SELAMAT DATANG

Sabtu, 20 November 2010

Apa perjuangan ZAID yang sebenarnya..???

Kontroversi: Zaid Kuda Trojan, Wajarkah Beliau Undur Diri Jika Benar Dia Memang Ikhlas Dalam Perjuangan Untuk Membela Rakyat Sebenarnya!


Ramai yang terkejut melihat apa yang berlaku kepada Datuk Zaid Ibrahim sebenarnya. Belum pun setahun beliau bersamaParti Keadilan Rakyat (PKR), akhirnya kini dirinya terpelanting dan kemungkinan besar bakal diterajang keluar dari parti itu. Malah, Ketua Umum PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menganggap bahawa Zaid adalah pengkhianat dan merupakan "Kuda Trojan" untuk menghancurkan parti itu.

Soalnya sekarang, apakah benar Zaid memang seperti apa yang diperkatakan?. Bagi penyokong Azmin Ali, kini mereka gembira dan selesa dengan pemergian "insan bernama Zaid Ibrahim" itu sebenarnya. Keluarnya Zaid bukan sahaja memudahkan laluan Azmin untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden. Malah, ketiadaan Zaid itu sendiri dilihat dapat memperkukuhkan lagi perjuangan parti itu dalam usaha untuk menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Zaid kini bukan sahaja dituduh penderhaka, malahan juga dicop sebagai "agen UMNO" yang ditugaskan menghancurkanParti Keadilan Rakyat (PKR).

Namun, biar apapun tuduhan yang dilemparkan kepadanya tetapi Zaid Ibrahim tetap seperti biasa. Terus mengadakan sidang media dan mendedahkan kononnya dia cuba untuk memperbetulkan parti dan ikhlas mahu melaksanakan agenda perubahan. Jika benar, kenapa Zaid haru keluar dan undur diri dari PKR?. Inilah yang memusykilkan rakyat sebenarnya. Malah, tindakan Zaid yang gemar mengadakan sidang media dan secara terbuka menghentam parti dilihat sebagai satu tindakan biadap dan tidak sepatutnya.

Apatah lagi dia sendiri dibawa masuk ke dalam parti oleh Anwar. Maka itu, ramai yang kecewa apabila Zaid begitu berani mengeluarkan kenyataan supaya Anwar dan Azmin harus berundur jika mahu melihat parti itu selamat. Soalnya, selamat untuk siapa?. Apakah selamat untuk berada dalam gengamannya?. Inilah yang menjadi kemusykilan rakyat sebenarnya?.

Apakah Zaid berada dipihak yang benar seperti pendedahannya kepada media?. Jika dia benar, sepatutnya Zaid tidak khianat kepada penyokongnya. Jika dia benar, Zaid sepatutnya tidak mengundur diri dari pertandingan jawatan Timbalan Presiden,letak jawatan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan atau sebagainya.

Tidak Wajar Berundur Jika Perjuangannya Ikhlas

Kini "nasi sudah menjadi bubur" dan dalam sidang medianya hari ini Zaid dengan bangganya mengumumkan pemilihan 16 Disember akan datang sebagai tarikh beliau meninggalkan parti itu. Soalnya sekarang, kenapa Zaid tidak terus mengumumkannya semalam?. Kenapa dia perlu memilih tarikh tersebut.

Apakah benar Zaid "Kuda Trojan" seperti yang disangkan itu agaknya. Zaid yang pernah menjadiMenteri Di Jabatan Perdana Menteri ketika berada dalam kerajaan UMNO BN itu sebenarnya bukanlah seperti apa yang disangka-sangkakan. Ramai penyokong tegas Zaid yang sebenarnya amat kecewa dengan tindakan beliau itu.

Mereka tidak marah Zaid menegur Azmin Ali selaki pesaingnya bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Namun, tindakan Zaid menyuruh Anwar berundur diri seolah-olah merupakan sesuatu yang tidak boleh dimaafkan sebenarnya. Maka itulah, ramai yang berbelah bagi dengan senario yang berlaku terhadap Zaid sekarang ini. Beliau yang diangkat sebagai pemimpin hebat dalam PKR selepas dipecat daripada UMNO dulu, kini bukan lagi seperti yang dijangkakan.

Zaid sepatutnya berterima kasih kepada Anwar kerana telahmemilihnya sebagai calon bagi pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor baru-baru ini. Pemilihan Zaid telah mengecewakan ramai pemimpin PKR setempat, termasuk Dr.Halili yang akhirnya bertindak keluar dari parti itu. Malah, dalam usia politiknya dalam PKR yang begitu muda akhirnya dia diangkat sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan. Maka itu, ramai yang beranggapan sepatutnya Zaid menumpukan perhatiannya bagi memartabatkan perjuangan PKR di Wilayah Persekutuan. Maknanya, belum masa untuk beliau merebut jawatan tinggi dalam parti itu. Kesetiaan perjuangannya masih belum benar-benar teruji.

Namun, kenapa Zaid begitu pelahap dan rakus untuk menawarkan diri bertanding. Sedangkan sebelum ini beliau mengatakan tidak akan bertanding dalam apa jua jawatan dalam PKR. Bukankah ini satu pembohongan yang nyata, menyebabkan ahli PKR sendiri meragui keikhlasannya. Justeru itu, dia tidak sepatutnya berundur diri jika benar-benar ingin meneruskan agenda perubahan. Namun, kenapa Zaid mengambil tindakan tidak popular itu?. Apakah Zaid merasa dia tidak ada membuat kesilapan dalam kempen pemilihan PKR baru-baru ini agaknya?

Zaid Sebenarnya Mulakan Game Terhadap Azmin

Selepas pengumuan Zaid mutakhir ini, ramai yang menganggap beliau kononnya berada dipihak yang benar. Namun, bagi penyokong Zaid, Azmin tetap benar dan lebih layak untuk dianggap sebagai pemimin tertinggi parti itu sebenarnya.

Namun, hakikat sebenarnya masing-masing tidak tahu siapakah yang mencetuskan polimik ini. Bercakap soal penyelewengan misalnya, Zaid hanya mendedahkan tentang Azmin dan apa yang berlaku kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). Kononnya Azmin meletakkan ramai orangnya sebagai petugas JPP untuk memastikan kemenangan berpihak kepadanya dan proksi beliau. Malah, Azmin dilihat kononnya mempengaruhi Anwar untuk memastikan "line-up" beliau menang selesa dalam pemilihan PKR ini.

Namun, sesuatu harus diingat bahawa Zaid sebenarnya juga ada melakukan kesilapan dan kesalahan besar yang tidak disedari. Beliau terlebih dahulu membawa budaya UMNO ke dalam PKR. Amalan, janji manis dan politik wang begitu ketara tatkala Zaid mengumumkan hasratnya untuk bertanding. Malah, ada bukti kukuh yang terdapat Ketua-Ketua Cabang yang sudah menerima habuan dan imbuhan yang dijanjikan Zaid andainya berjaya mencalonkan dan memastikan undi beliau tinggi.

Biarpun mungkin ini cuba dinafikan orang-orang Zaid, namun hakikat sebenar hanya mereka yang mengetahui dan mengalaminya sahaja lebih mendalaminya. Mungkin dek kerana "politik wang" yang dimainkan oleh Zaid menyebabkan Azmin dan penyokongnya mula gentar. Lantaran itu, jalan terbaik ialah menggunakan "taktik kotor" seperti mempengaruhi Anwar dan juga JPP. Inilah yang berlaku akhirnya, satu perjalanan pemilihan yang jelas diragui kesahihannya serta penuh dengan penipuan seperti apa yang dikatakan oleh Zaid itu sendiri.

Soalnya sekarang, apakah Azmin tidak menggunakan taktik yang sama?. Ia juga ada, namun jumlahnya tidak sehebat Zaid. Malah, Azmin dilihat lebih "bermewah-mewah" apabila menampilkan imej hebat dengan buku manifesto, sticker, bookmark, poster, bunting serta lain-lain barangan yang digunakan untuk memancing undi. Bahkan, hinggakan ke hari pengundian pun orang-orang Azmin masih mengedarkan barangan tersebut. Soalnya, dari mana Azmin mendapat wang sebanyak itu untuk menyediakan segalanya?.

Melihat kepada buku manifestonya sahaja, mungkin nilainya cukup hebat. Maknanya, kedua-dua pemimpin terbabit sebenarnya bermain dalam "game" yang sama.

[Melihat kepada senario yang berlaku ini jelas sekali Azmin berjaya melakukan pukulan "smash kencang" yang membolehkan beliau menang "straigt set" terhadap Zaid. Inilah yang mengecewakan penyokong Zaid, beliau tewas kepada "game" yang dimulakan sendiri. Oleh yang demikian jugalah, Zaid sepatutnya tidak berundur dari medan pertarungan. Beliau harus menerima hakikat tersebut dan bukannya mencanangkan kononnya dia berada di pihak yang benar dalam apa yang berlaku ini. Namun, harus diingat juga bahawa Azmin Ali tidak semestinya berada dipihak yang benar selagi JPP itu sendiri dilihat masih gagal meyakinkan ahli-ahli PKR itu sendiri. Maknanya, yang menang tidak semestinya benar dan yang kalah tidak semestinya salah. Justeru itulah, para penyokong kedua-dua pemimpin terbabit tidak perlulah terlalu emosi dalam hal ini. Biarlah jalan penyelesaian terbaik diambil agar keutuhan PKR dan perjuangan rakyat itu tidak terpalit dengan segala kemelut ini].

http://pahangdaily.blogspot.com

Rakaman Pidato:Anwar Ibrahim Pengemudi Zaman




Kedai Tutup: Presiden MCA salahkan Aidil Adha; Awat Chua Soi Lek Jadi Bengong ?



Kata Presiden MCA Chua Soi Lek yang juga 'bekas pelakon filem porno' dalam twitter nya seperti yang dilaporkan Harakahdaily Kedai Tutup: Presiden MCA salahkan Aidil Adha;

Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sekali lagi cuba mencetuskan isu untuk membelasah PAS semalam apabila mempersoalkan mengapa kebanyakan kedai di Kota Bharu tutup sempena sambutan Aidil Adha.

“Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,” soal Chua di Twitter walaupun sememangnya umum diketahui bahawa sambutan Hari Raya Haji di Kelantan dan beberapa negeri lain adalah jauh lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri.

Kenyataan bekas Menteri Kesihatan yang pernah terpalit dengan skandal seks apabila videonya dengan seorang wanita tersebar di khalayak ramai, menerima kritikan keras daripada ahli parlimen Batu, Tian Chua yang menyelar Chua cuba menjadikan cuti sambutan Aidil Adha sebagai satu isu.

Kenyataan Chua turut dibidas oleh para pengikutnya di Twitter sehingga beliau dituduh sebagai seorang ahli politik yang bangkrap idea.

“Reportlah polis. Minta suruhanjaya diraja. Buat demo ke,” cabar seorang pengguna Twitter Noor Azam yang juga kelihatan tersinggung dengan kenyataan Chua.

Ini bukan kali pertama presiden MCA itu menonjolkan kedaifannya terhadap hal-hal berkaitan Islam.

Pada bulan Ogos yang lepas, Chua telah menimbulkan kontroversi apabila mengatakan antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam.

Beliau turut mendakwa pertarungan keIslaman antara Umno dan PAS sebagai punca utama negara terperangkap dalam golongan negara berpendapatan sederhana untuk sedekad yang lalu.-Harakahdaily.

Semasa prk Galas yang lalu penyokong Umno kata Dap sebagai 'kafir harbi' sedangkan pemimpin MCA yang acapkali hina Islam pemimpin Umno hanya berdiam diri tak berani nak kata apa terhadap kelancangan pemimpin MCA hina Islam. Umno lebih takut hilang undi bukan Islam daripada melihat Islam dihina dan dinjak-injak oleh komponen Bn sendiri.

Badan Peguam Antarabangsa Mahu Putrajaya Mansuh ISA



Institut Hak Asasi Manusia Persatuan Peguam Antarabangsa (IBAHRI) menggesa kerajaan Malaysia memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang berusia lima dekad, atas alasan penggunaannya melanggar lunas perundangan dan hak asasi manusia di sebuah negara demokrasi.

Badan antarabangsa itu berkata, perbicaraan ke atas blogger berkontroversial Raja Petra Kamarudin , yang dua tahun lalu ditahan di bawah ISA, menunjukkan Malaysia menggunakan undang-undang sedemikian bagi mengekang kebebasan bersuara.

Penggunaan ISA oleh Malaysia telah menghalang hak-hak individu untuk mempertahankan diri dan selain meletakkan kuasa arbitari mutlak pada pihak kerajaan, kata Martin Solc, pengerusi bersama IBAHRI yang berpejabat di London, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

“Proses yang sewajarnya dan hak-hak untuk mempertahankan diri adalah komponen penting lunas perundangan, yang merupakan asas bagi sesebuah negara demokratik,” kata beliau.

Sehubungan itu tegas beliau, sebagaimana ditunjukkan oleh laporan perbicaraan Raja Petra, akta berkenaan mengekang kebebasan bersuara.

IBAHRI baru-baru ini menghasilkan laporan bertajuk “Malaysia: The Delicate Balance Between Security and Due Process”, yang boleh diperoleh dari laman www.ibanet.org, berdasarkan pemantauan terhadap penahanan dan perbicaraan editor Malaysia Today itu.

Dalam ringkasan laporan, persatuan itu mendakwa ISA kini digunakan untuk menahan seseorang untuk tempoh yang tidak terhad, mengekang hak seseorang untuk melalui proses perundangan sewajarnya dan perbicaraan adil, menghukum seseorang bagi kesalahan yang bukan ditahan awalnya dan mereka yang ditahan pula tidak dibicarakan.

IBAHRI, yang sebahagian daripada Persatuan Peguam Antarabangsa (IBA) yang berusia 63 tahun mempunyai 40,000 ahli di seluruh dunia berkata, telah menghantar saranan agar ISA dikaji semula tetapi mahu pentadbiran Najib memansuhkan undang-undang itu.

Kumpulan itu berkata, tindakan sedemikian akan memastikan kesemua rakyat Malaysia dilindungi daripada salah guna akta sedemikian, yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa.-The Malaysian Insider.

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T





Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba’.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.

Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.


MEMALI 25 TAHUN


بسم الله الرحمن الرحيم



Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara tokoh yang akan mewarnai sambutan Majlis Memperingati 25 Tahun Memali.

Setiausaha Pemuda PAS Kedah, Ustaz Mohd Rosli Azmi berkata, perasmian majlis tersebut akan disempurnakan Tuan Guru Abdul Hadi, malam ini, jam 9 malam. Turut menyampaikan ucapan ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi dipetik Harakah Daily Online.

Manakala Anwar akan mengisi pentas pidato pada hari kedua program, 20 November bersama Timbalan Pesuruhjaya I dan Ketua Penerangan PAS Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

Pada malam terakhir, ceramah akan disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani dan Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.


para syuhadah memali

Pelbagai acara akan dilangsungkan sepanjang majlis tiga hari itu antaranya konvoi Pemuda, persembahan nasyid dan pentomen, tahlil perdana, acara Pasti, Klinik Smart Solat, Ijtimak Ulama dan Guru-guru Pondok serta Ijtimak Pelajar Memali.

Turut diadakan juga adalah pameran Memali dan Pendidikan Islam Kedah, kaunter pemeriksaan kesihatan dan perubatan percuma, kaunter daftar pemilih, kaunter keahlian PAS dan Sukarelawan Pemuda PAS Kedah serta gerai-gerai jualan.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir ke program tersebut yang akan dilangsungkan di Madrasah Islahiah Diniah dan perkarangan rumah As-syahid Ustaz Ibrahim Libya di Kampung Memali.- tvs

Note: Inilah salah satu diantara kerja mulia umno terhadap umat islam Malaysia. Ingatlah para penyokong umno.. anda semua turut mendapat saham. anda akan dituntut di akhirat nanti.


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Rabu, 17 November 2010

BANJIR DAH KERING, RAKYAT BASAH DI KENCING UMNO

بسم الله الرحمن الرحيم
ADUN dan AP BN ambil peruntukan negeri Kedah

Maklumat yang diterima mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan belum menghulurkan apa-apa bantuan secara rasmi di negeri itu.

Malah berlori-lori makanan, sardin, minuman, beras, kopi, gula, tikar, susu, pampers dan lain-lain barang keperluan mangsa yang diangkut oleh pihak YB Johari Baharom Ahli Parlimen Kubang Pasu, YB Zaini Japar ADUN Bukit Kayu Hitam, Sahlan (wakil PM), YB Bashah Hanipah ADUN Bakar Bata dan beberapa orang ADUN Barisan Nasional dari pusat pemindahan hadapan di daerah-daerah adalah dibeli dari peruntukan kerajaan Negeri Kedah.

Baru hari ini kerajaan persekutuan mengedarkan borang bagi tujuan pemberian bantuan dan dijangka akan dipertimbang untuk bayaran selepas Eidul Adha.

"Takpalah jika ADUN BN pun ambil barang kerajaan negeri Kedah. Semuanya untuk rakyat Kedah. Tapi janganlah pakat dengan wartawan TV3 dan RTM membohongi rakyat mengatakan ianya dari Kerajaan Persekutuan" kata seorang Penghulu.

"Maknanya selama banjir di Kedah, belumlah ada bantuan dari Najib, Muhyiddin dan Kementerian Pembangunan Masyarakat dari KL. Setakat hari ini 14 November 2010 semuanya masih dari Kerajaan Kedah" kata bekas Pegawai Kewangan Negeri Kedah.

Nampaknya wartawan yang membuat liputan di tempat banjir, beritanya didapati palsu bilamana dia mengatakan Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi keperluan makanan dan lain-lain dengan menggunakan peruntukkan persekutuan

- alkerohi.blogspot.com

Note: kah..kah..kah..kah.. hidup umno...!!!!

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails