SELAMAT DATANG

Sabtu, 13 November 2010

Persepsi 'Melayu lemah' mainan politik Umno

Nazri Abdullah

SHAH ALAM, 13 Nov: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata slogan 'Ketuanan Melayu' yang dimainkan Umno dengan menanam persepsi Melayu lemah adalah tidak berasas sama sekali.

Buktinya, kata beliau sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 penguasaan kerusi Melayu di parlimen terus meningkat dari 108 kepada 130 kerusi pada PRU 2008.

"Kita telah tunjukkan dan amat jelas statistiknya bahawa kedudukan politik Melayu dari sudut itu adalah kuat.

"Maka yang sebenarnya sebab Melayu dilihat lemah ini ialah kerajaan Umno BN yang dibentuk selepas PRU 2008 itu," katanya yang juga Ahli Parlimen Tumpat.

Beliau berkata demikian sewaktu membentangkan kertas kerja ‘Umno dan Krisis Ketuanan Melayu’ pada Seminar PAS Ganti Umno, di sini, hari ini.

Katanya, yang lemah bukan Melayu tetapi Umno, khususnya selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Menurutnya, Umno sengaja mewujudkan persepsi tersebut selepas hilang sokongan Melayu pada PRU ke 12.

Ianya ditambah pula dengan beberapa negeri dominan Melayu seperti Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor dikuasai Pakatan Rakyat.

"Krisis politik Umno hari ini mempunyai dua punca utama iaitu masalah ekonomi orang Melayu dan masalah undi orang Melayu," katanya lagi.

Umno, katanya, sedar bahawa dasar baru yang dibuat selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) tamat pada 1990 sehingga kini tidak banyak menaikkan taraf hidup orang Melayu.

Mereka juga sedar bahawa dasar-dasar politik mereka juga sudah tidak dapat diterima Orang Melayu.

Beliau turut menyenaraikan semula 17 bukti Umno pengkhianatan Melayu yang pernah didedahkannya sebelum ini.

Antaranya melemahkan institusi raja Melayu, melemahkan sistem kehakiman, menarik royalti Terengganu dan menyekat royalti Kelantan, memperkenal PPSMI, menarik peruntukan Sekolah Agama Rakyat dan terbaru mahu menggadai tanah Kampung Baru kepada bukan Melayu.

Namun segala krisis Umno itu diterbalikkan dan dituding kepada Pakatan Rakyat sebagai yang bersalah dalam 'permainan politik' mereka.

Beliau memberi contoh bagaimana kerajaan PR Selangor dan Perak menjadi mangsa serangan Umno kerana kedua-dua negeri ini mempunyai adun bukan Melayu lebih ramai khususnya dari DAP dan PKR.

"Ladang ternakan babi di Selangor, walaupun dirancang semasa BN, tetapi digambarkan sebagai projek PR yang dipengaruhi DAP.

"Di Perak, dasar menukar status tanah TOL kepada tanah miilik kepada masyarakat Cina yang berpuluh tahun mendudukinya, dikaitkan sebagai kekuatan DAP dan kelemahan PAS," katanya.

Permainan politik Umno BN juga disifatkannya sebagai berjaya dengan membawa imej sederhana apabila parti-parti pembangkang ditonjol sebagai ekstremis.

Rakyat kini, katanya sedang menilai kredibiliti BN dan akan terus menyokong PR jika PAS, PKR dan DAP mampu membuktikan bahawa mereka boleh duduk bersama


Jumaat, 12 November 2010

Banjir: Kedah bantu sampai pakaian dalam

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 11 Nov: Dr. Hayati Othman (PAS-Pendang) menjelaskan, kerajaan negeri Kedah bukan sahaja menyediakan dapur gas, bantuan makan, malah juga keperluan-keperluan lain termasuk pakaian dalam kepada mangsa banjir negeri itu.
Beliau berkata demikian sebagai menambah celahan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2011 di Dewan Rakyat pagi ini.

"Kita bukan sahaja bagi gas, benda-benda lain pun kita bagi, tuala wanita, kain batik, seluar dalam, baju dalam pun kita bagi.

"Saya terlupa nak bawa hari ini," katanya.
Mencelah sekali lagi, Mahfuz berkata, "nanti kita bawa kat menteri sekeping".

Kedua-dua mereka membangkit perkara itu bagi menjawab tuduhan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pembangunan Wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil bahawa kerajaan PAS Kedah lepas tangan dan lambat bertindak membantu mangsa banjir.

Mahfuz sewaktu mencelah sebelum itu berkata, tindakan Muhyiddin dan Shahrizat itu bukan sahaja menghina kerajaan negeri Kedah, malah juga kakitangan awam negeri itu.

Katanya, pemimpin Umno di peringkat pusat seolah-olah langsung tidak menghargai kakitangan awam yang bertungkus lumus menyampaikan bantuan yang disalur kerajaan negeri.

"Kita ucap terima kasih kerana tuduhan itu menyebabkan kemarahan kakitangan kerajaan negeri Kedah kepada Umno BN.

"Mereka pagi, malam berendam air bah tetapi dinafikan pimpinan Umno pusat," katanya.
Kerajaan Pusat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) jelasnya hanya membantu mangsa banjir tidak lebih dari beras, sardin dan telur, namun tidak menyediakan dapur gas untuk memasak.
(Gambar: Ketua kampung Pakatan Rakyat, Saudara Leman (berbaju hitam berkain pelikat) bersama Pemuda PAS Kampung Belukar, Changloon, membantu angkatan tentera dari kem 305 bukit kayu hitam menurunkan bot untuk membantu mangsa banjir di kampung mereka pada malam pertama baniir besar menyerang Kedah. Foto Azlan Jan)

Kerajaan negeri bagaimanapun bertindak segera menyediakan kemudahan tersebut bagi memudahkan mangsa yang dipindahkan.

"Masalah dia, dapur tak bagi. Saya tak tahu la kerajaan masih fikir orang kampung masak pakai kayu api.

"Sedangkan kerajaan negeri sedia dapur gas" katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Bagi Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian), tindakan mengatakan kerajaan Kedah lepas tangan adalah keterlaluan.

"Kita masih ingat, banjir di Johor 2006. Kita bantu sana dua fasa, kita tak pernah pun mengeluarkan perkataan kata kerajaan BN Johor tak ambik tahu. Tak pernah begitu.

"Kami bukan nak mintak puji sangat kerajaan Kedah, kita cuma mahu keadilan diberikan, jangan sampai kata lepas tangan," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semalam memaklumkan kerajaan negeri telah membelanjakan hampir RM2 juta membantu mangsa banjir

Rabu, 10 November 2010

KENYATAAN MEDIABILIK GERAKAN BANJIR PAS KAWASAN KUALA KEDAH10 NOV 2010

1. PAS Kawasan Kuala Kedah telah mengerakkan bantuan banjir dalam DUN Anak Bukit dan DUN Kubang sejak dari hari pertama berlakunya banjir, YB NYDP Pas Kuala Kedah telah melakukan tinjauan awal pada 1 hb Nov 2010 ke SK Gunung sebagai Pusat Penempatan yang pertama dalam Kuala Kedah, susulan tinjauan tersebut sebuah Jawatankuasa Bertindak telah ditubuhkan dengan diketuai oleh YB Naib YDP Pas Kawasan.

2. Susulan penubuhan JK Bertindak, PAS Kawasan Kuala Kedah telah memusatkan bilik gerakannya di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Anak Bukit, Alor Pial. Namun, pada 2 hb Nov Pusat yang sama juga telah dinaiki air yang menyebabkan pusat operasi terpaksa dipindahkan ke Markaz PAS Kuala Kedah di Kubang Rotan, setelah Kubang Rotan juga dinaiki air, pusat operasi telah dipindahkan ke Batu 6, Kuala Kedah.

3. Kepimpinan PAS Kuala Kedah diketuai oleh YDP (Dato’ Phahrolrazi), Timbalan YDP (Dato’ Amiruddin) dan Naib YDP (YB Nasir Mustafa) telah melakukan lawatan sambil menyampaikan sumbangan tanda ingat kepada mangsa-mangsa banjir di penempatan dan juga di jalanan sepanjang musibah ini berlaku.

4. Pusat pemindahan dibawah pentadbiran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dibuka seawal bencana ini menimpa. PAS Kawasan dan jentera pentadbiran lantikan politik (Ketua Kampong – MKK) telah memberi bantuan yang semaksima mungkin kepada pihak JKM dengan menempatkan ketua-ketua kampong dari kawasan yang tidak dinaiki air di Pusat Pemindahan.

5. Sebagai menghormati konsep Fedralisme, PAS Kawasan telah mengarahkan jenteranya untuk turut menghormati pentadbiran sekolah yang menjadi milik Kerajaan Perseketuan dengan tidak bertindak melainkan dengan pengetahuan dan keizinan pihak sekolah. Ini telah menyebabkan berlakunya penyelarasan yang baik antara Majlis Ketua Kampong (Kerajaan Negeri) dan JKKKP (Perseketuan) di banyak pusat pemindahan.

6. Suasana yang harmoni dan sikap saling membantu ini telah dicemari dengan kenyataan tidak berfakta Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat yang mengambarkan seolah-olah Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh PAS tidak melakukan sebarang tindakan untuk membantu mangsa banjir, ini mengambarkan niat jahat dan juga bertujuan untuk mempolitikkan bantuan yang dihulurkan kepada mangsa dan juga mereka yang mendiami pusat pemindahan.

7. Kenyataan seumpama ini bukan sahaja menyakiti pihak Kerajaan dan Parti, bahkan ia telah menguris hati para pegawai pelbagai agensi negeri yang telah bertungkus lumus memberi bantuan dan diberikan gambaran seolah-olah mereka tidak menjalankan tugas dan mereka hanya makan gaji buta.

8. PAS Kuala Kedah mendesak YAB Timbalan Perdana Menteri dan YB Dato’ Seri Shahrizat Jalil untuk memohon maaf atas ketelanjuran kenyetaan yang dikeluarkan sehingga menguris hati dan perasaan para pegawai Kerajaan yang bertungkus lumus menjalankan tugas mereka.

9. Untuk mendapat data yang benar, pihak YAB TPM dan YB Menteri sepatutnya menghubungi pihak Bilik Gerakan Banjir negeri yang diketuai oleh YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, bukan hanya mengambil data dari tepi jalan dan menghebahkannya dalam media perdana.

10. Satu perkara yang biasa, dalam suasana banjir yang kebanyakan mangsanya berhadapan dengan tekanan perasaan, rasa tidak puas hati pasti akan ada serba sedikit. Amat menyedihkan apabila pihak media, khususnya TV 3 telah mengambil kesempatan dengan tujuan untuk memburukkan PAS dan Kerajaan Negeri. TV 3 langsung tidak menghubungi pengurusan pusat atau pihak JKM untuk mendapat penjelasan lanjut. Berita mentah yang tidak dapat dikenal pasti puncanya telah diolah oleh TV 3 untuk kononnya menunjukkan kegagalan pengurusan pusat pemidahan dan Kerajaan Negeri mengurus bencana ini.

11. PAS Kuala Kedah melihat banyak pihak telah terlibat dalam membantu mangsa banjir, termasuk Badan Bukan Kerajaan (yang dapat dipastikan – IKRAM, JIM, ABIM, Budha shutzi dll), parti-parti politik, sukarelawan yang terdiri dari anak muda tanpa organisasi yang telah mengambil inisiatif mewujudkan pos kawalan bagi melancarkan laluan trafik dan pelbagai pihak yang terlibat. Ini mengambarkan minat yang mendalam rakyat Malaysia untuk membantu mangsa yang terlibat dalam bencana. Suasana mesra, muhibbah dan kasih sayang rakyat Malaysia ini seharusnya diraikan dan disokong oleh pimpinan tertinggi Kerajaan Malaysia, tetapi nampaknya ia telah “dicemari” dengan agenda politik “sempit” yang saling menyerang dalam suasana bencana ini.

12. PAS Kuala Kedah merasakan bahawa nilai agama perlu diterapkan kedalam jiwa mangsa banjir, untuk itu PAS Kuala Kedah telah mengeluarkan Perutusan Takziah yang ditujukan kepada semua mangsa banjir bersama dengan bantuan yang diberikan kepada para mangsa. Menerima bencana sebagai satu proses “tarbiah – didikan” dari Tuhan dengan perasaan sabar dan mensyukuri nikmat yang telah banyak dikecapi telah diterapkan dalam risalah tersebut.

13. Untuk proses selepas banjir, pihak PAS Kuala Kedah menyatakan komitmen untuk membantu mangsa banjir, PAS Kuala Kedah telah mendapatkan tenaga dari PAS Kawasan-kawasan dalam Negeri Kedah, PAS negeri lain dan juga Unit Amal untuk membantu mangsa banjir dalam operasi yang dikenali dengan “Ops Cuci Bersih”.

14. PAS Kuala Kedah ingin merakamkan ucapan penghargaan yang setingginya kepada Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri dan Perseketuan, Parti Politik, NGO’s, Unit Amal dan sukarelawan banjir yang terlibat membantu sepanjang bencana ini berlaku, semoga segala amal usaha baik mereka diberkati Allah SWT.

YB Mohd Nasir Mustafa
PengarahBilik Gerakan Banjir PAS Kuala Kedah / ADUN Kubang Rota

PAS PUTRAJAYA BANTU MANGSA BANJIR KEDAH

Alor Setar, 9 Nov – PAS kawasan Putrajaya tidak ketinggalan membantu mangsa-mansa banjir khususnya di tiga kampung yang terlibat dengan banjir besar di beberapa daerah di Kedah.

Misi Bantuan Banjir Kedah PAS Putrajaya itu diketuai oleh YDPnya Ustaz Mohamad Nazir Zakaria yang juga berasal dari salah satu kampung yang telibat telah mengagihkan bantuan berbentuk kewangan, kueh mueh serta baju terpakai.

"Sumbangan ini adalah hasil kutipan dari ahli-ahli PAS Kawasan Putrajaya yang begitu prihatin terhadap nasib rakyat Kedah yang telibat dengan banjir yang dikira terbesar berbanding tahun-tahun yang lepas".Kata Ust Nazir

"Saya sendiri turun mengagihkan bantuan khususnya di kampung kelahiran saya yang sebelum ini tidak pernah mengalami banjir seteruk ini,." Sambungnya lagi

Diharapkan dengan bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu mangsa-mangsa banjir dalam mengharungi bencana yang mereka hadapi ini







Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails