SELAMAT DATANG

Sabtu, 24 Julai 2010

KERJASAMA UMNO-PAS MACAM CERITA PERBINCANGAN ISRAEL-PELASTIN


OLEH: JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)


PERBINCANGAN bagi mencari jalan ke arah penyatuan UMNO-PAS makin menjadi-jadi. Ia semakin mendesak dan memuncak percakapan mengenai proses kerjasama UMNO-PAS apabila parti UMNO semakin hilang pengaruh dan kurang mendapat sokongan daripada orang-orang Melayu sendiri, lebih-lebih lagi jenerasi baru masakini kehadiran mereka rata-ratanya sudah jelas memencilkan UMNO.

Semakin banyak kita membicarakan persoalan penyatuan Melayu(UMNO-PAS), semakin ramai kita menjadi terkeliru. Pada saya pertemuan dan perpaduan Melayu sentiasa menemui jalan buntu. Ada yang mencadangkan resolusi gila dalam pentas-pentas debat, yang menyarankan bubar PAS dan bersatu di bawah UMNO. Ini idea karut yang tiada menjadi faktur sokongan ke arah bagi menjustifikasikan penyatuan UMNO-PAS.

Bicara perpaduan Melayu dalam konteks UMNO-PAS, sesekali kita dapat rasakan ianya bagaikan perbincangan demi perbincangan antara tokoh-tokoh pemimpin Islam Palestin dengan Yahudi Isreal yang tidak pernah kata sepakat untuk menamatkan tradisi permusahan di bumi umat Islam itu. Di kedudukan di tengah-tengah perbincangan bagi menyelesaikan masalah Palestin-Isreal, tembak-menembak dan pembunuhan tidak pernah berhenti. Siri-siri perbincangan tiada pernah bertemu suatu resolusi ajaib bagi menamatkan era perang dalam satu siri sejarah pertempuran yang panjang

Dalam hubungan antara UMNO-PAS bila membicarakan soal perpaduan Melayu, ternyata kuasa besar UMNO itu tiada pernah mahu mengalah? Mengajak PAS berbincang tetapi tidak pernah mahu menerima saranan PAS? Saya kira ajakan dan pelawaan UMNO itu sekadar mencari motif keuntungan politik jangka pendik untuk membuka ruang bagi mempergunakan media milik mereka bertujuan membenam dan memperburuk-burukkan PAS. Mempergunakan Mufti-Mufti seperti Harussani wakil jurucakap akhbar cabuk sebagai tokoh ulama jambatan penyambung amat tiada menyenangkan PAS. Akibatnya Harussani dicabar turun kegelanggang politik bukannya berselindung dibawah ketiak UMNO. Saya fikir Harussani tiada cukup kelayakan bagi menjuarai sebagai tokoh penyatuan UMNO. Sebab itu kedengaran suara-suara sinis supaya Harussani menjadi orang tengah bagi mencari jalan penyatuan UMNO adalah lebih baik dari menaja perbincangan UMNO-PAS yang lebih banyak menempah risiko sebagai seorang tokoh Mufti yang sudah dilebalkan lebih UMNO dari UMNO.

Saya bersetuju untuk masa ini usahlah kita bicara lagi pasal penyatuan UMNO-PAS, kerana kata pemutus dan penyudahnya sudah muktamad kerjasama PAS bersama Pakatan Rakyat. Semakin rancak kita berbincang pasal penyatuan kedua-dua parti Melayu itu semakin bercelarau. Walau pun dalam satu debat di adakan di Kelantan baru ini, yang diserta Ustaz Afendi, Lokman Nor Adam(UMNO), Dr Mohd Asri(Pendakwah Bebas) dan Dr Mujahid(PAS). Sekalipun dalam mukadimah perdebatan tersebut yang bertajuk "BOLEHKAH MELAYU BERSATU", kenyataan wakil UMNO bahawa Melayu boleh bersatu, tetapi bila kita lihat hasil dari perdebatan itu lansung tidak menunjukkan orang-orang Melayu boleh bersatu.

Berlaku serang menyerang antara kedua-dua pihak, mujurlah pendebat PAS Dr Mujahid lebih rasional dan Dr Asri tenang dan berilmu, sebaliknya Ustaz Afendi dan Lokman Nor Adam tiada ada ketenangan dan rasionalnya kalau kita mahu mengaitkan debat tersebut sebagai antara sekelumit perbincangan bagi mencari titik perpaduan Melayu. Pada saya perpaduan Melayu UMNO-PAS masih jauh perjalanannya untuk kita harungi.

KAMI mahu Akta Mesin Cetak dipinda

Jumaat, 23 Julai 2010

PAS Parti Islam Terbesar Di Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang ditubuhkan pada 1951 kini mengorak langkah lebih jauh sebagai parti yang berteraskan perjuangan Islam dan membawa mesej Islam yang terbesar dinegara ini.

Kita tidak menafikan sumbangan rakan-rakan NGO lain yang turut sama memperjuangkan dakwah Islamiah dinegara ini dan dari semasa ke semasa PAS turut menjalinkan hubungan yang akrab serta saling bekerjasama dengan mereka.

PAS memilih untuk menyertai politik dan pilihanraya sebagai satu wadah bagi menyumbang kepada penyebaran dakwah serta mengangkat martabat umat Islam dinegara ini disamping kekal menjalankan tanggungjawab mengharmonikan hubungan antara kaum dan agama lain.

PAS parti yang mengutamakan keamanan, perpaduan serta berpegang teguh kepada prinsip bahawa akidah Islam dan dasar-dasar Islam mampu memberikan kesejahteraan kepada semua.

PAS bukanlah parti perkauman yang khusus buat kaum-kaum tertentu, tetapi kita tidak nafikan bahawa majoriti ahli PAS adalah dari kalangan umat Melayu. Namun mereka bersama dengan parti ini atas semangat Islam dan bukannya kerana semangat Melayu.

PAS juga jelas berdiri teguh menghormati dan mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu khususnya dalam aspek agama, budaya, tanah dan juga sosialogi yang lain. PAS prihatin dengan nasib umat Melayu akhir-akhir ini yang sering dijadikan mangsa dasar Liberalisasi dan Model Ekonomi Baru Kerajaan BN yang akhirnya mengecilkan kuota ekuiti Melayu daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus sahaja. Banyak lagi hak Istimewa orang Melayu yang gagal diangkat oleh Umno walaupun mereka bangga mengatakan bahawa merekalah Parti Melayu Terbesar.

PAS sedar kepentingan orang Melayu dan mengajak seluruh umat Melayu untuk bangkit berjuang atas nama Islam, kerana hanya dengan Islamlah mereka akan lebih dihormati. Perpaduan umat Melayu atas nama Islam adalah pilihan terbaik berbanding apa yang ditawarkan oleh Umno, kerana dalam Islam kita tegas mengharamkan apa yang haram dan menghalalkan apa yang halal.

PAS akan terus berjuang untuk semua, kerana PAS yakin setiap yang lahir kedunia ini ada hak untuk diperjuangkan tanpa mengira apa bangsa mereka. Keterbukaan PAS ini jelas dengan kelahiran Dewan Himpunan Penyokong PAS, dimana sebagai parti Islam kita juga mempunyai sokongan yang kuat kalangan bukan Islam untuk memimpin negara ini.

Pemerintahan PAS di Kedah dan Kelantan berjaya membuktikan bahawa Islam adalah agama yang memberikan kesejahteraan kepada semua bangsa dan agama. Tidak cukup dengan itu, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat jelas memberikan manfaat kepada rakyat keseluruhannya. Dan PAS dari semasa ke semasa akan terus menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran Kerajaan yang harus difahami bahawa sesuatu perkara yang ingin dilakukan haruslah bermula dari tangga pertama hingga tangga terakhir secara bijaksana.

Oleh itu, PAS terus menyeru kepada rakyat untuk sama-sama menyertai parti ini, menyokong parti ini dan memberikan kepercayaan untuk parti ini menjadi alternatif kepada Umno menjelang Pilihanraya ke-13.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

JAMIL KHIR MAHU KEPADA AL-QURAN ?

10 Syaaban 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

JAMIL KHIR seorang Senator yang setaraf dengan raja sesumpah Ezam mula membuka mulut yang bunyinya sama seirama dengan Mufti Perak.

Lagu dan irama perpaduan Islam dikumandangkan seolah-olah waktu ini kita sesama Melayu dan Islam sudah `berperang saudara'.

Benarkah begitu? Ianya tidak benar, apa yang berlaku sekarang adalah Umno mahukan undi bukannya perpaduan apatah lagi Islam.

Kenyataan Jamil Khir itu adalah kenyataan seorang Senator yang berada di dalam sebuah parti sekular yang bersemangatkan kebangsaan.

Di mana-mana kampung, bangsa Melayu tidak berpecah, samada di negeri yang diperintah Bn mahupun di negeri yang diperintah oleh PR.

Masyarakat di kampung bersatu padu termasuk di kalangan bangsa Cina atau India. Mereka tahu untuk membezakan fahaman politik yang tidak membolehkan mereka berpecah belah.

Jika ada sekalipun perpecahan, mungkin di satu-satu tempat yang mekibatkan kelompok kecil yang taksub.

Umno mahukan perpaduan adalah kerana Umno merasakan perpaduan bersama PAS itu penting untuk mengukuhkan parti sekular yang mereka dakap itu.

Jamil Khir menyebut bahawa antara PAS dan Umno, mereka mempunyai Kiblat yang satu, puasa, sembahyang dan juga berbagai ibadah lain adalah serupa.

Adakah ini bermakna umat Islam yang berada di dalam PKR, DAP, Gerakan dan beberapa parti lain itu tidak sama ibadah mereka? Mengapa tidak diajak untuk perpaduan ini?

Jamil Khir juga sebut pasal kembali kepada Al-Quran demi perpaduan. Kenyataan ini amat baik sekali dan itulah yang PAS mahukan.

Tetapi, adakah Umno mahu kembali kepada Al-Quran? Di dalam masa Jamil Khir menyebut perlu kepada Al-Quran, seorang lagi telah ditahan di bawah akta ISA yang zalim dan bertentangan dengan Al-Quran itu.

Setelah banyak yang mereka rampas dari rakyat termasuk kebebasan bersuara, Jamil Khir masih mahu bercakap soal perpaduan dan Al-Quran.

Selaku Senator dan juga Menteri yang menjaga hal ehwal agama, Jamil Khir patut bersihkan semua perkara mungkar ini sebelum menyebut tentang perpaduam Umat.

Sewaktu Jamil Khir berada di dalam ATM, beliau gagal untuk `mengislamisasikan' organisasi sekecil itu, apatah lagi untuk sebuah negara.

Angkatan tentera kita masih lagi banyak mewarisi sistem penjajah samada dari segi pentadbiran mahupun latihan. Cuma barangkali di dalam ATM, Islam boleh diperlihatkan di dalam beberapa program keagamaan di dalam masa-masa tertentu.

Kita tidak nampak bagaimana anggota tentera kita mampu lahir sebagai pejuang yang bersedia untuk berjihad demi agama dan negara. Ini adalah kerana aspek kerohanian dan keagamaan tidak ditonjolkan secara menyeluruh.

Jika benar Jamil Khir ikhlas untuk melihat Melayu dan Islam bersatu, beliau harus menasihatkan pemimpin Umno untuk mengubah dasarnya kepada Islam atau pun menyertai PAS.

Hanya Islam yang boleh menyatukan Umatnya, tetapi tidak boleh menyatukan Melayu sahaja. Islam bukan untuk Melayu dan Melayu juga belum tentu Islamnya.

Nasha: Jangan terikut-ikut rentak media perdana

10 Syaaban 1431 H

Timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa meminta pemimpin dan ahli parti itu supaya jangan terikut-ikut dengan rentak yang dimainkan oleh media arus perdana berhubung isu perpaduan PAS-Umno.

"Kebelakangan ini, isu kerjasama antara PAS dan Umno kembali dipaparkan oleh media media arus Perdana sehingga mengelirukan sebahagian ahli PAS dan masyarakat Malaysia umumnya.

"Malah, pihak media telah mendapat beberapa pandangan daripada pemimpin PAS di peringkat pusat, negeri dan kawasan berhubung perkara ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini, Utusan Malaysia menyiarkan di muka depannya laporan yang memetik ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan sebagai berkata Umno dan PAS perlu mempunyai satu pelan damai atas nama Islam supaya persengketaan yang panjang antara kedua-dua parti tersebut berjaya ditamatkan.

Ketua pemuda PAS itu dipetik menulis demikian blognya di bawah tajuk 'Pelan Damai Untuk Umno dan PAS'.

Mengulas lanjut, Nasharuddin berkata: "Kita percaya media-media ini akan menimbulkan persepsi baru sehingga boleh merapuhkan wehdah atau kesatuan dalaman PAS sendiri.

Nasharuddin berkata, PAS masih lagi berpegang dengan ketetapan yang telah dibuat dalam muktamat-muktamar yang lalu.

"PAS akan terus memfokuskan kepada gerak kerja mendepani pilihan raya umum k-13 untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

"Saya juga menyeru kepada seluruh pimpinan dan ahli agar dapat melipatgandakan usaha untuk memantapkan organisasi, terutama di peringkat cawangan dan kawasan serta menambah keahlian baru PAS semaksima mungkin," katanya.

Malaysiakini/-

NOH OMAR BUKA PEKONG KHIR TOYOL

بسم الله الرحمن الرحيم

Isu Pasir - Pertaruangan Sebenar Khir Toyo Dan Noh Omar

Tindakan Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menjuarai isu pasir dengan melawat beberapa tempat di negeri itu didakwa bertujuan untuk memalukan 'pesaingnya' Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Ini kerana, lubang besar daripada kesan kecurian pasir - yang dilawati di Batang Berjuntai dan Kuala Langat - merupakan kesan yang ditinggalkan oleh pentadbiran Dr Mohd Khir sebelum ini, dakwa ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei.

"Zaman Khir Toyo menjadi menteri besarlah kawasan yang di lawati Noh Omar di Batang Berjuntai dan Kuala Langat menjadi 'lubang seperti di bom'," kata ADUN PKR itu.

Shuhaimi mendakwa, tindakan Noh itu ekoran keadaan "berlengan populariti" antara kedua-dua tokoh Umno negeri itu bagi membuktikan siapa lebih berpengaruh bagi menerajui parti itu dalam pilihan raya akan datang.

"Sidang akhbar berasingan oleh kedua-dua mereka, hasil ciptaan isu yang sama membuktikan wujud 'perang pengaruh' di antara mereka," kata Shuhaimi.


"Kedua duanya sedang menunjuk 'silat politik' agar tidak terlepas peluang menjadi menteri besar jika dalam pilihan raya umum ke-13 pengundi kembali memilih Barisan BN - istilah saya dalam hal ini ialah sekadar angan-angan Mat Jenin."

Selepas kekalahan BN di Selangor dalam pilihan raya umum lalu, Dr Mohd Khir kini hanya bertindak sebagai ketua pembangkang dan ketua pemikir Umno.

NAJIB: BAHAGIAN TIADA MASALAH TANPA MAT TAIB

بسم الله الرحمن الرحيم

Umno bahagian Kelana Jaya masih mampu beroperasi seperti biasa walaupun tugas ketua bahagiannya kini telah dipangku timbalan ketua bahagian itu, kata presidennya Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, isu itu juga tidak dibangkitkan dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno petang ini.

"Tak bincang, tapi bahagian Kelana Jaya boleh teruskan. Tak ada masalah," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu petang ini.

Setelah dilaporkan memberikan mandat kepada timbalannya Datuk Yahya Bujang bermula April tahun lalu, terdapat desakan daripada akar umbi supaya Muhammad melepaskan jawatan.

Desakan itu dibuat antaranya bagi memastikan Umno bahagian itu mencapai segala objektif dan fungsi yang ditetapkan.

Setelah 'diam' selepas tewas dalam pemilihan agung Umno sebelum ini, Muhammad tidak pernah lekang daripada menjadi mangsa spekulasi, antaranya dakwaan beliau bakal keluar parti.

Ia antaranya ekoran kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tahun lalu bahawa Muhammad mengakui perubahan yang Pakatan dalam satu pertemuan pada November tahun lalu.

Khalid juga mendakwa, dalam pertemuan itu, Muhammad juga menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengannya "untuk membangunkan rakyat dan ekonomi rakyat luar bandar.

Dalam sidang media petang ini, Najib turut ditanya lanjut berkaitan tindakan ketua bahagian itu Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menyerahkan tugas ketua bahagian itu kepada timbalan beliau.

"Tak apalah dia (Muhammad) delegate (serahkan kuasa). Kita terima, jalanlah macam biasa.

"Kalau dia (Muhammad) delegate, dia (timbalan) ada kuasa sebagai pemangku ketua," kata perdana menteri.

MANUSIA KE BINATANG NI?

بسم الله الرحمن الرحيم

AMPANG: Bagai hidup pada zaman jahiliah, seorang bapa tergamak mengasari isterinya disebabkan kecewa wanita itu melahirkan bayi perempuan yang juga anak sulung hasil perkongsian hidup mereka.
Sejak isterinya hamil dan diberitahu doktor anak dalam kandungannya dijangka perempuan, lelaki terbabit sering memukul isterinya.

Lebih menyedihkan, selepas bayi perempuan itu dilahirkan, dia menjadi mangsa perbuatan zalim bapanya dan perbuatan itu berterusan sehingga usianya kini lima bulan.

Dalam kejadian terbaru, dua beranak itu diperlakukan dengan kejam apabila lelaki terbabit memukul bayi dan isterinya selain turut mengurung wanita berkenaan apabila mangsa cuba melarikan diri.

Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi, 7 Julai lalu apabila mangsa yang berusia awal 20-an ketika itu berada di rumah manakala suaminya yang bekerja sebagai pengutip barang lusuh baru pulang.

“Sebaik tiba di rumah, lelaki terbabit tiba-tiba menghampiri bayi perempuan mereka dan dalam keadaan naik angin dia melepaskan tendangan ke arah bayi itu yang berada dalam buaian. Bayi berusia lima bulan itu diperlakukan dengan kejam apabila dia bukan saja ditendang, malah turut ditumbuk dan ditampar bapanya sehingga cedera di badan, mata dan kepala,” katanya.

Sumber itu berkata, sambil membebel kepada isterinya, lelaki terbabit terus menerus memukul, menumbuk dan menampar bayi berkenaan walaupun cuba dihalang wanita berkenaan.

Khamis, 22 Julai 2010

Ke Putrajaya bukan mimpi, bukan impian, tetapi cita-cita kian hampir - Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Apapun yang diperkatakan, Umno sudah dilihat tidak relevan dalam politik Malaysia. Ia sudah tidak boleh menjadi parti pembela nasib orang Melayu. Kini, sudah tiba masanya, PAS menggantikan Umno yang sarat dengan penyakit. Bagi Presiden PAS, menuju ke Putrajaya bukanlah impian tetapi cita-cita yang sudah dekat tercapai. Banyak isu yang tercetus, gagal menyebelahi Umno-BN lagi. Rakyat kian sedar, celik politik dan sukar ditipu. Anak-anak muda, akan jadi pemangkin berkesan mengocak gelombang PRU-13 akan datang. Ikuti wawancara eksklusif Wartawan Kanan, WAN NORDIN WAN YAACOB dan INTAN ABDULLAH bersama Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung baru baru ini.

Berdasar suatu tinjauan dibuat Merdeka Center yang dibentangkan baru-baru ini, mendakwa 72 peratus anak muda berumur di bawah 30 tahun tidak meminati politik. Apa strategi PAS dalam pilihan raya akan datang dalam menangani perkara ini?

DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG: PAS ada mekanisme sendiri yang digerakkan untuk membuat penyelidikan. Kita tidak bergantung dengan penyelidikan yang dibuat oleh pihak lain. walaupun masih terlalu awal kerja-kerja dilakukan, kita telah mendapat maklumat daripada kajian itu walaupun tidak di seluruh negara. Tetapi di tempat-tempat tertentu yang boleh dibuat perbandingan yang baik, di mana sikap pengundi muda ini ialah tidak suka kepada BN.

Di dalam media yang disalahgunakan dan sebahagian mereka ada yang telah membaca. Ini dapat dilihat sendiri dalam pilihan raya lalu, kawasan-kawasan pinggir bandar berlakunya perubahan khususnya di kalangan pengundi muda. Mereka ini telah menunjukkan sikap pada Pilihan Raya Umum pada 1999. Apa yang dilihat ialah kebimbangan kita tentang cara Umno menangani pengundi muda.


Sepatutnya kita memperkasakan pengundi muda, bukan dilalaikan mereka dengan hiburan, dilekakan dengan gejala sosial. Apa yang berlaku seolah-olah Umno cuba untuk memerangkapkan generasi muda supaya jauh daripada minda politik yang sebenar. Saya yakin dan percaya melalui pelbagai kegiatan kita, termasuk di kalangan generasi muda ini, kita harapkan mereka akan menjadi gelombang untuk membuat perubahan politik dalam negara kita di masa akan datang.

Gerakan massa seperti perhimpunan BERSIH berjaya dianjurkan pada 2007. Adakah PAS akan mengulangi sejarah itu yang dijangkakan akan dilangsungkan sebaik sahaja parlimen dibubarkan, memandangkan ia cukup memberi impak kepada pengundi...


Itu akan dilihat daripada masa ke semasa. Saya lihat gerakan massa ini hanya berlaku di kawasan bandar dan pinggir bandar. Ia tidak masuk ke kawasan pedalaman yang menjadi tempat pergantungan BN, yang dibutahurufkan dalam perkara politik, khususnya dalam kawasan Felda, Felcra, pedalaman, yang juga mempunyai generasi muda. Perubahan tidak boleh berlaku dengan cara yang menyeluruh hanya di bandar dan pinggir bandar sahaja. Sebab itu apa yang penting ialah bagaimana cara kita mencetuskan kesedaran secara yang menyeluruh termasuk kawasan-kawasan pedalaman supaya perubahan itu berlaku.
Saya rasa ada sedikit-sebanyak kemajuan melalui langkah yang diambil. Apa yang penting kita perlu bersabar dalam menangani masalah ini. Sebab kita mahu perubahan dalam negara dengan adil dan sihat bukan huru-hura yang memberi peluang kepada BN untuk basuh tangan sedangkan mereka menjadi punca sebenarnya dan mereka mengambil kesempatan. Ini akan diambil kira.

Tadi Dato' Seri sebut soal Felda dan pedalaman. Isu ini telah dibangkitkan dan masyarakat Felda tersentuh dengannya. Tetapi dengan tindakan mendedahkan isu-isu penyelewengan Felda ini menyebabkan kerajaan bertindakbalas menyekat permit Harakah dan Suara Keadilan sendiri. Ini akan membuatkan PAS lebih tertekan?

Kita melihat perubahan yang berlaku di seluruh dunia, di negara lain. Ia berlaku dengan sebab minda rakyat terbuka. Kedua berlakunya tekanan yang melampau dalam negara kita hari ini. Dua perkara ini tidak berlaku. Iaitu minda rakyat tidak terbuka kerana media-media dikongkong dan rakyat tidak tertekan.



Kemiskinan tidak melampau kerana mereka dibantu dengan tidak melepaskan diri daripada kepompong kemiskinan. Sekiranya BN melakukan tekanan ini memberikan peluang berlakunya perubahan di kalangan pengundi-pengundi. Kita kena sedar bahawa Felda yang sudah memakan usia yang lama itu sudah melahirkan generasi muda Felda. BN hanya boleh bertahan dengan generasi tua, generasi muda yang jumlahnya akan meningkat berkali ganda yang melakukan perubahan, insha-Allah.



Mereka ini tidak tingggal di dalam Felda. Sekurang-kurangnya ada motorsikal dan boleh pergi ke bandar dan melihat perubahan yang berlaku di bandar dan pinggir bandar dengan sebab itu sikap BN untuk mempertahankan diri dengan mengongkong minda rakyat - satu sikap yang salah, sikap yang menjerat diri mereka sendiri.

PAS menjadi harapan dan alternatif kepada orang Melayu sepertimana yang dikatakan Dato' Seri tadi. Adakah PAS telah bersedia dengan strategi yang khusus untuk menawan kembali dan meningkatkan undi Melayu?

Ketakutan dan igauan menandakan ada tanda-tanda perubahan pada orang Melayu sendiri khususnya di kalangan pengundi muda. Itu menunjukkan perubahan akan berlaku. Apa yang penting ialah kita menangani perubahan ini dengan sebijak-bijaknya. Dengan sebab itu saya kemukakan pada mukadimah tadi yang menyelamatkan orang Melayu ialah Islam.
Selagi Umno tidak berubah pada Islam, insha-Allah PAS akan menjadi penyelamat kepada orang Melayu dan Islam. Dan PAS akan bersikap dengan satu sikap yang boleh diterima oleh Islam. Kerana PAS berjaya mengubah minda fanatik orang Melayu dengan perkauman mereka kepada orang Melayu yang membuat perubahan dan orang Melayu yang mengambil kira hubungan mereka baik dan adil dengan masyarakat majmuk yang ada dalam negara ini. Perubahan yang tidak mampu dilakukan oleh Umno kerana Umno masih lagi dengan nasionalisme Melayu yang tidak ada konsisten kerana berdasarkan pragmatik. Mereka tidak boleh menipu orang Melayu selama-lamanya.

Dalam Muktamar PAS ke-56 lalu, Dato' Seri ada menyebut tentang tema "Sepakat Ke Putrajaya". Bagaimana nak direalisasikan untuk pilihanraya ke-13 ini?

Apa yang disebut itu bukan suatu impian. Kita perlu menyedari bahawa harapan yang ada pada hari ini adalah merupakan cita-cita di masa lalu. Cita-cita adalah daripada impian yang berubah kepada cita-cita. Kita kemukakan itu sebagai suatu harapan dan pelan perjalanan kita. Apa yang penting ialah kita merancang untuk menuju mengikut pelan yang kita atur. Dan pelan itu berjalan hari ini dengan PAS mengambil peluang daripada tekanan yang dihadapi daripada masyarakat. Berlakunya ketidakadilan, rasuah, penyelewengan, penyakit dalam Umno yang sepatutnya, Umno tidak boleh mempertahankan dengan penyakitnya dengan penyakit yang dahulu. Umno berehat. Sudah tiba masanya orang Melayu tidak lagi dipimpin oleh Umno.

Jika bukan Umno, siapa lagi?

Sepatutnya dipimpin oleh PAS kerana semua kaum yang ada di Malaysia, termasuk kaum lain daripada semua parti politik menerima orang Melayu adalah teras politik, di mana kuasa politik orang Melayu masih lagi di tangan orang Melayu. Ini kerana mereka adalah jumlah yang majoriti. Soalnya adakah orang Melayu bersama dengan umno atau bersama dengan PAS?
Sekiranya orang Melayu bersama dengan PAS, orang Melayu tetap menjadi teras politik. Yang berbeza dengan teras yang dikendalikan oleh Umno iaitu teras nasionalisme yang fanatik, tidak bertimbangrasa, oportunis, tidak menyelamatkan orang Melayu sendiri kepada suatu teras yang baru dan baik yakni Islam yang kita kemukakan ini. Ia boleh menyelamatkan orang Melayu dalam masa yang sama menyelamatkan kaum yang lain daripada pertembungan yang boleh merosakkan kita dalam negara ini.

Bagaimana kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat sekarang ini?

Kerjasama yang sangat baik dan sangat positif khususnya selepas berlaku Konvensyen Pakatan Rakyat di Selangor apabila kita telah berjaya meluluskan satu resolusi yang diterima oleh Pakatan Rakyat khususnya DAP iaitu menerima Islam sebagai Agama Persekutuan. Dalam masa yang sama memberikan hak kepada agama-agama yang lain dianuti dalam negara ini, menerima hak istimewa orang Melayu dengan tidak menzalimi kaum lain, menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan memperkasakan bahasa ibunda dan memberi ruang untuk kita belajar bahasa asing untuk meningkatkan ilmu kita.

Ini satu resolusi bersama menunjukkan kita telah berjaya membuat satu perubahan dalam satu gabungan Pakatan Rakyat yang fleksibel, bukan satu pakatan yang jumud, keras, mengikat tidak boleh bergerak, tetapi anjal. Kita menghormati perbezaan ideologi, anutan, budaya, dalam masa yang sama kita bersatu dalam perkara yang sama kita mempunyai titik persamaan iaitu untuk menegakkan keadilan dan memberi hak untuk semua dan saling menghormati antara satu sama lain.

Adakah kerjasama yang mantap dan sekuat ini dicemburui Umno-BN?

Macam saya katakan tadi, sudah tiba masanya untuk Umno-BN berehat dan bercuti untuk membina partinya dan membentuk dirinya semula. Sebagaimana yang berlaku dalam demokrasi negara yang lain. dan dia boleh kembali berkuasa selepas diperbaiki dan kita boleh buat silap kalau kita memerintah. Sepatutnya rakyat yang benar-benar demokratik akan memberi peluang kepada parti lain untuk memerintah. Mereka lihat dulu dalam masa lima tahun dan selepas itu mereka boleh membuat muhasabah terhadap semua parti termasuk Umno-BN, bukan kita sahaja.

Adakah PAS akan turut serta dalam pilihan raya Dun Sarawak memandangkan perkembangan yang sangat positif di sana?

Insha-Allah kita akan turut serta. PAS telah menubuhkan cawangan di sana dan pilihan kita dilihat kepada sejauh mana beradanya PAS di sana dengan mengambil kira jalinan hubungan yang baik dengan Pakatan Rakyat. PAS telah buktikan dalam kerjasama dalam Pilihan Raya Kecil Sibu iaitu memenangkan calon DAP dalam masa yang sama menubuhkan cawangan PAS di kawasan Sibu yang majoritinya Melayu. Itu kerjasama praktikal yang kita wujudkan dan kita telah mendapat kerjasama positif daripada rakan kita DAP dalam pilihan raya itu.

Penduduk di Sarawak sukar untuk dapatkan maklumat daripada akhbar Harakah dan Suara Keadilan. Semasa muktamar telah dibangkitkan hal ini. Apa respon Dato' Seri?

PAS sedang mengorak langkah untuk menyelesaikan masalah itu dan sehingga kini kita telah menghantar dua, tiga kali rombongan melawat ke sarawak dan kita juga membuat pindaan dalam pimpinan Sarawak. Ini adalah persediaan awal untuk PAS hadapi pilihan raya Dun Sarawak.

Seruan Dato' Seri kepada ahli dan penyokong Pakatan Rakyat seterusnya rakyat Malaysia dalam menggembeling tenaga bagi memastikan hasrat ke Putrajaya direalisasikan?

Seluruh ahli dan penyokong PAS bersikap berani kerana benar dan bersedia untuk berkorban kerana kebenaran serta mestilah bersikap matang, jangan bersikap bodoh dalam apa-apa langkah yang tidak bijak yang diambil oleh BN. Ini kerana kebijaksanaan inilah yang boleh menarik pengaruh rakyat dan menyebabkan mereka percaya kepada kita. Apa yang berlaku adalah kegelabahan BN dan kita tidak boleh tidak bijak dalam menghadapi kegelabahan ini. Kalau kita bijak saya yakin kita boleh melangkah seperti mana yang kita atur.

Rabu, 21 Julai 2010

Tanya lagi Jamil Baharom tak ada ka ayat tangkap orang tanpa bicara?

misai merah

Terkini seorang lagi ditahan di bawah akta zalim ISA yang boleh menahan sesiapa saja tanpa dibicarakan. Tangkap, cekup dan di bawa ke Kamunting. Harakahdaily melaporkan Seorang Lagi Ditahan ISA;

Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menahan seorang lagi di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kononnya demi memerangi keganasan Jemaah Islamiah (JI) dalam negara.

Mohammad Fadzlullah Abdul Razak, 28, ditahan di Sungai Buluh, Selangor pada Khamis lalu sekitar jam 11 malam oleh seorang pegawai polis berpakaian seragam serta 14 pemuda berpakaian biasa yang dipercayai dari Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman.

"Polis cakap dia ditahan kerana keganasan antarabangsa," ujar Hasnol Hadi Abdul Razak, 25, ketika ditemui pagi tadi, di sini.

Menurut beliau, pihak terbabit kemudiannya menggeledah rumah bapanya ala-ala samseng tanpa waran.

Dalam penggeledahan tersebut, katanya, mereka merampas dua komputer riba, topeng, tali, kompas serta sebilah pisau, sehingga menakutkan beliau sekeluarga.

Mereka turut menuduh abangnya masih bergiat dalam aktiviti keganasan di Thailand sejak beberapa hari lalu.

Sedangkan, katanya lagi, abangnya yang juga graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu sudah setahun bekerja dan hidup aman damai bersama-sama beliau sekeluarga, di sini.

"Dia bukan baru sehari dua balik sini (Malaysia), sudah setahun dia bekerja di sini, tapi polis kata dia baru sehari dua balik ke Malaysia selepas berjihad," katanya yang juga juruteknik IT sebuah firma di Shah Alam.

Tidak cukup dengan itu, ujarnya, mereka turut mengugut bapanya sehari selepas abangnya ditahan tanpa bicara.

"Ada (kecam), dia telefon bapa saya dan ugut, saya boleh ditahan 5 tahun kerana saya tanya tentang abang saya," beliau menambah.

Menurut beberapa sumber, Mohammad Fadzlullah dipercayai ditahan menurut Seksyen 73(1) ISA untuk disoal siasat selama 60 hari.

Pun begitu, kebiasaannya, mereka yang ditahan tanpa bicara melewati tempoh masa tersebut, bergantung pada keputusan Najib dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dalam perkembangan berkaitan, difahamkan keluarga mangsa telahpun membuat aduan kepada Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sabtu lalu.

Dilaporkan, Suaram telahpun bersetuju untuk menyediakan khidmat guaman secara percuma.

"Suaram akan bantu, minta dia boleh diwakili peguam, keluarkan abang dulu," jelasnya.-Harakahdaily
Jamil Khir Baharom Menteri Dijabatan Perdana Menteri kata kita kena berpegang kepada 'Tali Allah' dalam nak menyatu Pas-Umno tapi tak ada ka pulak ayat-ayat Quran yang menyebut boleh menzalimi rakyat sesuka hati tangkap rakyat dan dihumban dalam penjara di Kamunting tanpa dibicarakan? Tak ada ka juga ayat Quran sebagai pemerintah kena menjaga kebajikan rakyat bukan menarik segala subsidi untuk rakyat sesuka hati dengan alasan yang tak munasabah? Kalau dengan rakyat minyak petrol 5 sen pun berkira kalau dengan APCO penasihat Umno-BN habis RM 70 juta pun tak pa!

Aslim Taslam : Terima Islam Kamu Selamat

1. Nabi saw ketika dihantar atau diutus oleh Allah swt berdepan dengan masyarakat Jahiliyyah kuno yang keras menentang Islam . Malah ummat manusia dalam keadaan berpecah antara satu sama lain . Mereka bertelagah dan bersengketa malah berbunuh - bunuhan antara satu sama lain . Dunia waktu itu porak peranda .

2. Nabi saw menghantar surat kepada semua pemuka - pemuka kaum dan pihak berkuasa negara supaya menerima Islam untuk menyelamatkan mereka dan generasi yang akan datang . Ummat manusia disatukan dengan Islam . Aslim Taslam : Kamu terima Islam kamu selamat .

3. Saya lihat hari ini , negara kita juga terjebak dalam kancah Jahiliyyah , cuma ia moden berbanding dulu . Maksiat bertambah , mungkar bertambah , rasuah berleluasa . Semuanya gara - gara pemerintahan negara kita yang diterajui oleh UMNO dan BN tidak memerintah dan mentadbir berdasarkan Islam .

4. Tanpa Islam negara kita jadi begini . Sosialnya parah dan politiknya kejam . Ekonomi menindas dan tentunya rakyat marhain menjadi mangsa . Terbaru ialah kenaikan harga barang yang dilunakkan dengan Penyelarasan semula subsidi kononnya .

5. Ringkasnya , dunia hari ini khasnya negara kita juga perlukan surat atau risalah Rasulullah saw ini iaitu Aslim Taslam . Ianya sesuai dihantar sewaktu UMNO dan BN ghairah mengajak PAS bersatu . Saya kata : Pelan Damai untuk ummat ini ialah Islam atau dalam erti kata lain ialah Aslim Taslam . Kamu Terima Islam Kamu Selamat . Pastinya ia merupakan seruan kepada semua bukan terhenti antara PAS dan UMNO tetapi kepada seluruh rakyat dalam negara ini dan juga semua parti dan NGO .

Dengan itu , saya berlepas diri ini dengan apa jua percubaan siapa jua untuk memesongkan dan menyalah tafsirkan maksud saya dalam Pelan Damai yang saya cadangkan kepada seluruh ummat Manusia dalam negara ini . Pelan saya mudah : Aslim Taslam : Islamlah nescaya kamu selamat . selebihnya : No Islam No Talk

SEBAB APA KITA KATA ORANG UMNO BODOH?



Note: Inilah di antara wajah pemimpin umno. Lihat sajalah.. jika bodoh begini pun boleh diangkat sebagai pemimpin mereka, bayangkanlah tahap kebodohan penyokong-penyokong kepada si bodoh ini.. beginilah jadinya jika terlebih minum..

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum. - Riwayat Ibn Majah.

THE POWER OF ROSMAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Siapa Perdana Menteri ni?? Rosmah atau Najib



Cuba perhatikan gambar dalam keratan akhbar dibawah, gambar yang dirakamkan ketika Najib dan Rosmah tiba di Kota Kinabalu International Airport.

Gambar yang jelas menunjukkan siapa sebenarnya Boss atau Perdana Menteri Malaysia.

Sudah tentulah Rosmah, dimana lagi didunia ini, isteri seorang Perdana Menteri berjalan mendahului Perdana Menteri sendiri dan seluruh kabinet.

Cuba bayangkan bagaimana agaknya jika isteri President US atau isteri PM England tiba disini dan berjalan dihadapan rombongan atau delegasi mereka..

Pernahkah anda melihat kejadian seperti ini iaitu isteri Perdana Menteri mendahului Perdana Menteri dalam majlis rasmi semasa pemerintahan Mahathir?

Pernahkah anda melihat Isteri Pak Lah sekarang Jeanne Abdullah berjalan mendahului beliau dalam sebarang majlis rasmi?

Tentu tidak.. inilah Rosmah isteri Najib yang jelas tidak tahu apa itu protocol dan tak tahu MALU… - darisungaiderhaka

Umno anjur konvensyen bagi rampas semula Kedah

Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah akan menganjurkan konvensyen pada 31 Julai ini bagi membincangkan lapan perkara yang menjadi asas gerakan untuk mengambil semula negeri Kedah pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pengerusinya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata konvensyen sehari di Universiti Utara Malaysia (UUM) itu akan dihadiri kira-kira 1,000 orang terdiri daripada pemimpin Umno peringkat negeri dan bahagian.

"(Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) Datuk Seri Shafie Apdal yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah akan menyampaikan ucaptama pada sebelah pagi, diikuti lapan sesi bengkel dengan setiap bengkel disertai antara 100 dan 120 peserta.

"Pelbagai isu akan dibincang pada sesi bengkel itu dan setiap peserta boleh menyuarakan idea dan cadangan bagi memantapkan perjalanan dan gerak kerja parti ke arah pilihan raya," katanya dalam kenyataan di Alor Star hari ini.

Beliau berkata resolusi daripada konvensyen itu akan menjadi 'blue print' terhadap gerak kerja Umno di peringkat negeri, bahagian dan cawangan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Resolusi konvensyen itu akan disalur kepada akar umbi bagi membolehkan mereka memahami tindakan yang telah disusun dalam memastikan kemenangan pada pilihan raya umum nanti," katanya.

- Bernama

Isu pasir: Bekas MB Selangor penyebab utama

Pentadbiran Khalid Jauh Lebih Baik Dari Khir Toyo

Isu pasir: Bekas MB Selangor penyebab utama

Ahli Dewan Negara Senator Dr S. Ramakrishnan menegaskan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo adalah penyebab utama penyelewengan isu pasir di Selangor.

Menurutnya, Umno menyerang Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan mengenai isu pasir selangor tetapi tidak mengkaji dari mana timbulnya isu penyelewengan itu.

"Kroni Umno tidak mendapat kontrak secara terbuka oleh kerajaan negeri selangor menyebabkan mereka sengaja melakukan protes keterlaluan untuk mengganggu pentadbiran kerajaan negeri.

"Permasalahan isu pasir yang terjadi adalah disebabkan pentadbiran kerajaan negeri terdahulu di bawah pimpinan Dr Mohd Khir berlarutan hingga menimpa kepimpinan Khalid.

"Saya lihat mereka(Umno) sengaja mengadakan isu mengenai setiap pentadbiran negeri selangor untuk menjadi perhatian bahawa kerajaan negeri Selangor sekarang ini telah gagal melaksanakan tangungjawab,"katanya ketika sidang media di dewan rakyat hari ini.

Ramakrishan berkata, pentadbiran kerajaan negeri Selangor sekarang ini lebih memberangsangkan dari pentadbiran terdahulu Barisan Nasional(BN) yang menyebabkan rakyat tidak mempercayai BN.

"Kalau ingin bezakan pentadbiran dulu dan sekarang, pentadbiran sekarang jauh lebih bagus dari dari pentadbiran Dr Mohd Khir yang memilih kroni untuk memberi kekayaan.

"Umno tidak perlu cuba memanipulasi kepimpinan Khalid, kerana kerajaan negeri akan mampu menangani masalah isu pasir yang menjadi sumber utama BN menyerang PR.

Tambah beliau, kerajaan pusat perlu menilai tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor dan memberi bantuan sewajarnya bagi menyelesaikan permasalahan yang sedang timbul.

Ramakrishnan berharap agar semua pihak terutamanya Umno tidak mengadakan protes berterusan mengenai isu pasir untuk menindas kerajaan negeri Selangor dan diharap dapat memberi peluang untuk kerajaan negeri menyelesaikanya. -FMT

Selasa, 20 Julai 2010

Terkejut Beruk!!!!!

RUPA MANUSIA YANG DI HALAU DI PADANG MAHSYAR...

- Ditukar rupa menjadi wajah kera. Mereka itu adalah manusia yang suka mengumpat.
- Ditukar rupa menjadi wajah babi. Mereka adalah kalangan mereka yang suka memakan harta anak-anak yatim.
- Dihalau dalam keadaan terbalik, kakinya di atas dan kepala di bawah. Mereka itu adalah manusia yang suka memakan riba.
- Dihalau dalam keadaan buta dan dituntun (diiring). Mereka adalah daripada kalangan manusia yang curang dalam menerapkan hukum.
- Ditukar menjadi bisu dan tuli serta tidak berakal. Mereka itu adalah kalangan yang bangga dengan amalannya sendiri.
- Dihalau dalam keadaan mengoyak lidah sendiri, sedangkan lidah itu terjulur hingga ke paras dada dan mulutnya pula keluar nanah yang menjijikkan... Mereka adalah ahli pidato yang mana ucapannya berlainan dengan perbuatannya.
- Dihalau dalam keadaan terpotong kedua-dua kaki dan tangan. Mereka itu terdiri daripada yang suka mengganggu tetangga.
- Diiring ke Padang Mahsyar dalam keadaan tersalib pada pokok kurma neraka. Mereka itu adalah kalangan mereka yang suka berusaha mengajak orang ramai supaya membela pemerintah yang tidak jujur kepemimpinannya.
- Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan pakaian yang panas. Mereka itu adalah manusia yang takbur, sombong dan bongkak.

Daripada perbezaan kumpulan itu, jelaslah bahawa walaupun ketika berada didalam dunia dalam keadaan normal, tiada cacat cela, tetap akan ditukar oleh Allah mengikut amalan yang dilakukan di dunia. Sebelum sampai hari pengadilan di Padang Mahsyar yang maha luas itu.

Allah telah berfirman dalam Surah Taha ayat 124-126 bermaksud: "Dan barang siapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.Berkatalah ia: Ya Tuhanku, mengapakah Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, pada hal aku dahulunya adalah seorang yang melihat? Allah berfirman: "Demikianlah telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kau melupakannya dan begitu pula pada hari ini kamu pun dilupakan."

Begitu juga dengan pengiringan dan penghalauan manusia ke Padang Mahsyar, jangan sekali-kali menganggap ringan kerana memikirkan perkara itu belum pernah berlaku. Bagaimanapun Allah telah berfirman dalam al-Quran ia pasti berlaku. Firman itu bermaksud: "Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu) Kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan melihat bumi itu datar dan akan Kami kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami tinggalkan seorang pun daripada mereka."

Umat Islam sekarang harus ingat bahawa kematian adalah wajib dan mesti tiba apabila sampai waktunya. Setelah manusia dibangkitkan dari kubur masing-masing, maka semua manusia itu dihalau menuju ke Padang Mahsyar.Keadaan mereka ketika itu berbeza-beza. Ada yang berjalan kaki, berkenderaan dan ada juga yang berjalan menggunakan mukanya. Pendek kata semua mengikut amal perbuatan ketika hidup dulu.

Seperkara lagi yang harus ditempuh oleh manusia di Padang Mahsyar ialah tidak akan mendapat perlindungan. Matahari terlalu hampir dengan ubun kepala. Maka tidak hairan ada yang berpeluh kerana terlalu kepanasan sehingga terasa seperti terbakar itu hingga sampai ke kaki,lutut, dada,leher mahupun sekadar bahagian muka saja.

Sewaktu dalam penantian persidangan itu, kelihatanlah wajah mereka yang tunduk cemas, kelihatan muram dan hitam kelam. Keadaan itu samalah seperti kita melihat pesalah yang akan dibawa ke muka pengadilan.Takut serta bimbang sentiasa bermain-main pada fikiran.

Bgaimana ketika di Padang Mahsyar tidak siapa yang dapat melepaskan diri.Bukan itu saja, malah untuk mencari pohon tempat berteduh juga tidak ada.Siapa saja akan tetap diadili dan bergantunglah betapa taatnya dia dengan perintah Allah swt.

Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan (ingatlah) hari (ketika) Kami kumpulkan daripada setiap umat segolongan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, iaitu mereka dibahagi-bahagi (dalam kelompok-kelompok)." –(surah An-Naml:83).


*BERSAMA-SAMALAH KITA BERDOA MOGA KITA TIDAK TERGOLONG DALAM KALANGAN TERSEBUT........

Isnin, 19 Julai 2010

Harga barang: Bijaknya kerajaan sembunyikan agenda


http://episodeperjuangan.blogspot.com/

1. Kalau harga petrol naik 5 sen satu liter ertinya RM2.00 bagi setiap 40 liter . Saya sebut demikian sebab mana ada kereta yang bubuh minyak satu liter sahaja. Begitu juga dengan gas , naik harga 10 sen satu kilo , maka satu tong naik RM 1.40 . Justeru , tidak pula pernah saya dengar ada orang beli gas hanya satu kilogram .

2. Gula juga mengalami kenaikan harga mendadak pada kadar 25 sen satu kilo menjadikan harganya kini RM 1.75 sekilo .

3. Syahdunya kali ini kerajaan cukup bijak menyembunyikan "agenda" apabila mewajarkan kenaikan harga barang ini dengan menggunakan istilah penyelarasan semula subsidi demi kepentingan ekonomi negara , sebagai sebuah puisi yang mampu mengulit rakyat .

4. Saya melihat pelarasan subsidi ini tidak adil kepada rakyat terutama rakyat yang berpendapatan rendah dan tidak tetap . Mereka terpaksa menanggung beban kenaikan harga barang keperluan ini berbanding mereka yang berpendapatan tinggi dan mereka yang mendapat pembiayaan kerajaan .

5. Allah swt telah memberikan anugerah kekayaan yang melimpah ruah kepada negara ini melalui hasil mahsul dan bahan mentah yang begitu banyak . Kekayaan ini adalah nikmat Allah untuk dirasai oleh seluruh hambaNya . Malangnya hasil kekayaan ini hanya berlegar dikalangan orang - orang kaya dan pembesar dikalangan mereka . Sepatutnya hasil kekayaan negara yang dibahagikan kepada rakyat untuk dinikmati bersama itu , bukan subsidi tetapi mengembalikan hak rakyat kepada rakyat untuk dinikmati .

6. Ingat , rakyat bukan pengemis dalam negara sendiri yang berdaulat sehingga apa jua hasil negara yang patut dinikmati oleh rakyat disebut sebagai subsidi . Kini , Masyarakat atau rakyat yang berpendapatan rendah terus dihambat resah dan dibelenggu rasa bimbang berdepan dengan peningkatan taraf hidup pada hari ini . Pastinya apabila minyak setiap kali diisi mengalami kenaikan RM 2.00 [ untuk setiap 40 liter ] dan gas RM 1.40 setiap satu tong serta gula 25 sen sekilo akan menyaksikan kenaikan harga barangan lain dipasaran .

7. Walaupun kerajaan berjanji untuk mengawal kenaikan barang di pasaran tetapi pengalaman kita sebelum ini hanya menyaksikan satu kegagalan yang berterusan . Mereka pantaulah buat sehari dua ini , kemudian rakyat akhirnya pasrah begitu sahaja dengan kenaikan harga barang yang tiada siapa lagi bangkit berjuang membela nasib rakyat tertindas selepas itu .

8. Istilah Penyelarasan subsidi juga dilihat sebagai istilah tidak tepat dan wajar dilakukan oleh kerajaan . Lantaran apalah ertinya , sebuah kerajaan jika tidak memberi kepada rakyat akan nikmat yang wajar dinikmatinya . Rakyat berhak memiliki agihan saksama kekayaan negara . Kecualilah negara kita adalah sebuah negara yang miskin dan tidak mempunyai sebarang hasil , di darat mahupun laut .

9. Alasan kerajaan ialah untuk mengawal dan mengimbang ekonomi negara lalu "pelarasan semula subsidi dilakukan ." Kalau benar sekalipun untuk tujuan peningkatan dan penumbuhan ekonomi negara , kerajaan tidak perlu malah tidak berhak mengambil dan meragut hak rakyat menikmati hasil negara ini . Kenapa tidak kerajaan membaik pulih kebocoran dan ketirisan yang berlaku pada pembendaharaan ekonomi negara dan sistem pengendalian kewangan negara .

10. Selayaknya langkah awal dan drastik yang wajib diambil oleh kerajaan ialah mengelakkan pembaziran dan pemborosan wang negara pada projek yang tidak mendatang keuntungan kepada rakyat . Pembiayaan wang negara pada jumlah yang besar kepada syarikat konsultan seperti APCO , kapal selam yang tidak boleh menyelam dan projek - projek mega yang dilihat sebagai bukan keutamaan berbanding kebajikan rakyat yang wajib diperjuangkan oleh kerajaan .

11. Kerajaan dilihat lebih zalim dan tidak bertanggungjawab apabila menaikkan harga barang , mereka terus mendiamkan diri dari berbuat sesuatu untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat berpendapatan rendah dan tidak tetap demikian juga kepada penganggur yang semakin meningkat kadar bilangan mereka .

12. Tidak mustahil , ekoran kos kehidupan yang mula meningkat naik , meletakkan masyarakat lebih tertekan untuk bersaing dalam dunia yang tidak adil kepada mereka . Akhirnya keadaan ini menjerumuskan mereka ke dalam kancah jenayah yang mereka sendiri tidak merestuinya seperti mencuri , menyeludup dan sebagainya . Sementara kerajaan juga dilihat bersikap acuh tidak acuh dalam membina dan mendidik spiritual rakyat agar mereka menjadi insan yang soleh dan bermoral .


Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Tidak perlu kerjasama politik dengan Umno

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 19 Julai: PAS bukan sahaja menolak malah tidak melihat sebarang keperluan untuk menjalin kerjasama politik dengan Umno biarpun pelbagai pendekatan mahu digunakan pemimpin parti pemerintah itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempelawa orang tengah dalam menjayakan kerjasama Umno-PAS sebagai sia-sia.

"Kita dah tutup fail untuk kerjasama dengan Umno dan tak timbul lagi isu ini.

"Guna orang tengah ni menunjukkan Umno kritikal sungguh,” katanya kepada Harakahdaily.

PAS, jelasnya hanya bersetuju bekerjasama atas semangat faderalisme antara kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat atau goverment to goverment (G to G).

Ianya termasuk isu hak royalti dan gran perkapita tahunan Kelantan dan isu serangan bertali arus Umno terhadap kerajaan Pakatan rakyat Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Dalam konteks itu jelasnya, PAS tidak melihat kenapa orang tengah diperlukan.

"Yang kita setuju adalah kerjasama kerajaan dengan kerajaan atas sifat federalisme.

"Selesaikan masalah negeri yang sudah lama tertunggak. Saya pelik kenapa G to G pun kena guna orang tengah," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Lebih menimbulkan persoalan jelasnya, kenapa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dicadangkan menjadi orang tengah untuk kerjasama G to G tersebut.

"Saya pelik kenapa Mufti Perak dicadang jadi orang tengah, sedangkan dia cenderung kepada kerjasama politik PAS-Umno yang kita memang dah tolak," soalnya pula.

Semalam, Muhyiddin dalam kenyataannya mempelawa mana-mana pihak untuk menjadi orang tengah dalam merealisasikan kerjasama PAS-Umno.

Beliau mempelawa bekas mufti atau Mufti Perak sendiri berbuat demikian.

PAS bagaimanapun tetap berpendirian menolak sebarang bentuk kerjasama politik selain atas semangat federalisma G to G.

"Prinsip Islam, tolong menolong dalam perkara baik dan taqwa, tapi dalam Umno segala macam kemungkaran ada.

"Kita tidak akan mendukung biawak hidup dengan babi hidup," tegas Tuan Ibrahim.


Jom Kita Ramai-ramai turun Bantah BN

Kempen bantah kenaikan harga barang 28 Julai

Mohd Shubihi Muhamad Zain

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) menetapkan 28 Julai ini sebagai tarikh pelancaran kempen bantahan terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga beberapa barangan asasi beberapa hari lalu.

Jurucakap Protes, Dr Mohd Hatta Ramli memberitahu media selepas mempengerusikan mesyuarat gabungan itu di Pejabat Agung PAS, dekat sini, tengah hari tadi.

Menurutnya, pelancaran tersebut akan berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur dan pada hari itu akan diputuskan tarikh demontrasi besar-besaran membantah tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas.

"Mesyuarat tengah hari tadi turut membincangkan cadangan untuk mengadakan demontrasi tetapi tarikhnya akan ditentukan dalam mesyuarat semasa pelancaran kempen bantahan tersebut.

"Selain itu, kita juga akan menyusun aktiviti-aktiviti lain iaitu penyediaan risalah dan maklumat berkaitan dan juga menyusun tarikh 'road show' ke seluruh negara," katanya.

Beliau yang juga Bendahari PAS Pusat berkata, cadangan untuk berdemontrasi dilihat sebagai kaedah bantahan yang paling berkesan dan efektif.

"Demontrasi membantah PPSMI, GST dan yang terbaru kelulusan lesen judi, berjaya memberikan tekanan kepada kerajaan untuk menangguhkan dan ada yang terpaksa dibatalkan keputusan yang telah dibuat," katanya.

Ditanya sama ada demonstrasi itu akan dibuat menjelang bulan Ramadhan, beliau berkata, Protes lebih gemar untuk mengumumkan pada hari pelancaran kempen tersebut (28 Julai).

"Kalau boleh kita nak buat segera, dan kita tidak boleh berlengah-lengah sangat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Ahad, 18 Julai 2010

PEMIMPIN KAWAQ

Rakyat desa berjimat, pemimpin bermewah

Hasan Husaini

Tanggal 4 Jun 2008, Perdana Menteri Malaysia mengumumkan kenaikan harga minyak yang memecahkan rekod kenaikan harga bahan bakar itu, petrol 78 sen dan RM1 bagi diesel. Mungkin itulah tanda terima kasih beliau kepada penyokong setia kerajaan dan mungkin juga sebagai ancaman kerana mempercayai janji Pakatan Rakyat. Walaupun alasan yang diberi ialah kerana kenaikan harga bahan mentah itu di pasaran antarabangsa.

Sehubungan dengan itu, ramailah yang bangkit menentang, berpiket dan menganjurkan tunjuk perasaan. Tidak kurang juga yang bersedia dengan pelan perancangan hidup baru, mungkin merancang untuk kembali menunggang motosikal, berbasikal atau bersunnah dengan menunggang kuda. Yang malang ialah mereka yang bersetuju malah membela keputusan kerajaan menaikkan harga emas cecair itu.

Pada 16 Julai 2010, harga barang naik lagi dengan alasan penyelarasan subsidi. Pelik benar. Andai penjimatan yang menjadi agenda utama, maka bukanlah pakcik dan makcik di kampung yang perlu diajak berjimat. Bahkan para pembesar nun di singgahsana yang wajib turun merasai bagaimana lazatnya nasi putih beras usang bersama ulam pucuk ubi kayu.

Saya menulis pada hari ini bukan untuk membahaskan dari sudut akademik atau politik jauh sekali dalam bidang ekonomi. Bahkan berpandukan pengalaman cetek ketika berkunjung di negara sejawatan dengan Malaysia sebagai pengeluar minyak, Arab Saudi. Harga minyak di Saudi jauh berbeza dengan harga di Malaysia. Rs10 mampu memulangkan lebih 20 liter petrol. Tak perlu beralasan bahawa kita membeli minyak dari luar. Yang penting negara kita adalah negara pengeluar minyak.

Bukan sekadar itu, negara kita juga terkenal dengan negara pengeluar minyak sawit terbesar dunia. Di mana keuntungan semua itu? Di mana keuntungan sawit? Di mana keuntungan getah? Di mana keuntungan minyak mentah?

Maka untuk menutup kemarahan rakyat, PM pun mengarahkan media agar tidak menggunakan istilah harga barang naik. Kalimah itu digantikan dengan penyelarasan subsidi. Ustaz dan ustazah pula diarahkan menyelinap masuk dalam masyarakat sama ada dalam media elektronik, media cetak, malah terjun dalam dunia realiti ke kampung dan desa untuk menyampaikan ceramah dan forum supaya berjimat cermat. Maka berbondong-bondonglah ustaz dan ustazah hadhari tampil dengan upah yang tinggi, berkereta besar pergi berceramah ke kampung kepada pakcik dan makcik yang sudah puluhan tahun mengira biji beras, berjimat cermat untuk menjaga anak-anak yang bakal meneruskan hidup. Sedangkan panel penceramah, penganjur, ahli VIP yang hadir serta penganjur masih dalam dunia membazir.

Ketahuilah bahawa Allah tidak pernah sekali-kali mempersaudarakan manusia yang zalim dengan syaitan, kecuali kepada si pembazir, maka Allah berfirman (maksudnya), “ Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara bagi syaitan-syaitan”.

Suka untuk saya tegaskan pada hari ini, golongan yang patut ditegur ialah para pembesar negara yang secara zalimnya meletakkan beban kepada rakyat sedangkan mereka masih bersenang-lenang dengan pangkat dan harta yang bertimbun bahkan masih menerima elaun dan dividen serta keistimewaan yang keterlaluan.

Kenyataan seorang 'orang besar kerajaan' pada Jun 2008, "Tidak relevan memotong elaun menteri, bukan sampai bilion pun". Ya, memang rakyat tahu, elaun menteri tak sampai bilion, sebab itulah rakyat nak ia dipotong. Mana kesanggupan pemimpin untuk bersama rakyat kalau masih menikmati elaun?

Pada 17 Julai 2010, seorang menteri juga beralasan dengan cara yang tidak cerdik mengatakan bahawa tidak patut untuk negara membelanjakan RM1 bilion demi memberi subsudi kepada barangan yang boleh membawa penyakit.

Dalam usaha menjaga ekonomi negara, kerajaan lebih rela meletakkan beban yang berat ini ke atas rakyat bawahan yang cukup lemah. Sedangkan, dalam masa yang sama, sebuah istana bernilai hampir satu bilion ringgit sedang dibina. Walhal istana lama masih 100 kali lebih mewah dari rumah paling cantik di desa sana.

Saya amat tertarik dengan kisah Imam Nawawi yang dibuang negeri setelah beliau enggan untuk memberi fatwa untuk mengharuskan Raja Zahir mengambil harta rakyat untuk mencukupkan kelengkapan perang demi mempertahankan negara. Sekali imbas, patut bagi si raja untuk mengambil harta rakyatnya pada waktu itu. Tapi, kecerdikan Imam Nawawi tidak seperti ustaz dan ustazah hadhari yang mudah ditipu oleh ketamakan pemerintah.

Beliau berhujah bahawa beliau akan membenarkan si raja mengambil harta rakyat jika gedung kekayaan istana dikosongkan, gundik-gundik dibebaskan dan segala kemewahan ditinggalkan, namun kelengkapan perang masih belum mencukupi. Maka raja naik marah lantas membuang Imam Nawawi ke luar negeri.

Begitu juga dengan kisah seorang sahabat yang dihantar untuk menjadi gabenor di salah sebuah wilayah Islam. Maka apabila tiba musim pembahagian zakat, nama si gabenor tadi berada di tangga teratas senarai penerima zakat lantaran kemiskinan beliau kerana senantiasa meninggalkan kesenangan dan keperluan diri serta keluarga semata-mata untuk membantu rakyat jelata.

Samalah juga tentang apa yang berlaku pada Khalifah Umar Khattab yang terlebih dahulu mengorbankan kesenangan diri sebelum meminta rakyat berjimat cermat apabila tiba musim kemarau, musim Ramadh, selama hampir 9 bulan. Sepanjang temoh itu, Saidina Umar tidak memakan keju, meminum susu bahkan memakan daging. Rasulullah sendiri yang sememangnya menjadi contoh tauladan kepada umat Islam hidup dalam keadaan sederhana.

Itulah gaya sebenar seorang pemimpin. Terlebih dahulu mengorbankan kesenangan sendiri, bukan hanya dengan mudah meletakkan beban kepada rakyat. Sedangkan diri sendiri masih sempat untuk bermain golf, menunggang kuda, bercuti ke luar negara dengan dibiaya duit rakyat!

Bagaimana patut pemimpin negara berpesta dengan berhabis jutaan ringgit sedangkan rakyat miskin yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan tanpa apa-apa skim yang menaungi sedang mengikat perut membilang biji beras ekoran kenaikan harga gula dan kenaikan mendadak harga minyak.

Tertarik saya untuk mengikuti jejak langkah Imam Nawawi menegur pembesar negara supaya terlebih dahulu berjimat sebelum melepaskan beban itu kepada rakyat. Tinggalkan dahulu istana besar, kecilkan dahulu poket tebal menteri-menteri, hilangkan dahulu skim eksekutif dan eksklusif yang melindungi para menteri, jual dahulu saham-saham individu yang bernilai jutaan ringgit. Hilangkan dahulu sifat pentingkan diri para pembesar dengan mengosongkan garaj kereta mewah dan eksotik pembesar negara. Patutkah seorang pemimpin masih bermewah mengurniakan pangkat bermewah-mewah berpesta saat rakyat mereka menderita?

Bayangkan Datuk Seri Najib berucap supaya rakyat berjimat, sedangkan dia sejurus kemudian menyantap di meja mewah bersama orang-orang besar kerajaan? Dari mana duit untuk membayar makanan itu? Bukankah ianya hasil dari penjimatan pakcik dan makcik yang hanya makan nasi berulamkan pucuk ubi kayu? Bukankah lagi patut Datuk Seri Najib meniru gaya seorang MB yang hanya makan nasi goreng dalam polisterin?

Wahai rakyat Malaysia, sedarlah bahawa anda semua sedang diperbodohkan oleh pemimpin yang kamu junjung. Anda di desa telah puluhan tahun berjimat-cermat, sedangkan mereka masih sempat bermewah. Patutkah anda memilih mereka untuk kesekian kalinya?

Penulis adalah penuntut di Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.


Tawaran PR Untuk Rakyat

Hapus cukai 5 tahun jika Pakatan jadi kerajaan

Dzulfikar Mashoor

KUALA KRAI, 17 Julai: Pakatan Rakyat sedia mencari jalan untuk memansuhkan cukai selama lima tahun sekiranya rakyat sedia memberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Demikian tawaran AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa (gambar) semalam pada suatu majlis Pakatan Rakyat negeri di sini.

"Kalau Pakatan Rakyat dapat ambil alih (kerajaan) Pusat lepas PRU13, cukai pendapatan akan dimansuhkan sepenggal atau sekurang-kurangnya kakitangan kerajaan tak perlu bayar sepenggal," ujar beliau.

Menurut beliau, kepemimpinan Pakatan Rakyat mempunyai formula tersendiri untuk urus tadbir kewangan negara secara adil, dinamik dan tidak membebankan rakyat.

Disebabkan itu, beliau menganggap langkah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri menaikkan harga barangan asasi rakyat sebagai tindakan yang tidak bijak serta tidak menguntungkan rakyat.

Katanya lagi, kerajaan sepatutnya mengutamakan keperluan rakyat dengan menangguhkan beberapa projek mega yang nyata menguntungkan pihak tertentu semata-mata.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut menganggap pentadbiran Najib bertindak menipu rakyat kerana tidak terlebih dahulu membawa cadangan menaikkan harga minyak RON95, diesel, gula dan petroleum gas cecair (LPG) ke Dewan Rakyat baru-baru ini.

Tambahnya, indakan Najib yang juga Menteri Kewangan I mengumumkan kenaikan harga beberapa barangan tersebut sejurus selesai sidang Dewan Rakyat seolah-olah tidak mengiktiraf kedudukan Dewan Rakyat dalam sistem demokrasi negara.

Impak dari kenaikan harga beberapa komoditi tersebut, katanya lagi, meninggalkan kesan berantai seperti inflasi yang nyata cukup menghimpit kehidupan kaum nelayan, petani, peniaga hatta pengguna sendiri.

Turut hadir mengisi pentas bantahan adalah Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman (Adun Mengkebang), Bendahari PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai) serta Tony Phua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara).


Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails