SELAMAT DATANG

Sabtu, 5 September 2009

Nasrudin jawab tulisan Zaid

KUANTAN, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan menegaskan Pemuda PAS pimpinannya tidak anti hiburan sebagaimana yang digambarkan oleh Datuk Zaid Ibrahim dalam tulisannya baru-baru ini.

Apa yang dibantah oleh beliau adalah budaya leka yang dibawa oleh penyanyi dari barat berkenaan.

Zaid Ibrahim, bekas menteri ketika di dalam Umno dan baharu sahaja menyertai PKR baru-baru ini dalam tulisannya telah mempersoalkan tindakan Pemuda PAS yang mendesak supaya konsert Micheal Learns To Rock yang akan diadakan di Genting Highland dibatalkan.

Bagi Zaid PAS sepatutnya lebih menonjolkan keupayaan membuat keputusan dan mentadbir dengan lebih harmoni, lembut dan mengambil kira semua aspek kehidupan.

Ustaz Nasrudin dalam reaksi balasnya menyifatkan Zaid gagal memahami risalah yang cuba dibawa oleh Dewan Pemuda PAS. Nasrudin bertegas bahawa PAS bukan anti hiburan.

Sebaliknya, ujar Nasrudin, apa yang dibantah oleh Pemuda PAS adalah budaya leka dan alpa, cara berpakaian dan tarian yang keterlaluan, pergaulan bebas serta lagu yang lebih banyak bertemakan nafsu-nafsi.

Bagi Nasrudin, hiburan sepatutnya bersifat menyegar dan menyuburkan, menggembirakan hati yang sedih serta memberi kepuasan yang abadi.

Bukanlah hiburan yang menawarkan keseronokan timbul-tenggelam, malah tambah Nasrudin cara ini akan membuat jiwa terus hanyut dibuai fantasi.

Dalam kenyataannya, Nasrudin sempat menjelaskan bahawa motif utama bantahan Pemuda PAS adalah kerana penganjuran konsert tersebut dibuat dalam bulan Ramadhan.

Nasrudin mengaku yang hiburan adalah positif tetapi jika ia dibuat tanpa mengira masa, maka ia akan menjadi keterlaluan.

Nasrudin percaya bahawa apa yang ingin disampaikan oleh Pemuda PAS bukanlah sesuatu yang sukar untuk difahami, apalagi oleh orang seperti Zaid Ibrahim.

Nasrudin secara jelas merumuskan yang peranan beliau bersama-sama rakan pimpinan dalam Dewan Pemuda PAS adalah untuk menghidupkan jiwa anak muda dengan nilai-nilai baik dan moral, di samping beliau sendiri dan rakan pimpinan mampu memperoleh manfaat ilmu secara tidak langsung.

Dalam pada itu, janji beliau, Pemuda PAS tidaklah pula menentang hiburan secara membuta-tuli.


Jumaat, 4 September 2009

PRK lagi..; ADUN BN Bagan Pinang N.9 meninggal dunia | PKFZ

N31 BAGAN PINANG 2008
Jumlah Pengundi: 14,192
Peratusan Kaum: M: 66% C: 10.5% I: 19.9% L: 3.5%

1. Azman Mohd. Nor (BN) (6,430)
2. Ramli Ismail (Pas) (4,097)

Majoriti: 2,333

Jumlah undi: 10,911
Peratus mengundi: 76.88%
Undi rosak: 384
Penyandang: Mohd. Faizal Ramli (BN)
(Majoriti: 4,411 undi)

Nampaknya negara akan menyaksikan satu lagi pilihanraya kecil iaitu pilihanraya kecil yang ke-9 apabila ADUN Bagan Pinang, Azman Mohd Noor meninggal dunia sebentar tadi.

DUN Bagan Pinang terletak di dalam kawasan Parlimen P132 Telok Kemang.

Pada pilihanraya umum yang ke 12, Azman memenangi kerusi tersebut dengan menewaskan Ramli Ismail dari Pas dengan majoriti 2,333 undi. Beliau memperolehi 6,430 undi manakala Ramli pula 4,097 undi.

Kawasan tersebut mempunyai komposisi 66% pengundi Melayu; 19.9% India; 10.5% Cina dan 3.5% lain-lain kaum.

Menurut laporan awal, kematian Azman adalah disebabkan serangan jantung. Beliau dilaporkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang. Azman berusia 55 tahun.

Kerusi DUN Bagan Pinang secara tradisinya adalah kubu BN. Sebelum ini calon BN, Mohd Faizal Ramli memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 4,411 undi. - Mstar

* Jika UmnoBN kalah di sini. Pakatan Rakyat cerah perintah Malaysia selepas pilihanraya umum akan datang.


ADUN Bagan Pinang Azman Mohammad Noor Meninggal Dunia


SEREMBAN, 4 Sept (Bernama) -- Ahli Dewan Undangan Bagan Pinang, Negeri Sembilan Azman Mohammad Noor meninggal dunia di Hospital Pakar Seremban pada pukul 2 petang Jumaat.



NAK TAHU SEJARAH SEBENAR ?

Bismillahirahmannirahim..

Ada komen2 dari pengunjung yang x bernama di posting aku yg bertajuk (UMNGOK KELENTONG FAKTA SEJARAH ) yg mempertikaikan berkenaan UMNGOK bukan pejuang kemerdekaan yang sebenar. Tanpa nama mempersoal separuh angkuh " Saudara tahu ke sejarah sebenar Malaysia ?". Dan ini untuk jawapan dan pendapat aku yg x berapa pandai... Tanpa nama ni terlupa agaknya yg ini zaman internet. Atau sebenarnya tanpa nama sendiri memang x suka ambil tahu tentang sejarah. Melayari internet sekadar nak berchatting kot. So Aku persembahkan petikan video ni untuk tanpa nama belajar sejarah. - ihsan dari Briged Al-Akhdor LR2





Clik Continue Reading utk video seterusnya













PENJENAYAH KUASAI POLIS

Bismillahirahmannirahim..

Dakwaan penjenayah kuasai polis: Sikap KPN dipertikai

KUALA LUMPUR, Sikap Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan yang enggan mengulas tuduhan bahawa beliau mengizinkan penjenayah menguasai pasukan polis menimbulkan persoalan besar terhadap kredibilitinya, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.Malah, katanya lagi, ia juga menyebabkan kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein lebih dipertikaikan.

"Mengapa selepas mengambil alih kerajaan April lalu, Najib dan Hishammuddin terus mengekalkan seorang KPN yang telah begitu lama dipertikaikan kredibilitinya?

"Sama seperti kita mahukan seorang Perdana Menteri yang bersih dan dilihat bersih sejak dari mula Najib menyandang jawatan itu, kita juga mahukan seorang KPN yang bukan sahaja bersih tetapi dilihat bersih.

"Amat mengecewakan apabila hendak melantik KPN yang bersih dan dilihat bersih pun tidak mampu dilakukan oleh kerajaan Najib," kata Salahuddin.

Mengulas lanjut keengganan Musa mengulas pelbagai tuduhan terhadapnya itu, beliau berkata, "itu bukan sifat seorang KPN".

Sepatutnya, kata Salahuddin, Musa.. berdiri tegak untuk menangkis pelbagai tuduhan terhadapnya.

"Umno tidak henti-henti memperlekehkan kenyataan-kenyataan bersumpah yang disiarkan oleh Raja Petra (Kamarudin) sebagai tidak ada nilai, bohong dan sebagainya.

"Kenapa Musa tidak matikan sama sekali pendedahan Raja Petra kalau pendedahannya tidak ada nilai dan bohong?

"Bukankah orang kita terkenal dengan pepatah berani kerana benar?" kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Dalam laman web kelolaannya, Malaysia Today, Raja Petra semalam menyiarkan kenyataan bersumpah yang mengandungi pelbagai tuduhan terhadap Musa.Malaysiakini melaporkan, Musa enggan mengulas tuduhan-tuduhan itu.Walaupun dipadamkan identiti dan beberapa maklumat lain dalam kenyataan bersumpah itu, Raja Petra berjanji akan menyiarkan kesemuanya jika perkhidmatan Musa sebagai KPN disambung semula.Dalam kenyataan bersumpah yang dikatakan dibuat oleh seorang pegawai polis yang pernah menjadi pembantu peribadinya (aide-de-camp atau ADC), Musa dituduh menyebabkan pasukan polis dikuasai penjenayah berikutan hubungannya dengan kumpulan itu.

Pegawai polis itu menuduh Musa membiarkan kepala-kepala penjenayah memanipulasi kenaikan pangkat anggota polis dan penentuan jawatan mereka.Sebagai ADC kepada Musa, kata pegawai polis itu, beliau diarahkan untuk "menyelaraskan arahan mengenai pangkat dan jawatan para pegawai polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh BK Tan".

Laporan sebelum ini mendakwa Tan adalah kepala sindiket jenayah terancang yang menguasai dadah, persundalan, ceti haram dan rangkaian perjudian haram di seluruh Malaysia. Beliau juga didakwa menguasai sistem maklumat berkomputer polis.Pegaawai polis itu juga mendakwa bahawa sesetengah arahan pertukaran dibuat dengan tujuan untuk memerangkap pegawai yang diarahkan berpindah itu.Sesetengah arahan pertukaran pula dibuat untuk memperlihatkan seolah-olah Musa melakukannya dengan tujuan menghapuskan rasuah.

Musa juga dituduh mengarahkan supaya diwujudkan blog tanpa nama pemiliknya untuk menuduh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharum menerima rasuah RM5.5 juta dari tiga kepala penjenayah.Johari pada masa itu ialah Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan dikatakan tidak mempunyai hubungan baik dengan Musa.
Kenyataan bersumpah pegawai polis yang mendakwa pernah menjadi ADC kepada Musa itu juga mengulangi tuduhan bahawa Musa berada di sebalik pakatan jahat ke atas bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Ramli Yusof dan lain-lain pegawai yang terlibat menyiasat beberapa kepala penjenayah.

Ramli dan pegawai-pegawai tersebut sebelum ini menghadapi tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ketika itu dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).Pegawai polis tersebut juga menyatakan beliau pernah memaklum dan mengadukan perkara itu kepada begitu ramai pembesar termasuk Johari sendiri dan bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad.

"Bagaimanapun, tidak banyak yang dapat dilakukan bila perkhidmatan Musa (sebagai KPN) dilanjutkan dua tahun lagi pada Julai 2007 lalu oleh Perdana Menteri sebelum ini, (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu.

"Ia menjadi pengesahan yang sangat kuat bahawa kerajaan berada di belakang Musa sepenuhnya," kata pegawai polis itu dalam kenyataan bersumpahnya.

Menurut Raja Petra, terdapat tanda-tanda bahawa kerajaan mahu menyambung lagi perkhidmatan Musa untuk kali ketiga apabila tempoh perkhidmatannya kini tamat pada 14 September akan datang.

"Ini bermakna kumpulan kongsi gelap Cina akan terus menguasai pasukan polis dan menentukan siapa yang ditukarkan, dinaikkan pangkat, diturunkan pangkat dan dicampak ke dalam penjara.

"Ya, mereka bertindak sehingga ke peringkat mencampakkan pegawai-pegawai polis yang enggan 'berkerjasama' ke dalam penjara. Dan, hari ini, kami mengemukakan bukti mengenainya, " kata Raja Petra._

Rabu, 2 September 2009

ZAMBRY MAMAI - BILA MASA RAKYAT PILIH ZAMBRY

MB haram (Zambry) telah diaibkan oleh penyokongnya sendiri dengan perkataan banner di bawah. Sendiri mau ingat lah.... bila masa rakyat Perak pilih hang!...


Saksi mendakwa pihak polis bertindak lembut ketika meleraikan kumpulan penyokong BN itu di Ipoh pagi tadi.


ADUN Pakatan Dikasari, Empat ADUN Dan Wartawan Ditangkap


Seorang Adun dikasari polis sehingga terpaksa menerima rawatan kecemasan di hospital apabila polis menghalang Sesi Kedua Sidang Dewan Undangan Negeri Perak di Ipoh pagi tadi.

Adun Malim Nawar Keshvinder Singh di pukul di kepala sebelum ditahan bersama dua Adun lain dan seorang wartawan apabila polis menggunakan kekerasan untuk menghalang sidang DUN itu di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Dua Adun lain yang ditahan ialah Datuk Ngah Koo Ham (Setiawan) dan Chan Ming Khai (Simpang Pulai) manakala wartawan yang disasarkan polis ialah dari akhbar Nanyang Siang Pau.

Keshvinder kini terpaksa menerima rawatan kecemasan di hospital.

Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat berkata polis menghalang sidang DUN itu tanpa mengeluarkan warta yang sah sepertimana termaktub dalam undang-undang.

Nizar berkata tindakan polis itu salah dan melanggari undang-undang serta prinsip keadilan.

Nizar berkata Speaker DUN, Sivakumar telah mengeluarkan Surat Pekeliling kepada semua ADUN untuk menghadirkan diri pada sidang DUN hari in, selaras dengan peruntukan undang-undang tubuh negeri.

Walaubagaimanapun, polis, dipercayai atas arahan Umno-BN, bertindak mengadakan sekatan jalan bagi menghalang 28 ADUN Pakatan Rakyat dan Speaker berarak ke Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk bersidang.

Pergelutan berlaku antara ADUN dan pihak polis sebelum polis bersenjatakan pistol mengheret dan menangkap tiga ADUN dan wartawan terbabit.

Nizar berkata Pakatan Rakyat tidak memusuhi polis tetapi hanya menolak taktik Umno-Barisan Nasional untuk menafikan hak rakyat atas keperluan mengadakan sidang DUN itu mengikut keperluan Perlembagaan Negeri.

“Kami meminta polis membenarkan kami berarak ke Bangunan Perak bagi menjalankan tugas kami sebagai wakil rakyat. Jadi kami minta polis turut bekerjasama dengan kami kerana kami adalah dipilih oleh rakyat,” katanya ketika sedang mencuba untuk berarak lebih dekat ke Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Polis bagaimanapun enggan memberi kerjasama dan sebaliknya mengeluarkan perintah melarang sesiapa daripada berada dalam linkungan 30 meter dari pagar Bangunan Perak Darukl Ridzuan.

Sekumpulan penyokong Umno berpakaian serba kuning kemudian berhimpun di sebalik barisan polis. Dengan perlindungan polis, mereka melaungkan slogan pro-istana dan anti Pakatan Rakyat.

Polis seterusnya mengeluarkan arahan untuk menangkap siapa sahaja yang berkeras berarak ke Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Melihat keghairahan polis untuk bertindak kasar ke atas ADUN Pakatan Rakyat, kerajaan pimpinan Nizar mengambil keputusan untuk mengadakan sidang itu di Hotel Heritage yang berhampiran.



Muzik : sejarah & falsafah


Oleh Syed Ali Tawfik Al-Attas


Pada umumnya muzik dilihat sebagai seni untuk hiburan, akan tetapi ia juga boleh dianggap suatu sains yang tersendiri, yang mempunyai mauduknya yang dibahaskan berpandukan kepada manhaj yang khusus baginya.


Terdapat nukilan yang terkenal dari Hikayat Seribu Satu Malam: “Bagi sebahagian orang, muzik umpama makanan; bagi yang lain ia seumpama ubat; dan bagi yang lain pula ia umpama kipas.” Demikianlah kaum Muslimin menganggap muzik. Walaupun kaum Muslimin banyak meminjam dari teori muzik kaum Yunani purba, mereka juga telah menyumbang ke arah menyempurna dan seterusnya mengembangkan lagi sains ini sehingga membawa kepada perasaan sedemikian terhadap muzik.

Sebab itulah Henry George Farmer mengatakan: “Anda boleh menelusuri keseluruhan kesusastraan Yunani dan tidak akan menemui perasaan sedemikian.” Beliau menambah: “Para pengikut Pythagoras telah memberikan pernyataan awal berkenaan faham kerohanian muzik Islam, akan tetapi ia masih kabur dan jauh tersorok di alam pemikiran Yunani.” Menurut faham muzik Islami, muzik bukan saja suatu sains tetapi juga seni, seni yang menghibur, menyuburkan hati, menenangkan jiwa dan yang terpenting, dalam bahasa sufi ia menjadi wasilah bagi menyatakan keasyikkan dan kerinduan terhadap Yang Maha Suci.

Al-Ghazali menegaskan dalam Ihya’nya bahawa muzik (sama’) mampu mendatangkan keasyikan rabbani, melaluinya tercapai hakikat. Beliau cuba menjelaskannya dengan kata-kata berikut: “Hati dan pemikiran halus adalah seumpama lombong rahsia dan khazanah batu-batu berharga. Di dalamnya terdapat jawhar seumpama percikan api yang terdapat dalam besi… Tiada jalan lain yang mengeluarkan rahsianya melainkan dengan mendengar muzik, kerana tiada jalan yang menghubungkan hati selain dari telinga… kerana sebaik saja semangat muzik menyentuh jiwa, ia menzahirkan apa saja yang menguasainya.”

Rasulullah dikhabarkan amat menyukai suara merdu Abu Musa al-Ash’ari dan berkata: “Kamu telah dikurniakan salah satu dari seruling Nabi Daud.” Seperti yang diketahui umum, Nabi Daud memiliki suara yang amat merdu, yang menarik perhatian bukan saja manusia bahkan haiwan sekalipun apabila baginda menyanyi. Ini bermakna bahawa Rasulullah mengetahui nilai dan menghargai bunyi-bunyian yang indah, yang tidak lain dari muzik.

Sebab itulah generasi awal Muslimin amat menghargai keindahan suara manusia. Muhammad bin Abd Rabbihi (860-940) berkata: “Suara yang indah menggerakkan tubuh dan mengalir ke dalam salur darah. Akibatnya darah menjadi murni, hati menjadi tenang, jiwa menjadi galak, anggota badan menjadi resah dan bergerak-gerak. Oleh sebab itu kanak-kanak tidak sepatutnya ditidurkan selepas menangis melainkan dengan muzik dan nyanyian.”

Ahmad Ibn Abi Dawud (m.854) juga berkata: “Aku pernah mendengar nyanyian Mukhariq di istana Khalifah al-Mu’tasim, dan hamper tidak tertahan tangisanku kerana binatang ganas sekalipun pasti akan jatuh cinta terhadap kemerduan suaranya dan menghargai kehebatannya.”

Berdasarkan kefahaman ini, kaum Muslimin mula membina falsafah muzik sekitar kurun ketiga Hijrah. Ia tidak lain dari kesinambungan terhadap sejarah awal muzik yang bermula dengan kedatangan agama Islam itu sendiri. Bermula dengan nyanyian penunggang unta, seterusnya berkembang menjadi nyanyian yang diiringi alat-alat muzik bertali yang dinamakan muwattar, termasuklah alatan yang kelihatan seperti harp yang dipanggil mi’zafah, dan daff (sejenis tamborin). Pada zaman awal tamadun Islam, penyanyi dan pemuzik yang paling dikenali ialah Tuways (m.705).

Sejajar dengan penaklukan yang semakin berkembang, alatan baru beserta dengan jenis-jenis muzik turut dikenali oleh dunia Islam. Ahli muzik kaum Muslimin mula mempelajari nyanyian dan ala-alat muzik yang baru termasuklah lute ciptaan (alat muzik bertali seumpama gitar). Masyarakat Mekah pada masa itu menggunakan sejenis alat muzik yang hampir sama berupa kotak yang ditutupi kulit kambing, walau bagaimanapun lute orang-orang Parsi mempunyai permukaan kayu, dan reka bentuk Parsi ini lama-kelamaan diterima pakai oleh orang-orang Mekah. Di antara ahli muzik terkenal pada zaman ini ialah ‘Azzat al-Mayla (m.705). Antara peminat beliau ialah Abdullah ibn Ja’far, sepupu Rasulullah.

Pada masa yang sama ahli muzik Muslimin juga terdedah kepada karya-karya filasuf yang pada kurun ketiga Hijrah mula membawa masuk teori-teori muzik Euclid dan pemikir Yunani lain ke dalam alam tamadun Islam. Dengan cara ini, falsafah muzik yang ilmiah mula timbul. Pemikir Muslim, termasuk ahli muzik, mula mentakrifkan muzik sebagai sains berasaskan pengamatan sendiri, juga hasil pengaruh Yunani.

Al-Farabi (m.950) adalah ahli muzik-falsafah Muslim yang pertama menulis karangan lengkap berkenaan falsafah dan teori muzik Islami. Henry George Farmer bahkan menobatkan beliau sebagai pengasas falsafah muzik. Falsafah dan teori muzik beliau diguna sehingga ke hari ini dengan bentuk yang pelbagai setelah melalui pengubahsuaian dan pembaikan.

-Hafiz-

Ibu tunggal rakyat Malaysia merempat di bumi sendiri.

Di bawah adalah contoh kes-kes dan masalah yang cuba dibantu oleh Dr Lo'lo'Juga dikepilkan (attached) aktiviti pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini

Pada 9 Jun yang lalu seorang ibu tunggal yang baru kematian suami OKU pada 31 Mei atas sebab komplikasi penyakit kencing manis telah datang ke PKWR untuk mendapat sokongan bagi mendapatkan rumah DBKL. Setelah melihat dokumen Surat Mati suaminya didapati arwah suaminya adalah anak kelahiran Selangor dan oleh kerana arwah adalah OKU walau pun pada saat kematiannya belum berumur 60 tahun, penama/waris layak mendapat RM2500 dari Skim Mesra Usia Emas.


Alhamdulillah semasa mendapatkan maklumat2 yang lebih lengkap terbongkarlah rahsia yang sejak kematian suaminya dia hanya tinggal digerai jualan jajan kepunyaan arwah suaminya sebab telah kena halau dari bilik yang disewa sebab tidak berbayar sejak suaminya terlantar sakit di hospital.




Saya tergerak hati untuk meninjau keadaan tempat tinggalnya dalam gerai yang dikatakan oleh wanita ini. Terkejut besar saya yang dimaksudkan dalam gerai itu sebenarnya adalah bawah payung gerai ditepi kakilima.. Gambar2 yang kami ambil menceritakan keadaan yang sangat memilukan. Inilah kemiskinan bandar yang lebih teruk dari kemiskinan kampung. Tanpa tempat berteduh, tiada tandas/ruang, solat dan urusan harian dilakukan dimasjid atau di bilik2 air restoran. Bila sudah terbongkar barulah wanita tabah ini menangis dan menyatakan betapa sayu dan sedihnya dia. Keluarga yang ada hanyalah bapa tua yang berumur 80 tahun dan sudah terlalu uzur yang tinggal bersama ibu tirinya. Adik beradik pun susah dan tidak dapat membantu. Saya tidak senang duduk selepas meninggalkan wanita ini lalu menghubung terus nombor2 pihak Baitulmal yang langsung mahu membantu walaupun diluar waktu pejabat. Wanita dan anak kecilnya akan ditempatkan dirumah transit Baitumal buat sementara waktu.

Setelah dihubungi barulah diketahui bahawa peruntukan rumah kepada wanita ini telah diluluskan kerana permohonan telah dibuat sejak 2007.. Mungkin kerana dia tiada alamat tetap menyebabkan surat dan pemakluman tidak dapat disampaikan. Insya Allah Isnin 15 Jun staf saya akan bawa dia ke DBKL untuk urusan penempatan.



Disebalik gerai inilah dia dua beranak tidur atas sebuah kerusi malas. Macam mana agaknya jika hujan ribut, tak tergamak saya untuk bertanya. Mujurlah dia datang ke Pusat Khidmat saya untuk minta pertolongan. Mujurlah Staf saya buka mulut untuk bertanya lebih. Mujurlah saya tergerak untuk meninjau sendiri. Jika tidak permohonan wanita malang ini akan terus tersangkut dan entah bila akan diberi perhatian. Ya Allah, ampunkan dosa kami sebab makan kenyang sedang ' jiran ' kami lapar, ampunkan lah kerana kami tidor selesa sedangkan saudara kami kesejukan dan terpinggir ! Ini RM1000 sumbangan awal untuk Puan dari SKIM MESRA USIA EMAS yang juga dibuka untuk OKU anak-anak kelahiran Selangor atau kad pengenalan bernombor 10 ditengah dalam Agenda MERAKYATKAN EKONOMI Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Memang berbaloi sangat SMUE ini terutama boleh membantu wanita tunggal seperti ini. Alhamdulillah.



Anak kecil sangat gembira mendapat ' Teddy Bear" yang dikirimkan oleh anak saya Fawwaz yang dibeli secara borong dan murah dari ' Car-boot-sale ' di Manchester. Barangan terpakai orang menjadi hadiah yang sangat bernilai kepada orang lain pula.


"BERANGKATLAH SAMA ADA RINGAN ATAU BERAT DAN BERJIHADLAH DENGAN HARTA DAN JIWA KAMU DI JALAN ALLAH, YANG DEMIKIAN ITU TERLEBIH BAIK BAGI KAMU JIKA KAMU MENGETAHUI" - AT TAUBAH 41


YB Dr. Lolo Perlu Bantuan

Sempena mengambil barokah Ramadhan al-Mubarak, saya dengan rendah hati menulis email ini untuk membuat rayuan derma bagi membantu Dr.Lo ' lo ' , ahli parlimen Titiwangsa.. Di bawah adalah sebab kenapa beliau memerlukan bantuan daripada kita semua.

1. Kawasan Titiwangsa adalah merupakan kawasan tunggal yang dimenangi oleh PAS di dalam Wilayah Persekutuan, dan ini merupakan sejarah bagi PAS untuk memenangi sebuah kawasan parlimen di tengah ibu kota .

2. Ketika PAS meletakkan calon – Dr Lo’lo’ Ghazali bertanding di Titiwangsa, ramai yang berpandangan bahawa calon PAS bertanding di kawasan tersebut hanya sekadar untuk bertanding, dan memberikan saingan kepada calon UMNO. Manakan tidak, majoriti kemenangan calon UMNO pada 2004 adalah 11,815 undi, daripada hampir 50,000 pengundi berdaftar. Berebut-rebut pimpinan UMNO untuk bertanding di kawasan ini kerana dianggap antara kubu selamat dan kawasan ‘pasti menang’. Baca, Bawah ada lagi......

3. Kawasan Titiwangsa adalah salah satu daripada hanya tiga kawasan majoriti melayu di Wilayah Persekutuan di samping Setiawangsa dan Wangsa Maju.

4. UMNO akan melakukan apa sahaja untuk memenangi kembali kawasan Titiwangsa kerana ianya adalah tapak kepada dua kampung melayu terakhir di Kuala Lumpur , iaitu Kampung Baru dan Datuk Keramat. Titiwangsa juga meliputi kawasan strategik di ibu kota seperti Jalan Chow Kit, Jalan Jelatek, Taman Tasik Titiwangsa, dan Hiliran Ampang.

5. Berbeza dengan kawasan parlimen di luar Wilayayah Persekutuan, kawasan parlimen di dalam WP tiada Dewan Undangan Negeri (DUN). Secara purata ada tiga kawasan DUN dalam satu kawasan parlimen, bermakna biasanya ada 4 orang YB yang menjaga 1 kawasan parlimen. Tetapi bagi kawasan parlimen di dalam WP, seorang YB terpaksa berkhidmat kepada seluruh kawasan tanpa boleh berkongsi tanggungjawab dengan YB peringkat DUN. Dalam kata lainnya, seorang YB untuk pikul kerja yang biasanya dikongsi oleh 4 orang YB.

6. Juga berbeza dengan negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat yang lain, tiada support dan peruntukan kewangan daripada kerajaan negeri dan dewan bandaraya untuk mengurus dan berkhidmat kepada rakyat. Malah Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL banyak memberikan masalah untuk mensabotaj dan memburukkan nama YB yang dipilih rakyat.

7. Unik juga kawasan di dalam WP adalah kebanyakan rakyat yang diberi khidmat bukan akhirnya akan mengundi di kawasan tersebut. Pada hari pilihanraya mereka akan balik mengundi di kampung halaman masing-masing. Begitu juga ketika pilihanraya rakyat yang dikempen kebanyakan adalah berdaftar sebagai pengundi di kampung asal mereka. Ringkasnya, berkempen di ibu kota adalah sebenarnya berkempen bagi pihak seluruh negara.

8. Cawangan-cawangan PAS di ibukota juga bukanlah seperti di kawasan luar bandar yang mempunyai ramai aktivis sepenuh/separuh masa. Maklumlah di ibukota sara hidup mahal, dan kebanyakan orang bekerja sehingga lewat petang / malam. Masa untuk jamaah adalah di hujung minggu, itupun kalau tidak balik ke kampung atau berehat selepas penat seminggu bekerja. Ahli PAS yang duduk di ibukota adalah kebanyakannya seperti rakan kita semua yang sangat sibuk dengan kerjaya.

9. Terlalu ramai rakyat yang miskin dan melarat di ibu kota yang mesti dibantu. Berbelas ribu golongan miskin dan penduduk kawasan setinggan yang mesti dibela. Sejak memenangi pilihanraya 2008 yang lepas PAS Titiwangsa tidak cukup tangan dan sumber kewangan untuk terus membantu golongan yang memerlukan di ibu kota . Antara golongan yang masih dapat dibantu; Orang Kurang Upaya (OKU), Ibu Tunggal, Anak Yatim, Orang Tua Uzur, dan mangsa musibah. Sila baca contoh kisah di bawah dan kisah-kisah yang lain di blog YB Titiwangsa..

10. Sebagaimana kawasan-kawasan lain yang mempunyai wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat, parlimen titiwangsa tidak menerima peruntukan tahunan yang sepatutnya diterima oleh seorang wakil rakyat untuk tujuan kebajikan, khidmat masyarakat, dan projek-projek kecil untuk tujuan pembaikan dan pemulihan setempat. Untuk memahami kritikalnya keadaan ini, sebuah kawasan parlimen yang mempunyai wakil rakyat BN akan menerima antara RM500 ribu hingga RM5 juta setahun untuk tujuan di atas. Wakil rakyat DUN bagi negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat agak bernasib baik kerana masih menerima peruntukan daripada kerajaan negeri, lebih kurang RM450 ribu bagi setiap DUN.

11. Kesannya, wakil rakyat bagi negeri yang tidak dimenangi oleh PR terpaksa menggunakan duit gaji sendiri untuk membiayai Pusat Khidmat Masyarakat masing-masing. Dengan sewa bangunan, gaji staf sokongan, kelengkapan, dan bil air-elektrik – jumlah yang perlu dikeluarkan daripada gaji sendiri (dan simpanan hari tua kadangkala) adalah dalam RM15 ribu sebulan bagi sebuah pusat khidmat yang sangat sederhana. Ini belum termasuk sumbangan-sumbangan kecil perlu diberikan kepada masyarakat setempat yang bertali arus datang meminta pertolongan. Setiap bulan gaji YB habis dibelanjakan untuk khidmat masyarakat sebelum sempat dibelanjakan untuk menyara keluarga sendiri.

12. Kawasan Titiwangsa masih dapat terus bertahan walaupun tenat kerana hasil rayuan infaq dan derma yang terpaksa dicari setiap bulan. Ini adalah tidak sustainable dan akan mendatangkan impak yang sangat buruk sekiranya kita tidak lagi mampu untuk meneruskan khidmat kepada masyarakat dari segi amanah kepada rakyat, imej jamaah daripada pandangan masyarakat, dan paling penting dakwah sebagai pimpinan Islam kepada umum.


Keprihatinan sahabat-sahabat dengan membantu dengan ikhlas akan mengurangkan beban tanggungan Dr.Lo ' lo ' yang baru-baru ini telah diberi ujian oleh ALLAH dengan masalah peparu yang terpaksa dibedah (di IJN) beberapa hari yang lepas dan seterusnya menghendaki rawatan susulan yang agak panjang selepas ini.

Dengan keuzuran yang ada, beliau masih berazam akan meneruskan memberi khidmat kepada masyarakat yang memerlukan, di samping menunaikan janji dan amanah sebagai wakil rakyat yang dipilih setakat dan selama yang diizinkan oleh ALLAH Yang telah menentukan segala-galanya. Beliau redha dengan ujian besar yang terbaru ini. Kita mendoakan agar belaiu sentiasa tabah dan bersabar dengannya.

Oleh itu, sempena Ramadhan al-Mubarak ini, saya amat berharap agar sahabat-sahabat semua dapat menghulurkan tangan membantu setakat yang termampu. Sumbangan infaq boleh disalurkan kepada bank berikut:
Yayasan Prihatin Titiwangsa

Akaun MayBank : 564799106040

Juga saya berharap sebahagian daripada yang membaca email ini akan dapat memberikan infaq secara bulanan dengan membuat standing order kepada akaun bank di atas. Kita cuma memberikan infaq sebahagian kecil daripada pendapatan kita, dan bukannya menyerahkan keseluruhan pendapatan kita untuk tujuan kebajikan seperti dalil ke-11 di atas. InshaAllah dengan standing order yang kita mulakan pada bulan Ramadhan ini akan memberikan kita pahala jariah yang akan berterusan sekiranya kita sampai ajal dalam keadaan standing order ini masih dalam niat untuk diteruskan.

Jika boleh (optional) sila SMS atau buat panggilan ke nombor di bawah bila masukkan infaq anda ke dalam akaun di atas.


Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan saya, Fawwaz ( anak Dr.Lo ' lo ' di UK ) 07747568973.
atau
Bapa saya Dr.Aminuddin Abdul Hamid Karim - 019-3337764
atau
Ibu saya Dr. Lo ' lo ' Hj Mohd Ghazali - 019-2100066

Kami sangat berharap dan sangat menhargai jika email ini dipanjangkan kepada saudara mara dan sahabat handai agar lebih ramai
dapat membantu untuk mendapat ganjaran ALLAH yang berlipat ganda terutama di bulan yang mulia ini.

Alahai Gadis Melayu!





Peserta Gadis Melayu.

Program ubah format ikut selera penonton

APA sudah jadi kepada program realiti Gadis Melayu musim kedua? Program terbitan TV9 yang baru memulakan musim barunya pada 6 Ogos yang lalu seperti lari daripada objektif asalnya mencari sekumpulan gadis yang penuh dengan ciri kemelayuan.

Pada sidang media mengumumkan kemunculan semula program itu, wakil TV9 memberitahu memang wujud perubahan pada program Gadis Melayu kali ini yang berkonsepkan kontemporari dan moden. Seperti yang dijanjikan TV9, apabila program itu memulakan siarannya satu fasa perubahan besar berlaku kepada program berkenaan. Paling ketara, penampilan 12 peserta serta dua hosnya iaitu Sharifah Shawati dan Juliana Evans langsung tidak melambangkan ciri-ciri kemelayuan. TENGOK LAGIIII
Jika pada musim terdahulu, pesertanya kelihatan ayu berbaju kurung tetapi kali ini terutamanya pada episod yang ketiga, tiada lagi baju kurung atau kebaya tersarung pada tubuh pesertanya sebaliknya baju di paras lutut serta seluar ketat menjadi pilihan.

Kenapakah TV9 mahu memodenkan sebuah program unik? Sepatutnya mereka berbangga kerana belum pernah ada mana-mana stesen televisyen mewujudkan program sebegitu. Apabila Gadis Melayu dikontemporarikan, ia sekali gus meletakkan program ini sama dengan program stesen televisyen lain yang mencungkil bakat wanita muda dalam bidang pengacaraan.

Eksekutif Kanan Penjenamaan dan Pengurusan TV9, Zulkarnain Mokhtar, bagaimanapun menjelaskan biarpun musim ini lebih kontemporari tetapi mereka masih lagi mengekalkan ajaran mengenai adat resam serta budaya masyarakat Melayu.

Katanya, konsep program itu diubah bukan atas kehendak stesen sebaliknya mereka mengambil saranan penonton setia Gadis Melayu yang kononnya tidak percaya wanita Melayu bersifat lemah lembut masih wujud pada zaman ini.

JAKIM & JAWI Halang Jemaah Bersembahyang di Masjid Baru Alam Damai

Setelah lebih 10 tahun menghuni di perumahan Alam Damai Cheras, barulah pada tahun 2009 penduduk dapat beribadat di sebuah Masjid yang baru, luas serta indah.

Masjid tersebut telah mula digunakan untuk bersembahyang Jumaat pada 21 Ogos 2009 iaitu sehari sebelum umat Islam memulakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Pada malam itu juga sembahyang Terawikh dilangsungkan.

Dari sejak hari pertama digunakan sampailah kehari ini maka ramailah jemaah yang datang beribadah bukan sahaja dari Alam Damai tetapi juga dari kawasan di sekelilingnya.

Walaupun Masjid yang belum diberikan nama rasmi tersebut belum siap sepenuhnya, namun bagi mereka yang menceburi bidang pembinaan merasakan ianya telahpun layak untuk mendapat Cerrtificate of Practical Completion (CPC) dan Sijil Layak Menduduki. Lagipun sambungan letrik dan air semua telah disempurnakan. Saya pernah terlibat dengan pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan dimana pada tahun 1993 sebahagian daripada pakej Wilayah Selatan di negeri Johor telah dibuka kepada pengguna walaupun kurang daripada 80% siap. Yang penting pada masa itu adalah lebuhraya utama telap siap walaupun kemudahan asas dan aksesori lain saperti parit, pagar, jalan serta jambatan sisir dan lanskap belum siap dengan sepenuhnya.BAWAH ADA LAGI.....

Pada pendapat saya, tahap siap Masjid Alam Damai adalah jauh lebih baik dari itu. Sila lihat kepada lampiran foto yang diambil selepas sembahyang Maghrib pada 21 Ogos 2009.

Tetapi dengan secara tiba-tiba, kami mendapat berita bahawa pihak JAKIM / JAWI dengan alasan tertentu telah memberi amaran kepada ahli jawatankuasa sementara supaya Masjid tersebut ditutup daripada digunakan dengan serta merta. Saya amat berasa simpati kepada ahli-ahli jawatankuasa, Imam, Khatib dan bilal yang telah memberi perkhidmatan secara sukarela tanpa diupah untuk tujuan beibadah kepada Allah S.W.T. semata-mata. Mereka telah diberi amaran berunsur ugutan daripada pihak JAKIM /JAWI saperti akan di penjara untuk tempoh tertentu kerana telah melanggar perintah DYMM Yang DiPertuan Agong. Sedap betul mereka menggunakan nama DYMM untuk justify pemikiran mereka yang sempit. Seolah-olah tidak percaya perkara sebegini boleh berlaku di Malaysia, dan bukannya di Israel atau di negara-negara bukan Islam yang lain.

Salahkah kami untuk bersembahyang jemaah fardu 5 waktu, Jumaat dan Terawikh di Masjid Alam Damai? Kenapa pihak JAKIM / JAWI menghalang umat Islam beribadat kepada Allah S.W.T. di Masjid tersebut?
Bukannya ada unsur-unsur lain yang kami jalankan tetapi semata-mata untuk beribadah sahaja.

Adakah JAKIM / JAWI lebih takut dengan Birokrasi ciptaan manusia daripda perintah Allah sendiri. Sekiranya faktor insuran dan keselamatan yang dibimbangkan oleh mereka, maka kenapa tidak diselesaikan isu CPC atau Sijil Layak Menduduki dengan segera. Sekiranya pihak kontraktor tidak dapat menyerahkan kesemuanya tetapi mengapa tidak diambil sebahagian daripda bangunan Kompleks Masjid yang telah siap? Seterusnya buatlah akur janji dengan pihak kontraktor untuk memanjangkan tempoh liability kecacatan bangunan ke tempoh yang dipersetujui bersama.

Banyak lagi cara penyelesaiannya bagi undang-undang ciptaan manusia sekiranya ada usaha untuk kejalan itu. Tidakkah pihak JAKIM / JAWI melihat berita di TV di mana jemaah-jemaah di negara lain yang masih bersembahyang di Masjid-Masjid yang hampir musnah disebabkan peperangan atau bersembahyang di atas bas, kapal dan keretapi berhenti, di tepi jalan raya yang sibuk dengan lalu lintas, di lorong-lorong pejalan kaki dan sebagainya. Mengapakah isu-isu keselamatan tidak ditimbulkan di negara-negara tersebut? Kitapun tidak payah pergi jauh, contohnya pun ada di Malaysia iaitu keadaan jemaah bersembahyang di lorong-lorong pejalan kaki semasa sembahyang Jumaat di Masjid India, KL.

Apakah pihak JAKIM / JAWI telah buat sekiranya faktor keselamatan di beri keutamaan. Soalan akhir yang saya hendak tujukan kepada pihak JAKIM / JAWI iaitu mengapa sibuk hendak menghalang jemaah daripada bersembahyang di Masjid tetapi apakah tindakan yang telah mereka ambil terhapap orang Islam yang tidak bepuasa di siang hari di Bukit Bintang dan orang Islam yang meminum arak di Kelab Malam Ekslusif?


UMNGOK LEMBU

Bila Melayu Usung Kepala Lembu





Tunjuk perasaan sudah menjadi perkara biasa di negara ini. Begitu juga dengan sepanduk dan kata-kata nesta dan protes yang beraneka ragam. Tetapi dalam tunjuk perasaan oleh sekumpulan Melayu beragama Islam ini ada kelainannya.

Selepas beberapa orang memberi ucapan upacara mengusung kepala lembu di lakukan. Melihat paparan ini macam dalam satu acara keagamaan orang Asli di Afrika pula. Mengenang kepada lembu ini juga teringatlah saya kepada kepala babi yang digantung di pintu pagar rumah orang dan juga kepada kepala babi yang.. diletakkan di dalam surau di sebuah universiti tidak lama dulu.Apakah tindakan mengusungkan kepala lembu itu diambil ilham atas perbuatan mempermain-mainkan kepala babi itu? Apapun sebagai orang Melayu yang sudah pasti beragama Islam rasanya kurang manis bermain dengan kepala haiwan itu. Apa lagi meniru perbuatan yang menjijikkan dan sangat terkeji itu.

Bukan kerana haiwan itu merupakan haiwan suci bagi satu agama, tetapi kepala lembu yang disembelih itu juga sebahagian daripada makanan manusia (Islam) yang halal apakah elok kalau makanan diperlakukan begitu? Apakah sudah tidak ada cara lain untuk dibawa bersama tunjuk perasaan itu? Diharap mereka dapat memikirkan semula tindakan mereka. Fikir dan renunglah sendiri apakah perbuatan ini bertepatan dengan akal budi Melayu beragama Islam dan sesuaikah ia dilakukan dalam bulan Ramadhan al mubarak ini. BACA LAGIII

Harapnya para ulama terutamanya Mufti Perak, Harussani Zakaria dan penceramah Ridhuan Tee Abdullah atau Mohamad Ravi Abdullah dapat memberi pandangan mengenai hal ini seperti mana sepatutnya.

Dekat sebelah ni ialah gambar Ketua Pemuda UMNO Selayang... dia ni salah seorang yang terlibat dalam perhimpunan kepala lembu di Shah Alam...Ketua Pemuda UMNO Selayang..? dok sebok hal dekat Shah Alam apahal..? Tengok dalam rakaman video di atas... mamat ni yang pakai baju kaler merah kusam sebelah kiri... (diakhir rakaman)...

P/S : Pemuda UMNO nie memang Bahalol, nak berlakon jadi orang pas pun agak-agak la... Pakai Serban pastuh Pakai Jeans hahahahaha.. nampak sangat kantoi bangang

BS: Kata kepala lembu tu hanya dibawa oleh org2 yg marah.. tp mamat 2 ekor tu bukan main syok mengusung dan memijaknya. Yang herannya xder pulak FRU atau gas pemedih mata serta pancutan bahan kimia.. Kot ni berlaku kat bawah tanah agaknya sehingga pihak polis tidak mendapat info.


KAMI TUNGGU ZAMRY ESOK!

Tinggal beberapa jam lagi satu lagi sejarah akan tercipta. Sejarah yang bakal menjadi perhatian dunia. Sejarah yang akan menjelaskan apakah benar rakyat didahulukan atau kuasa tanpa memperdulikan apa pilihan rakyat? Sejarah yang akan menyaksikan sekali lagi apakah pihak keselamatan terlalu mengantuk seperti perarakan kepala lembu atau kesawanan seperti dirasuk hantu!

2 September ialah tarikh pilihan Pakatan Rakyat menyelamatkan institusi DUN Perak sekali. Terlalu banyak pencabulan terhadap kuasa rakyat yang disimpan di DUN Perak dan bangunan SUK keseluruhannya. Apakah sidang DUN yang dirancang Pakatan Rakyat esok akan mengeledah dan memunggah segala isi perut DUN Perak dan SUK keseluruhannya ataupun ADUN dan penyokong Pakatan Rakyat akan menjadi mangsa Budak suruhan kudeta- Rahman- dan pasukan keselamatan Bee End?

Jika ADUN Pakatan bersama speaker yang dilucut kudeta- sivakumar- akan merampas kembali kerusi yang kini di "cop" oleh Ganesan atau Pakatan Rakyat terpaksa mencari sebatang pokok lain untuk bersidang. Pokok yang ditanam ketika sidang lalu belum cukup besar untuk menampung persidangan kali ini.

Lita juga menanti apakah akan muncul kembali pendekar semutar - dan samseng kampung dusun bersongkok tinggi seperti dulu? jika mereka muncul...tentunya ada" bahagian" yang menanti mereka lantaran kali ini kita cukup bersedia!



Kita akan melihat sejauh mana kerajaan kudeta bersedia menghadapi sidang kali ini. Pastinya petang ini kawasan SUK akan dikepung lagi. saya akan cuba meninjau jika keadaan mengizinkan. Seelepas ini tentunya bangunan SUK Perak akan terpahat dalam peta minda setiap warga dunia sebagaimana Tanjong Rambutan di Perak yang dikenali sejak zaman P ramlee.

Zamri Kadiaq telah berulang kali dilaporkan memberi ingatan supaya Pakatan rakyat tidak mencabar kuasa mereka.... alahai zamri... apakah beliau tidak ingat apabila Pak Lah mengancam rakyat...rakyat semakin bersemangat... jika tidak ramai yang datang pun mungkin kerana tak dapat cuti sebab dah habis cuti tahun ni... himpunan BERSEH berjaya kerana rakyat menyahut cabaran Pak Lah... inikan pula cabaran Zamri al mangkori....



Secara umumnya rakyat Perak tidak pernah menerima Zamri hingga beliau terpaksa setiap hari memperkenalkan diri sebelum azan maghrib di radio tiga Ipoh...: saya Zamri abd Kadir .. Menteri...... diikuti baca doa berbuka puasa yang telah dihapal anak saya seumur 2 tahun dulu...
Diperingkat awal disiarkan selepas azan namun ditukar sebelum azan mungkin kerana selepas azan orang tutup radio...

Apapun esok bakal terpahat satu lagi sejarah di Ipoh Perak... menguji keadilan pasukan Keselamatan yang khabarnya bertindak mengikut lunas undang undang..., Kalau Zamry betul betul anak Jantan...turun sendiri halang ADUN dan penyokong Pakatan Rakyat esok.Kami Tunggu!!!

anaksengat


Penipuan Dalam Kemerdekaan

Memang pada lahirnya negara kita telah merdeka sejak 52 tahun yang lalu. Rundingan di antara UMNO,MCA,MIC dan Kerajaan British dengan prinsip jus soli memberikan kejayaan kepada bekas kolonial itu. Dengan penerimaan prinsip jus soli, UMNO terpaksa menerima kehadiran bagsa-bangsa lain iaitu MCA dan MIC serta memberikan hak kerakyatan kepadanya. Sebagai imbalannya, MCA dan MIC wajib menerima hak-hak istimewa orang Melayu seperti yang dinyatakan dalam perlembagaan. Dengan begitu, jadilah negara ini rakyat berbilang kaum sepertimana sekarang ini. Masyarakat majmuk yang wujud di negara ini adalah hasil rundingan kemerdekaan itu yang sedikit sebanyak memberikan kesan kepada corak pembentukan politik dan ekonomi negara.

2. Sebelum kedatangan kaum imperialis Barat yang dimulai oleh Portugis pada tahun 1511, Tanah Melayu adalah sebuah negara Islam. Ini terbukti dengan catatan-catatan seperti Batu Bersurat Terengganu yang tertulis hukum-hukum hudud di atasnya yang menjadi asas kepada hukum dan undang-undang negara ini dan ia dipraktikkan dengan baik dengan bukti hasil peninggalan artifak-artifak itu.

3. Namun, seperti yang kita faham, kaum imperialis Barat datang ke Asia Tenggara untuk mendapatkan rempah, lada hitam, dan sebagainya serta menjalin hubungan dagang di samping menakluk negara-negara berkaitan yang seblum itu merdeka dan memerintah dengan sendiri,seperti kerajaan Melayu Melaka,kerajaan Kedah dan lain-lain. Dari kajian terhadap Undang-Undang Laut Melaka, adalah didapati bahawa hukum-hukum Islam mendasari Undang-Undang Laut itu. Ini membuktikan kerajaan Melaka juga mempraktikan hukum Islam dalam pentadbiran kerajaannya.

4. Bagaimana pun dari beberapa kajian yang dibuat, kedatangan kaum imperialis Barat ini bukan dengan tujuan untuk perdagangan, tetapi mereka membawa satu misi untuk menghapuskan pengaruh Islam yang sedang bertapak kuat di negara kita dan di sebahagian besar Nusantara termasuk Filiphina Selatan dan Indonesia. Di samping menjajah, mereka menyemaikan kebudayaan Barat dan agama kristian terhadap negara yang dijajahnya. Proses kristianisasi itu berjalan terus, sehingga akhirnya ia berakar umbi disamping kebucayaan dan cara hidup Barat di negara kita.

5. Apabila Inggeris ingin memberikan kemerdekaan kepada kita, mereka sudah pun memastikan Islam tidak akan bangkit lagi dan tidak akan berkuasa lagi di negara ini, barulah sesuatu negara itu dimerdekakan. Sebab itu bila kita dimerdekakan kita dilengkapkan dengan Perlembagaan Persekutuan yang hanya menyebut Islam sebagai agama rasmi negara, bukan Islam sebagai undang-undang negara. Pejuang-pejuang kemerdekaan mungkin menyedari hakikat ini, namun mereka menerima syarat-syarat kemerdekaan itu kerana mereka juga sudah di"baratkan" dan hanya menerima Islam sebagai agama rasmi dalam juzuk-juzuk tertentu sahaja. Islam tidak lagi memerintah sebagaimana sebelum kita dijajah.

6. Dengan demikian, kemerdekaan yang kita perolehi itu adalah satu kemerdekaan yang artificial, kemerdekaan yang hanya indah khabar dari rupa, namun sebenarnya kita dipaksa menerima sistem dan pemerintahan Barat, di samping raja-raja Melayu yang hanya berkuasa dalam bidang tertentu sahaja. Inilah kemerdekaan yang telah kita rayakan sejak 52 tahun dahulu. Inilah juga kemerdekaan yang kita bangga-banggakan itu. Apakah benar kita sudah merdeka? Apakah kita dapat mengembalikan Islam ke tempat asalnya sebagaimana sebelum kemerdekaan?

Islam telah mengajar kita jauh lebih maju dari apa yang dicatat oleh Abdullah Munsyi sebenarnya. Bahkan Professor Syed Naquib misalnya menyatakan kita telah mengetahui dan telah belajar menulis dan membaca melalui kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Kita telah mengenal abjad alif ba ta dan membaca alFatihah dan AlQuran sebelum kedatangan Inggeris dengan alat cetaknya. Apakah huruf-huruf Arab itu bukan huruf?.

Apakah hanya abc sahaja baru diiktiraf sebagi huruf abjad? Jadi, apakah Islam atau Baratkah yang telah mencerdikkan ummat Melayu ini? Inilah sebenarnya penipuuan sejarah yang sedang kita lalui. Sebab itu sebahagian ulama yang faham keadaan ini menentang kemerdekaan yang di taja oleh Tungku, MCA,MIC dan Inggeris itu. Dan mereka menganggap negera ini belum merdeka sehingga Islam didaulatkan kembali sepertimana zaman sebelum penjajahan dahulu. Atau apakah makna sebenar kemerdekaan itu?


AlKundangi,

Kota Siputeh : SPR Dan Keseluruhannya Memang Celaka


Fakta - Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR dalam mesyuaratnya hari ini, sebulat suara memutuskan ADUN Kota Siputeh itu tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut di dalam dua penggal yang berbeza, bukan dua mesyuarat di dalam satu penggal yang sama.

"Setelah meneliti dokumen dan mengkaji fakta yang dikemukakan kepada SPR serta kedudukan undang-undang yang berkaitan, pada menjalankan kuasa di bawah Fasal (5) Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, surat cuti sakit yang dikemukakan oleh ADUN Kota Siputeh, diterima oleh SPR bahawa kegagalan beliau menghantar surat cuti sakit kepada Speaker lebih awal tidak menjadikan surat cuti sakit itu terbatal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Aziz berkata sebelum Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman digunakan, ia terlebih dahulu perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan.

Mengenai surat pemakluman daripada Speaker DUN Kedah, Abdul Aziz menjelaskan bahawa Abu Hassan telah diberi peluang untuk menjelaskan sebab sebenar ketidakhadiran beliau dalam sidang itu.

"SPR telah meneliti surat daripada beliau yang memohon maaf kerana tidak dapat hadir dalam Sidang Dewan pada 9 Ogos 2009. Bersama surat itu dilampirkan surat cuti sakit daripada doktor yang mendapati beliau tidak sihat untuk menjalankan tugas selama dua hari iaitu dari 9 hingga 10 Ogos.

"Turut diteliti ialah kenyataan beliau bahawa beliau telah menghantar sms (khidmat pesanan ringkas) kepada Ketua Pembangkang untuk memaklumkan mengenai ketidakhadiran itu kerana sakit dada," katanya.


(Speaker sebenarnya memaklumkan sahaja kepada SPR mengenai kekosongan kerusi DUN itu kerana penyandangnya tidak mengikut peraturan. SPR pula mengisytiharkan kerusi itu kosong dan menguruskan PRK di situ. Itu sahaja.

Tapi bila SPR melampaui keputusan speaker, tambahan pula kerusi itu milik BN, bertambah kuatlah sangkaan umum bahawa ‘SPR adalah celaka dan kuda tunggangan BN.')

http://bloglistpolitik.blogspot.com/

LAGU NEGARAKU, MERDEKA DAN UMNO PENIPU


LIMA PULUH TAHUN TERANG BULAN (LAGU NEGARAKU) TERBARAI

KAH KAH KAH ! Semuanya sedang terbarai. Retak, pecah akhirnya terbarai. Ketika saya menulis ini muzik latar yang mengiringi ketikan jari saya di lap top ialah putaran muzik Memula Moon versi paling terbaru. Ini versi rap rock parodi counter culture yang cool lagi menggiurkan. Tiga helai bulu ari dan tiga helai janggut untuk anak muda yang merekonstruksi Memula Moon.

Memula Moon a. k.a Terang Bulan a. k.a Negaraku a. k.a Negara Kuku kini menjadi top hit yang hampir mencecah satu juta pendengar dan puluhan ribu memberi komen. Angka-angka ini kelihatan terus melonjak. Ratusan ribu Mak Cik Felda dan Pak Cik Teksi, di seluruh negara; dari Perlis hingga ke Mersing yang tidak “connected” sedang tertanya-tanya - Negara Kuku itu apa? Tiga helai lagi bulu ari untuk Namewee.

Saya telah lupa entah berapa kali saya telah menulis tentang lagu Terang Bulan ini. Semenjak saya di Universiti Malaya dalam tahun 70an lagi saya telah menulis dan menerangkan apakah dia si Terang Bulan ini. Saya tidak akan lupa bagaimana Concorong Republik Indonesia Bung Karno telah memainkan lagu Terang Bulan ketika Konfrontasi (1963-64).

Terang Bulan dimainkan di concorong. Concorong? Apa jadahnya concorong ini? Untuk mereka yang lahir pada zaman Firaun concorong adalah perkataan Melayu untuk radio. Perkataan ini telah saya pelajari sebelum.. saya belajar sains dan maths dalam Bahasa Inggeris.

Bung Karno memainkan lagu Terang Bulan di Radio Republik Indonesia untuk memperlekehkan Tengku Abdul Rahman seorang budak suruhan Inggeris yang tidak berupaya membuat lagu kebangsaan sendiri. Memang tepat anggapan Bung Karno ini. Bagaimana sebuah negara yang mengelar diri mereka “merdeka” tetapi lagu kebangsaan pun di ciplak.

Kah kah kah. Selama 50 tahun penjiplakan ini telah disorok di bawah kopek United Malays National Organisations. Betapa besar pun kopek Rafidah dan kopek Sharizat, penjiplakan ini akhirnya diketahui umum. Memula Moon akhirnya tertonjol keluar apabila kopek-kopek United Malays National Organisations yang semakin mengecut.

Pada satu ketika dahulu lagu Terang Bulan opps… Negara-ku ini dimainkan di panggung wayang. Ini pun ketika saya belum belajar sains dan maths dalam Bahasa Inggeris. Awalnya Terang Bulan dimainkan sebelum filem bermula. Kami kanak-kanak seperti biasa dibuli agar bangun berdiri “kunoon” sebagai contoh rakyat patriotik. Kemudian, entah apa berlaku Terang Bulan dimainkan apabila filem selesai diputar. Akhirnya hingga ke hari ini satu hampeh pun tidak ada lagi. Warga satu Malaysia telah bosan dengan Terang Bulan.

Sebenarnya pada ketika itu dalam panggung wayang tidak sesiapa yang ambil pot apabila Terang Bulan berbunyi dan bendera Star and Stripes opps salah lagi… apabila bendera Tanah Melayu berkibar. Kami anak-anak sekolah sahaja yang berdiri kerana takut (sic) kalau-kalau cik gu ada sama di dalam panggung. Pak Cik, abang dan kakak langsung tidak ambil pot apabila Terang Bulan berbunyi.

Semua ini berlaku ketika beberapa tahun sesudah British meninggalkan Tanah Melayu. Ini di era Firaun belum menjadi MahaFiraun. Ini di zaman surat beranak Mahathir masih di tulis son of Kutty. Ini sebelum Razak Hussein dapat berkenalan dengan Sarimah. Ini pada zaman adanya joget lambat selepas perkahwinan anak wakil rakyat Pas.

Zaman yang saya katakan ini ialah zaman sebelum kita semua boleh menggoogle. Zaman sebelum Mahazalim dan Mahafiraun menjadi santapan bacaan. Zaman sebelum blog wujud dan menyusahkan Utusan Malaysia dan RTM.

Kini kita telah memasuki zaman pasca moden. Semuanya boleh. Naratif induk tentang dunia ini di wujudkan oleh tuhan dalam masa tujuh hari telah dipersoalkan. Meta naratif tentang Adam dan Hawa kini boleh dibincang dan dilihat sebagai metafora.

Semua naratif boleh di persoalkan. Semua naratif telah berkecai dan terbarai. Tidak wujud lagi pemusatan hegemoni naratif yang menjadi ikutan umat manusia. Kita semua telah “connected” - manusia pasca moden hanya perlu menggoogle untuk mengetahui apa sahaja maklumat dalam dunia ini.

Kerana itu saya dapat mengetahui bahawa Terang Bulan, Negara-ku, Negara Kuku berasal dari lagu Memula Moon. Jika tidak percaya apa yang saya tulis sila google perkataan Memula Moon. Tidak percaya lagi? Sila google perkataan Negara-ku. Masih was was, sila lawati YouTube. Di sini dapat dilihat bukti-bukti sahih tentang asal usul Negara Kuku. Bukti ini boleh kita semua dapati tanpa perlu berhubung dengan Ghani Patail atau merasuah sesiapa untuk mendengar alunan gesekan biola Memula Moon.

KAH KAH KAH. Lima puluh tahun Projek Malaysia telah terbukti semakin gagal. Apa yang sedang kita semua lihat dan baca hari ini adalah manifestasi dari kegagalan Projek Malaysia. Projek Malaysia ini tidak bertiang, tidak berpaksi dengan kebenaran. Projek Malaysia tidak berdiri di atas fakta sejarah. Projek Malaysia berdasarkan kong kali kong dan klentong demi klentong. Tutup lubang gali lubang.

BUKTI PERTAMA – Malaysia BUKAN 50 tahun. Hari Malaysia BUKAN 31 Ogos. Projek Malaysia bermula pada 16 September 1963. Sila google untuk kesahihan fakta ini. Jika TIDAK percaya sila pergi tanya Mat Sabah atau Minah Serawak. Dua wilayah ini memasuki Malaysia pada 16 September 1963 BUKAN 31 Ogos 1957.

BUKTI KEDUA - Tuntutan MERDEKA adalah projek dan tuntutan Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Merdeka BUKAN projek United Malay National Organisations. Projek United Malay Organisations ialah HIDUP Melayu. (macamlah Tanah Melayu tak ada oksigen)

BUKTI KE TIGA - Kemerdekaan di capai tanpa tumpah darah. BOHONG. Penyokong dan anggota Parti Komunis Malaya, PKMM, Angakatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS), Hisbul Muslimin, Malayan Democratic Union adalah di antara ribuan anak bangsa yang telah mengangkat senjata melawan penjajah British.

BUKTI KE EMPAT – Lagu Negara-ku bukan lagu hasil ciptaan warga Tanah Melayu. Lagu ini adalah ciptaan penyair dan komposer Perancis yang bernama Pierre Jean Berager yang lahir pada kurun ke 19. Beliau yang menulis muzik lagu Memula Moon a. k.a Negara-ku.

BUKTI KE LIMA - Warna bendera Malaysia yang wujud hari ini tidak ada sangkut paut dengan budaya dan asas bumi ini. Bendera yang ada pada hari ini adalah ciplakkan dari bendera Amerika Syarikat. Bendera Langkasuka tamadun Melayu di Lembah Bujang ialah Merah Putih. Warna merah putih ini berkibar sebagai bendera negara Indonesia, Singapura dan di pakai oleh United Malays National Organisations sendiri.

Kah kah kah. Semuanya terbarai kerana kita semua boleh menggoogle, membaca, menulis dan menonton laman-laman web tanpa disaring oleh hegemoni daulah. Terima kasih Ronald Reagan yang telah menghadiahkan internet kepada dunia. Tiga helai bulu ari untuk arwah Ronald Reagan.

Justeru jangan hairan kenapa bendera Malaysia hari ini tidak berkibar. Di rotan, di paksa dan disaman pun orang ramai TIDAK ambil pot. Rakyat telah muak dengan pembohongan demi pembohongan. Projek Malaysia yang penuh dengan klentong telah kelihatan gagal. Naratif Malaysia kini sedang di cabar oleh maklumat- maklumat yang bergantang-gantang keluar dari internet.

United Malays National Organisations yang terus bersikap esklusif dan possesive tentang Merdeka kelihatan terpencil bersendirian. Mereka memukul gendang maka mereka sahajalah yang berjongeng. Sikap dan perangai United Malays National Organisations yang eksklusif dan tidak demokratik ini pasti akhirnya akan membosankan rakyat Sabah dan Serawak.

Tidak menghairankan satu ketika nanti rakyat Sabah dan Serawak akan menghidupkan kembali cita-cita asal perjuangan mereka untuk menubuhkan negara merdeka Kalimantan Utara – penyatuan Sabah Serawak dan Brunei. Fakta Kalimantan Utara ini juga telah cuba disurukkan di bawah kopek. Tetapi dengan wujudnya internet semua fakta akan muncul dengan bantuan Pak Cik saya yang bernama Lebai Google bin Mat Yahoo.

Bila rap Terang Bulan terus berputar di lap top saya tersenyum puas. Saman? Tangkap anak muda yang mengkonstruk Memula Moon? Rotan dia? Masukkan dalam penjara? Poorah. Hanya seorang sahaja yang berhak menyaman iaitu manusia yang bernama Pierre Jean de Beranger. Saman dari kaum keluarga Jean Beranger wajib disampaikan kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang masih menganggap lagu Memula Moon ini sebagai lagu Negara-ku.

Apakah saya seorang pengkhianat bangsa kerana menulis perkara-perkara ini? Apakah saya tidak patriotik? Sila google dan baca apa kata Mark Twain tentang patriotik. Pengkhianat bangsa? Dalam negara yang penuh dengan kelentong, lebong, torak , penipuan dan pembohongan bercakap benar adalah satu tindakan yang revolusioner. - Hishamuddin Rais.

SPR putuskan tidak ada kekosongan di Kota Seputeh

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Sept: Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memutuskan tidak ada kekosongan di Dun Kota Seputeh, Kedah walaupun Speaker Dun Kedah memohon pilihan raya diadakan di kawasan itu.

"SPR juga memutuskan bahawa kerusi Adun Kota Siputeh masih disandang oleh Datuk Abu Hassan Sarif yang beliau menangi dalam pilihan raya umum ke-12 yang lepas," kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat petang tadi.

Speaker Dun Kedah, Dato' Dr Abdul Isa Ismail, menghantar surat kepada SPR memaklumkan kekosongan di kerusi itu berikutan kegagalan Adunnya, Dato' Abu Hassan Sharif menghadiri dua kali sidang Dun secara berturut-turut.

Mengikut peraturan dalam Dun Kedah, mana-mana Adun yang gagal menghadiri sidang Dun dua sessi berturut-turut tanpa kebenaran dari Speaker akan hilang kerusinya.



Dalam ulasan spontannya, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, keputusan ini membayangkan sikap sebenar badan yang dikatakan bebas itu.

"Peraturan ini bukannya baru dan dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat Kedah tetapi peraturan yang telah sedia ada. Nampaknya SPR lebih senang menafikan peraturan ini," kata Salahudin kepada Harakahdaily.

Bagaimanapun, Salahudin tidak terkejut dengan keputusan ini kerana Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin telah membayangkan tindakan yang perlu diambil oleh SPR sebelum ini.

Abu Hasan Sarif tidak pernah memaklumkan kepada Speaker DUN atau pejabat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tentang ketidakhadiran beliau ke sidang DUN yang diadakan 9 Ogos lalu.

Abu Hassan sendiri tidak hadir pada Sidang Dewan pada 19 April sebelum itu bermakna dia tidak hadir dua kali bertutut-turut.

Menurut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir ke mesyuarat dewan dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, maka kerusinya hendaklah dikosongkan.

Abdul Isa, Abu Hassan hanya memaklumkan perkara demikian kepada Ketua Pembangkang, Dato' Seri Mahdzir Khalid melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Menurut Pengerusi SPR, pihaknya telah meminta nasihat dari Jabatan Peguam Negara sebelum membuat keputusan dalam mesyuarat mereka hari ini.

SPR memutuskan bahawa berdasarkan kepada takrif perkataan consecutive meetings, Mesyuarat Kelima Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Kedah dan Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah bukanlah consecutive meetings dalam erti kata Perkara 51.

Sehubungan itu, adalah tidak tepat jika dikatakan bahawa Abu Hassan tidak hadir dalam dua mesyuarat berturut-turut.

Abdul Aziz berkata, SPR berpendapat "ini adalah kerana mesyuarat yang tidak dihadiri oleh ADUN berkenaan bukanlah dua mesyuarat berturut-turut dalam satu penggal persidangan."

"Sebaliknya ia adalah dua mesyuarat berturut-turut bagi dua penggal yang berbeza. Tempoh masa antara penggal persidangan pertama dan penggal persidangan kedua ialah selama tiga bulan 20 hari," katanya.

Kata Abdul Aziz lagi, setelah meneliti dokumen dan mengkaji fakta yang dikemukakan kepada SPR serta kedudukan undang-undang yang berkaitan, pada menjalankan kuasa di bawah Fasal (5) Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, ia memutuskan bahawa mesyuarat yang tidak dihadiri oleh ADUN Kota Siputeh bukanlah dua mesyuarat berturut-turut dalam satu penggal persidangan dalam erti kata Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman.

Sebaliknya ia adalah dua mesyuarat berturut-turut untuk dua penggal yang berbeza, jelas beliau.

"Surat cuti sakit yang dikemukakan oleh ADUN Kota Siputeh diterima oleh SPR sebagai penjelasan mengenai ketidakhadiran beliau dalam mesyuarat Dewan pada 9 Ogos 2009.

"SPR juga mendapati bahawa kegagalan ADUN Kota Siputeh itu menghantar surat cuti sakit kepada Speaker lebih awal (selewat-lewatnya pada 9 Ogos 2009) tidak menjadikan surat cuti sakit itu terbatal.

"SPR berpendapat bahawa sebelum Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman digunakan, ia hendaklah terlebih dahulu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan. SPR memutuskan bahawa tiada berlaku apa-apa kekosongan pada kerusi Kota Siputeh," katanya.

Sementara itu, Speaker DUN, Abdul Isa akan membuat kenyataan esok mengenainya selepas meneliti alasan yang diberikan oleh SPR.



Selasa, 1 September 2009

ISLAM PELOPORI PERJUANGAN KEMERDEKAAN



Bismillahirahmannirahim..

Mayat Haji Mat Hassan Digantung Songsang


Oleh: Ustaz Aris Hazlan

Ketika Rib'i bin 'Amir (ربعى بن عامر) diutus mengadap Rustom, panglima kepada Raja Farisi, sebelum berlaku peperangan Al Qadisiyyah, berlaku dialog yang sangat penting. Penting kerana Rib'i, seorang Muslim berbangsa Arab Badwi berjaya mengajar Rustom pengertian KEMERDEKAAN.

Kata Rustom, "Untuk apa kalian datang ke negara kami?"

Jawab Rib'i, "Kami datang untuk mengeluarkan (membebaskan) hamba (manusia) dari menyembah sesama hamba, kepada menyembah kepada Tuhan hamba (Allah)."
(جئناكم لنخرج العباد من عبادة العباد إلى عبادة رب العباد)

Tambahnya lagi, "(Juga untuk membebaskan manusia) dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat. Dari kezaliman pelbagai agama, kepada keadilan Islam..."

Inilah konsep kemerdekaan dalam Islam. Iaitu memerdekakan manusia dari belenggu hawa nafsu dan ideologi syaitan. Justeru, andai kata seseorang itu masih menuruti kehendak nafsu dan syaitan maka mereka sebenarnya masih dijajah (walaupun omputih dah balik nogoghi).

Sebagai warga pendidik, saya rasa anda mampu untuk huraikan ayat Rib'i tu...

Dalam sejarah Malaysia, jangan lupa ramai di kalangan tokoh pejuang kemerdekaan adalah dari golongan ulama'. Raja Haji, kerabat diraja Selangor keturunan Bugis yang dilabel oleh Inggeris sebagai penderhaka adalah ulama'. 5 Daeng bersaudara juga ulama' Islam.

Di Terengganu, perjuangan menuntut kemerdekaan dipelopori oleh gerakan Jihad yang dilancarkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbung. Bimbang pengaruh beliau, maka Inggeris bertindak membuang negeri ke Makkah. Ia adalah usaha penjajah untuk mengaburi mata orang Melayu. Maka orang Melayupun berkata, "Bagusnya Inggeris, hantar tok guru pergi Makkah." Padahal Inggeris buat begitu untuk menyekat jihad dan pengaruh perjuangan Abd Rahman Limbung.
Di Kelantan, Tok Janggut yang.. dikenali sebagai panglima Melayu adalah seorang ulama'. Perjuangannya atas nama jihad. Beliau akhirnya mati syahid dan mayatnya digantung kaki ke atas selama beberapa hari di pekan Pasir Putih.

Mat Kilau di Pahang juga dikenali oleh penduduk Pulau Tawar sebagai seorang alim. Amalan zikir dan wiridnya menjai amalan bagai sesetengah penduduk hingga ke hari ini.

Di zaman pra-kemerdekaan, muncul tokoh-tokoh Islam yang lebih ramai dalam pentas perjuangan menuntut kemerdekaan. Ma'had Ehya' As Syarif di Gunung Semanggul mencatat sejarah apabila berjaya menghimpunkan lebih 3000 ulama' dari seluruh Tanah Melayu untuk perjuangan menuntut kemerdekaan. 3000 sekarang mungkin tidak ramai berbanding jumlah rakyat 26 juta orang. Tetapi ketika itu jumlah rakyat Tanah Melayu baru mencapai angka 3 juta orang. Justeru kejayaan menghimpunkan 3000 ulama' adalah satu perkara besar pada kaca mata penjajah.

Justeru, ramai ulama' yang ditangkap dan disumbatkan ke dalam penjara. Inggeris sangat bimbang semangat anti penjajah dari 'gunung' ini. Beberapa persidangan Islam dilangsungkan di sana termasuklah Persidangan Ekonomi-Agama SeMalaya yang menghasilkan penubuhan PEPERMAS (Pusat Perekonomian Melayu Se Malaya) dan MATA (Majlis Agama Tertinggi Se Malaya). Hizbul Muslimin juga ditubuhkan di Gunung Semanggul.

Atas asas inilah penulis berpendapat, perjuangan menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan ini sebenarnya didominasi oleh golongan ulama' kerana mereka faham konsep kemerdekaan yang diutarakan oleh Rib'i bin 'Amir. Namun nama-nama mereka digelapkan oleh catatan sejarah yang ditulis oleh sejarawan Barat guna menafikan peranan besar mereka.

Gambar bawah: Tuan Guru Haji Mat Hassan (Tok Janggut) berjihad menentang penjajah hingga ke titisan darah terakhir. Beliau dibunuh syahid di Pasir Putih. Mayatnya diarak sekeliling Kota Bharu dan kemudian digantung kaki ke atas selama beberapa hari untuk tontonan orang ramai.

HADIAH KEMERDEKAAN BN = BARANG NAIK

Bismillahirahmannirahim..

Harga petrol naik esok

31 ogos 09
Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 daripada RM1.80 kepada RM2.05 mulai esok. Manakala harga petrol RON95 yang dilancarkan hari ini - bagi menggantikan RON92 - dijual pada harga RM1.80 seliter.Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.

Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga petrol gred premium RON97 akan naik 20 sen kepada RM2 seliter, manakala petrol gred rendah RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter.Bagaimanapun, kerajaan telah menambah lima sen lagi bagi harga kedua-dua gred tersebut.Hari ini, Ismail yang melancarkan petrol RON95 berkata, harga RON95 terpaksa dinaikkan lima sen berbanding RM1.75 seliter seperti yang diumumkan Mei lalu kerana harga pasaran minyak dunia yang berubah kini.

"Bagaimanapun harga ini adalah sama dengan harga minyak yang biasa dipakai pengguna sekarang iaitu RON97 (RM1.80 seliter).

"Sepatutnya harga RON95 jika mengikut pasaran dunia ialah RM1.89 seliter, tetapi kerajaan tak mahu rakyat rasa ada kenaikan jadi ditetapkan kepada RM1.80 sahaja," katanya, lapor Bernama.

Ismail Sabri berkata kerajaan menganggar akan dapat mengurangkan tanggungan subsidi sebanyak RM420 juta setahun dengan pelaksanaan RON95 memandangkan harga subsidinya lebih rendah iaitu 38.81 sen seliter berbanding subsidi RON97 sebelum ini iaitu 42.72 sen seliter.Menurutnya lagi, petrol RON97 pula masih dikekalkan dalam pasaran sebagai produk premium memandangkan ada kenderaan yang memerlukannya terutama kenderaan berkuasa tinggi. - Malaysiakini

BS: Bagus...bagus.. bagus... hahahaha... kenapa x naikkan RM8juta/liter terus.. kan lagi cepat korang kaya... negaraku yg best... hahahaha....


Isnin, 31 Ogos 2009

Selamatkan beras negara, tarik AP Bernas- Mahfuz

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 30 Ogos: Kerajaan Malaysia digesa menarik balik Permit Import (AP) PADIBERAS Nasional Bhd. (Bernas) bagi menjamin keselamatan makanan negara.

Pemberian AP kepada Bernas telah menyebabkan syarikat itu berkuasa melambakkan beras negara luar sekaligus mengancam pasaran beras tempatan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar berkata, Bernas sebuah syarikat perniagaan yang mengamalkan dasar monopoli yang seratus peratus mementingkan keuntunggan berbanding menjaga makanan utama rakyat di negara ini.

"Kerajaan perlu tarik balik permit import yang telah diberikan kepada Bernas. Mana boleh bagi kepada syarikat monopoli. Dasar monopoli hanya mementingkan keuntungan syarikat dan mana mungkin mereka akan menjaga kepentingan pengguna. Ianya sangat bahaya kepada keselamatan makanan negara," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Salah guna kebenaran eksport beras katanya sering berlaku contohnya di Sarawak pada satu ketika dahulu apabila sejumlah beras luar dibawa masuk kedalam negara tanpa AP dan ditahan oleh Kastam Diraja Malaysia. Kastam bagaimanapun membenarkan ia dibawa masuk selepas berlaku perundingan dengan kerajaan Malaysia.

"Di Sarawak contohnya, beras dibawa masuk tanpa permit ditahan Kastam, tapi kerajaan benarkan lepas berunding dengan Bernas. Maknanya bernas ada kuasa, boleh buat apa sahaja sebab mereka tahu kerajaan mesti akan benarkan mereka. Jadi bagaimana dengan nasib beras tempatan kita?," tegasnya. baca lagi

Selain membatalkan AP, beliau juga mendesak kerajaan menarik balik kuasa Bernas menyimpan bekalan kecemasan. Menurut Mahfuz, Bernas tidak akan menyimpan stok kecemasan beras pada tempoh yang lama kerana tindakan itu akan merugikan mereka.

Sedangkan penyimpanan stok kecemasan penting bagi menjamin bekalan beras negara mencukupi untuk satu satu tempoh tertentu apabila dilanda masalah kekurangan beras dunia.

"Saya cabar beberapa kali di parlimen, mintak menteri berkaitan dedahkan berapa buah gudang yang menyimpan stok kecemasan. Saya mintak dia dedahkan di mana, tapi tak berani tunjuk sebab memang satu pun tidak ada gudang simpan stok kecemasan. Jadi bagaimana kita nak kata Bernas boleh jamin masa depan keselamatan makanan negara?," soalnya pula.

Sebelum ini Bernas dibidas kerana tindakan mereka yang hanya menyimpan stok simpanan berasnya selama sebulan berbanding tempoh lebih lama yang di amal negara lain. Tindakan Bernas itu telah mengakibatkan bekalan beras negara berkurangan dam mendedahkan negara kepada putus bekalan beras jika berlaku sebarang kecemasan.

Sehubungan itu, semua import beras katanya perlu dikawal selia pihak kerajaan sendiri termasuk juga penyimpanan stok kecemasan. Ianya penting bagi mengawal lambakan beras luar dan bagi memastikan keselamatan makanan negara terus terjamin.

" Saya tak kata Bernas tidak boleh berniaga beras, dia boleh berniaga beras, tapi jangan bagi permit import dan jangan bagi kuasa simpan stok kecemasan. Biar dia pun ambil beras dari kerajaan, berapa peratus dia nak, kerajaan pertimbangkan lah" ujarnya.

Mengulas tindakan kerajaan yang ingin mengambil balik milikan 31 peratus ekuiti di dalam Bernas yang dimiliki oleh syarikat dari Hong Kong, Wang Tak Co. Ltd. (Wang Tak), Mahfuz berkata ianya bukan jaminan sektor pemakanan utama negara akan selamat.

"Itu urusan bisnes biasa, soalnya apakah ambil balik itu beri jaminan masa depan kepada sektor makanan kita?," soalnya.

Mahfuz sebelum ini antara yang mempertikai pemilikan 31 peratus ekuiti Bernas oleh syarikat asing berkenaan. Antara yang dipersoal adalah bagaimana Wang Tak boleh mengumpul dan menaikkan pemilikannya daripada sekitar 18 peratus pada tahun 2007 kepada 31 peratus sekarang tanpa dikesan oleh agensi-agensi kawal selaras seperti Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara mahupun Kementerian Kewangan.

Lebih menghairankan apabila tindakan Wang Tak itu juga 'tidak disedari' oleh kerajaan pusat melalui Kementerian Kewangan Diperbadankan, memegang saham pilihan yang boleh ditebus (redeemable preference share) atau lebih kenali sebagai saham emas di dalam Bernas. Saham istimewa itu memberikannya kuasa pembatal bagi melindungi kepentingan awam. Lazimnya kerajaan mempunyai dua orang wakil dalam Lembaga Pengarah Bernas.

Dan turut dipersoal adakah Bursa Malaysia tidak tahu atau tidak dimaklumkan sedangkan semua jual-beli saham yang melebihi lima peratus saham berbayar sesebuah syarikat wajib dimaklumkan kepadanya.

Mengikut laporan, selain wang Tak, pemegang saham utama Bernas adalah Budaya Generasi yang memiliki 30.8 peratus dan Serba Etika 6.46 peratus. Budaya Generasi juga dikaitkan dengan usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

Namun apa yang menjadi kebimbangan pada waktu ini, adakah nasib sama seperti berlaku pada Khazanah Nasional sewaktu membeli balik operasi Pantai Holdings akan berulang.

Pembelian balik tersebut adalah dengan harga yang berganda tingginya daripada harga yang dibayar oleh Parkway untuk menguasai Pantai Holdings.

Inilah yang mungkin terjadi kepada Bernas yang terpaksa dibeli balik dengan harga yang lebih tinggi daripada yang dibayar oleh Wang Tak. _

Ahad, 30 Ogos 2009

SAMA TAPI......Serupa......






1Malaysia: Mana destinasinya? Bukan Melayu lega, Melayu cemas

Ramadhan bukan bulan konsumerisme juga bukan bulan kenduri. Rasulullah bersabda: "... dia bukan seorang Muslim yang baik, kalau dia kenyang tetapi membenarkan jirannya lapar." Puasa adalah masa kita seharusnya detoxified – bersihkan – jasmani dan memurnikan rohani dan jiwa. Politik adalah rebutan kuasa untuk berkhidmat, berbakti dan berjasa bukan membolot kekayaan apa cara pun. Sama ada perjumpaan sulit Perdana Menteri dengan Ketua Pembangkang benar atau sebaliknya tidak penting. Yang mustahaknya negara dan bangsa terus aman, rakyat makmur , dihormati jiran, kawan dan lawan.

Seronok kembali dari luar negara berpuasa dan berterawih di kampung sendiri. Sehari sebelum puasa, saya berceramah di Jabatan Sejarah Universiti Malaya bertajuk ‘Hari Awal Pentadbiran Najib Razak’. Pada saya kesimpulannya, berdasarkan soal jawab dan setelah berinteraksi dengan para hadirin selepas syarahan saya, majoriti takut tentang masa depan orang Melayu; lebih kurang seperti yang disuarakan oleh Sanusi Junid di Mingguan Malaysia 23 Ogos berjudul ‘Perjuangan UMNO Sia-sia apabila hak orang Melayu makin terhakis’ dan Rejal Arbee dalam Berita Harian 20 Ogos, “Qua Vadis Melayu di era keterbukaan?” Sungguh terbuka dua akhbar dipunyai UMNO ini, agak memeranjatkan saya.

Sepanjang berhibernat (hibernation) di London dan sekitar selama 32 hari, saya gembira kerana membaca akhbar dan dengar TV saban hari ada diskusi tentang kelemahan kepimpinan Gordon Brown dan keyakinan mereka David Cameron akan mengambil alih jawatan perdana menteri Britain pada musim bunga tahun hadapan. Pulang ke tanah air, baca akhbar, dengar TV tiada cacat cela di negara yang tercinta ini. Itulah beza antara dua tahap keterbukaan. Kononnya BN akan menang di Permatang Pasir. Apa ilmu hisab mereka pakai, saya pun kurang faham. Semenjak Datuk Seri Najib Razak mengambil alih beban, dia telah kalah dua pilihan raya kecil – di Manek Urai dan Permatang Pasir. Semenjak 8 Mac 2008, BN telah kalah enam dari tujuh pilihan raya kecil kepada Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenapa Kuala Terengganu pun kalah? Yang lain kita faham kalaupun kalah. Postmortem demi postmortem dilakukan tetapi nampaknya pi mai pi mai tang tu juga. Kesalahan sama terus berlaku.

Disiarkan sepenuhnya ucapan saya di UM petang Jumaat 21 Ogos hari menyambut puasa. Baca dan renung yang tersurat dan tersirat. Yang implied atau secara tidak langsung atau tersembunyi:

“Saya baru pulang dari berhibernasi (rehat sementara) di England. Gembira pulang ke tanah air, lebih meriah puasa di kampong sendiri daripada negara asing. Di sana media kecam kerajaan tanpa takut dan segan saban hari. Di sini buka akhbar dan dengar TV semuanya beres sepanjang masa. Itulah beza antara dua tamadun, dua kebudayaan dan dua pendidikan dan pemikiran.

Pentadbiran Najib Razak baru berusia lebih kurang empat bulan, lazimnya masa berbulan madu satu bulan atau selama tiga bulan sahaja. Satu Malaysia (1Malaysia) adalah satu ungkapan senang, satu penunjuk yang menarik to draw attention. Tegas Najib: “I will reform and make changes”. Terjemahan dan tangkapan saya, “aku bukan Badawi, aku bukan Dr Mahathir dan aku juga bukan seperti ayah.”

Persoalannya: Siapa Najib sebenarnya? Sama-sama kita lihat.

Dia menghadapi empat cita-cita politik yang berjuang dalam satu barisan atau Pakatan ke arah matlamat yang berasingan: Pertama dan dominan sekarang, satu kejayaan ketara adalah pihak yang ingin mewujudkan Malaysian Malaysia. Puak ini adalah pembangkang dan beberapa parti komponen BN sendiri dan juga oleh Melayu sekular.

Kedua, penubuhan sebuah negara teokratik. Oleh sebab realpolitik, realisme baru (new realism) dan strategi baru cogan katanya kini menarik, lembut dan meyakini – Islam Untuk Semua. Golongan ini pada satu sudut kian merebak, kian diterima. Dalam mencapai objektif politik – taklik, taktik, muslihat, apa cara pun halal asal bermanfaat dan berjaya akhirnya.

Ketiga yang mahu status quo diteruskan dan diperkukuhkan, yakni kontrak sosial dan perlembagaan. Kumpulan ini kini dalam keadaan ‘defensive’. Kalau tidak berwaspada dan licik, culas kata orang Kok Lanas, canggih dan savvy kata orang Bangsar, apa yang dijunjung jatuh, yang dikelek tercicir dan apa yang dikejar terlepas. Keempat, mereka yang ‘opportunist’ akan mengambil kesempatan ‘while the sun still shines’.

Reaksi dan sokongan rakyat berbeza, bergantung dengan siapa anda bercakap, berbincang dan berbicara. Majoriti bukan Bumiputera dan sekelompok Bumiputera sekular hendak Malaysian Malaysia; dalam golongan yang sama ada kalangan yang menyokong negara teokratik asal tidak dan jangan BN yang diterajui oleh UMNO terus memerintah.

Bagi Bumiputera pula lebih sedikit separuh berazam dan akan mempertahankan status quo. Tetapi barisan ini sekarang kian ramai yang gelisah, sudah mula marah kepada kerajaan dan kepimpinan yang dilihat sebagai banyak bertolak ansur dan berkompromi. Sesetengahnya jujur, ramai pula kerana belum dapat kontrak, jawatan dan pangkat atau apa yang diberi buka seperti dihajati atau sepadan. Mereka ini majoritinya ‘making hay while the sun still shines’.

Pendapat umum terhadap Najib tanpa mengira suku bangsa berbelah bagi: ada gembira (exhilaration); marah (angry) dan ketakutan, amat takut ‘atau dread’ apa yang akan berlaku pada masa depan Melayu. Bukan Melayu mahu apa yang dilihatnya iaitu “Malay Malaysia” ditukar; ‘transform’ menjadi Malaysia yang mengamalkan meritokrasi sepenuhnya; Melayu/bumiputera pula takut status quo terkubur. Maka sebab ini ada usaha (gagal buat atau sengaja dilakukan demikian sementara waktu) agar ada perikatan, pakatan atau kombinasi pasukan antara penyokong status quo dengan mereka yang hasratnya sebuah negara Islam sebenar atau tulen.

Apa pun, kemungkinan besar sebuah negara mirip teokrasi nasionalis wujud sekitar 2035 – 2040 kerana waktu itu penduduk Islam akan meningkat kepada antara 71-75 peratus penduduk Malaysia. Malaysia akan menjelma sebagai Singapura ‘in reverse’ – dari segi komposisi penduduk, kaum atau bangsa. Implikasi politik, ekonomi, sosial akan ternampak sebelum 2020.

Najib, Muhyiddin Yassin, UMNO dan kerajaan harus memperjelaskan sejelas-jelasnya apa sebenarnya 1Malaysia yang disifatkan ramai manusia slogan yang sedap didengar, agak ‘glib’, agak licik itu? Satu Malaysia penuh kontradiksi; bercanggah. Muhyiddin menegaskan dia akan berkompromi, bertolak-ansur dengan pelbagai perkara tetapi tidak akan melakukan demikian dalam mempertahankan hak orang Melayu? ‘Really, come on, don’t treat us as imbecile/obtuse’ atau sebagai goblok dan pandir!

Najib dan kerajaan harus berterus-terang apa yang boleh dirunding dan apa yang tidak boleh berpadu-padan? Ramai pemerhati telah memberi interim ‘report card’ bahawa Najib berdasarkan empat bulan dia lebih dekat dengan pendekatan Tunku Abdul Rahman.

Kesimpulannya berasaskan beberapa pendapat adalah Najib sedang cuba memberi satu New Deal dan New Frontiers kepada semua rakyat, satu hal yang wajar. Tetapi bolehkah dia bertahan? Kuatkah iltizam atau azamnya untuk mencapai isi perut hatinya sebenar atau semata-mata permainan catur politik?

Apa pun satu hal yang rakyat tidak mahu dan akan menolak dan mengguling dalam pilihan raya akan datang, kecualilah ekonomi mula subur kemakmuran melimpah, ialah seorang pemimpin yang tinggal dalam ‘Fool’s paradise’ atau yang ‘delusional’. Saya harap dan saya berdoa anak sulung Tun Razak ini tidak demikian.”

UMNO harus berubah secara radikal ke arah satu masyarakat yang benar-benar ‘equitable’, saksama, adil dan amanah. Jika tidak parti pemerintah agak sukar untuk bertahan. Janganlah berharap sangat untuk menang atas kelemahan pembangkang. Sebalik dan sebaiknya UMNO mesti memperbaiki kelemahannya yang banyak, terang dan nyata itu.

Najib harus dapat melakukan kerana dia tidak seperti orang lain - “Most people grow up and go into politics. Najib goes into politics and then grows up.” Politik adalah seperti sungai. Kalau air di ulu keruh, begitu jugalah air di hilir keruh hingga ke muaranya.

sumber : Sinar Harian

Pelantikan Idris celarukan Kabinet

SHAH ALAM- Pas menyifatkan pelantikan Pengarah Urusan Malaysia Airlines System (MAS) Datuk Seri Idris Jala sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kelmarin, amat mengelirukan rakyat.

:Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan kesilapan apabila bertindak melantik Idris untuk membantu seorang anggota Kabinet yang juga bertaraf Menteri.

:“Adalah sesuatu yang pelik apabila Menteri melaporkan kepada bosnya yang juga Menteri, seorang Menteri saya rasa sudah memadai, saya tak faham apa keperluan (Tan Sri) Koh Tsu Koon berada di tempatnya itu,” katanya semalam.

:Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan kerajaan yang mengumumkan pelantikan Idris sebagai Menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri, kelmarin.

:Idris juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) iaitu organisasi yang mengawal pelaksanaan inisiatif Indeks Prestasi Utama (KPI).

:Dengan jawatan menteri yang baru disandang itu, Idris akan membantu dan melaporkan kepada Koh Tsu Koon, Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan pengurusan prestasi.

:Mengulas lanjut. Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, pelantikan tersebut juga melambangkan bahawa kerajaan tidak mampu melaksanakan janji untuk mengecilkan anggota Kabinet sebagai mana yang dijelaskan oleh Perdana Menteri sejurus mengumumkan Kabinetnya, baru-baru ini.

:“Bagaimana nak capai KPI kalau yang ini pun bercelaru. Dulu (Najib) kata nak kecilkan Kabinet, tapi sekarang tambah lagi seorang menteri, beliau hanya pandai berjanji tetapi tidak melaksanakan apa yang disebut,”katanya.

:Bagaimanapun katanya, beliau mengakui bahawa Idris mempunyai kepakaran dalam bidang sumber manusia sewaktu berkhidmat di syarikat minyak Shell namun, prestasinya tidak berapa baik sewaktu menerajui MAS.

:“”Sewaktu dia ambil alih MAS, dia hanya menjual bangunan MAS saja, tapi pada tahun 2008, 2009 MAS juga masih mengalami kerugian akibat kenaikan harga bahan :bakar,”katanya.

Pas tunggu kemenangan ke-8

SHAH ALAM - Pas akan memastikan momentum kemenangan Pakatan Rakyat (PR) akan berterusan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil di kawasan tersebut diadakan dalam masa terdekat.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, menjadi hasrat parti itu mahu melihat Barisan Nasional (BN) tumbang buat sekian kalinya setelah mengharungi lapan pilihan raya hanya sekali kemenangan.

“Pas tidak meminta pilihan raya itu, kerana kesilapan yang dilakukan wakil rakyat BN, kemungkinan terjadi pilihan kecil ada.

“Pas akan memastikan kerusi ini akan bertukar milik dari BN dan akan menjadi kekalahan yang kelapan buat parti itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas persiapan parti itu bagi menghadapi pilihan DUN Kota Siputeh jika SPR menetapkan pilihan raya kecil diadakan berikutan ketidakhadiran wakil rakyatnya dalam dua persidangan DUN Kedah.

Sebelum ini, SPR memutuskan pihaknya akan mengumumkan status kerusi itu sejurus tamat pilihan raya Permatang Pasir 25 Ogos lalu.

Salahuddin berkata, pihaknya kini sudah memperkemaskan jentera-jentera parti di kawasan itu dan hanya menunggu keputusan SPR.

“Yang jelas ‘mood’ rakyat akan berterusan di DUN Kota Siputeh, ia jelas mesej yang disampaikan Datuk Seri Najib, termasuk gagasan 1 Malaysia tidak diterima rakyat,” katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, Datuk Abu Hasan mewakili (BN) berjaya mempertahankan kerusi itu bagi penggal keempat selepas menewaskan calon Pas, Ismail Wan Teh.

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails