SELAMAT DATANG

Sabtu, 13 Jun 2009

Kenangan: Serah Memo Pertama (2006) Sek. Agama Putrajaya. Sampai Sekarang Putrajaya Tak Ada Sek. Agama

Slide Kenangan

Ucapan 2minit isteri tahanan ISA di United Nation semalam

Jumaat, 2009 Jun 12

My name is Norlaila Othman. I am a Malaysian. I speak on behalf of my husband, Mat Sah Bin Mohd Satray, who has been detained by the Malaysian government under the Internal Security Act (ISA) for more than 7 years. Under the ISA, the government can detain persons without even the most basic of due process rights. The ISA is extremely broadly worded and allows for indefinite detention without trial. He was detained in April 2002 and is now occupying a cell at Kamunting Detention Camp, deprived of his liberty. He has never been charged and has not had the possibility of a fair and public hearing by an independent and impartial tribunal.

Under the ISA the Malaysian judiciary has been systematically excluded from playing any meaningful role in ensuring that those detained are treated in accordance with international human rights norms. There is no effective judicial review. Habeas corpus is only available on narrow and technical grounds. Judges cannot review grounds of detention, and are not shown the purported evidence against detainees.

The ISA allows for review of detentions by an executive-appointed Advisory Board. The Advisory Board has no power to free detainees. It can only make non-binding recommendations to the government. Appearances before the Advisory Board are a farce because the authorities never disclose evidence or documents to the detainee.

My husband was first accused of being the member of one terrorist organization, then later another. However during the 7 plus years he has already spent in detention, no evidence has been produced to substantiate the accusation. Instead he is required to attend counseling programmes and encouraged to admit the allegations against him. The authorities have yet to prove he actually engaged in any illegal activity. Persons arrested at the same time as him have long been released. He has been told the only reason he is still detained is due to my activism.


The Working Group on Arbitrary Detention has stated that the detention of my husband is arbitrary and contravenes Articles 9 and 10 of the UDHR. I strongly urge the Human Rights Council to visit Kamunting Detention Camp and meet my husband personally. I call on the Malaysian government to facilitate this visit.

I hope the visit will lead to the release of my husband and others who are enduring the same experience. In my case, the most affected victim is my only son, Suhaib, aged sixteen. The ISA separated Suhaib from his father since the age of 9. For 7 years he has been waiting everyday for his father’s release. It is very sorrowful to see him grow up with this uncertainty for such a long time, and being deprived of the love, care and guidance from his father. Not one person should be held in detention without trial as it violates basic human rights. I am appearing here today not just for the sake of my husband but also for all who continue to be detained without trial under the ISA and their family members.

I call on the Malaysian government to accept and implement the recommendations of the Working Group on Arbitrary Detention requesting the Malaysian government to take necessary steps to remedy my husband’s situation to conform with provisions and principles enshrined in the UDHR.

Pemuda PAS Wilayah Tolak cadangan kenaikan tambang 30 peratus


Pada 3 Jun yang lalu Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Sdr kamaruzzaman telah mengeluarkan kenyataan tentang penolakan cadangan kenaikan tambang 30 peratus. Lihat kenyataan beliau;

Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (Pemuda Wilayah) menolak cadangan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) untuk menaikkan kadar tambang pengangkutan awam sebanyak 30%. Pemudawilayah melihat cadangan ini sebagai sesuatu yang melampau dan tidak melihat kepada realiti kehidupan rakyat sebagai pengguna.

Caj tambang permulaan bagi perkhidmatan teksi yang ditambah daripada RM2 kepada RM3 terlalu mahal dan adakalanya tidak releven dengan jarak serta kualiti perkhidmatan yang diberikan. Naik sahaja, belum jalan lagi sudah kena bayar RM3. Ini sudah melampau. Sepatutnya bila naik sahaja, meter bermula dengan kosong hinggalah sampai ke destinasi baru tahu jumlah cajnya mengikut jarak dan masa.cadangan kenaikan tambang 30 peratus.

Selain itu cadangan kenaikkan kadar bayaran bagi meter teksi daripada 10 sen untuk 45saat kepada 13 sen untuk 27 saat dilihat sebagai satu idea yang gila. Nilai caj meningkat sebanyak 3 sen tetapi tempoh masa pengiraannya dikurangkan sebanyak 18 saat. Ini adalah satu perkara yang tidak boleh diterima, dan pastinya rakyat membantah cadangan ini kerana memberikan keuntungan yang melampau kepada pemandu teksi.

Pertimbangan menetapkan nilai tambang baru bagi perkhidmatan pengangkutan awam di Kuala Lumpur khususnya haruslah dibuat dengan mengambil kira soal jarak serta masa yang dipengaruhi oleh faktor kesesakkan jalan yang menjadi rutin hidup metropolitan. Jangan pula disebabkan kesesakkan lalu lintas, caj perkhidmatan melambung naik hingga menyebabkan pengguna tak mampu bayar. Di pusat bandar Kuala Lumpur, kadangkala tempoh perjalanan dari Chow Kit nak ke Sogo naik teksi pada waktu puncak boleh mengambil masa lebih dari 10 minit. Bayangkanlah kosnya, naik sahaja sudah kena bayar RM3, jalan selama 10 minit berapa pula kena bayar. Duit gaji rakyat akan habis atas jalan sahaja nanti. Bagaimana pula perbelanjaan lain.

Pemuda Wilayah tidak menolak tuntutan pengusaha pengangkutan awam jika ada keperluan yang mendesak bagi menaikkan harga tambang. Tapi biarlah logik dan sesuai dengan kemampuan rakyat. Pihak LPKP harus menilai semula cadangan mereka agar kedua-dua pihak mendapat manfaat.

Pemuda Wilayah menyokong usaha bagi menambah baik sistem perkhidmatan pengangkutan awam. Kualitinya harus setanding dengan nilai yang dibayar oleh pengguna, bukannya memeras pengguna untuk mendapatkan untung yang optimum bagi kepentingan satu pihak sahaja.
Sebagai agensi Kerajaan LPKP berkerja bukan untuk pihak pengusaha sahaja tapi rakyat keseluruhannya. Pemudawilayah mewakili suara warga kota di Wilayah Persekutuan ini menegaskan sekali lagi agar cadangan itu ditarik balik dan dikaji semula sebelum dibawa ke kabinet.

Kamaruzaman Mohamad
Ketua Dewan Pemuda Pas
Wilayah Persekutuan


Siapa Pengunjung ke 1,000 Blog (http://ydppasputrajaya.blogspot.com)

Terima kasih semua pengunjung ydppasputrajaya.blogspot.com
Pengunjung ke 1000 Tolong col ana 019-2413438 untuk dapatkan sebuah buku Syuhada Gaza PERCUMA!.
Ana baru nak belajar ni...bantu ana naa!

By Ustaz Mohamad Nazir Hj Zakaria
Mantan Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Wilayah Persekutuan (Sesi 2007-2009)

Bersama Keluarga di PRK Bukit Gantang (Hari Penamaan Calon)

Demo Bantah PPSMI

Memorandum Sekolah Agama Putrajaya

kepada Tan Sri Shamsudin (Presiden Perbadanan Putrajaya)

Bantuan Banjir Muar Johor bersama Pesuruhjaya Wilayah beberapa tahun lalu

Penyerahan Watikah Kepada Para Petugas PRU12 Parlimen Putrajaya

Penyerahan Memorandum Sekolah Agama Di Putrajaya kepada Setiausaha Politik Pak Lah di Pejabat Perdana Menteri 4 tahun yang lalu

Pertandingan Boling PAS Putrajaya di Alamanda, Putrajaya

Di Hadapan Balai Pengawal Pejabat Perdana Menteri
(Memorandum Sekolah Agama)

Nazir Bersama Nizar Di Mahkamah Rayuan Putrajaya

Program Bantuan Banjir Muar beberapa Tahun Yang lalu

Hensem Tak?

Hantar Memorandum Sekolah Agama Kepada Hj Ahmad Hasyim (Setiausaha Politik Kementerian Wilayah)


MASA begitu cepat berlalu. Ana mulakan operasi Blog ydppasputrajaya.blogspot.com pada 1 Mei 2009, iaitu kira-kira 43 hari lalu.

Sambutannya sejak akhir-akhir ini amat memberangsangkan, yang sebenarnya tidak ada langsung promosi blog ini kat mana-mana blog. Diharap saudara-saudara dapat memanjangkan kepada rakan-rakan yang lain,

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas kunjungan anda semua. Kesediaan anda turun ke Blog ydppasputrajaya.blogspot.com amat-amat dihargai.

Saya akan cuba melengkapkan blog ini dengan pelbagai isu dan acara yang menarik.Buat masa sekarang ana dah cuba untuk menulis, ada 3-4 tulisan atau komentar dari ana. harap maklum ana tak penah menulis pun. Ceramah dan kuliah agama biasalah, rutin harian ana. Selain businesman.

Kepada rakan-rakan blogger, tiada halangan dan hambatan untuk anda linkkan alamat blog ini http://ydppasputrajaya.blogspot.com/ ke dalam blog atau website anda.

Ucapan terima kasih kepada isteri-isteri ana bagi galakan mencuba untuk memiliki blog sendiri.

Kepada AJK Pas kawasan jengok-jengok la ke blog ana ni, kalau ada apa-apa maklumat, berita tentang Putrajaya, hantar-hantar le kat ana. Boleh ditatapi oleh penduduk Putrajaya dan mengetahui maklumat / aktiviti PAS Putrajaya.

Kepada Biden dan Achid (UPM)TQ untuk U berdua yang banyak membantu ana mengenali dan memahami macammana nak buat blog ni. Hanya Tuhan sahaja yang akan membalas jasa baik anda.

Terima kasih semua.

Anwar Mulakan Kongres Khas PKR Dengan Kehangatan

Dipetik dari laman Johor Daily

Kajang, 13 Jun 2009 - Sebentar tadi, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan Kongres Khas parti itu selepas Presiden PKR iaitu Datin Seri Wan Azizah menyampaikan kata alu-aluan. Johor Daily dilaporkan sehingga 10.30 pagi tadi kehadiran mencecah hampir 1,000 perwakilan. Kongres itu berlangsung di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Dalam ucapan pembukaan Anwar menyentuh mengenai had umur calon yang layak bertanding sebagai ketua pemuda iaitu maksimum 35 tahun. Beliau berharap ianya diterima oleh ahli parti kerana bagi pendapat beliau usia 40 tahun sebenarnya seseorang pemimpin itu sudah layak menerajui kepimpinan utama. Anwar mengambil contoh dibeberapa negara luar sebagai panduan.

Beliau juga menyentuh mengenai isu sensasi iaitu Parti Komunis Malaya (PKM). Anwar menegaskan bahawa bekas anggota PKM itu selayaknya dimaafkan kerana pada pandangan beliau pada masa lampau (zaman penjajahan) banyak negera termasuk Indonesia menerima nasib serupa dengan Malaysia, iaitu menjadi mangsa kekejaman PKM itu. Tegas beliau negara lain telah mengambil sikap ‘bermurah hati’.

Ketika ini setiap perwakilan negeri sedang membahasa usul pindaan perlembagaan parti itu. Johor Daily dimaklumkan pengunaan nama ‘cabang’ , ‘ranting’ dn had umur 35 tahun mungkin menjadi ‘panas’ pada sesi perbahasan. Johor diwakili oleh Srd. Nazri ( AMK ) dan Sdr. Zaaba ( PPN ).


Syabbas Dato Zaid

Jun 13th, 2009 at 2:38 pm

Syabas dan tahniah kepada Datuk Zaid Ibrahim kerana menyertai PKR untuk sama sama berjuang untuk keadilan dan kesejahteraan rakyat. Kemasukan Datuk Zaid dalam PKR adalah satu penghormatan dan ia merupakan satu asset yang besar ertinya bagi PKR.

Datuk Zaid, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah meletakan jawatan kerana tidak bersetuju dengan kerajaan BN. Beliau seorang yang serius mempertahankan hak asasi dan kebebasan badan kehakiman Malaysia. Kemasukan beliau kedalam PKR merupakan langkah positif dalam usha mengukuhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat. Beliau mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan Pas dan DAP.

Melantik Datuk Zaid dalam Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) dan Biro Politik PKR adalah satu tindakan yang bijak. Sebagai seorang peguam dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri tentunya beliau mempunyai pengelaman yang luas dalam politik. Akhir kata Syabas dan Tahniah kepada Datuk Zaid Ibrahim. Moga moga kemasukan beliau akan menguatkan iktizam kita untuk membawa perubahan



ZAID IBRAHIM MASUK PKR

Malaysiakini 13 Jun 2009

Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim secara rasminya menyertai PKR hari ini. Ketika mengumumkan perkara itu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zaid akan dilantik menganggotai Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Bangi hari ini, Anwar berkata, Zaid juga akan dilantik sebagai anggota biro politik PKR. Anwar juga menyifatkan penyertaan Zaid itu sebagai satu penghormatan kepada PKR. Zaid, tambahnya merupakan seorang yang serius mempertahankan hak asasi dan kebebasan badan kehakiman di Malaysia.
Anwar yang juga ketua pembangkang, turut menganggap penyertaan Zaid itu sebagai satu langkah positif kepada PKR dalam usaha untuk mengukuhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

Pandangan Ikhawanul Muslimi terhadap ucapan obama

Mukaddimah Barack Obama telah menyampaikan ucapan yang ditujukan kepada masyarakat Islam sedunia pada hari khamis 4 jun. Beliau yang sampai di mesir pukul 9.10 pagi dan meninggalkan mesir pada pukul 6 petang telah memberi ucapan selama 45 minit di universiti Kaherah (cairo universiti).

Beri Salam dan baca ayat al-Quran. Beliau memberi salam setelah masuk ke dalam dewan. Sepanjang ucapannya beliau telah membaca tiga potong ayat al-Quran:

1. ayat 70 surah al-Ahzab:

يأيها الذين أمنوا اتقوا الله وقولوا قولا سديدا

“Wahai orang-orang beriman hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan berkatalah dengan kata yang benar.”

2. Ayat 32 Surah al-Maidah:

من قتل نفسا بغير نفس فكأنما قتل الناس جميعا

“Sesiapa yang membunuh seseorang bukan kerana dia yang membunuh orang yang lain; seolah-olah telah membunuh semua manusia.”

3. Ayat 13 surah al-Hujurat:

يأيها الناس إنا خلقناكم من ذكر وأنثى وجعلناكم شعوبا وقبائل لتعارفوا

“Wahai manusia sesungguhnya kami mencipta kamu terdiri dari lelaki dan perempuan, dan kami jadikan kamu terdiri dari berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling mengenal.”

Ucapan Obama cuba menunjukkan dia ingin menunjukkan kelainannya dari presiden2 Amerika yang lepas. Dia cuba membina hubungan yang baru dengan dunia Islam dan cuba mencari simpati masyarakat Islam terhadap Amerika.

Kenyataan rasmi ikhwanul Muslimin terhadap ucapan Obama

Pada hari Sabtu 6 JUN laman web Ikhanul Muslimin telah mengeluarkan kenyataan rasminya terhadap ucapan obama. Secara ringkasnya ada lima point dalam kenyataan tersebut seperti berikut:

1. Sesungguhnya prinsip-prinsip umum yang disebut oleh Presiden Obama di dalam ucapannya seperti hak-hak kemanusian, perlunya ada perbincangan secara terhormat dan saling mempercayai dan yang lain-lain adalah perkara yang tidak ditolak oleh sesiapa pun.

2. Sesungguhnya ungkapan-ungkapan emosi dan bahasa diplomasi yang digunakan obama tidak merealisasikan keadilan dan tidak mengembalikan hak orang Islam yang telah rampas di Palestin, Iraq, Afghanistan, Pakistan dan lain-lain negara Islam yang telah ditumpahkan darah orang Islam siang dan malam. Dimana ini adalah perancangan dan tipudaya dari kerajaan Amerika.

3. Kenyataan Obama yang menyatakan dokongan yang berterusan kepada orang Yahudi di palestin untuk mendapat keamanan dan menyatakan pejuang palestin tidak berhak untuk melawan penjajah zionis, menyamakan perampas dan orang yang dirampas haknya dan menyamakan pembunuh dan mangsa bunuh adalah menunjukkan bahwa obama menjejaki jalan Presiden2 amerika yang terdahulu.

4. Ucapannya yang panjang tentang masalah ekonomi, pengangguran, perlunya beri peluang kerja kepada pemuda-pemuda dan sebagainya adalah satu ucapan umum yang perlu kepada pemulihan politik sebenar. Adapun ucapannya tentang hak2 wanita dan pendidikan, ini adalah perkara yang telah diketahui oleh umat Islam melalui nilai2 dan prinsip Islam yang agung.

5. Cubaan untuk memujuk hati dan perasaan orang Islam dengan ayat-ayat al-Quran yang dibacanya, menyebut peristiwa dalam sejarah Islam, ucapannya tentang nilai-nilai toleransi, dan tamadun Islam yang memberi saham kepada kebangkitan serta kemajuan manusia tidak akan berjaya untuk mencapai tujuan disebalik ucapan tersebut. Ia tidak dapat menawan hati orang Arab dan orang Islam. Ini hanya keran satu perubahan kecil dari segi cara yang digunakan Amerika, sedangkan penggunaan jentera ketenteraan masih lagi berterusan di Afghanistan dan Pakista. Lebih-lebih lagi penjajahan terhadap Iraq masih lagi berterusan.

6. Ucapannya tentang seruan kepada demokrasi yang perlu ada di dalam Negara Arab dan Islam sedangkan dia memajamkan matanya terhadap kerajaan diktator dan sistem yang zalim yang berlaku diluar Negara2 Islam.

Oleh kerana yang demikian Ikhwanul Muslimin menganggap ucapan Ini hanya sekadar kempen untuk memulihkan hubungan yang membuang masa. Amerika cuba untuk mencantikkan rupa amerika yang dikotori dengan kezaliman, peperangan, jenayah permusuhan dan menumpah darah umat arab dan Islam diserata dunia terutama di Palestin.

Kesimpulan: Diatas adalah rumusan yang boleh didapati dari kenyataan rasmi ikhanul Muslimin. Bagi penulis, sepatutnya ke tiga ayat al-Quran tadi lebih terkena batang hidung Obama dan kerajaan Amerika. Ini kerana pertumpahan darah masih lagi berlaku di Iraq dan Afghanistan. Amerika hendaklah keluar dari Negara Islam itu demi untuk mereliasikan ucapan Obama. Amerika juga perlu mencabut senjata Nuklear Israel sebelum menyentuh projek Nuklear Iran. UMAT ISLAM INGINKAN PERLAKSANAAN BUKAN SEKADAR UCAPAN.

TAHNIAH KEPADA MEREKA-MEREKA INI DAN PAS PERLU BANGKIT

Oleh: WFAUZDIN NS

PERLANTIKAN Datuk Mustafa Ali ke dalam jawatan yang lebih kanan dan penting di dalam Pas iaitu selaku Setiausaha Agung Pas memang telah dijangka dan diramalkan ramai pihak.

Tahniah dan syabas buat beliau. Tahniah juga buat semua tokoh Pas yang terpilih menganggotai jawatan-jawatan penting di dalam Pas yang baru diumumkan tadi. Kesyukuran juga diucapkan kerana terpilihnya Husam Musa dan Mat Sabu serta Dr Mariah ke dalam AJK Pas Pusat.

Tanpa mahu mengulas panjang tentang perlantikan tersebut, saya cuma dapat menyandarkan harapan agar kesemua tokoh yang terpilih dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan efisyen. Menyelami hati dan perasaan ahli-ahli serta rakan-rakan di dalam PR amat penting bagi membantu mereka melaksanakan tugas dengan lebih adil dan bijaksana.

Sikap mengutamakan parti dan jemaah di samping mengutamakan `rakan-rakan serumah' amat penting agar Pas terus berkembang serta dihormati dan disegani rakan dan lawan. Lupakan kisah pahit jika ada, lupakan niat serong jika masih berbuku dihati kerana kepimpinan Pas serta kepimpinan PR telah membuat keputusan muktamad baru-baru ini bahawa PR tetap diutamakan sepertimana kenyataan media oleh DS Anwar semalam.

Kepada YB Husam dan Mat Sabu yang telah dilantik menganggotai AJK Pas Pusat, diharapkan mereka menerimanya walaupun tidak meminta. Tenaga serta buah fikiran kedua-dua tokoh ini amat penting buat Pas dan PR meskipun amat digeruni oleh Umno. Tunaikan janji kelian iaitu untuk menentukan bahawa Pas tidak akan `terperangkap' dengan Umno lagi.

Kami mahu agar suara-suara kelian lantang di dalam Pas semata-mata kami mahu Pas sentiasa dihormati dan tidak dicaci selama-lamanya.Perlantikan Ketua Penerangan yang kini diterajui oleh Us Idris Ahmad memang dialu-alukan kerana beliau juga seorang berpendidikan dan berpengetahuan tinggi di dalam bidang agama. Beliau juga sentiasa aktif berceramah dan juga aktif di dalam kuliah-kuliah serta usrah.

Manakala, kepada tokoh yang akan menerajui akhbar Harakah juga diharapkan berupaya mengekalkan tahap profesional media berkenaan. Perlu diingat, akhbar tersebut kepunyaan parti dan semua ahli parti perlu diberi kepuasan dan keadilan di dalam bahan beritanya. Sekiranya akhbar tersebut semakin merosot pengedarannya, maka sudah tentu ada yang tidak kena dengan cara atau pengisian beritanya.

Mudah-mudahan Pas bangkit selepas ini setelah melutut seketika. Masih banyak perkara yang perlu Pas lakukan selepas ini untuk memperbaiki beberapa `luka dan kecederaan' yang terhasil daripada muktamar yang lalu. Apa yang penting, semua pihak yang mengkritik atau menegur Pas beberapa minggu ini adalah untuk membuktikan bahawa sememangnya `Pas For All' dan kami amat menyayangi Pas.

Memang tidak dapat dielakkan, kadangkala kritikan terhadap Pas disertakan dengan sentimen dan emosi yang kadangkala melampau batasan. Di dalam Pas juga begitu, kadangkala bila sesetengah pimpinan Pas mengkritik kerajaan Umno/Bn, mereka juga tidak dapat lari dari sentimen dan emosi apatah lagi melibatkan sesuatu isu yang terlalu mengganggu fikiran mereka. Cuma yang perlu dilihat, isi hati dan isi perut masing-masing samada ikhlas atau tidak meluahkan kritikan. /wfauzdin.blogspot.com.

Jumaat, 12 Jun 2009

APABILA PEMBOHONG JADI S/U AGONG PAS

Perlantikan Mustafa Ali sebagai SU Agung amat amat menyedihkan saya. Mengapa? Kerana dimanakah maruah Parti Islam seperti PAS meletakkan orang yang pernah berbohong kepada AJK PAS Pusat berkenaan berjumpa dengan UMNO dalam gelap.

Bila dilihat kembali tahun lepas sewaktu khabar-khabar angin bertiup berkenaan berlakunya perjumpaan dalam gelap, Mustafa Ali menafikan keterlibatan beliau. Malahan, Ustaz Nasa juga menafikan. (seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini di http://www.malaysiakini.com/news/85088).

Ini telah memaksa Mahfudz Omar menarik balik kenyataan beliau yang pada mulanya menafikan berlakunya perjumpaan antara UMNO dan PAS.(http://www.malaysiakini.com/news/86862).

Ini bererti berlaku pembohongan yang jelas oleh mereka yang terlibat dalam perjumpaan dalam gelap bersama UMNO dan PAS. Ini juga bererti perjumpaan itu adalah “salah” dari sudut prosedur dan peraturan PAS serta niat perjumpaan juga adalah salah. Kalau tidak mengapa perlu berbohong?

Dengan kata lain, perjumpaan dalam gelap tersebut adalah perjumpaan yang berniat jahat dan bertujuan jahat. Itulah sebabnya sehingga hari ini Mursyidul Am menentang segala usaha yang dilakukan untuk merapatkan PAS dengan UMNO i.e. cadangan Kerajaan Perpaduan.

Rakyat Amerika yang Kafir Menolak Pimpinan Mereka yang BerbohongRichard Nixon terpaksa meletak jawatan sebagai Presiden Amerika kerana terlibat skandal Watergate. Hakikatnya, beliau dipersalahkan bukan kerana terlibat dalam skandal tersebut, tetapi kerana telah berbohong kepada rakyat Amerika tentang keterlibatan beliau dalam isu tersebut.


Gary Hart terpaksa menarik diri dari menjadi calon Demokrat menentang G. Bush Senior kerana beliau telah berbohong berkaitan skandal seks beliau.Namun, Bill Clinton tidak perlu pula meletak jawatan sebagai Presiden Amerika kerana beliau telah mengaku dengan jelas akan keterlibatan beliau dalam skandal Monica Lewinsky.

Ini bererti, rakyat Amerika yang bukan Islam itu menunjukkan akhlak Islam yang lebih tinggi kerana menolak pimpinan2 mereka yang telah berbohong.Perwakilan2 PAS pula telah menaikkan pimpinan2 mereka walaupun pimpinan itu terbukti berbohong.

Inikah dia akhlak Islami yang cuba ditunjukkan oleh PAS dan perwakilan-perwakilan PAS di seluruh Malaysia?Bolehkah ahli-ahli PAS selepas ini mengatakan bahawa mereka membawa panji Islam apabila mereka terbukti mempunyai akhlak yang lebih rendah berbanding rakyat Amerika yang 90% bukan Islam?

Perlantikan Nasa dan Cikgu Pa membuktikan bahawa perwakilan2 PAS menerima amalan berbohong. Itulah masej yang telah dihantar kepada keseluruhan rakyat Malaysia dan rakyat dunia.Bagaimanakah PAS hendak dipercayai lagi selepas ini? BAgaimanakah PAS hendak menyampaikan dakwah Islamiyyah mereka selepas ini?

Ku Yie - Janda Najib

Oleh Mohd Sayuti Omar

SEJAK beberapa malam dulu dan kemuncaknya hari ini semua media massa cetak dan eletronik memaparkan kisah hidup dan perjuangan Najib Razak. Perjalanan politik Najib dari awal hingga akhir - sehingga angkat sumpah menjadi PM ke-6 dilakar dan ditulis demikian rupa. Sem
uanya menggambarkan kehebatan dan keagungan Najib sebagai 'dewa bangsawan politik.'

Bukan saja karektor Najib sebagai seorang pelajar yang baik, cerdik dan pintar sejak sedari kecil dilukiskan; kegemaran, pakaian, cara pidato dan telatah Najib di meja makan juga turut sama dilukiskan. Pendeknya semua tidak terlepas dari cakupan media massa, masing-mas
ing berlumba untuk menukilkan (glorify) sesuatu yang indah dan menyeronokkan.

Penulis yang mencari makan di hujung pena pula akan mencatat sesuatu yang merujakan rakyat tentang Najib. Mengelak rakyat agar menyokong Najib sepenuhnya sebagai perdana menteri. Manakala ahli politik yang mencari kerusi akan melihat Najib umpama sebutir intan yang bersinar dari semua dimensi dipandangnya.

Semua orang yang hampir dengan Najib diinterviu dan ditanya mengenai masa silam Najib. Mengenai sikap Najib dan falsafah politiknya. Mereka yang berkongsi kereta dengan Najib semasa di London juga turut sama diinterviu dan cerita itu dipaparkan dengan penuh nostalgik bagi menggambarkan kerendahan dan ketawadukan diri Najib.Ibu Najib, Tun Puan Rahah Mohd Noah juga sudah semestinya ditanya mengenai anaknya yang bertuah itu. Maka berceritalah Rahah mengenai masa kecil perdana menteri itu. Bahawa Najib bukan dilahirkan untuk menjadi perdana menteri, namun Rahah terpaksa akur dengan kehendak dan ketentuan Allah s.a.w. Dan jawatan yang dijabat oleh anak sulung itu sangat disyukurinya.

Begitu juga dengan isteri kedua Najib, Rosmah Mansor pun dipotretkan begitu anggun sekali. Sebagai seorang isteri yang bekerja kuat dan pemberi semangat kepada Najib. Seorang isteri yang berpeluh berpela bersama Najib dalam mengapai kerusi penuh berkuasa itu. Bahkan ada yang gatal mulut berkata jika bukan kerana kesungguhan Rosmah, Najib tidak mungkin menjadi perdana menteri!


Ertinya orang yang bekerja kuat untuk meletakkan Najib di kerusi nombor wahid negara ialah Rosmah Mansor? Maka wajarlah kalau Najib menyanyangi Rosmah lebih dari segala-galanya.

Dan saya sebagai penulis yang mengikut perjalanan politik Najib sejak tahun 80-an merasa semacam tidak lengkap apabila media dan orang bercakap mengenai Najib. Persis ada kekosongan telah berlaku dalam autobiografi kehidupan Najib itu, apabila perkara ini dialpakan.

Apakah hakikat ini tidak diketahui oleh pengamal media atau pencatat sejarah politik berusia bawah 30-an ataupun ianya sengaja dilupakan? Kalau wartawan atau penulis muda lupa, apakah wartawan dan penulis veteran juga lupa mengenai hal ini?

Apa yang saya maksudkan itu ialah seorang insan bernama Puteri Zainah binti Iskandar, perempuan pertama yang bersama Najib membina kehidupan. Siapakah Puteri Zainah ini? Dia adalah wanita pertama yang berada di sisi Najib. Wanita pertama yang berada di kiri Najib atas pelamin yang kilau gemilau. Wanita pertama yang menjadi teman tidur Najib yang sah. Wanita pertama yang meyendukkan nasi ke pinggan Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar Najib untuk ke pejabat.

Ke manakah wanita ini sekarang? Apakah ia boleh dilupakan bahawa beliau pernah wujud bersama perdana menteri baru itu? Apakah ianya boleh dilupakan begitu saja? Bolehkan setiap detik sejarah berlalu dihapuskan oleh perasaan kebencian?

Tidak.... wanita ini tidak boleh disunyikan seolah ia tidak pernah hidup bersama Najib. Betapa sejuta kali tidak suka sejarah ini tetap terpahat dalam benak rakyat. Betapa pun ada kuasa yang cuba menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak perdana menteri itu; Mohd Nizar, 32, Puteri Norlisa, 28 dan Mohd Nasifuddin? Bolehkah dunia mengenepikan begitu saja?

Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat. Cebisan kenangan indah dan buruk beliau dengan Najib masih terpampar di kepalanya. Dia juga berhak sebenarnya bercakap mengenai Najib. Dia masih waras untuk bercerita segala-gala dari malam pertama sehinggalah kemalam terakhir kehidupan rumah tangganya dengan Najib. Sebelum si janda Rosmah Mansor menjelma dalam lataran hidup Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut Najib ke majlis-majlis kerajaan. Yang menemani Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yielah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah. Ku Yielah yang lebih dikenali dan dimesrai rakyat Pahang berbanding dengan Rosmah.

Kenapa media melupai Ku Yie ini? Rasanya elok kalau media ikut sama bertandang ke rumah ke Yei Jalan Maktab, off Jalan Gurney, Kuala Lumpur untuk bertanya dan bercerita masa-masa indah bersama bekas suaminya itu yang kini menjadi perdana menteri.

Tinjaulah juga pendapat dan pandangannya. Selaminya juga perasaan hati kecilnya bagaimana setelah lelaki yang pernah hidup bersamanya dulu kini sudah bergelar sebagai perdana menteri. Coretlah juga perasaan gembira Ku Yie atas apa yang berlaku itu. Tidak salah rasanya, bahkan tinjauan itu melengkap dan menyempurnakan lagi autobiografi Najib.

Ku Yie tentu menyimpan sejuta cerita mengenai Najib termasuk cerita-cerita misteri yang terlarang untuk dibukukan. Elok juga kalau dicungkilkan bagaimana rumah tangga mereka yang dibina selama lebih 10 itu tiba-tiba runtuh dan hancur. Sedikit sebanyak dari kisah rumah tangga itu dapat sama-sama kita melihat kelemahan Najib dan juga kemampuannya dalam membina negara dan nusa.

Saya menunggu dengan penuh minat cerita atau komen daripada Ku Yie. Saya mahu tenguk apa yang media tulis dan korek darinya. Sekiranya dalam tempoh beberapa hari ini tidak ada komen dari Ku Yie insyaAllah saya akan cuba membuka semula album kehidupan Ku Yie bersama perdana menteri yang sudah terbungkus dalam sejarah itu yang ada dalam pengetahuan saya.

Dan sejarah itu penting untuk dibaca oleh 27 juta rakyat Malaysia mengenali siapakah sebenarnya perdana menteri mereka dan siapakah juga wanita nombor wahid Malaysia kini.

Khamis, 11 Jun 2009

Mesti Baca; 5 Rahsia PAS Yang Ahli Kurang Faham

Apa perlunya isu Kerajaan Perpaduan disebut-sebut sehingga PKR dan DAP kurang selesa? Sebenarnya, ada sekurang-kurangnya 5 rahsia mengapa isu ini perlu disebut oleh PAS untuk kepentingan politik Islam.

1. Kerusi PAS memang lebih sedikit dari PKR dan DAP tetapi itu bukan ukuran sokongan ke atas PAS sedikit. Sebaliknya, umum maklum bahawa PKR dan DAP mendapat kerusi sebegitu kerana sokongan ahli-ahli PAS juga dan strategi PAS yang tidak merebut kerusi yang banyak sewaktu PRU yang lalu.

TAPI, PAS perlu menjelaskan kepada DAP dan PKR bahawa PAS masih parti yang kuat dan bila-bila masa PAS mahu, PAS masih boleh keluar dari Pakatan dan menyertai BN (sekalipun PAS tidak bercadang buat begitu pada masa ini).

2. Sekiranya PAS tidak menyebut langsung isu Kerajaan Perpaduan, parti lain khususnya DAP melalui Karpal Singh dikhuatiri membuat tuntutan yang bukan-bukan. Dengan menyebut isu Kerajaan Perpaduan, PAS mengingatkan PKR dan DAP bahawa PAS masih mempunyai alternatif lain seperti BN, sesuatu yang TIDAK ADA pada DAP dan PKR. DAP tidak boleh masuk BN kerana UMNO anti-DAP dan PKR juga tak boleh masuk BN kerana faktor Anwar. Isu ini menguntungkan PAS kerana DAP dan PKR harus faham kekuatan sebenar PAS.

3. PAS bukan memperjuangkan parti, tapi MEMPERJUANGKAN ISLAM. Pada bila-bila masa PAS mendapati perjuangan untuk Islam lebih sesuai melalui saluran lain selain Pakatan, PAS berhak buat begitu. Perjuangan DAP dan PKR pun jelas bukan perjuangan politik Islam. UMNO sekurang-kurangnya semua ahlinya Islam. Yang membuatkan PAS menentang UMNO ialah dasarnya yang sekular, rasuah, suka tikam belakang dan suka menindas.

4. PAS parti yang perlu amanah. Sekiranya PAS menafikan hak PAS untuk berbincang dengan parti lain, PAS tidak boleh lagi berbincang di masa depan dengan parti lain dan ini merugikan PAS. Sekiranya DAP dan PKR menegur PAS berikutan resolusi PAS mengharamkan SIS kerana 'kita patut berbincang', mengapa DAP dan PKR marah sangat bila PAS berbincang dengan parti politik lain.

5. PAS perlu ada strategi jangka panjang. UMNO ditolak rata-rata rakyat kerana barisan kepimpinannya yang korup. Jika di masa depan UMNO ada barisan kepimpinan yang baik dan Islamik, tidak mustahil untuk PAS berbincang ketika itu. Sewaktu Anwar Ibrahim MASUK UMNO dahulu, kepimpinan PAS tidak pun mengkritik Anwar dengan teruk, cuma menegur secara mesra.

Jadi, PKR dan DAP tak payahlah bimbang sangat dengan perbincangan PAS dan UMNO suatu ketika dahulu.Rasullullah berbincang dengan Yahudi dan kafir Quraish, apa sangatlah UMNO tu. Tapi kita ingat jua pesanan Nabi, jangan dipatuk 2 kali ditempat yang sama! UMNO ni suka mematuk jadi hati-hatilah.

Kerajaan Perpaduan dan Sister In Islam

Selepas daripada muktamar PAS yang berlangsung baru-baru ini, dua isu iaitu Kerajaan Perpaduan Idea Dato Seri Presiden Tuan Guru Abd Hadi Awang dan usul mengharamkan menyiasat Sister in Islam telah dimainkan oleh media.Isu ini turut disentuh oleh rakan-rakan PAS dalam Pakatan Rakyat dan yang terbaru, Karpal meminta PAS mengkaji kedudukannya di dalam Pakatan Rakyat disebabkan dua isu tersebut.

Isu Kerajaan Perpaduan

Isu kerajaan Perpaduan kembali dihangatkan walaupun Presiden telah menarik balik cadangan dan idea ini. Apa yang paling menyedihkan Dato Seri Presiden di jadikan “punching bag” di dalam isu ini. Semua parti komponen PR menyerang Presiden secara terbuka.
Di mana kah semua pimpinan-pimpinan lain yang sebelum ini vokal bersuara dalam media tanpa disuruh dan yang begitu vokal memarakkan isu kerajaan perpaduan di dalam muktamar baru-baru ini?

Isu Kerajaan Perpaduan tidak sepatutnya timbul kerana ia bukan pun keputusan ataupun agenda PAS selepas muktamar. Malah di dalam ucapan dasar presiden sedikit pun tidak menyentuh soal kerajaan perpaduan melainkan perwakilan yang membangkitkan isu ini. Malah tidak ada sebarang usul pun berkenaan dengan perkara ini.

Sekiranya isu ini tidak dipanaskan di dalam muktamar oleh individu-individu tertentu, isu ini tidak berbangkit lagi. Lagipun Presiden telah menarik semula cadangan tersebut.

Isu Sister in Islam

Isu Sister in Islam pula cuba dimanipulasi oleh DAP sedangkan ia tidak kena mengena pun dengan orang bukan Islam. Sehingga hari ini, paling kurang 3 orang pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan tidak setuju dengan usul yang diluluskan di dalam muktamar PAS baru-baru ini.

DAP mesti faham, jalan demokrasi yang PAS pilih tidak sekali-kali menghapuskan kewajipan PAS untuk mempertahankan aqidah umat Islam.

Apakah motif DAP memanaskan isu ini sedangkan ia adalah usul yang diluluskan di dalam Muktamar PAS dan bukannya mesyuarat agung DAP. Malah ia adalah isu yang berkaitan dengan umat Islam dan tidak ada kena mengena pun dengan orang bukan Islam. Melainkan DAP adalah dalang disebalik Sister In Islam yang jelas cuba merosakkan Islam dengan menjadikan Islam itu liberal.

Usul tersebut meminta SIS diharamkan kerana ia mengelirukan dan merosakkan umat Islam. Menggunakan title ‘ISLAM’ tetapi pada masa yang sama menentang banyak perkara yang termaktub di dalam Islam. Sekiranya SIS ingin terus wujud, jangan menggunakan nama Islam sebagai make-up untuk berhadapan dengan umat Islam.

Sudah terlalu banyak dosa yang SIS lakukan kepada Islam. Isu Lina Joy, isu Jeslina Hashim, isu undang-undang keluarga, isu murtad dan majlis perundingan antara agama menunjukkan SIS cuba meliberalkan dan merosakkan agama Islam diatas nama persatuan Islam. Selain itu SIS pernah menjemput Aminah Wadud yang menaikkan kemarahan umat Islam apabila menjadi imam solat Jumaat.

Para pemimpin dan ahli PAS jangan sekali-kali berganjak daripada usul ini. Sekiranya DAP cuba membangkitkan soal kebebasan bersuara ini hak PAS untuk mempertahankan Aqidah Islam. PAS berkewajipan untuk melaksanakan tuntutan ini. Sister In Islam ni sekiranya berada di Republik Islam Iran sudah pasti mereka ini dipancung. etapa besarnya dosa mereka.

http://www.tranungkite.net/v9/

Presiden PAS umum saf kepimpinan baru

Irwan Muhamad Zain
Foto Wan Zahari Wan Salleh Thu Jun 11, 09 2:47:07 pm MYT


KUALA LUMPUR, 11 Jun (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi mengumumkan perlantikan Dato' Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung yang baru menggantikan Dato' Kamaruddin Jaffar.

Pengumuman dibuat pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS sejurus selesai Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang bermula jam 10 pagi tadi.
Pada sidang itu, Ustaz Hadi mengumumkan Ustaz Idris Ahmad sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat dan mengekalkan Dr. Mohd Hatta Ramli sebagai Bendahari.
Tinbalan Pengarah 1 Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman pula dilantik menggantikan tempat Mustafa sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Bekas-bekas Naib Presiden, Dato Husam Musa dan Mohamad Sabu yang tewas dalam pertandingan kerusi Timbalan Presiden dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa tambahan.
Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani dan Wan Ubaidah Wan Omar ialah dua muka baru yang dilantik. Dr Mariah Mahmod dan Anuar Tahir turut dilantik semula.

Senarai penuh Jawatan Kuasa PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS negeri-negeri

AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT DAN PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI / WILAYAH PERSEKUTUAN SESI 2009 – 2011

PRESIDEN: YB DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG
TIMBALAN PRESIDEN: YB USTAZ NASHARUDIN MAT ISA

NAIB PRESIDEN (1): DATO’ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
NAIB PRESIDEN (2): YB SALAHUDDIN AYUB
NAIB PRESIDEN (3): YB DATO' MAHFUZ OMAR
KETUA DEWAN ULAMAK: YB DATO’ HAJI HARUN TAIB
KETUA DEWAN PEMUDA: USTAZ NASRUDIN HASSAN
KETUA DEWAN MUSLIMAT: USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH

AJK

(1): YAB DATO' SERI IR. MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN
(2): USTAZ HAJI IDRIS HAJI AHMAD
(3): YB DATO’ KAMARUDDIN JAFFAR

(4): YAB DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABD RAZAK
(5): YB DATO’ DR. HAJI HASAN MOHD. ALI
(6): YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLI
(7): USTAZ HAJI ABDUL GHANI SAMSUDDIN
(8): DATO’ USTAZ HAJI ABU BAKAR CHIK
(9): MOHAMED HANIPA MAIDIN
(10): YB DATO' IR. AMIRUDDIN HAMZAH
(11): YB DR. LO’ LO’ HAJI MOHAMAD GHAZALI
(12): USTAZ HAJI ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN
(13): YB DR DZULKEFLY AHMADAJK
(14): YB DR. SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI
(15): YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN
(16): MAZLAN ALIMANAN
(17): YB USTAZ HAJI TAIB AZAMUDDIN MD. TAIB
(18): YB DR. MUJAHID YUSOF RAWA

PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 22 (4) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001) – JAWATAN-JAWATAN UTAMA

SETIAUSAHA AGUNG: DATO’ MUSTAFA ALI
BENDAHARI PAS PUSAT: YB DR. HATTA MD RAMLI

KETUA PENERANGAN PAS PUSAT: USTAZ IDRIS HAJI AHMAD
KETUA PENGARAH PILIHANRAYA: YB DATO’ ABDUL HALIM A RAHMAN

PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 22 (5) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001) – TAMBAHAN JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT

(1): YB DATO’ HAJI HUSAM MUSA
(2): HAJI MOHAMAD SABU

(3): HJ MOHD ANUAR TAHIR
(4): HAJI ASMUNI AWI
(5): YB MOHAMAD TAUFEK ABDUL GHANI
(6): YB DR. HAJJAH SITI MARIAH MAHMUD
(7): YB WAN UBAIDAH WAN OMAR
(8): HAJI AHMAD DOLLAH

PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 34 (4) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001) – PESURUHJAYA PAS NEGERI

PESURUHJAYA PAS PERLIS : YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN
PESURUHJAYA PAS KEDAH : YAB DATO' SERI USTAZ HAJI AZIZAN ABDUL RAZAK

PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG : USTAZ MOHD SALLEH MAN
PESURUHJAYA PAS PERAK : USTAZ ABU BAKAR HUSIN
PESURUHJAYA PAS KELANTAN : YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
PESURUHJAYA PAS TERENGGANU : YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB
PESURUHJAYA PAS PAHANG : DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
PESURUHJAYA PAS SELANGOR : DATO’ DR. HAJI HASAN MOHD ALI
PESURUHJAYA PAS W. PERSEKUTUAN : HAJI MOHAMAD NOOR MOHAMAD
PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN : HJ ZULKEFLY MOHAMAD OMAR
PESURUHJAYA PAS MELAKA : USTAZ HAJI ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN
PESURUHJAYA PAS JOHOR : DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED
PESURUHJAYA PAS SABAH : HAJI MUHAMAD ABDULLAH
PESURUHJAYA PAS SARAWAK : USTAZ HJ OSMAN MUSTAPHA


Lagi p'raya kecil? ADUN DAP serah surat letak jawatan

Athi Veerangan Jun 11, 09 5:37pm

Rakyat Malaysia yang tidak habis-habis berdepan dengan pilihanraya kecil, mungkin menyaksikan satu lagi - kali ini DUN Jawi di Pulau Pinang.

ADUN DAP, Tan Beng Huat telah menyerahkan surat perletakan jawatannya tanpa tarikh kepada pucuk pimpinan parti itu.Dalam surat itu, beliau berkata akan mengosongkan kerusinya jika didapati bersalah dalam siasatan rasuah terhadapnya sekarang.

Surat Tan itu telah mencetuskan khabar angin bahawa satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan di Pulau Pinang, selepas pilihanraya kecil di Penanti pada 31 Mei lalu.Manakala pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan Ogos lalu.Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow mengesahkan telah menerima surat Tan pagi ini dan akan menyerahkannya kepada ketua menteri yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.

Katanya, Tan menyerahkan surat peletakan jawatan itu secara sukarela "sebagai tanda bertanggungjawab" terhadap dakwaan rasuah yang dibuat oleh rakannya dalam parti itu dari Nibong Tebal.Tan, 48, yang menyertai DAP lima tahun lalu, memberitahu sidang akhbar kemudiannya bahawa beliau telah mengemukakan surat peletakan jawatan itu sebagai "jaminan" sekiranya dia didakwa atas tuduhan rasuah.

Beliau bagaimanapun, menafikan dakwaan rasuah itu.Sebaliknya, beliau menubuhkan rakannya itu sengaja mereka cerita itu untuk memalukannya dan kerajaan Pakatan Rakyat.

Nik Aziz Setuju Jika Terima Husam, Mohd Sabu

KOTA BHARU, 11 Jun (Hrkh) - Cadangan untuk menerima Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu dalam Dewan Harian PAS Pusat oleh Naib Presiden PAS baru, Dato' Mahfuz Omar dipersetujui oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut Tuan Guru, beliau telah mengenali kedua-dua tokoh tersebut agak lama kerana mereka berdua merupakan bekas Naib Presiden PAS sebelum pemilihan baru-baru ini.

"Saya amat bersetuju sekiranya Dato' Husam diterima sebagai salah seorang dalam Dewan Harian PAS Pusat kerana saya tahu latar belakangnya,beliau merupakan seorang Exco negeri Kelantan yang berkaliber dan sudah tentu pengalaman luas dalam pentadbiran dan politiknya amat berharga,begitu juga dengan Mat Sabu,beliau merupakan tokoh pemidato terbaik bagi saya dan penuh dengan hujah yang bernas,"ujarnya ketika ditemui di majlis penutup Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Agama Malaysia Zon Utara dan Timur Semenanjung kali ke-10 di Kampus Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.

Nik Aziz juga berharap mereka ini diterima dalam Dewan Harian PAS Pusat kerana keduanya merupakan aset yang bernilai tinggi dalam perjuangan PAS dan amat mesra dengan kaum-kaum lain seperti India dan Cina.

"Kita kini dalam menuju ke arah Pilihan raya ke-13,amat wajarlah kedua-dua tokoh ini diterima dalam Dewan tersebut kerana mereka ini mempunyai idea dan pandangan yang luas dan amat rugi kalau tak ambil mereka ni,"katanya lagi.

Namun demikian ini adalah merupakan cadangan dan pandangan dari Naib Presiden PAS yang baru dan terserahlah kepada Presiden untuk mempertimbangkannya. Mesyuarat pertama dijangka diadakan pada hari ini.

Sebelum ini, Husam Musa dan Mohammad Sabu merupakan Naib Presiden PAS Pusat dan telah tewas dalam merebut jawatan Timbalan Presiden daripada Nasaruddin Mat Isa yang berjaya mempertahankan jawatan dengan undi sebanyak 480 undi.

KERAJAAN PERPADUAN : Peringatan & Harapan

- Ustaz Mohamad Nazir Zakaria

Asalamualaikum sahabat-sahabat
Saya ingin membicarakan tentang kerjasama atau kerajaan perpaduan yang di cadangkan oleh Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang di muktamar PAS baru-baru ini. Pada hemat saya ramai yang ingin memberikan pandangan dan pendapat mereka didalam soal ini.

Mungkin rakan-rakan ada pandangan yang hendak di kemukakan kepada pemimipin-pemimpin kita , mari kita nyatakannya disini. Semoga pandangan kita di baca dan di fahami oleh politikus-politikus kita samada di UMNO, PAS atau PKR.

Saya amat berharap agar parti-parti politik dan pemimpin-pemimpin melayu kita dapat bersatu dan membela nasib orang kita dengan lebih gigih lagi. Kita selama ini telah terlalu cuba untuk memahami dan bertolak ansur dengan kaum-kaum lain di Malaysia ini. Isu agama Islam kita sudah sering di perlekehkan oleh penganut agama lain. Dari isu murtad, isu anak, isu agama islam sebagai agama rasmi dan banyak lagi.

Kita sering dengar orang berkata Islam mengajar kita untuk hormat kepda bangsa dan agama lain, tapi kenapa kita membisu dan diam bila agama Islam diperlekehkan oleh orang lain. Tidakkah Islam juga mengajar kita untuk membela dan menjaga agama kita agar tidak di permainkan oleh orang lain?

Sudah tiba masanya orang-orang melayu Islam bersatu kembali dan menaikkan kembali martabat kita sebagai MELAYU ISLAM di Malaysia ini. Jangan kita sempitkan soal perpaduan dan kesepakatan kita sesama ISLAM dengan soal politik-politik yang berkepentingan induvidu. ISLAM adalah cara hidup, lengkap didalam segala soal termasuk berpolitik dan mentakbir Negara. Ayuh kita bersatu dan berkerjasama demi ISLAM dan UMATnya.

Sekarang, Pas adalah tunggak politik orang Melayu/Islam apabila UMNO tidak lagi relevan kepada orang Melayu untuk diharapkan menjadi pembela nasib Melayu seperti yang dilaung-laungkan, keruntuhan UMNO/BN sudah hampir tiba seperti mana runtuhnya stadium Kuala terengganu, begitu juga PKR parti berbilang kaum kononnya pasti tidak mampu membela hak orang-orang melayu sebaiknya maka sudah pasti PASlah yang terbaik menjadi parti yang boleh dipaut oleh orang-orang melayu/Islam.

Kita perlu menyedari bahawa kekuatan Pakatan Rakyat terletak pada PAS, bak seperti kata saya dalam teks ucapan menyokong usul terima kasih ucapan dasar Presiden yang tak sempat dihabiskan, akibat tidak menghayati konsep tahalluf siyasi atau kerjasama politik yang telah dijalin sebelum Pilihanraya Umum Ke-12 baik di pihak PKR mahupun di pihak ahli-ahli PAS maka tercetuslah kekeliruan. Banyak kerusi diperuntukkan kepada PKR ketika Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu. Kerusi majoriti Melayu yang PAS tidak begitu kuat telah diperuntukkan kepada PKR atas alasan PKR mampu menarik sokongan daripada ahli UMNO dan pengundi atas pagar.

Kerusi yang bersifat 50 – 50 di antara pengundi Melayu dan bukan Melayu juga dibolot oleh PKR atas alasan PAS tidak mampu menarik sokongan undi bukan Melayu jika PAS meletakkan calonnya di kerusi tersebut. Begitu juga DAP akan gagal menarik undi Melayu jika parti itu bertanding di situ. Kesimpulannya, calon dari PKR adalah yang paling sesuai kerana PKR adalah parti bersifat pelbagai kaum.

Hakikatnya, pelbagai kaum sangatkah mereka. Bila telah dapat banyak kerusi, calon pula tidak berapa ada. Maka diambillah sesiapa saja yang ada tanpa melalui penapisan yang ketat. Akhirnya, bila menang menampakkan warna yang sebenar. Ada yang tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam hubungan dengan rakyat dan melaksanakan tugas dalam kerajaan, ada yang melompat hasil tawaran yang menggelapkan mata dan sebagainya.

Niat kita bukan untuk memburukkan sesiapa, tetapi inilah ingatan terhadap sesama kawan kita supaya sikap saling hormat-menghormati sentiasa diamalkan. Kita ingin menegaskan bahawa kriteria pemilihan calon pilihanraya mewakili parti-parti Pakatan Rakyat perlu melalui satu proses tapisan yang sistematik.

Ini bagi memastikan calon yang benar-benar berwibawa dan memilih calon-calon yang bukan sahaja cemerlang dalam arena keprofesionalan mereka, tetapi dalam masa yang sama mempunyai integriti dan istiqamah yang tinggi terhadap parti dan rakyat. Alhamdulillah, telah terbukti bahawa calon-calon PAS yang menang tetap dengan parti walau apa jua yang berlaku, sebesar mana tawaran tidak diendah demi takutkan Allah dan inilah hasil tarbiyyah kita.

Kita PAS pula, rata-rata ahli PAS berpandangan, “mana-mana kerusi pun ahli PAS juga yang buat kerja sampai menang”. Rata-rata ahli PAS berpandangan “mana ahli PKR waktu kerja-kerja pilihanraya dulu?”. Rata-rata ahli PAS berpandangan “orang-orang PKR cuma ramai waktu pimpinan parti mereka turun padang”.

Kita tak nafikan hal ini. Malah, kita bersetuju sangat dalam hal ini. Pengalaman di Permatang Pauh dan di Bandar Tun Razak cukup untuk membuatkan kita membisu jika ada ahli PAS berpandangan seperti itu. Namun, sedar atau tidak, hanya ahli PAS, yang menilai PAS sebagai sebuah parti politik sahaja yang akan berpandangan sedemikian. Wahai sahabat sahabat sejemaah sekalian, PAS adalah sebuah gerakan Islam, dan politik itu pula adalah sebahagian daripada tanggungjawab sebuah gerakan Islam.

Jika kita hanya menumpukan pada kerja kerja pilihanraya tetapi melupakan tangungjawab atau gerak kerja jemaah seperti usrah, tamrin dan sebagainya, maka anda belumlah layak untuk digelar pejuang Islam. Jika kita berpendirian “kalau tidak kerana orang PAS, tak menang puak- puak nih”, maka kita telah melupakan bahawa kalah menang itu adalah urusan Allah swt.

Jika kita berpendirian “kalau bukan kerana kita, tak menang puak-puak ini”, maka kita melupakan peranan dan sumbangan orang lain. Inilah yang dikatakan ego. Saya tak berniat nak ulas panjang hal ini. Masing-masing faham sebenarnya. Baik PKR mahupun PAS. Semuanya faham. Kita sangat berharap pimpinan kita dapat berbuat sesuatu dalam perkara ini.

Menyedari potensi untuk Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya akan datang ini, maka saya menyeru saf kepimpinan yang baru diamanahkan memimpin parti keramat ini dan semua ahli agar berbuat sesuatu yang konstruktif. Kita dah banyak dengar ugutan-ugutan daripada rakyat yang sokong kita, yang tak puas hati dalam banyak hal.

Satu pesanan yang jelas untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita bersetuju dengan pandangan Datuk Seri bahawa rakyat Malaysia hari ini bukanlah bodoh. Rakyat Malaysia sedang memerhati. Namun begitu, Datuk Seri juga kena faham, rakyat Malaysia bukan sekadar memerhatikan BN tetapi rakyat Malaysia juga sedang memerhatikan kita dalam Pakatan Rakyat. People Power! Makkal Sakhti! Mereka akan menentukan dalam PRU-13 dengan izin Allah SWT.

Buat ahli PAS – tingkah laku kita adalah Islam. Kerja buat kita adalah Islam. Pemikiran kita adalah Islam. Maka, ikutlah Islam sepenuhnya. Tidak ada tempat untuk mereka yang mengikut kepala sendiri dalam PAS.

Kepada Dato Seri Presiden dan YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa, teruskan langkahmu dengan segak bergaya sebagai seorang pemimpin Islam ulung abad ini, bak kata Ketua Pemuda PAS yang baru bahawa Dato Seri Presiden adalah orang yang beramal dengan ilmu, sudah pasti apa jua tindakan adalah berdasarkan ilmu.

Tindakan dan idea perpaduan yang dicadangkan adalah tepat dengan ilmu Qurani yang dimiliki oleh Presiden egitu juga Timbalannya cuma kita hanya berwaspada dengan kekufuran dan kejahilan UMNO/BN seperti yang dibimbangi oleh Yang Ampunya Berkat (YAB) Tuan Guru Mursyidul AM.

Jangan hiraukan sekelumit kata-kata nista mereka yang jahil. Idea dan tindakan untuk berbincang hal perpaduan sudah pasti ada pahala yang menanti, manakala peringatan bahawa UMNO/BN bukan boleh diharapkan sangat pun ada pahalanya, maka kita ahli-ahli dan pendukung perjuangan mulia ini tetap berdiri di belakang kepimpinan kita.

sila email pandangan teman2 ke ydpputrajaya@gmail.com

11 JUN 2009
Selesa Beach Resort
Port Dickson

Mohd Sabu tak kisah kalah, tapi mood perwakilan jelas tolak Nasharuddin

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau kalah dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden PAS kerana perwakilan tidak bersedia untuk memberi undi dan kemenangan kepadanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan pepecahan undi yang memberi sokongan kepada rakan sejawatnya, Datuk Husam Musa - yang bertanding jawatan yang sama - turut menjadi faktor kekalahannya.

"Kalau kedua-dua undi dicampur, ia boleh melebihi penyandangnya," katanya kepada pemberita selepas sidang muktamar ditangguhkan. Bagaimanapun, kata Mohamad, beliau menerima kekalahannya dan menyifatkan sebagai adalah "satu perkara biasa".

Ini kerana, katanya, beliau pernah mengalami beberapa kekalahan dalam pemilihan sebelum ini. Nasharuddin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan timbalan presiden dengan memperoleh 480 undi. Manakala Husam pula memperolehi 281 dan Mohamad Sabu mendapat 261 undi.

Keputusan itu menunjukkan undi yang diperolehi Husam dan Mohamad Sabu - bila digabungkan - berjumlah 542 - iaitu 62 undi lebih tinggi daripada undi yang diperolehi Nasharuddin (46.8%).

Mohamad juga berkata, beliau akan terus memberi sokongan dan aktif dalam PAS walaupun gagal tidak lagi memegang jawatan tinggi parti. Mohamad berkata, beliau menyerahkan kepada presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menimbang melantiknya menganggotai Jawatankuasa PAS Pusat bagi membolehkan beliau meneruskan sumbangan terhadap parti.

TERKINI: Anwar, Hadi dan Kit Siang setuju tiada Kerajaan Perpaduan!

KUALA LUMPUR: Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan.

Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit.

Kami percaya perselisihan kecil yang digembar-gembur oleh media Umno-BN tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden PAS.

Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.

Inshaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
10 Jun 209

Rabu, 10 Jun 2009

MELAYU AMAT RINDUKAN PERPADUAN

- Datuk Ruhanie Ahmad

Gagasan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Pas adalah inisiatif siasah yang optimistik. Hakikat demikian kerana perpaduan siasah Melayu adalah teras kepada kemantapan siasah Malaysia. Bila siasah Melayu kembali intim, bagai aur dengan tebing, lenyaplah tindakan kelompok oportunis yang selama ini melukut di tepi gantang atau menangguk di air keruh.

Hati pemimpin besar UMNO dan Pas kini hampir bertaut untuk menyimpulkan talian abadi ini. Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, bersikap terbuka terhadap konsep kerajaan berkenaan.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menegaskan, partinya tidak akan menutup pintu rundingan dengan mana-mana pihak kerana ia merupakan satu tuntutan dalam Islam (Utusan Malaysia 8.6.2009).

Hadi juga yakin gagasan tersebut mampu menyelesaikan masalah negara. Katanya, gagasan ini juga adalah untuk kebaikan kita semua yang sekarang begitu rapuh dari segi perpaduan (Utusan Malaysia 6.6.2009).

Salehuddin Mohamed Nasir selaku wakil Pemuda Pas Selangor pula menyifatkan, gagasan tersebut adalah futuristik (Utusan Malaysia:7.6.2009).

Lantaran itu, gagasan berkenaan wajar disokong oleh orang Melayu yang selama ini merindui perpaduan tulen lagi abadi. Sokongan ini penting. Survival bangsa Melayu hanya dapat dikekalkan jika wujud kesatuan hati di antara sesama Melayu.

Bangsa Melayu juga hanya boleh terselamat jika kuat. Dan, hanyalah boleh kuat jika bersatu padu (Datuk Onn Jaafar, 1.3.1946).

Oleh sebab itu, seluruh orang Melayu wajar mengiringi usaha merealisasikan gagasan ini dengan jutaan doa dan harapan. Kelompok Melayu yang sinis wajar mengawal kenyataan serta tindakan masing-masing.

Cendekiawan Melayu perlu membantu proses mengartikulasikan gagasan ini dari segi roh, jiwa, semangat, falsafah dan formatnya supaya menjadi satu realiti yang pasti.

Pihak-pihak yang berhasrat untuk membangkang, insaflah bahawa gagasan ini adalah demi kepentingan Melayu yang kebelakangan ini diprovokasikan kesabarannya dan dihiris jiwanya oleh sesetengah elemen bukan Melayu.

Semua pihak wajar insaf. Kekuatan sesuatu bangsa bergantung kepada perpaduan. Kesediaan pemimpin parti-parti politik Melayu untuk bertemu dan bermusyawarah sudah lama ditunggu setelah pertarungan politik menjerumuskan masyarakat Melayu di negara ini ke gaung perpecahan yang membimbangkan (Mustapa Mohamed 2001:73).

Memang gagasan kerajaan perpaduan ini masih samar-samar. UMNO dan Pas, dengan bantuan intelektual Melayu, perlu menghalusi seluruh kaedah, konsep dan teori yang serasi. Mereka wajar merujuk kepada al-Quran dan Sunnah Nabi.

Mereka juga boleh melakukan kajian perbandingan berasaskan Theory of political coalitions (Willian Riker 1962), Hobbes's political theory (Deborah Baumgold 1988), Decision theory and decision behaviour: normative and descriptive approaches (Anatol Rapoport 1989), atau apa juga pandangan yang merujuk kepada gabungan serta kerjasama politik di seluruh dunia.

Banyak ruang yang perlu diterokai dan banyak aspek yang perlu dihalusi oleh UMNO dan Pas. Proses ini memerlukan kebijaksanaan dan kesabaran paling maksimum.

Pertama, adakah kerajaan perpaduan ini bermatlamat untuk melakukan satu koreksi total terhadap segala kepincangan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri supaya relevan dengan tuntunan zaman?

Kedua, adakah kerajaan perpaduan ini bertujuan untuk mendorong UMNO dan Pas supaya menjadi lebih dedikated, fokus dan sensitif kepada permasalahan pribumi Malaysia dalam konteks kemajmukan masyarakat negara ini?

Ketiga, adakah penubuhan kerajaan perpaduan ini memerlukan satu emansipasi serta perubahan struktur yang radikal dalam organisasi UMNO dan Pas? Mungkinkah konsep kerajaan berkenaan memerlukan UMNO dan Pas dibubar dan dijelmakan semula menerusi satu wadah, imej, fokus, keutamaan, aspirasi, falsafah serta kombinasi aktor perjuangan yang baru?

Keempat, adakah kerajaan perpaduan ini merupakan kerajaan gabungan yang longgar atau satu ikatan yang erat seperti yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN) sejak 1 Julai 1974?

Kelima, bagaimanakah reaksi komponen bukan Melayu dalam BN mengenai gagasan ini? Bagaimana pula respons rakan seperjuangan Pas dalam pakatan pembangkang mengenai gagasan yang sama?

Selain itu, wajar dipersetujui bentuk-bentuk manfaat, faedah dan ganjaran untuk semua pihak terbabit. Ini bukan soal remeh. Pengalaman di beberapa negara tertentu, soal-soal inilah yang lazimnya mencetuskan perbalahan antara komponen sesuatu gabungan sehingga menyebabkan keretakan dan perpecahan.

Dalam hal ini, UMNO, Pas dan BN wajar menyetujui prinsip-prinsip pembahagian kuasa di antara mereka. Contohnya, tidakkah Pas layak diberikan kerusi Timbalan Perdana Menteri Kedua? Kementerian manakah yang akan dikendalikan oleh menteri penuh daripada Pas?

Mungkinkah komponen BN akan mengizinkan UMNO dan Pas berperanan utama dalam mewujudkan pelbagai dasar sosio-ekonomi yang affirmatif dan lebih berorientasikan syarak? Apa pula ciri-ciri keseimbangan yang akan diwujudkan untuk mencerminkan kemajmukan Malaysia dalam konteks ini?

Sebagai strategi tempoh sederhana dan jangka panjang, UMNO dan Pas juga wajar mengemukakan satu garis panduan bersama mengenai sosialisasi dan integrasi siasah bagi seluruh anggota mereka di peringkat akar umbi.

Ini adalah untuk meleburkan sikap permusuhan siasah yang wujud selama ini supaya semangat ukhwah yang baru mampu ditransformasikan menjadi tenaga perjuangan yang jitu demi Islam dan Melayu.

Semua pandangan di atas hanyalah satu hipotesis. Bagaimanapun, ia adalah berdasarkan penelitian terhadap kegagalan gabungan UMNO dan Pas dalam BN sebelum ini.

Contohnya, antara faktor utama yang menggagalkan perpaduan UMNO-Pas dalam BN sebelum ini adalah percakaran siasah yang wujud daripada rasa tidak puas hati mengenai pembahagian kerusi dalam sesuatu pilihan raya umum, pembahagian kerusi dalam Kabinet, pembahagian jawatan di peringkat negeri dan daerah, serta pertembungan pengaruh politik di peringkat akar umbi.

Oleh itu, soal pengaruh politik dan soal manfaat, faedah dan ganjaran ini wajar dihalusi secara tuntas dan rinci. Soal-soal strategik membabitkan orientasi, fokus serta falsafah BN yang baru juga perlu dibereskan secara telus dan jujur.

Pada waktu yang sama, media dan lain-lain jentera pembentuk pendapat umum perlu difokuskan ke arah gagasan kerajaan perpaduan ini supaya kefahaman rakyat jelata dapat melicinkan lagi proses perundingan dan pembentukannya.

Seterusnya, orang UMNO, orang Pas dan seluruh orang Melayu wajar mengenang semula kenyataan Tun Razak Hussein mengenai kerjasama UMNO-Pas dalam BN 25 tahun lalu. Kata Razak, UMNO tidak menolak sebarang usaha penggabungan dengan Pas demi kepentingan negara dan kemajuan rakyat (Subky Latif 1976:76).

Presiden Pas ketika itu, Tan Sri Asri Muda, menjawab dengan positif. Katanya, Pas sedia menimbangkan kerjasama dengan UMNO sekiranya ia diadakan di peringkat Pusat dan Negeri. Bagaimanapun, Pas menyerahkan penubuhan kerajaan campuran itu kepada persetujuan kongres khas parti (Subky Latif 1976:77).

Kenyataan di atas membuktikan bahawa perpaduan UMNO dan Pas memang boleh diwujudkan jika terdapat iltizam politik di kalangan kepimpinan besarnya. Dalam konteks hari ini, Najib dan Hadi sudah pun membayangkan iltizam berkenaan.

Biarpun begitu, UMNO dan Pas perlu insaf. Jika mereka serius dalam perjuangannya untuk Melayu dan Islam, pastikanlah perjuangan itu adalah ikhlas, jujur dan bebas daripada percaturan politik kuasa.

Oleh kerana matlamat teras kerajaan perpaduan ini adalah cita-cita untuk "menyelesaikan masalah negara dan untuk kebaikan kita semua yang rapuh dari segi perpaduan," wajarlah cita-cita itu diperjuangkan secara cekap, konsisten dan menyeluruh.

Akhir sekali, renungkanlah pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa perpaduan di kalangan orang Melayu bukanlah satu perkara yang mudah. Sejarah membuktikan bahawa bangsa Melayu di Semenanjung dan gugusan pulau-pulau Melayu lebih mudah berpecah-belah daripada bersatu padu (2002:247).

Pandangan Mahathir ini relevan sekali untuk dihalusi kerana UMNO dan Pas pernah bersatu menerusi BN pada 1974 dan juga pernah berpisah beberapa tahun kemudiannya.

Oleh itu, jika dengan restu Allah SWT, gagasan kerajaan perpaduan kali ini menjadi realiti, pastikanlah kesilapan lama antara UMNO dan Pas tidak berulang lagi.

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat (al-Quran, al-Hujuraat 49:10).

Datuk Ruhanie Ahmad ialah mantan Ahli

Parlimen Parit Sulong, Johor.





Pemuda PAS pertegas mahu Majlis Fatwa Kebangsaan siasat SIS

Rabu Jun 10, 2009

DEWAN Pemuda Pas Pusat (DPPP) menyokong penuh usul PAS Kawasan Shah Alam yang mengusulkan dalam Muktamar baru-baru ini agar Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan atau siasatan terhadap pertubuhan wanita Sisters In Islam (SIS) yang membawa aliran Islam liberal.

DPPP menghargai pandangan Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok dari DAP dan Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub yang mahu PAS menghormati kebebasan bersuara dan juga hak untuk berpersatuan.

Justeru dalam prinsip perjuangan yang sama, Perwakilan Muktamar PAS juga telah mengunakan hak mereka untuk bersuara secara bebas dan hak PAS dalam berpersatuan secara yang lebih pragmatik.

DPPP menegaskan bahawa kita tidak meminta SIS diharamkan jika Majlis Fatwa Kebangsaan mengesahkan bahawa pertubuhan itu layak untuk membawa nama Islam. Tetapi jika didapati mereka menyimpang dan tidak membawa hasrat serta pemikiran Islam yang betul maka PAS bertegas agar mereka diharamkan atau menukar nama persatuan mereka.
DPPP berpandangan bahawa setiap pertubuhan yang membawa nama Islam seharusnya mempunyai pandangan jelas tehadap akidah ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak memainkan isu atas dasar hak asasi yang terlalu subjektif.

Kerana dalam Islam hak asasi itu mempunyai adab dan matlamatnya. Beberapa kes rujukkan memperlihatkan sikap SIS terhadap hukum dan dasar Islam yang turut bertentangan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, antaranya.

1. Isu penangkapan Jeslina Hashim di Kelab Malam Zouk.2. Isu Undang-Undang Keluarga Islam3. Isu Murtad Lina Joy

DPPP tidak menghalang hak mereka untuk bersuara, namun sikap mereka yang tidak memperlihatkan diri mereka sebagai pertubuhan Islam seharusnya dinilai.
Sebagai menghormati hak mereka, DPPP menyarankan agar SIS menukar nama kepada Sisters In Malaysia jika mereka mahu meneruskan tingkah mereka yang memperjuangkan hak asasi yang subjektif dan tidak lagi membawa nama Islam tetapi dalam masa yang sama mempersoalkan hukum-hukum Islam yang telah termaktub dalam Al-Quran dan Hadis.

Ini pandangan DPPP dan diharap semua pihak menghormati pandangan ini atas dasar kebebasan bersuara dan berpersatuan. Sama ada ia mahu diterima atau tidak, itu terpulang pada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

DPPP pertegas sekali lagi bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan harus bersidang dan membuat penilaian terhadap SIS, sekaligus mengeluarkan Fatwa sama SIS ini layak mengunakan nama Islam dalam pertubuhan mereka atau tidak.

Jika tidak layak maka mereka harus diharamkan mengunakan nama Islam dan diminta bubar atau menukarkan nama persatuan jika mahu terus aktif dalam berpersatuan kerana mereka tidak lagi dianggap mewakili suara wanita dan umat Islam keseluruhannya.

Makkal Sakti Malaysia mahu jumpa PM selesaikan isu 60,000 tiada sijil kerakyatan

BUTTERWORTH 7 Jun - Makkal Sakti Malaysia (MMSP), sebuah parti politik yang baru ditubuhkan dan berdaftar pada 11 Mei lalu mendakwa antara 50,000 hingga 60,000 kaum India di negara ini tidak mempunyai sijil kerakyatan sebagai warganegara Malaysia.

Menurut Presidennya, R.S. Thanenthiran, masalah itu timbul kerana kebanyakan mereka tidak mempunyai dokumentasi seperti sijil kelahiran.. Beliau berkata, ekoran itu, mereka tidak berjaya dalam permohonan mendapatkan kad pengenalan daripada Jabatan Pendaftaran Negara.

''Inilah masalah yang akan kita kemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kira-kira tiga bulan lalu, kita telah menghantar satu memorandum memohon untuk berjumpa dengan beliau.

''Selain itu, kita juga menunggu kebenaran untuk bertemu dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi membincangkan isu kaum India di Malaysia yang tidak mempunyai kerakyatan,' ' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, masalah itu telah lama berlarutan dan ada di antara mereka yang telah pun meninggal dunia tanpa diiktiraf sebagai rakyat Malaysia..


Justeru, beliau berkata, MMSP sebagai sebuah parti politik baru sememangnya berhasrat untuk membela nasib dan membantu menyelesaikan pelbagai masalah komuniti India di negara ini.
Jelasnya, MMSP tidak ada kaitan langsung dengan Hindraf serta menolak sebarang bentuk keganasan melampau dan menyalahi undang-undang termasuk demonstrasi jalanan yang menakutkan rakyat Malaysia.

''MMSP adalah sebuah parti yang sah dan nombor pendaftaran, 0892. Jadi sebagai sebuah parti politik yang berkecuali MMSP tidak keberatan untuk bekerjasama dengan semua pihak.
''Ketika kita mohon kepada kerajaan untuk membenarkan MMSP didaftarkan sebagai satu parti politik dalam negara tujuan kita adalah untuk menyediakan satu platform bagi menerajui perjuangan rakyat dan membela nasib kaum India,'' katanya.

Kali pertama pengumuman mengenai penubuhan parti itu dibuat pada 19 Mei lalu di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor. Sehubungan itu, katanya, MMSP kini sedang berusaha mengedarkan borang keahlian bagi menyertai parti tersebut.

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails