan?

Pihak mana sebenarnya yang menyekat laluan masuk ke ibu kota, menyebabkan kesesakan lalulintas dan mengganggu kelancaran himpunan aman itu jika tidak polis. Dan pihak mana pula yang mengarahkan polis untuk tidak bersikap toleran jika bukan Kementerian Dalam Negeri yang diterajui Hishamuddin Hussein, Naib Presiden Umno?

Nong Chik kononnya mahu menjadi pemudahcara bagi para peniaga yang kerugian. Kalau sekadar jadi pemudahcara, serah sajalah perkara itu kepada mana-mana NGO. Buatlah kerja lain yang lebih berfaedah untuk penduduk di Wilayah Persekutuan.

Seperkara lagi, tolonglah jangan menutup jalan-jalan di ibu kota untuk apa-apa raptai sempena Hari Kebangsaan, Hari Wilayah, Le Tour De Langkawi dan sebagainya. Kadang-kadang tempoh penutupan jalan itu lebih lama daripada demonstrasi anti-ISA.

Tindakan ini akan menyebabkan para peniaga di ibu kota kerugian ratusan juta ringgit, para pelancong enggan datang berkunjung dan para pelabur tidak mahu melabur. Itu ikut teori ekonomi mudah Raja Nong Chik!- tajdid


JANGAN PREJUDIS TERHADAP ISLAM

Nukilan Ketua Pemuda PAS Pusat

1. Saya perlu memberi teguran dan sekaligus memberi peringatan kepada Yb. Jeff Ooi berkaitan kenyataannya di Sunday Star.

2. Saya merujuk kepada kenyataan Yb Jeff Ooi [ Ahli Parlimen Jelutong - DAP ] merangkap Ketua Staf YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan di dalam akhbar The Sunday Star bertarikh 02. 08. 2009 muka surat N.12.

3. Yb. Jeff Ooi telah mempertikai Mohd Razali bin Abdullah , Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang dengan menuduh dan menggelarkannya sebagai “Muslim Extremist” kerana menjadi ahli Jamaah Islam Malaysia [ JIM ] yang mempunyai misi ” to develop Malaysia into a country which fully adopted Syariah law by 2020 “


4. [ Membentuk Malaysia sebagai negara yang menerima pakai undang - undang Syariah sepenuhnya menjelang tahun 2020 ] bukan sahaja menjadi cita – cita JIM tetapi ianya menjadi cita – cita setiap muslim yang mukmin dan muttaqin [ muslim yang benar - benar beriman dan tunduk kepada perintah Allah swt ]
5. Yb. Jeff Ooi dinasihat dan diperingatkan agar TIDAK keterlaluan dalam kenyataan dan tindakan yang boleh menyinggung perasaan ummat Islam dan TIDAK bersikap prejudis terhadap Islam .

6. Saya tegaskan sekali lagi , bahawa menjadi asas dan prinsip seorang muslim dan pergerakkan Islam membentuk cita – cita untuk melaksanakan syariat Islam dan sememangnya Islam itu adil untuk semua . Justeru itu , cita – cita atau prinsip tersebut tidak membawa maksud ia ekstrim sebagaimana yang didakwa.

7. Islam adalah agama yang adil , toleransi dan damai sifatnya . Jangan lihat Islam pada wajah manusia yang ingkar terhadap perintah Allah swt tetapi lihat Islam pada wajah mereka yang berilmu , bertaqwa dan soleh perilakunya . lantaran itu Islam adalah agama yang suci , maka dimanakah tidak kenanya cita – cita untuk melaksanakan suatu yang suci , adil dan toleransi .

8. Jika Islam tidak benar , sila buktikan dimana tidak benarnya ? jika berpegang dengan ajaran Islam itu adalah ekstrim , maka apakah implikasinya ? apalagi yang menghantui pemikiran beliau mengenai Islam ? atau beliau masih mengalami Islamophobia hasil dari propaganda barat dan kuncu – kuncunya ?

9. Sewajarnya beliau tidak memahami Islam dari perspektif musuh – musuh Islam seperti barat , golongan Islam Liberal dan pelampau tetapi sebaliknya merujuk terlebih dahulu berkait dengan dasar dan prinsip Islam melalui para alim ulama’ yang memperjuangkan Islam .

10. Saya mendesak dan menyeru supaya Yb. Jeff Ooi memohon maaf kepada ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang tersebut dan kepada semua ummat Islam secara terbuka di atas keterlanjuran kata dan sikap yang ditunjukkan .


MICHAEL JACKSON DIBUNUH UNTUK SEKAT ISLAM BERKEMBANG

Bismillahirahmannirahim..

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.

Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.


Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.
“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.

Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?
Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.

(Sheikh Ha**d)
The Brotherhood of Islam

Buletin of Bahrain
Demi anda semua, kami sanggup bersengkang mata untuk terjemahkan email yang kami terima ini. Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya Dia yang tahu.
Dialihbahasa oleh http:​/​/​beautifulnara.​com

Lagu 'Give Thanks to Allah' yang dikatakan telah dinyanyikan oleh Michael Jackson. Namun media barat menafikan dengan mengatakan bahawa pencipta lagu tersebut, Zain Bhika lah orangnya yang telah mengalunkan lagu itu.

Ajijoi ~ Cuba bayangkan jika perancangannya untuk mengumumkan keimanannya memeluk agama Islam semasa konsert tersebut, sudah pastinya jutaan peminat fanatik Mikael seluruh dunia akan terpanggil untuk mengikuti jejak langkah ikon pujaan mereka itu.
Inilah yang amat ditakuti oleh Amerika dan dunia barat yang memusuhi Islam.

Regards,
Amiruddin Mohamad Shariff


Jumaat, 7 Ogos 2009

GULA : Eishh Last Pengguna Jugak Di Salahkan...

Sikap panik pengguna jejaskan bekalan

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Sikap panik pengguna yang membeli gula secara berlebihan merupakan antara punca bekalan bahan tersebut terjejas di pasaran.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, tindakan itu juga secara tidak langsung memberi kesempatan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyorok bekalan gula dan mengaut keuntungan dengan menaikkan harga.

"Oleh itu pengguna perlu bijak dan tidak terikut dengan tindakan membeli gula secara berlebihan.

"Jika tidak, mereka hanya akan diperalat oleh orang tengah yang cuba mengaut keuntungan mudah dengan mengambil kesempatan di atas kekalutan pengguna sendiri," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang masalah kekurangan bekalan gula di beberapa buah negeri sejak kebelakangan ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Shaani Abdullah berkata, sikap panik pengguna hanya akan menyebabkan berlakunya kelemahan dalam pengedaran gula.

Katanya, perbuatan itu akan menyebabkan peruncit bertindak mengehadkan jumlah gula yang perlu dibeli oleh pengguna iaitu sekilogram bagi setiap pembelian.

Selain itu, beliau turut menasihatkan pengguna tidak risau dengan masalah kekurangan bekalan gula memandangkan pihak berkuasa sentiasa menjalankan pemantauan.

"Pengguna juga perlu percaya dengan usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan yang bertanggungjawab memastikan bekalan gula tidak terjejas," ujarnya.

Nizar - Demo Bubar Dun Perak ikut saranan PM

KUALA LUMPUR, 7 Ogos - Siapa yang betul? Perdana Menteri bersedia membenarkan namun Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula berpendapat perhimpunan di stadium akan membuatkan rakyat hidup tidak tenteram.

Malah tidak cukup dengan itu Menteri Besar HARAM Perak Zambry dipetik sebagai berkata bahawa permintaan Dewan Pemuda Pas Perak untuk menggunakan Stadium Perak di sini sebagai tempat perhimpunan bagi mendesak agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan adalah bagi memenuhi keseronokan mereka semata-mata.


Kenyataan ini diselar Menteri Besar Perak yan sah YAB Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang menyatakan bahawa permohonan untuk berhimpun di stadium itu adalah sejajar dengan saranan Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan sedia membenarkan dan menyediakan tempat yang bersesuaian kepada mereka yang mahu berhimpun secara aman, seperti di stadium untuk mengelak daripada berhimpun di jalanan.

"Kita boleh bagi mereka stadium, di mana mereka boleh bertempik sampai subuh, tapi janganlah buat kacau di jalanan," kata Najib mengulas perhimpunan anti-ISA, 1 Ogos lalu.

Nizar berpendapat Zambry terpaksa berbeza pendapat dengan Najib kerana bimbang dengan kebangkitan rakyat Perak, yang telah dibuktikan dengan perhimpunan anti-ISA, di mana terdapat jumlah rakyat Perak yang turut serta di samping melaungkan juga gesaan agar DUN Perak dibubarkan.

"Sekarang siapa betul, Najib atau Zambry? Sama ada Najib tidak serius dengan kenyataannya atau Zambry terpaksa lawan cakap bosnya, atau kedua-duanya mempermainkan kenyataan-kenyataan untuk mengelirukan rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menjelaskan antara program perhimpunan Dun Perak itu adalah pengisian ceramah di samping menyambut kedatangan bulan Ramadan, yang dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat diketuai Dewan Pemuda PAS Perak.

Bagaimanapun tarikh perhimpunan belum ditentukan dan beragntung kepada permohonan kebenaran kepada Majlis Bandaraya Ipoh dan Ketua Polis Perak, kata Nizar.

Selain itu, jelajah konvoi seluruh Perak yang bakal dianjurkan oleh Pakatan Rakyat untuk gerakan 'Bubarkan Dun Perak' akan diadakan di bulan Puasa dan destinasi yang dituju ialah di Lumut dan Pangkor, kawasan kubu Zambry.

"Rakyat Perak masih bersemangat tinggi, dan kita masih meneruskan tindakan politik serta undang-undang, selagi Dun Perak tidak dibubarkan.

"Saya percaya kerana itulah Zambry takut dan mengeluarkan kenyataan berputar-belit, demi survival politiknya yang makin jatuh di mata rakyat Perak," katanya yang juga Timbalan Dua Pesuruhjaya PAS Perak. - azm

Kuliah Pengajian Umumi (Tauhid) Siri 5 & Solat Hajat Tolak Bala H1N1

Bertempat : Pusat Khidmat Komuniti Parlimen Putrajaya
Pejabat PAS Kawasan Putrajaya
41B tingkat 2, Jalan Diplimatik
Presint 15 Putrajaya

Jam : 8.30 pagi

Tarikh : 07 Ogos 2009 (Esok Sabtu)

Penceramah : Ybhg. Tuan Guru Haji Mashadi Masyuti

Kitab : "Miftahul Jannah"
Karangan al-Alim lagi Fadhil Muhammad Thoyib ibn Masu'ud al-Banjari

Muslimin muslimat dijemput Hadir




Khamis, 6 Ogos 2009

RAMADHAN : PAS PUTRAJAYA POHON SUMBANGAN

Sempena kedatangan Ramadhan yang penuh keberkatan PAS Putrajaya dengan sukacitanya memaklumkan kepada Tan Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan dan rakan-rakan seperjuangan bahawa PAS kawasan Putrajaya akan menganjurkan pelbagai proram dan aktiviti disepanjang bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi.

Antara program dan aktiviti yang akan dianjurkan adalah seperti berikut:-

1. Jamuan Berbuka di Surau-surau sekitar Putrajaya
2. Tadarus al-Quran
3. Tazkirah Ramadhan
4. Qiayamullail 10 malam terakhir
5. Sumbangan kepada anak yatim, Ibu Tunggal, OKU dan muallaf dll

Sehubungan dengan itu memandangkan pihak kami kekurangan dana maka sumbangan ikhlas Tan Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan amatlah diperlukan dan amat kami hargai bagi menjayakan program dan aktiviti Ihya' Ramadhan yang telah dirancang dengan anggaran perbelanjaan sekitar RM5,000.00 sahaja.

Tan Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan dan rakan-rakan seperjuangan bolehlah menyumbang dengan memasukkan terus sumbangan Tan Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan ke -

Akaun BIMBCaw. Putrajaya - 16018010007602 atas nama PAS Kawasan Putrajaya


Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Ustaz Mohamad Nazir YDP PAS Kawasan Putrajaya di talian 019-2413438.

Segala sumbangan Tan Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan dan rakan-rakan sekelian didahulukan dengan ucapan Jazakumullah.




Pas Hanya Bersandiwara Soal Desak Ronnie Liu Letak Jawatan - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Ahmad Shabery Cheek pada hari Khamis menyifatkan desakan PAS Selangor supaya kerajaan negeri itu mengugurkan Ronnie Liu sebagai Exco adalah satu sandiwara.

"Ini semua sandiwara PAS sahaja. Tidak akan ada apa-apa yang berlaku. Ronnie Liu akan terus jadi Exco dan dia (Liu) akan terus guna kuasanya menghalang mereka yang melaksanakan operasi penguatkuasaan.

"Dia akan terus campur tangan dan PAS akan bersuara kononnya dia serius tapi `nothing happens' (tiada apa-apa akan berlaku) selepas ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Semaian Bakti 2009 anjuran Badan Perhubungan Negara (BPN) Indonesia dengan kerjasama Sekretariat Kelab Umno Luar Negara di dataran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.


Khamis lepas, Liu selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan minuman keras yang dirampas dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Liku, Seksyen 8, Shah Alam.

Rentetan itu, PAS Selangor pada Selasa lepas menerusi Pesuruhjaya Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendesak kerajaan negeri menarik balik portfolio kerajaan tempatan yang dipegang Liu berikutan beberapa masalah yang ditimbulkan oleh wakil rakyat DAP itu.

Selain itu, Ahmad Shabery yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata PAS juga seharusnya mengumumkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) mereka memandangkan kerajaan telah mengumumkan enam teras Bidang Hasil Utama Negara (NKRA), termasuk membabitkan usaha mengurangkan kadar jenayah dan memerangi rasuah.

-- BERNAMA

Selsema Babi : Gila ka Apa dah Mati hari-hari pon di suruh Jangan Panik..apa punya turr menteri nie..

H1N1: Jangan panik tetapi jaga kebersihan diri

BANDAR SERI BEGAWAN - Jangan panik, jalani kehidupan seperti biasa tetapi golongan yang disenaraikan berisiko tinggi dan mendapat selesema diminta lebih berwaspada dengan tahap kesihatan masing-masing berikutan empat kematian terbaru yang dilaporkan hari ini akibat virus selesema babi atau influeza A H1N1.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, apa yang penting, orang ramai perlu tahu menjaga kebersihan diri dan segera berjumpa doktor jika mendapat selesema atau simptom yang berkaitan.


Katanya, pada masa yang sama apa yang membimbangkan ialah keadaan berjerebu ketika ini yang memungkinkan penularan wabak tersebut.

"Berikutan penularan yang meningkat, kita menggesa agar orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dan melihat pandemik ini lebih serius lagi," katanya pada sidang akhbar di sini petang ini.

Beliau yang turut serta dalam lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke sini sejak semalam berkata, tiga kematian yang dilaporkan di Melaka turut disebabkan komplikasi lain termasuk asma, masalah paru-paru dan buah pinggang.

Katanya, mereka yang demam selesema diminta mendapatkan rawatan segera dan jangan mengambil mudah seperti sebelum ini dengan tanggapan bahawa penyakit itu boleh disembuhkan dalam tempoh yang singkat.

"Mereka yang demam selesema juga diminta mengasingkan diri daripada orang ramai supaya penyakit ini tidak mudah merebak," katanya.

Tiong Lai sekali lagi menyenaraikan golongan berisiko tinggi iaitu wanita mengandung, obesiti, asma, diabetis, imuniti rendah, sakit jantung dan kanak-kanak yang mengalami gejala saluran pernafasan.

Beliau juga meminta semua pihak termasuk doktor memberi perhatian terhadap langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menghadapi pandemik ini termasuk garis panduan kesihatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

Katanya, langkah-langkah yang akan diambil kerajaan ialah mengadakan kempen kesedaran besar-besaran melalui media, mengarahkan semua doktor meningkatkan tahap kecurigaan terhadap pesakit dan menyediakan antivirus.

Beliau berkata, penutupan sekolah, institusi pengajian dan latihan sebelum ini juga merupakan langkah kawalan serta merta yang diambil bagi mengawal penularan wabak.

Mengenai pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Brunei, Pehin Suyoi Othman, Tiong Lai berkata, beliau turut bertukar-tukar pendapat mengenai usaha menangani wabak itu supaya penularan dalam komuniti dapat dikurangkan.

Katanya, Kerajaan Brunei telah mengambil langkah berjaga-jaga termasuk mengurangkan aktiviti luar yang melibatkan orang ramai.

Sementara itu, di luar Istana Nurul Iman, wartawan dan mereka yang masuk ke kawasan berkenaan akan diperiksa tahap suhu badan dan dibekalkan dengan penutup hidung dan mulut.

Di dalam kawasan istana, kebanyakan petugas juga menggunakan penutup tersebut. - Utusan

PR mahu adakan perhimpunan lebih besar

SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) mahu mengadakan perhimpunan yang lebih besar sekiranya kerajaan memberi ruang yang lebih besar untuk mereka mengadakan aktiviti berkenaan di lokasi yang dibenarkan.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, mereka menyambut baik cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Tun Razak bahawa kerajaan bersedia mengadakan lokasi khas bagi membolehkan penunjuk perasaan menyuarakan pandangan tanpa mengadakan demonstrasi jalanan.

“Jika benar saranan Najib, kita mahu menganjur aktiviti tersebut di stadium di Bukit Jalil dalam masa terdekat ini, dan kita percaya perhimpunan tersebut akan lebih besar daripada apa yang berlaku pada Sabtu lepas,” katanya.


Mengulas mengenai kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang mendakwa kerugian berhubung dengan perarakan tersebut mencecah RM200 juta, Salahuddin berkata kenyataan pemimpin UMNO itu bermotif politik.

“Saya tidak percaya kerugian tersebut mencecah RM200 juta, malah saya merasakan perniagaan di kawasan tersebut lebih baik kerana kehadiran ramai penyokong perarakan tersebut,” katanya.

Seorang lagi Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mahu Najib mengotakan janji dengan membenarkan pihaknya untuk menganjurkan perhimpunan di stadium.

”Kita (Pakatan) akan adakan perhimpunan yang lebih besar selepas ini, kita harap dia (Najib) akan laksanakan apa yang dijanjikannya.

”Kita akan mohon untuk adakan perhimpunan di Bukit Jalil. Kita harap Perdana Menteri akan bagi kelulusan. Jangan beliau (Najib) beri alasan pula ketika itu,” katanya.


Mana pula Hero UMNO yang mempertahan kan Islam?

SHAH ALAM – UMNO Selangor hari ini mencabar Pas negeri agar mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat Exconya, Ronnie Liu kerana menyalah guna kuasa dan mempersendakan hukum Islam dengan mengatakan bir bukan minuman keras.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar berkata, Pas juga dicabar berdemonstrasi demi menegakkan hukum Islam yang cuba diperlekehkan wakil rakyat DAP itu.

Beliau berkata, Pas sepatutnya tahu isu mana yang perlu diketengahkan jika benar apa yang diperjuangkan mereka adalah demi menegakkan syiar Islam.

Buat Noh Omar, kuncu2 nya juga penyokong UMNO, Kalau sekadar Ronnie Liu yang cakap arak bukan minuman keras, ape kelas banding dengan pemimpin UMNO sendiri yang cakap, yang lebih hebat dari ronnie liu tu.

Mana hero2 pembela Agama dari UMNO?

TOLONG JAWAB....

Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif.
(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan.


Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? - (Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan).

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)” Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”

.(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”

(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”

(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994) “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.”

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) ‘Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’.

(Dato’ Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93) ‘Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan’.

(Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99) ‘Apa erti negara Islam jika mundur’.

MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.

Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Tun Dr. Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas: “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa”.

MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA’

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997): “Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada.”Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC) : ” Ajaran ulama’ inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka”.

Lanjutan dari gesaan Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato’ Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.

MENGIZINKAN MAKSIAT MEMBELA ORANG BUAT MAKSIAT

(Dato’ Seri Abdullah Ahamd Badawi Jun 2001) : Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya.

(Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001) : menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.

(Dato’ Rais Yatim Jun 2001) : Mengkritik tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub “The Ship” di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras : “Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya,” katanya.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar berkata, Pas juga dicabar berdemonstrasi demi menegakkan hukum Islam yang cuba diperlekehkan wakil rakyat DAP itu.

NIZAR ZAMBRI : BERGADUH BARU MASUK TV

Buletin Utama kalau berita tentang PAS bergaduh dengan DAP atau DAP kutuk PAS baru depa siarkan.Tengok Buletin Utama malam kelmarin kes Hassan Ali suruh Ronny Liu letak jawatan exco masuk berita seawal minit ketiga separuh masa pertama lagi.Sebab tu PAS dan DAP buat-buat bergaduh,macam juga kat Kedah hari tu.Masa ni la depa boleh tunjuk muka kat TV3 yang menjadi tontonan jutaan rakyat.

Kalau berita MB Selangor pi rasmi majlis,pi melawat mangsa kebakaran,pi rasmi kilang,mana nak masuk beb.Itu berita takdak nilai estetika di mata depa.Boleh dikatakan TV3 menggunakan falsafah "buang yang jernih,ambil yang keroh" jika ingin menyiarkan berita mengenai pembangkang.Tapi tidak salah kepada TV3 yang mengamalkan falsafah hidup begitu kerana mereka ialah sebuah media milik swasta.Biaqpila depa nak buat apa pun.Pelik dan salah jika RTM juga menggunakan falsafah seperti itu kerana mereka hidup dengan duit rakyat.Mereka perlu sedar tidak semua rakyat memuja BN.


Sebab tu,sebaik saja keputusan PRK Permatang Pauh diumumkan dulu,aku pernah ucap syabas bravo pada tv3 di blog aku kerana tolong kempen tambah undi untuk DSAI. Serangan demi serangan kepada DSAI dihidangkan saban malam,namun semuanya di reverse osmosis oleh rakyat yang lebih bijak lagi matang daripada wartawan media pemberitaan itu sendiri.Itulah nilai estetika yang ada pada rakyat dan perlu untuk kelompok wartawan sebegini berguru dari mereka.

Ini menunjukkan kepada kita bahawa kerajaan Malaysia memang tak perlu bagi lesen penyiaran kepada pembangkang,kerana stesyen tv kawalan kerajaan sedia ada telah membantu memuakkan rakyat dengan sogokan propaganda yang mereka mainkan dan ini memberikan undi kepada pembangkang.

Biaqpila kat depa untuk terus menjalankan kerja-kerja murni membantu pembangkang demi sesuap nasi dan sesudu gula biarpun terpaksa melakukan kerja-kerja mengampu 24 jam sehari.Cuma janganlah di kalangan pengamal media dicap sebagai lebih mahal tali daripada beruk.

Kesimpulannya lebih bermakna buat seekor semut yang mendapat seketul gula daripada seekor beruk yang mendapat seketul gula.Begitu juga dengan suratkhabar, lebih mulia kalau ia dibaca oleh manusia daripada dibaca oleh beruk.Oleh itu pulangkan kembali suratkhabar kepada tuan mu wahai beruk!!!!

kehkehkeh!!!!lu paham la sendiri....

biaqpila.blogspot.com


PAS Pulau Pinang Kemuka Senarai Calon Kerusi Permatang Pasir Kepada Pusat

PULAU PINANG, 5 Ogos (Bernama) -- Pas Pulau Pinang akan mengemukakan senarai calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Permatang Pasir kepada Pas pusat esok.

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Salleh Man, berkata mesyuarat Pas negeri semalam telah menyenaraikan beberapa nama calon yang layak untuk bertanding pada pilihan raya itu.

"Kita telah sepakat, sebulat suara di peringkat negeri, dan keputusan akhir akan ditentukan pada mesyuarat peringkat pusat," katanya kepada Bernama di sini Rabu.

Salleh berkata Pas akan meletakkan calon yang berasal dari Pulau Pinang dan menetap di negeri itu.

Katanya mesyuarat semalam turut membincangkan mengenai persiapan menghadapi pilihan raya itu.

Kerusi itu kosong apabila penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada Pas meninggal dunia akibat sakit jantung di Institut Jantung Negara pada Jumaat lePas.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, Mohd Hamdan yang menjadi Adun Permatang Pasir selama tiga penggal sejak 1999, memperoleh 11,004 undi menewaskan calon Barisan Nasional Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

-- BERNAMA

OKT Muslimat Dilokap Bersama Para Pelacur Dan Siang Malam "Dipaksa" Melihat Mereka Dalam Keadaan Bogel & Separuh Bogel

Gambar ketika dibawa keluar dari lokap di Pusat Tahanan Bukit Jalil
untuk menuju ke mahkamah...

Banyak peristiwa yang tentunya "gugusan pengalaman" (ada yang tanya apakah pengalaman menarik duduk di dalam lokap? saya katakan entah...yang pastinya peristiwa itu banyak tapi nak golongkan menarik... itu seolah kita "suka" melaluinya. Apa yang saya lalui, saya tidak akan pernah suka tapi insyaAllah tetap redha akan ketentuanNya memilih saya sebagai salah seorang yang melalui "gugusan pengalaman itu)...saya sambung..."gugusan pengalaman" yang telah saya dan teman-teman lalui sejak detik-detik awal penahanan sehinggalah ke saat akhir urusan ikat jamin di bangunan Mahkamah Jalan Duta, KL.

Saya tidak akan menceritakan semuanya mengikut kronologi lantaran pelbagai faktor khususnya ia melibatkan suatu kes yang kini didakwa di mahkamah. Saya akan hidangkan satu per satu dan nantinya barangkali ada yang sengaja dimulakan tanpa awal cerita dan diakhiri begitu saja....namun intipatinya sampai.


Nah...saya nak kongsi dan luahkan "keperitan jiwa"ini dengan pertanyaan awal begini...kira-kira apa rasanya jika kita dilokap bersama para pelacur luar dan dalam negara?...

Iya...apa rasanya? Dan apa pula tujuan mereka yang membuat angkara itu? 16 OKT Muslimat (daripada pelbagai pertubuhan termasuk Muslimat PAS 3 orang) telah dilokap bersama dengan Pelacur, Penagih Dadah, Pencuri,Pelbagai Kesalahan TERMASUKLAH PONDAN PELACUR!

Lebih serius ialah bila mana kebanyakan Pelacur ini dibiarkan oleh pihak pengurusan lokap berada dalam keadaan bogel dan separuh bogel! Siang malam sama sahaja. Ada masa diadakan pula pesta "tarian bogel" dan hiruk pikuk lah lokap dengan ketawa hilai mereka yang seronok, termasuklah Polis-Polis Perempuan (Warden Lokap) yang sifat mereka "macho man" ! OKT Pelacur juga "bermain daun terup"...sehingga ada masa saya termanggu lama...emosi dan mental saya "dicederakan".

Saya percaya Regim BN mahu membuat serangan pemikiran dan perasaan kepada saya dan teman-teman. Iya, periksalah fizikal kami...tidak kelihatan sebarang kecederaan. Tapi periksa pula lah emosi dan mental kami...saya percaya kami melalui kecederaan yang sangat serius dan Shahrizat, para Mufti, Menteri dan Timbalan Menteri yang menjaga agama dan semualah yang bertanggungjawab wajib ambil pendirian!

Negara Islam konon, tapi kod etika berpakaian dalam lokap pun gagal diurus dengan baik. Saya tegaskan siapa sahaja yang mengundi Regim BN punya saham atas apa sahaja yang berlaku dan dilakukan dalam negara ini atas arahan mahupun kelemahan pemerintah BN! Apa yang berlaku di dalam lokap seperti saya cerita tadi... itu cuma sekelumit namun cukup untuk membaling BN dan sekutu-sekutunya ke lubuk api neraka jahannam!

Saya tegas menyatakan.."3 hari 2 malam" dalam lokap polis itu dengan keadaan yang saya ceritakan tadi ibaratnya kami "dipaksa menonton filem lucah" yang mendapat kelulusan PDRM khususnya Lokap Wanita, Pusat Tahanan Bukit Jalil! Maruah dan harga diri kami dirobek teruk sebenarnya bila kami diletakkan bersama-sama dengan para pelacur ini. Jahatnya Regim BN dan saya akan terus menggunakan istilah TGNA .."pi jahannam lah dengan UMNO dan BN"!

Tolong, saudara-saudara kita yang masih bersama dengan UBN ini...tinggalkan lah UBN....tinggalkanlah demi Allah dan Rasul.

Entah...saya tak tahu lah kalau pejuang-pejuang wanita/ muslimat masih boleh berdiam dengan apa yang saya ketengahkan ini. Lebih teruk bila ada pula yang bercakap dalam laras bahasa UBN (UMNO-BN) dan proksi mereka, senada je...kononnya kami provok polis sebab itu ditahan! Saya ingatkan kepada individu ini, berubah sebelum kami mendoakan laknat dan kecelakaan yang sama sepertimana laknat dan kecelakaan ke atas musuh-musuh Allah. (Maaf,memang kasar bahasanya tapi enough is enough..).

Hakikatnya..isu peristiwa lokap ini perlukan tindakan tegas semua. Kami para OKT akan menyuarakan hal ini sampai kami dipanggil pulang oleh Allah Ta'ala....

Hidup pejuang dan perjuangan! Allahu Akbar!

PESANAN DR.ABDUL KARIM ZAIDAN KEPADA PEJUANG ISLAM

Bismillahirahmannirahim..

Bingkisan Dari Yaman.

Beberapa bulan yang lalu, saya diberitahu bahawa beliau sedang sakit tenat dan enggan menerima tetamu. Beliau memerlukan rehat yang secukupnya lantaran faktor kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Pada hari Selasa, 21 Julai 2009, kami diberi kesempatan untuk menziarahi guru kami, Dr. Abdul Karim Zaidan, seorang ulama yang berasal dari Iraq dan sangat dikenali di peringkat antarabangsa. Keluasan ilmunya membuatkan pandangan-pandangan beliau sentiasa diperlukan bagi menjawab persoalan-persoalan semasa yang berkaitan dengan Islam.

Kitab-kitab karangannya telah digunakan sebagai teks usrah semenjak sekian lama. Malah beberapa kitab karangannya juga digunakan sebagai sukatan pelajaran di kebanyakan universiti. Di antara karyanya yang masyhur ialah Usul al-Da’wah, al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, al-Wajiz fi al-Qawa’id al-Fiqhiyyah, Nizhom al-Qadha’, al-Mufasshal dan banyak lagi.


Dr. Abdul Karim Zaidan sangat cintakan ilmu dan bersungguh-sungguh dalam menunaikan amanah dengan menyampaikan ilmu pengetahuan dan mendidik generasi umat ini. Beliau pernah berkata, “Aku sangat mengharapkan agar aku mati dalam keadaan sedang mengajar..”

Selepas solat Maghrib di Masjid Abu Bakar as-Siddiq di Hadda, kami berjalan kaki lebih kurang 5 minit ke kediaman Dr. Abdul Karim Zaidan. Kami disambut oleh anak lelakinya yang bernama Mohammed. Tidak lama menunggu di ruang tamu, Dr. Abdul Karim Zaidan muncul dengan dipapah oleh Mohammed.

Begitulah keadaannya ketika mengajar di dewan-dewan kuliah, walaupun dalam keadaan susah dan hampir tidak mampu untuk berjalan lagi, beliau tetap hadir demi menyampaikan ilmu. Usianya yang sudah mencecah 92 tahun tidak menghalangnya daripada terus menyumbangkan jasa kepada Islam.

Kami sangat bertuah kerana pertemuan pada malam itu dibuat sebelum beliau bertolak ke luar negara untuk mendapatkan rawatan kesihatan dan menziarahi kaum kerabatnya di sana. Kemungkinan beliau akan pulang semula ke Yaman selepas beberapa minggu.

Dalam pertemuan ini, Dr. Abdul Karim Zaidan telah sudi untuk menjawab beberapa persoalan yang kami kemukakan khusus mengenai perkembangan politik Islam di Malaysia.

Berbicara tentang tahaluf siyasi iaitu perjanjian atau persepakatan politik, PAS telah pun bekerjasama dengan parti-parti pembangkang yang lain dan berjaya menguasai beberapa buah negeri dalam pilihanraya ke-12 yang lalu. Kerjasama ini kemudiannya disebut sebagai Pakatan Rakyat. Mungkin ramai lagi yang masih keliru tentang istilah tahaluf siyasi ini dan kurang pasti apakah matlamatnya dan di manakah batas-batas dan garis sempadannya?

Bagi menjelaskan perkara ini, Dr. Abdul Karim Zaidan berkata, “Ianya (tahaluf siyasi) tidak dilakukan secara mutlak, hanya digunakan bagi mencapai matlamat tertentu. Matlamat ini mestilah perkara yang dibenarkan oleh syarak. Sebagai contoh, Nabi s.a.w membuat perjanjian dengan kaum Yahudi di Madinah dengan matlamat tertentu, contohnya mereka tidak boleh memerangi kaum Muslimin dan sebagainya. Begitulah juga bagi PAS dan parti yang bukan Islam.. (kerjasama ini) hanya bagi mencapai suatu matlamat tertentu.”

Tambah beliau lagi, “Sebagai contohnya, jika golongan sekular mahu menetapkan satu sistem pendidikan yang tidak menepati Islam, maka kamu jangan menerima dan bersetuju dalam perkara ini. Maksudnya, tahaluf siyasi ini dibenarkan dalam perkara yang tidak bercanggah dengan Islam.”

“Jika PAS bekerjasama dengan parti-parti pembangkang bagi mencapai matlamat yang menepati Islam dan syarak, ianya dibolehkan,” ujarnya.

Dengan syarat-syarat ini, maka kerjasama PAS dengan pihak-pihak lain hanyalah dibenarkan dalam mencapai matlamat tertentu yang menepati kehendak Islam, demi menegakkan keadilan yang menyeluruh, menolak kezaliman dan sebagainya. Selagi mana mereka bersetuju dengan prinsip-prinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS, maka kerjasama ini hendaklah diteruskan dalam perkara-perkara yang dipersetujui bersama.

Berkenaan dengan kewajipan bersama dengan perjuangan Islam, kata Dr. Abdul Karim Zaidan, “Parti Islam mesti dianggotai oleh semua orang-orang Islam. Mereka mesti meminta pandangan para ulama dalam semua perkara yang hendak dilakukan.”

Menyentuh tentang kepimpinan dalam satu jemaah yang memperjuangkan Islam pula, beliau menjelaskan, “Yang layak menjadi pemimpin ialah seorang alim dan faqih (ulama) pada waktu itu, jika tiada maka boleh dipertimbangkan orang yang memiliki ilmu yang mencukupi dan dia dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan memiliki keperibadian yang baik. Dia mesti mendapatkan pandangan para ulama untuk membuat apa-apa keputusan.”

Menjawab persoalan adakah pandangan pemimpin jemaah wajib diikuti dan adakah boleh berlaku perbezaan pandangan dalam satu jemaah Islam, Dr. Abdul Karim Zaidan lebih suka mengatakan bahawa syura adalah satu kemestian bagi pimpinan jemaah Islam.

Katanya, “Asal hukum dalam Islam, bagi jemaah yang dipimpin oleh seorang ketua, dia mesti bermesyuarat dengan mereka (Majlis Syura). Apabila sudah menjadi ketetapan yang disepakati bersama, maka keputusan itu dilaksanakan. Orang-orang lain yang berada di dalam jemaah tidak boleh bertelingkah dan hendaklah berpegang dengan keputusan itu.”

Akhir sekali Dr. Abdul Karim Zaidan memberi pesanan kepada para pemuda-pemudi Islam. Katanya, “Nasihat saya kepada golongan pemuda dan pemudi Islam, supaya bertakwa kepada Allah. Kerana Allah memerintahkan Nabi s.a.w supaya bertakwa kepadaNya. Syarat-syarat bertakwa kepada Allah ialah melaksanakan perintah-perintahNy a dan berhenti daripada melakukan segala laranganNya.”

Katanya lagi, “Kamu mesti mempelajari ilmu agama dengan ikhlas kepada Allah Ta’ala dan bertujuan untuk beribadat kepadaNya. Untuk mendapatkan keredhaan Allah Ta’ala. Firman Allah, “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian Itulah agama yang lurus.” (Surah al-Bayyinah: 5).

Sesungguhnya bagi Dr. Abdul Karim Zaidan sendiri, beliau sangat arif dan telah menempuh banyak pengalaman pahit dan manis dalam memperjuangkan Islam.

Maka itu bagi para pejuang Islam, beliau sangat menekan kedua-dua pesanan ini dalam mengharungi perjuangan. Iaitu hendaklah bertakwa kepada Allah S.W.T dan mengikhlaskan diri dalam segala amalan kita.

Allah S.W.T akan memberikan pertolongan kepada orang-orang yang bertakwa dan hanya menerima amalan-amalan yang dilakukan dengan ikhlas. Dengan ini, kita akan dapat menghadapi segala cabaran dan halangan dengan penuh kesabaran.

Beliau juga mendoakan kesejahteraan orang-orang yang memperjuangkan agama Allah, “Kita memohon agar Allah mempertahankan orang-orang yang beriman, semoga Allah mempertahankan dan memelihara kamu, semoga Allah membalas kembali perbuatan orang-orang yang melakukan kejahatan. Allah Maha Berkuasa mengatasi mereka. Semoga Allah menerima daripada kamu sebaik-baik amalan. Sesungguhnya Dialah Tuhan yang Maha Pengampun ” Amin.

Oleh: Imran al-Malizi

(imran_almalizi@ yahoo.com)

Siapa yang di upah sebenarnya yang Sokong ISA @ Bantah ISA..??


oleh PKWR Jerai

PESERTA DEMO DIUPAH? Inilah tajuk muka depan Utusan Malaysia hari ini yang menyiarkan kenyataan bangang lagi bengong Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.

Mungkin dia dapat maklumat ini dari beberapa kerat manusia yang turut berarak mewakili pertubuhan yang diketuai oleh Ibrahim Ali pada hari yang sama. Dia pun salah seorang dari pengasas pertubuhan Pribumi Perkasa Negara cuma tidak memegang apa-apa jawatan saja, sebab itulah dia tahu ada peserta diupah untuk menyertai demontrasi 1 Ogos yang lalu.

Menteri ini yang dianugerahkan PhD dari King College London kerana tesisnya "Freedom Under Executive Power in Malaysia : A Study of Executive Supremacy" teringin juga nak cari glamer sama macam Presiden Perkasa tu.


Ramai yang turun berdemontrasi hari tu, dan semuanya hadir dengan rasa tanggungjawab untuk sama-sama mencatat nama sebagai pejuang dalam gerakan memansuhkan akta yang maha zalim ini tanpa mengharapkan ganjaran duniawi atau diupah macam beberapa kerat manusia yang mewakili kumpulan yang menyokong ISA tu.

Mereka adalah rakyat-rakyat marhain, yang datang dari segenap pelusuk tanahair dengan semua perbelanjaan ditanggung sendiri semata-mata nak menyatakan sokongan kepada gerakan memansuhkan akta zalim yang masih digunapakai oleh pemerintah. Minyak kereta pakat-pakat isi, sewa bas sama-sama kongsi, makan minum dari poket sendiri, tak da upah pun yang diberi.

Tanyalah Ibrahim Ali, tentu dia lebih mengenali golongan-golongan marhain ini semasa tawar diri untuk bertanding tahun lepas. Berapakah jumlah yang dia bayar untuk mereka bekerja memenangkannya yang tak kenang budi??

Tak pasti pula kumpulan satu lagi, yang mulanya nak tunjuk berani, bila tiba hari nak jadi ketuanya menghilangkan diri, yang muncul pun hanya beberapa kerat ahli. Mungkin mereka inilah yang dimaksudkan menteri, dapat upah untuk berdemontrasi?

Atau mungkin si menteri sendiri yang mengupah kumpulan minoriti ini untuk menonjol diri??



Rabu, 5 Ogos 2009

FITNAH TERHADAP ULAMAK IKHLAS

USTAZ MOHAMAD NAZIR BIN ZAKARIA
TIMB. PESURUHJAYA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
YDP PAS KAWASAN PUTRAJAYA

Assalamualaikum Yang Mulia Ustaz.

Ana mengambil kesempatan disini memohon berbanyak kemaafan dari Ustaz Ahmad Awang & Isteri andai apa yang telah berlaku dan menimpa Ustaz berpunca daripada sedikit sebanyak ucapan ana selaku penyokong kepada usul terima kasih ucapan dasar Tuan Guru Presiden dalam muktamar di Shah Alam sebulan dua yang lalu. Dalam ucapan tersebut ana memohon agar para pimpinan dan Ulama PAS di semua peringkat hendaklah menjadi pemimpin dan ulamak yang IKHLAS bukan pemimpin dan ulamak yang E-CLASS.

Yang mulia Ustaz, ketika berucap itu langsung tidak terlintas dihati ini mana-mana pimpinan PAS yang ingin dijadikan sasaran, hanya ingatan dan amaran supaya apa yang telah dipertonton dan yang diteladankan kepada kita oleh YAB Tuan Guru Mursyidul Am sentiasa menjadi ikutan, contoh pemimpin dan ulamak yang dibangakan oleh semua Ahli PAS. Amat terharu dan terkilan sekali apabila membaca pendedahan Yang mulia Ustaz tentang fitnah yang jahat itu. Kata Yang mulia Ustaz dalam blog Ustaz;


“Fitnah tersebut dikaitkan sumbernya dengan ucapan seorang anggota perwakilan dalam Muktamar PAS ke 55 di Shah Alam baru-baru ini. Ianya disebarkan oleh pasbaru@yahoo.com (PBC) melalui komennya atas posting blog saya yang di “link” kan kepada blog arisawang.blogspot.com.

PBC memfitnah saya sebagai Ulama E-class dan hidup bermewah-mewah secara tiba-tiba selepas kerajaan PR memerintah di Perak”

Kepada PBC kenapalah anda dilahirkan, langsung tidak mahu memahami perasaan orang lain apatah lagi natijah perjuangan ini. Ana masih ingat sewaktu ana masih lagi menuntut di pondok Pasir Tumboh, seminggu sekali setiap pagi jumaat ana mengayuh basikal pergi ke Pulau Melaka mengaji (part time) dengan tok guru, satu ungkapan tok guru yang ana tak kan lupa dan akan pegang sampai mati ialah (dalam loghat kelate); “dunio-dunio nih kalu tokse kedio golek maghi”.

Setara ana ini pun, apa yang ana kecapi dan ada sekarang sebahagiannya adalah hasil sumbangan ikhlas orang lain yang ingin melihat perjuangan Islam ini diteruskan. Lulusan pondok seperti ana ini pada adatnya mustahil akan dapat merasai nikmat dunia yang dikecapi oleh orang-orang yang mempunyai digree dan PhD.

Ustaz Ahmad Awang seorang ulamak yang menjadi idola ana sejak ana remaja (zaman kepondokan). Setiap keluaran majalah Persatuan Ulamak Malaysia pasti ana dapatkan. Semata-mata ingin mendapatkan buah fikiran darinya. Yang mulia Ustaz adalah seorang ulamak yang ikhlas melewati apa yang diceriterakan dalam keluhannya tentang fitnah yang dihadapinya.

Ana mula mengenali yang mulia ustaz secara lebih dekat 6 tahun yang lalu, ketika itu dalam perjalanan pulang dari menghadiri sambutan 50 tahun PAS di Putik Kelantan. Ana bersama isteri, anak-anak dan mertua menghadapi satu fitnah yang amat mendebarkan, kebetulan semasa itu suasana masih lagi diselubungi peristiwa al-Maunah (kalau tk silap). Setiba ana di Kuala Krai (singgah untuk membeli sesuatu) tiba-tiba kereta ana yang sedang parking di hadapan Pasar Kuala Krai dihampiri oleh kereta Peronda Polis, lalu turun seorang anggota polis bertanya; “adakah kereta wira biru ini kepunyaan encik? Ana menjawab “ya, “sila ikut kami ke balai”, kata angota polis tersebut. Dengan penuh kehairanan dan rasa tergejut ana mengekori kereta polis itu ke ibu pejabat polis Kuala Krai. Setibanya ana dan keluarga di IPD itu ana pun turun dengan rasa berdebar dan tertanya-tanya apa kesalahan ana.

Ana berada diluar kawasan pejabat untuk menunggu apa arahan dan tindakan polis, lebih kurang 30 minit baru turun sekumpulan polis yang berpakaian biasa (SB) dan berkata pada ana; “kami mendapat laporan encik ada membawa barang merbahaya, kami nak periksa kereta encik”, tergetar-getar ana waktu itu maklumlah sebelum balik dari sambutan 50 tahun di PUTIK ana ada membeli dua bilah parang panjang, ana simpan dalam bonet belakang berbalut dengan surat khabar. Hanya Tuhan Yang Maha Menetahui perasaan ana pada waktu itu. Ana pun buka bonet panjang dan keluarkan barang-barang di dalam kereta. Isteri dan mertua ana terpinga-pinga. Anak-anak ana yang terlena dalam perjalanan tadi pun dah terjaga, tapi mereka tak tau apa-apa pun apa yang terjadi.

Ana memerhati mereka menggeladah seluruh kereka ana, ana hanya berserah kepada Ilahi apa-apa yang bakal terjadi, tawakkal! Al-Hamdulillah habis mereka menggeladah dalam dan luar kereta namun mereka tak terjumpa apa yang mereka hendak, ana sendiri hairan bagaimana mereka tidak nampak parang yang berbalut hanya dengan sehelai surat khabar itu, mungkin mereka maksudkan barang merbahaya itu benda lain tetapi kalau nak dijadikan kes, parang tu pun dah boleh dijadikan kes. Taqdir mengatasi tadbir. Ada juga anggota polis yang lain yang memerhati kereta ana di geledah bercakap sesama sendiri, “takkan dengan anak-anak kecil dan orang tua (mak mertua ana) macam ni nak bawa benda tak molek.

Selesai mereka mengeledah dan tak jumpa yang mereka nak mereka isi balik barang-barang ana samil meminta maaf pada ana. Akhirnya ana meneruskan perjalanan ana, Cuma apa yang menghairankan ana sepanjang perjalanan ana itu ana diekori oleh kereta peronda polis hingga sampai di persimpangan Sungai Koyan ada masjid di kanan jalan, ana pun membelok masuk ke Masjid untuk menunaikan solat di samping nak meredakan keadaan dan perasaan. Selesai solat, ana ternampak UstazAhmad Awang yang sedang berehat sambil berborak dengan seseorang, ana pun memberi salam dan duduk bersama mereka. Ustaz bertanya khabar dan akhirnya ana bercerita apa yang telah berlaku pada diri ana, dipendekkan cerita Ustaz Ahmad Awang agar parang tersebut dipindahkan ke keretanya; “biar ana bawa balik parang tu, nanti anta pergi ambil kat rumah ana”, kata Ustaz. Akhirnya kami pun meneruskan perjalanan, peronda polis pun dah tak kelihatan lagi.

Selepas sebulan lebih baru ana kontek ustaz untuk pergi ke rumahnya, dan akhirnya ana sampai juga kerumah Ustaz. Begitulah permulaan bagaimana ana mengenali Ustaz Ahmad Awang dan isterinya yang ramah. Ustaz adalah orang yang sederhana, sanggup menolong orang dalam kesusahan tanpa peduli hal diri sendiri, seorang yang ikhlas dan sudah pasti Allah membalas dengan kebaikan dan keberkatan hidup. Wallahua’lam, ana harap Ustaz berbahagia dan sabar dalam menhadapi mehhnah mereka yang tak tahu erti keberkatan hidup. Takbir!


Fitnah=Ujian dan Fitnah=Penganiayaan (Bah. 2)

Maksud firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar.” (Al-Buruuj:10)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bimbingan Allah Menghadapi Fitnah


Dalam menghadapi fitnah berupa ujian dan cubaan ini, saya tidak pernah berangan-angan untuk mendapat gelaran pangkat kebesaran seperti yang diperoleh oleh rakan-rakan sebaya saya seperti Tan Sri Abdul Hamid Othman, Tan Sri Yusof Noor, Tan Sri Harussani Zakaria, Dato' Ismail Ibrahim, Dato' Zainal Abidin Abdul Kadir, Dato' Dasuki Haji Ahmad dan lain-lain. Di sini belum lagi saya hendak memanjangkan cerita bagaimana saya sering diekori dan kadang-kadang diburu oleh Cawangan Khas (SB) Bukit Aman. Disebabkan terlalu kerap menemui saya ada antara mereka yang akhirnya menjadi orang yang warak dan kuat bertahajud. Pernah pada suatu hari (Jumaat) saya diberi kata dua oleh seorang pegawai kanan SB supaya saya memberhentikan ucapan atau tulisan saya yang kononnya mengancam keselamatan negara atau saya akan ditahan oleh pihak Bukit Aman. Bahkan saya pernah disoal siasat di Ibu Pejabat SB Bukit Aman selama lebih tiga jam. Lima orang pegawai SB menyoal siasat saya bertubi-tubi tetapi alhamdulillah saya diberi Allah kekuatan dan bimbinganNya untuk menjawab pertanyaan dan hujah mereka. Saya sangat bersyukur kerana diberi Allah kekuatan untuk menghadapi fitnah kategori yang pertama ini.

Fitnah Penganiayaan



Dalam bahagian kedua ini, saya ingin menjelaskan fitnah kategori kedua yang bermaksud penganiayaan yang lebih berbahaya dan besar dosanya daripada pembunuhan. Ini kerana perbuatan membunuh hanya merupakan satu jenayah iaitu mencabuli hak seseorang manusia untuk hidup di bumi Allah S.W.T. Pelaku jenayah pembunuhan itu boleh menerima balasannya di dunia ini melalui hukum qisas, manakala fitnah yang berupa penganiayaan ini ianya merupakan rangkaian beberapa jenayah. Pertama ianya merupakan pencabulan atas kehormatan nama baik seseorang. Ia merupakan salah satu dosa besar. Kedua ianya membawa kepada perbuatan mengumpat apabila disebarkan, iaitu satu perbuatan keji yang amat besar dosanya seperti yang diumpamakan Allah S.W.T. dalam Al-Quran dengan perbuatan memakan daging mayat saudara sendiri. Firman Allah dalam surah Al-Hujuraat ayat 12 bermaksud “…dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” Ketiga fitnah kategori ini juga berpunca dari hasad dengki terhadap seseorang yang mendapat sesuatu nikmat kebaikan. Ini juga merupakan salah satu dosa besar dan perbuatan keji lagi tercela di sisi Islam. Keempat fitnah ini juga boleh membawa kepada permusuhan dan perpecahan di antara sesama umat Islam. Disebabkan rangkaian kejahatan dan kekejian fitnah kategori ini maka Allah menyifatkannya sebagai perbuatan yang lebih dahsyat daripada pembunuhan (rujuk Al-Baqarah 191 dan 217).

Berkongsi Pengalaman


Saya mengalami fitnah kategori ini semenjak masih menuntut di Mesir dan waktu saya berkhidmat dalam kerajaan bahkan juga ketika saya mengetuai berbelas tahun Persatuan Ulama Malayasia (PUM) dan Jamiyah Dakwah Islamiah Selangor dan Wilayah Persekutuan. Bagaimanapun fitnah-fitnah tersebut akhirnya padam dengan mudah, kerana pembuat fitnahnya dapat dikenali dan tuduhan-tuduhan jahat mereka dapat ditolak di hadapan mereka. Akan tetapi fitnah yang disebarkan oleh orang-orang yang tidak diketahui identitinya maka bahayanya sangat besar. Paling terbaru fitnah seperti inilah yang tersebar melalui blog-blog menuduh saya dengan tuduhan jahat yang sangat berat dan mencemar kredibiliti dan maruah saya. Fitnah tersebut dikaitkan sumbernya dengan ucapan seorang anggota perwakilan dalam Muktamar PAS ke 55 di Shah Alam baru-baru ini. Ianya disebarkan oleh pasbaru@yahoo.com (PBC) melalui komennya atas posting blog saya yang di “link” kan kepada blog arisawang.blogspot.com.

PBC memfitnah saya sebagai Ulama E-class dan hidup bermewah-mewah secara tiba-tiba selepas kerajaan PR memerintah di Perak. Saya dituduh kononnya kempunan kerana tidak dapat menjadi Menteri Besar Perak. Fitnah itu dikaitkan dengan sebuah kereta Mercedes E200 Compressor (BJK 5656) yang saya dan isteri mengguna pakainya (isteri saya sentiasa memandunya). PBC juga memfitnah saya melayan pemandu saya sebagai hamba abdi atau kuli yang saya arah sesuka hati seperti menyuruhnya membeli roti canai. PBC juga memfitnah saya memuja Husam dan membenci 3 orang Pimpinan Tertinggi PAS masa kini. Saya juga difitnahnya mereka-reka tuduhan terhadap pimpinan apabila saya menyebut dalam ucapan saya (Muktamar PAS ke 55 baru-baru ini) tentang seorang Pemimpin Tertinggi yang menghubungi saya dan meminta (bukan mengarahkan) saya supaya “mereview” keputusan PAS Perak membentuk kerajaan bersama DAP dan PKR dan sebaliknya berbincang untuk tubuh kerajaan bersama UMNO/BN. PBC seterusnya memfitnah saya dengan dakwaan bahawa saya menolak semua pencalonan untuk jawatan tertinggi parti adalah kerana takut kalah dalam pemilihan.

Saya tidak pasti sama ada pembuat fitnah ini orang dalaman jemaah (PAS) atau orang luar. Sekiranya pembuat fitnah ini ahli PAS, apatah lagi orang yang ada jawatan dalam parti maka ianya amatlah malang dan mendukacitakan. Sekiranya ia “orang luar”, apatah lagi kalau dari kalangan musuh maka tidaklah menghairankan. Tetapi dari penulisan PBC itu, terdapat isyarat yang menunjukkan ia datang dari kalangan jemaah. Sesiapapun jua identitinya PBC yang membuat fitnah aniaya dan zalim ini, saya minta supaya dia tampil mengenalkan diri. Tidak perlu takut untuk berdepan dengan saya dan mereka yang dilibatkannya dalam fitnah berkenaan. Dua hari lepas semasa saya balik ke Semanggol seorang anak muda memberitahu saya dia telah menghantar email kepada PBC supaya dia mengenalkan dirinya tetapi tiada jawapan yang diterima. Dari apa yang dapat dikesan, pemilik muktamarpas.blogspot.com pernah membuat postingnya di United Kingdom dan Mesir selain daripada beberapa tempat dalam negara. Ini menunjukkan ianya bukanlah sebarangan orang kalau ianya seorang pendukung jemaah.

Penjelasan Dan Penolakkan Fitnah


Ulama E-Class: Memang mudah manusia membuat fitnah yang menganiaya sesama orang beriman bahkan sesama dalam jemaah pun. Bersabit dengan fitnah Mercedes E-class itu sebenarnya telah saya jelaskan kepada sahabat pimpinan PAS negeri Perak dalam satu mesyuarat Dewan Harian beberapa minggu selepas kami mengguna pakai kereta tersebut. Dalam mesyuarat itu, saya terangkan dari mana datangnya Mercedes E-class itu bahkan saya tunjukkan salinan gerannya yang membuktikan siapa pemilik sebenarnya iaitu seorang tokoh korporat bernama Dato’ MN. Beliau secara kebetulan mengetahui kenderaan kami terlibat dalam satu kemalangan di lebuh raya berhampiran Gua Tempurung. Saya dan isteri yang memandu kereta Proton Waja (NBR 8600) pada hari itu dalam perjalanan ke Ipoh untuk satu mesyuarat parti. Dato’ MN pada hari itu yang dalam perjalanan ke utara berpatah balik menemui kami di Ipoh. Beliau sangat simpati apabila mengetahui kami tiada kenderaan lain kecuali sebuah Isuzu Trooper (ABK 5577) yang sering rosak dan terkandas dalam perjalanan. Beliau bertanya adakah PAS memberi apa-apa imbuhan kepada saya. Saya memberitahu bahawa yang saya sentiasa fikirkan ialah macam mana saya hendak mencari sumbangan untuk PAS Perak.

Sebulan Kemudian


Kira-kira sebulan kemudian pemilik Mercedes E-class itu menyerahkan kereta itu kepada kami di kediamannya di Shah Alam. Kami terperanjat melihat Mercedes sebaharu itu diserahkan kepada kami dengan kata-kata si pemilik “Pak Lang dan Mak Lang (panggilan mesra kepada kami) pakailah kereta ini. Mak Lang anggaplah kereta ini seperti kereta Mak Lang sendiri.” Isterinya Datin IB menambah, “ Mak Lang memandu kereta ini untuk kerja Islam, mudah-mudahan kami pun tumpang dapat pahala.” Bagaimana pun di antara sahabat pimpinan dalam mesyuarat berkenaan ada yang bertanya kenapa tidak kereta yang lain dari Mercedes. Dalam hati saya kalaulah di antara sahabat yang mempersoalkan perkara ini menawarkan salah sebuah kenderaan mereka kepada saya, selesailah masalah Mercedes E-Class. Hati saya berkata lagi, “Macam mana Dato’ tu hendak beri selain dari Mercedes kerana kereta-keretanya yang lain adalah Mercedes yang lebih mahal dari E-200 itu.” Agaknya akal mereka memang susah hendak menerimanya kerana dalam realiti dunia sekarang nak mencari seorang berdua seperti Dato’ MN itu sukar ditemui. Apatah lagi sahabat-sahabat berkenaan yang mempunyai dua tiga buah kereta itu tidak pernah sekali pun menawarkan kepada kami untuk menggunakan kereta mereka buat sementara.”

Sebenarnya kira-kira sebulan sebelum kami ditimpa kemalangan jalan raya itu, seorang sahabat di Taiping yang saya singkatkan namanya dengan Dr. AZ berjanji akan menghadiahkan sebuah kereta Mercedes (separuh pakai) untuk kegunaan kami. Akan tetapi kereta yang beliau tempah itu terlewat diterimanya sehingga kami mendapat Mercedes E-Class ini. Bagaimanapun Dr. AZ kemudiannya membiayai insurans,cukai jalan dan bayaran servis kereta berkenaan. Dr. AZ inilah juga yang memberi kami sekeluarga khidmat rawatan dan perubatan secara percuma semenjak kira-kira sepuluh tahun yang lalu apabila kami kembali ke Perak sehingga hari ini.

Sifat Hasad Dengki


Manusia memang mudah membuat fitnah apabila melihat seseorang mendapat kurniaan Allah S.W.T. yang berupa kelebihan dan kesenangan. Perasaan hasad dengki mudah subur dalam hati mereka yang mudah dipengaruhi oleh kebendaan dan harta kekayaan walaupun sudah memilikinya lebih besar dari apa yang menimbulkan hasad dengki itu. Firman Allah S.W.T. Al-Imran ayat 120 bermaksud, “Jika kamu mendapat kebaikan, mereka susah hati/dukacita/sakit hati. Dan jika kamu ditimpa kesusahan mereka gembira dengannya…” Dulu semasa kami menggunakan Isuzu Trooper (ABK 5577) yang sudah dilupus guna dan Volvo tua (BFK 1450) yang selalu tersadai dalam perjalanan, tiada sesiapa pun yang ambil peduli bahkan ada yang menyindir sinis dengan kata-kata seperti, “kereta Ustaz ni dah masuk taraf klasik” . Ada yang berkata kepada isteri saya “ Dalam pimpinan PAS ini tiada lagi pimpinan yang memakai kereta sebegini melainkan Ustaz Ahmad Awang je.” Namun isteri saya menjawab dengan senyuman dan ucapan hamdallah. Tiada siapa pun yang mengambil tahu apabila saya selalu menaiki bas Konsortium dari Pudu Raya ke Kamunting hampir setiap minggu. Tidak ada siapa di antara sahabat pimpinan yang bertanya kepada kami apa yang sudah jadi kepada Proton Waja yang kami gunakan selepas terlibat dengan kemalangan di lebuh raya berhampiran Gunung Tempurung itu. Malah sahabat-sahabat yang rapat seperjuangan itu ada yang tidak tahu bahawa akibat kemalangan itu isteri saya seminggu kemudian dimasukkan ke wad kecemasan di Hospital Kota Bharu. Begitulah sebahagian adat manusia di dunia ini termasuk ahli dan pimpinan jemaah PAS.

Begitulah manusia yang disifatkan Allah S.W.T. sebagai “zalooman” dan “jahoola” lebih mudah dipengaruhi nafsu, hasad dengki yang kemudiannya dengan mudah memfitnah sesama insan hatta yang sejenama dalam jemaah. Dalam suatu peristiwa,saya seolah-olah seperti disoal siasat dalam satu himpunan bulanan parti di markas negeri di Air Kuning bersabit Mercedes E-class ini apabila seorang peserta (Ustaz ZA) membangkitkan isu ini. Alhamdulillah saya dengan tegas menjelaskan tanpa apa-apa yang disembunyikan. Kebetulan dalam majlis Liqaa Fikri Bulanan yang dihadiri oleh kira-kira 300 orang itu dihadiri sama Ustaz Taib Azamuddin Taib yang menjadi naqib jemputan pada malam itu. Beliau pun terperanjat menyaksikan peristiwa itu kerana Ustaz Taib seorang yang sangat mengenali peribadi saya sejak beliau mula bertugas di JAKIM di bawah arahan saya. Namun saya diberitahu apa yang dibangkitkan oleh Ustaz ZA itu tersebar melalui kuliah/ceramah beliau sedangkan penjelasan saya tidak disampaikan.

Beberapa Orang Hamba Allah


Dalam kehidupan kami yang sederhana, ramai yang tidak mengetahui termasuk rakan-rakan pimpinan yang akrab dalam jemaah bahawa kami selalu mendapat pertolongan dari beberapa orang hamba Allah dari kalangan ahli korporat yang tidak suka nama mereka disebutkan. Sudah menjadi perkara biasa apabila kami berhajat kepada sesuatu bantuan atau pertolongan dalam kerja-kerja amal Islam yang kami laksanakan, ada manusia yang prihatin dan pemurah dari kalangan ahli-ahli koporat yang mengenali kami. Selain dari Dato' MN di atas, di antara mereka ialah Dato’ SN. Beliau sering memberikan sumbangan kewangan bukan sahaja kepada kami bahkan kepada orang yang kami perkenalkan kepada beliau. Beliaulah yang memberikan kereta Volvo (BFK 1450) yang kami gunakan beberapa tahun sehingga hari ini. Beliau juga tidak pernah keberatan menyumbang kepada parti. Kami berkenalan sejak berbelas tahun sehingga hari ini. Seorang lagi ahli koporat Dato’ JK (bukan KJ). Semenjak saya pernah menjadi penasihat syariah kepada syarikat korporat beliau sehinggalah saya berhenti kerana menyertai PAS, beliau tidak pernah lupa membantu saya apabila suasana memerlukan. Seorang lagi Dato’ Dr. SM. Beliau adalah seorang doktor pakar khususnya dalam bidang rejuvenation dan anti aging. Beliau mempunyai kliniknya sendiri di Kuala Lumpur. Sumbangan beliau kepada kami sekeluarga ialah khidmat ozone therapy semenjak bertahun-tahun secara percuma. Seorang lagi tokoh koporat dari ahli PAS di Kuala Lumpur ialah Haji HAH. Beliau juga banyak membantu kami terutama bila saya terlibat bertanding dalam PRU ke 10 tahun 1999 dan PRU ke 11 (2004). Malah dalam PRU ke 12 (2008) beliau juga memberikan sumbangan kewangan untuk PAS Perak melalui saya selaku Pesuruhjaya.

Tokoh-tokoh korporat tersebut di atas dan beberapa orang lagi seperti Dato’ SS, Dato’ Syed SH, Dato’ HA, Dato' NF, Dato' IA adalah di antara penyumbang utama bagi pembangunan Balai Kuliah Tasawwur Islami di Simpang Empat Semanggol yang berjaya kami membangunkannya kira-kira 7 tahun dahulu. Merekalah juga antara penyumbang kepada dana tabung aktiviti Balai Tasawwur terutama dana sumbangan fakir miskin dan anak yatim menjelang Eidul Fitri dan Program Ibadah Korban setiap kali Eidul Qurban.

Saya memaparkan perkara ini samata-mata bertujuan untuk membuktikan bahawa ada sebilangan manusia-manusia yang pemurah yang memberikan sumbangan dan pertolongan kepada saya dengan penuh ikhlas tanpa mengharapkan sesuatu balasan kecuali dari Allah. Mereka tidak pernah ragu memberi sumbangan kepada saya dalam kerja amal Islam, baik melalui jemaah mahupun kegiatan peribadi saya dan isteri. Maka amatlah besar dosa dan fitnah orang seperti PBC dan konco-konconya kerana tanpa penjelasan seperti ini, kepercayaan hamba-hamba Allah yang pemurah itu kepada saya akan tergugat. Ya Allah, lepaskanlah hambaMu ini dari fitnah yang lebih bahaya dari pembunuhan itu. (bersambung…)



Fitnah=Ujian dan Fitnah=Penganiayaan (Bah. 1)

(A) Maksud firman Allah SWT:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi.
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesunggguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.”
(Al-Anqabut:2-3)

(B) Maksud firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar.” (Al-Buruuj:10)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Konsep Fitnah Menurut Al-Quran

Dalam Al-Quran terdapat 60 ayat yang menyebutkan tentang fitnah yang mengandungi dua maksud iaitu ujian atau cubaan dan satu lagi bermaksud perbuatan penganiayaan seperti penyeksaan, pertuduhan, pembunuhan, mendatangkan bencana dan sebagainya. Membuat tuduhan jahat terhadap seseorang adalah merupakan penganiayaan yang lebih dahsyat daripada pembunuhan seperti yang ditegaskan Allah sebanyak 2 kali dalam Surah Al-Baqarah, ayat 191 yang bermaksud: “ ... dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan...” dan Surah Al-Baqarah, ayat 217 yang bermaksud: “ ... dan fitnah itu lebih besar dosanya dari pembunuhan...”. Akan tetapi kebanyakan ayat-ayat berkenaan fitnah itu merujuk kepada ujian dan cubaan Allah ke atas orang-orang yang beriman seperti yang dimaksudkan dalam ayat Al-Anqabut di atas.


Al-Quran menegaskan bahawa manusia akan diuji Allah dengan bala bencana, penderitaan dan penindasan dalam mempertahankan keimanan dan kebenaran Islam yang diperjuangkan oleh para Rasul dan golongan orang-orang beriman. Kisah para Rasul dalam Al-Quran menunjukkan bagaimana mereka menerima ujian yang berupa penindasan atau penyeksaan. Mereka berjaya menghadapinya dengan kekuatan iman dan keyakinan atas kebenaran yang diperjuangkan, contohnya Nabi Ibrahim as yang dibakar hidup-hidup oleh Raja Namrud, begitu juga Nabi Musa as yang ditindas oleh Fir’aun. Sejarah Rasulullah saw penuh dengan ujian yang berupa penindasan dan penyeksaan, bahkan baginda berhijrah meninggalkan Makkah selepas menghadapi percubaan kaum Musyrikin Quraisy membunuh baginda. Baginda juga diuji dengan harta kekayaan dan pangkat kebesaran yang ditawarkan oleh kaum Musyrikin Quraisy Makkah sekiranya baginda bersedia meninggalkan tugas mendakwahkan risalah dakwahnya. Dalam Al-Quran dan As-Sunnah terdapat banyak ayat-ayat dan hadis-hadis yang mengingatkan orang-orang yang beriman bahawa hartabenda dan pangkat kebesaran merupakan ujian atau fitnah yang sangat besar pengaruhnya.

Namun banyak peristiwa sejarah menunjukkan bahawa menghadapi penderitaan dan penindasan kadang-kadang lebih mudah dari menghadapi ujian kesenangan dan kemewahan. Ada orang yang sanggup beberapa lama menderita menghadapi penindasan dan tekanan dalam mempertahankan prinsip perjuangannya akan tetapi kalah dengan mudahnya apabila ditawarkan pangkat dan kemewahan hidup. Al-Quran berulang tubi mengingatkan bahawa kesenangan dan kemewahan dunia adalah suatu fitnah besar.

Dalam konteks peringatan kepada orang-orang beriman, golongan ulama’ paling keras diberi amaran supaya mereka tidak terpengaruh kepada pangkat dan harta kemewahan kerana golongan ulama’ adalah merupakan pewaris para Nabi. Di tangan mereka terletak amanah penting meneruskan perjuangan para Rasul. Banyak hadis-hadis yang memberi amaran supaya para ulama’ sentiasa berhati-hati apabila mereka bersama dengan para umara’ (umara’ bermaksud Raja atau Sultan, Presiden, Perdana Menteri dan seumpamanya). Mereka diingatkan dengan keras supaya sentiasa bersikap jujur dan amanah kepada ilmu yang diamanahkan Allah kepada mereka. Mereka hendaklah beristiqamah dalam menegakkan kebenaran dan keadilan. Mereka hendaklah sentiasa berani menyatakan kebenaran dan menolak kebatilan. Jangan sekali-sekali mereka mengkhianati ilmu yang diamanahkan Allah dengan menjualnya dengan harta atau gelaran pangkat kebesaran.

Berkongsi Pengalaman

Berbicara mengenai fitnah ujian harta dan pangkat ini, sekadar untuk berkongsi pengalaman ingin saya mencatatkan beberapa peristiwa yang saya lalui semasa berkhidmat dengan kerajaan selama lebih 25 tahun di beberapa kementerian.

Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar - Semasa berkhidmat di Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, saya pernah diminta oleh Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar ketika itu (Encik Ghafar Baba) supaya membuat satu kertas kerja untuk dibentang dalam Kongres Ekonomi Islam Ke-2 bertujuan untuk membolehkan pungutan Bahagian Zakat Fakir Miskin di seluruh negara tidak diagihkan kepada mereka, tetapi dilabur dalam suatu Kompleks Kewangan dan hanya akan diagihkan keuntungannya dari modal pungutan zakat itu.

Saya enggan melakukan seperti yang diarah oleh menteri tersebut, kerana saya berpendapat ianya bercanggah dengan hukum Islam mengenai agihan harta zakat. Menurut hukum, pungutan zakat wajib diagihkan kepada penerimanya untuk kegunaan mereka (amwal istihlakih). Akibat keengganan itu saya diberi amaran akan diberhentikan kerja. Saya pernah diberi borang menyertai UMNO beberapa kali oleh setiausaha peribadi menteri berkenaan. Beliau berkata dengan menjadi ahli UMNO saya akan cepat dinaikkan pangkat. Namun saya tetap menolak. Saya katakan kepadanya saya dilantik oleh SPA kerana atas kelayakan saya bukannya kerana saya orang UMNO. Akhirnya Allah SWT memberi jalan keluar apabila saya ditawarkan jawatan pensyarah di UTM (ketika itu dikenal dengan ITK).

Jabatan Perdana Menteri - Paling hebat ujian semasa saya berkhidmat di Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri (kini JAKIM). Pada masa pentadbiran Perdana Menteri Hussein Onn dan Dr Mahathir Mohamad, saya pernah berberapa kali dipanggil kedua-dua Perdana Menteri ke pejabatnya. Hussein Onn pernah mengarahkan saya memberhentikan program kursus kefahaman Islam kepada pegawai-pegawai tentera. Ini disebabkan kumpulan pertama yang mengikuti program tersebut ada di antara mereka yang melarang minuman keras di mess pegawai di tempat mereka bertugas, bahkan ada yang menggesa supaya penjualan arak di NAAFI (kini PERNAMA) diharamkan. Saya tidak pernah peduli arahan tersebut.

Dr Mahathir pula pernah mengarahkan supaya kurikulum program kursus-kursus dakwah kepada pegawai-pegawai kerajaan termasuk polis dan tentera diubah. Alasannya kursus yang dilaksanakan di bawah arahan saya itu kononnya menimbulkan masalah kepada kerajaan. Peserta-peserta kursus, kata Dr Mahathir sering mempertikaikan pentadbiran kerajaan sebagai tidak Islamik, saya tetap bertegas melaksanakan tanggungjawab saya dengan perancangan-perancangan yang telah diluluskan oleh Bahagian Agama JPM. Saya juga pernah berdialog dengan Dr Mahathir di kediaman beliau di Petaling Jaya dan di pejabatnya. Dr Mahathir pernah berkata: “Ustaz sama sahaja dengan Hassan Ibrahim dan Amir Yaakob” (kedua-dua mereka telah di“peti ais"kan). Masing-masing mentafsirkan sendiri segala Peraturan dan Perkhidmatan Kerajaan. Akibat istiqamahnya pendirian saya itu, tambahan pula dengan kejayaan saya melaksanakan program Bulan Dakwah di seluruh negara maka saya menerima notis 24 jam berpindah tugas ke Kementerian Pelajaran.

Kementerian Pelajaran – Menteri Pelajaran ketika itu Dato’ Musa Hitam. Beliau memberitahu, saya ditukarkan ke kementerian beliau adalah dengan kehendak Dr Mahathir. Di kementerian berkenaan, saya tidak diberi sebarang tugasan kerja selama kira-kira setahun. Saya ditempatkan di sebuah bilik kalis bunyi (soundproof) bekas bilik rakaman RTM di Bangunan Persekutuan. Dengan kata lain saya di“peti ais"kan, bahkan pangkat jawatan saya diturunkan. Hanya selepas Anwar Ibrahim (kini Dato' Seri) menyertai kerajaan UMNO BN, dengan jasa baik beliau saya dibebaskan menjalankan tugasan saya.

Dalam suasana sedemikian, saya dipelawa untuk berkhidmat di Sarawak yang ditawarkan oleh Dato' Patinggi Abdul Rahman Yaakob (kini Tun), Ketua Menteri Sarawak ketika itu. Kepada saya ditawarkan ganjaran yang besar yang menjamin kehidupan yang mewah sehingga ke anak cucu, asal sahaja saya bersetuju untuk terus tinggal di Sarawak. Untuk memujuk saya, saya sekeluarga dijemput menjadi tetamu kerajaan Sarawak selama seminggu dengan diberi layanan bertaraf empat bintang kerana pada masa itu belum ada hotel bertaraf lima bintang di Kuching. Namun saya tidak bersetuju menerima tawaran itu kerana saya menyedari jika menerima tawaran tersebut saya akan mudah menjadi alat politik kepada pemimpin Sarawak itu meskipun tugasan saya dalam bidang dakwah. Sekitar masa itu juga saya dipelawa untuk menjawat jawatan Mufti Negeri Perak. Yang DiPertua (kini Pengarah) JAIP masa itu Dato' Ahmad Hisham bin Mat Piah (Allahyarham) mempelawa saya untuk menjawat jawatan tersebut. Secara bergurau saya berkata kepada beliau: “Kalau saya jadi mufti Perak, dalam tempoh sebulan mungkin saya akan meletakkan jawatan, ataupun Sultan akan turun takhta”. Jawatan mufti itu kemudiannya diisi oleh Dato’ Haji Ghazali Abdullah (ayahanda kepada YB Dr Dr Lo'lo', MP Titiwangsa).

Kementerian Belia dan Sukan – Dato' Abdul Samad Idris, Menteri Belia dan Sukan ketika itu (pertengahan 1970-an), pernah berdialog dengan saya dengan dihadiri oleh para mufti mengenai cadangan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan silat Nasrulhaq yang berasal dari Indonesia. Menteri itu tidak berpuas hati apabila dialog tersebut berakhir dengan kegagalan beliau menangkis hujah-hujah saya. Beliau kemudian mengumumkan kementeriannya akan menubuhkan bahagian agamanya sendiri. Lalu saya dengan tegas mempertikai cadangan beliau. Ekorannya, apabila silat itu diharamkan maka ditubuhkan Persatuan Nasrulhaq yang didokong oleh kementerian berkenaan. Abdullah Badawi (kini Tun) yang pada masa itu menjadi Ketua Pengarah Kementerian Belia datang ke pejabat saya berbincang mengenai amalan Nasrulhaq itu. Tetapi saya tetap dengan pendirian saya. Akibatnya selepas itu, beberapa tahun Dato' Samad Idris tidak mahu berjumpa saya. Namun selepas kira-kira lebih 10 tahun daripada peristiwa itu, Dato' Samad Idris meminta saya menjadi Pengerusi Panel Syariah Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad, yang pada masa itu beliau menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah.

Demikianlah sebahagiaan pengalaman saya menghadapi fitnah ujian dalam perkhidmatan saya melaksanakan tugas kewajipan selaku seorang pendakwah melalui jawatan dalam perkidmatan kerajaan yang diterajui oleh UMNO/BN. Akibat dari ketegasan dan istiqamah saya memikul amanah ilmu yang dianugerah Allah SWT kepada saya, saya tidak dinaikkan pangkat dalam jawatan saya, bukan kerana prestasi atau kelayakan saya tetapi hanya saya tidak mahu menjadi “yes man” kepada orang-orang politik yang menyalahguna kuasa mereka dalam pentadbiran. Saya tidak pernah menyesal apabila pegawai-pegawai bawahan saya dinaikkan pangkat lebih tinggi dari saya. Saya juga tidak pernah menyesal apabila saya diketepikan dari kenaikan pangkat, dan dibawa orang luar untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi daripada jawatan saya padahal pegawai berkenaan berpangkat lebih rendah dari saya hingga terpaksa di“downgrade”kan pangkat jawatan yang hendak diisinya itu. Saya juga tidak pernah merasa kerugian apabila surat penghargaan atas perkhidmatan saya ditarik balik oleh JPA beberapa hari sebelum saya mengetip kad kedatangan (punch card) pada hari terakhir perkhidmatan saya sebagai pegawai kerajaan. Memanglah perkara sedemikian itu agak aneh, kerana sepanjang perkhidmatan saya tidak pernah sekali pun dikenakan tindakan tatatertib. (bersambung…)


Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails