SELAMAT DATANG

Sabtu, 31 Oktober 2009

'Mereka' Sedang Merancang Untk Memecakbelahkan Pakatan Rakyat...

Rencana Jahat Memecahbelahkan Pakatan Rakyat

OLEH Hasmi bin Hashim

Memang, kalau tak kerana angin, masakan pokok bergoyang. Tatkala semua ujian menimpa Pakatan Rakyat, termasuk isu di dalam PAS, yang gagal dilihat pihak musuh ialah, ahli-ahli PAS menjadi semakin matang menilai serta mencari punca ‘penyakit’. Tak mudah nampaknya untuk diperlekeh kebijaksanaan ini seiring dengan kebijaksanaan sebahagian besar pemimpinnya.

Apakah selamanya pelbagai isu dan polimik sensasi yang cuba dibangkit di beberapa negeri, dan beberapa isu, lantas terus dijadikan dalih untuk senyap-senyap menjalin ‘rundingan peribadi’ dengan elit Umno? Apakah tomahan pemberikan “tanah kepada Cina di Perak” boleh dijadikan ukuran PAS kini mengkhianati orang Melayu?

Dalih ini, semakin tak laku, terutama kalangan ahli akar umbi dan rakyat Perak yang tahu bahawa tak ada seincipun tanah yang diberikan kepada yang bukan berhak! Pengakuan ini saya perolehi langsung daripada Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin ketika pertemuan kami dalan program di Universiti Terbuka Perak (Ureka), 17 Oktober lalu.

Kedurjanaan Umno, terhadap orang Melayu lebih bertompok dan ketara. PAS, termasuk ketika allahyarham Datuk Ustaz Fadhil Noor, menyaksikan bagaimana permainan silap mata dan kerakusan Umno menangkap aktivisnya. Bahkan membunuh!

Kes Memali, misalnya, sampai kini tak selesai. Penindasan terhadap PAS, oleh Umno, menjadikan PAS seakan-akan tidak mungkin dapat duduk kembali dengan Umno. Saya percaya, kepada yang sering bercermin kepada sejarah, tak mungkin dapat menerima apa yang dinamakan Umno sebagai rakan kongsi kuasa hanya atas dalih survival Melayu mahupun ugama.

Dan saya hendak bertanya, siapa yang memulakan label “Erdogan” yang merujuk kumpulan kononnya “pro-Anwar”, kalau bukan elit dan media Umno? Bukankah mereka jugalah yang tiba-tiba menjuarai agar golongan ulama’ dalam PAS menentang “kumpulan Erdogan” itu, sedangkan sejak bila Umno pro-ulama’?

Ternyata, kekalang-kalibut ini, dengan insaf saya mentafsirkan, sengaja direncana oleh segelintir manusia yang dahulunya pernah bersama Keadilan, dan ada hubungan dengan dua-tiga kerat sahabat dalam PAS.

Tak dapat Keadilan, PAS cuba mereka piat. Bedebah!

Usaha untuk melemahkan Pas dan Keadilan khususnya juga bukan baru. Ada nama yang dua-tiga bulan menyertai Keadilan, misalnya, kemudiannya meninggalkan parti dengan sidang media yang bukan main tampak hebat sehingga dipersoalkan kejujuran mereka menyertai Keadilan. Apakah direncana, diupah? Kemudian, lenyap.

Juga sejak beberapa tahun lalu, tak kurang pemimpin kanan Keadilan diumpan dengan itu dan ini, ada yang diugut, agar, meninggalkan parti dan perjuangan. Yang gagal bertahan, yang lemah, justeru berpaling.

Kita tahu, dalam sedar tak sedar, Keadilan, malah lebih tepat Anwar wajar dihapuskan. Kekalahan teruk Barisan Nasional, 8 Mac lalu, diakui mereka banyak disumbang dengan apa yang disebut sebagai “faktor Anwar” selain kesediaan PAS dan DAP berada dalam saf yang melangkah sederap.

pakatan-rakyatAtas kenyataan ini, rencana jahat dan fitnah baru, diatur. Apabila ada seorang anak muda yang ‘bersumpah’ dirinya diliwat, mereka kira Anwar sudah masuk perangkap. Melalui berita TV ketika menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh, ada yang dengan sinis berkata “tengoklah nanti!”

“Tengoklah nanti” itu merujuk rancangan mereka yang menggunakan kaedah seumpama cara jahat Dr Mahathir ketika memfitnah Anwar pertama kali dahulu; lebih 10 tahun dahulu. Beza golongan kecil ini, yang tentunya mendapat restu pimpinan tertinggi Umno adalah, mereka nampaknya lebih rakus berbanding Dr Mahathir sendiri…

Kemusnahan sangat mereka harapkan menjelang Konvensyen Pakatan Rakyat, Disember ini. Mereka, dengan janji dan ikrar yang bermacam-macam waktu menyertai semula Umno, tentunya mahukan sokongan dana untuk menjayakan misi. Saya kira, politik Najib pula adalah politik yang tergamak menyiapkan upah, asalkan misi siap. “Misi pertama” iaitu merampas kerajaan Perak, dianggap ’sempurna’.

Kedua, iaitu yang lebih mustahak, kemaraan Pakatan Rakyat yang dipenghului oleh Anwar mesti disekat. Disekat segera!

Ahli-ahli parti-parti di dalam Pakatan Rakyat dan rakyat semakin jelas melihat isu ini. Teguh di belakang kebenaran, dan siap untuk menegur mana-mana pemimpin yang terpesung daripada “sumpah perjuangan” bukan hal yang perlu dimalukan. Yang sudah terpesung pula, hanya menanti masa, dimakan tulah.

Kesepaduan Pakatan Rakyat, saat ini menjadi mustahak sekali. Sangat mustahak kalamana kita hanya beberapa langkah sahaja lagi melewati gerbang Putrajaya. Umno belum pernah dalam sejarahnya berasa begini gementar, dan memang mungkin akan mereka gunakan apa sahaja, baik mengadu-domba dan cuba memecah-belahkan Pakatan Rakyat agar mereka kekal berkuasa.

Tak tergambar kita, bagaimana nantinya bila kuasa dapat kembali kepada Umno-BN andai kita termakan umpan dan cuai, betapa kuku tajam Umno-BN akan mencengkam rakyat. Mereka kini sedang menahan nafsu, kerana mereka tak sangat berupaya ketika hilang kuasa di banyak kawasan dan negeri.

Justeru itu, kepentingan Melayu, mahupun Islam adalah kepura-puraan politik, sementara Umno berada dihujung tanduk. Kita tak punya pilihan, kecuali menepis Umno-BN ke luar pagar Putrajaya. Keutuhan kita kepada bangsa dan negara jelas. Lebih jelas daripada slogan politik “1Malaysia” Perdana Menteri.

paksyeikhDan, yang paling utama daripada kekalutan hasil buah tangan elit Umno ini, adalah kembali memperkukuh idealisme, memperkasa gagasan dan memperkuat saf… terutama kalangan anak muda, yang, pada satu ketika dahulu, juga sepenuhnya mahu dilumpuhkan demi melonjakan menantu bekas PM ke-5.

Kita benteng hadapan, bukan barisan di belakang.

Kerjasama penuh kepada siasatan Lembaga Disiplin

Harakahdaily

SHAH ALAM, 31 Okt: Ketika Lembaga Disiplin PAS mula bermesyuarat hari ini, Pemuda PAS Selangor menyeru semua ahlinya agar memberikan kerjasama sepenuhnya kepada lembaga ini.

Dalam kenyataannya, Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Hasbullah Ridzuan turut menyeru semua peringkat khasnya para blogger menulis untuk mencari titik penyelesaian dalam konflik yang ada.

"Kami menyeru agar semua ahli dan blogger yang cintakan PAS sebagai sebuah jemaah Islam serta harakah Islamiyyah yang sedang berjuang untuk mendaulatkan islam menulis dengan pendekatan mencari titik pertemuan, merapatkan jurang perbezaan bukan menjarakkan lagi jurang penyelesaian dan ukhwah," kata Hasbullah dalam kenyataannya itu.

Hasbullah dipercayai mengulas keputusan mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat baru-baru ini yang mengarah Lembaga Disiplin PAS menyiasat PAS Selangor.

Ini ekoran dari beberapa dakwaan yang melibatkan aktiviti, kenyataan dan tindak tanduk kepimpinan PAS negeri itu yang dianggap merugikan PAS.

Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily semalam, Ketua Lembaga Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, lembaga itu akan memulakan sidangnya jam 10.30 pagi hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebutkan di mana sidang itu akan berjalan dan menegaskan tidak akan ada sebarang kenyataan kepada media sehinggalah keputusan diserahkan kepada Jawatankuasa PAS Pusat.

Menurut Hasbullah, Dewan Pemuda PAS Selangor menerima keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung di Pejabat Agung PAS pada 28 Oktober 2009 bagi menangani persoalan dan kemelut dalam PAS yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Dewan Pemuda PAS Selangor, katanya, juga meraikan keputusan menyelesaikan permasalahan dalaman melalui siasatan oleh Lembaga Disiplin parti. Dengan ini, tidak berbangkit lagi soal EGM (mesyuarat agung luarbiasa) kecuali jika ada keperluan dan menepati syarat yang ditetapkan.

"Kami juga berbangga dengan kepimpinan PAS Selangor kerana telah akur dengan keputusan mesyuarat khas itu dan telah menyatakan kesediaan untuk disiasat serta memberi jaminan kerjasama yang baik demi membersihkan parti dari segala salah faham dan fitnah yang berlaku," katanya.

Sehubungan dengan itu, Pemuda PAS Selangor berharap dan menggesa ahli pemuda semua peringkat agar turut mematuhi keputusan mesyuarat khas tersebut dengan tidak membuat sebarang spekulasi, kenyataan peribadi atau menyalakan kembali api fitnah menerusi apa jua media terbuka yang tidak sepatutnya seperti blog dan lain-lain.

"Kami berharap, jika ada sebarang kes yang difikirkan perlu ditangani, hendaklah didahului dengan kaedah yang terbaik mengikut adab-adab berjemaah serta ukhwah islamiyyah yang telah digarap sekian lama. Sekiranya perlu, kumpul bukti untuk dikemukakan aduan kepada Jawatankuasa Disiplin Parti, agar jelas adakah ianya tuduhan yang berasas atau sekadar sangkaan yang keliru.

"Kami juga bersetuju dengan gesaan PAS Selangor agar Jawatankuasa Disiplin Parti membuat penyiasatan secara menyeluruh dan membersihkan PAS daripada anasir yang membarahi PAS seperti mengambil tindakan yang tegas terhadap ahli-ahli yang mendedahkan rahsia parti kepada umum melalui ceramah, penulisan, saluran media dan blog mahupun ulasan dalam akhbar dan lain-lain.

"Jika ada sepuluh orang yang bermesyuarat, jangan ada orang kesebelas yang mengetahui isi kandungan mesyuarat yang bersifat rahsia tersebut," katanya.

Dewan Pemuda PAS Selangor menyeru kepada semua ahli parti agar menumpukan gerakerja dakwah dan pengukuhan dalaman serta tidak membicarakan isu ini bagi mengelak berlaku salah faham dan kekeliruan yang berpanjangan sehinggalah proses penyiasatan dan pendakwaan selesai. _


Lembaga Disiplin PAS bersidang esok

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 30 Okt: Lembaga Disiplin PAS akan bersidang buat pertama kalinya esok mulai jam 10.30 pagi selepas mendapat arahan menyelesaikan segera beberapa isu dalaman PAS, kata ketuanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Namun, dimaklumkan bahawa, tidak akan ada sebarang sidang media atau kenyataan media berkaitan dengan hal ini sehinggalah keputusan diserahkan kepada Jawatankuasa Pusat, katanya.

"Kami akan bermesyuarat esok dan akan melihat dokumen-dokumen yang ada sebelum membuat apa-apa tindakan lanjut," kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily.

Lembaga ini, katanya, mempunyai lima anggota termasuk beliau. Mereka terdiri dari peguam, tokoh agama dan anggota veteran PAS.

"Namun saya tidak bercadang untuk mendedahkan nama mereka," kata Tuan Ibrahim.

Lembaga Disiplin PAS telah diarahkan bersidang segera bagi menyiasat beberapa dakwaan kepada PAS Selangor.

Arahan ini dibuat oleh mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat baru-baru ini. Ia dimaklumkan kepada media oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya kira-kira jam 1.00 pagi 29 Oktober semalam.

Selain Lembaga Disiplin diminta bersidang segera, PAS juga akan mengadakan satu seminar khas yang bakal disertai lebih 1,000 pemimpin parti di semua peringkat 7 November nanti.

Ia akan diadakan di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar. Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub diamanahkan untuk menguruskan seminar ini.

Turut diputuskan dalam mesyuarat khas itu adalah, isu kerajaan perpaduan telah ditutup dan tidak akan dibicarakan lagi.

Menurut Tuan Ibrahim, beliau telah menerima beberapa dokumen yang disampaikan kepada beliau.

"Ada yang sampai melalui Setiausaha Agung. Dan ada yang disampaikan kepada saya melalui presiden sendiri," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, lembaga ini akan meneliti segala dokumen itu apakah ia bertentangan dengan didiplin parti atau ia hanya ijtihad peribadi individu berkenaan sahaja.

Dari situ, katanya, lembaga ini akan membuat cadangan kepada Jawatankuasa PAS Pusat apakah bentuk tindakan yang akan diambil. _

Jumaat, 30 Oktober 2009

Adegan ‘pelukan ghairah’ di depan Masjid Putra..Apa kejadahnya ini...!!

Lemas depan masjid

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Adegan ‘pelukan ghairah’ pasangan muda di depan Masjid Putra di sini, semakin menjijikkan sehingga pihak berkuasa terpaksa mengeluarkan lebih 180 surat hadir untuk soal siasat dalam tempoh sebulan terhadap pasangan kekasih kemaruk seks yang melakukan perbuatan tidak senonoh di lokasi terbabit.

Lokasi hangat yang hanya kira-kira 200 meter dari masjid berkenaan yang dikenali sebagai ‘dataran romantik’ itu semakin meriah dengan kegiatan berpelukan dan bercium secara terbuka pasangan kekasih terutama selepas solat Maghrib, setiap hari.
Bukan itu saja, adegan memberahikan sehingga terlupa azan Maghrib dan Isyak dilaungkan itu seolah-olah mengasyikkan pasangan terbabit untuk terus memainkan peranan bagi memuaskan nafsu masing-masing di depan khalayak, termasuk kanak-kanak yang mengunjungi kawasan itu.

Malah, bagi pasangan kekasih yang sudah ‘khayal’, mereka tidak segan silu beralih angin bagi meneruskan adegan seks sama ada di dalam kereta atau bergerak ke flet yang disewa pasangan bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.

Kegiatan tidak bermoral dan menjijikkan itu didedahkan sumber Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kepada Harian Metro, yang mengakui kegiatan itu dilakukan pasangan kekasih berusia antara 19 hingga 28 tahun dan tidak kurang enam surat hadir dikeluarkan pada pasangan terbabit setiap hari.

Menurutnya, kegiatan pasangan kemaruk seks itu boleh dilihat hampir setiap hari apabila mereka menjadikan kawasan sekitar masjid berkenaan sebagai lokasi untuk melakukan kegiatan tidak senonoh secara terbuka.

“Pasangan ini datang dengan menaiki kereta mewah seperti Mercedez Benz dan Honda sebelum berpura-pura menjadi pelancong dengan melakukan aktiviti ringan, termasuk mengambil gambar pasangan masing-masing.

“Mereka akan mencari lokasi ‘panas’ sebelum duduk berdua-duaan dan perlahan-lahan memulakan adegan ringan diikuti berpelukan dan bercium dengan penuh ghairah secara terbuka,” katanya, semalam.

Sumber itu berkata, kegiatan maksiat secara terbuka di depan masjid itu berlarutan sejak beberapa bulan lalu, malah walaupun dipantau setiap hari, pasangan kemaruk seks tetap menjadikan dataran itu sebagai lokasi pemanas badan.

Beliau berkata, kebanyakan pasangan terbabit dipercayai bertugas dengan syarikat swasta dan kakitangan kerajaan berhampiran dan memberikan pelbagai alasan apabila didekati penguat kuasa.

“Kami terpaksa menggertak mereka dengan surat hadir kepada pejabat bagi mendapatkan penjelasan mengenai maksiat yang dilakukan secara terbuka dan memberikan tempoh dua hari untuk hadir di pejabat untuk diambil keterangan.

“Apa yang pasti, sama ada pasangan berkelakuan tidak senonoh ini ditarbiah atau didakwa di mahkamah syariah bergantung kepada penjelasan yang mereka berikan.

“Bagaimanapun, bagi pasangan yang ingkar dengan surat hadir itu, pihak berkuasa tidak mempunyai pilihan selain mengeluarkan waran tangkap,” katanya.

Selain itu, katanya, ada antara pasangan yang diberikan surat hadir itu seolah-olah tidak mengetahui mereka melakukan maksiat di depan masjid.

“Apa yang menyedihkan, ada pasangan yang tidak menyedari mereka berkelakuan tidak senonoh berhampiran masjid kerana dipercayai asyik dan khayal dengan pasangan masing-masing.

“Perbuatan tidak bermoral ini sepatutnya tidak berlaku di kawasan berhampiran masjid yang menjadi tumpuan umat Islam menunaikan solat,” katanya.

Bukan itu saja, katanya, ada pasangan yang terus melakukan pelukan dan bercium walaupun berhampiran mereka ada kanak-kanak yang mengunjungi tempat itu bersama ibu bapa mereka.

Sumber itu berkata, beliau hairan mengapa kawasan itu terus menjadi lokasi maksiat pasangan kekasih walaupun pemantauan pihak berkuasa dilakukan hampir setiap hari.

“Kami percaya, pasangan terbabit beranggapan mereka bebas berpelukan dan bercium berhampiran masjid kerana yakin pihak berkuasa akan terperangkap dengan anggapan lokasi berkenaan lazimnya bebas daripada kegiatan tidak senonoh.

“Berdasarkan, anggapan itu, pasangan terbabit tidak segan silu melakukan perbuatan tidak senonoh kerana yakin tidak ada pihak berkuasa yang memantau mereka,” katanya.

Bagaimanapun, sumber berkata, berdasarkan kepada peningkatan pasangan yang melakukan maksiat itu, pemantauan pihak berkuasa dipertingkatkan bagi menahan pasangan terbabit sebelum mereka melakukan perbuatan yang lebih buruk.[hmetro]

MERENUNG KEBIJAKSANAAN ALMARHUM USTAZ FADZIL NOOR

Oleh MOHAMED HANIPA MAIDIN

Sahabat baik saya, Saudara Muhaimin Sulam pada masa ini sedang menulis tesis Phd beliau mengenai mantan Presiden PAS iaitu Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor.

Muhaimin memberitahu saya dalam menyediakan tesisnya beliau telah antara lain menemubual Tun Mahathir bagi mendapatkan pandangannya tentang Almarhum.

Mahathir memberitahu Muhaimin bahawa beliau amat menghormati Almarhum dan mengakui bahawa meskipun Almarhum adalah pemimpin pembangkang namun beliau banyak belajar dari Almarhum.

Seorang lagi pemimpin yang ditemubual oleh Muhaimin adalah Lim Keng Yeik iaitu mantan presiden Gerakan. Lim Keng Yeik juga menghormati kebijaksanaa Almarhum.

Dalam kesempatan ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca tentang dua insiden yang saya pernah lalui bersama dengan Almarhum . Dua insiden itu bagi saya menunjukkan ketelitian dan kebijaksanaa Ustaz Fadzil Mohd Noor.

Insiden pertama adalah apabila saya menjadi penterjemah beliau semasa beliau ditemubual oleh seorang wartawan Austria. Temubual itu berlangsung di Pejabat Harakah di Jalan Pahang. Memandangkan saya secara kebetulan ada di situ Almarhum mengajak saya untuk hadir di temubual itu sekaligus menjadi penterjemah beliau.

Banyak soalan yang diajukan oleh wartawan tersebut kepada Almarhum. Dalam banyak jawapan yang diberikan oleh Ustaz Fadzil, saya amat tertarik dengan jawapan yang beliau berikan kepada satu soalan yang saya kira satu soalan untuk memerangkap beliau.

Wartawan Austria itu bertanya kepada Ustaz Fadzil apakah yang PAS akan lakukan kepada pernigaan judi di Genting Highland jika PAS ditakdirkan memerintah Malaysia ?

Sebelum Ustaz Fadzil menjawab soalan tersebut saya tertanya-tanya bagaimanakah Ustaz Fadzil akan menjawab soalan tersebut. Saya dapat merasakan bahawa wartawan Austria itu mahukan Ustaz Fadzil Noor menjawab bahawa PAS akan menutup pusat judi di Genting Highland kerana judi adalah haram menurut Islam. Saya percaya jika begitulah jawapan Ustaz Fadzil Noor maka itulah yang dimahukan oleh wartawan barat itu bagi menunjukkan bahawa gerakan Islam seperti PAS adalah ekstrim dan jika memerintah maka kononnya hak orang buka Islam akan tergugat.

Saya jenuh memikirkan bagaimanakah Ustaz Fadzil akan menjawab soalan tersebut. Sebelum Ustaz Fadzil ditanya soalan itu saya ada membaca di akhbar the star yang diterbitkan sebelum temubual itu tentang jawapan yang diberikan oleh pemimpin PAS yang lain bahawa PAS akan menutup pusat perjudian itu jika PAS memerintah Malaysia. Saya merasakan meskipun jawapan itu tidak salah dari sudut agama namun menjawab secara sebegitu akan menguatkan persepsi di kalangan orang bukan Islam yang tidak memahami Islam bahawa itulah PAS sebuah parti yang ekstrem.

Mari kita lihat kebijaksanaan Ustaz Fadzil menjawab soalan yang saya nyatakan di atas.

Beliau menjawab lebih kurang begini : “ Bagi kita ( PAS ) ada isu yang lebih besar dari isu yang kamu bangkitkan tersebut. Bagi kita ( PAS ) isu tentang penyalahgunaan kuasa, isu rasuah , isu pencabulan hak asasi dan isu pencabulan sistem demokrasi dalam negara ini adalah isu-isu besar yang rakyat mahukan kita ( PAS ) membuat perubahan jika kita ditakdirkan mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional.”

Sebaik sahaja saya mendengar jawapan itu saya berkata dalam hati memang layaklah Ustaz Fadzil menjadi pemimpin saya. Jawapan yang amat bijaksana. Beliau tidak kata beliau tidak akan haramkan judi oleh itu tidak boleh dituduh PAS sudah menggadai prinsip. Cara beliau mengalih ( divert ) persoalan yang dibangkitkan amat menakjubkan.

Dalam satu insiden yang lain saya kebetulan berkesempatan makan tengah hari bersama beliau di kantin Parlimen. Semasa makan tersebut beliau menceritakan kepada saya tentang isu yang berlaku di Parlimen. Beliau memberitahu saya bahawa beliau tidak begitu senang hati dengan cara ahli-ahli Parlimen Umno menyerang pentadbiran Taliban di Afghanistan. Ustaz Fadzil memberitahu cara Umno menyerang Taliban adalah dengan cara yang tidak adil kerana tidak langsung menceritakan aspek positif pemerintah Taliban khususnya kejayaan Taliban menyelesaikan isu dadah di negara itu.

Ustaz Fadzil memberitahu saya pada mulanya beliau ingin bangun dan membela Taliban yang diserang secara tidak adil oleh Umno. Namun beliau menyatakan bahawa beliau berfikir panjang sebelum meneruskan hasratnya itu. Beliau menyatakan bahawa beliau amat khuatir dan bimbang jika beliau bangun membela Taliban yang diserang secara tidak adil oleh Umno, PAS akan dilihat membela Taliban . Apabila PAS dilihat membela Taliban, ujar Ustaz Fadzil, maka rakyat negara ini akan dimomokkan oleh Umno bahawa PAS adalah sama dengan Taliban. Dan ini , dari segi politik, akan menyukarkan PAS untuk menangkis serangan Umno itu dalam keadaan Umno menguasai media massa. Maka beliau mengambil keputusan tidak bangun untuk membela Taliban.

Sekali lagi saya lihat kebijaksanaan Ustaz Fadzil. Beliau amat teliti dan cermat dalam mengambil satu-satu pendirian. Meskipun apa yang beliau ingin buat itu betul ( membela pihak yang diserang secara tidak adil ) namun sebagai pemimpin beliau memikirkan kesan apa yang beliau buat itu. Inilah antara lain kualiti seorang pemimpin – sentiasa memikirkan kesan sesuatu tindakan yang ingin dilakukan.

Apa yang Ustaz Fadzil lakukan tersebut, bagi saya, adalah mencontohi apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Bagi kita yang menekuni seerah Rasulullah s.a.w pasti akan tahu bagaimana kisah Rasulullah s.a.w. dan pemimpin Munafiq Abdullah bin Ubay bin Salul . Meskipun diminta oleh para sahabat untuk membunuh Abdullah bin Ubay namun Rasulullah s.a.w enggan melakukan hal tersebut. Rasullullah s.a.w menolak saranan para sahabat tersebut kerana tidak mahu dikatakan orang selepas itu bahawa Muhammad telah membunuh sahabatnya sendiri.

Kita lihat juga peristiwa penaklukan bumi Palestine pada tahun 637 Masihi oleh Syaidina Umar . Semasa Syaidina Umar berada di dalam gereja waktu solat pun tiba. Paderi menyuruh beliau bersembahyang dalam gereja tersebut. Syaidina Umar dengan penuh hikmah menolak pelawaan tersebut . Umar jelaskan pada Paderi tersebut sekiranya beliau sembahyang di situ kaum muslim akan ingin mengingati peristwa bersejarah itu dengan mendirikan masjid di tempat itu ( gereja itu ) dan jika itu berlaku kaum muslim akan memusnahkan gereja itu.

Lihatlah sikap seorang pemimpin. Sentiasa memikirkan kesan apa yang ingin dilakukan. Moga kita dapat mengambil pengajaran dari kisah di atas.

Adun Perlabuhan Klang isytihar jadi Adun Bebas sokong BN

Harakahdaily

SHAH ALAM, Ekoran tindakan Menteri Besar Selangor mencadangkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR), agar Adunnya di Perlabuhan Klang melepaskan jawatan, Badrul Hisham Abdullah hari ini mengisytiharkan dirinya keluar dari PKR dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Barisan Nasional.

Beliau membuat pengumuman itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur petang ini.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo pula berkata, Umno sedia menerima Badrul untuk menyertainya.

Tan Sri Khalid Ibrahim dalam respon segeranya berkata, Umno boleh ambil Badrul sebagai wakil rakyatnya jika mereka mahu sangat. Namun Khalid mendesak, Badrul mesti bertanggungjawab kepada rakyat kawasan Perlabuhan Klang yang diwakilinya.

Pagi tadi, Badrul Hisham dicadangkan Pengerusi PKR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar meletakkan jawatan.

Tindakan ini diambil selepas hampir setahun proses membetulkan keadaan dibuat namun terbuktinya ianya gagal dan sikap Adun berkenaan tidak berubah.

Menurut kenyataan pejabat MB, kerajaan Selangor prihatin terhadap aduan penduduk di Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan Badrul Hisham menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat.

"Sejak surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada beliau pada 20 Ogos 2009. Beliau tidak mengambil sebarang langkah untuk memperbaiki prestasi kerja beliau.

"Dalam surat jawapannya. Badrul Hisham telah menyatakan kesudian untuk berjumpa dengan pimpinan negeri dan parti..

"Namun demikian beliau masih enggan berjumpa dengan pimpinan kerajaan negeri ataupun parti, menjawab panggilan telefon dan SMS, serta membuka semula Pusat Khidmat beliau untuk penduduk Pelabuhan Klang," kata kenyataan tersebut.

Berikutan itu, Khalid hari ini membuat satu usul kepada MPP PKR supaya Badrul Hisham meletakkan jawatan sebagai ADUN Pelabuhan Klang.

"Menteri besar juga akan menghantar satu delegasi untuk memaklumkan pendirian tersebut kepadanya dalam masa terdekat.

"Kerajaan Negeri tidak akan bertolak ansur dengan pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana mereka ini hanya akan menggagalkan usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan taraf ekonomi dan sosial rakyat," kata kenyataan itu lagi. _

Khamis, 29 Oktober 2009

Pengguna kurang selesa kemudahan Surau yang disediakan pihak Alamanda Putrajaya

PUTRAJAYA: Orang ramai merungut kerana pengguna perlu bergilir-gilir menggunakan sebuah surau kecil yang disediakan. Tinjauan YDP Pas kawasan Putarajaya, Ustaz Nazir Zakaria di surau berkenaan, mendapati pengguna kurang selesa dengan keadaan itu disebabkan mereka perlu menunggu lama untuk bersolat, lebih-lebih lagi waktu maghrib.

Norza Abdullah, 41, berkata "Pengguna semakin ramai, jadi pengurusan Alamanda perlu faham dengan keperluan orang ramai kerana ia turut membabitkan masa dan keselesaan mereka.Janganlah difikirkan keuntungan semata-mata,ibadah yang khusyuk akan memberkati perkhidmatan kita."

"Kebanyakan orang datang membeli belah, jika waktu solat hampir berakhir, jika mereka perlu menunggu lama, masa akan terbuang begitu saja. Perihatinlah sedikit dengan agama ni....."

"Tambahan pula Maghrib agak singkat waktunya menyebabkan kita perlu segera beredar supaya dapat memberi peluang kepada orang lain," katanya.

Pelajar, Samid Zakaria, 23, berkata walaupun lelaki dan wanita tidak bercampur secara langsung tapi keadaan ini sedikit sebanyak menimbulkan syak wasangka dan tidak selesa kerana pengguna terpaksa menunggu untuk giliran berjamaah yang kadang terpaksa dilakukan 5-6 kali jamaah diluar apatah lagi lorongnya agak sempit.

"Kurang manis jika lorong surau dicampur seperti ini terutama kepada kaum wanita, apatahlagi lorong yang sama juga digunakan untuk ke tandas lelaki dan perempuan." katanya.

Kakitangan Alamanda, Farid (bukan nama sebenar), berkata pihak Alamanda perlu menaik taraf dengan menyediakan ruang yang lebih besar kerana jumlah pengunjung Alamanda semakin meningkat terutama pada waktu puncak dan hujung minggu.

"Jika ramai pengguna yang membuat aduan, perkara ini akan diteliti oleh pihak pentadbiran kerana ia juga membabitkan sebahagian daripada perkhidmatan syarikat.

"Oleh itu, orang ramai diminta mengajukan aduan kepada pengurusan Alamanda atau pihak pengurusan besar Putrajaya Holdings kerana mereka lebih berkuasa untuk membuat keputusan.

"Lebih baik lagi jika pengguna menghantar surat rasmi supaya mereka tahu apa kekurangan yang perlu diperbetulkan malah cara ini membolehkan aduan atau cadangan mereka dipertimbangkan," katanya.

Tiada lagi Tempat Letak Kereta Percuma Di Putrajaya

ISU kekurangan tempat letak kereta di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya bukan perkara baru.

Penulis sendiri sudah jemu dan jelak apabila diutarakan permasalahan itu sama ada daripada kalangan rakan petugas media mahupun orang ramai yang berurusan dengan pelbagai kementerian yang ada di sekitar Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu.

Rasanya pelawat berhak untuk meletakkan kenderaan mereka di kompleks kerajaan pada setiap kali menjalankan urusan di situ. Tetapi malangnya kerap kali pengawal keselamatan yang bertugas memberi alasan tempat letak kereta sudah penuh.

Tiada siapa boleh menafikan bahawa memang ada tempat letak kereta pelawat, malangnya dipenuhi dengan kereta staf dan kakitangan kerajaan yang lebih "rela" membawa kereta sendiri daripada meletakkan kenderaan di tempat lain seperti Park & Ride dan menaiki bas untuk ke tempat kerja.

Apa saja alasan diberikan seperti tidak selesa dengan bau peluh apabila menaiki bas, alasan memakai kasut tumit tinggi, mekap dan takut gincu cair, ini semua tidak boleh dijadikan alasan.

Secara logiknya, pernahkah warga kerajaan mempunyai rasa kesian kepada warga tua, wanita mengandung dan orang kurang upaya (OKU) yang sekadar mahu berurusan untuk tempoh waktu yang singkat tetapi terpaksa berjalan kaki di tengah panas dan paling menyakitkan hati apabila kembali ke kereta masing-masing yang diletakkan di tepi jalan mendapati saman polis terselit di cermin depan.

Cubalah fikirkan sejenak dan buka minda seluas-luasnya, kalau warga emas, wanita mengandung dan OKU yang terpaksa berjalan atau berkerusi roda hampir setengah atau satu kilometer semata-mata untuk berurusan dengan kementerian seperti di Kompleks E dan D. Di manakah sikap prihatin kita kepada golongan tua dan OKU yang selama ini dilaung-laungkan.

Siapa harus dipersalahkan? Penulis tidak berniat untuk menyalahkan sesiapa. Sepatutnya kakitangan awam yang sering keluar masuk untuk mengambil dan menghantar anak ke sekolah patut guna kemudahan Park & Ride, bukannya meminta pelawat supaya letak kereta di tempat yang jauh dan menaiki bas.

Malah, kakitangan kerajaan juga perlu dikenakan bayaran tempat letak kereta dikenakan apabila membawa kereta ke tempat kerja (caj sekali masuk untuk tempoh sehari).

Walaupun sudah ada kempen dan galakan dilaksanakan pihak berwajib supaya mereka menggunakan kemudahan Park & Ride yang banyak disediakan tetapi masih sepi kerana tidak mendapat sambutan.

Langkah itu (meletakkan kereta di Park & Ride) perlu dimulakan dari peringkat atasan termasuk pegawai tinggi dan kanan kerajaan. Kalau sekadar mengeluarkan arahan belum cukup berkesan untuk memujuk kakitangan supaya tidak membawa kenderaan ke tempat kerja sehingga menjadikan kawasan di kompleks kerajaan sesak dan menyusahkan pelawat kerana tiada tempat untuk mereka meletak kenderaan.

Penulis sendiri mempunyai pengalaman pahit kerana terpaksa meletakkan kenderaan di sebuah hotel berdekatan Kompleks D kerana pengawal keselamatan di situ tidak membenarkan masuk bagi membuat liputan Menteri Dalam Negeri.

Malah, pengawal keselamatan di kebanyakan kompleks lain memberi alasan tempat letak kereta penuh dan meminta petugas media serta orang ramai meletak kenderaan di kawasan Park & Ride.

Bila agaknya isu kekurangan tempat letak kereta di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan akan menemui jalan penyelesaian.

Wajarkah rungutan dan keluhan OKU kerana kesukaran golongan itu mendapatkan kemudahan letak kereta ketika berurusan terus menerus dipandang sepi.

Penulis berpendapat langkah Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk memujuk pengunjung ke Putrajaya khususnya mereka yang berurusan di kompleks kerajaan supaya menggunakan bas, diubah dengan menggalakkan lebih ramai kakitangan awam menaiki bas dan meletakkan kenderaan di kawasan Park & Ride.

Sedikit pengorbanan daripada kalangan warga kerajaan tidak akan merugikan, sebaliknya akan menjadikan Putrajaya kawasan sifar kesesakan kerana setiap pagi laluan ke kompleks kerajaan sentiasa sesak dengan ribuan kereta berpusu-pusu ke tempat kerja. Fikir-fikirkanlah.

Park & Ride elak jalan sesak.

Oleh Azrina Ahzan
bhnews@bharian.com.my

Tambah petak letak kenderaan bukan penyelesaian jangka panjang: PPj

PUTRAJAYA: Jumlah kenderaan di jalan raya di bandar raya ini yang sudah melebihi kapasiti ditetapkan menjadi faktor utama kemudahan Park & Ride disediakan, selain langkah mengehadkan bilangan tempat meletak kenderaan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj).

Timbalan Pengarah Perhubungan Awam PPj, Zaharah Salamat, berkata ia kerana berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Putrajaya, pusat pentadbiran Kerajaan Pusat ini akan dibangunkan sebagai bandar bebas kesesakan jalan raya.

Justeru, katanya, langkah menambah bilangan tempat meletak kenderaan di lot tanah kosong di sekitar Presint 1, tidak akan mengatasi masalah kekurangan kawasan meletak kenderaan, sebaliknya mengundang lebih banyak kenderaan memasuki bandar raya ini.

"Penambahan kawasan meletak kenderaan bukanlah satu penyelesaian jangka panjang untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Putrajaya.

"Tindakan ini akan mengundang lebih banyak kenderaan masuk ke Putrajaya," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau berkata, kaedah terbaik ialah menyediakan kemudahan Park & Ride dan perkhidmatan bas Nadi Putra bagi mengatasi masalah kekurangan kawasan meletak kenderaan di Putrajaya.

"Strategi ini sudah terbukti di negara maju yang mengamalkan sistem pengangkutan awam yang mapan.

"Namun, pendekatan ini hanya akan berjaya sekiranya orang awam dan kakitangan kerajaan sedia memberikan kerjasama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas surat pembaca yang disiarkan dalam akhbar ini pada 20 Oktober lalu berhubung ketidakpuasan hati penulis yang menggelarkan dirinya `ibu anak kecil' dari Puchong, Selangor mengenai sistem Park & Ride dan kawasan meletak kenderaan bermeter yang dilaksanakan oleh PPj.

Dalam surat itu, penulis mahu ruang tanah yang luas di sekitar kompleks A hingga E dan Presint 1 dijadikan tempat meletak kenderaan dan bukannya dihiasi landskap seperti sedia ada.

Tindakan melaksanakan kawasan meletak kenderaan bermeter dan kompaun oleh Bahagian Penguat kuasa PPj dan polis dianggap membebankan kakitangan awam yang sudah sedia dibebani dengan kesesakan ketika hendak ke pejabat.

Bagaimanapun, Zaharah berkata, PPj mengalu-alukan sebarang aduan dan cadangan penambahbaikan daripada orang ramai berhubung pelaksanaan kempen Park & Ride dan kawasan meletak kenderaan bermeter.

Katanya, orang ramai yang ingin berbuat demikian boleh menghubungi talian aduan PPj iaitu 03-88873000.

Empat termasuk bayi maut kemalangan

PUTRAJAYA - Empat sekeluarga termasuk seorang bayi perempuan berumur tiga bulan maut dalam kemalangan di Kilometer 1.5, Jalan Pinggiran Selatan Kajang-Dengkil dekat sini 26 Oktober lalu.

Selain bayi itu, Siti Nur Balqis Muhammad Ariffadilah, turut terkorban ialah ibu bayi itu, Nor Lenny Marlina Mohd. Zawawi, 28, dan adik wanita itu Nor Adila Mohd. Zawawi, 26, serta ibu mereka Wan Hamisah Wan Ibrahim, 53.

Jurucakap polis berkata, kemalangan pada pukul 1 petang itu berlaku apabila kereta Perodua Kancil yang dipandu oleh Nor Adila bertembung dengan sebuah kereta lain yang datang dari arah bertentangan.

Menurut beliau, kesemua mangsa dikatakan datang dari arah pusat beli-belah Alamanda ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

"Nor Adila dan Nor Lenny mati di tempat kejadian manakala bayi itu dan neneknya meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya," kata beliau di sini semalam.

Katanya, sebuah lagi kereta yang terlibat dalam kemalangan itu dinaiki oleh seorang wanita. Wanita tersebut patah kakinya akibat kemalangan itu. Mayat Nor Adila dan Nor Lenny dihantar ke Hospital Serdang. Semua mangsa yang maut akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Desa Pinggiran Putra, Kampung Limau Manis dekat sini.

Sementara itu, suami Wan Hamisah, Mohd. Zawawi Ablah, 56, yang ditemui pemberita di Rumah Mayat Hospital Putrajaya berkata, ketika kejadian, beliau dalam perjalanan pulang ke rumah untuk makan tengah hari dan ingin menghantar buaian yang baru dibeli untuk cucunya, Nur Balqis.

"Sebelum itu saya telefon rumah tetapi tiada siapa yang angkat telefon. Saya balik juga ke rumah untuk menghantar buaian itu dan dalam perjalanan balik ke pejabat saya melihat satu kemalangan.

"Rupa-rupanya dua orang anak, isteri dan cucu saya yang terlibat dalam kemalangan itu," kata Wan Zawawi, seorang pegawai kanan di Kementerian Kewangan. Katanya, dia sedih kerana kehilangan empat orang yang disayangi serentak dan Nur Balqis adalah cucu pertamanya.

Yang DiPertua PAS kawasan Putrajaya, Ustaz Mohamad Nazir Zakaria Turut menziarahi jenazah di Hospital Putrajaya dan telah menyumbang sedikit sumbangan sebagai tanda simpati bagi pihak PAS kawasan Putrajaya.

"Pihak kita memandang berat kes kemalangan maut seperti ini dan pihak kita telah mengemukakan beberapa cadangan termasuk mendirikan pagar pembahagi jalan kepada pihak Perbadanan Putrajaya di jalan-jalan atau lebuhraya sekitar Putrajaya ekoran berlaku banyak kemalangan maut yang membabitkan kenderaan seperti kes ini. Dalam kes-kes lepas pihak Perbadanan nampaknya mengambil berat tentang ini dan telah melaksanakan cadangan kita di beberapa tempat di Putrajaya ini.". ujar Ustaz Nazir

KENYATAAN MEDIA : Hati rasa puas, badan rasa sakit.

Alhamdulillah perjuangan kami ADUN Pakatan rakyat mempertahankan madat rasa dan gelombang rakyat yang mahukan DUN Perak dibubarkan pada anggapan saya berjaya setelah kami mampu berdepan dengan tekanan yang kuat dari pasukan keselamatan sehingga terlewat namun kami akhirnya dapat juga berada dalam dewan .

Tahniah kepada kehebatan "panglima" Pakatan Rakyat Perak DS. Muhammad Nizar Jamaluddin yang saya anggap berjaya mengepalai semua ADUN PR bagi menghadapi tekanan yang sangat dasyat dari pihak polis semasa pergelutan kami dengan pasukan polis dalam usaha mereka untuk merampas songkok dan jubah Speaker Sivakumar.

Pagi ini terasa suatu kepuasan dan itulah yang saya anggap dirasakan oleh semua rakan ADUN Pakatan rakyat kerana telah berjaya konsisten dengan prinsip pada landasan yang kami yakin benar belandaskan undang-undang , namun badan terasa sakit dek pergelutan dan tolak menolak dengan "sayap kanan UMNO" itu.

Kerana itu saya ingin mengeluarkan beberapa kenyataan media :-

1. Saya menafi dengan sekeras-kerasnya dakwaan MB Kudeta Perak yang mengatakan kononnya kehadiran ADUN Pakatan Rakyat dalam sidang kelmarin sebagai satu pengiktirafan kami kepada Speaker haram Ganesan.

Suka saya maklumkan bahawa hujah dan bukti dokumen yang lengkap telah kami kemukakan kepada rakan media samada disiar atau tidak disiarkan mengenai kedudukan Ganesan yang tidak sah dan ia melanggar Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri perak diluar dewan .

Sekali lagi perkara tersebut dikemukan oleh kami dalam dewan walaupun pembesar suara diganggu saya beranggapan suara ADUN Buntong yang ditugaskan mengemukan hujjah tersebut sangat jelas untuk didengari oleh Ganesan, ADUN BN dan semua yang berada di dalam dewan.

2. Saya mencabar supaya rakaman hujjah yang dikemukan oleh ADUN Buntong mengenai haramnya Ganesan yang dibuat oleh petugas Bahagian Teknologi Makmumat disiarkan kepada umum khususnya rakyat Perak, termasuklah untuk menginsafkan Zambry dan semua ADUN BN bahawa mereka sebenarnya sedang memperkudakan Ganesan untuk mencapai hasrat jahatnya bagi membentag bajet 2009 yang saya anggap tidak sah.

3. Tindakan pengendalian sidang oleh seorang yang bernama Ganesan sesungguhnya memalukan sistem demokrasi dan dewan negeri Perak yang kita muliakan. Sidang 28 Okt menyaksikan satu sidang meluluskan bajet haram oleh sebuah kerajaan haram dan dikendalikan oleh seorang speaker haram.

4. Kehadiran semua ADUN pakatan Rakyat adalah atas surat yang dikeluarkan oleh Speaker Perak yang sah V. Sivakumar. Usaha Zambry memutar belit fakta dengan mengatakan kami hadir kerana mengiktiraf Ganesan adalah tindakan memperbodohkan dirinya sendiri. Tidakkah beliau sendiri menyaksikan selama sidang berlangsung dan seluruh tetamu menyaksikan serta dilaporkan oleh semua media bahawa kami tetap konsisten bersidang dan menghormati jawatan Speaker yang sah iaitu V. Sivakumar dan kami beredar meninggalkan dewan setelah sidang yang dikendalikan oleh Speaker sah V.Sivakumar selesai dan ditangguhkan.

Sebaliknya kami langsung tidak menghormati Ganesan walaupun ianya dianggap sangat penting oleh BN dengan dikawal ketat oleh puluhan orang upahan.

5. Sehubungan dengan itu tidak ada istilah kami memboikot atau memulau sidang yang dikendalikan oleh Ganesan, malah saya anggap sebagai kebudak-budakan kerana dengan status Ganesan yang tidak sah sebagai speaker apakah alasan sehingga itu boleh dikatakan sidang yang sah, siapakah yang masih waras fikirannya akan mengatakan bahawa itu adalah sidang. Lebih tepat boleh saya katakan lakonan dan sandiwara untuk menyampaikan hasrat jahat BN bagi meluluskan bajet bagi meneruskan kerajaan kudeta di Perak.

6. Saya membantah tindakan kekerasan yang dilakukan terhadap ADUN Pakatan Rakyat. Jika alasan untuk menanggalkan jubah speaker seperti kononnya Sivakumar mengingkari arahan notis menyerahkannya kepada polis, kenapakan dengan cara yang tidak bertamadun seperti itu. Tidakkah negara kita masih mempunyai proses dan prosuder undang-undang untuk mendapatkan barang yang kononya dicuri.Itupun Sivakumar tidak pernah mencuri dan dia mempertahankan hak atas nama jawatan Speaker yang telah dilantik dengan sah dan jawatannya masih kekal sehingga kehari ini.

Tindakan menyekik, menekan perut sehingga mengancam nyawa Sivakumar serta menanggalkan dengan paksa jubah Speaker Sivakumar adalah tindakan tidak bertamaddun dan saya yakin diarahkan oleh BN yang sudah sekian lama tidak menghormati undang-undang yang mereka sendiri cipta.

Bukankah tindakan BN itulah dipanggil mencuri ?

7. Halangan yang berulangkali sehingga semua ADUN terpaksa melewati 5 sekatan adalah suatu titik hitam dan sejarah yang menyebabkan demokrasi di Perak telahpun hampir mati. Kebeaasan rakyat dan ADUN yang dipilih dengan sah disekat jelas dengan arahan pihak BN kepada pihak polis dengan bertindak diluar batas undang-undang yang sedia ada.

BN semacam merancang supaya kami tidak boleh samapai ke dalam Dewan, kalau itu bukan tujuannya saya mempersoalkan kenapakan kami diperiksa sedemikian rupa.

8. Saya juga membantah tindakan polis melarang dibawa kami membawa masuk perakam video, kamera dan komputer riba adalah tindakan yang melampau dan menyalahi undang-undang.Dalam keadaan perak ingin dimajukan IT nya bagaimana sehingga ada ADUN yang dilarang membawa komputer.Selain itu saya membantah tindakan menghalang saya membawa masuk kamera. Yang jelas apabila saya meminta dari mana arahannya seorang pegawai polis cuma berani meminta dari jauh menunjukkan dari jauh tanpa berani menyerahkan kepada kami dan terus disembunyikan dibalik punggungnya.

9. Saya ingin mempersoalkan, jika sekiranya tidak ada ratusan pihak polis membantu BN untuk mennegedalikan sidang haram kelmarin, beranikah BN bersidang. Tidakkan selama ini sidang sangat aman dan tenteram dan tidak ada seorangpun polis yang berada di dalam Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Kerana itu jelaslah pengunaan kuasa polis dalam rentetan sidang DUN perak termasuklah kelmarin membuktikan BN adalah penakut dan bacul dan saya mencabar kalau BN benar-benar ada hujjah dia kerajaan yang sah, speakernya sah, segera kendalikan sidang tanpa campurtangan pihak polis atau pihak lain yang diperkudakan.

9. Kerana itu saya menyeru supaya krisis ini diselesaikan dengan cara yang paling tepat iaitu segerakan bubarkan DUN Perak. berilah laluan kepada rakyat untuk kembali memilih.

Tindakan BN yang ingin menegakkan benang basah dan memperkudakan pihak keselamatan dan badan kehakiman tidak akan menyelesaikan kemelut ini.

Sekian.

KENYATAAN MEDIA/29 OKT 2009

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Pengerusi PRBBC Perak/
Ketua penerangan PAS Perak.

PAS adakan seminar ganti muktamar khas

Zulkifli Sulong

KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikan muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya.

Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 Disember ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Antara yang akan dijemput memberikan pandangan nanti adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Demikian beritahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya jam 1.00 pagi tadi.

Sidang media itu diadakan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Selain itu, mesyuarat khas itu juga mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.

Lembaga ini akan mencadangkan tindakan disiplin kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar disiplin parti.

Dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi memaklumkan, isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.

Turut serta dalam sidang media selepas mesyuarat berjalan mulai jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi itu adalah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi.



Selasa, 27 Oktober 2009

"Isu Dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS)"

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.

Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini.

Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini.

Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.

Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Saya juga sudah mengarahkan Dato Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.

Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.

Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009 _



Nik Aziz sahkan sertai mesyuarat khas

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 27 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyertai mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat malam esok.

Keputusan itu dibuat Nik Aziz hari ini walaupun sebelum ini beliau keberatan untuk menyertainya dan telah memberikan amanah kepada Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS yang menemui beliau baru-baru ini untuk menyampaikan pandangannya.

Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Politik beliau, Anual Bakhri Haron kepada Harakahdaily.


Sebelum ini, Nik Aziz dikatakan keberatan untuk ke Kuala Lumpur kerana sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan sedang berlangsung.

"Saya telah sampaikan apa yang saya nak kata kepada Salahudin," kata Nik Aziz sebelum ini.

Namun, hari ini beliau membuat keputusan akan menyertai mesyuarat yang dianggap penting itu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ditanya bertalu-talu dalam sidang medianya semalam samada Nik Aziz akan datang atau tidak dalam mesyuarat khas esok.

Mustafa berkata, beliau tidak tahu samada Nik Aziz akan datang atau pun tidak tetapi sekurang-kurangnya dia telah memaklumkan pandangannya melalui Salahudin Ayub.

PAS memanggil mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat malam esok mulai jam 8.30 malam di Pajabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Mesyuarat ini dipanggil ekoran cadangan Nik Aziz agar PAS adakan satu mesyuarat agung luar biasa untuk memilih semula pucuk pimpinannya.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan agar diadakan mesyuarat khas untuk membincangkan perkara ini.

Mesyuarat ini akan mengambil keputusan samada perlu atau tidak diadakan mesyuarat agung luar biasa itu.

Selain AJK PAS Pusat, anggota mesyuarat ini adalah para pesuruhjaya PAS bagi setiap negeri.

Menurut perlembagaan PAS, mesyuarat agung luar biasa boleh diadakan dengan arahan presiden, permintaan satu pertiga ahli Jawatankuasa PAS Pusat atau permintaan satu pertiga dari kawasan-kawasan PAS di seluruh negara iaitu sekurang-kurangnya 57 kawasan. _


Tok Guru Nik Aziz Jawab Ketua UMNO Bahagian Cheras







Ahad, 25 Oktober 2009

Putrajaya lubuk maksiat

PUTRAJAYA: Gahnya nama Flet Hijau di sini dengan kegiatan maksiat sukar dinafikan apabila lebih 50 pasangan bukan mahram yang dipercayai sedang bersiap atau berniat melakukan ‘projek’ ditahan di penempatan itu sejak beberapa bulan lalu.

Lebih memalukan, flet 11 tingkat yang mempunyai lebih empat blok itu menjadi markas golongan remaja dan pasangan kemaruk seks melampiaskan nafsu serakah di rumah sewa sama ada milik pasangan lelaki atau wanita tak kira siang atau malam.

Keadaan menjadi lebih ‘meriah’ waktu malam dengan gelagat remaja perempuan menggunakan taktik berpakaian sopan termasuk bertudung litup memasuki rumah terlebih dulu sebelum diekori pasangan lelaki yang kemudian memulakan adegan mereka.

Kegiatan tidak bermoral di rumah pangsa berkenaan kebanyakannya dipercayai membabitkan pekerja swasta dan kakitangan kerajaan berusia 20 dan 25 tahun yang menyewa di flet berkenaan.

Flet Hijau satu-satunya kediaman disewakan kepada orang ramai di bandar pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan ini.

Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan sumber agensi kerajaan kepada Harian Metro yang mendakwa perbuatan maksiat di kalangan penghuni Islam di flet yang terkenal dengan panggilan Flet Hijau itu berlarutan sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, laporan mengenai kegiatan maksiat dan khalwat di flet berkenaan memang sukar ditangani kerana premis berkenaan turut disewa kepada pekerja swasta selain kakitangan awam.

Sumber itu berkata, lebih 50 tangkapan dilakukan terhadap pasangan yang dipercayai melakukan maksiat di flet berkenaan dan ia jumlah yang mengejutkan.

“Kami percaya mereka menggunakan rumah sewa itu untuk melakukan perbuatan tidak bermoral dengan pasangan tanpa menghiraukan teguran penghuni lain.

“Pelaku maksiat memang bijak menggunakan taktik bagi mengaburi mata penghuni lain dengan hanya membenarkan pasangan memasuki rumah selepas beberapa minit mereka masuk.

“Taktik ini yang kami kesan sepanjang pemantauan sebelum menahan beberapa pasangan yang dikenal pasti,” katanya.

Malah, katanya, ada antara gadis yang sengaja bertudung litup dan berperawakan bersopan sehingga tidak disangka mereka turut melakukan perbuatan terkutuk itu.

Menurutnya, berdasarkan laporan serbuan pihak berkuasa, kebanyakan penghuni rumah yang diserbu mengambil masa sehingga lebih 10 minit untuk membuka pintu dan ia menguatkan lagi anggapan mereka melakukan perbuatan tidak bermoral di kediaman itu.

“Bila kami sampai, mereka dipercayai dah selesai ‘projek’, malah sempat berpakaian lengkap sebelum membuka pintu seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku selain memberikan pelbagai alasan ‘*****’,” katanya.

Menurutnya, gejala maksiat di penempatan terbabit sebenarnya menimbulkan rasa tidak senang penghuni lain yang hampir setiap hari melihat perlakuan tidak bermoral dilakukan di depan mata.

Sumber itu berkata, berdasarkan jumlah blok di penempatan berkenaaan, dia tidak menolak kemungkinan kewujudan kegiatan seks bebas membabitkan remaja di flet berkenaan.

“Malah, ada yang ditahan pihak berkuasa dan sudah dikenakan denda, masih tidak serik apabila ditahan semula bersama pasangan sama selepas itu.

“Berdasarkan siasatan, kebanyakan remaja terbabit bermasalah dan tidak pernah serik dengan denda yang boleh dibayar pada bila-bila masa,” katanya.

Oleh itu, katanya, sudah tiba masanya pihak berkuasa menggempur penempatan terbabit supaya kegiatan maksiat dapat ditangani secara menyeluruh.

“Buat masa ini, kami belum mendengar kes pembuangan bayi atau hamil di luar nikah di flet itu, tetapi kegiatan maksiat di kawasan berkenaan perlu ditangani segera sebelum gejala lebih buruk berlaku,” katanya.

EGM: PIMPINAN AKAN BERBINCANG, AHLI DIMINTA BERTENANG

Kenyataan Media

Parti Islam Semalaysia Pas akan berbincang mengenai pandangan murni Mursyidul Am, YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung cadangannya untuk mengadakan Muktamar Khas.

Seperti yang dimaklumkan oleh Naib Presiden, YB Salahuddin Ayub, pandangan ini akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Syura dan Jawatankuasa PAS Pusat dalam tempoh terdekat ini. Mesyuarat ini akan menilai sama ada wujud keperluan bagi mengadakan Muktamar Khas atau tidak.

PAS amat mengalakkan perbincangan dan menghargai setiap pandangan atau kritikan yang diberikan, namun pada waktu ini setiap pimpinan diminta agar membincangkan perkara ini secara dalaman dan tidak mengunakan media termasuk blog dan facebook peribadi yang boleh mendatangkan lebih banyak persepsi negatif serta membuka ruang untuk media luar memutarbelitkan isu ini.

Adalah menjadi satu kewajipan untuk setiap pimpinan dan ahli bertenang dalam menghadapi isu ini serta tidak melatah hingga memberikan peluang kepada pihak luar melontarkan lebih banyak peluru atau prasangka yang boleh memburukan imej parti.

Pas penuh yakin masalah ini dapat diselesaikan melalui musyawarah, muhasabah seperti yang pernah diselesaikan sebelumnya. Inilah kelebihan yang ada kepada Pas dan tidak dalam Umno/BN.



Alahai Pakatan Rakyat... Hangpa Nie Jangan Bagi Rakyat Boring Akan Kelaku hang Pa...!!!

oleh Pak Awang

Apa kabar? Sihat lah rasanya kan. Kalau tak sihat tak boleh lah nak ngadap laptop/pc ni kan. Kalau yang tengah kerja, selamat bertugas dari pak awang, kalau yang tak kerja macam pak awang (yang dah pencen ni) ni buat lah apa-apa saja yang boleh mendatangkan kebaikan pada diri, kaum keluarga, pada masyarakat setempat dan pada sesiapa saja yang dirasakan memerlukan pemerhatian atau pertolongan kita. Jadikan lah masyarakat sekeliling kita sebagai kaum keluarga kita, tak kira dia cina ka, india ka, mat salleh ka, siam ka atau sesiapa saja.


Ni la pak awang duk tengok dalam sehari dua ni macam kalang kabut sikit dalam Pakatan Rakyat ni, baik PAS mau pun PKR. Yang diam mungkin DAP. Depa ni nampak rilex, tak dak apa kes yang boleh disabitkan setakat ni. Bab PKR pun rasa pak awang dah setel kot. Setakat ni tak dak lagi kenytaan-kenyataan panas dari pimpinan mereka mengenai kes Pengerusi PKR Sabah. Nak kata berebut pun tak juga kot. Cuma salah perhitungan dipihak pemimpin atasan. Tak pa lah kalau dah selesai bagus sangat lah.

Bukan apa pak awang kesian tengok pada pemimpin-pemimpin politik kita ni. Kadang-kadang nak kata depa tak sekolah, tak patut sangat. Masing-masing belajar tinggi, tapi bila mai tang bab nak ambik hati rakyat depa macam tak berapa nak reti. Yang depa duk pulun hanya pasai jawatan, pangkat. Depa macam tak tau nak mententeramkan keadaan. Sikit-sikit bercakaran. Awat depa ingat rakyat kat bawah ni tak tau ke keadaan depa kat atas sana. Jangan la duk buat perangai macam tu. Nawaitu nak kena betul.

Ni pasai jawatan Pengerusi PKR Sabah. Pak awang dah tulis dua tiga hari lepas dah. Jadi tak payah pak awang ulang lagi. Cuma pak awang nak pesan apa-apa pun kita kena ikut kehendak ramai. Bagi saja pada sesiapa yang mendapat sokongan, bukan pada seseorang yang nak "syok sendiri". Ingat, untuk menang pilihanraya, macam semua kita berharap, hanya lah dengan sokongan orang bawahan, pengundi, rakyat bukan dengan pemimpin yang punya kuasa. Walau sebesar mana kuasa kita ada pun, tapi rakyat tak suka, tak jadi jugak. Ingat tu ya. Jangan dok asik nak jawatan tinggi, tapi sokongan tak dak. Kalau itu lah yang diharapkan, nawaitu kita dah tersasar, bukan nak sokongan rakyat, tapi nak kembongkan poket. Dapatkan sokongan dulu, kerana ianya penting.

Tak pa kita tengok lepas ni siapa yang akan menggantikan YB Azmin selaku Pengerusi PKR Sabah. DSWA akan umumkan Pengerusi baru. Semalam pak awang ada terbaca tapi tak ingat tang mana kata besar kemungkin Dr Jeffry Kitingan akan mengambil alih jawatan tersebut. Kita tak kisah siapa, yang pasti ianya mendapat sokongan padu dari semua.

Dalam pada krisis YB Azmin di Sabah ni hampir nak selesai, tiba-tiba meletup pula krisis terbaru PAS. Sebenarnya bukan kes baru, Kes ini sebenarnya adalah lanjutan dari krisis dalaman PAS sejak akhir-akhir ini, antara puak TGNA atau kumpulan Edrojan dengan kumpulan Ulama' yang di ketuai TGHH, yang pro UMNO. Persegeran itu nampaknya sudah sampai ke kemuncak nya apabila TGNA semalam telah mengeluarkan kenyataan meminta agar di adakan EGM atau Perhimpunan Agung Luar Biasa bagi memilih pimipinan baru PAS. Bagi pak awang, tak semudah itu TGNA nak meminta diadakn EGM kalau situasi dalaman masih lagi boleh diperbetulkan.

Ini yang pak awang kata nawaitu kita kena betul. Niat suci di hati. Apa yang kita cari. Jawatan atau betul-betul nak memperjuangkan parti. Islam atau rakyat. Kenapa mesti ada pemimpin pro UMNO dalam PAS? Apa yang mereka cari sebenarnya. Apakah kerana ada jalan-jalan yang konon nya cerah untuk jawatan yang di inginkan, perjuangan parti diketepikan atau di lupakan dulu buat sementara. Hahahaha hangpa silap la ... Sebab apa pak awang kata silap?

Silap sangat la sebab depa dah tak ingat pada perjuangan asal parti, meletakkan Islam pada tempat yang sebaik mungkin. Sebaliknya depa lebih kepada jawatan. Konon nya kalau depa ni "team up" dengan UMNO ada yang boleh jadi jadi Menteri Besar, ada yang duk nampak nak jadi Exco dan macam-macam lagi dalam kepala hotak masing-masing. Pasai tu depa jadi macam ni. Otak depa dah dok nampak RM bukan Islam bukan rakyat lagi. Betul tak?

Hassan Ali, kalau dulu kemana saja bersongkok hitam, tapi baru-baru ni pak awang tengok songkok dah hilang, ingat kan pakai ketayap putih, tapi rupa-rupanya rambut dia yang putih ... Biar pi la nak jadi orang muda, dalam kepala duk nampak jawatan MB yang kononnya ditawar UMNO kalau depa join UMNO ... Nak tergelak pun ada pak awang ni dengan sikap Hassan Ali. Ceramah dia bukan main berapi-rapi, nasihat itu nasihat ini, tapi diri sendiri pun macam putar alam jugak rupanya ...

Ni hangpa ubah la pemikiran tu. Balik ke jalan asal, kejalan yang benar. Perjuangan untuk parti, untuk Islan bukan perjuangan untuk jawatan untuk kuasa atau untuk RM. Awat tak reti-reti sangat ni. Belajar masing-masing tinggi, tapi otak macam letak kat kepala lutut. Ingat lah PRU13 semakin hari semakin hampir. Buat la sesuatu yang boleh buat bagi orang ramai/rakyat/penyokong suka bukan asik nak bergeseran, bertelagah sesama sendiri. Rakyat meluat. Kalau ya nak jawatan, keluar PAS masuk saja mana-mana parti yang cepat dapat jawatan. Senang cerita. Tak payah nak sibuk-sibuk dalam PAS ni, bukan hangpa saja yang rosak, parti juga terbabit sama ...

Tolong jangan rosakkan PAS dengan perangai hangpa tu ...

Kita tengoklah nanti samaada EGM dapat diadakan atau tidak dan tengoklah nanti siapa yang akan ditendang keluar ... TGNA dah kata, "kalau nak berpecah pun, pecah lah apa nak buat" ...


Zahid Hamidi Keliru Tuduh Doa Tidak Baik Nik Aziz Terhadap UMNO

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Zahid Hamidi hari ini menuduh doa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sering memohon kepada Allah supaya memecah-belahkan UMNO kini 'berpatah balik' menimpa Pas menurut laporan Utusan Malaysia.

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Allah telah memakbulkan doa tidak baik Mursyidul Am Pas itu dengan 'mengembalikannya' sehingga terkena batang hidung sendiri.

"Nik Abdul Aziz selalu berdoa supaya UMNO dan Barisan Nasional (BN) berpecah, ini bererti doa tidak baik itu telah berbalik kepada mereka sendiri, Allah telah membalas apa yang beliau sebut dan minta serta ia terkena batang hidung sendiri, mudah-mudahan ia dimakbulkan Allah," katanya.


Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (Kakep) di Padang Sukan Bangunan Zetro di sini hari ini.

Zahid Hamidi sebenarnya terkeliru akibat kecelaruan mindanya terhadap niat sebenar Nik Aziz supaya segera diadakan Muktamar Pas luarbiasa. Niat utama Nik Aziz menyarankan supaya ianya diadakan adalah bertujuan untuk membersihkan segala kekotoran yang ada dalam kepimpinan diperingkat tertinggi untuk menjamin Pas akan terus utuh dan kekal bersih.

Ianya bebeza dengan apa yang terjadi dalam umno yang sudah ketandusan pemimpin bersih dalam parti itu. Semakin kotor pemimpin yang ada dalam Umno makan semakin kuatlah sokongan yang mereka akan raih. Contoh terbaik ialah seperti pemimpin korup yang sewaktu dengan Mat Isa.

Adalah amat penting bagi Pas yang memperjuangkan Islam untuk memiliki pemimpin yang bersih sebagai persiapan awal bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Sekiranya Pas masih memiliki pemimpin yang berkulit hijau tetapi isinya masih kuning merah, hasrat untuk menang besar danb mengekalkan kemenangan yang ada amat tipis.

Dengarlah cakap dan nasihat Nik Aziz tu supaya pembersihan yang total perlu dilakukan sekarang sebelum Pas dibersihkan secara total oleh BN dalam pilihanraya umum yang akan datang. Mana-mana penyakit yang agak kronik yang menysahkan parti tu eloklah diubati sekarang. Ia elok dibersihkan sekarang kerana kalau parti berada dalam suasa yang tidak sihat amat susah untuk nak berlawan nanti. Ada yang berpendapat bahawa masanya tidak sesuai sekarang. Kalau sekarang tak sesuai, nak tunggu nila lagi? Tunggu lepas kalah lagi baru nak ubah atau masih nak menunggu satu lagi sesi muhabalah bersama Umno?

Nik Aziz dah berjaya mempertahankan kemenangan Pas sudah beberapa penggal dan sudah tentu beliau mempunyai formulasinya tersendiri yang boleh dikongsi. Yang lain-lain tu hanya mampu menang sekali itu pun bukan kerana kekuatan Pas sendiri, tetapi kerana isu orang lain. Kemenangan terdahulu pun belum mampu ditebus lagi. Cuba-cubalah rendahkan sedikit ego tu dan belajarlah berubah untuk kemenangan rakyat. Insyaallah kememangan akan memihak kepada Pas nanti.

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails